Jumaat, 7 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP PADANG TERAP

Posted: 07 Jan 2011 09:34 PM PST

DPP PADANG TERAP


HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH

Posted: 07 Jan 2011 09:20 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
KENYATAAN MEDIA
4 Januari 2011 / 29 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(01/11)


Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan kali ke-3 selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5 ribu Pemuda PAS dan Himpunan kali kedua di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara.
Himpunan 15 ribu pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut.

Kini, 4 tahun telah berlalu dan satu himpunan telah dirancang dengan jangkaan peserta sekali ganda lebih besar dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Kali ini sasarannya lebih luas dan umum dengan mengharapkan penyertaan anak-anak muda khususnya ahli-ahli baru dan anak-anak muda yang menyokong PAS dari seluruh pelusuk kawasan di dalam negara, sasaran 30,000 pemuda boleh direalisasikan. Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.

Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengarah Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Jan 2011 09:32 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Lone Ranger Wakil Rakyat PAS N.Sembilan lawan Umno

Posted: 06 Jan 2011 11:19 PM PST

PAS lone ranger guns down Umno's puppet claim
from Free Malaysia Today
By Zefry Dahalan

SEREMBAN - PAS' sole state assemblymen in Negri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com , has slammed Umno for branding his party as DAP and PKR's puppet.

The Paroi rep described the allegation and the accusation that PAS was not protecting the Malays and Islam as slanderous.

"The combination of PAS, DAP and PKR state government in Selangor is much better in safeguarding the welfare and rights of the Malays and Islam in the state.

"This was proven when the Pakatan Rakyat Selangor government allocated RM6 million yearly for religous schools compared to the Umno-led Negri Sembilan government which only allocated RM367,000 for January-October 2010," he said.

"What will the Umno heroes say about this?" he asked.

Mohd Taufek stressed that Pakatan state governments were doing a better job than their rivals in taking care of the welfare of non-Malay communities as well.

"Selangor gives RM4 million yearly for Chinese and Tamil schools but Negri Sembilan only gives RM434,000 and RM422,000 respectively for January-October 2010," he said.

Stressing that the facts and figures speak for themselves, the PAS rep called on Umno leaders to stop making slanderous remarks.

On another matter, Mohd Taufek also hit out at Syarikat Air Negri Sembilan (SAINS) which was corporatised since Jan 1, 2009.

Previously, the management of the state's water was under Jabatan Bekalan Air Negri Sembilan (JBANS) which is fully owned by the state government.

Referring to the National Audit Report for the year 2009, Mohd Taufek said that the state incurred RM40 million losses due to Non-Revenue Water (NRW).

"In 2007, NRW for Negri Sembilan was 53.1% which is second highest in Malaysia. In 2009, NRW for the state is 51.6% even though the management of the state water was taken over by SAINS," he added.

http://pr.bonology.com/2010/12/pas-lone-ranger-guns-down-umnos-puppet.html

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 07 Jan 2011 09:29 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Apa Umno dah buat: Pindaan Perlembagaan 1993 di Zaman Mahathir

Posted: 07 Jan 2011 08:47 PM PST




"..............Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari........"
Dulu dia pinda perlembagaan persekutuan tahun 1993 , klausa yang digunapakainya berbunyi

" 3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:
* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau
* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.


4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari. …………………………………."

Hari ini UMNO [ dibaca mahathir ] berhadapan dengan cadangan MB Selangor untuk meminda undang – undang tubuh negeri , katanya "Kerajaan Selangor Perlu Dapat Perkenan Sultan Selangor" , ianya sudah menjadi dilema pertama berikutan pindaan Perlembagaan 1993 , hasil buah tangannya.

Pertembungan sudah bermula. Adakah undang – undang yang memusatkan kuasa di tangan Presiden UMNO akan runtuh satu persatu selepas ini. Mungkin kah Mahathir akan dapat melihat sendiri semua [ kalau tidak pun 100% ] kemusnahan apa yang dibinanya selama berkuasa 22 tahun. Kadang kala teringat akan doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden PAS , suatu ketika dulu supaya Allah swt memperlihatkan sebelum Mahathir mati semua kerosakan yang dibuatnya selama ini. Alfatihah buat almarhum.

Begitulah kejayaan yang 'ditempa' oleh nya selama bertakhta , apa yang ditanam dikepala nya , apa yang beliau percaya iaitu hanya dia yang cerdik di Malaysia , semua rakyat negara ini bodoh [ bukan bermaksud tidak cerdik ].

Adalah sesuatu yang amat malang , dalam keadaan sedar atau tidak , majoriti rakyat Malaysia menganggap beliau seorang yang cerdik , genius dan terbilang. Kalau setakat untuk membelanjakan kekayaan negara [ tanpa ada pihak yang boleh menghalang dan membangkangnya ] , hampir boleh dikatakan sesuka hati , tidak lah perlu kepada pemimpin yang 'cerdik' semacam dia. Pendek kata kalau diberikan kepada TGNA atau pun TGHH untuk mengurus dan menatdbir negara dengan membelanjakan khazanah negara , rasanya Malaysia jauh lebih maju berbanding dengan apa yang ada sekarang ini.

Selanjutnya kata Mahathir

1. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.

2. Perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.

3. "Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan denganmendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).

4. "Perkara ini akhirnya terpulang sama ada Raja bersetuju ataupun tidak,"

5. Beliau juga menasihatkan sesetengah pihak agar jangan mempolitikkan isu pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

6. "Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran.

7. "Itu adalah tanggungjawab baginda. Perkara ini dipolitikkan seolah-olah pegawai kerajaan mestilah memihak kepada parti dan sebagainya. Dia (pegawai kerajaan) hanya menjalankan tugas dan apa juga keputusan kerajaan, dia terpaksa melakukan dan tidak boleh bertindak secara bersendirian " . KLIK DI SINI

Catatan

Kalau lah MB Selangor nanti hendak membelakangkan DYMM Sultan Selangor pun , dengan mudah beliau boleh meggunapakai klausa di paragraph 3 dan 4 di atas seperti yang terkandung dalam ucapan Mahathir semasa membaca usul Pindaan Perlembagaan 1993.

Tetapi , TS Khalid Ibrahim seperti yang beliau sebut , tiap – tiap minggu beliau berjumpa dengan DYMM Sultan , dan tak kan Sultan tidak berkenaan untuk mendapatkan semula kuasa yang dirampas oleh Mahathir yang telah melantik diri nya yang dikatakan berasal dari wilayah dan benua kecil India bernama Karala , sebagai Ketua kepada Sultan - Sultan di negara ini.


Sumber: Kedahlanie

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 07 Jan 2011 07:32 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Najib (Bertemu MP BN Esok) : Apa Yang Didakwa Berlaku Itu Pada 2007, Persoalannya Kenapa Sekarang ?

Posted: 07 Jan 2011 02:56 AM PST

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat, mengesahkan akan bertemu dengan Anggota-anggota Parlimen daripada Barisan Nasional esok.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata perjumpaan itu adalah dengan "tujuan biasa" untuk mengetahui keadaan di kawasan masing-masing.

"Ini merupakan satu usaha dalam proses transformasi politik yang telah saya nyatakan.

"Saya perlu memberitahu mereka tentang apa yang mereka harus lakukan dan saya perlukan pendapat mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, Najib berkata : "Semuanya menjurus kepada pilihan raya umum. Kita mahu dipilih semula. Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan." Ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin kanan PAS, Najib berkata: "Saya dan rakan-rakan lain dari pimpinan PAS menghormati jemputan Yang di-Pertuan Agong, sebab itulah kami hadir."

"Kita harus hormati persefahaman mengenai pertemuan itu, dan Yang di-Pertuan Agong mahu supaya ianya satu pertemuan tertutup. Saya hormati permintaan itu."

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga hadir pada pertemuan itu, turut enggan mengulas tentang hasil pertemuan yang berlangsung di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, pada 24 Disember lepas.

Ketika diminta mengulas tentang tuduhan dalam sebuah blog kononnya seorang menteri kabinet terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007, Najib berkata : "Apa yang didakwa itu berlaku pada 2007. Persoalannya kenapa sekarang (ia dibangkitkan).

"Beliau telah membuat kenyataan (menafikan dakwaan itu) dan beliau sanggup untuk disiasat. Kita tidak boleh membuat andaian dan memutuskan apa-apa kecuali jika satu siasatan dijalankan."

sumber : mstar.com

Rembau Hari Ini

Posted: 07 Jan 2011 07:13 PM PST

Rembau Hari Ini


Lone Ranger Wakil Rakyat PAS N.Sembilan lawan Umno

Posted: 06 Jan 2011 11:19 PM PST

PAS lone ranger guns down Umno's puppet claim
from Free Malaysia Today
By Zefry Dahalan

SEREMBAN - PAS' sole state assemblymen in Negri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com , has slammed Umno for branding his party as DAP and PKR's puppet.

The Paroi rep described the allegation and the accusation that PAS was not protecting the Malays and Islam as slanderous.

"The combination of PAS, DAP and PKR state government in Selangor is much better in safeguarding the welfare and rights of the Malays and Islam in the state.

"This was proven when the Pakatan Rakyat Selangor government allocated RM6 million yearly for religous schools compared to the Umno-led Negri Sembilan government which only allocated RM367,000 for January-October 2010," he said.

"What will the Umno heroes say about this?" he asked.

Mohd Taufek stressed that Pakatan state governments were doing a better job than their rivals in taking care of the welfare of non-Malay communities as well.

"Selangor gives RM4 million yearly for Chinese and Tamil schools but Negri Sembilan only gives RM434,000 and RM422,000 respectively for January-October 2010," he said.

Stressing that the facts and figures speak for themselves, the PAS rep called on Umno leaders to stop making slanderous remarks.

On another matter, Mohd Taufek also hit out at Syarikat Air Negri Sembilan (SAINS) which was corporatised since Jan 1, 2009.

Previously, the management of the state's water was under Jabatan Bekalan Air Negri Sembilan (JBANS) which is fully owned by the state government.

Referring to the National Audit Report for the year 2009, Mohd Taufek said that the state incurred RM40 million losses due to Non-Revenue Water (NRW).

"In 2007, NRW for Negri Sembilan was 53.1% which is second highest in Malaysia. In 2009, NRW for the state is 51.6% even though the management of the state water was taken over by SAINS," he added.

http://pr.bonology.com/2010/12/pas-lone-ranger-guns-down-umnos-puppet.html

PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Jan 2011 07:12 PM PST

PAS Kawasan Miri


Penduduk Kampung Tukau Menagih Janji BN

Posted: 07 Jan 2011 04:18 PM PST

Nasib Penduduk Kampung Usaha Jaya

" Gambar menujukan pemimpin BN berjanji memberi bantuan kepada penduduk kampung"

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Sibuti pada 7hb Jan 2011 dalam Utusan Borneo mengenai peruntukan projek jalan di Kampung Usaha Jaya,Tukau, kita dapati jalan serta kemudahan asas bagi penduduk kampungtersebut masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan kampung yang berada diluar jalan masuk di kampung tersebut.
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sebab kalau kampung diluar jalan masuk kampung tersebut dapat kemudahan bakalan api letrik dan bakalan air bersih mengapa pula kampung di belakang kampung tersebut jauh ketinggalan.Adakah penduduk di pedalaman dipinggirkan dari arus pembangunan? Dimana janji kerajaan BN untuk menyediakan kemudahan infrastrutur dipedalaman? Menurut kata YB Ahmad Lai "Dibawah NKRA, kerajaan janjikan perkhidmatan terbaik". Sekali lagi kita dengar janji-janji pemimpin BN untuk rakyat di pedalaman. Penduduk kampung sudah jemu dan muak dengan janji-janji pemimpin BN apabila musim pilihanraya janji-janji yang sama akan diberi kepada penduduk kampung. Bukan penduduk kampung tidak bersabar untuk mendapatkan keperluan asas tersebut tapi masalahnya sampai bila? 10 atau 20 tahun lagi nak tunggu? Sudah berbelas-belas tahun bahkan ada yang sampai berpuluh-puluh tahun penduduk kampung menagih janji-janji pemimpin BN untuk memberi kemudahan asas kepada penduduk kampung tapi janji tinggal janji.Sampai ada yang sudah meninggal dunia tapi janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampung masih belum ditunaikan.

Kita berharap pihak yang berwajib dan mereka yang telah diamanahkan perlu menunaikan janji-janji mereka dengan segera tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.Kita bagi pihak penduduk kampung sangat perihatin dengan masalah mereka yang seolah-olah mereka terus dipinggirkan dari arus pembangunan. Kita menyeru agar pihak yang berkenaan terus melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing.

Kerajaan BN mempunyai peruntukan untuk membantu rakyat sedangkanPakatan Rakyat tiada peruntukan tetapi tetap berusaha untuk membantu rakyat marhaen.PAS dan Pakatan Rakyat sedia membela rakyat yang tertindas dan dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan yang menyalahgunakan kuasa. Kita menolong tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik masing-masing. PAS untuk semua.


Mengapa Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kotor???

Posted: 07 Jan 2011 08:10 AM PST

Petikan dari Utusan Borneo

Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kotor
MIRI: Sikap tidak bertanggungjawab pihak industri di Desa Senadin membuang sesuka hati sisa industri dengan kuantiti yang banyak di tempat terbuka dan tepi jalan telah memburukkan lagi imej kawasan itu sebagai kawasan paling kotor di sini.

Datuk Bandar Lawrence Lai berkata, walaupun telah diberi amaran ataupun dikenakan hukuman, syarikat berkenaan seperti tidak takut dan degil untuk terus melakukan kesalahan sama.

Katanya, sebuah syarikat didapati mengulangi kesalahan sama walaupun telah diberi amaran ataupun didakwa ke-rana membuang sampah secara haram.

Syarikat berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 serta bayaran denda RM5,300 kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk melupuskan sampah berke-naan.

"Kita dapati 80 peratus sampah yang dibuang di Desa Senadin adalah sisa-sisa buangan industri. Kita dapati banyak tayar-tayar terpakai dibuang di tepi jalan dan tempat terbuka.

"Kebakaran tayar ini akan menyebabkan pencemaran udara serta boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," tegasnya.

Manakala 20 peratus lagi sampah yang dibuang berselerakan di Desa Senadin adalah bahan buangan daripada kawasan kediaman.

Sikap tidak bertanggungjawab itu dilihat semakin membimbangkan yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan malahan menambah penularan jangkitan demam denggi.

Lawrence kecewa dengan sikap tidak peka penduduk terhadap aspek kebersihan yang akan membantutkan usaha MBM untuk menjadikan Miri sebagai sebuah bandar sihat dan hijau.

"Mereka (syarikat) seharusnya menguruskan sendiri sisa industri mereka dan tidak harus mengalihkan peranan itu kepada kita (MBM) hanya kerana mahu mengurangkan kos.

Ini kerana mereka tahu yang kita tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mengutip sampah di kawasan kediaman yang menyebabkan mereka membuang sampah di tepi jalan dan kawasan lapang," jelasnya.

Menurut Lawrence, pada tahun lalu, MBM menguruskan sebanyak 55,747 tan sampah di seluruh Miri dengan anggaran 5,000 tan pada setiap bulan.

PS: Kemana perginya wakil rakyat Senadin dalam masalah ini, sepatutnya beliau dan pihak yang berwajib mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang bukan hanya membiarkan nama Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kotor di dalam bandaraya Miri. Sebab apa mereka tidak takut dengan pihak MBM? Adakah mereka ini ada perlindungnya??? Atau pihak MBM tidak menyediakan tempat khas untuk membuang sampah-sampah tersebut? Kalau ada tempat khas untuk pembuangan dan perlupusan sampah pasti perkara begini tidak terjadi, kemungkinan mereka membuang sampah disitu disebabkan pihak MBM tidak menyediakan kawasan pembuangan sampah. Kalau pihak berwajib tidak dapat mengambil tindakan tegas sampai bila nama Desa Senadin jadi Indah? Bah mari kita sama-sama tolong buang sampah dan wakilnya sekali agar nama Senadin jadi kawasan indah semula dalam bandaraya Miri, Pas & Pakatan sedia mengambil alih tugas tersebut, Bah apa lagik tunggu sokonglah PAS dan Pakatan Rakyat, Insyallah nama Senadin akan indah semula.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 07 Jan 2011 03:31 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


ROGAL AMAH : APAKAH BENDERA M'SIA DIBAKAR LAGI?

Posted: 07 Jan 2011 01:01 AM PST

Nampaknya berita amah Indonesia dirogol oleh menteri Malaysia begitu hebat disiarkan oleh akhbar Indonesia. Apakah dengan penyiaran sebegini akan membangkitkan rasa benci rakyat Indonesia terhadap Malaysia lebih-lebih lagi jika menteri yang didakwa itu tidak disiasat secara mendalam oleh pihak berkuasa kita dan hanya sekadar menerima penafian bertulis daripada menteri tersebut.
... bukan untuk membakar semangat kenegaraan atau kebencian... cuma mahu beri peringatan agar hubungan baik tidak terjejas...


HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS 19 FEB 2011

Posted: 07 Jan 2011 12:34 AM PST

Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.

Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

UTUSAN MELOYA : BANJIR KELANTAN 'BURUK'... NEGERI UMNO 'OK?'

Posted: 06 Jan 2011 11:16 PM PST

Memang akhbar UMNO betul lah... asal Kelantan buruk... hatta laporan banjir yang melanda Kelantan pun cube diburuk-burukkan.. tengvok paper hari ini... jumlah mangsa perpindahan di Kelantan 96 orang sahaja berbanding Terengganu yang hampir 10 kali ganda dan pahang melebihi 200 orang mangsa tetapi tak pulak dikatakan 'buruk' pun... memang sah buta matematik...


tengok degeri UMNO... tak pandai kire ke???


MOHON SEBARAN... PTPTN LAHANAT ADALAH 'ALONG'

Posted: 06 Jan 2011 06:45 PM PST


... celaka punye PTPTN... rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan kos pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos pentadbiran itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...

Bayangkan kalau kos pentadbiran RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos pentadbiran lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN....  kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'...


Korg boleh call PTPTN 03-2080 4455 dan tanya apa itu kos pentadbiran dan cara perlaksanaannya... memang sial!!!!

YANG MANA SELERA DATUK MENTERI.. MASNAH KE ROBENGHA??

Posted: 06 Jan 2011 05:49 PM PST

... kalu tgk ke gaya nie... masih 'kuat' nie...

itu yang dicari yang muda .... yang masih ganteng ...

.. bukan yang 'monopose' .... dah rupe nenak kebayan...

SAIFUDDIN : MUJUR BARU JEFFREY KELUAR PKR

Posted: 06 Jan 2011 05:40 PM PST

PENAMPANG, 7 Jan — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution mempertahankan pendiriannya bahawa kehilangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan membawa impak minimum terhadap parti.


Sebaliknya, kata beliau, PKR melihat proses ahli keluar parti itu sebagai satu proses "pembersihan".

Jeffrey, bekas naib presiden PKR, telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.

Saifuddin turut mengulas 27 ahli pasukan petugas Kadazandusun dan Murut PKR yang mengumumkan keluar dari parti itu untuk menyokong Jeffrey dalam United Borneo Front (UBF).

Dipetik Bernama, Saifuddin berkata beliau menghormati pilihan mereka untuk memilih platform baru yang tidak bersifat politik dan mendokong kepada agenda "local".

TGHA : LANTIKKAN SUK BUKTI BN BELAKANGI UNDANG2

Posted: 06 Jan 2011 05:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Tindakan Pusat melantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan membelakangkan kerajaan negeri membuktikan Umno tidak pernah menghormati undang-undang yang digubal mereka sendiri, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily beliau berkata, perlantikan itu juga dibuat secara tidak bertamadun dan merupakan cubaan Umno BN merampas kerajaan Selangor.

"Kita semua menyedari bahawa Umno BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka.

"Kerajaan Umno BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi," katanya.
Beliau mengulas isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru yang ditentang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana didakwa membelakangkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tambahnya, segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Pusat tegasnya, perlu menghormati kerajaan negeri yang telah dipilih rakyat, termasuk dalam membuat pelantikan perkhidmatan awam.
"Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK.
"Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan Umno BN," tambahnya lagi.
Beliau turut mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep federalisma oleh Umno BN ini, hanya akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional.
Umno katanya, menggunakan teknik yang sama yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.
"PAS juga ingin mengingatkan kepada Umno BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah.
"Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno BN," tegasnya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Jan 2011 03:20 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TEKTIK WIN WIN BATU PUTIH SELAMATKANNYA

Posted: 07 Jan 2011 02:52 PM PST

Win Win Situation terkenal bodoh semasa DR Rais jadi menteri menyelesaikan pertikaian Pulau Batu Putih yang menyebabkan Malaysia bermata putih(Putih Mata).Dan cara ini juga juga menyelesaikan kes amah dirogol.
Secara logik mahukah isteri DS Rais kecohkan kes tersebut walau beliau tahu? Bodohlah beliau kerana tergugatlah kesenangan sebagai isteri menteri. Berabalik kepada Robengah , amah terlibat juga kalau dah diberi sedikit 'pampasan' atau wang tutup mulut dan kembali ke Indonesia dengan sedikit kesenangan, apa relevan beliau nak timbulkan kes ini? Dari segi kesenangan dunia dan keselamatan dirinya adalah lebih penting. Andaian ini ada asasnya sebab itu dalam hal ini masing-masing ada kemenangan dan keperluan.
Andaian ini diperkuatkan lagi dengan penjelasan NGO-Migrant Care yang menghormati Robengah bila Robengah tidak mahu ketengahkan kes tersebut.

Bacalah di tulisan Sharshooter ini:-
Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan untuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.

"Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan," kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara.

"Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.

"Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing," katanya.

Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.
Tak boleh buat apa-apa

"Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

Ditanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

"... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007.

"Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya," kata Wahyu.

Sementara itu, video di bawah adalah pengakuan oleh bekas rakan setugas dan teman sebilik Robengah warga indonesia yang dikatakan menjadi mangsa rogol ketika bertugas sebagai amah / pembantu rumah dato' seri utama rais yatim pada tahun 2007.

UMNO MEMANG DAH PARAH DI NEGERI TERKAYA MALAYSIA

Posted: 06 Jan 2011 09:10 PM PST

Antara Sebab UMNO dah parah :-
1. Dua(2) Menteri kabinet (PM sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Menteri Asas Tani sebagai Timbalan) kena tanggungkerja jaga UMNO Negeri Selangor.
2. Ketua Pembangkang Selangor - bekas MB Selangor tak guna langsung malah disyakki rasuah.Dan digantung sebagai Ketua Pembangkang.
3. Rakyat Selangor menerima bantuan 20 meterpadu air percuma dengan senang hati dan mahu lebih lagi, tak tahulah penyokong UMNO di Selangor tidak suka air percuma tersebut...al-maklumlah mereka dah kaya dan banyak duit.
4. Sogokan mereka terhadap ADUN PR hanya 2 menjadi di Pelabuhan Klang dan Sementa.

Umno Selangor pilih Satim ketua pembangkang ganti Khir Toyo
Oleh Adib Zalkapli dan G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes mahkamah.

Pemilihan Satim itu, yang dibuat ketika negeri itu berhadapan dengan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didakwa dengan pengaruh Umno-BN dan disusuli krisis perlembagaan, dilihat membuka laluan untuk menjadi menteri besar jika Barisan Nasional merampas balik negeri itu.

Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.

Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Semalam, mahkamah menetapkan kes Khir yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam Jun ini.

Mengikut pertuduhan, Khir, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

"Pelantikan ini diputuskan malam tadi dan tugas saya ialah menyediakan parti mendapatkan balik Selangor," kata Satim kepada The Malaysian Insider.

BN kehilangan Selangor kepada Pakatan Rakyat pada Mac 2008.

Satim pernah disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar selepas Tan Sri Abu Hassan Omar meletakkan jawatan pada 2000 tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu perdana menteri dan pengerusi BN telah melantik Khir menerajui Selangor.

Satim dijangka akan mengambil alih jawatan itu secara rasmi apabila Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang khasnya akhir bulan ini.

Sidang khas itu diadakan bagi membolehkan perlembagaan negeri dipinda berhubung peranan Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ia juga akan dijangka akan menjadi ujian pertama beliau.

PINDAAN 1994 PERLU ISTIHAR HARAM KALAU TERIMA CARA PERLANTIKAN KUSRIN ?

Posted: 06 Jan 2011 08:57 PM PST

Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.

Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".

Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.

"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.

"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.

Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.

Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.

Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.

"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.

Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.

Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.

Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.

"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?

"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.

Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.

Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.

"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.

Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.

Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

RAKYAT PERLU TAHU SIAPA BUAT KERJA KOTOR TU !

Posted: 06 Jan 2011 06:48 PM PST


Bekas SUK Kemuka Nama Khusrin Kepada Istana Tanpa Pengetahuan MB

SHAH ALAM 6 JAN : Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.
Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada Menteri Besar dan EXCOnya yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.
Khalid berkata Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.
"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat Barisan Nasional. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.
Dalam sidang akhbarnya, beliau memberi urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Datuk Ramli dalam menghasilkan Datuk Khusrin sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.
"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid.
Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.
"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, " kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani.
Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri.
"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.
Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.
"Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.
Khalid berkata Datuk Ramli jelas memainkan peranan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.
"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi.

-/ TVSelangor

KENYATAAN YANG WAJAR DISIAR SEMUA MEDIA!

Posted: 06 Jan 2011 06:14 PM PST

Kenyataan Media Presiden: Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 07 Jan 2011 03:16 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Seminar Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Posted: 07 Jan 2011 05:01 AM PST

Kuala Terengganu (7 Januari 2011)
Satu Seminar Kebajikan oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda
PAS Pusat berlangsung di Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu.
Seminar ini di hadiri oleh jawatankuasa Pemuda PAS Dun Seluruh
negara Terengganu.

Majlis diserikan dengan pembentangan kertas kerja oleh Yang
Berhormat Ustaz Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap dan
Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Semoga seminar ini dapat melonjakkan lagi semarak perjuangan
untuk memberikan kemenangan sekaligus menawan semuala Negeri
Terengganu ini.

Pemuda PAS anjur himpunan media baru

Posted: 07 Jan 2011 04:22 AM PST

UALA LUMPUR, 7 Jan: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari ini.

Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, himpunan yang akan berlangsung di Hotel Green Park Temerloh Pahang itu dianjur bagi mencapai beberapa matlamat yang difikirkan perlu oleh dewan itu.

Ianya antara lain mahu mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru termasuk blogger, facebooker, websiter, dan twitter.

Selain mahu membina jejantas yang kukuh dan erat antara DPP dengan pengamal media baru, mereka juga mahu memberi sokongan padu kepada pengamal dunia baru untuk berperanan membentuk minda ummah.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyedari malah benar-benar memahami kepentingan dan keupayaan kuasa media baru menakluki dunia maklumat.

"Justeru itu, sebagai sayap penting kepada sebuah gerakan Islam (PAS) di Malaysia ini, Dewan Pemuda PAS merasakan media baru yang kini sedang membina empayarnya mestilah dipimpin dan dibimbing agar lahir sebuah dunia yang benar-benar boleh mendatangkan manafaat kepada ummah dan membina tamadun yang harmonis dan informatif," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penganjuran itu juga antara lain mahu menjernihkan kekeliruan dan memurnikan persepsi terhadap DPP dalam satu dialog yang akan diadakan pada program itu.

Dengan penganjuran itu juga, mereka merancang untuk membentuk task force media baru yang berperanan membantu DPP.

"Langit terbuka ini bila-bila masa sahaja boleh diceroboh dan dihuni oleh petualang media yang berperanan melampiaskan fitnah jahat untuk mengkucar kacirkan dunia, mencetus permusuhan, merosakkan kejernihan maklumat, mengeksploitasi realiti dan mencemari persepsi," tambahnya lagi.

Program tersebut dijadual dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala dua kertas kerja akan dibentangkan.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Media Baru dan Isu Semasa' akan dibentang oleh blogger Cucu Mat Kilau, manakala kertas kerja kedua 'Peranan Media Baru dalam Gerakkan Islam' dibentang oleh Pengerusi Akademik Tarbiyah Pemuda, Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua blogger untuk hadir bagi berkongsi pandangan bersama DPP.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 07 Jan 2011 01:40 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


=?US-ASCII?Q?Your email ID won =A31,000,000.00GBP?=

Posted: 06 Jan 2011 08:12 PM PST

Congratulation Your E-mail ID has won you �1,000,000.00GBP,confirm mail by sending your name,address,age,Occupation,Country,phone number etc to(msmlbwin@gmail.com)

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 07 Jan 2011 01:38 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Pejabat Adun Sri Muda di Simbah Cat..

Posted: 07 Jan 2011 03:04 AM PST

"MELAYU MUDAH LUPA"

Posted: 06 Jan 2011 04:47 PM PST

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 07 Jan 2011 01:37 PM PST

Pemuda PAS Sandakan


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS : Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Posted: 06 Jan 2011 10:55 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 07 Jan 2011 01:21 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Kenyataan Media Presiden: Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Posted: 06 Jan 2011 04:07 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 07 Jan 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lauk Kenduri Basi

Posted: 07 Jan 2011 02:22 AM PST

AYER KEROH - Sebuah syarikat katering, Razak Catering & Event Servis semalam, diarahkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Melaka membayar ganti rugi RM9,550.

Ia berikutan syarikat berkenaan mengingkari kontrak penyediaan makanan dan menyediakan makanan basi ke atas seorang pelanggan di sebuah majlis perkahwinan, yang berlangsung pada 4 Disember lalu.

Pelanggan, Kamaruddin Husin, 51, ketika ditemui berkata, dia kesal kerana pada hari perkahwinan anak sulungnya, ia dicemari dengan insiden dua makanan disediakan basi, tidak cukup dan beberapa makanan dijanjikan tiada.

"Malah, saya terpaksa mengeluarkan belanja tambahan hampir RM1,000 untuk menampung makanan tidak cukup dan mengupah tukang masak bagi tujuan berkenaan.

"Hanya tiga hidangan disediakan, berbanding lima dalam kontrak bernilai RM13,600 dan dua daripadanya basi sebaik sahaja dihantar ke rumah saya," katanya.

Menurutnya, dia terpaksa membeli lauk di restoran luar untuk menampung lauk yang habis pada jam 12 tengah hari dan lauk makan beradab pula langsung tidak menepati masakan hotel seperti dijanjikan.

Kamaruddin yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinang, Tanjung Keling berkata, nasi putih yang dijanjikan juga tidak disediakan.

Sumber : Sinar Harian

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 07 Jan 2011 11:36 AM PST

PAS KAWASAN KENINGAU


Aduan pembalakan haram tidak diendah menteri

Posted: 06 Jan 2011 03:46 PM PST



Aduan pembalakan haram tidak diendah menteri




KENINGAU, 5 Jan: Aktiviti pembalakan haram mengakibatkan penduduk kampung Batu Luriyan Sook berdepan pencemaran sumber air apabila sungai utama di kampung itu kini mengalirkan air lumpur.



Dalam aduan kepada Harakahdaily mereka mendakwa, aktiviti itu sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu dan kini menyukarkan penduduk di kampung itu.



Lebih mengecewakan ujar mereka, kawasan Batu Luriyan tersebut adalah di dalam Parlimen Persiangan iaitu di bawah Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Mereka mendakwa aktiviti pembalakan haram itu tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang sedia ada dengan melakukan aktiviti pembalakan di tanah hutan simpan kerajaan.



Masalah mereka turut mendapat perhatian PAS kawasan Keningau yang turun membuat tinjauan bersama penduduk pada 2 Januari lalu..



Mereka diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan, Hisammuddin Sulaiman yang turun padang bersama Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul latigu beserta beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain.



Hishammudin dalam responnya ketika lawatan itu berkata, beberapa aduan telah dibuat kepada pihak kementerian yang juga ahli parlimen kawasan tersebut, namun tidak diendahkan.



"Kegiatan pembalakan haram tersebut jelas menceroboh tanah hutan simpan yang telah digazetkan kerajaan, apatah lagi tindakan haram tersebut mengakibatkan pencemaran bekalan air penduduk.



"Yang menghairankan Tan Sri Joseph Kurup tidak lansung mengendahkan aduan walaupun beliau Timbalan Menteri yang jaga alam sekitar," katanya.



                            GAMBAR-GAMBAR KE TREK PEMBALAKAN HARAM














Batu Gajah Mari

Posted: 07 Jan 2011 11:11 AM PST

Batu Gajah Mari


Krisis Perlembagaan dulu, kini dan selamanya

Posted: 07 Jan 2011 08:29 AM PST



Khalil Samad

Teman terasa nak berkabung….walaupun berkabung itu takde dalam Islam…teman tidak berminat untuk adakan posting baru hari ini kerana negara teman Malaysia ini berpanjangan dilanda krisis berpelembagaan…..teman beruzlah sementara membawa hati yang keliru.

Bermula dengan Perak kini Selangor dan selepas ini hanya tuhan sahaja yang tahu.....hanya orang kashaf sahaja seperti Ustaz Mohd Nor Deris yang nampak.

Suka atau tidak Mohd Khusrin Munawi pagi ini sudah masuk pejabat dan bersandar di kerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru.

Maka seronoklah juga Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mendapat rakan sejawat yang` sepeel ` dengannya.

Kemasukannya tidak dihalang oleh sesiapa....dengan membawa surat perlantikan ditanda tangani KSN, Sidik Hassan beliau masuk ke SUK dengan tenang dan bergaya tanpa sedikit keraguan.

Teman cadangkan kepada Mohd Kusrin ni supaya tempah frame besar – besar watikah juga diperkenan sultan tu... untuk diletakan dibelakang kerusi empuknya….supaya orang tahu aku ada watikah.

Kadang - kadang kamu teman perhatikan seperti lagak Mohd Kusrin seperti filem ` Seniman Bujang lapok ` dalam babak seorang lelaki bertubuh kurus kering memohon berlakun menjadi `Hang Jebat ` tetapi lalu ia berkata ` ` tak jadi Hang Jebat pun takpa.....Hang Kebun pun jadilah.

Petronas untung besar, Rakyat menahan lapar

Posted: 07 Jan 2011 07:16 AM PST



Oleh : MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN.

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.

Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.

Kenaikan harga petrol ini adalah cara terbaru kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, dulu rakyat akan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar cukai kepada kerajaan tapi kini rakyat akan ke stesen minyak untuk membayar cukai dengan cara mengisi petrol sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95

94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.
Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.

Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?

Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)" Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: "aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki". Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".

Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.
Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 96:

96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat

Ibn Khaldun berkata : "Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara". Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-

Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:
Bil Negara Pengeluar Minyak Nilai RM
1. United Arab Emirates RM1.22 seliter
2. Baharin: RM0.89 seliter
3. Qatar RM0.72 seliter
4. Kuwait RM0.69 seliter
5. Libya RM0.46 seliter
6. Arab Saudi RM0.39 seliter
7. Iran RM0.36 seliter
8. Nigeria RM0.33 seliter
9. Turkemenistan RM0.26 seliter
10. Venezuela RM0.16 seliter
11. MALAYSIA RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER

Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.

Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: "Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta".
Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.

UMNO sudah mula sebar fitnah di Tenang!!

Posted: 06 Jan 2011 10:16 PM PST

buku-buku fitnah UMNO kepada PAS dah di sebarkan di sekitar Labis.... Dan hangpa semua jangan terkejut inilah salah satu tektik UMNGOK masa lawan PAS di GALAS kelmarin.. saling tak tumpah! Edar risalah dan buku-buku untuk memburukkan PAS... Tanpa bertanggung jawab apa yang depa tulis!

Jadik pada sesiapa yang jumpa buku nih di harap dapat mengumpulkannya dan sila bakar di depan bangunan/pondok2 panas UMNO di TENANG... baru depa tau kita tak makan fitnah mereka...

sumber gambar Azam Razak

UMNO terdesak.. telah mula edar Risalah Fitnah PAS...

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 Jan 2011 09:34 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS lone ranger guns down Umno's puppet claim

Posted: 06 Jan 2011 11:18 PM PST

PAS lone ranger guns down Umno's puppet claim
from Free Malaysia Today
By Zefry Dahalan

SEREMBAN - PAS' sole state assemblymen in Negri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com , has slammed Umno for branding his party as DAP and PKR's puppet.

The Paroi rep described the allegation and the accusation that PAS was not protecting the Malays and Islam as slanderous.

"The combination of PAS, DAP and PKR state government in Selangor is much better in safeguarding the welfare and rights of the Malays and Islam in the state.

"This was proven when the Pakatan Rakyat Selangor government allocated RM6 million yearly for religous schools compared to the Umno-led Negri Sembilan government which only allocated RM367,000 for January-October 2010," he said.

"What will the Umno heroes say about this?" he asked.

Mohd Taufek stressed that Pakatan state governments were doing a better job than their rivals in taking care of the welfare of non-Malay communities as well.

"Selangor gives RM4 million yearly for Chinese and Tamil schools but Negri Sembilan only gives RM434,000 and RM422,000 respectively for January-October 2010," he said.

Stressing that the facts and figures speak for themselves, the PAS rep called on Umno leaders to stop making slanderous remarks.

On another matter, Mohd Taufek also hit out at Syarikat Air Negri Sembilan (SAINS) which was corporatised since Jan 1, 2009.

Previously, the management of the state's water was under Jabatan Bekalan Air Negri Sembilan (JBANS) which is fully owned by the state government.

Referring to the National Audit Report for the year 2009, Mohd Taufek said that the state incurred RM40 million losses due to Non-Revenue Water (NRW).

"In 2007, NRW for Negri Sembilan was 53.1% which is second highest in Malaysia. In 2009, NRW for the state is 51.6% even though the management of the state water was taken over by SAINS," he added.

http://pr.bonology.com/2010/12/pas-lone-ranger-guns-down-umnos-puppet.html

Kisah Benar Melayu Penang 14 Jan 2011 di Seremban

Posted: 06 Jan 2011 04:38 PM PST

CERAMAH UMUM PR N9
Bersama :
Dato Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
YB Yusmadi Yusof - Ahli Parlimen Balik Pulau
Sdr Sany Hamzan - Exco Pemuda PAS Pusat
Tarikh : 14 Jan 2011 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Batu 2, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/01/ceramah-umum-pkr-n9.html

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 07 Jan 2011 09:27 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pengarah pelajaran Johor didakwa kempen untuk BN

Posted: 07 Jan 2011 01:24 AM PST



PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Mazlan memberitahu wartawan, dalam laporan polis itu Markom telah didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.

"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

Dakwanya, bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan.

"Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya.


sumber : malaysiakini

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 07 Jan 2011 09:23 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KRONOLOGI PELANTIKAN SUK MENURUT VERSI PEJABAT MB SELANGOR

Posted: 07 Jan 2011 09:12 AM PST





Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar:


26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.


8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.


22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .


1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.


2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.


3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian


8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.


9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.


15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.


16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.

9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau


17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.


20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.


21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.


24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.


27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.


4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.


6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

AWAS! PENTADBIRAN DEWAN (DUN) DI BAWAH SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)

Posted: 06 Jan 2011 08:24 PM PST




SUK: Jangan dua kali dipatuk dari lubang sama


Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.

SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya. MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.

Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !

Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ?

Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.

Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak mesra PR (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak walau dengan apa cara sekalipun termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.

Apa yang telah berlaku di Perak?

Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.

Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya.

Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya.

Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.

Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah.

Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.

Dalam sidang DUN Perak disertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK.

Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :

i) SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.

ii) Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato DUA bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.

Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.

UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.

Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.

Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.

Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.

Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai °absolute monarch" dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia mengesahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.

Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman.

Dr Khairuddin Abdul Malik

Ahli Majlis Perunding Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) 

solat hajat, lawan tetap lawan- Dr Halimah

PAS Kulaijaya

Posted: 07 Jan 2011 07:18 AM PST

PAS Kulaijaya


Eksperimen Rakyat Memilih Pakatan Rakyat Dalam PRU 2008 Tepat.

Posted: 06 Jan 2011 06:01 PM PST

Minyak Naik Untuk Bela Korporat, Rakyat Melarat

Posted: 06 Jan 2011 05:55 PM PST

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS : Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Posted: 06 Jan 2011 05:52 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 07 Jan 2011 03:30 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KENAIKAN UNTUK HIDUPKAN KRONI RAKYAT TANGGUNG BEBAN

Posted: 06 Jan 2011 06:33 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN "Bala Nanti".

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 07 Jan 2011 03:29 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


AWAS !!!! Rakyat akan bangkit

Posted: 06 Jan 2011 05:48 AM PST

Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

"Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat," kata Abdul Hadi (kiri sekali) dalam satu kenyataan hari ini.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 07 Jan 2011 03:24 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS : Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Posted: 07 Jan 2011 02:50 AM PST


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

DPP Padang Besar

Posted: 07 Jan 2011 03:17 AM PST

DPP Padang Besar


Pasti Nurul Hayyah Santan

Posted: 06 Jan 2011 08:34 PM PST

Foto Pasti Nurul Hayyah Santan
Ihsan dari Facebook Pasti Negeri Perlis



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Jan 2011 01:21 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


PETRONAS UNTUNG BESAR RAKYAT MENAHAN LAPAR

Posted: 07 Jan 2011 12:48 AM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN.

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.

Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.

Kenaikan harga petrol ini adalah cara terbaru kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, dulu rakyat akan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar cukai kepada kerajaan tapi kini rakyat akan ke stesen minyak untuk membayar cukai dengan cara mengisi petrol sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95

94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.
Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.

Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?

Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)" Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: "aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki". Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".

Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.
Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 96:

96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat

Ibn Khaldun berkata : "Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara". Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-

Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:
Bil Negara Pengeluar Minyak Nilai RM
1. United Arab Emirates RM1.22 seliter
2. Baharin: RM0.89 seliter
3. Qatar RM0.72 seliter
4. Kuwait RM0.69 seliter
5. Libya RM0.46 seliter
6. Arab Saudi RM0.39 seliter
7. Iran RM0.36 seliter
8. Nigeria RM0.33 seliter
9. Turkemenistan RM0.26 seliter
10. Venezuela RM0.16 seliter
11. MALAYSIA RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER

Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.

Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: "Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta".
Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Hukum Makan Dengan Tangan Kiri

Posted: 07 Jan 2011 12:41 AM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : Nur Ihsan.

Dari Abdullah bin 'Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

"Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula." (HR. Muslim no. 3764)

Dari 'Umar bin Abi Salamah radhiallahu anhu dia berkata: Dulu aku adalah anak kecil yang berada di bawah pengasuhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ketika makan, tanganku berpindah-pindah kesana kemari di atas piring. Maka beliau bersabda kepadaku:

يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

"Wahai nak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah yang ada di dekatmu." (HR. Al-Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)

Salamah bin Al-Akwa' radhiallahu anhu dia berkata:

أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ فَقَالَ كُلْ بِيَمِينِكَ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ لَا اسْتَطَعْتَ مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

"Ada seorang laki-laki yang makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan tangan kirinya. Maka Rasulullah bersabda, "Makanlah dengan tangan kananmu!" Dia menjawab, "Aku tidak bisa." Beliau bersabda, "Semoga kamu tidak bisa?" -padahal tidak ada yang mencegah dia makan dengan tangan kanan kecuali karena sombong-. Setelah itu tangannya tidak bisa dia angkat sampai ke mulutnya." (HR. Muslim no. 2021)

Penjelasan ringkas:

Dalil-dalil di atas tegas menunjukkan haramnya makan dengan tangan kiri dari beberapa sisi:
1.Perintah untuk makan dengan tangan kanan, dan hukum asal perintah adalah wajib. Bahkan dalam hadits riwayat Ahmad no. 16756 disebutkan bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada seorang wanita:

لَا تَأْكُلِي بِشِمَالِكِ وَقَدْ جَعَلَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَكِ يَمِينًا
"Janganlah kamu makan dengan tangan kirimu, padahal Allah Tabaraka wa Ta'ala telah menciptakan tangan kanan untukmu."(Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Jilbab Al-Mar`ah Al-Muslimah no. 71)

2.Makan dengan tangan kiri menyerupai setan, dan sudah dimaklumi seorang muslim diharamkan untuk menyerupai orang kafir, apalagi setan.

3.Nabi shallallahu alaihi wasallam mendoakan kejelekan kepada orang yang makan dengan tangan kirinya. Seandainya hukumnya bukan haram, tidak mungkin beliau shallallahu alaihi wasallam mendoakan kejelekan atasnya.

Karenanya, pendapat haramnya makan dengan tangan kiri adalah pendapat yang dikuatkan oleh sejumlah ulama di antaranya: Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (11/113), Ibnu Al-Qayyim dalam Zaad Al-Ma'ad (2/405), Asy-Syaukani dalam Nail Al-Authar (8/167), Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari (9/522), dan beliau menukil dari bahwa Imam Asy-Syafi'i menegaskan dalam Al-Umm dan Ar-Risalah akan haramnya.

Termasuk makan dengan tangan kiri adalah meletakkan bejana di atas telapak tangan kiri atau menggenggamnya dengan tangan kiri lalu tangan kanan sekedar dilengketkan ke bejana tersebut. Ini adalah perbuatan makan/minum dengan tangan kiri, dengan bukti bahwa jika tangan kirinya dilepas dari bejana maka bejana itu akan jatuh.

Adapun makan dengan dua tangan maka selama hal itu tidak diperlukan maka hal itu tidak diperbolehkan. Jika memang diperlukan (misalnya makanannya panas dan tidak bisa dipegang dengan satu tangan) maka insya Allah tidak mengapa makan dengan dua tangan sebagaimana yang dikatakan oleh Asy-Syaikh Ibnu Al-Utsaimin rahimahullah.

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja baru

Posted: 07 Jan 2011 12:39 AM PST

02 Safar 1432H.

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (kiri), yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu.

Malaysiakini/-

NUTP cadang sistem penilaian baru naik gaji

Posted: 07 Jan 2011 12:37 AM PST

02 Safar 1432H.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu.

Malaysiakini/-

Banjir makin buruk di T'gganu 1,638 dipindahkan

Posted: 07 Jan 2011 12:29 AM PST

02 Safar 1432H.

Keadaan banjir yang melanda Terengganu sejak dua hari lalu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang, berbanding 692 petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata, sehingga 9 pagi ini, 935 orang daripada 283 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 414 petang semalam manakala di Setiu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 403 orang berbanding 259 petang semalam.

Daerah Kemaman yang mula dilanda banjir petang semalam, semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 265 orang berbanding 19 petang semalam.

Di Dungun orang orang daripada dua keluarga dari Kampung Telaga Mas, Paka, dipindah ke Bangunan Umno Kuala Paka manakala di Marang, dua orang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Temala semalam.

Jurucakap itu berkata semua jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu-Kelantan dan Pahang tidak terjejas dan masih boleh dilalui pagi ini.

Beliau berkata hampir semua sungai utama di Terengganu pagi ini mencatatkan paras air di tahap bahaya.

Sungai Besut di Jambatan Kruak kini setinggi 35 meter berbanding tahap bahaya 33 meter, di Kampung La setinggi 19.20 meter (bahaya 17.20 meter) dan Jambatan Jertih 8.90 meter (bahaya 7.30 meter).

Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja 37.50 meter (bahaya 35 meter), Kuala Jengai 19.80meter (bahaya 18.30 meter), Jambatan Jerangau 12.50 meter (bahaya 10.90 meter).

Sungai Kemaman di Jambatan Tebak 21 meter (bahaya 19 meter), di Jambatan Ban Ho 19 meter (bahaya 17 meter), Jambatan Air Putih 15 meter (bahaya 13 meter).

Sungai Terengganu di Kampung Menerong 26 meter (bahaya 24.50 meter) dan di Kampung Dura 16.80 meter (bahaya 15.30 meter) dan Sungai Setiu di Kampung Besut 18.40 meter (bahaya 16.40 meter), Jambatan Chalok 10 meter (9 meter) dan Ibu Bekalan 8.10 meter (bahaya 7.30 meter).

Malaysiakini/-

Rumah Rocky dipecah masuk, kereta dilarikan

Posted: 07 Jan 2011 12:26 AM PST

02 Safar 1432H.

Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.

Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.

Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu.

Pejabat ADUN Sri Muda disimbah cat merah

Posted: 07 Jan 2011 12:23 AM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : Jimadie Shah Othman.

Pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafieidi - yang dilanda kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor - disimbah cat merah awal pagi ini.

Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depan pejabat tersebut di Kota Kemuning, dekat Kota Raja, dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.

Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.

Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu - yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.

Nafi along

Malah, dua NGO - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".

Bagaimanapun, kelmarin wakil rakyat muda itu, melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Azmizam juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu petang ini, dijangka di ibu pejabat polis daerah Shah Alam.

"Dalam masa yang sama, kami juga merancang membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memfitnah bahawa YB Shuhaimi menderhaka kepada Sultan Selangor," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengesyaki tindakan itu sebagai reaksi kepada tulisan Shuhaimi di blog, Azmizam enggan membuat sebarang jangkaan.

"Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata beliau yang juga ketua AMK Kota Raka.

Menafikan ia melibatkan along, Azmizam memberitahu, Shuhaimi tidak pernah menerima 'ugutan' sebegitu sebelum ini.

Malaysiakini/-

Tiada komen lagi, Najib juga mahu ‘tutup buku’

Posted: 07 Jan 2011 12:20 AM PST

02 Safar 1432H.

PUTRAJAYA, 7 Jan — Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

"Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi," kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.

"Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi," kata Najib .

Dalam kenyataan terbaru semalam, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

"Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah," kata beliau di Kota Baru.

Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

"Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku," katanya.

"Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap," katanya.

Nik Aziz berkata bahawa sewaktu beliau berada di hospital, beliau telah dikunjungi oleh Abdullah yang membawa titah Tuanku Mizan meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

Themalaysiainsider/-

Persiapan pilihan raya: Najib jumpa MP BN esok

Posted: 07 Jan 2011 12:20 AM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : Salhan K Ahmad.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pertemuannya dengan ahli parlimen BN esok merupakan salah satu usaha untuk memenangi pilihan raya umum yang bakal diadakan.

"Ini merupakan satu proses transformasi politik yang saya telah nyatakan.

"Semuanya bertujuan ke arah pilihan raya umum sebab kita mahu dipilih semula, kita mahu berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, beliau akan bertemu dengan ahli-ahli parlimen BN itu bagi mengetahui keadaan di kawsan masing-masing.

"Saya perlu beritahu mereka, apa yang perlu dilakukan dan saya perlu tahu pendakangan mereka mengenai keadaan di kawasan mereka," katanya lagi.

Pertemuan berkenaan mengundang spekulasi sebelum ini bahawa Najib akan mengadakan pilihanraya umum bagi mendapat mandat baru.

Pertemuan esok, bermula 9.30 pagi akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Malaysiakini/-

DERHAKA PADA RAJA - SULTAN HARUS DIBERI PENJELASAN SEBENAR

Posted: 07 Jan 2011 12:12 AM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

SYABAS diucapkan kepada Adun Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang merendah diri serta menjunjung kasih untuk bersedia mengadap ke Bawah DYMM Sultan Selangor berkenaan isu penulisan di blognya yang dituduh oleh puak-puak sekutu Apco sebagai menderhaka kepada Sultan. Alangkah bodohnya mereka itu kerana tidak tahu membezakan mana satu penderhakaan dengan teguran atau pun pandangan.

Mungkin bagi mereka menegur mana-mana institusi Raja adalah perbuatan derhaka, manakala merampas kuasa Raja atau pun menggelar Raja atau Sultan sebagai `natang' bukan menderhaka. Biarlah mereka dengan fahaman bodoh serta dungu seperti itu. Di zaman manusia semakin celik ini bukan semua rakyat boleh diperdayakan dengan fahaman jahilliyyah mereka itu. Di dalam kepala otak sekutu Apco hanyalah untuk memperbodohkan semua orang demi kepentingan kuasa mereka.

Di dalam Islam, tegur menegur dan ingat mengingat sesama kita hatta kepada pemimpin mahu pun Raja adalah sesuatu yang dituntut. Sekiranya teguran itu tidak betul, hendaklah si penegur itu ditegur kembali dengan membawakan hujah yang benar, bukan dengan melarangnya dari menegur apatah lagi hingga ke peringkat ingin `digantung'. Itu bukan cara bertamaddun, tetapi itu adalah cara pemerintahan di rimba.

YB Shuhaimi memang wajar mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan apakah yang mungkin telah dikelirukan oleh media haprak sehari dua ini. Sultan juga manusia biasa yang dicipta Allah, tentunya memerlukan maklumat yang betul kerana sebagai manusia tidak semua yang difikirkan adalah betul dan tepat dan manusia juga tidak boleh mengetahui semua perkara. Justeru itu, YB Shuhaimi mesti memaklumkan perkara sebenar kepada DYMM Sultan.

Jangan kita menjadi seperti puak sekutu Apco yang hanya pandai `pukul curi' tetapi teramat takut dan kecut bila berdepan. Mereka hanya pandai berkokok di depan media kepunyaan mereka sahaja. Mereka hanya memerlukan Istana tatkala mereka tersepit, tetapi apabila mereka mendapat sebesar kuasa, jika boleh langit pun mereka mahu kuasai.

Media UMNO merapu

Posted: 07 Jan 2011 12:05 AM PST

02 Safar 1432H.

IPOH – Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain menyelar tindakan media baru khususnya dimiliki Barisan Nasional (BN) yang bertindak menghentam atau membuat serangan terhadap Pakatan Rakyat (PR) bagi menghakis sokongan orang Melayu terhadap PR.

Menurutnya, tindak-tanduk media golongan itu memperlihatkan bahawa tiada pegangan syariat bagi pengendali media serta blog milik mereka.

"Banyak isu yang diperkatakan dan diutarakan hanya rekaan semata-mata bukan berlandaskan kepada bukti serta fakta jelas.

"Mereka sanggup memanipulasikan fakta serta gambar bagi menampakkan kepada rakyat kononnya PR begitu teruk moral walhal itu semua hanya rekaan mereka yang mempunyai agenda politik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai strategi media baharu milik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Abu Bakar berkata, sikap keterlaluan mereka ini cukup ketara, tambahan lagi desas-desus PRU ke-13 semakin hampir.

Katanya, UMNO sanggup menggunakan media mereka untuk menghentam kami walaupun jelas ia langsung tidak relevan.

"Inilah perbezaan kami dengan mereka, kami tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa sebarang bukti yang jelas serta sahih.

"Bukan budaya kami untuk menabur fitnah atau menyebarkan kenyataan tidak berasaskan kepada fakta," katanya.

Beliau berkata, budaya ini bukan sahaja berlaku di Perak bahkan seluruh Malaysia dan ia merupakan satu fenomena kurang sihat kepada rakyat.

Menurutnya, dalam isu mengeluarkan kenyataan balas, jika perlu PR lebih gemar menjelaskan isu berbangkit.

"Kami tidak mahu rakyat terus tertipu dengan permainan mereka serta dalam masa sama kami berpegang kuat kepada syariat bukannya main hentam semberono," katanya.

Sinar Harian/-

Perompak toreh perut

Posted: 06 Jan 2011 11:39 PM PST

02 Safar 1432H.

KEPALA BATAS - "Selepas berasa sakit ditoreh menggunakan kapak kecil di bahagian perut, saya nekad untuk menjerit kerana takut perkara lebih teruk berlaku.

"Akhirnya tindakan menjerit itu membuatkan mereka ketakutan sebelum melarikan diri."

Begitulah tindakan yang dibuat, R Maliga, 48, dari Kampung Air Melintas Kecil di sini, hingga berjaya menggagalkan rompakan yang berlaku dalam rumahnya pada jam 12.15tengah hari semalam.

Tindakan beraninya itu juga membuatkan dua perompak terbabit gagal meloloskan diri sebelum keduanya teruk dibelasah selepas penduduk kampung.

Ibu kepada enam anak itu berkata, ketika kejadian hanya dia seorang di rumah dan sedang membasuh bilik air selepas selesai memasak.

"Saya terkejut apabila dua lelaki muncul di hadapan pintu bilik air sebelum salah seorang daripada mereka mengacukan kapak kecil ke bahagian muka saya, manakala rakannya yang datang dari arah belakang memaut leher dan cuba menyumbatkan kain ke mulut saya.

"Ketika cuba meronta akibat sesak nafas, suspek yang memegang kapak itu menoreh perut dan bimbang akan lebih teruk dicederakan saya menjerit sekuat hati," katanya.

Menurutnya, jeritan itu didengar jirannya, Azlan Din, 43, yang ketika itu sedang bersiap untuk ke pekan Tasek Gelugor yang kemudiannya turut sama menjerit selepas melihat dua lelaki terbabit keluar dari rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, jeritan Azlan itu menyebabkan dua perompak itu yang pada awalnya cuba melarikan diri ke arah jalan besar berpatah balik dan melarikan diri ke hutan di belakang rumahnya.

Azlan yang disertai penduduk kampung seramai lima orang yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengejar dua suspek terbabit sejauh 200 meter sebelum berjaya memberkas mereka sejurus selepas itu.

Kedua suspek itu kemudian teruk dibelasah penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan kejadian itu.

Suami mangsa, S Balakrisnan, 52, berkata, dia bergegas pulang dari tempat kerja di pekan Tasek Gelugor selepas dimaklumkan kejadian itu dan berharap isterinya selamat.

"Mujur dia menjerit, jika tidak mungkin berlaku perkara yang tidak diingini.

"Mungkin pintu rumah tidak berkunci menyebabkan dua perompak terbabit mudah memasuki rumah," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor selepas itu.

Sinar Harian/-

Kes curi getah meningkat

Posted: 06 Jan 2011 11:00 PM PST

02 Safar 1432H.

KERDAU – Lebih 5,000 penduduk dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di 10 kampung dekat Kerdau terpaksa bergilir-gilir menjaga ladang untuk mengelakkan hasil getah dicuri penjenayah.

Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdam dipetik dalam satu kenyataannya kelmarin

Mereka terpaksa menubuhkan pasukan rondaan dan membina pondok bermalam di ladang getah gara-gara kegiatan mencuri getah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Abdul Hamid Jainal, 62, berkata, sepanjang bulan Disember tahun lepas, sebanyak 12 kejadian mencuri getah berlaku di kampung itu.

"Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, Rela dengan kerjasama penduduk dan pemilik ladang menjalankan rondaan serta berjaga pada waktu malam.

"Langkah yang diambil Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk untuk melakukan rondaan serta berkawal berjaya membendung kejadian itu," katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka akan terus melakukan rondaan secara bersepadu untuk memastikan kejadian mencuri getah tidak berulang.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada 5,000 penduduk dari 10 kampung itu bekerja sebagai penoreh getah manakala yang lain berniaga sendiri, bekerja kilang dan sebagainya.

"Penduduk di sekitar Temerloh dinasihatkan supaya sentiasa mengawal hasil ladang mereka untuk mengelakkan ia menjadi sasaran penjenayah berikutan terletak jauh dari penempatan penduduk.

"Masalah kecurian getah bukan sahaja berlaku di Kerdau dan Temerloh malah membabitkan kawasan lain memandangkan harganya semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata, terdapat penoreh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari namun mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman termasuk kegiatan kecurian yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Sinar Harian/-

Ada unsur boikot, sabotaj dalam kepimpinan GLC

Posted: 06 Jan 2011 07:29 PM PST

02 Safar 1432H.

ALOR SETAR - Terdapat unsur boikot dan tidak puas hati dengan polisi diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam kalangan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah sehingga membantutkan keputusan yang dipersetujui lembaga pengarah syarikat terbabit.

Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB), Ahmad Kassim berkata, rasa tidak puas hati itu timbul memandangkan kebanyakan pengurus GLC itu merupakan muka lama yang masih dikekalkan berdasarkan faktor perundangan dan mempunyai sentimen kepartian yang menebal.

Menurutnya, di sebalik wujud polemik boikot dan kronisme dalam kalangan pengurus beberapa GLC, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil sikap bertolak ansur bagi menjaga hubungan jangka masa panjang dengan kakitangan syarikat terbabit di samping tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan.

"Selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), satu perubahan dengan menukar pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurus besar serta ketua pegawai eksekutif (CEO) setiap GLC milik anak negeri dibuat untuk melancarkan lagi urusan.

"Bagaimanapun, terdapat sebahagian CEO dari rejim lama yang tidak boleh digugurkan atas faktor perundangan dan mereka inilah yang sering membuat kacau dan mengingkari keputusan yang dibuat lembaga pengarah atas sebab perbezaan fahaman politik," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, perubahan yang dilakukan Kerajaan Negeri di peringkat lembaga sejak dua tahun lalu hanya menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran GLC bagi membanteras sebarang bentuk amalan kronisme dan korupsi oleh segelintir pemimpin tertentu.

Bagaimanapun, pendekatan Kerajaan Negeri itu tidak disenangi kebanyakan pengurus syarikat GLC di negeri ini sehingga kadang-kala timbul unsur sabotaj yang berniat menjatuhkan imej Kerajaan Negeri.

"Kita menghormati pengekalan beberapa muka lama sebagai pemimpin syarikat GLC bagi mengelakkan wujudnya krisis dalaman yang merosakkan masa depan syarikat itu sendiri.

"Bagaimanapun, saya agak kecewa dengan tindakan segelintir mereka yang seolah-olah cuba mensabotaj imej Kerajaan Negeri dan sengaja tidak melaksanakan perancangan diputuskan lembaga pengarah dengan jayanya," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman membabitkan beberapa syarikat GLC di negeri ini bagi mengelakkan lebih banyak kerugian dialami.

"Saya percaya masalah dalaman ini wujud disebabkan segelintir pengurus GLC masih tidak mengiktiraf pentadbiran Kerajaan Negeri dan memandang rendah kepada mereka.

"Justeru, satu mekanisme penyelesaian terbaik perlu dibuat bagi memastikan semua GLC di Kedah berjalan lancar dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri," katanya.

Sinar Harian/-

PAS dan DAP tidak mungkin pecah - Subky

Posted: 06 Jan 2011 06:40 PM PST

02 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Penulis veteran, Haji Subky Latif yakin hubungan PAS dan DAP tidak akan putus walaupun usaha ke arah itu sedang diusahakan oleh musuh kedua-duanya.

Katanya, hubungan baik PAS dan DAP yang diasaskan oleh bekas pemangku Setiausaha Agung DAP, Mendiang Fan Yew Teng akan kekal selama-lamanya.

Subky berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis memperingati mendiang Fan Yew Teng di Dewan YMCA, Brickfield malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh DAP dengan penasihatnya, Lim Kit Siang menjadi tuanrumahnya. Kira-kira 250 tetamu dari pelbagai kalangan menyertai majlis malam tadi.

Turut serta isteri beliau, Dr Noeleen Hayzel dan pasangan kembar anak mereka Lilianne Fan dan Pauline Fan. Dr Noeleen adalah Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasific.

Fan Yew Teng yang juga kolumnis kolumnis Harakah, meninggal dunia pada 7 Disember lepas di Bangkok selepas menderita cancer tulang dan prostat.

Menurut Subky, jasa paling besar yang ditinggalkan oleh Fan Yew Teng adalah sebagai penghubung PAS dengan masyarakat Cina di negara ini.

"Ketika PAS takutkan Umno dan DAP takutkan MCA, Fan Yew Teng lah yang menghubungkan PAS dengan orang-orang Cina di negara ini.

"Hasilnya, PAS dan DAP kini tak mungkin dipecahkan lagi dan ia bermula dari mendiang Fan Yew Teng," kata Subky dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

AJK PAS Pusat, Muhamad Anuar Tahir yang turut berucap di majlis itu sebagai bekas Setiausaha Agung Abim memberitahu, Fan Yew Teng pernah menjadi kakitangan kontrak Abim di samping guru Bahasa Inggeris untuk ahli Abim.

(Gambar: Antara yang memenuhi dewan YMCA bagi memperingati Fan Yew Teng)

Mendiang juga pernah bersama-sama dengan beliau menggerakkan kempen anti Perancis apabila kerajaan negara itu mengharamkan pemakaian scaf untuk wanita Islam.

"Niat saya untuk membeli kereta jenis Citroen pada ketika itu terpaksa saya batalkan kerana kami sedang kempen anti Perancis dan apabila saya ditempelak oleh mendiang Fan.

"Hajat untuk memakai Citroen hanya dapat saya penuhi beberapa tahun kemudian...namun selepas kematian Fan, saya telah menjual kembali kereta itu kerana teringatkan beliau," cerita Anuar Tahir penuh imosi.

Seorang lagi bekas pemimpin Abim, Dr Mohamad Nor Manuty yang kini Ketua Penerangan PKR memberitahu, semasa beliau menjadi Presiden Abim, Fan Yew Teng dikenali sebagai Ustaz Fan.

"Bayangkan, apabila ada masa lapang di pejabat Abim, Fan ini sentiasa memenuhkannya dengan membaca al Quran dan terjemahannya.

"Semasa satu simposium tentang Profesor Dr Hamka di Indonesia, Fan turut membentangkan satu kertas kerja mengenai ulamak Islam tersohor ini. Saya diberitahu, kertas beliau antara yang terbaik mengenai Hamka," cerita Dr Mohamad Nor kepada para hadirin.

Ketika ditemui selepas majlis ini, Haji Subky memberitahu Harakahdaily, Fan Yew Teng dikatakan pernah diura-urakan mahu memeluk Islam.

"Saya melihat kalau tidak memeluk Islam pun, dia antara orang bukan Islam yang sangat kenal dan rapat dengan Islam," katanya lagi.

Di samping mereka, turut berucap di majlis itu adalahLim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, isterinya Dr Noeleen dan anaknya Lilianne serta adiknya Farn Seong Than di samping ramai lagi pemimpin politik dan NGO yang rapat dengan beliau.

Harakahdaily/-

Guan Eng fail saman Utusan Malaysia

Posted: 06 Jan 2011 06:03 PM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

GEORGETOWN, 6 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjanji akan menyerahkan semua wang hasil kemenangan tindakan menyaman Utusan Malaysia kepada tabung Program Miskin Tegar bagi mengembalikan hak kepada rakyat yang kuat menyokongnya.

Lim terpaksa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan berita fitnah yang saban hari disiarkan dengan matlamat menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang tepat pukul 12.00 tengah hari bersama peguamnya, Jagdeep Singh Deo terus di bilik mahkamah bagi memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan KeAdiLan supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin erat dalam Pakatan Rakyat.

"Selama ini kita diam sahaja tidak bertindak apa-apa tetapi bila melihat terlalu melampau kita terpaksa mencari jalan untuk saman akhbar itu," tegasnya.

Sejak lima negeri dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, Utusan terus menyerang dengan berbagai fitnah.

Antaranya Pulau Pinang dengan fitnah kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat menghakis perkampungan Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, menegah peniaga Melayu berniaga di Komtar pada bulan Ramadhan, merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala dan Genting serta menggunakan dana dari sumber perjudian untuk bantuan warga emas.

Harakahdaily/-

Tenang - PAS Johor ada bukti gesa guru sokong BN

Posted: 06 Jan 2011 06:00 PM PST

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.


Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang. [MOD]

Rais jangan main tuduh : Siapa sebenarnya yang terdesak.

Posted: 06 Jan 2011 05:45 PM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim

Saya suka untuk memberi sedikit ulasan dengan kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat dalam keadaan terdesak dan 'tersudut' sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, dengan munuduh tanpa bukti yang kukuh kononnya tindak tanduk tidak beradab Pakatan Rakyat termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.

Malah, kata beliau, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Nampaknya Rais Yatim sudah sembuh dari demam panas cuma dengan keluar memberi kenyataan menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan mengatakan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan dua hari lepas.

Sehari selepas itu dia cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan lupa bahawa masalah yang mebelit dirinya tidak akan berakhir dengan penafian.

Yang menghairankan saya adakah Rais ingat dengan menafikan dia sudah jadi bersih macam bayi yang baru dilahirkan sedangkan dia juga tidak sedikitpun nampak berani untuk menggunakan segala bala tentera yang ada kementeriannya untuk menampilkan blogger dan apa saja pihak yang didakwanya menfitnah beliau ke muka pengadilan.

Kerana itu saya mencabar Rais yang baru dapat ilham untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat bila baru menafikan skandalnya untuk mendakwa para blogger yang dianggap sebagai upahan atau paling kurang membuat laporan polis untuk mereka disiasat dengan undang-undang yang ada bagi memastikan dakwaan Pakatan Rakyat mengupah mereka benar atau tidak.

Tetapi setahu saya Rais pun sudah tidak sanggup untuk mengupah mana-mana blogger yang pro UMNO kerana usianya dalam kabinet Najib nampaknya semakin singkat dengan isu tersebut. Malah saya meneliti banyak dari blogger UMNO yang nampak seiring dengan blogger pro Pakatan dalam Isu tersebut.

Oleh itu lebih baik Najib nasihatkan Rais duduk diam dulu sebelum banyak lagi telur busuk dilempar kepadanya. nanti busuk nya akan merebak sehingga ke Tenang .
dan tidak mustahil sampai PRU ke 13 untuk membuktikan itulah watak sebenar pimpinan BN yang pandai berlakon demi untuk kekal berkuasa.

WASSALAM

Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu

Posted: 06 Jan 2011 05:44 PM PST

02 Safar 1432H.
Oleh : Hazayani Zakaria.

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan tidak berlakunya kekecohan di setiap program Pakatan Rakyat jika pihak polis sedia memberikan kerjasama.

"Kita pun tidak mahu berlakunya keadaan yang tegang dan melibatkan ramai pegawai polis yang hadir dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat.

"Jadi saya harap perkara ini tak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan harap pihak keselamatan memberikan kita permit dan kita bersedia mematuhi segala peraturan dan arahan," katanya.

Ceramah Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang Isnin lalu dikawal ketat oleh pihak polis malah mereka bertindak menghalang Anwar daripada terus menyampaikan ceramah menggunakan mikrofon.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, rakyat Tenang sebenarnya ternanti-nanti kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat untuk turun menyampaikan maklumat isu-isu semasa.

Tambahnya, kesepakatan yang ditunjukkan pimpinan Pakatan dalam setiap program penerangan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan masih kukuh.

"Rakyat Tenang sebenarnya cukup selesa apabila pimpinan Pakatan Rakyat dapat tampil menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi dalam kita memastikan kita benar-benar dapat menawan hati pengundi Tenang.

"Ini satu peluang untuk kita membuktikan bahawa segala tohmahan dan propaganda yang dimainkan kerajaan BN dapat kita kikis daripada minda mereka.

"Sebab itu kita tetap turun walau apa pun persepsi negatif yang cuba dibina terhadap Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai tindakan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran turun ke sekolah untuk merayu guru-guru membantu jentera BN menghadapi pilihan raya kecil ini, beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pelanggaran etika kempen yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau BN nak jabatan-jabatan kerajaan untuk berkempen, ini bermakna mereka sendiri yang melanggar etika.

"Saya diberi faham mereka melbatkan guru-guru dan jelas mereka bercakap supaya mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Ini pelanggaran etika yang saya rasa cukup serius dan peguam-peguam kita sedang menunggu untuk kita membuat tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Tenang, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 10.30 pagi esok di Balai Polis Labis.

SPR sebelum ini mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana parti politik berkempen di Tenang sebelum penamaan calon pada 22 Januari ini.

Harakahdaily/-

Sebutan kes Khir Toyo Jun ini - Mahkamah

Posted: 06 Jan 2011 05:30 PM PST

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

Kes rasuah membabitkan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan ditetapkan pada 6 hingga 24 Jun ini, kata hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohtarudin Baki.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi meminda kes itu ke mahkamah tinggi. Kali pertama, pertuduhan ke atas Mohd Khir dibacakan di mahkamah sesyen.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Khir dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin pula didakwa mengikut seksyen yang sama dan dikenakan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 109 kerana membantu Mohd Khir melakukan kesalah berkenaan.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.[MOD]

Agong diguna tarik Nik Aziz ke pertemuan kontroversi

Posted: 06 Jan 2011 05:15 PM PST

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

Ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno telah menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghadiri pertemuan kontroversi pada 25 Disember di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Katanya, tindakan itu sebenarnya menunjukkan bagaimana
terdesaknya Umno yang sanggup menggunakan Seri Paduka untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam itu.

Khalid membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatnya di Shah Alam hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai wujudnya usaha untuk memulihkan semula perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Nik Aziz enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut kepada pihak media, dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghormati pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, satu taklimat telah diberikan oleh mursyidul am itu mengenai perkara tersebut dalam satu mesyuarat badan penerangan PAS Kelantan.

Maklumat daripada pertemuan itu telah 'ditiris' kepada para bloger oleh beberapa pemimpin PAS.

Malah pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, menulis mengenainya dalam Facebook.

Khalid berpendapat ini menunjukkan bagaimana kuatnya Pakatan sehinggakan Umno terpaksa menggunakan cara licik seperti itu untuk cuba memujuk PAS meninggalkan sekutunya.

Katanya lagi, adalah penting untuk diketahui bahawa pemimpin PAS memahami yang konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan Umno, telah ditolak oleh ahli parti itu.

Menurutnya, walaupun apa pun yang dibincangkan di majlis makan malam itu, PAS akan tetap terus bersama dengan Pakatan.

Secara berseloroh, Khalid berkata, situasi tentu begitu terdesak sekali bagi Umno sehinggakan Najib dan Muhyiddin bersetuju hadir di majlis makan malam yang sama.

Katanya, ini kerana bukan mudah bagi PM dan DPM untuk hadir bersama," tambahnya. [MOD]

Harga emas cecah RM4,650 seaun

Posted: 06 Jan 2011 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.

''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.

''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.

Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.

Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.

''Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.

''Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,'' jelasnya.

Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.

Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.

''Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.

''Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,'' katanya.

Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.

Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini.

(*) sumber: Utusan[MOD]

Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)

Posted: 06 Jan 2011 04:05 PM PST

2 Safar 1432H.

Oleh: Ustadz Muhammad Umar Sewed

Beliau dilahirkan pada bulan Sya'ban tahun ke-empat Hijriyah. Diriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam men-tahnik (yakni mengunyahkan kurma kemudian dimasukkan ke mulut bayi dengan digosokkan ke langit-langitnya -pent.), mendoakan dan menamakannya Al-Husein. Demikianlah dikatakan oleh Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wan Nihayah, juz VIII, hal. 152.

Berkata Ibnul Arabi dalam kitabnya Al-Awashim minal Qawashim: "Disebutkan oleh ahli tarikh bahwa surat-surat berdatangan dari ahli kufah kepada Al-Husein (setelah meninggalnya Mu'awiyah radhiyallahu 'anhu). Kemudian Al-Husein mengirim Muslim Ibnu Aqil, anak pamannya kepada mereka untuk membai'at mereka dan melihat bagaimana keikutsertaan mereka. Maka Ibnu Abbas radhiyal­lahu 'anhu memberitahu beliau (Al-Husein) bahwa mereka dahulu pernah mengkhianati bapak dan saudaranya. Sedangkan Ibnu Zubair mengisya­ratkan kepadanya agar dia berangkat, maka berang­katlah Al-Husein. Sebelum sampai beliau di Kufah ternyata Muslim Ibnu Aqil telah terbunuh dan dise­rahkan kepadanya oleh orang-orang yang memanggilnya. "Cukup bagimu ini sebagai peringat­an bagi yang mau mengambil peringatan" (kelihatannya yang dimaksud adalah ucapan Ibnu Abbas kepada Al-Husein -pent.).

Tetapi beliau radhi­yallahu 'anhu tetap melanjutkan perjalanannya de­ngan marah karena dien dalam rangka menegakkan al-haq. Bahkan beliau tidak mendengarkan nasehat orang yang paling alim pada jamannya yaitu ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu dan menyalahi pendapat syaikh para shahabat yaitu Ibnu Umar. Beliau mengharapkan permulaan pada akhir (hidup -pent.), mengharapkan kelurusan dalam kebengkokan dan mengharapkan keelokan pemuda dalam rapuh ke­tuaan. Tidak ada yang sepertinya di sekitarnya, tidak pula memiliki pembela-pembela yang memelihara haknya atau yang bersedia mengorbankan dirinya untuk membelanya. Akhirnya kita ingin mensucikan bumi dari khamr Yazid, tetapi kita tumpahkan darah Al-Husein, maka datang kepada kita musibah yang menghilangkan kebahagiaan jaman. (lihat Al-Awashim minal Qawashim oleh Abu Bakar Ibnul 'Arabi dengan tahqiq dan ta'liq Syaikh Muhibbuddin Al-Khatib, hal. 229-232)

Yang dimaksud oleh beliau dengan ucapannya 'Kita ingin mensucikan bumi dari khamr Yazid, tetapi kita tumpahkan darah Al-Husein' adalah bahwa niat Al-Husein dengan sebagian kaum muslimin untuk mensucikan bumi dari khamr Yazid yang hal ini masih merupakan tuduhan-tuduhan dan tanpa bukti, tetapi hasilnya justru kita menodai bumi dengan darah Al-Husein yang suci. Sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Muhibbudin Al-Khatib dalam ta'liq-nya terhadap buku Al-Awashim Minal Qawashim.

Ketika Al-Husein ditahan oleh tentara Yazid, Samardi Al-Jausyan mendorong Abdullah bin Ziyad untuk membunuhnya. Sedangkan Al-Husein meminta untuk dihadapkan kepada Yazid atau dibawa ke front untuk berjihad melawan orang-orang kafir atau kembali ke Mekah. Namun mereka tetap mem­bunuh Al-Husein dengan dhalim sehingga beliau meninggal dengan syahid radhiyallahu 'anhu. Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Al-Husein terbunuh di Karbala di dekat Eufrat dan jasadnya dikubur di tempat terbunuhnya, sedangkan kepalanya dikirim ke hadapan Ubaidillah bin Ziyad di Kufah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dan dari para imam yang lain.

Adapun tentang dibawanya kepala beliau kepada Yazid telah diriwayatkan dalam beberapa jalan yang munqathi' (terputus) dan tidak benar sedikitpun tentangnya. Bahkan dalam riwayat-riwayat tampak sesuatu yang menunjukkan kedus­taan dan pengada-adaan riwayat tersebut. Dise­butkan padanya bahwa Yazid menusuk gigi taringnya dengan besi dan bahwasanya sebagian para shahabat yang hadir seperti Anas bin Malik, Abi Barzah dan lain-lain mengingkarinya. Hal ini adalah pengkaburan, karena sesungguhnya yang menusuk dengan besi adalah 'Ubaidilah bin Ziyad. Demikian pula dalam kitab-kitab shahih dan musnad, bahwasanya mereka menempatkan Yazid di tempat 'Ubaidilah bin Ziyad. Adapun 'Ubaidillah, tidak diragukan lagi bahwa dialah yang memerin­tahkan untuk membunuhnya (Husein) dan meme­rintahkan untuk membawa kepalanya ke hadapan dirinya. Dan akhirnya Ibnu Ziyad pun dibunuh karena itu.

Dan lebih jelas lagi bahwasanya para shahabat yang tersebut tadi seperti Anas dan Abi Barzah tidak berada di Syam, melainkan berada di Iraq ketika itu. Sesungguhnya para pendusta adalah orang-orang jahil (bodoh), tidak mengerti apa-apa yang menunjukkan kedustaan mereka." (Majmu' Fatawa, juz IV, hal. 507-508)

Adapun yang dirajihkan oleh para ulama tentang kepala Al-Husein bin Ali radhiyallahu 'anhuma adalah sebagaimana yang disebutkan oleh az-Zubair bin Bukar dalam kitabnya Ansab Quraisy dan beliau adalah seorang yang paling 'alim dan paling tsiqah dalam masalah ini (tentang keturunan Quraisy). Dia menyebutkan bahwa kepala Al-Husein dibawa ke Madinah An-Nabawiyah dan dikuburkan di sana. Hal ini yang paling cocok, karena di sana ada kuburan saudaranya Al-Hasan, paman ayahnya Al-Abbas dan anak Ali dan yang seperti mereka. (Dalam sumber yang sama, juz IV, hal. 509)

Demikianlah Al-Husain bin Ali radhiyallahu 'anhuma terbunuh pada hari Jum'at, pada hari 'Asyura, yaitu pada bulan Muharram tahun 61 H dalam usia 54 tahun 6 bulan. Semoga Allah merahmati Al-Husein dan mengampuni seluruh dosa­dosanya serta menerimanya sebagai syahid. Dan semoga Allah membalas para pembunuhnya dan mengadzab mereka dengan adzab yang pedih. Amin.

Sikap Ahlus Sunnah Terhadap Yazid bin Mu'awiyyah

Untuk membahas masalah ini kita nukilkan saja di sini ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah secara lengkap dari Fatawa-nya sebagai berikut:

Belum terjadi sebelumnya manusia mem­bicarakan masalah Yazid bin Muawiyyah dan tidak pula membicarakannya termasuk masalah Dien. Hingga terjadilah setelah itu beberapa perkara, sehingga manusia melaknat terhadap Yazid bin Muawiyyah, bahkan bisa jadi mereka menginginkan dengan itu laknat kepada yang lainnya. Sedangkan kebanyakan Ahlus Sunnah tidak suka melaknat or­ang tertentu. Kemudian suatu kaum dari golongan yang ikut mendengar yang demikian meyakini bahwa Yazid termasuk orang-orang shalih yang besar dan Imam-imam yang mendapat petunjuk.

Maka golongan yang melampaui batas terhadap Yazid menjadi dua sisi yang berlawanan:

Sisi pertama, mereka yang mengucapkan bahwa dia kafir zindiq dan bahwasanya dia telah membunuh salah seorang anak perempuan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, membunuh shahabat-shahabat Anshar, dan anak-anak mereka pada kejadian Al-Hurrah (pembebasan Madinah) untuk menebus dendam keluarganya yang dibunuh dalam keadaan kafir seperti kakek ibunya 'Utbah bin Rab'iah, pamannya Al-Walid dan selain keduanya. Dan mereka menyebutkan pula bahwa dia terkenal dengan peminum khamr dan menampakkan maksiat-maksiatnya.

Pada sisi lain, ada yang meyakini bahwa dia (Yazid) adalah imam yang adil, mendapatkan petunjuk dan memberi petunjuk. Dan dia dari kalangan shahabat atau pembesar shahabat serta salah seorang dari wali-wali Allah. Bahkan sebagian dari mereka meyakini bahwa dia dari kalangan para nabi. Mereka mengucapkan bahwa barangsiapa tidak berpendapat terhadap Yazid maka Allah akan menghentikan dia dalam neraka Jahannam. Mereka meriwayatkan dari Syaikh Hasan bin 'Adi bahwa dia adalah wali yang seperti ini dan seperti itu. Barangsiapa yang berhenti (tidak mau mengatakan demikian), maka dia berhenti dalam neraka karena ucapan mereka yang demikian terhadap Yazid. Setelah zaman Syaikh Hasan bertambahlah perkara-perkara batil dalam bentuk syair atau prosa. Mereka ghuluw kepada Syaikh Hasan dan Yazid dengan perkara-perkara yang menyelisihi apa yang ada di atasnya Syaikh 'Adi yang agung -semoga Allah mensucikan ruhnya-. Karena jalan beliau sebelumnya adalah baik, belum terdapat bid'ah-bid'ah yang seperti itu, kemudian mereka mendapatkan bencana dari pihak Rafidlah yang memusuhi mereka dan kemudian membunuh Syaikh Hasan bin 'Adi sehingga terjadilah fitnah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya.

Dua sisi ekstrim terhadap Yazid tersebut menyelishi apa yang disepakati oleh para ulama dan Ahlul Iman. Karena sesungguhnya Yazid bin Muawiyyah dilahirkan pada masa khalifah Utsman bin 'Affan radliallahu 'anhu dan tidak pernah bertemu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta tidak pula termasuk shahabat dengan kesepakatan para ulama. Dia tidak pula terkenal dalam masalah Dien dan keshalihan. Dia termasuk kalangan pemuda-pemuda muslim bukan kafir dan bukan pula zindiq. Dia memegang kekuasaan setelah ayahnya dengan tidak disukai oleh sebagian kaum muslimin dan diridlai oleh sebagian yang lain. Dia memiliki keberanian dan kedermawanan dan tidak pernah menampakkan kemaksiatan-kemaksiatan sebagaimana dikisahkan oleh musuh-musuhnya.

Namun pada masa pemerintahannya telah terjadi perkara-perkara besar yaitu:

1. Terbunuhnya Al-Husein radhiyallahu 'anhu se­dangkan Yazid tidak memerintahkan untuk membunuhnya dan tidak pula menampakkan kegembiraan dengan pembunuhan Husein serta tidak memukul gigi taringnya dengan besi. Dia juga tidak membawa kepala Husein ke Syam. Dia memerintahkan untuk melarang Husein dengan melepaskannya dari urusan walaupun dengan memeranginya. Tetapi para utusannya melebihi dari apa yang diperintahkannya tatkala Samardi Al-Jausyan mendorong 'Ubaidillah bin Ziyad untuk membunuhnya. Ibnu Ziyad pun me­nyakitinya dan ketika Al-Husein radhiyallahu 'anhu meminta agar dia dibawa menghadap Yazid, atau diajak ke front untuk berjihad (memerangi orang-orang kafir bersama tentara Yazid -pent), atau kembali ke Mekkah, mereka menolaknya dan tetap menawannya. Atas perintah Umar bin Sa'd, maka mereka membunuh beliau dan sekelompok Ahlul Bait radhiyallahu 'anhum dengan dhalim. Terbunuhnya beliau radhiyallahu 'anhu termasuk musibah besar, karena sesungguhnya terbunuhnya Al-Husein -dan 'Utsman bin 'Affan sebelumnya- adalah penyebab fitnah terbesar pada umat ini. Demikian juga pembunuh keduanya adalah makhluk yang paling jelek di sisi Allah. Ketika keluarga beliau radhiyallahu 'anhu mendatangi Yazid bin Mua'wiyah, Yazid memuliakan mereka dan mengantarkan mereka ke Madinah.

Diriwayatkan bahwa Yazid melaknat Ibnu Ziyad atas pembunuhan Husein dan berkata: "Aku sebenarnya meridlai ketaatan penduduk Irak tanpa pembunuhan Husein." Tetapi dia tidak menampakkan pengingkaran terhadap pembunuhnya, tidak membela serta tidak pula membalasnya, padahal itu adalah wajib bagi dia. Maka akhirnya Ahlul Haq mencelanya karena meninggalkan kewajibannya, ditambah lagi dengan perkara-perkara yang lain. Sedangkan musuh-musuh mereka menambahkan kedustaan-kedustaan atasnya.

2. Ahlil Madinah membatalkan bai'atnya kepada Yazid dan mereka mengeluarkan utusan-utusan dan penduduknya. Yazid pun mengirimkan tentara kepada mereka, memerintahkan mereka untuk taat dan jika mereka tidak mentaatinya setelah tiga hari mereka akan memasuki Madinah dengan pedang dan menghalalkan darah mereka. Setelah tiga hari, tentara Yazid memasuki Madinah an-Nabawiyah, membunuh mereka, merampas harta mereka, bahkan menodai kehormatan-kehormatan wanita yang suci, kemudian mengirimkan tentaranya ke Mekkah yang mulia dan mengepungnya. Yazid meninggal dunia pada saat pasukannya dalam keadaan mengepung Mekkah dan hal ini meru­pakan permusuhan dan kedzaliman yang dikerjakan atas perintahnya.

Oleh karena itu, keyakinan Ahlus Sunnah dan para imam-imam umat ini adalah mereka tidak melaknat dan tidak mencintainya. Shalih bin Ahmad bin Hanbal berkata: Aku katakan kepada ayahku: "Sesungguhnya suatu kaum mengatakan bahwa mereka cinta kepada Yazid." Maka beliau rahimahullah menjawab: "Wahai anakku, apakah akan mencintai Yazid seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir?" Aku bertanya: "Wahai ayahku, mengapa engkau tidak melaknatnya?" Beliau menjawab: "Wahai anakku, kapan engkau melihat ayahmu melaknat seseorang?"

Diriwayatkan pula bahwa ditanyakan kepadanya: "Apakah engkau menulis hadits dari Yazid bin Mu'awiyyah?" Dia berkata: "Tidak, dan tidak ada kemulyaan, bukankah dia yang telah melakukan terhadap ahlul Madinah apa yang dia lakukan?"

Yazid menurut ulama dan Imam-imam kaum muslimin adalah raja dari raja-raja (Islam -pent). Mereka tidak mencintainya seperti mencintai orang-orang shalih dan wali-wali Allah dan tidak pula melaknatnya. Karena sesungguhnya mereka tidak suka melaknat seorang muslim secara khusus (ta yin), berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahih-nya dari Umar bin Khaththab radhiyallahu 'anhu: Bahwa seseorang yang dipanggil dengan Hammar sering minum khamr. Acap kali dia didatangkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan dicambuknya. Maka berkatalah seseorang: "Semoga Allah melaknatnya. Betapa sering dia didatangkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jangan engkau melaknatnya, sesungguhnya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya. " (HR. Bukhari)

Walaupun demikian di kalangan Ahlus Sunnah juga ada yang membolehkan laknat terhadapnya karena mereka meyakini bahwa Yazid telah melakukan kedhaliman yang menyebabkan laknat bagi pelakunya.

Kelompok yang lain berpendapat untuk mencintainya karena dia seorang muslim yang memegang pemerintahan di zaman para shahabat dan dibai'at oleh mereka. Serta mereka berkata: "Tidak benar apa yang dinukil tentangnya padahal dia memiliki kebaikan-kebaikan, atau dia melakukannya dengan ijtihad."

Pendapat yang benar adalah apa yang dikatakan oleh para imam (Ahlus Sunnah), bahwa mereka tidak mengkhususkan kecin­taan kepadanya dan tidak pula melaknatnya. Di samping itu kalaupun dia sebagai orang yang fasiq atau dhalim, Allah masih mungkin meng­ampuni orang fasiq dan dhalim. Lebih-lebih lagi kalau dia memiliki kebaikan-kebaikan yang besar.

Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dari Ummu Harran binti Malhan radhiyallahu 'anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

وَأَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِى يَغْزُوْنَ مَدِيْنَةَ قَيْصَرَ مَغْفُوْرٌ لَهُمْ. (رواه البخارى)

Tentara pertama yang memerangi Konstantiniyyah akan diampuni. (HR. Bukhari)

Padahal tentara pertama yang memeranginya adalah di bawah pimpinan Yazid bin Mu'awiyyah dan pada waktu itu Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu 'anhu bersamanya.

Catatan:

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah melanjutkan setelah itu dengan ucapannya: "Kadang-kadang sering tertukar antara Yazid bin Mu' awiyah dengan pamannya Yazid bin Abu Sufyan. Padahal sesungguhnya Yazid bin Abu Sufyan adalah dari kalangan Shahabat, bahkan orang-orang pilihan di antara mereka dan dialah keluarga Harb (ayah Abu Sufyan bin Harb -pent) yang terbaik. Dan beliau adalah salah seorang pemimpin Syam yang diutus oleh Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu 'anhu ketika pembebasan negeri Syam. Abu Bakar ash-Shiddiq pernah berjalan bersamanya ketika mengantarkan­nya, sedangkan dia berada di atas kendaraan. Maka berkatalah Yazid bin Abu Sufyan: "Wahai khalifah Rasulullah, naiklah! (ke atas kendaraan) atau aku yang akan turun." Maka berkatalah Abu Bakar: "Aku tidak akan naik dan engkau jangan turun, se­sungguhnya aku mengharapkan hisab dengan langkah-langkahku ini di jalan Allah. Ketika beliau wafat setelah pembukaan negeri Syam di zaman pemerintahan Umar radhiyallahu 'anhu, beliau mengangkat saudaranya yaitu Mu'awiyah untuk menggantikan kedudukannya.

Kemudian Mu'awiyah mempunyai anak yang bernama Yazid di zaman pemerintahan 'Utsman ibnu 'Affan dan dia tetap di Syam sampai terjadi peristiwa yang terjadi.

Yang wajib adalah untuk meringkas yang demikian dan berpaling dari membicarakan Yazid bin Mu'awiyah serta bencana yang menimpa kaum muslimin karenanya dan sesungguhnya yang demikian merupakan bid'ah yang menyelisihi ahlus sunnah wal jama'ah. Karena dengan sebab itu sebagian orang bodoh meyakini bahwa Yazid bin Mu`awiyah termasuk kalangan shahabat dan bahwasanya dia termasuk kalangan tokoh-tokoh orang shalih yang besar atau imam-imam yang adil. Hal ini adalah kesalahan yang nyata." (Diambil dari Majmu' Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, jilid 3, hal. 409-414)


Bid'ah-bid'ah yang Berhubungan dengan Terbunuhnya Al-Husein

Kemudian muncullah bid'ah-bid'ah yang banyak yang diadakan oleh kebanyakan orang-or­ang terakhir berkenaan dengan perisiwa terbunuhnya Al-Husein, tempatnya, waktunya dan lain-lain. Mulailah mereka mengada-adakan An-Niyaahah (ratapan) pada hari terbunuhnya Al-Husein yaitu pada hari 'Asyura (10 Muharram), penyiksaan diri, mendhalimi binatang-binatang ternak, mencaci maki para wali Allah (para shahabat) dan mengada-adakan kedustaan-kedustaan yang diatasnamakan ahlul bait serta kemungkaran-kemungkaran yang jelas dilarang dalam kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wa sallam serta berdasarkan kesepakatan kaum muslimin.

Al-Husein radhiyallahu 'anhu telah dimu­liakan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dengan mati syahid pada hari 'Asyura dan Allah telah menghi­nakan pembunuhnya serta orang yang mendukung­nya atau ridla dengan pembunuhannya. Dan dia mempunyai teladan pada orang sebelumnya dari para syuhada, karena sesungguhnya dia dan saudaranya adalah penghulu para pemuda ahlul jannah. Keduanya telah dibesarkan pada masa kejayaan Is­lam dan tidak mendapatkan hijrah, jihad, dan kesabaran atas gangguan-gangguan di jalan Allah sebagaimana apa yang telah didapati oleh ahlul bait sebelumnya. Maka Allah mulyakan keduanya dengan syahid untuk menyempurnakan kemulyaan dan mengangkat derajat keduanya.

Pembunuhan beliau merupakan musibah besar dan Allah subhanahu wa ta'ala telah mensyari'atkan untuk mengucapkan istirja' (Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) ketika musibah dalam ucapannya:

وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ.

…. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orangyang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 155-157)

Sedangkan mereka yang mengerjakan apa-apa yang dilarang oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam rangka meratapinya seperti memukul pipi, merobek baju, dan menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah, maka balasannya sangat keras sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu, berkata: Bersabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُوْدَ، وَشَقَّ الْجُيُوْبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ. (رواه البخارى ومسلم)

Bukan dari golongan kami, siapa yang memukul-mukul pipi, merobek-robek baju, dan menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits lain, juga dalam Bukhari dan Muslim dari Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu, bahwa dia berkata: "Aku berlepas diri dari orang-orang yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berlepas diri darinya, yaitu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berlepas diri dari al-haliqah, ash-shaliqah dan asy-syaaqqah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan dalam Shahih Muslim dari Abi Malik Al-Asy'ari bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

أَرْبَعٌ فِى أُمَّتِى مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ: الْفَخْرُ فِى اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِى اْلأَنْسَابِ وَاْلإِسْتِسْقَاءُ بِالنُجُوْمِ وَالنِّيَاحَةُ. (رواه مسلم)

Empat perkara yang terdapat pada umatku dari perkara perkara jahiliyah yang mereka tidak meninggalkannya: bangga dengan kedudukan, mencela nasab (keturunan), mengharapkan hujan dengan bintang-bintang dan meratapi mayit. (HR. Muslim)

Dan juga beliau shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

وَإِنَّ النَّائِحَةَ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ الْمَوْتِ جَائَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانِ، وَدَرْعٌ مِنْ لَهَبِ النَّارِ. (صحيح رواه أحمد والطبرانى والحاكم)

Sesungguhnya perempuan tukang ratap jika tidak bertaubat sebelum matinya dia akan dibangkitkan di hari kiamat sedangkan atasnya pakaian dari timah dan pakaian dada dari nyala api neraka. (HR. Ahmad, Thabrani dan Hakim)

Hadits-hadits tentang masalah ini bermacam-­macam.

Demikianlah keadaan orang yang meratapi mayit dengan memukul-mukul badannya, merobek-robek bajunya dan lain-lain. Maka bagaimana jika ditambah lagi bersama dengan itu kezaliman terhadap or­ang-orang mukmin (para shahabat), melaknat mereka, mencela mereka, serta sebaliknya membantu ahlu syiqaq orang-orang munafiq dan ahlul bid'ah dalam kerusakan dien yang mereka tuju serta kemungkaran lain yang Allah lebih mengetahuinya.

Maraji':

Minhajus-Sunnah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Majmu' Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Al-'Awashim Minal Qawashim, oleh Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dengan tahqiq dan ta'liq Syaikh Muhibbudin Al-Khatib.
Al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir.
Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Shahih Muslim dengan Syarh Nawawi.
Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.

Pemuda PAS Perak cadang imbuhan rumah kepada pemain negara.

Posted: 06 Jan 2011 01:44 PM PST

2 Safar 1432H.
MOHD MUNIR ALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Perak yang telah meluluskan imbuhan sebanyak RM5,000 setiap seorang sebagai penghargaan kepada pemain Malaysia yang berasal daripada Perak iaitu Mohammad Safee Mohammad Sali, Mohd Sabre Mat Abu dan Mohamad Fadhli Mohd Shas atas kejayaan dan sumbangan mereka yang membawa negara menjulang Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Malah DPPN Pk merasakan kerajaan negeri perlu menambah bentuk imbuhan tersebut yang akan memberikan manafaat kepada Pasukan Bolasepak Negeri Perak khasnya. DPPN Pk mencadangkan imbuhan berbentuk rumah perlu diberikan kepada mereka untuk merangsang mereka pulang dan kembali tinggal di Negeri Perak yang tentunya memberi peluang kepada mereka untuk kembali memberikan sumbangan kearah kegemilangan bolasepak Perak itu sendiri.

DPPN Pk amat bangga dengan setiap kejayaan daripada mereka yang lahir di Perak dan setiap bentuk sumbangan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap mereka walaupun sedikit akan tetapi amat bermakna buat rakyat Perak. Jesteru DPPN Pk mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan tertinggi dengan anak-anak kelahiran Perak ini yang telah berjaya menyumbang kearah perkembangan terbaik dalam sejarah mutakhir bolasepak tanahair kita. Harapan DPPN Pk agar mereka boleh terus menyumbang kemahiran mereka setelah berhasrat untuk kembali ke Perak nanti.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

ADAKAH RAIS SEKUAT ANWAR MENGHADAPINYA?

Posted: 06 Jan 2011 01:33 PM PST

2 Safar 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA MP Jelebu yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB DSU Rais Yatim pun muncul di kaca TV malam tadi. Setelah sekian lama diasak oleh berbagai cerita yang berkaitan dengan kes Amah dirogol seperti yang didedahkan di dalam beberapa blog, dan juga setelah laporan Polis dibuat terhadapnya, beliau tampil untuk menafikan beliau terlibat.

Di TV3 dalam Buletin Utama, berita yang keluar sekitar seminit dua hanyalah kenyataan penafian Menteri ini yang juga boss besar stesen TV. Di dalam berita Astro Awani, gambar Menteri ini muncul di dalam sidang akhbarnya untuk menafikan beliau tidak terlibat.

Berbeza dengan tuduhan terhadap DS Anwar. Apabila ada tuduhan dibuat ke Ketua Pembangkang ini, maka TV dan akhbar berjela-jela membuat ulasan walaupun penafian dibuat oleh DS Anwar. Paling kurang setengah jam TV akan mengulas isu ke atas DS Anwar siap dengan menemu bual beberapa pemimpin yang sememangnya musuh DS Anwar. Paling laris untuk ditemubual adalah beberapa spesis katak yang melompat dari PKR, termasuk juga kaki pembohong besar YB Zul dari Kulim. Maka, setiap hari ada sahaja cerita dan `nasi tambah' yang disiarkan di kaca TV tentang DS Anwar.

Ini tidak berlaku pada Rais Yatim. Apabila beliau menafikan beliau terlibat, maka `full stop' di situ. Jauh sekali pihak media pencacai ini ingin siarkan kisah pembunuhan Altantuya seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu. Itulah hebatnya media di negara ini.

Di dalam kenyataan Rais Yatim, beliau menyebut tuduhan ke atasnya oleh Pembangkang dan media serta blog pro pembangkang adalah tuduhan jahat untuk menjatuhkannya. Kita ingin beritahu Rais, cerita ini bukan kita yang cipta tetapi kita mendapatkannya dari sumber di luar negara di mana Amah iaitu mangsa terlibat menetap sekarang. Cerita ini juga didedahkan oleh Wikileaks. Kita tidak mencipta isu ini melainkan ianya didedahkan oleh mangsa dan keluarga itu sendiri melalui satu pertubuhan di Indonesia.

Jika Rais Yatim merasa tertekan atau aib dengan tuduhan yang beliau hadapi, tentu sekarang beliau terfikir bagaimana DS Anwar mampu bangkit dan melawan dari situasi yang sama. Apabila terkena ke atas batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah. Rais Yatim belum pun disiasat mahupun didakwa, sedangkan DS Anwar telah disiksa, dihina dan dipenjarakan malahan difitnah sekali lagi. Namun, DS Anwar mampu bangkit dan melawan tanpa bantuan dari media seperti yang diperolehi oleh Rais Yatim. Ini menunjukkan kekuatan moral yang ada pada DS Anwar tidak tergugat dengan fitnah sejahat mana sekali pun.

Adakah Rais Yatim mempunyai kekuatan seperti itu? Kita tunggu sejauh mana kerajaan ingin bertindak ke atas tuduhan terhadap Menteri ini. Kerajaan Indonesia sudah pasti bersedia untuk membantu siasatan kes ini seandainya kerajaan serius untuk menyiasat. Kita difahamkan AMK sendiri akan menghantar pemudanya ke Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau fakta yang ada berkaitan kes ini. Adakah KDN juga akan bertindak sedemikian?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Pengikut