MAJLIS SAMBUTAN 100 TAHUN DAN PELANCARAN ALUMNI SK SERI MENANTI, MUAR
Sejarah tercipta bagi warga Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar apabila Majlis Sambutan 100 Tahun dan Pelancaran Alumni Sekolah Kebangsaan Serti Menanti, Muar disempurnakan pada pagi Sabtu 30 April 2011.Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Encik Mohd Hasidin Hj Md Zaini, telah merasmikan Majlis tersebut.Encik Affendi hadir mewakili PegawaiPelajaran Daerah Muar.
Tuan Haji Abdul Rahman Kasbon, bekas Pegawai Jabatan PenuntutMalaysia London, mewakili bekas pelajar.YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani) dan Tuan Haji Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar) juga dijemput hadir sebagai bekas pelajar.
Cenderamata untuk Alumni Tersohor SK Seri Menanti Muar yang diterima oleh YB Dr Mohammad Taslim. Terima kasih Cikgu !
Di antara penerima Cenderamata Pelajar Tersohor SK Seri Menanti Muar ialah:
1. Professor Dr Jalani Sukimi (Dekan Fakulti Sains dan Teknologi USIM),
2. YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani),
3. Tuan Haji Abdul Rahman Kasbon (Bekas Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia London),
4. Puan Fatimah Kasbon (Wanita Pertama Guru Rakyat),
5. Puan Hjh Kalsom Kasbon (Guru Perempuan Pertama Maktab Perguruan Perempuan Melaka),
6. Puan Hjh Sharifah Kasbon (Pesara Guru Besar),
7. Lt. Kol (B) Dr Hj Basir Rakim,
8. Lt Kol (B) Tuan Hj Masuod Sukimi.
9. Tuan Haji Tahir Sukimi (Pesara Guru Penolong Kanan),
10. Tuan Haji Kosnin Kamari (Pesara Pengetua),
11. Kapt Dr Rosli Kolop (TUDM),
13. Tuan Haji Hamzah Sarbini (Pesara Guru Besar, Bekas YDP PIBG SK Seri Menanti),
14. Puan Hamidah Hamzah (University of Pacific USA),
15. Puan Norliza Hamzah (Ketua Pegawai Kewangan DRB-Hicom),
16. Puan Suzana Hamzah (Pensyarah, Masters of Education (TESL) UM Kelas Pertama),
17. Puan Noraini Hamzah (Pensyarah, University of Leeds UK)
YB Dr Mohammad bersama En. Md Hasidin, Guru Besar, YDP PIBG dan tetamu.
Tn Hj Abdul Rahman Kasbon mewakili Bekas Pelajar.
Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
Gong Perasmian dipalu.
Cenderamata untuk Tuan Hj Hamzah Sarbini juga untuk 4 orang puteri-puterinya yang menerima anugerah Alumni Tersohor SK Seri Menanti
Cenderamata untuk Perasmi, disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hjh Zuraidah Rohsah.
Persembahan Pelajar.
Persembahan Pelajar.
Pertemuan kakak dan adik - Tn Hj Abdul Rahman bersama kakaknya Pn Hjh Kalsom. Dua orang lagi adik beradik mereka Pn Fatimah dan Hjh Sharifah tidak dapat hadir. Kesemuanya Penerima Anugerah Alumni Tersohor.Mereka juga sepupu kepada YB Dr Mohammad.
YB Dr Mohammad bersama tetamu menjamu selera.
Dari kanan: Puan Hjh Zuraidah (Guru Besar), En. Mohd Hassan Taib (YDP PIBG), Puan Hjh Kalsom dan Puan Hjh Halimah Nabil (Mantan Guru Besar SK Seri Menanti).
Self Portrait - YB Dr Mohammad Taslim.
Di belakang kanan ialah Sdr Malik Md Diah.
Majlis Pelancaran Alumni SK Seri Menanti Muar ini mengimbas kembali zaman persekolahan YB Dr Mohammad di sekolah yang banyak berjasa ini. Gambar-gambar yang cukup terhad yang masih dalam simpanan beliau ini menjadi kenang-kenangan sepanjang zaman........
Keputusan Masok Sekolah Menengah 1962 bertarikh 6/1/1963 ( 48 tahun yang lalu ! )
di tandatangani oleh Guru Besar Allahyarham Cikgu Abu bin Abu Bakar.
10 0rang pelajar mengambil peperiksaan, seorang pelajar (Mohammad b Taslim )
mendapat Pangkat A. Keputusan Peperiksaan ini di tampal pada
dinding Balai Raya Seri Menanti dan masih disimpan oleh YB Dr Mohammad.
Di antara guru-guru YB Dr Mohammad Taslim: di tengah-tengah Cikgu Abu b AbunBakar,
di kanannya Cikgu Said dan di kirinya Cikgu Ali Hj Othman.Kesemuanya sudah kembali
PAS tetap pertahan Anwar Ibrahim: Selagi tiada bukti dan empat saksi yang sah mengikut syariat Islam
PAS akan terus membela Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim selagi tiada empat saksi dan bukti yang boleh menyabitkan beliau dengan tuduhan liwat mahupun zina seprti yang diuar-uarkan oleh media dan pemimpin Umno-BN ketika ini.
Ketika menegaskan perkara tersebut, Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebenaran patut dibela selagi tiada bukti yang konkrit untuk menyerat Anwar sebagai pesalah. Katanya, ada dua perkara patut diperhatikan iaitu Anwar dituduh melakukan liwat sejak 10 tahun dulu, tetapi tidak selesai kerana tiada bukti yang kukuh.
"Liwat ni orang buat dalam kelambu, nyamuk (pun) tak boleh masuk! Tiba-tiba bagaimana tuduh seorang manusia meliwat sedangkan kamu tak tengok. Kamu tuduh orang buat benda dalam kelambu, tentu mu (kamu) tak ada. Kalau mu (kamu) ada, tentu mu (kamu) kongsi sama.
"Kenapa kes Anwar diperlagakan sejak dari zaman Dr Mahathir Mohamad lagi? Tak habis-habis sampai sekarang. Sebab tak ada bukti. Saja dicari, buat-buat bukti ada, padahal tak ada," tegas beliau kepada Suhaimi Embong dalam satu interbiu eksklusif di Sarawak.
"Dalam video ni saya dengar sendiri ceramah daripada Ahli Parlimen Sungai Petani dia kata, kenapa tak tunjuk muka Anwar. Kalau video yang dia buat untuk menuduh Anwar, tentu fokus kamera itu mesti kat atas muka Anwar. Kenapa tak buat? Nak fokus macam mana, sebab bukan Anwar. Bila itu bukan orangnya, nak fokus macam mana? Dulu liwat, sekarang zina, yang mana sebenarnya?
"Orang yang tuduh zina, akan kena qazaf. Tak kena qazaf di dunia, akan dikenakan hukum qazaf di akhirat kelak. Saya boleh kata, bukan Anwar," tegas Menteri Besar Kelantan itu. Katanya, beliau akan membela sesiapa sahaja atas nama kebenaran, selagi tiada sabitan yang kukuh.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Najib minta PAS keluar Pakatan Apr 30, 11 4:18pm - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam."Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno."Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR."Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim)."Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini."Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. --Bernama
Kenyatan Akhbar PAS Miri, Sarawak PAS Sarawak ingin merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Kenyataan PM Najib seperti seorang yang tidak sedar diri dengan mengatakan "DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam." Memang DAP tidak pernah memperjuangkan Islam sebab DAP bukan parti Islam, PAS nak tanya balik dengan Najib adakah MCA dan MIC juga pernah berjuang untuk Islam? Sebelum menyeru PAS tinggalkan Pakatan lebih baik lihat sendiri dalam Umno/BN apakah mereka benar-benar berjuang Islam? PAS Sarawak menyeru pula agar Umno tinggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai PAS supaya kita bersama-sama berjuang untuk agama Islam, Bangsa dan Negara. PAS Sarawak minta Umno dan sekutunya PBB supaya tinggalkan BN marilah kita bersama Pakatan untuk menuju sebuah negara yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman ideologi politik. PAS bukanlah alat kepada DAP seperti yang didakwa oleh Umno/BN tapi PAS berjuang bersama DAP dan PKR dalam Pakatan adalah untuk kebajikan semua rakyat. Insya-Allah PAS boleh buktikan dalam PR13 nanti sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan bandar dimana DAP dan PKR akan bersama-sama membantu PAS menang dalam kawasan bandar. Ini tanda menujukkan bahawa Pakatan lebih sesuai daripada BN kerana Pakatan berjuang untuk menegak keadilan dan kebajikan untuk semua. PAS untuk semua.
English version PAS Miri, Sarawak Press statement
PAS Sarawak want to refer to a statement by Prime Minister Najib Razak urged PAS to leave the Pakatan Rakyat coalition as only DAP is reaping benefits from three-member opposition coalition.PM Najib's statement as insensible person by saying "DAP is apparently never even fight for Islam." Indeed, DAP has not been fighting for Muslims because DAP is not Islamic party, PAS want to ask back to Najib is MCA and MIC also fighting for Islam? Before calling for PAS to leave PR it is better for Umno / BN to look at themselves if they are really fighting for Islam? PAS Sarawak also called for Umno to leave Barisan Nasional (BN) and join PAS to fight for Islam as a Muslim and for the Nation. PAS Sarawak urged Umno and PBB to leave BN alliance to let us go into a welfare state for all people regardless of race, religion, political ideology or faith. PAS is not a tool of DAP as claimed by UMNO / BN, but PAS struggled with the DAP and PKR in the Alliance is for the welfare of all citizens. God willing, may proven in the coming PR13 if PAS given the chance to compete in the town areas where the DAP and PKR will work together to assist the PAS to win in the urban areas. This will shows that the based of Pakatan Alliance is better than BN which Pakatan fight for justice and the welfare for all. PAS for all.
Orang-orang yang bersekutu dengan mereka. Begitu juga orang-orang yang menyokong mereka. Begitu juga orang yang melindungi mereka. begitu juga orang yang cenderong dengan mereka. Orang yang seronok dengan mereka. Semoga laknat Allah ke atas mereka. Tapi yang pastinya derita dan azab amat pedih.
Posted on Saturday, April 30 @ 01:37:44 PDT by paktam
Oleh Syed Imran
Seorang insan bernama Shahryl Eskay Abdullah yang lengkap berpakaian Melayu dan dilindungi pihak polis, telah melafazkan apa yang disebut sebagai sumpah laknat di hadapan seorang pegawai Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, petang semalam.
Dalam sumpah laknatnya itu dia membuat pengakuan bahawa dia, iaitu Eskay, berada dalam bilik bersama-sama Anwar Ibrahim. Bilik yang dimaksudkan oleh Eskay adalah bilik dalam mana Anwar dikatakan oleh Eskay telah berzina dengan seorang perempuan atau pelacur?
Turut sama berada dalam Rumah Allah itu adalah dua orang rakan Eskay yang ketiga-tiga mereka digelar sebagai Datuk T. Abdul Rahim Thamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka yang terpaksa meletak jawatan atas sebab-sebab yang umum ketahui; dan mantan guru, mantan ketua Umno Bahagian Sungai Petani, mantan Senator dan kini bapa mertua salah seorang naib presiden Umno, Shuib Lazim.
Abdul Rahim dan Shuib tidak pula membuat atau melafaz apa-apa sumpah. Mungkin mereka tidak yakin sepenuhnya atas apa yang berlaku. Hanya mereka berdua yang tahu.
Walau apapun, kita kena akur akan 'keberanian' Eskay melafaz sumpah laknat kerana dia tentu sedar dan tahu akan akibat dan padahnya. Oleh itu, ramai yang akan mempercayainya.
Saya hanya mampu membuat satu kesimpulan ekoran daripada sumpah laknat yang dilafazkan oleh Eskay.
Atas pengakuannya yang dia berada dalam bilik berkenaan bersama-sama Anwar, maka dia, iaitu Eskay, jelas telah bersubahat dalam pelakuan zina oleh Anwar, jika benar itu adalah Anwar. Sama ada Eskay adalah orang yang 'membekal' pelacur itu kepada Anwar atau sebaliknya juga menjadi tanda tanya?
Apakah hukum ke atas sesiapa yang bersubahat dalam pelakuan zina dan 'membekal' wanita untuk tujuan pelacuran?
Sumpah ada 2. 1. Angkat sumpah- macam ikrar tetapi angkat sumpah bila menyebut nama Allah. Dilakukan oleh orang yang seperti baru dilantik dalam suaada tu pekerjaan. 2. Bersumpah- ialah suatu hak yang diberi ke atas seseorang yang tertuduh bertujuan untuk membela diri. Dinamakan perakuan bersumpah. Tetapi bersumpah dengan menggunakan nama Allah ada syaratnya. Jika tidak mengikut syaratnya bererti menghina syariat sumpak. Apa yang dilakukan semalam oleh trio itu menyalahi syarat sumpah. Bukan tiga ekor tu saja yang menghina malah yang menjadi saksinya juga menghina syariat sumpah. Orang yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh tiga ekor tu juga menghina syariat sumpah. Orang yang tidak berusaha menegahnya juga terlibat sama. Akhbar yang menyokong juga masuk semakuk. Ayatnya jelas orang yang menuduh orang berzina hendaklah membawa 4 orang saksi. kalau tidak dia kena rotan 80 kali dia ialah orang fasik. Ayat itu jelas. Tiada peruntukan sumpah untuk orang yang menuduh orang bersumpah. Yak Allah Laknatkan orang yang menghina syariat sumpah dalam islam kerana mereka menghina islam dan qur an.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ustaz Abdul Ghani Muda, Pengerusi Kelab Veteran PAS Setiu yang terlantar di rumahnya di Kampung Banggol Permaisuri diziarahi oleh AJK PAS Kawasan Setiu usai Mesyuarat Agong Tahunan semalam
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.
"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).
Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.
Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.
Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.
Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.
Mahkamah syariah kena proaktif
Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"
Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.
"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.
"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.
Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.
"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.
Program 1 5.30 -6.30 ptg – Ucapan Penutup Konvensyen KeADILan Johor
Lokasi: Pulai Spring Resort, Jalan Pontian Lama, Kangkar, Pulai
Program 2 8.30 – 10.00 mlm – Perasmian Pejabat KeADILan Negeri Johor
Lokasi: Bandar Baru UDA, Jalan Skudai, Johor Bharu
Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
Program 3 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia
Lokasi: Markaz PAS, Kampong Ulu Pulai, Ulu Choh, Gelang Patah
Penceramah: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng YB Johari Abdul YB Dr Boo Cheng Hau YBhg Dato' Dr Mahfoz Muhammad YBhg Shmasul Iskandar Mohd Akin
KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.
Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
"Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini.
"Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.
"Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
"Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
"Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
"Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran.
Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.
Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.
Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.
Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."
Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.
Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.
Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka.
Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.
Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anuar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?
KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.
Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.
"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.
"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.
Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.
Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.
Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.
Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.
"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.
Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.
"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.
Al-Munafiqun ayat 1-4 [1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?
Aku bawak gambar ini jumpa polis dah polis telah mengesahkan dengan penuh yakin tanpa ada syak wasangka lagi bahawa yang wajah lukisan ini milik Anwar ....Anwar Sadat...wakakakakaka
Jeneral Besar Mohammed Anwar Al Sadat bahasa Arab: محمد أنورالسادات; lahir di Mit Abu Al-Kum, Al-Minufiyah, Mesir, 25 Desember 1918 – meninggal di Kairo, Mesir, 6 Oktober 1981 pada umur 62 tahun) adalah seorang tentara dan politikus Mesir. Ia menjabat sebagai Presiden ketiga Mesir pada periode 15 Oktober 1970 hingga terbunuhnya pada 6 Oktober 1981. Oleh dunia Barat ia dianggap sebagai orang yang sangat berpengaruh di Mesir dan di Timur Tengah dalam sejarah moden.
Harian Metro keluaran hari ini membantu Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang untuk menarik masyarakat mendengar ceramah Bob Lokman pada 12 Mei ini. Bob Lokman dijangka bersama Nik Abduh akan berceramah di Taman Damai Simpang,Taiping bermula 9.00 malam.
Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
"Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.
... Biarlah dia nak cakap apa pun Bob .... mungkin hatinya belum menerima Islam sepenuhnyah sebagai suatu cara hidup.... hanya jauhari mengenal manikam... awie tak kenal manikam.... awie kenal abi & ucop je
Ucapan alu-aluan dan dimulai oleh YB Qasim ADUN Lembah Jaya yang berapi dengan mengecam acara sumpah laknat UMNO dan jemputan Ustaz Shamsul dari masjid yang diguna UMNO untuk sumpah laknat.
DSAI kelihatan kurus dan cengkung memang jauh berbeza dengan dalam gambar dalam media pencacai. Walaubagaimanapun itu bukan perkara penting, yang penting Ulama no wahid kata penuduh kena ada 4 saksi adil dan berilmu atau alim dan kalau sebaliknya penuduh boleh dihukum qazaf.
Ucapan Tian Chua, ADUN bekalalan Bian Baru, YB Qasim dan YB Azmin menjelaskan awal apa misi Pakatan Rakyat dan sumbangan PR setakat ini menandingi BN.
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.
PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN yang ternyata busuk sampai ke usus-usunya?
Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang [...]
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Sedutan kisah dibawa untuk mengajak diri bertaubat, memohon keampunan dari Allah... Astaghfirullah....
KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.
Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok.
Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah percaya kedatangan Najib adalah bukti komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan tersebut bukan sekadar datang menjenguk, tetapi katanya mahu mendengar suara akar umbi rakyat di Terengganu, khususnya di Pekan Batu Enam, di Manir, Kuala Terengganu dan golongan muda melalui pertemuan dengan rakan Facebook yang dijadualkan pada petang hari tersebut.
Untuk itu, katanya Mampat mewakili suara rakyat Terengganu bagi semua golongan mengambil kesempatan di atas keprihatinan Najib mendengar rintihan rakyat Terengganu untuk mengembalikan semula 'hak dan maruah' mereka yang telah dinafikan selama 11 tahun.
"Kembalikan royalti kami kerana ianya adalah lambang 'hak dan maruah' kami yang telah dinodai'
"Dalam kesempatan ini juga, Mampat ingin mengingatkan rakyat Terengganu umumnya dan kepimpinan Terengganu pada hari ini tentang janji-janji yang pernah disebutkan Najib berkenaan royalti minyak Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.
Namun, ujarnya sehingga hari ini tiada sebarang khabar berita mengenainya walaupun bulan Mei 2011 menjelang tiba.
"Ini adalah janji kali keempat yang pernah diberikan. Rakyat Terengganu tidak akan lupa janji-janji yang telah dibuat oleh pimpinan Pusat untuk mengembalikan royalti kami," katanya.
Beliau turut mengimbau kembali jalinan janji yang pernah diberikan kepada rakyat Terengganu sebelum ini.
Katanya, pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) mengumumkan bahawa royalti akan dikembalikan kepada rakyat Terengganu di mana pengumuman itu dibuat di Hotel Primula.
Tambahnya, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Ahmad Said dan rakyat Terengganu ditipu oleh Najib apabila menerima replika cek pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 juta yang dikatakan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008.
Dalam majlis berkenaan, katanya Najib menyebut seolah-olah selepas ini semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri.
Bagaimanapun, ujarnya hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang dinyatakan.
Selain itu, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan oleh pihak menteri besar itu.
"Atas kesedaran yang sama, Mampat menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri, mahupun rakyat Terengganu untuk terus bertanyakan hak rakyat Terengganu ini yang seolah-olah sengaja cuba dilupakan," katanya.
Beliau menambah, jika peluang sebaik kedatangan Najib itu tidak digunakan, Mampat percaya ruang lain yang ada sangatlah terbatas, hendak diharapkan respons pada laman Facebook Najib, sudah tentu ia seumpama mimpi sahaja.
Untuk makluman, jelasnya sehingga Mac 2011 yang lalu, genap sudah 11 tahun Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Terengganu menikmati royalti Minyak.
"Rakyat Terengganu sudah terlalu letih menunggu buah yang tidak gugur. Jangan nanti sehingga rakyat terpaksa menjolok buah yang tidak gugur tersebut dengan cara yang lebih keras.
"Cukup-cukuplah penghinaan yang kami terima, cukup-cukuplah janji-janji kosong yang kami terima, cukup-cukuplah mencuri hak rakyat Terengganu," katanya.(hrkhdaily)
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar memanjatkan rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Rabbul Jalil yang telah memberikan kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mengerah kudrat dan keringat dalam memperjuangkan Islam ini sehingga kita dilimpahi kurnia paling tuntas berharga.
Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini, kita sekali lagi bakal menyambut Sambutan Hari Pekerja yang mana merupakan hari memperingati akan sumbangan para pekerja yang selama ini bertungkus lumus mengerah keringat dan buah fikiran untuk membangunkan tanah air yang tercinta ini, sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
Para pekerja yang dikasihi,
Setiap individu dalam mana-mana organisasi, semestinya menginginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan juga organisasinya agar bisa menyumbang sehabis baik kepada negara. Oleh kerana itu, organisasi tersebut perlu menyediakan pelagai insfrakruktur & sistem kelas pertama untuk memastikan penghasilan yang akan diperoleh oleh organisasi tersebut berada pada tahap optimum. Namun begitu sesebuah organisasi yang mempunyai sistem dan peralatan yang canggih belum pasti boleh menghasilkan kerja kelas pertama kerana faktor individu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sesuatu sistem itu berfungsi. Maka, minda kelas pertama perlu dibudayakan pada setiap individu dalam organisasi tersebut bagi mencapai matlamat ini.
Minda Kelas Pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Ini bermakna kerja kelas pertama bermula dengan individu yang memiliki pemikiran (IQ), emosi (EQ), sikap dan spiritual (SQ) kelas pertama.
Para pekerja yang dikasihi,
Budaya Kerja Kelas Pertama didefinisikan sebagai: "Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan". Terdapat tiga (3) perkara penting di dalam pemahaman kepada Budaya Kerja Kelas Pertama iaitu; cara berfikir dan pemikiran, cara merasa dan menghayati dan cara bertindak dan berperilaku.
Bagi merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama ini, kita perlu menerapkan satu konsep atau model yang boleh difahami, diterima dan diamalkan secara berterusan secara sukarela oleh semua anggota di dalam sesebuah organisasi. Peranan ini perlu dimulakan oleh ketua jabatan, selaku pemimpin di organisasi.
Maka penerapan konsep ESQ, merangkumi komponen IQ, EQ dan SQ secara menyeluruh adalah sangat penting. Secara asasnya Kecerdasan Akal atau Intelectual Quotient (IQ) terletak pada fungsi otak Neo Cortex. Kecerdasan IQ diperkatakan secara meluas di seluruh dunia dan telah digunakan sebagai asas pengambilan pekerja di dalam organisasi awam dan swasta.
Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient (EQ) pula terletak pada fungsi otak Lymbic System. EQ adalah kemampuan untuk merasakan orang lain atau ilmu perhubungan manusia atau dari perspektif Islamnya dinamakan "hablum minannas".
Spiritual Quotient pula atau ringkasnya SQ terletak pada fungsi Temporal Lobe. SQ Didefinasikan sebagai kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau value, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.
SQ adalah landasan yang diperlukan untuk memfungsikan IQ dan EQ secara efektif. Bahkan SQ merupakan kecergasan tertinggi. Secara mudahnya SQ adalah berkaitan hubungan dengan pencipta (Hablum minallah), Ia bagi menjawab persoalan untuk apa IQ ini dan untuk apa EQ ini. Orang yang kuat beribadat (ritual) tidak semestinya menjadi seorang individu yang bagus dan berguna kepada masyarakat sekiraya beliau gagal menghayati dan mengaplikasikan sesuatu ibadat tersebut.
Bilakah masanya seseorang pekerja diuji dari aspek SQ atau secara mudah sekuat mana imannya? Kemungkinan besar tiada. SQ hanya teruji bila pegawai ditempatkan di agensi, sektor atau unit-unit yang mendedahkan beliau kepada peluang untuk menyalahgunakan kedudukan atau kuasa. Bagi yang berjaya menghadapi godaan dan ujian, Insyallah selamat, manakala bagi yang gagal ujian akan terjebak dengan penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Sebagai balasannya, didunia mereka boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.A 395, atau undang-undang negara yang berkuatkuasa. Tetapi di akhirat sana, perbuatan itu akan dihitung sebagai suatu dosa besar.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177
"Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui."
Sabda Nabi S.A.W
"Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum"
Para pekerja yang dikasihi,
Justeru, Budaya Kerja Kelas Pertama sebenarnya adalah suatu rutin harian yang boleh dan telah dilaksanakan tanpa kita sedari. ESQ adalah satu kerangka dasar, bagi membimbing kita menjayakan Budaya Kerja Kelas Pertama. Kejayaan ini terletak kepada pelaksanaan dan penghayatan yang berterusan. Kesannya dapat dilihat dari aspek kepuasan kerja, wujudnya suasana harmoni, penurunan kes tatatertib dan pengiktirafan yang diterima oleh organisasi dan individu . Budaya Kerja Kelas Pertama dapat direalisasikan apabila setiap individu di dalam organisasi memiliki kesepaduan IQ, EQ dan SQ.
Akhir kata daripada saya, marilah sama-sama kita bekerja dengan lebih gigih lagi untuk membangun tanah air kita ke arah masa depan yang lebih baik untuk tatapn generasi akan datang. Akulu kauli hadza, astagfirullahal alazim aliwalakum, assalamualaikum wbt.
Amir Saifuddin Samsuddin Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.
PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?
KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.
Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi 'khutbah' kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.
Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.
Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.
Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.
"Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi 'jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih'.
"Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat," katanya.
Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.
"'Skrip' yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf," katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.
Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.
Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li'an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.
"Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri," ujarnya.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kesal dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kerana menandangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.
Zambry di petik sebagai berkata, "Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MoU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri...walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan.
"Walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi berhubung laporan sebuah portal sebelum ini bahawa sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah.
Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu.
Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu.
Katanya, sebagai sebuah agensi kerajaan negeri, ia tidak boleh mengambil sebarang tindakan sesuka hati terutama yang berkaitan perkara sensitif.
Portal berita berkenaan melaporkan pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai memorandum persefahaman dengan PKNP bagi menjalankan projek itu di Bukit Merah.
Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd, telah memohon kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.
Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja pembersihan.
Ketua Eksekutif PKNP Datuk Samsudin Hashim semalam berkata MoU itu hanya memberi kebenaran kepada Syarikat CVM Mineral Limited untuk melaksanakan kajian kemungkinan melombong sisa nadir bumi dan tiada kelulusan projek nadir bumi diberikan.
MoU itu hanya membenarkan firma itu untuk mengkaji elemen daya maju operasi perlombongan nadir bumi di Bukit Merah, katanya.MK/-
Ulasan Cina islam :
Namun timbul persoalan yang sangat serius apabila pengerusi kepada PKNP adalah Dr. Zambry dan timbul berbagai persoalan termasuklah semacam CEO PKNK "dikambing hitamkan" demi untuk menyelamatkan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Perak.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.
Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.
"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.
"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi," kata Hata.
Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.
Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.
Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.
"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."
Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.
Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.
"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.
"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya
Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.
"Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata beliau sebelum ini.
Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen "pencerahan isu Anwar" oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.
Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.
Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.
Ke mana hala tuju negara?
Jika ini bukan "politik longkang" yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?
Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?
Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?
Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?
Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan "jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.
Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.
Malah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.
Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998. Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.
Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.
Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN).
Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.
Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.
Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.
Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.
Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.
Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.
MALAYSIA mencatatkan kehadiran 25 spesies betta liar iaitu ikan hiasan dalam perairan air tawar negara. Spesies tersebut berpotensi untuk dikomersialkan memandangkan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.
Laporan oleh Fishbase 2011 menyebut bahawa sebahagian besar ikan itu terdapat di Semenanjung Malaysia, lima spesies di Sarawak dan empat spesies di Sabah. Daripada jumlah itu beberapa jenis pula telah dikenalpasti berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan.
Antara spesies yang telah dikenalpasti ialah Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. Peminat ikan betta itu termasuklah mereka dari Jerman, United Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan China.
Uniknya spesies itu adalah ia hanya ditemui di rantau Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tempatan terutamanya ikan betta yang sangat berpotensi dikomersialkan untuk pasaran dalam dan negara, kata Pengarah FRI Glami Lemi, Zulkafli Abdul Rashid.
Maklumat mengenai potensi spesies tempatan ikan hiasan itu sebenarnya telah dikumpulkan sejak tahun 2000.
Menurut Zulkafli, FRI telah memulakan kajian dengan menjalankan aktiviti pengumpulan spesimen ikan dari habitat semula jadi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Spesimen ikan liar betta yang berjaya dikumpul akan dipelihara dan dijinakkan dalam tangki di makmal FRI Glami Lemi sehingga matang dan boleh membiak. Setakat ini, 10 spesies betta telah dapat dijinak dan dibiakkan dalam makmal.
Zulkafli berkata, satu baka baru jenis Betta Bellica, yang berasal dari hutan simpan paya gambut di Pagoh, Johor dan Sabak Bernam, Selangor, berjaya dibiak dan dijinakkan dalam tangki dan berpotensi besar untuk dipasarkan.
Spesies itu dilaporkan telah banyak terancam dan diharapkan usaha pembiakan dapat diteruskan pula oleh penternak yang berminat untuk tujuan komersial.
"Spesies ini juga dikenali sebagai ikan pelaga hijau, tempala atau sepilai oleh penduduk tempatan tapi kami menamakannya Betta Manja kerana sifatnya yang begitu manja ketika lapar," jelas beliau.
Berpotensi dikomersialkan
Keistimewaan ikan hiasan itu ialah ia tidak berlaga sesama sendiri seperti ikan pelaga Siam, selain mempunyai warna badan yang cantik, bercoklat gelap, sisik berwarna hijau berkilat, mata berwarna biru berkilat dan sirip ekor yang panjang berbentuk nyalaan lilin.
"Ia sangat jinak dan makan di atas jari pemiliknya. Spesies ini berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan," katanya.
Pegawai penyelidik kanan FRI Glami Lemi, Mohamad Zaini Suleiman pula berkata, ikan itu berpotensi dibiakkan dalam kurungan (tangki) sebab sepasang ia boleh menghasilkan 200 ekor anak.
"Jadi, dalam tempoh enam atau tujuh bulan, saiznya mencecah kira-kira tiga setengah inci dan boleh dipasarkan pada harga RM5 seekor manakala induknya RM10 hingga RM15 seekor.
"Ia juga boleh dikomersialkan dan dipelihara dalam tangki untuk dijadikan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tidak takut untuk makan di tangan tuannya.
"Tidak mustahil pada masa hadapan, ikan ini boleh dijadikan sebagai ikan spa untuk urutan dan perubatan," katanya.
Pengarah teknikal dan pengeluaran Aquatics International Sdn. Bhd., Syed Abas Alattas, berkata, sehingga kini belum ada penternak ikan betta liar secara komersial di Malaysia. Pihak beliau akan mengimport ikan itu dari Thailand sekitar 20,000 ke 30,000 ekor sebulan untuk dieksport semula ke negara lain.
"Memang kita dapat keuntungan, tapi kalau boleh dikeluarkan secara komersial di Malaysia adalah lebih baik," katanya.
Sementara itu, satu kolokium sehari telah diadakan di FRI Glami Lemi baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan sasar akan potensi ikan betta bagi meningkatkan pendapatan.
"Di samping menjana pendapatan, kolokium ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya konservasi terhadap khazanah semula jadi kita yang sangat bernilai untuk diwariskan kepada generasi akan datang," kata Zulkafli.
Kolokium dengan tema "Khazanah Warisan Penjana Kekayaan" itu diadakan untuk membentangkan kepada masyarakat terutama yang terlibat dalam industri perikanan mengenai kejayaan dalam penyelidikan perikanan. - Bernama
Parit, 29 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi menunjukkan rasa prihatin dan cakna terhadap masalah rakyat apabila mengunjungi penduduk kampung di Parit 8 semalam sekaligus menghulurkan sedikit bantuan kebajikan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Shah Hakimi Shah Alami dan turut disertai oleh beberapa Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit.
Program ziarah kebajikan semalam telah singgah di dua buah rumah penduduk yang dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Seorang penduduk kampung Parit 8 yang diziarahi semalam yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, beliau berasa sangat terharu atas keprihatinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan nasibnya yang ditimpa strok kecil seterusnya menyebabkan tidak mampu untuk mencari sumber pendapatan dan terpaksa bergantung harap kepada ehsan isteri dan anak-anaknya.
Din yang juga ahli Umno Kawasan Parit melahirkan rasa kecewa dengan pimpinan Umno Kawasan yang langsung tidak menjenguk beliau dan bertanya khabar walaupun merupakan penggerak kuat Umno di cawangan beliau. Dalam kesempatan ziarah tersebut, Din telah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS dan bersedia untuk menjadi penggerak PAS yang kuat di cawangan beliau.
Dalam ziarah di rumah yang kedua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit begitu tersentuh akan nasib seorang ibu tunggal yang tinggal dalam sebuah rumah yang begitu kecil tidak berbilik dan tidak mempunyai elektrik. Kedaifan hidup ibu tunggal tersebut semakin menghibakan kerana beliau baru sahaja kehilangan sumber pendapatan utamanya iaitu mencari buah luruh di ladang kerana peraih yang selalu membeli buah tersebut telah berpindah ke tempat lain.
Memetik ucapan Ustaz Shah Hakimi semasa program Ceramah Isu Semasa pada sebelah malamnya, "Pemuda Pas Kawasan Parit akan mencari alternative pekerjaan untuk kedua-dua buah rumah yang baru sahaja diziarahi ini. Insya Allah, dalam masa terdekat, Pemuda Pas Kawasan Parit akan bergotong royong membantu membina banggunan baru untuk ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan tersebut. "
Menurut beliau, "Rakyat di Kawasan Parit ini seharusnya memahami bahawa UMNO sudah tidak relevan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini kerana masalah rakyat seperti di dua buah rumah ini sudah lama berlaku dan sampai sekarang masih tidak ada penyelesaian sedangkan ianya boleh diselesaikan. "
Ustaz Shah Hakimi menegaskan lagi bahawa, "Sekarang sudah masa untuk rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka demi membela nasib dan kebajikan mereka."
SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.
Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).
Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?
Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?
Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.
Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.
Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.
Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com
BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?
Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.
Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?
Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.
Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?
KUALA LUMPUR, 29 April: Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akhirnya melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul sebelum waktu Asar siang tadi.
Bagaimanapun hanya beliau seorang sahaja melafazkan kalimah sumpah itu walaupun uturut ditemani dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Majlis itu dilakukan dalam keadaan semua pintu ke ruang solat masjid itu ditutup dan dikawal ketat pihak polis.
Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, melalui pintu belakang masjid.
Masjid kecoh, Eskay batal sumpah laknat
Terdahulu, majlis sumpah laknat yang dijadualkan selepas solat Jumaat tengahari tadi bertukar kecoh sehingga ianya terpaksa dibatalkan.
Kekecohan berlaku sejurus selesai imam membaca doa selepas solat Jumaat apabila kumpulan menyokong Eskay bersumpah laknat bertembung dengan kumpulan yang membantahnya yang diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Belum pun kelibat Eskay kelihatan, kedengaran laungan 'Allahuakbar' dan'kami mahu qazaf, bukan sumpah' bergema dalam masjid itu sejurus selesai berdoa.
Ekoran itu, semua hadirin yang baru sahaja keluar, masuk semula melihat apa yang berlaku sehingga ruang solat utama penuh sesak.
Kekecohan yang berlaku diruang solat uatama masjid itu berlarutan hampir 45 minit dengan pelbagai aksi tolak menolak dan berbalas laungan.
Turut kelihatan beberapa individu dipercayaai penyokong trio Datuk T ditarik dan dihalau keluar dari ruang solat selepas berlaku pertengkaran dengan kata-kata kesat sebelumnya.
Selain Shamsul, beberapa pimpinan AMK lain juga turut kelihatan mengedarkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kepada hadirin.
Lebih memanaskan keadaan apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.
Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku Qazaf itu.
Dalam kekecohan itu juga, penyokong Pakatan Rakyat sempat mengadakan solat hajat dan berdoa beramai-ramai memohon pemfitnah diberi pembalasan.
Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.
Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
Abdul Razak berkata, beliau dimaklumkan Eskay tidak hadir dan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.
Bagaimanapun terdapat sumber yang mendakwa Eskay akan menunaikan solat Asar di masjid itu nanti.
PETALING JAYA 29 APRIL : Ibu kepada remaja mangsa tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, Norsiah Ahmad mendakwa wujud konspirasi untuk melindungi anggota dan pegawai polis yang terlibat dari sebarang tindakan undang-undang dalam kes pembunuhan anak bongsunya itu.
Norsiah berkata, beliau turut menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya penjenayah sebenar, diheret ke muka pengadilan.
Menurut Norsiah yang ditemui ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Petaling Jaya, terdapat beberapa usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk melindungi jenayah yang dilakukan terhadap anaknya, yang turut didalangi Khalid sendiri.
Dalam pada itu, Norsiah yang diiringi beberapa pemimpin PKR dan Lawyer For Liberty mempersoalkan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, sedangkan beliau gagal menyelesaikan kes tersebut sewaktu memegang jawatan Ketua Polis Selangor ketika hari kejadian.
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menggesa Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Syria untuk memindah atau membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Keadaan yang semakin meruncing dan tidak menentu di Damsyik sekarang di atas bantahan dan tunjuk perasaan rakyat Syria yang menggesa Presiden Bashir Asad untuk berundur semakin tinggi.
Laporan rasmi ketika ini seramai 450 rakyat telah menjadi korban pro-demokrasi yang bermula sejak 6 minggu lalu. Namun laporan tidak rasmi memberitakan sudah hampir mencecah 1000 orang. LA DPPP khuatir dengan tindakan dan tindak balas kerajaan Syria melalui tentera dan polis terhadap penunjuk perasaan dan rakyatnya akan membahayakan rakyat Malaysia di sana yang terdiri daripada penuntut-penuntut di pusat pengajian tinggi dan professional yang bekerja disana.
Kejadian tembak-menembak yang dilepaskan secara rambang oleh tentera untuk menyuraikan protes rakyat boleh membahayakan umum. Dengan komunikasi di kawasan-kawasan utama di Syria telah disekat oleh pihak berkuasa dari dunia luar juga merisaukan rakyat Malaysia terhadap nasib dan keselamat keluarga serta anak-anak mereka yang sedang berada di Syria.
LA DPPP menggesakan Kerajaan Malaysia mengambil langkah pro-aktif dengan memindahkan warga Malaysia ke kawasan yang agak selamat seperti Jordan atau terus membawa mereka pulang sekiranya kerajaan Malaysia tidak boleh menjamin keselamat mereka. Suasana di Syria dilihat lebih terancam berbanding Mesir kerana pihak berkuasanya dilihat mengambil langkah balas dengan cara kekerasan sehinggakan mana-mana tentera yang enggan melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan akan diambil tindakan keras.
Sumber memberitahu ramai tentera dan polis yang bersimpati dengan penunjuk perasaan juga tidak terkecuali menjadi mangsa tembakan rambang tentera. LA DPPP menyeru Menteri Luar, Datuk Anifah Aman agar segera mengeluarkan kenyataan jaminan kerajaan Malaysia terhadapa keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria dengan kadar segera.
Malaysia juga melalui Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di lihat telah gagal dalam menangani kemelut di Timur Tengah yang semakin meruncing hari ini. LA DPPP juga menggesa satu sidang tergempar OIC perlu diadakan segera untuk membincangkan kemelut di Negara-negara umat Islam ini bagi menyekat pihak tertentu terutamanya Amerika yang dilihat sudah mula mengambil kesempatan untuk campur tangan.
KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.
Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.
"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.
"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.
Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.
Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.
Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.
Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.
"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.
Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.
"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.
Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.
Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk “Lelaki Y ialah Anuar”. Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan