ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 11 Jan 2011 03:32 AM PST AWANG SELAMAT YANG BIADAB- MANA KDN? Posted: 10 Jan 2011 09:05 PM PST KENYATAAN AKHBAR 8 JANUARITerlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana. Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am. Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu. Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu. Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan. Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan. Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai Umno yang menggunakan media untuk membolehkan Umno/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor. Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdek pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing? Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja. Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut. Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan. Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja. Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama "malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium. Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut. Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu. Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya "menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu", kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan. Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan. Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan dimana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan. PR Selangor menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Dato Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara. Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan. Saya juga mendesak Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO MENTERI BESAR SELANGOR | |
KEDAH online Posted: 11 Jan 2011 03:31 AM PST |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 11 Jan 2011 03:08 AM PST |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak Posted: 11 Jan 2011 01:14 AM PST Barisan Kepimpinan Baru Keadilan 2010-2013 Posted: 10 Jan 2011 11:13 PM PST
Senarai lengkap ahli MPP yang baru adalah seperti berikut:
Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali
Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Setiausaha : Haji Rosli Abdullah, Steven Choong, T Kumar, Ignatius Darell Leiking
Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran, Datuk John Tenewi Nuek
Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail
Ketua Angkatan Muda : Shamsul Iskandar Mohd Akin
Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin
Bendahari Agung : William Leong
Timbalan Bendahari : Low Chee Chong
Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty
Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Strategi : Rafizi Ramli
Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub
Pengarah Guaman : Latheefa Koya
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong
Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron , Hee Loy Sian, Khalid Jaafar, Abdul Rahman Yusof, Johari Abdul, Haniza Talha, Fariz Musa, Zakaria Abdul Hamid, Roland Chia, Siti Aishah, Ismail Yusop, Latheefa Koya, S Kesavan, Shuhaimi Shafiei, M R Summugam, Yusmadi Yusoff, S Manikumar, Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew
Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali, S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie, Abdul Malek, See Chee How, Chang Lih Kang
Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasaiah, Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali, Tan Yee Kew, Abdul Khalid Ibrahim
Pengerusi MPN :
Perlis – Johari Shafie
Kedah – Wan Salleh Wan Isa Perak – Dr Mohd Nor Manuty Wilayah Persekutuan – Dr Idris Ahmad N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas Johor – Dato' Chua Jui Meng Melaka – Shamsul Iskandar Mohd Akin Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman Terengganu – Azan Ismail Kelantan – Abdul Aziz Kadir Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi Sarawak – Baru Bian
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim
Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli Biro Sains dan Kesihatan : Dr Lee Boon Chye Biro Pendidikan : Abbas Awang Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff Biro Pennyelaras Ahli Parlimen dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas Biro Masyarakat FELDA Orang Asal : Suhaimi Said& Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian Biro Srikandi : Siti Aishah | |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 10 Jan 2011 11:39 PM PST Kronologi Pelantikan SUK Yyang Diputar Belit Oleh Umno-BN Posted: 10 Jan 2011 04:00 PM PST Berikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri:
26 Oktober 2010 PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:
i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar. ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor. iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.
8 November 2010 Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.
22 November 2010. Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .
1 Disember 2010. Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.
2 Disember 2010 Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
3 Disember 2010 Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian
8 Disember 2010 Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
9 Disember 2010 Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
15 Disember 2010 Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.
16 Disember 2010 2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau. 9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau
17 Disember 2010 Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.
20 Disember 2010 Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.
21 Disember 2010 Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.
24 Disember 2010 Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
27 Disember 2010 Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
3 Januari 2011 Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.
4 Januari 2011 Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.
6 Januari 2011 Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.
Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR | ADUN Sri Muda Tidak Terpengaruh Dengan Provokasi Posted: 10 Jan 2011 03:55 PM PST SHAH ALAM 10 JAN: Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei berkata beliau sentiasa konsisten mendepani masalah dengan mengambil pendekatan tidak akan memberi reaksi berunsur ganas ataupun ugutan kerana ia akan mengerohkan lagi keadaan.
Shuhaimi berkata demikian ekoran tindakan ganas beberapa pihak yang menyimbah cat dan membakar gambarnya sebagai tanda protes berkenaan tulisan di blognya yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor pada 30 Disember lalu.
Ditemubual dalam Program Tinta Selangor di Tv Selangor petang tadi, Shuhaimi menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa dan menyifatkan tindakan ugutan dengan menyimbah cat di pejabatnya adalah sebagai satu tindakan kurang matang kerana terdapat banyak saluran yang betul boleh digunakan untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati atau sebagainya.
"Pada pandangan saya samaada ia dilakukan oleh orang luar ataupun orang dalam, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak keselamatan, apa yang saya mahu tegaskan ialah, perbuatan itu ialah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan cuba memberikan satu mesej bahawa seolah-olah saya melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh mereka.
"Tetapi persoalannya disini ialah, kalau kita tidak bersetuju kita masih boleh untuk mengemukakan pandangan kita secara yang lebih berkhemah dan saluran yang tertentu ataupun luah dalam bentuk point untuk kita perbahaskan," katanya.
Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.
Malah,dua NGO iaitu Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau Gaps dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia atau PERKASA mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".
Bagaimanapun, Shuhaimi melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.
Shuhaimi dalam ruang temubual selama 30minit ini menjelaskan insiden yang berlaku terhadapnya tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang mengembalikan hak rakyat walaupun menjangkakan lebih banyak perkara yang tidak beretika bakal berlaku dalam kancah politik di Selangor.
"Saya menjangkakan lepas ini lebih banyak lagi perkara-perkara yang mungkin tidak beretika dilakukan semata-mata untuk menghalalkan cara mereka tetapi perlu juga saya perjelaskan apa yang berlaku di Pejabat DUN itu tidak menyekat saya untuk terus bersuara mengembalikan hak kepada rakyat," katanya.
Sumber: TVSNEWS
| MB Selangor : Sidang DUN Tergempar Tetap Diadakan Posted: 10 Jan 2011 03:50 PM PST SHAH ALAM 10 JAN : Kerajaan Selangor akan tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri akhir bulan ini bagi meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, kerajaan negeri sudah melantik Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam, Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam selepas melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) di Shah Alam hari ini.
Beliau ditanya mengapa kerajaan negeri ingin meneruskan sidang tergempar dewan bagi meminda undang-undang itu sedangkan kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai 37 kerusi yang juga undi yang diperlukan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan undi majoriti dua pertiga.
Daripada 56 kerusi DUN, pakatan pembangkang mempunyai 35 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, lapan PAS dan seorang ADUN Bebas manakala BN mempunyai 20 kerusi.
Abdul Khalid berkata, Param dan Abdul Aziz telah mencadangkan supaya perkara itu tidak dibincangkan di khalayak ramai sehingga dibincangkan di dalam dewan.
Ditanya sama ada cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, beliau berkata akan meneliti perkara itu dan ia bergantung kepada cadangan peguam.
Katanya, sidang dewan itu bertujuan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik ketiga-tiga pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.-BERNAMA | Khalid : Pinda Undang-Undang Untuk Perbetul 'Kesilapan' Pentadbiran Posted: 10 Jan 2011 03:45 PM PST SHAH ALAM 10 JAN : Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor ialah untuk membetulkan 'kesilapan' pentadbiran sehingga berlaku ketidakadilan kepada Kerajaan Negeri sejak 1993.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa Persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.
Beliau dengan tegas akan terus memperjuangkan hal ini bagi membolehkan keadaan menjadi baik di masa hadapan.
"Drama ini akan berterusan. Tujuan saya ialah bukan saja selesaikan perkara ini tapi betulkan apa yang salah. Jadi tanggungjawab saya ialah memanggil sidang DUN dalam 2 minggu ini untuk bincang mengapa enakmen dan undang-undang iniyang ditarik Umno pada 1993 dan mengapa biarkan ia memberi ketidakadilan kepada pengurusan negeri," jelas Khalid.
Kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dicetuskan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan itu tanpa mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.
Justeru Khalid menyatakan kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.
Khalid turut mempertikaikan tuduhan Umno yang menyatakan beliau derhaka kepada Sultan dalam isu ini walhal, Umno-lah yang telah meminda Perlembagaan dan menghapus kuasa Sultan sejak tahun 1993.
"Umno yang menariknya (kuasa itu). Dia dah tarik dan sekarang baru dia cakap bila kami memberitahu Tuanku Sultan, terus dia mengatakan jangan derhaka kepada Sultan. Siapa yang derhaka?", soal Khalid ketika berucap dalam Majlis Pidato Perdana dan Solat Hajat menyelamatkan Selangor anjuran PAS malam tadi.
Khalid menegaskan bahawa beliau komited dengan rancangan beliau.
Malah Khalid mencabar Umno untuk menyokong pindaan itu jika mereka benar-benar mendukung institusi DiRaja Selangor.
"Kita kena tengok belang Umno samada dia sokong Sultan atau tidak. Kita kena tengok samada dia benar. Kata depan tuanku, Ampun Patik harap di ampun tapi dibelakang langsung tidak dipeduli," tambah Khalid lagi.
Sumber: TVSNEWS
| Pejabat ADUN Sri Muda disimbah cat merah Posted: 10 Jan 2011 03:35 PM PST Pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafieidi - yang dilanda kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor - disimbah cat merah awal pagi ini. Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depan pejabat tersebut di Kota Kemuning, dekat Kota Raja, dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ. "Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya. Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis. "Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam. Nafi along Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu - yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis. Malah, dua NGO - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu". Bagaimanapun, kelmarin wakil rakyat muda itu, melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Azmizam juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu petang ini, dijangka di ibu pejabat polis daerah Shah Alam. "Dalam masa yang sama, kami juga merancang membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memfitnah bahawa YB Shuhaimi menderhaka kepada Sultan Selangor," katanya. Ditanya sama ada pihaknya mengesyaki tindakan itu sebagai reaksi kepada tulisan Shuhaimi di blog, Azmizam enggan membuat sebarang jangkaan. "Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata beliau yang juga ketua AMK Kota Raka. Menafikan ia melibatkan along, Azmizam memberitahu, Shuhaimi tidak pernah menerima 'ugutan' sebegitu sebelum ini. Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa ketua polis Shah Alam Supt Zahedi Ayob mengesahkan polis telah menerima satu aduan berhubung kejadian tersebut.
Sumber: Malaysiakini
| |
Zulkifli Noordin Posted: 10 Jan 2011 09:31 PM PST TAHNIAH TUAN GURU! Posted: 10 Jan 2011 01:03 AM PST ( Bersama Tuan Guru Haji Hadi selepas kami menyampaikan ceramah umum)Salam 2 all. Alhamdulillah teman memanjat syukur kepada ALLAH kerana ketegasan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa PAS dibawah kepimpinan beliau akan terus dengan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Tuan Guru Haji Hadi mencabar kenyataan Karpal Singh dalam ucapan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang mendesak PAS supaya mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Walaupun dalam konvensyen itu ada ahli PAS yang membuat ucapan "sanggup mati untuk Karpal Singh", namun alhamdulillah Tuan Guru Haji Hadi tidaklah bermain kompang yang sama! Teman faham isi hati seorang Tuan Guru saperti Ustad Hadi. Beliau tahu sangat Karpal Singh adalah orang yang tidak akan menerima perjuangan PAS. Ustad Hadi tidak saperti pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ustad Hadi tahu Karpal Singh telah membuat kenyataan kalau mahukan Islam " over my dead body". Sampai mampus Karpal Singh dan Kitsiang serta Anak lakinya tidak akan menerima Daulah Islamiyyah & perlaksanaan syariat Islam ( walaupun teman, sebagaimana umat beriman yang lain tidak menafikan ketentuan ALLAH untuk memberikan hidayah dan iman kepada mereka - semoga ALLAH membuka hati & jiwa mereka kepada iman & Islam!). Dan Ustad Hadi tahu Karpal Singh lah "politikus poo-Singh". Antaranya dia orang yang mendedahkan manu sia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan itu sebagai pengamal kegiatan homoseks & liwat. Ustad Hadi bukan jenis pak jangoat yang pelupa. Beliau tahu Karpal Singh lah orang yang memaklumkan kepada kepimpinan PAS tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga ada diantara mereka melabel "Anwar Al-Juburi". Ustad Hadi pun tahu Karpal Singh lah orang yang mengherdik Anwar supaya bertaubat dan berundur apabila pembohongan rancangan 16 Sept terbongkar. Ustad Hadi tahu isi perut Karpal Singh! Sebagaimana ulama' dan 'ilmuan Islam lainj sudah tentu akan tertanya-tanya kenapa Karpal Singh dan DAP mahu menjadi peguam Anwar walaupun mereka yang mendedahkannya pada tahun 1997 dahulu! Berdasarkan ketegasan Tuan Guru Haji Hadi itu, teman mencadangkan kepada ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS supaya enam perkara besar ini diselesaikan dahulu, once and for all, tiada dolak dalik lagi. Get the truth! Antaranya teman cadangkan saperti berikut: 1. Dapatkan pengesahan secara terbuka daripada Anwar dan Kitsiang samada benar Perjanjian Persefahaman Pakatan bertarikh 18.12.2009 mempersetujui bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah. Jangan termakan kelentong Anwar nanti bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri. Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar & Kitsiang (termasuk beberapa orang pak jangoat) telah secara terbuka menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah 2. Dapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Anwar & Kitsiang bahawa jika PR memerintah Kitsiang tidak akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (kecuali dia masuk Islam sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Tok Guru Nik Aziz). Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong Anwar sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakapm lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kitsiang!
3. Dapatkan pengesahan secara terbuka & komitmen jelas Anwar dan Kitsiang bahawa dinegeri-negeri yang PAS perintah (saperti Kedah & Kelantan) undang-undang Islam akan dibenarkan dilaksanakan. Kerajaan negeri PAS akan dibenarkan mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Ingat apa yang berlaku di Selangor apabila PAS Negeri Selangor hendak mengharamkan arak dijual secara terbuka, DAP telah membantah menyatakan ianya tidak termasuk dalam persefahaman pembangkang yang telah dipersetujui. Akhirnya PAS Negeri Selangor terpaksa mengalah dan arak dan kilangnya masih tertegak dibumi Selangor sampai hari ini, sedangkan dulu kita rembok meja mengisytiharkan "malam ni menang pilihanraya, esok kilang dan kedai arak semua tutup!!". Jangan ulangi sejarah hitam Selangor, dimana akhirnya PAS Negeri Selangor yang dimalukan oleh DAP dengan kerjasama rakan sekutunya PKR;
4. Dapatkan pengesahan dan komitmen Anwar secara terbuka bahawa kes pertuduhan dia meliwat kaikitangannya Saiful Bukhori Azlan akan dipercepatkan. Jangan ditangguh-tangguh lagi. Kalau dia benar, maka apa yang perlu ditakutkan. Hadis Melayu sebut , "berani kerana benar, takut kerana salah". Kenapa asyik main tangguh aje. Jalankan kes itu segera supaya tidak menganggu persediaan PAS untuk menghadapi pilihanraya nanti;
5. Juga dapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, adakah dia benar-benar percayakan Anwar tidak bersalah? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kaikitangannya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera. Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka. Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya, tambahan dengan pengangguhan kes Anwar yang berulang-ulang sehingga dah nak masuk tiga tahun. Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Jadi sebenarnya penangguhan berpanjangan dan berulang-ulang kes Anwar menguntungkan DAP, bukannya PAS. Kerana PAS sebagai parti Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu;
6. Dapatkan pengesahan dan penjelasan jelas daripada Datuk Seri Wan Azizah, maskot dan Presiden hiasan PKR apa rasional dan alasan dia mengiystiharkan dan menabalkan laki dia sendiri sebagai "pemimpin anugerah tuhan". Apa kriteria perisytiharan itu? Apa kelebihan Anwar berbanding Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk Anwar mengatasi ulama'-ulama' hebat ini sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apa maksud pemimpin anugerah tuhan itu? Adakah ia bermaksud Anwar maksum dari sebarang kesalahan, termasuk boleh kelentong dan temberang isu 16 Sept, yang sampai hari ini Anwar tidak pernah memberikan penjelasan kepada kepimpinan PAS, apatah lagi meminta maaf? Atau apakah keputusan Anwar (saperti melantik Kitsiang sebagai TPM) adalah wahyu yang tidak boleh dipersoal atau dipertikai?
Teman banyak menyebut "dapatkan pengakuan dan pengesahan secara terbuka" kerana teman dah masak dan mangli dengan trick manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. Bila timbul isu dia akan cari jalan untuk poosingh dan putar, apatah lagi kalau orang lain tak tahu menahu, mau ditemberang dan dikelentongnya. Ingat balik cerita macam mane Anwar cuba nak kelentong Almarhum Pak Ghafar (lihat tajuk "Pakat Dulu Balah Kemudian" dalam blog ini).
Apabila beliau membuat komitmen dan pendirian yang diumum secara terbuka dan didengar rakyat, maka rakyat kelak akan berpeluang untuk menilai dan menghakimi sendiri sikap dan tindak-tanduk Anwar. Tapi jangan ingat dia tidak boleh cari jalan nak kelentong juga. Tengoklah apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, banyaklah story dan kelentong yang Anwar buat untuk melepaskan diri. Tapi yang penting umat dan rakyat dengar dan tahu, insyallah akan terbongkar juga akhirnya. Sebab itu jangan sekali-kali terpeangkap dengan mainan bisik-bisik cerita kat dalam bilik sahaja, tetapi dapatkan ia secara terbuka!
Pepatah Melayu pernah menyebut, "terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Addeenul nasihah - agama itu nasihat. Teman sekadar boleh menegur dan memberi nasihat. Sesuai dengan firman ALLAH "demi masa, sesingguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian; melainkan mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan tegur-menegur, dan yang sabar". Janganlah kelak nanti kita melakukan kesilapan umat dan kaum terdahulu, yang enggan menerima kebenaran walaupun kebenaran sudah duduk didepan mata. Jangalah berselindung disebalik segala teori dan konsep; matlamat tidak menghalalkan cara. Siasah syara'iyyah atau maqasid syari'ah adalah konsep politik Islam dalam hendak mencapai syariat Islam, menegakkan negara Islam. Ia tidak boleh digunakan sebagai topeng untuk menyerbankan semua tindak-tanduk politik kita walaupun yang jelas bertentangan dengan Islam - saperti bersekongkol dengan kafir harbi yang jelas menolak Islam.
Semoga ALLAH menganugerahkan kita dengan petunjuk, hidayah, kekuatan dan yang paling penting istiqomah - aamantu billah summastaqeem!!
Yang baik itu daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.
Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Isnin 05 Safar 1432 10 Januari 2011 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ ( Lapuran media hari ini tentang kenyataan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang) PAS won't bow to pressure from any quarter, says Hadi
By SIRA HABIBU sira@thestar.com.my KUALA LUMPUR: PAS will uphold its Islamic state agenda and will not bow to pressure from any quarter, including its Pakatan Rakyat partners. Expressing shock over DAP chairman Karpal Singh's call to compel PAS to review its stand over the Islamic state issue, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the party would not compromise on its principles. "We will bow to no one," he said when launching Sua Kasih logo and H13 Squad to promote the spirit of brotherhood among various races and religions here yesterday. Hadi was responding to Karpal's call to Pakatan to tackle the issue of PAS pursuing its Islamic state agenda in view of the next general election. Karpal had made the call during the second Pakatan convention in Kepala Batas recently. Karpal had said that PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Hadi and DAP leaders should confront the issue and frankly consider the required solution. Hadi said PAS could tolerate and be patient with DAP. "We have extended co-operation to DAP although in the past, Karpal was adamant that Islamic state could only be implemented over his dead body. "Our Mursyidul Am had retorted to Karpal's comment that drew flak from many quarters," he said, adding that PAS would still uphold its promises. "When we make promises, we do not merely provide lip service. As Muslims, we will stand by promises made to non-Muslims," he said. Hadi said PAS was pursuing an Islamic state to create a system to ensure truth, justice and the protection of rights for everyone. "Through Islamic governance, we will break all the walls that divide us," he said, adding that the Western system subscribed to such barriers that divided a nation. | DOUBLE-DERHAKA Posted: 08 Jan 2011 01:24 AM PST ( Gambar hiasan semata-mata-tiada kena mengena dengan lembu yang kurang cerdik, apatah lagi lembu yang bodoh. Tapi bodoh-bodoh lembu pun, samada dia disembah orang, atau disembelih buat lauk!) Salam 2 all. Teman menegaskan bahawa tindakan dan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim terus mempolitikkan dan mempertikaikan perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan enggan mengambil sumpah rahsia dan membenarkan Datuk Khusrin menghadiri mesyurat Exco Selangor serta bercadang membawa sidang tergempar DUN Selangor hujung Januari ini adalah perbuatan "double-derhaka kepada Tuanku Sultan, Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
Sekarang adalah jelas tindakan beliau adalah bercanggah dengan undang-undang. Malah beliau sendiri mengakui perlantikan Datuk Khusrin adalah sah mengikut perlembagaan dan undang-undang. Cuma beliau tidak puas hati kerana itu bukan calon pilihan kerajaan pembangkang di Selangor. Persoalan yang perlu ditanya ialah, jika nama Datuk Khusrin dirujuk kepada beliau pun bukan beliau ada kuasa menolak atau menerima. Itu kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Perdana Menteri pun tidak boleh campurtangan, jangankan bersetuju atau menolak.
Jadi apa isu sebenarnya. Adakah Khalid mahu semua kakitangan Kerajaan tunduk na'am kepada parti pembangkang baru boleh diterima. Kalau begitu kakitangan kerajaan tidak bebas dari unsur politiking kepartian. Kalau BN yang berbuat begitu mereka kata campurtangan lah, barua BN lah, sampai ada yang pernah label kakitangan kerajaan sabagai anjing BN. Ni apa punya cakap kong-kali-kong, terbalik sana terbalik sini, cakap tak serupa bikin!
Jadi atas alasan apa lagi untuk Tan Sri Khalid untuk terus mempolitikkan isu yang dicetusnya sendiri. Adakah kerana kebodohan yang melampau (yang bolehlah kita maafkan sekiranya beliau bertaubat dan mengaku silap), atau kerana memang dengan sengaja mahu menderhaka kepada Perlembagaan Negeri & Persekutuan n(yang mana tindakan tegas perlulah diambil?).
Apapun, Khalid perlu sedar bahawa lebih lama beliau memainkan isu ini, lebih kuat tali jerutan politik menjerut tengkok beliau. Kerana beliau akan dilihat berseorangan dan tidak mendapat sokongan parti. Apatah lagi dengan manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan dan wahsyinya mengambil sikap diam seribu bahasa. Khalid akan dilihat sebagai penderhaka, dan akan dilihat sebagai liabiliti besar kepada parti. Dan teman tidak akan terkejut akan ada orang yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Dan jika itu berlaku, siapakah orang yang paling beruntung? Siapakah yang akan dapat memahkotakan diri dikerusi empok MB Selangor jika Khalid jatuh terjelepuk? Siapakah orang yang sedang menyandar dan tersenyum besar melihat gelagat dan kebodohan Khalid menjerut tengkuknya sendiri?
Kepada Khalid, pesan saya ialah "you are too politically naive". Kamu tahu bahawa perkara perlantikan Datuk Khusrin ini bukan isu pun, samada dari segi undang-undang mahupun amalan pentadbiran kerajaan. Kuasa melantik dan memecat SUK bukan pada kamu, bukan pada Perdana Menteri, malah bukan pada Tuanku Sultan pun. Ianya adalah kuasa mutlak SPA. Kamu tahu perlantikan itu sah. Kamu tahu kamu tidak boleh meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Selangor kerana tiada majoriti dua-pertiga. Kamu tahu kamu sudah melakukan kesilapan. Kamu tahu siapa yang akan mendapat keuntungan besar jika kamu terus menerus memperbodohkan diri. Kamu tahu akhirnya nanti kamu yang akan dicop sebagai penderhaka. Dan kamu tahu itu semua, kamu masih lagi mahu meneruskan rancangan bodoh ini?
Setakat ini pun kamu telah melakukan dua kesilapan besar! Kamu telah melakukan dua penderhakaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor & Perlembagaan Persekutuan. Pertama kamu telah menderhaka kepada perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang kamu sendiri pun tahu sah dan mengikut undang-undang & Perlembagaan, dan kedua kamu menderhaka dengan mahu meneruskan sidang Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor tanpa mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Tuanku Sultan. Kamu sudah melakukan "double-derhaka!". Berapa punya banyak kamu nak menderhaka dar!!
Sedarlah Khalid, kamu hanyalah "pawn" didalam mainan politik ini. Sedarlah, dan perbetulkan kesilapan kamu sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum kamu ditambatkan! Kamu masih punya masa, dan kamu masih ada ruang untuk perbetulkan keadaan sebelum terlambat. Bertindaklah segera sebelum kamu menjadi mee-segera politik dualam ini!
Sedarlah ada dua jenis manusia yang sedang ketawa besar melihat gelagat dan kebodohan kamu. Pertama orang yang sedang mengidam mahukan kedudukan kamu sebagai Menteri Besar. Dah lama ngidam dah. Orang kampung pun dah tahu dah. Dari cara dan gelagat kamu, teman rasa tak lama lagi bungkus lah kamu, dan senyum meleret lah pengidam membetulkan sampin & tengkolok untuk upacara angkat sumpah tak lama lagi!
Kedua ialah kaum rasis dan cauvinis yang sedang ketawa berguling-guling melihat ada orang Melayu yang bersedia mempertikai kedudukan bangsa dan institusi dia sendiri. Nampak gaya mereka tidak perlu bersusah payah, cuma hanya perlu memasang "batteri remote control" dan menanti sehingga sandiwara ini selesai sebelum mereka menyepak kita semua dan memahkotakan diri mereka sendiri.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Ahad 04 Safar 1432 09 Januari 2011
| |
Haniza Talha - Landscaping New Politics Posted: 10 Jan 2011 09:11 PM PST Pakatan says reforms not castles in the air Posted: 10 Jan 2011 05:13 PM PST By Yow Hong Chieh and Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, Jan 10 — Pakatan Rakyat (PR) leaders denied today that their 100-day reforms pledge was "too good to be true", and said it would be funded by cutting back on what it claimed was the wastage and corruption associated with Barisan Nasional (BN). DAP national advisor Lim Kit Siang said keeping a lid on needless government expenditure was "one of the major things" PR could do to pay for the promised reforms should the PR seize federal power. "Put a stop to all the waste and corruption. We'll release funds for a lot of things we are proposing," he told The Malaysian Insider today, adding that poor governance was bleeding the country of billions of ringgit. Transparency International's (TI) Global Corruption Report 2009 released in June last year estimated that corruption costs Malaysia some RM10 billion every year. The Auditor-General's Report, also released last year, similarly said that the government lost a whopping RM28 billion to leakages, mainly due to the practice of direct negotiation. PKR strategic director Rafizi Ramli said PR could carry out reforms even without depending on the billions that would be saved through better governance simply by removing gas and toll subsidies. "There's more than enough to fund everything," he said. National oil company Petronas spends RM19 billion each year subsiding independent power producers (IPPs) and Tenaga Nasional Bhd (TNB) with gas sold at prices fixed below the market rate, he pointed out. Rafizi said that if this subsidy — which he called "the biggest subsidy there is" — could be diverted, PR could easily afford to give subsidies to the underprivileged. He also said the current cost of fuel subsidies could be reduced from RM11 billion to RM4 billion if they were targeted at the needy and not applied in blanket fashion to big business as well. Rafizi added that another RM4 billion could be saved by eliminating compensation to toll operators by getting Khazanah Nasional Bhd and the Employees' Provident Fund (EPF) — which already own significant stake in the concessionaires — to take over highway assets. PAS vice president Datuk Mahfuz Omar said Prime Minister Najib Razak's statement today calling PR's 100-day reforms financially irresponsible was proof that Umno had failed the people for the past 53 years. Najib claimed the "Pakatan Agenda" would bankrupt the country in two years. He said that BN could not understand how PR could afford to undertake such reforms because the ruling coalition had always used up state resources for its own needs and not for public good. "It's all about managing state money. If you can manage it well, there will be enough for everyone, not just for the Umno elite," he said. Mahfuz added the fact that opposition states were able to give financial aid to senior citizens and single mothers was proof of PR's efficient handling of state finances. "We have given the impossible, by cutting out wastages… In Penang, we have a state government which is not led by a Muslim, but yet is able to set aside money for religious schools, and for single mothers," he said. "The resources of the state are meant to be enjoyed by all, and that is what we aim to push for in our reform plans." Najib today labelled PR's widely-publicised 100-day reform plan as "populist" and "irresponsible," claiming that the opposition had failed to take into consideration the limitations of the country's finances. "We cannot take such a populist approach to the point where we sacrifice our country's future. We cannot afford to do that, it would be irresponsible to the point where our children and our grandchildren will pay the price and suffer," he had said. "As a matter of fact, we do not even have to wait for our children or grandchildren, according to our calculations, if these promises are implemented without taking into account the country's finances, it would just take two years." PR's policy framework, titled the "Pakatan Agenda", is seen as an answer and solution to questions surrounding the opposition's administrative plans in comparison to BN. Speculation is rife that a general election will be held as early as this year although BN's mandate does not expire until May 2013. Among the instant reforms promised by the PR coalition, within the first 100 days of taking over Putrajaya, is acknowledging the role and sacrifices of civil servants by studying the current pay schemes and increasing the incentives for teachers by RM500 a month. PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has claimed that a PR federal government could afford to pay for a proposed allowance for teachers — projected to be RM3.2 billion annually — by eliminating the "wastages" of the BN administration. Other "instant" reforms include the repeal of the Internal Security Act (ISA) as well as offering free wireless Internet access to those in urban and semi-urban areas. | |
Anwar Ibrahim Posted: 10 Jan 2011 07:47 PM PST Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Posted: 10 Jan 2011 06:39 PM PST Oleh Khalid Samad Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat. PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah) LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively: Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered. Terjemahan oleh saya LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali. Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah. Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh 'Mamak Bendahara' yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah 'pilihan Sultan' dan siapa menentang, menentang Sultan. Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah "Derhaka, derhaka!" Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini. Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat. Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama. Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka. Wallah u ‘Alam KHALID SAMAD | Pelan 100 Hari: Najib Tak Mahu Bantu Rakyat Posted: 10 Jan 2011 04:28 PM PST Dari Harakah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat. Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ianya juga membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN itu apabila mendakwa pelan tersebut tidak berpaksi kepada kenyataan dan mempersoal punca kewangannya. Sedangkan menurutnya, apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat itu adalah keperluan rakyat yang sememangnya di dalam kemampuan negara jika sumber hasil diurus dengan baik. “Ini menyerlahkan bahawa mereka tidak mahu hapuskan tol, tidak mahu beri imbuhan kepada guru dan tidak mahu hapuskan Felda Plantation. “Kita telah tunjuk bukti dalam masa yang singkat di negeri-negeri yang kita perintah termasuk Kelantan. Dulu orang kata Kelantan akan muflis dalam masa tiga bulan, tapi kita tengok sekarang sudah 20 tahun,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas bidasan Najib yang dilapor media hari ini berhubung pelan tersebut. Najib mendakwa tawaran yang terkandung di dalam pelan tersebut sebagai populis dan tidak bertanggungjawab kerana akan menggadaikan masa depan negara. Pelan itu juga jelasnya dibuat tanpa mengambil kira kemampuan negara, dan belaiu menjangkakan negara akan bankrap dalam masa dua tahun jika pelan itu dilaksanakan. “Kalau dia kata sebagai populis, kita nak tanya RM65 juta baiki rumah Perdana Menteri dan bayar RM70 juta kepada Apco itu bukan untuk populis ke?” soalnya lagi. Katanya, negeri-negeri Pakatan Rakyat juga terbukti lebih kedepan menjaga kebajikan rakyat termasuk memperkenal pelbagai program untuk warga emas, ibu tunggal dan warga miskin. Jika dibanding dengan mentaliti BN katanya, parti pemerintah itu hanya tahu memeras rakyat dan bukan mahu meringankan beban mereka. “Walaupun nilai yang diberi kecil, tapi 50 tahun Umno perintah dia tak mampu buat. “Dia nak urus negara, dia ambil wang subsidi dalam poket rakyat dan beri kepada kroni-kroni,” jelasnya. Mengulas lanjut Mahfuz berkata, jika Najib mahu melihat bukti dan ingin tahu dari mana sumber kewangan yang akan diguna, beliau mencabar presiden Umno itu menyuruh rakyat bersama Pakatan. “Kalau dia nak tahu sumber kita, kita minta dia isytihar kepada rakyat supaya ubah sekarang untuk tengok bukti mana sumber dan hasil kita,” katanya mencabar Najib. Bulan lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13. Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. “Program 100 hari ini kalau kita tengok, semuanya untuk bagi rakyat rasa lega bukan untuk bagi rakyat merana,” tegasnya membidas telahan Najib. | Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Media Mingguan KEADILAN Posted: 10 Jan 2011 01:43 AM PST Sidang Media Mingguan KEADILAN akan diadakan pada 11.00 pagi 11 Januari 2011 (Selasa) di Ibu Pejabat KEADILAN. Fokus Sidang Media: 1. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN akan memberi respons terhadap serangan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Program 100 Hari Buku Jingga Pakatan Rakyat. 2. Dr. Muhd Nur Manuty, Ketua Penerangan KEADILAN / Pengerusi MPN Perak akan mengulas fitnah Utusan bahawa Pakatan anti Raja-Raja Melayu —— KEADILAN’s weekly Media Conference will be held at 11.00 am 11 January 2011 (Tuesday) at the KEADILAN Headquarters. The focus of this week’s Media Conference: 1. Datuk Seri Anwar Ibrahim, KEADILAN De-Facto Leader will be responding to Datu Seri Najib Tun Razak’s attack on Pakatan Rakyat’s 100 Day Program 2. Dr. Muhd Nur Manuty, the Information Chief for KEADILAN / Chairman of Perak State Leadership Council will be responding to Utusan’s claim that Pakatan is anti-Malay | Selangor: Mereka Tunjuk Lagi Perangai Itu Posted: 09 Jan 2011 09:42 PM PST Dari Harakah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu. Beliau ketika menyampaikan pidatonya di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi berkata, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi. “Kita mesti bersabar dan kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini. “Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambik balik pada tahun 1999,” katanya yang menjelaskan terpaksa bersabar lebih 40 tahun sebelum dirampas pula pada tahun 2004. Beliau berucap demikian dihadapan lebih 30 ribu hadirin yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana di sini malam tadi. Ianya dianjurkan PAS Pusat ekoran beberapa insiden terbaru melanda Pakatan Rakyat, khususnya percubaan rampasan kuasa di Selangor dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan dari Dewan Rakyat. Tambahnya lagi, pengalaman sama turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila diguling pada tahun 1978 dengan menggunakan akta darurat pada waktu itu. Namun PAS Kelantan kemudiannya bangkit semula mengambil Kelantan pada tahun 1990. Dan terbaru pula jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, mahu rakyat tahu bahawa tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang lemah. “Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan tidak bijak dan tidak pandai. “Dan sekarang mereka tunjuk lagi perangai itu,” katanya. Namun apa yang penting tegasnya, Pakatan Rakyat perlu melangsungkan perjuangan dengan konsisten dan bersabar. Perjuangan tersebut tambahnya, perlu dibuat pada landasan yang betul dan jangan terpesong atau mengikut golongan yang tidak mengerti. “Ini bukan janji PAS, bukan Keadilan, tapi ini janji Allah dalam al-Quran. “Teguhkan ikatan ini, perbetulkan cara bertindak kita. Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya. Turut berucap pada malam tadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. | |
Dari RAKYAT Kepada RAKYAT Posted: 10 Jan 2011 01:25 PM PST |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 10 Jan 2011 11:35 AM PST Bina jejantas tak perlu Menteri, YDP Majlis ada Kuasa Posted: 10 Jan 2011 01:40 AM PST Rupa-rupanya untuk buat jejantas ni bukannya perlu ahli politik ke, Menteri ke untuk meluluskannya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran sudah cukup untuk permohonan membina jejantas, terutama berhampiran sekolah. Pemikiran rakyat selama ini telah dipesongkan, kalau nak apa-apa mesti melalui saluran politik. *************** Jejantas di SMK Bukit Mewah dibina Utusan Malaysia . SEREMBAN 24 Mei - Seramai 2,600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah di sini tidak lagi perlu menggadai nyawa menyeberangi Jalan Tok Ungku setelah sebuah jejantas siap dibina untuk kemudahan mereka awal tahun depan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pembinaan jejantas yang menelan belanja RM500,000 itu akan dimulakan pada Ogos ini dan mengambil masa selama tujuh bulan untuk disiapkan. Sehubungan itu, Abd. Halim berkata, kesemua sekolah di sekitar bandar ini yang memerlukan jejantas diminta mengemukakan permohonan atau cadangan kepada MPS untuk tindakan selanjutnya. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm | Menteri Umno Sabotaj Projek Jejantas Semenyih? Posted: 09 Jan 2011 07:53 PM PST Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ? Rakyat didahulukan untuk apa? Untuk anak rakyat mati kemalangan? MENTERI KERJA RAYA SABOTAJ PROJEK JEJANTAS SEMENYIH? Petikan dari Blog PSM Semenyih Menteri Kerja Raya sabotaj Projek Jejantas Semenyih – inilah kesimpulan yang boleh dibuat ekoran Menteri tersebut tidak mahu atau sengaja melengah-lengahkan memberi kelulusan kepada Jejantas di Pekan Semenyih.Yang pelik adalah semua proses untuk membina jejantas ini siap kecuali lampu hijau Menteri berkenaan. Bantahan dibuat dengan memegang baner yang berjudul "Jangan tunggu sehingga nyawa berlayang" Bina Jejantas sekarang. Bantahan dekat 50 orang ini turut mendapat sokongan orang ramai yang membunyikan hon. Dalam ucapan Sdr. Shamsol memberitahu bahawa pihak yang bertanggungjawab membina jambatan ini adalah JKR dan mungkin ada unsur sabotaj oleh kerajaan Pusat untuk melengah-lengahkan pembinaan ini memandangkan ia diusahakan oleh Pakatan Rakyat. Jika jejantas ini dibina ia akan memberi manfaat kepada lebihkurang 5 ribu murid sekolah dari 5 sekolah di kawasan tersebut. Selain itu, ini merupakan jalan utama KL-Seremban dan keadaan jalan menjadi sangat sesak setiap kali pelajar dan orang ramai melintas jalan tersebut dan ia amat membahayakan. Keadaan menjadi lebih rumit ketika waktu kesibukan . Difahamkan juga pernah berlaku kemalangan setiap bulan di tempat itu sehingga meragut nyawa sekali. Menurut JKR, Menteri tersebut sudah diberitahu pada bulan Ogos tetapi dalam setiap mesyuarat bulanan Infra, JKR hanya berkata tak ada maklumbalas dari Menteri. Jangan kerana kepentingan politik, nyawa rakyat tergadai. Artikel penuh di http://psmsemenyih.blogspot.com/2011/01/7-januari-menteri-kerja-raya-sabotaj.html"Namun apa yang menyedihkan sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang jawapan daripada Menteri Kerja Raya," katanya. Tambahnya, sewajarnya, di sesebuah pekan terutamanya yang terdapat sekolah di kawasan tersebut mempunyai jejantas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive | Bangunan hantu dan maksiat di Melaka Posted: 09 Jan 2011 06:17 PM PST 'Bangunan hantu' Berita Harian 10 Jan 2010 Gelanggang sukan terbengkalai tempat lepak mat gian MELAKA TENGAH: Sebuah bangunan yang dulunya dirancang menjadi gelanggang badminton dan skuasy di Kampung Solok Musai, Bukit Baru, dekat sini terus terbiar sejak 20 tahun lalu dan disyaki menjadi tempat anak muda melakukan kegiatan maksiat dan aktiviti tidak bermoral, sehingga meresahkan penduduk. Berikutan itu, pihak berkuasa dirayu memantau tempat berkenaan, sekali gus mengambil tindakan sesuai bagi memastikan masalah itu tidak terus berlarutan sehingga menjadi kudis dalam masyarakat di kampung berkenaan. Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan baru-baru ini, mendapati bangunan terbabit agak usang dan menjadi tempat beberapa barangan terbuang, sekali gus menimbulkan keadaan tidak selesa kerana ia berdekatan bangunan Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka (PERPUSTAM) yang sering menjadi tumpuan pelajar. Keadaan gelanggang skuasy dan badminton di tingkat bawah bangunan tidak terurus, kelihatan berbahaya berikutan silingnya yang sudah reput, manakala di kawasan lantai pula ada sisa siling reput dipercayai sudah lama gugur, selain botol arak dan puntung rokok yang bersepah di situ. Kewujudan sebuah tilam buruk di tingkat atas bangunan yang dipercayai digunakan penagih dadah untuk melepaskan gian atau pihak tertentu melakukan aktiviti tidak bermoral, memburukkan lagi keadaan, selain persekitarannya yang dipenuhi lalang yang tumbuh meliar. Penduduk, Jali Dalip, 54, berkata bangunan berkenaan terbiar sejak sekian lama kerana masih ada beberapa infrastruktur yang tidak siap seperti lantai dan pintu. "Saya tinggal di sini sejak bangunan ini belum dibina lagi dan apabila projek berkenaan berjalan dan kemudian terbengkalai, tidak ada pihak yang menguruskan tempat berkenaan atau menyelenggara, sekali gus menjadikannya seperti 'bangunan hantu' yang terbiar tanpa sebarang kegunaan yang boleh dimanfaatkan orang awam terutama belia di kawasan ini. "Saya tidak pasti mengapa bangunan itu gagal disiapkan sepenuhnya, mungkin kerana ada beberapa kesulitan pihak pengurusan seperti masalah kewangan sehingga menjadi begini," katanya. Jali berkata, gejala sosial membabitkan belia yang menjadikan bangunan usang itu sebagai lokasi mereka menagih dadah, vandalisme dan maksiat, menimbulkan perasaan tidak senang penduduk. "Saya pernah melihat penagih dadah melepaskan gian di situ, selain ada yang menjadikannya tempat memadu asmara tanpa gangguan pihak berkuasa, manakala dindingnya pula diconteng remaja nakal. "Masalah ini perlu ditangani segera bagi mengelak ia terus berlarutan dan mempengaruhi golongan muda lain yang melihat kejadian tidak bermoral itu berleluasa kerana kedudukannya agak tersorok daripada pandangan ramai," katanya. Jali turut mengesahkan ada pihak dikatakan berminat membeli bangunan itu tetapi tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. Sementara itu, Mohd Said Isa, 40, turut berharap pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan segera berhubung kedudukan bangunan yang sudah terbiar lama itu bagi mengelak ia terus menjadi lokasi golongan muda menjalankan aktiviti tidak sihat. "Kami berharap tindakan dilakukan bagi mengelak tempat ini terus menjadi pusat anak muda melakukan kegiatan tak bermoral," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011011006174220110110061742/Article | Nasib Islam di Melaka, terdesak rumah jadi surau Posted: 09 Jan 2011 06:05 PM PST Terdesak rumah jadi surau Sinar Harian 9 Jan 2010 TAMAN REMBIA SETIA - Sejak lima tahun lalu, penduduk di sini menunaikan solat fardu secara berjemaah di sebuah rumah ihsan penduduk yang merelakan rumah sewanya itu diguna pakai sebagai surau kepada penduduk taman itu. ( Sila baca artikel Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? di http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html dan Pelajar pertahan sekolah tahfiz di pukul samseng di Melaka di http://amkns.blogspot.com/2010/09/pelajar-tafhiz-melayu-di-pukul-samseng.html ) Ketiadaan surau di taman terbabit mendesak penduduk taman berkenaan bersuara menuntut hak mereka kerana kemudahan sepatutnya lengkap di sebuah taman perumahan hanya menjadi angan-angan penduduk selama ini untuk menunaikan ibadah. Sebanyak dua kali permohonan dilakukan pihak atasan taman itu kepada pihak yang berkaitan, namun hanya mengundang kekesa-lan apabila sehingga kini masih belum ada tindakan diambil untuk menubuhkan surau di taman terbabit. Sementara itu, Pengerusi Taman Rembia Setia, Mohd Nurzamani Musa berkata, dia kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menga-baikan kebajikan penduduk dekat sini yang memerlukan kemudahan surau untuk aktiviti keagamaan. "Saya sangat berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera dengan ketiadaan surau di taman ini. Susah kami di sini hendak lakukan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, tadarus al-Quran dan kelas agama untuk penduduk. "Kami bernasib baik apabila ada ihsan daripada penduduk yang sudi memberikan kebenaran menggunakan rumahnya untuk dijadikan tempat kami menunaikan solat berjemaah dan sebarang aktiviti, jika tidak sunyi taman ini tanpa aktiviti keagamaan," katanya. Penduduk ditemui, Rahmat Bakar, 46, berkata, penduduk taman berkenaan sangat memerlukan surau untuk menunaikan solat berjemaah. Rahmat yang juga Pengerusi Surau Sementara Taman Rembia Setia itu turut melahirkan rasa kesal dengan ketiadaan surau terbabit bukan sahaja membataskan kehadiran penduduk untuk menyertai aktiviti keagamaan, sebaliknya bulan Ramadan suram tanpa tempat menunaikan tarawih yang selesa. "Jika mahu diikutkan, jumlah penduduk taman yang akan hadir menunaikan solat berjemaah seramai 300 orang, namun ketiadaan surau yang selesa di taman ini hanya memuatkan 50 jemaah sahaja yang memaksa mereka keluar untuk ke masjid. "Surau ihsan ini bukan sahaja mendapat sambutan golongan dewasa taman ini, sebaliknya kanak-kanak turut hadir mengikut ibu bapa mereka menunaikan solat di sini dengan keluasan yang ada tidak memadai untuk seluruh penduduk. Menurutnya, tambah menyedihkan apabila terpaksa memasang khemah untuk menunaikan solat. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8597146.aspMELAKA KAWASAN SELAMAT ! DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT - UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive | Umno salahguna jejantas di Seremban, bahayakan pelajar Posted: 09 Jan 2011 04:11 PM PST Umno di Seremban pun sama macam Majlis Perbandaran Seremban. Tak faham-faham program Bandar Selamat di mana jejantas sepatutnya tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Jom kita ke jejantas depan Sekolah Kebangsaan Paroi. Dah koyak rabak kain rentang Umno pun Majlis Perbandaran Seremban tak buat apa-apa tindakan. Apa , tak percaya. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Sila klik pada gambar untuk besarkan imej. 4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung). PROGRAM BANDAR SELAMAT LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH YANG PERLU DILAKSANAKAN DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN Diterbitkan oleh : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.townplan.gov.my/Juga baca artikel sebelum ini :Papan iklan 1Malaysia di Seremban membahayakan pelajar sekolah di http://amkns.blogspot.com/2011/01/papan-iklan-1malaysia-di-seremban.htmlJuga artikel Kain Rentang ucapan Hari Raya Idil Fitri Wakil Rakyat Pakatan di Seremban dicabut oleh Majlis Perbandaran Seremban di http://pasns.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html | |
Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Gajah Posted: 10 Jan 2011 11:19 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan