Ahad, 24 April 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 24 Apr 2011 03:20 PM PDT

"Ustaz, jgn lupa kuliah maghrib malam ni kat tempat ana" satu sms dari seorang rakan.

"Ok. Insya Allah" balasku.

Setelah membalas sms itu, aku terus telefon Badri, tapi tidak diangkat. Beberapa kali aku telefon, tetap tidak diangkat.

"Mungkin Badri sedang mengajar" bisik hatiku.

Memang Badri sedang belajar di UM, tetapi secara sambilan beliau menjadi pensyarah tutor di UM. Selalunya, jadual kuliah beliau di UM dalam pukul 3 petang.

*** 

Dalam perjalanan ke Kuliah maghrib, tiba-tiba handphone nokiaku berbunyi. Menandakan satu SMS telah masuk dalam inbox.

Apabila dibuka, termaktub ayat, "yap ust.. Ada apa? tadi ana ada kelas" 

Rupa-rupanya SMS dari Badri. Mungkin beliau sahaja habis kelas. 

Aku terus mendail nombor badri. Setelah memberi salam, aku memulakan bicara.

"eh.. Ana ada cadang kat Ummah Centre untuk buat kelas maqasid. Dorang suruh kita buat modul. Nanti dorang buat proposal" 

Kedengaran suara badri mengiakan apa yang aku bagitahu, tanpa membantah dan juga mengatakan setuju.

"Anta buat modul untuk maqasid.. Malam ni lepas kuliah, kita jumpa kat tempat biasa. Ana nak bagi nota ana untuk modul"

"ok ustaz.." balas Badri.

***

Setelah menyampaikan kuliah, aku terus meluru ke Damansara Utama. Di sana ada sebuah oldtown yang agak santai kami berwacana. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu kami berwacan di situ. 

Selain tajuk maqasid dan usul fiqh, isu politik juga menjadi bahan perbualan kami. Namun, tajuk maqasid dan usul fiqh adalah tajuk yang cukup kami suka wacanakan.

Aku sampai lebih awal berbanding Badri. Aku minta segelas air teh limau panas, dan duduk membuka kitab bertajuk Maqasid As-syariah al-islamiyyah, iaitu sebuah tesis Phd yang ditulis oleh Dr Ziyad Mohd Ihmidan.

Sedang meneliti bab istihsan, badri pun sampai. Aku terus serahkan nota maqasid yang telah aku tulis dengan tangan itu kepada Badri. Badri pun mengambilnya dan membelek-belek nota tersebut.

"anta buat slide untuk jadikan modul, dah siap nanti anta bagitau ana.."

"ok... " balas badri.

Sedang kami berbual, tidak seorang pun pekerja di oldtown itu datang kepada kami untuk mengambil order. Mataku melilau melihat ke kanan dan ke kiri untuk mencari pekerja untuk diambil order.

Lalu......

Bersambung...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Apr 2011 03:19 PM PDT

MB: Biar Selcat tentukan nasib peguam Umno, Adun

Posted: 24 Apr 2011 08:22 AM PDT

SHAH ALAM, 24 April — Kerajaan negeri Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Selcat) untuk mengambil tindakan terhadap penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun jika tidak memenuhi arahan agar menghadapnya Jumaat ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga tidak akan memaksa peguam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah itu menghadap Selcat jika beliau terus berkeras dengan pendiriannya.

"Biarlah jawatankuasa ini tentukan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang akan diambil," kata beliau di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai seorang pengamal undang-undang, Hafarizam bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dan tahu yang mana betul dalam tindakan beliau.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana seperti yang kita tahu Hafarizam ialah peguam Umno dan beliau boleh cakap apa yang dia suka," kata Khalid.

Katanya, cuma apa yang kerajaan negeri tekankan ialah Hafarizam dan Badrul Hisham dihadapkan ke Selcat berhubung kesalahan menghina Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya mengenai dakwaan Hafarizam bahawa menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa pihak tertentu, Khalid berkata hal lain tidak harus timbul kerana perkara utama dalam isu itu ialah kesalahan menghina DUN.

Kelmarin, Hafarizam menegaskan bahawa beliau tidak akan hadir untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu.

Sebaliknya beliau menyifatkan saman hadir yang dikeluarkan dewan itu sebagai satu ugutan politik untuk menghalangnya daripada melaksanakan tugas sebagai peguam.

Katanya, keputusan itu diambil atas pelbagai sebab termasuk tidak mahu tunduk kepada bidang kuasa yang mana beliau bukan anggotanya.

"Saya akan lihat apa yang voleh dilakukan dari segi undang-undang berkaitan tindakan mereka memanggil saya sebagai peguam adalah tindakan yang bertentangan dengan undang negeri dan persekutuan," katanya.

Hafarizam, dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, merupakan salah seorang peguam bela dan peguam cara Badrul Hisham yang kerusinya diisytihar kosong oleh Teng atas alasan Badrul Hisham tidak hadir sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai Adun Pelabuhan Klang selain turut memerintahkan Teng membayar kos RM40,000 kerana tindakannya mengisytihar kekosongan kerusi itu.

Teng kemudiannya memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan bertegas Speaker DUN mempunyai kekebalan untuk mengisytihar kerusi berkenaan kosong.

Sidang DUN pada 1 April kemudiannya meluluskan usul mengenakan tindakan terhadap Badrul Hisham dan Hafarizam kerana kesalahan menghina DUN, dan Timbalan Speaker Dewan Haniza Mohamed Talha ketika meluluskan usul itu berkata kedua-dua mereka akan dikenakan tindakan bersama atau berasingan kerana menghina Teng dalam sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas.

Hafarizam berkata firma guamannya tidak pernah menghantar apa jua surat terus kepada Speaker DUN Selangor, sebaliknya surat bertarikh 20 Mac itu dihantar kepada Tetuan Tommy Thomas, peguam kepada Teng, untuk menuntut kos yang diberikan melalui perintah Mahkamah.

"AC Mizal nak masuk liang lahad pun orang tak peduli…"

Posted: 24 Apr 2011 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon 'terkenal', AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini.

Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif.

Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolak tawaran itu kerana tidak bersetuju dengan 'dasar' yang diperjuangkan parti berkenaan.

Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini.

Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, "Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah," katanya.

Manakala seorang pembaca bernama Rusidah Salim Shida pula berkata "Sesuai ke ko duduk dalam pembangkang? Isyyy… tolong tengok cermin ok!," katanya.

Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata "Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni.."

Manakala seorang pembaca bernama Ipoh Mali pula, mendakwa bisnes yang dijalankan Ac, menipu orang ramai dan turut menghubungkan alamat sebuah laman web yang memuatkan cerita itu.

"Jenis Penipu Mcm AC Mizal elok masuk UMNO.. Kah Kah.. Jual gelang modal RM40.. Jual RM1000.. telan /tipu ramai peniaga melayu! Baca sini penipuan AC MIZAL http://www.zonartis.com/panas-ac-konsortium-milik-ac-mizal-penipu.

Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis "Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek. Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..,"

Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian "woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*," katanya.

AC Mizal, isteri sertai Umno

Posted: 24 Apr 2011 06:30 AM PDT

IPOH, 24 April — Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan

Program Jom Masuk Umno di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Dipetik Bernama Online, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh

Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita pada program anjuran Umno Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya... tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang anggota biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

Raja Petra: Drama Bangkok, sejarah 2008 berulang

Posted: 24 Apr 2011 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai "drama Bangkok" menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu.

"Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia.

"Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini.

Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya.

Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203.

"(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja.

"Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu," kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand.

Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara.

Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April.

"Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat," tulis Raja Petra lagi.

"Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203.

"Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini," katanya lagi.

Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan.

"Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia.

"Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan," katanya lagi.

"Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya.

"Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi)," katanya lagi.

Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia.

"Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?" kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.

Penentu masa depan PAS — Zulkiflee Bakar

Posted: 24 Apr 2011 06:00 AM PDT

24 APRIL — Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan diadakan pada 3 Jun hingga 5 Jun ini dianggap medan yang amat penting bagi parti berkenaan bagi menentukan masa depan PAS dalam persada politik negara.

PAS akan bermuktamar dalam keadaan parti itu sudah dipalit dengan pelbagai peristiwa yang dianggap jika tidak dibendung dalam muktamar kali ini ia boleh memburukkan lagi imej mereka.

Kekalahan dalam empat pilihan raya kecil di semenanjung dan 'tersungkur' di lima kerusi ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini sudah cukup memberi isyarat kepada ahli-ahli PAS bahawa sesuatu harus dilakukan bagi memulihkan keadaan.

Turut perlu diberi perhatian ialah mengenai pendirian PAS dalam berhadapan dengan isu-isu tertentu yang berkaitan dengan kerjasama mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Ia memandangkan bukan sahaja di luar malahan di dalam PAS sendiri, semakin ramai ahli-ahli parti itu berasa tidak selesa dengan kerjasama tersebut yang dilihat dari semasa ke semasa ibarat virus yang merosakkan imej PAS.

Dalam soal ini, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada pemilihan kepimpinan PAS yang bakal berlangsung pada muktamar berkenaan.

Pemilihan itu bakal menjadi penentu kepada kesinambungan corak perjalanan politik PAS selepas ini. Ahli-ahli PAS mempunyai pilihan sama ada hendak membiarkan parti tersebut berada dalam keadaan sekarang atau menghantar isyarat supaya dilakukan perubahan demi survival parti tersebut. Ini kerana biarpun kepimpinan PAS majoritinya masih lagi menganggap parti itu masih 'ok' tetapi mereka tidak boleh menafikan fakta bahawa kedudukan imej PAS di kalangan rakyat semakin tercalar.

Pas dilihat tidak lagi sebuah parti Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam atau mempunyai keberanian untuk bersuara bagi menegakkan kebenaran. Sebaliknya PAS dilihat lebih banyak tunduk dengan kerenah dan tindak tanduk politik yang dilakukan oleh PKR dan DAP.

Semua persepsi ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan masa depan PAS kerana kita perlu akui suatu ketika dulu sebelum PAS menjalin kerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan, PAS cukup digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan.

Tetapi sekarang semuanya sudah berubah dan ia dilihat paling ketara berlaku dalam kes rakaman video seks yang dikatakan melibatkan 'pelakon' mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS dilihat terlalu pasif dalam soal ini, tiada ketegasan yang ditunjukkan bagi menegakkan kebenaran, sebaliknya hanya bermain kata-kata.

Atas sebab itulah apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan PAS akan mengkaji semula kedudukan dalam pakatan selepas siasatan kes berkenaan selesai, ia amat dialu-alukan. Biarpun Mustafa menafikan membuat kenyataan seumpama itu, namun laporan semua media berhubung apa yang beliau cakap membuktikan sebaliknya.

PAS perlu mengakui seruan supaya mengkaji kedudukan dalam pakatan pembangkang bukan dicipta oleh mereka di luar PAS tetapi di dalam parti itu terutamanya di peringkat akar umbi suara.

Mungkin ia tidak dilakukan secara tidak terbuka tetapi hasrat itu wujud kerana ahli-ahli PAS yang rasional amat memahami tindakan parti tersebut yang terlalu mempertahankan apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR dan DAP hanya memakan diri. Keadaan menjadi bertambah buruk kepada PAS apabila ada pula di kalangan pemimpin mereka yang dilihat seolah-olah sanggup bermati-matian mempertahankan Anwar, PKR dan DAP.

Semua ini tidak menguntungkan PAS sebaliknya hanya akan menyebabkan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang tiada prinsip dan hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

Persoalan sama ada PAS mampu berubah atau tidak ia bergantung kepada pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 3 Jun ini. Jika ahli-ahli PAS tidak kira di peringkat mana pun melakukan percaturan yang salah, mereka akan bertanggungjawab mendedahkan parti tersebut dalam episod perjalanan politik yang cukup menyedihkan.

Dua posisi penting yang bakal menjadi penentu kepada nasib PAS ialah kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden. Sebab itulah cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Ibrahim Tuan Man agar dua jawatan berkenaan diputuskan secara syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik perlu disokong oleh ahli-ahli.

Pada masa ini, PAS dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Nasharudin Mat Isa.

Persoalannya, masih wujudkah semangat syura di kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang ingin bertanding dua jawatan berkenaan?

Buat masa ini, kedudukan Abdul Hadi boleh dikatakan selamat selepas cubaan bahagian tertentu untuk mencalonkan nama lain bagi jawatan berkenaan mendapat tentangan.

Abdul Hadi yang memegang jawatan itu sejak 2002 mendapat sokongan padu termasuklah Dewan Pemuda PAS Pusat. Sokongan itu sudah tentulah akan menyelamatkan kedudukan Abdul Hadi yang sebelum ini cuba digugat oleh pihak tertentu yang menganggap beliau sebagai liabiliti kepada PAS.

Berikutan keadaan itu, tumpuan diberikan kepada pertarungan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dikatakan bakal menyaksikan pertarungan sengit. Jika berdasarkan pencalonan awal, tidak mustahil Nasharudin perlu bertarung lagi bagi mempertahankan kedudukannya.

Pada tahun 2009, Nasharudin mengekalkan kedudukannya selepas menewaskan dua calon lain.

Persoalannya, apakah pandangan Tuan Ibrahim akan diambil kira bagi memastikan tiada perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden? Dan kita juga tertanya-tanya apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh Nasharudin sehingga beliau tidak harus dibenarkan oleh ahli-ahli PAS untuk kekal sebagai orang nombor dua dalam parti.

Ahli-ahli PAS perlu memahami bahawa pendekatan syura yang dicadangkan Tuan Ibrahim tidak akan berlaku jika mereka mengelak daripada awal di peringkat pencalonan.

Ia bermakna jika ahli-ahli PAS tidak mahu perebutan berlaku bagi dua jawatan penting berkenaan, maka mereka hanya perlu mencalonkan Abdul Hadi dan Nasharudin sahaja.

Tetapi kita percaya Nasharudin yang pernah melakukan kejutan di dalam PAS apabila dilantik oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Setiausaha Agung, tidak akan dibiarkan menempuh laluan selesa.

Keadaan itu berlaku kerana pendekatan politik di dalam PAS kini tidak lagi seperti dahulu. Pelbagai elemen yang meresapi PAS sejak parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan impian untuk melihat pendekatan syura diadakan bagi jawatan tertinggi hanyalah satu impian. Apatah lagi dengan usia Abdul Hadi yang kini mencecah 64 tahun sudah pastilah ia juga diambil kira oleh pemimpin-pemimpin tertentu yang berhasrat menerajui PAS.

Lebih menarik lagi, di dalam PAS sendiri sudah ada tanggapan bahawa parti itu perlu melakukan anjakan paradigma dengan tidak bergantung kepada golongan ulama sahaja menjadi pemimpin utamanya. Namun begitu segala-galanya bergantung kepada ahli-ahli PAS untuk membuat keputusan. Mereka sahaja boleh menentukan sama ada hendak mengekalkan golongan ulama sebagai pemimpin utama PAS atau tidak.

Bagi jawatan Naib Presiden tidak salah jika ia menggabungkan golongan ulama dan profesional kerana ia selaras dengan pesanan Abdul Hadi bahawa kesemua pemimpin PAS berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai addin di tanah air.

Bagaimanapun ahli-ahli PAS perlu mengelak daripada memilih mereka yang dilihat mampu merosakkan parti itu daripada dalam berikutan permainan politik yang dipelajari daripada PKR.

Ia termasuklah memastikan tidak ada pemimpin yang dilihat melakukan tindakan yang bertentangan dengan dasar parti dipilih menduduki jawatan penting dalam PAS.

Barisan kepimpinan yang bakal dipilih bukan sahaja perlu terdiri daripada mereka yang beriltizam mengekalkan kepimpinan ulama malah lebih penting daripada itu mengubah imej Pas yang kini dilihat hanya menjadi 'pak turut' kepada PKR dan DAP.

Persepsi atau tanggapan ini boleh dihapuskan jika ahli-ahli PAS menolak mana-mana pemimpin yang dilihat lebih mendengar kata pemimpin parti lain berbanding kepimpinan PAS sendiri. Atau golongan pemimpin yang takut untuk berkata benar kerana bimbang menyinggung rakan sekutu mereka.

Kalau benarlah ahli-ahli PAS berpegang kepada prinsip ''menegakkan Islam sebagai addin' maka mereka juga perlu memilih pemimpin-pemimpin yang mahu berkata benar biarpun pahit. Ahli-ahli PAS perlu memahami sama ada PAS akan mampu bertahan atau tidak di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ia bukan sekadar bergantung kepada jentera parti.

Sebaliknya turut menjadi pertimbangan ialah sejauh manakah barisan yang bakal dipilih akan benar-benar mampu memantapkan PAS sebagai parti yang tidak dilihat hanya melukut di tepi gantang dalam gabungan pembangkang. — Mingguan Malaysia

Hebatnya Kit Siang — Awang Selamat

Posted: 24 Apr 2011 05:45 AM PDT

24 APRIL — Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih teruja meraikan kejayaan besar parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak. Seperti yang dijangka percaturan DAP mempergunakan Pas dan PKR membuahkan hasil.

Rasanya keyakinan Kit Siang melonjak dengan misi DAP akan mencapai kemuncaknya pada pilihan raya umum akan datang. Semuanya kerana formula beliau memainkan sentimen perkauman melampau telah memikat pengundi Cina.

Ketika Perdana Menteri, Najib Razak komited menyatukan pelbagai kaum, Kit Siang membakar sentimen kaumnya. Pendekatan DAP menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan dan menafikan orang Melayu, amat berbahaya. Seingat Awang, DAP tidak pernah bersuara membela nasib orang Melayu yang miskin terutama di luar bandar. Perhatian kepada kaum India juga sekadar di bibir.

Sebab itu, Awang menganggap DAP adalah parti paling rasis. Berselindung di sebalik slogan demokrasi dan kesamarataan untuk semua kaum tetapi agenda utama parti itu hanya untuk kaum Cina. Pemimpin dan ahli kaum lain seperti India dan Melayu, hanya menjadi tukang seri.

Pada hari ini, ramai melihat DAP adalah parti milik Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Awang masih ingat cakap-cakap sebelum ini bahawa Kit Siang seorang diktator dalam parti. Beliau tidak boleh ditegur. Beberapa pemimpin DAP yang berkualiti terkeluar daripada arus perdana parti itu sejak lebih tiga dekad lalu hanya kerana mengkritik kepimpinan Kit Siang.

Dari segi strategi, Awang tahu sangat muslihat beliau. Orang Melayu yang pendek akal sahaja akan termakan umpannya. Awang juga tidak gundah atas apa sahaja dakwaan, tuduhan apatah lagi provokasi beliau. Kit Siang sendiri adalah politikus yang tidak sebersih mana. Khabarnya, ada kisah tertentu tentang beliau yang mula jadi bahan bualan. Partinya juga banyak kepincangan dan keburukan. Terbaru, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin dan aktivis parti itu bagi mengaut banyak projek. Kerja-kerja yang sepatutnya milik kontraktor bumiputera kelas F juga disapu.

Itu yang kebetulan terdedah dalam siasatan suruhanjaya. Tidak mengejutkan jika lebih banyak berlaku salah guna kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau DAP memerintah lebih lama di negeri-negeri itu, bukan sahaja kaum lain akan ditindas seperti berlaku di Pulau Pinang malah rasuah menjadi parah.

Padanlah Kit Siang selama ini bermati-matian mengalihkan isu kepada kematian Beng Hock bagi menutup pokok persoalan iaitu siasatan SPRM terhadap rasuah dan salah guna kuasa parti itu. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?

Persoalannya lagi di mana integriti DAP dalam melawan rasuah yang sepatutnya menjadi contoh dan kalau benar kononnya parti itu mencerminkan pemikiran kaum Cina?

Apa pun, Kit Siang harus memikul tanggungjawab jika sesuatu yang buruk melanda negara akibat daripada sentimen perkauman dahsyat yang beliau corakkan.

Bisik-Bisik Mingguan awang selamat — Mingguan Malaysia

Tak beradab — Awang Selamat

Posted: 24 Apr 2011 05:30 AM PDT

24 APRIL — Khamis lalu, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah membuat teguran berhubung isu adab berpakaian pada majlis rasmi. Penegasan baginda itu yang sarat dengan hujah dibuat secara umum tanpa merujuk kepada individu dan insiden tertentu.

Awang mencadangkan teks titah penuh baginda dijadikan rujukan kepada semua pemimpin terutama parti pembangkang. Tampal di almari pakaian.

Belum pernah rasanya ada kupasan lengkap tentang etika berpakaian dalam konteks yang besar sebagaimana diberikan oleh Raja Nazrin.

''Penghakisan kemurnian adat dan penghakisan ketinggian budaya bangsa, boleh bermula dengan sifat memandang ringan dan sifat tidak menghormati adat berpakaian dalam sesuatu majlis,'' titah baginda.

Pada 12 April lalu ADUN, Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi kerana tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis pembukaan rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dia seorang sahaja yang muncul dengan pakaian sut. Tindakannya itu ternyata tidak menghormati majlis, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Raja Nazrin selaku pemangku raja. Walaupun pakaian sut tidak melanggar peraturan, beliau sepatutnya faham, pakaian apa yang sepatutnya dikenakan pada majlis tersebut. Seperti titah Raja Nazrin lagi: ''Adalah janggal untuk seorang pemain bola sepak memakai pakaian renang di padang bola.'' Ternyata peraturan yang kecil dan mudah pun gagal difahami.

Awang menjunjung kasih ke atas penegasan Raja Nazrin berhubung isu itu. Apa yang berlaku di DUN Perak juga pernah terjadi di negeri lain sebelum ini. Gejala ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana ia boleh membawa mudarat besar kepada tamadun bangsa. Masih kental dalam ingatan Awang titah baginda pada Ogos tahun lalu bahawa: ''Pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil.''

Kor Ming sewajarnya menjadi wakil rakyat contoh dengan menjaga adab berpakaian dan bukannya bersikap angkuh. Identiti kaum atau ego beliau sebagai ADUN mewakili DAP, tidak akan hilang jika berpakaian istiadat dan bersongkok. Awang kerap melihat ramai ekspatriat mengenakan songkok pada majlis-majlis tertentu.

Apa maknanya ADUN di Perak jika tidak menghormati Dewan dan apatah lagi institusi diraja? Awang percaya, Kor Ming faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.

Dalam tamadun bangsa lain seperti Jepun, Barat dan China, hal itu amat penting di dalam sanubari setiap warganya. Di Thailand juga, semua warga negara termasuk keturunan Cina menjung institusi raja. Ia adalah persoalan maruah melainkan jika seseorang itu berkiblatkan negara dan budaya asing. Apakah Kor Ming dalam kategori itu?

Bisik-Bisik Mingguan awang selamat — Mingguan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

How RPK was almost lured into little Malaysia in Thailand and then to… — Haris Ibrahim

Posted: 24 Apr 2011 05:15 AM PDT

APRIL 24 — Yesterday evening, RPK and I spoke at an event organised at the Florida Hotel in Bangkok by some Malaysians who now reside in Thailand.

The objective : to see if the seed of the Thailand or Bangkok chapter of the Malaysian Civil Liberties Movement might not be planted.

In the audience, however, was an individual who, as events that unfolded later suggest, was there for a very different agenda.

Just before the talk kicked off at 6pm Bangkok time, I was introduced to one Encik Abdul Hamid bin Bulat of the Malaysian Embassy here in Bangkok. I was to find out a little later that he had earlier spoken to RPK to say that police from Bukit Aman were waiting at the embassy to take his statement, and that he was there to ferry RPK to the embassy immediately after the talk. As to what the statement related to, upon my discussion with RPK, Marina and Amarjit later, was also a matter of some contradiction.

It seems that when Hamid spoke to RPK, he had said that the statement sought by the police was in relation to the statutory declaration made by RPK in 2008. Yet, when Amarjit inquired as to the matter under investigation for which the statement was sought, Hamid replied that he did not know the details.

This, we only discovered much later in the wee hours of this morning.

Amarjit and I were most uncomfortable with the idea of RPK going to the embassy to give his statement.

Meanwhile, even before the talk began, both Amarjit and I were receiving calls and sms's from people back home saying that there was already media news that RPK was to be questioned at the embassy. There were also rumours flying around that he had been, or would be, arrested.

Both Amarjit and I tried to dissuade RPK from going to the embassy, suggesting that the police could come to the hotel to take his statement where we would both also be present.

We voiced our concerns that the embassy, in international law deemed as Malaysian soil, we feared that this whole business of taking his statement there was a ruse to get him in there, effect an arrest and then, with or without the aid of the local authorities, have him repatriated back to Kamunting.

RPK, seemingly believing that the statement sought was in the furtherance of investigations into the individual or individuals named in his recent interview aired over TV3, was quite determined to attend at the embassy to give his statement.

During Q&A, one of those in attendance also urged RPK not to attend at the embassy.

"If you go there, they will arrest you," he said.

After the talk, as we were adjourning to dinner with those who had attended the talk, a heated argument broke out between RPK, on the one side, and Marina, amarjit and I on the other.

We did not want him to go to the embassy. He was being his usual, stubborn self.

The argument carried into the dining hall and was clearly noticed by quite a few of the 40 or so who had attended the talk and the dinner.

To these folk, I apologise.

Amarjit threatened that if he insisted on going to the embassy, he would have nothing more to do with RPK.

Marina said if he was going, she was booking her flight out of Bangkok that very night.

Finally, RPK relented.

The four of us went up to Hamid and. RPK told him that he was ready to go to the embassy but Marina, Amarjit and I were not agreeable to this and he left it to Hamid to persuade us otherwise. I told Hamid that nothing he could say would persuade us away from our stand. I informed him that Amarjit and I had advised RPK and that he had acceded to our advice not to attend at the embassy. We said that RPK would give his full co-operation and his statement to the police at the hotel where he and Marina were staying.

Hamid said he would head back to the embassy and bring the police officers to the hotel.

With that, RPK, Marina, Amarjit and I headed back to the hotel.

Round about 10.15pm, Hamid, ACP Aziz and another officer who introduced himself as Tony were at the hotel. Tony, I was informed later, is a police officer attached with the embassy.

RPK, Amarjit and I met them in the hotel lobby.

The police were trying to persuade that the statement be given at the embassy. They raised questions about the inadmissibility in court if the statement were not taken in the embassy. I responded that we would undertake to not take such objection and the same could be included in the statement to be given.

Both Aziz and Hamid gave assurances that RPK would be released after the statement was taken. Amarjit and I said we were not comforted by their assurances and were not persuaded to advise RPK to attend at the embassy to give his statement.

I inquired of Aziz as to the nature of the offence being investigated for which a statement was sought from RPK.

He replied that it was for an offence under section 203 of the Penal Code.

I asked what that was.

He started to get sassy and said surely we as lawyers knew what that was.

I said I did not know what it was.

Aziz then said it was in relation to a false statement.

I inquired whether this related to a statement made in the course of the TV3 interview or the statutory declaration made by RPK in 2008.

At this point, officer Tony made some remark about ungentlemanly conduct.

There was a harsh exchange.

Amarjit then asked to see the police report made on which the current investigation was premised.

Aziz offered to show us the report at the embassy if we would all headed out there.

Both Amarjit and I immediately accepted the offer, but stipulated that RPK would remain behind at the hotel whilst the 2 of us would go to the embassy to view the contents of the police report.

Aziz now tried to do a u-turn.

We pressed to see the police report to enable us to advise RPK if it was safe to attend at the embassy.

Finally, Aziz relented.

I sent RPK up to his room and told him that he was under house arrest and that Mother Superior Marina was not going to let him out of her sight.

We got to the embassy a little after 11pm.

It was here that we were informed that Aziz did not have a copy of the police report and that was awaiting a copy to be faxed from KL.

This was the first serious confirmation for both Amarjit and I that the this whole business of wanting to take RPK's statement at the embassy was a ruse to facilitate some other agenda.

Why would the investigating officer come all the way to Bangkok to question a witness to a possible crime and not have a copy of the police report with him?

The whole thing stank.

About an hour later, both Amarjit and I were shown the police report.

After reading it, I asked Aziz again whether the alleged false statement the subject-matter of the investigation was in the TV3 interview or the statutory declaration.

Aziz started raving and ranting about 'giving and inch and now asking for a whole mile'.

I told him that we would go back to the hotel, discuss with RPK and inform Hamid as to RPK's decision.

Back at the hotel just before 1am, Amarjit and I discussed the contents of the police report and advised RPK and Marina accordingly.

I called Hamid who passed the phone to Aziz.

I informed Aziz that RPK was ready to give his statement to the police and that we would be happy to meet him at the hotel in the morning at 11am.

"Erm, tak payahlah", was his response.

The call ended.

Now RPK called and spoke to Aziz and reiterated what i had said earlier.

Same response, save and except that Aziz now blamed what was a most unproductive conclusion to his trip to Thailand to two good for nothing lawyers.

Strange that an officer of PDRM should travel all the way to Thailand to take a statement, not from the accused but a witness, and one willing to give the same, but now refused to do so unless the witness was willing to step into little Malaysia.

Was it a statement from the witness that was sought, or the presence of the witness on 'Malaysian soil' in Thailand?

Amarjit, Marina and I are convinced that this whole business of attending at the embassy to give his statement was a hare-brained scheme by idiots back home to lure RPK onto 'Malaysian soil' as a first step to repatriation back to Kamunting, whether through means foul or fair.

I half suspect that RPK, now, sees it too. — harismibrahim.wordpress.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

'Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan'

Posted: 24 Apr 2011 05:00 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

"Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak.

Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat.

Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini:

"Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya." Saya kata "Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang," kata Anwar.

Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

"Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina," kata Anwar

"Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan," tambahnya lagi.

RPK: Saya tak beri kenyataan pada polis

Posted: 24 Apr 2011 04:30 AM PDT

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin tidak memberi kenyataannya kepada polis Malaysia di Bangkok semalam, selepas peguamnya mempertikaikan mengapa ia mahu dibuat di kedutaan Malaysia.

Bernama melaporkan Raja Petra sebagai berkata polis Malaysia
mahu menemubualnya di kedutaan Malaysia, tetapi atas nasihat peguamnya, ia telah dipersetujui supaya rakaman kenyataan RPK dibuat "di tempat berkecuali", seperti di hotel penginapannya.

"Saya bersedia bekerjasama dan memberi kenyataan kerana mereka mahu tahu sama ada saya membuat dakwaan terhadap Rosmah," katanyanya di majlis dialog MCLM di Bangkok semalamn.

Pihak polis mahu menemubual Raja Petra ekoran akuan bersumpahnya yang didakwa mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.

Bagaimanapun, bercanggah dengan laporan Bernama yang mendakwa kenyataannya telah dirakamkan, Raja Petra berkata, dia akhirnya menunggu pegawai berkenaan kembali selepas permintaan mereka untuk membawanya ke kedutaan, ditolak oleh peguamnya - Haris Ibrahim dan Amarjit Sidhu.

Sementara itu, dalam ceramahnya sebelum itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah disalah dakwa kerana beliau tidak membuat dakwaan itu terhadap Rosmah dan dua orang lagi, tetapi terhadap sumbernya, seorang kolonel tentera yang memberi maklumat itu kepadanya.

Peguam syaki polis mahu tahan Raja Petra, dibawa ke Malaysia

Posted: 24 Apr 2011 02:57 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi.

Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.

Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu.

"Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini.

"Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan.

"Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi.

Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir.

"Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra "seperti biasa" berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu.

"Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. 'Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,'" katanya lagi.

Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan.

"Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut," katanya.

"Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka.

"Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami," kata Haris.

Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan.

"Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal," katanya.

Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel.

"Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel.

"Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan," katanya lagi.

"RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel," katanya.

Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan.

"Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan," katanya.

Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK.

"Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan)," kata Haris sambil berkata. "Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu."

Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008.

Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan.

"Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana.

"Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis," katanya lagi.

"Aziz juga cuba membuat pusingan 'U'. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut," katanya.

Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam.

"Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL.

"Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain.

"Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik," katanya lagi.

Hata Wahari selar KDN tidak ambil tindakan terhadap Utusan

Posted: 24 Apr 2011 02:00 AM PDT

Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan artikel menghasut dan berbaur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang ditulis Penolong Ketua Penerangan 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertajuk 'Ayuh! 1Melayu 1Bumi' dalam akhbar milik Umno baru-baru ini.

Selain itu, Hata turut mendedahkan sikap dwistandard yang diamalkan KDN dengan 'menghalal' apa sahaja penulisan yang diterbitkan Utusan punca berlakunya berita atau rencana seumpama itu disiarkan akhbar itu.

"Saya tidak faham dengan pendirian KDN apabila mudah mengambil tindakan sekiranya akhbar Cina atau India mengeluarkan artikel berbaur perkauman, tetapi tidak mempedulikan sekiranya Utusan yang turut mengeluarkan artikel sebegitu.

"Tapi dalam utusan, KDN tidak pernah bagi amaran, KDN seperti menyokong penulisan Utusan. Jika ahli NUJ pastinya mereka disuruh lepaskan jawatan, tapi Utusan bebas menulis apa sahaja," katanya yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang digantung tugas.

Hata, yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya, menganggap tulisan itu sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan menggugat keselamatan negara.

Malah beliau mendakwa Zaini cuba mengembalikan dasar apartheid di Afrika Selatan, namun tidak ada tindakan dari pihak berkuasa itu.

"Beliau cuba kembalikan dasar apartied di Malaysia. Tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada KDN.

"KDN perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya kerana apa yang ditulis beliau secara jelas membangkitkan isu perkauman," ujarnya.

Menurutnya, Zaini sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun, seharusnya menyedari buruk baik dan akibat daripada penulisannya.

"Utusan perlu ubah cara penulisannya yang boleh mencetuskan isu perkauman. Sepatutnya perkara itu tidak perlu ditulis dan dibangkitkan kerana boleh menyebabkan perpecahan antara kaum," katanya lagi.

Antara Beng Hock dan Sarbani

Posted: 24 Apr 2011 01:00 AM PDT

Apabila mayat mendiang Teoh Beng Hock dijumpai dalam keadaan terlungkup pada pagi 16 Julai 2009 di bumbung di kaki bangunan Plaza Masalam ia mencetuskan pelbagai spekulasi. Mendiang merupakan Pembantu Khas kepada EXCO Selangor yang juga Pengerusi DAP Negeri ketika itu Ean Yong Hian Wah. Beliau sehari sebelumnya dipanggil untuk siasatan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, atas pertuduhan rasuah di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Bagaimana seorang anak muda yang dijadualkan berkahwin keesokan harinya boleh "terjatuh" dari tingkat 14 bangunan berkenaan sedangkan beliau dilaporkan memberi kerjasama dalam siasatan SPRM itu, dan beliau juga dikenali sebagai seorang yang peramah dan baik peribadinya.

Berita kematian mengejut Beng Hock itu mendapat liputan meluas khasnya dikalangan masyarakat Cina Malaysia. DAP serta-merta melancarkan kempen "Justice for Beng Hock" apabila mengesyaki kematian mendiang ini mungkin berpunca dari pihak ketiga lantas menunutut siasatan oleh sebuah suruhanjaya terbuka. DAP malah membawa insiden kematian tragis mendiang ini kemana sahaja ia pergi termasuklah dalam kempen-kempen pilihanraya kecil dan ternyata ia berjaya membangkitkan sentimen simpati khasnya dikalangan pengundi Cina yang semakin marah kepada parti pemerintah apabila tidak berpuas hati dengan punca kematian mendiang.

Sehingga hari ini hasil dari desakan banyak pihak kerajaan telah pun menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang sedang menyiasat punca sebenar kematian Beng Hock. Pihak Suruhanjaya masih belum mengeluarkan keputusannya.

Namun benarlah sebagaimana ditulis oleh bekas PM Tun Dr Mahathir di dalam memoirnya "A doctor in the house" bahawa politik perkauman tetap wujud dalam Negara Malaysia yang berbilang kaum ini walaupun dikalangan yang maju dan terpelajar. Lantas dalam kes mendiang Beng Hock ini walaupun sentimen simpati masyarakat Cina terhadap mendiang dan dalam hal ini terhadap DAP begitu menebal tetapi kaum lain khasnya orang-orang Melayu tidak pula menganggapnya sebagai sesuatu yang luarbiasa.

Tambahan pula ada golongan politik tertentu yang mereka-reka dan mencanang-canangkan cerita kononnya kematian mendiang adalah berpunca dari "bunuh diri" tanpa melibatkan mana-mana pihak lain.

Maka jadilah orang Melayu rata-rata tidak berasa apa-apa berikutan kematian tragis itu walaupun ianya hangat dikalangan masyarakat Cina sehingga mencabar kredibiliti kerajaan BN. Hanya PAS sahaja sebagai anggota Pakatan Rakyat yang merupakan kelompok Melayu yang membawa isu ini itupun tidak tanpa diperli dan dicaci oleh rakan-rakan mereka dari Umno kononnya PAS membela seorang Cina yang mati bunuh diri!

Gambar hodoh yang mewarnai imej pihak SPRM ekoran kematian Beng Hock itu terus terlekat dikalangan setengah-setengah pihak khasnya dikalangan masyarakat Cina walaupun dikalangan orang-orang Melayu ia agak "suam".

Tiba-tiba dengan takdir Allah swt tanpa diduga berlaku lagi satu insiden "kematian mengejut" seumpama Beng Hock pada 6 April baru-baru ini. Berlaku sekali lagi juga di bangunan SPRM dan simati sebagaimana Beng Hock juga sedang disiasat oleh pihak SPRM! Cuma kali ini yang meninggal dunia adalah seorang Melayu Islam.

Mayat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed dijumpai di tingkat bawah dalam keadaan tertiarap dengan kecederaan serius di bahagian kepalanya dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cocharane Kuala Lumpur.

Lalu timbullah seribu satu tandatanya. Masyakarat Cina yang sudah sedia bersimpati terhadap Beng Hock akan semakin serabut kepala mereka memikirkan bagaimana insiden yang sama boleh berlaku selang tak sampai dua tahun sedang siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap Beng Hock pun belum selesai. Bagi masyarakat Melayu pula sudah tentu melihat gambar wajah ibu Allahyarham pengsan semasa hari pengkebumian allahyarham sudah cukup menyayat hati sesiapa sahaja yang prihatin.

Laporan-laporan mengenai peribadi allahyarham oleh rakan-rakan dan kenalan beliau mencurah-curah dalam laman-laman web dan blog sekaligus semakin mencetuskan kemusykilan dan syak wasangka. Bagaimana seorang pegawai kanan yang baik peribadinya dan dijadul akan mengerjakan haji boleh bertindak "bunuh diri"?

Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa kematian Beng Hock tidak seharusnya disama atau dikaitkan dengan kematian Ahmad Sarbani. Kita menghormati pandangan beliau, walaubagaimanapun hak rakyat untuk tahu dimana bezanya juga perlu dihormati kerana berdasarkan apa yang ada tanpa pengesahan dari mana-mana pihak rakyat lebih yakin bahawa kematian Beng Hock dan kini Ahmad Sarbani adalah berpunca dari tindakan pihak ketiga dan bukannya "bunuh diri".

Dan yang sahnya kini imej pihak SPRM bukan sahaja tercalar di mata masyarakat Cina dan Melayu tetapi hodoh dan tercalar di mata seluruh rakyat dan tidak mustahil diperingkat antarabangsa juga ekoran kedua-dua kejadian ini.

Apa yang penting diperingkat ini adalah untuk meyakinkan rakyat akan punca sebenar kematian kedua-dua hamba Allah ini. Jangan ada mana-mana pihak diselindungi aatu dibenar menyelindungi kebenaran. Apa yang kelihatan sudah hampir dua tahun berlalu namun sehingga hari ini punca sebenar kematian Beng Hock tidak disahkan manakala kaum keluarga dan kenalan Ahmad Sarbani juga berhak mengetahu punca kematian mengejut allahyarham itu.

Pihak kerajaan menanggung beban menjernihkan keadaan kerana atas prinsip akauntabiliti mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan para pegawai mereka kecuali dapat dibuktikan ada elemen jenayah pada mana-mana individu atau golongan yang berkaitan.

Saya yakin isu kematian Beng Hock dan Ahmad Sarbani akan terus diperkatakan oleh rakyat dan tiada siapa boleh menafikan hak mereka untuk bersuara. Kini ia bukan lagi isu perkauman kerana yang mati adalah dari dua golongan kaum terbesar dalam Negara. Rata-rata rakyat kini tanpa mengira ras kaum menuntut agar keadilan diberikan kepada kaum keluarga kedua-dua pihak.

Jika hari ini Beng Hock dan Ahmad Sarbani boleh mati dalam keadaan mengejut sedang siasatan terhadap mereka belum pun selesai, bagaimana esok? Siapa lagi akan mati di kaki bangunan SPRM? Sehingga segala kemusykilan rakyat terjawab dengan penuh meyakinkan, maka kerajaan BN pusat akan menanggung derita hukuman rakyat ekoran kedua-dua insiden malang ini.

Berilah keadilan buat Beng Hock dan Ahmad Sarbani!

ARTIKEL INI TERBIT DALAM AKHBAR MINGGUAN SIASAH BIL. 0260

http://n32.blogspot.com/2011/04/antara-beng-hock-dan-sarbani.html

Pandangan Husam itu betul - PAS perlu dipekuatkan bukan dengan mengganti Hadi

Posted: 24 Apr 2011 12:14 AM PDT

Husam Musa ,ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata yang PAS tidak perlu melakukan perubahan dengan menggantikan Tok Guru Haji Hadi sebagai Presidennya. Sebaliknya PAS perlu memperkuatkan diri dengan menambah elemen kekuatan tambahan sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Husam mengambil pendirian untuk mempertahankan ketuanya apabila ketuanya itu dikritik oleh Aziz Bari penyarah terkemuka dari sebuah institusi pengajian tinggi negara kita. Husam berkata Haji Hadi hanya perlu diperkasakan, bukannya untuk diganti.

Pendirian husam ini sedikit sebanyak boleh melenyapkan khabar angin yang mengatakan beliau akan menawarkan diri untuk menjadi ketua kepada PAS dalam muktamarnya yang akan di adakan tidak lama lagi. Jika Husam jujur serta ikhlas, maka PAS akan menghadapi pilihanraya kali ini tanpa banyak masalah dalaman.

Tetapi jika diambil kira pengalaman yang lalu PAS mempunyai kelebihan dari segi disiplin dan susah hendak berpecah seperti yang dialami oleh banyak parti yang lain. Kalau berkocak di dalam PAS kocakannya tidak memercik keluar.

Kenyataan Husam ini merupakan ucapan yang bijaksana dan beliau menunjukan kematangan dengan bahasa politik yang baik. Di samping mempertahankan boss besarnya Husam sempat juga menyatakan apa yang patut Hadi perbaiki dalam mentadbir parti. Husam meminta Hj Hadi memberikan sedikir ruang kepada professional Islam bagi memperkasakan PAS untuk menjadi parti yang jika diizin tuhan akan memerintah negara.

Husam berkata lagi yang PAS telah dan sedang disertai oleh ramai cendiakawan dan professional Melayu Islam dan mereka boleh menjadi kekuatan kepada PAS sebagai sebuah parti alterntif yang diyakini orang ramai.

Ramai di kalangan orang Melayu sekarang ini ingin melihat PAS menjadi parti yang teratur dan tersusun siap dengan pemimpin lapisannya. Sekarang ini PAS juga adalah seperti UMNO yang tidak ada pemimpin pelapis yang viable. Yang dimaksudkan viable di sini ialah pemimpin pelapis yang mempunyai kekayaan 'politcal spiritualism'; tidak semata-mata pemimpin yang pandai berkempen dan mendapat undi. PAS perlukan perubahan ini dengan cepat kerana parti itu merupakan parti yang akan menjadi pilihan alternatif yang otomatis jika UMNO tidak berupaya untuk berubah.

Setakat ini hanya PAS dan DAP sahaja yang mempunyai disiplin kepartian yang kuat. DAP dan PAS merupakan parti yang berseni dan ada sedikit sebanyak nilai politik yang diperlukan oleh rakyat yang serba maju sekarang ini.

UMNO mengaku sebagai parti untuk orang Melayu tetapi parti ini tidak tahu apa yang ingin dilihat oleh orang Melayu selain dari keinginan untuk melihat pembangunan material yang ekonmi yang baik untuk mereka. UMNO lupa kepada nilai serta budaya orang Melayu. UMNO lupa yang walaupun orang Melayu telah menempa pembangunan mereka masih mempunyai tata susila yang wujud dengan bangsa kita sendiri.

Misalnya orang Melayu tidak akan memberikan sanjungan kepada pemimpin yang di belengu dengan persepsi yang dia seorang yang selalu mengadakan 'bed-side briefing' misal kata. Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Husein Onn dan Dr Mahathir sendiri dipandang sebagai seorang pemimpin macho dan tidak nampak segelumit isteri mereka kedepan dengan begitu nyata. Itu lah sifat orang Melayu dan juga kepada mana-mana bangsa di dunia ini.

Nama isteri Lee Kuan Yew hanya di kenali semasa beliau meninggal dunia tahun yang lepas. David Cammeroon tidak nampak di bayangi oleh isterinya walau pun beliau adalah seorang pemimpin kuasa besar dunia. Untuk membuat teguran seperti ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan tetapi oleh kerana keadaan sudah terlalu jauh tersasar maka mahu tidak mahu terpaksa juga ditulis dan diperingatkan mana-mana pemimpin kita yang mereka sedang menjaga amanah rakyat.

Tugas yang diamanahkan rakyat ini bukan tugasan yang kecil. Ianya memerlukan pengorbanan peribadi yang tinggi. Lagi besar amanah yang diberikan lagi besar pengorbanan yang diperlukan. Lagi besar tanggungjawab dab jawatan yang diberikan rakyat lagi banyak nafsu dan kemahuan peribadi terpaksa dikorbankan. Lagi tinggi harapan rakyat lagi banyak perkara dan pantang larang yang wajib di ketepikan.

Kita tidak boleh membawa sekali keinginan peribadi seperti berglamor dan sebagainya itu yang mungkin merosakan kepimpinan, apatah lagi jika ianya dilakukan oleh isteri dan ahli keluarga kita sendiri.

Jika hendak berglamor lakukanlah setelah bersara. Saya menyebut isu ini kerana saya mendengar di mana-mana rakyat bercerita tentang isu 'sampan berkemudikan dari belakang' ini. Isu ini amat mempengaruhi situasi politik, terutamanya politik UMNO dan BN itu sendiri.

Di sinilah lebihnya PAS dan DAP. Pemimpin-pemimpin mereka tidak atau jarang-jarang bersama isteri mereka di dalam majlis-majlis. Kalau ada pun ianya amat berpadanan dengan keadaan dan situasi majlis-majlis tersebut. Sampai ke hari ini ramai yang tidak kenal dan mendengar nama isteri Nik Aziz, Guan Eng, Lim Kit Siang serta nama isteri-isteri Haji Hadi Awang.

Maka pengakhir bicara Husam telah membuat kenyataan politik yang betul. PAS perlukan kesatuan yang kuat di antara ahli-ahli dan pemimpin nya. Setakat ini PAS yang sudah berusia lebih dari setengah abad ini sudah melalui berbagai keperitan untuk mengekalkan kewujudannya. Maka perbalahan di antara pimpinan itu amat wajar dielakan.

Ingatlah kepada bermacam-macam dugaan yang di alami oleh pemimpin-pemimpin mereka. Puluhan di antara pemimpin mereka telah terperosok dalam penajara kerana hendak menegakan parti ini.

PAS amat wajar menjaga perpaduan kerana ini sahajalah parti yang berkedudukan sebagai 'the closest alternative' kepada BN sekarang ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/pandangan-husam-itu-betul-pas-perlu.html

MCA Gesa Utusan Malaysia Dipulaukan : DPPNK Cabar Pemuda UMNO Bersuara

Posted: 23 Apr 2011 11:00 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia. Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011. Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen '1Melayu, 1Bumi'.

DPPNK menyanggah kenyataan Presiden UMNO bahawa cadangan tersebut merupakan cadangan peribadi penulis dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. Hakikatnya, Utusan Malaysia merupakan lidah rasmi UMNO dan sebarang tulisan yang tersiar di dalamnya khususnya yang berkaitan dengan sidang pengarahnya sendiri harus dipikul tanggungjawabnya oleh UMNO.

Jutseru, DPPNK melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA merupakan satu cabaran kepada UMNO yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu. Jika selama ini mereka sering menuduh bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP, maka hari ini apabila MCA secara terang menyelar lidah rasmi UMNO, adakah UMNO berani untuk bersuara?

DPPNK beranggapan sekiranya UMNO khususnya Pergerakan Pemudanya hanya diam membisu, bererti mereka sendiri sudah merelakan diri menjadi kuda tunggangan MCA. Sepatutnya, pada masa inilah Pemuda UMNO perlu menunjukkan kejantanan mereka tampil ke hadapan membela suara rasmi mereka yang dianggap pembela bangsa Melayu selama ini.

Hakikatnya, seruan Utusan Malaysia itu hanyalah mengulangi pendirian politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO selama ini. DPPNK yakin, masyarakat Malaysia semakin menyedari permainan politik yang merbahaya ini dan akan menolak politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO dana rakan-rakan parti politik di dalam komponen Barisan Nasional.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 24 April 2011 / 21 Jamadil Awal 1432

Eskay kata 'hotel dan pelacur'. Polis kata 'kondo dan pelajar'

Posted: 23 Apr 2011 10:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

"Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.

"Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.

"Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.

"Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.

"Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

"Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.

BN amal dasar Apartheid, patut didakwa di mahkamah- Surendran

Posted: 23 Apr 2011 10:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Parti komponen dalam BN seperti Umno-MCA-MIC sepatutnya didakwa mahkamah kerana mengamalkan dasar perkauman, kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh DAP melaksanakan politik perkauman, yang disifatkan beliau sebagai 'sesuatu yang mengejutkan'.

"Di kebanyakan negara bertamadun seluruh dunia, Umno-MCA-MIC akan didakwa mahkamah kerana mempunyai kriteria keahlian yang mendiskriminasi atas dasar kaum. Parti-parti politik satu kaum ini yang membentuk kerajaan pusat di Malaysia adalah sesuatu yang amat memalukan negara kita.

"Ia merupakan titik hitam yang amat besar dalam sejarah negara kita setelah Merdeka.

"Ini adalah suatu kenyataan yang mengejutkan apabila datang daripada bekas pemimpin gabungan politik pemerintah yang terdiri daripada parti-parti politik yang eksklusif kepada satu kaum," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Kata Surendran, tiada negara yang membenarkan wujudnya parti perkauman selain dasar Apartheid, yang pernah diamalkan di Afrika Selatan satu masa dahulu.

"Adalah sukar bagi kita menamakan mana-mana negara lain di dunia yang membenarkan kewujudan parti perkauman seperti di sini. Hanya satu contoh iaitu National Party di Afrika Selatan yang eksklusif kepada kulit putih dan yang mengamalkan apartheid, menindas rakyat berkulit hitam dan menjadi sampah masyarakat dunia," tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan kebimbangannya apabila kerajaan sendiri memupuk dan menyokong parti perkauman yang secara tidak langsung memberi kesan kepada generasi muda.

"Apa yang paling membimbangkan adalah kerajaan bukan sahaja membenarkan parti seperti ini wujud, tetapi memelihara, memupuk dan menyokongnya. Ini adalah disebabkan kerajaan sendiri adalah manifestasi organisasi eksklusif kaum ini.

"Soal pokoknya, bagaimana kita dapat menjelaskan kepada anak-anak negara ini kenapa sesetengah parti boleh dianggotai oleh satu kaum sahaja? Bukankah kita menyuntik racun rasis ke dalam tubuh mereka? Bagaimana perkara ini telah dibenarkan berlaku selama lebih 50 tahun? Bukankah sukar dipercayai?," katanya.

Sementara itu, beliau turut menuntut parti Umno-MCA-MIC supaya menolak perkauman dalam kriteria keahlian dan membuka kepada mana-mana kaum.

"Untuk kebaikan negara dan anak -anak kita, saya menuntut Umno-MCA-MIC menolak kaum sebagai kriteria keahlian dan membuka parti masing-masing kepada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum.

"Jikalau mereka tidak mahu berbuat demikian, maka mereka tidak layak memimpin negara ini. Undang-undang mesti di pinda untuk mengharamkan kesemua parti-parti politik dan pertubuhan yang berdasarkan kaum," katanya.

Raja Petra belum beri kenyataan, peguam tikai motif polis

Posted: 23 Apr 2011 10:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini.

Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

"Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi," kata peguam Haris Ibrahim kepada The Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi.

Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu.

Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud 'kebuntuan' dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya.

"Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia.

"Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3," kata tulisan itu.

Yb Adun Wakaf Bharu Dan Ketua Pemuda PAS Tumpat Kena Berhati-hati Dengan Parasit Yang Ada Kepentingan Peribadi!

Posted: 23 Apr 2011 06:30 PM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/217764_198589603510699_100000789816987_453796_4548749_n.jpg

Hati-hati wahai pemimpin PAS Kelantan dan Tumpat dengan parasit yang ingin menumpang perjuangan semata-mata untuk kepentingan peribadi dan perniagaan. Mereka ini akan bersama PAS dengan bertopengkan perjuangan Islam..

Bersedia la dengan pelbagai masalah jika pemimpin seperti YB Adun Wakaf Bharu dan Ketua Pemuda PAS kawasan Tumpat tidak berhati-hati dengan manusia yang berkawan semata-mata kepentingan perniagaan dan peribadi.

Mereka yang berkepentingan ini berkopiah tetapi penipu! Harap pemimpin PAS lebih peka!

Maaf atas teguran ini, Blog ini amat sayangkan YB Che Lah dan Encik Rosli dan juga pemimpin-pemimpin PAS Kelantan yang lain.

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Bagi Liga Inggeris, Itali, Span Dan Jerman.

Posted: 23 Apr 2011 03:56 PM PDT

England - Premier League
23:54April 23

FTManchester U.1 - 0Everton

FTAston Villa1 - 1Stoke C.

FTBlackpool1 - 1Newcastle U.

FTLiverpool5 - 0Birmingham C.

FTSunderland4 - 2Wigan Athletic

FTTottenham H.2 - 2West Bromwich A.

FTWolverhampton W.1 - 1Fulham

FTChelsea3 - 0West Ham U.



England - League Championship
23:54April 23

FTCardiff C.2 - 2Queens Park R.

FTDerby County2 - 4Burnley

FTHull C.2 - 4Middlesbrough

FTPortsmouth0 - 0Swansea C.

FTSheffield U.3 - 2Bristol C.

FTWatford1 - 0Barnsley

FTMillwall4 - 0Preston North End



Italy - Serie A
00:54April 23

FTAS Roma1 - 0Chievo

FTBari0 - 1Sampdoria

FTBologna0 - 2Cesena

FTCagliari1 - 2Fiorentina

FTGenoa4 - 2Lecce

FTInter Milan2 - 1Lazio

FTPalermo2 - 1Napoli

FTUdinese0 - 2Parma

FTBrescia0 - 1AC Milan

FTJuventus2 - 2Catania



Spain - Primera Division
00:54April 23

FTValencia3 - 6Real Madrid

FTBarcelona2 - 0Osasuna

FTAthletic Bilbao2 - 1Real Sociedad



Germany - Bundesliga I.
00:54April 23

FTBayer Leverkusen2 - 1Hoffenheim

FTEintracht Frankfurt1 - 1Bayern Munich

FTSchalke0 - 1Kaiserslautern

FTSt. Pauli1 - 3Werder Bremen

FTStuttgart3 - 0Hamburger SV

FTMonchengladbach1 - 0Borussia Dortmund

Tiada ulasan:

Pengikut