DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA |
DPPNS tetap mahu Dato Seri Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor Posted: 06 May 2011 04:06 AM PDT SHAH ALAM 6 Mei 2011 – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri Selangor dari tahun ke tahun. Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM 124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010. Manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM 732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus. Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, disamping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini. Ini termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan Selangor antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini. Ini juga disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan. DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di Negara ini dan kita menuntut politik Hujah dan apa yang berlaku kepada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya. Mohd Sany Hamzan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Sesi 2011-2013 |
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan