Jumaat, 7 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

Posted: 07 Jan 2011 01:30 AM PST

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Santai Bersama YB Senator Ezam Mohd Nor

Posted: 06 Jan 2011 07:44 AM PST

Perkara: Program Santai Pemuda & Gabungan NGO Bersama YB Senator Ezam Mohd Nor

Tarikh: Jumaat (7 Jan 2011)

Tempat: Dewan Melayu Klang (Cawangan Bandar Klang Selatan, Bhg Kota Raja)

Masa: 8.00 Malam

Jamuan Disediakan.

Semua dijemput hadir!

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

Posted: 06 Jan 2011 07:13 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


DATUK SERI ANIFA AMAN TELAH BERJAYA MEMBATALKAN SAMAN ANWAR !!!

Posted: 06 Jan 2011 05:00 PM PST


SYABAS kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana berjaya membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim,berhubung kenyataan beliau bahawa ketua pembangkang itu cuba menariknya menyertai parti itu dengan menawarkan jawatan tinggi pada 2009.selepas ini siapa kah mangsa Anwar Ibrahim seterusnya???maksud saya Anwar Ibrahim nak saman siapa pulak.

Bernama melaporkan bahawa Hakim Datuk John Louis O'Hara yang membuat keputusan itu dalam kamar,membenarkan permohonan Anifah dengan kos.Anwar Ibrahim telah menyaman Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai anggota Parlimen Kimanis serta kedudukan rasmi sebagai Menteri Luar, dan menteri itu dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua,sementara kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.Saman itu difailkan 27 Mei 2009, ekoran kenyataan Anifah pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton pada 16 Mei tahun sama, yang mendakwa ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008.Anwar Ibrahim juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau cuba membeli anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara.

Datuk Anifah diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah atas kedudukan peribadinya manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili menteri itu atas kedudukan rasmi beliau.Peguam S.N Nair yang mewakili Anwar pula berkata, beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu

POST BY DR. ME...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 06 Jan 2011 03:29 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Sistem pendaftaran SPR sesuai

Posted: 05 Jan 2011 04:04 PM PST


Daripada 15.6 juta warganegara yang berumur 21 tahun ke atas, jumlah yang mendaftar sebagai pemilih sehingga Mei 2010 adalah 11,247,525 orang. Ini bermakna terdapat 4.3 juta warganegara yang layak mengundi masih belum mendaftar. Jumlah ini dijangka terus meningkat kerana warganegara yang mencapai umur 21 tahun bertambah sekitar 450,000 setiap tahun, manakala jumlah yang mendaftar mengikut tahunan sekitar 250,000 sahaja.

Jika pertambahan jumlah ini konsisten dan berterusan, maka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, jumlah rakyat yang tidak dapat mengundi dijangka meningkat hampir lima juta. Ini satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus rakyat yang layak tidak dapat menggunakan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi bagi menentukan masa depan negara.

Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku di negara kita, sebuah negara yang pesat membangun serta mempunyai rakyat yang berpelajaran. Selepas 53 tahun merdeka dan telah melalui 12 PRU, sepatutnya tiada rakyat negara ini terutama golongan muda dan lepasan sekolah, kolej atau universiti tidak tahu tentang hak dan kewajipan mengundi bagi memilih wakil dan kerajaan.

Sehubungan itu, terdapat pihak menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak agresif dalam urusan pendaftaran pemilih. Ada yang menyalahkan sistem atau kaedah pendaftaran seperti mempersoalkan mengapa tidak menggunakan kaedah-kaedah pendaftaran yang lebih mudah untuk menarik minat golongan muda supaya mendaftar seperti memperkenalkan sistem pendaftaran dalam talian atau mengapa tidak memperkenalkan sistem pendaftaran automatik iaitu mengambil terus maklumat dan data warganegara yang mencapai umur 21 tahun dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SPR sebenarnya telah membuat kajian terperinci berhubung kaedah-kaedah pendaftaran automatik dan pendaftaran dalam talian meliputi aspek-aspek teknikal, proses pelaksanaan dan undang-undang secara mendalam serta implikasinya kepada urusan pilihan raya iaitu masalah-masalah yang akan timbul jika ia dilaksanakan. Daripada hasil kajian tersebut, SPR mendapati jika kaedah-kaedah tersebut hendak dilaksanakan, beberapa dasar lain di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berkaitan perlu dipinda atau dikuatkuasakan sepenuhnya.

Pertama sekali, undang-undang untuk melaksanakannya perlu disediakan, selain satu pindaan kecil dilakukan melibatkan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Penguatkuasaan undang-undang berhubung pertukaran alamat bermastautin bagi rakyat yang bertukar alamat perlu dikuatkuasakan. Jika undang-undang itu tidak disediakan, maka dalam situasi sekarang, sebarang langkah untuk melaksanakan kaedah pendaftaran secara automatik atau dalam talian tidak dapat dibuat kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah melibatkan urusan pilihan raya dan rakyat pada hari mengundi.

Sistem pendaftaran secara automatik juga akan memberi kesan kepada taburan pemilih yang tidak seimbang di bahagian-bahagian pilihan raya di seluruh negara yang nanti akan memerlukan satu pindaan dibuat. Perubahan yang drastik ini akan menyulitkan urusan pilihan raya. Sistem pendaftaran dalam talian pula jika dilaksanakan, ia mungkin dapat membantu masalah rakyat yang malas untuk keluar mendaftar, tetapi cara ini akan membuka peluang penipuan pendaftaran oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

SPR juga akan menghadapi kesukaran untuk mengesan kesahihan pemohon sebenar melainkan terpaksa menggunakan kaedah bio-metrik untuk mengesan cap jari pemohon setiap kali permohonan diterima melalui talian. Itu pun belum tentu dapat mengelak penipuan pendaftaran yang boleh berlaku.

Pada 2006, satu kajian dibuat di seluruh negara oleh pasukan penyelidik dari sebuah universiti tempatan yang dilantik SPR untuk menjalankan survei mengenai mengapa terdapat ramai warganegara yang layak tidak mendaftar sebagai pemilih. Kajian melalui soal-selidik itu ditumpukan kepada golongan muda berumur 21 tahun ke atas.

Hasil kajian itu, mendedahkan empat faktor utama mengapa golongan muda tidak mendaftar sebagai pemilih:

(a) Faktor sikap. Mereka tidak memberi keutamaan kepada usaha untuk mendaftar sebagai pemilih. Mereka memberi alasan peribadi mengapa mereka belum mendaftar iaitu sibuk bekerja, tidak ada masa, tidak kisah, tidak minat politik, sibuk urusan keluarga, tiada faedah dan terlupa mendaftar.

(b) Faktor sistem pendaftaran. Mereka memberi dua alasan iaitu pertama, menganggap kaedah pendaftaran mengikut alamat kad pengenalan dikatakan tidak memberi banyak faedah kerana mereka tidak tinggal (bermastautin) di situ. Mereka juga tidak mempunyai masa untuk mengemaskini alamat yang dicatat di dalam kad pengenalan di JPN kerana kesibukan atau sebab-sebab tertentu yang memerlukan pertukaran alamat dalam kad pengenalan dibuat. Alasan kedua ialah sibuk dan tidak mempunyai masa untuk pergi ke kaunter pendaftaran di pejabat-pejabat pos atau di pejabat-pejabat SPR.

(c) Faktor infrastruktur. Mereka tidak ada masa atau malas mendaftar kerana terpaksa menunggu lama di pejabat-pejabat pos atau masalah untuk pergi ke pejabat-pejabat SPR.

(d) Faktor maklumat. Mereka memberi alasan tidak tahu di mana tempat mendaftar, tiada siapa yang memberitahu atau menasihati mereka supaya mendaftar, tidak tahu mengapa perlu mendaftar, tidak tahu syarat-syarat mendaftar dan menyangka bahawa mendaftar sebagai ahli parti politik sudah layak untuk mengundi dalam pilihan raya.

Mengambil kira dan berpandukan hasil kajian tersebut, sejak tahun 2007, SPR telah mengemas kini dan membuat penambahbaikan beberapa dasar berkaitan dengan urusan pendaftaran pemilih untuk menambah peluang kepada rakyat yang belum mendaftar. Banyak pendekatan baru diperkenalkan serta program-program pendaftaran telah dijalankan secara lebih agresif seperti berikut:

(a) Menambah saluran pendaftaran untuk memudahkan rakyat mendaftar, selain program-program pendaftaran melalui pejabat-pejabat/kaunter-kaunter SPR termasuk aktiviti pendaftaran di luar pejabat (tempat-tempat tumpuan awam dan apabila SPR diundang oleh parti-parti politik/NGO atau sebagainya), serta melalui 690 kaunter pejabat pos di seluruh negara. SPR juga telah membuka ruang untuk rakyat mendaftar apabila lebih daripada 2,500 penolong-penolong pendaftar (PPP) sementara dari parti UMNO, MIC, Gerakan, PPP, PKR,DAP, PRM, PBS PPB, SUP, SPDP, LDP, LDP, SAPP, PBRS dan UPKO dibenarkan mendaftarkan sesiapa yang layak sebagai pemilih.

Setiap pendaftaran melalui PPP akan disemak secara teliti bagi mengelak pendaftaran berganda atau penipuan.

(b) Selain itu, SPR juga melantik wakil-wakil dari agensi-agensi kerajaan sebagai PPP termasuk pegawai dan pelajar-pelajar Malaysia yang layak di luar negara.

(c) SPR juga melantik PPP dari kalangan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan masyarakat di setiap negeri termasuk pemimpin masyarakat di peringkat daerah, mukim dan kampung.

(d) Pelbagai aktiviti 'turun padang' bagi mendekati rakyat di bawah program pendidikan pengundi/pendidikan pilihan raya melalui Hari Bersama Pelanggan, taklimat / ceramah di IPTA/IPTS, pusat-pusat latihan, PLKN dan sebagainya diadakan secara berterusan. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran golongan muda tentang hak mengundi dan tanggungjawab untuk negara.

(e) Usaha mengingatkan rakyat melalui media cetak dan elektronik perlu digunakan secara meluas untuk memberi penerangan mengenai setiap isu berhubung dengan daftar pemilih dan urusan pilihan raya. SPR berharap dan menyeru kepada semua pihak lain yang berkenaan (kerajaan, parti-parti politik, NGO, persatuan masyarakat, kolej/universiti, ibu bapa dan lain-lain) supaya turut terlibat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakyat supaya mendaftar.

(f) Publisiti mengenai pendaftaran pemilih melalui sepanduk dan risalah akan dikeluarkan secara meluas kepada umum untuk mengingatkan rakyat supaya mendaftar.

Soal selidik tahun 2006 yang dijalankan itu juga menunjukkan faktor utama mengapa golongan muda tidak mendaftar bukan kerana masalah sistem atau kaedah pendaftaran tetapi lebih bersifat peribadi dan sikap. Dapatan hasil kajian juga menunjukkan bahawa kaum Melayu/Bumiputera walaupun menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi tentang hak dan tanggungjawab, tetapi pada waktu yang sama mereka adalah golongan majoriti yang memberi alasan-alasan peribadi mengapa tidak mendaftar.

Hakikatnya, sehingga Mei 2010 terdapat 4.3 juta rakyat masih belum mendaftar. Faktor peribadi dan sikap merupakan punca utama. Walaupun kajian menunjukkan terdapat faktor-faktor lain, tetapi sikap rakyat yang tidak memberi keutamaan untuk mendaftar merupakan faktor utama.

Justeru, isunya sekarang adalah usaha semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak dan tanggungjawab yang dijamin di bawah Perlembagaan yang perlu dilaksanakan. Buat masa ini, bukan sistem dan kaedah pendaftaran yang perlu diubah kerana kedua-duanya diakui ada kebaikan dan kelemahannya.

SPR telah mengkaji secara mendalam mengenainya dan mendapati bahawa jika dilaksanakan, ia akan membawa kepada pelbagai masalah lain yang amat sukar untuk diatasi. Oleh yang demikian, sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (SPPST) yang diguna pakai sekarang adalah kaedah terbaik dan sesuai untuk negara kita buat masa ini.

DATUK WIRA WAN AHMAD WAN OMAR ialah Timbalan Pengerusi SPR.

Daftar pemilih peranan SPR

PENGESAHAN pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa masih ada 4.3 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih adalah sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

Walaupun kita tahu ramai yang mengambil mudah hal ini, angka sebanyak itu amatlah menggerunkan. Lebih-lebih lagi majoritinya adalah dari rakyat berbangsa Melayu.

Hal ini disokong pula rumusan hasil kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO Malaysia, Hishamudin Yahya yang memperlihatkan nisbah pemilih Melayu dan bukan Melayu amat ketara perbezaannya iaitu 1 berbanding 40.

Nisbah yang berbeza ini jika tidak ditangani dengan betul mungkin ada kebenaran dengan pandangan sesetengah penganalisis bahawa satu ketika nanti kuasa politik kaum Melayu akan hilang sedikit demi sedikit. Sebaliknya kuasa politik dan teraju negara ini akan didominasi oleh kaum-kaum lain.

Ramai beranggapan patut menyalahkan parti-parti politik Melayu khasnya UMNO kerana tidak agresif membawa masuk pengundi-pengundi baru mendaftar sebagai pemilih sedangkan parti-parti lain terutama DAP begitu giat memainkan peranan mereka ke arah itu.

Ini berbeza dengan parti-parti kaum Cina dan India dalam Barisan Nasional (BN) yang ketinggalan mendaftarkan pengundi baru berbanding dengan usaha kaum masing-masing dalam PKR.

Namun di sebalik pendedahan tersebut, satu persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah siapa yang sepatutnya memainkan peranan mendaftar pemilih baru?

Adakah ia menjadi tanggungjawab parti-parti politik atau tanggungjawab SPR? Bukankah SPR yang sepatutnya memainkan peranan mereka menarik minat orang ramai mendaftar sebagai pemilih?

Parti-parti politik hanyalah membantu dalam tugas-tugas suruhanjaya itu atas kapasiti menambah keahlian parti masing-masing. Bukanlah tugas hakiki parti politik untuk mencari, mempromosi dan mendaftar pengundi baru tetapi SPR yang sepatutnya berbuat demikian.

Sepatutnya SPR telah mengenal pasti sebarang kelemahan dalam sistem pendaftaran yang ada sekarang dan perlu dibuat penambahbaikan. Di era teknologi maklumat dan internet serta jalur lebar ini, pendekatan baru patutlah diambil oleh SPR bagi menjayakan proses mendaftar pemilih baru.

Yakni tidak lagi seperti yang diamalkan sekarang yang didapati menyulitkan. Bukankah lebih mudah jika dapat mendaftar di rumah masing-masing daripada perlu pergi ke kaunter-kaunter dan mengisi borang tertentu?

Setakat ini promosi untuk tujuan tersebut amat kurang. Sepanjang dua tahun kebelakangan ini tidak terdengar langsung apa-apa promosi melalui akhbar dan juga media elektronik, khasnya televisyen.

Yang nyata hanyalah kelihatan kaunter-kaunter pendaftaran di tempat-tempat tertentu. Bagaimana pula orang ramai yang langsung tidak berurusan dengan pejabat pos, jika kaunter diletakkan di situ?

Barangkali tidak akan menjadi kesalahan jika SPR dapat menyediakan sedikit insentif kepada orang ramai yang datang mendaftar. Rasanya dengan cara ini pasti hasrat menambah bilangan pemilih baru akan menjadi kenyataan.


Yan, Kedah.">

Relevankah hegemoni dalam demokrasi Malaysia?

Posted: 05 Jan 2011 04:01 PM PST



Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad

SABAN hari negara Malaysia dikejutkan dengan pelbagai insiden yang kurang sedap didengar oleh masyarakat umum. Satu persatu isu ditimbulkan untuk menarik perhatian umum seperti isu rasuah, kemalangan maut, pengetua sekolah, konflik parti politik, hudud hinggalah isu perkauman.

Ternyata isu-isu yang dibangkitkan ini dilihat sebagai sebuah penentangan terhadap status quo pemerintah yang sering dilabel sebagai satu anasir subversif, petualang atau penderhaka sedangkan jika dilihat dari konteks yang berbeza, ia hanya mahu melahirkan suatu idea yang berbeza atau aliran alternatif kepada aliran perdana.

Realitinya pihak pemerintah sering melaungkan slogan atau agenda demokrasi, hak istimewa, hak rakyat, kebebasan dan keadilan bersama. Namun, suara-suara yang melaungkan unsur-unsur negatif dan membawa imej tidak baik kepada negara tidak mendapat peluang dan tempat untuk menyuarakannya di media-media utama, termasuk di televisyen, radio atau di akhbar utama negara.

Kehadiran mereka ini seolah-olah tidak wujud dan tidak perlu dipedulikan serta dianggap sebagai 'alien' atau sesuatu yang jelik untuk dipertontonkan kepada umum. Inilah yang mendesak kepada suara-suara ini beralih kepada media-media alternatif sebagai saluran untuk melaungkan demokrasi sebenar.

Sistem pemerintahan Malaysia telah dibentuk melalui satu proses perundingan atau tawar-menawar (social bargaining) yang membuktikan kemampuan para pejuang terawal membentuk negara berdaulat dengan kebijaksanaan yang diwarisi pemimpin-pemimpin tempatan kini.

Konsep nasionalisme dilihat sebagai satu alat pengukuhan hegemoni dalam pemerintahan Malaysia yang disuntik dengan semangat patriotisme dan kesetianegaraan. Anjakan paradigma ini tidak terkeluar daripada skop perbincangan tentang kepentingan adat Melayu yang terlalu menjunjung raja atau pemimpin mereka dari dulu hingga kini.

Jika disingkap dalam kebanyakan sistem monarki moden, masih terdapat unsur-unsur tradisional lama dalam pemerintahan beraja feudal. Ternyata, pemerintahan feudal ini turut melalui satu proses transformasi yang ketara. Unsur-unsur feudal ini masih kekal hingga kini kerana golongan diraja dilihat sebagai pelindung rakyat, sangat berkuasa dan berdaulat.

Sebagai contoh, dalam politik tradisional Melayu juga menggunakan frasa-frasa atau kata-kata yang melambangkan raja yang berkuasa dan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Secara langsung atau tidak langsung, ia dapat menambahkan rasa setia dan patuh terhadap sultan atau raja.

Darjat taat setia masyarakat tempatan pada waktu ini boleh dianggap sebagai blind-acceptance yang hanya menerima apa sahaja yang diarahkan oleh pemimpin mereka. Mereka perlu menanam sepenuh kesetiaan, penghormatan dan keakuran kepada istana dan kepimpinan istana itu dan jarang sekali mereka menderhaka kepada raja.

Budaya politik Melayu kini tidak lagi hanya berkisar kepada persoalan tentang ketuanan Melayu dan aspek ekonomi sahaja. Kerajaan sudah menyerap nilai-nilai sejagat seperti keadilan, ketelusan, urus tadbir yang baik, hak asasi dan bercirikan Islam telah disuarakan dengan lebih lantang. Di samping itu juga, peranan agensi-agensi state seperti polis, tentera dan sebagainya sangat signifikan bagi memastikan pengukuhan status quo atau kedudukan badan pemerintah.

Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan KolejUniversiti (AUKU), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan akta-akta lain merupakan pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memantau dan mengawal pergerakan masyarakat tempatan, parti-parti pembangkang, badan-badan NGO dan sebagainya yang cuba membawa kemusnahan kepada keharmonian negara.

Seperti yang dinyatakan oleh Shamsul Amri dalam Dewan Masyarakat Keluaran Khas Pilihan Raya 2008, halaman 9-10, apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan pembubaran Parlimen pada 13 Februari 2008, ramai yang tidak memberi perhatian kepada pembangkang kerana mereka tertumpu pada parti pembangkang, tetapi tidak kepada fenomena "kepembangkangan" yang lebih luas yang melibatkan NGO dan kelompok yang menggunakan NGO.

Jelas beliau lagi, kekalahan BN tidak menunjukkan kekuatan atau kelemahan parti politik berkenaan, sebaliknya memaparkan kepada umum bagaimana pengundi bandar boleh memilih apa-apa yang disukai oleh mereka. Dimensi "kepembangkangan" di bandar tidak diambil kira atau dianggap penting oleh pihak kerajaan.

Antara faktor penting dan penyebab kepada gelombang perubahan ini adalah kuasa blog yang berupaya membangkitkan sokongan kepada parti pembangkang. BN banyak mendominasi arus perdana dan tidak memberikan sebarang ruang kepada pembangkang untuk bersuara. Kebangkitan kuasa ini berjaya menumbangkan kuasa media ini.

Namun begitu, fokus terhadap dua desakan yang dimahukan oleh rakyat terhadap kerajaan yang memerintah adalah desakan yang diterima daripada parti yang telah memerintah selama lebih 50 tahun dengan keterujaan rakyat yang mahukan reformasi mengambil tempat. Apabila berlaku pertembungan di antara desakan kedua-dua impian ini, yang kuat pasti akan berjaya. Keputusan lebih memihak kepada parti pembangkang yang melaungkan ideologi-ideologi nasional yang dekat dengan kehidupan rakyat berjaya menambat hati pengundi hingga membawa kepada kejayaan mereka menakluki Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Kedah.

Dalam mana-mana sistem politik, persaingan memang wujud dan tidak pernah berhenti dan masyarakat yang terbentuk lebih bersifat terbuka dan seimbang. Tetapi dalam pemerintahan di Alam Melayu ini, elemen demokrasi yang dipraktikkan telah menguatkan kepatuhan, kesetiaan, keakuran, ketaatan yang dicurahkan oleh rakyat Malaysia terhadap pemerintah yang lahir secara semula jadi dan tidak perlu sentiasa mengawal hati dan minda rakyat.

Kesetiaan yang dicurahkan oleh rakyat tidak pernah berhenti dan akan terus berjalan. Ini turut menjelaskan konstruksi sosial yang dibentuk melalui hegemoni lembut iaitu consent yang diperkukuhkan dengan pengenalan dan penguatkuasaan undang-undang autokratik yang bersifat force telah mengikat tingkah laku politik masyarakat atas dasar tanggungjawab mereka untuk mematuhi arahan yang diberikan dan tidak timbul isu rasa takut dan gerun di kalangan masyarakat terhadap kuasa pemerintah itu.

Secara umumnya, golongan masyarakat menganggap pelaksanaan undang-undang itu adalah perlu dan harus dipikul kerana mereka menganggap dasar-dasar yang diperkenalkan itu adalah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Masyarakat pada zaman globalisasi kini lebih berpendidikan, bijak dan rasional dalam menilai sebelum membuat keputusan.

Bagaimanapun, kedudukan selesa atau hegemonik kerajaan pada hari ini sudah mula dicabar dan dianggap tidak lagi relevan. Seperti yang diketahui umum, budaya politik bukanlah sesuatu yang bersifat statik tetapi akan bertindak balas terhadap idea-idea baru sama ada ia dijana dari dalam sistem itu sendiri ataupun diterima dari anasir-anasir luar.

Secara relatif, kestabilan sesuatu sistem politik bergantung kepada sikap-sikap baru atau kegagalan proses asimilasi sikap-sikap baru ke dalam struktur nilai yang sedia ada. Apa yang lebih utama, budaya politik yang menjadi amalan merupakan faktor terpenting dalam pembentukan kepimpinan sesuatu bangsa.

Malah, kepimpinan politik juga berperanan dalam mewarnai idea dan corak budaya politik tersebut. Dan inilah yang membawa kepada kepada bangkitnya penggunaan ICT secara meluas dan semakin mempengaruhi cara hidup masyarakat.

Masyarakat tidak terhad untuk mendapat pelbagai maklumat secara pantas dan boleh mengakses maklumat yang dikehendaki. Bahkan, penggunaan blog dan internet secara meluas telah mempercepatkan proses pensejagatan dan globalisasi dalam ruang kehidupan masyarakat Malaysia.

Melihat kepada fenomena yang berlaku, sememangnya tidak dinafikan bahawa perhatian minimum yang diberikan terhadap perkembangan media maya seperti blog-blog persendirian ini telah memberi natijah yang begitu besar kepada pihak kerajaan.

Serangan terhadap kerajaan melalui laman-laman blog dan internet ini dilihat sebagai antara faktor penyumbang yang mempengaruhi pengundi sehingga membawa kepada kegagalan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya yang lalu.

Kewujudan blog-blog ini telah memberi dimensi baru kepada masyarakat untuk memilih alternatif baru bagi menyatakan sokongan mereka apabila jentera pentadbiran kerajaan tidak lagi dianggap relevan.

Justeru, kecenderungan masyarakat yang mula berubah kepada fenomena baru ini telah menjadikannya sebagai satu platform kontra-hegemoni yang lebih bebas dan terbuka tanpa sebarang sekatan yang menindas, mencengkam ataupun terkawal sebagaimana berlaku dalam kepimpinan terdahulu.

DR. NOOR SULASTRY YURNI AHMAD

ialah Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan

Sosiologi/Panel Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya.

Perjuangan parti atau perjuangan individualistik?

Posted: 05 Jan 2011 03:57 PM PST

Perjuangan parti atau perjuangan individualistik?

Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad

Rata-rata seluruh masyarakat Malaysia masih lagi terngiang-ngiang laungan dan kata- kata semangat para pemimpin serta ahli perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung yang baru saja berlalu. Teguran, amanat, nasihat dan seloka tetap menjadi pilihan para penghujah dan semacam sudah sebati di dalam tradisi mereka. Pelbagai nasihat yang diutarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hujah perasmian dan penggulungan itu terselit tanggungjawab beliau bersama rakan-rakan seperjuangan terhadap masyarakat Malaysia.

Ia bertepatan dengan perbincangan yang melangkaui kepentingan diri serta individualistik harus dikikis secara total dalam kalangan ahli UMNO dan parti-parti yang lain. Namun begitu, adakah perhimpunan yang lalu cuba menyampaikan mesej kepada ahli UMNO sahaja atau mengambil kira semua masyarakat Malaysia dengan perbincangan yang bersifat holistik?

Ternyata, tanggapan segelintir masyarakat bahawa UMNO hanya memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dibuang atau dikikis kerana perjuangan pada hari ini adalah lebih berorientasikan kepada perjuangan untuk semua lapisan masyarakat melangkaui batasan kaum, agama, latar belakang, pendidikan, taraf hidup dan lain-lain.

Sampai bila kita harus hidup dalam 'ketakutan' dengan mempunyai tanggapan bahawa kedudukan kita sebagai seorang warganegara Malaysia masih lagi diperjudikan, tiada kepastiandan seolah-olah tiada titik noktah? Sebagai masyarakat Malaysia, kita harus berpandangan jauh dalam segala hal dan bukannya berfikiran sempit semata-mata demi kepentingan diri sendiri. Kita perlu bekerja sebagai sebuah kumpulan besar bagi mencapai kesejahteraan umum.

Dalam konteks senario politik pada hari ini, pelbagai spekulasi menarik yang cuba diketengahkan oleh masyarakat Malaysia tentang survival UMNO dan Barisan Nasional. Secara umumnya, kematangan politik dalam kalangan masyarakat memberi input bagi membuat keputusan dalam negara Malaysia harus mendapat pujian. Ini kerana terdapat peningkatan yang positif dalam pendidikan politik.

Kematangan ini juga tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman oleh mana-mana pihak. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2011, beliau menekankan tentang mencapai negara ke arah berpendapatan tinggi, soal pendidikan tidak pernah dipinggirkan. Sehubungan itu, masyarakat Malaysia perlu berfikiran optimis dan positivistik dalam segala hal yang mencakupi pelbagai perspektif kehidupan.

Memandangkan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi berlangsung serentak hari ini, kedengaran cakap-cakap kurang enak yang mempertikaikan kredibiliti dan kepimpinan semua parti yang bertanding demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Inilah keindahan proses demokrasi yang memberi masyarakat ruang untuk membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Namun begitu, pertempuran pada kali ini akan menjadi medan mempamerkan kredibiliti dan personaliti calon kesemua parti yang bertanding untuk merebut kerusi yang dipertaruhkan. Jangan lupa bahawa rakyat tidak akan memilih siapa juara berceramah, juara memujuk, juara dermawan, juara kempen, juara poster mahupun juara merayu tetapi rakyat akan memilih Juara Rakyat yang sentiasa dekat kepada rakyat dan tidak hanya muncul apabila hendak berkempen tetapi senang ditegur sapa.

Itulah calon yang akan menang di Galas dan Batu Sapi! Adakah calon-calon yang akan bertanding nanti memenuhi syarat yang diletakkan oleh rakyat nanti? Hanya undi rakyat bakal memberi jawapan dan penentu sama ada calon itu layak dipanggil pemimpin atau tidak.

Walaupun begitu, setiap calon yang akan bertanding tidak perlu putus semangat dan harus bekerja kuat secara berterusan walaupun mereka ditakdirkan kalah atau menang.

Mereka wajib buktikan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah pemimpin yang tamak kuasa dan jawatan tetapi merekalah pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa membantu rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun. Pertandingan di Galas dan Batu sapi inilah bakal menjadi medan perjuangan percubaan sekali lagi untuk membuktikan kesungguhan ahli UMNO dan Barisan Nasional menyahut cabaran Perdana Menteri.

Terdapat dua persoalan yang menarik untuk dibincangkan dalam konteks Galas dan Batu Sapi ini iaitu calon yang dipilih dan adakah parti Barisan Nasional masih relevan dengan kehendak rakyat di sana. Adakah faktor calon masih sangat signifikan dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung ini? Ternyata personaliti calon merupakan isu yang sentiasa diperkatakan oleh semua pihak bagi mencari kelainan antara calon-calon tersebut. Atas nama demokrasi yang diperjuangkan, setiap calon harus jujur, ikhlas dan amanah dalam menyuarakan kempen serta memikul tugas demi rakyat.

Manakala tarikan terhadap isu pengundi muda bukanlah suatu agenda besar bagi mana-mana parti yang bertanding di Galas dan Batu Sapi. Namun begitu, tidak bermakna undi pengundi muda ini adalah tidak penting sama sekali. Seperti yang dapat dilihat taburan penduduk di Sandakan mempunyai penduduk berusia dalam lingkungan umur 23 hingga 27 tahun sebanyak 10 hingga 12 peratus. Kelompok penduduk dalam usia ini merupakan antara kelompok yang pertama kali mengundi dan ada antara mereka sudah terlibat dalam pilihan raya yang lalu. Peratusan ini agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan penduduk yang berusia lebih daripada 40 tahun. Namun, peratusan pengundi dalam usia tersebut masih lagi signifikan bagi menentukan kejayaan calon yang bertanding.

Persepsi masyarakat secara umumnya meletakkan beban kepada pengundi yang sentiasa akan membawa perubahan kepada peratusan kerusi yang dipertandingkan. Pengundi muda dilihat sebagai lapisan masyarakat yang bakal menggegarkan pentas politik Malaysia. Pengundi muda juga menerima impak yang sangat hebat apabila ditabal sebagai pemimpin dan boleh membuat keputusan untuk negara. Bagaimana pula dengan pengundi yang bukan berada dalam kategori belia ini iaitu berusia lebih daripada 40 tahun? Adakah mereka bukan penjana kepada perubahan sistem politik pada hari ini?

Keseimbangan antara pengundi muda dan pengundi 'lebih berpengalaman' ini perlu berada pada paras yang sama kerana kedua- duanya menyumbang kepada peratusan undi dalam pilihan raya. Kelihatan pengundi muda sentiasa mendapat perhatian kerana bukan saja golongan wanita yang menghayun buai boleh menggegarkan dunia tetapi orang muda juga boleh berbuat demikian.

Namun, di mana ketepatan hujah tentang perkara tersebut sedangkan peratusan penduduk di beberapa kawasan selain daripada Kelantan dan Johor mempunyai peratusan penduduk berusia 23 hingga 27 tahun di bawah 14 peratus mengikut taburan penduduk dalam Pilihan raya Umum Ke-12 yang lalu.

Adakah ini menunjukkan bahawa bukan sahaja pengundi muda mampu membawa perubahan, tetapi kesinambungan tradisi dalam kalangan pengundi lebih berpengalaman juga banyak memberi sumbangan kepada proses demokrasi negara Malaysia yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun?

Jangan perlekeh kuasa satu undi

Posted: 05 Jan 2011 03:56 PM PST



Kemenangan seorang pemimpin bukan kerana pilihan raya semata-mata tetapi 'pilihan saya' iaitu siapa yang kita pilih untuk menjadi pemimpin kita. Adakah kita hendak memilih seorang pemimpin yang hanya pandai berpidato hingga ramai menyokong atau kita ingin pemimpin yang mempunyai sikap rajin membuat kerja dengan tangan dan bukan dengan 'mulut' semata-mata.

Sebagai rakyat yang sudah matang dan terdidik dengan kemajuan ilmu ICT (teknologi komunikasi maklumat) hasil usaha kerajaan yang cakap serupa bikin (walk the talk), kita harus mengakui kepimpinan Barisan Nasional masih relevan sepanjang masa.

Kerajaan juga perlu sedar setiap rakyat dibekalkan kuasa satu undi untuk memilih pemimpin yang mereka rasakan layak untuk menjadi pemimpin walaupun dia hanya pandai 'bersilat' kata-kata. Kuasa satu undi ini lahir seumpama tali pusat setiap bayi dan itulah ketentuan Allah SWT dan itulah keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada setiap warganegara Malaysia.

Sistem demokrasi telah menjadikan situasinya begitu dan kerajaan BN yang berjasa perlu mengakui hakikat bahawa anak-anak muda yang bakal mengundi mereka sebagai wakil rakyat masih hijau dengan sejarah negara.

Sepatutnya anak-anak yang masih hijau ini tidak disalahkan jika mereka memangkah parti lain kerana mereka dididik untuk mengejar teknologi atau dalam lain kata memandang masa depan untuk ke 2020 tetapi adakah dalam masa yang sama kita mendidik mereka secara seimbang untuk memandang sama ke tahun 1920, 1820 atau 1420 dan percaya kepada sejarah.

Anak-anak merdeka hari ini dibiarkan hanyut dengan kemajuan ICT sehingga dosa dan pahala, fakta dan dogma bercampur baur dalam setiap amalan seharian mereka.

Dunia siber dan dunia yang terhasil dari gajet bernama telefon bimbit yang semakin canggih hingga orang tua terasa semakin tua dan orang muda berlumba-lumba memilikinya sampai ada yang bankrap bahana menjadi hamba kad kredit mampu mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan yang memerintah.

Sebagai kerajaan rakyat berhak mendapat maklumat di bawah hak asasi mendapatkan ilmu pengetahuan dan di Internet serta di telefon pelbagai tohmahan dan kritikan silih berganti mendominasi pemikiran rakyat hingga kebaikan BN selama ini dianggap sebagai tanggungjawab hakiki pemerintah.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah perlu menjadi medan rakyat disedarkan dengan dos yang paling kuat, di samping ubat penahan sakit menerima kenyataan bahawa kejayaan negara hari ini adalah hasil usaha gigih pemimpin BN yang setia dengan perjuangan dan penuh semangat setiakawan.

Rakyat perlu disedarkan bahawa pemerintahan BN bukan sekadar untuk mengagihkan duit di dalam kantung perbendaharaan untuk gaji dan bonus semata-mata. Pembinaan projek mega seperti Menara Warisan Merdeka perlu dijustifikasikan kepada rakyat kerana keperluan mendirikan bangunan itu dengan keperluan hakiki pengundi setia jauh dari aura Kuala Lumpur amat berbeza sama sekali.

Pihak media hanya mampu menerangkan kebaikan pembinaannya, namun pada penghujungnya orang tetap menganggap yang negatif kerana tiada kawalan dalam Internet mahupun mesej pesanan ringkas di skrin telefon.

Pihak yang mengadu domba demi faedah politik sempit memang ramai dan pihak ini akan memesongkan setiap fakta semahu mereka. Ini kerana di Internet, semua boleh bercakap dan menulis, kerana tiada siapa yang menyekat dan menapis apatah lagi hanya seorang dua sahaja blogger yang dipanggil ke balai polis untuk disoal-siasat dan didakwa di mahkamah.

Perkara-perkara ini yang perlu ditangani oleh kerajaan agar kepincangan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab ini turut tidak berjangkit kepada rakyat yang bakal menjadi pengundi.

Bayangkan pengundi yang mendapat bahan tidak benar mengenai kerajaan di Internet menceritakan kepada ibu bapa, kawan, jiran, malahan sesiapa sahaja yang dia inginkan. Dalam masa yang sama, pihak-pihak ini kebetulan mempunyai kuasa satu undi dan mahu menterjemahkannya hasil kemarahan terhadap berita dari Internet melalui pilihan raya kecil mahupun umum. Maka kita akan mendapat keputusan ala Pilihan Raya Umum Ke-12, tahun 2008.

Sewajarnya, Internet ditapis oleh kerajaan kerana penyebaran maklumat yang tidak benar mengenai kerajaan lebih dipercayai oleh pelayarnya berbanding maklumat dari parti pembangkang.

Kuasa satu undi milik rakyat yang kebanyakannya golongan muda yang cenderung mendapat maklumat melalui portal berita di Internet sudah pasti akan mendorong mereka memilih calon dari blok pembangkang yang kononnya tersisih dari dunia media perdana.

Justeru, jangan memperlekeh kuasa satu undi kerana kelebihan satu undi akan memenangkan calon pilihan raya. Amat malang jika undi itu dibuat hasil 'kempen' di dunia siber oleh pihak yang sentiasa melihat kerajaan sebagai lawan semata-mata.

ABDUL RAZAK IDRIS

Banting, Selangor

SIAPA YANG DAPAT FAEDAHNYA ?

Posted: 05 Jan 2011 03:54 PM PST

Pengorbanan politik, pengorbanan siapa?

Oleh Noor Sulastary Yurni Ahmad

PENGORBANAN dan perjuangan amat sinonim dan saling berkait rapat antara satu sama lain. Namun, wadah pengorbanan yang dimaksudkan dalam situasi politik hari ini banyak yang dapat dibincangkan. Masih sesuaikah lagi pengorbanan pada hari ini? Adakah perlu dikaitkan dengan jumlah yang perlu dijadikan subjek dalam pengorbanan? Apakah pengorbanan dalam segala aspek perlu tersimpul rapi dalam setiap pemikiran, tingkah laku, spiritual dan jiwa para penggiat politik mahupun pemimpin-pemimpin politik?

Sudah menjadi tanggungjawab ahli politik negara memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut kerana mereka lebih layak kerana mereka berkecimpung dalam arena politik itu sendiri. Sempena Hari Raya Aidiladha yang baru lalu, perayaan itu menjulang konsep pengorbanan. Ia bukan sahaja perlu dilihat dalam konteks ideologi agama, konsep pengorbanan itu sudah lama sebati dalam sistem politik Tanah Melayu dan Malaysia.

Ternyata sejarah perjuangan politik demi mengembalikan maruah bangsa, agama dan rakyat Tanah Melayu sudah diterjemahkan dalam pencapaian kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Keberanian dan pengorbanan sebeginilah yang harus berjalan secara berterusan, bukan bermotifkan kepada matlamat tertentu.

Ia mencerminkan betapa sayang dan cinta mereka terhadap tanah air sewaktu hidup dibelenggu penjajahan yang silih berganti dari semasa ke semasa. Pengorbanan demi pengorbanan rakyat Tanah Melayu atau Malaya terpaksa ditempuhi dengan kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda, Jepun dan British semata-mata untuk mempertahankan tanah tumpah darah sendiri.

Malah, perjuangan orang Melayu dalam mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu, hak warganegara, kedudukan ekonomi, taraf hidup, pendidikan, kebebasan politik dan banyak lagi sehinggalah membawa kepada tuntutan kemerdekaan daripada pihak British harus dijadikan iktibar. Ia juga mendapat sokongan daripada orang Cina dan India yang membantu mencapai persepakatan politik apabila tertubuhnya Parti MCA dan MIC sebelum dibebaskan oleh pihak British untuk menuju ke arah berkerajaan sendiri.

Sebelum terbentuknya Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC, banyak pengorbanan yang telah mengambil tempat demi memperjuangkan maruah anak bangsa dan agama. Pakatan murni yang dibuat melalui kontrak sosial juga perlu diambil kira dalam semua aspek yang tidak pernah membelakangkan hak dan kepentingan semua pihak. Keharmonian yang berjaya dikekalkan pada masa itu membuktikan bahawa asas perjuangan yang berpaksikan kepada matlamat yang sama berupaya menyatukan semua kaum dalam mencapai satu keputusan yang rasional dan bijak atas dasar politik.

Pengorbanan ini tidak hanya terbatas kepada perbincangan kemerdekaan sahaja tetapi turut mempunyai kesinambungannya dalam penubuhan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang bersesuaian dengan kemasukan Sabah dan Sarawak sebagai ahli keluarga baru Malaysia. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 13 buah parti yang bernaung di bawah BN berjaya mencapai persefahaman atas slogan pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam perjuangan politik masing-masing.

Masyarakat hari ini tidak sepatutnya meletakkan pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu atau nenek moyang kita sebagai asas untuk memperingati sejarah kerana pengorbanan ini sangat signifikan sehingga membawa impak kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Pengorbanan orang dahulu perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat dengan mengambil langkah untuk melakukan pengorbanan yang sama tetapi tidak serupa dalam konteks sistem politik Malaysia pada hari ini. Bagaimanakah bentuk pengorbanan yang dimaksudkan itu?

Perkara tunjang yang perlu dilakukan adalah bersatu hati, bermuafakat, tidak rakus dan tamak serta menjadikan agama sebagai pegangan. Dengan trend politik yang semakin mencabar pada hari ini, bukan sahaja sukar untuk mengekalkan dua pertiga majoriti malah mencapai perpaduan nasional juga perlu melalui laluan yang agak sukar. Dengan sifat kepartian yang sangat berorientasikan kaum, ia telah menyumbang kepada pembahagian dalam kelas masyarakat mengikut kaum dan ia menjadi semakin nyata.

Kita tidak boleh menyalahkan sejarah yang telah membentuk sifat politik pada hari ini kerana kehadiran sejarah negara yang kita ada ini telah menjadi penunjuk aras yang sangat baik untuk membawa masyarakat demokrasi melangkaui anjakan paradigma yang ditentukan oleh politik perkauman sebegini.

Perpaduan juga memerlukan pengorbanan dan tanpa pengorbanan oleh semua masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Orang Asli, Iban, Kadazan, Murut, Dayak, Melanau dan pelbagai etnik lain yang turut berperanan dalam pembentukan masyarakat majmuk Malaysia, ternyata matlamat ini akan menjadi angan-angan atau sia-sia sahaja. Melalui pengorbanan sosial, ekonomi, politik dan ruang pemikiran yang digunakan sebaik mungkin telah mencorakkan kehidupan masyarakat seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Sekiranya pemimpin-pemimpin politik tidak bekerja dengan lebih kuat dan gigih untuk memartabatkan kedudukan semua kaum, ini menjelaskan bahawa mereka kekok untuk berkorban demi kepentingan rakyat Malaysia. Pemimpin-pemimpin politik dalam kalangan semua parti tidak kira sama ada BN mahupun pakatan pembangkang tidak pernah terkecuali memperjuangkan nasib anak bangsa Malaysia.

Mereka sudah dipilih dan mereka perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebaik mungkin pada tahap full swing. Mereka adalah milik masyarakat Malaysia dan kedudukan mereka lebih popular daripada selebriti atau artis kerana mereka merupakan first class public figure. Pengorbanan masa, kudrat dan tenaga, idea-idea apatah lagi wang ringgit sudah menjadi perkara biasa bagi setiap pemimpin negara untuk turun padang dan melaksanakan tugas supaya dapat memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang baik.

Tidak cukupkah pengorbanan yang mereka lakukan kepada negara sehingga terdapat segelintir atau sebilangan besar rakyat yang menolak kepimpinan mereka dan mereka turut diraikan dengan pelbagai cemuhan, nista, fitnah, tuduhan melulu dan lain-lain? Jangan tepuk dada tetapi berfikir sejenak sekiranya kita menjadi seorang pemimpin atau mungkin seorang majikan, ketua jabatan, ketua kampung, pengerusi dan sebagainya.

Adakah kita mempunyai banyak masa yang berkualiti bersama keluarga atau harus mengorbankan sebahagian daripada masa yang kita ada semata-mata mahu menggembirakan orang tersayang? Menarik juga perbincangan tentang pengorbanan dalam dunia politik ini kerana tidak ada satu parti politik pun yang terkecuali dalam memperjuangkan matlamat mereka sehingga berjaya.

Perkara yang menarik perhatian penulis adalah pendekatan yang diambil oleh parti-parti politik tersebut tidak boleh dipandang remeh. Inilah yang membawa kepada pengorbanan parti politik atau ada yang dijadikan sebagai subjek korban tersebut dalam propaganda yang dilakukan. Rakyat, ahli dan penyokong parti-parti politik bukanlah mangsa keadaan yang boleh dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk memastikan penyelidikan itu berjaya atau tidak.

Mereka merupakan kelompok yang sangat fragile, sekiranya tidak ditatang dengan baik pasti akan hancur berkecai dan terbahagi kepada pelbagai puak. Mereka antara kumpulan yang sangat penting dalam memastikan perjuangan parti politik menemui kejayaan mahupun kegagalan. Dalam erti kata yang lain, tanpa sokongan dan bantuan mereka parti-parti politik tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan atau status quo. Pengorbanan mereka sangat suci dan tulus kerana mereka berjuang demi kepentingan parti, tokoh politik, hak sosial, ekonomi dan politik dan masa depan diri serta keluarga mereka.

Penulis ialah Pensyarah Kanan & Panel

Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan

Pilihan Raya (UMCEDEL), Fakulti Sastera

dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

DEMOKRASI KITA MATANG ?

Posted: 05 Jan 2011 03:51 PM PST

Wujudkan masyarakat demokratik matang

Pada 8 September ini, genaplah separuh penggal Parlimen ke-12. Untuk muhasabah, kita perlu melihat keadaan dan perkembangan demokrasi di negara kita. Persoalan pokoknya adalah sejauh manakah demokrasi kita matang? Persoalan ini wajar kerana, pertamanya, ia satu daripada cabaran Wawasan 2020, iaitu membangunkan dan mewujudkan masyarakat demokratik yang matang, dan keduanya, ia sesuai dengan realiti politik kontemporari yang dahagakan demokrasi yang matang.

Demokrasi yang matang adalah apabila kita berjaya meluaskan dan meningkatkan partisipasi rakyat, termasuk belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam struktur dan proses membuat keputusan dalam setiap bidang dan peringkat dengan adil, terbuka dan bertanggungjawab.

Antara realiti politik hari ini ialah kebangkitan kuasa belia. Jumlah pengundi muda berusia antara 21 hingga 35 tahun bakal menentukan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 iaitu seramai 7.36 juta orang atau 49.7 peratus. Jumlah itu lebih besar berbanding hanya 40 peratus pada PRU ke-12.

Justeru, kita perlu menyelami partisipasi politik belia. Menurut Spannring R., Ogris G. dan Gaiser W. (Ed) (2008), dalam bukunya Youth and Political Participation in Europe, ia melibatkan empat keadaan iaitu pertama, hubungan belia dan politik yang bersifat multi- dimensi. Apakah keadaan sosial dan politik semasa dan setempat serta pandangan belia terhadap politik?

Kedua, bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi dalam politik. Apakah caranya belia berpartisipasi dengan aktif dalam politik dan bagaimanakah mereka menilai pelbagai bentuk partisipasi politik?

Ketiga, mengenal pasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik. Apakah peranan dan keberkesanan ibu bapa, rakan sebaya dan pendidikan formal terhadap partisipasi politiknya?

Dan keempat, kesaksamaan gender iaitu dari segi partisipasi belia wanita. Adakah belia wanita mempunyai kefahaman dan amalan politik yang sama atau berbeza dengan belia lelaki?

Antara kumpulan belia yang penting ialah pelajar IPT. Mereka bukan terhad kepada pelajar ijazah pertama sahaja, tetapi juga pelajar pasca-siswazah. Di universiti penyelidikan, jumlah pelajar pasca-siswazah mengatasi jumlah pelajar ijazah pertama.

Apabila saya mencadangkan agar pelajar IPT dibenarkan menganggotai parti politik, ia mempunyai dua matlamat utama, iaitu untuk memenuhi haknya sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan dan untuk mematangkan demokrasi.

Bagi memenuhi hak pelajar IPT yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan), ia bukan bermakna mewajibkan semua pelajar IPT menjadi ahli parti politik. Ia adalah untuk melindungi hak mereka yang ingin memenuhi haknya sahaja. Ini perlu dilakukan kerana sekarang, hak itu dihalang oleh perundangan IPT.

Bagi mematangkan demokrasi pula, ia bersesuaian dengan realiti dan tuntutan semasa. Menurut Russell Dalton (2004), dalam bukunya Democratic Challenges, Democratic Choices, kini terdapat rakyat, terutamanya belia yang menolak, skeptikal dan sinis terhadap pemimpin, parti dan institusi politik. Mujur mereka masih percaya terhadap demokrasi. Tetapi, kepercayaan itu disekalikan dengan gesaan reformasi demokrasi yang melampaui sistem demokrasi yang diamalkan kini.

Dalam demokrasi, konsep partisipasi rakyat merujuk kepada pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan sahaja untuk mempertahankan fungsi institusi demokrasi, tetapi juga untuk memantau perlakuan elit politik. Ia memerlukan partisipasi rakyat yang aktif seperti perbincangan khalayak, keterlibatan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, termasuk dalam bentuk demokrasi langsung.

Oleh itu, kita perlu melakukan inovasi demokrasi. Menurut Graham Smith (2009), dalam bukunya Democratic Innovations, ia melibatkan lima teori demokrasi kontemporari tentang peningkatan partisipasi, iaitu pertama, 'demokrasi partisipatif' yang menekankan nilai intrinsik partisipasi itu sendiri. Ia bersifat mendidik dan membina rakyat. Berpartisipasi dengan sendirinya merupakan satu manfaat. Ia meningkatkan kefahaman rakyat tentang minat, kecenderungan, kemahiran, kualiti dan tanggungjawabnya terhadap politik.

Kedua, 'demokrasi deliberatif' yang memberi tumpuan khusus terhadap proses bagaimana sesuatu keputusan dibuat. Ia menekankan tentang keperluan supaya keputusan hendaklah dibuat melalui proses perbincangan sesama rakyat yang menikmati kebebasan dan kesaksamaan.

Ketiga, 'demokrasi langsung' yang menekankan tentang saat membuat keputusan. Legitimasi politik bergantung pada idea bahawa setiap rakyat mempunyai input yang saksama dan efektif dalam membuat keputusan secara kolektif.

Keempat, 'demokrasi kelainan' yang merujuk soal bagaimana kumpulan-kumpulan sosial tertentu yang kurang mampu atau ditekan telah dipinggirkan daripada proses politik. Dalam konteks ini, legitimasi politik bergantung kepada sejauhmana suara dan perspektif yang khusus daripada pelbagai kumpulan sosial itu diiktiraf dan diwakili dalam proses membuat keputusan politik.

Dan kelima, 'demokrasi kosmopolitan' yang mempersoalkan kedudukan legitimasi keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa politik transnasional, sedangkan keputusan itu dibuat tanpa melibatkan partisipasi aktif penduduk tempatan yang terkesan oleh keputusan tersebut.

Di sinilah relevannya Politik Baru, iaitu judul buku saya (2008) yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Politik baru melibatkan dua komponen utama, iaitu politik integriti dan governans baru.

Politik integriti berasaskan idealisme perjuangan yang melibatkan tiga tunggak iaitu politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti. Governans baru pula berasaskan kerangka yang melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil) bersinergi dalam membuat keputusan.

Antara contoh inovasi demokrasi adalah perhimpunan rakyat, contohnya, perhimpunan tahunan melibatkan 16,600 penduduk Porto Alegre, Brazil yang membuat keputusan tentang sebahagian daripada bajet bandar itu; mini Parlimen, contohnya Dewan Rakyat British Columbia melibatkan 160 penduduk mencadangkan sistem pilihan raya baru untuk wilayah itu; legislatif langsung, contohnya rakyat Switzerland mengundi meluluskan kira-kira 10 peratus keputusan kerajaan setiap tahun; dan e-demokrasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), contohnya e-forum dan e-undi.

Sebagai Ahli Parlimen Temerloh, saya telah menubuhkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) sebagai mini Parlimen yang dianggotai perwakilan ketiga-tiga sektor governans baru, iaitu kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil. Pada 7 September ini, saya akan mempengerusikan persidangan yang keempat. Agenda kali ini adalah penilaian Kad Laporan Separuh Penggal Ahli Parlimen Temerloh (Parlimen Ke-12). Kad laporan ini disiarkan di laman web saya: saifuddinabdullah. com.my.

Demokrasi matang menjanjikan suara dan peranan rakyat dipertingkat, manakala isu- isu rakyat ditangani dengan lebih cepat dan cermat.

Menyelami partisipasi politik belia

PADA 4 Julai ini genaplah 100 hari saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dalam tempoh itu, tema utama yang saya bincangkan ialah partisipasi (penyertaan) belia dalam politik. Antaranya, sokongan belia terhadap Barisan Nasional (BN).

Saya berpendapat kita belum memahami sepenuhnya realiti partisipasi politik di kalangan belia. Bagaimanakah belia kita melihat politik? Bagaimanakah mereka mendekati dan melibatkan diri dalam dunia politik? Kumpulan manakah yang terlibat dalam politik secara aktif? Apakah iklim pembelajaran dan struktur peluang yang dapat memupuk penyertaan mereka?

Saya merujuk beberapa kajian di negara ini, misalnya oleh Merdeka Centre dan di luar negara, contohnya oleh Spannring R., Ogris G. dan Gaiser W. (Ed), (2008), Youth and Political Participation in Europe.

Kita perlu bermula dengan memahami erti partisipasi (participation). Ia berasal daripada perkataan Latin iaitu "pars" yang bermakna "bahagian" dan "capere" yang bermakna "mengambil". Atau mengambil bahagian, melibat atau menceburkan diri dan berkongsi.

Ia dipengaruhi dan juga mempengaruhi, struktur, proses dan sumber tertentu. Matlamat akhirnya ialah perubahan sosial, iaitu melalui atau oleh pelakunya.

Partisipasi politik pula boleh dilihat daripada pelbagai pendekatan dalam teori demokrasi. Antaranya ialah pendekatan realis yang berasaskan perwakilan dan pemerintahan elit demokratik dan melihat demokrasi bukan sebagai pemerintahan oleh rakyat tetapi sebagai pemerintahan oleh politikus yang mendapat persetujuan rakyat.

Aktiviti utama partisipasi rakyat ialah pengundian pada pilihan raya. Selepas itu, rakyat hanya menjadi penonton sahaja.

Sebaliknya, terdapat pula pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan sahaja untuk mempertahankan fungsi institusi demokrasi, tetapi juga untuk memantau perlakuan elit politik. Ia memerlukan partisipasi rakyat yang aktif seperti perbincangan khalayak, keterlibatan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, termasuk dalam bentuk demokrasi langsung (direct democracy).

Partisipasi belia mula mendapat pengiktirafan terutamanya sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia, di mana partisipasi menjadi temanya.

Sepuluh tahun kemudian, ia mula diiktiraf sebagai mempunyai konotasi politik apabila dokumen PBB, Plan of Action for Youth Programmes for the Year 2000 and Beyond menggunakan frasa "partisipasi penuh dan aktif dalam membuat keputusan".

Pada masa yang sama, selaku Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, saya menulis gagasan "hak upaya belia" yang kemudiannya digunakan dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997), Program Belia Komanwel (1998) dan Persidangan Pertama Menteri Belia Sedunia (1998).

Ketika menutup rasmi Forum Belia Ke-3 sempena Persidangan Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 baru-baru ini, saya menggesa ketua-ketua negara anggota pertubuhan itu supaya melipatgandakan hak upaya belia sebagai satu pendekatan bagi memperkasa partisipasi belia, termasuk dalam politik.

Pra syarat bagi kefahaman terhadap partisipasi belia dalam politik adalah dengan mengiktiraf tiga permintaan utama belia iaitu: suaranya didengar, peranannya diiktiraf dan isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasi mereka.

Selanjutnya, kita perlu menyelami partisipasi politik belia dalam empat keadaan. Pertama, hubungan belia dan politik yang bersifat multi dimensi. Apakah keadaan sosial dan politik semasa dan setempat serta pandangan belia terhadap politik?

Di sebalik segala faktor yang membentuk sistem politik sedia ada serta hubungan antara politik dan rakyat, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pendekatan belia terhadap politik – lazimnya kurang kita fahami.

Kedua ialah bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi dalam politik. Apakah caranya belia berpartisipasi dengan aktif dalam politik dan bagaimanakah mereka menilai pelbagai bentuk partisipasi politik?

Persepsi mereka mencerminkan imej politik yang dilihatnya dan pengalaman politik yang pernah dilaluinya. Sebahagian daripada mereka pernah melalui pengalaman parti politik tradisional yang lebih menutup daripada membuka ruang untuk pertukaran dan perkongsian idea serta pembentukan komuniti dan budaya politik yang bersih lagi segar.

Ketiga, mengenal pasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik. Apakah peranan dan keberkesanan ibu bapa, rakan sebaya dan pendidikan formal terhadap partisipasi itu?

Sistem pendidikan mempunyai kesan besar jika ia benar-benar memberikan ilmu politik serta peluang berpartisipasi dalam proses demokratik melalui kokurikulum yang mantap.

Dan keempat, kesaksamaan gender iaitu daripada segi partisipasi belia wanita. Adakah belia wanita mempunyai kefahaman dan amalan politik yang sama atau berbeza daripada belia lelaki?

Kita perlu memantau dan menilai pandangan dan pilihan partisipasi belia wanita yang seimbang dengan belia lelaki. Jurang antara partisipasi belia wanita dengan belia lelaki kelihatan semakin kecil tetapi fenomena siling kaca dalam parti politik masih besar.

Kesimpulannya, belia mempunyai imaginasi tersendiri terhadap partisipasi dalam politik. Cara, corak dan citra politiknya mungkin berbeza dengan kita. Dan kerana itu kita perlu menyelami minda mereka bukan sahaja untuk memperbaiki kefahaman kita, tetapi lebih penting lagi ialah untuk mengehakupayakan mereka agar dapat mengoptimumkan potensi politik mereka.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.">

Tolak sistem politik kelas

Posted: 05 Jan 2011 03:47 PM PST



DARI semasa ke semasa satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu terus menjadi perdebatan dan dipertikaikan. Malah akibat daripada kurangnya cengkaman politik Melayu, pelbagai pihak mula bangkit menuntut perkara-perkara yang selama ini begitu asing bagi rakyat negara ini.

Terbaru adalah tuntutan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikaji semula dan konsep kesamarataan diberikan kepada semua kaum. Ketika mengulas perkara ini, Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling menganggap apa yang berlaku tidak boleh dibiarkan. Justeru beliau merumuskan apa yang cuba dilakukan oleh kelompok berkenaan adalah bertujuan bagi menjayakan politik berasaskan kepada kelas.

''Politik berasaskan kelas berlawanan dengan politik berasaskan kaum. Lalu yang diperjuangkan oleh golongan ini ialah berasaskan kelas iaitu semua kaum itu sama,'' katanya.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR, beliau juga turut memberi pandangan apa yang harus dilakukan oleh pemimpin dan orang Melayu bagi menghadapi 'ancaman' tersebut ini termasuklah memastikan mereka memahami sepenuhnya apa yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan berhubung perkara-perkara yang menyentuh mengenai keistimewaan dan hak-hak orang Melayu.

Menurut beliau, apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan bukanlah sesuatu yang direka malah sememang sudah wujud dan seharusnya dihormati. Atas sebab itulah orang Melayu tidak harus membiarkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya cuba menggugat peruntukan berkenaan.

Selain itu Dr. Zainal juga melontarkan pandangan betapa perlunya Malaysia mempunyai pemimpin yang mampu membentuk pemikiran rakyat dan bukannya melontarkan idea yang kesudahannya boleh dipertikaikan.

MINGGUAN: Bagaimana Datuk melihat perkembangan politik dan nasib orang Melayu pada masa ini?

DR. ZAINAL: Sekarang ini kita berhadapan dengan isu yang besar. Ini kerana ada usaha yang amat menyeluruh di Malaysia dan juga di seluruh dunia terutama di kalangan ahli akademik yang cuba meruntuhkan apa yang dinamakan sebagai politik kaum bukan politik perkauman. Maknanya ada usaha supaya politik Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut dan sebagainya digantikan dengan politik yang berasaskan kelas. Inilah ideologi politik yang dimainkan oleh Pas, DAP dan juga PKR.

Politik berasaskan kelas berlawanan dengan politik berasaskan kaum kerana ia akan meletakkan semua kaum itu adalah sama. Ideologi yang diperjuangkan oleh sistem kelas adalah berasaskan sosialisme. Parti Rakyat itu sosialis dan DAP juga sosialis. Tetapi kalau kita meninjau keadaan politik di Eropah misalnya, sosialisme sebenarnya sudah runtuh dan digantikan kapitalis. Tetapi mereka berselindung di sebalik kapitalis dan menjalankan ideologi sosialis. Maka sekarang ini apabila kita mengambil asas kelas, bangsa akan hilang dan itulah yang dirancang oleh kelompok ini. Kebetulan orang Melayu dituduh racialisme, padahal racialisme itu betul kerana berdasarkan bangsa.

Tetapi orang Melayu tidak rasis. Kalau Melayu rasis, mereka tidak memberi hak kepada orang lain berpolitik seperti mana Ku Klux Klan di Amerika atau Red Army di Jepun. Itu adalah rasis. Jadi kepada kelompok ini orang Melayu dianggap seperti golongan Ku Klux Klan atau Red Army.

Kenapa perkara yang begini baru timbul sekarang dan bukan sejak dulu lagi?

DR. ZAINAL: Sebenarnya sejak zaman Lee Kuan Yew lagi perkara ini ditimbulkan dan diperjuangkan. Tetapi masa itu orang-orang Melayu tidak menerimanya, jadi mereka tidak menghiraukannya. Bagaimanapun anak-anak muda sekarang ini yang terdidik dengan nilai-nilai yang lebih umum dan tidak terlampau racialis, maka mereka menerima keadaan yang sama rata. Dalam perkembangan dunia luar pula sudah muncul perjuangan hak asasi manusia dan kesamarataan. Maka anak-anak muda kita pun mendukung perjuangan ini.

Sejauh manakah mereka memahami soal konsep kesamarataan ini?

DR. ZAINAL: Saya fikir mereka memahaminya daripada sudut Barat. Konsepsi ini berlaku di Barat walaupun banyak pendatang Barat tidak dianggap sebagai pendatang kecuali seperti di Perancis dan Jerman. Orang luar tidak diberi kerakyatan walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di negara itu. Cuma bezanya di Eropah, orang luar tidak lagi menjadi pendatang selepas mereka diasimilasikan dengan budaya Jerman dan Perancis. Mereka tidak lagi mengikut budaya asal. Seperti Menteri Kehakiman Perancis, dia asalnya orang Morocco tetapi sudah diasimilasikan dan tidak lagi dianggap sebagai pendatang. Tetapi kita di sini berbeza kerana walaupun seseorang itu lahir di sini tetapi budayanya masih asing. Mereka tidak tahu pun sejarah Tanah Melayu.

Adakah ini disebabkan kebebasan berbudaya yang terlampau diberikan oleh kerajaan negara ini?

DR. ZAINAL: Saya fikir ini kerana sikap liberal kita sehingga membolehkan orang pendatang tidak tahu pun sejarah negara ini. Apa lagi soal bahasa Melayu, mereka tidak mengambil endah langsung. Maka sebab itulah kita menganggap mereka ini hanya pendatang sebab tidak ada perubahan yang radikal dalam diri dari segi budaya dan penampilannya.

Mereka masih lagi mendukung kebudayaan dan sikap pendatang. Malah di segi sikap pun kita dapati mereka ini banyak sekali yang belajar tentang sejarah, sastera dan bahasa Cina. Mereka tidak belajar tentang bahasa Melayu. Mereka tidak tahu pun tentang sejarah Sarawak misalnya. Kesannya selama-lamanya berpisah dalam compartment rasis ini.

Daripada satu sudut, salah satu jalan untuk memecah compartment itu dengan menghapuskan rasis mengikut sistem kelas. Tetapi itu akan merugikan golongan bumiputera kerana mereka bukan sahaja akan selama-lamanya akan duduk di bawah, malah tidak akan wujud orang Melayu dalam kelas menengah atau atasan Malaysia. Malah mereka tidak disebut lagi orang Melayu, Kadazan atau Murut. Mereka semua duduk di bawah. Kita tidak akan sedar bahawa orang bawahan itu semuanya bumiputera. Sebab itu kita mesti menolak sistem kelas ini kerana ia akan menindas golongan bumiputera.

Adakah orang Melayu kelas elit sedar tentang kesan buruk sistem kelas yang diperjuangkan oleh puak tertentu?

DR. ZAINAL: Kelas elit memang sedar dan sebab itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO suatu masa dulu sengaja membina kelas menengah Melayu dan memperluaskannya untuk berhadapan dengan keadaan seperti ini. Apa yang diusahakan ialah kelas menengah di kalangan profesional mesti terdiri daripada Melayu. UMNO sedar tetapi tidak boleh mengelak daripada kejatuhan orang Melayu kalau sistem kelas ini berlaku.

Berjuta-juta lagi bumiputera akan menjadi orang bawahan jadi pekerja, petani atau peramu dalam hutan. Oleh itu kalau tidak ada campur tangan kerajaan dalam Perlembagaan melalui Perkara 153 selamanya orang ini akan berada di bawah kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Contohnya, orang-orang kampung kalau tidak diberi biasiswa selama-lamanya tidak dapat naik. Justeru kita terpaksa mempertahankan Perlembagaan dan kebumiputeraan itu untuk menyelamatkan orang-orang bumiputera.

Adakah sistem kelas bermakna Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah tidak berfungsi lagi?

DR. ZAINAL: DEB itu hanya nama saja. Dalam Perkara 153 disebut pembangunan sosio ekonomi yang kita namakan DEB atau dulu kita namakan Dasar Pembangunan Nasional dan sekarang Misi Nasional. Nama tidak menjadi masalah kerana selama-lamanya ia boleh membela bumiputera yang masih di bawahnya berdasarkan Perkara 153.

Jadi Perkara 153 ini tetap relevan dengan semua zaman untuk mempertahankan kedudukan bumiputera?

DR. ZAINAL: Ya, amat relevan. Dulu pada zaman Tun Razak, Perkara 153 itu tidak disebut sebagai membela mereka yang mampu. Kumpulan kelas atasan tidak mendapat bantuan yang terlalu banyak kerana kita berfikir daripada sudut kedudukan ekonomi orang Melayu. Golongan bawahan yang tidak mampu harus dibela sepenuhnya tanpa mengira bumiputera atau sebaliknya. Saya fikir kalau kita berhujah begitu barangkali lebih senang untuk melaksanakan DEB.

Bagaimana pula dengan sesetengah pemimpin politik yang menguar-uarkan untuk memberi kesamarataan kepada semua kaum?

DR. ZAINAL: Itu memang perjuangan pembangkang. Objektif mereka hanya mahu menghapuskan Perkara 153. Masalahnya sekarang UMNO tidak tahu berhujah untuk menangkis hujah pembangkang dalam isu ini. Sebenarnya kerajaan membela semua orang yang berada di bawah, tidak kira Cina, India atau Melayu.

Kerajaan akan membela mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi masalahnya UMNO tidak mendedahkan semua itu dan yang disebutkan hanya orang Melayu saja. Sepatutnya fasa dua ini membela seluruh bumiputera di Sabah dan Sarawak serta Melayu di luar bandar. Sekiranya dilakukan begini, dapatlah kita menangkap imaginasi pelbagai kaum. Jadi dalam soal ini Perlembagaan tetap relevan dan mesti dipertahankan oleh siapa pun yang memerintah. Bumiputera berhak menuntut hak mereka seperti di Pulau Pinang, orang Melayu berhak menuntut hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Adakah orang Melayu mampu mempertahankan Perkara 153 dengan perpecahan kalangan orang Melayu sekarang ini?

DR. ZAINAL: Orang Melayu boleh mempertahankan Perkara 153. Tetapi dengan syarat parti politik Melayu dan NGO Melayu mesti memperjelaskan maknanya supaya semua orang faham bahawa ada peruntukan undang-undang seperti itu dalam Perlembagaan. Orang Melayu masih boleh mempertahankan Perkara 153. Orang Melayu mesti mempertahankannya sehingga ke satu tahap di mana mereka boleh membahagikan kekayaan negara. Yang salah ketika ini ialah kita membahagikan ekuiti. Ekuiti tiada apa-apa makna. Tetapi kalau kekayaan negara, kita menuntut ekuiti kesaksamaan, orang Melayu mesti mendapat 69 peratus kekayaan negara barulah ia dianggap saksama.

Apa pandangan Datuk mengenai kewujudan Melayu liberal?

DR. ZAINAL: Mereka ini adalah orang yang tidak terlibat dalam sejarah bangsa dan tidak tahu tentang asas-asas bangsa. Mereka hanya tahu modern legal politic. Itu saja. Mereka ini terlampau terpengaruh dengan prinsip-prinsip Amerika. Sebenarnya Amerika pun tidak mengamalkan liberalisasi, hanya baru sekarang orang kulit hitam mendapat tempat di negara itu. Barack Obama pun di bawah Parti Demokrat, kalau beliau berada dalam Republikan, beliau tidak akan mendapat tempat kerana parti itu masih mempertahankan apa yang ada. Kita juga akan menjadi Republikan yang konservatif mempertahankan apa yang ada. Di negara kita akan muncul golongan yang memperjuangkan kelas seperti Parti Demokratik, satu lagi mempertahankan racial group seperti Parti Konservatif di England dan Parti Republikan di Amerika. Itu akan berlaku di negara ini.

Adakah ini berlaku disebabkan oleh lemahnya politik orang-orang Melayu?

DR. ZAINAL: Itu bukan kerana lemahnya politik Melayu tetapi lemahnya pemikiran pemimpin Melayu. Mereka tidak dapat menterjemahkan dan mentafsir Perlembagaan itu sepenuhnya dan mempertahankannya. Saya fikir kalau pemimpin politik Melayu seperti Tunku Abdul Rahman sudah pasti kita boleh mendepani keadaan ini. Tetapi kemudiannya Tunku pun jadi liberal hingga tercetus tragedi 13 Mei. Kalau pemimpin kita dapat menjelaskan apa yang ada dalam Perlembagaan negara, keadaan tidak akan sampai ke tahap sekarang ini.

Dalam negara ini, Perlembagaan itu membayangkan ada negeri Melayu. Asas dalam Perlembagaan ialah Persekutuan Malaysia terdiri daripada negeri-negeri Melayu. Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan adalah negeri Melayu dan Perlembagaannya masih kekal sebagai Perlembagaan Melayu. Menteri Besar mesti Melayu dan Islam, itu Perlembagaan negeri Melayu. Dan Malaysia adalah gabungan negeri-negeri Melayu kecuali Sabah, Sarawak , Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang. Itu pun rajanya adalah Yang di-Pertuan Agong. Tetapi yang lain Menteri Besarnya mesti Melayu dan Islam. Bermakna Malaysia itu negeri Melayu pada asasnya. Maka kerana itu Perlembagaan disusun dengan meletakkan Melayu sebagai teras seperti bahasa Melayu, pentadbiran Melayu, ekonomi Melayu dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Pemimpin Melayu mesti memberikan hujah yang rasional bahawa negeri ini adalah negeri Melayu dan semua orang hanya mempunyai hak tertentu dalam negeri ini seperti hak persamaan, ekonomi, hak asasi, hak berpolitik dan sebagainya. Tetapi dengan syarat kita mendidik anak -anak kita sejak awal lagi bahawa ini negeri Melayu. Tetapi apa yang berlaku ialah pemimpin kita tidak punya visi itu dia tidak faham Perlembagaan. Empat lima tahun kebelakangan ini sudah ada suara-suara supaya diwujudkan kesamarataan. Mereka mempersoalkan hal-hal lain dalam Perlembagaan dan mentafsirkan Perlembagaan secara selektif, bermakna yang mana menguntungkan mereka akan disokong, kalau tidak menguntungkan mereka tidak disokong. Malah mereka akan menekankan hak-hak asasi manusia.

Bagaimana Datuk melihat pemimpin-pemimpin Melayu sekarang ini kerana kalau dilihat pemimpin Cina boleh bercakap mengenai isu Cina tanpa dibelenggu perbezaan politik?

DR. ZAINAL: Masalah yang terbesar ialah kerana pemimpin Melayu tidak lagi membentuk pemikiran rakyat. Yang membentuk pemikiran kita ialah orang-orang Cina seperti dalam Gerakan dan MCA yang menuduh pemimpin Melayu tidak adil kepada mereka. Tetapi pemimpin Melayu tidak menjawab bahawa 50 tahun pemimpin Melayu memberi peluang untuk mereka membesar. Kita tidak memberi pun data keuntungan orang bukan Melayu di bawah DEB. Orang Melayu dapat 20 peratus misalnya tetapi yang 80 peratus siapa yang dapat? Tetapi kita sibuk dengan 20 peratus ini saja.

DEB itu menguntungkan orang lain kerana orang Melayu hanya baru hendak berubah daripada ekonomi tani dan nelayan kepada ekonomi bandar. Kita baru sampai ke tahap itu saja. Kita belum naik ke tahap industri kecil dan sederhana (IKS). Jadi DEB sebenarnya hanya sempat menaikkan orang Melayu dan bumiputera daripada ekonomi nelayan dan petani kepada ekonomi gerai di pinggir-pinggir bandar. Orang Melayu tidak dapat restructure ekonomi Cina yang sudah menguasai IKS. Jadi kalau kita tidak dapat membentuk pemikiran bangsa seperti yang kita mahu dan membiarkan Gerakan dan MCA membentuknya bermakna kita akan kalah. Itu yang menjadi masalah besar. Dulu Dr. Mahathir membentuk pemikiran dan orang dapat memegangnya seperti membuat Wawasan 2020.

Apa nasihat Datuk kepada orang Melayu?

DR. ZAINAL: Orang Melayu harus bertindak dalam multi dimensi. Mereka mesti faham kuasa yang ada kepada orang Melayu dan parti politik Melayu. Golongan pemimpin terutamanya harus memahami kedudukan sebenar mereka dalam peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Selain itu mereka harus mentafsir kembali peluang-peluang dalam Perlembagaan itu dan bagaimana membentuk kembali negara seperti mana yang dibayangkan oleh Perlembagaan itu dalam semua sudut.

Fahami erti sebenar patriotisme

Posted: 05 Jan 2011 03:46 PM PST

Fahami erti sebenar patriotisme

SETELAH membaca berita terbaharu buletin parti-parti politik bukan Melayu, Malaysiakini dan MalaysianInsider mengenai patriotisme, saya fikir kita sudah tidak rasional dan profesional dalam membincangkan isu ini.

Niat tersembunyi mereka semakin terserlah, termasuk menemubual bekas tentera bukan Melayu yang telah bersara, dengan provokasi tertentu, agar individu tertentu menjadi sasaran bagi mendapatkan political mileage. Apakah perancangan halus sebegini masih tidak dapat membuka mata hati kita?

Ternyata pemahaman mereka terhadap makna patriotisme tersasar jauh. Mereka begitu beriya-iya menonjolkan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai ikon dan hujah kuat patriotisme. Hujah ini bukan sahaja tidak tepat, malah menyimpang dari sejarah sama sekali. Penubuhan MPAJA bukan untuk mempertahankan tanahair tetapi disebabkan oleh dendam dan permusuhan antara China dengan Jepun.

Fakta ini sepatutnya telah jelas, tetapi sengaja dimanipulasikan. MPAJA tidak ada kaitan dengan semangat patriotisme. MPAJA adalah komunis. Begitu juga dengan memberi nama muzium Sun Yat Sen oleh kerajaan Pulau Pinang. Apa kaitan Sun Yat Sen sejarah negara dan patriotisme? Tanyalah guru sejarah, jika itu bukan bidang kita. Saya harap PKR dan Pas tidak buta dengan pakatan ini dan mampu bersuara antara hak dengan batil.

Mengambil data kuno sebelum tahun 1971 dengan menunjukkan betapa ramainya bukan Melayu menyertai pasukan tentera menampakkan betapa sindrom ultra kiasu masih membelenggu kita. Ketika itu, kita baru sahaja mengecapi nikmat hidup tanpa dijajah dan semangat patriotisme begitu berkobar-kobar. Kini sudah lebih 40 tahun berlalu, rujuklah statistik terbaharu, barulah nampak lebih rasional dan tidak sangat untuk menegakkan benang basah. Lepas itu, buatlah kajian kenapa minat mereka begitu berkurang berbanding dahulu.

Seterusnya mereka berpendapat semangat patriotisme tidak hanya boleh dinilai dengan menyertai pasukan tentera, tetapi melalui pematuhan undang-undang, bekerja keras, berusaha mengumpul kekayaan dan membangunkan negara. Tidak ketinggalan tindakan menentang ketidakadilan dan kerajaan hari ini, juga tergolong dalam erti patriostime. Pemahaman seperti ini sekali lagi jauh tersasar.

Mereka mengukur patriotisme berasaskan benda atau materialistik, walhal makna patriotisme lebih daripada itu. Patriotisme melibatkan unsur kerohanian (agama), penyerahan jiwa raga sehingga nyawa sebagai gadaian. Ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan adalah satu contoh jelas patriotisme. Katanya: "Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup."

Jelas sekali ketika itu, para mujahidin ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah, agar agama, bangsa dan negara terbela. Patriotisme boleh sampai ke tahap jihad jika matlamatnya benar. Inilah faktor utama yang menyatukan umat Melayu Islam melalui kebangkitan nasionalisme menghalau penjajah sehingga ramai yang syahid mempertahankan Tanah Melayu.

Justeru, saya kurang setuju apabila definisi patriotisme disempitkan dengan menyamakan dengan definisi wathaniyyah atau cintakan negara sahaja. Benar, istilah patriotisme datang dari barat, tetapi tidakkah kita bertanggungjawab untuk mengislamisasikannya? Cinta kepada bangsa dan negara dibenarkan jika bertujuan untuk memelihara agama. Bacalah pendapat Ibnu Khaldun sama.

Rakyat Malaysia sepatutnya mengkaji kenapa Menteri Pertahanan berkata demikian? Apakah kaitannya semangat patriotisme dengan bidang ketenteraan (pasukan keselamatan)? Menyertai pasukan keselamatan melibatkan pengorbanan jiwa raga untuk agama dan negara. Adakah kita sanggup untuk melakukannya sekiranya kita diselubungi dengan kiasi atau takut mati? Saya harap mereka yang membangkitkannya boleh faham maksud tersebut.

Diukur

Kita perlu membezakan antara makna patriotisme, nasionalisme dan taat setia, kerana ia saling berkaitan. Tidak ada patriotisme selagi tidak ada taat setia. Taat setia mesti diukur dari segi menghormati dan mematuhi kepada Perlembagaan negara terlebih dahulu.

Bukannya dengan berkata saya cintakan negara ini 1,000 kali atau menggunakan nama blogging seperti "Malaysian", "I am Malaysian", "Malaysian Heart", atau melaungkan saya diperanakkan di sini dan membayar cukai dan sebagainya. Jika itulah hujahnya, buruh asing pun membayar cukai dalam bentuk "levi". Setiap rakyat mesti taat setia kepada negara. Perlu nationalistik dan patriotik, barulah akan lahir patriotisme. Pada saya, tidak sukar untuk rakyat Malaysia bersatu jika mereka mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Patriot adalah orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara, sehingga sanggup menggadaikan nyawa. Kesemua ini istilah jika diadunkan tidak bertentangan dengan Islam jika agama tidak di kesampingkan.

Persoalannya, di manakah patriotisme jika tidak ada taat setia dan rasa hormat kepada Perlembagaan negara termasuk peruntukan-peruntukan sensitif seperti Perkara 3(1) kedudukan agama Islam, Perkara 152, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153, Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan Raja-raja Melayu. Sebenarnya sudah terhakis taat setia, nasionalisme dan patriotisme apabila kita mempertikaikan kedaulatan perlembagaan tersebut. Mempertahankan perlembagaan bermakna mempertahankan kedaulatan negara.

Berpegang teguh kepada apa yang telah dipersetujui oleh pemimpin sebelum merdeka (kontrak sosial) dan dirakamkan di perlembagaan adalah nasionalisme. Nasionalisme atau "perasaan mencinta negara sendiri" perlu berpusat kepada perkataan "negara sendiri". Bermakna, tidak ada lagi perasaan bangga kepada negara asal.

Tidak lagi mengagung-agungkan meningkatnya kuasa ekonomi China dan India, tetapi bolehlah digunakan sebagai contoh untuk berhujah dari segi akademik. Inilah bibit-bibit ke arah patriotisme. Termasuk juga melebihkan eksport lebih dari import supaya imbangan perdagangan (balance of trade) menjadi baik bagi negara kita. Atau mengelakkan mengimport barangan atau perkhidmatan yang tidak berkualiti, sehinggalah mutu dan teknologi barangan di negara-negara tersebut diakui baik di peringkat antara bangsa.

Patriotisme memerlukan perasaan cinta yang amat mendalam terhadap tanah air dan mempertahankannya adalah satu kemestian (agama). Ini termasuk kesanggupan mengangkat senjata dan memerangi musuh apabila diisytiharkan, terutama ketika berlaku peperangan, termasuk juga yang tidak diisytiharkan atau undeclared war. Misalnya, Konfrontasi Malaysia-Indonesia ketika cadangan penubuhan Malaysia 1963.

Menyedihkan

Apakah ukuran patriotisme jika jumlah yang sanggup berkhidmat dalam pasukan keselamatan hanya sekelumit? Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak mahu mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara. Mereka lebih selesa menggunakan nama bangsa sahaja, kerana dengan sebutan bangsa itu sudah boleh membawa dua makna iaitu bangsa itu sendiri dan negara asal.

Sama juga respons yang diberikan apabila Kempen Sekolah Satu Sistem mencadangkan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersepadu berasaskan satu bahasa serta satu sekolah untuk semua. Belum apa-apa lagi pertubuhan-pertubuhan perkauman ini membantah sekeras-kerasnya dan mengeluarkan kata-kata mengarut seperti "a nation within a nation", "multi-nation state" dan sebagainya.

Justeru, sudah sampai masanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelajaran, memberi penerangan sepenuhnya kepada rakyat. Jelaskan makna taat setia, nasionalisme dan patriotisme yang sebenar. Sekurang-kurangnya, konsep-konsep asas ini perlu diserapkan dalam mata pelajaran sejarah apabila ia mula diperkenalkan sebagai subjek di sekolah-sekolah mulai tahun 2013.

Mengikut statistik tahun 2005 pula, mereka yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam berasaskan kaum adalah, Melayu 77.4 peratus, Cina 9.37 peratus dan India 5.14 peratus. Berbanding tahun 1971, angka kaum Cina dalam perkhidmatan awam adalah sebanyak 20.2 peratus. Dalam tempoh 35 tahun, angka ini menurun 10 peratus. Kini, kaum Cina dalam perkhidmatan polis berada pada aras di bawah 3 peratus. Salah siapa? Fikirkan secara rasional daripada menyalahkan orang lain.

Lagi pula, berdasarkan kajian oleh MCA tahun 2007, menunjukkan bahawa orang Cina memang tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam sebagai kakitangan bawahan. Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar yang berpangkat tinggi. Misalnya dalam perkhidmatan polis, daripada 250 belia-belia yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan inspektor berbanding jawatan konstabel. Kajian ini menunjukkan bahawa orang Cina tidak mahu berada pada kedudukan pangkat rendah. Mereka mahukan kedudukan yang lebih tinggi. Lagipun profesion mempunyai kaitan rapat dengan sikap kiasi atau takut mati

Berbeza dengan orang Islam, kita percaya dalam patriotisme itu terungkap konsep jihad, tanpa mengambil kira soal pangkat dan darjat. Jihad yang paling besar adalah mempertahankan agama, diikuti bangsa dan negara. Inilah faktor yang kuat menyatukan umat Islam terdahulu sehingga sanggup berkorban nyawa. Malangnya hari ini, kita asyik bergaduh dan bertelagah. Kita sanggup mengkafirkan konsep patriotisme dan nasionalisme, mengatakan ia adalah perancangan barat untuk memporak-peranda umat Islam sehingga kita tidak dapat bersatu. Sedangkan ia hanyalah satu istilah yang didefinisikan oleh barat secara sekular tanpa mengaitkannya dengan agama. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk mengIslamkannya, bukan mengkafirkannya hanya kerana ia datang daripada barat? Inilah sebenarnya punca kepada perpecahan umat Islam.

PRK TENANG : Ujian CSL dan Palanivel

Posted: 05 Jan 2011 03:41 PM PST

PRK Tenang: Pertemuan dua ChuaPILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Tenang sudah pasti menarik perhatian banyak pihak. BN mahu mempertahankan kerusi itu dan menjaga imej Johor sebagai kubu kuat UMNO/BN manakala Pas sudah tentu mahu menebus kegagalan mempertahankan DUN Galas dalam PRK lalu.

Faktor lain yang menyumbang kepada perhatian ke Tenang ialah kawasan itu berada di bawah Parlimen Labis yang diwakili Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong. Beliau juga adalah anak Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang pernah mewakili kawasan itu.

Menurut taburan pengundi, dianggarkan jumlah pengundi Melayu ialah 49 peratus, Cina 38 peratus dan India 12 peratus. dalam PRU lalu, Allahyarham Sulaiman Taha memperoleh 6,367 undi, menang dengan majoriti 2,492 undi mengalahkan calon Pas, Mohd Saim Siran yang mendapat 3,875 undi.

Pada 2004, Sulaiman juga menang mengalahkan calon yang sama tetapi majoriti lebih besar iaitu 5,517 undi. Ketika itu Sulaiman mendapat 7,655 undi manakala Saim 2,138 undi. Turut menarik perhatian ialah bagaimana Soi Lek akan memastikan sokongan pengundi Cina kepada BN khususnya di kalangan ahli-ahli MCA terhadap kepimpinannya. PKR pula melalui Naib Presiden yang dilantik, Chua Jui Meng dijangka turut membantu untuk memastikan kemenangan calon Pas. Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor serta bekas Ahli Parlimen Bakri dan bekas Menteri Kesihatan sudah tentu masih mempunyai pengaruh.

Boleh dikatakan Tenang juga akan menyaksikan pengaruh 2 Chua yang secara kebetulan kedua-duanya bekas Menteri Kesihatan untuk menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi-pengundi Cina. Bagi masyarakat India pula, ia sudah tentu menjadi pentas pertama kepada G.Palanivel yang baru-baru ini diberi tanggungjawab sebagai Presiden MIC selepas peletakan jawatan S.Samy Vellu. Sejauh manakah sokongan masyarakat India di situ? Justeru Tenang yang nampak tenang tetapi akan 'bergelora' dengan semangat baru parti-parti politik yang akan turun berkempen.

Di pihak BN, ia tentulah melibatkan UMNO, MCA, MIC sementara di pihak pakatan pembangkang pula Pas, PKR dan DAP. Mungkin DUN Tenang menjadi pentas ujian sebenar bagi parti-parti politik menjelang PRU akan datang.

DAULAT TUANKU

Posted: 05 Jan 2011 03:36 PM PST

Intelektual, prihatin seorang Raja


Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim menghadiri majlis makan malam Outward Bound Malaysia di Petaling Jaya pada 7 September 2007.


SEORANG putera raja yang tinggi daya intelektualnya dan berjiwa rakyat. Mungkin itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambar keperibadian Raja Dr. Nazrin Shah, putera sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.
Ini disebabkan baginda yang berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) tidak pernah jemu memberikan nasihat dan mencetuskan pelbagai idea baru untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.
Pendirian baginda untuk sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa status bangsawan tidak harus menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk memberikan pandangan terbuka berkaitan isu-isu masyarakat jelas terserlah dalam titah-titah yang disampaikan.
''Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan."
Dalam titah sempena pidato Institusi Beraja di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur pada 2008 itu, Raja Dr. Nazrin Shah menegaskan bahawa pandangan berterus-terang raja-raja dalam pelbagai isu adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara ini kukuh dan aman serta warganya terus sejahtera.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, kegigihan Raja Muda Perak itu untuk bersuara telah mengimbau kenangan sejarah lampau yang menyaksikan istana menjadi pusat pencetus pemikiran, perkembangan minda, pembangunan kesarjanaan dan pertumbuhan intelektualisme orang Melayu.
''Walaupun fungsi istana pada era moden dan zaman demokrasi ini telah berubah, baginda telah membuktikan bahawa golongan bangsawan masih boleh memainkan peranan sebagai penghujah, sama ketika era zaman kegemilangan Islam apabila ada tokoh tertentu yang diberi gelaran sebagai Hujjatul Islam," ujarnya.
Menurut beliau, ketinggian daya intelektual baginda cukup terserlah apabila titah yang diberikan telah memberikan pencahayaan terhadap pelbagai kemelut yang dihadapi masyarakat dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga politik.
''Saya fikir Raja Dr. Nazrin Shah ialah satu-satunya tokoh daripada kalangan bangsawan Malaysia pada saat ini yang mempunyai tahap daya intelektual amat tinggi.
''Selain ketinggian daya intelektual, baginda juga telah menunjukkan keprihatinan amat mendalam tentang nasib dan masa depan rakyat dan negara ini," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor, Siti Hendon Chik menyifatkan baginda sebagai berjiwa rakyat kerana bukan sahaja sering memberikan pandangan sangat bernas, malah turut mencemar duli turun padang bagi melihat sendiri masalah rakyat.
Beliau berkata, rata-rata rakyat melahirkan kekaguman dengan keistimewaan baginda untuk membuatkan orang berasa selesa apabila bersamanya dan boleh berbual dengan sesiapa sahaja, daripada orang kenamaan kepada rakyat biasa.
Pada September lalu, kata Siti Hendon, berdukacita dengan pelbagai aduan rakyat jelata melalui ruangan aduan di akhbar tempatan berhubung kebersihan, Raja Muda Perak itu telah mencemar duli turun padang meninjau ke kawasan tapak pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka di Taman Rapat Koperasi dan Taman Harmoni, Ipoh, Perak.
Jelas Siti Hendon, sifat penyayang baginda kepada rakyat jelata turut terserlah apabila menitahkan bahawa perbelanjaan perkahwinannya dengan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim pada 2007 ditanggung sendiri olehnya atau oleh keluarga diraja itu.
Katanya, baginda menolak peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan menitahkan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali supaya menggunakan peruntukan yang disediakan itu untuk pembangunan bagi kepentingan rakyat jelata.
Malah Raja Dr. Nazrin Shah turut menitahkan supaya keraian perkahwinan baginda dibuat secara sederhana selain menasihati syarikat dan orang perseorangan untuk tidak berlumba-lumba membeli ruang iklan ucap tahniah di akhbar-akhbar.
Baginda turut menasihatkan agar perbelanjaan tersebut disumbangkan untuk tujuan amal terutama didermakan kepada rumah-rumah ibadat, badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan anak yatim serta sekolah-sekolah di negeri Perak.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Malike Brahim pula berkata, titah Raja Dr. Nazrin Shah turut dinantikan oleh masyarakat dunia apabila baginda hadir di forum-forum antarabangsa.
Katanya, penyertaan baginda bagi membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa turut membantu membina imej positif negara dan meningkatkan keyakinan dunia luar terhadap Malaysia.

Najib Tun Razak bersama Raja Dr. Nazrin Shah dan Dr. Zeti Akhtar Aziz menghadiri Global Islamic Finance Forum di Kuala Lumpur, 25 Oktober 2010.


''Baginda telah menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik bahawa pihak istana juga turut memainkan peranan bagi memastikan dunia yang kita diami akan menjadi lebih baik pada masa depan," ujarnya.
Katanya, antara penglibatan baginda ialah memenuhi peranan sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia dengan mengetuai delegasi di Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Berhubung Dialog Antara Kepercayaan dan Kerjasama Untuk Keamanan Dan Pembangunan di Manila, Filipina pada Mac lalu.
Sebagai Duta Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), baginda sering bertitah bahawa sistem kewangan Islam mampu menjadi pilihan kepada sistem konvensional kerana ia mempromosi pengurusan kewangan secara beretika.
Baginda juga sentiasa mengingatkan para peniaga Islam terutama yang berada di Barat supaya membantu membetulkan persepsi salah tentang Islam dengan bertindak menjadi ahli korporat yang bertanggungjawab.
Menurut Malike, baginda juga turut menyampaikan titah sebagai wakil khas Kerajaan Malaysia pada Dialog Antara Agama Dan Peradaban pada Forum Pakatan Peradaban Ketiga di Rio de Janeiro, Brazil pada Mei lalu.
Ketika dialog itu, baginda menegaskan pemimpin keagamaan dalam dunia globalisasi hari ini tidak harus terbatas kepada soal berdakwah sahaja malah mereka perlu memainkan peranan memupuk keamanan dan pembangunan.
''Jika pemimpin seti ap agama boleh digerakkan untuk memperkukuhkan struktur keamanan masyarakat dan syarat pembangunan, maka mereka akan menjadi kuasa mantap untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik.
''Pemimpin agama digesa supaya menyokong inisiatif yang boleh membentuk kesedaran, memupuk persefahaman dan dialog antara pelbagai masyarakat, kepercayaan keagamaan dan kebudayaan," titah baginda.
Sementara itu, Raja Dr. Nazrin Shah juga telah menyampaikan titah utama bertajuk "Jambatan Antara Islam dan Dunia Barat Bagi Tujuan Keamanan Serta Pembangunan" sempena Forum Kepimpinan Dunia Islam di London.
Dalam forum pada Oktober lalu, Raja Muda Perak itu meminta pentadbiran AS di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama menjalankan tanggungjawabnya sebagai 'orang tengah' dalam isu Palestin-Israel secara lebih jujur dan saksama.
Baginda turut bertitah, sekiranya AS tidak mampu memikul tanggungjawab itu atas sebab masalah politik dalaman, tugas sebagai 'orang tengah' perlu segera diberikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Masih adakah Melayu di Selangor?

Posted: 05 Jan 2011 03:35 PM PST


Oleh Dr. Sharifudin Lubis

Daulat Tuanku! Patik mohon berbicara dengan pacal-pacal anak Selangor. Masih adakah Melayu di Selangor ini?

Buat kesekian kalinya daulat Tuanku dicabar. Sudah acap kali waadat Sang Sapurba dengan Deman Lebar Daun dimungkiri. Walaupun kononnya rakyat metropolitan ini tidak sangat percaya kepada sumpah tetapi Penasihat Ekonomi Negeri sendiri nampaknya takut untuk membalas sumpah Saiful.

Justeru, adalah diyakini bahawa segelintir rakyat derhaka itu yang kononnya tidak percaya dengan waadat, ternyata masih takut untuk melanggarnya!

Jika benar demikian, bermakna masih ada Melayu di Selangor. Namun begitu, jika kenyataan sedemikian itu dianggap terlalu subjektif untuk dijadikan ukuran Melayu atau tidak, gunakanlah perisian "HB Melayu - Sejauh Mana Anda Melayu" yang dihasilkan oleh Profesor Hashim Musa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Rakyat Selangor memang intelektual, canggih, dan makmur.

Orang Melayu Selangor amat perlu sedarkan diri secepat mungkin. Jangan masih leka dibuai kemakmuran dan kesenangan kerana kenyataannya jika dicabut bangunan-bangunan tinggi milik kaum lain di Selangor, hampir tidak ada yang tinggal milik Melayu kecuali beberapa termasuklah bangunan Syabas yang megah di tepi lebuh raya berhampiran Stadium Shah Alam. Itu pun sedang digoncang hebat oleh kerajaan negeri sendiri!

Panjang lebar Cuit Saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia semalam. Masihkah Melayu Selangor rela terus diludah-ludah? Waadat purba itu menyatakan jika tuanku berlaku zalim, rakyat boleh menderhaka. Tetapi tanyalah diri sendiri, adakah mana-mana rakyat Selangor diperlakukan sedemikian?

Zaman telah berubah. Kuasa Tuanku hanya bersifat eksekutif. Jika benar ada rakyat yang terzalim, itu adalah akibat perbuatan pembesar-pembesar yang cuba 'beraja di mata dan bersultan di hati' seperti Shuhaimi Shafiei. Anak Selangorkah beliau?

Rakyat Selangor bertuah memiliki Sultan yang amat luas pengalaman, malah dengan hebatnya pernah menguji diri dicabar gelombang dan gelora samudera lautan yang luas.

Dengan penuh tawaduk, Tuanku masih mampu menahan kesabaran dan bertindak dengan sungguh bijaksana. Jika tidak, sudah lama kurniaan yang dianugerahkan kepada penderhaka-penderhaka itu dilucutkan kalaupun tidak dihukum sula, dibongkar tapak rumah dan dibuang ke laut, atau seringan-ringannya diharamkan memijak tanah Selangor.

Sungguh tidak malu segelintir rakyat itu 'membuang najis dipinggan'! Barangkali mereka tidak faham dengan sindiran Allah, "kalau tak malu, buatlah."

Bagi kalangan juak-juak penderhaka Melayu itu juga sedarlah segera bahawa 'di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung'.

Saudara Zaini telah mencatatkan bahawa perkara yang sama telah dilakukan di Republik Rakyat China, India dan Yahudi Israel. Janganlah tunggu sehingga ketika 'cacing akan berpatah balik melawan naga apabila sampai di hujung lubang' (memetik perumpamaan Cina).

Sabar Melayu ada batasnya, dan percayalah 'Melayu itu hebat amuknya'!

Tidak bolehkah pembesar-pembesar Selangor yang berpelajaran tinggi, kaya-raya, dan berminda rakyat negeri maju itu bersikap sporting dalam urusan mentadbir negeri.

Janganlah merendahkan mentaliti setaraf dengan rakyat yang emosi semasa memilih tuan-tuan dahulu. Jadikanlah sempadan. Tadbirlah lubuk emas ini dengan berhemah. Janganlah terikut-ikut dengan emosi rakyat sehinggakan tuan-tuan dilihat seperti 'tidak guna satu sen pun'!

Sudah dinasihatkan tentang tertib masuk surau dan masjid, tetapi masih tidak faham dan tidak sensitif. Perbuatan sedemikian itu pun menderhaka juga namanya. Tidakkah teringin untuk terus bergelar Yang Berhormat (YB) pada pilihan raya akan datang?

Rakyat Selangor faham sangat-sangat bahawa keadaan 'berebut harta rampasan perang' sedang berlaku. Masing-masing mengambil kesempatan sehingga ada yang 'mabuk kuasa' dan melatah hendak meminda Undang-undang Tubuh Negeri. 'Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongkit'.

Mahukah Melayu Selangor nanti dilihat sepertui 'Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai'? Di mana kelas Melayu Selangor, negeri termaju di Malaysia?

Datuk Mohammed Khusrin, bacalah "Wal 'Asri" banyak-banyak kerana hanya masa yang sebenarnya akan menentukan 'siapa benar, siapa salah'. Jadilah setiausaha yang 'setia dan terus berusaha'.

Jangan pedulikan sepak terajang mereka. Rakyat Selangor yakin tuan mampu melakukannya seperti yang telah dibuktikan semasa menjawat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dahulu.

Ampun Tuanku! Semoga Allah memberkati kesabaran dan hikmah Tuanku.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

PERTIKAIAN MB KHALIB HANYA UNTUK MENUTUP KELEMAHAN PKR.

Posted: 05 Jan 2011 03:29 PM PST

Penjelasan sultan dipertikai

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

PANDANGAN PPUBJ : Menteri Besar yang bersultan di mata dan beraja di hati.

SHAH ALAM 5 Jan. – Kemelut pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) terus merumitkan apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertikaikan penjelasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani semalam.

Abdul Khalid menganggap, kenyataan akhbar tersebut adalah penafsiran peribadi Mohamad Munir dan ia tidak mewakili baginda termasuk penjelasan kenyataan Menteri Besar itu bahawa Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa menerima dan menolak calon Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Beliau berkata, Sultan Selangor memahami cadangan kerajaan negeri mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Perlembagaan Negeri untuk memperjelaskan lagi kuasa sultan dan Menteri Besar berhubung pelantikan SUK, Pengawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

''Dalam pertemuan dengan Sultan Selangor, ada dibincangkan mengenai situasi sebelum pindaan Perlembagaan Negeri pada 1993 berkaitan dengan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar membabitkan pemilihan tiga jawatan tersebut.

''Tidak ada pertikaian, kita (beliau dan Sultan Selangor) bincang mengenai sebelum 1993, sebelum pindaan melibatkan kuasa pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri oleh Sultan Selangor dan Menteri Besar.

''Mengikut logik, sebelum pindaan Perlembagaan Negeri tahun 1993, sultan dan Menteri Besar ada hak dalam pemilihan tiga pegawai kanan kerajaan negeri berkenaan. Saya harap Datuk Munir jangan tidak setuju dengan saya, kalau dia tak setuju banyak orang kena balik (belajar) di sekolah undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Mohamad Munir berkata, kenyataan Abdul Khalid pada 3 Januari lalu menyatakan Sultan Selangor berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Menurut Mohamad Munir, apa yang berlaku sebenarnya, nama-nama calon untuk jawatan SUK telah disembahkan kepada baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjalankan kuasa SPA Persekutuan selaras dengan kedudukan baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri.

Beliau menyatakan, baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan dan selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh SPA Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh JPA dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Jelasnya, perkara tersebut juga telah menjadi amalan di Selangor.

Abdul Khalid bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahawa pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK dibuat tanpa pengetahuannya selaku Menteri Besar.

Katanya, pelantikan itu tidak dilakukan berdasarkan manual pemilihan SUK, Pengawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang mana calon untuk jawatan itu harus dibuat oleh jawatankuasa pemilihan peringkat negeri.

Katanya, bagi calon SUK, mereka seharusnya terdiri daripada pegawai kerajaan yang berkelayakan sama ada di peringkat JUSA A, B dan C serta Gred 54.

''Kita ada calon-calon yang ada kelayakan itu untuk mengisi jawatan sebagai SUK, itu senarai prosesnya.

''Menteri Besar pilih tiga daripadanya dan serahkan kepada Sultan Selangor untuk pertimbangan, lepas itu kita serah kepada JPA dan kemudiannya calon yang dipilih diserahkan kembali kepada negeri sebelum diperkenankan oleh Sultan Selangor. Inilah yang ada dalam manual pemilihan SUK negeri," ujarnya.

MB jelas punca tolak Khusrin

SHAH ALAM 5 Jan. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan kerajaan negeri mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bukan kerana beliau tidak layak menduduki jawatan tersebut.

Sebaliknya kata beliau, proses pelantikan itu tidak mengikut amalan konvensional iaitu Menteri Besar diberikan ruang mengemukakan senarai pendek calon bagi jawatan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum pelantikan dibuat.

"Pada asalnya kami memang menyenaraikan nama Mohammed Khusrin dalam senarai lapan calon yang akan dipanggil untuk ditemuduga tetapi dia tidak terpilih dalam senarai tiga calon teratas untuk dicadangkan menduduki jawatan SUK.

"Sebaliknya, ada pihak lain terlebih dahulu menyerahkan nama kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah), saya tidak mahu sebut siapa pihak itu, masalahnya Menteri Besar dibelakangkan dalam proses pemilihan, ini kes main belakang MB," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Exco di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid terus berdolak-dalik mengenai kehadirannya ke upacara angkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor melibatkan pelantikan SUK esok apabila tidak mengatakan ya atau tidak.

Sebaliknya beliau berkata, "Anda tunggu dan lihat,"

Abdul Khalid turut menyatakan, kerajaan negeri memutuskan tidak akan mengadakan majlis mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar bagi Mohammed Khusrin sebagai SUK sehinggalah pindaan perlembagaan negeri berhubung perkara itu selesai dibuat.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Exco hari ini yang mahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Katanya, ia adalah untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK termasuklah Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri sebagai mana sebelum pindaan dibuat terhadap undang-undang itu pada 1993.

Katanya, notis memanggil sidang itu telah dihantar kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim hari ini dan ia dijangka diadakan dalam bulan ini.

''Exco tidak menjemput Mohammed Khusrin untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar sehingga selesai sidang DUN yang dipersetujui diadakan dalam bulan ini,'' jelasnya.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga melantik pengamal undang-undang, Datuk Param Cumaraswamy dan pakar Perlembagaan Persekutuan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk membantu membuat draf cadangan pindaan undang-undang itu.

''Selepas itu sudah tentu kita akan membawa draf pindaan tersebut kepada Sultan Selangor untuk perkenan baginda sebelum dibentangkan dalam sidang DUN," katanya.

Kelmarin, Abdul Khalid menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan sidang tergempar DUN bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang dijangka dibuat sebelum penghujung bulan ini.

Ia dilihat sebagai satu usaha untuk menyingkirkan Mohammed Khusrin yang telah diumumkan sebagai SUK baru oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, 27 Disember lalu.

ANTARA MINYAK MASAK, PETROL DAN ROKOK.

Posted: 05 Jan 2011 03:25 PM PST

Kenaikan harga Petrol RON 97 baru baru ini, ada juga yang mengeluh walau pun tidak ramai yang menggunakannya. Pemilih kereta mewah dan juga sedikit golongan remaja. Ramai yang resah kerana harganya terus naik. Malah ada juga yang secara sindiiran mengatakan BN sinomim dengan ungkapan barang naik. Kita semua atau lebih tepat lagi hanya sebilangan kecil tahu bahawa kawalan harga minyak ditentukan oleh pasaran hadapan di New York dan juga London. Luar kawalan kita. Tetapi adakah ini diketahui oleh masayarakat di bawah? Bila tak tahu ramailah yang buat pelbagai tanggapan dan ditambah pula dengan tomahan dan fitnah dari pembangkang. Api yang marak disimbah dengan minyak PETROL RON 97 maka menyalalah dengan marak sekali.

Minyak masak, barang kawalan kata Menteri berkenaan. Yang dikawal cuma harganya sahaja kot tidak bekalannya. Sebab akhir-akhir ini selepas gula kini minyak masak pula. Dua-dua barang ini keperluan rakyat terbanyak. Lebih lebih lagi orang miskin dan sederhana. orang kaya pula makan kat hotel kot. Rakyat rasa marah pada kerajaan bila bekalan kurang di pasaran. Menyusahkan. Kepada menteri berkenaan, mintak jaga sikit hal ini, Sekarang ni pasal minyak masak pun boleh dipolitikkan hingga masyarakat benci kerajaan. Bila dah benci tu faham0faham sahajalah. Ramai yang akan ambil kesempatan di ayer jernih. Bila ini berlaku maka kan susah kerjanya nak pujuk mereka balik. Jadi jaga keperluan mereka sebelum mereka merajuk dan lari.....

Rokok, walau pun bahaya tetapi menjadi candu kepada ramai orang baik lelaki mahupun perempuan. Kini budak-budak sekolah pun tumpang sekaki. Dulu harganya tak sampai pun satu ringgit. Kini sekotak hampir sepuluh ringgit. Kata seorang penagih tegar rokok kalau dua puluh pun aku beli....Maknanya walau pun harga rokok naik beberapa kali tetapi masyarakat tak marah sebagaimana petrol dan minyak masak. Pelik juga rasanya.Dah tentulah rokok bawa mudharat kepada tubuh manusia tetapi ramai yang tak kisah naik berapa tinggi pun, tetapi jangan petrol dan minyak masak boleh tukar kerajaan jawabnya?

angan biar masalah bekalan minyak masak berlarutan

Baru beberapa hari melangkah tahun baru 2011, tiba-tiba seluruh negara disajikan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak. Sebenarnya, masalah yang sama pernah berlaku pada awal tahun 2008.

Soalnya, kenapa ia masih berlaku dan berulang?

Kita tidak mahu menuduh pihak kementerian berkenaan seolah-olah tidak mempunyai strategi jangka panjang. Apa yang penting kementerian itu mesti memiliki kaedah pemantauan yang berpanjangan dan mengenal pasti sebarang punca krisis yang terhasil daripada polisi-polisi tertentu.

Acap kali kemusykilan ini bersarang di dalam minda rakyat Malaysia, bagaimana sebuah negara pengeluar dan pembekal minyak sawit utama di dunia boleh mengalami masalah bekalan ini?

Hakikat hari ini ialah bekalan minyak masak di Lembah Klang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang dilaporkan habis sejak seminggu lalu. Ramai pengguna mengeluh.

Alasan mendakwa para pengguna yang panik dikatakan punca kemelut ini tidak boleh diterima lagi.

Ke mana perginya berpuluh ribu tan metrik minyak masak di pasaran negara sekarang? Jika begini keadaannya, tidak mustahil wujud pakatan bersama antara pengilang minyak masak serta para pembekal terbabit menyorok bekalan barangan itu. Lebih-lebih lagi selepas timbul spekulasi harga minyak masak hendak dinaikkan sebanyak 40 sen sekilogram.

Secara umumnya minyak masak adalah barangan terkawal dengan harga ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan peket plastik (RM2.50).

Pengguna tidak wajar menjadi mangsa dalam isu kekurangan bekalan minyak masak sekarang.

Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah dan jaminan bekalan yang mencukupi akan pulih tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Masalah bekalan minyak masak sekarang perlu segera diatasi bagi mencegah tanggapan negatif rakyat terhadap sejauh mana ketegasan dan keberkesanan kawalan pihak kerajaan.

Masalah yang berulang ini mesti ditangani dengan tindakan tegas kerajaan. Jika perlu, kerajaan boleh membatalkan segera lesen pihak pengeluar yang melakukan kegiatan menyorok bekalan demi memastikan jaminan keselamatan makanan negara terjamin.

Kita amat-amat berharap, siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi untuk mengenal pasti punca sebenar perlu dijalankan supaya 'penjenayah' konsumerisme yang menjadi dalang di sebalik ketiadaan stok bekalan minyak masak di pasaran dihukum.

Kementerian berkenaan mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi di seluruh negara.

Sesungguhnya, kerajaan kena mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah kekurangan minyak masak ini agar apa yang berlaku kepada masalah gula pasir dahulu tidak berulang lagi.

Sesungguhnya, kita hairan kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, barang-barang kawalan menghadapi masalah bekalan.

Dan kerajaan diminta tegas terhadap permainan licik pengilang dan pemborong/pembekal yang memanipulasi keadaan dengan niat untuk menaikkan harga minyak masak.

Pemimpin dan kerajaan yang kuat tidak akan tunduk dengan permainan peniaga yang tamak dan hanya memikirkan keuntungan./td>

PEMIMPIN DAN AHLI YANG LAIN BILA LAGI?

Posted: 05 Jan 2011 03:08 PM PST

PKR Sabah makin bergolak, ramai ikut jejak Jeffrey

KOTA KINABALU 5 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus bergolak apabila semakin ramai ahlinya bertindak mengikut langkah bekas Naib Presidennya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meninggalkan parti itu.

Hari ini seramai 27 ahli termasuk pemimpin PKR dari seluruh negeri bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Bersatu Borneo (UBF) yang disaksikan oleh Jeffrey.

UBF ditubuhkan pada 16 Disember lalu oleh Jeffrey sebagai satu platform bagi membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Antara pemimpin yang bertindak keluar parti hari ini ialah Pengerusi Pasukan Petugas Kadazandusunmurut PKR Sabah, Daniel John Jambun; bekas Ketua Cabang PKR Putatan, Awang Ahmad Shah Awang Sahari; Timbalan Ketua Cabang Kota Belud, Rubbin Guribah dan Timbalan Ketua Cabang Keningau, Melvin Jaikol.

Turut bertindak keluar parti ialah Ketua Pemuda PKR Keningau, Dr. Nicholas Guntobon; Ketua Pemuda PKR Kota Marudu, Dr.Jurin Gunsalam; Setiausaha PKR Kinabatangan, Jalibin Paidi dan Ketua Penerangan PKR Kinabatangan, Yusof Parantis.

Menurut Jeffrey, penyertaan ahli PKR di dalam UBF merupakan satu langkah bijak yang dibuat dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Katanya, beliau menjangkakan lebih ramai ahli parti itu akan bertindak keluar parti pada masa akan datang.

"Sebenarnya ada lagi termasuk lima hingga enam Ketua Cabang PKR yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan akan membuat sidang media sendiri.

"Jadi saya tidak mahu sebut lain-lain dulu kerana mereka perlu menghabiskan beberapa tugas di sana," katanya.

Dalam pada itu Daniel berkata, tindakannya bersama ahli Petugas Kadazandusunmurut PKR Sabah itu dibuat selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, tindakan pemimpin PKR di negeri ini yang sering bertelagah sesama sendiri juga menyebabkan parti itu semakin hilang kepercayaan di kalangan akar umbi.

Beliau memberitahu, meskipun hanya 27 ahli PKR bertindak keluar parti hari ini, setiap pemimpin PKR berkenaan mempunyai ramai pengikut yang akan turut berbuat demikian.

Dalam pada itu Awang Ahmad Shah berkata, beberapa Ketua Cabang PKR akan mengumumkan keluar parti pada 17 Januari ini.

"Saya tidak boleh sebut siapa tetapi kita sudah membuat keputusan akan mengumumkannya pada 17 Januari ini," katanya.

Sementara itu Melvin berkata, kira-kira 80 peratus ahli PKR Keningau dijangka mengikut jejaknya meninggalkan parti itu dan menyertai UBF.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 06 Jan 2011 01:37 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Intelektual, prihatin seorang Raja.

Posted: 06 Jan 2011 07:37 AM PST

Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim menghadiri majlis makan malam Outward Bound Malaysia di Petaling Jaya pada 7 September 2007.

SEORANG putera raja yang tinggi daya intelektualnya dan berjiwa rakyat. Mungkin itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambar keperibadian Raja Dr. Nazrin Shah, putera sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Ini disebabkan baginda yang berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) tidak pernah jemu memberikan nasihat dan mencetuskan pelbagai idea baru untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Pendirian baginda untuk sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa status bangsawan tidak harus menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk memberikan pandangan terbuka berkaitan isu-isu masyarakat jelas terserlah dalam titah-titah yang disampaikan.

''Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan."

Dalam titah sempena pidato Institusi Beraja di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur pada 2008 itu, Raja Dr. Nazrin Shah menegaskan bahawa pandangan berterus-terang raja-raja dalam pelbagai isu adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara ini kukuh dan aman serta warganya terus sejahtera.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr.

Zainal Kling, kegigihan Raja Muda Perak itu untuk bersuara telah mengimbau kenangan sejarah lampau yang menyaksikan istana menjadi pusat pencetus pemikiran, perkembangan minda, pembangunan kesarjanaan dan pertumbuhan intelektualisme orang Melayu.

''Walaupun fungsi istana pada era moden dan zaman demokrasi ini telah berubah, baginda telah membuktikan bahawa golongan bangsawan masih boleh memainkan peranan sebagai penghujah, sama ketika era zaman kegemilangan Islam apabila ada tokoh tertentu yang diberi gelaran sebagai Hujjatul Islam," ujarnya.

Menurut beliau, ketinggian daya intelektual baginda cukup terserlah apabila titah yang diberikan telah memberikan pencahayaan terhadap pelbagai kemelut yang dihadapi masyarakat dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga politik.

''Saya fikir Raja Dr. Nazrin Shah ialah satu-satunya tokoh daripada kalangan bangsawan Malaysia pada saat ini yang mempunyai tahap daya intelektual amat tinggi.

''Selain ketinggian daya intelektual, baginda juga telah menunjukkan keprihatinan amat mendalam tentang nasib dan masa depan rakyat dan negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor, Siti Hendon Chik menyifatkan baginda sebagai berjiwa rakyat kerana bukan sahaja sering memberikan pandangan sangat bernas, malah turut mencemar duli turun padang bagi melihat sendiri masalah rakyat.

Beliau berkata, rata-rata rakyat melahirkan kekaguman dengan keistimewaan baginda untuk membuatkan orang berasa selesa apabila bersamanya dan boleh berbual dengan sesiapa sahaja, daripada orang kenamaan kepada rakyat biasa.

Pada September lalu, kata Siti Hendon, berdukacita dengan pelbagai aduan rakyat jelata melalui ruangan aduan di akhbar tempatan berhubung kebersihan, Raja Muda Perak itu telah mencemar duli turun padang meninjau ke kawasan tapak pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka di Taman Rapat Koperasi dan Taman Harmoni, Ipoh, Perak.

Jelas Siti Hendon, sifat penyayang baginda kepada rakyat jelata turut terserlah apabila menitahkan bahawa perbelanjaan perkahwinannya dengan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim pada 2007 ditanggung sendiri olehnya atau oleh keluarga diraja itu.

Katanya, baginda menolak peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan menitahkan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali supaya menggunakan peruntukan yang disediakan itu untuk pembangunan bagi kepentingan rakyat jelata.

Malah Raja Dr. Nazrin Shah turut menitahkan supaya keraian perkahwinan baginda dibuat secara sederhana selain menasihati syarikat dan orang perseorangan untuk tidak berlumba-lumba membeli ruang iklan ucap tahniah di akhbar-akhbar.

Baginda turut menasihatkan agar perbelanjaan tersebut disumbangkan untuk tujuan amal terutama didermakan kepada rumah-rumah ibadat, badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan anak yatim serta sekolah-sekolah di negeri Perak.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Malike Brahim pula berkata, titah Raja Dr. Nazrin Shah turut dinantikan oleh masyarakat dunia apabila baginda hadir di forum-forum antarabangsa.

Katanya, penyertaan baginda bagi membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa turut membantu membina imej positif negara dan meningkatkan keyakinan dunia luar terhadap Malaysia.

Najib Tun Razak bersama Raja Dr. Nazrin Shah dan Dr. Zeti Akhtar Aziz menghadiri Global Islamic Finance Forum di Kuala Lumpur, 25 Oktober 2010.

''Baginda telah menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik bahawa pihak istana juga turut memainkan peranan bagi memastikan dunia yang kita diami akan menjadi lebih baik pada masa depan," ujarnya.

Katanya, antara penglibatan baginda ialah memenuhi peranan sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia dengan mengetuai delegasi di Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Berhubung Dialog Antara Kepercayaan dan Kerjasama Untuk Keamanan Dan Pembangunan di Manila, Filipina pada Mac lalu.

Sebagai Duta Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), baginda sering bertitah bahawa sistem kewangan Islam mampu menjadi pilihan kepada sistem konvensional kerana ia mempromosi pengurusan kewangan secara beretika.

Baginda juga sentiasa mengingatkan para peniaga Islam terutama yang berada di Barat supaya membantu membetulkan persepsi salah tentang Islam dengan bertindak menjadi ahli korporat yang bertanggungjawab.

Menurut Malike, baginda juga turut menyampaikan titah sebagai wakil khas Kerajaan Malaysia pada Dialog Antara Agama Dan Peradaban pada Forum Pakatan Peradaban Ketiga di Rio de Janeiro, Brazil pada Mei lalu.

Ketika dialog itu, baginda menegaskan pemimpin keagamaan dalam dunia globalisasi hari ini tidak harus terbatas kepada soal berdakwah sahaja malah mereka perlu memainkan peranan memupuk keamanan dan pembangunan.

''Jika pemimpin seti ap agama boleh digerakkan untuk memperkukuhkan struktur keamanan masyarakat dan syarat pembangunan, maka mereka akan menjadi kuasa mantap untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik.

''Pemimpin agama digesa supaya menyokong inisiatif yang boleh membentuk kesedaran, memupuk persefahaman dan dialog antara pelbagai masyarakat, kepercayaan keagamaan dan kebudayaan," titah baginda.

Sementara itu, Raja Dr. Nazrin Shah juga telah menyampaikan titah utama bertajuk "Jambatan Antara Islam dan Dunia Barat Bagi Tujuan Keamanan Serta Pembangunan" sempena Forum Kepimpinan Dunia Islam di London.

Dalam forum pada Oktober lalu, Raja Muda Perak itu meminta pentadbiran AS di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama menjalankan tanggungjawabnya sebagai 'orang tengah' dalam isu Palestin-Israel secara lebih jujur dan saksama.

Baginda turut bertitah, sekiranya AS tidak mampu memikul tanggungjawab itu atas sebab masalah politik dalaman, tugas sebagai 'orang tengah' perlu segera diberikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

Posted: 06 Jan 2011 01:18 PM PST

umno bahagian cheras


Khalid hadir kerana hormat Sultan, tapi tetap tolak Khusrin

Posted: 05 Jan 2011 09:31 PM PST

PAGI ini, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Tan Sri Khalid Ibrahim hadir pada upacara angkat sumpah taat setia perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Haji Mohamad Khusrin Haji Munawi.

Kelibat Menteri Besar Selangor itu mencuri perhatian ramai kerana semalam dia masih berteka-teki sama ada hadir atau tidak kerana berkeras menolak perlantikan Khusrin walaupun mendapat perkenan Sultan.

Malah beliau tetap berkeras menolak perlantikan Mohamad Khusrin walaupun ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan tubuh kerajaan negeri Selangor.

Beliau hadir bersama beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri dan kelihatan duduk selang sebaris dengan Mohamad Khusrin.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris shah dalam titah ucapannya melahirkan rasa kecewa kerana sebelum ini banyak titah baginda telah dimanupulasikan oleh pihak tertentu sehingga mengelirukan rakyat.

Titah baginda Sultan itu dilihat seperti terkena batang hidung Khalid.

Menteri Besar Selangor itu kemudiannya mengedarkan kenyataan media beliau kepada wartawan.

Dalam kenyataan tersebut, Khalid menjelaskan beliau hadir pada majlis berkenaan kerana menghormati Sultan.

Tetapi tegasnya kerajaan negeri pimpinan beliau tetap dengan pendirian asalnya, tidak setuju Mohamad Khusrin dilantik sebagai SUK yang baru.

Ketika diminta mengulas perkembangan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan, kenyataan Menteri Selangor itu seperti mempersendakan kedudukan Sultan Selangor.

"Perbuatan Khalid dilihat begitu licik untuk memalukan baginda Sultan apabila tetap berkeras menolak perlantikan Mohamad khushrin sebagai SUK yang baru," katanya.

Beliau berkata, walau apapun alasan Khalid tetapi pendiriannya tetap merupakan penderhakaan kerana menolak perkenan Sultan.

"Pagi ini, beliau dengan bongkaknya masih lagi menunjukkan sikap penghinaan kepada Sultan dan Mohamad Khusrin," ujarnya.
Sementara itu, Syed Ali juga turut menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin kerana menyifatkan Mohamad Kushrin masih kurang berpengalaman dan tidak layak untuk dilantik sebagai SUK Selangor.
Sebaliknya jelas beliau, Mohamad khusrin merupakan pegawai awam yang cukup berpengalaman dan tahu selok belok pentadbiran terutama di Selangor.
Oleh sebab itu tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang dikuasai oleh DAP begitu takut jika Mohamad Khushrin di lantik sebagai SUK dan akan membongkar segala penyelewengan dan salahlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

SUK Khusrin diludah air liur siapa...?

Posted: 05 Jan 2011 06:16 PM PST

SIMPATI dan kasihan yang amat sangat dengan nasib Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikenali sebagai pegawai kerajaan yang amat digeruni semasa perkhidmatannya, kini sedang dihina.

Sebenarnya Khusrin ialah contoh pegawai kerajaan yang kita perlu ada. Tegas, berani dan tidak boleh 'main- main'. Dari segi profesionalisme, Khusrin memang layak duduk di kerusi baru itu.

Tapi sebaliknya beliau kini sedang dihina sehina-hinanya.
Jika dulu pegawai kerajaan Selangor dihina dengan pemberian penyapu, kini institusi itu sedang dihina dengan lebih kejam lagi. Mereka telah diludah.
Dikhabarkan, Isnin lalu pada hari dia melaporkan diri dan mahu masuk ke pejabatnya di tingkat 19 bangunan SUK Selangor, ada halangan besar yang ditempuhinya.
Kunci pintu ke biliknya telah ditukar. Tombol pintu itu semuanya ditukar bagi menghalangnya masuk dan duduk di atas kerusinya.
Saya tersentak mendengar cerita itu. Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Jika benarlah cerita itu, maka tersangat teruklah perangai mereka yang mengarahkan perkara itu dibuat.
MB Selangor, Khalid Ibrahim yang sedang bertungkus-lumus menghalang Khusrin itu patut merasa malu pada dirinya sendiri.
Sudahlah titah Sultan Selangor pun dibantah, lebih daripada itu beliau telah memutar-belitkan apa yang Tuanku Sultan pertitahkan kepadanya. Apa nak jadi dengan Khalid ini?
Dari awal lagi Cuit telah memberi peringatan kepada rakyat Selangor, perkara-perkara sebegini akan berlaku. Maka dalam satu tulisan, saya meminta kita semua Selamatkanlah Selangor.
Jika rakyat Selangor dulu telah membuat silap memangkah juak-juak itu atau merosakkan undi kerana marah kepada pentadbiran Pusat dulu, kini mereka harus kembali ke pangkal jalan.
Institusi kesultanan kini sedang diancam dengan acaman yang tidak pernah berlaku dulu. Orang sudah boleh kurang ajar dengan baginda Sultan. Baginda Sultan telah diadu-dombakan dalam kancah politik kotor oleh kerajaan Selangor. Sultan titah lain kepada MB, MB kata benda lain kepada orang ramai. Itu derhaka namanya.
Saya difahamkan oleh orang Istana, sebenarnya Sultan Sharafuddin telah pun meminta MB berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan JPA mengenai calon SUK, sebelum nama Khusrin disebut lagi. Tapi MB tak buat apa yang dititah. Namun selepas nama Khusrin disebut, dan mungkin kerana kemarahan konco-konco dalam DAP dan PKR yang terkejut Khusrin dilantik, maka barulah Khalid melatah.
Saya mahu bertanya kepada MB Khalid, Exco DAP, PKR dan Pas mengapa anda semua amat bencikan Khusrin? Soalan ini belum dijawab lagi sampai sekarang.
Yang kita tahu semasa Khusrin merajui JAIS, beliau banyak membantah perkara-perkara 'gila' yang diminta oleh Exco-Exco Selangor. Ia termasuklah soal wang zakat yang mahu diagihkan kepada penganut agama lain, saiz rumah ibadat agama lain yang tiada had, isu azan, selain isu ceramah politik di masjid dan surau.
Kebencian terhadap Khusrin ini sehinggakan Khalid sanggup mahu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa kepada mereka untuk menentukan siapa yang mahu mereka lantik.
Tapi kita bimbang, jika Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dipinda kelak maka, Sultan akan terus dipermainkan. Pada masa itu Sultan akan diminta mempersetujui saja apa yang dikehendaki oleh orang seperti Khalid yang di belakangnya juak-juak DAP dan PKR yang mempunyai kepentingan.
Seorang dalam kerajaan Selangor memberitahu saya semalam: ''Sebenarnya apa yang berlaku ini bukan soal teknikal sehingga memerlukan perlembagaan negeri dipinda.
''Ia lebih kepada soal ketamakan, agenda projek dan mahu mengadjas (adjust) kenyangan mereka. Mereka mahukan seorang SUK yang boleh dicucuk hidung."
Itu orang dalam kata. Disebabkan nafsu-nafsi yang tidak terbendung ini Sultan turut dihina sehina-hinanya.
Menurut 'orang dalam' itu lagi, PKR dan DAP sedang dalam proses mengumpulkan dana sebesar mungkin sebagai modal untuk menghadapi pilihan raya umum kelak. Selangor adalah lubuk emas. Banyak projek besar boleh diwujudkan. Selangor sebenarnya ialah penjana kewangan untuk membolehkan PKR dan DAP menggerakkan jentera pilihan raya untuk menawan Putrajaya.

Itulah yang menyebabkan Khalid begitu kalut sekali. Beliau mahukan seorang SUK yang boleh 'kaw-tim' dengan beliau dan juak-juaknya, termasuk Penasihat Ekonomi Negeri bergaji seringgit iaitu, Brother Anwar Bin Ibrahim.

Patik sebagai hamba rakyat Selangor ini berharap Tuanku Sultan bertenang dalam menghadapi krisis ini. Tuanku harus tegas, jangan goyah dengan tindakan MB 'bengong' itu. Berdiri teguhlah atas keputusan yang Tuanku telah putuskan.

Seperti Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin cadangkan, pihak yang menentang perkenan Tuanku itu boleh didakwa di bawah Seksyen 121 kanun Keseksaan kerana 'Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu'.

Saya amat bimbang dengan corak politik yang berlaku di Selangor itu. Pas Selangor juga difahamkan turut bimbang dengan corak politik ini. Itu sebab saya difahamkan mereka mengambil langkah berdiam diri.
Ingatlah, Sultan sebenarnya ialah kubu dan barisan pertahanan akhir (the last bastion) orang Melayu. Diandaikan jika orang Melayu kelak menolak orang politik bagi mempertahankan nasib mereka, maka sultan dan rajalah tempat mereka menyerah diri. Selain Allah SWT yang wajib disembah, di Malaysia ini - pada zaman ini, sultan dan rajalah khalifah kita yang ada untuk dirujuk.

Jika fungsi UMNO gagal, Pas gagal, PKR gagal - kepada sultan dan rajalah tempat kita berlindung. Akhir sekali jika institusi sultan dan raja pun runtuh, maka pada hari itu kita semua akan menjadi satu republik seperti Singapura - yang amat-amat dihajati oleh juak-juak DAP dan PKR.

Pada masa itu wahai Khalid Bin Ibrahim, wahai Anwar Bin Ibrahim, wahai Khalid Bin Samad (yang dikatakan antara penentang kuat Khusrin), orang Melayu hanya akan tinggal nama sahaja.
Saya bukanlah seorang rasis apabila memberikan kebimbangan ini, tapi itulah hakikatnya. Itulah juga yang dilakukan oleh negara-negara tamadun besar dunia lain apabila mereka mempertahankan ke'bangsa'an mereka.

Republik Rakyat China akan mempertahankan habisan-habisan keturunan Cina Han yang membentuk 92 peratus rakyatnya daripada kebangkitan keturunan etnik yang lain. Contohnya, mana-mana wilayah autonominya yang cuba memberontak, akan diganyang habis-habisan.
Begitu juga di India. Kerajaan Hindu India akan mempertahankan kedaulatan dan kebangsaannya dalam pemerintahan negara itu. Itu pasallah mereka akan mempertahankan hak Hindu melebihi hak orang Islam India. Begitulah juga dengan rejim laknat Israel terhadap penduduk Arab dan Palestin.
Oleh itu, orang Melayu di Tanah Melayu ini haruslah mempunyai semangat yang sama seperti Republik Rakyat China, India dan Yahudi Israel.
Apakah kita, orang Melayu (yang sekerdil ini) mahu membenarkan sebuah lagi negara kepunyaan Cina atau India di luar benua masing-masing. Cukuplah dengan apa yang ada di Singapura (negara kepunyaan Cina di luar Tanah Besar China). Apakah tanah air ini juga mahu diberikan...?
Saya harap saya tidak akan dituduh sebagai rasis lagi dengan pandangan itu, kerana ia adalah pandangan yang logikal dan berasas. Saya juga bukan menyimpang isu sebenar daripada isu SUK itu, tapi dalam konteks Selangor dan kerajaan pakatan pembangkang ini, ia ada kaitan dan ada relevansinya.
Rakyat Selangor sekarang berada dalam krisis, pegawai pentadbir telah diketepikan dan kuasa politik telah digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan krisis pengurusan kerajaan.
Dalam keadaan sekarang, saya difahamkan moral dan semangat pegawai-pegawai kerajaan Selangor telah jatuh. Pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan negara ini diketahui sebagai sangat protected terhadap birokrasi.

Penolakan Khusrin telah menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak menghormati birokrasi. MB tidak tahu menilai pegawai kerajaan yang mahu menjalankan tugas dengan adil dan tegas tanpa dieksploitasi oleh kuasa politik. Pelantikan Khusrin itu sebenarnya tidak terkeluar daripada peraturan undang- undang, tetapi hanya terkeluar daripada kehendak politik pakatan pembangkang.
Jika BN Selangor ditolak oleh pegawai-pegawai kerajaan kerana dihadiahkan penyapu maka apa yang dilakukan oleh Khalid ialah dia meludah ke muka mereka, tapi dengan air liur orang lain...?
Air liur siapa yang dimaksudkan itu, sama-sama anda tafsirkan.

(Utusan Malaysia : 5 Januari 2011)

Tiada ulasan:

Pengikut