Isnin, 16 Mei 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Berita Baik untuk dua peratus guru, selebihnya sokong Pakatan Rakyat

Posted: 16 May 2011 05:11 AM PDT



Hari ni Najib dan Muhyiddin kononnya mengumumkan berita baik untuk guru sempena Hari Guru. Bukan berita baik untuk semua guru, hanya berita baik untuk 2 peratus guru. Eloklah tu biar 2 peratus guru saja yang akan sokong Umno BN, 98 peratus lagi yang tak dapat berita baik akan sokong Pakatan Rakyat. Terimakasih Najib dan Muhyiddin yang memudahkan kerja kempen Pakatan Rakyat.

Itu tak termasuk 13,000 Guru Sandaran Tak Terlatih yang tidak mendapat berita baik tersebut. Jadi 98 peratus dari 350,000 guru tambah 13,000 guru GSTT akan sokong Pakatan Rakyat nanti.

Pakatan Rakyat perlu perluaskan pemahaman rakyat mengenai Buku Jingga !

Jangan lupa baca artikel sebelum ini bertaju Guru-guru dah meyampah, Menteri Pelajaran PENIPU? di http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-dah-meyampah-menteri.html


LET'S ROCK ! MY SCHOOL ROCKS 2011 !

Isnin Mei 16, 2011

Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516191152&sec=mstar_berita

Isnin Mei 16, 2011

TEKS UCAPAN PENUH MENTERI PELAJARAN SEMPENA HARI GURU

KUCHING: Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre di sini pada petang Isnin.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516193239&sec=mstar_berita

Sambutan Hari Guru N.Sembilan 2011, KONSERT LETS ROCK

Posted: 15 May 2011 08:04 PM PDT



Kalau tahun 2010 sempena Sambutan Hari Guru , Kerajaan Negeri Sembilan telah menjemput Mawi untuk buat konsert. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tahun 2011 pula Ketua Sektornya galakkan pelajar jadi artis. Sementara Kementerian Pelajaran pula galakkan pelajar menyertai My School Rocks dengan tarian terkangkang-kangkang. Elok tukar je nama Kementerian Pelajaran ke Kementerian Hiburan.

Jadi tahun ni Menteri Besar Negeri Sembilan nak jemput siapa pula untuk konsert sempena menghargai jasa guru?

Artikel sebelum ini Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan galakkan pelajar jadi artis di http://amkns.blogspot.com/2011/05/jabatan-pelajaran-galak-pelajar-jadi.html

Kementerian Pelajaran galakkan pelajar jadi Rockers di http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Harga RON95 Mungkin Naik Lagi kata Menteri Umno

Posted: 15 May 2011 05:50 PM PDT



PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NAK BERSEDIA MACAMANA, CAKAPLAH !

1. Bersedia undi Umno BN lagi dalam pilihanraya akan datang?
2. Bersedia tukar Naza Ria ke Viva? Ada value ke nak trade in Naza Ria?
3. Bersedia guna motosikal? Selamat ke guna motosikal di Malaysia ini, elok sangatkah lorong motosikal, senang dan murah ke dapat lesen motosikal?
4. Bersedia guna basikal? Selamat ke anak-anak kita ke sekolah naik basikal?
5. Bersedia jalan kaki ke tempat kerja? Siapa sanggup?
6. Bersedia naik bas ke tempat kerja? Berapa jam nak tunggu bas di Jelebu kalau nak pergi kerja di Seremban?

Soalan yang paling utama , bersediakah pemimpin negara, terutama pemimpin Umno BN ubah cara hidup, guna kereta yang jimat minyak, tiada lagi polis escort, tiada lagi pengawal peribadi, kurangkan penggunaan helikopter semasa pilihanraya, kurang sambutan besar-besaran himpun rakyat di stadium dan sebagainya.

**********
Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=586636

Tiada ulasan:

Pengikut