Idris Ahmad Posted: 09 May 2011 11:37 PM PDT Pas Alat Dap, Tun Mahathir Makin Merapu Posted: 09 May 2011 07:01 AM PDT Parti Islam Semalaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa Pas alat Dap, ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pas hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin. Pas alat DAP adalah modal lapok umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti Pas alat DAP?. Pas boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan. Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulamak yang berada di dalam umno menubuh Pas, kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulamak keluar untuk menubuhkan Pas kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada umno supaya Islam terpelihara. Dulu Tun menipu rakyat mengatakan Pas ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya umno ditubuhkan atas restu penjajah. Pas ingin mengigatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insyaAllah Pas akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam Pas merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan Pas zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga Pas ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya Pas ditendang kerana menentang undang-undang dharurat di Parlimen. Bukankah waktu itu Pas dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Politik | Pas Bersama PR Melayu Untung Umno Rugi Posted: 09 May 2011 12:31 AM PDT Sejak Pas bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya Pas jangan bersama PR, barulah kami akan sokong Pas. Persoalannya ketika Pas bersendirian pun puak ini tidak menyokong Pas juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.Berbagai alasan supaya Pas keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh Pas berpakat dengan umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno, mengangap umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah umno. @Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika Pas tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin umno menjadi koperat, melayu merempat. @Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. @Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah,wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhi dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan umno dan tidak sealiran dengan perjuangan umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan Pas. @Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang melayu senang , pemimpin umno yang susah. @ Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Saw Lek adalah bukti gagalnya umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka. @ Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni umno. @Melayu untung kerana dapat mel ihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Malahan negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad “ICU”. Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong. @Melayu untung apabila Pas bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan Pas akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Politik | Dap Ganti Umno,Hishamudin Pembohong Posted: 08 May 2011 06:23 AM PDT Parti Islam Semalaysia Pas berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa Dap ganti Pas. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan .Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa umno wajib diganti dengan Pas, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa Dap ganti Pas supaya orang Islam menjauhkan diri dengan Pas. Realiti yang berlaku ialah MCA,MIC, Gerakan ganti umno. Contohnya umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus. Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza Pas dengan Dap. Bagaimana Dap hendak mengganti Pas, sedangkan Dap hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada Dap melawan Mca, Gerakan, Mic. Realiti yang berlaku ialah Pas lawan Umno, kalau umno kalah, Pas yang menang. Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan Pas, maka yang menang ialah Dap? Pas harapkan beliau jangan nyayuk sebelum sampai usia nyanyuk. Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Pilihanraya, Politik | |
Peghelih La... Posted: 09 May 2011 11:31 PM PDT |
Salam Perjuangan Posted: 09 May 2011 11:16 PM PDT |
DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG Posted: 09 May 2011 09:41 PM PDT Tiada paderi mahu Kristian agama rasmi Posted: 09 May 2011 05:00 AM PDT | Mohs Sabri Said | GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.
Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.
"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya. Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.
"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.
"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini. Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.
"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat. Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri. Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.
Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.
"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini. Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.
Umno dalangi
Sementara itu, spekulasi 'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).
Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.
"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.
"(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat," ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu.
Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut.
"Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu.
"Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), 'Swing vote' (peralihan undi) pasti akan berlaku," ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini.
Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi 'sokongan senyap' pada Pakatan Rakyat negeri kelak.
Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak. | | |
| |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 09 May 2011 09:13 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 09 May 2011 07:33 PM PDT Mahathir kalau dia tak menghina PAS itu Bukan Mahathir Posted: 09 May 2011 03:37 AM PDT Sedangkan Allah dan Rasul lagi dihina oleh si mamak tua bangkani, ini PAS-PR. Semoga laknat Allah ke atas mamak mahathir
Antara ucapan Tun yang mempersendakan nabi ialah pada 11 Mei 2000 di petik dari Berita Harian/ Utusan Malaysia " Hanya yang di perlukan adalah kepada tuhan. Nikmat yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika tidak orang itu , orang lain akan menyampaikan. Jadi kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw." " Jika tidak nabi Muhamad saw, orang lain akan diUtuskan untuk menyampaikan ajaran Islam. Olehn itu TIDASK perlu kita mengagong-agongkan Nabi Muhamad, memadalah sekadar bersukur kepada Allah swt sahaja." | 5 soalan tak banyak Posted: 08 May 2011 09:26 PM PDT 5 soalan untuk UUM Harakahdaily | ALOR SETAR, 9 Mei: Tindakan Umno mempermainkan isu rebat cukai tanah untuk Universiti Utara Melaysia (UUM) terbukti mempunyai agenda politik apabila isu cukai tanah lain-lain institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak dibangkitkan.
Laman Kedahlanie telah membangkit lima isu untuk dijawab oleh para pemimpin Umno dan orang ramai ekoran usaha keras Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Kedah ini. Soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah:
1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kepada UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?
2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri yang jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kepada UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tidak bagi rebat kepada UNIMEPs?
3. Kerajaan Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM habiskan peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?
4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi percuma semuanya?
5. UUM yang mengaku tiada duit (uzur), tahun lepas umum syarikat miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untuk besar tapi susah nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak? |
| Bob Lokman Di Lenggong Posted: 08 May 2011 07:46 PM PDT Pada 13.5.2011 jam 9.15 Malam Datanglah beramai-ramai. | |
Khalid Samad Posted: 09 May 2011 07:32 PM PDT Video: Memang Mustahil DAP Boleh Tukar Agama Rasmi Negara Posted: 09 May 2011 06:09 PM PDT SHAH ALAM 9 MEI : Suara tidak sampai 20 peratus ahli DAP yang beragama Kristian dan sekitar 60 kerusi parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum di negara ini, ia jauh sekali untuk membentuk majoriti dua pertiga apatah lagi meminda Perlembagaan negara. Menjelaskan hal itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hujah bahawa DAP berhajat menukar agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan kepada agama Kristian adalah suatu hujah yang begitu dangkal dan fitnah terdesak pihak berkepentingan kerana ia suatu yang mustahil berlaku di negara ini. Malah ia juga jelas Khalid adalah usaha bagi mengelirukan rakyat oleh Umno-Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka ke atas masyarakat Melayu di negara ini. "Saya haraplah umat Islam dan masyarakat Melayu tidak mudah tertipu, orang (ahli) DAP seperti mana saya sebut tak sampai 20 peratus daripada mereka adalah orang Kristian tak mungkin mereka boleh tukarkan perlembagaan negara. "Kalau DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun paling maksimum hanya boleh dapat 60 kerusi daripada 222. "Kalau nak tukar perlembagaan dan sebagainya, nak jadikan negara Kristian dan sebagainya, DAP kena menang paling kurang 140 kerusi untuk menjadikan dua pertiga dan ianya satu perkara yang mustahil dan ini tak diberitahu pada orang Melayu. Orang Melayu di kampung-kampung ditakut-takutkan," katanya ketika ditemui Tv Selangor pada sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan, semalam. Jelas Khalid, sikap terdesak Umno-BN ini hakikatnya "memaksa" masyarakat Melayu untuk terus hidup dalam keadaan bimbang, takut dan kecurigaan yang berpanjangan terhadap kaum lain di negara ini. Ia sekaligus digunakan untuk melemah dan memburukkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pelbagai kaum yang memperjuangkan hak sama rata rakyat di negara ini. "Ini cara bagaimana orang Melayu kita ini diperbodohkan dan ditakut-takutkan demi kepentingan Umno- Barisan Nasional," katanya. "Mereka (Umno-BN) dalam keadaan kelam kabut dan mereka main apa saja isu yang mereka rasa boleh menyebabkan orang Melayu takut pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan orang Melayu ini lari kepada mereka,"tambahnya lagi. Berita dan video ihsan TVS -Pejabat YB Khalid Samad- | |
DPPK PARIT Posted: 09 May 2011 07:29 PM PDT |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 09 May 2011 07:29 PM PDT Isu Panas & Suhu Panas Melanda Semenanjung Serentak Posted: 09 May 2011 04:46 AM PDT Suhu panas dijangka berakhir minggu depan Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. "Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya kepada Bernama.
Namun beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9ËšC), Alor Setar (37.5ËšC), Lubuk Merbau (37.0ËšC), Melaka (38.0ËšC), Batu dan Kuala Krai (38.0ËšC)," katanya.
Saw bekata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.
Beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.
Ramai beli penghawa dingin
Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, produk penghawa dingin menjadi pilihan ketika susu panas ini.
Penolong Pengurus Courts Mammoth cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli penghawa dingin.
"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya, tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.
Syarikat Sen Heng cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu yang lepas.
"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 buah. Semalam sahaja empat ke lima buah penghawa dingin terjual. Sebelum ini tidak macam ini, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab.
- Bernama P/S: kalau Suhu Panas banyakkan minum air, kalau Isu Panas banyakkan zikir biar Waras..jangan cepat PANAS,nanti terbakor.!! renung-renungkan! | KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Posted: 09 May 2011 04:18 AM PDT "PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA" 8 Mei 2011 Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.
Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.
Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011 | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 09 May 2011 07:27 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 09 May 2011 03:41 PM PDT MANA ADUN PBB, AMOKAN KEDUA AMAT DASYAT ! Posted: 09 May 2011 03:32 AM PDT TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka. Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut. Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan. Dengan tempoh perjalanan satu jam menaiki gunung untuk ke kem pembalakan, kehadiran para penduduk bagaimanapun disedari awal oleh pekerja-pekerja balak yang terdiri daripada warga asing yang kemudiannya melarikan diri menyebabkan usaha penduduk untuk menahan mereka gagal. Gunjar Jambu, 47, selaku jurucakap yang mewakili para penduduk terlibat berkata tindakan sedemikian dilakukan setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan pihak berkuasa berkaitan untuk menghentikan segera aktiviti pembalakan tersebut. "Tahap kesabaran orang kampung sudah mencapai kemuncak, sudah berapa kali aduan dan laporan dibuat namun ia (pembalakan) masih berterusan. "Hak kami telah diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah… kami 100 peratus tidak menyokong aktiviti pembalakan ini," katanya yang ditemui ketika demonstrasi bantahan tersebut. Selain itu, Gunjar berkata amaran juga sering diajukan kepada pekerja-pekerja balak supaya menghentikan aktiviti mereka itu namun tidak diendahkan. "Sebab itu, kami hari ini (semalam) bertindak membakar jentera dan khemah mereka. "Namun, usaha untuk menahan mereka yang dipercayai warga asing dari Indonesia dan Filipina gagal setelah kesemuanya berjaya melarikan diri," katanya. Gunjar juga sempat menceritakan di mana seorang wanita warga Indonesia, yang dipercayai isteri salah seorang pekerja balak di situ sempat melarikan diri pada malam sebelumnya bersama anak yang baru lahir beberapa hari lepas. Sementara, Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut ditemui di lokasi demonstrasi tersebut, berkata pihaknya tidak dapat menghalang tindakan penduduk terbabit ekoran situasi tegang dan beremosi ketika itu. "Sebaik kami tiba, semua jentera dan khemah telah terbakar… keadaan ketika itu amat tegang dan kami hanya bertindak memantau sahaja," katanya. Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk agar menyelesaikan perkara itu menerusi saluran yang betul tanpa bertindak terburu-buru. "Mereka yang terbabit dalam pertikaian ini, kalau tidak berpuas hati selesaikan di mahkamah," katanya - Borneo Post Sebelum ini sudah dilaporkanm kemarahan penduduk 10 buah kampung ini di mana mereka telah membuat laporan polis dan SPRM namun proses siasatan mengambil masa terlalu lama menyebabkan penduduk di 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, mengambil tindakan sendiri memusnahkan peralatan dan harta milik syarikat itu. Antara yang musnah ialah jambatan yang dipercayai dibina oleh syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan. Penduduk Kampung Temong Bengan, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Fallah, Kampung Darul Huda, Kampung Tepoi, Kampung Semunti, Kampung Sebekar dan Kampung Sebuhang kini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu. Syarikat pembalak bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan. Lebih teruk, air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan. Menurut penduduk, mereka terpaksa bertindak sendiri kerana masalah ini seolah tidak diberi perhatian. Sampai bila mereka harus menunggu? Adakah sehingga hutan dan tanah mereka musnah barulah hendak bertindak? | BN TERASA TAPI GUNA PERKASA ! Posted: 09 May 2011 02:00 AM PDT Pemuda MCA mendesak Polis dan Suruhanjaya Multimedia melakukan siasatan segera HARI INI juga dan bukannya dalam tempoh masa 14 hari, seperti yang diminta oleh PERKASA, dalam laporan polis PERKASA terhadap DAP semalam, sambil menyindir, 14 hari terlalu lama! Komen : Tengoklah dan bacalah bagaimana BN sudah tidak tentu arah dengan komponen ke 2 terbesar mereka iaitu Parti MCA. Kalau DAP dihentam diadudomba dengan PAS dan PKR tapi rakan selimut BN sendiri melakukan dan mengarahkan siasatan atas kebiadapan Utusan Malaysia hari ini juga. BN/UMNO hanya diam sahaja dan terpaksa menggunakan PERKASA untuk menegur dan menghentam tindakan MCA tersebut. Teruskan baca tulisan PERKASA seperti di bawah :-
Lihat betapa pantasnya MCA melalui Sayap Pemudanya mempertahankan Sosialis DAP. Lihat juga betapa pantasnya MCA menyalahkan Utusan Malaysia. Tidak langsung dia memikirkan bahawa Utusan Malaysia hanya melaporkan apa yang telah dilaporkan oleh beberapa "bloggers" dan tidak langsung dia mengambilkira bahawa sebagai media arus perdana, sewajibnyalah Utusan Malaysia memanjangkan berita yang dirasakannya dari sumber yang jelas, yang menyentuh kehidupan umum TERUTAMA ORANG MELAYU DAN ISLAM, di Negara ini. Mengapa tidak langsung ada sekelumit perasaan percaya kepada Utusan Malaysia, sebuah akhbar arus perdana? Berita Utusan Malaysia menyatakan dari sumber yang dipetiknya bahawa DAP terlibat didalam komplot tersebut. Mengapa Pemuda MCA tidak mengambil berita itu dan membuat laporan polis terhadap DAP, atau kumpulan paderi Kristian tersebut? Biarlah kebenarannya disiasat oleh polis dan pihak berwajib. Kalau tidak benar, barulah buat laporan susulan, supaya Polis bertindak sewajarnya terhadap Utusan Malaysia? Apa susah sangat? Sebaliknya Utusan Malaysia terus dilaporkan sebagai penyebar berita palsu! Ada apa-apa kah? Mana dia tahu berita itu tidak benar? Mengapa cepat sangat mahu menjaga DAP? Adakah kerana memang perlu membersihkan nama DAP sebab sebelum ini Presiden MCA sudah menyarankan kepada orang Cina supaya bersatu dan sokong DAP, sebab MCA nak tutup kedai, nak pencen, dah penat? Jadi kalau DAP di bongkar buruknya, gagallah rancangan MCA untuk ugut Barisan Nasional dan orang Melayu? Ketua Penerangan Pemuda MCA dengan sombongnya lalu mengutuk Negara ini tidak mempunyai kepakaran "Risk Management" dalam menghadapi "Crisis", maka itu janganlah benarkan krisis berlaku. Ketua Penerangan Pemuda MCA seterusnya mengugut kalangan bloggers, twitters dan semua pihak agar tidak menulis atau memanjang-manjangkan cerita ini kerana mereka semua ":bodoh" dalam menilai risiko dan bahawa "bodoh"nya mereka itu hingga dia mengugut bahawa "You don't understand how fast and far it can spread and the emotional effect it can have. Even (US President) Barrack Obama could be reading what you write"!! Nah! Barrack Obama, bacalah apa yang saya tulis ini terhadap betapa "bodoh"nya Kow Cheng Wei dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA, Kevin Loo, seorang peguam yang turut bersama membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia hari ini. Tidak silaplah apa ramai orang kata bahawa MCA ini tidak berupaya menandingi DAP lagi, tidak berupaya membuktikan keperluan kewujudannya didalam Barisan Nasional lagi, tidak berupaya menangkis tohmahan orang Cina bahawa dia tidak berguna lagi. Bukannya dia hendak bangkit melawan tohmahan itu, tetapi mengambil jalan mudah menyalahkan ABANG TUA nya UMNO sebagai pihak yang bersalah menyebabkan dia dipinggir oleh kaum Cina. Benarlah kata orang, MCA ini hidupnya bergantung dan bergayut kepada kekuatan orang Melayu dan kekuatan Parti Melayu yang mengangkatnya!! MCA ini biawak hidup yang tidak berguna, jika tidak diberi makan ia mengigit tuannya. Bangunlah MCA, "GET BACK YOUR SPACE AND FACE", meminjam kata-kata kawan senasibnya Presiden Gerakan yang juga sedang mati kutu berhadapan dengan DAP! Jangan lah hanya tahu mengugut kerana sampai waktu "enough is enough". Malaysia ini bukan hanya berkisar kepada orang Cina siang dan malam sepanjang waktu setiap isu. Atau benarkah ada orang kata, bahawa mereka ini semua hanyalah PROXY DAP didalam BARISAN NASIONAL! Wuallahualam, zainal abidin ahmad | JADI KUAT MASA NAIKKAN HARGA DAN BERBELANJA ! Posted: 08 May 2011 07:48 PM PDT Komen Tun M tang kata UMNO dah terlalu lemah memang teman setuju dan inilah masa ahli UMNO dan pemimpin UMNO berubah dan bertukar arah kepada Pakatan Rakyat. AHLI UMNO YANG TELAH SEDAR HARUS TERUS MENGUNDI SELAIN BN DAN BERI SOKONGAN TERUS TANPA BERSEMBUNYI AGAR BN TUMBANG TERUK TANPA BERMAYA. KEBAIKAN BN TUMBANG IALAH RAKYAT AKAN DAPAT SEMULA DAN JUGA DAPAT MENGHALANG BN MEMONOPOLI HASIL MAHSUL NEGARA.
Tun Mahathir menyatakan UMNO masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum. Kata Tun Mahathir, UMNO sekarang berada dalam keadaan lemah kerana ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin korup yang menjadi pemimpin bukan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu, sebaliknya kerana perut dan tembolok sendiri.
Pastinya, ramailah pemimpin UMNO yang akan melenting dan tidak senang hati dengan kata-kata yang diluahkan oleh Tun Mahathir ini. Orang tua yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu, mengulangi semula serangan yang pernah dilakukannya terhadap Abdullah Badawi, orang yang menggantikannya pada tahun 2008.
Sebenarnya, itulah yang dilihat oleh kebanyakan marhein-marhein UMNO. Tidak ramai pemimpin UMNO yang mampu memperjuangkan Melayu dan Islam. Kebanyakan daripada mereka adalah pemimpin yang melihat kemakmuran yang berjaya diwujudkan oleh Tun Mahathir pada zaman pentadbirannya sebagai lombong emas yang perlu direbut dan ditawan walau dengan apa cara sekalipun.
Ramai pemimpin pelapis yang mempunyai kesungguhan untuk membela agama dan bangsa wujud dalam UMNO. Namun hampir kesemua daripada mereka DIBUNUH dan DIPANCUNG oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang gila kuasa dan sangat serakah ini. Paling menarik, mereka ini juga mempunyai separuh hati untuk menjadi pendamping dan pemuja Anwar Ibrahim seandainya terpaksa.
Itulah fenomena yang kita dapat lihat sekarang di dalam UMNO. Pilihanraya umum yang bakal tiba sudah tidak lama lagi, tetapi kebanyakan pemimpin UMNO sedang mengatur dan mencongak siapakah yang akan menjawat jawatan-jawatan utama dalam parti pada pemilihan akan datang. Mereka tidak peduli langsung dengan PRU sebaliknya cuba memastikan kedudukan mereka sebagai penjawat di dalam UMNO dan calon untuk pilihanraya, selamat dalam genggaman.
Pada tahun 2008, fraksi-fraksi di dalam UMNO TELAH BERJAYA MENGALAHKAN calon-calon UMNO sendiri menerusi tikam belakang dan pembelotan. Segelintir sahaja yang dihukum tetapi kemudian, dimaafkan dan jawatan mereka dikembalikan. Sebahagian yang lain walaupun telah diketahui menggunakan kaedah tidak bermoral untuk mendapatkan jawatan, masih saya lepas bebas dan sehingga kini masih menjawat jawatan utama dalam UMNO.
Walaupun marhein-marhein UMNO menjerit dan memberontak terhadap keputusan itu, namun mereka yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan UMNO memilih untuk terus menjahanamkan UMNO dengan menyediakan tempat teratas bagi golongan pembelot dan pengkhianat ini.
Maka tidak hairanlah UMNO akan terhukum lagi. Sama seperti tahun 2008, UMNO akan dihukum oleh ahli-ahli UMNO sendiri.
Justeru, saranan Tun Mahathir agar UMNO memperbaiki parti itu dengan segera, perlu diambil tindakan sewajarnya. Imej UMNO sudah tercemar semenjak Anwar Ibrahim dibawa masuk dan diberi peluang menjawat jawatan utama menerusi rasuah dan penyelewengan kuasa. Orang yang sama juga sedang berusaha merosakkan PAS, parti lawan UMNO, menggunakan kaedah yang serupa menerusi proksi-proksinya yang berjubah, berserban dan berjanggut kambing.
Tindakan bijak daripada ahli-ahli UMNO untuk menangani masalah ini sangat diperlukan. Ahli-ahli UMNO perlu menolak pemimpin-pemimpin yang cuba mengembalikan 'kegemilangan rasuah dan penyalahgunaan kuasa' Anwar Ibrahim di dalam pemilihan akan datang. Kalau tidak, UMNO akan hanya menjadi tulisan di dalam buku teks untuk mata pelajaran Sejarah sahaja!!!
Pemimpin UMNO mana pula yang akan kata, Mahathir sudah nyanyuk apabila menempelak pemimpin-pemimpin korup yang sedang berkuasa dalam UMNO sekarang? | TINGKAT 4 TERBAKO S/U UMNO SELAMAT ! Posted: 08 May 2011 07:23 PM PDT Takziah, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari semalam. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api. Berbanggalah UMNO kerana S/U nya mempunyai rumah yang besar tanda pencapaian yang cemerlang. | UTUSAN MENYEBAR KRISTIAN ? Posted: 08 May 2011 07:05 PM PDT TENGOKLAH UTUSAN MALAYSIA PROMOSI KRISTIAN AGAMA RASMI dengan tulisan besar di muka depan akhbarnya. Wahai orang-orang Melayu semua, janganlah diperbodohkan dengan propaganda bodoh ini. Tiada siapa yang mampu mengubah perlembagaan sewenang-wenangnya, Najib sendiri di dalam Perhimpunan Agong UMNO sebelum ini di dalam usahanya untuk meraih sokongan bukan Melayu telah menegaskan bahawa Islam sebagai Agama Rasmi dan hak istimewa orang Melayu terkunci kemas di dalam perlembagaan hanya boleh dipinda dengan persetujuan majlis raja-raja | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 09 May 2011 03:20 PM PDT GULA NAIK 20 SEN.. ALASAN COPY PASTE KERAJAAN Posted: 09 May 2011 05:38 AM PDT PUTRAJAYA: Harga gula naik 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, sebentar tadi. Kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).
Itu je lah alsan bodoh copy paste mereka bila nak menaikkan harga gula.... | CUKUPLAH Utusan Malaysia: rakyat dah muak Posted: 08 May 2011 07:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS (gambar) itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya.
"Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara.
| Gerak 2 : siapa bleh kepalai Posted: 08 May 2011 07:44 PM PDT 8 Mei : Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan diftnah dengan tuduhan liwat, seorang negarawan bernama Ustaz Fadzil Mohd Noor tampil menubuhkan GERAK dan berjaya mengumpulkan parti-parti politik dan NGO untuk membela Anwar. Kini Anwar difitnah sekali lagi dan digantung dari Dewan Rakyat. Fitnah kali ini lebih hebat '2 in 1' iaitu LIWAT dan VIDEO LUCAH. Namun kita lihat perjuangan beliau tidak disambut sepertimana perjuangan GERAK yang jelas didokongi oleh semua pihak.
Semua orang tidak dapat menafikan bahawa Barisan Alternatif terlahir dari penubuhan GERAK yang dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Kini beliau sudah tiada untuk memimpin GERAK sekali lagi. Wajib ada seorang pemimpin yang mampu untuk menggerakkan GERAK kembali.
Anwar dilihat bergerak sendiri bersama-sama dengan PKR tanpa sokongan padu dan hebat dari parti-parti politik dan NGO lain. Mengapa?
Parti-parti politik seperti DAP dan PAS sepatutnya mengambil peluang dari kezaliman dan kedurjanaan Umno/BN dengan turun habis-habisan mengajak NGO dan rakyat sekali lagi menggerakkan GERAK. Kegagalan pihak terbabit untuk mengambil peluang dari fitnah ini tidak dapat kita pastikan sebabnya.
Namun masih ada waktu lagi untuk parti-parti politik dan NGO untuk menggerakkan GERAK 2. Cepat jangan terlambat. Anwar masih terus dizalimi dan diaibkan. Ayuh tubuhkan GERAK 2 untuk kita bergerak ke segenap penjuru dunia khususnya di Malaysia bagi menerangkan kepada rakyat betapa zalim dan bobroknya Umno/BN. | Video terbaru Osama Posted: 08 May 2011 07:39 PM PDT
Salah satu klip kononnya Syeikh Osama sedang menonton televisyen. WASHINGTON : Syeikh Osama bin Laden rahimahullah telah syahid, namun masih ramai membincangkan berita mengenai dirinya dan menjadi topik hangat di pelbagai media massa di seluruh dunia. Kali ini, berita telah melaporkan mengenai video-video Syeikh Osama bin Laden yang dikeluarkan oleh Pentagon, Pentagon mendakwa bahawa lima klip video itu diambil dari kem di Abottabad, di mana serangan dilakukan oleh pasukan AS terhadap lokasi Syeikh Osama. Dalam video-video tersebut kelihatan Syeikh Osama bin Laden rahimahullah mengeluarkan kenyataan kepada kaum Muslimin dan terdapat salah satu video 'pelik' yang menunjukkan dirinya sedang menonton televisyen siaran Arab. Read more... | DI SANA JUAL DARA JADI KAYA... DI 1 MALAYSIA HANYA PERCUMA Posted: 08 May 2011 07:04 PM PDT [Kosmo] AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam. Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut. Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini. Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut. Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor. Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom. Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam. Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi .... Di Malaysia, orang melayu serah dara secara "PERCUMA" ... bukan bermaksud suruh letak harga.. tapi nak tunjuk betapa bodohnya dan mangkuk hayun nye mereka tanpa memikirkan dosa.... | SMM DESAK UTUSAN & BLOG MOHON MAAF SEKIRANYA DAKWAAN SALAH Posted: 08 May 2011 06:55 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.
Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.
Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.
Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain. | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 09 May 2011 01:45 PM PDT |
Pas Cawangan Kota Kemuning Posted: 09 May 2011 01:24 PM PDT |
PAS KOTA TINGGI Posted: 09 May 2011 01:15 PM PDT Ceramah Terkini Posted: 08 May 2011 08:47 PM PDT | DAP Ganti PAS, Hishamudin Pembohong Posted: 08 May 2011 08:03 PM PDT
Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP ganti PAS. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan. Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS. Realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno. Contohnya Umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada DAP melawan MCA, Gerakan dan MIC.
Realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang. Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP? PAS harapkan beliau jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk. Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula.
Selepas isu umPORno gagal dimainkan oleh umPORno maka timbul pula isu DAP ganti PAS? Selepas dilihat tidak berkesan kepada rakyat maka timbul pula isu agama Kristian akan dijadikan agenda. Semua ini memperlihatkan betapa bodohnya umPORno dan terdesaknya untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketidakupayaan umPORno.
Selayaknya pemimpin umPORno ini aktif dalam penglibatan video seks sahaja.
| |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 09 May 2011 01:03 PM PDT Blog Pemuda Bukit Katil Berwajah Baru Posted: 09 May 2011 06:43 AM PDT Blog ini telah mengalami perubahan seiring perubahan dalam tampuk kepimpinan. Terima kasih kepada blogger kijang59 yang sudi mengubahsuai blog ini agar ia tampak menarik selari dengan imej golongan muda. Tetapi ia hanya tinggal 20% untuk disiapkan. Harap maaf atas segala kesulitan. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 09 May 2011 11:43 AM PDT ISLAM AGAMA RASMI NEGARA KATA PADERI Posted: 08 May 2011 10:05 PM PDT Mohs Sabri Said | GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.
Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.
"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya. Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.
"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.
"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini. Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.
"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat. Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri. Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.
Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.
"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini. Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.Inilah pemikran sempit pemimpin umno yang kononnya mahu menjadikan agama sebagai isu propaganda untuk menghadapi pru13,walhal dalam masa yng sama umno mengetahui bahawa Islam adalah agama resmi negara dan agama lain bebas dianuti sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan. |
| SEHARI DIHOSPITAL K.TERENGGANU Posted: 08 May 2011 09:33 PM PDT | bersama dr bala ketua DHPP TRG melawat cucu hj johan bendahari pas kemaman. |
| stabil tapi separuh koma |
| ziarah u kasim pengerusi kelab veteren trg |
| bersama u hj awang dagang |
| u hj awang dagang ,hj johan,dr bala ziarah u kasim |
| |
Dupahang's Weblog Posted: 09 May 2011 11:33 AM PDT Mokhtar Senik Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang yang baru Posted: 09 May 2011 05:41 AM PDT Dewan Ulamak PAS Pahang mendapat ketua yang baru apabila Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang sesi lalu, Ustaz Moktar Senik, dipilih dengan undi majoriti dalam pertandingan empat penjuru. Dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pahang di Darul Hikmah Kerdau semalam, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulamak PAS Pusat sejak tahun 2009 menang menggantikan ketuanya [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 09 May 2011 11:23 AM PDT Mahathir adalah si Penghina Al-Quran!! Posted: 09 May 2011 05:08 AM PDT Facebook Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz memutarbelitkan ayat al-Quran. Sedarkah umat Islam, bahawa Tun Dr Mahathir lah orang yang sanggup menghina ayat al-Quran, dan beliau tergamak menyebut ""Tuhan yang PAS sembah Bismillahi samseng, hi penjahat, saya tak tahulah bahasa Arab, samseng wa jahat. Inilah tuhan samseng sebab itu dia sesat..". Kenyataan ini dikeluarkan di Konvensyen BN Terengganu pada tahun 2003.
Manakala di Mesyuarat Agung UMNO di PWTC pada 22.6.2002, Mahathir menghina dan memperlecehkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menyebut: "akronim UMNO ada disebut dalam Al-Quran – Ya ayyuha al- ladzina amanu. Amanu [kata Mahathir] sama dengan UMNO. Perkataan PAS tidak ada dalam Al-Quran yang ada hanya "PIS" [ertinya dalam bahasa Inggeris ialah kencing].
SIAPAKAH YANG MENGHINA AL-QURAN??
Susulan berita http://malaysiakini.com/news/163577 | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 09 May 2011 09:47 AM PDT Mari Mengenal Rasulullah S.A.W. Posted: 09 May 2011 01:11 AM PDT
Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manfaat buat kita semua.
Cara Rasulullah S.A.W Berjalan
1. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya: "Ali bin Abi Thalib menggambarkan sifat fizikal Rasulullah S.A.W., " Rasulullah S.A.W berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau sedang menuruni tanak yang landai". (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa`d dan Baihaqi)
Cara Bersandar Rasulullah S.A.W
1. Abu Juhaifah r.a meriwayatkan maksudnya: " Rasulullah S.A.W bersabda," Aku tidak akan makan sambil bersandar." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah ,Ahmad dan Baihaqi)
Cara Rasulullah S.A.W makan
1. Ka`b bin Malik meriwayatkan maksudnya, Selepas makan, Nabi S.A.W menjilat jari-jari beliau sebanyak tiga kali". (Riwayat Tirmidzi)
Akhlak Rasulullah S.A.W
1. Aisyah r.a meriwayatkan maksudnya:" Rasulullah S.A.W bukanlah seorang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar.Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan berlapang dada. ( Riwayat Tirmidzi, Abu dawud dan Ahmad)
Cincin Rasulullah S.A.W
1. Anas bin Malik meriwayatkan maksdunya: " Cincin Rasulullah S.A.W dibuat dari perak sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi" (Riwayat Tirmidzi, Muslim ,Nasa`I ,Ahmad dan Ibnu Majah) 2. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan maksudnya: " Rasulullah S.A.W mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud , Nasa`I dan ibnu Majah)
| |
Jasindaily Online Posted: 09 May 2011 09:40 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 09 May 2011 09:04 AM PDT Rakyat cerdik undi Pakatan, kurang cerdik undi BN? Posted: 08 May 2011 08:18 PM PDT Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke? Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.htmlhttp://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.htmlOrang bandar tak kisah dengan YB Sinar Harian 9 Mei 2011 MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka. Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta. "Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi. "Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan," katanya. Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka. "Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam. Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp | |
KHIDMAT MERU Posted: 09 May 2011 09:02 AM PDT |
PEMUDA PAS TAMAN TAS Posted: 09 May 2011 07:55 AM PDT CERAMAH UMUM 10/05/2011 Posted: 08 May 2011 10:41 PM PDT MARKAZ PAS TAMAN TAS,SELASA JAM 9 MALAM,CERAMAH OLEH YB MAHFUZ OMAR DAN YB FUZIAH SALLEH. SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI2. | |
PAS Kulaijaya Posted: 09 May 2011 07:48 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan