Selasa, 4 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 04 Jan 2011 01:15 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Khusrin tetap jalankan tugas, walaupun tidak disukai

Posted: 03 Jan 2011 03:57 AM PST

03/01/2011 4:37pm

SHAH ALAM 3 Jan. - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi tetap akan menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun pelantikannya tidak disukai oleh kerajaan PKR Selangor.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.

''Saya maklum yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, beliau tidak pernah bersikap rasis dan tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan menteri besar dan exco-exco lain.

Beliau juga tidak faham mengapa diserang dan ditohmah sejak mula menjadi Pengarah JAIS oleh beberapa pihak, sedangkan beliau menjalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

BUKTI CAMPURTANGAN POLITIK DALAM PENTADBIRAN SELANGOR

Posted: 03 Jan 2011 03:29 AM PST

Secara tak langsung isu dibawah membuktikan bahawa terdapat campurtangan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. INILAH DASAR PKR memerintah. Pentadbir dan kuasa eksekutif perlu ada pembahagian kuasa. Apakah ini telus dan mengikut prinsip demokrasi seperti yang diwar-warkan ? Fikirkanlah....

Isu SUK: Selangor mahu pinda undang-undang tubuh negeri

03/01/2011 3:39pm

SHAH ALAM 3 Jan. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mencadangkan agar diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menulis surat kepada Speaker DUN untuk memaklumkan mengenai cadangan itu.

Menurut Abdul Khalid, beliau juga telah mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengenai isu pelantikan SUK itu.

Katanya, baginda mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan calon yang layak.

"Sebelum penyelesaian muktamad dicapai, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dengan sebarang majlis atau keraian dengan SUK.

"SUK juga tidak boleh hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi boleh melakukan kerja-kerja seperti menguruskan hal tanah dan sebagainya," kata beliau pada sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Ujar beliau, ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan. – Utusan

MB Selangor menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah

Posted: 03 Jan 2011 03:26 AM PST

03/01/2011 2:25pm

SHAH ALAM 3 Jan. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di sini hari ini.

Kenderaan rasmi Menteri Besar dilihat memasuki Istana Mestika pada pukul 10.50 pagi dan keluar kira-kira 12.20 tengah hari.

Pihak media yang berkumpul di hadapan pintu utama istana itu sejak jam 10 pagi hampa apabila tidak mendapat sebarang komen daripada Menteri Besar yang terus beredar dari situ.

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Abdul Khalid tidak berhenti walaupun dikerumuni para wartawan dan jurugambar.

Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih oleh sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim bagi jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

SUK Negeri yang baru, Datuk Mohamad Khusrin Munawi telah hadir di pejabat barunya di Tingkat 19 Bangunan Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah di sini sebelum pukul 8 pagi ini. – Bernama

'Tahan Shuhaimi di bawah ISA'

Posted: 03 Jan 2011 03:24 AM PST


Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 2 Jan. - UMNO Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.

Katanya, negara ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan kedudukan sultan atau raja diiktiraf sebagai ketua bagi sesebuah negeri.

Justeru beliau menegaskan, sebarang kenyataan atau tindakan oleh mana-mana individu yang mempertikaikan kedudukan serta bidang kuasa institusi itu merupakan satu pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan apatah lagi mengajak rakyat menentang asas perundangan negara.

"Kita memandang serius perkara tersebut atas dasar menjaga kedudukan Perlembagaan serta keselamatan negara ini. Tindakan Shuhaimi seolah-olah mahu mewujudkan fahaman anarki dalam masyarakat khususnya di Selangor.

"Ini amat membimbangkan dan kita mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuklah ISA sekiranya perlu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Shuhaimi menerusi laman blognya, http://srimuda.blogspot.com didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurut Shuhaimi, pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan di dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat PKR itu turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan "Beraja di mata, bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh "raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja".

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

Posted: 03 Jan 2011 07:47 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PAS SANGGUP KORBANKAN PRINSIP PERJUANGAN !!!

Posted: 03 Jan 2011 05:00 PM PST

Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya semata-mata untuk mempertahankan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang sebelum ini secara konsisten menentang penubuhan negara Islam.kalau dulu mereka bermati-matian di seluruh kampung berceramah menghentam Karpal yang menentang negara Islam,.sekarang pula mereka memuji Karpal dan sanggup ulang balik apa yang Karpal kata "OVER MY HEAD BODY".PAS sanggup membela seorang pemimpin yang juga penentang utama negara Islam,pemimpin PAS juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengelirukan rakyat demi menghalalkan hubungan mereka dengan parti sosialis,DAP.

Dulu kepada mereka tidak boleh duduk bersama DAP tetapi sekarang sudah bersekedudukan dengan DAP,dari segi politik mereka memang tidak konsisten,berbeza mengikut keadaan kerana apa yang penting ialah mereka mahukan kuasa dan sanggup korbankan prinsip politik yang dipegang teguh semata-mata untuk ke Putrajaya.

Ahli Parlimen Kota Bharu,Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah menjadi punca semua ini,Beliau berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini memberi amaran 'langkah mayat saya dahulu' jika ada pihak yang ingin 'mengusik' Karpal walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran yang sama jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan PKR.Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang 'diserang' pelbagai pihak berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks Ketua Pembangkang itu pada 1997 di Dewan Rakyat.

POST BY DR MEE...

umno bahagian cheras

Posted: 03 Jan 2011 01:02 PM PST

umno bahagian cheras


Contohi pendirian Khairy - Syed Ali

Posted: 02 Jan 2011 11:59 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan keputusan Khairy Jamaluddin untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai tindakan matang dalam politik.

Beliau menjelaskan, keputusan seperti yang disuarakan oleh Khairy itu juga membuktikan bahawa beliau tidak gilakan kuasa dan mengejar jawatan dalam berpolitik.

"Khairy telah menunjukkan kematangannya berpolitik dan keputusan itu perlu dihormati, malah wajar dicontohi oleh mana-mana wakil rakyat," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu bagaimanapun mengingatkan jangan ada pihak tertentu menimbulkan pelbagai spekulasi negatif berhubung keputusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

Langkah tersebut juga menunjukkan Khairy bersedia dan akur kepada apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai masa depannya dalam politik.

Sambil melahirkan rasa kagum dengan sikap Ketua Pemuda UMNO itu, Syed Ali menambah Khairy juga dilihat cuba memberi mesej bahawa pemuda harus memperlihatkan sikap menghormati dan taat kepada kepimpinan parti.
"Oleh sebab itu, saya berharap jangan ada cerita karut disebalik keputusan Khairy, ianya adalah proses biasa. Saya kagum dan hormati pendirian Khary. Beliau adalah contoh anak muda yang berpegang kepada realiti dalam berpolitik," tegasnya.

Katanya, seandainya Khairy tidak lagi menjadi wakil rakyat pada PRU ke-13 akan datang tetapi beliau masih mempunyai ruang yang lebih luas untuk memberi khidmat kepada rakyat terutama kepada generasi muda.

Syed Ali menegaskan, setiap ahli parti masih boleh menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat jika ianya ikhlas dan bertanggungjawab.

"Sama ada seseorang itu Ahli Parlimen, Ketua Bahagian mahupun ahli biasa parti, sumbangan dan pengorbanan mereka untuk UMNO tetap sama penting," jelasnya.

Beliau menambah, berbeza dengan pemimpin pembangkang yang beria-ia mahukan jawatan semata-mata bagi kepentingan peribadi.

Sebagai contohnya beliau mendakwa bagaimana pemimpin PAS dan Pari Keadilan Rakyat (PKR) sanggup bercakaran sesama sendiri semata-mata kerana jawatan dan kedudukan dalam parti.

Syed Ali percaya Khairy akan tetap meneruskan agendanya untuk membangunkan generasi muda terutama membabitkan kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu tegas beliau, UMNO akan terus kekal mendapat sokongan rakyat jika sikap yang ada pada Khariy dicontohi oleh mana-mana pemimpin parti yang tidak gilakan kedudukan.

"Masalahnya, kita kadangkala berdepan dengan situasi di mana seseorang itu enggan melepaskan jawatan walaupun geraf sokongan rakyat sudah merosot, prestasi perkhidmatan semakin menurun dan hilang keyaklinan di peringkat akar umbi," ujarnya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 03 Jan 2011 11:20 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Pas Korbankan Perjuangan Demi Karpal

Posted: 03 Jan 2011 01:33 AM PST

JELI 3 Jan. – Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya semata-mata untuk mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini secara konsisten menentang penubuhan negara Islam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin Pas juga memberi tafsiran … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 03 Jan 2011 09:42 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Campur Tangan Politik Dalam Pentadbiran Awam

Posted: 02 Jan 2011 06:22 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut