Isnin, 9 Mei 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Islam Agama Rasmi di Malaysia, itu sebab cuti Ahad

Posted: 08 May 2011 09:46 PM PDT



Percayalah Islam adalah agama rasmi di Malaysia, bukan Kristian. Itu sebabnya kebanyakan negeri di Malaysia ini cuti umumnya ialah pada hari Ahad, bukan hari Jumaat, agar umat Islam terkejar-kejar pergi sembahyang Jumaat takut punch card merah pula nanti. Sementara penganut Kristian akan pergi gereja hari Ahad dengan hati gembira bersama isteri dan anak-anak tanpa perlu terkejar-kejar.

Boleh berbual-bual di gereja kenal jiran tetangga lepas dengar ceramah paderi. Sementara umat Islam selepas solat Jumaat, salam saja ramai yang jalan, tak sempat zikir dan doa, nak kejar masuk kerja pukul 2.30 ptg untuk swasta, 2.45 ptg untuk yang kerja kerajaan.

Siapa yang tukar hari Ahad cuti umum di Perlis dan Johor? Paderi atau pemimpin Islam?

Hentian bas RM20000 di N.Sembilan, SPRM sila Siasat

Posted: 08 May 2011 09:03 PM PDT





Ada ke nak buat tempat hentian bas kosnya sampai RM20,000 sedangkan menurut pandangan koontraktor biasa kosnya hanya sekitar RM5,000. Demikian dakwaan ADUN (DAP) Lukut yang mempertikaikan kos dua hentian bas berhampiran klinik kerajaan Lukut yang berjumlah RM40,000 dan mendesak pihak SPRM menyiasat perkara tersebut. (Pastikan siasatan SPRM dijalankan di tingkat bawah bangunan SPRM yang baru di Seremban tu).

Probe RM20,000 bus stops
Zefry Dahalan May 9, 2011

A DAP man says the bus stops should have only cost RM5,000 each. He wants the MACC to probe why the local council spent RM40,000 instead.

LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here.

According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council's (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical.

The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic.

"When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000

"Spending RM40,000 for the two bus stops is really a wastage of public funds. This is a suspiciously high amount," said Ean Yong.

The DAP politician said he had already sent a letter to the MACC, urging the watchdog to sniff out any wrongdoings in the matter.

During the state assembly sitting last year, Ean Yong said there was an urgent need for bus stops near the clinic for patients who depended on public transportation.

PDMC completed the two bus stops one week ago.

On another matter, Ean Yong urged the Negeri Sembilan Public Works Department (PWD) to build a pedestrian bridge near the Kampung Jimah Baru Primary School.

"The area also needs proper safety signage and lightings. I have raised this matter since last year. I don't know why PWD is slow in taking the necessary action.

"After all we are talking about the safety of school children," he said.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/probe-rm20000-bus-stops/

Rakyat cerdik undi Pakatan, kurang cerdik undi BN?

Posted: 08 May 2011 08:16 PM PDT



Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke?

Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini
http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.html
http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.html

Orang bandar tak kisah dengan YB
Sinar Harian 9 Mei 2011

MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka.

Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta.

"Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi.

"Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka.

"Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam.

Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp

Anwar Ibrahim tak laku di Negeri Sembilan?

Posted: 08 May 2011 06:12 PM PDT



Malam tadi 8 Mei 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan ceramah di sebuah kampung di Kuala Pilah , Negeri Sembilan. Apakah rakyat Negeri Sembilan terpengaruh dengan isu video lucah, Kristian agama rasmi? Berapa keratkah orang yang datang malam tadi untuk hadir dengar ceramah Pakatan Rakyat, boleh dibilang dengan jari, datang dengan bas yang ditaja, diberi nasi bungkus dan t-shirt?

Baca sendiri dan buat penilaian sendiri dari laporan pada blog berikut http://kopilah.blogspot.com/2011/05/apa-gambaran-bila-lebih-5000-hadir.html

Tiada ulasan:

Pengikut