Selasa, 12 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 12 Apr 2011 01:07 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


AMK Bukit Gantang mengajak seluruh Rakyat Perak turun Ipoh malam ini

Posted: 11 Apr 2011 10:32 PM PDT

Bersempena perlawanan tumpuan Liga Super malam ini diantara Perak lwn Kelantan.AMK Bukit Gantang menyeru seluruh rakyat Perak tak kira apa jua fahaman Politik anda agar datang ke Stadium Ipoh malam ini untuk menberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negeri Perak yang bakal menerima kunjungan Pasukan Kelantan.

Ayuh!anak-anak muda seluruh perak datang ke stadium Perak malam ini.Tak kira sama ada anda penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional ketepikan fahaman politik seketika ayuh kita bergandingan bahu bersatu menyokong skuad Bola Sepak Perak.

Saya sendiri  secara peribadi saya akan turun bersama-sama sahabat saya malam ini untuk menberi sokongan penuh kepada skuad Kejor Yob Kejor kita.Kepada yang beragama islam jangan lupa sembahyang magrib,dalam Stadium pun sudah banyak Surau.Kita harus ingat kewajipan sebagai umat Islam.Bola bola jugak sembahyang jangan tinggal.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium ipoh malam ini.jangan risau Astro Arena akan menyiarkan perlawanan hebat ini.

Zulkifli Noordin

Posted: 11 Apr 2011 09:14 PM PDT

Zulkifli Noordin


HAQ DAN KEBENARAN

Posted: 11 Apr 2011 03:14 AM PDT

(Semoga Tuan Guru Haji Hadi mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang dengan segera)

Salam 2 all.

Arakian tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya. Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah mohon pertolongan, sambil air makin naik.

Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.

Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".

Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!

Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.

Persoalannya, adakah ALLAH sudah tunjukkan kebenaran itu? Bagi mereka yang taksub dengan manusia anugerah tuhan ini, kebenaran itu bagi mereka hanya jika mereka lihat Saiful muncul berkudis sopak, ataupun Tun Mahathir jadi sewel, ataupun manusia taksuban mereka bersemayam di Putrajaya. Sebab itu jika ada isyarat lain mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu & Buta. Sebagaimana kaum Yahudi & Nasara dahulu, mereka menunggu-nunggu kebenaran kenabian datang, tetapi dalam kepala mereka sudah diindoktirnasikan bahawa Nabi akan datang itu ialah Yahudi. Bila Nabi Muhammad saw, seorang 'Arab Makkiyun datang, dengan segala isyarat haq dan kebenaran kitabiah, Yahudi & Nasara menolaknya, kerana Rasulullah saw bukan Yahudi! Itu sahaja!

Bagi para penaksub ini, cuba renung-renungkan apa isyarat, bukti dan keterangan yang ALLAH telah hantar setakat ini:

1. Anwar terbukti seorang pembohong. Satu bukti jelas ialah pembohongan 16 Sept. Satu dunia dia temberang dan kelentongnya. Ini semua orang, satu duniawi tahu, kecuali yang PBB aje yang buat tak tahu. Tidak ada yang jelas melainkan jelasnya pembohongan Anwar dalam konspirasi 16 Sept ini! Kalau satu dunia Anwar boleh auta dan kelentong, dan masih juga ada yang PBB terus menyokong, bayangkan apa lagi pembohongan & penipuan yang manusia "anugerah tuhan" ni boleh buat!!

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 Sept, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta ma'af, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal-hal lain!! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

2. Saiful yang mengadu menjadi mangsa liwat Anwar adalah staf dia sendiri. Anwar yang temuduga Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja, Anwar yang bayar gaji Saiful, Anwar yang bawak Saiful makan angin ke Hong Kong, Bangkok & Singapura (walaupun baru beberapa minggu bekerja sebagai "errand staff"), tau-tau Anwar kata Dato' Sri Najib yang bersalah!!! Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Saiful. Sampai ada yang mintak biar Saiful cacat, gila, kena sopak, jadi sewel dan macam-macam lagi. Sebaliknya Saiful bukan sahaja bersumpah dalam Masjid mengadu Anwar meliwat dia, malah berangkat mengerjakan haji bersama ibu tercinta dan berdoa di Gua Hira' dan dihadapan Baitullah & Masjid Nabawi! Yang dok kelam kabut, dengan macam-macam caca merba & pasembor, dengan macam-macam pembongkaran dimunculkan, ialah Anwar, bukan Saiful!

Tidakkah pernah mike nak bertanya dalam hati kecil mike yop, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah la'nat. Mengapa yang kelihatan semakin "dila'nat" bukannya Saiful tapi dia? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

3. dalam kes tuduhan meliwat Saiful Bukhori, pihak pendakwaraya mengemukakan pelbagai keterangan dan bukti, saksi, doktor, pakar kimia, pakar forensik, pakar DNA dan macam-macam lagi! Dan yang paling terang bukti & keterangan ialah adanya baki sperma seseorang dikenali sebagai Jantan-Y dalam karung kunyit Saiful. Dan Anwar hanya perlu berikan sampel DNA dia (darah, air liur, peluh, rambut, kuku dll, anything yop). Jika benar dakwaan Anwar bukan dia yang mengunyit Saiful, pasti DNA Anwar dan DNA Jantan-Y tidak akan "matching". Dan jika itu betul, bukan sahaja Anwar akan terlepas bebas, silap-silap mahkota Putrajaya pun dia boleh dapat.

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu yop, kenapa Anwar liat sangat nak bagi sampel DNA tu yop; sedangkan dia tidak rugi satu habuk pun jika menyerahkan sampel DNA tu kepada Mahkamah jika dia yakin benar! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

4. dalam kes videoklip terbaru, tak pasal-pasal manusia anugerah tuhan melenting kata itu bukan dia; walaupun tidak ada sesiapa pun yang tuduh dia, apatah lagi nak tuduh dia "menyudu" pelacur Cina tu. Anwar kata pada masa kejadian dia sedang sibuk bertweet, dan jam Omega yang dijumpai Datuk Eskay sebenarnya ada dengan isteri tercinta. Maka habislah keluar segala agamawan dan ustadwan, dengan macam-macam patwa qazaf dan lain-lain., siap memfasikkan dan mengkapiorkan orang lain yang memberi pendapat berbeza. Isunya bukan kita menuduh Anwar berlacur atai berzina, tetapi isunya ialah adakah videoklip itu tulin, dan siapa watak-watak didalam video tu. Tak timbul langsung tuduhan zina, rogol, atau melacur.

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa twitter Anwar kosong daripada jam 09.30mlm-11.30mlm? Kenapa Anwar & Azizah liat sangat nak tunjukkan jam Omega spesial edition tu kalau betul ada dengan mereka? Kenapa Datuk Eskay rakan baik Anwar sendiri dedahkan videoklip ini? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

5. Karpal Singh beriya-iya nak jadi peguam Anwar dalam kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful, dan Anwar beriya-iya mahukan Karpal membelanya. Tetapi Karpal Singh inilah orang yang sama yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar pada 22.10.1997 dalam Parlimen & dalam ceramah DAP di Hotel Federal KL. Dia yang ceritakan kepada pimpinan PAS sehingga mereka pangill dia "Anwar Al-Juburi". Dia yang jadi loyer Azizan & Umi Hafilda. Dia yang desak Anwar bertaubat & letak jawatan setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang mengisytiharkan "perang" terhadap Islam apabila menentang cita-cita PAS nak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dengan perisytiharan "over my dead body". Dan mentor mereka Lee Kuan Yew pernah mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Singapura & Australia mempunyai bukti teknikal Anwar terlibat dengan kegiatan tidak bermoral!!!

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa Karpal penentang negara Islam ni beriya-iya nak jadi loyer Anwar? Adakah dia & sekutu DAPnya ada agenda tersendiri? Adakah Anwar sudah berada dibawah cengkaman mereka? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

6. Sejak daripada awal lagi, seorang-demi seorang sahabat baik dan rakan karib serta orang kepercayaan Anwar meninggalkan beliau, dan semuanya atas sebab yang sama - tidak percaya kepada Anwar, politikus yang rakus, cakap tak serupa bikin, hanya berminat nak jadi Perdana Menteri, punya masalah moral yang serius, dikhianati Anwar, pembohong dan lain-lain. Sejak Professor Dr. Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatul, Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique, Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, rakan-rakan pengasas ABIM, dan ramai lagi mereka yang terkenal dengan kewibawaan dan integriti yang baik. Dan kesemua mereka tidak duduk diam selepas meninggalkan Anwar, malahan sebaliknya hampir semua memilih untuk mendedahkan topeng sebenar Anwar, bak kata Datuk Seri Zahrain, "bagai raksaksa pelbagai wajah". Dan sebaliknya yang masih merapati manusia anugerah tuhan ini ialah Michael Danby (MP pejuang gay Australia), Paul Wolfowitz (Yahudi yang menjadi akitek serangan Iraq/Afghanistan), Martin Indyk (Yahudi bekas Duta US ke Israel), James Wolfehnson (Yahudi bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Yahudi bekas Naib Presiden US), William Cohen (Yahudi bekas Setiausaha Pertahanan US), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi!

Tidakkah pernah mike semua nak bertanya didalam hati kecil mike tu, kenapa ramai rakan baik dan kepercayaan Anwar lari dan kini menentang dia secara terbuka? Mengapa para gay, pejuang homoseks & lesbian, para Yahudi & kafirun harbi kekal menyokong manusia anugerah tuhan ni yop? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu ALLAH hantar yop?


Sebenarnya yop, banyak lagi isyarat-isyarat dan petanda-petanda yang telah ALLAH hantar. Persoalannya ialah mengapa kita tidak mahu melihat dengan 'ainul-yaqeen-mata keimanan berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mengapa kita tidak mahu menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan untuk berfikir. Otak itu ALLAH anugerahkan bukan untuk buat sup yop, tetapi untuk berpikior!!! Maka berfikirlah yop!

Nanti bila sampai depan ALLAH, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai ALLAH. Tak pasal-pasal ALLAH akan tempelak kita dengan berfirman:

"Aku dah hantar 16 Sept, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar videoklip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak ALLAH hantar lagi yop?

Teman menutup tulisan ini dengan satu firman ALLAH dalam satu surah yang cukup terkenal dikalangan orang Melayu, iaitu surah Yaasin (ayat 7-10). Ingatan ini adalah untuk diri teman, dan mereka yang masih punya sedikit kelumit keimanan:

"Sesungguhnya telah pasti berlaku ketetapan siksaan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman (mempercayai). Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, maka kerana itu mereka menjadi terdongak. Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada pangkat dan hartabenda sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) dihadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Maka (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka; samada engkau beri amaran (peringatan) kepada mereka, atau engkau tidak memberi amaran (peringatan) kepada mereka mereka tetap tidak akan beriman (mempercayainya)"
(rujukan kepada Tafsir pimpinan Ar-Rahman & Al Quran & Terjemahan (Khadaamun Haramain Sa'udi).

Jadi persoalan besar yang teman nak tanya diri teman dan mike semua yop, tidakkah terpikior yang ALLAH mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk dan kebenaran tu yop! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH menjadikan tulisan dan peringatan ini kebaikan untuk diri teman dan mereka yang masih beriman, dan semoga ALLAH memberikan keberkatan dan menjauhkan teman dari segala sifat dengki, dendam dan takabbur, dan menjadikan tulisan ini sebagai suatu 'ibadah guna untuk mendekatkan diri lebih kepada ALLAH. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali. Astaghfirullah hal 'azheem.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Jamadil Awal 1432
11 April 2011

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 11 Apr 2011 09:13 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Skim MUE banyak membantu keluarga simati

Posted: 11 Apr 2011 11:40 AM PDT

Ramai penerima dari Puchong


120 Penerima dari seluruh daerah Petaling hadir


Bergambar dengan sebahagian penerima. Mereka menyokong skim MUE dan kekalkan kerajaan yang sedia ada


Cungkil bakat baru dalam memasak

Posted: 11 Apr 2011 11:05 AM PDT

Masakan dipamerkan bersama 2 hasil demonstrasi ukiran ais dan ukiran buah tembikai dan betik Panel hakim yang memberi komen dan markah masakan yang disediakan Pemenang pertandingan mendapat piala pusingan, hadiah, set dapur satu hab Antara para peserta yang mengambil bahagian Pertandingan Memasak konsep 'Black Box'

Anwar Ibrahim

Posted: 11 Apr 2011 07:08 PM PDT

Anwar Ibrahim


Bersama Jana Perubahan Sarawak

Posted: 11 Apr 2011 12:01 AM PDT



‘Super Sunday’ Melanda Sarawak

Posted: 10 Apr 2011 08:49 PM PDT

Dari Malaysiakini

Suhu politik di Sarawak mula bergelagak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat memperhebatkan kemprn masing-masing.

Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai ‘Super Sunday’, di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.

Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga ‘orang kuat’ Pakatan – setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks’, para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.

Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.

“Saya juga diberi amaran – sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.
31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.

“Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar.

Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.

Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

“Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

“PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

“Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS,” katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.

Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap ‘buaya dua kaki’ yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

“Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.

“Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki,” kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.

Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.

“Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income”, katanya.

Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu ‘I want nobody nobody but you’ nyanyian Wonder Girls kepada ‘No money no money for you’ untuk ditujukan kepada Taib.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 11 Apr 2011 11:48 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Koleksi berita misteri kematian Pegawai JAS Sarawak, terbunuh atau dibunuh

Posted: 10 Apr 2011 11:09 PM PDT


KEADILAN UNTUK RUMIE !


Koleksi berita misteri kematian Pegawai JAS Sarawak, terbunuh atau dibunuh?


RUMIE AZZAN MAHLIE PEGAWAI PENYIASAT JABATAN ALAM SEKITAR SARAWAK (JAS) MAUT JATUH DARI TINGKAT 9 PEJABAT JAS PADA TAHUN 2004. http://amkns.blogspot.com/2011/04/pegawai-jas-sarawak-mati-jatuh-dari.html


KEMATIAN PEGAWAI KASTAM, JAS SARAWAK DAN RARE EARTH KUANTAN http://amkns.blogspot.com/2011/04/kematian-pegawai-kastam-jas-sarawak-dan.html




'RUMIE'S DEATH LINKED TO CASE' Suraida Abdul Lazit believes that her husband's death was related to a case he was working on. Department of Environment officer Rumie Azzan Mahlie had told her he was working on a case involving an influential company which had allegedly committed various environmental offences. "He told me the case involved millions of ringgit and a large company which he did not name," she said. "Rumie told me he was offered a big bribe to drop the case." Subsequently, he received a death threat and was told to prepare for his funeral in three days. "And that's exactly what happened. He was found dead two days after the death threat on Sept 15." Rumie was thought to have fallen to his death from the ninth floor of the state DOE office here, and police classified the case as sudden death. On March 22, Federal Criminal Investigations Department director Datuk Fauzi Shaari ordered investigations into the case to be re-opened based on new information received by the police. "Prior to his death, my husband appeared to be stressed," Suraida said. "At one time, he brought home a classified file on the case he was investigating. He also revealed to me that the situation in the office was not comfortable." http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2005/4/14/nation/10683645&sec=nation


MORE MYSTERY TO RUMIE'S CASE KUCHING: The fact that someone had used a credit card belonging to enforcement officer Rumie Azan Mahlie 20 days after his death has added another mystery to the case. His widow, Suraida Abdul Lazid, said the loss of the credit card was realised when the bank that issued it made a call to confirm whether Rumie had made any payment with the card. She said her late husband, 31, had four credit cards, but three had been nullified soon after his death on Sept 17. Rumie, a Department of Environment (DOE) investigation officer, was found dead at the car park of Wisma STA here after falling from his office on the ninth floor of the building at 11am on Sept 17. His family alleged there was foul play in his death. In an interview yesterday, Suraida told The Star she had sent the police a photocopy of a notebook found in Rumie's car. Among the contents in the notebook was "disposal of toxic waste in Johor" dated June 9, she added. Suraida said that about three weeks after her husband's death, a bank officer had called to inform that someone had used Rumie's credit card. Sarawak Police Commissioner Datuk Talib Jamal said former state DOE director Dr Abd Rahman Awang, who now heads the Johor DOE, would be one of the witnesses whose statements would be recorded. Talib said police would propose that an inquest be held to determine the cause of Rumie's death and whether it had any criminal element. Bukit Aman CID director Datuk Fauzi Saari had on March 22 directed that the investigation papers on Rumie's death be reopened following doubts over the death report. Rumie had said he received a death threat from certain parties a few weeks before his death. In Putrajaya, LEONG SHEN LI reports Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Adenan Satem as saying that DOE would co-operate with any authority that investigates it for any wrongdoing. Adenan, who was approached by reporters after leaving the DOE headquarters here, was responding to media reports that the Anti-Corruption Agency was investigating several DOE officers. According to the report, the investigations were over the manner in which the officers carried out enforcement work as well as in connection with cases of toxic waste being smuggled into the country. The report also said investigations would provide answers to questions surrounding Rumie's death. Also being investigated was the Perak case where a seized heavy vehicle was "ordered" to be returned to its owner. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/20050414074712/Aticle/indexb_html


GAG ON TOXIC TALK DOE men ordered to keep mum. Ex-Sarawak chief quizzed by ACA. Tony Emmanuel, Annie Freeda Cruez and Farrah Naz Karim. KUALA LUMPUR, Apr 13. A gag order was imposed by the Department of Environment on its officers around the country, as the cloud of an Anti-Corruption Agency probe hung over the department. It emerged today that the former Sarawak DOE director was quizzed by the agency and that a report was lodged with the ACA today over circumstances which led to a lorry seized as evidence being returned to its owner. The lorry was allegedly used to transport toxic waste in Perak. The New Straits Times today published a report that the ACA was investigating the smuggling of toxic waste into the country and the manner in which some DOE personnel had enforced laws. The probe could also shed light on the death of enforcement officer Rumie Azzan Mahlie, who fell to his death from the ninth floor of the state DOE office in Kuching on Sept 17. Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Adenan Satem pledged full co-operation, saying: "If the authorities want to conduct investigations we will give them our fullest co-operation." ACA director-general Datuk Seri Zulkipli Mat Noor declined to comment on the probe but sources said that he had asked for a comprehensive report on the status of investigations. DOE director-general Rosnani Ibarahim said that former Sarawak Department of Environment director Dr Abdul Rahman Awang, who was recently transferred to head the Johor DOE office, had been questioned by the ACA. "As far as I know, only one person has been called in for investigations, that is the former director of DOE Sarawak. I wouldn't know if there have been others." Besides fielding questions on the probe, she was also asked to comment on the death of Rumie. She said: "We have told the police all they needed to know about the incident." Rumie's family believes he was killed because he was close to blowing the lid on a syndicate that smuggled toxic waste into the country. Meanwhile, the NST has learnt that the March 24 fire at the Johor DOE office was not the first reported at a state DOE office in the past 15 months. More than 50 per cent of prosecution files were destroyed in the Johor fire, including those covering investigations into the illegal storage and dumping of toxic waste. One of the files was of the high-profile probe into a company which allegedly imported toxic waste from Taiwan. (The waste is at present stored at Johor Port and in a brick factory in Simpang Renggam.) Another file believed destroyed was on a probe into an illegal toxic waste dumpsite near Kampung Lunchu, Kota Tinggi. It is learnt that summaries of some of these cases had been sent to the Attorney-General's Chambers. Rosnani did not think the incidents of fire were connected. "This is definitely not a trend," she said. "We will just have to wait. I do not want to speculate at this stage." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/20050414080218/Article/indexb_html


TOXIC SITE KNOWN TO DOE SINCE 2001 Call it the toxic burial site of Johor. It is about half the size of a football field and located in Pasir Gudang. And here is the puzzling part: Department of Environment officials discovered the site in 2001 but there has been little follow-up action since then. The New Straits Times understands that four years ago, on a public tip-off, enforcement officials visited an area in Pasir Gudang and noticed that the soil was black. Tests later showed that toxic waste had been buried there. A report by the DOE was submitted to the department's headquarters here for further action. But sources disclosed there was little follow-up. Late last year, however, another team of DOE officers went to the site and found that nothing had changed: toxic materials were still buried in the area. Following this discovery, another report was lodged and DOE director-general Rosnani Ibarahim ordered State DOE officials to submit a weekly report. The progress report was to include how the department was disposing of the toxic waste and what legal action had been initiated. Till today, no action has been taken against those responsible. Today, the New Straits Times reported that the Anti-Corruption Agency was investigating how some DOE personnel had been enforcing environmental laws here. The probe could also expose the smuggling of toxic waste into the country from Taiwan, and shed light on the death of environment officer Rumie Azzan Mahlie in Sarawak last September. His family believes foul play was involved.


Najib dicabar tubuh Suruhanjaya siasat kematian Pegawai JAS Sarawak

Posted: 10 Apr 2011 09:10 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah dicabar oleh Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak yang dijumpai mati setelah terjatuh dari tingkat 9 pejabat JAS Sarawak pada tahun 2004.


Najib ada berani ka ? Ke ada banyak cerita di sebalik kematian pegawai JAS Sarawak tersebut?


Paling menarik Dominique Ng yang bertanding atas tiket Bebas adalah salah seorang peguam yang terlibat dalam kes perbicaraan kematian pegawai JAS tersebut. Takkanlah Lim Kit Siang orang Cina, hendak membela kematian Rumie, orang Melayu?


KEADILAN UNTUK RUMIE ! WHY RCI FOR DATUK T AND NONE FOR S'WAK OFFICER FALLING FROM STA BLDG : KIT SIANG


The people of Sarawak and Malaysia are entitled to ask why the Prime Minister is not prepared to establish RCI for a whole host of more important and pressing public issues. For a start, is Najib prepared to establish a RCI to re-open the riddle of the seven-year mysterious death of Sarawak Department of Environment (DOE) investigating officer Rumie Azzan falling from 9th floor of Sarawak Timber Association (STA) in Kuching on 17th September 2004 just before 11 am? Source : http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=10363:why-datuk-t-rci-and-none-for-swak-officer-falling-from-sta-bldg-kit-siang&Itemid=2


LAGI BERITA MENGENAI KEMATIAN PENUH MISTERI RUMIE YANG TIADA PENYELESAIAN KESNYA DI BAWAH INI :




Persiapan Serangan Senjata Biologi di Malaysia

Posted: 10 Apr 2011 07:25 PM PDT



Adakah Malaysia berkemungkinan akan diserang menggunakan senjata biologi? Adakah Malaysia bersedia menghadapi serangan senjata biologi? Adakah H1N1, Adenovirus, Melioidosis, Leptospirosis, Kencing Tikus dan sebagainya sebahagian daripada senjata biologi?


Beberapa artikel mengenai isu ini pada pautan berikut : http://amkns.blogspot.com/2011/04/virus-adeno-di-pd-dan-serangan-senjata.html






Kerajaan Melaka tak tunai janji, N.Sembilan gulung tikar

Posted: 10 Apr 2011 07:07 PM PDT


Pengusaha bas tuntut janji


Utusan Malaysia 11 April 2011, – Persatuan Pengusaha Bas Melaka menuntut janji kerajaan negeri yang dibuat kira-kira dua tahun lalu untuk menyalurkan bantuan RM36 juta bagi menaik taraf operasi perkhidmatan bas mereka yang berusia lebih 15 tahun.


(Jangan lupa baca betapa teruknya perkhidmatan bas di Negeri Sembilan terutama di pinggir dan luar bandar di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html , RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN )


Presidennya, Razali Endun berkata, janji kerajaan negeri mahu membantu pengusaha menaik taraf bas awam yang semakin uzur perlu ditunaikan segera kerana operasi syarikat bas di Melaka Sentral kini semakin tenat ekoran dihimpit masalah kewangan yang serius. Jelas beliau, pengusaha juga semakin resah kerana sepanjang dua tahun menunggu bantuan kewangan kerajaan negeri itu, pengusaha ditekan dengan pelbagai kompaun dan saman oleh pihak berkuasa kerana keadaan fizikal bas yang tidak sesuai untuk beroperasi.


''Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk memperbaharui permit bas milik syarikat saya tahun depan kerana bas sedia ada uzur dan permit hanya boleh diperbaharui jika bas berusia lebih 15 tahun diganti baru atau dinaik taraf. Razali berkata, pihaknya bimbang dengan kemelut kewangan yang melanda 10 syarikat bas kerana kesannya seramai 2,000 kakitangan kemungkinan terpaksa gulung tikar pada masa terdekat ini.


Sehubungan itu, beliau merayu bantuan dan keprihatinan kerajaan negeri untuk campur tangan dan tidak hanya melihat OPERASI BAS HENTI-HENTI DI MELAKA SENTRAL GULUNG TIKAR SEPERTI BERLAKU DI NEGERI SEMBILAN DAN MUAR SEBELUM INI. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 11 Apr 2011 09:04 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH ! SARAWAK TAK MAU KE MACAM NI ?

Posted: 11 Apr 2011 08:14 AM PDT

Sehingga penutupan akaun 31 Disember 2010, jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM268 juta.

1998 : Hanya RM 12 juta

1999 : Langsung tiada simpanan tetap direkodkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri.

BUKAN mcm Kerajaan BN..Wang Rakyat,Harta Sykt Kjaan,Untung Sykt Kjaan, Umno buat mcm harta mak bapak Umno jer.. Buat Anak Sykt Kjaan tp asyik rugi sepanjang tahun...Bkn tak untung..tp untung dah Mereka kembungkan perut masing2

Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/

Saya boleh kata tidak Anwar - Mursyidul Am

Posted: 11 Apr 2011 06:28 AM PDT

Anuar berucap depan 10,000 orang di Miri

Posted: 11 Apr 2011 01:12 AM PDT



10000 PKR at Batu Kawah 10/04/2011

Jom tengok video Barisan Nasional mezalimi kaum pribumi di Sarawak

Posted: 11 Apr 2011 01:01 AM PDT

Peringatan Buat Umno Dan SPR Yang Nak Bawa Peti Undi

Posted: 11 Apr 2011 12:39 AM PDT


 

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

MKini  Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Sumber: http://budakkampungonline.blogspot.com/

Pilihan Raya Sarawak Dari Penang, Selangor,Rakyat Sarawak Pulang Untuk Nyahkan BN!

Posted: 10 Apr 2011 11:53 PM PDT

Oleh ramziredang

"Sungguh mengejutkan, pada majlis makan Malam Limbang anjuran DAP bila ada seorang perempuan menyumbang sebanyak sepuluh ribu ringgit. Setengah yang lain pula rata rata menderma sebanyak lima ratus ringgit seorang. Ternyata gempa bumi dan tsunami telah melanda Sarawak. Masing Masing hanya ada satu 1matlamat dan 1azam, nyahkan 1BN dari 1Kenyalang.

Di saat Najib cuba mententeramkan diri dengan menghibur hati berada di litar Sepang, Taib Mahmud mula tidak lena tidur. Dirinya yang selama ini merasa masih muda mula merasa tua dan telah tersilap langkah. Kini ternyata dia telah menyedari bahawa dirinya benar benar telah tua. Memang benar telah tua. Kesedaran ini timbul bila tsunami kini telah benar benar berada hampir di luar rumahnya yang tersergam indah.

Tekanan yang ditanggung dalam dirinya tidak mampu diselindungkan lagi sehinggakan banyak pertanyaan wartawan dijawab dengan penuh emosi.

Berita perhimpunan Pakatan Rakyat dihadiri seramai dua puluh ribu orang tidak mampu disembunyikan lagi.

Kini sejarah bakal terukir. Miri akan memimpin satu era baru yang belum pernah disaksikan selama lebih 48 tahun. Hati mana yang tidak berdebar melihat detik detik ini. Jiwa mana yang tidak berdegar melihat mereka datang dari jauh untuk menyambut pakatan rakyat. Semangat mana yang tidak membakar bila melihat gelombang yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak.

Mereka datang dengan penuh kesedaran. Keluar menunjukkan kuasa rakyat. Bagi mereka kini adalah masa kami. Kami telah lama memberi peluang kepada kamu. Tetapi ternyata kamu mempersiakan harapan kami.

Penyesalan sudah tidak berguna lagi. Apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin BN sekarang, sungguhpun mungkin ada yang benar benar ikhlas, sudah terlambat. Saat ini yang ikhlaspun sudah dianggap menipu.Kebencian sudah tidak terbendung lagi

Rakyat Sarawak yang bekerja di Pulau Pinang dan Selangor pulang ke kampung halaman di Sarawak dengan membawa kibaran satu panji. Seolah olah panji di satu medan perjuangan. Dengan titik jerih ini, apapun, BN pasti akan dinyahkan dari bumi kenyalang.

Kembalikan kedamaian ke bumi kenyalang. Kembalikan hasil bumi ini kepada kami. Hidupkan kami di dalam kedamaian kerana kedamaian ini adalah hak milik kami. Sebagaimana cantiknya si burung kenyalang terbang singgah di pinggir gunung.

Kini baru kamu ingin berjanji untuk membawa kemakmuran kepada kami? Sedangkan sudah puluhan tahun kami berhijrah ke negeri lain untuk mencari sesuap nasi,menanggung ibu bapa kami. Kamu yang nyahkan kami dari bumi kami sendiri. Kini kami ingin kembali menuntut hak kami. Kamulah yang sepatutnya nyah dari bumi kami.

Di perantauan, Selangor dan Penang kami telah melihat dengan mata kepala kami bahawa pemimpin yang kami cari telah kami temui. Merekalah yang lebih mengerti keperitan hidup kami. Lalu memberi, menghulurkan hak hak kami dengan seikhlas hati mereka. Dengan penuh rendah diri mereka mengangkat kembali martabat kami sebagai rakyat yang mempunyai hak di negeri sendiri. Nyatalah yang menipu kami adalah kamu bukannya mereka.

Kini biarlah kamu kami halau dari bumi kami. Nyahlah kamu dari bumi kenyalang

Sumber: http://www.detikdaily.net/

Memang Cuak

Posted: 10 Apr 2011 09:25 PM PDT

Hahaha..... kecut perut la... memang cuak... hahaha... mana tak cuak... kalu silap percaturan... mungkin hilang satu negeri... bukan setakat hilang negeri... tapi hilang lubuk... lubuk aper... lubuk emas la.... lubuk dimana senang nak rembat hasil masyhul negeri... orang tempatan jenis tak berapa nak amik pot... hahaha...

50 tahun bhai... lebih 50 tahun... kalau masa tuu baru lahir (baby)... la nih dah takat bersedia nak masuk kubur biler-biler.... hahaha... tapi haram jadah pembangunan di Sarawak macam sial jer.... 50 tahun rasanya kalu setahun amik masa untuk buat kerja ukur tanah untuk satu kawasan DUN... rasanyer dah 50 kawasan dah selesai... tinggal 21 kawasan jer lagi...

Haram Najib Razak tipu orang kampung dan dayak di Sarawak dengan bagitau yang kalu nak abis mengukur tanah adat (NCR) di Sarawak .... amik masa terlalu lama.... sebab Sarawak besar... Macam la orang tak tau yang Sarawak tue luas.... tapi kalu nak buat pemetaan dan kerja ukurtanah tue.. rasanyer tak amik masa yang lama.. Tambah plak peralatan theodolite sekarang nih dah ader yang dilengkapi dengan peralatan mengukur waktu malam dan kemudahan sistem GPS.... bukan macam dulu... la nih tak perlu ramai kakitangan pon boleh buat kerja mengukur... 5 orang staff pon dah boleh cover kawasan yang luas...

Kalu nak murah lagi... bagi jer bebudak Politeknik ker... ITM ker... buat latihan amali ukurtanah kat Sarawak nih... hasil samer jer... cuma perlu diawasi oleh tenaga mahir la dalam satu kumpulan tue ader seorang tenaga mahir...

Itu baru citer pasai kerja ukurtanah tanah adat NCR kat Sarawak nih... belum lagi dah 50 tahun lebih masih takder lebuhraya bertaraf nasional macam PLUS kat sana yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Kuching.. takkan takder duit...

50 tahun dah rompak hasil hutan (balak dan sebagainya) serta hasil minyak/gas dan bauxite... takkan tak cukup lagi kot.... Kemudahan awam macam haram jadah jer kat Sarawak... Negeri kaya... tapi duit hilang kena rembat... Hospital pon masih berstatus samer macam masa ditubuhkan dulu (sebelum kemerdekaan)... giler aper...

Kali nih gua nak ajak sedara-sedara kita orang Dayak, Iban, Orang Ulu, Melanau, Bidayuh dan sebagainya di Sarawak tue untuk amik peluang ini untuk berubah... lakukan perubahan... Kalu tidak... 50 tahun lagi pon tetap macam tue gak.... percaya la... Barisan Nasional tetap akan nampak bekerja memajukan negeri cuma pada masa nak pilihanraya negeri jer... selain dari tue... macam sial jer...

Semuanya pada tangan sedara-sedara kiter nih.... kalu depa tak nak buat perubahan... gua harap depa jangan komplen lebih-lebih... sebab depa sendiri yang tak nak berubah.... So vote for change.... Undilah Untuk Perubahan....

Undilah Untuk Perubahan. Jangan biarkan anda ditipu selama 50 tahun lagi. Cukuplah

Sumber: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/

Kami mahu tukar kerajaan kerana kami mahu tanah kami balik…

Posted: 10 Apr 2011 08:43 PM PDT

Video Wartawan Yang Tanya Jam Omega

Posted: 10 Apr 2011 08:13 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut