Pakatan Rakyat |
Posted: 12 Apr 2011 03:07 PM PDT | Posted: 12 Apr 2011 06:30 AM PDT Saya petik: [SH] SETIU – Ajakan seorang lelaki untuk mencari kekasihnya yang hilang, membawa padah apabila seorang gadis berumur 16 tahun 7 bulan, yang juga adik kepada kekasih lelaki berkenaan, dirogol di dalam kereta di kawasan semak di Lembah Bidong. | Posted: 12 Apr 2011 03:45 AM PDT Saya petik:
* Malaysia Kini menghadapi gangguan teknikal seperti didakwa banyak pihak, sebagai usaha untuk menyekat penyebaran maklumat yang tidak disiarkan dalam media perdana. Buat masa ini, berita MK dapat dibaca melalui lamannya di Facebook atau FreeMalaysiaKini. P/s: Bayangkan apa yang terjadi kepada Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini jika dakwaan pegawai pemasaran ini benar! Anda mengatakan peniaga ini menipu? Beranikah dia menipu di depan panel Suruhanjaya Diraja TBH? Jika benar, apa bezanya pegawai SPRM dengan tentera Amerika yang mendera tahanan di Iraq dan di Kem Guatanamo? KEJAM! Adakah anda masih percaya dua orang tahanan di SPRM membunuh diri@dengan rela hati berbuat demikian? | Bomoh Didakwa Rogol 4 Pesakit dan Disiasat 2 Kes Rogol Lain Posted: 12 Apr 2011 03:22 AM PDT Saya petik:
| Hampir Pasti Taib Mahmud KEKAL Sebagai Ketua Menteri Jika BN Menang Posted: 12 Apr 2011 01:43 AM PDT Saya petik:
| Janji Manis Taib Mahmud pada Tahun 1995 Posted: 12 Apr 2011 12:30 AM PDT Pemimpin PKR seperti yang dilaporkan oleh FMT mengimbas kembali janji Taib Mahmud pada tahun 1995, semasa Tun M berkuasa. Pada masa itu, media secara meluas melaporkan bahawa Taib akan berundur dalam tempoh lima tahun. Namun, menurut Saifuddin, Tun M yang begitu kuat cengkaman politiknya gagal mempengaruhi Taib Mahmud untuk mengundurkan diri daripada kancah politik Sarawak. Adakah Najib dengan bangganya mengganggap bahawa Taib Mahmud berjaya "dijinakkan"nya agar berundur daripada politik Sarawak? Kata-kata Najib itu sudah pun disanggah oleh Taib Mahmud yang mengumumkan akan bersara dalam tempoh "beberapa tahun lagi" bukan seperti yang diharapkan oleh Najib. Malah, pengumumannya untuk mempertahankan kerusi DUN sudah memberikan gambaran sebenar tentang cakap-cakap pengunduran Taib Mahmud di Sarawak. Persaraan Taib jika berlaku pun bukan kerana pengaruh Najib namun kerana keuzurannya. Bayangkan jika Taib Mahmud sekarang masih berusia awal 60-an, adakah ada sinar harapan Taib Mahmud akan bersara? Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan Taib Mahmud berundur adalah dengan menewaskan BN di Sarawak! P/s: Poinnya di sini, bukanlah isu Taib Mahmud berkuasa selama 30 tahun, isunya ialah penyalahgunaan kuasa dan pentadbiran yang didakwa terpalit dengan pelbagai rasuah serta ketidakadilan dalam mengagihkan hasil sumber bumi Sarawak sehingga ada yang menggelarkan KM ini Hosni Mubarak Sarawak. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | Utusan Didakwa Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan Posted: 11 Apr 2011 11:20 PM PDT Saya petik:
P/s: Pekerja Utusan sudahlah terpaksa berkongsi menerima sindiran, kutukan, penghinaan orang kerana berita yang disiarkan oleh akhbar itu berat sebelah dan berunsur fitnah, malah seperti yang diberitakan oleh TVS, syarikat akhbar itu dikatakan gagal membayar bonus dan menipu jumlah pendapatannya. Kena maki dengan orang "share" bersama, takkan untung tidak mahu "share" bersama? Takziah! Bagaimana dengan "share" di akhirat nanti? | [PANAS] Ingat Pondan Bernama Fatine? "Suaminya" Cuba Membunuh Diri Selepas Ditinggalkannya Posted: 11 Apr 2011 07:03 PM PDT Saya bercadang untuk menterjemah berita di DM, namun Fethal Pulak Dah! sudah berbuat demikian. Saya salin dan edit sedikit kiriman di blognya:
P/s: Kalau dibaca lanjut di DM, Young yang bekerja sebagai penjaga sekolah memperoleh £640 sebulan, dia terpaksa meminjam duit daripada ibunya semata-mata untuk mendapatkan visa agar Fatine dapat menetap di Britain. Dia juga dihina oleh masyarakat dan kehilangan pekerjaan kerana mempertahankan cinta songsang yang akhirnya memakan dirinya. Gila! "Tahniah" Mohammed Fazdil aka Fatine, anda mengharumkan nama Malaysia sekali lagi! | Larangan Memakai Purdah di Perancis: Penunjuk Perasaan Ditahan Posted: 11 Apr 2011 06:30 PM PDT Menurut AFP, polis Perancis semalam menangkap dua wanita berpurdah dan beberapa yang lain kerana menunjuk perasaan di depan gereja Notre Dame bagi membantah larangan baharu terhadap pemakaian purdah di tempat awam. Penangkapan itu dibuat selepas polis bertindak untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang tidak mempunyai kebenaran berbuat demikian. "Penangkapan hari ini bukan mengenai pemakaian purdah sebaliknya dibuat kerana tidak mempunyai syarat untuk mengadakan tunjuk perasaan," kata jurucakap polis, Alexis Marsan. Dua wanita berpurdah, seorang yang hanya bertudung tanpa menutup mukanya dan seorang penganjur tunjuk perasaan itu ditangkap, kata Marsan. Dalam tunjuk perasaan lain, Rachid Nekkaz dari kumpulan aktivis 'Jangan Sentuh Perlembagaan Saya' dan seorang rakan wanita yang memakai purdah ditangkap di depan Istana Elysee.
P/s: Orang berbogel dibenarkan atas alasan hak asasi, orang berpurdah diharamkan atas pelbagai alasan termasuk dikaitkan dengan unsur keganasan. | Posted: 11 Apr 2011 05:45 PM PDT Sifirnya mudah, jika Taib Mahmud tidak dilantik sebagai KM pun, namun dia masih berada di DUN, apa bezanya Sarawak semasa atau sebelum era Taib Mahmud sebagai KM? Sudah tentu KM baharu yang mungkin dilantik adalah boneka kepada Taib Mahmud. Jadi, pusing macam mana pun, Sarawak masih di bawah kuasa Taib Mahmud. Siapa ahli politik Sarawak yang mahu menentang Taib jika dia masih di DUN? Hal ini dikukuhkan lagi dengan pengakuan Taib Mahmud seperti yang dilaporkan oleh TMI bahawa beliau membayangkan hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi" - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam PM mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak kononnya dapat disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri. Kata Taib: "Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali." Mesej Taib sudah jelas - beliau mahu menguasai politik Sarawak untuk beberapa tahun lagi. Justeru, orang Sarawak seharusnya menyahut cabaran PR untuk "Ubah Sarawak" dalam PRN negeri Sabtu( 16/4) ini. Di balik kenyataan Taib, banyak orang menghidu percanggahan kenyataan antara PM dengan Taib Mahmud dalam isu pengundurannya daripada politik Sarawak. Adakah Najib gagal "menjinakkan" Taib agar mengundurkan diri sepenuhnya daripada senario politik Sarawak? P/s: Poin penting di sini, bukanlah isu Taib Mahmud berkuasa selama 30 tahun, isunya ialah penyalahgunaan kuasa dan pentadbiran yang didakwa terpalit dengan pelbagai rasuah serta ketidakadilan dalam mengagihkan hasil sumber bumi Sarawak sehingga ada yang menggelarkan KM ini Hosni Mubarak Sarawak.
| ||
Posted: 12 Apr 2011 03:02 PM PDT | Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden Posted: 12 Apr 2011 06:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu. Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS. "Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti. "PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat. "Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan. Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN). "Kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan. "Sokongan rakyat terhadap PAS yang bersama dengan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Laporan semalam menyebut PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung kawasan itu Jumaat lalu dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan banyak pihak. Bagaimanapun kata Azman Shapawi, kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan termasuk presiden kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan parti. Menurut beliau, alasan untuk menukar presiden kerana gagal menarik sokongan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya umum adalah tidak tepat. "Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti. "Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar presiden PAS bukan isunya, walaupun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS," katanya. Pada mesyuarat itu, Kawasan PAS Bukit Bintang turut mencalonkan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden. Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar selain mencalonkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi jawatan itu. Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden, bagaimanapun Mursyidul Am PAS itu menolak pencalonan tersebut. | Khalid : Kejayaan PR Selangor Inspirasi Rakyat Sarawak Teroka Perubahan Posted: 12 Apr 2011 05:30 AM PDT SHAH ALAM 12 April – Populariti dan kejayaan pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor terus dicemburui Barisan Nasional lalu menjadikan ia sasaran kritikan untuk menonjolkan kegagalan pentadbiran di Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun ianya langsung tidak memberikan kesan kerana rakyat bebas membuat penilaian bijak. Khalid yang ditemui Tv Selangor hari ini melahirkan kekecewaannya dengan taktik Barisan Nasional itu yang sanggup menyebarkan fitnah dalam memastikan kelangsungan politik mereka yang jelas semakin kehabisan modal untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan dan dokongan rakyat. "Itu adalah satu tindakan terdesak dengan memburuk-burukkan tanpa asas dan fakta yang benar, jadi di Selangor kita lebih matang dengan perkara tersebut, jadi apa yang berlaku ini kita harus mengambil pengajaran dan menjadikan ia sebagai contoh yang tidak harus digunapakai di Selangor dan Malaysia," katanya. Terbaru, pada sesi Dialog Bersama masyarakat Kristian di Kuching semalam, Exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan pelbagai bentuk fitnah yang direka cipta Barisan Nasional sama ada melalui papan iklan mahupun pada akhbar berbahasa Cina untuk memburukkan pentadbiran Pakatan di Selangor. Antara gambaran buruk yang diberikan ialah kerajaan Selangor dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga lesen penjaja di pasar dan larangan penjualan arak. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Khalid. Menurut Khalid, beliau akur pelbagai usaha dilakukan oleh parti bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak demi meraih perhatian rakyat, namun katanya biarlah ia dilakukan dengan adil, telus dan tidak menyelitkan elemen fitnah demi menjatuhkan lawan. "Dari segi politik, sudah tentulah kita berpendapat, semua pihak akan bertanding dan pertandingan kita mestilah atas dasar bagaimana ingin membawa pembangunan yang terbaik untuk rakyat, jadi sebab itu bagi saya, apa yang kami mahu tunjukan di Sarawak ialah sejauh mana usaha kita membangunkan Selangor jika dibandingkan dengan pemerintahan di Sarawak yang sudah lebih 40 tahun,"katanya lagi. Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di SUK Shah Alam hari ini. Turut Hadir, Exco Pelaburan, perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Halimah Ali. Teresa Kok juga turut menyeru BN berkempen dengan cara yang lebih matang dan tidak memutarbelitkan fakta untuk mengaburi mata pengundi. "Saya ingin menyeru pihak BN agar berkempen khususnya di Sarawak kini, dengan cara yang lebih matang, bercakap benar dan bukannya melaporkan perkara yang salah untuk kepentingan politik berkempen kerana ia jelas satu tipu helah,"katanya. Sementara itu, mengulas mengenai kebangkitan dan penerimaan rakyat Sarawak terhadap corak pemerintahan Pakatan Rakyat, ia adalah petanda baik kerana rakyat Sarawak kerana tertarik dengan perkembangan di Selangor, kata Khalid. "Sangat baik, rakyat Sarawak tertarik dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang mana menerusi konsep MES ini kerajaan negeri memberi harapan kepada rakyat bahawa sumber kekayaan negeri akan mengalir terus kepada rakyat dan mereka juga memang menerima baik konsep 'Hasil Negeri Untuk Rakyat' . "Apabila saya berada di Sarawak dan menerangkan konsep ini mereka berharapkan konsep seumpama ini dapat dijalankan apabila pemerintahan baru berjaya ditubuhkan di Sarawak, dan untuk melaksanakannya, rakyat Sarawak perlu memlilih Pakatan Rakyat,"tambah Khalid lagi. | BN dijangka tabur jutaan ringgit menjelang 4 hari terakhir kempen Posted: 12 Apr 2011 05:00 AM PDT SATOK: Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini. "Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri. "Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita," kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok hari ini. Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak. "Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat," kata Rafizi. Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak. "Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu. "Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda. "Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat," ujarnya. | Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi Posted: 12 Apr 2011 04:30 AM PDT PETALING JAYA: Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi. Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah. "Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN," kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran. "Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah," tambah beliau. Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya. "Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching. "Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu," kata Surendran. Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar. Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional. Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan. Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut. Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya. Namun sehingga kini, trio 'Datuk T' yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim. | Banyak juga dapat pelajaran dari politik Sarawak. Posted: 12 Apr 2011 03:30 AM PDT PM Najib cuba mengelak menjawab soalan bila Taib Mahmud akan berundur. Beliau hanya menyatakan perancangan peralihan kuasa itu memang ada tetapi akan diberitahu kemudian apabila waktu yang sesuai sampai. Bila kah waktu yang sesuai itu akan tiba tidak siapa yang tahu. Dalam tulisan saya sebelum ini saya ada mengatakan yang penantian untuk Taib berhenti ini ibarat menunggu hari kiamat. Kiamat akan pasti tiba tetapi belum tentu bila masanya. Taib pula memberitahu yang beliau akan turun dalam 'beberapa tahun' lagi dan meminta anak-anak muda bersabar. Dari banyak-banyak isu yang ada di hadapan mata, isu bila Taib akan bersara adalah isu yang paling hangat. Isu lain sudah tenggelam dan semua pihak khususnya yang membangkang telah mendesak Taib supaya berhenti serta merta. Isu pilihanraya di Sarawak ini sudah menjadi kronik kerana tidak ada siapa yang mahukan Taib lagi. Rata-rata rakyat mahukan Taib berhenti secara terhormat untuk menyelamatkan BN dari terhempas berkecai. Sekarang ini seluruh pemimpin tertinggi UMNO dari Semenanjung berada di Sarawak, untuk menyambung mana yang putus dan menampal mana yang koyak. Saya khuatir kehadziran ramai pemimpin UMNO di Sarawak ibarat tikus membaiki labu. Keadaan yang berlaku di Sarawak adalah di sebabkan sikap 'arrogant' pemimpin-pemimpin BN sendiri. Seluruh ahli jemaah kabinet negara berada di Sarawak untuk membantu BN dan situasi kritikal ini tidak pernah di alami oleh Sarawak selama ini. Perasaan takut menghadapi kekalahan amat di rasakan. Walk-about yang di lakukan oleh Najib dan pemimpin lain jelas tidak berkesan lagi kerana denyutan nadi rakyat Sarawak yang inginkan perubahan. Sekarang tidak boleh di pastikan lagi samada wang yang berbillion untuk di gunakan bagi memancing undi itu dapat mengekang perasaan inginkan perubahan itu. Satu persoalannya sekarang; apa kah pelajaran yang kita perolehi dari apa yang sedang berlaku di Sarawak ini? Pertamanya, ialah pemimpin tidak dibenarkan lagi berkuasa terlalu lama. Taib telah duduk di puncak kuasa selama 3 dekad sehingga beliau telah sampai ketahap seorang yang buta mata hatinya. Taib sedang begitu berang kerana desakan terhadap beliau untuk meletakan jawatan datang dari senua pihak termasuk di kalangan pimpinan PBB sendiri secara senyap-senyap. Dalam tempoh 24 jam selepas Najib mengatakan yang proses peralihan kuasa akan datang, Taib telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan meletakan jawatan dalam masa beberapa tahun lagi. Jika 'beberapa tahun' yang dimaksudkannya itu ialah 5 tahun, ianya bermakna yang beliau akan hanya berhenti semasa pilihanraya 2016. Kedua-dua kenyataan dari Najib dan Taib itu tidak ada kepastian tentang bila peralihan kuasa itu akan berlaku. Ini membosankan rakyat yang mendengarnya. Kita pasti boleh belajar dari keterlanjuran Taib mentadbir negeri sebegitu lama telah membina satu sikap berani melakukan rasuah dan salah guna kuasa secara terang-terangan. Bagi Taib yang penting beliau berkuasa dan apa sahaja yang di lakukan oleh ahli kabinetnya tidak menjadi apa kepada beliau. Malahan di mana-mana negara sekali pun jika pucuk pimpinannya berkuasa terlalu lama, undang-undang dan etika tidak lagi menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan apa-apa kesalahan. Kita juga mendapat pelajaran yang wang dan harta yang bertimbun itu juga boleh membutakan mata hati pucuk pimpinan. Taib memang mempunyai imej sebagai seorang yang kaya raya dengan harta yang bertimbun-tyimbun. Dengan wang itu lah beliau boleh mempengaruhi keadaan sehinggakan pucuk pimpinan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat pun tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap Taib. Sokongan dan dukongan dari pucuk pimpinan pun boleh diperolehi dengan harta yang bertimbun itu. Setakat ini sekuat mana pun badan penguat kuasa tidak berani melakukan penyiasatan ke atas Taib. Misalnya MACC tidak mengambil masa yang lama untuk menyiasat kes Teo Beng Hock, tetapi sehingga hari ini perlakuan Taib dan kabinetnya tidak pun di dekati oleh Suruhanjaya ini. Kepada Taib segala-galanya dia yang punya. DAP dan PAS mendapat banyak pelajaran dari apa yang berlaku di Sarawak serta negeri-negeri lain yang rasuah menjadi perkara dan fenomena biasa. Mereka memanfaatkan apa yang berlaku di negeri-negeri yang rasuah berluas luasa dengan memperbetulkan mereka sendiri. Mereka lebih serius dan menjaga kerajaan-kerajaan negeri yang mereka tadbir dengan lebih telus dan secara relatifnya lebih bersih. Di P Pinang yang ditadbir oleh DAP bersama rakan komponennya telah menunjukan prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelumnya. Jika berdekad-dekad yang lalu kerajaan-kerajaan tempatan di negeri itu sentiasa berada di dalam defisit sekarang ini kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang sangat memberansangkan dan ini merupakan bukti yang ketirisan perbelanjaan selama ini yang menyebabkan defisit itu. Di Kelantan dan Kedah jarang-jarang kita mendengar kes-kes rasuah yang melibatkan RM berbillion-billion. Dalam satu kes PKFZ sahaja kita mendengar yang penyalah gunaan kuasa dan rasuah telah melibatkan jumlah RM 12 billion. Itu baru satu kes sahaja. Bagaimana kes-kes yang lain? Ada di antara pemimpin seperti Menteri Besar (bekas) yang telah dikaitkan dengan Pembinaan rumah yang melebihi RM 20 juta. Ada pula pemimpin yang telah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal yang melibatkan jumlah RM 1.5 billion. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai rasa malu dan mengambil wang rakyat dengan selamba sahaja. Dalam pada itu bercakap pula tentang bersih, cekap dan amanah. Entah mana letak cekapnya dan dimana bersihnya tidak siapa yang tahu. Yang sudah pasti, tindakan itu adalah tindakan yang tidak ada amanahnya. Bagaimana kita hendak menafikan yang contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan P Pinang itu patut dipuji. Bagaimana kita hendak menafikan yang pentadbiran Negeri Selangor lebih telus dan relatifnya lebih bersih dari pentadbiran dahulu? Mungkin kepada penggiat politik semborono akan marah kepada pandangan saya ini, tetapi sebenarnya pentadbiran seperti inilah yang kita mahu lihat dilakukan oleh BN. Untuk mendapatkan kualiti pentadbiran ini yang pasti perlu ialah pandangan yang berani, tetapi kepada mana-mana orang yang berpandangan berlainan itu akan di anggap sebagai pembangkang pula. Tetapi penokong BN tidak mahu menerima hakikat kebaikan pentadbiran P Pinang dan Selangor semata-mata kerana politik, malahan mereka tidak begitu gemar dengan pentadbiran yang baik itu. Mereka tercari-cari kesalahan pimpinan Selangor dan P Pinang seperti orang mencari kutu dalam rambut yang tebal. Yang pasti di Pulau Pinang khususnya jika kerajaan sekarang berjaya sekali lagi mendapat mandat dari rakyat negeri itu, mandat itu sudah semestinya di perolehi dari 'merit'nya sebagai kerajaan dan pentadbiran yang baik. Justru itu kita berharap agar kerajaan-kerajaan BN yang mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya jadikan cara DAP di P Pinang, PAS di Kedah dan Kelantan serta PKR di Selangor sebagai contoh bagi memperbaiki diri kita sendiri. Jika kita boleh melakukannya maka kita akan terus mendapat mandat lagi selepas PRU nanti. Setelah mendengar kata-kata Taib Mahmud yang beliau akan berundur beberapa tahun lagi, teringat pula saya kepada Hosni Mubarak dari Mesir semasa beliau mendapat tekanan rakyat untuk berundur. Hosni meminta rakyat bersabar dan berjanji tidak akan bertanding lagi untuk menjadi Presiden Mesir, walaupun telah berkuasa selama 30 tahun. Akhirnya beliau tunduk dan meninggalkan Cairo serta Istana yang di diaminya selama tiga dekad itu. Taib patut mengambil tauladan Hosni ini; meninggalkan jawatan untuk kebaikan rakyat dan negara khususnya bagi keselamatan dan perpaduan rakyat Sarawak. Kalau rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi, kenapa mesti dia mesti tunggu? Takkanlah 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Menang kalah di dalam pilihanraya itu adalah isu yang lain. Yang penting Taib telah gagal untuk membina 'spiritualism' yang baik bagi politik negari itu. Jika sesungguhnya Taib sayang kepada rakyat dan negerinya, berundur itu merupakan pengorbanan besar bagi Sarawak dan rakyatnya. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/banyak-juga-dapat-dipelajari-dari.html | Rumah calon KEADILAN dibaling botol arak waktu maghrib Posted: 12 Apr 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Rumah calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Ahmad Nazib Johari dibaling botol arak pada waktu maghrib Ahad lalu dan hampir-hampir memecahkan tingkap rumahnya. Nazib ketika dihubungi Keadilandaily.com mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan terdesak BN dalam usaha mengekalkan kerusi DUN Satok. "Kejadian berlaku pada Maghrib, Ahad lalu apabila seorang individu menunggang motorsikal membaling sebuah botol arak dan hampir-hampir memecahkan tingkap rumah saya. "Sepatutnya pada waktu maghrib kita menunaikan solat dan bukannya membaling botol arak," katanya kesal. Menurut Nazib, kejadian itu menunjukkan bukti bahawa BN sanggup buat apa sahaja untuk menang dalam pilihan raya berkenaan walaupun ia bercanggah dengan Islam. Nazib yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak memberitahu, tindakan samseng yang dipercayai diupah BN itu bukan merupakan satu perkara baru. Malah ia semakin kerap dilakukan sepanjang tempoh kempen pilihan raya Sarawak berlangsung. "Pada malam penamaan calon, rumah saya disimbah cat merah dan baru-baru ini pula jentera KEADILAN dihalang dan diugut dari memasuki Kampung Kudei Baru yang juga terletak dalam DUN Satok," kata beliau. Menurutnya, antara masalah rakyat di kampung itu melibatkan ketiadaan bekalan elektrik dan bekalan air bersih serta penduduk yang tidak memperoleh geran tanah meskipun sudah mendiami kawasan itu hampir 20 tahun. "Apa pun saya amat tersentuh dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk Kampung yang tetap menjemput saya bersama rombongan parti ke kampung Udei walaupun berdepan pelbagai halangan dari pihak lawan, ujarnya yang merupakan anak jati Satok. Nazib merupakan calon KEADILAN yang pertama kali bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok yang majoritinya adalah kaum Melayu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), dengan pengkhususan dalam jurusan undang-undang syariah, ayah kepada lima anak ini adalah graduan dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM). Beliau kini memiliki firma guaman sendiri bernama Ahmad Nazib and Associates. Sebelum ini, kerusi DUN Satok disandang oleh calon BN, Datuk Abang JOhari Abang Openg yang juga Menteri Perumahan Sarawak selama lima penggal berturut-turut. | YM Raja Idris Raja Kamaruddin Dilantik Sebagai Perunding Eksekutif Dan Penasihat KDEB Posted: 12 Apr 2011 02:30 AM PDT SHAH ALAM 12 April - Kerajaan Selangor melantik ahli korporat terkenal, YM Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai Perunding Eksekutif dan Penasihat untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak-anak syarikatnya, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini. Menurut Tan Sri Khalid pelantikan ini dibuat selepas berunding dengan DYMM Sultan Selangor yang juga berkenan dengan pelantikan YM Raja Idris Raja Kamaruddin. "Pelantikan YM Raja Idris dibuat melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan berkuatkuasa pada 5 April 2011.Beliau bertanggungjawab memantau dan mengawasi urusan perniagaan KDEB dan anak-anak syarikatnya. "YM Raja Idris menggantikan Datuk Abdul Karim Munisar yang telah meletak jawatan. Pelantikan ini juga melayakkan beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KDEB dan Pengerusi semua anak-anak syarikat," katanya. YM Raja Idris adalah ahli The Institute of Bankers, UK dan The Institute for the Management of Information Systems, UK.Beliau juga adalah perunding kepada Rototype International, UK, Significant Technologies Sdn Bhd dan Markfield Institute Higher Education, Leicestershire. YM Raja Idris pernah memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat antaranya Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, dan Naib Presiden Rangkaian Komunikasi dan Maklumat Siemens Malaysia. "Kerajaan Negeri komited untuk memastikan bahawa semua anak-anak syarikat diurus secara profesional dengan menekankan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya. | Helikopter Terhempas : Jenazah Dihantar Pulang Ke Kota Bharu Untuk Dikebumikan Posted: 12 Apr 2011 01:59 AM PDT SIBU, 12 April - Jenazah juruterbang, Kapt Sahimi Razali, yang maut dalam kejadian helikopter terhempas di Sibu semalam, dihantar pulang ke Kelantan dengan pesawat khas dari sini tengah hari ini untuk dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu. Pesawat khas milik Sabah Air Aviation Sdn Bhd, majikan Sahimi, berlepas dari sini kira-kira 1 tengah hari. Turut serta dalam penerbangan itu ialah abang Allahyarham Mohd Bizamuddin. Penerbangan itu akan singgah sebentar di Johor Baharu untuk mengisi minyak dan dijangka tiba di Kota Baharu pada 7 malam. Bizamuddin ialah satu-satunya anggota keluarga allahyarham yang tiba di sini malam semalam untuk menuntut jenazah allahyarham. Sahimi, 38, yang menyertai Sabah Air tahun lepas meninggal dunia pada kira-kira 8.30 malam semalam akibat kecederaan dalaman selepas helikopter yang dipandunya terhempas pada kira-kira 1.50 tengah hari di Dataran Sibu, di depan Wisma Sanyan. Beliau digegaskan ke Hospital Sibu untuk menjalani pembedahan sebelum disahkan meninggal dunia pada 8.30 malam tadi. BERNAMA | Isu Peralihan Kuasa KM Serawak: Najib Dan Taib Sebenarnya Ingin Menipu Rakyat Serawak? Posted: 12 Apr 2011 01:14 AM PDT KUCHING, 12 April — Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan "terperangkap" dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu. Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya. "Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya," kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10. "Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan)," kata beliau kepada pemberita di Pullman Hotel di sini pagi ini. Sebagaimana dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa pelan peralihan kuasa tidak harus dilakukan tergesa-gesa, Taib berkata ia harus dilaksanakan dengan tersusun. "Tidak, anda perlu melakukan dengan cara yang betul," kata Taib. Taib juga berkata beliau tidak akan tunduk kepada tekanan daripada pembangkang yang terus-menerus berpegang pada topik peralihan kuasa dan menegaskan parti mereka sendiri juga berada dalam huru-hara. Pada satu majlis di sini malam tadi, Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PPB) membayangkan beliau hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi". Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya. Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak. Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran untuk Sarawak dapat dilaksanakan. "Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini. Kenyataan Taib semalam adalah bayangan pertama mengenai peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011. Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Kelmarin, dilihat seolah-olah sudah mengesan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya. Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan. Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu. Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu. | Kes Sarbaini: Keluarga tertekan, percaya Allahyarham bukan bunuh diri Posted: 12 Apr 2011 12:42 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 12 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup "membunuh diri" seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media. "Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti. "Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat," katanya ketika dihubungi semalam. Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan di sini, Rabu lalu. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini "membunuh diri" telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya. Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah "membunuh diri". "Saya nak beritahu, keluarga tertekan bila kata dia bunuh diri, saya nafikan dia bunuh diri, malah sehingga hari ini keluarga masih tidak boleh terima dakwaan yang mengatakan dia bunuh diri . . . keluarga kami tidak boleh terima. "Jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan, jangan buat tuduhan tidak berasas . . . tuduhan kata bunuh diri itu saya dan keluarga tidak boleh terima, saya rasa macam nak pukul siapa yang buat," katanya. Seolah-olah kesal dengan cara siasatan SPRM, Ismail membangkitkan pelbagai persoalan berhubung tragedi itu. "Saya nak tanya, abang saya jumpa dengan siapa di sana? Dia pergi ke sana awal pagi, jadi siapa yang dia jumpa? Siapa yang bawa dia masuk (dalam pejabat SPRM)? Siapa yang sahkan kematian dia? "Bila sudah mati, siapa yang ambil pakaian dia? Polis atau pegawai SPRM? Ini satu kemusykilan, siapa yang ambil? Siapa yang sampai di sana dulu? Polis atau ambulans? Kami mahu semua ini diperjelaskan, kami mahu nama keluarga kami dibersihkan . . . kami mahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini didakwa. "Kami mahu individu yang sebabkan kematian Ahmad Sarbaini didakwa, siasatan perlu diadakan segera. Saya juga tidak bersetuju dengan cara siasatan SPRM, kami tidak boleh terima semua ini," katanya. Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima orang anak. The Malaysian Insider yang turut mengunjungi rumah Ahmad Sarbaini di kawasan kuarters Kastam, Kelana Jaya juga mendapati ramai ahli keluarga masih menemani keluarga Allahyarham. Bagaimanapun, Maziah enggan memberikan sebarang komen berhubung tragedi yang menimpa suaminya. | Malaysiakini hadapi masalah teknikal, usaha BN sekat maklumat? Posted: 11 Apr 2011 11:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat. Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka. Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara. Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau. "Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini," kata Premesh. Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air. Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan