CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Jan 2011 01:23 AM PST Peringatan untuk diri yang lalai Posted: 14 Jan 2011 12:35 AM PST 09 Safar 1432H. Oleh : AKHISALMAN Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt: " Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui" Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan. Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya. Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda: "Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara: 1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa. 2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas. 3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu. 4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu. 5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu. 6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti. 7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit." Hadis riwayat imam Tirmizi. Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt: "Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?" Ayat 36 surah al-Qiamah Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt: " Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu." Ayat 8 surah al-Jumaah Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt: " Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata." Ayat 22 surah az-Zumar. Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt: " Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…" Ayat 16 surah al-Hadid Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt: " Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan." Ayat 99,100 surah al-Mukminun Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt: " Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal." Ayat 78 surah an-Nisa Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda: " Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal)." Hadis riwayat Imam al-Hakim Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat. Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak, Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman, Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali. Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya. Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu. | Umi Hafilda - Saman saya ! Posted: 14 Jan 2011 12:30 AM PST 9 Safar 1432H MOD.
SUBANG JAYA - Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Azmin Ali supaya memfailkan saman terhadapnya jika terbukti apa yang didakwa olehnya selama ini adalah fitnah.
Ummi Hafilda yang juga adik Azmin turut menegaskan bahawa dia sudah memfailkan saman RM700 juta terhadap Anwar; RM300 juta terhadap Azmin; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (RM100 juta); Pengerusi DAP, Karpal Singh (RM200 juta) dan Pas (RM100 juta) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Anwar yang menyebabkan beliau ditahan polis pada 1997.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Anwar dan Azmin tidak pernah memfailkan saman kepadanya, walaupun beliau merupakan orang yang paling lantang memburukkan kedua-dua individu tersebut.
"Saya cabar Anwar dan Azmin, sekiranya benar tuduhan saya selama ini fitnah, samanlah saya, saya sedia untuk kemukakan bukti.
"Mengapa mereka boleh saman Datuk S Nalakaruppan tetapi tidak saman saya? Sedangkan saya antara orang yang paling lantang mengutuk mereka berdua," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Umi Hafilda berkata, pihaknya masih belum menetapkan sama ada saman yang difailkannya itu merupakan satu saman fitnah, namun proses pengumpulan dokumen sudah dilakukan.
Menurut Ummi Hafilda, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan dan tindakan saman itu akan dilakukan secepat mungkin.
Ummi Hafilda yang merupakan saksi utama kes perbicaraan liwat melibatkan Anwar pada 1998 turut mencabar Azmin dan Anwar berdebat bagi menjelaskan kebenaran semua fakta yang dibongkar 13 tahun lalu jika dikatakan fitnah.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 di mana Anwar dikatakan mengarahkan Ummi Hafilda ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Menurutnya, saman ke atas Karpal adalah kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
"Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan.
"Tetapi apabila tindakan diambil, Karpal pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan," katanya.
Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Wan Azizah pula kerana dia (Wan Azizah) tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan Ummi Hafilda difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.
Manakala Pas pula disaman kerana pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.(Sinar Harian) | Merenungi Nikmat Allah Posted: 14 Jan 2011 12:10 AM PST 09 Safar 1432H. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berpesan: yang bermaksud: "Berfikirlah tentang nikmat Allah dan jangan berfikir tentang Allah" (diriwayatkan oleh Thabrani dalam al-Ausath, Baihaqi dalam asy-Syu'ab, dan ninilai hasan oleh al-Albani). Salah satu perkara yang bisa dilakukan oleh seorang Muslim berkali-kali adalah mengakui dan merenungi nikmat Allah 'Azza wa Jalla. Berapa banyak kejadian dan nikmat yang dilihat dan dirasakan si hamba setiap hari dari pagi sampai malam yang menuntutnya untuk merenungi, lalu mensyukuri dan memuji Allah atasnya. 1. Apakah anda menyadari nikmat Allah untuk anda ketika anda pergi ke masjid dan bagaimana orang di sekitar anda yang tidak mendapatkan nikmat tersebut, terutama ketika shalat subuh di mana anda dapati kaum muslimin di sekeliling anda tidur nyenyak seperti orang mati. 2. Apakah anda menyadari dan memikirkan nikmat Allah atas anda ketika anda berjalan, di mana rupa-rupa kejadian sempat anda saksikan di jalanan. Ada orang yang tertabrak mobil, ada yang dikuasai setan dengan nyanyian dan musiknya yang keras di mobilnya, dan lain sebagainya. 3. Apakah anda menyadari dan memikirkan nikmat Allah atas anda di kala anda mendengar atau membaca melalui berita dunia di mana ada orang yang kelaparan, ada masyarakat yang terkena banjir, terserang penyakit, gempa bumi, peperangan dan musibah lainnya. Penulis (Khalid al-Husainan) katakan: hamba yang mendapat taufiq adalah hamba yang hati dan perasaannya selalu merasakan nikmat Allah yang diterimanya setiap saat, sehingga ia senantiasa memuji Allah Ta'ala dan bersyukur kepadaNya atas nikmat itu, baik nikmat agama, nikmat kesihatan, rezeki, keselamatan dari aneka bahaya, dan nikmat-nikmat lainnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud: "Barangsiapa yang melihat seseorang mendapat musibah, lalu ia membaca: 'Segenap puji bagi Allah Yang telah menyelamatkan aku dari musibahMu dan Yang telah memberikan kelebihan kepada aku atas makhluk lain', maka ia tidak akan tertimpa musibah itu" (diriwayatkan oleh Tirmidzi sebagai hadits hasan) Allah Subhaanahu wa Ta'ala mengingatkan kita: "Ingatlah nikmat-nikmat Allah, mudah-mudahan kamu beruntung" (Al-'A'raf: 69) | DO’A SAAT GUNDAH DAN BERDUKA Posted: 14 Jan 2011 12:00 AM PST 09 Safar 1432H. اللَّھُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِیَتِي بِیَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ ھُوَ لَكَ، سَمَّیْتَ بِھِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَھُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَھُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِھِ فِي عِلْمِ الْغَیْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِیْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَھَابَ ھَمِّي. "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba- Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab- Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur'an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku".(HR Ahmad: 1/392,dishahihkan oleh Al-Albani) اللَّھُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْھَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّیْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ. "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari cengkraman utang dan laki-laki yang menindas-(ku)". (HR. Bukhari: 7/158, "Adalah Rasulullah banyak (membaca) doa ini, lihat Bukhari dalam Fathul baari: 11/173.) DO'A UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM لاَ إِلَھَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِیْمُ الْحَلِیْمُ، لاَ إِلَھَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِیْمِ، لاَ إِلَھَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِیْمِ "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan 'Arasy yang mulia" (HR. Bukhari: 7/154 dan Muslim: 4/2092.) اللَّھُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَیْن، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّھُ، لاَ إِلَھَ إِلاَّ أَنْتَ "Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau". (HR. Abu Dawud: 4/324, Ahmad: 5/42, Shahih Abu Dawud: 3/959.) لاَ إِلَھَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِیْنَ "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang dzalim". (HR. Tirmidzi: 5/529 dan riwayat Hakim yang disetujui dan dishahihkan oleh Dzahabi: 1/505. Lihat Shahih Tirmidzi: 3/168.) اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِھِ شَیْئاً "Allah, Allah adalah Tuhan-ku, aku sedikitpun tidak menyekutukan-Nya". (HR. Abu Dawud: 2/87, Shahih Ibnu Majah: 2/335.) | Umno bawa 'pelakon veteran' serang Anwar Posted: 13 Jan 2011 11:45 PM PST 9 Safar 1432H MOD.
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan Umno BN semakin terdesak apabila menampilkan kembali Ummi Hafilda Ali untuk menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khalil yang menyifatkan Ummi sebagai 'pelakon vateran' Umno bagaimanapun yakin dia tidak akan berjaya mengheret Anwar ke penjara.
"BN semakin terdesak dengan cuba mendatangkan pelakon veteran Ummi Hafilda untuk serang Datuk Seri Anwar.
"Saya yakin lakonan Ummi Hafilda tidak akan menjadi untuk sekian kalinya," kata beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Menurutnya, tindakan menampilkan kembali Ummi ke medan fitnah ini menunjukkan Umno BN tidak yakin dengan dakwaan liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.
"Bagi saya, mereka sudah tak yakin dengan budak Saiful untuk penjarakan semula Datuk Seri Anwar.
"Sekarang pelakon veteran Ummi dibawa kembali dengan cerita yang diketawakan oleh rakyat Malaysia termasuk budak-budak tadika," katanya.
Beliau juga berkata, tindakan Umno BN menggunakan serangan peribadi untuk memusnahkan Pakatan rakyat membuktikan mereka sudah kehabisan idea dan takut untuk berdepan isu nasional yang melibatkan rakyat.
"Kalaulah agenda menyerang peribadi dalam Pakatan nampaknya ke depan , itulah tanda BN sudah kehabisan modal.
"Maknanya BN sudah sangat celaru dan tidak berani berdepan dengan isu nasional yang lebih penting," katanya.
Beliau turut mempersoal tindakan Ummi yang menunggu sehingga sepuluh tahun sebelum menampilkan 'bukti baru' mendakwa penglibatan Anwar dalam skandal seks.
"Lucunya Ummi dah tunggu sepuluh tahun baru dedah bukti baru, nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena," katanya.
Semalam, Ummi dalam sidang medianya nekad akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.
Ummi sebelum ini juga merupakan saksi utama dalam kes perbicaraan liwat membabitkan Anwar pada tahun 1998.(HarakahDaily) | Semangat Federalisme, pindaan Perlembagaan Selangor dan Peranan Najib Posted: 13 Jan 2011 11:30 PM PST 9 Safar 1432H MOD.
Dunia berubah wajah kerana internet. Banyak konspirasi jahat dapat dimatikan kerana pendedahan oleh warga Facebook, Twitter dan laman web meskipun media perdana mendiamkan diri. Begitu juga halnya dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang diputarbelitkan oleh pihak tertentu khususnya Utusan Malaysia yang melambangkan 1Malaysia.
Menteri Besar (MB) Selangor Khalid Ibrahim menjadi sasaran kononnya tidak menghormati sultan dan tidak mampu tadbir urus Kerajaan Pakatan Rakyat meskipun Laporan KPRU memetik Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya "Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat" manakala "Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang)".
Apakah perbezaan cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara? Prestasi tadbir urus Selangor dianggap baik sebab itu dicadangkan agar meneruskan perbelanjaan berhemat sementara Johor tidak begitu baik maka perlu dipertingkat dan diperkukuh. Yang paling teruk apabila perbandingan dibuat antara prestasi tadbir urus ketiga-tiga kerajaan negeri tersebut ialah Kerajaan Negeri Pahang iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang melambangkan Perdana Menteri 1Malaysia. Sebab itu dicadangkan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat!
Wahai Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, keranamu 1Malaysia, amalan perbelanjaan berhemat harus didahulukan, mesej tersirat dalam Laporan Ketua Audit Negara harus diutamakan.
ADUN Selangor menjadi sasaran
Selain MB, para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan rakyat Negeri Selangor juga menjadi sasaran politik yang didalangi kuasa politik yang semakin pupus pengaruhnya tetapi masih tidak terhenti-henti memutarbelitkan fakta dalam percubaan mereka menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat yang mendapat mandat rakyat dan sedang berusaha merakyatkan ekonomi demi kepentingan dan kebajikan rakyat.
Contoh terkini ialah kain-kain rentang yang digantung di sekitar Shah Alam tertera tulisan seperti "Di manakah Keadilan Sultan Dalam Isu Pemilihan SUK? Siapa Lebih Berhak?", "Power To The People, No To Royal" dan banyak lagi yang bukan sahaja berbentuk provokasi malah tertera juga logo komponen-komponen parti Pakatan Rakyat dan mempergunakan nama seperti "Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor" seolah-olah Pakatan Rakyat yang melakukan kerja-kerja tersebut.
Umum sedia maklum konspirasi jahat yang ingin mencetuskan ketegangan antara Pakatan Rakyat, rakyat Selangor dengan Institusi Raja ini didalangi kuasa politik yang sedang memperalatkan krisis pelantikan SUK bagi mencapai motif jahat mereka.
Sementara berwaspada kepada konspirasi jahat sedemikian, jangan kita terpedaya dengan percaturan politik yang ingin mencetuskan ketenangan sebagaimana yang pernah dan banyak kali berlaku dalam sejarah politik rejim jahat pra-era internet. Kini kita berada dalam era internet, segala konspirasi jahat mari kita kuburkannya segera. Harapan baru di depan mata selepas kuasa politik jahat dikuburkan!
Sebagai rakyat Selangor, kita wajar merasa marah kerana dihina dengan percaturan politik jahat yang bukan sahaja cuba mencetuskan ketegangan antara rakyat Selangor dengan Institusi Raja malahan cuba memporak-perandakan kepentingan rakyat Selangor dalam isu pelantikan SUK. Yang memilih Kerajaan Pakatan Rakyat ialah rakyat Selangor. Sebarang percubaan tidak legitimate untuk mengkuburkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat merupakan satu penghinaan kepada rakyat.
Menurut perlembagaan...
Di bawah Perkara 134 (1) Perlembagaan Persekutuan, "Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya kepada perkhidmatan Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan".
Banyak penulisan telah menunjukkan bahawa kunci kata di sini ialah "atas permintaan". Bahawa "atas permintaan" patut merujuk kepada permintaan daripada MB, bukan permintaan yang dilakukan oleh "SUK lama" Ramli Mahmud secara senyap-senyap.
Kini jelas prosedur yang wajar ialah apabila wujud keperluan untuk mengemukakan permintaan pemimjaman (secondment) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pegawai gred JUSA A (JUSA merujuk kepada Jawatan Utama Sektor Awam), peranan MB akan memastikan prosedur dapat berjalan dengan lancar dan mematuhi kedua-dua prinsip legal dan legitimate.
Tanpa melibatkan MB seperti yang telah berlaku, prosedur berkaitan biarpun kelihatan legal sebenarnya tidak sahih dari segi legitimasinya. Prosedur yang telah dilakukan secara senyap-senyap semasa "musim cuti" sekitar akhir tahun telah menimbulkan masalah bukan disebabkan oleh pihak Institusi Raja atau MB. Yang bertanggungjawab kepada krisis kali ini ialah pihak Ramli, pihak Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan dan pihak Pejabat Perdana Menteri atau lebih tepat Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Mengapa Najib? Kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor Faekah Husin bertarikh 8 Januari 2011 dan kenyataan Pejabat MB yang lain telah menjelaskan apa yang berlaku. Saya tidak mahu habiskan masa mengulangi apa yang telah dijelaskan oleh Pejabat MB Selangor.
Tetapi saya ingin membangkitkan dua perkara di sini. Pertama, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan salah satu suruhanjaya penting yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Maka adalah tanggungjawab seorang Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkaitan bagi memperbetulkan masalah tersebut. Sekiranya Najib berpegang teguh kepada prinsip dan semangat Federalisme, maka beliau akan berbuat demikian kerana seorang pemimpin negara yang tidak memahami betapa pentingnya soal legitimasi dan autonomi kerajaan negeri wajar diperbetulkan dalam isu ini tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Najib anti-Raja Berperlembagaan
Malahan, pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang anti-demokrasi, anti-Federalisme dan anti-raja berperlembagaan sekiranya beliau enggan menyelesaikan masalah ini dengan menyokong pindaan perlembagaan Selangor dan memperbetulkan masalah ini dalam masa tersingkat. Sebagai salah seorang panelis dalam satu forum yang berbicara tentang isu dan krisis pelantikan SUK di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada petang 13 Januari 2011, analisis Wong Chin Huat yang berkaitan mendapat sambutan hangat.
Kedua, selepas rombakan pengerusi perhubungan UMNO menyaksikan Najib kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Jika sekiranya Najib ikhlas dan tidak hipokrit dalam soal menghormati sistem raja berperlembagaan, maka Najib sebagai pemimpin BN harus mengarahkan ADUN pembangkang pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor supaya bukan sahaja hadir dalam persidangan DUN pada 24 Januari 2011 nanti, tetapi juga memberikan sokongan bipartisan kepada pindaan Seksyen 52 Undang-Undang Tubuh Negeru Selangor berpandukan semangat Federalisme dan kepentingan rakyat Selangor.
Seksyen 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan dari perkhidmatan awam yang berkenaan. Sementara menunggu kandungan usul pindaan dikemukakan, sesetengah penulisan berpendapat pindaan tak perlu kerana perkhidmatan awam yang berkenaan merujuk kepada Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.
Namun saya berpendapat, pindaan kali ini bukan sekadar berkisar sekitar kunci kata "perkhidmatan awam yang berkenaan". Saya rasakan, pindaan kali ini penting dan merupakan sesuatu yang positif kerana pindaan ini merupakan langkah pertama Kerajaan Pakatan Rakyat cuba menghidupkan semula semangat dan prinsip Federalisme supaya pemusatan kuasa pada Kerajaan Pusat dapat dilemahkan.
Wahai rakyat Selangor, mari kita hadir beramai-ramai ke Stadium Kelana Jaya, Selangor pada 23 Januari 2011 nanti bagi menyuarakan sokongan kita kepada Kerajaan Selangor yang dipilih rakyat tiga tahun dahulu anjuran pergerakan Hormati Suara Rakyat Selangor!
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)-Merdeka Review | KEADILAN tawarkan Rafizi untuk bahas dengan Khairy Posted: 13 Jan 2011 11:15 PM PST 9 Safar 1432H MOD.
Parti Keadilan Rakyat kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Najib Razak menolak pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim untuk membahaskan sama ada Kerajaan mampu melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat atau tidak. Pelawaan Anwar dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara. Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas (IPP), syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan tawaran Anwar kepada Najib masih terbuka dan Pakatan bersedia menimbang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib untuk perbahasan tersebut. Pada masa yang sama, KEADILAN menerima jemputan daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kepada Anwar untuk membahaskan Program 100 Hari. Pelawaan asal Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang adalah kepada Najib. Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, KEADILAN menawarkan Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli (gambar kiri) untuk berbahas dengan Khairy. Rafizi selaku pemimpin muda adalah regu sesuai untuk Khairy. Beliau juga merupakan jurutera dan akauntan bertauliah dan pernah menjadi Pengurus Kanan di Petronas dan Pengurus Besar di Pharmaniaga. KEADILAN berharap Khairy bersetuju dan perbahasan tokoh-tokoh muda ini menjadi pembuka tirai kepada perbahasan antara Najib dan Anwar. Diharapkan lebih banyak wacana politik berbentuk ilmiah dan intelektual dapat diadakan bagi memberikan peluang rakyat membuat penilaian sewajarnya. Sudah tentu amalan sebegini lebih baik berbanding amalan membakar buku yang menjadi-jadi akhir-akhir ini. *Kenyataan media oleh Muhammad Nur Manuty selaku Ketua Penerangan PKR. **Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Md Akin turut mencabar Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengannya, sebelum Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawai mengulangi cabaran yang sama. (Merdeka Review) | Rayuan Anwar minta gugur hakim kes liwat ditolak Posted: 13 Jan 2011 11:00 PM PST 9 Safar 1432H MOD
PUTRAJAYA, 14 Jan — Mahkamah Rayuan pagi ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes liwat keduanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ketua pembangkang itu kini berhadapan dengan tuduhan meliwat seorang pembantunya pada Jun 2008.Pada 6 Disember lalu, Anwar (gambar) gagal dalam percubaan keduanya supaya Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.
Ketika membuat keputusan itu awal bulan lalu, Zabidin berkata bahawa berdasarkan transkrip mengenai apa yang diperkatakan oleh beliau dan peguam Anwar, Karpal Singh, dalam mahkamah pada 22 November lepas, beliau mendapati tidak ada apa-apa yang boleh mendorong beliau berlaku tidak adil dalam mendengar kes itu.
Ini merupakan cubaan kedua Anwar supaya Zabidin menarik diri selepas hakim itu menolak permohonannya sebelum ini supaya akhbar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung satu laporan yang didakwanya sebagai prejudis dalam kes liwatnya.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam reaksi segera, Anwar yang duduk di bahagian depan galeri awam menoleh ke arah pemberita berkata: "Adakah anda terkejut?" Perbicaraan kes liwatnya akan dibawa ke pengurusan kes Isnin depan. (sumber MalaysianInsider) | Siapa akan bankrapkan negara, BN atau Pakatan? Posted: 13 Jan 2011 10:50 PM PST 9 Safar 1432H MOD.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak dari berdebat dengan Datuk Seri Anwar dengan dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan ketua pembangkang itu berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.
Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya. Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat.
Tawaran "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru adalah tawaran yang ditakuti oleh Najib sehingga ianya menjadi perhatian sejak dibentang pada konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang awal Disember tahun lalu.
Seingat saya Najib mengeluatkan kenyataan awalnya memperlekeh tawaran itu sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat dan mengatakan akan membuat kenyataan lain setelah membuat kajian.
Tetapi yang peliknya kenyataan demi kenyataan Najib selepas itu nampaknya untuk berselindung dengan hakikat bahawa tawaran itu adalah dalam ruang lingkup kemampuan negara dan berulangkali Pakatan Rakyat dikatakan akan membankrapkan negara.
Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi upahan BN menggambarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.
Penjelasan yang sangat mudah yang dikemukakan oleh pakatan rakyat ialah betapa pelan 100 hari memerlukan biaya sekitar RM19 billion sedangkan bajet yang membazir dan tidak sepatutnya dibentang oleh Najib untuk bajet 2011 melebihi dari jumlah itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar dia menegaskan jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji 100 hari Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.
Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.
Sebagaimana yang disifatkan Anwar bahawa Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta, akhirnya isu yang diperkatakan secara terbuka ini mendedahkan kepada rakyat bahawa apa yang kemukakan oleh Pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya adalah sesuatu yang masuk akal dan boleh dilaksanakan.
Jauh sekali dari membankrapkan dan memufliskan negara kerana yang akan memufliskan negara adalah penerusan kuasa oleh BN yang mesti dihentikan oleh rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.
Apabila rakyat sedar bahawa tawaran dari Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dan cuba dinafikan dengan putar belit dari pimpinan BN tanpa berani untuk berdebat maka menurut perkiraan saya BN sekarang dalam keadaan terdesak.
Asakan dan penjelasan berterusan oleh pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kewajaran tawaran 100 hari adalah bahan kempen yang berterusan untuk menunbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. (MalaysiaKini)
(*) Penulis adalah ADUN Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak | PAS bidas 'ahli akademi pengampu' Posted: 13 Jan 2011 10:30 PM PST 9 Safar 1432H MOD.
PAS hari ini membidas segelintir 'ahli akademik pengampu' yang didakwanya memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno.
"Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka ini," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.
Menurutnya, mereka hanya memberi kritikan kepada pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan.
"Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja," tegasnya.
Selain isu APCO, katanya, ahli akademik tersebut juga membisu dan tidak memberi sebarang komen mengenai subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi untuk 27 juta rakyat sebanyak 11 bilion, dihapuskan.
"Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu ini.
"PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik supaya jangan rosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik.
"Mereka ini ialah kelompok yang tidak popular di kampus, baik dari segi pengajaran dan penyelidikan.
"Kelebihan yang ada ialah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," tegasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya memikirkan dengan matang bahawa "sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu".
"Sepatutnya sebagai ahli akademik, mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat.
"Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia," tambahnya. (MalaysiaKini) | ADUN Merlimau nafi diserang sakit jantung Posted: 13 Jan 2011 10:15 PM PST 9 Safar 1432H MOD.
ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan sedang menjalani rawatan di Hospital Putra di Melaka selepas pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat, lapor The Star Online.
Mohd Hidhir, yang juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri dimasukkan ke hospital itu pada jam 1 petang semalam selepas mengalami ketidak-selesaan perut selama beberapa hari sekembalinya dari Taiwan, Isnin lalu.
"Pada mulanya, saya mendapatkan rawatan untuk perut tetapi memutuskan untuk menjalani ujian lanjut apabila sakit itu berulang meskipun diberi ubat. "Ujian lanjut pada Khamis mendedahkan arteri saya tersumbat," katanya di Melaka hari ini.
Katanya, doktor kemudiannya menjalankan pembedahan kecil, lewat petang semalam. Sehubungan itu, Hidhir menafikan khabar angin yang beliau diserang sakit jantung dan keadaannya serius.
Beliau yang agak girang berkata beliau masih di unit kardiak dan akan dipindahkan ke wad biasa Sabtu ini untuk tujuan pemantauan. Lewat malam semalam, Malaysiakini memetik laporan Utusan Malaysia Online yang Mohamad Hidhir dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung.(MalaysiaKini) | Haramkan umat islam mencari rezeki di premis Arak Posted: 13 Jan 2011 07:50 PM PST 9 Safar 1432H WFAUZDIN NS.
ARAK sememangnya haram di sisi Islam tanpa khilaf lagi. Bekerja secara langsung atau tidak selagi ianya bersangkut-paut dengan minuman haram ini, maka hukumnya tetap haram kepada mereka yang berugama Islam. Malang sekali, ramai juga orang-orang Islam yang bekerja atau mencari rezeki di kilang-kilang atau kedai arak.
Apabila membaca laporan di sini, amat mendukacitakan kerana kita yang memerintah di Selangor masih berbelah bahagi untuk melaksanakan undang-undang melarang umat Islam bekerja di kilang atau premis yang menjual arak. Apa ruginya Kerajaan Negeri Selangor sekiranya mewujudkan undang-undang yang ketat agar tiada lagi umat Islam yang mencari rezeki haram di situ.
Mengapa perlu ditanya siapakah yang boleh mendapatkan kerja untuk umat Islam yang diberhentikan kerja di Kilang arak? Bumi Allah ini luas, mereka boleh memilih kerjaya yang lain selain dari bergelumang dengan kencing Syaitan ini. Betapa ramai yang sanggup tidak bekerja atau sekadar menjadi `kuli' asalkan tidak terlibat dengan arak.
Oleh yang demikian, saya menyeru agar undang-undang atau peraturan melarang umat Islam bekerja di kilang/premis menjual arak dikuatkuasakan segera di selangor. Jika kita tidak mampu menghalang Kerajaan Pusat ditunjangi Umno daripada mengeluarkan lesen kilang arak, memadai dulu kita mewujudkan undang-undang melarang umat Islam bekerja di Kilang atau premis arak. Kesemua Kerajaan Negeri yang berada di bawah PR hendaklah bertindak segera agar minda dan akhlak semua umat Islam terpelihara.(sumber:wfauzdin.blogspot.com) | Amalan Tinggi Di Sisi Allah SWT Posted: 13 Jan 2011 07:46 PM PST 09 Safar 1432H. AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menerangkan bahawa manusia tidak patut terpedaya oleh kekuatan tubuhnya dan kemewahan sehingga bergelumang dalam kesombongan dan kebongkakan, lalu Allah SWT mencela mereka kerana tertipu oleh kekuatan dan kemewahan yang mudah lenyap. Kemudian Allah SWT mengingatkan mereka akan adanya kenikmatan-kenikmatan yang mereka terima baik yang bersifat pancaindera mahupun yang batin. Diriwayatkan oleh seorang sahabat, bahawa ayat kelima turun berkaitan dengan kisah Abu al-Ashad 'Usayd Ibn Kaladah al-Jumahiy yang terpedaya oleh kekuatan tubuhnya. Ayat keenam turun berhubung dengan kisah al-Harth Ibn Nawfal yang pernah berkata: "Aku telah habiskan harta sebagai pembayaran denda sejak aku ikut Muhammad SAW." Sama ada ayat-ayat tersebut berkaitan dengan kisah mereka atau yang lain, tetapi maknanya tetap berlaku umum sebagaimana yang dapat kamu fahami. Firman Allah SWT: Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? Berkenaan perkataan aqabah, Sheikh Ibnu Jauzi dalam Zad al-Masir berkata: Ada tujuh pendapat: Gunung dalam neraka jahanam adalah pendapat Ibn Umar. Rintangan tanpa jambatan. Inilah pendapat al-Hasan. Tujuh puluh tangga ke bawah dalam neraka jahanam. Inilah pendapat Ka'ab. Titian sirat. Inilah pendapat Mujahid, al-Dhahak dan al-Qalb. Api neraka di bawah jambatan. Inilah pendapat Qatadah. Jalan keselamatan. Inilah pendapat Ibn Zaid. lPerumpamaan Allah untuk melawan hawa nafsu dan syaitan dalam melakukan amalan kebaikan. Ini pendapat Ali bin Ahmad al-Naisaburi dan lainnya. Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: "Tujuan ayat ini bukannya untuk membesar-besarkan halangan atau jalan yang sukar itu, malah untuk mengagung-agungkan darjatnya di sisi Allah supaya manusia gemar dan penuh bersemangat menempuhinya walau sebesar mana ia memerlukan perjuangan dan menghadapi kesulitan, kerana kesulitan-kesulitan itu tetap wujud dan berlaku, tetapi apabila ia berkorban untuk menempuh jalan yang sukar itu. "Ia akan mencapai hasilnya dan akan mendapat gantinya kerana setiap pengorbanannya tidak akan hilang percuma." Kemudian Allah mula menerangkan hakikat jalan yang sukar atau halangan itu dengan menyebut persoalan yang amat diperlukan masyarakat Mekah khususnya yang dihadapi oleh dakwah Islam, iaitu persoalan membebaskan hamba abdi dan memberi makanan yang amat diperlukan oleh golongan yang lemah yang ditindas oleh masyarakat yang kufur dan tamak haloba itu. Firman Allah SWT: (di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) adalah: Memerdekakan hamba abdi. Al-Maraghi berkata: "Membebaskan hamba daripada perhambaannya atau memberikan pertolongan. Di dalam kitab al-Quran dan al-Sunnah banyak didapati cadangan dan dorongan untuk membebaskan hamba." | 17 Warga Chicago Peluk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas Posted: 13 Jan 2011 07:28 PM PST 09 Safar 1432H. Oleh : radin. 17 Warga Chicago Masuk Islam Setelah Lihat Iklan di Bas Beberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, Berdakwah Lewat Bas Kota mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam. Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas "Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya," kata Toole. Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. "Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca," Toole mengisahkan. "Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya," sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan "Got Questions? Get Answers" dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut. Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA. Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace. "Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam," kata Toole. GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab. Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. "Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar," papar Toole. Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago. Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam. Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam. Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah. Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Kanada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut. | Usah campak diri dalam kebinasaan Posted: 13 Jan 2011 07:14 PM PST 09 Safar 1432H.
KESIHATAN adalah nikmat paling berharga yang perlu dijaga. Kebanyakan kita sekarang tidak begitu peka terhadap aspek pemakanan.
Asalkan sedap dimakan hing ga tidak menghiraukan kesan mudarat kepada kesihatan jika mengambil makanan secara berlebihan khususnya yang bergula dan berlemak.
Apabila sudah disahkan menghidap penyakit berkaitan berada pada tahap kronik barulah seseorang merasakan bahawa kesihatan itu adalah harta yang amat bernilai.
Selepas sesuatu yang berharga sudah tiada, barulah seseorang itu menghargai nilaiannya.
Selepas diuji dengan kesakitan, baru kita berasa betapa beruntungnya nikmat yang dimiliki sebelum ini.
Adakah kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat setiap hari? Seandai nya kita ikut dengan teratur serta mengamalkan gaya hidup sihat, bersyukurlah kerana kita diberi kesedaran itu.
Sebagai Muslim, wajib kita menjaga amanah yang Allah ini. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan, al-Quran menyifatkan ia sebagai mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
Ramai yang tidak menghargai nikmat ini. Begitu juga halnya dengan musuh nombor satu negara iaitu dadah.
Kenapa begitu ramai yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah?
Tidak kurang juga hebatnya dengan ketagihan rokok, alkohol serta lumba haram yang membawa musibah, mudarat serta kecacatan.
Kita perlu bertekad untuk meninggalkan tabiat buruk berkenaan dan cuba pula mengajak orang lain menjaga kesihatan untuk terus kekal menjalani kehidupan yang berkualiti.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang beriman yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah". (Hadis riwayat Imam Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w me nyarankan umat Islam tidak kira individu mahupun masyarakat mementingkan kesihatan.
Setiap Muslim hendaklah berusaha sedaya upaya memperbaiki hidup selain menjadi manusia yang kuat.
Nikmat kesihatan yang baik saja mampu mengubah nasib serta dapat meraih kehidupan lebih baik. Badan yang sihat bukan untuk merompak, me nyamun atau meragut.
Mampu berjaga malam hingga ke pagi bagi sesetengah orang mudah saja, tetapi untuk bersolat Subuh tidak dapat dilaksanakan.
Peluang sementara badan masih sihat inilah masanya untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Jangan terus leka dan beranggapan usia masih muda dan mempunyai banyak masa kerana kematian itu tidak mengenal usia.
Tidak semestinya kematian menjemput kita pada usia tua kelak.
Bukan juga bererti, kita perlu melupakan kenikmatan dunia. Kehidupan dunia adalah kurniaan Allah, selagi kita tidak melakukan amalan yang bercanggah dengan agama dan tidak melalaikan maka ambillah.
Alangkah bagusnya jika seorang yang hebat personalitinya, kerjaya, berkarisma, berpelajaran tinggi, mantap akhlak dan amalan agamanya.
Remaja yang hebat adalah golongan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Bolehkah kita menjadi cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama menjaga akhlak serta pekerti sebagai Muslim?
Taat dan hormat ibu bapa dan guru, jadilah rakan yang mudah didampingi ketika susah dan senang selain menjaga ibadat termasuk tidak meninggalkan solat wajib.
Zaman remaja bukan untuk mengejar keseronokan. Dunia ini hanya pinjaman dan penuh tipu daya justeru perlu berhati-hati.
Kelihatan dunia ini penuh dengan keseronokan tetapi pada akhirnya pasti ramai yang kecundang. | ku sebut namaMu ; tanda kasihku Posted: 13 Jan 2011 06:51 PM PST 09 Safar 1432H. Oleh : AKHISALMAN. Firman Allah swt : " Wahai orang-orang yang beriman sesiapa yang keluar dari agamanya dikalangan kamu a; Allah akan mendatangkan suatu kaum yang mana Allah kasih kepada mereka dan mereka kasih kepada Allah .." (45 : al-Maidah) Rabie bin anas berkata: " Tanda kasih kepada Allah adalah dengan banyak menyebutnya, kerana sesungguhnya kamu tidak mencintai sesuatu melainkan kamu banyak menyebutnya." Semakin tinggi cinta kita kepada sesuatu semakin banyak kita menyebut dan mengingatinya. Oleh itu mudah untuk kita mengenal pasti apakah yang kita cintai sekarang iaitu dengan kita memerhatikan hati kita. Apakah yang paling banyak kita ingat. Kerja kita, study kita, mak bapak kita, kawan2 kita, persatuan kita, sidia kita, harta benda kita atau Allah.Yang mana paling banyak kita ingat itulah perkara yang kita cintai walaupun bibir menyebut kita cinta yang lain. Firman Allah swt: "Mereka bercakap dengan mulut-mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka." Imam ibnul Qayyim berkata: " Setiap kali bertambah rasa seronok dan khusyuk seseorang itu berzikir bertambah kasih dan rindu zat yang diingati dan disebut (iaitu Allah) untuk menemuinya." oleh itu kita kena cuba untuk melatih diri kita agar hati kita berdetik namaNya sehingga kita asyik dengan mengingatinya kerana orang-orang beriman sangat2 kasih kepada Allah swt. Firman Allah swt: " Dan orang-orang yang beriman itu tersangat kasih kepada Allah swt." ( 165 : al-Baqarah) Ya Allah selama ini aku hanya asyik dengan dunia ini, aku sering lalai dalam mengingati mu.. Namu engkau tetap memberikan pelbagai nikmat kepada ku.. kadang engkau uji namun aku banyak mengeluh atas ujian itu.. alangkah zalimnya diri ini.. Ampunkanlah diatas kelalaian ini dan kurniakan kami hati yang sentiasa asyik mengingatimu dan mulut yang basah dengan zikirmu.. | Jemput bukan Islam ke program agama Posted: 13 Jan 2011 06:45 PM PST 9 Safar 1432H MOD
KEPALA BATAS, 14 Jan: Masyarakat Islam yang mahu mengadakan program agama seperti forum, diskusi, ceramah dan sebagainya hendaklah menjemput masyarakat bukan Islam sebagai tetamu supaya mereka mendapat pendedahan sebenar.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Abdul Malek Kassim berkata, selama ini program bercorak Islam tidak dijemput mereka tetapi bermula dengan Seminar Al Quran dan Ekonomi bulan depan, kerajaan negeri akan membuat jemputan khas kepada mereka.
"Untuk memberikan pendedahan awal kepada golongan berkenaan kita sendiri kena ubah sikap dan berani bertindak melakukan perubahan," tambahnya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Tauliah Pegawai Masjid Sesi 2011-2012 di Dewan Millenium, di sini.
Jika tidak, katanya sokongan masyarakat bukan Islam tidak ke mana bahkan makin merosot kerana mendengar orang tengah yang ada antaranya tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Masjid terutamanya apabila menganjurkan program boleh melaksanakan hasrat tersebut agar mereka (bukan Islam) mendekati kita. Lazimnya program yang dianjurkan di masjid tidak pun diketengahkan untuk pengetahuan mereka," tegasnya.
Tambahnya, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp) dan Jabatan Mufti juga harus menekankan aspek itu pada setiap program kelolaan mereka selari dengan hasrat membudayakan pendedahan ke luar ruang lingkup masyarakat Islam. (HarakahDaily) | Harga produk, perkhidmatan pengaruhi pendapatan rakyat Posted: 13 Jan 2011 06:30 PM PST 9 Safar 1432H MOD
HAKIKAT rakyat berpendapatan tinggi adalah hal yang baik. Semua ingin pendapatan tinggi demi keselesaan hidup.
Bagaimanapun, mempunyai pendapatan tinggi bukanlah senang dari segi hakikat dan pengumpulannya. Pendapatan tinggi juga harus diukur pada kuasa beli. Jika pendapatan tinggi diatasi oleh kos hidup dalam erti kata rata-rata barang keperluan harian seperti makan minum, pakaian dan tempat berteduh, pengangkutan dan perubatan menjadi mahal, maka kenaikan pendapatan tidak begitu bererti. Ini antara keperluan asas dalam kehidupan. Sebaliknya barang mewah, seperti rumah dan kereta mewah, jam tangan dan sebagainya, boleh dielak atau ditangguhkan. Tiga negara berpendapatan tinggi menurut perkapita pendapatan kasar domestik atau dalam negara (GDP) ialah Singapura, Norway dan Amerika Syarikat (AS). Perkapita masing-masing AS$40,000 setahun atau RM125,000 setahun.
Di antara tiga negara itu, Singapura dan AS boleh berpuas hati kerana rata-rata harga produknya tidak meningkat sehingga menggugat peningkatan pendapatan rakyatnya, berbanding apa yang dialami rakyat Norway. Negara Scandinavia ini, terutama ibu kotanya, Oslo, adalah tempat termahal di dunia.
Rakyatnya hanya menikmati kelebihan pendapatan apabila mengembara di luar negara. Disebabkan dasar cukai pendapatan negara, pada umumnya rakyat hanya menikmati setengah Krone bagi setiap 1 Krone yang didapati ( 1 Krone ialah 60 sen). Setengah Krone lagi untuk cukai pendapatan.
Keadaan ini berlaku kerana rakyat Norway yang berpendapatan tinggi diharuskan menyumbang kepada tabungan pencen warga tua. Ini bererti pencen dinikmati pesara adalah tinggi, tidak jauh beza dengan gaji diperoleh sebelum mereka bersara.
Sejak 1970-an, Norway mendapat durian runtuh hasil minyak Laut Utara (North Sea) di utara Lautan Atlantik. Dengan hemah kepemimpinan negara yang prihatin, Kabinet dan Parlimen – dengan restu Rajanya– membuat keputusan tegas mengagihkan kekayaan negara itu secara adil sehingga boleh dikecapi mereka di strata paling rendah. Keputusan itu dijadikan peruntukan Perlembagaan yang ti-dak boleh diganggu-gugat sebarang pertukaran kerajaan.
Singapura bukanlah kota murah, tetapi pendapatan rakyatnya membawa pulangan nilai kerana kos hidupnya tidak mengatasi peningkatan pendapatan.
Negara paling bermanafaat ialah AS. Walaupun tidak pada keseluruhan, dalam banyak hal berkaitan makanan, perumahan, kenderaan dan tenaga elektrik, ia lebih murah berbanding Indonesia, Singapura, Thailand, Malaysia dan Filipina.
Negara kuasa besar itu, walaupun dibenci kerana dasar intervensinya di Iraq, Iran, Venezuela, dan beberapa negara di Afrika, Eropah Timur, Caribbean, Asia dan Arab, dasar dan amalan domestiknya adalah baik secara relatif.
AS dinyatakan sebagai perbandingan. Satu dolar AS boleh membeli lebih banyak produk daripada seringgit di Malaysia. Jika minyak berharga RM10 segelen di Malaysia, di AS segelen kurang 3 dolar.
Disebabkan rakyatnya berpendapatan tinggi, sedangkan kos rendah secara relatif, maka wang kocek yang berbaki boleh dibelanjakan kepada produk yang lebih luas. Justeru, banjaran perniagaan produk (perkhidmatan juga) lebih luas kerana peniaga terpengaruh dengan permintaan pembeli.
Lihat saja produk AS di pasar raya dan restoran makanan segera yang bercambah di Malaysia seperti McDonald, KFC dan Starbuck. Semuanya adalah unjuran pasaran domestik di AS sendiri. Jika pasaran domestik di sana tidak mampu menampung produk itu, tidak mungkin ia boleh berkembang ke seluruh dunia.
Memperkatakan pendapatan tinggi tidak menjadi genap jika tidak diperkatakan nilai mata wang. Sepatutnya pendapatan perkapita Malaysia yang diukur menurut nilai dolar AS adalah lebih tinggi daripada apa yang ditahapkan. Meskipun bunyinya mudah, nilai mata wang dunia yang diukur dengan harga Big Mac dan hamburger McDonald, seperti dipromosikan majalah mingguan Economist terbitan London, adalah sangat relevan.
Apa yang berlaku sejak 10 tahun dulu, taraan mata wang dunia yang pelbagai nilainya berbanding nilai dolar AS akhirnya bergerak ke arah nilai perbezaan harga burger itu dalam nilai dolar AS. Big Mac di Malaysia berharga RM6.70 sedangkan di AS harganya US$3.75. Harganya di AS itu sama dengan RM12 di Malaysia kini, pada kadar RM3.10 untuk AS$1.
Berdasarkan harga Big Mac itu, nilai ringgit sepatutnya lebih kurang RM1.08 dan bukan RM3.10 untuk AS$1. Oleh itu jika pendapatan perkapita kita RM40,000.00 setahun, ia bererti AS$22,200.00. Justeru untuk diklasifikasikan sebagai rakyat berpendapatan tinggi dengan perkapita AS$30,000.00 setahun bukanlah jangkauan jauh.
Yang penting ialah kenaikan pendapatan tidak diatasi kos produk dan perkhidmatan selain dibaham cukai pendapatan, demi menguat permintaan bagi melebarkan perniagaan produk dan perkhidmatan yang terus meluas.(Oleh Tan Sri Adam Kadir)
| Super Virtuous Bai Fang Li.. Posted: 13 Jan 2011 06:22 PM PST 09 Safar 1432H. Oleh : radin. An touching story from CCTV … "A SPECIAL LOVE FOR A SPECIAL YOU" Bai Fang Li, died 93 years old, lived in poverty. Yet, he donated an aggregate sum of RMB 350,000 to universities and schools in Tianjin to help 300 poor children in need. For almost twenty years, he paddled his tricycle earning Yuan by Yuan to save up for his donations. His lunch was two buns and plain water. Luxury to him was the sauce he put into the water. Dinner was a piece of meat or an egg. What he wore was what he picked from the dump. Any extra piece was luxury. He paddled 365 days a year every year, in the snow and in the soaring heat of 50 degrees C. He started at 6 in the morning and finished at 7 or 8 at night. "It's alright I suffer," he said, "But let the poor kids go to school." 90 years old, he arranged his last saving of RMB500 neatly in a box and handed to Yao Hua School, saying, "I cannot paddle any more. I am not able to donate any more. This shall be my last …" All teachers in the School wept … The last image people had of him was his photo inscribed, "A special Love for a special you." (last photo shown) Pictures showing the students from Yao Hua School paying tributes to their benefactor. | Media Salah Lapor, Apa Tindakan Hassan Ali ? Posted: 13 Jan 2011 06:15 PM PST 9 Safar 1432H MOD .
KUALA LUMPUR, 13 Jan: PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.
Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.
Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.
Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,".
"Saya tidak tahu bagaimana laporan berita seperti ini boleh dibuat, sama ada wartawan tersalah lapor atau editor yang keliru.
"Justeru saya mengesa Malaysiakini membuat pembetulan semula secara terbuka dan meminta maaf kepada Pesuruhjaya. Laporan berita ini telah menimbulkan masalah kepada PAS Selangor dengan ahli-ahli dan menjejaskan hubungan kami dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily. | Zainab binti Ali ( cucu Rasulullah saw ) Posted: 13 Jan 2011 05:37 PM PST 09 Safar 1432H. Oleh : naruto.
SITI ZAINAB (CUCU NABI) Siti Zainab adalah adik kandung dari Hasan dan Husin.Ia dilahirkan di Madinah pada 1 Sya'ban 5 H. Sebelum kelahiran putri Sayyidina Aliyang ketiga ini, putri Rasulullah SAW yangbernama Zainab wafat.
Maka untuk mengenang putrinya yang baru meninggal, Rasulullah memberi nama bayi yang baru lahir dari putrinya yang tercinta Fatimah dengan nama yang sama yaitu Zainab. Di masa kecil Zainab hidup dalam bimbingan kakaknya (Rasulullah) dan dibawah asuhan kedua orang tuanya (Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad).
Tidak berlebihan apabila beliau disebut sebagai salah seorang wanita paling istimewa dalam kalangan ahli bait (keluarga Rasulullah) karena Zainab telah menimba ilmu secara langsung dari saudara kandungnya dan kedua orang tuanya.
Siti Zainab menikah dengan anak bapa saudaranya (sepupu) yaitu Abdullah bin Ja'far nbin Abi Thalib dan dikurniakan empat putra (Ali, Muhammad, Abbas, dan A'un) dan seorang putri (Ummu Kaltsum). Dua putranya Muhammad dan A'un gugur bersama bapa saudaranya (Husin) dalam perang Karbala.
Siti Zainab merupakan sumber ilmu dan suri tauladan bagi kaum muslimah karena hampir seluruh hidupnya telah dicurahkan bagi kepentingan pengembangan agama Islam terutama dalam mencetak para cendekiawan muslimah. Beliau telah mendirikan sekolah-sekolah di Madinah dan Kufah, Iraq.
Beliau juga termasuk ahli tafsir, fiqh danperawi hadith.Sayyidah Zainab hijrah ke Karbala bersama abangnya (Husin). Setelah peristiwa Karbala, beliau kembali lagi ke Madinah dan pada masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan beliau bersama-sama dengan suaminya pergi ke Syam dan tinggal di desa Ghutha, suatu perkampungan di pinggiran kota Damaskus. Beliau wafat pada tahun 65 H dalam usia 60 tahun. | Makanan yang Tidak Boleh Makan Banyak bagi Kanak-kanak Posted: 13 Jan 2011 05:25 PM PST 09 Safar 1432H. Garam Kanak-kanak tidak boleh makan garam lebih daripada 5g setiap hari. Sekiranya mengambil garam dengan berlebihan, kanak-kanak mungkin akan menghidap penyakit tekanan darah yang tinggi, penyakit jangtung dan kanser kepala. Teh Teh yang pekat mengandungi banyak asid tanik yang akan menjadi asid tanik zat besi setelah bergabung dengan zat besi dalam badan manusia. Asid tanik zat besi itu tidak boleh diserap sehingga menyebabkan kekurangan zat besi dalam badan kanak-kanak. Lemak Makan terlalu banyak lemak, bukan sahaja akan menyebabkan badan kanak-kanak menjadi gemuk, malah juga memberi kesan negatif terhadap penyerapan kalsium. Jadi, kalsium dalam badan mereka akan semakin kurang sehingga menghidap pelbagai penyakit. Mi Segera Mi segera mengandungi pigmen buatan dan antiseptik yang kurang sihat. Jadi, kanak-kanak yang sedang tumbuh membesar tidak boleh sering makan mi segera. Telur Walaupun telur mengandungi banyak pemakanan yang baik bagi badan manusia, namun tidak boleh dimakan dengan banyak sebab protein di dalamnya mudah mengakibatkan kegemukan. Selain itu, protein susah dicernakan. Jadi, janganlah makan terlalu banyak telur untuk memberikan tekanan kepada perut, hati dan ginjal. Kanak-kanak janganlah makan telur lebih daripada tiga biji sehari. CRI/- | Minda kelas ketiga: Tercapaikah Wawasan 2020? Posted: 13 Jan 2011 05:15 PM PST 9 Safar 1432H MOD. 14 JAN — Tahun 2011 sudah pun membuka tirainya lebih seminggu yang lalu. Segala impian, hajat mahupun resolusi yang pernah terbuku dalam hati rakyat pada malam sebelum Tahun Baru, kini dalam proses untuk direalisasikan, itupun jika ia mahu dijayakan.
Harapan dan tekad untuk melakukan perubahan bukan sahaja dari segi sikap kita tetapi juga cara melaksanakan sesuatu perkara, akan diuji selepas ini.
Tetapi hakikat di hadapan mata kita, apakah yang sudah berubah pada Tahun Baru 2011? Adakah kita sudah berubah seperti yang diharap-harapkan? Apakah kita sudah berubah dan menjadi seorang insan mukammil dan rakyat yang bertanggungjawab dalam membantu kerajaan sekarang merealisasikan agenda nasional demi manfaat bersama?
Mahukah kita berubah? Demikian beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran penulis ketika ini. Melihat kepada beberapa laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendapati timbunan sampah-sarap ada di merata tempat di sekitar lokasi sambutan ambang Tahun Baru 2011 di ibu negara, nampaknya tahun mungkin baru tetapi sikap rakyat masih di takuk lama.
Isu yang disebutkan di atas bukan isu baru. Malah sudah berkali-kali ia dibangkitkan dalam media massa tempatan hinggakan ada wartawan yang membuat liputan sekalipun telah hilang sabar.
Rakyat Malaysia nampaknya lebih berminat untuk mencari jalan pintas dalam isu ini daripada mengambil inisiatif untuk membuangnya ke dalam tong sampah walaupun tong sampah terletak di hadapan mata mereka.
Justeru, apabila terdapat sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris secara sinisnya menggunakan tajuk "Di Sebalik Kedatangan Tahun Baru, tetapi tabiat buruk rakyat Malaysia kekal sama," perasaan terkejut tidak langsung terlintas dalam fikiran penulis. Malah, sindiran tajam dalam artikel akhbar berkenaan merupakan manifestasi kekecewaan terhadap sikap rakyat Malaysia yang masih terperangkap dalam minda negara dunia ketiga.
Apa yang dilaporkan dalam akhbar tersebut bukanlah sesuatu yang asing tetapi sudah menjadi satu pemandangan biasa di negara ini. Lebih mengecewakan, sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan rakyat juga membuktikan bahawa segala ajaran dan didikan sivik yang pernah diterima di sekolah dahulu, tidak membawa sebarang kesan. Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Lantaran itu, apakah kita mahu biarkan trend sedemikian menjadi sebahagian daripada budaya hidup rakyat Malaysia? Tinggal 10 tahun sahaja lagi, negara kita dijangka akan memasuki status sebagai sebuah negara maju seperti yang diuar-uarkan dalam Wawasan 2020 cetusan ilham mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Maju bukan sahaja dari segi ekonomi, politik dan budaya bahkan juga dari segi tahap pemikiran serta tahap kesedaran terhadap sesuatu isu.
Sesungguhnya, status sebagai sebuah negara maju bukan sahaja diukur dari segi kehebatan kadar pertumbuhan ekonomi atau jumlah pelaburan asing yang berjaya ditariknya tetapi juga aspek-aspek lain yang adakalanya terlepas dari pandangan kita. Aspek-aspek lain yang dimaksudkan itu termasuklah jangka hayat rakyat, hak asasi manusia dan juga tahap kebersihan negara.
Jika inilah sikap pengotor dan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia, maka Wawasan 2020 yang sepatutnya melonjakkan Malaysia ke status sebagai negara maju, tidak akan membawa sebarang makna malah tidak akan mencapai objektif yang disasarkan.
Sebaliknya, apa yang kita akan dapat lihat selepas ini ialah sebuah masyarakat yang tidak berperaturan, pengotor dan bertaraf dunia ketiga seperti negara-negara mundur di tempat lain.
Penonjolan sikap pengotor dan acuh tak acuh ini jelas hanya mengukuhkan kritikan sinis segelintir pihak bahawa masyarakat di negara ini belum bersedia malah tidak berminat untuk membuat anjakan.
Yang pasti, kebersihan mencerminkan keperibadian seseorang. Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. Ia tidak boleh diletakkan pada bahu para pekerja am atau tukang menyapu sampah semata-mata. Kecenderungan untuk kita berfikir bahawa tugas menjaga kebersihan hanya terletak pada pekerja am adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.
Mengapa tidak kita anggap negara ini sebagai rumah kita sendiri. Jika kita boleh menjaga kebersihan rumah dengan baik, mengapakah tidak sikap tersebut turut diperluaskan di luar kawasan rumah?
Adakah ia terlalu sukar untuk rakyat berbuat demikian ataupun semuanya kerana berpunca daripada sikap rakyat yang terlalu hidup dalam zon selesa hinggakan semua aspek kehidupan perlu diserahkan kepada orang lain?
Sebuah negara yang maju tetapi tidak diiringi oleh takuk minda yang bersih, sebenarnya tidak banyak beza dengan negara-negara dunia ketiga. Negara tersebut akan dipandang hina dan menjadi bahan gurauan di seantero dunia.
Sebuah negara yang bersih, sudah pastinya rakyat juga akan sihat. Dan apabila rakyat sihat sejahtera, maka produktiflah sesebuah negara itu. Apabila sesebuah negara itu produktif, sudah tentu ia dapat berkembang ke satu tahap yang lebih gemilang.
Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 2011 ini, adalah penting sikap negatif seperti yang diuar-uarkan tadi, perlu dikikis dan tidak terus tertanam dalam kerangka pemikiran rakyat negara ini.
Menjadi harapan semua pihak agar sebuah masyarakat yang berkesedaran sivik tinggi dan prihatin dapat dilahirkan. Tiada maknanya kehebatan sesebuah negara jika rakyatnya sendiri masih terperangkap dalam takuk minda yang lama.
Apa yang kita ingin lihat selepas ini ialah sebuah negara Malaysia yang ada kelasnya tersendiri dengan kalangan rakyatnya mempunyai takuk minda baru yang seiring dengan negara-negara maju. Berubahlah dari sekarang! (Malaysian Insider)
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist. | Isu SUK: Hasan Ali, PAS Selangor nafi belakangi Pakatan Posted: 13 Jan 2011 05:00 PM PST 9 Safar 1432H MOD
KUALA LUMPUR, 14 Jan — PAS Selangor berkata rakan komponen Pakatan Rakyat itu komited dengan pendirian kerajaan negeri dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri 24 Januari ini untuk meminda perlembagaan negeri.
Dalam kenyataan dikeluarkan bagi menjelaskan laporan menggambarkan Pesuruhjayanya Datuk Dr Hasan Ali (gambar) 'menyokong' pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, PAS Selangor berkata, pihaknya juga menolak sebarang bentuk campur tangan kerajaan pusat.
"Sesungguhnya PAS Selangor menolak sebarang bentuk campur tangan dan gangguan dari kerajaan persekutuan berhubung pelantikan khasnya para pegawai kanan negeri tanpa melibatkan kerajaan negeri dalam prosesnya," kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.
Sidang khas Dewan Undangan Negeri hujung bulan ini bertujuan mengembalikan kuasa istana dan negeri dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.
Laporan media kelmarin, yang dilihat yang pertama secara terbuka sejak Hasan pulang dari luar negeri, beliau dipetik berkata masih yakin isu berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri akan dapat diatasi.
Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam dilaporkan berkata, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.
Katanya, isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.
Tambahnya, beliau akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.
Kata Hasan, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Khusrin lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.
Sehubungan itu kata Roslan Shahir, Hasan dan pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor telah mengunjungi Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan video rakaman sepenuhnya sidang media kelmarin juga telah dipertontonkan kepada beliau petang semalam.
"PAS Selangor ingin menegaskan kenyataan akhbar dibuat Dato Hasan semalam (kelmarin) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah selaras dengan arahan parti dan Presiden PAS," katanya.
Kata Roslan Shahir, PAS Selangor kesal kenyataan dibuat pada sidang akhbar tersebut telah diputarbelitkan sehingga menggambarkan seolah-olah PAS Selangor bersetuju dengan proses pelantikan Khusrin dan terpisah dari pendirian Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri.
Katanya, PAS Selangor sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini kerana melaporkan perkara yang tidak benar dan berbentuk fitnah.
Dalam laporan terbaru semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.
Dipetik Harakahdaily, Mustafa berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.
Pemimpin utama PAS pada Ahad lalu berhimpun di Stadium Malawati, Shah Alam bagi menunaikan solat hajat dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.
Hasan juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan Khusrin kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.
Hasan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."
"Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hasan. (MalaysianInsider) | RMB, Salah Satu Mata Wang yang Paling Selamat Posted: 13 Jan 2011 01:11 AM PST 8 Safar 1432H. Matawang Negara China, Renminbi (RMB) atau Yuan merupakan salah satu mata wang yang paling selamat di seluruh dunia. Demikian dinyatakan oleh pelabur antarabangsa yang terkenal, Jim Rogers di Chicago semalam. Beliau bercadang kepada kesemua pelabur global supaya terus menjadi pemilik RMB. Ketika menyentuh tentang pertumbuhan ekonomi China yang telah meningkat dengan pesat yang berlarutan selama 30 tahun, Jim Rogers menyatakan bahawa pembaharuan China telah mendatangkan perubahan di seluruh dunia dan perubahan itu akan diteruskan. Beliau menambah bahawa ekoran A.S. berubah menjadi negara yang berhutang paling besar dalam sejarah, dolar Amerika sekarang telah menjadi satu pilihan yang salah belaka bagi para pelabur. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan