Idris Ahmad Posted: 02 May 2011 11:16 PM PDT ISU REBATE CUKAI TANAH UUM Posted: 02 May 2011 05:31 PM PDT 28/4/11 Apabila tidak ada isu untuk tembak kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin ole Datuk Seri Azizan Razak maka isu rebate cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadikan isu. Sebelumnya mereka cuba gugat kerajaan Kedah dengan isu pusat sembelihan kandang babi di Kampung Berjaya Alor Setar, isu kouta 50 peratus, isu kenaikan harga air. Semuanya isu itu tidak menghakis keyakinan Pakatan Rakyat di Kedah malah telah membuka tembelang dan kelemahan Umno selama memerintah Kedah. Isunya Universiti Utara Malaysia minta supaya Kerajaan Kedah memberi rebate cukai tanah daripada RM1,743,745 setahun kepada RM100,000. Cukai yang dikenakan 20 sen bagi satu meter persegi dengan keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar Sebelumnya UUM diberikan rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008. Tempoh rebet sudah tamat dan Kerajaan negeri kedah minta bayar seperti biasa dengan harga asal iaitu RM1,743,745. Sebaliknya isu ini dipolitikkan oleh UUM dan pemimpin Umno Kedah kononnya kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10 kali ganda. Hakikatnya, bukan naik tetapi tempoh rebate sudah tamat. Ini soal pentadbiran dan kewangan negeri, macam mana seorang Naib Canselor tidak memahami peraturan kewangan sebuah negeri dan bidang kuasa kerajaan negeri mengenai hal ehwal tanah. Jika perkara ini pun tidak ketahui, maka beliau hanya layak jadi bendahari umno cawangan Malau Kubang Pasu sahaja. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebate pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Sekali lagi UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu ditolak. Sehubungan itu, UUM menghantar rayuan permohonannya buat kali keenam pada 19 April 2011 setelah lima rayuannya sebelum ini ditolak. Kali ini UUM meminta rebet selama 5 tahun, sebelumnya hanya 2 tahun sahaja. Ini sudah luar dari kebiasaan. UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada 2010. Mungkin Kerajaan Kedah mempunyai alasan yang tersendiri, kerana dengan pemberian rebate ini kerajaan Kedah hilang pendapatan RM1.6 juta setahun. Kerajaan negeri pun mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat dan perlu juga melunaskan hutang kerajaan negeri yang ditinggal oleh Barisan Nasional hampir RM2.3 bilion. Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya. Cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun Kenapa sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula?. Kemana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja. Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah. Filed under: Pendidikan, Politik | Suruh Pas Keluar Pakatan, Najib Macam Ketam Posted: 02 May 2011 05:19 PM PDT | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 02 May 2011 09:41 PM PDT Konvensyen PAS Sabah: PRU-13 dijangka lebih sengit Posted: 02 May 2011 07:39 AM PDT
Sandakan: Pilihanraya Umum ke -13 menjanjikan satu saingan yang sengit merujuk kepada perubahan trend pengundi melayu yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan barisan nasional, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasarudin Mat Isa.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PAS Sabah yang dihadiri oleh seramai 400 orang ahli.
Ustaz Nasarudin berucap dihadapan peserta Konvensyen
Nasarudin berkata, tujuan Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak mempelawa PAS masuk Umno hanyalah satu bentuk strategi untuk membaca perubahan demografi politik menjelang PRU-13 nanti.
Ustaz Nasarudin bersama Pimpinan PAS Sabah
Sebelum ini kata Nasharudin, Umno juga telah mempelawa DAP untuk bersama-sama dengan mereka dalam barisan nasional.
Ini bermakna, Umno tidak lagi dapat bergantung kepada MCA untuk meraih pengundi-pengundi cina untuk sesi pilihanraya yang akan datang.
"Apa yang merisaukan BN iaitu perubahan pengundi cina sebagaimana yang ditunjukkan ketika Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini turut berjangkit kepada pengundi-pengundi melayu"
Nasarudin juga mengingatkan kepada semua petugas PAS agar menjadi agen kepada negeri-negeri Pakatan rakyat dengan menyalurkan maklumat yang betul disamping mendedahkan kezaliman kerajaan Umno-BN.
Beliau menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menuntut keadilan yang sewajarnya untuk semua kaum dan agama di negara ini.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat adalah perlaksanaan Ijtihad Tahaluf Siyasi dengan pihak bukan Islam hasil daripada persidangan gerakan-gerakan Islam sedunia sebelum ini.
Atas alasan itu, beliau berasa yakin sebagaimana PAS dan rakan-rakan PR boleh memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, PAS juga boleh memerintah di Sabah pada pilihanraya yang akan datang.
Pada Konvensyen itu juga, Nasarudin menerima borang keahlian PAS baru seterusnya merasmikan pembukaan cawangan Bukit Nenas, PAS Batu Sapi.
Konvensyen yang diadakan sehari suntuk tersebut meresolusikan 7 perkara iaitu:
1. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam; 2. Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga; 3. PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah; 4. PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak; 5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah; 6. PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya 'access' kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa; 7. PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.
| |
n12selinsing Posted: 02 May 2011 09:06 PM PDT BN YANG SEMAKIN TERDESAK Posted: 02 May 2011 03:02 AM PDT Pengerusi DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS)Perak Encik Beh Heng Kin,63 membidas kenyataan yang kononya 400 ahli di DHPP di Tapah(Dewan Himpunan Penyokong PAS) telah menyertai Barisan Nasional seperti yang dipaparkan di dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 2 Mei 2011 halaman 10.Menurut Encik Beh ahli DHPP di Tapah tidak sampai 50 orang jadi macam mana boleh ada 400 ahli pula yang masuk MIC?Ini tidak masuk akal sama sekali seperti yang diheboh-hebohkan di suratkhabar dan blog-blog pro kerajaan.Jika mereka mahu membuat satu provokasi sekalipun timbulkanlah sesuatu yang boleh diterima akal dan fakta yang benar. Selain itu,Setiausaha DHPP Perak,Encik S Naliraja,47,turut membidas kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri satu program di Kuala Terengganu baru-baru ini.Najib di dalam ucapannya telah mengugut kaum Cina dengan menyatakan bahawa tidak akan ada wakil dari kaum tersebut untuk jawatan di peringkat kabinet pusat dan negeri jika mereka terus menyokong pembangkang(rujuk Mingguan Malaysia bertarikh 1 Mei 2011,halaman 2). | Encik Beh menunujukkan keratan akhbar Sin Chew Daily | | Encik Nali menunjukkan keratan akhbar Mingguan Malaysia | Encik Beh Heng Kin dan Encik S Naliraja menyeru kepada semua orang Cina supaya jangan ambil kisah apa yang PM kata kerana masih ada parti yang sudi menerima kehadiran dan sokongan orang-orang Cina seperti DAP,PKR dan DHPP(PAS).Turut dialu-alukan juga kepada semua kaum India yang ingin menyertai Pakatan Rakyat. Terbukti Najib sudah terdesak apabila beliau sanggup mengugut orang-orang Cina.Mungkin kenyataan beliau begitu disebabkan oleh kekalahan SUPP(parti Cina) yang juga merupakan parti komponen Barisan Nasional di dalam PRN Sarawak yang lepas.Di dalam PRN itu,majoriti pengundi orang-orang Cina telah menyebelahi DAP. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah YB Ramli Tusin(Adun Semanggol),YB Husin Din(Adun Selinsing) dan Encik Md Nasib B Rahin(Ketua PKR Cabang Bagan Serai).
berita asal dari sini
| |
PAS LENGGONG Posted: 02 May 2011 07:22 PM PDT Posted: 01 May 2011 07:14 PM PDT | Kehilangan dah 10 hari? - Dimana Kecekapan Polis Posted: 01 May 2011 07:09 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang kakitangan bank, Roslina Awang Kechik, 37 (gambar), dilaporkan hilang sejak 22 April lalu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar. Suami mangsa, seorang anggota tentera, Sabri Man, 38, berkata isterinya keluar ke tempat kerja dengan menaiki Transit Aliran Ringan jam 7.30 pagi selepas menghantar anak ke sekolah. Sabri bimbang sesuatu buruk berlaku kepada isterinya kerana mengesan dua pengeluaran wang dilakukan daripada akaun anak perempuannya sehari selepas kehilangan Roslina dibuat di mesin juruwang automatik di Shah Alam.
"Saya curiga kenapa isteri perlu membuat pengeluaran RM3,000 di satu kawasan terpencil serta jauh dari jalan utama dan ini menguatkan lagi tanggapan Roslina mungkin diculik dan berada dalam bahaya," katanya yang datang membuat aduan di Balai Berita di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan pihaknya menjalankan siasatan kes itu sebagai kes orang hilang. | |
DPPK PARIT Posted: 02 May 2011 07:06 PM PDT |
DPP Gopeng Posted: 02 May 2011 03:44 PM PDT CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN- USTAZ AHMAD JAIZ Posted: 02 May 2011 06:26 AM PDT CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN
TAJUK : BERSAMA SAYANGI GENERASI TUNAS ISLAM
PENYAMPAI : IR USTAZ AHMAD JAIZ (MANTAN PENGARAH RADIO IKIM)
TEMPAT : PASTI AL EHSAN RAPAT SETIA 3 PETANG 8 MEI 2011 (AHAD)
JOM IMARAHKAN PASTI KITA !!
| Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama Posted: 02 May 2011 06:20 AM PDT Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama Dewan Pemuda PAS Gopeng merasa kesal dengan kenyataan pemimpin utama Negara kita yang menyatakan keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama. Adakah beliau terlupa bahawa gejala keganasan atau military action bukan suatu fenomena sebaliknya suatu dielektika yang berlangsung akibat hambatan tertentu seumpama pembersihan etnik, diskriminasi dan tindak balas terhadap kekejaman empirelis? Adakah pemimpin umat islam yang giat mengampu AS yang mengeluar kenyataan bahawa keganasan serata dunia berkaitan dengan kegiatan umat Islam terlupa bahawa punca utama keganasa serata dunia adalah disebabkan penjajahan dan campurtangan pihak kuasa besar terhadap negara-negara umat islam? Terlalu lemahkah otak pemimpin umat islam untuk mengingati kekejaman zionis yang saban hari mejarah tanah umat islam Palestin sehingga menjadi sekangkang kera? Maklumat terkini menyaksikan statistik 1.2 juta jenayah penculikan anak-anak dan wanita yang lemah rakyat Palestin oleh polis-polis Yahudi yang sepatutnya difokuskan keganasan mereka. Catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di wilayah AS antara tahun 1980 hingga 2005 dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain). Data yang dikumpulkan oleh Europol menguatkan lagi pernyataan ini. Setiap tahun Europol menerbitkan laporan tahunan berjudul 'Pengganas Kesatuan Eropah: Situasi dan Laporan Trend' dan laporan ini boleh diakses di laman web rasmi mereka. Hasil laporan tersebut jelas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok bukan Muslim; dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Maksudnya hanya 0.4% sahaja kes sahaja yang berkaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan, diskriminasi dan lain-lain. Namun begitu tidak juga kita mampu nafikan kematian Osama sekadar suatu propaganda AS yang kini kian tenat menapung perbelanjaan untuk memerangi manusia yang mungkin masih wujud atau tidak. Kini hutang AS tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S. Obama yang mengeluar kenyataan bahawa keadilan dunia telah tercapai dengan kematian musuh nombor 1 AS itu, kian cuak dengan jumlah kematian dan perbelanjaan dana peperangan anti pengganas yang diwarisi daripada dinasti Bush sebelumnya. AS mungkin tidak akan memberi komen implikasi mengejar manusia bernama Osama, 2 buah negara umat islam Iraq dan Afghan telah menjadi padanh jarahan tentera AS. Kini Libya pula akan diselongkar atas nama membebaskan rakyat Libya daripada tangan Gaddafi walaupun jelas serangan udara berkenaan bermotifkan egoisme dan neo-koloni teradap hasil alam Libya. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 02 May 2011 03:28 PM PDT kepada Allah alam bersujud (2) Posted: 02 May 2011 07:01 AM PDT Berbanding dua teori sebelumnya, teori bahawa alam ini wujud secara azali tanpa pencipta yang memulakannya sebenarnya adalah teori yang paling dibincangkan secara akliah untuk menolak teori hakiki bahawa alam ini sebenarnya adalah sentuhan ciptaan Allah yang maha agung. Untuk menentukan bahawa keazalian itu adalah milik Allah, bukan milik alam ini yang hanyalah bersifat baru yang [...] | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 02 May 2011 03:10 PM PDT Osama Bin Laden belum syahid!!! Posted: 02 May 2011 10:05 AM PDT Berita ini telah ditolak oleh taliban di Pakistan ,dan alhamdulillah Syeikh Usamah masih dalam keadaan baik. klik di sini Jihad tidak akan mati!! | Osama Bin Laden syahid??? Posted: 01 May 2011 10:29 PM PDT Media barat melaporkan bahawa Osama bin Laden telah mati(syahid) ketika serangan militer tentera USA di Pakistan. Namun ada beberapa keraguan yang masih terdapat di dalam berita ini antaranya.... klik sinikematiannya masih belum dipastikan oleh website-website mujahidin... | SOI LEK MABUK BARANG KALI Posted: 01 May 2011 08:06 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kepimpinan PAS pusat menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menjaga urusan dalaman MCA, bukannya mengheret masalah dihadapi komponen BN berkenaan ke atas parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-13 sekarang.
Sehubungan itu, anggota biro politik PAS ini berkata, beliau juga ragu-ragu sama ada Presiden MCA itu benar-benar faham apa yang beliau memperkatakan apabila mendakwa MCA tidak akan menerima PAS menyertai BN selagi tidak menggugurkan dasar Islamnya.
."Saya ragu-ragu sama ada CSL (Chua Soi Lek) tahu apa yang beliau cakap," kata beliau dalam reaksi dihantar menerusi teks SMS.
Khalid (gambar), yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, PAS tidak pernah membentangkan matlamatnya kepada Dr Chua yang hanya memperlihatkan sedikit minat ataupun sama sekali tidak untuk mengetahui soal itu.
"Apa yang beliau bayangkan sebagai matlamat politik PAS kemungkinan bukan apa yang ada pada PAS," kata Khalid sambil menambah, sebelum meletakkan syarat untuk menerima PAS, Dr Chua wajar memastikan sama ada ia benar-benar berminat untuk diterima MCA dan beliau juga benar-benar tahu apa yang diperkatakannya.
Justeru Khalid menambah, Dr Chua seharusnya memberi tumpuan ke atas kemerosotan populariti MCA di kalangan komuniti Cina berbanding keperlun PAS diterima oleh MCA.
Katanya, jika MCA sudah ditolak oleh komuniti Cina sendiri, maka soal suka atau tidak suka dan keutamaannya tidak menjadi keprihatinan mana-mana pihak kecuali parti itu sendiri.
Malah tegas Khalid, Umno selaku parti teras BN sendiri tidak lagi memberi tumpuan ke atas MCA.
Pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menolak bulat-bulat pelawaan Najib | 1 MAY : DEMO BAGAIMANA YG DIBENARKAN POLIS? Posted: 01 May 2011 04:24 PM PDT Lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum pada perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini. Bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan gerombolan polis hingga menyebabkan beberapa tangkapan dibuat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam. Polis turut dibantu anggota dari unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta kelengkapan mereka. Sehingga jam 2.30 petang, mengikut twitter Suaram, bilangan tangkapan terus meningkat kepada 21 orang dan kini ditahan di balai Dang Wangi dan kini proses mengambil keterangan sedang dijalankan. Suasana perarakan golongan pekerja di Jakarta berlangsung meriah tanpa diganggu polis
Suasana ini jauh berbeza di negara jiran termasuk di Jakarta yang menyaksikan golongan pekerja seramai lebih 10,000 orang berarak dengan dibantu anggota polis. Suasana sama juga berlangsung dengan baik di Singapura. mungkin perhimpunan 'bodoh' begi yang dibenarkan pihak polis...wakakakaka | BAGI DALIL KERJASAMA PAS DAN DAP SALAH!! Posted: 01 May 2011 04:17 PM PDT Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily. "Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang. "PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya. Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya seperti dipetik akhbar web PAS. | MCA AKAN SOKONG UMNO SELAGI DASAR TIDAK KEARAH ISLAM Posted: 01 May 2011 04:03 PM PDT Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Justeru, beliau menutup pintu penyertaan Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. | |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 02 May 2011 01:47 PM PDT |
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33 Posted: 02 May 2011 01:43 PM PDT 2011Surat Terbuka BEKAS Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kepada Ketua Polis Negara berkaitan isu Anwar Vs Video Sex Posted: 01 May 2011 11:59 PM PDT Open Letter by Mat Zain to IGP: Mat Zain bin Ibrahim, SAC II G/5776(Retired), Kepada, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. Email:iho@rmp.gov.com 28hb.March 2010 YDH Tan Sri, PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :- MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK. Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang. 2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini. 2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau. 2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua. LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM. 3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut. 3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau. 3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri. 4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail. 4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah. 5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan. 5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi. 5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur. 5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pegawai Penyiasat 5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim. 5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri. 6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar. 6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah 6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar. 6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan. 7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan. 7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik. 7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat. 7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah. 8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup. 8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja. 9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Yang ikhlas, Mat Zain Ibrahim 28 March 2011 dipetik daripada: http://kedahlanie.info | PAS akan kekal memerintah Kedah Posted: 01 May 2011 07:27 PM PDT PAS akan kekal memerintah Kedah Posted on Sunday, May 01 @ 18:25:41 PDT by paktam Oleh Mummy Rokiah
MR berpeluang mengikuti Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan di Alor Setar pada 30 April 2011 yang dihadiri Che Det.
Walaupun terpaksa berjalan kaki kerana sukar mendapat ruang parking kereta tetapi kerana teruja untuk mendapat bahan berita dari ucaptama Che Det kejauhan berjalan kaki terasa begitu dekat.
Tersempil dicelah-celah pengunjung MR dapat rasa kehangatan Melayu Kedah dan keseluruhan "feel" di bawah bahawa PAS akan terus memerintah Kedah kerana Melayu Kedah masih tidak bersatu.
Dasar UMNO Kedah yang tidak pernah mengenang jasa bekas pemimpin anak Kedah sendiri jelas terbukti apabila tidak ada langsung kepimpinan tertinggi UMNO Kedah yang hadir dalam majlis Che Det pada hari itu.
Hari ini kita marah pada pengundi Cina yang tidak kenang jasa kerana tidak mengundi BN dalam PRU yang lepas dan pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebaliknya kita sendiri yang tidak mengenang budi pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa pada negara ini.
Mungkin di kalangan pemimpin tertinggi Melayu UMNO Kedah merasa bimbang jika mereka hadir dalam majlis ini kelak mereka tidak akan mendapat undi kaum Cina kerana Perkasa dilabel sebagai rasis.
Inilah UMNO Kedah, di dalam keadaan kapal hendak karam pun masih angkuh, sombong dan berpecah belah sesama sendiri.
http://mummyrokiah.blogspot.com | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 02 May 2011 01:14 PM PDT MUKTAMAR DPPNK KE 45 Posted: 02 May 2011 01:36 AM PDT Muktamar DPPNK ke 45 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani. Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran Oleh Adik Abd Muiz Anuar, Pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ust. Mohd Rosli bin Azmi Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 45 kemudian diikuti dengan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad bin Yahya dengan tema "Memulihara Kemenangan".
Sheikh Hj Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Negeri Kedah mewakili Badan Perhubungan PAS telah berucap dengan penuh semangat kepada perwakilan pemuda yang hadir.
Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ust Azman Shapawi bin Abd Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beberapa Kawasan telah menerima anugerah Insentif Kewangan PASTI 2011 1. Pasti Kawasan Kuala Kedah 2. Pasti Kawasan Merbok 3. Pasti Kawasan Jerlun\ 4. Pasti Kawasan Baling
Bagi Anugerah Jasamu Dikenang telah diberikan kepada Allahyarham Puan Jamilah binti Jaafar, Guru PASTI Kuala Kedah yang telah meninggal dunia. Allahyarhamah turut menerima sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Pusat sebnayak RM2500 yang diterima oleh suami beliau. Turut menerima anugerah Jasamu di Kenang ialah Ust Mohamad Fauzi bin Husin , Bekas Pengerusi SRIDU dan Ust Musoddak Hj Ahmad , Bekas Pengerusi SAIF. | AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH SESI 2011-2013 Posted: 02 May 2011 01:21 AM PDT Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani. Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik. berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bagi Sesi 2011-2013.
Pengerusi Tetap : Ust Mohamad @ Fauzi bin Husin Tim. Pengerusi Tetap : Tn Haji Adnan bin Saad
Ketua Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya Timbalan Ketua Pemuda : Tn Haji Muhammad Sanusi bin md Nor Naib Ketua Pemuda : YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki
Ahli Jawatankuasa 1. Ust. Mohd Rosli bin Azmi 2. YB Ust. Mohd Nasir bin Zakaria 3. Ust. Mohd Azam bin Abd Samat 4. Tn Hj. Yusrin Zakri bin Adnan 5. Ust. Mohamad bin Ismail 6. Mohd Helmi bin Khalid\ 7. Ust. Mohd Yusuf bin Awang 8. Ust. Nasri bin Muarat 9. Ust. Salim bin Mhamud 10. Ust Saiful Syazwan bin Shafie
Pemeriksa Kira-Kira 1. Ibrahim bin Hj Soffian 2. Azri bin Omar @ Ahmad | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 02 May 2011 01:09 PM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 02 May 2011 11:46 AM PDT Juak UMporNO memang jenis sex maniac Posted: 02 May 2011 05:23 AM PDT Fakhri Ali
NIBONG TEBAL, 2 Mei: Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah.
Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi.
Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.
Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun.
"Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.
"Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. HD | |
Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota Posted: 02 May 2011 11:32 AM PDT Gambar Lucah Di Media; Mana Peranan KDN Posted: 01 May 2011 08:24 PM PDT Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad FRIDAY, 29 APRIL 2011 09:43
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja? | |
Dupahang's Weblog Posted: 02 May 2011 11:15 AM PDT TPM beri amaran kepada PM: Jangan Gadai Prinsip Perjuangan Umno Posted: 01 May 2011 07:02 PM PDT oleh Chegu Zul Najib 1Malaysia 1 Email mengajak PAS bersama perjuangan Umno. Katanya PAS sudah jauh tersasar daripada perjaungan asalnya iaitu mendaulatkan hukum hakam islam di muka bumi malaysia ini. Itulah nada seorang PM yang berpandangan jauh demi negara, bangsa dan agama. Sebaliknya nada pembantu beliau TPM Mahiadin Nasi Lemak (bapa penyanyi Najwa Mahiadin) hari [...] | |
PAS Kawasan Gerik Posted: 02 May 2011 09:37 AM PDT Ceramah Mat Sabu Posted: 02 May 2011 04:30 AM PDT Tarikh: 02hb Mei 2011 Tempat: Markas PAS Kampung Bandaring Gerik Masa: 9.30 Malam Muslimin dan muslimat di jemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut | |
Jasindaily Online Posted: 02 May 2011 09:23 AM PDT |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 02 May 2011 09:13 AM PDT Al-Fatihah Posted: 02 May 2011 03:05 AM PDT | Ustaz Yussaine Ketua baru DPP Perlis Posted: 02 May 2011 03:03 AM PDT KANGAR -Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya dipilih secara syura sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis yang baru. Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua akan menggantkan Ustaz Ya'akub Abu Seman yang akan "bersara wajib" dari Pemuda PAS.
Yussaine akan digandingkan dengan Timbalan yang baru, Ustaz Muhammad Azmir Azizan yang sebelum ini merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perlis.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kangar, Meor Hassan Sazali Meor Hajar juga terpilih selaku Naib Ketua.
sumber | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 02 May 2011 09:09 AM PDT LPN DMPP& ADUN SIJANGKANG santuni ORANG ASLI PULAU CAREY Posted: 02 May 2011 03:47 AM PDT ISNIN 1.5.11 PULAU CAREY KUALA LANGAT SELANGOR Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat(LPN DMPP) yang juga merupakan EXCO KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama AJK LPN DMPP dengan kerjasam ADUN Sijangkang YB Dr Yunus Hairi dan LPN PAS Kawasan Kuala Langat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS Ampang dan Kuala Langat mengadakan program di KPG ORANG ASLI SG RAMBAI dan KPG LAUT, PULAU CAREY. Di antara program sempena lawatan LPN DMPP ialah sukaneka untuk kanak-kanak dan juga dewasa, rawatan perubatan rumah ke rumah serta sumbangan kepada semua rumah di kedua kampung.LPN menyumbang beras dan keperluan dapur. | ajk lpn dmpp |
YB Dr Halimah di iringi AWA gadis orang asli 16tahun yang bakal bernikah minggu depan (menggunakan tongkat kayu untuk uruskan anjing-anjing yang berkeliaran) serta Radha, pekerja estet Sime Darby yang mengenali semua orang asli menunjuk jalan ke rumah-rumah orang asli. Omar yang menghidap penyakit kulit yang kronik meluahkan masalahnya kepada YB Dr Halimah dan YB Dr Yunus Hairi. Pasukan Briged Amal Kuala Langat membantu sukaneka dan seluruh program Singgah sebentar di pintu rumah orang asli YB Dr Halimah memberi belon PAS dan sumbangan kepada keluarga orang Asli yang gembira menerima | START RIGHT THE RIGHT THING THE RIGHT WAY Posted: 02 May 2011 02:20 AM PDT Apa sahaja yang mahu kita lakukan kita perlu mengamalkan 'outcome-based thinking'.Ini bermaksud sekiranya kita mahu segala yang kita lakukan itu akan menghasilkan kesan terbaik kita harus bermula dengan niat yang baik.Disamping itu segala yang kita telah laburkan masa, tenaga, wang ringgit dan tumpuan sudah tentu kita mahu akan mendatangkan pulangan terbaik.Segala program yang kita anjurkan, segala aktiviti yang kita jalankan, segala nasihat yang kita beri, segala program yang kita hadiri sepatutnya sekurang-kurangnya menjadikan kita lebih baik, lebih matang, lebih bijaksana, lebih peka, lebih prihatin, lebih disenangi.Kepada kumpulan sasar yang menjadi objektif perancangan kita, atau semua yang telah berdamping dengan kita harus merasai nikmat dan limpahan kebahagiaan serta menumpang nur iman daripada kita. Pokok pangkalnya kita bermula segala-galanya dengan nama Allah. BISMILLAH....... Bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk ego atau niat menyimpang yang menghancurkan amal kebajikan yang dilakukan.
| |
i n t a n h i j a u Posted: 02 May 2011 07:40 AM PDT IMEJ OSAMA BEN LADEN Posted: 02 May 2011 02:56 AM PDT Wajah Osama Bin Laden yang ditunjukkan Pakistani TV selepas serangan tentera Amerika Syarikat di kediaman mewah di Pakistan. Osama Bin Laden telah terbunuh oleh serangan ketenteraan U.S. selepas pencarian selama sedekad bagi membalas serangan 9 / 11, menurut pendedahan Presiden Barack Obama hari ini. Pemimpin Al Qaeda berumur 54 tahun itu terbunuh semalam dalam satu pertempuran dengan angkatan-angkatan tentera Amerika di sebuah tempat persembunyian rumah istimewa bernilai $1million kira-kira 60 batu ke utara Islamabad di Pakistan. Pakar-pakar mengenalpasti mangsa korban menggunakan teknik-teknik pengenalpastian wajah dan mebjalankan ujian DNA, keputusan ujian akan diperolehi beberapa hari akan datang. Pegawai-pegawai U.S. memberitahu CNN bahawa tubuh Osama bin Laden telah disemadikan di dalam laut supaya menghalangnya daripada dikuburkan dan menjadi makam untuk pelampau-pelampau Islam. Lokasi persembunyian Osama Bin Laden, yang juga tempat serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Pakistan.ATAU .... IA HANYA SATU PROPAGANDA AMERIKA...?
| |
Pemuda PAS Merbok Posted: 02 May 2011 07:09 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 02 May 2011 01:34 AM PDT Parlimen Jepun luluskan bajet pemulihan tsunami Posted: 02 May 2011 12:30 AM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
TOKYO: Parlimen Jepun meluluskan 4 trillion yen (AS$ 48 billion) bajet pemulihan tsunami, hari ini.
Bagaimanapun, peruntukan itu hanya menampung sebahagian daripada kos bencana terburuk pernah melanda negara itu. Peruntukan itu meliputi kerja membina kediaman baru untuk lebih 100,000 rakyat yang masih tidak mempunyai rumah, kerja pembersihan, pembinaan semula tempat tangkapan ikan dan menyokong perniagaan yang dilanda bencana serta pekerja mereka. - AP
| Betulkah ini mayat Osama Laden ? Posted: 02 May 2011 12:27 AM PDT Betulkah ini mayat Osama Laden ? Gambar Osama semasa hayatnya yang sering terpampang dalam pebagai media.
28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, awal pagi tadi. - Foto AP
| Lebuh raya LATAR dijangka siap tengah tahun ini Posted: 02 May 2011 12:25 AM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Lebuh raya terbaru di Lembah Klang, LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ijok yang dijadual siap pertengahan tahun ini, dijangka dapat mengalihkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2).
Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB), Mohamad Razali Othman berkata, laluan sepanjang 33 kilometer itu kini di peringkat akhir pembinaan dan menghubungkan pekan-pekan utama menerusi empat persimpangan dan tiga tol. "Aktiviti komersial dan perniagaan akan menerima suntikan daripada lebuh raya ini yang memudahkan akses ke pekan-pekan terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Lebuh raya itu menghubungkan pekan di Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, selain Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Beliau berkata, perjalanan dari hujung ke hujung dijangka mengambil masa 18 minit.
"Pembukaan LATAR Expressway itu juga bermakna 75 peratus Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) yang bertujuan mengurangkan kesesakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah siap," katanya.
Mohamad Razali berkata, lebuh raya itu juga menyediakan laluan ke Lebuhraya Utara-Selatan dan Guthrie Exressway. KLSEB yang diberi kontrak membina dan menjalankan operasi sebelum menyerahkannya kepada kerajaan, akan memegang konsesi untuk tempoh 40 tahun. | Video Sumpah 'mubahalah' lakinya Milah Posted: 01 May 2011 11:39 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Sumpah 'mubahalah' lakinya Milah - " klip video ini diterbitkan sekadar untuk hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati.." | Ustaz Zawawi Hassan kekal sebagai Ketua Dewan Pemuda Posted: 01 May 2011 11:23 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - http://sisibukit.blogspot.com Ketua Pemuda Ustaz Zawawi Hasan sedang mengundi.
Ustaz Zawawi Hassan mengekalkan jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak.Beliau mengalahkan Sdr Salman Salleh dengan majoriti empat undi sahaja.
Dalam pada itu adik beliau Safarizal Salleh kalah ditangan Mohd Khairi Jamaluddin untuk jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Perak.
Sementara itu Raja Ahmad Iskandar menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak.
Pegawai Khas ,Ustaz Abu Bakar Husein,Ustaz Mohd Hafiz Sabri menang untuk Ahlijawatankuasa dengan undi 154. . | 15 jambatan yang mengerunkan di dunia Posted: 01 May 2011 11:22 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - 1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan
2. Aiguille du Midi Bridge, France 3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland
4. Sidu River Bridge, China
5. Royal Gorge Bridge, Colorado
6. Puente de Ojuela, Mexico
7. U Pain Bridge, Myanmar
8. Iya Valley Vine Bridges, Japan
9. Cikurutug Bridge, Indonesia
10. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland
11. Capilano Suspension Bridge, Canada
12. Trift Suspension Bridge, Switzerland
13. Canopy Walk, Ghana
14. Mackinac Bridge, Michigan 15. Millau Viaduct, France
blogmedia-info | Amerika Serang Libya, Tiba-tiba Puting Beliung Serang Amerika, 224 Terkorban Posted: 01 May 2011 11:17 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Tuscaloosa: Sekurang-kurangnya 224 penduduk di tujuh negeri Amerika Syarikat terbunuh semalam berpunca daripada serangan puting beliung dan ribut yang memusnahkan kawasan perumahan, menyebabkan kereta bergolek, menumbang pokok dan memutuskan bekalan elektrik.
Bencana itu dikatakan yang terburuk dalam tempoh hampir empat dekad di Amerika dengan Alabama negeri paling teruk apabila 131 penduduknya maut dan mengalami kemusnahan besar hartanah, kata Gabenor Robert Bentley.
"Kami menjangka, angka korban itu akan meningkat," kata Bentley dalam sidang akhbar dengan Craig Fugate, Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).
Berdasarkan laporan awal, 32 lagi maut di Mississippi, 30 di Tennessee, 11 di Arkansas, 10 di Georgia, lapan di Virginia dan dua lagi di Louisiana.
Lebih 100 puting beliung selain ribut membawa kemusnahan besar dari sebelah barat ke timur dalam masa beberapa hari.
Loji nuklear Browns Ferry di Alabama dijangka ditutup selama beberapa minggu bagi membolehkan pekerja memperbaiki talian transmisi ketika sejuta orang di negeri itu terputus bekalan elektrik. Fugate pula berkata, masih terlalu awal bagi agensinya memberi angka kematian keseluruhan kerana pihak berkuasa masih menjalankan misi mencari dan menyelamat.
Kemusnahan paling teruk berlaku di Alabama kelmarin apabila puting beliung selebar 1.6 kilometer melanda Tuscaloosa, lokasi Universiti Alabama menyebabkan 15 orang terbunuh, beberapa daripada mangsa adalah pelajar.
"Ia kedengaran seperti bunyi gergaji. Anda boleh dengar bunyi pelanggaran. Hanya tinggal pakaian dan peralatan berat. Sukar dipercayai," kata pelajar, Steve Niven, 24.
Presiden Amerika, Barack Obama mengisytiharkan perintah darurat bagi negeri itu selain penghantaran bantuan kerajaan persekutuan.
Puting beliung perkara biasa bagi penduduk di selatan dan Midwest tetapi jarang sekali membawa kemusnahan besar.
Kedai, pasar raya, stesen minyak dan kedai cucu baju musnah di satu kawasan di Tuscaloosa yang mempunyai 95,000 penduduk.
Puting beliung paling banyak mengorbankan nyawa di Amerika ialah pada April 1974 apabila 300 orang maut, menurut Pusat Ramalan Ribut Kebangsaan di Oklahoma. – Reuters
| Benarkah Osama telah terbunuh ? Posted: 01 May 2011 11:14 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat pengumuman kejayaan tentera negara itu membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di Rumah Putih, Washington hari ini. - Foto Reuters | Obama dakwa Osama meninggal dunia Posted: 01 May 2011 11:13 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 2 Mei: Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia, kata Presiden Barack Obama.
Al-Jazeera melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Osama yang menjadi buruan amat dikehendaki Amerika terkorban dalam operasi tentera negara itu di Pakistan, malam tadi.
Stesen televisyen satelit itu juga melaporkan rakyat Amerika berpesta di hadapan Rumah Putih menyambut pengumuman Obama berhubung perkara itu.
Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin. | Soi Lek ugut pengundi Cina? Posted: 01 May 2011 11:09 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Mohd Nasir Awang
Bersungguh benar nampaknya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memastikan cetusan ideanya mengenai kedudukan wakil masyarakat Cina dalam kerajaan diberikan perhatian. Biar pun pendirian kontroversi itu pernah mendapat reaksi negatif termasuk oleh para pemimpin parti-parti rakan komponen Barisan Nasional (BN) sendiri ketika beliau pertama kali menyuarakannya ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 16 April lalu, itu sedikit pun tidak menumpulkan hasratnya terus menjulang ideanya itu. Kini pendirian sama diulangnya lagi. Dalam kenyataan kepada media pada Jumaat, Soi Lek dilapor mempertegaskan bahawa sikap itu kini menjadi keputusan sebulat suara Majlis Mesyuarat Presiden partinya yang diadakan pada hari sama. Ertinya ia kini menjadi pendirian rasmi MCA dan bukan lagi pandangan peribadi Soi Lek. Menurutnya, MCA tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Katanya, penolakan tersebut bukan sahaja membabitkan jawatan Kabinet dan Exco negeri, tetapi turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Dalam ungkapan lain, partinya tidak akan mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan sekiranya ia gagal mencatatkan keputusan memuaskan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. "Maksud kurang memuaskan di sini ialah kita akan guna keputusan pilihan raya umum lalu sebagai penanda aras... jika jumlah (kerusi dimenangi) pada pilihan raya umum akan datang kurang daripada apa kita menang pada 2008, ia dikira tidak memuaskan," katanya. Pada 2008, MCA menang hanya 15 daripada 40 kerusi Parlimen diperuntukkan kepadanya. Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun), ia menang hanya 31 daripada 90 kerusi ditandinginya. Ertinya, jika dalam PRU-13 nanti prestasi MCA lebih buruk daripada itu, parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan. Ada sekurang-kurangnya dua alasan diberikan Soi Lek bagi menyokong pendirian itu. Pertama, katanya, ia sebagai tanda MCA menghormati pendirian masyarakat Cina yang tidak lagi memilih parti itu. Logiknya, oleh kerana kaum itu tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA untuk mewakili mereka dalam kerajaan BN, maka apa gunanya ia terus menawar diri memperjuangkan suara mereka. Di atas hujah sama Soi Lek sebelum ini menggesa parti-parti berasaskan kaum Cina di Sarawak menolak sebarang tawaran menduduki Kabinet negeri seusai PRN Sarawak pertengahan bulan lalu. Kekalah teruk SUPP di tangan DAP dan PKR dijadikan bukti Cina menolak untuk bersama BN. SUPP yang diberi tanggungjawab mewakili BN di 19 kerusi hanya mampu memenangi enam daripadanya. Bagi Soi Lek, itu sudah lebih dari cukup untuk membuktikan kaum Cina tidak lagi mempercayai SUPP sebagai wakil mereka. Kedua, menurut Soi Lek, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA agar menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi. Sementara Soi Lek dan partinya cuba memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan gentleman, pendirian itu juga tidak sukar dinilai dari perspektif berbeza. Paling tidak, ada yang menilai desakan pemimpin MCA itu seakan menyindir parti-parti komponen lain yang gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan, tetapi tidak malu menerima tawaran menduduki Kabinet. Pada 2008 lalu, selain MCA, masalah kemerosotan sokongan kaum masing-masing turut dialami PPP, Gerakan dan MIC. Turut menerima kekalahan di tangan pakatan pembangkang ialah presiden ketiga-tiga parti itu. Soi Lek sendiri tidak tersenarai bersama mereka kerana beliau tidak bertanding dalam PRU lalu. Namun dalam pembahagian kerusi Kabinet, wakil-wakil parti terbabit turut diberikan peluang mengisinya. Barangkali Soi Lek melihatnya sebagai suatu yang tidak wajar. Sepertimana dia beralasan ketika mendesak SUPP menolak sebarang jawatan Kabinet negeri Sarawak, Soi Lek berpandangan parti-parti terbabit perlu menerima hakikat bahawa kaum yang sepatutnya mereka wakil telah menolak hasrat mereka menjadi wakil kaum tersebut. Justeru, secara 'gentleman' tidak ada gunanya mereka (parti-parti komponen) yang sudah tidak mendapat kepercayaan kaum mereka beriya-iya untuk terus menjadi wakil kaum masing-masing. Ia sepintas lalu menampakkan ketegasan, di samping turut terselit unsur merajuk. Malah lebih ketara ia seakan sindiran buat pihak yang kalah agar tidak terus menuntut bahagian dalam pemerintahan, walau pun sudah gagal melaksanakan tanggungjawab meraih sokongan kaum masing-masing kepada BN. Namun, kesan yang mungkin lebih dihasratkan Soi Lek ialah terhadap kaumnya sendiri. Pendiriannya itu seakan satu amaran tegas kepada masyarakat Cina agar berfikir semula untuk terus memalingkan sokongan daripada BN. Soi Lek sebenarnya cuba bermain psikologi. Ia seakan mengugut dan memberi kata dua kepada pengundi Cina, sama ada membantu kemenangan MCA atau berdepan risiko tidak mempunyai wakil dalam kerajaan BN nanti. Itulah tekanan psikologi yang tersirat di sebalik ketegasan Soi Lek. Beliau sebenarnya melontarkan pilihan agar masyarakat Cina berfikir, jika mereka mahu terus diwakili dan suara mereka masih didengari dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan dikuasai BN, mereka perlu kembali memberikan sokongan besar kepada MCA. Cuma Soi Lek mungkin terlupa bahawa perkiraanya itu dibuat berdasarkan andaian BN masih memerintah negara selepas PRU-13 nanti. Sedangkan gelombang penolakan terhadap BN di kalangan masyarakat Cina sebenarnya dengan cita-cita melihat perubahan pemerintahan negeri dan negara. Justeru, apa perlunya mereka kembali menyokong MCA dan BN? | Hari Buruh : Polis tahan peserta demo Posted: 01 May 2011 06:25 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Seramai 18 orang, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara kelmarin menurrut sebuah berita dari Malaysiakini sekitar jam 8.00 malam tadi. Selain beliau, turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Jeyakumar ditahan berdekatan Jalan Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi selepas rundingan beberapa minit dengan pihak polis.
Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dekat Maju Junction di ibu negara.
Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagu "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja seluruh dunia.
Kumpulan itu bagaimanapun bersurai tengah hari tadi dengan sebahagian daripada mereka bertukar arah ke balai polis Dang Wangi dekat Jalan Maharajalela bagi memberikan sokongan kepada rakan mereka yang dibawa ke situ.
Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit berhimpun.
Bermula jam 10 pagi tadi, berlaku demonstrasi kecil depan Maju Junction-Pejabat Tabung Haji.
Kumpulan itu, termasuk pelajar memakai ikat kepala hitam dengan tulisan "May Day Parade" dan membawa beberapa kain rentang antikapitalis.
Mereka membantah perjanjian perdagangan bebas dan keadaan semasa pekerja. Perhimpunan itu juga diadakan bagi menuntut gaji minimum ditetapkan bagi golongan pekerja.
Kesemua yagn ditahan dibebaskan lewat petang ini kecuali Arutchelvam yang ditahan semula kerana terlibat dalam kes lain sebelum ini. | Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP Posted: 01 May 2011 06:21 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.
"Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.
"Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami," ujarnya.
Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.
"PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam," ujarnya.
Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.
"Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya lagi.
Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.
"Siapa punya angkara?" soalnya.
Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.
PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.
Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.
"Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali," ujarnya.
Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.
Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.
Harakahdaily/- | Kenyatan Akhbar PAS Miri, Sarawak : Isu PAS cerai DAP Posted: 01 May 2011 06:05 PM PDT 28 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PAS Miri
PAS Sarawak ingin merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Kenyataan PM Najib seperti seorang yang tidak sedar diri dengan mengatakan "DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam." Memang DAP tidak pernah memperjuangkan Islam sebab DAP bukan parti Islam, PAS nak tanya balik dengan Najib adakah MCA dan MIC juga pernah berjuang untuk Islam? Sebelum menyeru PAS tinggalkan Pakatan lebih baik lihat sendiri dalam Umno/BN apakah mereka benar-benar berjuang Islam?
PAS Sarawak menyeru pula agar Umno tinggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai PAS supaya kita bersama-sama berjuang untuk agama Islam, Bangsa dan Negara.
PAS Sarawak minta Umno dan sekutunya PBB supaya tinggalkan BN marilah kita bersama Pakatan untuk menuju sebuah negara yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman ideologi politik.
PAS bukanlah alat kepada DAP seperti yang didakwa oleh Umno/BN tapi PAS berjuang bersama DAP dan PKR dalam Pakatan adalah untuk kebajikan semua rakyat. Insya-Allah PAS boleh buktikan dalam PR13 nanti sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan bandar dimana DAP dan PKR akan bersama-sama membantu PAS menang dalam kawasan bandar. Ini tanda menujukkan bahawa Pakatan lebih sesuai daripada BN kerana Pakatan berjuang untuk menegak keadilan dan kebajikan untuk semua.
PAS untuk semua.
Jofri Jaraiee YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 02 May 2011 01:27 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan