Jumaat, 11 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 11 Feb 2011 11:08 PM PST

Peghelih La...


Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir

Posted: 11 Feb 2011 09:03 PM PST



KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

"Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir," ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.

Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

"Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square," ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim

Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.

Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

"Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat," ujarnya.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah

Salam Perjuangan

Posted: 11 Feb 2011 11:02 PM PST

Salam Perjuangan


PELAJAR MESIR - JANGAN PATAH SEMANGAT

Posted: 11 Feb 2011 05:41 PM PST

WUJUDKAN WEB RASMI PAKATAN RAKYAT

Posted: 11 Feb 2011 02:54 AM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 11 Feb 2011 09:42 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Bermanfaat sambil menyumbang 'Tabung Pembelian DANA KHAS PEMBELIAN LCD PROJEKTOR MTD KG GAJAH'

Posted: 11 Feb 2011 05:44 PM PST

PAS LENGGONG

Posted: 11 Feb 2011 07:27 PM PST

PAS LENGGONG


Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir

Posted: 11 Feb 2011 06:18 PM PST

Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

"Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir," ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.

Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

"Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square," ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim

Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.

Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

"Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat," ujarnya.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Posted: 11 Feb 2011 02:23 AM PST

Tahun Baru Cina PR di Pekan Lenggong

Posted: 11 Feb 2011 02:22 AM PST

Sungguh meriah ramai kunjungan dari perbilang kaum.

Posted: 11 Feb 2011 02:22 AM PST

Dr Azman Ibrahim

Posted: 11 Feb 2011 07:18 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Menghuni Negara Bergolak, Baghdad. Suatu Catatan Pengalaman... Bhg 4

Posted: 11 Feb 2011 03:25 AM PST

Logo University Of Baghdad
Antara Pensyarah yang paling saya ingati dan kenangi jasanya adalah pensyarah dan pakar bedah maxillo-facial (pakar bedah muka dan rahang) Prof. Dr Raja' Kammunah. Seorang pakar bedah berstatus QC (Queen Council), terkenal di peringkat antarabangsa. Tulisannya selalu disiarkan di dalam journal-journal bertaraf internasional. Seorang yang bertubuh gemuk dan agak rendah malah hampir sama tinggi dengan saya yang sememangnya tak berapa tinggi kalau dibandingkan dengan teman-teman berbangsa Arab.

Ada kenangan 'manis' yang menyebabkan beliau agak rapat dengan saya. Suatu hari lantaran kesesakan ketika berebut-rebut menaiki coaster, saya agak terlewat ke kuliah di mana subjek pertama jam 8.00 pagi hari tersebut adalah maxillo-facial surgery. Dalam jarak lebih kurang 50 meter kelihatan Prof Dr Raja' Kammunah melangkah menuju ke dewan kuliah. Langkahnya yang tidaklah begitu pantas dan saya sebenarnya berkemampuan untuk melangkah mendahuluinya tetapi adab kita orang Melayu terasakan tidak manis lantas saya mengikutinya beberapa langkah di belakang. Masuk saja beliau ke dewan kuliah, bammm!!! pintu dewan ditutupnya dengan keras walaupun beliau menyedari saya berada dibelakangnya. Dengan sopan pintu saya ketuk saya memohon  izin untuk masuk. "Get Out...!!!" begitu kasar beliau menghalau saya sehinggakan malunya saya pada teman-teman usah digambarkan lagi. Berbagai warna bintang-bintang berpinar-pinar di mata saya.

Sehingga tamat waktu kuliah, saya tak dibenarkan masuk. Adab seorang anak dagang di rantau orang, pandai-pandailah membawa diri, jaga tutur kata, jaga budi bahasa seperti pesan Allahyarham Sudirman. Tiada makna untuk saya berkecil hati dan tersinggung atas suatu perkara yang sya rasakan saya tidaklah melakukan kesalahan besar. Saya perlu bersemuka dan memohon maaf. Kalau beliau sudi saya ingin menjelaskan situasi sebenarnya lantas saya mengekorinya kembali ke biliknya. Pintu biliknya saya ketuk sambil memberi salam dengan penuh kesopanan dan saya bersedia untuk di 'get out!' sekali lagi. He...he...

Tapi amat memeranjatkan, beliau bangun menyambut kedatangan saya, sambil memeluk dan mencium pipi saya gaya seorang ayah kepada seorang anak sehingga saya terpinga-pinga seakan tak percaya dengan apa yang sedang berlaku. "Silakan duduk wahai anakku." Pelawanya dengan penuh kasih sayang. Saya ingin membuka mulut untuk memberikan penjelasan atas apa yang telah berlaku di dewan kuliah tadi, tapi beliau terlebih dahulu bersuara. "Wahai anakku, hidup kita perlu berdisiplin. Saya dahulu seorang pegawai tentera. Dalam tentera satu saat boleh membezakan kita antara hidup dan mati. Saya tahu awak seorang pelajar yang baik dan saya biasa mendengar pensyarah-pensyarah lain bercerita tentang awak. Maafkan saya kerana mendisiplinkan awak dengan cara yang kasar." "Oh... tak apalah, perkara kecil saja, saya tak sikit pun ambil hati." "Anak ku, berminatkah kamu untuk menjadi seorang pakar bedah maxillo-facial?" "Tentu sekali!!" Jawab saya penuh kesungguhan. Semenjak hari itu, beliau selalu mengundang saya menghadiri kes-kes pembedahan rumit yang sebenarnya belum layak dihadiri oleh pelajar-pelajar ijazah pertama seperti saya.

Amat berbeza disiplin kami di sana dengan disiplin pelajar-pelajar saya di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia, ketika saya berkhidmat sebagai pensyarah di sana. Sesi kuliah bermula jam 8.00 pagi. Tapi satu fenomena biasa. Jam 8.30 masih ada belajar yang baru datang. Bila ditegur, kenapa lewat? Selamba saja mereka menjawab, tertidur... Saya sebenarnya gagal mendisiplin mereka, lantaran pensyarah-pensyarah lain juga tidak berdisiplin terutamanya pensyarah-pensyarah dari luar negara seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Sri Lanka. Amat malang lagi, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar juga tak berdisiplin, lantas bila saya tak membenarkan pelajar yang berulang kali lewat dari menghadiri kelas, saya pula yang dipanggil dan diberikan teguran. Apa punya Timbalan Dekan.

Walaupun ada yang menyayangi kita, tak dinafikan ada pensyarah yang bersikap perkauman dengan sengaja menunjukkan kebencian tanpa sebab. Seorang pensyarah bernama Dr Rafil Hamid, memang saya menyedari tak menyukai saya. Tak apalah... Selalu beliau bersikap tidak adil walaupun saya cuba melakukan yang terbaik untuk subjek oral medicine (perubatan mulut) yang diajarnya. Saya ditekan dan diasak dengan persoalan-persoalan yang belum dipelajari sebenarnya ketika sesi tutorial dan selalu saya diperlekehkan, tak layak menjadi doktor sepertinya. Suatu hari ketika berselisih dengannya beliau menyapa saya. "Azman, I don't know why I hate you..." "Up to you." Jawab saya ringkas. Kalau orang tak sukakan kita, tak kan kita nak paksa. Saya hanya berada di sini untuk sementara. Habis nanti, baliklah saya. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Life is easy. Begitulah saya selalu memujuk diri sendiri.

Bersambung...

PAS Kawasan Miri

Posted: 11 Feb 2011 07:16 PM PST

PAS Kawasan Miri


PAS Dan PAKATAN Bersedia Menganti Pehin Sri Untuk Perintah Sarawak

Posted: 11 Feb 2011 02:45 PM PST

"Saya dan Jabu sedia berundur jika ada pengganti:" Taib
by Jessica Jawing. Posted on February 11, 2011, Friday - Petikan dari Utusan Borneo Online
BETONG: Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan untuk menggantikan mereka berdua.
RASMI: Taib memerhatikan Jabu memukul salah satu peralatan muzik tradisional kaum Iban, 'engkerumong' semasa merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Sarawak Bahagian Betong di Betong, semalam.

"Jika ada mereka yang ingin menggantikan kami.., kami mahu tapi kami tidak akan melepaskan kuasa jika tiada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak," demikian tegas Taib. Ini kerana katanya, dalam usaha membangunkan sesebuah negeri terutama seperti Sarawak, ia amat memerlukan golongan yang berpendidikan dan bijak agar pembangunan negeri terlaksana dengan baik.
Kenyataan Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang bersedia untuk melepaskan kuasa seperti yang tersebut dalam akhbar tempatan ternyata seperti orang yang tidak sedar diri dan angkuh. Hanya mereka berdua saja yang mampu perintah Sarawak yang selain mereka semuanya kurang pandai. Ini juga menunjukkan yang mereka berdua tidak yakin akan pemimpin BN yang ada sekarang untuk menganti mereka. Alasan mereka hanya akan melepaskan kuasa jika ada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak. Mereka berdua juga mengatakan bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan untuk menggantikan mereka berdua. Kalau itu alasannya maka ini menunjukkan dan mengesahkan apa yang kita katakan selama ini memang betul bahawa pemimpin BN Sarawak sekarang bukannya baik atau pintar serta bijak dan berpendidikan untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak
Maka tiba masanya untuk rakyat Sarawak menukar terus semua pemimpin BN yang ada sekarang dengan kepemimpinan yang baru yang lebih baik lagi serta jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat atau pemerintah. PAS dan PAKATAN Rakyat bersedia untuk mengantikan BN bukan saja Pehin Sri bahkan semua pemimpin BN yang ada sekarang. Pemimpin BN hendaklah bersedia untuk berundur atau bersedia untuk melepaskan kuasa masing-masing dalam pilihanraya nanti kerana Pehin Sri sendiri pun sudah tidak yakin dan percaya akan kebolehan pemimpin BN sekarang untuk menganti beliau apabila beliau melepaskan jawatan dan kuasa nanti. Sepatutnya pemimpin BN Sarawak terasa malu dengan kenyataan ketua mereka yang mereka bukanlah baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak
Bah mari kita semua rakyat Sarawak bersedia untuk mengubah kerajaan BN sekarang kepada kerajaan baru dari PAS dan PAKATAN Rakyat. Insya-Allah pasti ada perubahan kalau kita melakukannya bersama.

Isu rampasan tanah di Sarawak

Posted: 11 Feb 2011 05:15 AM PST



08 Feb 2011 (Selasa) - Satu lagi isu rampasan tanah berlaku di Sarawak. Kali ini berlaku di Sg.Bayar Hutang, Santubong. Satu sidang media diatur bagi menjelaskan perkara ini kepada wartawan hal berkaitan dengan isu ini di Restoran Chilli Pepper, Jalan Rubber Kuching Sarawak pada jam 10.30 pagi. Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Sdr.Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat (LTPWPP), Hj.Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak), dan wakil penduduk Kg.Jaie, Batang Sadong yang mana tanah mereka dirampas iaitu Hj.Bujang B. Hj.Dawi dan Hj.Buyong B. Hj.Sahmat.

Menurut Hj.Bujang, tanah tersebut telah diusahakan sejak tahun 1945 oleh kira-kira 80 orang penduduk kampung tersebut yang melibatkan keluasan tanah berjumlah kira-kira 4 ekar. Tanah yang berstatus TOL itu bagaimana pun telah dipindah milikkan kepada sebuah syarikat iaitu Zelpoint Demak Jaya Sdn.Bhd. dan digadaikan kepada 2 buah bank (salah satunya Maybank) dengan nilai RM65juta.

Persoalannya sekarang, bagaimana tanah berstatus TOL dan mempunyai dokumen lengkap ini dengan mudah dipindah milik dan digadaikan sedangkan penduduk kampung yang mana pemilik tanah tersebut tidak diberi apa-apa notis. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini. Apabila ditanya mengapa kes yang berlaku dari tahun 2000 ini tidak dirujuk kepada pihak berkuasa? Hj.Bujang memberitahu bahawa beliau dan penduduk kampung yang terlibat telah berjumpa dengan beberapa orang wakil rakyat dan pihak berkuasa hal tanah di Sarawak namun sehingga sekarang mereka tidak diberikan jawapan tetapi hanya janji bahawa isu ini akan diselesaikan. Disebabkan muak dengan alasan demi alasan maka pihaknya tampil hari ini memohon agar Pakatan Rakyat (PR) dapat membantu mereka berkaitan isu ini.

LTPWPP menurut Sdr.Mazlan Aliman memandang serius isu-isu pengambilan tanah rakyat khususnya di Sabah & Sarawak.Ini kerana pihak kerajaan di kedua-dua negeri yang mana mempunyai kuasa penuh perihal tanah, telah melakukan tindakan sewenang-wenangnya untuk mengambil alih tanah-tanah ini, tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang telah meneroka & mengusahakan tanah-tanah ini sejak berpuluhan tahun lalu. Beliau juga mencabar Ketua Menteri Sarawak dan pimpinan BN agar jangan hanya menunding jari kepada negara- negara luar yang bergolak seperti Tunisia dan Mesir tetapi kena selesaikan masalah tanah rakyat di Sarawak. Bersesuaian dengan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'

PR dalam konvensyennya berlangsung baru-baru ini telah mengeluarkan Buku Jingga yg antara lain menggariskan tentang mengembalikan hak tanah rakyat di Sabah & Sarawak yg di rampas. Disamping itu menaikan royaliti minyak dari 5 % kepada 20 % jika PR diberi peluang memerintah Malaysia.

Pihak PAS Negeri Sarawak juga tidak akan berpeluk tubuh dengan masalah penduduk ini, malah akan bersama-sama penduduk untuk membuat laporan kepada pihak POLIS dan SPRM. Disamping itu juga PAS Negeri Sarawak bersetuju melantik Peguam Baru Bian mengendalikan kes ini. Satu tabung bagi membantu penduduk-penduduk ini menanggung kos guaman juga akan diwujudkan tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, PAS Negeri Sarawak telah menubuhkan Sekretariat Tanah Sarawak , bagi rakyat di Sarawak untuk menyalurkan isu-isu berkaitan tanah. Untuk tujuan itu, sesiapa yang mempunyai masalah, mereka bolehlah berhubung terus dengan Sdr. Fidzuan di talian 013-801 2296.

Di sidang media itu juga, Sdr.Mazlan Aliman mengumumkan akan diadakan satu himpunan besar-besaran yang akan dihadiri oleh pimpinan PR Pusat dengan sasaran seribu orang dari seluruh pelusuk Negeri Sarawak berkaitan isu masalah tanah yang akan dijadualkan pada 13hb Mac 2011 (Sabtu) di Kuching yang mana perhimpunan ini akan membentangkan beberapa kertas kerja dan seterusnya mencari resolusinya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, ketua menteri, ahli-ahli parlimen termasuklah Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan BN Sarawak Menyembunyikan Scandal Kesihatan

Posted: 11 Feb 2011 03:28 AM PST

Sarawak's Hidden Health Scandal – Maternal Deaths
Thursday, February 10th, 2011 GMT - Petikan dari Sarawak Report

Evidence shows that three times as many mothers die in Sarawak than in the rest of Malaysia and ten times as many as in Australia or the UK.



The Sarawak Government has been covering up a health scandal by deliberately concealing the true level of maternal deaths, according to exclusive information which has been made available to Sarawak Report.
Concerned doctors and health professionals have been investigating the true level of inadequate health care provided in the state, which is the richest in terms of resources in the whole of Malaysia. They say their findings show that the deaths of women in childbirth are far higher than are being admitted to in the official statistics, yet the spending on healthcare per person in the state is less than one quarter the amount spent on health care in West Malaysia!
"Sarawak is a large state with a small population spread over difficult terrain" commented one of the health professionals who passed on their information to Sarawak Report. "This means that you would expect far more money to be needed to provide adequate healthcare, not less. But the BN Government has clearly chosen to abandon the indigenous people of the interior instead."

No facilities for problem childbirths
No way to travel in an emergency - crammed in the boot on a road like this. No wonder so many women die if things go wrong.











The shocking figures bear out the practical experience of doctors working in the field in Sarawak. Another senior obstetrician commented that most women from the interior suffer grave risk in childbirth, because the simple precaution of bringing them into hospital a few days before they are due to give birth has been ignored by the authorities.
"This precaution would be very cheap in comparison with the flying doctor service, which is a big waste of money" he commented. However, he says that since there is no opportunity for profit-making by people in power, there has been no interest in developing this method of saving hundreds of lives.
The obstetrician also commented that poverty and the appalling state of the roads are a major factor in deaths in childbirth. "People are getting poorer and costs of food an fuel are getting higher. This makes the women less strong and they cannot afford to go to hospital. If there is an emergency the roads are so bad it takes too long".

Key statistics
Waiting in line – these women have made it to hospital

"We believe the Sarawak Health Department are fudging its figures. They are quoting the standardised figures for the whole of Malaysia and then just dividing them by the number of pregnancies in Sarawak. But in fact what available information there is implies that the death-rate is far higher in Sarawak . A paper published in 2008 based on genuine research in the 1990s shows that at least 92 in 100,000 women were dying in childbirth then, compared to the 30 in 100,000 currently quoted by the Sarawak Health Department. There has been no improvement in Sarawak's health facilities since then and we challenge the Sarawak Health Department to produce the evidence for their statistics."





The contested figures are to be found in the Sarawak State Health Department's publication 'Health Facts About Sarawak', published 2008. However, the experts say that it is not based on genuine research in Sarawak, only on Malaysia-wide statistics.

Misleading statistics? 30 deaths in 100,000 births is the story according to the Sarawak Health Department.









By contrast the doctors say that a paper published in the book "Women and Health – Village Mothers, City Daughters" 2007, by Adeda Baer, quotes a peer-reviewed report "Sudden Maternal Deaths in Malaysia – A Case Report" by R Jejasothy in the internationally accepted Journal of Obstetrics and Gynaecological Research (Vol 28, No 4, pg 186-93) calculates the death rate to be 92 in 10,000 births.
Low spending for Sarawakians – less than one quarter what is spent on average Malaysians on health!
The doctors also point to shocking figures that indicate the people of Sarawak receive less than a quarter in health spending per person compared to people in mainland Malaysia, even though the remote communities would indicate the need to spend more money not less.
The same Sarawak State Health Department figures say only RM 422 is spent per person in Sarawak on health each year, whereas World Health Organisation figures state that the average spending per person in Malaysia is RM 1,800.

Shocking - Sarawakians receive less than a quarter health care spending compared to the average Malaysian










Helicopters 'Useless for sick patients, but healthy for Jabu's bank account!'

Flying healthy doctors, but not sick patients!











However, even more shocking is the allegation that what small amount of money is spent on Sarawak healthcare is spent on programmes that will more benefit Ministers' bank accounts than sick patients!
The doctors spoken to by Sarawak Report say they blame the BN Government for the shocking death-rate, because they have been more interested in providing expensive facilities which provide Ministers with opportunities to make money, than far cheaper and more practical services that could save lives.
One obstetrician who has worked as a so-called Flying Doctor said he was sickened by the corruption of this service, which costs the country around RM 90 million a year. He told us:
"This Flying Doctor Service is a waste of money as far as the patients are concerned. It cannot fit people who are lying down and there is not enough room for the doctors to bring more than a few pills in terms of equipment. We go on scheduled trips and arrive in villages at a time convenient to the service and not when people are actually sick. We hand our a few panadol out and then we fly on to the next place. We very rarely perform emergency rescue trips. These helicopters are good for flying healthy doctors but not sick patients!"

The obstetrician told Sarawak Report that it would be far cheaper and more effective to have para-medics stationed in all communities to identify sick mothers and patients and to arrange for them to be transported to proper hospitals in good time. He also said that money should be spent on providing accomodation in District Hospitals for mothers for at least two weeks before their birth date. He said these two measures would save very many lives, while the Flying Doctor helicopters save virtually none.
However, he gave one good reason why the BN Government has always preferred to maintain the helicopter service.
"It is corruption. Ministers compete for who will get the contract for this service! It is worth RM 4,000 for every stop the helicopter makes. We go to four stops in one day and there are 3 helicopters. There are millions to be made for the company which gets the Flying Doctor contract and they like to take it in turns!"
Sarawak Report has investigated the ownership of the company that received the latest contract for the Flying Doctor Service, which was tendered in 2009. We can confirm that one of the major shareholders is the son of the Deputy Chief Minister, Alfred Jabu! We therefore challenge the BN Government to answer the charge of doctors that it has ignored the advice of medical experts and allowed ministers to put illegal profits before the lives of hundreds of vulnerable women in Sarawak!

Conflict of interest - How dare the BN Government hand the multi-million ringgit helicopter service to the son of the Deputy Chief Minister?














Kam Agong a case in point

Unsuitable transport for a pregnant women - often they have to travel for many hours while in labour












Chief Minister Taib himself has referred to the acute shortage of qualified medical staff in Sarawak's rural areas. In 2008 he was reported admitting that only 22.2% of medical officers posts were filled in Sarawak's health clinics! He also admitted that a third of Sarawak's population has NO ACCESS to any hospitals or clinics, compared to 95% of the rest of Malaysia who do have access. Just last month the Prime Minister suffered the embarrassment of opening a clinic in Belaga for rural people, only to discover that it will have no doctors!
Surely addressing this scandal and not providing a useless helicopter service should receive what money is available? The family of Kam Agong, a mother of 8 who died in childbirth due to medical neglect have waged a determined campaign to publicise the greed and corruption that has drained the money from helping women in the interior into helping Taib's ministers get richer. They have condemned the poor roads and transport that mean heavily pregnant women have to travel to clinics by sitting for hours in the back of open jeeps on bumpy tracks.

Every woman's right and Sarawak could afford it if ministers were less greedy!









They have shown how the lack of specialist care in all but 4 clinics in the whole of Sarawak meant that their mother was operated on and killed by an unqualified worker. Read their website and support their campaign for more trained doctors, more mid-wives and more medical officers. Sarawak is the richest state in Malaysia, so it can afford them if the money can be kept away from greedy ministers!
The doctors state that the main causes of maternal deaths in Malaysi are caused by haemorrhage, infection, brain seizures, hypertension, anaemia and obstetric fistulae. These are all conditions that can be managed if women are safely in hospital. However if they are a long journey away they will nearly always die. Because there are so few health professionals working in the interior there is virtually no monitoring of women in their pregnancy and dangerous conditions are not picked up until the woman is already in labour.
However, the doctors say that figures being promoted by the Sarawak State Health Department are highly misleading and attempt to give the impression that the death rate in the state is no higher than in Malaysia as a whole:







Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 11 Feb 2011 07:12 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang


Futsal Ukhuwwah dengan Pemuda Cawangan Sg Sering

Posted: 11 Feb 2011 12:12 AM PST

(gambar) Kapten pasukan UKJ, Haji Najmuddin menjaga gawang dengan tekun

Ampang - UKJ Hulu Kelang telah mengambil inisiatif membina hubungan dengan anak-anak muda di dalam DUN Hulu Kelang melalui aktiviti futsal. Usaha ini dilaksanakan dengan menganjurkan perlawanan futsal ukhuwah bersama para Pemuda Cawangan Sg Sering dan juga anak-anak tempatan di Kg Sg Sering, Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian yang berada di dalam gelanggang futsal

Seramai hampir 20 orang anak muda telah terlibat dalam riadhah ini di samping beberapa orang ahli UKJ Hulu Kelang sendiri telah bermain bersama dan beramah mesra bersama mereka.

(gambar) Pemuda cawangan Sg Sering

Usaha ini juga dilakukan bagi memberi perspektif baru kepada anak-anak muda ini bahawa Pemuda PAS juga sentiasa menyokong aktiviti kesukanan di samping merapatkan hubungan di antara mereka dan juga dengan ahli Pemuda Cawangan sendiri.

(gambar) Taklimat selepas selesai bersukan

Dalam ucapan ketika tamat sesi pertama tahun 2011 ini, wakil UKJ Hulu Kelang memaklumkan beberapa perancangan UKJ Hulu Kelang khususnya untuk menganjurkan pertandingan futsal, bolasepak 9 sebelah dan lain-lain lagi khusus bagi membangunkan golongan belia di dalam DUN Hulu Kelang. Wakil Pemuda Cawangan pula mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap lebih banyak lagi aktiviti seumpama itu dijalankan untuk merapatkan hubungan sesama ahli.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

Posted: 10 Feb 2011 11:31 PM PST


!$¨B y7t/$|¹r& ô`ÏB 7puZ|¡ym z`ÏJsù «!$# ( !$tBur y7t/$|¹r& `ÏB 7py¥Íhy `ÏJsù y7Å¡øÿ¯R 4 y7»oYù=yö'r&ur Ĩ$¨Z=Ï9 Zwqßu' 4 4's"x.ur «!$$Î/ #YÍky­ ÇÐÒÈ

79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. dan Kami telah mengutus Engkau (Wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). An Nisa: 79

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 11 Feb 2011 07:11 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Suara Rakyat Tamatkan Era Hosni Mubarak

Posted: 11 Feb 2011 03:35 PM PST


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman. Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah. Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu. Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh, jiran mengebom negaranya, kerajaan pimpinannya hampir muflis, aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya, namun Mubarak selama itu terus juga berkuasa. Hakikatnya tiada yang kekal selamanya, beliau terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981. Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan. Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Feb 2011 03:42 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PERJUANGAN RAKYAT TERBALAS DI HARI DELAPAN BELAS ! TAKBIR !

Posted: 11 Feb 2011 11:21 AM PST


KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).

Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera. Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

DUN PELABUHAN WAJAR PKR PERTAHANKAN ! RUJUK ARTIKEL 69 DAN 72

Posted: 10 Feb 2011 11:04 PM PST

Atas dasar mempunyai imuniti sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ke atas beliau berhubung status kerusi Pelabuhan Klang, lapor TV Selangor.

Dalam permohonan itu, Teng juga berkata kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah hak beliau, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, Badrul HishamAbdullah yang berpaling tadah meninggalkan PKR mendakwa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Kelang walaupun Teng selaku speaker sudah mengistiyharkan kerusi itu kosong. Ini berikutan kegagalan Badrul hadir sidang DUN tanpa alasan kukuh.

Badrul Hisham menamakan Teng dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam permohonannya yang difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Saya dilindungi imuniti yang diperuntukkan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada diambil tindakan oleh plaintif," kata Teng dalam afidavit balas dikemukakannya di mahkamah hari ini.

Katanya, Artikel 77 perlembagaan Selangor juga memberikannya imuniti daripada disaman atas kapasiti sebagai seorang speaker.

Teng berkata, kedua-dua undang-undang persekutuan dan negeri menyokong doktrin pengasingan kuasa antara dewan undangan negeri dan mahkamah.

Oleh itu, keputusannya sebagai speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, kata Teng.

"Selaras dengan itu, saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah," katanya.

Tambahnya, kes yang dibawa Badrul Hisham (atas, kiri) tiada asas perundangan dan satu bentuk salah guna kuasa.

Oleh itu beliau meminta mahkamah menolak permohonan ADUN Pelabuhan Kelang itu.

Teng diwakili oleh peguam Tommy Thomas.

Beliau telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu dan telah meminta diadakan satu pilihan raya kecil.

Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR.

Katanya, disebabkan itu dan disokong oleh Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari.

Isnin lalu, Badrul Hisham mendapat injunksi sementara menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu.

Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham.

Pada tarikh 17 Februari ini, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Teng dan SPR yang difailkan Badrul Hisham pada 24 Januari lalu.

-malaysiakini-

BAGI TAHU PM, KALAU PRU13 PR MENANG MAKA KERAJAAN BARU AKAN HANTAR BALIK KE MESIR PERCUMA !

Posted: 10 Feb 2011 07:58 PM PST

Komen : Teman nasihatkan semua pelajar yang dah balik ke Malaysia terus cari kerja apa saja atau ambil upah dan jangan duduk saja. Dapat duit tolong keluarga atau simpan duit saja utk persiapan balik ke Mesir. Kalau boleh , kalau cuti lama, tunggu sampai Pilihan Raya ke 13 atau Pilihan Raya berasingan Sabah & Sarawak . Kalau serentak lagi bagus. Kita tolong Pakatan Rakyat memenangi PRU13 dah pasti kita usahakan hantar pulang belajar ke Mesir percuma.

SEPANG - Ibu bapa beberapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.

Seorang penjawat awam, Husin Ibrahim, 55, berkata tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak kembali ke Mesir.

"Mungkin hanya lima peratus yang berkemampuan untuk membelikan tiket untuk anak, walaupun orang lazimnya berkata kalau yang belajar di luar negara, ibu bapanya mesti hidup senang.

"Tetapi kebanyakannya susah. Seelok-eloknya, kerajaan paling tidak bantu bayar separuh daripada harga tiket itu kerana harganya agak mahal,'' katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sewaktu menyambut kepulangan anaknya, Mohd. Abdul Azim semalam.

Sementara itu, Saridah Suman, ibu pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Iskandariah, Mohd. Yady Abdullah, berkongsi pandangan yang sama

MOTOSIKAL 30 HINGGIT ? 2HAND PUN TEMAN NAK !

Posted: 10 Feb 2011 07:54 PM PST


GEORGE TOWN – Serendah RM30. Itulah nilai lelongan sebuah motosikal jenis Honda Cub pada acara lelongan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini semalam.

Motosikal itu adalah sebahagian daripada 118 buah kenderaan termasuk kereta yang merupakan barang kes dan barang yang tidak dituntut pemilik.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejumlah RM11,830 berjaya dikutip dalam acara lelongan tersebut.

Katanya, ia meliputi 111 buah motosikal dengan nilai jualan RM9,180, enam kereta (RM2,290) dan sebuah van (RM360) yang kebanyakannya disimpan sejak tiga tahun lalu.

"Nilai lelongan tertinggi ialah kereta Nissan Cefiro pada harga RM710," katanya.

Menurutnya, selain jenama Honda, motosikal yang turut dilelong ialah Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan Modenas manakala kereta pula model Nissan Cefiro, Volvo dan Honda Accord.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 11 Feb 2011 03:25 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


CERAMAH MAT SABU

Posted: 11 Feb 2011 09:46 AM PST



Semua dijemput hadir

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 11 Feb 2011 03:25 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


 Pemuda Islam Terengganu perlu bangkit

Posted: 10 Feb 2011 08:48 PM PST

KUALA NERUS, 11 Feb: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menggesa pemuda Islam di Terengganu bangkit dalam memastikan Islam menjadi asas perjuangan dan menjadikannya satu cara hidup.

Beliau juga menyeru seluruh jentera pemuda bersama dengan dewan pemuda turun berdakwah kepada seluruh umat bagi memastikan Islam tertegak di bumi Malaysia.

Tambahnya, anak-anak muda yang berada di bawah panji-panji Islam perlu sihat, berakhlak, berhemah dan mempunyai jati diri.

"Kita mahu pemuda sebagai penggerak utama kepada kebangkitan rakyat. Lihat satu dunia terutama di benua Arab anak muda bangkit membawa perubahan kepimpinan negara," ujarnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011 di padang bola Pekan Batu 6, di sini, pagi ini yang disertai kira-kira 10,000 pemuda seluruh negeri.

Majlis dimulakan dengan ucapan motivasi oleh AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menyeru seluruh pemuda Islam Terengganu bangkit menentang kemungkaran di negeri ini dan Malaysia.

Katanya, motto PAS Ganti Umno perlu diterjemahkan kepada realiti yang nyata.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 11 Feb 2011 03:19 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Husni Mubarak Berundur!!

Posted: 11 Feb 2011 10:35 AM PST


Al-Jazeera melaporkan tadi bahawa Presiden Mesir,Husni Mubarak sudah berundur.
erita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.
Protesters celebrate the resignation of Egyptian President Hosni Mubarak, from their stronghold of Tahrir Square in Cairo today, February 11, 2011. — Reuters pic
Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

NONEKebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

-malaysiakini-

HARI KEKASIH : KHIR MARAH PEMUDA PAS..

Posted: 10 Feb 2011 11:07 PM PST

.... mungkin kali ni Ketua Pemuda PAS kene jemput Khir & the geng untuk program malam tue... maklum la... sejak duduk ngan UMNO nie lama dah tak pergi cegah maksiat....

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.
"Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula...

"Jadi dah jadi langgar peraturan," katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.

Pada sidang media selepas mempengerusikan Wacana Dakwah melalui penyiaran di Putrajaya petang tadi, Jamil Khir berkata sambutan itu bukan amalam Islam.

Bagaimanapun, katanya, umat Islam sendiri mestilah mempunyai programnya sendiri sebagai alternatif kepada sambutan setiap 14 Februari itu.

Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

HARI KEKASIH : KL TOWER TAWAR SPECIAL BUFFER

Posted: 10 Feb 2011 10:58 PM PST

....hingga ke KL Tower kami pi benteras...


BAIK BETUL M'SIA... OFFER BIASISWA KEPADA INDONESIA!!!

Posted: 10 Feb 2011 05:12 PM PST

...bak kata orang lama-lama .... anak kera disusukan anak dirumah mati kelaparan.... itulah pemimpin BN kita pada hari ini....

(UM) JAKARTA 10 Feb. - Dalam usaha menarik rakyat Indonesia melanjutkan pengajian di Malaysia, kerajaan menawarkan pelbagai pelan biasiswa kepada bakal siswazah dari negara jiran itu.


Tawaran biasiswa itu merupakan insentif yang dijangka membuka ruang yang lebih luas bagi menarik kemasukan yang lebih besar pelajar antarabangsa di Malaysia.

Selain pelan biasiswa, pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) juga menjadi tarikan buat rakyat Indonesia untuk memilih melanjutkan pengajian di Malaysia.

"Tawaran ini merupakan pendekatan yang sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada pameran pendidikan Kampus-Kampus Tren Jakarta 2011 di sini, hari ini.

Pameran Kampus-Kampus Tren Jakarta 2011 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Nasional Indonesia bermula hari ini sehingga 12 Februari ini.

Menjelang 2015, negara mensasarkan kemasukan 150,000 pelajar antarabangsa dari seluruh dunia yang sekali gus untuk menjayakan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan.


RESIT MAKAN PALING MULIA KAT MALAYSIA

Posted: 10 Feb 2011 04:40 PM PST

sungguh mulia resit ini... siap tolong doakan lagi...
(lokasi restoren di Permatang Pauh)

SETIUSAHA ADA RM2.13M DUIT HARAM... BOSS BESAR??

Posted: 10 Feb 2011 04:35 PM PST

BUTTERWORTH, 10 Feb – Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas.


Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Februari tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya. – Bernama

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 11 Feb 2011 01:05 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PRK Merlimau: Lebih Ramai Bukan Melayu Hadiri Ceramah TG Nik Aziz

Posted: 11 Feb 2011 10:59 AM PST

Lebih ramai kaum bukan Melayu yang hadir mendengar ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kaum Melayu di Merlimau malam tadi. Ini adalah satu perkembangan yang baik sempena pilihanraya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

TG Nik Aziz di dalam ucapannya menyeru semua penduduk di Merlimau termasuk kaum Cina dan India di Merlimau supaya tidak gentar untuk melakukan perubahan dan tidak termakan hasutan UMNO yang menakut-nakutkan kaum bukan Islam terhadap Islam.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah bukti nyata bahawa Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum kerana Islam dengan keadilannya adalah sesuai dengan fitrah manusia.

TG Nik Aziz menjelaskan bahawa asal manusia semuanya dari Adam. Islam datang menghapuskan rasisma. Baginda Rasullullah saw, menurut TG Nik Aziz telah berjaya menyatukan penduduk Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan puak seperti Salman dari Parsi dan Bilal dari Habsyi (Afrika) di bawah naungan Islam.


"Tiada kelebihan diantara manusia melainkan yang bertaqwa," jelas TG Nik Aziz.

Sebelumnya, YB Salehuddin Ayub di dalam ucapannya merakamkan rasa gembira kerana melihat ramai kaum bukan-Melayu terutama kaum Cina yang hadir pada majlis pertemuan malam tadi.

Di dalam ucapannya YB Salehuddin telah menyatakan bahawa PAS, DAP dan PKR akan mampu menggantikan kerajaan Barisan Nasional sebagai teraju pemerintahan negara.

Berbeza dengan zaman lampau, kaum Cina terutamanya, takut untuk hadir di dalam ceramah-ceramah PAS, tetapi suasana hari ini sudah berbeza.

YB Abdullah Sanusi, Ahli Parlimen Kuala langat pula meminta kaum bukan-Melayu di Melaka melakukan perubahan seperti yang ditunjukkan oleh kaum bukan-Melayu di Selangor.

"Jika Selangor boleh berubah, tiada sebab Melaka tidak boleh," jelas beliau.

YB Abdullah Sanusi menyeru supaya rakyat Melayu, Cina dan India bekerja bersungguh-sungguh supaya UMNO BN dikuburkan ke dalam Muzium Negara," tambahnya.

Majlis Ramah Mesra ini telah dirancang lebih awal iaitu sebelum penetapan tarikh penamaan calon dan pilihanraya bagi DUN Merlimau oleh Suruhanjaya Pilihanraya, malah sebelum kerusi DUN Merlimau kosong kerana kembalinya Allahyarham Mohd Hidhir ke rahmatullah. Justeru itu tidak timbul soal berkempen lebih awal, jelas pemimpin PAS Kawasan Jasin yang GB temui.

Sumber : Greenboc

Lagi gambar : Aizatlegendz

Ali Rustam bawa pembangunan gajah putih?

Posted: 11 Feb 2011 09:32 AM PST

Saya adalah anak Melaka berasa terkilan di bawah kepimpinan Datuk Wira Mohd Ali Mohd Rustam gagal membawa perubahan pembangunan di negeri Melaka. Banyak projek pembangunan menjadi GAJAH PUTIH.

Teksi bermeter, Hang Tuah Mall, gelanggang go cart, muzium pengangkutan, bas panorama, Melaka International Airport dan banyak lagi. Terkini monorel Melaka buatan China@CAP AYAM sejauh 1.6 km bermula dari Tmn Rempah ke Tmn Nyiru Bunga Raya sejauh 1.6 km dikenakan tambang RM10.00 sehala.

Belum pun setahun beroperasi dah buat hal. Kononnya Melaka sudah capai status negara maju.

Jika di bandaraya Kuala Lumpur tambang monorel buatan Malaysia Scomi MTrans sehala sejauh 8.6 km merentasi 11 buah stesen bermula dari KL Sentral ke Titiwangsa RM2.50.

Ini bermakna tambang RM10.00 monorel Melaka sejauh 1.6 km boleh menyamai 4 perjalanan sehala dari KL Sentral ke Titiwangsa.

Apakah motifnya melabur berbilion ringgit untuk diwujudkan monorel Melaka?

Saya rasa baikduit dilaburkan ke projek tidak bermanfaat itu untuk disegerakan projek aerotrain dari MITC ke Bandar Hilir.

Saya pasti dengan konsep park & ride di stesen aerotrain, masalah kesesakan jalan raya di Bandaraya Melaka dapat diatasi.

Anak Melaka,

Ampang, Selangor.

Sumber : Harakahdaily

Projek keretapi : Kerajaan BN Melaka ulangi kesilapan sama

Posted: 11 Feb 2011 09:29 AM PST

Artikel terkini 11 Januari 2011 mengenai projek RM239.6 juta landasan keretapi di Melaka, sedangkan projek monorail RM16 juta di Melaka yang telah siap tidak dapat berfungsi kerana banyak masalah. Pakatan Rakyat di Melaka , khususnya pemimpin PAS, PKR dan DAP di Melaka harus faham isu ini dan beri penerangan kepada rakyat Melaka kenapa projek ini merupakan satu lagi pembaziran, sedangkan banyak kemudahan awam lain perlu di pertingkatkan di Melaka, seperti laluan pejalan kaki, laluan bas dan sebagainya.

Artikel asal :

Again, Melaka gov't railroads its way to nowhere

TRANSIT is not too surprised to hear the latest news on the award of 40km tramway project to SAAG Consolidated. The local oil and gas player, which we doubt has any experience in transit projects (let alone trams), has its share price almost doubled in a week preceding the bid award.



The Melaka monorail, which remains nonoperational till this day, seems to have attracted attentions not only from humans, but one particularly look-a-like creature as well. (TRANSIT's photo taken in December 2010) TRANSIT Says: After RM16 million of taxpayers' money wasted on a monorail system that went kaput during its launch and slept straight into comma (till this very day), the state government chooses to splurge 15 times more money to build a transit system without any public transport masterplan, without transit – land use integration planning, and most importantly, without any public consultation.

SAAG secures RM239.5m rail project in Melaka

KUALA LUMPUR: SAAG Consolidated (M) Bhd's subsidiary has secured a US$78 million (RM239.54 million) contract from Mrails Tram (Melaka) Sdn Bhd to design and build 40 km of tramway in Melaka. SAAG said on Monday, Jan 10 its overseas subsidiary OGS Asiapac Ltd had secured the design, engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) contract on Dec 23 last year.

Mrails Tram is incorporated in Malaysia and it had signed a principal agreement with the Chief Minister of Malacca (Incorporation) on March 3 last year for a 25 year concession with the Malacca government to provide 40 km of tramway in the state capital to enhance the public transport facilities.

We wonder what kind of a tram system that can be built with a mere RM6 million per km? Even the 'bare-bone' TransJakarta BRT system with 8,000 pax/direction/hour capacity was built at around RM4 million per km, and the world-renown metro-like Transmillenio BRT system with more than 50,000 pax/direction/hour capacity at RM20 million per km. Like we've said before, this tramway project announcement is a complete sham.

We know tram systems with moving block signaling and right of ways can achieve maximum capacity of 25,000 pax/direction/hour, but they costs more than RM100 million per km. Even the cheapest mode of Light Rail Transit (tram with at grade tracks and operating on shared infrastructure with cars) costs more than RM50 million per km.

Why the government refuses to secure enough public transport funds to establish an organizing authority, say the Melaka Public Tranport Authority, and award contracts to existing and external operators to operate based on a fair, transparent and accountable set of criteria and incentives.

Rather than taking ownership of what is within the state's hands to improve public transport, the government yet chose to repeat the same mistake it has done with the monorail (and give concession to companies with no track record, and risk jeopardizing the public's interests in the long run in return for quick and short run profits to private entities), and railroads its way to nowhere.

If the Melaka government really wants to boost up transit share in the city, it should have first focused on existing (lack of) support systems, such as safe walkway for pedestrians (such as portrayed above) and priority lanes for buses. (TRANSIT)

transit.my

Pakatan Rakyat mampu tumbangkan BN Melaka

Posted: 09 Feb 2011 02:27 PM PST

MELAKA: Kerajaan BN Melaka mampu ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya semangat perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dapat dikekalkan kerana ianya menakutkan BN, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada majlis makan malam di Merlimau, baru-baru ini.

"Semangat perpaduan di antara pelbagai kaum di dalam Pakatan Rakyat di Melaka seperti yang ditunjukkan melalui majlis makan malam ini menakutkan BN yang menggunakan sentimen perkauman bagi mengekalkan kuasa.

"Jika semangat ini berjaya dikekalkan dan diteruskan saya percaya bahawa Melaka juga mampu ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum nanti dan yang penting kita kena bersamasama bekerja keras ke arah itu," kata beliau.

Tambahnya, janji 100 hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat menakutkan BN sebab itu Najib tidak berani berdebat dengan Anwar.

"Mengapa takut hendak berdebat! Kita ajak berdebat tentang ekonomi negara tapi BN tak berani, kenapa tak berani, ini buktikan hipokritnya BN dan rakyat boleh buka mata untuk jadikan BN tak berkuasa pada PRU-13.

"Sebab itu kita mengajak rakyat ubah sekarang, selamatkan Malaysia kerana hanya ada satu matlamat iaitu ke Putrajaya dan kita yakin kita boleh lakukanya," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jika Pakatan Rakyat boleh menewaskan BN pada Pilihan Raya Kecil di Johor dan Melaka maka itu adalah isyarat jelas bagi Umno-BN direhatkan daripada politik Malaysia.

Salahuddin mengatakan yang penting Melayu, Cina dan India mesti bersatu hati di bawah payung Pakatan Rakyat bagi menjadikan Malaysia yang berkebajikan, Malaysia yang harmoni serta Malaysia yang sejahtera.

"Kita mahu rakyat di Melaka juga merasai nikmat seperti yang diperolehi oleh negeri Pakatan Rakyat seperti air percuma di Selangor, RM1,000 kepada anak Selangor yang masuk IPT dan RM100 kepada anak-anak Selangor yang baru lahir.

"Ini yang ingin kita berikan kepada rakyat walaupun baru memerintah, sedangkan Umno-BN tidak mampu memberikannya kepada rakyat walaupun setelah lebih 50 tahun memerintah," katanya.

HARAKAH • 27 – 30 SAFAR 1432 / 31 JANUARI – 3 FEBRUARI 2011

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Feb 2011 11:42 AM PST

Batu Gajah Mari


Memang dasar haram jadah!!!

Posted: 10 Feb 2011 06:54 PM PST


Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar

Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.

"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu," katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri," katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. -mk


PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 11 Feb 2011 11:37 AM PST

PAS KAWASAN KENINGAU


Dialog rakyat bersama pemimpin di Batu Luguyan SOOK

Posted: 10 Feb 2011 11:24 PM PST



Tolong hebahkan pada rakyat Sook ye ::

Tuan/puan Dijemput hadir beramai-ramai dialog bersama pemimpin YB DR HJ MUJAHID YUSOF RAWA (MP BPARIT BUNTAR)&YDP Hisammuddin Hj. Sulaiman (Timb.Presiden Tabah)pada 12 . 2. 2011 Sabtu Jam 9 pg di dewan Gereja ST EDWARD KG BATU LUGUYAN SOOK,anjuran NGO TABAH(TANAH SABAH),Fokus dioalog isu tanah,toleransi agama,gejala sosial,pendidikan,peluang kerja,keselamatan dll.Sila hadir beramai-ramai.

Pemuda Guchil

Posted: 11 Feb 2011 09:38 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 11 Feb 2011 09:17 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Peranan Ikhwanul Muslimin Dalam Kebangkitan Di Mesir

Posted: 11 Feb 2011 03:18 AM PST

Banyak dari hadis Rasulullah saw yang menunjukkan Baginda melontarkan pandangan futuristik mengenai kebangkitan Islam dan sunnah dalam perjuangan menegakkan Islam. Lantaran itu, mereka yang berpegang teguh meyakini bahawa Islam kembali bangun ketika ini. Di sebalik pelbagai cabaran yang ditekankan ke atas umat Islam, dunia dikejutkan dengan kebangkitan khususnya di Mesir yang tidak pernah disangkakan. Ikuti temubual ringkas Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM dengan Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Muhd Zainul Asri Romli.

HARAKAH: Sekian lama umat Islam khususnya di Mesir ditekan oleh regim pemerintahan dan hidup dalam ketakutan. Jadi bagaimana boleh berlakunya kebangkitan pada skala yang membuka mata dunia ini?

USTAZ ZAINUL ASRI: Ceritanya sebab "al-waktu juz 'un minal 'ilad" maknanya waktu itu sebahagian daripada rawatan iaitu masa yang menentukan. Islam ini sifatnya macam buah, buah ni kita tak boleh kelam kabut atau sifat isti'jal. Sebab apabila kita kalut, kita isti'jal, kita nak hasil cepat sebelum masanya, ketika itu kita akan dihukum dengan kita tidak dapat langsung perkara yang kita hajat. Isu di Mesir ini pangjanglah, Ikhwanul Muslimin telah pun menyampaikan dakwah dalam masa yang cukup panjang dan mereka bukan berdepan semata-mata musuh biasa, tetapi musuh Islam antarabangsa.

Dari zaman British masuk ke Mesir, Hassan al-Banna melihat ancaman Barat ini hingga tertubuhnya Ikhwan. Keadaan sangat dahsyat kerana serangan Barat telah mengubah kehidupan masyarakat daripada Islam kepada sekular. Ikhwan membawakan Islam, dengan sifat Islam adalah kebenaran dan dakwah disampaikan dengan cukup indah, jadi mudah pengaruh Ikhwan itu berkembang cepat di Mesir. Tapi bila perkembangannya cepat, ia menjadi ancaman pula kepada penjajahan 'ghazwatul fikr' (serangan pemikiran) kerana bukan orang asing memerintah, tetapi kerajaan ini adalah kerajaan boneka kepada penjajah. Jadi akhirnya, pengarahan dari musuh antarabangsa untuk tembak Hassan al-Banna, beliau terkorban dan Ikhwanul Muslimin diharamkan.

Ikhwan juga mengorbankan begitu banyak amilinnya di medan dakwah itu sebagai syuhada. Walaupun Ikhwan diharamkan, dakwah Islam tidak pernah berhenti. Jadi kita ambil pengalaman ini bahawa di Mesir sistem demokrasi berparlimen itu berjalan. Ikhwan tidak memboikot sistem ini, mereka melibatkan diri dengan demokrasi. Dulu mereka diharamkan, jadi mereka masuk pilihan raya menggunakan kaedah tahaluf siyasi bersama dengan Parti Buruh.


Bagaimana Ikhwan terus 'survive' dalam suasana itu?

Dalam penglibatan dengan Parti Buruh, dakwah berjalan hinggakan berjaya mengubah pola fikir pimpinan Parti Buruh ini kepada Islam. Jika dilihat perjalanan demokrasi di Mesir memang cukup dahsyat. Penipuan mereka terang-terangan, kita di Malaysia penipuan sembunyi-sembunyi. Parti kerajaan menipu dalam pilihan raya; culik calon, larikan peti undi. Tapi Ikhwan tetap sabar dan terus berjuang, bertahun-tahun terlibat dengan Parti Buruh tiada 'stand' khusus macam kita PAS di Malaysia, akhirnya orang menilai Ikhwan adalah yang baik.

Rakyat Mesir tahu Ikhwan orang-orang yang baik, bukan sanggup mengorbankan masa, bahkan nyawa. Jadi pengaruh Ikhwan berkembang di kalangan parti pembangkang. Jadi, banyak tekanan ke atas Ikhwan oleh pemerintah. Tetapi, tekanan ada hikmah, mereka bergerak dalam keadaan ditekan, usrah mereka rahsia. Namun, dakwah mereka nampak, gerakerja tanzim mereka tersusun, mereka dapat menyusun strategi yang cukup hebat. Di Mesir, 'Special Branch' (SB) cukup ramai. Anak takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang bapanya SB, bapa pula takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang anaknya SB.

Tetapi, Ikhwan lebih bijak daripada SB, gerakerja mereka sangat tersusun. Rakyat Mesir ni, kalau kita tahulah, mereka hanya bangkit kalau diganggu 'periuk nasi' mereka. Kalau (harga) roti naik walaupun seringgit, mereka akan bangun berdemonstrasi. Isu di Mesir sekarang ini orang tidak tahu siapa perancangannya, tiba-tiba dilihat bangkit. Orang melihat ini kebangkitan rakyat, siapa di belakangnya? Inilah kehebatan Ikhwan. Jadi sebenarnya, tekanan itu menjadi satu 'sekolah' untuk mereka menyusun satu gerakan yang hebat.

Orang melihat ini kebangkitan rakyat, bukan Ikhwan, tetapi setelah melalui proses yang cukup panjang. Maknanya, waktu ini, waktu yang sesuai untuk berlaku, buah sudah pun masak. Maknanya, sabarnya menggerakkan Islam dan menyampaikan dakwah, dan umum juga melihat Ikhwan bukan gerakan pelampau. Mereka tidak menentang kerajaan secara militan, tetapi secara berdepan melalui kaedah yang diizinkan undang-undang. Kesabaran mereka berjuang, mereka menjadikan demokrasi sebagai ruang, kalau boikot tentu suara Islam tidak sampai dalam parlimen. Itulah pendekatan yang kita boleh belajar daripada Ikhwan. Kebangkitan ini akan menyebabkan Hosni Mubarak turun.


Para tokoh gerakan Islam yakin bahawa abad ini adalah abad untuk Islam. Adakah kebangkitan ini titik baru dalam fasa tersebut?

Sahabat Nabi, Abu Hurairah pernah menyebut mengenai pemerintah Mesir namanya 'HaaMiim'. Pemimpin ini adalah pemimpin diktator yang disebut daripada hadis juga tetapi Abu Hurairah mengucap secara asal. Jadi HaaMiim ini memerintah secara kuku besi dan akan digantikan oleh Raja Mesir dipanggil 'Penguasa Mesir'. Rupa-rupanya, HaaMiim ini Hosni Mubarak, Haa tu Hosni, Miim itu Mubarak. Inilah mukjizat Nabi saw. Apakah kepentingan Mesir? Realitinya kebangkitan Islam ini akan berlaku di tempat mulanya, susur galurnya, begitu kerana Nabi-nabi ramai dari sana.

Kalau kita lihat tentera Mesir, mereka tentera paling kuat di Timur Tengah. Mesir ini digelar dengan 'Abul Kinanah', Kinanah ini sarung untuk anak-anak panah, maknanya kekuatan Islam di situ. Sebabnya, sejarah besar macam kita tahulah. Tetapi Yahudi melalui Perjanjian Camp David telah mengikat Mesir. Sebab, bila dia dapat 'pegang' Mesir, dia akan boleh memperkotakkatikkan banyak negara. Jadi bila keadaan ini berubah, yang paling takut sekarang adalah Israel. Jadi macam yang kita dengar, Israel telah hantar polisnya untuk berdepan kebangkitan rakyat Mesir.


Kita lihat dari kebangkitan ini pihak regim pemerintah juga mengekang. Kesannya, pertembungan yang menumpahkan darah. Apakah yang boleh ustaz ulas mengenai hal ini?

Sunnah. Ini sunnah perjuangan, ia kena mati! Di Malaysia juga barangkali begitu macam Memali. Perkara ini, Islam hendak naik, akan ada mati, mati ini sunnah perjuangan. Kalau kita tak mahu 'menghadiahkan syuhada' di medan perjuangan ini, Islam tak dapat naik. Pertempuran ini kerana musuh tak akan beri mudah kemenangan kepada Islam.


Pada pandangan ustaz, apakah pengaruh kebangkitan ini kepada kita di Malaysia?

Memang kalau lihat Pilihan Raya Kecil Tenang baru ini, orang Cina khususnya beri undi kepada kita. Kerana apa? Ini sejarah yang berulang, China ada pengalaman diperintah oleh Permaisuri dan itulah berakhirnya kehebatan China. Isunya, perempuan menguasai di Tunisia, isteri kepada Ben Ali, Leila. Di Mesir isteri Mubarak, Suzanne Mubarak sebenarnya yang memerintah. Malaysia sama juga, Rosmah (Mansor). Nilai itu sama sahaja Rosmah, Suzanne dan Leila. Jadi kita di Malaysia ni ada optimis, sebagai satu penawar dan semangat, pemerintahan sekarang ini (BN) akan berakhir. Cuma bentuk macam mana, wallahu'alam.


Akhir sekali nasihat ustaz kepada para pejuang Islam, persediaan bagaimanakah yang perlu ada dalam menghadapi kebangkitan ini?

Kesediaan ni perlu bersedia untuk menerima kemenangan. Tetapi kemenangan ini ia akan sampai setelah kita guna seluruh potensi yang kita ada. Kalau kita bawa kereta mampu tekan kelajuan 160, maka kena tekan habis. Barulah kemenangan itu kita dapat. Tapi kalau kita masih bersahaja, buat daftar pemilih pun tidak bersungguh, maknanya kita tidak bersedia untuk menang. Di Mesir itu kerana mereka guna sungguh seluruh potensi yang ada. Jadi kesediaan kita untuk menerima kemenangan kita kena ukur sejauh mana kita telah bekerja untuknya.


sumber :
Harakah Kedah

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Feb 2011 09:16 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


ACARA MENANDATANGANI MOU SSIC DENGAN KONSORTIUM PEKERJA INDONESIA

Posted: 11 Feb 2011 08:54 AM PST

JAKARTA
YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR bersama 3 orang EXCO telah menyaksikan upaca menandatangani MOU di antara SSIC yang bertindak sebagai penyelaras dan 6konsortium pekerja Indonesia bagi mempastikan industri Selangor mempunyai cukup tenaga kerja yang tidak mampu ditampung oleh warga tempatan yang lazimnya tidak   mahu memilih industri berat dan buruh kasar sebagai sumber rezeki mereka.Ia juga memudahkan penyelarasan dan urusan pekerja asing di Selangor yang insyaallah akan di tempatkan di lokasi khusus bagi mengelak kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti yang disaksi selama ini. Ia juga mempastikan kemanusiaan mereka terjaga.

MAJLIS MAKAN MALAM MENTERI BESAR SELANGOR -AHLI PERNIAGAAN INDONESIA

Posted: 11 Feb 2011 07:56 AM PST

JAKARTA 10/2/11
YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR  menjalinkan hubungan rapat dengan ahli perniagaan Indonesia di sebuah hotel di sini bagi mempastikan sumber besar pelaburan daripada Indonesia boleh di ambil peluang oleh Selangor selain daripada membuka ruang luas kepada ahli perniagaan di Selangor yang berminat untuk mengadakan JV dengan mereka.
Turut hadir 3 orang EXCO Selangor, YB TERESA KOK, YB DR XAVIER dan YB DR HALIMAH ALI.

PANGKALAN DATA PEKERJA INDUSTRI DIBANGUNKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR

Posted: 11 Feb 2011 01:40 AM PST

Sektor perindustrian berasaskan elektronik paling banyak memerlukan tenaga kerja mahir dan tidak mahir berdasarkan ramalan pengeluaran yang dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Selangor menyumbangkan 35 peratus pendapatan Malaysia dan sektor perindustriannya adalah yang terbesar di negara ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SSIC dan Gabungan PPTKIS di Hotel Sultan, Jakarta hari ini. Gabungan PPTKIS melibatkan lima syarikat swasta Indonesia yang terlibat dalam pembekalan tenaga kerja di Malaysia.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat dan exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Dr Halimah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Datuk Mohd Jabar Ahmad .

S'gor bangun pengkalan data pekerja Indonesia

Kerajaan Selangor menjalinkan kerja sama dengan sebuah Gabungan Pelaksana Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Swasta (PPTKIS) untuk membangunkan pengkalan data tenaga kerja untuk membekalkan pekerja dari negara berkenaan kepada syarikat yang beroperasi di Selangor terutama bagi sektor perindustrian.

Anak syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Pusat Pelaburan Negeri Selangor Berhad (SSIC Berhad) diberi tanggungjawab membangunkan pengkalan data ini dan akan menjadi pusat sehenti bagi mendapatkan tenaga kerja Indonesia.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata apabila pengkalan data ini siap sepenuhnya, syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang memerlukan pekerja asing yang sah, boleh menggunakan khidmat yang disediakan SSIC.

"SSIC akan bertindak sebagai fasilatator dan dengan adanya pangkalan data ini, urusan pengambilan pekerja dari Indonesia menjadi lebih mudah dan teratur," kata Menteri Besar sambil berterimakasih kepada Kementerian Tenaga Kerja Indonesia dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta yangmemberi persetujuan kepada kerja sama tersebut.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SSIC dan Gabungan PPTKIS di Hotel Sultan, Jakarta hari ini. Gabungan PPTKIS melibatkan lima syarikat swasta Indonesia yang terlibat dalam pembekalan tenaga kerja di Malaysia.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat dan exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Dr Halimah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Datuk Mohd Jabar Ahmad .


Tan Sri Abdul Khalid berkata usaha ini bukan sahaja memastikan bekalan tenaga pekerja tanpa gangguan mengelakkan tetapi juga memantau sama ada pekerja yang diambil adalah sah atau tanpa izin.

Ini, tambahnya, secara langsung dapat memantau kegiatan permerdagangan manusia.

"Selangor adalah kerajaan negeri pertama di Malaysia yang telah menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia untuk mencegah pemerdagangan manusia dan ini adalah salah satu tindakan dalah usaha kerajaan negeri," kata beliau.

Sementara itu, menteri besar juga mengumumkan projek pembinaan penempatan pekerja di Sungei Way Free Trade Zone di Petaling Jaya yang boleh menempatkan lebih 10,000 pekerja.

Penempatan ini adalah salah satu kemudahan dalam projek besar "PJ Elevated City" yang bernilai RM1.2 bilion diatas tanah keluasan 20 ekar. Kemudahan yang lain termasuk pusat perniagaan komersil, pejabat korporat, dan hub kenderaan.

"PJ Elevated City ini akan menjamin keselesaan kepada pekerja asing demi menjaga kebajikan mereka," kata Khalid.

Cadangan penubuhan pangkalan data ini timbul selepas SSIC menjalankan kaji selidik yang mendapati keperluan tenaga kerja asing dalam sektor perindustrian bagi tempoh tiga tahun akan datang adalah tinggi.

Kaji selidik itu mendapati, bagi tempoh Jun 2010 hingga Disember 2010, seramai 7, 110 pekerja tidak mahir diperlukan bagi sektor perindustrian di Selangor, manakala pada 2011 seramai 13,031 pekerja diperlukan dan 0,815 pekerja pada 2012.

Sektor perindustrian berasaskan elektronik paling banyak memerlukan tenaga kerja mahir dan tidak mahir berdasarkan ramalan pengeluaran yang dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Selangor menyumbangkan 35 peratus pendapatan Malaysia dan sektor perindustriannya adalah yang terbesar di negara ini.

malaysiakini

MUBARAK CLINGS TO POWER SHAMELESSLY

Posted: 10 Feb 2011 11:18 PM PST

Mubarak stays on: Key questions and answers

 Steve Clemons/Yahoo News

Egypt's Hosni Mubarak stunned protesters in Cairo and proved numerous reports wrong Thursday when he announced in a televised speech that he would not step down from the presidency or leave the country. Instead, he handed his powers over to Vice President Omar Suleiman. (Latest developments)

Mubarak's surprising and confusing announcement raises numerous questions about what is happening in Egypt. Here are some answers:

Who is really in charge now—the military, Vice President Omar Suleiman or Mubarak?

Mubarak clearly has major political and institutional influence in the current political order — despite the upheaval — that continues to help him survive. Mubarak matters. Suleiman's influence is growing dramatically. The military matters — but they are all slightly different nuances of the same political order. There is no clear, visible split between these parties at the time of this writing, and thus while Suleiman and the army are clearly gaining influence, the Mubarak franchise still remains definitive and at the helm


Why did Mubarak not step down, as rumored?

At this point, all we can do is speculate. Given the statement from the military earlier in the day that "all of the protesters' demands would be met," expectations were raised that Mubarak would resign and leave the country. His failure to do so could indicate that either there is a serious split in the national security structure in Egypt that Mubarak overcame, or Mubarak was able to offer things to the military leadership in exchange for their continued support. But we probably won't know the real inside story for some time.


What are the chances that Mubarak will remain in office until September?

Mubarak just doubled down on staying as head of state until the end of his term. The protesters and Mubarak are now on a very clear, potentially violent collision course. Mubarak's chances of remaining in power are mixed — and could be high depending on the willingness of the army to engage in serious confrontations against protesters. Ultimately though, if the public refuses to yield ground and numbers swell even larger in Tahrir Square, the military may finally decide that its own survival depends on dumping Mubarak — leading to a coup. Things are very murky at the moment — and fluid.

What challenges does this latest development hold for the Obama administration; what does the White House do now?

The White House can be expected to stick to its principles — insisting on no violence, demanding that the people's basic human rights of assembly and protest be respected, and calling for meaningful, immediate political transition. If Mubarak proceeds to violate these principles, the White House could be expected to ratchet up the stridency of its demands and help generate international disdain and concern for Mubarak. If there is a serious crackdown, Obama could then assert that Mubarak has violated the terms of his social contract with the nation and depart. But the White House must be humble and continue to articulate, as it has, that the results in Egypt are determined by the Egyptian people, not by the White House.


What role is the Egyptian military likely to play now?

The military still remains a key player in the future of Egypt's political system. For the most part, it has straddled the incumbent regime and the protesters, keeping itself in a position to support a power equation that included many different options. If the military cracks down on the protesters, the institution's relationship with the public may be seriously undermined — leading to a potential civil war and serious violence. Right now, the military remains a key institution to watch, but its course and the decisions it is making about its place in a future Egyptian political order were put into doubt with Mubarak's decision not to leave the scene.

Steve Clemons is founder and senior fellow of the American Strategy Program at the New America Foundation. He is part of a group of foreign policy experts that the White House has consulted with concerning the situation in Egypt.

HUMAN RIGHTS GROUP CLAIM MILITARY INVOLVED IN ATROCITIES TO PROTESTORS

Posted: 10 Feb 2011 10:58 AM PST

Egyptian army 'torturing' prisoners
Human rights groups allege that pro-democracy protesters have been detained or tortured in an "organised campaign".



Ayman Mohyeldin, Al Jazeera's correspondent in Cairo, witnessed scenes of violence during his detention by the army.

The Egyptian military has been secretly detaining and torturing those it suspects of being involved in pro-democracy protests, according to testimony gathered by the British newspaper the Guardian.

The newspaper, quoting human rights agencies, put the number of people detained at "hundreds, possibly thousands," since protests against Hosni Mubarak, the Egyptian president, began on January 25.

While the military has said it is playing a neutral role in the political unrest, the newspaper quoted human rights campaigners as saying this was no longer the case, accusing the army of being involved in an organised campaign of disappearances, torture and intimidation.

Egyptians have long associated such crimes with the country's much-feared intelligence and security services, but not with the army.

"Their range is very wide, from people who were at the protests or detained for breaking curfew to those who talked back at an army officer or were handed over to the army for looking suspicious or for looking like foreigners even if they were not," Hossam Bahgat, director of the Egyptian Initiative for Personal Rights, told the Guardian.

"It's unusual and to the best of our knowledge it's also unprecedented for the army to be doing this."

The country's army has denied the charges of illegal detention or torture.

"The armed forces denies any abuse of protesters. The armed forces sticks to the principle of protecting peaceful protesters and it has never, nor will it ever, fire at protesters," an armed forces source told Reuters.

Speaking to Al Jazeera, Safwat El Zayat, a retired general in the Egyptian military, categorically denied the allegations made in the Guardian report, saying that the report was "aimed at damaging the reputation of the army, which always stands by the people and not the regime".

'Foreign enemies'

The report said that the detained included human rights activists, lawyers and journalists, and that human rights groups have "documented the use of electric shocks on some of those held by the army".

Click here for more on Al Jazeera's special coverage

The newspaper quoted a man who said he was detained by the army while on his way to Tahrir Square, the focal point of protests in Cairo, with medical supplies.

The man said he was accused of working with "foreign enemies", beaten and then hauled to an army post, where his hands were tied behind his back.

In addition to hitting him, the soldiers also allegedly threatened him with rape.

Bahgat told the Guardian that it appears from the testimony of those who have been released that the military is conducting a campaign to try and break the protests.

"I think it's become pretty obvious by now that the military is not a neutral party," Heba Morayef, a researcher with Human Rights Watch (HRW) in Cairo, told the newspaper.

"The military doesn't want and doesn't believe in the protests and this is even at the lower level, based on the interrogations."

HRW says it has documented 119 cases of civilians being arrested by the military, but believes the actual number is much higher, as the army does not acknowledge the detentions.

The organisation told the Reuters news agency that it had documented at least five cases of torture, while one released detainee said he had seen at least 12 people given "electric shocks" on February 1.


Ayman Mohyeldin, Al Jazeera's correspondent in Cairo who was held by the military for several hours on February 6th, also witnessed scenes of violence during his detention.

Mohyeldin was held by the military while trying to enter Tahrir Square when he told soldiers at a checkpost that he was a journalist.

They questioned him regarding why he was there, and then, having tied his hands with plastic handcuffs, took him to a make-shift army post where he was interrogated and his equipment confiscated.

"I can tell you from what I saw and what I heard that a lot of [the detained] were beaten up, the military was dealing with them in a very aggresive manner," Mohyeldin said.

"They were slapped, they were kicked. The military was trying to essentially subdue them.

"In essence the military was dealing with these people as prisoners of war. These were individuals who were trying to plead for their safety, for their innocence.

"Many of them were crying, saying that they were simply just caught up in the wrong moment, but the military showed no mercy."

Mohyeldin said that some prisoners were quite badly beaten, while a soldier also used a taser gun to threaten prisoners. He said others showed evidence of having been whipped.

He said that prisoners at the post he was being held at were being treated aggresively by soldiers despite the fact that they were not being disobedient.

Mohyeldin also described how one protester, when initially detained, had claimed that he was an active member of the pro-democracy movement against Mubarak.

However, in just a few hours, the protester had broken down in tears and was willing to promise the soldiers that he would not return to Tahrir Square and that he was not really involved in protests.

All detainees who were released were made to sign a document that said that they would not attempt to return to Tahrir Square unless they obtained prior permission from the military.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Feb 2011 09:05 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tawaran pengiklanan dalam BISNES N.Sembilan

Posted: 10 Feb 2011 04:47 PM PST

Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Rembau akan mengedarkan Direktori BISNES sebagai lampiran dalam Buku Cenderamata Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau yang akan dihadiri oleh Dato Dr Haron Din pada 9 Mac 2011 ini.

Dijangkakan 1000 orang akan menghadiri majlis ini.

BISNES adalah merupakan singkatan untuk Buku Iklan uSahawan NEgeri Sembilan.

Kadar pengiklanan dalam BISNES ialah RM400 untuk saiz 12cm x 20cm (satu mukasurat A5) dan RM200 untuk saiz 12cm x 10 cm (setengah mukasurat A5)

Mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dalam Direktori BISNES ini akan mendapat tawaran pengiklanan dalam Blog http://bisnes9.blogspot.com selama satu tahun secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut tawaran pengiklanan dalam BISNES sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Maklumat lanjut mengenai Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau di http://danarembau.blogspot.com

Penunggang Basikal Tamat Cabaran Kuching-Tawau Dalam Masa 10 Hari

Posted: 10 Feb 2011 04:43 PM PST



Thursday, 10 February 2011 21:08

TAWAU - Faktor usia tidak menghalang Zainuddin Haron menamatkan cabaran berbasikal - Kayuhan Solo Borneo 1Malaysia dari Kuching, Sarawak ke Tawau dalam tempoh masa 10 hari.

Zainuddin berjaya menamatkan cabaran itu di perkarangan Pejabat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) kira-kira jam 3.00 petang Khamis, disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Pang Yuk Ming dan presiden MPT Ismail Mayakub.

Penunggang berasal dari Paroi, Negeri Sembilan itu melahirkan rasa terharu kerana tidak menduga akan mendapat sambutan meriah di lokasi terakhirnya.

Katanya, cabaran paling besar dihadapi sepanjang perjalanan adalah ketika mengharungi Banjaran Crocker dari Tamparuli ke Kota Kinabalu kerana kesukaran menaiki bukit.

Bagaimanapun, kesukaran itu langsung tidak mematahkan semangatnya kerana beliau ingin membuktikan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu yang membanggakan walaupun usianya sudah menjangkau 50 tahun.

"Idea kayuhan solo ini timbul apabila Perdana Menteri mencetuskan konsep 1Malaysia," katanya yang telahpun mendapat tawaran mewakili negara dalam pertandingan berbasikal veteran di luar negara dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Zainuddin turut melakukan kayuhan solo sejauh 2,200 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia dari Putrajaya dan kembali ke tempat sama, pada tahun lepas.

Sebagai persediaan, beliau melakukan latihan insentif berbasikal sejauh 200 kilometer setiap hujung minggu di Semenanjung.

Beliau berharap usahanya akan dicontohi oleh golongan belia di negara ini demi memartabatkan sukan berbasikal di samping menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan berfaedah. - BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=562913

i n t a n h i j a u

Posted: 11 Feb 2011 07:24 AM PST

i n t a n h i j a u


ZAMBRY DIALOG DENGAN TOK GURU...? / زمبري ديالوݢ دڠن توک ݢورو...؟

Posted: 10 Feb 2011 07:04 PM PST

 
  • Dewan Pemuda PAS Perak mengorak satu langkah lagi. Kali ini mereka bersedia untuk menjadi 'orang tengah' dalam mempertemukan di antara Zambry dengan Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
  • Diharap pihak Zambry dapat menerima jemputan tersebut demi menjernihkan mana-mana yang keruh.
  • Pertemuan tersebut jika jadi, adalah satu pertemuan dan dialog yang adil kerana selama ini pihak pemimpin UMNO hanya berani mengecam Menteri Besar Kelantan di hadapan para wartawan dan ahli-ahli UMNO sahaja sehingga tidak memberi peluang pihak MB Kelantan untuk menjawabnya.
  • Apatah lagi pihak MB Kelantan ada menyatakan bahawa beliau bersedia berdialog dengan sesiapa sahaja yang mempunyai autoriti.
Mari kita baca surat jemputan di SINI.

PENYERAHAN WATIKAH KETUA DHPP TELUK INTAN

Posted: 10 Feb 2011 05:03 PM PST


TELUK INTAN, 10 Februari - Demi memantapkan sayap baru parti, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr. Hacharan Singh dalam satu majlis ringkas di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua DHPP Sdr. Sarguna, Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat Maliki, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Naib YDP Sdr. Ahmad Kabir Mahdin,  Setiausaha PAS kawasan Sdr. Farid Al Jarumi, Pengarah Pilihan Raya kawasan Hj. Azhar Rafaie dan Ketua Penerangan kawasan Sdr. Mohammad Hamzah.
YB Anuar dan Sdr. Hacharan Singh.

Di dalam majlis tersebut, pihak DHPP telah diberikan penerangan ringkas tentang peranan dan tanggungjawab di dalam parti. Sesi dialog juga diadakan demi memperjelaskan lagi sebarang perkara berkaitan fungsi DHPP.

Pihak PAS Teluk Intan berharap selepas penyerahan watikah, pihak DHPP akan melantik beberapa orang ahli jawatankuasa bagi memantapkan dan melancarkan lagi gerak kerja DHPP.

Bagi Sdr. Hacharan Singh, watikah tersebut begitu penting bagi beliau untuk membentuk ahli jawatankuasa DHPP Teluk Intan yang meliputi pelbagai kaum seperti India, Cina dan Sikh. Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua DHPP Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Teluk Intan yang begitu prihatin dan banyak membantu pihak DHPP yang telah menjadi sayap baru PAS.
Sesi dialog di antara PAS Teluk Intan dan DHPP.
"Kami berjanji akan membantu pihak PAS Teluk Intan sedaya upaya yang mungkin serta memastikan agar sokongan pihak bukan Islam kepada PAS akan meningkat, " tambah beliau.

Di penghujung majlis, Naib YDP PASTeluk Intan merangkap Ketua Lujnah Perpaduan Nasional, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin telah menyerahkan watikah kepada Sdr. Hacharan Singh.

intanhijau.blogspot.com

DAP AKAN SOKONG DS NIZAR JADI MB PERAK / دڤ اکن سوکوڠ نيزر جادي منتري بسر ڤراق

Posted: 10 Feb 2011 04:26 PM PST


IPOH, 10 Feb: DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya.

Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini.

"Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.

Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil.(harakahdaily)

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 11 Feb 2011 03:39 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Kuliah Maghrib Dan Membaca Yasin Di PASTI Pekan Bukit Payong

Posted: 10 Feb 2011 08:53 AM PST

10 Feb - Bertempat di PASTI Al-Iman, Pekan Bukit Payong, satu majlis bacaan Yasin diadakan anjuran PASTI dan Jemaah Ibu Bapa PASTI Al-Iman telah dilangsungkan, dengan turut dihadiri oleh ibu bapa dan jemaah surau di kawasan sekitar.

Majlis turut dihadiri oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang memberikan kuliah maghrib dan seterusnya menyampaikan pakaian sekolah untuk anak-anak PASTI dalam satu majlis yang meriah dan menguatkan tautan ukhuwwah antara ibu bapa, jawatankuasa cawangan, guru-guru PASTI, jawatankuasa PASTI dan jemaah Ibu bapa sendiri, yang diketuai oleh Datuk Mohd Zubir.

Jamuan diadakan selepas solat Isya' berjamaah.

Wakil PASTI, saudara Mohd Ali turut hadir. 

Berikut beberapa gambar sekitar program.

































PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 11 Feb 2011 01:25 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


MASA UNTUK BERUBAH, himpunan 30k siap sedia

Posted: 10 Feb 2011 11:22 PM PST


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah bersiap sedia menjadi tuan rumah Himpunan 30 000 Pemuda PAS seluruh negara yang akan diadakan pada 19 Februari 2011.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkata, persiapan untuk menganjurkan himpunan tersebut telah dilakukan dengan baik.

"Pemuda PAS Kedah dah buat beberapa persiapan dan sekarang hampir 70 peratus persiapan itu dah siap.

"Antaranya kita buat persiapan dari segi tempat berhimpun, dan kita juga membuat persiapan dari segi tempat tinggal peserta himpunan yang datang dari jauh. Makan minum juga kita sediakan untuk makan tengahari,".

Menurut Ustaz Ahmad, Negeri Kedah di jadikan tuan rumah perhimpunan ini adalah sebagai isyarat bahawa Kedah mesti di pertahankan pada PRU-13 nanti.

Himpunan 30 000 Pemuda itu merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat adalah untuk menyemarakkan semangat jihad pemuda dalam menghadapi PRU-13 serta menonjolkan kekuatan pemuda.

Himpunan tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Negeri Kedah, Simpang Empat pada hari Sabtu, 19 Februari nanti menggunakan tema 'Masa Untuk Berubah'.

Pelbagai program telah dirangka untuk program ini untuk dijadikan pengisian.

kami berdakwah bukan menghukum -kp-

Posted: 10 Feb 2011 08:09 PM PST


1. Biarpun berdepan kritikan pedas dari pelbagai pihak, saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan terus berjuang dan berdakwah bagi menyelamatkan generasi muda dari terus dimangsakan oleh pelbagai aktiviti tidak bermoral di dalam negara ini. Kami akan turun sebagai Duta penyelamat dan Kasih Sayang dengan membawa misi dakwah untuk mendidik serta membimbing masyarakat khasnya generasi muda muslim hari ini agar tidak hanyut dibawa arus keruntuhan moral.

2. Gerakan dakwah ini akan disemarakkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Malaysia di seluruh negara melalui Dewan Pemuda PAS Negeri - Negeri dengan memilih beberapa lokasi sasaran yang berpotensi berlakunya kegiatan tidak bermoral sempena sambutan Valentine Day .

3. Dakwah atau gerakan mengedar "risalah didikan" serta menyantuni mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral sebenarnya telah menjadi aktiviti rutin Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak berzaman lamanya. Sebagaimana Pemuda PAS tegas membenteras kegiatan tidak bermoral didalam politik seperti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, juga membenteras aktiviti tidak bermoral didalam ekonomi seperti pembaziran dan rasuah, maka Dewan Pemuda PAS juga istiqamah membenteras perlakuan tidak bermoral didalam sosial seperti pergaulan bebas, seks bebas dan vandalisme.

4. Namun kami bukan penghukum, kami juga bukan Polis Moral malah kami bukan penguatkuasa. Kami adalah pendakwah yang bertanggungjawab untuk mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam sebarang kegiatan, aktiviti dan perlakuan yang tidak bermoral justeru implikasinya merosakkan maruah diri, nilai tamadun dan nama baik negara.

5. Kami Pemuda PAS sedia menghulurkan kerjasama malah mengharapkan kerjasama dari pihak berkuasa kerajaan negeri khasnya negeri - negeri Pakatan Rakyat untuk turun ke padang menyelamatkan generasi muda dari terjebak dalam kancah moral yang negatif. Kempen No Panties For Valentine Day pada tahun lalu, sebagai contoh kegiatan tidak bermoral yang dibimbangi masih berterusan dalam aktiviti yang pelbagai dan nama yang berbeza untuk mengelirukan orang ramai serta pihak berkuasa.

6. Saya masih percaya bahawa kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat tidak mahu membiarkan generasi mudanya yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang terperangkap dalam perlecehan moral yang merosakkan reputasi diri dan nilai maruah mereka. Justeru itulah saya menawarkan kerjasama antara Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan pihak Kerajaan negeri untuk memantau perkembangan dan kegiatan tidak bermoral lalu tampil memberi didikan kepada mereka yang terjebak agar insaf dan tidak membiarkan diri mereka lemas dalam pengaruh nafsu dan syahwat.

7. Suatu sikap yang sangat tidak adil, apabila kita begitu keras dan tegas menentang kegiatan yang tidak bermoral dipentas politik dan ekonomi seperti penyalahgunaan kuasa, pembaziran, rasuah, penipuan dan penindasan tapi kita berdolak dalih dalam usaha memurnikan iklim sosial negara dari kegiatan tidak bermoral seperti seks bebas, vandalism, penyalahgunaan dadah dan sebagainya sedang ia turut membawa kesan yang buruk kepada kesejahteraan, keamanan keharmonian negara.

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak hanya turun pada Valentine Day, tetapi juga pada malam sambutan Ulangtahun Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan hari - hari yang dianjurkan pesta atau karnival yang mempromosi atau menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas . Kami turun sebagai Duta Penyelamat dan Kasih Sayang. Ini adalah sikap Dewan pemuda PAS Malaysia yang diwarisi sejak dulu dan ia bukan pandangan peribadi saya.

9. Kami pemuda PAS tekad akan selamatkan generasi muda muslim dan siapa jua yang mahu dari hanyut dibawa arus maksiat seta mungkar dengan penuh kasih sayang demi masa depan mereka dan juga masa depan negara, biarpun berdepan dengan pihak yang terus mahu menyuburkan aktiviti tidak bermoral dan sengaja tidak mahu memahami hasrat dan tindakan kami.

10. Akhirnya saya terus menyimpan harapan agar Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menjadi contoh kepada negara untuk mendidik rakyat bukan sahaja dalam aspek politik dan ekonomi tetapi juga kearah membentuk iklim sosial yang jernih dan harmoni. Bebas dari kegiatan yang tidak bermoral serta meruntuhkan maruah negeri dan negara. Sementara saya tiada authoriti untuk memberi arahan kepada sebuah kerajaan negeri sebagaimana saya juga bukan polis untuk menangkap pesalah. Saya hanya pendakwah bukan penghukum .

PAS TAMBUN

Posted: 11 Feb 2011 01:20 AM PST

PAS TAMBUN


JEMPUTAN KE MALAM REMAJA BERBAHASA : UNTUK MU PALESTINA

Posted: 10 Feb 2011 09:06 AM PST




Pemuda PAS Tambun, menjemput seluruh penduduk Tambun khususnya yang tinggal di Ulu Kinta hadir mendengar dan menyaksikan pemuda berbahasa tentang Palestina dan Kekejaman Yahudi..

Mari kita bersama-sama memahami bahasa anak muda khususnya mereka akan berbicara tentang Palestina.

Pada kali ini kami akan mendatang artis gitaris bass kumpulan May dan Bali Migration (Islamic Undrgrnd), turut berbahasa tentang palestina dan meluahkan bait-bait kemarahan dan kezaliman.

YDP DR KHAIRUDDIN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BULANAN

Posted: 10 Feb 2011 06:31 AM PST



YDP Tambun Dr Khairuddin menyampaikan bantuan bulanan berupa makanan asasi dan keperluan dapur.


Puan Hjh Hanipah turut menyampaikan bantuan kepada peserta

7 januari 2011 : PAS Cawangan melalui lujnah kebajikan dan AJK Muslimat Caw, mengadakan program menyampaikan bantuan bulanan kepada golongan yang tidak berkemampuan, majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YDP Dr Khairuddin Dato Abdul Malik yang juga Ketua Cawangan PAS Cawangan Manjoi.

Sumbangan bulanan ini akan diberikan pada setiap awal bulan untuk mengurangkan kesukaran hidup golongan tersebut, walaubagaimanapun program yang bersifat penyampaian akan diadakan untuk memberi sedikit tazkirah kepada golongan tersebut, antaranya ialah untuk memdidik golongan ini walaupun tidak berkemampuan tetapi perlulah bersyukur dan mempunyai azam untuk menyumbang pula pada suatu hari.

Dr Khairuddin juga menyaran supaya golongan tersebut sentiasa berdoa akan kemenangan Islam akan diperolehi kerana biasanya doa-doa golongan ini mudah di makbul Allah.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Feb 2011 01:04 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Panglima tentera Mesir dijangka buat 'pengumuman penting'

Posted: 11 Feb 2011 12:56 AM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH: Ketua angkatan tentera Mesir sebentar tadi dilaporkan memanggil satu mesyuarat tergempar dan difahamkan pihak tentera negara itu merancang mengeluarkan satu 'pengumuman penting' susulan pertemuan hari ini, kata agensi berita negara itu, MENA.

Ia adalah satu tindak balas terhadap penunjuk perasaan selepas Presiden Hosni Mubarak masih enggan melepaskan jawatannya dalam satu pengumuman yang disiarkan menerusi televisyen di negara terbabit.

MENA berkata, Ketua Komander dan Menteri Pertahanan Mesir, Panglima Tentera Darat Hussein Tantawi, mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Agung Angkatan Tentera Mesir.
Selepas mesyuarat itu, jawatankuasa berkenaan akan membuat satu pengumuman penting kepada rakyat Mesir.

SinarHarian/-

Jerebu di Pulau Pinang akibat pembakaran jerami

Posted: 11 Feb 2011 12:50 AM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

GEORGE TOWN - Pulau Pinang dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan berpunca daripada aktiviti pembakaran jerami di beberapa kawasan sawah padi di negeri ini.

Pegawai di Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Badlishah Ahmad berkata, keadaan jerebu semakin buruk dengan cuaca kering dan panas sejak seminggu lalu.

"Bagaimanapun jerebu di negeri ini hanya pada tahap sederhana dan tidak membimbangkan dan keadaan ini akan berubah apabila berlaku perubahan tiupan angin yang membentuk awan tebal dan hujan," katanya hari ini.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat di beberapa kawasan meningkat dengan bacaan antara 60 dan 75 hari ini berbanding bacaan antara 50 dan 65 semalam.

Bacaan IPU di Seberang Jaya hari ini adalah 75 dengan jarak penglihatan 5 km, Perai (63) (6km) dan Universiti Sains Malaysia (61) (7km).

Sinar Harian/-

Isa Samad Perlu Cermin Diri

Posted: 11 Feb 2011 12:22 AM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

SHAH ALAM 10 FEB : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Tan Sri Isa Samad mencerminkan dirinya sebelum mempertikaikan hak orang lain bagi membincangkan perlantikan seorang yang terbukti terpalit dengan rasuah dalam institusi penting di negara ini.

Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi FELDA hari ini mempertikai kritikan Angggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC) Zainal Aznam Yusof yang menyifatkan perlantikan itu sebagai hari sedih, kerana bekas Meteri Besar Negeri Sembailan itu terpalit dengan tuduhan rasuah.

Bagi Abdullah Sani perkara ini perlu dipertikai kerana ia membabitkan masa depan orang Melayu.

"Perlu dipertikaikan kerana ini masa depan orang Melayu yang khususnya bergantung sumber rezeki kepada kelapa sawit yang dikategorikan sebagai sumber kedua terbesar dalam negara.

"Persoalan untuk beliau mempertikaikan orang yang membincangkan soal itu boleh dianggap biadap dan ini telah melanggar etika demokrasi, bahawa orang boleh memberikan pandangan," kata Abdullah lagi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata Isa jangan melihat teguran itu bersifat peribadi.

Menurut Wan Saiful, soalan yang diajukannya pada forum anjuran IDEAS itu kepada Zainal, adalah bersabit bagaimana individu yang bergelar ahli politik boleh dilantik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Namun malangnya ujar Wan Saiful, dalam konteks itu, Isa adalah orang yang menerima jawatan itu dan beliau sememangnya seorang pemimpin yang terpalit dengan salah laku rasuah yang membelit dirinya.

"Saya rasa pandangan itu mungkin diambil bukan dengan cara yang sepatutnya. Mungkin beliau ambil (pandangan) itu sebagai kritikan terhadap dia. Jadi yang saya hendak jelaskan ialah, kita bukan hendak mengkritik dia.

"Dalam hal ini saya harap Tan Sri Isa tidak ambil secara peribadi sebab kritikan itu bukan kritikan secara peribadi tetapi adalah kritikan dari sudut proses perlantikan beliau yang dibuat oleh orang lain, bukannya beliau yang melantik diri sendiri.

"Jadi rasanya target sebenar Datuk Zainal Aznam dan saya pada program yang sama, target kami adalah proses itu, bukan kepada Tan Sri itu sendiri," jelas Wan Saiful yang berada di New Delhi ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Terdahulu, kemuraman pasaran saham yang menjadi tidak menentu dengan perlantikan Isa juga dipersetujui oleh ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Zainal pada forum itu menyifatkan keterlibatan Isa dengan beberapa siri rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Isa terpalit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disiplin Umno pada 2005.

Malah menurut Zainal, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

Namun Isa yang mendengar pandangan pakar ekonomi ini pantas melenting kerana mungkin rasa tersindir dengan pendapat itu.

Tv Selangor/-

Pusat Darah Negara Perlu Darah Jenis 'A' Dan 'O'

Posted: 10 Feb 2011 11:54 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR 11 FEB: Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan antara 400 hingga 500 unit darah terutama jenis 'A' dan 'O' untuk menampung keperluan darah di hospital-hospital sekitar Lembah Klang.

PDN dalam kenyataannya hari ini, berkata simpanan darah itu bagi menampung bekalan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah pada Mac ini.

"Simpanan darah ini amat diperlukan bagi rawatan kes seperti pemindahan organ, pesakit Thalasemia, Haemofolia, denggi berdarah dan sebagainya," kata kenyataan itu.

PDN juga akan beroperasi pada hari Maulidur Rasul yang jatuh pada Selasa ini, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Operasi pada hari-hari bekerja pula dilanjutkan sehingga pukul 8 malam dari pukul 7.30 pagi, dan hari Sabtu dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PDN di talian 03-2695 5557 atau 03-2695 5558

Enam maut pesawat terhempas di Ireland

Posted: 10 Feb 2011 11:31 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

BEBERAPA anggota jabatan bomba memeriksa pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Cork, selatan Ireland semalam.

DUBLIN - Sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Cork, di selatan Ireland semalam dengan menyebabkan enam orang terbunuh manakala enam yang lain cedera, kata beberapa pegawai.

Nahas berlaku ketika pesawat berenjin kipas itu yang membawa 12 orang, cuba mendarat untuk kali ketiga dalam cuaca berkabus selepas ia bertolak dari Lapangan Terbang Belfast, di Ireland Utara.

"Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat enam kemalangan jiwa dan enam lagi mangsa dirawat di hospital," kata jurucakap daerah Cork, Tom O'Sullivan.

Gambar-gambar yang dirakamkan beberapa saksi menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan Manx2 itu berada dalam keadaan terbalik dengan bahagian hadapannya hampir musnah sama sekali selepas kemalangan dahsyat tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland pula memberitahu, pesawat jenis The Fairchild Metroliner SW4 berkenaan membawa 10 penumpang dan dua krew apabila ia terhempas dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad.

"Terdapat api dan serpihan berselerakan di atas landasan," kata kenyataan pihak berkuasa tersebut.

Metro/-

Hosni Enggan Undur, Obama Kecewa, Mesir Bakal Meledak

Posted: 10 Feb 2011 11:27 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH 11 FEB: Keengganan Presiden Mesir Hosni Mubarak berundur dengan menolak tuntutan penunjuk perasaan terus menimbulkan ketegangan di negara yang bergolak itu.

Tunjuk perasaan kini masuk hari ke-17.

Hosni berkata beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.

Selepas itu, beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.

"(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur)," katanya.

"Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan," kata Hosni lagi.

Sejurus selepas ucapan Hosni, penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan "Mesir meledak."

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: "Pergi, pergi. pergi."

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan "Mesir akan meletup" kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.

Sementara itu, rakan sejawatnya iaitu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dilaporkan tidak gembira dengan pendirian terbaru Hosni.

Beliau mengeluarkan kenyataan segera selepas 17 minit Hosni menyatakan pandangannya.

Dalam satu kenyataan, Obama menegaskan kerajaan Mesir belum mengetengahkan laluan yang 'berwibawa, konkrit dan jelas' ke arah memulihkan demokrasi.

Menurut Obama "rakyat Mesir masih belum yakin bahawa kerajaan (mereka) serius mengenai peralihan tulen untuk (melaksanakan) demokrasi."

"Rakyat Mesir telah dimaklumkan adanya satu peralihan kuasa, tetapi ia masih belum jelas sama ada peralihan ini segera dilaksanakan, bermakna atau mencukupi," kata Obama.

Tv Selangor/-

Banjir Johor Semakin Baik

Posted: 10 Feb 2011 10:50 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

JOHOR BAHARU 11 FEB: Keadaan banjir di Johor semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan kini berkurang kepada 7,958 orang, demikian lapor portal rasmi negeri Johor.

Laporan di www.johordt.my. itu berkata sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 459 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini masih terdapat 37 pusat pemindahan dibuka meliputi daerahMuar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Batu Pahat kekal masih mencatatkan teramai dengan 5,384 orang daripada 1,179 keluarga, diikuti Ledang (1,180 orang daripada 231 keluarga), Muar (1,091 orang daripada 228 keluarga), dan Segamat (303 orang daripada 74 keluarga).

Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter sepanjang satu kilometer.

Tv Selangor/-

Kuasa rakyat Mesir 'mimpi ngeri' Mubarak, AS

Posted: 10 Feb 2011 09:30 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Nazri Abdullah.

KUALA LUMPUR, 11 Feb: PAS yakin kuasa rakyat Mesir yang berada di kemuncak pada waktu ini, mampu mengubah lanskap politik negara teluk itu dalam masa terdekat.

Biarpun Presiden Mesir, Hosni Mubarak dalam ucapannya yang disiar televisyen negara itu semalam sekali lagi memberikan harapan palsu kepada rakyatnya, namun bantahan berterusan dari rakyat sekurang-kurangnya telah menekan Mubarak dan menggugat pengaruh Amerika Syarikat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, bantahan rakyat sejak 28 Januari lalu bagai mimpi ngeri kepada Amerika Syarikat sehingga kini mereka hilang arah.

Katanya, ianya boleh dibuktikan dengan beberapa kenyataan dari pemimpin negara barat itu yang dilihat 'flip-flop', ada ketikanya menggesa Mubarak kekal dan ada pula mahu presiden Mesir itu berundur segera.

"Saya yakin dengan kuasa rakyat Mesir dan Amerika sekarang sangat terkejut dengan fenomena kebangkitan besar-besaran rakyat Mesir ini.

"Mereka pun tidak dapat menentukan apa lagi yang akan berlaku.

"Saya percaya, Amerika tidak ada kekuatan lagi untuk mempertahan regim Mubarak yang ada ini," katanya.

Mubarak muncul melalui siaran televisyen seluruh negara dan berucap kepada rakyat yang membantahnya.

Rakyat yang sebelum ini diberitahu akan ada berita gembira tentang pengumuman pengunduran Mubarak, bagaimanapun kecewa apabila presiden yang dibantah itu memaklumkan akan terus berada di pejabat presiden sehingga pemilihan September depan.

Beliau juga memberitahu telah mengalihkan sebahagian kuasanya kepada Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dan mengarahkan perlembagaan negara itu dipinda.

Berita itu bagaimanapun ditolak rakyat yang mahu bukan sahaja Mubarak, tetapi seluruh kerajaan regim berundur segera tanpa syarat.

"Media cuba gambarkan rakyat hanya tolak Mubarak.

"Rakyat Mesir sebenarnya bukan hanya tolak Mubarak, tetapi seluruh aparatus kerajaan regim itu," kata Syed Azman lagi.

Mengulas himpunan besar-besaran rakyat Mesir selepas Jumaat hari ini beliau berkata, rakyat Mesir sebenarnya sudah nekad, tidak akan berundur ke belakang lagi, sama ada menang dalam tuntutan ini ataupun mati syahid.

Dijangkakan 20 juta rakyat Mesir akan berhimpun selepas solat Jumaat hari ini dan akan berarak ke Istana Mubarak di Abdeen, Kaherah.

Difahamkan, Istana Presiden tersebut adalah kawasan larangan dan tidak pernah ada mana-mana pihak dibenar masuk ke istana itu sejak sekian lama pemerintahan regim.

Harakahdaily/-

Tanggung sendiri kos

Posted: 10 Feb 2011 08:57 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

SHAH ALAM – Kos kembali semula ke Mesir membabitkan pelajar yang dibawa pulang ke tanah air oleh kerajaan berikutan krisis politik negara itu, perlu ditanggung keluarga masing-masing. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, kerajaan menerusi Ops Piramid menetapkan misi hanya untuk memindahkan dan membawa pulang mereka ke tanah air atas sebab keselamatan kerana itu tanggungjawab pemerintah.

"Tetapi untuk kembali semula ke Mesir, kenalah keluar belanja sendiri," katanya. Shahlan berkata, operasi membawa pulang semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelajar yang masih berada di pusat transit di Jeddah, Arab Saudi akan diselesaikan selewatnya Ahad. Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan sentiasa memantau keselamatan mereka yang masih berada Mesir dalam keadaan krisis politik negara itu masih belum pulih.

Menurutnya, kerajaan menghormati pendirian kumpulan berkenaan yang enggan keluar dihantar pulang ke tanah air berikutan kedudukan mereka yang jauh dari lokasi krisis. "Mereka ada sebab untuk membuat keputusan demikian.

Bagaimanapun kita harap mereka sentiasa jaga diri dan pihak kedutaan juga akan sentiasa memantau keadaan mereka. "Kumpulan itu juga jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh mengundang risiko," katanya. Shahlan berkata, antara alasan utama kumpulan itu ialah mereka mahu menamatkan pengajian yang dijadualkan berakhir bulan depan.

Sinar Harian/-

Ribuan pekerja mogok

Posted: 10 Feb 2011 07:57 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH - Ribuan pekerja di seluru:h Mesir mogok, kelmarin, sekali gus membuka dimensi baru rusuhan di mana rakyat beralih kepada harta keluarga Presiden Hosni Mubarak sementara hampir setengah penduduk negara itu terpak:sa hidup dalam kemiskinan.

Mogok itu dilaporkan tercetus di pelbagai jenis sektor, antaranya pekerja kereta api dan bas, juruteknik di Terusan Suez, pekerja kilang pembuatan tekstil, baja dan minuman serta pekerja hospital.

Pada masa yang sama sekitar 8,000 penunjuk perasaan, kebanyakannya petani, membuat sekatan lebuh raya dan landasan kereta api ke Kaherah dari Assiut, menggunakan pokok palma yang dibakar.

Laporan menyatakan, rusuhan berlaku kerana penduduk tidak berpuas hati kerana kekurangan bekalan roti di daerah itu manakala ratusan lagi di bandar Terusan Suez membakar sebahagian ibu pejabat gabenor kerana kekurangan tempat tinggal.

Seorang pemimpin rusuhan, Kamal Abbas berkata, pekerja terdorong mengadakan mogok selepas mendengar berita mengenai harta keluarga Mubarak yang mencecah puluhan bilion dolar.

Laporan pemerhati menunjukkan, sekitar 40 peratus daripada 80 juta penduduk di negara itu kini hidup di bawah atau berhampiran garisan kemiskinan dengan hanya menerima upah sebanyak AS$2 (RM6) sehari.

Sinar Harian/-

30,000 pemuda PAS berhimpun di Alor Setar

Posted: 10 Feb 2011 07:48 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Khairul Izwan.

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah bersiap sedia menjadi tuan rumah Himpunan 30 000 Pemuda PAS seluruh negara yang akan diadakan pada 19 Februari ini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya (gambar) ketika di hubungi Harakahdaily hari ini berkata, persiapan untuk menganjurkan himpunan tersebut telah dilakukan dengan baik.

"Kita (Pemuda PAS Kedah) dah buat beberapa persiapan dan sekarang hampir 70 peratus persiapan itu dah siap.

"Antaranya kita buat persiapan dari segi tempat berhimpun, dan kita juga membuat persiapan dari segi tempat tinggal peserta himpunan yang datang dari jauh. Makan minum juga kita sediakan untuk makan tengahari," ujar Ustaz Ahmad.

Menurut Ustaz Ahmad, Negeri Kedah di jadikan tuan rumah perhimpunan ini adalah sebagai isyarat bahawa Kedah mesti di pertahankan pada PRU-13 nanti.

Himpunan 30 000 Pemuda itu merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat adalah untuk menyemarakkan semangat jihad pemuda dalam menghadapi PRU-13 serta menonjolkan kekuatan pemuda.

Himpunan tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Negeri Kedah, Simpang Empat pada hari Sabtu, 19 Februari nanti menggunakan tema 'Masa Untuk Berubah'.

Pelbagai program telah dirangka untuk program ini untuk dijadikan pengisian.

Harakahdaily/-

Cadang calon Rosmah tidak masuk akal

Posted: 10 Feb 2011 07:44 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

MERLIMAU – Tindakan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah tidak masuk akal.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

"Ia jelas menunjukkan sikap tidak rasional pemimpin pembangkang terutama PKR yang sebenarnya hanya mahu menarik perhatian rakyat.

"Sebenarnya ini cara lapuk yang digunakannya dan pasti hanya membuatkan rakyat menyampah terhadap kepimpinan PKR sedia ada," katanya.

Menurutnya, sepatutnya Zuraida membawa idea dan usaha untuk membawa perubahan kepada Wanita PKR ke arah lebih positif.

"Saya harap, Zuraida menghentikan kenyataan yang tidak signifikan terhadap golongan wanita, sebaliknya berusaha membangunkan rakyat di kawasan beliau," katanya.

Sinar Harian/-

Ikhwan risau tentera ambil alih

Posted: 10 Feb 2011 07:13 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

PENUNJUK perasaan ceria mendengar pengumuman tentera mengambil alih pemerintahan.
Anggap Hosni Mubarak bukan masalah tetapi keseluruhan pentadbiran

KAHERAH: Seorang pegawai kanan pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, menyuarakan kebimbangan dengan tindakan tentera Mesir mengambil alih pemerintahan dengan merampas kuasa.

"Ia nampaknya satu rampasan kuasa tentera. Saya bimbang. Masalahnya bukan presiden tetapi rejim yang memerintah," kata Essam al-Erian.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Demokratik Kebangsaan (NDP), parti yang memerintah pula bersetuju supaya Mubarak berundur selepas penunjuk perasaan menuntutnya meletakkan jawatan.
"Saya jangka presiden akan memberi jawapan kepada tuntutan rakyat kerana apa yang penting bagi beliau ialah kestabilan negara. Jawatan tidak penting baginya," kata Hossam Badrawi.

"Saya berpendapat, tindakan paling tepat ialah menghantar surat meminta Perlembagaan dipinda, meletak jawatan dan memberi kuasa kepada Naib Presiden serta meminta pilihan raya segera diadakan selepas pindaan diluluskan.
"Saya tidak fikir beliau akan tinggalkan negara. Beliau wira dan banyak melakukan kebaikan mahupun kesilapan," katanya lagi.

Awalnya, Kerajaan Mesir memberi amaran tentera akan bertindak keras kepada penunjuk perasaan yang membantah Presiden Hosni Mubarak tetapi protes diteruskan dan diperhebatkan mogok pekerja pada hari ke-17 bantahan antikerajaan, semalam.
Penunjuk perasaan juga berkumpul sambil menjerit slogan bantahan di depan Parlimen, bangunan Kabinet dan Kementerian Kesihatan tidak jauh dari Dataran Tahrir selain menyekat Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada tiba di pejabatnya.

"Mubarak, beritahu kami di mana kamu dapat AS$70 bllion (RM210 bilion)," laung berpuluh-puluh penunjuk perasaan di depan Kementerian Kesihatan, merujuk kepada laporan pemimpin itu mengumpul kekayaan besar sejak memerintah.

Laporan mengenai ramai penunjuk perasaan ditahan tentera dan didera turut luas tersebar. Ratusan penunjuk perasaan berarak ke parlimen dari tempat perhimpunan di Dataran Tahrir sehari selepas protes besar-besaran sejak kebangkitan bermula di seluruh negara.

Menteri Luar, Ahmed Abul Gheit memberi amaran, tentera masih tidak menyokong mana-mana pihak tetapi akan campur tangan jika protes terhadap pemerintahan 30 tahun Mubarak yang turut disokong Amerika Syarikat itu menjadi ganas.

"Jika kekacauan berlaku, pasukan bersenjata akan campur tangan, langkah yang mungkin membawa kepada situasi yang lebih bahaya," lapor agensi berita MENA yang memetik temuramah Abul Gheit di saluran televisyen al-Arabiyah.

Kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden, Omar Suleiman memberi amaran rampasan kuasa kemungkinan berlaku jika peralihan kuasa secara aman gagal dilaksanakan. Abul Gheit turut menyelar Amerika kerana mahu pembaharuan segera.

"Amerika memaksa negara besar seperti Mesir ini mengambil tindakan segera sedangkan selama ini, Mesir berkawan baik dengannya," katanya.

Penunjuk perasaan bagaimanapun tidak menunjukkan tanda untuk berundur dan ratusan ribu terus membanjiri Dataran Tahrir.
Sinar Harian/-

Nik Aziz rasmi Markas Induk PAS Merlimau esok

Posted: 10 Feb 2011 06:32 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

JASIN, 11 Feb: Perasmian Markas Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadualkan pagi ini ditunda pada jam 11.00 pagi esok (12 Februari).

Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, lain-lain program yang melibatkan Tuan Guru termasuk menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau pada 8.00 malam ini tidak berubah.

Tambahnya, Tuan Guru juga akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam esok di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Harakahdaily/-

Pelajar ucap jutaan terima kasih

Posted: 10 Feb 2011 06:11 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Arfah Mawaddah .

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada:

1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)

4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)

5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah)

6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura

7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi

Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini. Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian.

Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam.

Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur" amin.

Harakahdaily/-

Pelajar kembali dari Mesir perlu kemuka maklumat

Posted: 10 Feb 2011 05:28 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR - Semua pelajar universiti di Mesir yang kembali ke tanah air diminta mengemukakan maklumat peribadi kepada Bahagian Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, segera.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini, antara maklumat yang perlu dikemukakan ialah nama, nombor kad pengenalan, nama universiti di Mesir, pengajian, tahun pengajian dan alamat serta talian telefon yang boleh dihubungi di Malaysia.

Maklumat peribadi itu boleh dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi di e-mel zarida@mohe.gov.my atau alwee@mohe.gov.my dengan kadar segera, menurut kenyataan itu.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Prof Madya Dr Zarida Hambali di talian 012-330 0651.

Kenyataan itu menyebut maklumat tersebut sangat diperlukan oleh kementerian untuk membuat penyelarasan bagi segala aktiviti berkaitan pelajar berkenaan.

Sinar Harian/-

Kempen moral pemuda Pas petanda awal pelaksanaan dasar negara Islam

Posted: 10 Feb 2011 05:00 PM PST

08 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR - Langkah Pemuda Pas untuk menjalankan kempen membendung gejala tidak bermoral pada sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih Isnin ini adalah petanda awal pelaksanaan dasar negara Islam DAP-Pas-PKR, kata Pemuda MCA hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP-Pas-PKR di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu membuat pendirian berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hasan Tantawi mengenai perkara itu.

Nasrudin pada Selasa lalu berkata, Pemuda Pas akan melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan ketiga-tiga parti itu sempena sambutan Hari Kekasih.

Sinar Harian/-

DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi

Posted: 10 Feb 2011 06:20 AM PST

8 Rabiul Awal 1432H.

IPOH, 10 Feb.:- DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.

Perkara ini dinyatakan juga oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya.

Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini.

"Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.

Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil.

Berita gembira peniaga kecil Kelantan esok

Posted: 10 Feb 2011 06:15 AM PST

8 Rabiul Awal 1432H
Harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting esok yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok.

Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun.

Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun.

"Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam.

Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan.

"Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam.

Low Yat Kelantan

Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma.

"Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia.

"Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam.

Tanah Arked Uda

Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu.

Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang.

"Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja.

"Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam.

Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka.

"Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam.

Mesir, AS bertikam lidah ketika ketegangan memuncak

Posted: 10 Feb 2011 03:44 AM PST

7 Rabiul Awal 1432H

WASHINGTON: Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit, menuduh Amerika Syarikat cuba memaksakan kehendaknya ke atas sekutunya ketika Rumah Putih memberi amaran bahawa Kaherah gagal mencapai "tahap minimum" pembaharuan.

Abul Gheit berkata demikian dalam temubual bersama stesen televisyen PBS selepas Washington mengkritik Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman, yang bertanggungjawab mengadakan dialog dengan kumpulan pembangkang. Beliau membidas apa yang disifatkannya sebagai retorik AS terhadap krisis yang dicetus penunjuk perasaan di Mesir itu. "Apabila anda berbicara mengenai 'segera', 'serta merta', 'sekarang', seolah-olah anda memaksakan kehendak anda terhadap negara hebat seperti Mesir, negara sahabat yang sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan AS.

"Mesir dan Presiden Mesir, kerajaan Mesir sudah memulakannya," katanya merujuk pelan untuk rundingan peralihan kuasa kerajaan Hosni Mubarak.

Bagaimanapun, Washington menegaskan penunjuk perasaan yang berhimpun di Medan Tahrir akan menentukan masa depan Mesir, bukannya AS.

"Kami tidak cuba menentukan apa-apa," kata jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley. - AFP

Mahkamah Persekutuan tolak petisyen ketiga bekas Sultan Kelantan

Posted: 10 Feb 2011 03:38 AM PST

7 Rabiul Awal 1432H.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu difailkan atas alasan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan petisyen itu dan forum yang betul untuk membuat keputusan terhadap pertikaian itu ialah Mahkamah Khas. Ini kerana Tengku Muhammad Faris ialah Sultan Kelantan dan permohonan tuntutan mempertikaikan pelantikan seorang Sultan perlu dibuat di Mahkamah Khas.

Panel hakim menyampaikan keputusan itu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra.

Peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra sebelum ini, Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili baginda pada 18 Januari laluselepas mahkamah menolak permohonan mereka supaya petisyen itu didengar pada pertengahan Mac kerana Raja Aziz perlu menyelesaikan rawatan perubatannya di sebuah hospital di Singapura pada awal Mac.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Mahkamah Rayuan Hasan Lah menolak petisyen itu tanpa mengeluarkan perintah mengenai kos.

Petisyen ketiga itu difailkan pada 20 September tahun lalu, memohon pendapat Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perundangan berhubung pindaan ke atas perlembagaan negeri dan pelantikan tengku mahkota sebagai Sultan.

Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009.

Pada 26 November tahun lalu, dua petisyen yang mempersoalkan tahap kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota semasa Sultan mengalami ketidakupayaan yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan, dalam dua petisyen itu telah memutuskan bekas Sultan tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk merujuk persoalan berkenaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk diputuskan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V memaklumkan mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Tuanku Ismail Petra mengenai tarikh perbicaraan hari ini melalui sepucuk surat pada 28 Januari tahun ini.

Beliau berkata salinan hujahan beliau bagi permohonan beliau untuk membatalkan petisyen itu turut dikepilkan dalam surat itu.

Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili responden kedua, kerajaan negeri Kelantan. - BERNAMA

Dua lelaki, seorang wanita ditahan ISA

Posted: 10 Feb 2011 03:35 AM PST

7 Rabiul Awal 1432H

PUTRAJAYA: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan ISA di sekitar Kuala Lumpur semalam, dipercayai ketua sindiket jenayah rentas sempadan termasuk dadah dan penyeludupan manusia.

Seorang daripada mereka adalah rakyat Indonesia. Penahanan mereka diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi. Hishammuddin berkata, penahanan mereka yang berusia antara 33 hingga 48 tahun itu hasil soal siasat pihak berkuasa terhadap sembilan individu, termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan ISA antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu berkaitan kegiatan penyeludupan warga asing.

Katanya, pegawai imigresen yang ditahan ISA berhubung kegiatan penyeludupan warga asing itu kemungkinan besar dibebaskan secara bersyarat atau didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Mengenai permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, supaya negeri itu dibenarkan mewujudkan pasukan polis bantuan, Hishammuddin berkata tiada peruntukan undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, soal keselamatan dan polis adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat mengikut Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan.
"Tidak ada kes di mana polis bantuan diberikan kepada kerajaan negeri, diupah majikan untuk menjaga aset mungkin (ada) tetapi dibiayai majikan bukan duit rakyat.

"Saya melihat ini adalah untuk menidakkan usaha Polis Diraja Malaysia selama ini khususnya dalam konteks Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang jelas (ada) penurunan kes dan indeks jenayah di negeri berkaitan termasuk Selangor, jadi alasan Menteri Besar Selangor tidak berasas," katanya.

Selasa lalu, Khalid dilaporkan berkata beliau menulis surat kepada Hishammuddin untuk memohon penubuhan pasukan polis bantuan itu dengan dakwaan sebagai reaksi terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di Selangor. BH/-

Saya akan ikut semua arahan MB, kata Khusrin

Posted: 10 Feb 2011 03:32 AM PST

7 Rabiul Awal 1432.

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata, beliau akan mengikut segala arahan dan bidang tugas yang ditetapkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepadanya.

Beliau juga berharap isu kontroversi antaranya dengan Menteri Besar tidak dipanjangkan kerana ketika ini harapannya adalah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. "Cukuplah publisiti yang saya dapat selama ini dan biarlah saya buat kerja saya dulu. Menteri Besar pun banyak beri kerja kepada saya dan semuanya kerja yang penting," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Pegawai Daerah mengenai isu pasir, di sini, sebentar tadi.

Peghelih La...

Posted: 10 Feb 2011 11:26 PM PST

Peghelih La...


Info Rakyat 4

Posted: 10 Feb 2011 12:15 AM PST




UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM Bhgn 2

Posted: 10 Feb 2011 12:08 AM PST

UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".
2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".


UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."
2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : "Ajaran ulama' inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Lanjutan dari gesaan itu Dato' Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

1. Tun Abdullah Ahmad Badawi Jun 2001 : "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya".
2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : "Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang".
3. Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,"

UCAPAN-UCAPAN LAIN

1. Dato' Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : "(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan."
2. Dato' Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

Kami dah pindah.....

Posted: 09 Feb 2011 11:42 PM PST

KANGAR - Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis di No 7 Jalan Sekolah Derma dekat sini telah berpindah dan mula beroperasi di Kompleks PAS Perlis, Lot 2348 Jalan Sekolah Derma/Kampung Pondok bermula 7 Februari lalu.

Proses perpindahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat bermula penghujung Januari lalu dan dan secara menyeluruh pada 5 dan 6 Februari lalu.

Bilik Mesyuarat Utama

Ruangan pejabat

Berpindah....


Sampai dah ke pejabat baru

Pentas Pemuda di Guar Syed Alwi

Posted: 09 Feb 2011 11:37 PM PST

Ucapan Ustaz Ya'akub
Ustaz Azman ShapawiKetua DPP Pusat menyampaikan ceramah

Tiada ulasan:

Pengikut