KEDAH online Posted: 11 Feb 2011 03:25 AM PST |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 11 Feb 2011 03:23 AM PST |
Suara Sri Andalas Posted: 10 Feb 2011 11:42 PM PST RM385,000 Peralatan Dewan Orangramai / Balai Raya Selangor Hilang Bawah Umno-BN Posted: 10 Feb 2011 01:00 AM PST Kerajaan Negeri begitu kesal dengan tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pentadbiran UMNO / BN yang lepas yang tidak mengambil tindakan sewajarnya melindungi harta awam yang disediakan oleh Kerajaan untuk kegunaan orang ramai di dalam Dewan Orang Ramai dan Balairaya di seluruh Negeri Selangor.
Selepas Piliharaya Umum Mac 2008, beberapa orang individu / ahli UMNO / BN setempat yang tidak bertanggungjawab di kampung-kampung berkenaan telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan 'pengetahuan' JKKK ketika itu tapi malangnya mereka mengambil sikap tidak peduli ekoran pertukaran pentadbiran Kerajaan Negeri.
Antara peralatan yang dilaporkan hilang oleh kebanyakan Pejabat Daerah & Tanah di daerah masing-masing yang bertanggungjawab ke atas dewan-dewan tersebut antaranya ialah hampir kesemua kerusi plastik dewan (kira-kira 50 ke 100 unit), kerusi Banquet, Alat Penghawa Dingin, Kipas Angin Siling, Kipas Angin Dinding, Komputer, Meja Mesyuarat, Meja Lipat Plastik, P.A System, Loud Speaker Dinding, Papan Putih beroda dan lain-lain peralatan. Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah mendapatkan input dari 7 buah Pejabat-Pejabat Daerah & Tanah seluruh Negeri Selangor (tidak termasuk Petaling, Sepang dan Sabak Bernam) dan melaporkan kepada Mesyuarat EXCO bahawa jumlah anggaran keseluruhan kehilangan tersebut ialah sebanyak RM384,776.
Kehilangan ini merupakan 'tindakan jenayah' terhadap harta awam dan kerajaan Negeri bercadang untuk membuat laporan polis di setiap daerah yang terlibat dan berharap pihak Polis mengambil tindakan segera terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor | "Tabung Suhaimi" Kumpul Dana Tampung Kos Guaman Posted: 10 Feb 2011 12:50 AM PST SHAH ALAM 10 FEB: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor akan menubuhkan "Tabung Suhaimi" bagi memohon dana menampung kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie yang disabitkan dengan tuduhan mempersoal kuasa Sultan.
Ini merupakan inisiatif kerajaan itu memupuk kesedaran masyarakat Selangor bahawa terdapat usaha menjatuhkan kerajaan pilihan mereka menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi tadi, Khalid berkata pendekatan ini sekaligus memupuk sudut kesedaran politik rakyat Selangor seraya menolak dakwaan kerajaan itu menggunakan duit rakyat untuk membiayai kos peguam Suhaimi.
"Kita (PR) menentang amalan selektif atau pendakwaan terpilih. Ini menunjukkan pendakwaraya (Umno-BN) ada agenda politik. Kita mahu rakyat Selangor sedar bahawa ini serangan ke atas kerajaan pilihan mereka," ujar beliau.
Menurut Khalid, Umno-BN yang menggunakan duit kerajaan untuk membayar khidmat pendakwaraya tanpa segan silu mengamalkan pendekatan dakwaan terpilih untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahnya, perkara yang dilakukan oleh Suhaimi di dalam blognya tidak setanding dengan ucapan "Binatang" yang dicoretkan di atas kain rentang oleh Umno-BN Terengganu membantah keputusan Yang Dipertuan Agong, Sultann Mizan Zainal Abidin melantik Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terenggau menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
"Kesalahan Suhaimi tidak penting berbanding apa yang Umno-BN lakukan," jelas Khalid lagi.
Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi di dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas.
Pejabat Pusat Khidmat Adun Seri Muda di Kota Kemuning turut disimbah cat merah dipercayai mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.
Kerajaan Selangor kemudian berpendirian untuk bersama-sama dengan Suhaimi menghadapi tuduhan itu selain menyatakan hasrat untuk membayar kos khidmat guaman beliau.
Walaubagaimanapun tindakan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya Umno-BN yang menyifatkan ianya sebagai pembaziran duit rakyat.
Dalam pada itu, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat akan menubuhkan Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (GAPET) bertujuan memberi informasi kepada rakyat seluruh negara tentang kuasa pendakwaan terpilih yang dilakukan pihak Umno-BN.
GAPET akan membantu mengedarkan risalah serta menganjurkan ceramah penerangan kepada rakyat di negeri jajahan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Sumber: TVSNEWS | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 10 Feb 2011 11:24 PM PST Merlimau - Jangan Jadi Hulu Selangor Posted: 10 Feb 2011 03:40 AM PST Sebentar tadi (10.2.11 jam hampir 6.00 petang) saya terima panggilan talipon dari Sdr Yusof (Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Selandar) memberitahu saya bahawa rumah yang disewa oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka di Permaang Serai, Merlimau telah dikacau oleh seorang lelaki Melayu yang mendabik dada bahawa beliau akan menjadi calon untuk DUN Merlimau mewakili Barisan Nasional.
Rumah yang disewa oleh KEADILAN itu adalah kepunyaan kakak ipar saya. Lelaki Melayu itu adalah juga penduduk Permatang Serai dan saling mengenali kakak ipar saya dan anak-anak buah saya didalam rumah itu.
Lelaki itu telah datang ke rumah kakak ipar saya dan berjumpa dengan anak buah saya dan bertanya secara kasar seperti: "Dengar awak sewakan rumah awak kepada PKR, betul ke?" Anak buah saya menjawab: "Betul."
"Kenapa bodoh sangat sewakan rumah kepada PKR? Dah, batalkan sewa itu, ambil duit dari UMNO, kita bayar sekali ganda dari PKR, dan saya pastikan UMNO akan hantar batu dan lain-lain untuk membaiki laman rumah." katanya, sombong.
Anak buah saya kata: "Tak boleh buat begitu sebab saya dah terima bayaran sewa dari PKR."
Melayu sombong itu bertanya: "Awak orang PKR ke?"
Anak buah saya jawab: "Kat rumah ni, macam-macam parti ada, PKR, PAS dan UMNO. Kami anak-beranak boleh hidup serumah walaupun berbeza parti. Rumah ini kepunyaan emak saya dan terserah kepada dia nak sewakan kepada siapa."
Ketua Wanita PKR Melaka juga menalipon isteri saya, Hendon Jaafar, adik kepada tuan rumah, memita isteri saya menalipon kepada anak buah kami di Merlimau tu.
Isteri saya sudah pun bercakap dengan anak buahnya, dan anak buahnya itu telah memberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyewakan rumah tersebut kepada UMNO. Dia faham tujuan UMNO itu supaa orang-orang Pembangkang tidak mendapat kemudahan menyewa rumah.
Isteri saya menceritakan juga pengalaman dia semasa di Hulu Selangor. Setiap rumah untuk disewa oleh PKR didatangi oleh wakil-wakil UMNO dengan menawarkan sewa berkali-kali ganda yang ditawarkan oleh PKR.
Namun setelah PKR tidak mengambil rumah-rumah itu untuk disewa, UMNO juga tidak menyewa rumah-rumah itu. War-war UMNO mahu menyewa rumah-rumah itu hanyalah untuk menghalang rumah-rumah itu dari disewa oleh PKR, akhirnya rumah-rumah itu samapai siap PRK Hulu Selangor itu tidak disewa pun oleh UMNO.
Ini bermakna UMNO hanyalah khianat kepada pemilik-pemilik rumah yang terdiri daripada orang-orang Melayu daripada mendapat rezeki semasa PRK itu.
Anak buah isteri saya itu faham, bahkan melahirkan perasaan menyampah dengan sikap sombong wakil dari UMNO itu. | Posted: 10 Feb 2011 02:04 AM PST CERAMAH PAKATAN RAKYAT PADA 12HB FEBRUARI 2011 JAM 9.00 MALAM DI MARKAZ PAS FELDA JENDERAK UTARA KUALA KRAU PENCERAMAH RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGIK, PARTI KEADILAN RAKYAT USTAZ SUHAIMI MD SAAD, KETUA DEWAN PEMUDA PAS, NEGERI PAHANG REBIN BIRHAM, SETIAUSAHA BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL, PARTI KEADILAN RAKYAT SUHAIMI SAID, KETUA PARTI KEADILAN RAKYAT, CABANG KUALA KRAU. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI | |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 10 Feb 2011 11:17 PM PST Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Merlimau Posted: 10 Feb 2011 12:45 AM PST JASIN, 10 Feb: Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri.
Beliau berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau pada 11 Februari, jam 11.00 pagi.
Katanya, Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama.
Tambahnya, pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim Kit Siang.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Ibrahim Abdullah," tambahnya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau, pagi ini.
Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac ini.
Sumber: Harakah Daily | Operasi Lalang: Penafian Mahathir, Dedahkan Lebih Banyak Kebenaran Posted: 10 Feb 2011 12:40 AM PST KUALA LUMPUR : Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya bersabit Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.
"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media hari ini.
Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Hanif Omar yang mendakwa Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.
"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.
"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua lagi.
Anehnya ujar Dr Kua, orang seperti Hanif Omar bermati-matian berkata beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri. " Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?," soal Dr Kua terhadap tindakan Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung di sebalik keterlibatannya dalam Ops Lalang.
Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.
Bahkan mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan yang dilakukan oleh polis.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai tidak boleh dipercayai.
Mohamad ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kuasa penahanan polis hanya untuk tempoh sebelum atau genap 60 hari dan yang selebihnya adalah di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.
"Dia tidak boleh nafikan sebab selepas 60 hari adalah kuasa Menteri Dalam Negeri sama ada membebaskan, menahan seseorang ataupun diletakkan dalam tahanan daerah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.
"Lee Kim Sai lari ke Australia, Najib pergi ke Jakarta dan Shahidan Kassim yang berucap supaya orang Melayu membawa mancis api untuk ke Kuala Lumpur dalam perhimpunan Melayu tetapi semuanya tidak ditangkap. Saya yakin senarai polis tidak terlibat sepenuhnya, ahli politik turut terlibat sama," katanya.
Dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang iaitu sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.
Dalam buku terbaru bertajuk, "Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad", Mahathir memberitahu dalam wawancaram dengan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis dan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menghalang perkara tersebut.
Sumber: TVSNEWS | Speaker Cabar Permohonan Bekas ADUN Pelabuhan Klan Posted: 10 Feb 2011 12:35 AM PST KUALA LUMPUR 10 FEB: Atas dasar mempunyai imuniti sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor(DUN)Datuk Teng Chang Khim memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ke atas beliau berhubung status kerusi Pelabuhan Klang.
Dalam permohonan itu, Teng juga berkata kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah hak beliau, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebelum ini, Badrul Hisham Abdullah yang melompat meninggalkan PKR mendakwa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Kelang walaupun Teng selaku Speaker sudah menistiyhar kerusi itu kosong kerana Badrul gagal hadir tiga kali berturut-turut tanpa alasan kukuh.
Badrul menamakan Teng dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam permohonannya yang difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Saya dilindungi imuniti yang diperuntukkan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada diambil tindakan oleh plaintif," kata Teng dalam afidavit balas dikemukakannya di mahkamah hari ini.
Katanya, Artikel 77 perlembagaan Selangor juga memberikannya imuniti daripada disaman atas kapasiti sebagai seorang speaker.
Teng berkata, kedua-dua undang-undang persekutuan dan negeri menyokong doktrin pengasingan kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan mahkamah.
Oleh itu, keputusannya sebagai Speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, kata Teng.
"Selaras dengan itu, saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah," kata.
Beliau sambil menambah, kes dibawa Badrul tiada asas perundangan dan satu bentuk salah guna kuasa.
Oleh itu beliau meminta mahkamah menolak permohonan Badrul.
Teng diwakili oleh peguam Tommy Thomas.
Beliau telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu dan telah meminta diadakan satu pilihan raya kecil.
Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR.
Katanya, disebabkan itu dan disokong oleh Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari.
Isnin lalu, Badrul mendapat injunksi sementara menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu.
Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham.
Pada tarikh 17 Februari ini, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Teng dan SPR yang difailkan Hisham pada 24 Januari lalu.
Sumber: TVSNEWS | Gelombang Merah, Rakyat Kelantan Makin Matang Posted: 10 Feb 2011 12:30 AM PST SHAH ALAM, 10 FEB: Rakyat Kelantan kini semakin matang dan tidak akan tertipu berhubung pelancaran gelombang merah oleh Umno Kelantan dalam usaha mendapatkan kepercayaan pengaruh pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang.
Menurut Exco Pembangunan Wanita Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Patah Mahmood, tindakan Umno mempolitikkan warna merah akan menjadi 'senjata makan tuan' kepada Umno memandangkan merah putih merupakan warna bendera Kelantan.
"Sebenarnya, bagi kita bila Umno mempolitikkan warna bendera dan sebagainya, kita rasa ia akan menjadi 'backfire' kepada diri dia sendiri. Kita harap rakyat Kelantan tidak tertipu dengan pelancaran gelombang merah yang dilancarkan. Bagi kita, negeri Kelantan mempunyai warna bendera merah dan putih," katanya.
Abdul Fatah menambah, tindakan Umno seolah-olah mengambil kesempatan di atas kejayaan pasukan bola sepak negeri itu yang digelar 'The Red Worrior' yang berjaya merangkul Piala Malaysia baru-baru ini.
"The Red Worrior adalah sokongan rakyat Kelantan kepada pasukan bola sepak dan kalau kita lihat yang masuk ke stadium memakai baju merah, yang kita tidak boleh kawal mereka juga membawa bendera bulan. Walaupun saya sudah beritahu jangan membawa bendera parti ke dalam stadium, tetapi sebab mereka terlalu rasa bangga dengan negeri di bawah kepimpinan Tok Guru(Nik Aziz Nik Mat), ini menunjukkan tidak semua penyokong Red Worrior tidak semuanya orang Umno," katanya.
Ujar beliau lagi, tindakan Umno membawa Piala Malaysia ke program parti menimbulkan kemarahan rakyat dan situasi ini ternyata memalukan.
"Sebagaimana yang rakyat Kelantan marah bilamana mereka membawa Piala Malaysia ke program parti, ataupun jelajah Piala Malaysia kepada bahagian-bahagian Umno ternyata ini adalah perkara yang sangat-sangat memalukan," katanya.
Awal minggu ini Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Sumber: TVSNEWS | Penjawat Awam Dinafi Kenaikkan Gaji, Cuepacs Tuntut Perhatian Kerajaa Posted: 10 Feb 2011 12:25 AM PST KUALA LUMPUR 10 FEB: Beratus penjawat awam dinafikan hak apabila Biro Tata Negara(BTN) menghentikan kursus yang menjadi syarat wajib bagi mereka untuk menikmati kenaikkan gaji setelah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), tahun lalu.
Mengulas perkara ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(Cuepacs), Datuk Omar Osman berharap agar isu ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak jabatan dan juga kerajaan.
"Yang mana lulus PTK dalam 2010 sepatutnya dalam 2010 itu kalau berlaku peluang-peluang kenaikan pangkat berasaskan PTK patut diambil kira. Ini pada tahun 2011 ini makna PTK itu tidak lagi digunakan dalam sistem kenaikan pangkat.
"Walau bagaimanapun ini tertakluk pada setiap jabatan sementara menunggu sistem penilaian yang baru, yang akan bermula Julai 2011, PTK yang telah lulus ini, Ceupacs punya pandangan kalau ada berlaku kenaikan pangkat pada tahun 2011 sehingga bulan 6 ini, wajarlah diberi perhatian,"katanya.
Berkenaan tindakan kerajaan yang memansuhkan sistem ini tanpa menggantikan dengan satu sistem yang baru, Omar meluahkan kekecewaannya.
"Pemansuhan PTK yang mana telah diputuskan kerajaan memangnya kita bersetuju, cuma sistem yang baru yang mungkin tertangguh sekarang ini, kita berharap sebelum bulan Jun 2011 sistem baru ini dapat diumumkan agar nanti pada bulan Julai semua penjawat akan dapat kerja dibawah satu sistem penilaian yang baru," jelasnya.
Demi memastikan nasib penjawat awam ini terbela sewajarnya, Ceupacs akan berbincang dengan pihak kerajaan agar satu kaedah penyelesaian dapat diputuskan.
"Kita belum berbincang lagi dengan JPA, jadi kita akan bawa bincang peringkat kita dulu pada mesyuarat minggu hadapan dan kita akan tengok kalau kita ikut dengan jelas dimana PTK dimansuhkan. Cuma sekarang ini permasalahannya yang telah lulus PTK pada tahun 2010, dan ada juga yang telah dapat keputusan pada 2011 ini, ini yang mereka pertikaikan dari segi nasib mereka".
Satu mesyuarat dalam Ceupacs akan dilakukan pada 16 dan 17 Februari ini untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.
Sumber: TVSNEWS | Ahli Umno Didakwa Kebas Peralatan Dewan Orang Ramai Posted: 10 Feb 2011 12:20 AM PST SHAH ALAM 10 FEB: Peralatan dewan orang ramai dan balairaya di Selangor bernilai RM385,000 dilarikan individu yang dikaitkan Umno-Barisan Nasional(BN), kata Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar.
Menurutnya, kerajaan Selangor kesal dengan tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semasa pentadbiran Umno-BN yang lepas kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya melindungi harta awam yang disediakan kerajaan negeri untuk kegunaan orang ramai.
"Selepas Piliharaya Umum Mac 2008, beberapa orang individu, ahli Umno-BN setempat yang tidak bertanggungjawab di kampung-kampung berkenaan telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan 'pengetahuan' JKKK ketika itu tapi malangnya mereka mengambil sikap tidak peduli ekoran pertukaran pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara peralatan yang dilaporkan hilang ialah hampir kesemua kerusi plastik dewan, kerusi Banquet, alat penghawa dingin, kipas angin siling, kipas angin dinding, komputer, meja mesyuarat, meja lipat plastik, sistem bunyi, pembesar suara dinding, papan putih beroda dan lain-lain peralatan.
Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah mendapatkan input dari 7 buah Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor tidak termasuk daerah Petaling, Sepang dan Sabak Bernam berhubung kehilangan itu.
Menurut Dr Xavier, mesyuarat Exco dimaklumkan anggaran jumlah keseluruhan kehilangan peralatan tersebut ialah sebanyak RM384,776.00.
"Kehilangan ini merupakan 'tindakan jenayah' terhadap harta awam dan kerajaan negeri bercadang untuk membuat laporan polis di setiap daerah yang terlibat dan berharap polis mengambil tindakan segera terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawap tersebut," tegas beliau.
Sumber: TVSNEWS | "Tabung Suhaimi" kumpul dana tampung kos guaman Posted: 10 Feb 2011 12:15 AM PST SHAH ALAM 10 FEB: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor akan menubuhkan "Tabung Suhaimi" bagi memohon dana menampung kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie yang disabitkan dengan tuduhan mempersoal kuasa Sultan.
Ini merupakan inisiatif kerajaan itu memupuk kesedaran masyarakat Selangor bahawa terdapat usaha menjatuhkan kerajaan pilihan mereka menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi tadi, Khalid berkata pendekatan ini sekaligus memupuk sudut kesedaran politik rakyat Selangor seraya menolak dakwaan kerajaan itu menggunakan duit rakyat untuk membiayai kos peguam Suhaimi.
"Kita (PR) menentang amalan selektif atau pendakwaan terpilih. Ini menunjukkan pendakwaraya (Umno-BN) ada agenda politik. Kita mahu rakyat Selangor sedar bahawa ini serangan ke atas kerajaan pilihan mereka," ujar beliau.
Menurut Khalid, Umno-BN yang menggunakan duit kerajaan untuk membayar khidmat pendakwaraya tanpa segan silu mengamalkan pendekatan dakwaan terpilih untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Tambahnya, perkara yang dilakukan oleh Suhaimi di dalam blognya tidak setanding dengan ucapan "Binatang" yang dicoretkan di atas kain rentang oleh Umno-BN Terengganu membantah keputusan Yang Dipertuan Agong, Sultann Mizan Zainal Abidin melantik Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terenggau menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
"Kesalahan Suhaimi tidak penting berbanding apa yang Umno-BN lakukan," jelas Khalid lagi.
Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi di dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas.
Pejabat Pusat Khidmat Adun Seri Muda di Kota Kemuning turut disimbah cat merah dipercayai mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.
Kerajaan Selangor kemudian berpendirian untuk bersama-sama dengan Suhaimi menghadapi tuduhan itu selain menyatakan hasrat untuk membayar kos khidmat guaman beliau.
Walaubagaimanapun tindakan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya Umno-BN yang menyifatkan ianya sebagai pembaziran duit rakyat.
Dalam pada itu, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat akan menubuhkan Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (GAPET) bertujuan memberi informasi kepada rakyat seluruh negara tentang kuasa pendakwaan terpilih yang dilakukan pihak Umno-BN.
GAPET akan membantu mengedarkan risalah serta menganjurkan ceramah penerangan kepada rakyat di negeri jajahan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Sumber: TVSNEWS | Wang haram: Bekas pembantu menteri didakwa Posted: 10 Feb 2011 12:10 AM PST Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.
Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi. Tidak bekerja
Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.
Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.
"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya
Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.
Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.
Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.
Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan.
Sumber: Malaysiakini | Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar Posted: 10 Feb 2011 12:05 AM PST Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.
Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.
Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasanMelayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.
"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.
"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu," katanya.
Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.
"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri," katanya.
Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.
Sumber: Malaysiakini | Universiti swasta 'hilang' RM100j geran k'jaan Posted: 10 Feb 2011 12:00 AM PST Setelah menerima geran bantuan RM100 juta daripada kerajaan, sebuah universiti swasta 'utama' tidak dapat memenuhi sasaran pendaftaran pelajar dan kini hampir tidak cukup wang untuk bertahan setahun lagi.
Bahkan, kata ketua pegawai eksekutifnya, Leong Choon Heng, universiti itu kini tinggal "kurang dari RM10 juta" dan terpaksa mengambil langkah pemotongan kos yang agresif untuk terus bertahan.
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan selepasMalaysiakini mendapat maklumat mengenai situasi semasa universiti berkenaan.
Ditubuhkan pada 2001 oleh senator dan bekas menteri kabinet, Datuk Effendi Norwawi, Malaysian University of Science and Technologi (MUST) sepatutnya menjadi sebuah universiti terkemuka dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technologi (MIT).
Universiti tersebut menerima geran tersebut secara ansuran antara Januari 2001 dan 2006, menerusi MUST Ehsan Foundasan. Effendi telah menjadi pemegang amanah yayasan tersebut sejak tahun 2001.
Tetapi selepas 10 tahun berlalu, universiti tersebut masih jauh untuk mencapai sasaran tahun 2007 - untuk mendaftar 500 pelajar - dengan hanya memperolehi 207 pelajar.
Begitu pun, sebahagian besar daripada pelajar tersebut merupakan mereka yang didaftarkan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran selepas universiti itu hanya mendaftar 10 pelajar pada 2007.
Sewaktu bekas ketua eksekutifnya, Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman - yang meletak jawatan pada bulan Mac - dan pernah menjadi penasihat sains dan teknologi kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, universiti tersebut tidak mempunyai banyak aset fizikal.
Universiti itu terletak di lot pejabat di Kelana Square, kerana rancangan awal untuk sebuah kampus melalui MUST Ehsan Development, telah ditangguhkan.
MUST Ehsan Development - anak syarikat tersenarai Kumpulan Encorp yang dibiayai oleh Effendi - sepatutnya membangunkan kawasan di sekitar tapak untuk kampus universiti tersebut di Shah Alam.
Pendapatan daripadanya akan digunakan untuk membiayai pembinaan kampus dan aktiviti lain universiti tersebut.
MUST Ehsan Development mempunyai portfolio projek bernilai RM800 juta, termasuk projek pembangunan campuran yang digelar 'the Strand' di Kota Damansara. Bagaimanapun, ia tidak ada apa-apa kaitan dengan Yayasan atau MUST.
Sumber: Malaysiakini | |
AMK KEDAH Posted: 10 Feb 2011 09:24 PM PST BOLEH MEREBAK KE MALAYSIA Posted: 10 Feb 2011 10:11 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim. Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar. Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam. "Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara," kata Anwar. Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit. Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam. Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain. Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini. Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu. (Berita penuh boleh didapati dalam Suara KEADILAN 3 yang akan berada di pasaran 15 Februari ini) | BARISAN EXCO AMK KEDAH 2010/2013 Posted: 09 Feb 2011 10:30 PM PST Amk kedah telah telas selamat bermusyuarat kali yang pertama untuk sesi 2010/2011.Ia di adakan di ALOR STAR bertempat PEJABAR PKR KEDAH.AMK KEDAH berjaya membentuk satu pasukan yang mantap terdiri daripada pejuang-pejuang keadilan dan aktivisi yang setia kepada PARTI KEADILAN RAKYAT.Memandangkan persepsi rakyat mengenai PKR sedikit merudum dengan masalah yang timbul hari ini tidak sedikit pun melunturkan semangat AMK KEDAH untuk mempertahankan PARTI KEADILAN RAKYAT dan juga KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Biarpun berbagai tohmahan di lemparkan kepada PKR dan beberapa tekanan menyebabkan AMK KEDAH semakain matang untuk menguruskannnya.Barisan EXCO AMK KEDAH yang semestinya mantap dengan pelbagai latar belakang memenuhi kreteria yang di kehendaki.Kepada yang di beri amanah untuk memimpin seharusnya melakukan dan menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memastikan PARTI KEADILAN KEKAL RELEVAN dan terus menjadi ancaman UTAMA BARISAN NASIONAL dan UMNO. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA YANG DI LANTIK SEBAGAI EXCO AMK KEDAH | |
Zulkifli Noordin Posted: 10 Feb 2011 09:22 PM PST POLITIK LABU-LABA Posted: 10 Feb 2011 03:01 AM PST ( Mungkin nanti Hasan Ali tidak dbenarkan hadir separuh mesyuarat kerana dianggap penyebok oleh DAP & segelintir pak jangoat) Salam 2 all. "Dia ada political-mental block kot! Sumbat betoi!!". Itulah rumusan beberapa rakan apabila membaca kenyataan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Pakatan pembangkang yang mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Ahmad Khusrin Munawi hanya boleh dibenarkan hadir separuh mesyuarat Exco, dan tidak boleh hadir separuh lagi! Dia ingat ni politik Mat Nispu gamaknya. Pada teman, ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni!!
Pertama, jelas pemimpin PKR ni memang tidak tahu memerintah, apatah lagi menjadi Kerajaan. Sebab bahasa pentadbiran dan pengurusan pun dia tak tahu nak bezakan. Ada perbezaan dengan politikus yang membentuk kerajaan dan para pegawai Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik yang mentadbir & mengurus Kerajaan. Politikus datang dan pergi, hari ni MB esok bibi je. Tetapi pegawai kerajaan tetap disitu. Siapa juga Kerajaan, itulah polisnya, itulah cikgunya, itulah bombanya, itulah askarnya. Tak pernah berlaku kerajaan bertukar parti, tiba-tiba jadi polis UMNO, atau polis PAS, atau polis PKR! Sistem pengasingan kuasa inilah yang boleh menjadi timbang-tara, "check & balance" bagi mana-mana Kerajaan. Kalau ikut orang parti, memang semua jawatan hendak disumbat dengan ahli parti sahaja. Maka yang bukan ahli parti akan dianak-tirikan dan diketepikan. Ini perkara asas dalam mana-mana Kerajaan. Politikus membentuk Kerajaan dan membuat dasar, professional mentadbir & mengurus Kerajaan dan melaksanakan dasar. Pure & simple. Tetapi ini pun orang saperti Khalid buta tak nampak?
Kedua, tiap pegawai & kakitangan Kerajaan disyaratkan mengangkat sumpah rahsia. Sumpah ta'at setia hanya kepada Raja yang memerintah. Sumpah kerahsiaan kerja & tanggungjawab kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar. Dengan sumpah kerahsiaan itu, tiap pegawai dan kakitangan Kerajaan adalah tertakluk secara rasmi kepada Kanun Kesiksaan dan Akta Rahsia Rasmi. Jika mereka mendedahkan atau membocorkan apa-apa perihal yang diklasifikasikan sebagai rahsia, maka mereka boleh dikenakan pendakwaan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara.
Maka isu kerahsiaan langsung tidak timbul dalam perkara ini. Ambil contoh Kerajaan PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun. Tidak pernah ada masalah contohnya Penasihat Undang-Undang Negeri (yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara Persekutuan) membocorkan rahsia. Begitu juga dinegeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan BN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri tidak semestinya penyokong Kerajaan. Malah ada yang terang-terang menyokong parti pembangkang. Tetapi tidak pernah pulak berlaku pembocoran rahsia minit mesyuarat dan lain-lain.
Ketiga, persoalan besar yang timbul ialah mengapa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor mesti dibuat dalam dua bahagian. Sedangkan kedua-duanya adalah diklasifikasikan sebagai rahsia. Jadi Datuk Khusrin yang telah mengangkat sumpah kerahsiaan boleh hadir mesyuarat Exco bahagian pertama yang sememangnya sudah rahsia, tetapi tidak boleh hadir mesyuarat bahagian kedua yang juga rahsia. Ini menimbulkan tandatanya kepada rakyat, apa yang nak dirahsiakan sangat oleh MB & Exco Kerajaan pembangkang ini dalam mesyuarat bahagian kedua. Dah jadi mesyuarat rahsia-secret pulak dah! Yang kita tahu nak buat mesyuarat rahsia-secret ni perompak penyamun aja, macam penyangak dalam cerita Nujum Pak Belalang yang bermesyuarat rahsia dalam Bukit Tunggal - "satu untuk engkau, sepuluh untuk aku"!!
Adakah mereka merancang untuk melakukan perompakan dan perampokan hasil mashul negeri Selangor dalam mesyuarat rahsia-secret ini? Adakah mereka merancang untuk menyamun pasir Selangor ini? Atau menubuhkan lebih banyak rumah urut dan pelacuran haram? Atau adakah mereka nak bincangkan isu pita kamera video yang ditemui dalam bilik pejabat MB? Adakah agenda mesyuarat terlalu sensitif sehingga nak dibuat dalam mesyuarat rahsia-secret ini? Atau mereka nak berbincang samada nak buat repot polis yang sampai hari ini tak buat-buat mengenai penemuan kamera video tersebut?
Persoalannya ialah mengapa perlu ada dua mesyuarat rahsia, satu rahsia rasmi, satu rahsia-secret tak rasmi? Tak rasmi kerana SUK tidak ada untuk mencatat minit mesyuarat. Siapa yang akan minitkan mesyuarat rahsia-secret itu? Sedangkan semua minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat Exco mana-mana Kerajaan Negeri perlu diambil tindakan dan susulan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Siapa pula yang nak laksanakan semua keputusan itu? Adakah Khalid bercadang nak buat kerajaan dalam kerajaan. Kalau itu rasionalnya, tak pelik satu hari nanti kalau ada ahli Exco PAS yang tidak dibenarkan hadir kerana mungkin Exco PKR dan DAP nak bincang bagaimana nak bagi kedai serbanika jual arak! Ringkas cerita..ini kerja BA..WAU..DOH!!
Keempat, tindakan Khalid ini adalah jelas suatu penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor. Apa yang jelas, Datuk Khusrin telah mengangkat sumpah ta'at setia tidak berbelah bagi kepada Tuanku Sultan. Tak pulak dengar Tuanku titah supaya Datuk Khusrin angkat sumpah setengah-separuh ni. Jadi tindakan menghalang Datuk Khusrin menghadiri mesyuarat rahsia-secret ini memberi gambaran yang menghina Tuanku Sultan, yang telah memperkenan dan menerima sumpah ta'at setia daripada Datuk Khusrin. Seolah-olah Khalid dan Kerajaan Pakatan pembangkang ini mempertikai perlantikan dan perkenan keatas Datuk Khusrin oleh Tuanku Sultan.
Kelima, tindakan Khalid ini jelas menghina dan memperlekeh para pegawai dan kakitangan Kerajaan khususnya daripada Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik. Perkhidmatan yang selama ini terkenal dan jelas sikap profesional mereka dihina dan disepak terajang saperti anjing kurap oleh Khalid. Teman teringat dahulu semasa Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada seorang Pegawai Daerah, maka melalak dan memekak lah puak-puak ini kononnya ini satu penghinaan kepada pegawai Kerajaan. Memang teman sendiri pun mengutuk perbuatan Khir Toyo tersebut. Tetapi kini apa yang mereka perlakukan kepada Datuk Khusrin lebih teruk daripada memberi penyapu, kerana mereka menyapu terus seorang pegawai kerajaan!
Akibat daripada peristiwa "pemberian penyapu" oleh Khir Toyo itu, Kerajaan BN tumbang di Selangor. Teman cukup yakin perbuatan "menyapu" terus Datuk Khusrin ini akan membawa kepada tumbangnya Khalid serta juak-juaknya di Selangor, insyallah! Teman cukup yakin rakyat Selangor pelbagai agama dan bangsa sudah muak dengan "politik labu-laba" yang dimainkan oleh Pakatan pembangkang ini, dan pasti rakyat Selangor akan menyapu mereka saperti sampah tidak lama lagi!
Oh ya, mike tanya kenapa tajuk artikel ini "Politik Labu-Laba"? Kerana bila ada mesyuarat rahsia-secret ini, dimana SUK yang sudah angkat sumpah kerahsiaan pun tidak boleh hadir, sudah tentu lah ada laba habuan yang nak dilabukan secara rahsia, secara sulit, takkah begitu yop??! Satu untuk mike, seribu untuk teman yop!! Tepok perut tanya selera lah yop!
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Khamis 07 Rabi'ul Awal 1432 10 Februari 2011
| |
Anwar Ibrahim Posted: 10 Feb 2011 08:25 PM PST Ketuanan Melayu Umno Tidak Laku Kepada Anak Muda Posted: 09 Feb 2011 10:05 PM PST Dari Harakah Oleh Mohd Aizat Mohd Salleh Apabila memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka kita akan bercakap mengenai hak orang Melayu. Hari ini banyak pihak begitu lantang menyuarakan berkenaan itu terutama daripada Umno dan NGO Pro-Umno. Bagi anak muda, sesetengah mereka berasa tidak ada keperluan 'terpekik-pekik' seperti mana yang dilakukan sesetengah pihak. Mungkin kerana anak muda hari ini tidak tahu langsung, ataupun barangkali sudah faham benar. Bagi anak muda, khususnya pasca-Merdeka yakni mereka yang lahir selepas Merdeka ataupun sepuluh tahun selepas merdeka, Ketuanan Melayu tidak boleh dipaksa kepada mereka untuk diperjuangkan. Lebih lagi anak muda yang faham. Sejarah Bukan bermaksud anak muda ini gagal menghayati sejarah, jauh sekali 'menderhaka' perjuangan tokoh-tokoh Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Malah ada dikalangan mereka, walaupun tidak melaluinya (situasi perjuangan kemerdekaan), lebih menjiwai melalui penceritaan tokoh dan dokumentari. Jika dahulu, pelajar dipaksa memahami sejarah melalui buku-buku teks sejarah yang kadangkala faktanya lebih berat sebelah yakni hanya memaparkan perjuangan tokoh Umno yang pro-penjajah. Mereka seumpama Dr Burhanuddin dilabel sebagai tokoh berhaluan kiri, walaupun beliau juga memperjuangkan kemerdekaan yang bersifat anti-penjajah. Namun, anak muda hari ini, maklumat dan aksesnya lebih luas. Ada facebook, blog, e-book, wikipedia dan pelbagai lagi sumber maklumat untuk mengetahui sejarah. Bahkan buku-buku sejarah orang Melayu yang bersifat analisis semakin banyak diterbitkan. Misalnya karya Dr Syed Hussin Ali bertajuk Melayu: Masalah dan Masa Depan dan The Malay Dillema karya Tun Dr Mahathir. Malah karya bertajuk Membina dan Meruntuh Malaysia yang ditulis oleh Datuk Ahmad Mustafa Hassan juga sebagai catatan sejarah berkenaan perjuangan Melayu era dahulu dan kini. Tidak boleh tipu anak muda Anak muda hari ini tidak lagi boleh ditipu dengan sejarah, apatah lagi ditipu dengan perjuangan menuntut Ketuanan Melayu. Anak muda akan mempersoalkan dicelah manakah perjuangan Ketuanan Melayu, namun dalam masa yang sama hak mereka untuk mendapatkan biasiswa di dalam pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada kesemua anak-anak Melayu dinafikan. Anak muda juga akan mempersoalkan siapakah sebenarnya pejuang sebenar Ketuanan Melayu pada hari ini, apabila usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan ditolak oleh Adun Umno. Sedangkan anak muda boleh membaca sejarah tentang perjuangan Melayu itu. Anak muda boleh dengan mudah mendapatkan fakta dengan luas dan dapat membezakan bagaimana harga barang yang melambung naik pada hari ini di negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jauh lebih murah yang sama majunya dengan Malaysia. Begitu juga anak muda akan mempersoalkan berkenaan 'kekeringan' peluang pekerjaan di negara tanah tumpah air mereka ini jika hendak dibandingkan dengan negara yang sudah merdeka sama seperti Malaysia. Semua itu anak muda ketahui. Justeru untuk menipu 'bulat-bulat' anak muda dengan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai pembela adalah tindakan yang meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri. Walhal nasib anak muda hari ini tidak juga berubah. Sudahlah perlu membayar semula pinjaman pendidikan, dengan peluang pekerjaan yang tidak menentu serta gaji yang tidak sepadan dengan harga barang dan perbelanjaan. Belum lagi memikirkan bagaimana tempat tinggal, jauh sekali mahu mendirikan rumah tangga. Saya tidak pasti, bilakah akan berlaku 'pemuda membakar diri' kerana kesempitan ini. Kita jangan rasa tidak mungkin berlaku. Ini kerana sifat anak muda itu adalah tidak mudah dijangka (unpredictable). | Jemputan Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu Posted: 09 Feb 2011 08:04 PM PST | |
Wee Choo Keong Posted: 10 Feb 2011 03:29 PM PST President Hosni Mubarak to remain head of state and offers minor concessions. Posted: 10 Feb 2011 01:30 PM PST President Hosni Mubarak of Egypt addressed the nation this morning. The excerpts of his speech: “I will not accept to be the subject of foreign pressure. Peaceful transfer power to the vice president will start now. I will not run for Presidency in September. I will not relent to penalise those responsible for the violence. [...] | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 10 Feb 2011 11:37 AM PST Rais Yatim pun tak sudi naik bas awam di Jelebu agaknya? Posted: 09 Feb 2011 06:37 PM PST Rakyat didahulukan untuk jalan kaki, pemimpin diutamakan naik helikopter, naik jet, naik Mercedes. Pengangkutan awam ni tak ada class lah, terutama di Jelebu. Sudikah Rais Yatim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Nak naik bas macamana , bas pun tak ada. Mungkn boleh naik bas maya melalui jalur lebar agaknya. Betapa teruknya pengangkutan awam di kawasan selamat Umno ni di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.htmlUrusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam Sinar Harian 10 Feb 2011 KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas. Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang. Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi. Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital. Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini. "Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. "Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,'' katanya. Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam. "Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik. "Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,'' katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp | Umno N.Sembilan akan lingkup, isu elaun Guru Kafa dan GSTT? Posted: 09 Feb 2011 05:51 PM PST Perhatian kepada semua guru KAFA, guru SARA, Guru Sandaran Tidak Terlatih untuk sekolah agama di Negeri Sembilan. Berita baik untuk guru tersebut di negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Gaji guru KAFA dia orang sekarang ialan RM1300 sebulan. WOW, tak terliur dengar berita ini. Kalau nak dapat manafaat macam di Selangor sama-samalah kita bekerja keras pastikan kemenangan Pakatan Rakyat di N.Sembilan dalam PRU 13 , insyaALLAH. Sebelum beri apa-apa komen, pergi tanya sendiri mana-mana Guru KAFA, Guru SARA, Guru GSTT berapa elaun mereka di Negeri Sembilan. Jangan lupa baca cerita sebelum ini ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA di http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.htmlSelangor naikkan elaun guru Kafa RM300 Harakahdaily SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri. Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu. Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini. Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun. Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun. "Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," kata Khalid. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30778:selangor-naikkan-elaun-guru-kafa-rm300&catid=1:utama&Itemid=50 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan