Jumaat, 14 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Aminuddin Harun

Posted: 14 Jan 2011 07:24 AM PST

Aminuddin Harun


Daulat Tuanku !

Posted: 13 Jan 2011 08:35 AM PST

DAULAT TUANKU !



Suara Sri Andalas

Posted: 13 Jan 2011 11:31 PM PST

Suara Sri Andalas


Penggantungan Gelaran dan Penggunaan Darjah Kebesaran "Dato Seri" Khir Toyo

Posted: 13 Jan 2011 01:00 AM PST

KENYATAAN AKHBAR

PENGGANTUNGAN GELARAN DAN PENGGUNAAN 
DARJAH KEBESARAN
DATO' – DATO' SELANGOR

Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke 129 pada 11 Januari  2011 telah berkenan membuat keputusan berikut:

1. Yang Berhormat Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, 
ADUN Sungai Panjang dan mantan Dato' Menteri Besar Selangor yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Dato' Seri" pada tahun 2001 telah didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran S.P.M.S. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

2. Encik Shamsuddin Bin Haryoni,
Pengarah Ditamas Sdn. Bhd.  yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' -  Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran "Dato"' pada tahun 2002 telah didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 165 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran D.S.I.S. adalah digantung.  Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.


Sekian.  Harap maklum

Y.B. Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi
Setiausaha Kerajaan Selangor

Tarikh:   13 Januari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 13 Jan 2011 11:06 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Peneroka-Peneroka Felda Palong 9 berjaya mendapatkan kebnaran untuk mengusahakan Tanam Semula sendiri getah ke getah

Posted: 13 Jan 2011 02:40 AM PST

Peneroka-Peneroa Felda Palong 9 berjaya mendapatkan sokongan Timbalan Mnteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato Hasan bin Malek yang memberi sokongan dan kebenaran untuk mereka mengusahakan menanam sendri getah ke getah.

Ketua Urusan Tanam Semula sendiri Felda Tanam Semula Sendiri,En Hamsaton bin Mohamed memberitahu Biro Felda Masyarakat Felda dan Orang Asal bahawa beliau telah menerima surat sokongan daripada Timbalan Menteri itu yang bertarikh 5hb Januari 2011 yang ditujukan kepada Yang Berbahagia Dato' Dzulkifli bin Abd Wahab, Pengarah Besar, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang disalinkan kepada beliau.

Sebahagian daripada Peneroka Felda Palong 9 telah berusaha mendapatkan kebenaran dari Felda agar membenarkan mereka menanam sendiri dan tidak melalui Felda dengan menanam getah ke getah.

Dengan sokongan ini memberikan kelegaan kepada peneoka-penroka Palong 9, Negeri Sembilan, kerana prtamanya mereka berhajat mengusahakan menanam sendiri untuk mengelakkan diri mereka dienakan hutang oleh Felda dan keduanya mereka tidak mahu menukarkan tanaman mereka dari getah ke kelapa sawit.

Dengan perkembangan ini, memberikan galakan kepada peneroka-peneroka Felda Sg Lui Selatan 2, dimana mereka juga berhadapan dengan masalah yang sama, iaitu mereka tidak dibenarkan untuk menanam sendiri dan mereka diehendaki menukarkan tanaman dari getah ke kelapa sawit.


Perbezaannya diantara masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Palong 9 dengan Peneroka-Peneroka Felda Sg Lui Selatan 2 adalah dari segi agensi menanam semula tersebut, iaitu Peneroka-Peneroka Felda Sg Lui Selatan 2 masih mahu mengekalkan Felda menjalankan usaha menanam semula bagi pihak Peneroka, tetapi mereka tidak mahu menukarkan tanaman getah kepada kelapa sawit.

Semoga dengan perkembangan ini akan mendatangkan menfaat kepada Peneroka-Peneroka yang berhajat untuk menanam sendiri dan tidak menanam semula melalui Felda.

Zulkifli Noordin

Posted: 13 Jan 2011 09:24 PM PST

Zulkifli Noordin


SIDANG DERHAKA!

Posted: 12 Jan 2011 04:22 AM PST

(Ketegasan & sikap non-partisan Tuanku Sultan Selangor telah diputarbelit dan dipolitikkan oleh Pakatan Syaitan - penggantungan darjah kebesaran kepada bekas MB Selangor Khir Toyo semalam bukti jelas Tuanku bertindak bebas dan tanpa memihak)

Salam 2 all.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim membuat kenyataan bahawa satu sidang tergempar DUN Selangor akan diadakan pada hari Isnin 19 Safar 1432 bersamaan 24 Januari 2011 selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan. Tujuan utama sidang tergempar itu kononnya "untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri".

Politik Cakap Tak Serupa Bikin

Pertama pada teman ini adalah satu lagi bukti "politik cakap tak serupa bikin" Pakatan pembangkang. Mereka komplen konon perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi dibuat tanpa konsultasi dan rujukan kepada Menteri Besar Selangor, walaupun sebenarnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor & Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan perlantikan (dan pemecatan) seseorang SUK Negeri adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kalau konsultasi dan rujukan dibuat pun tidak ada apa yang boleh dibuat oleh Menteri Besar, beliau tidak boleh menerima atau menolak sebarang perlantikan. Kalau nak rujuk pun, bak kata orang Melayu, sekadar memberi penghormatan sahaja. Omputeh kata "just for courtesy sake". Tapi dari segi undang-undang, peruntukkan jelas.

Tapi yang kelakarnya, dalam dok komplen mereka tidak dirujuk atau dibuat konsultansi semasa perlantikan Datuk Khusrin, tetapi dalam memanggil sidang tergempar DUN Selangor, itulah yang mereka buat pun. Mereka langsung tidak merujuk atau membuat konsultansi dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sedangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor jelas memperuntukkan perkenan Tuanku mesti diperolehi dahulu sebelum satu sidang boleh diadakan Jangankan perkenan, jumpa Tuanku pun tak. Ini bukan lagi kurang ajar dan biadap, tetapi satu penderhakaan jelas terhadap Tuanku Sultan Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Double Penderhakaan

Mereka berbuat seolah-olah Negeri Selangor Darul Ehsan ini negeri yang tiada Sultan yang memerintah. Atau apakah ini bukti jelas sikap dan belang sebenar mereka khususnya parti cauvinis dan rasis DAP, memang mereka langsung tidak menghormati dan mengiktiraf Kesultanan Melayu dalam negara ini.

Pada teman, ini satu penderhakaan yang melampau. Double-derhaka! Sudahlah mereka menderhaka tidak mengiktiraf perlantikan seorang pegawai kerajaan yang bukan sahaja sah dibuat mengikut undang-undang, malah sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan. Kini mereka meneruskan kebiadapan dan penderhakaan mereka dengan memanggil sidang tergempar DUN Selangor tanpa mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Tuanku. Teman ingin merafak sembah dan mencadangkan kepada Tuanku supaya memecat segera Menteri Besar derhaka ini. Teman juga mencadangkan kepada Tuankun Selangor supaya melucutkan sebarang gelaran dan anugerah kebesaran negeri yang telah diberi kepada penderhaka-penderhaka ini!

Motif Sebenar Para Penderhaka

Selanjutnya, apa motif sebenar para penderhaka ini? Jika kita andaikan sidang dibuat sah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta mendapat perkenan Tuanku (yang sebenarnya tidak sah malah haram), tetapi tujuan yang disebut kononnya untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Jelas lagi terang bahawa untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, mereka memerlukan majoriti dua pertiga ADUN yang ada. Sudah jelas bahawa mereka tidak ada dan tidak akan mendapat undi majoriti dua pertiga tersebut, tetapi mereka masih mahu meneruskan juga sidang derhaka ini.

Pada teman, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan mempolitikkan isu yang bukan isu ini. Konon nanti akan dicanang kepada kaum bukan Melayu tengok macam mana kerajaan dibawah pengaruh DAP dianiaya dan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan Melayu dan Raja Melayu. Dan mereka mahu menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar mereka kepada institusi orang Melayu termasuk Raja-Raja Melayu, supaya nanti generasi muda mereka juga akan menjadi biadap dan kurang ajar terhadap insitusi Raja-Raja Melayu dan Kerajaan.

Maka akan lahirlah lebih banyak "generasi Namewee", yang begitu biadap dan angkuh terhadap institusi Melayu dan Kerajaan Persekutuan bila kononnya kita bersikap rasis. Tetapi bila kaumnya sendiri bersikap rasis saperti ADUN Komtar, sepatah haram pun tidak keluar dari mulut mereka. Human right konon! Mana human right dan hak asasi kemanusiaan pemilik Restoran Nasi Kandar Allyar? Takde pulak dengar kot Namewee dan yang sewaktu dengannya nak buat lagu memaki hamun dan mencarut terhadap tindakan rasis ADUN Komtar? Mengapa? Ketuk kepala tanya kepala otak masing-masing, kalau masih ada kepala otak!

Sandiwara Syaitan - kembalikan kuasa Sultan?

Selanjutnya, saperti yang teman kupas panjang dalam entri bertajuk "Sandiwara Syaitan: Khinzir disebalik Yong Tau FOO" bertarikh 29 Muharram 1432/ 04 Januari 2011, isu ini hanyalah sandiwara politik para politikus yang dah nak bungkus ni sahaja. Berikut teman ulang semula apa yang teman sebut:

"Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan & Kesultanan Melayu", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Putarbelit Yang Sebenar

Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Selanjutnya, tujuan Sidang Derhaka ini mahu dibuat juga adalah kerana mereka mahu mengambil "political mileage" daripadanya. Mereka tahu jika sidang diteruskan pun, cadangan pindaan Perlembagaan itu akan ditolak kerana ketiadaan majoriti 2/3. Maka bila itu berlaku, akan dicanangkan bahawa UMNO/BN menolak usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Bahawa UMNO/BN anti-Raja, anti kuasa Melayu. Maka akan dikompangkan bahawa rakyat perlu memberi majoriti 2/3 kepada para penderhaka ini dalam pilihanraya akan datang supaya mereka boleh memerintah ikut cara dan nafsu mereka. Berhati-hatilah dengan politik putar-belit ini wahai rakyat Malaysia! Kalau kepala dia dah kaki putar dan pembohong, bayangkanlah takat anak buahnya!!

Bercakap mengenai manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini, teman tidak langsung terperanjat dengan kebisuan Dinasti 3A ini. Sebenarnya tindak-tanduk Khalid (dan para pencacainya) hanya sekadar mempercepatkan talqin dibaca untuk mereka, kerana sudah ada calon yang sedang tersenyum meleret menunggu untuk dimahkotakan sebagai MB Selangor yang baru. Sebab itu teman tidak terkejut kalau ada berita wakil rakyat nak letak jawatan. Malah kalau depa terjun Wisma Masalam pun teman tak terkejut! Nasyib ekau lah Khalid & juak-juaknya!

Rumusan

Oleh itu, teman merumuskan beberapa tindakan yang perlu diambil untuk berdepan dengan para penderhaka yang biadap dan kurang ajar ini:

1. Satu lapuran polis perlu dibuat oleh mana-mana ADUN Selangor terhadap Speaker, Menteri Besar dan Kerajaan pembangkang ini tentang tindakan mereka untuk mengadakan sidang derhaka ini yang jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri;

2. Mana-mana ADUN Selangor perlu menimbang untuk memfailkan prosiding mandamus di Mahkamah Tinggi Malaya untuk memaksa Speaker berhenti daripada meneruskan sidang derhaka ini dan mendapatkan perintah injunksi menghalang sidang derhaka ini daripada diteruskan pada waktu dan tarikh yang ditentukan;

3. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dengan serius menarik balik darjah kebesaran Negeri Selangor yang telah diberikan kepada Menteri Besar, Speaker dan mana-mana ADUN yang terlibat dengan penderhakaan ini;

4. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dan mengkaji dengan serius untuk memecat Menteri Besar derhaka ini dan menggantikannya dengan YB Dato' Hassan Ali atau mana-mana ADUN yang mendapat sokongan majoriti kesemua ADUN;

5. Didalam keadaan yang perlu, kemungkinan Tuanku Selangor boleh menimbang membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan mengadakan pilihanraya baru;

6. Jika keadaan makin meruncing sehingga keselamatan negeri Selangor dan negara serta kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya terancam, sekali lagi teman cadangkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor, Kerajaan dan Menteri Besar yang ada hendaklah dipecat, Dewan Undangan Negeri digantung dan Majlis Keselamatan Negeri ditubuhkan untuk mentadbir Selangor sehingga pilihanraya baru negeri Selangor diadakan dan sebuah Kerajaan Negeri yang baru dilantik.

Cabaran bubar DUN

Teman juga mengambil kesempatan untuk mencabar Kerajaan pembangkang supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor kalau mereka benar-benar anak jantan. Serahkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan Kerajaan baru yang mereka mahukan. Ini adalah kerana rakyat Selangor khususnya sudah mula sedar bahawa banyak janji-janji pilihanraya dan manifesto yang dikompangkan langsung tidak ditunaikan, malahan dibuat sebaliknya.

Malah ada dikalangan rakyat yang mula rasa tertipu dengan mainan politik melampau pembangkang ini. Lihat sahajalah masyrakat India yang mula merasa tidak puas hati. Jangankan masyarakat India, wakil rakyat berbangsa India dari kalangan mereka sendiri pun berasa teraniaya. Lihat sahaja YB Gobalakrishnan, yang kini menghadapi nasib kemungkinan besar akan dipecat hanya kerana menyuarakan kritikan dan bantahan dalam membela nasib kaum India.

Apa pun, saperti yang teman sebut, sebenarnya isu perlantikan SUK ini sebenarnya adalah satu "Konspirasi Syaitan" untuk satu agenda yang lebih besar yang sedang mereka rancang. Secara halus dan licik mereka sedang merancang, cuma malangnya ada kalangan orang Melayu dan pak jangoat yang sudah lupa diri dan mengkalkatukan diri serta bodoh dan jahil dan termasuk didalam perangkap ini. Insyallah bila tiba masanya teman akan dedahkan apa sebenarnya "Konspirasi Syaitan" ini. Apa pun, sebenarnya tindakan mereka ini mempunyai tujuan lain disebaliknya, pepatah Melayu kata "ada udang sebalik batu", pepatah golongan bapuk pulak kata "ada khinzir disebalik Yong Tau FOO!!".

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
08 Safar 1432
13 Januari 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 13 Jan 2011 08:03 PM PST

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


80% PENDUDUK KG SEGAMAT KECIL BERAGAMA ISLAM

Posted: 13 Jan 2011 06:29 PM PST

Skuad Unit Penerangan AMK Johor yang melawat perkampungan orang asal pada selasa dimaklumkan bahawa dahulunya penduduk di Kg. Segamat Kecil itu 80% adalah beragama islam. Namun akibat dari kurangnya pemantauan dan bimbingan diabaikan maka penduduk terbabit telah kembali ke agama asal mereka.
Akibat dari kelemahan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang kurang membuat pemantauan dan bimbingan sehinggakan mereka kembali ke agama asal mereka. Mereka turut mendakwa bahawa mereka layak menerima zakat namun prosedur yang bermacam-macam menjadikan mereka bosan untuk berurusan dengan Jabatan Agama Islam Daerah Segamat.

PRK DUN TENANG : SEKOLAH BERHARGA RM7 JUTA BUKTI KERAJAAN PERIHATIN

Posted: 13 Jan 2011 05:58 PM PST

BUKTI pembaziran Kerajaan Umno/BN. Inilah bangunan sekolah di perkampungan orang asal di Kg. Segamat Kecil, Labis dimana kos pembinaan bagi sekolah ini dianggarkan lebih dari RM7juta sedangkan kawasan terpencil tersebut hanya menempatkan kurang dari 200 keluarga.
Menurut salah seorang guru yang mengajar disekolah tersebut, murid yang belajar disekolah tersebut kira2 70 orang.
Penduduk orang asal Kg. Segamat Kecil mempersoalkan mengapa sekolah yang melibatkan jutaan ringgit di bina dikawasan pendalaman terpencil sedangkan mereka (penduduk setempat) memerlukan bantuan perumahan (PPRT) tidak dilayan. Kalau dibinapun seolah-olah melepaskan batuk ditangga dimana rumah yang dibina tidak sempurna sehinggakan boleh mendatangkan bahaya pula kepada penghuni.
Ketika Skuad Unit Penerangan AMK Johor berjumpa dengan penduduk Kg. Segamat Kecil tempohari, beberapa "Special Branch" keluar masuk meninjau pergerakan kami bahkan menurut penduduk kampung tersebut mereka telah diugut dan ditakut-takutkan oleh "SB" bahawa mereka akan dipenjara sekiranya mereka menyertai PKR. Padamulanya penduduk takut untuk berjumpa dengan kami namun akibat tidak tahan dengan penderitaan dan tekanan hidup maka mereka memberanikan diri untuk berjumpa dengan kami.
Pembaca sendiri boleh menilai bagaimana kehidupan Orang Asal di Kg. Segamat Kecil berdasarkan gambar yang diberikan.

Rumah usang ini dihuni oleh 7 keluarga...

Inikah yang harus dirasai oleh Orang Asal yang dikatakan "ANAK EMAS" Kerajaan

BANNER FITNAH DI SELANGOR..

Posted: 12 Jan 2011 10:12 AM PST

Pada 11 Januari 2011 yang lalu, Pakatan Rakyat Selangor menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri dalam isu perlantikan Setiausaha Kerja Negeri Selangor.
Mungkinkah banner yang satu ketika dulu menyebabkan Baginda Sultan Johor murka adalah angkara Umno/BN??? Mengapakah keputusan siasatan masih belum dikeluarkan sedangkan segala percakapan dan siasatan telah berlalu lebih dari 3 bulan termasuk rakaman percakapan dari beberapa AJK AMK Gelang Patah.
Apakah kes ini telah ditutup atau telah dibakul sampahkan?? Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh AMK meminta isu ini disiasat segera. Perlu diingat bahawa isu banner ini melibatkan Baginda Sultan Johor dimana nama baginda seolah-olah menjadi mainan pihak tertentu..

Anwar Ibrahim

Posted: 13 Jan 2011 07:38 PM PST

Anwar Ibrahim


Quo Vadis Ya Hakim Datuk Mohamad Zabidin?

Posted: 13 Jan 2011 06:41 PM PST

Dari Suara Keadilan
Oleh Dr.Samarudin Rejab

Di dalam perbicaraan sekitar sebulan yang lepas, Yang Arif Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md.Diah telah menyatakan kepada Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Peguam Karpal Singh bahawa” beliau (Karpal Singh) menasihati kliennya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan sekiranya tidak berbuat demikian,tindakan menghina Mahkamah ( Contempt of Court ) akan dikenakan “.

Peguam Karpal Singh, selaku Peguambela Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjawab dan menyatakan bahawa ” kenyataan Hakim Datuk Mohamad Zabidin sebagai satu ‘intimidation’ ( atau ancaman )”.

Seterusnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin dengan serta merta ” meminta maafdiatas kenyataannya itu.”

Melalui Peguam Karpal Singh, Dato Seri Anwar Ibrahim telah membut permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal) dari bertindak sebagai Hakim dan meneruskan pendengaran kes Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dalam konteks perbicaraan didalam Mahkamah terbuka diatas, Datuk Mohamad Zabidin mempunyai dua pilihan, iaitu menarik diri dengan rela hati sebagai seorang Hakim yang bermaruah dan berprinsip atau menolak permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu beliau digugurkan selaku Hakim.Sebagaimana yang dijangka, pada hari ini 6hb. Desember,2010 , Datuk Mohamad Zabidin memilih pilihan yang kedua. Beliau tidak dapat menerima permohonan SDato Seri Anwar Ibrahim , sebab ia terkena kepada tubuh dan batang hidungnya sendiri. Beliau tetap tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan pendengaran kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Hakim.

Persoalannya sekarang ialah “Mengapa YA Datuk Mohamad Zabidin perlu menarik diri dari pendengaran kes Dato Seri Anwar Ibrahim? ” .

Selaku seorang Hakim yang “lama” dan berpengalaman, beliau arif dengan peranan beliau selaku Hakim , peraturan dan juga fungsi Mahkamah untuk menjaga keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara.

Beliau memahami dan menyedari bahawa beberapa peruntukkan di dalam perlembagaan negara yang bersabit dengan pengasingan kuasa, kebebasan kehakiman,dan penghinaan terhadap Mahkamah yang melindungi
kedudukan seseorang Hakim . Justeru apabila beliau mengeluarkan kata-kata “contempt of court”, pada hakikatnya beliau merujuk kepada Peruntukan atau Artikel 126 Perlembagaan yang memberi kuasa kepada Mahkamah ( kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin) untuk mengenakan tindakan terhadap sesiapa (termasuk Peguam Karpal Singh) yang menghindar atau campurtangan didalam pentadbiran perundangan atau mencabar digniti dan kebebasan Mahkamah.

Sebenarnya peruntukan ini adalah satu peruntukan “protective clause”. Ia bertujuan untuk menjaga kedudukan dan integriti seseorang Hakim semasa menjalankan tugasnya daripada ancaman dan campurtangan pihak ketiga. Peruntukan ini tidak sama sekali boleh digunakan oleh seseorang Hakim termasuk Datuk Mohamad Zabidin untuk mengancam mana-mana Peguam termasuk Peguam Karpal Singh tanpa alasan yang kuat dan kukuh.

Menyedari bahawa beliau telah “menyalahi” peruntukan 126 dengan mengeluarkan ungkapan “contempt of court” sebagai satu ancaman terhadap Peguam Karpal Singh , Hakim Mohamad Zabidin dengan serta merta meminta maaf kepada Peguam Karpal Singh diatas kenyataannya.

Persoalan yang amat serious sekarang ialah Hakim Datuk Mohamad Zabidin telah “mengancam” Peguam Karpal Singh didalam Mahkamah terbuka
dihadapan pihak pendakwaan,pihak pembelaan,pegawai dan kakitangan Mahkamah, dan disaksikan oleh pihak orang ramai yang hadir untuk
pendengaran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengaku dan meminta maaf. Tetapi pepatah Melayu jelas menyatakan bahawa :” tersilap kayuh, boleh berundur; tersilap kata,buruk padahnya”. “Nasi telah menjadi bubur!”

Maka keputusan untuk pengunduran adalah lebih baik dari keputusan untuk digugurkan.

Penulis adalah peguam

100 Hari: Dulu Perlekeh, Kini Takut Debat?

Posted: 13 Jan 2011 06:21 PM PST

Dari Harakah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak daripada berdebat dengan Datuk Seri Anwar, kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Najib dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim “Pelan 100 hari” Pakatan Rakyat.

"Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

"Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukakan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat," kata Khalil dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tawaran “Pelan 100 hari” Pakatan Rakyat jika menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru adalah tawaran yang ditakuti oleh Najib sehingga ianya menjadi perhatian sejak dibentang pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang awal Disember tahun lepas.

"Seingat saya Najib mengeluarkan kenyataan awalnya memperlekeh tawaran itu sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat dan mengatakan akan membuat kenyataan lain setelah membuat kajian," ujarnya.

Tetapi, kata beliau yang peliknya kenyataan demi kenyataan Najib selepas itu nampaknya untuk berselindung dengan hakikat bahawa tawaran itu adalah dalam ruang lingkup kemampuan negara dan berulang kali Pakatan Rakyat dikatakan akan membankrapkan negara.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, Najib dan ramai pakar ekonomi upahan BN menggambarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Tambahnya, penjelasan yang sangat mudah yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat ialah betapa pelan 100 hari memerlukan biaya sekitar RM19 billion sedangkan bajet yang membazir dan tidak sepatutnya dibentang oleh Najib untuk bajet 2011 melebihi dari jumlah itu.

"Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar dia menegaskan jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.

"Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang," tambahnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Jelasnya, sebagaimana yang disifatkan Anwar bahawa Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta, akhirnya isu yang diperkatakan secara terbuka ini mendedahkan kepada rakyat bahawa apa yang kemukakan oleh Pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya adalah sesuatu yang masuk akan dan boleh dilaksanakan.

Ini, katanya jauh sekali dari membankrapkan negara kerana yang akan memufliskan negara adalah penerusan kuasa oleh BN yang mesti dihentikan oleh rakyat pada PRU yang ke 13 akan datang.

"Apabila rakyat sedar bahawa tawaran dari Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dan cuba dinafikan dengan putar belit dari pimpinan BN tanpa berani untuk berdebat maka menurut perkiraan saya BN sekarang dalam keadaan terdesak," ujarnya lagi.

Katanya, asakan dan penjelasan oleh pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kewajaran tawaran 100 hari adalah bahan kempen yang berterusan untuk menumbangkan BN dalam PRU ke 13 akan datang.

Khairy, Nazri Bukan Tandingan Anwar

Posted: 13 Jan 2011 04:27 AM PST

Dari Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya begitu berharap debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan, terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Debat seumpama ini akan menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat, supaya rakyat diberi peluang yang seluasnya bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk meneraju negara. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berlapang dada dan mengharapkan debat antara kedua-dua tokoh tersebut akan berlangsung.

Kedua-dua Najib dan Anwar mempunyai pengalaman yang hampir seimbang dalam memimpin negara. Najib mempunyai kelebihan dari segi kejayaannya sehingga ke kemuncak kuasa, di samping laluan politiknya yang tidak berliku-liku. Anwar pula mempunyai kelebihan dari segi jaluran politiknya yang penuh berwarna-warni, bermula daripada politik Islam sehingga politik plurality. Kini kedua-dua mereka seperti berada di persada yang seimbang, Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Dengan melihat kepada aspek-aspek tersebut sememangnya debat antara kedua-dua mereka begitu dinanti-nantikan.

Wacana-wacana terbuka antara tokoh-tokoh politik seperti ini merupakan satu langkah positif ke arah menyebarkan pendidikan politik. Seperti yang sering diulang-ulangkan oleh Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Demikian juga, zaman momokan hanya BN yang patriotik sedangkan pembangkang adalah pengkhianat negara juga telah berlalu. Dalam sebuah negara demokrasi, kedua-dua parti yang menerajui kerajaan dan yang menjadi pembangkang mempunyai tanggungjawab yang sama kepada negara. Melalui persaingan siapakah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab yang terbaik, dialah yang bakal dipilih oleh rakyat.

Pemilihan pemimpin yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab adalah idaman semua manusia. Para ilmuan dari seluruh peradaban sering berbicara tentang pemimpin yang seperti ini sama ada Plato, Kung Fu Tze, Kautilya dan al-Mawardi. Secara sejagatnya kesemua mereka mengharapkan pemimpin yang berilmu, bermoral dan berintegiriti. Dengan adanya elemen-elemen tersebut, maka rakyat dapat mengharapkan tertegaknya keadilan dan kebajikan. Perbahasan-perbahasan para ilmuan itu sehingga hari ini kekal dalam lembaran-lembaran ilmu dalam bentuk bahasa-bahasa retorik.

Bagaimanapun, seseorang pemimpin politik dari dahulu hingga kini, jarang menggunakan bahasa-bahasa retorik. Sebaliknya mereka lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa politik, iaitu bahasa yang sering difahami dengan mudah oleh rakyat. Dengan pengertian lain, peranan bagi seseorang pemimpin politik yang berwibawa ialah menterjemahkan bahasa retorik tentang kenegaraan kepada bahasa politik untuk memahamkan rakyat. Di sinilah letaknya kepentingan wacana politik sama ada bercorak ceramah, diskusi atau debat. Menyedari hakikat tersebut, debat antara Najib dan Anwar itu bukanlah membazir masa, bahkan sangat perlu dalam mendidik rakyat tentang politik kenegaraan.

Sangatlah malang bila terdapat pula pihak-pihak lain yang ingin 'kacau daun' untuk menggagalkan debat ini atau mungkin mempunyai agenda tersendiri. Antara mereka ialah Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin. Dari segi kedudukan politik, awal-awal lagi kedudukan politik mereka berbanding Anwar adalah tidak seimbang. Nazri Aziz hanya seorang menteri biasa yang tidak ada jawatan-jawatan kanan dalam parti, manakala Khairy pula seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tiada apa-apa dalam kabinet. Sepatutnya kedua-dua mereka mencari lawan yang sesuai supaya tidak ditanggapi mereka mempunyai agenda tersendiri dalam berdebat.

Dari segi kewibawaan peribadi pula, kedua-dua Nazri dan Khairy belum mempunyai wibawa untuk menandingi Anwar. Kebetulan saya mempunyai pengalaman berdialog atau mungkin juga boleh dikatakan berdebat dengan mereka. Dengan Nazri perdebatan secara tidak langsung manakala dengan Khairy perdebatan secara langsung. Perdebatan secara tidak langsung dengan Nazri ialah ketika saya bersama beberapa yang lain membantu persiapan Salahuddin Ayub berdebat dengan Nazri berhubung dengan Isu "Penarikan Geran Perkapita Sekolah Agama Rakyat". Perdebatan yang berlangsung pada 17 Februari 2003 itu memperlihatkan kedangkalan Nazri dalam berhujah, semata-mata bergantung kepada janji harapan untuk mengembalikan geran itu setelah pemerintahan Dr Mahathir berakhir.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin lebih mantap bersama-sama dengan fakta-fakta yang berkaitan. Manakala Nazri pula lebih bersifat cuba "menegakkan benang basah" dengan jaminan sekolah agama rakyat tidak akan dipinggirkan, walaupun hakikatnya dengan penarikan geran perkapita itu bererti satu peminggiran. Sesiapa yang menyaksikan debat pada malam itu di Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh menilai apakah kewibawaan Nazri setara dengan Anwar atau tidak? Sekiranya berlangsung juga perdebatan antara Nazri dan Anwar, tiada apa yang berfaedah melainkan menyelamatkan Najib daripada cabaran itu.

Manakala dengan Khairy pula berlaku secara langsung semasa Forum Intelektual tentang "Malaysia and Its Competetiveness in the Future" di UIA pada 27 Julai 2010. Forum itu juga disertai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Dr Marzuki Mohammad. Saya hadir dalam forum tersebut sebagai 'bidan terjun' menggantikan seorang sahabat yang berkeuzuran, dan hanya dimaklumkan beberapa jam sebelum forum. Saya juga terpaksa hadir lewat sedikit disebabkan mempunyai komitmen kerja sehingga hampir malam. Tujuan saya hadir untuk mengemukakan tiga point penting iaitu:

a. Competitiveness sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada sektor ekonomi semata-mata tetapi juga faktor-faktor lain termasuklah demokrasi yang telus, pentadbiran yang bersih, kebebasan akademik dan lain-lain.

b. Kesemua faktor-faktor yang menyokong kepada peningkatan daya saing negara itu telah diruntuhkan semasa era pemerintahan Dr Mahathir, seperti kebebasan kehakiman, dan dasar pengasingan kuasa.

c. Bagi memulihkan semula daya saing itu, perlu dilakukan reformasi sistem atau dasar bukan sekadar meletakkan pemimpin-pemimpin yang baik. Pemimpin-pemimpin yang baik bukanlah satu jaminan reformasi ke arah kebaikan akan berlaku.

Walaupun, Khairy mempunyai 'golden chance' untuk memukul ahli-ahli panel lain kerana beliau diletakkan di giliran terakhir semasa penggulungan, saya lihat ketiga-tiga point yang saya kemukakan tidak tergugat. Yang paling menarik, bila saya menyatakan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan daya saing negara telah runtuh semasa era Dr Mahathir, Khairy hanya mengulas: "no comment" dengan nada mengiyakan apa yang berlaku. Strategi saya memerangkap Khairy dengan 'memuji' kepimpinan Pak Lah yang cuba membaiki kerosakan yang dibuat oleh Dr Mahathir benar-benar mengena.

Oleh sebab itu, pada pandangan saya Khairy juga belum layak untuk berdebat dengan Anwar. Perdebatan Khairy dengan Anwar tidak lebih daripada untuk menaikkan semula dirinya dalam dunia percaturan politik UMNO. Berdasarkan pengalaman-pengalaman itu, saya melihat Nazri dan Khairy tidak sepatutnya menjadi 'pengacau' ketikamana pelbagai pihak berusaha untuk menjayakan debat antara Najib dan Anwar. Berikan peluang keemasan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan satu perdebatan bersejarah yang akan menjadi titik tolak kepada budaya politik yang lebih sihat di negara ini.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki,
Pengarah Institut Kajian Polisi (IPS)
Dewan Pemuda PAS Pusat

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kemaman

Posted: 13 Jan 2011 04:19 AM PST

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

15 Januari 2011 (Sabtu)

1) 9.00 pagi – 1.30 tengahari

Pelancaran Gelombang "Pakatan Rakyat Ganti Barisan Nasional"

Lokasi : Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman

Ucaptama oleh:
YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Tuan Guru Haji Hadi Awang
YB Dato' Harun Taib
YB Azan Ismail

2) 2.00 – 4.00 ptg – Mesyuarat dan Rapat Setia PKR Terengganu

3) 5.00 – 7.00 ptg – Jamuan Petang (Hi- Tea)

Lokasi – Restoran Bangkok Kitchen, Geliga, Kemaman
(Hadapan Masjid Geliga)
(Jemputan Terbuka)

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

Lokasi – Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang
3. YB Dato' Ngeh Koo Ham .
4. YB Azan Ismail

Kenyataan Media Ketua AMK: Debat Plan 100 Hari Pakatan Rakyat

Posted: 12 Jan 2011 07:47 PM PST

Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau. Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Lebih mengejutkan apabila Ketua. Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar. Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.

Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Datuk Seri Anwar.

Justeru, atas kapasiti Ketua AMK, saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda Umno dan KEADILAN.

Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,13 Januari 2011

Posted: 12 Jan 2011 07:40 PM PST

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 13 Januari 2011

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan pada hari ini:

Tarikh : 13 Januari 2011 (Khamis)

Masa : 5:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PAS, Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 13 Jan 2011 11:32 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


YB Dato Kamarul Baharin Abbas kekal Pengerusi MPN Negeri Sembilan

Posted: 13 Jan 2011 07:28 AM PST

Ahad lepas PKR Pusat telah mengumumkan secara rasmi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi meneruskan mandat yang dipikul sebelum ini untuk memimpin PKR Negeri Sembilan.

Faktor kestabilan organisasi yang ditunjukkan sepanjang di bawah kepimpinan Dato' Kamarul bersama anggota-anggota MPN Negeri Sembilan pada sesi lepas (2007-2010) telah memberi keyakinan MPP kepada beliau untuk terus memimpin PKR Negeri Sembilan. Terbukti tidak wujud permasalahan politik besar yang boleh menggugat kestabilan parti pada sesi lalu.

Sebelum tahun 2007, PKR Negeri Sembilan dihimpit dengan pelbagai masalah dan kekurangan yang telah memperlahankan pergerakan organisasi. Namun, setelah tampuk kepimpinan diserahkan kepada Dato' Kamarul, beliau telah menyusun dan mengatur semula organisasi parti . Pengalaman beliau sebagai mantan Bendahari Agung dan Setiausaha Agung parti yang pernah dipikul telah digunakan sebaiknya bagi memantapkan kedudukan parti di Negeri Sembilan.

Antara peranan terbesar beliau adalah menggerak dan mengaktifkan semula Cabang Jelebu dan Tampin yang tidak aktif sejak tahun 2000. Pengerusi Negeri silih berganti sebelum beliau hadir tidak berjaya melaksanakan tugas tersebut. Menjelang penghujung tahun 2008, kedua-dua cabang tersebut telah berjaya diaktifkan semula. Hasilnya, program-program berimpak besar telah berjaya dijalankan di kedua-dua cabang tersebut.
Pada 1 Mac 2009, satu ceramah perdana 'Ke Arah Kerajaan PR Negeri Sembilan' anjuran bersama PKR Negeri Sembilan dan Cabang Tampin telah menghadirkan ribuan rakyat untuk menjayakannya.
Fasa pengukuhan solidariti antara pimpinan negeri dan cabang turut digerakkan di bawah kepimpinan beliau. Program MPN Turun Ke Cabang telah dijalankan antara Jun hingga Julai 2009 adalah satu strategi merapatkan persefahaman dan ikatan kerjasama antara MPN dan cabang. Program ini telah berjaya meminimakan salah faham dan persepsi negatif yang pernah ditimbulkan sebelum ini.
Dato' Kamarul juga menjadi pencetus kepada penubuhan badan tertinggi Pakatan Rakyat Negeri Sembilan. Pada 28 Januari 2010, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan (MPPRNS) telah dibentuk bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara parti komponen PR. Penubuhan badan ini telah menjadi titik asas kepada matlamat Menawan Negeri Sembilan PRU-13. Kerjasama dalam perkongsian maklumat, jentera bersama, program bersama dan persediaan pilihanraya adalah agenda utama yang memacu gerak MPPRNS.
Hubungan baik yang terjalin dari awal antara Dato' Kamarul dengan para pimpinan utama PR Negeri Sembilan telah mengukuhkan lagi kerjsama dan persefahaman dalam menjayakan matlamat PR negeri. Selain itu, kredibiliti positif Dato' Kamarul juga diakui oleh pihak lawan khusus dari Umno sendiri.
Malah PKR Pusat telah mengiktiraf PKR Negeri Sembilan adalah paling stabil di antara negeri-negeri lain kerana tiada konflik atau masalah politik dalaman besar yang berlaku. Sokongan padu seluruh anggota MPN sesi lalu telah menjayakan pelaksanaan gerak kerja.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 Jan 2011 11:23 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN henti makanan untuk pelajar miskin

Posted: 12 Jan 2011 06:20 PM PST

Kerajaan nafi hak pelajar miskin

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan BN kononnya 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar RMT ditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya 12 Januari (semalam).

"Ini dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut," ujarnya.

Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin.

"Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana?

"Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?" soalnya.

Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan berhubung perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30322:rmt-kerajaan-nafi-hak-pelajar-miskin&catid=1:utama&Itemid=50

MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

Posted: 12 Jan 2011 06:20 PM PST

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas "inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan".

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

"Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini," kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

"Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

"Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini," katanya.

http://malaysiakini.com/news/153269

Kementerian Muhyiddin buat silap lagi, bakar je buku KSSR

Posted: 12 Jan 2011 05:15 PM PST


Buku teks KSSR English Year 1 tahun 2011 pula ada kesilapan. Hangus lagi duit rakyat. Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Beberapa kelemahan Kementerian diterajui TPM di http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

Berlaku kesilapan, buku teks KSSR English Year 1 diganti baru
Utusan Malaysia 12 Jan 2011

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsan akan digantikan dengan cetakan baru selepas terdapat kesilapan dalam buku asal.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, pembetulan terhadap kesilapan itu akan lakukan manakala cetakan baru pula akan diedar ke sekolah-sekolah mulai Mac ini.

Menurut beliau, sementara menanti cetakan baru siap, guru-guru dinasihatkan supaya terus menggunakan buku teks sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelanjaran mereka.

"KPM berasa kesal dengan kesalahan yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan itu.

"Oleh itu, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyemakan Semula Buku Teks untuk mengatasi masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm&arc=hive

Motosikal pun periksa PUSPAKOM, BN prihatin rakyat

Posted: 12 Jan 2011 05:14 PM PST


Satu lagi projek Umno Barisan Nasional yang amat prihatin nasib rakyat terutama golongan sederhana, kurang berkemampuan, peneroka, orang kampung yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Maklumlah minyak dah naik harga. Banyaklah jawatan kosong ditawarkan di Puspakom nanti. Bijak, bijak.

HANTAR MOTOSIKAL TERPAKAI KE PUSPAKOM: NGO BERI REAKSI BERBEZA

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Cadangan mewajibkan motosikal terpakai dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum dijual atau ditukar hak milik menerima reaksi bercampur daripada persatuan dan badan bukan kerajaan.

Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong pula menyuarakan pandangan bertentangan kerana berpendapat cadangan itu menyebabkan peningkatan kos yang mungkin terpaksa ditanggung pengguna. "Kita tidak setuju. Kalau diteruskan berapa fi yang akan dikenakan? Siapa mahu bayar kos (motosikal) yang dihantar ini? Biasanya consumer yang kena tanggung semua ini (bayaran penghantaran)," katanya.

Wee berkata lazimnya kos penghantaran sebuah motosikal ke pusat berkenaan adalah antara RM100 hingga RM200.
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=556126

PUSPAKOM PERLU CARI KAEDAH EFEKTIF PERIKSA MOTOSIKAL TERPAKAI

Berita Harian 13 Jan 2010 : Adalah lebih bijak jika pihak berkuasa mewajibkan penjual terlebih dulu membuat pemeriksaan dan mendapat kelulusan bagi setiap motosikal terpakai yang hendak dijual semula. Langkah ini akan membantu memberi keselesaan kepada pembeli yang sesetengahnya adalah warga emas atau tidak tahu menguruskan proses mengisi borang dan peraturan lain yang berkaitan.

Oleh itu, jika kerajaan mahu menguatkuasakan pemeriksaan berjadual ke atas motosikal terpakai, semua aspek itu mesti dikaji dengan teliti supaya tidak membebankan pemilik.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_PUSPAKOMperlucarikaedahefektifperiksamotosikalterpakai/Article

Nasib Islam di Universiti Malaya, Apo Nak di Kato

Posted: 12 Jan 2011 05:13 PM PST


Surau UM sempit, tiada elektrik
Berita Harian 13 Jan 2011

KETIKA menuntut peringkat ijazah dan sarjana, tempat yang menjadi pilihan di Universiti Malaya (UM) ialah Perpustakaan Utama yang memberi banyak kemudahan dan keselesaan.

Bagaimanapun, apabila menjejakkan kaki untuk menyambung pelajaran peringkat kedoktoran, saya mendapat dua kejutan. Pertama, banyak perubahan dari segi penggunaan komputer dan buku di sana.

Saya tidak ada masalah, malah bangga sebagai warga universiti terulung negara, kemantapan prasarana komputer dan bidang keilmuan semakin baik. Kejutan kedua, surau di tingkat bawah sudah tiada.

Saya faham apabila penambahbaikan perlu dibuat dan saya diberitahu surau kini di tingkat empat, aras paling atas.

Alangkah sedihnya saya baru-baru ini untuk menunaikan solat Zuhur, surau itu tidak ada elektrik. Atas apa alasan sekali pun, saya musykil kerana surau itu amat kecil dan hanya boleh menempatkan tidak sampai 10 jemaah.

Kami berjemaah disuluh lampu kecil telefon bimbit kepunyaan seorang penuntut antarabangsa.

PHA2011,
Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SurauUMsempit_tiadaelektrik/Article

Pendidikan SEKS di kem PLKN

Posted: 12 Jan 2011 05:12 PM PST




Salah satu matlamat utama pendidikan seks di negara barat adalah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bukan mencegah zina atau seks di kalangan remaja, faktanya pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html


Kosmo 13 Jan 2011 : MELAKA – Modul pendidikan seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) memerlukan lebih masa sebelum dapat diterapkan ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, pihaknya perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung perkara itu walaupun pada dasarnya MLKN sudah memutuskan menerima cadangan berkenaan.

Menurutnya, adalah perlu bagi masyarakat diberi kefahaman yang jelas tentang modul PKRS sebelum ia diperkenalkan di kem PLKN kelak.

"Masih ada sebahagian masyarakat yang melihat pelaksanaan modul PKRS ini tidak sesuai dan oleh itu kita harus memberi pemahaman kepada umum bahawa modul ini tidak semata-mata mengenai seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan tubuh badan," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Tiada ulasan:

Pengikut