Sabtu, 7 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP PADANG TERAP

Posted: 07 May 2011 09:42 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Harakah- Ustaz Nasir Terus Terajui Pemuda Padang Terap

Posted: 07 May 2011 10:34 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 May 2011 09:12 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Sudah dua bulan runtuh

Posted: 07 May 2011 08:31 PM PDT


Sinar Harian 8 Mei 2011

KUALA KLAWANG - Penduduk di kawasan Taman Berlian, di sini melahirkan rasa kebimbangan apabila terpaksa berhadapan dengan masalah tanah runtuh yang berlaku di hadapan rumah mereka.

Seorang penduduk, Mohd Jani Md Shariff, 61, berkata, tanah itu runtuh sejak dua bulan lalu dan sehingga kini masih belum diperbaiki.

Menurutnya, kini kawasan tanah runtuh itu sudah sepanjang 100 meter.

"Saya bimbang kerana ia runtuh sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan membesar.

"Keadaan ini sangat merbahaya kepada penduduk khususnya kanak-kanak kerana sekiranya mereka terjatuh, ia boleh menyebabkan kecederaan atau kematian," katanya.

Mohd Jani berkata, lebih membimbangkan lagi apabila kini hujan tidak menentu dan sekiranya dibiarkan tidak mustahil hakisan itu akan sampai ke kawasan rumah penduduk.

Katanya, dia sudah mengadukan masalah itu kepada Majlis Daerah Jelebu dan wakil rakyat kawasan berkenaan.

"Selepas membuat aduan itu, pihak berkenaan ada melawat kawasan ini, namun sehingga kini masih tiada tanda-tanda tindakan diambil," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Larong, Mohd Azmi Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah mengadukan perkara itu kepada pihak berkenaan.

"Saya sendiri berjumpa dengan pegawai daerah untuk membincangkan hal ini dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Kejadian berkenaan adalah pertama kali berlaku di kawasan ini," katanya.

Mohd Azmi yang juga Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu berkata, proses pembinaan longkang dan saluran air yang kurang sempurna punca masalah itu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9063953.asp

PAS Kawasan Miri

Posted: 07 May 2011 07:28 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Salleh Pertahankan MoCS, Mencela Karim Penjilat Taib!

Posted: 07 May 2011 04:52 PM PDT

Salleh defends MoCS, slams Taib's bootlicker Karim
8 May 2011 - KUCHING – A day after Abdul Karim Hamzah, chief political secretary to Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud, blasted the Movement for Change, Sarawak (MoCS) for threatening mass protests to oust Taib, Karim got an earful from Taib's cousin, Salleh Jafaruddin.
Salleh reminded Karim that it was Taib who put his late father, Abdul Rahman Hamzah, in jail under the Internal Security Act (ISA).
"I am ashamed to see how Karim could stoop so low by doing dirty work for the chief minister who once blatantly disgraced his own beloved father by putting him under ISA for a year," he said here today.
"A political leader who has courage, moral values and religious principles will never stoop to that level because of purely economic benefit and political convenience at the expense of family dignity and status," Salleh said.
"Only members of society who suffered from "special downs syndrome hereditary acquired" behave in that irresponsible way. I hope he is spared from the influence of Taib's bomohs. Only leeches and termites behave that way. These species have no function for the owner or the host except to be a destroyer. They cannot lead because they are not responsible.
"My advice to this wayward son of my late good friend is this: Karim, before you open your mouth to condemn others and MoCS leader Francis Siah, please do not be a mere parrot for this semi-insane leader whom you are now serving otherwise the influence of his insanity may put you in the same shoes where your late father landed. Your late father was a man of principle while you are very different," added Salleh.
Yesterday, Karim told a local daily Borneo Post that MoCS and Siah were 'security threats' and urged the police to investigate the grassroots movement and its leader.
In response, Siah described Karim as a well known bootlicker and sycophant of Taib Mahmud whose only job as the chief minister's political secretary was apple-polishing.
"And Karim gets paid from taxpayers' money just for singing songs which Taib likes to hear," Siah had said.
Salleh also said that "while I appreciate your concern (Karim's) for the overall security of the state, we are also equally worried over the massive abuse of political power employed by State BN leaders to plunder and squander the state's assets in billions of ringgit over the last 30 years.
"I believe that you, Karim, is one of the recent recipients of these loots whereby you were enjoying the financial shares of the land deals which you jointly owned together with the former PBB assemblyman for Semera.
"In return for your call to the police to investigate, I am also calling on the MACC, the Income Tax Department to immediately conduct an investigation as to how the land deal which Tabong Haji brought from both of you came about. I also request Inland Revenue Department to find out whether the personal income tax was paid by both of you as the amount is substantial. It is easily more than RM10 million," Salleh said.
So who is the real soldier of fortune here, he asked Karim.
In his tirade against MoCS and Siah yesterday, Karim has described the MoCS leader as a 'soldier of fortune' and a 'loner' and that the people should not listen to him.
"As far as I know Francis Siah, he is not a politician but a journalist by profession. He can work anywhere with his alert mind, writing skill and a computer. He does not need politics to survive, unlike Karim Hamzah who is dependent on Taib for his survival," said Salleh.
"As for him being a 'loner', let me tell the likes of Karim that Siah had travelled throughout the country to promote MoCS and its agenda for change for Sarawak. He is well received everywhere he goes and MoCS is gaining momentum among Sarawakians throughout the country.
"I was with Francis Siah in Kota Kinabalu last week and we met many Sarawakians in Sabah as well as prominent personalities in the state. We are encouraging the setting up of the Movement for Change, Sabah and the idea is well received by our friends in Sabah," Salleh revealed.
"Siah is not alone in MoCS. I and my supporters are with him and we will pursue MoCS's greater agenda for our state and people.
"To Taib and his bunch of shady characters like Karim, let me warn them that their days of plundering the state and blatant abuse of power are numbered. Sooner of later, they will have to face the wrath of the people," added Salleh. From MoCS report

PAS LENGGONG

Posted: 07 May 2011 07:07 PM PDT

PAS LENGGONG


Jamil Khir membohongi Bakal Haji

Posted: 06 May 2011 08:20 PM PDT

Dalam berita semalam dia menyebutkan surat PM kepada Raja Abdullah Arab Saudi untuk meminta tambahan 10,ooo jemaah haji negara.

Beranikah Jamil khir bersumpah seperti eskay dengan mengatakan bahawa jemaah haji malaysia tahun 2010 yang lalu hanya 26,000 sahaja seperti yang disebut dan dijaja oleh pegawai tabung haji semasaa kursus haji di masjid jami' lenggong?
Ada bukti menunjukkan yang mengerjakan haji dari Malaysia tahun 2010 telah ketanah suci dengan lebih 90 penerbangan. Kalau 1 penerbangan 400 orang maka bilangan jemaah haji dah mencecah 36,000. Kenapa Jamil yang kerjanya mengurus orang beribadat sanggup berbohong?
Rakyat meluat menyampah dengan pembohongan.
Tak perlu nak bawa surat PM. Boleh jumpa Menteri haji sahaja. Tapi kerana nak menipu seperti eskay menipu si Jamil Khir juga menipu.


Jamil Khir yang Akhir..



harap-harap..
Inilah golongan agamawan terakhir dalam UMNO..
Yang rela diperbodohkan oleh Presiden UMNO dan juak-juaknya..

Kenyataan Jamil Khir ni benar-benar membuka pekung sebenar fungsinya sebagai Menteri yang sepatutnya jaga hal Ehwal Islam.. bukan hal ehwal UMNO!

Yang si Eskay khurafat tu bersumpah dalam masjid hari tu..
Senyap la pulak... rasanya siap sokong lagik!!

Yang nie.. ehh??
Pandai pulak nasihat orang ye??

Ada jugak geng-geng Syeikh Azmi TERAS ni buat di luar masjid..
Yang Trio dato khurafat tu betul-betul depan mimbar!

Adehhh!!

budakbalun 06052011

Masjid bukan tempat luah rasa marah, kata Jamil Khir

May 06, 2011
Jamil Khir berkata ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid. — Foto Choo Choy May
SEPANG, 6 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.

Tegas Jamil Khir, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid.

"Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan," katanya mengulas mengenai Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara. - Malaysian Insider

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 07 May 2011 03:16 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MUHYIDDIN MABUK... MANA ADA ISTILAH KERAJAAN PEMBANGKANG?

Posted: 07 May 2011 07:40 AM PDT

Hari ini  Timbalan Perdana Menteri aka Kerajaan UMporNo mendakwa Kerajaan Pembangkang Kedah menghadapi masalah kewangan... Mana pernah wujud dalam mana-mana negara dunia ini istilah Kerajaan Pembangkang... dan jadi kerajaan... bukan le pembangkang... yang pembangkangnya UMporNO Kedah...   

"Nampaknya mungkin kerajaan negeri kedah tak ada banyak sumber, tak ada lain cara, nak kadar jauh lebih tinggi dari yang dikurniakan kerajaan BN. Itu harus jadi satu ikhtibar pada sesiapa saja, apa yang dibuat kerajaan barisan dan apa yang tak mampu dibuat oleh pihak kerajaan pembangkang." kata Muhyiddin Yassin,


Persoalan buat UUM? Ke mana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.

Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah.

Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.

'KRISTIAN AGAMA RASMI' - DAKWA SEGERA UTUSAN & PENULIS BLOG

Posted: 07 May 2011 06:59 AM PDT


KDN Hishamuddin sila dakwa segera UTUSAN & penulis Blog yang buat artikel yg boleh mencetuskan keamanan negara....Utusan & penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu.

Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan "selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa."

Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi." Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri.

AJARAN ISLAM HADHARI.. BERGAMBAR SEPARUH BOGEL UTK FILEM

Posted: 06 May 2011 09:52 PM PDT

Gambar terlondeh kain sampai ke pungggung di atas adalah milik seorang pelakon Nurul Ain Nordin untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap. Pelakon Melayu rupanya. Hebat!!!

Tajuk filem amat mengerikan bagi orang Islam kerana jika kubur seseorang itu sudah berasap tandanya sesuatu perkara buruk sedang berlaku kepada si mayat. Tapi tidak tahu bagaimanakah jalan cerita filem ini sehingga pelakonnya beraksi separuh bogel untuk filem tersebut.... bagaimana pemimpin begitulah rakyatnye...

Apa komen pak menteri kite... apa komen pak rais yatim.... ????

AJAL LEPAS BAGI NYAWA

Posted: 06 May 2011 09:08 PM PDT

PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata ketika kejadian, pantai berkenaan tiba-tiba dilanda air pasang menyebabkan tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Kemang lemas.

"Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka.

"Pengunjung lain yang menyedari kejadian itu turut berusaha menyelamatkan dua lagi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ.

Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD.

“Bila saya datang, ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,”

Posted: 06 May 2011 07:34 PM PDT

 Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajahnya dengan malam tadi menuduh Umno "memperbodohkan" rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui "pembohongan" semata-mata untuk berkuasa.

Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa di sini malam tadi, beliau berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. Anwar meramalkan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, sebelum bulan Ramadan.

"Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno," katanya secara berseloroh.

Seterusnya Ketua Pembangkang itu bertanya, mengapa apa pimpinan Umno cemas. "... sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.

"Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini.

Tegas Anwar (gambar), rakyat terutamanya orang Melayu "diperbodohkan" dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.

"Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.

"Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya," katanya.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah.

"Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes.

"Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh," katanya.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 07 May 2011 01:29 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Nasihat Pemimpin Umno Dulu, Sebelum Minta Penyatuan PAS Umno

Posted: 06 May 2011 09:05 PM PDT


Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.

Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.

Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.

PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 07 May 2011 01:26 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Ibu 'projek' rakan anak

Posted: 07 May 2011 11:50 AM PDT

CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat- Seorang ibu, Cathleen Miller(gambar) dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.

Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.

Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.

Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.

Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.

Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.

Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.

Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.

Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi

Kekasih pakai buang....Hiburan 24 jam

Posted: 07 May 2011 11:48 AM PDT


KUALA LUMPUR: Sebilangan gadis yang gemar berhibur dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain selama 24 jam pada hujung minggu sanggup menyerahkan maruah mereka semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dengan meneguk minuman keras dan mengambil pil khayal atau lebih popular dengan gelaran pil lendir oleh pengunjung kelab malam.

Dengan menggoyang kepala tanpa henti diiringi muzik bingit, mereka ternyata tidak mempedulikan ajaran agama yang melarang perbuatan maksiat.

Wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki tiga kaki kelab malam yang mengakui pernah berhibur lebih 24 jam dengan bantuan pil lendir. Ikuti pengakuan mereka:

ZARINA, 27: "HIBURAN 24 jam bukan asing bagi saya kerana sudah melaluinya sejak tujuh tahun lalu. Dadah jenis pil juga sudah sebati. Saya sememangnya menggemari hiburan namun kerana tidak mahu mengeluarkan belanja sendiri, saya hanya menanti pelawaan daripada rakan lelaki.

Pengambilan dadah adalah perkara biasa. Biasanya, saya menerima pelawaan daripada rakan meskipun kenalan yang hanya dikenali dari kelab malam yang dikunjungi.

Saya juga sering diberi pil dan syabu sebelum minum minuman keras. Semua itu bertujuan memberi tenaga supaya kami boleh berparti daripada malam hingga ke malam esoknya tanpa penat.

Malah, tidak kurang juga yang mengajak saya melakukan hubungan seks, lebih-lebih lagi ketika masing-masing dalam keadaan 'high'. Dalam keadaan di bawah pengaruh dadah dan arak, semua itu menjadi perkara biasa.

Bagaimanapun, hubungan seks yang dilakukan bersama pasangan menjadi perkara terakhir dilakukan. Bagi saya, berparti dan menari adalah agenda utama sebelum mengadakan hubungan seks.

Biasanya, saya akan mengunjungi sebuah kelab malam di sekitar ibu kota. Selepas ditutup pada jam 3 pagi, saya menuju pusat hiburan di sekitar Sunway yang beroperasi sehingga 8 pagi.

Tidak cukup dengan itu, saya dan pasangan serta rakan lain akan menyambung keseronokan itu di bilik hotel. Ia seolah-olah pesta buat kami sebelum masing-masing kepenatan."

NABILA, 29: "KESERONOKAN tidak hanya setakat di ibu kota, malah saya turut mencari hiburan di luar negara. Di sana, saya bukan setakat berhibur di pusat hiburan tetapi turut bebas berpesta di tepi pantai hingga keesokan hari.

Pesta yang dianjurkan di luar negara lebih meriah, malah keseronokan yang dicapai lebih memuaskan daripada pusat hiburan di sini.

Di luar negara, kami dapat berhibur di kelab malam dan berpesta di pantai tanpa perlu rasa takut. Dalam masa sama, keadaan di sana seakan-akan membuat kami bebas melakukan apa saja, termasuk mengambil dadah ketika menari.

Jika di sini, saya hanya mengunjungi beberapa pusat hiburan yang dibuka hingga lewat pagi. Sukar untuk mencari premis yang dibuka 24 jam. Walaupun ada, saya tidak berani mengambil risiko.

Ada masanya, saya juga berpindah dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain. Ini kerana saya ingin menyambung keseronokan itu apabila premis lain ditutup awal.

Saya pernah tidur dua hari berturut-turut akibat kepenatan selepas menghabiskan tenaga di pusat hiburan lebih 24 jam. Tubuh berasa sakit tetapi tetap melakukannya lagi apabila ada peluang kerana ketagih dengan keseronokan berhibur.

Bagaimanapun, ia cerita dulu. Kini saya tidak lagi terbabit dengan gejala sosial dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya," katanya yang berasal dari Selayang, Kuala Lumpur."

KHAIRI, 26: "SAYA mula menjejak kaki ke pusat hiburan sejak berumur 20 tahun ketika mula berjauhan dengan keluarga di Johor Bahru kerana menyambung pelajaran di ibu kota. Saya kini menjadi jemu dengan berhibur di satu tempat saja.

Sebab itu saya mula mencari pusat hiburan yang dibuka hingga keesokan hari. Untuk mendapatkan tenaga, saya berjinak-jinak dengan dadah jenis pil seperti Ecstacy dan Eramin 5.

Setiap kali ada kelapangan, saya akan berhibur di satu pusat hiburan sebelum bertukar ke tempat lain hingga mencecah lima tempat dalam tempoh 24 jam.

Selain berhibur, saya mencari keseronokan seks dengan mana-mana wanita yang ditemui di pusat hiburan. Saya akui, dadah dan air kencing syaitan adalah umpan terbaik untuk mendapatkan nikmat seks.

Sebahagian besar wanita tidak mahu mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli arak atau pil khayal terbabit, sebaliknya menanti pelawaan lelaki.

Saya sering menggunakan umpan itu, malah tidak kurang juga segelintir wanita yang datang mengenalkan diri kepada saya apabila melihat pelbagai minuman keras terhidang di atas meja," katanya.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang meminta pil khayal untuk meningkatkan lagi keseronokan. Namun, selepas berada dalam keadaan 'high', mereka menawarkan tubuh sebagai ganjaran.

Dadah terbabit tidak sukar diperoleh kerana ramai menjualnya di dalam pusat hiburan. Bagi kaki kelab malam, mereka mengenali siapa penjual di kelab itu. Jadi, tidak sukar untuk memperolehnya walaupun kadangkala ia dijual dengan harga mahal.

Kerana itu saya gemar 'melompat' dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain walaupun ia mengambil masa seharian kerana selain berhibur, dapat juga memuaskan nafsu."


Trend remaja buru keseronokan membimbangkan

KUALA LUMPUR: Ghairah menikmati keseronokan di pusat hiburan melebihi 24 jam dan sanggup menggadai maruah diri untuk mendapatkan pil khayal adalah sesuatu yang sungguh menggerunkan.

Gejala tidak sihat ini menjadi petanda betapa remaja hari ini kian lemas dengan aktiviti yang tidak bermoral.

Perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali, berkata mungkin setakat ini ia hanya terjadi di bandar besar, tetapi tidak mustahil boleh berjangkit ke kawasan pinggiran jika tidak dibendung segera.

"Ada remaja pernah memaklumkan kepada saya, mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan dan mahu mengubah tabiat buruk terbabit.

"Kerana itu saya katakan pola mencari keseronokan di pusat hiburan kini di tahap membimbangkan kerana ada yang tidak setakat minum minuman keras, malah mengambil bahan terlarang lain," katanya.

Menurut beliau, ada pula yang sanggup menggadai tubuh untuk berseronok dan ia sebenarnya bukan saja mendatangkan keburukan ketika itu, malah untuk masa depan individu berkaitan.

Katanya, remaja atau pengunjung yang sanggup berhibur melebihi 24 jam di pusat hiburan sepatutnya bermuhasabah diri memikirkan apa sebenarnya yang mereka cari dalam hidup.

"Kita boleh tuding jari pada pemilik pusat hiburan kerana menyediakan pelbagai hiburan melampau, tetapi dalam masa sama kita juga perlu salahkan diri sendiri jika terbuai dengan keseronokan sementara di sana.

"Setiap individu perlu memikirkan masa depan dan tidak mensia-siakannya dengan merosakkan diri sendiri. Jika sudah berhibur 24 jam, bagaimana dengan komitmen kerja, pelajaran dan sebagainya," katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau keluarga supaya jangan mudah melepaskan anak masing-masing hingga ada yang tidak pulang ke rumah dengan alasan mereka sudah dewasa atau tahu apa yang dilakukan.

Ini kerana ibu bapa serta keluarga punya peranan penting dalam membentuk, mengawal atau membuat keputusan apa yang baik untuk anak.

"Jangan beri kebebasan penuh pada anak remaja. Jika tidak dikawal, mereka mungkin menyalahgunakannya. Sentiasa kawal atau awasi yang mereka lakukan.

"Selain itu, remaja perlu ada jati diri yang kuat. Dalami agama dan dekatkan diri dengan perkara kebaikan kerana jika kita hanyut, sukar untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Pihak berkuasa juga digesa menggandakan usaha membanteras kegiatan pusat hiburan haram kerana jika dibiarkan, tidak mustahil lebih ramai lagi remaja yang bakal binasa.

Sementara itu, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata dalam teori psikologi, prinsip keseronokan dalam tubuh manusia menyebabkan seseorang itu mahukan perasaan terbabit pada bila-bila masa.

"Tidak mustahil bagi mana-mana individu untuk melakukannya hingga melampaui tempoh 24 jam kerana prinsip keseronokan terbabit menguasai dirinya.

"Kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja hatta menggadai maruah diri sendiri. Mungkin ada yang sedar perkara itu salah tetapi tetap tidak kisah asalkan keseronokan yang dihajati tercapai," katanya.

Gigitan asmara punca serangan sakit jantung

Posted: 07 May 2011 11:44 AM PDT

AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.

Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.

Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.

Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM

Kekasih sementara...Teman melancong dan melacur

Posted: 07 May 2011 11:42 AM PDT

HATYAI - Seorang lelaki warga Malaysia dikesan aktif menyediakan pakej hiburan istimewa kepada warga negara berkenaan yang berkunjung ke kota hiburan di sini, termasuk membekal gadis sebagai 'kekasih sementara' kepada pelanggannya untuk dijadikan teman melancong.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang dikenali dengan jolokan 'Siam King' di kalangan pelanggan tetapnya, dikatakan berasal dari kawasan selatan Semenanjung Malaysia dan mula menjalankan urusan berkenaan secara sampingan sejak mula berpindah ke wilayah utara, dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat, sebelum berpindah ke utara semenanjung, lelaki terbabit turut menjalankan urusan sama dengan menguruskan penyediaan gadis dari Batam, Indonesia sebagai kekasih sementara kepada pelancong Malaysia yang berkunjung ke sana.

Sumber polis Thailand, ketika ditemui berkata lelaki itu bertugas dengan sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di utara semenanjung dan pakej berkenaan diuruskannya sekadar untuk memenuhi permintaan rakan serta kenalannya yang ingin melancong ke Thailand, sambil berseronok.

Siam King, katanya, aktif keluar masuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand dengan menjadikan pintu masuk Padang Besar-Pekan Siam serta Bukit Kayu Hitam-Danok, sebagai laluan utama sejak dua hingga tiga tahun lalu.

"Berdasarkan rekod, lelaki itu masuk ke Thailand sekurang-kurangnya sekali sebulan. Malah, kadang-kala hampir setiap minggu dia mengunjungi pekan hiburan di sini, sama ada di Danok atau Hatyai, dengan motif utama untuk berhibur, sambil mencari stok gadis yang sesuai dibekalkan teman melancong.

"Kita percaya lelaki ini mempunyai ramai gadis Thailand sebagai kenalan, termasuk pemilik rumah urut di sini, untuk memudahkan urusannya itu. Semua gadis yang dibekalkan sanggup memenuhi tuntutan pakej disediakan termasuk khidmat seks, apatah lagi bayaran diterima cukup memuaskan.

"Malah, gadis teman melancong yang terdiri daripada gadis rumah urut dan gadis salun, itu juga sanggup untuk dibawa pelanggan sehingga ke Phuket atau Krabi bagi tempoh yang lama sehingga seminggu, bagi memenuhi tuntutan lawatan pelanggannya ke Thailand," katanya kepada Edisi Utara.

Mengulas lanjut pakej disediakan Siam King, sumber berkenaan berkata lelaki itu beroperasi secara bersendirian dan segala maklumat mengenai stok gadis miliknya disimpan di dalam telefon bimbit serta komputer riba miliknya.

Kebiasaannya, kata sumber itu, pelanggan Siam King bukan saja daripada kalangan anak muda serta lelaki bujang yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, malah ada di antaranya dikatakan sudah beristeri dan sering mengunjungi Thailand untuk berhibur.

"Siam King memberikan pilihan fleksibel kepada pelanggannya berpandukan kepada minat serta lokasi pelancongan yang dipilih. Malah, caj untuk perkhidmatan yang disediakan juga bergantung kepada bentuk permintaan pelanggan," katanya.

Sumber itu menambah, berdasarkan pakej disediakan, pelanggan hanya perlu menyatakan tarikh serta tempoh kunjungan ke Thailand dan lokasi penginapan diperlukan. Siam King kemudian akan menguruskan segala-galanya termasuk penginapan, malah gadis sebagai teman turut disediakan.

Beliau berkata, kebiasaannya Siam King akan menunjukkan gambar beberapa gadis yang boleh dijadikan teman untuk dipilih pelanggan, sebelum harga yang sesuai dirundingkan berpandukan kepada pakej yang diminta.

Paderi gelar hartawan sebagai 'syaitan'

Posted: 07 May 2011 11:40 AM PDT

HONG KONG - Seorang paderi Katolik Hong Kong, Thomas Law menggelar individu terkaya di negara ini, Li Ka-shing sebagai 'syaitan', beberapa minggu selepas hartawan itu mengumumkan hasratnya untuk menderma berjuta-juta dolar kepada golongan miskin.

Law mengeluarkan kenyataan itu selepas majlis Halloween hujung minggu lalu yang menyatakan bahawa syarikat pemaju di Hong Kong sebenarnya adalah 'syaitan' dan bukan 'hantu', lapor media tempatan.

Law mengeluarkan kenyataan itu selepas terdapat beberapa tuduhan yang menyatakan bahawa syarikat pemaju menipu saiz pangsapuri di bandar yang padat dengan penduduk ini, yang kini berjumlah tujuh juta orang.

"Jika Li Ka-shing datang ke majlis kita hari ini, sudah pasti ia akan menakutkan kita semua.

"Beliau (Ka-shing) adalah syaitan sebenar yang membunuh ramai orang," katanya.

Akhbar South China Morning Post hari ini melaporkan, Law berharap lebih ramai 'malaikat' akan berada di Hong Kong.

"Tuhan mendengar doa dan rintihan orang miskin. Namun, di kota kita ini, hanya orang kaya ada suara tetapi tidak orang biasa.

Ekoran kritikan pedas berkenaan, media tempatan menjangkakan Li akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan 'syaitan' itu.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat milik Li, Cheung Kong Holdings berkata, anak guamnya tidak akan berbuat demikian.

"Kami menyokong kebebasan bersuara. Tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab tanpa menjejaskan integriti seseorang," kata Ketua Strategi Korporat syarikat milik Ka-shing, Gerald Ma dalam sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Katolik hari ini. - AFP

Jadi terkenal selepas marah perogol

Posted: 07 May 2011 11:33 AM PDT

LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi

Bed Intruder Song...KLIK SINI

Ratu Bohsia...Layan siapa saja, muda ataupun tua

Posted: 07 May 2011 11:31 AM PDT


Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya 'diratah', termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki 'syaitan' terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.

"Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

"Saya puas kerana dapat mengenali ramai 'kaki rempit' berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya," katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk 'dipakai' secara beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

"Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

"Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.

"Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai," katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

"Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang 'dilahirkan' semula.

"Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku," katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.

"Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua," katanya.

Mangsa ditelanjangkan penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam

Posted: 07 May 2011 11:29 AM PDT



KUALA LUMPUR - Bukan saja diculik selama lebih empat jam malah seorang pengurus syarikat turut menempuh saat memalukan apabila ditelanjangkan tiga penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam menggunakan kamera dari pelbagai posisi.

Tindakan mengambil gambar bogel mangsa dilakukan suspek bertujuan menjadikan rakaman terbabit sebagai 'aset' untuk mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain dijadikan modal memeras mangsa membayar wang dari semasa ke semasa.

Sumber polis berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun memberhentikan keretanya berhampiran Stesen Bas Pekeliling, di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

"Mangsa yang ketika itu bersendirian dalam kenderaan bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali dipercayai warga Pakistan tiba-tiba meluru masuk ke dalam keretanya sebelum mengacukan parang.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengikut arahan dengan memandu ke arah Klang, Selangor. Mangsa tidak berani melawan berikutan suspek berulang kali mengacukan parang ke tubuhnya," katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian diarah masuk ke sebuah bangunan yang tidak dikenal pasti lokasinya sebelum 'disambut' tiga lagi lelaki.

"Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki ketika itu antaranya kamera video, lesen memandu, kad pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM200, telefon bimbit dan komputer riba.

"Mereka kemudian memaksa mangsa memberikan nombor PIN kad ATM terbabit sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke bank untuk mengeluarkan wang mangsa sebanyak RM800," katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jumlah wang diperoleh sebelum mengarahkan mangsa menghubungi kenalannya dan memasukkan wang RM1,000 ke akaun bank diberikan.

"Mangsa yang bimbang dicederakan terpaksa akur dengan arahan itu sebelum rakannya bersetuju membantu dengan memasukkan sejumlah wang diminta tidak lama kemudian.

"Suspek kemudian sekali lagi mengeluarkan wang itu. Sebaik mendapat wang itu, mangsa diarah berbogel sebelum gambarnya dirakam," katanya.

Menurutnya, suspek memberi amaran gambar bogel itu akan disebarkan menerusi Internet sekiranya mangsa membuat laporan polis.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk dan duduk di bahagian belakang keretanya sebelum memandu ke arah Lebuhraya Persekutuan.

"Tiba di satu kawasan, semua suspek turun dari kereta dan meninggal mangsa bersendirian. Mangsa kemudian pulang ke rumah tanpa membuat sebarang laporan polis," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek tiba-tiba menghubunginya semula kira-kira jam 10.30 pagi semalam dan mahu wang RM1,000 lagi.

"Suspek meminta mangsa memasukkan wang itu ke dalam satu akaun bank sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan.

"Mangsa yang tertekan dengan tindakan itu selain kerugian RM5,000 akhirnya mengambil keputusan nekad membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi," katanya.

Hukuman rejam sampai mati terhadap wanita dibatalkan

Posted: 07 May 2011 11:28 AM PDT


SAKINEH

LONDON - Pemerintah Iran semalam mengumumkan untuk tidak melaksanakan hukuman rejam sehingga mati ke atas seorang wanita negara itu, Sakineh Mohammadi-Ashtiani kerana melakukan perzinaan ekoran bantahan masyarakat antarabangsa, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan Republik Islam itu di London menjelaskan, berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa kehakiman di Iran, Sakineh yang berumur 43 tahun tidak akan direjam sampai mati.

Namun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada hukuman ke atas wanita tersebut akan diganti atau dia bakal digantung sampai mati.

Sakineh mengaku pernah berzina dengan dua lelaki pada 2006.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia, Amnesty Intenational menyatakan, wanita itu yang mempunyai dua orang anak, Farideh berumur 16 tahun dan Sajad berusia 20 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh sebuah mahkamah syariah di bandar Tabriz, di utara Iran pada Mei 2006.

Dia telah menjalani hukuman sebat sebanyak 99 kali ketika beberapa buah negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Britain merayu hukuman itu diketepikan. - Agensi

3 Artis Didakwa Murtad

Posted: 07 May 2011 11:19 AM PDT



SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

"Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta," kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

"Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu," katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya," kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

Bapa utama kelab bogel dari anak

Posted: 07 May 2011 11:17 AM PDT


WELLINGTON: Seorang lelaki yang meninggalkan anaknya berusia 18 bulan berseorangan di dalam kereta ketika dia memasuki sebuah kelab tarian bogel, semalam didapati bersalah atas tuduhan membiarkan seorang kanak-kanak tanpa penjagaan.

Wayne Ricardo Schwamm, 42, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Wellington dan didenda sebanyak NZ$200 (RM470).

Peguamnya berkata, Schwamm pergi ke kelab berkenaan untuk mengambil seorang rakan yang bekerja di situ.

Kanak-kanak itu yang mempunyai masalah jantung, dikunci di dalam dengan semua tingkap ditutup selama 40 minit sebelum seorang lelaki menelefon polis pada jam 3 pagi 13 April lalu.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan polis menemui Schwamm tidak lama kemudian di kelab bogel berkenaan, The Mermaid.

Jurucakap polis, Karen Vaughan berkata, kanak-kanak itu menghadapi masalah jantung yang akan membuatnya sukar bernafas jika cemas atau tertekan.

Menurut peguam Schwamm, tertuduh mahu mengambil rakannya di kelab berkenaan untuk berbincang mengenai masalah rumah tangganya, membabitkan ibu kanak-kanak itu.

Dia menunggu lebih lama kerana rakannya bekerja lebih masa.

"Schwamm tidak terbabit dengan fantasi di kelab berkenaan," katanya kepada mahkamah.

Kanak-kanak itu masih dibawa jagaan sebuah agensi kebajikan sebelum agensi itu berunding dengan anggota keluarganya yang lain mengenai masa depannya.

Aktres porno goda menteri Indonesia

Posted: 07 May 2011 11:13 AM PDT

JAKARTA: Bintang filem porno dari Norway, Vicky Vette(gambar), dianggap cuba menggoda Menteri Komunikasi Indonesia, Tifatul Sembiring(gambar kecil) apabila menawarkan beliau untuk berbuat apa saja pada tubuhnya.

Vette membuat tawaran itu di laman web Twitter dengan media Indonesia menganggap pelakon itu mengikuti perkembangan berita isu Tifatul berjabat tangan dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, baru-baru ini.

Tifatul yang bersungguh-sungguh cuba melawan unsur pornografi di Indonesia juga sudah lama menyatakan bahawa beliau tidak akan berjabat tangan dengan wanita bukan muhrim.

Tetapi, Tifatul dilihat berjabat tangan dengan Michelle ketika menyambut isteri Presiden Amerika, Barack Obama, di lapangan terbang.

Berikutan kontroversi itu, Vette menulis pesan dalam akaun Twitternya: @tifsembiring Come to the USA and shake anything you want :)

Pelakon porno itu juga berkata, Tifatul boleh menyentuhnya sekalipun di depan orang ramai.

Hmmm, saya ingin menjadi orang yang berguna juga bagi Menteri Komunikasi Indonesia! Adakah anda suka melakukannya dengan cepat, perlahan, genggam erat atau menggunakan kedua-dua belah tangan? tambahnya lagi dalam komen terbaru di Twitter.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PKS, Anis Matta, membidas pihak yang cuba menghina Tifatul sedangkan ada isu lain yang lebih penting bagi penduduk Indonesia.

Perbincangan dan kritikan mengenai isu berjabat tangan ini perkara remeh. Mengapa tidak kita berbincang perkara lebih penting daripada lawatan Obama, katanya.

Anis berkata, penduduk Indonesia sepatutnya mempersoalkan mengapa kunjungan Obama tidak membawa sebarang faedah kepada negara terbabit.

Beliau membandingkan lawatan Obama ke India apabila pemimpin Amerika itu memeterai perjanjian perdagangan bernilai AS$10 bilion (RM32 bilion) dengan negara terbabit.- Agensi

Pekerja tengok gambar bogel jadi popular

Posted: 07 May 2011 11:10 AM PDT


Gambar Miranda Kerr

SYDNEY - Seorang ahli perbankan Australia, David Kiely yang menjadi popular di Internet kerana dia melihat gambar bogel model Miranda Kerr pada skrin komputer semasa rakannya diwawancara menerusi siaran langsung berita Channel 7, tidak akan dipecat, kata Bank Macquarie dalam satu kenyataan semalam.

"Dia akan kekal menjadi kakitangan Macquarie. Macquarie dan kakitangan meminta maaf berhubung sebarang kesalahan yang mungkin telah berlaku," kata bank tersebut.

Kiely membuka e-mel pada Selasa lalu yang mengandungi gambar Kerr tanpa menyedari seorang rakannya sedang diwawancara secara langsung mengenai ekonomi Australia.

Wawancara itu disaksikan oleh ratusan ribu orang tetapi Kiely kemudian membuka semula maklumat mengenai ekonomi pada skrin komputer dan memandang ke arah kamera sebelum wawancara tersebut berakhir.

Kejadian itu menjadi sensasi di laman perkongsian YouTube.


Gambar menunjukkan Kiely melihat gambar bogel Kerr semasa rakannya (kanan) diwawancara oleh rangkaian Channel 7 di Sydney.

 
Keputusan untuk tidak memecat itu dibuat selepas Kerr membuat kenyataan bahawa Kiely tidak sepatutnya dipecat kerana melihat gambarnya.
"Saya diberitahu ada satu petisyen bagi menyelamatkan Kiely dan saya pasti akan menandatanganinya," kata Kerr.

Pelajar Lelong Dara RM218,062

Posted: 07 May 2011 11:07 AM PDT

LAMAN web Yantra mempamerkan lelongan dara milik pelajar berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle.

AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

Batu Gajah Mari

Posted: 07 May 2011 11:09 AM PDT

Batu Gajah Mari


che'GuBard pejuang sejati!!!

Posted: 07 May 2011 04:06 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQsN7hNzdHZA_d4nConMqx8fYG1YHXLt2ZsaTPtdMb9r9yuU-oT_C3yGemIDGZ-BkDO_mw430_qIPAXAQzn9vaCmGtJ1IKjYpC_ymeW1IDr3QTjCZEIpVaZsZNGmdpfzbQzEHPbGX_KUkF/s1600/bardbdh.jpg

Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar- che GuBard

1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR.

2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau ,ahli seumur hidup PKR.

3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggalkan rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana UMNO memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program.

4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan.

5. Di kesan antara puncanya ialah berita di TMI yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti.

6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisan Aspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya.

7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.

8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ?

9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa.

10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang BN dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan.

11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti.

12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah.

13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung dan menyamar dengan nama 'sumber'.

14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak.

15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang.

Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya.

16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu.

Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu.

Sumber:http://chegubard.blogspot.com/

Seminar Maqasid Syari'ah beri ilmu berguna kepada ahli

Posted: 07 May 2011 04:02 AM PDT

SHAH ALAM, 7 Mei:- PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat menganjurkan satu Seminar Maqasid Syari'ah yang diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS di sini.

Peserta Seminar sekitar 700 orang adalah terdiri dari AJK Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, ADUN-ADUN , wakil badan Perhubungan Negeri, Wakil PAS Kawasan dan wakil Ngo dari seluruh negara.

Program yang akan berlangsung sehingga jam 2.00 petang itu dihadiri oleh Presiden PAS, YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebangai pembentang utama kepada kertas kerja bertajuk Maqasid Syari"ah.

Selepas Pembentangn kertas kerja tersebut akan diulas oleh dua pengulas iaitu oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato' Ustaz Haji Harun Taib dan pengulas kedua pula ialah Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan And Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.













Tok Guru Presiden menyampaikan ucaptama




Batu Gajah Mari




antara pimpinan yang hadir




Ustaz Azizan menyampaikan kertas kerja


pemuda PAS Perak




antara peserta seminar ini, YB Khalid Samad


Tranugkite


Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Harun Taib menyampaikan kertas kerja




wakil daripada PAS Batu Gajah, Ustaz Munir Ali bertan


Tok Guru menjawab petanyaan peserta

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 May 2011 09:47 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Posted: 07 May 2011 02:21 AM PDT



Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 07 May 2011 09:34 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Panas: Utusan Terus Jadi Alat UMNO BN, Tuduh DAP Pula Berpakat Dengan Paderi-Paderi Untuk Jadikan Kristian Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Posted: 07 May 2011 05:28 AM PDT

Justify Full

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (foto) berang dengan laporan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'. Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog pro-Umno, Utusan sanggup "membakar 1Malaysia" dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini. "Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang," kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. "Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?" Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu Perdana Menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu. Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan "selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa." Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Utusan Sebar Fitnah Berdasarkan Skrip UMNO BN

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi." Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri. Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain. "Ini permainan politik orang yang terdesak," kata Lim sambil menambah, "dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja". Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai "tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia." Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah. Menurut mereka, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya. "Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau tukar agama rasmi negara," kata mereka. malaysiakini

[Apa yang disajikan kepada kita ini jelas sekali sungguh memalukan sebenarnya. Selepas mereka nampak jalan buntu dengan isu liwat dan video seks kini mereka cuba mengalih isu kepada soal perkauman dan agama pula. Ternyata UMNO BN kini semakin takut dengan DAP, lantaran itulah mereka melakukan apa saja bagi tujuan menghakis sokongan rakyat terhadap parti yang semakin diterima itu. Bermula dengan tuduhan DAP sebuah parti perkauman (rasis) dan sebagainya, kini mereka mainkan pula isu mahu tukar agama rasmi negara. Bukankah, sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa agama rasmi negara ialah Islam, malah Perdana Menteri juga dari kalangan orang Melayu. Maka bagaimana DAP boleh disalahkan mahu mengubah agama rasmi negara?. Utusan Malaysia kini semakin biadap dan wajar ditentang habis-habisan oleh rakyat. Jika tidak ia akan terus meracuni minda mereka dulu, kini dan selamanya. Senario ini menunjukkan kepada kita Pilihan Raya Umum Ke-13 kini semakin hampir].

PRU13 AGENDA UTAMA

Posted: 07 May 2011 05:26 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1432 H | 7 Mei 2011


GOMBAK, 7 Mei:
Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.


"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.


"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya.


"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) ke-28, dekat sini, hari ini.


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata, muktamar kali ini juga harus memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.


"Bagaimana kita nak perkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat? Kita tak mahu kita hanya menumpang tapi kena bersama menerajui perubahan dan kepimpinan dalam Pakatan.
Ini cabaran besar kerana terdapat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama dan melibatkan hukum yang merupakan cabaran kepada pemimpin-pemimpin PAS," katanya.


Menurutnya juga, PKR dan DAP akhir-akhir ini turut menerima serangan yang teruk daripada BN dan PAS sebagai parti Islam pula sering diserang berkaitan pendekatan Islam yang dibawa.


"Kita lihat sekarang cabaran dalam PKR, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kena serang teruk dengan beberapa ahli lompat parti.
DAP pula berhadapan dengan cabaran untuk meluaskan pengaruh untuk keluar daripada orang Cina sahaja.


Jadi PAS dilihat dalam pendekatan agama. Kita tak nak lihat pendekatan agama dalam konteks yang negatif.
Kita tak tegaskan agama yang PAS bawa bukan tertutup tapi agama sebagai rahmat kepada seluruh alam samaada kepada orang Islam atau bukan Islam.


Kita kena terjemahkan supaya orang bukan Islam tidak melihat PAS ini sebagai ancaman. Tapi kalau pendekatan PAS sendiri agak tetutup, menyebabkan mereka salah anggap terhadap PAS," katanya juga.


Pasca PRN Sarawak
"Ada orang cuba kaitkan kekalahan PAS di Sarawak kerana dasar Islam yang kita bawa tapi kita bantah. Kita dapat dokongan daripada orang Kristian. Mereka bawa kita ke rumah panjang dan bersama-sama kita dalam kempen. Jadi kita tak ditolak kerana agama.

"Ini yang perlu kita yakinkan masyarakat dan PAS perlu bersama dalam arus perubahan politik negara," katanya. - Harakahdaily

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 07 May 2011 09:30 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


CHECK THIS OUT: fact or fake?

Posted: 06 May 2011 09:23 AM PDT

Untuk membuat kenyataan sebegini berat untuk ditanggapi minda orang biasa, memerlukan analisa fakta-fakta dengan berbekal kemahuan tinggi untuk mengetahui kebenaran.Bukan dengar satu sumber sahaja. Perlukan kemahiran dan sedikit latihan untuk memahami isu-isu politik. Perlu rajin mengkaji, membaca, merujuk, bertanya, berbincang dan berdiskusi ilmiah dengan fikiran terbuka. Tanya kepada veteran.Kenalpasti ciri-ciri penipu dan pembelit fakta.........bila sudah buat 'kerja rumah'
Nilai sendiri yang mana benar yang mana topeng berwajah manis.
Jangan tipu diri sendiri.Istikhorah...bila sudah nampak kebenaran tinggal segera yang batil dan wajib sokong yang benar.

Umno musuh nombor 1 negara
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
"Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.
Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.
"Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.
Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.
"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara," ujarnya.

KHIDMAT MERU

Posted: 07 May 2011 09:06 AM PDT

KHIDMAT MERU


Posted: 07 May 2011 04:52 AM PDT

PAUTAN DARI BLOG MERAHTINTA(MSO)
Satu Dekad Mencurah Bakti


DIAM tidak diam Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) telah berusia 10 tahun. Dalam waktu satu dekad itu yayasan ini telah melangkaui hampir seluruh benua dalam mencurahkan khidmat bakti membantu mereka yang tidak bernasib baik dan memerlukannya. Tanpa riuh randah dan hebahan Amal Malaysia selalu membawa delegasi dan misi ke serata lokasi di mana saja manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan kemanusiaan.

Berbunyi saja loceng kecemas tidak kira di mana saja, delegasi Amal Malaysia akan bergegas dengan penuh kesedaran dan keinsafan atas amanah bergerak untuk memberi bantuan. Para sukarelawaannya akan sedia meninggalkan orang tersayang di rumah demi menyelamatkan makhluk sesama insan.

Dalam tempoh itu Amal Malaysia telah mengibarkan bendera kemanusiaan Malaysia ke nun jauh di timur di Kwan Yen Cina, timur Kharton dan Kassala di Shara, Afrika. Pengembaraan Amal Malaysia ini bukan saja berhenti di situ, mereka sedang membuat persiapan untuk menghantar misi kemanusiaan jauh ke Timur, di Jepun dan jauh ke Barat di Benghaji di Tripoli Libya tidak lama lagi.

Paling merujakan kadang kala ketibaan para sukarelawan Amal Malaysia ini di lokasi-lokasi di mana manusia memerlukan bantuan medahului dari Ngo-Ngo yang lebih besar dan bertenaga dari mereka. Inilah kepantasan dan semangat yang ada kepada sukarelawan Amal Malaysia ini. Mereka bergerak tanpa mengira sempadan dunia dan memberi bantuan tanpa melihat warna kulit, agama dan fahaman politik. Bagi mereka sesiapa juga asalkan manusia perlu dibantu.

Saya sendiri penah dua kali terserempak dengan delegasi yayasan ini. Pertama sewaktu berlakunya tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan ketika gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia dua tahun kemudian.

Semasa di Yogjarkata saya sungguh kagum melihat penglibatan para delegasinya. Mereka bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan seperti makan dan minum serta pakaian tetapi juga turut membawa paramedic dan beberapa orang doktor membantu memberi rawatan kepada mangsa. Mereka juga membantu memasang khemah perlindungan sementara dan sanggup berembun dan berhujan dengan mangsa gempa bumi.

Demikian juga penglibatan mereka di Aceh. Bantuan mereka bukan saja terhenti selepas beberapa tahun selepas tsunami itu tetapi batuan kemanusiaan itu berterusan sampai kini. Amal Malaysia masih meberi peduli kepada nasib rakyat Aceh yang membutuhkan bantuan ekoran tragedi berkenaan. Untuk itu yayasan ini juga telah membangunkan sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim di mana seluruh kos perbelanjaannya ditanggung atau diusahakan oleh yayasan berkenaan.

Seperti dikatakan tadi penglibatan Amalan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan bukan saja terhadap di rantau Asia sahaja, tetapi seluruh dunia. Di mana saja ada bencana dan kecelakaan alam, di mana saja ada manusia yang menangis dan merintih memerlukan bantuan, yayasan ini dengan segala kudratnya akan bergegas, melaksanakan misi tanggungjawab dan amal mereka seperti mana dituntut oleh agama - beramal kerana Allah.

Sesuatu yang paling manis buat yayasan ini, rombongan mereka juga turut sama terlibat dalam membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza bersama kapal Mavi Marvara yang ditahan oleh Isreal. Orang kuat yayasan ini sendiri Jamaludin Elias hampir-hampir kehilangan nyawa apabila kapal dinaiki itu ditahan dan ditembak oleh askar Israel serta menyaksi sendiri akan kekejaman Israel dalam menindas rakyat Palaestin.

Pagi tadi telah berlangusng mesyuarat agung perwakikan dwi tahunan yayasan berkenaan bertempat di Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Bangi Selangor. Sesungguhnya kalau saya tidak hadir ke mesyuarat berkenaan saya tidak tahu akan keupayaan dan juga segala aktiviti yayasan ini. Terkejut juga saya kerana Amal Malaysia disokong bukan saja oleh pelbagai glongan profesional tetapi turut sama disokong oleh beberapa wakil rakyat, antaranya Dr Rani Othman, Dr Halimah Ali Abdullah, Mohd Zaki Ibrahim, Shafei Salleh, bekas Ahli Parlimen Jeli, Apndai Mohamad dan lain-lain.

Lebih 200 orang perwakilan dari seluruh negara hadir pada mesyuarat pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang juga penasihat yayasan berkenaan. Penglibatan Khalid dalam Amal Malaysia ini tidak ramai yang mengetahuinya, di mana beliau dilantik menjadi penasihat sebelum beliau jadi Menteri Besar Selangor lagi.

Segala macam aktiviti yayasan dan penglibatan mereka dalam misi bantuan kemanusiaan dipapar dalam mini pameran kecil di perkarangan pusat dakwah berkenaan sempena mesyuarat itu. Dari situ menyerlahkan akan peranan yayasan ini sebenar, bessar dan mereka bekerja memberi bantuan kebajikan seolah tidak mahu diketahui orang sesuai dengan marfum sebuah hadith mengatakan, kalau kita hendak melakukan kebaikan biarlah secara diam umpama tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu.

Ternyata aspirasi yayasan ini bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang melarat ditindas, tetapi yayasan ini juga turut berperanan lebih luas dari itu memainkan peranan sebagai badan dakwah. Amal Malaysia juga telah mengagaskan sebuah pusat dakwah guna menyediakan kader yang akan membawa risalah Allah ke seluruh alam.

Tanpa sesiapa sedari, pusat dakwah berkenaan telah pun wujud dan kini kumpulan pertama sudah pun bermula. Kumpulan pertama ini terdiri dari saudara baru yang berasal di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pasukan pelajar petama akan berakhir pada bulan Ogos depan dan kumpulan kedua akan mulai masuk September depan. Begitu mengkagumkan selain daripada pelajar ini dilengkap dengan asas-asas dakwah tetapi mereka juga dibekalkan dengan ilmu untuk mengurus diri berupa asas-asas dalam bidang pertanian.

Sesuai dengan kemajuan yang dicapainya Yayasan Amal Malaysia ini berhasrat untuk memperluaskan bidang pengajian ini dengan waktu ini sedang mengagaskan untuk menubuhkan sebuah bangunan sendiri bagi dijadikan pusat dakwah bekenaan. Tanah seluas empat ekar sudah pun diperolehi dan pembinaan kompeleks bernilai RM10 juta akan bermula bila-bila masa saja.

Tanhnia dan syabas diucapkan kepada Yayasan Amal Malaysia. [wm.kl.5:45 pm 07/05/11]

HALAQAH MURID-MURID AL-MARHUM USTAZ HJ.HAMBALI

Posted: 06 May 2011 11:43 AM PDT














Antara perkara yang menjadi kebanggaan penduduk Meru ialah lahirnya ramai ulamak dan kiyai yang telah berjasa kepada agama dan tanahair yang telah mencorak halatuju penduduk Meru secara keseluruhannya.


Antara tokoh terkemuka yang telah mencipta nama ialah Al-Marhum Tuan Hj.Hambali Abdul Salam yang merupakan seorang alim yang amat disegani semasa hidupnya.


Beliau bukan sahaja boleh berkhutbah tanpa teks tetapi kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya ialah beliau boleh berbahasa Arab dan menjadi guru Al-Quran yang sungguh berkaliber dan menjadi rujukan bukan sahaja oleh para-para ustaz tetapi juga dari guru-guru Al-Quran yang lain di seluruh Selangor.


Satu halaqah pengkhataman pembacaan Al-Quran telah diadakan diMasjid AsSyariff Meru telah diadakan dan disempurnakan oleh anak-anak murid Al-Marhum sendiri.


YB Dr Rani merupakan salah seorang anak murid yang telah tamat bertalaqi Al-Quran selama 3 tahun dihadapan beliau.


Semoga Allah swt mengampuni kesalahan beliau dan menggolongkan Al-Marhum Ustaz Hambali bersama-sama mereka yang mendapat keredhaanNya.









i n t a n h i j a u

Posted: 07 May 2011 07:35 AM PDT

i n t a n h i j a u


BANJIR DI KG. CHANGKAT JONG - ADUN BERI SUMBANGAN

Posted: 07 May 2011 05:13 AM PDT




TELUK INTAN, 5 Mei - Hujan yang lebat telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Teluk Intan telah dinaiki air. Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir ialah Kg. Changkat Jong sehingga menyebabkan 22 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di SK Changkat Jong.

Namun begitu, masih terdapat kira-kira 30 keluarga lagi yang masih belum berpindah. Oleh itu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah mengambil inisiatif sendiri meninjau serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Dengan kerjasama PAS Cawangan Batu 9, Changkat Jong, YB Anuar telah dibawa meninjau sendiri kawasan banjir serta telah menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga. Dengan menaiki motosikal dan lori, YB Anuar dan Ketua Cawangan PAS Sdr. Salleh Ibrahim serta Unit Amal dan pemuda telah menyampaikan sendiri sumbangan dari rumah ke rumah.

Menurut Sdr. Salleh, sumbangan yang disampaikan oleh ADUN Changkat Joong adalah berupa barangan makanan seperti beras, gula, telur dan sebagainya.

Pada sebelah malamnya, YB Anuar Sudin dan pembantu khasnya Tn. Hj. Mohamed Akram telah meluangkan masa melawat ke pusat pemindahan mangsa banjir di SK Changkat Jong.

(Pada hari ini, 7 Mei 2011 diberitakan pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup pada tengah hari tadi dan semua mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing.)

intanhijau.blogspot.com

Landskap Siasah

Posted: 07 May 2011 07:14 AM PDT

Landskap Siasah


Jawapan terhadap hujah sumpah Aisyah

Posted: 07 May 2011 07:07 AM PDT


Jawapan saya terhadap hujah sumpah Aisyah

http://www.anwaraidc.com/?p=10627&cpage=1#comment-13843

jawapan saya terhadap hujah pihak di atas

Yang saya faham istilah demi Allah adalah uruf bagi masyarakat mekah malah yang bukan islam juga menggunakan istilah itu seperti Abu jahal dan sebagainya. istilah Demi Allah yang Aisyah guna bukannya suatu sumpah pertahankan diri kerana sumpah dalam bab Lian perlu kedua-dua pihak suami dan isteri. Dalil yang anda gunakan tidak tepat.

OSAMA LADEN MENINGGAL DUNIA

Posted: 06 May 2011 08:19 AM PDT

OSAMA LADEN MENINGGAL DUNIA

GAMBAR PALSU KEMATIAN OSAMA TAHUN 2009 (TENGAH) DAN SKRG-GAMBAR SEBENAR BELUM RELEASE LAGI DISEBABKAN LEBIH NGERI

1. Osama Laden sudah meninggal dunia ditembak komando Amerika Syarikat (AS).

2. Saya tidak pernah percaya dengan kewujudan "watak" Osama Laden kerana semasa saya berada di Quetta dan Chaman, dua bandar sempadan yang terletak di sempadan Afghanistan/Pakistan. Warlord-warlord Taliban dan pihak Perikatan Utara di situ mengaku tidak pernah tahu dan kenal akan Osama.

3. Mereka sendiri ketawa dengan kewujudan Osama malah di bandar-bandar yang penuh dengan pejuang mujahidin, tidak ada langsung "Demam Osama" macam yang kita lihat di Malaysia.

4. Saya sempat juga bertemu dengan Menteri Petroleum Afghanistan ketika itu, beliau memberitahu Osama tidak wujud dan memberitahu secara lengkap pelan penjajahan AS di Afghanistan dan beberapa lagi negara Arab. Pelan itu benar-benar terjadi sekarang ini.

5. Antara pelan itu, AS sebenarnya mahu menguasai minyak di Afghanistan.

6. Selepas saya balik Malaysia, negara benar-benar dilanda demam Osama. Rasa lawak pun ada tetapi saya tidak berani nak buat andaian keterlaluan kerana kita sendiri pun tidak tahu Osama ini memang wujud secara individu atau wataknya sahaja yang terzahir.

7. Orang Melayu memang mudah dipusingkan pemikiran mereka, dahulu, kawan-kawan saya menuduh saya ini anti-Islam kerana tidak mahu menyokong Saddam Hussein.

8. Buat apa saya nak sokong Saddam, beratus ribu nyawa Saddam termasuk perempuan dan kanak-kanak dikorbankan dengan penggunaan senjata kimia ke atas penduduk Iran dan Kurdistan.

9. Tup tup!! selepas AS mahu menyerang negaranya, barulah Saddam yang dahulu menjadi sahabat AS tersedar bahawa dia sudah dipermainkan oleh kuasa besar itu dan sejak itu juga mengubah bendera Iraq dengan meletak tulisan Allah dan Muhammad pada bendera negara tersebut.

10.Lepas itu boleh kaitkan kebangkitan Islam dengan Saddam, akhirnya bila tentera Saddam berkecai menyerah diri beramai-ramai pada AS, seorang pun tak berani buka mulut bincangkan isu itu.

11.Kalau kita lihat dari segi teori konspirasi, orang kata Osama ini adalah agen CIA sendiri yang kononnya nama sebenar beliau adalah Tim Osman.

12. Mungkin Osama memang Tim Osman, hanya AS sendiri yang tahu.

13. AS mampu mewujudkan pelbagai watak malah dalam tahun 80an, saya pernah terbaca satu rencana di akbar Mingguan Malaysia mengenai rancangan AS untuk mewujudkan Imam Mahadi palsu.

14. Imam Mahadi palsu ini akan memesongkan umat Islam yang beranggapan bahawa memang dialah penyelamat akhir zaman yang ditunggu, kewujudan Imam Mahadi palsu dendangan AS ini akan dibantu dengan teknologi satelit.

15. Bagaimana satelit itu digunakan, tidaklah saya ingat kerana saya masih masih kecil ketika itu.

16.Mungkin Osama ini wujud secara individu, mungkin dia memang seorang pejuang tetapi dia bukanlah arkitek kepada kemusnahan World Trade Centre di New York pada 11 Sept, itu sudah pasti.

17.Mungkin Osama ini merupakan agen CIA yang menyelinap masuk ke dalam kelompok pejuang Mujahidin sebagaimana Lawrence of Arabia mencampurkan diri ke dalam puak-puak bangsa Arab untuk menghasut mereka menentang kerajaan empayar Turki Ottoman semasa perang dunia pertama dahulu.

18.Saya secara peribadi memang tidak pernah percaya pada watak Osama Laden, kalau ada sesiapa yang mahu membela Osama, silakan…

19.Jika Osama sebenar masih hidup dan memang benar seorang individu, lelaki tersebut sudah pasti membuat celahan dalam keributan sekarang ini bahawa beliau masih bernyawa dan dakwaan menyatakan beliau mati oleh Presiden AS, Obama adalah palsu.

20.AS sudah pasti mengetahui mengenai siapa sebenarnya Osama, lantas tidak berkira-kira lagi untuk membuka kad terakhir empayar tersebut, "OK cukup, rasa-rasa sudah sampai masa untuk kita matikan watakkan Osama. Ekonomi kita pun tengah goyah, kalau dunia tahu kematian Osama, nilai mata wang kita akan naik mendadak selepas jatuh beberapa lama…sudah nak bangkrap negara kita ini".

21.Memang benar, sebaik sahaja pengumuman kematian Osama, nilai dollar AS mendadak naik. Habis duit kawan-kawan saya yang main forex kerana berita kematian Osama ini.

22.Atau pun mungkin, Osama sebenarnya sudah lama mati sejak beberapa tahun lepas tetapi AS merahsiakan kematiannya untuk kegunaan pada satu masa yang sesuai.

23.Yang anehnya, agensi perisikan Pakistan (ISI) sendiri tidak diberitahu mengenai operasi ini dan mayatnya dibuang ke laut. Jadi sehingga sekarang tidak ada sumber sahih dari pihak kedua atau ketiga, semua sumber mengenai Osama hanya datang dari AS sendiri semata-mata.

24.Sekarang terserah, kematian Osama akan membawa fokus AS ke rantau Asia Tenggara atau pun Venuezela.

(AS sendiri boleh wujudkan peristiwa 9 11, setakat nak wujudkan watak Osama, lagilah kacang)

Tambahan : Osama mungkin wujud cuma wataknya ditokok tambah AS. Bak Kata orang Osama ini dijadikan kambing hitam AS lah. Apa pun, saya berdoa jika beliau wujud, semoga roh beliau diletakkan bersama orang-orang Mukmin

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 07 May 2011 03:22 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pakatan tekad pertahan Selangor

Posted: 06 May 2011 07:14 PM PDT


Ust Idris Ahmad menyatakan bahawa Pakatan Rakyat bertekad mempertahankan Selangor dan negeri-negeri yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 lalu dan akan berusaha juga untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.

Ketua penerangan PAS berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.

"PAS hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?

"Apakah amalan zalim (jika) warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?" soalnya dalam satu kenyataan akhbar.

Najib ketika berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, malam Khamis lalu menggesa anggota Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu.

Beliau yang juga presiden Umno juga berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas... Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," kata perdana menteri.

Sehubungan itu, Idris juga meminta BN menjelaskan apakah amalan zalim yang dilakukan di Selangor sedangkan setiap bayi yang dilahirkan, keluarga mereka mendapat RM100.

Katanya PAS menasihatkan Najib supaya berterus terang kepada rakyat Selangor bahawa memberi kembali Umno BN mandat untuk memerintah Selangor semula adalah supaya pemimpin Umno dapat membaham khazanah negeri.

Ini kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek.

"Beri tahu kepada rakyat Selangor jika Umno perintah Selangor, kami (pemimpin Umno) akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 07 May 2011 03:16 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


DPPNS tetap mahu Dato Seri Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

Posted: 06 May 2011 04:06 AM PDT

SHAH ALAM  6 Mei 2011 – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri Selangor dari tahun ke tahun.


Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM 124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010. Manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM 732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus.


Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, disamping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini.
Ini termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan Selangor antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.


Ini juga disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan.


DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di Negara ini dan kita menuntut politik Hujah dan apa yang berlaku kepada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.


Mohd Sany Hamzan
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Sesi 2011-2013

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 May 2011 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Seminar Maqasid Syari'ah di Shah Alam.

Posted: 06 May 2011 07:04 PM PDT

Presiden PAS, YB. Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sedang membentangkan kertas kerja bertajuk Maqasid Syari'ah.







03 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 7 Mei:- PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat menganjurkan satu Seminar Maqasid Syari'ah yang diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS di sini.

Peserta Seminar sekitar 700 orang adalah terdiri dari AJK Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, ADUN-ADUN , wakil badan Perhubungan Negeri, Wakil PAS Kawasan dan wakil Ngo dari seluruh negara.

Program yang akan berlangsung sehingga jam 2.00 petang itu dihadiri oleh Presiden PAS, YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebangai pembentang utama kepada kertas kerja bertajuk Maqasid Syari"ah.

Selepas Pembentangn kertas kerja tersebut akan diulas oleh dua pengulas iaitu oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato' Ustaz Haji Harun Taib dan pengulas kedua pula ialah Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan And Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Jihad perangi rasuah omong kosong Umno BN

Posted: 06 May 2011 06:42 PM PDT

03 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 7 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi.

"Rakyat tidak akan lupa dengan bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan," kata Idham ketika ditemui di sini.

Tambahnya, BN berbohong kepada rakyat untuk berusaha memerangi amalan rasuah dengan jihad dan mengaku ia merupakan prioriti BN sedangkan ianya adalah omongan kosong semata-mata.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan rakyat perlu didedahkan dengan rasuah besar yang berlaku dalam negara oleh BN di mana perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbilion dollar itu dimeterai oleh Datuk Seri Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

"Pembelian dua kapal selam itu jelas wujud elemen rasuah, dan hingga hari ini Najib masih belum membersihkan namanya dari tuduhan kemungkinan wujud rasuah berjumlah RM520 juta untuk dua kapal selam tersebut," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Umno BN adalah sinonim dengan amalan rasuah yang diketahui umum oleh rakyat, tetapi bersorak kepada rakyat bahawa mereka pejuang sejati menentang rasuah.

Beliau menambah, walaupun tidak dinafikan tindakan dilakukan kepada pengamal rasuh namun biasanya yang akan ditangkap kemudian dibicara adalah rasuah yang bernilai ribuan ringgit.

"Amat malang di negara ini apabila kes rasuah yang melibatkan pemimpin dalam BN bernilai ratusan juta dibiarkan begitu sahaja.

"Saya yakin rakyat tidak semudahnya boleh menerima pembohongan dari pimpinan tertinggi negara dalam isu ini. Rakyat perlu bijak menilai perbuatan pemimpin BN yang sentiasa berlakon dan berhelah untuk menipu rakyat," ujarnya

Muktamar PAS Tahun 2011 - Pemilihan

Posted: 06 May 2011 02:00 AM PDT

02 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ada yang bertanya saya berhubung pemilihan yang akan diadakan semasa Muktamar tahun ini. Mereka bertanya, "Atas dasar apa perlu kami memilih dan siapa patut kami sokong?" Saya menjawab secara umum, "Pilih yang boleh menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan tersebut".

Seperti yang sering diingatkan, jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan. Atau dalam istilah yang digunakan Ketua Pemuda PAS Pusat, 'takhlif laa tasyrif'. Ini bermakna, kita pilih seseorang itu dengan tujuan utama supaya dia memainkan sesuatu peranan, bukan sebagai pengiktirafan terhadap kehebatan dirinya. Ini adalah lebih-lebih lagi sekiranya jawatan tersebut bersifat "eksekutif" atau untuk "execute" iaitu melaksanakan sesuatu tugas atau peranan.

Dalam PAS, semua jawatan AJK PAS Pusat adalah bersifat "executive". Mungkin itu sebabnya ianya disebut sebagai Jawatankuasa KERJA PAS Pusat. Penekanan diberi kepada perkataan KERJA! Maknanya, seseorang yang dipilih untuk menyandang mana-mana jawatan dipilih kerana dipercayai dia boleh membuat kerja yang perlu dibuat oleh seseorang yang menyandang jawatan tersebut. Sekiranya kemudiannya dia didapati tidak mampu atau tidak sesuai untuk kerja berkenaan, maka dia boleh ditukar.

Ini sebenarnya semangat di sebalik kata-kata "takhlif laa tasyrif". Sekiranya atas dasar penghormatan, atau "tasyrif", ianya penganugerahan atas sebab kehebatan seseorang dalam bidang tertentu. Maka anugerah itu adalah atas sebab apa yang telah dan sedang dilakukan dan ianya tidak menuntut sesuatu prestasi atau perlaksanaan selain dari apa yang telah dicapai.

Sebagai contoh, tokoh perniagaan untuk tahun 2011 adalah berdasarkan pencapaian seseorang peniaga pada tahun berkenaan dan walau apa sekalipun yang berlaku selepas itu, beliau yang dianugerah tokoh perniagaan 2011 tetap merupakan tokoh pada tahun tersebut, walaupun pada 2015 katakan, dia bankrupt! Dalam erti kata lain penganugerahan itu tidak mewajibkan beliau melakukan sesuatu, termasuk meneruskan prestasi cemerlang dalam perniagaan beliau.

Pemilihan atas dasar "takhlif" pula mengambil kira kerja yang perlu dilakukan dan orang yang dianggap paling mampu untuk melakukannya. Oleh itu, dua aspek penting perlu diambil kira semasa membuat pilihan. Yang pertama kerja atau tanggung jawabnya dan yang kedua kemampuan calon-calon yang dicadangkan.

Dalam soal kerja untuk setiap jawatan, ianya dijelaskan secara umum di dalam perlembagaan. Sebagai contohnya, kerja atau tanggung jawab Presiden dinyatakan dengan jelas sebagai lima tugas utama, iaitu, secara ringkas:

1. Melaksana pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan

2. Bertanggung jawab atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas JK PAS Pusat

3. Melantik SUA, Penolong SUA, Bendahari dan lain-lain di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat JK PAS Pusat.

4. Mengambil apa-apa jua langkah demi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli JK PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing

5. Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JK PAS Pusat dan Jk Harian PAS Pusat.

Adalah jelas dari yang di atas bahawa jawatan Presiden menuntut peranan tertentu dan bukan sekadar anugerah atas kehebatan atau ketokohan seseorang. Ianya adalah jawatan yang bersifat eksekutif atau untuk membuat kerja tertentu.

Begitu juga semua jawatan yang terdapat di dalam JK PAS Pusat!

Setelah dipilih maka prestasi mereka yang dipilih dipantau selama tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, apa-apa kekurangan dan kelebihan perlu disuarakan dengan ikhlas dan terbuka dalam muktamar tahunan atau apa-apa program muhasabah parti yang diadakan.

Teguran dan kritikan ini tidak wajar dianggap sebagai bersifat tidak hormat atau tidak wala' kerana seperti yang dijelaskan, mereka dipilih untuk melaksanakan sesuatu tugas, bukan sebagai penganugerahan sesuatu penghormatan atau darjat. Maka sekiranya perwakilan beranggapan tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh mana-mana pemimpin, maka perwakilan berhak untuk menegurnya.

Sekiranya selepas segala teguran dan nasihat, prestasi tidak berubah atau tidak mampu ditingkatkan, maka pada Muktamar tahun kedua, pejawat-pejawat yang tidak menyerlah dan tidak berprestasi baik boleh ditukar. Pengguguran dari jawatan tidak bererti seseorang itu tidak baik, tidak mantap imannya atau kurang 'alim, tetapi hanya bererti bahawa dia tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.

Inilah sebabnya mengapa pilihan tidak wajar dilakukan semata-mata atas dasar menghormati ketokohan seseorang tanpa mengambil kira kemampuannya untuk memainkan peranan seperti yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Sekiranya dia tidak berprestasi dengan baik, maka dia tidak akan ditukar atau ditegur disebabkan dia dipilih atas sebab ketokohan tertentu yang tetap dimilikkinya.

Ketokohan seorang pemidato, ulama', professional atau penulis tidak hilang di atas sebab dia bukan seorang pelaksana (executive) yang baik. Ketokohan tersebut tetap kekal pada dirinya tetapi dia tidak merupakan orang yang sesuai untuk jawatan pelaksana yang diinginkan dan diperlukan parti.

Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan "suka" atau "hormat" pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan.

Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.

Oleh itu saya menyeru kepada semua yang akan ke Muktamar PAS tahun ini untuk memahami apa yang kita lakukan semasa kita membuat pilihan. Semoga pilihan itu adalah yang terbaik bagi jawatan berkenaan dengan kita memberikan amanah itu kepada yang ahli padanya atau yang mampu melaksanakannya.

Kedua saya menyeru semua untuk menerima keputusan Muktamar dengan hati terbuka dan siapa sahaja yang terpilih, mereka hendaklah diberi sokongan yang padu dan tidak berbelah-bagi. Namun sekiranya walaupun dengan sokongan ini ada yang gagal menunjukkan prestasi yang diinginkan, maka ditukarnya selepas dua tahun.

Empat maut, dua parah lawan arus

Posted: 06 May 2011 01:45 AM PDT

02 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KERETA Proton Saga dipandu Wee, remuk dalam kemalangan membabitkan dua motosikal, lori dan kereta di Kilometer 11 Jalan Pasir Mas Tanah Merah di Kampung To' Uban, kelmarin.

Motosikal bertembung dilanggar dua lori

PASIR MAS: Berpunca menunggang motosikal melawan arus, empat maut dan dua parah dalam kemalangan membabitkan masing-masing dua motosikal, lori dan kereta di Kilometer 11 Jalan Pasir Mas Tanah Merah di Kampung To' Uban, di sini, malam kelmarin.

Kejadian 7.20 malam itu berlaku apabila motosikal ditunggang dua beranak, Ariff Che Mohd Zain, 35, bersama anaknya Alif Azhar Ariff, 12, menentang arus menyebabkan mereka bertembung dengan motosikal ditunggang dua sepupu, Chik Samsudin Mat Ghapar, 16 dan Mohd Faizal Fakaruddin, 16.

Berikutan kemalangan itu, dua lori dari arah sama tidak sempat mengelak sehingga menggilis tiga mangsa, Ariff, Chik Samsudin dan Mohd Faizal.
Ketiga-tiga mereka meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, dalam masa sama, sebuah kereta Volvo dipandu Huzaiudi Zainal Abidin, 36, dari Tanah Merah ke Pasir Mas cuba mengelak daripada melanggar mangsa di tempat kejadian.

Bagaimanapun, kereta itu bertembung kereta Proton Saga dari arah bertentangan menyebabkan pemandu kenderaan terbabit Wee Thai Kit, 40, maut di tempat kejadian.
Dua mangsa yang parah ialah Alif Azhar dan Huzaiudi.

"Semua mangsa meninggal kerana kecederaan teruk di kepala dan badan, manakala yang tercedera dihantar ke Hospital Pasir Mas dan kes ini akan disiasat mengikut Akta 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, abang Chik Samsudin, Khairin Fakaruddin, 18, berkata, beliau terkilan kerana adiknya tidak sempat bertemu ibu yang kini berada di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Chik Samsudin sering bertanya bilakah ibu mereka akan pulang daripada menjaga kakaknya yang bersalin di ibu negara.

Bapa Wee Tai, Wee Kan Hai, 69, berkata, ketika kejadian itu beliau dalam perjalanan ke rumah anaknya tapi tidak menyangka anaknya pula terbabit dalam kemalangan maut itu.

Berita Harian/-

Tiada ulasan:

Pengikut