Selasa, 11 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Jan 2011 09:44 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Penduduk Felda Negeri Sembilan dibelenggu isu sampah

Posted: 11 Jan 2011 07:23 PM PST


Sinar Harian 12 Jan 2011

PASOH - Ladang sampah begitulah keadaan digambarkan di Felda Pasoh 4, apabila longgokan sampah yang dibuang secara tidak sistematik menyebabkan penduduk sering disajikan bau busuk yang meloyakan sekali gus keadaan menjijikkan.

Tinjauan Sinar Harian bersama penduduk kampung itu mendapati, kedudukan tempat pembuangan sampah hanya 100 meter dari kawasan kediaman dan sebuah sekolah yang berhampiran di hadapan tempat berkenaan.

Penduduk ditemui, Abd Hamid Ahmad, 56, berkata, kebanyakan penduduk merungut mengenai isu sampah yang dilihat menjijikkan sekali gus bakal mengundang pelbagai penyakit.

"Rumah saya berhampiran kawasan sampah berkenaan, ia mengundang bau busuk ketika hujan.

"Lihat sahaja pelbagai sampah telah dibuang di kawasan berkenaan," katanya.

Selain itu, dia turut khuatir dengan kehadiran beberapa haiwan liar dan berbisa liar seperti anjing, ular, biawak serta khinzir yang datang ke kawasan pembuangan sampah berkenaan.

"Pernah beberapa kali saya melihat binatang berkenaan datang ke kawasan itu. Keadaan ini membahayakan pekebun berikutan jalan di tepi kawasan terbabit adalah laluan ke kebun.

"Selain itu, sampah turut dibakar dengan terbuka tanpa mengira kepentingan orang ramai di kawasan ini," katanya

Menurutnya, penduduk setempat telah membawa perkara berkenaan kepada pengurus tanah rancangan berkenaan dalam usaha menyelesaikan masalah terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Pasoh 4, Surate Sumo berkata, pihak pengurusan telah merangka beberapa pelan yang efektif dalam usaha menangani masalah berkenaan.

"Kita mengalami kekurangan tanah untuk menangani masalah ini. Oleh itu, pendekatan terbaik akan dilaksanakan bagi memastikan keselesaan semua pihak.

"Selain itu, kerjasama bersama sebuah syarikat pengurusan sampah akan dijalankan bagi memastikan sampah itu dapat diuruskan dengan baik," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8608214.asp

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 11 Jan 2011 09:13 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Peta ke ceramah Hj Mohammad Sabu

Posted: 11 Jan 2011 10:25 AM PST


Ceramah Umum:

Posted: 11 Jan 2011 05:44 AM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 11 Jan 2011 09:23 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Terima Kasih Harakah -Kami panjangkan permohonan-:Fadhil Idris

Posted: 11 Jan 2011 04:05 AM PST


Sdr Fadhil Idris SU PAS Kawasan Bukit Gantang menyampaikan Cek sumbangan Tabung Kemiskinan Harakah kepada Sdr Abd Hamid Abu Seman.

11-1-2011-Pas Kawasan dan juga Pusat Khidmat AP Bukit Gantang telah memanjangkan permohonan Sdr Abd Hamid Abu Seman kepada Tabung Kemiskinan Harakah,yang terjatuh pokok sewaktu mencari asam gelugor.Beliau yang mempunyai anak yang ramai terpaksa berhutang untuk membeli implant RM8500.00 .Belakang Hamid telah dibedah dan diletakkan"besi" .Kos Implant hampir RM8500.00.Hamid meminta bantuan JKM dan Baitulmmal sampai sekarang tidak ada jawapan.

PAS Kawasan melalui Pusat Khidmat AP telah meminta bantuan Tabung Kemiskinan Harakah.Terima kasih Harakah yang lebih memahami rakyat berbanding jabatan kerajaan yang berkenaan.

UMNO perintah negara gerbang muflis bukan janji 100 PR

Posted: 11 Jan 2011 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

"Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan debat terbuka," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Cabaran itu, kata Anwar wajar diterima Najib kerana beliau sering mempersoal dan memperlekehkan tawaran Pakatan Rakyat tersebut yang dikemukakan semasa Konvensyen Ke 11 Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Pentadbiran Najib, termasuk menteri dan medianya, dilihat begitu kelam kabut menangani Tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat itu.

Semalam Najib mengulas dengan panjang lebar mengenainya semasa perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Hari ini, kebanyakan media BN menyiarkan panjang lebar pula isu itu termasuklah berita muka depan, RTM1 menyiarkan dalam berita pagi keratan akhbar dan mengulas khusus dalam slot analisis kira-kira setengah jam.

Sebelum Najib menjawab, timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas isu itu, khasnya tawaran kenaikan elaun RM500 untuk semua guru di negara ini.

Menurut Anwar, hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Mala petaka ekonomi itu berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan.

"Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 billion," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR menambah, tabiat berhutang Umno BN akan diperhebatkan tahun ini. Ini terbukti apabila pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.

"Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon itu akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 billion. Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini," katanya.

Contoh-contoh pembaziran Umno BN, katanya, sudah diketahui rakyat. Antara buktinya termasuklah ketaksuban Perdana Menteri dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 billion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntum golongan berpendapatan rendah dan orang muda.

"Kerajaan Umno BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO," katanya.

Oleh itu, menurut beliau, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.

"Ini akan menyelamatkan RM28 billion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

"Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni.

"Jumlah RM19 billion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan," katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat juga, jelas beliau, akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 billion setiap tahun yang kini ditanggung oleh kerajaan.

"Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 billion kepada rakyat, iaitu lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan," tegasnya.

Bukti kemampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji 100 harinya itu diperjelaskan oleh Anwar dengan perkiraan imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan yang hanya menelan belanja RM3.2 billion setahun.

Sementara, penstrukturan semula sistem subsidi supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak dianggarkan berjumlah RM4 billion setahun.

Manakala subsidi gas memasak berjumlah RM4 billion setahun, penstrukturan semula sistem tol di bawah Plus RM23 billion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP, kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan RM8 billion.

Jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji itu, katanya, hanyalah RM19.2 billion, iaitu sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

"Jumlah itu adalah terlalu sedikit berbanding RM51 billion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang," ujarnya.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma, jelasnya, telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, sebagai bukti Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya.

"Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat, apabila rakyat sendiri sudah tahu bahawa ia mampu dilaksanakan," tegasnya.

Beliau amat kesal kerana tabiat berhutang Umno BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DPPK PARIT

Posted: 11 Jan 2011 08:01 PM PST

DPPK PARIT


USTAZ MISBAH KEMALANGAN...DOAKAN BELIAU SELAMAT

Posted: 11 Jan 2011 05:12 AM PST

Dr Azman Ibrahim

Posted: 11 Jan 2011 08:05 PM PST

Dr Azman Ibrahim


'Wakaf Hadhari'

Posted: 11 Jan 2011 12:28 AM PST

Wakaf Hadhari berhampiran Masjid Hadhari, Jerteh yang bernilai RM 20,000 sebuah di pinggiran Sungai Jerteh ditenggelami air. RM20,000 sepatutnya boleh menyiapkan sebuah rumah PPRT untuk rakyat tapi Umno cuma mampu buat wakaf.

Warga Tua Tak Dilupakan

Posted: 10 Jan 2011 08:08 PM PST

Warga tua di Kampung Gong Tok Cheng di Unit Peti Undi Kerandang, Jabi ceria menerima kunjungan kami bertanya khabar sambil menghadiahkan sedikit buah tangan.

Kemiskinan Antara Realiti Kehidupan Sebahagian Warga Jabi

Posted: 10 Jan 2011 08:06 PM PST

Realiti kehidupan yang penuh kesempitan masih menjadi fenomena lumrah di DUN Jabi walaupun telah lebih 50 tahun merdeka dan Terengganu antara negeri yang memperuntukan Bajet tahunan tertinggi, RM1.887 bilion untuk tahun 2011. Apa rakyat Terengganu dapat dari limpahan Bajet ini?

Ziarah Mangsa Banjir, Sumbangan Seadanya Walau Tak Seberapa

Posted: 10 Jan 2011 08:02 PM PST

Sekapit beras dan sedikit bahan kegunaan harian. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tapi nilai persaudaraan yang kekal menjadi ingatan.

Sumbangan Mangsa Banjir di Jabi

Posted: 10 Jan 2011 08:00 PM PST

Banjir kilat yang melanda Kg Gong Tok Cheng dalam masa semalaman menyebabkan hubungan terputus dan surut semula keesokkannya. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa atau tragedi yang lebih menyedihkan.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 11 Jan 2011 07:56 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Rancangan sulit tukar kepimpinan PAS hanya propaganda - Phahrolrazi

Posted: 11 Jan 2011 04:19 AM PST


Muhayat Jasmin

ALOR SETAR, 11 Jan: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir.Phahrolrazi Zawawi mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wajud perancangan sulit di kalangan kumpulkan tertentu dalam PAS untuk mengubah pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh Ulama.

Malah beliau menyifatkan khabar angin tersebut sebagai propoganda pihak lawan yang sentiasa merancang strategi untuk mencetuskan suasana panas dalam PAS bagi tujuan melemahkan perjuangan PAS selain mengalih tumpuan pendokong PAS daripada agenda yang sepatutnya.

Selain itu, beliau juga tidak menolak cerita yang disebarkan kononnya usaha sedang dilakukan untuk mengambil alih kuasa dari kepimpinan ulama dalam PAS itu juga strategi jangka pendek untuk memecah-belahkan ahli PAS menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor tidak lama lagi.

"Sebenarnya golongan ulama dan juga golongan profesional merupakan golongan yang mempunyai peranan tersendiri. Dalam PAS amalan kronisme dan puak tidak pernah wujud.

"Kumpulan dari kalangan profesional dan ulama sering bergandingan bagi mencapai aspirasi perjuangan parti untuk menegakkan keadilan dan memartabatkan Islam sebagai wadah perjuangan, " kata beliau.

Phahrolrazi berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa wujudnya perancangan sulit bagi mengubah pucuk pimpinan menjelang pemilihan PAS menjelang Jun yang akan datang.

Sebelum pemilihan pimpinan PAS dua tahun lalu, PAS juga pernah menghadapi krisis yang dilihat seolah-olah berlaku pertembungan antara dua kumpulan dalam parti yang mewakili kumpulan Ulama dan profesional melalu laporan-laporan di media dan internet.

Bagaimanapun isu tersebut semakin kurang diperkatakan selepas muktamar berlangsung.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 11 Jan 2011 07:36 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


RM19B Untuk Laksanakan Pembaharuan 100 Hari

Posted: 10 Jan 2011 11:38 PM PST

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

  1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
  2. Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
  3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
  4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
11 Januari 2011

PAS LENGGONG

Posted: 11 Jan 2011 07:27 PM PST

PAS LENGGONG


Apa DSAI

Posted: 11 Jan 2011 12:43 AM PST

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

Rakan karib

"Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

"Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya," katanya.

NONEKelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

NONE"Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka," katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.

Tiada tafsiran lain

azlan"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

azlan"Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

"Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Rembau Hari Ini

Posted: 11 Jan 2011 07:08 PM PST

Rembau Hari Ini


Pengundi Rembau kena putar alam oleh Media Umno

Posted: 11 Jan 2011 01:03 AM PST

Nampaknya wartawan N9kini kena buat lebih banyak kerja rumah sebelum buat berita di bawah ini. Pengundi Rembau bertambah-tambah poning dengan laporan terkini N9kini yang bercanggah dengan laporan media perdana , susulan YB Hj Taufek ADUN PAS N.Sembilan dan Chegubard turun padang di Rembau pada 11 Jan 2011

Petikan laporan N9kini http://n9kini.com/?p=20998

Krew N9kini telah menghubungi sdr Adira Abdullah dari pejabat Parlimen Rembau untuk ulasan.

APAKAH MUNGKIN CHEGU BARD HILANG AKAL , UNTUK APA MAHU DIBINA LAPANGAN TERBANG DI REMBAU? BN TIDAK PERNAH MENJANJIKAN LAPANGAN DAN INI HANYALAH PROVOKASI DARI PAKATAN RAKYAT .
(Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Keratan akhbar pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/02/tanah-adat-rembau-akan-tergadai.html )

MENGENAI PEMBINAAN UITM , IANYA MEMANG AKAN DIBINA DI SEREMBAN 3, WALAUPUN LUAR REMBAU TAPI IANYA BERHAMPIRAN DAN SEMPADAN DENGAN REMBAU. APAKAH INI MENJADI SATU ISU YANG BESAR KEPADA PEMBANGKANG JIKA IANYA DIBINA DI SEREMBAN 3.
(Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta. "Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm )

BN MENJANJI MEMBINA HOSPITAL , IANYA SEMEMANGNYA DALAM PERANCANGAN UNTUK DIBINA DAN IANYA PERLU PENELITIAN YANG RAPI
(Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau. Bukan main hebat upacara pecah tanah. Berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html )

Taman terbiar

Posted: 10 Jan 2011 08:32 PM PST


Sinar Harian 11 Jan 2011

CHEMBONG - Sebuah taman rekreasi yang terbiar dan tidak diselenggarakan pihak berkaitan, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang berdekatan dengan taman berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian ke taman rekreasi berhampiran dengan kawasan perkilangan di sini, mendapati, kawasan berkenaan ditumbuhi semak-samun dan belukar.

Pengerusi KRT Taman Desa Chembong, Md Salam Sarip berkata, taman perumahannya adalah yang paling hampir dengan taman yang dimaksudkan, selain kilang membuat aiskrim.

Menurutnya, penduduk sekitar sering meluahkan rasa bimbang kerana kawasan itu sudah terbiar begitu lama, selain menjadi tempat kegiatan tidak sihat golongan muda.

"Saya sering mendapat aduan penduduk mengatakan berlaku aktiviti negatif kerana kawasan berkenaan terlindung daripada pandangan orang ramai," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Malah, Md Salam berkata, kawasan ini turut menjadi tumpuan warga asing untuk melepak dan memancing ikan walaupun keadaan sekeliling tidak sesuai untuk kegiatan itu.

Beliau bimbang kerana kawasan persekitaran yang ditumbuhi semak-samun bakal mengundang kehadiran binatang berbisa yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkaitan dapat mengembalikan semula keceriaan kawasan taman rekreasi itu supaya fungsinya sebagai tempat melakukan aktiviti riadah dapat dijalankan seperti biasa.

"Saya khuatir jika dibiarkan terlalu lama kawasan ini akan menjadi sarang kepada kegiatan tidak sihat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8603757.asp

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Jan 2011 03:28 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ADUN UMNO SELANGOR KENA SETUJU, JANGAN BAGI SULTAN MALU

Posted: 11 Jan 2011 01:39 PM PST

Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN
LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)
LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively:

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.

Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.

Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.

Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh 'Mamak Bendahara' yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah 'pilihan Sultan' dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah "Derhaka, derhaka!" Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

KANTOI TADBIR SEBUAH FELDA TAPI KENA JAGA BERATUS FELDA !

Posted: 11 Jan 2011 01:06 AM PST


Layakkah ISA menjadi Pengerusi FELDA? memang penyokong UMNO terlalu naif lagi dungu dan sanggup memuji perlantikan tersebut tanpa pilihan yang terbaik.
Ingatkah kes Felda Labu Sendayan? Inilah satu-satu bukti yang Isa Samad gagal menguruskan sebuah FELDA tetapi ada hati nak uruskan beratus FELDA melalui jawatan sebagai Pengerusi FELDA.
Memang silap besar PM pilih beliau dan mengenepikan DR Yusuf Nor dan calon UMNO yang ramai lagi berkaliber dari beliau malah banyak calon yang mempunyai idea dan kekuatan pemikiran yang terkini.
DS Najib sanggup atau terpaksa atau terhutang budi atau sangat memerlukan sokongan penyokong ISA untuk pemilihan UMNO akan datang?
Tidakkah Najib tahu yang Isa Samad telah gagal membangunkan Negeri Sembilan walaupun beliau paling lama memerintah Negeri Sembilan.
Akhirnya kes FELDA Labu Sendayan telah diselesaikan MB Hasan dengan idea wang dari KWSP.

http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=1537

Isa pemerintah N9 yang paling lama iaitu bermula pada tahun 1982-2004. Selama 22 tahun menjadi MB, tiada satu Universiti pun didirikan di N9. Isa tidak mendesak kerajaan pusat untuk membawa satu universiti di N9.2] Di zaman Isa, Isa telah merancang bandar-bandar baru di N9.Jika tidak silap ada 4 bandar baru yang dirancang. Hampir kesemua bandar-bandar baru itu gagal dibangunkan seperti yang di'planning'. Kita sendiri boleh lihat apa jadi di Bandar Baru Serting.

Impian 500 peneroka Felda Sendayan dekat Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana rakan seperjuangan mereka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian masa itu.
Rumah banglo baru siap kerangka tetapi hampir runtuh dan deposit membeli rumah dan kereta yang dibayar sudah hangus.
Menunggu bayaran baki 90 peratus lagi bagaikan menunggu buah yang tidak jatuh sehingga tidak sedikit pula bilangan peneroka yang sudahpun kembali ke rahmatullah. Dengar khabar ada yang terpaksa menyewa rumah.

Pemaju projek, khabarnya Tabung Haji dan Naluri Berhad (milik Tajuddin Ramli, bekas "tauke" Malaysia Ailines Berhad), hanya mampu membayar kira-kira 10 peratus daripada nilai tanah yang dipersetujui, iaitu, sekitar RM1.2 juta. Setiap peneroka memiliki kira-kira 10 ekar tanah.

Kedua-dua syarikat itu dikatakan mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk menyelesaikan pembayaran baki yang sudah tertunggak sejak tahun 1993-94. Jumlah yang sudah dibayar kepada peneroka dianggarkan RM60 juta. Baki tertunggak ialah kira-kira RM560 juta.
Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang menjadi pelopor dan bertanggungjawab di atas projek berkenaan, sudah "lepas tangan."
Bila ditanya, dengan selamba sahaja beliau menjawab: "(Saya) sudah tidak lagi bertanggungjawab kepada pembangunan Felda Labu Sendayan. Saya sendiri tidak tahu apa kesudahan pada perojek." (Malaysiakini, 3 Disember 2004).

MENCONTENG ARANG DI MUKA KETUA POLIS NEGARA

Posted: 11 Jan 2011 01:01 AM PST

SEDIKIT TERCALAR REKOD PENTADBIRAN KETUA POLIS NEGARA YANG BARU DI LANTIK BILA PERANGAI POLIS MENYELEWENG MENJADI-JADI MENJELANG TAHUN 2011 DAN TAMPARAN HEBAT KEPADA MENTERI DALAM NEGERI DAN PM SENDIRI. APA NAK JADI ?

KES BERKAIT CEDERAKAN ORANG AWAM: LIMA POLIS DIDAKWA DI MAHKAMAH
5 orang anggota polis antaranya 4 orang berpangkat konstabel dan seorang Lans Koperal, didakwa di Mahkamah Majstret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan mencederakan seorang ahli perniagaan dan satu lagi tuduhan di atas kegagalan mematuhi arahan mengikut Akta Polis 1967, berkaitan insiden sama.

4 konstabel iaitu Mohd Azwan Hassa, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghafar bagaimana meminta dibicarakan atas kesalahan mencederakan ahli perniagaan terbabit, Chia Buang Hin, 34.

Seorang lagi, Lans Koperal Mahadi Adam, didakwa kerana gagal mematuhi arahan di bawah Akta Polis 1967 berkait kes yang sama. Mahadi juga minta dibicarakan.

Chia sebelum ini mendakwa dipukul beberapa anggota polis dan wangnya sebanyak RM13,000 turut diambil selepas dia ditahan pada satu sekatan jalan raya pada 11 malam 18 Disember tahun lalu.

Dia juga mendakwa anggota polis terbabit turut mengarahkannya membuat laporan palsu yang dia terbabit dalam kemalangan jalan raya dan jika enggan mereka akan meletakkan parang yang berdarah atau dadah di dalam keretanya.
Posted by SINGALAUTMETRO

2 KEMENTERIAN PALING LEMBAB !

Posted: 10 Jan 2011 05:22 PM PST

1. KEMENTERIAN KESIHATAN - MASIH TIDAK DAPAT ATASI KEMATIAN YANG RAMAI WABAK DENGGI.
DISAMPING USAHA GOTONG-ROYONG DAN TEKNIK PERASAP ARAHKAN SAINTIS MALAYSIA KAJI UBAT ATAU ANTI DENGGI SEPERTI BUAT KAJIAN KECENDERONGAN AIR 100PLUS atau SUP KETAM atau lain-lain?

Kalau masih tidak dapat ditangani, kenalah tukar menteri lain, UMNO,MCAdan MIC ada ramai calon berilah peluang. Kalau tidak beri peluang pada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

2. KEMENTERIAN TAK GUNA ..UPPPSS maaf KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOPERASI DAN PENGGUNA TERLALU LEMBAB DAN LAMBAT MENANGANI DAN MENGETAHUI MASLAAH KEKURANGAN MINYAK MASAK WALAUPUN MALAYSIA ADALAH PENGELUAR UTAMA DUNIA LAGI SEKALI MALAYSIA ADALAH PENGELUAR MINYAK SAWIT UTAMA DUNIA !BUKAN PENGELUAR BAWANG TAU !
DENGAN FELDA , MPOB DAN PENGERUSI FELDA TERBARU , KEKURANGAN MINYAK LAGI TERUK DIRASAI DI SEMENANJUNG MALAYSIA, TAK TAHULAH DI SABAH SERAWAK OK.
KALAU NAK NAIK, NAIK JER LA, JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT. BIASANYA DERA RAKYAT DULU LEPAS TU HARGA NAIK JUGA!

TAIK HIDUNG MASIN MENTERI BN/UMNO, BARU CADANG POTONG ELAUN RM10 DAH MENYALAK..KALAU KAT RAKYAT ???.

Posted: 10 Jan 2011 05:03 PM PST

KALAU KAT RAKYAT TARIK DUIT MELALUI SAMAN, NAIKKAN HARGA PETROL 97 KUNUN LEPAS TU PETROL 95 PUN DINAIKKAN JUGA .HARGA DIESEL PUN DINAIKKAN, ALASAN BANYAK DIJUAL CARA SOROK KE NEGARA JIRAN.
KALAU KAT RAKYAT KURANGKAN GULA BILA GULA SUKAR DIDAPATI ATAU HARGA NAIK.
KURANGKAN PAKAI PETROL BILA HARGA BAHANAPI NAIK.
KURANGKAN BAWANG DALAM MASAKAN ? BOLEH TELUS TAK KEMENTERIAN PERDAGANGAN , BERAPA CAJ/CUKAI DIKENAKAN BAWANG YANG DIIMPORT? BERAPA HARGA BAWANG DI TETAPKAN OLEH INDIA KEPADA PEMBORONG MALAYSIA? FAHAM BILA ADA

MEMANG MENTERI BN/UMNO OTAK KERENGA ! BAB KELUAR NEGARA SEMASA NEGARA SUSAH BUKAN NAK KURANG, NAJIB BARU PERGI USA DAH TPM PULAK 6 HARI NAK KE USA. INI KERJA JJ(JAMALUDDIN JARJIS - AHLI PARLIMEN MERANGKAK DUTA MALAYSIA KE USA) LER NI?

Kurangkan bawang dalam masakan

MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

Menurutnya, bagi barang-barang makanan yang diimport harganya ditentukan oleh kadar yang ditetapkan oleh negara pengeluar.

''Pada masa ini bekalan bawang yang kita import dari India amat berkurangan bukan sahaja di Melaka tetapi di negeri-negeri lain kerana masalah banjir yang melanda negara itu.

''Keadaan itu menyebabkan pengeluaran bawang untuk dieksport berkurangan kerana banyak tanaman bawang rosak dan secara tidak langsung negara kita turut terkena tempias kekurangan bekalan itu.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu.

Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya.

HEBAT ! TIADA NEGERI YANG DAPAT MENANDINGINYA

Posted: 10 Jan 2011 04:22 PM PST


KUALA TERENGGANU - Sebuah laman blog mendedahkan kejadian runtuh terbaru yang menjadikan negeri Terengganu dibawah pemerintahan Umno.BN mencatatkan rekod terkini sebagai 'binaan paling cepat runtuh' dinegeri Terengganu.

Sederetan pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang telah runtuh pada 9 Januari lalu, dalam waktu belum pun sampai tiga bulan ia disiapkan (Gambar dari warkahdaily.blogspot.com).

Pondok tersebut adalah sebahagian daripada Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ke Bazar Keraf Kedai Payang Kuala Terengganu.

Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008.
Keseluruhan bumbung 'grand-stand' stadium tersebut runtuh sebaik ia menjangkau tempoh setahun disiapkan.

Berikut disenaraikan Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : "Semua buat silap" – Ahmad Said

3. Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.


Lain-lain Senarai Rosak atau Bocor
______________________________

1. Bazaar Warisan

2. Masjid Kristal
Tarikh : 22 November, 2008

3. Masji Kg Lingai
Tarikh : 4 November 2009
Harga : RM3 juta

4. Masjid An Naim Dungun

5. Binjai Souq

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 11 Jan 2011 03:12 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


ROSMAH TAK LEKANG TUDUNG DI RIYARD

Posted: 10 Jan 2011 10:14 PM PST

Rosmah yang tiba di sini pada 8 Jan 2011 dalam rangka 'lawatan rasmi' tiga hari ke Arab Saudi turut diiringi delegasi yang disertai oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin serta 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)... takde kerja lain le puak-puak BAKTI ni melainkan perabis duit je...
Rosmah Mansor menerima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Arab Saudi Putera Faisal bin Abdullah bin Mohammed Al Saud (dua,kiri) dan Timbalannya Nora Bint Abdullah Al-Fayez (kiri)
.... diperkenalkan.... ini dia group kami...

...pak-pak arab 'geram' tengok Rosmah...

... Rosmah melambaikan tangan sebelum berlepas melalui Lapangan Terbang Raja Khalid, Riyard

Kenapa PTPTN tidak menggunakan konsep Bait Al Innah berbanding Ujrah?

Posted: 10 Jan 2011 06:56 PM PST

KONSEP UJRAH ATAU BAIT AL-INNAH?




PTPTN telah memperkenalkan suatu kaedah baru yang dikenali sebagai Ujrah sebanyak 1% setahun bagi menggantikan kos pentadbiran 3% yang dikenakan sebelum ini.

Apa itu Ujrah? Ujrah juga disebut sebagai upah dan juga membawa maksud kos pentadbiran. Kaedah ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 28 Julai 2008 dan Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008.

Kenapa PTPTN tidak menggunakan konsep Bait Al-Inah untuk pinjaman peribadi yang diamalkan oleh kebanyakan institusi pembiyaan di Malaysia termasuk pinjaman peribadi pendidikan?

Ujrah merupakan konsep upah yang akan dikenakan kepada peminjam selagi mana pinjaman itu belum dilangsaikan. Dalam erti kata lain, selagi mana pinjaman tersebut tidak dilangsaikan maka selagi itu kadar ujrah akan dikenakan kepada peminjam. Contoh pengiraan bayaran balik bulanan peminjam PTPTN RM20,000 untuk tempoh 10 tahun.

RM2,000 (kadar upah) / 120 bulan = RM16.60 sebulan.

Tambahan kadar upah RM16.60 sebulan akan dikenakan setiap bulan sehingga segala jumlah pinjaman PTPTN dilangsaikan dalam tempoh 10 tahun. Sekiranya peminjam tersebut gagal melangsaikannya maka kadar ujrah akan terus dikenakan walaupun usia peminjam tersebut mencecah usia emas.

Berbanding dengan Bait Al-Inah yang mana keuntungan yang dikenakan telah ditentukan pada masa akad pinjaman tersebut dengan menyebut secara jelas akan kadar keuntungan yang dikenakan pihak institusi terbabit terhadap peminjam tersebut. Melalui kaedah ini peminjam tersebut sudah mengetahui jumlah bayaran balik pembiayaan tersebut. Contoh pengiraan bayaran balik bulanan peminjam Bait Al-Inah RM20,000 bagi tempoh 10 tahun.

RM20,000 x 2% (kadar keuntungan pasaran semasa) x 10 tahun = RM4,000

RM4,000 (kadar keuntungan) / 120 bulan = RM33.30 sebulan untuk 10 tahun.

Mengikut kaedah ini sekiranya pihak peminjam gagal menyelesaikan bayaran dalam tempoh 10 tahun maka pihak insitusi tersebut 'TIDAK BOLEH' mengenakan kadar keuntungan tambahan selepas dari tempoh tersebut kerana akad kadar keuntungan telah ditentukan.

Jika dilihat seolah-olah konsep Ujrah lebih mesra kepada para peminjam berbanding Bait Al Inah kerana dilihat lebih murah. Namun jika diamati, sebenarkan konsep tersebut lebih membebankan kepada para peminjam.

Mengapakah pihak PTPTN tidak menggunakan kaedah Bait Al-Inah yang lebih jelas dan tidak membebankan atau diletakkan jumlah maksimum atau 'ceiling total cost' terhadap kadar ujrah sekiranya ingin menggunakan kaedah tersebut?

ABU NU'MAN

RUPANYA 'BAKAR-BAKAR' INI BUDAYA UMNO BODOH

Posted: 10 Jan 2011 05:53 PM PST


....terbaru dikatakan 300 penduduk Kampung Jalan Kebun membakar gambar Adun Sri Muda, Suhaimi...

... dulu bakar Akhbar keadilan...
... ini pulak bakar gambar Karpal....



.... terpikir gak nak cari gambar puak-puak PAS yang 'bakar-bakar' nie kat google search... tapi tak jumpe la pulak... yang jumpenye gambar ini...

... Ahli-ahli PAS bakar satey.... wakakakaka


'INTERLOK' ...PEMUDA PAS SEDIA JADI ORG TENGAH

Posted: 10 Jan 2011 04:47 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan kesediaan untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pertikaian mengenai buku teks sastera Interlok yang turut membawa kepada tindakan pihak tertentu membakarnya baru-baru ini.


Sayap PAS itu bercadang mengadakan "pertemuan muhibah" membabitkan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian bagi mencari jalan penyelesaian.

"Kami bercadang membawa pihak-pihak yang terbabit untuk menghadiri perbincangan bersemuka, yang kami hendak selesaikan secara muhibah... nampaknya kaum India marah pada penulis, jadi berharap kita dalam temukan mereka," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat kepada The Malaysian Insider.

"Oleh kerana pelbagai pihak yang mempertikaikan buku ini dan isu ini pula berlarutan, Pemuda PAS pusat fikir isu ini perlu diselesaikan segera," kata beliau lagi.

Pertemuan itu dijangka diadakan di ibu negara.

"Kami sedang cari tarikh dan tempat yang sesuai untuk mengadakan pertemuan ini," kata beliau lagi.

"Kami mahu membawa kesemua pihak terbabit ke meja perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian," katanya lagi.

KETA SIAPA KAH INI??? GILLER STICKER!!!

Posted: 10 Jan 2011 04:33 PM PST

Saja je post gambar manusia yang dikategorikan sebagai 'mistik'... JPJ kene amik tindakan nie

PAS KOTA TINGGI

Posted: 11 Jan 2011 01:28 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Barang Naik, Ahmad Maslan Gelabah

Posted: 10 Jan 2011 07:44 PM PST

Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Ucapan Datuk Ahmad Maslan yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang. Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai. Kenyataanya sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat naikkan gaji guru RM500. 00 sebagaimana janji dalam buku jingga.


Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat. Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat. Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang. Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

PAS ingin menyeru Datuk Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja. Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 11 Jan 2011 01:15 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Posted: 11 Jan 2011 12:06 PM PST

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN
LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)
LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively:

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.

Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.

Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.

Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh 'Mamak Bendahara' yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah 'pilihan Sultan' dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah "Derhaka, derhaka!" Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Wahai Najib, kerajaan mampu beri Elaun Rakyat RM500 sebulan..

Posted: 11 Jan 2011 12:05 PM PST

KALAU kita cerdik, kita mampu bayar elaun khas kakitangan awam RM500 sebulan, manakala rakyat biasa pun kita mampu berikan wang ehsan RM300 sebulan. Caranya ialah dengan ubah cara kita mengurus ekonomi negara.
Kita sedia maklum negara berbelanja RM73 bilion (ulang bilion) untuk subsidi pelbagai barangan. Banyak duit itu sebenarnya. Kalau kita boleh kurangkan RM30 bilion daripada jumlah itu untuk bantu rakyat, alangkah elok daripada membazir tak tentu fasal! Tidak boleh? Jawapnya, kenapa?
Caranya? Kita hasilkan barangan kegunaan sendiri. Contoh, gula, minyak masak, beras, bawang dan pelbagai kegunaan harian yang kebanyakannya berteraskan pertanian.

Kita hasilkan gula sebanyak mungkin. Gula jadi murah di negara ini, lebihannya kita eksport untuk dapat hasil. Kita tanam padi sebanyak mungkin untuk dapatkan beras, biar beras murah di negara ini. Lebihnya kita eksport. Kita tanam kelapa secukup-cukupnya. Kita jual murah pada harga tempatan untuk santan dan minyak misalnya. Rakyat akan gembira mendapat barangan berharga murah.
Kita tanam bawang, kita tanam semua benda yang boleh ditanam dan diperlukan rakyat. Lebihannya kita eksport, kita buat duit. Lihat Belanda! Apabila benda ini banyak di pasaran tempatan, harga yang perlu dibayar pengguna/rakyat tentulah menjadi murah. Tiga keuntungan kita dapat. Pertama rakyat tidak merana membeli barangan dengan harga mahal. Kedua, negara dapat duit daripada hasil eksport.
Ketiga, tak perlulah kita membebel kena keluar duit untuk subsidi. Kalau barangan itu murah di negara ini, kenapa kita harus memberi subsidi? Sebahagian daripada RM73 bilion yang kita bazirkan setiap tahun itu boleh menolong rakyat menjadi lebih senang.

Ini bukan kaedah yang sukar dan mustahil untuk dilakukan kerana sumber asas kita iaitu tanah dan sumber tenaga manusia amat banyak dan mewah! Kenapa kita mesti mengimport barangan yang sepatutnya kita boleh hasilkan sendiri. Di sinilah Najib sepatutnya bertanyakan diri sendiri daripada menuduh konon kalau kakitangan awam diberi elaun atau rakyat diberi elaun, anak cucu cicit kita akan hancur.

Itu adalah satu tuduhan yang tidak sama sekali masuk akal kalau kita gunakan akal dan fikiran yang ada. Tidak akan musnah atau hancur negara ini kalau kita patuh hukum keperluan ini. Sebaliknya akan hancur dan musnah negara ini kalau kerajaan masih melakukan cara menguruskan ekonomi seperti sekarang yang terbukti gagal, terutama kerana menyebabkan rakyat berdepan masalah kenaikan harga barangan berterusan!

Tepuk dada tanya selera. Rakyat yang jujur hati tentu boleh berfikir sendiri! Kita telah lama membiarkan diri menjadi hamba kepada barangan luar yang amat mudah dihasilkan di dalam negeri. Berbilion duit kita telah hanyut keluar negara. Kita bukan dapat keuntungan, tetapi kita buang kekayaan dalam negara ke luar negara. Kalau kita boleh hasilkan kereta dan hantar rakyat ke angkasalepas, mustahil mahu melaksanakan pertanian dengan skala besar di negara ini menjadi satu masalah!

Rakyat lihatlah. Berfikirlah. Jangan asyik ikutkan sahaja walaupun kita sebenarnya sedang membunuh ekonomi sendiri di atas keangkuhan pemimpin.
- Singa Laut Metro

Ketuanan Setan : Firaun lahir semula di Mesir

Posted: 11 Jan 2011 12:05 PM PST

Gubernur Mesir Akan Batasi Pengajaran Al-Quran?

[eramuslim.com] Sumber media Mesir mengungkapkan terkait adanya laporan yang belum dikonfirmasi tentang terjadinya pengetatan yang dilakukan oleh Gubernur Kafr El Sheikh di Mesir utara, terhadap pembatasan dalam menghafal dan mengajarkan al-Qur'an.
Penulis Islam Mesir, Fahmi Huwaidi dalam esainya yang diterbitkan surat kabar "Asyuruq," menyatakan bahwa jika memang benar Gubernur Kafr Al-Sheikh mengeluarkan peraturan melarang pengajaran dan penghafalan Al-quran di wilayah itu jika didasarkan pada lisensi oleh Menteri Awqaf, atau perwakilan dari sebuah LSM yang berafiliasi dengan Departemen Sosial, maka hal itu adalah ekspresi dari kondisi kekacauan dan kebingungan, yang ditandatangani oleh beberapa pihak pejabat Mesir setelah kejadian pemboman yang terjadi di Alexandria, bagaimanapun, bahwa di bawah peartiran ini, Al-Quran tidak diizinkan diajarkan di wilayah tersebut kecuali di bawah pengawasan pemerintah atau perwakilannya.
Huwaidi menegaskan bahwa keputusan itu sejalan dengan tulisan-tulisan dan rekomendasi dari pandangan kaum sekuler yang ingin melemahkan Islam di negara itu dan melenyapkan identitas Islam yang akan memblokir jalan ke prospek kebangkitan Islam, yang mulai menjulang di cakrawala dan mereka (kaum sekuler) mengambil sikap yang sebaliknya terhadap kelompok yang mengatakan bahwa Islam adalah solusi, dan mereka mencoba meyakinkan publik bahwa Islam adalah masalah!(fq/imo)

RM500 untuk setiap guru, masih ada lebih untuk bina penjara baru!

Posted: 11 Jan 2011 12:04 PM PST

Saya memberikan cadangan secara kasar supaya rakyat dapat meneliti sendiri angka yang diberikan dan menilai sebanyak mana wang yang 'bocor' dari kantung negara setiap tahun. Hanya dengan dua langkah mudah, kita mempunyai lebihan wang sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga.
Bukan itu sahaja, bahkan kita memiliki wang lebih untuk membayar benda lain seperti penjara-penjara baru untuk ahli politik kaki rasuah yang suka-suki membuncitkan perut sendiri dan kroni dengan cara merampas hak rakyat terbanyak selama ini.
Ini hanyalah perkiraan kasar kerana tidak cukup masa, tapi angka kasar ini sudah cukup menjelaskan segalanya.
Sebarang komen balas dialu-alukan.

A) BN selalu berkata bahawa banyak perkara yang kita tidak mampu, kononnya ia akan memufliskan negara etc, terutamanya pada perkara yang melibatkan bantuan langsung pada rakyat terbanyak.

Pada masa lalu, bantuan kewangan yang signifikan yang sedang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mustahil di bawah BN, kerana dakwa mereka, kononnya kerajaan kekurangan dana.

Semenjak mengambil alih, PR di Selangor telah memulangkan sekitar RM150 juta setahun kepada rakyat terbanyak dalam bentuk air percuma, bantuan kemasukan ke universiti, skim mikrokredit dan sebagainya.

Sebab musabab kenapa PR mampu dan BN sentiasa berdolak dalih sambil memberi alasan adalah kerana PR sentiasa berusaha untuk meminimakan ketirisan dana awam yang berpunca dari korupsi dan rasuah.

B) Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan bahawa negara kehilangan RM28 billion ( 28, 000, 000, 000) setiap tahun akibat korupsi dan rasuah seperti kaedah pemerolehan yang tidak telus, projek kerajaan yang tidak selesai, peningkatan harga kos sewaktu fasa pembinaan dan sebagainya.

Kita tidak perlu mewujudkan sebarang skim pembiayaan kebangsaan yang hanya sekadar gah pada nama dan slogan, cukup hanya dengan mengatasi masalah korupsi dan rasuah sahaja, kita mampu menjimatkan RM28 billion yang boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat terbanyak.

Jumlah yang tiris ini adalah fakta, dan PR komited untuk memulangkan jumlah yang besar ini kepada rakyat terbanyak.

Selain itu, menghentikan perbelanjaan yang membazir, tidak perlu dan keterlaluan oleh kerajaan juga akan mewujudkan budaya berhemat dalam berbelanja. Contohnya, menghentikan perjalanan PM ke luar negara yang terlalu kerap sehinggakan tempoh masa beliau di luar negara adalah sama dengan tempoh masa beliau di dalam Malaysia.

Begitu juga jumlah bayaran untuk mendapatkan kepakaran spin doctor Yahudi APCO (RM77 juta) atau penubuhan PEMANDU (RM66 juta) - BN mungkin akan menghujahkan bahawa jumlah ini kecil, tapi ini merupakan gambaran bahawa kerajaan sekarang mengamalkan budaya membazir dan wewenang dalam membelanjakan wang rakyat.

C) Setiap tahun, PETRONAS terpaksa membelanjakan RM19 billion (19,000,000,000 - betul ke jumlah kosong ni?) untuk membayar subsidi gas kepada IPP (Penjanakuasa Bebas - dimiliki oleh kroni) yang mendapat keuntungan lumayan kerana mereka dilindungi dari naik turun harga tenaga elektrik.

PETRONAS terpaksa membeli gas dari Natuna dan JDA pada harga yang jauh lebih tinggi, kemudian menjual semula pada IPP pada satu pertiga dari harga asal, semuanya berjumlah RM19 billion.

Sekiranya perjanjian ini dibatalkan, kita akan mempunyai keuntungan 19 billion setahun yang boleh dibayar semula oleh PETRONAS pada kerajaan, sekaligus dipulangkan semula pada rakyat.

Setiap tahun juga, kerajaan membelanjakan RM4 billion setahun sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah sebanyak ini dapat dikembalikan pada rakyat jika struktur tol dibetulkan semula, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

D) Hanya dengan mengatasi ketirisan yang berlaku akibat korupsi, menghapuskan subsidi korporat kepada IPP dan pampasan tol kepada syarikat konsesi, kita ada sejumlah (RM28 billion + RM19 billion + RM4 billion = RM51 billion) RM51,000,000,000 setiap tahun.

Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk melunaskan segala janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

E) Elaun khas guru - RM3.2 billion setahun

Subsidi diesel dan petrol kepada golongan yang memerlukan (di bawah pendapatan tertentu), selepas penstrukturan semula subsidi supaya hanya yang dari golongan bawahan akan beroleh manfaat: anggaran RM4 billion setahun.

Subsidi gas asli: Anggaran RM4 billion setahun.

Jumlah bayaran subsidi dan elaun khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga: RM11.2 billion.

Harga yang ditawarkan oleh KWSP dan Khazanah untuk ambilalih keseluruhan aset dan operasi lebuhraya PLUS adalah RM23 billion. Sayap pelaburan kerajaan dan agensi kerajaan pada masa ini (melalui Khazanah dan KWSP) sudahpun memiliki 67.3% PLUS, maka tambahan kos untuk memulangkan keseluruhan aset dan operasi kepada kerajaan (beli dari pemegang saham minoriti) hanyalah RM7.5 billion.

F) Jumlah keseluruhan adalah RM3.2 b (elaun khas guru) + RM4 b (subsidi bahan api) + RM4 b (gas asli) + RM7.5 b (pembelian saham minoriti PLUS) = RM18.7 b.

Jumlah ini adalah begitu kerdil untuk dibandingkan dengan RM51 b yang boleh diperoleh melalui penstrukturan semula subsidi dan penghapusan korupsi/rasuah.


Adalah jelas bahawa isunya bukanlah samada kita mampu atau tidak, kerana angka membuktikan bahawa kita memang mampu. Ia hanya memerlukan kesungguhan politik, terutamanya apabila BN begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan subsidi minyak tetapi tidak langsung memikirkan tentang subsidi yang diberikan pada IPP.

Apa kata anda? Masih tidak mampukah kita? Atau BN-UMNO masih mahu berdolak dalih kerana tidak mahu hilang sokongan taikoon besar?
- Rafizi Ramli

Harga bawang naik dua kali ganda, kementerian gesa rakyat kurangkan makan bawang!

Posted: 11 Jan 2011 12:03 PM PST


BERITA 1

Harga bawang naik dua kali ganda

KUALA KANGSAR- Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu telah menyebabkan ramai pengguna di daerah ini merungut dan mempersoalkan kewajaran tersebut kerana membebankan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kenaikan ini berlaku di hampir semua pasar serta kedai runcit di sini.

Misalnya, bawang putih yang kebiasaannya dijual antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram telah naik hingga RM10 sekilogram.

Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram.


Menurut pengguna, kenaikan ini telah berlaku sejak sebulan lalu dan ada kedai tidak lagi menjual bawang disebabkan kenaikan harga yang terlampau tinggi.

Seorang peniaga kedai runcit, Salleh Mohamad berkata, kenaikan harga bawang berpunca daripada kekurangan bekalan yang tidak dapat dielakkan.

''Saya sendiri membeli bawang pada harga tinggi dari pembekal dan sebab itu saya terpaksa menjualnya pada harga agak mahal juga," katanya.

Tambah Salleh, minyak masak paket juga sukar didapati di pasaran dan hanya minyak masak dalam botol sahaja yang ada.

''Mungkin bekalan minyak masak paket ini akan terputus dalam pasaran dan ia mungkin taktik pemborong untuk menaikkan harga barangan ini," katanya.

Seorang penjual nasi lemak, Asmah Musa, 50, pula memberitahu, kenaikan harga bawang dan santan kelapa menyebabkan kos membuat nasi lemak meningkat, sedangkan untungnya tidak seberapa.

''Saya menggunakan tidak kurang satu kilogram bawang putih dan bawang besar serta dua kilogram santan kelapa setiap hari. Saya tidak boleh menaikkan harga nasi lemak kerana nanti pelanggan saya akan lari," katanya.

Oleh itu, mereka meminta pihak berwajib memantau kenaikan harga barangan tersebut yang tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas peruncit atau pemborong terlibat. - SH

BERITA 2

Kurangkan bawang dalam masakan

MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

Menurutnya, bagi barang-barang makanan yang diimport harganya ditentukan oleh kadar yang ditetapkan oleh negara pengeluar.


''Pada masa ini bekalan bawang yang kita import dari India amat berkurangan bukan sahaja di Melaka tetapi di negeri-negeri lain kerana masalah banjir yang melanda negara itu.

''Keadaan itu menyebabkan pengeluaran bawang untuk dieksport berkurangan kerana banyak tanaman bawang rosak dan secara tidak langsung negara kita turut terkena tempias kekurangan bekalan itu.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu.

Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya.
BERITA 3
Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.


Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di
SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di
KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di
PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di
ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di
JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di
KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di
SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di
MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di
KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di
KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di
KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

Sinar Harian lapor Felcra Bankrap betul atau tidak?

Posted: 11 Jan 2011 12:01 PM PST

Perdana Menteri Najib di dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Rujuk Screenshot di atas) menggambarkan bahawa Felcra tidak akan bankrap memandangkan organisasi itu memiliki keuntungan yang konsisten setiap tahun sebanyak RM 1.1 Billion. [Sumber]

Namun laporan oleh akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang sebaliknya dan jelas sekali bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri Najib yang mengatakan Felcra tidak akan bankrap. [Sumber]

Sinar Harian melaporkan bahawa Felcra berdepan pengistiharaan bankrap sekiranya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi kepada 38 orang penduduk.

Rogol Amah : Siapa arahkan Sumati bercakap dalam Video ini?

Posted: 11 Jan 2011 12:01 PM PST

Beberapa hari yang lalu setelah melebihi dua minggu isu Menteri Rogol Amah dibangkitkan, Najib telah mempersoalkan kenapa isu Menteri merogol Amah ini ditimbulkan sekarang sedangkan kes tersebut dikatakan telah berlaku pada tahun 2007?

Agak lama masa yang diperlukan untuk menafikan itu,mungkin kerana penasihatnya pada ketika isu ini dibangkitkan sedang bercuti bagi merayakan Krismas dan juga sambutan tahun baru, jadi masa yang diperlukan oleh Najib dan Rais untuk menafikannya agak panjang.

Keesokan harinya secara tiba-tiba muncul video (lihat video di bawah) Sumati yang dikatakan pernah berkerja untuk Rais Yatim menafikan tuduhan bahawa Menteri itu telah merogol Robengah kerana menurutnya sepanjang lapan tahun berkhidmat di rumah Rais beliau tidak pernah mendengar sebarang cerita mengenai rogol ini..


Video yang memaparkan Sumati iaitu sahabat kepada Robengah yang dikatakan sebelum ini diperkosa oleh seorang Menteri telah disiarkan oleh kebanyakkan blog-blog UMNO pada 6 Januari yang lalu. Kedua-dua mereka dipercayai telah berkerja untuk Rais Yatim, Menteri dari Zaman Pak Lah yang masih digunapakai oleh Najib.

Kata Sumati dalam video itu "Sepanjang saya berkerja di sini, saya tidak pernah mendengar sebarang cerita tentang kejadian rogol".

Adalah memadai bagi sesetengah media untuk melaporkan bahawa Rais tidak merogol amah itu kerana sahabat amah itu sendiri iaitu Sumanti juga telah menafikan insiden rogol itu.

Lebih menakjubkan lagi bila lokasi Sumati bekerja sekarang berjaya dikesan dengan begitu cepat untuk diadakan sidang media bagi menyokong penafian Rais.

Dan Sumati pula kelihatan amat bersedia bagi membuat kenyataan untuk menyokong penafian Rais itu, seolah-olah beliau telah mengikuti isu ini sejak dari mula ianya tersebar di internet.

Jadi bagaimana pula kita boleh memastikan yang Sumati itu adalah benar-benar rakan kepada Robengah

Sistem demokrasi berparlimen memerlukan keikhlasan

Posted: 11 Jan 2011 11:57 AM PST

Oleh Abu Firdaus
Ketika Perikatan Umno-MCA-MIC merundingkan bagi pihak rakyat Malaya untuk negara ini mencapai kemerdekaan, ia dapat berbuat demikian atas mandat yang diperoleh melalui pilihan raya tahun 1955 di mana rakyat secara penuh mengundi menyokong parti itu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaya dinyatakan bahawa sitem negara ini adalah berbentuk demokrasi berparlimen. Setiap parti yang memerintah perlu bersedia menyerahkan kuasanya apabila penggal berakhir.


Mereka hanya bertindak secara kerajaan sementara dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk bertanding. Ketika itu semua parti adalah setaraf dan setelah pilihan raya, maka kerajaan perlu dibentuk daripada parti yang menang. Secara terhormat parti yang kalah perlu berundur.
Maka sepanjang penggal pentadbirannya, kehendak rakyat mesti dihormati di mana kerajaan baru tidak wajar disabotaj. Apa yang boleh dilakukan adalah dibangkang tetapi tidak disabotaj atau dirasuah dan dibeli untuk melompat parti.
Sememangnya permulaan penubuhan negara ini pun tidak benar-benar demokratik. Pada tahun 1955, ketika mana Perikatan memperoleh mandat, seolah-olah tidak ada pencabar. . Pada masa itu Darurat. Maka pilihan raya diadakan ketikan darurat atau sebenarnya Perang Saudara antara pihak yang dipimpin oleh komunis dengan kerajaan pimpinan British. Parti ayng bercanggah dengan kepentingan British telah diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditahan. Antaranya ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin.
Pada masa itu, seseorang boleh menjadi ahli kedua-dua pertubuhan iaitu PAS dan Umno. PAS bermula dengan nama Persatuan Islam Se Tanah Melayu. Hanya apabila diumumkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada tahun itu, maka tergesa-gesa PAS mendaftar diri sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP). Lambang awal ialah tangan terbuka berwarna merah.
Dalam keadaan ini, PAS tidak dapat memberi tentangan yang sewajarnya.dan ia hanya menang satu kerusi iaitu di Krian, Perak sementara Perikatan menyapu bersih. Atas mandat inilah Perikatan berunding untuk kemerdekaan. Sebelum berunding dengan British, mereka bermesyuarat dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun parti itu diharamkan tetapi ia dilihat sebagai benar-benar wujud dan patut dihadapi untuk rundingan.
Tetapi rundingan itu gagal. Kerajaan tidak mahu terima PKM didaftar sebagai politik sah dari segi undang-undang, maka perang diteruskan. Justeru semasa pilihan raya tahun 1959, engara masih dalam peperangan, dan ketakutan. Tetapi kali ini dua negeri yang ditadbir Perikatan jatuh ke tangan PAS: Kelantan dan Terengganu. Sukar bagi Perikatan untuk menerimanya, maka akhirnya seorang ADUN PAS lompat dan jatuhlah kerajaan PAS Terengganu.
Selepas merdeka, Darurat pun tamat pada tahun 1960. Hujah PKM memperjuangkan kemerdekaan dapat ditumpulkan. Tetapi British masih mempunyai kuasa yang kuat. Keadaan kuasa British ini membawa hingga kepada peletakan jawatan menteri pertanian, Aziz Ishak yang keluar Umno dan menubuhkan Parti Konvensyen Kebangsaan (NCP).
Atas dorongan British, menurut Said Zahari, Utusan Melayu dikuasai oleh Umno. Itupun berlaku pada tahun 1960.
Walaupun PKM sudah lemah di Malaya tetapi ia bertambah kuat di Singapura. Ini membimbangkan British. Baginya untuk mengalahkan PKM di Singapura ialah dengan memasukkannya ke dalam Malaya. Tuinku Abdul Rahman kena tekanan teruk. Dia tdiak ada pilihan dalam menghadapi tekanan British. Hujah British bahawa SIngapura jadi komunis akan menyusahkan Malaya ada benarnya. Tetapi jika ia menerima Singapura masuk, Perikatan akan kalah. Orang Melayu yang bimbang dengan bilangan orang Cina Singapura akan menolak Umno.
Justeru British mencadangkan supaya Sarawak, Brunei dan Sabah turut dimasukkan ke dalam Malaya, iaitu untuk menyelamatkan Umno. Maka timbullah gagasan Malaysia. Kepentingan Umno dapat diselearaskan dengan kepentingan British. Semua parti pembangkang termasuk PAS pimpinan Burhanuddin AL-Hilmy dan NCP pimpinan Aziz Ishak menolaknya. NCP beserta Parti Buruh pimpinan Pak Sako dan Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam menubuhkan Front Sosialis.
Sukarno pula melancarkan Konfrontasi kerana menganggap gagasan Malaysia ini sebagai projek Amerika Styarikat dan Britih mengepung Indonesia. Dia menganggap projek Malaysia sebagai provokasi terhadap Indonesia. Maka mudahlah kerajaan Malaysia menahan Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak. Semuanya dianggap sebagai berbahaya kepada negara.
Selepas Malaysia ditubuhkan dan pilihan raya tahun 1964 diadakan, maka Perikatan pun menang besar. Dalam keadaan itupun Kelantan gagal diambil oleh Umno. Tetapi Umno tidak selesa dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura. Maka apabila PAP turut serta dalam pilihan raya di Malaya pada tahunj 1964, ia sebagai tanda bahawa Singapura akhirnya dikeluarkan daripada Malaysia, tanpa persetujuan British..
Begitu juga dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Tidak ada parti selain daripada Perikatan yang diizinkan secara rela mentadbir negeri. Tetapi keadaan ini benar-benar berlaku dalam pilihan raya tahun 1969. Pulau Pinang jatuh pada Gerakan dan Selangor hampir jatuh kepada DAP. .
Maka penubuhan Barisan Nasional membolehkan Perikatan menguasai semula bukan saja Pulau Pinang tetapi juga Kelantan melalui kerjasama dengan Gerakan dan PAS. Untuk Selangor, diwujudkan Wilayah Persekutuan supaya Kuala Lumpur dikeluaerkan daripada negeri itu bagi membolehkan ia terus diperintah oleh Umno.
Apabila USNO bertindak bebas di Sabah, maka dianjurkan penubuhan Parti Berjaya. Apabila Berjaya berpecah dan melahirkan Parti Bersatu Sabah (PBS), BN tidak boleh menerima parti yang bukan sekutunya, maka UMNO dibawa masuk ke Sabah yang akhirnya menang pilihan raya di situ.
Apabila PAS menang Kelantan pada tahun 1990, pelbagai usaha menjatuhkan kerajaan negeri. Ia tidak jatuh. Tetapi apabila Terengganu jatuh pada PAS, dengan manfikan royalty minyak dan usaha lain, kerajaan PAS Terengganu tidak dapat bertahan dalam pilihan raya umum tahun 2004.
Setelah kalah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor, maka kerajaan-kerajaan negeri Pakatan rakyat tidak pernah diizinkan secvara ikhlas untuk mentadbir secara sendiri. Pelbagai tekanan dilakukan yang akhirnya menyakiskan Perak dahulu jatuh. Maka tidak hairanlah Selangor menjadi sasaran selanjutnya.

Apa yang ditakutkan sangat buku Mujahid?

Posted: 11 Jan 2011 11:56 AM PST

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Setelah mendengar pandangan beberapa teman yang sama-sama menjadi pendukung setia PAS selama ini dan berfikir agak lama, saya cuba 'memberanikan diri' untuk menyumbangkan sedikit pandangan mengenai isu buku Dr. Mujahid Yusuf Rawa -  'Menuju PAS Baru' – Krisis, Peluang dan Dinamisme' – terbitan Malaysian Insider yang kelihatahnya mulai menjadi polemik di mana pandangan beliau dibantah oleh beberapa pihak di dalam PAS sendiri.

Seperti orang lain yang amat cintakan percambahan fikiran, rasional dan tanpa emosi, saya mengharapkan perbahasan ini – atau apa namapun - biarlah dalam suasana akhlak Islam, terkawal dan dipersembahkan dengan hujah ilmu, bukan emosi.

Pihak yang menentang buku tersebut, mahupun Dr. Mujahid sendiri adalah mereka yang sangat sayangkan PAS dan sama-sama berusaha memperkasa dan memelihara kemurniannya sebagai sebuah jamaah Islam.
Pihak yang menentang tentu mempunyai hujah mengapa ia menolak buku tersebut yang mungkin dianggap boleh 'memudaratkan' PAS. Demikian pula Dr. Mujahid tentu sekali mempunyai hujah untuk mempertahankan bukunya. Sudah dihuraikannya di majlis pelancaran buku ini dulu bahawa pandangannya itu hanya berupa sebuah ijtihad, boleh saja diterima dan boleh pula tolak. Tidak ada masalah, katanya.
Jika begitu keadaannya maka perbahsan mengenai isu buku ini tentu saja boleh diteruskan, namun perbahasan itu mestilah diuruskan dengan baik, dalam suasana ukhuwah Islamiyah, jauh dari prasangka dan hal-hal negatif.
Bukankah berbeza pandangan di dalam Islam itu suatu rahmat, seperti yang ditegaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w. di samping banyak contoh lain di dalam sejarah kegemilangan Islam bagaimana berlaku perbezaan pandangan dari kalangan ulama mujtahidin, serta pemikir besar Islam yang lain sejak zaman berzaman di mana hasilnya menjadi warisan tamadun Islam yang sangat berharga.
Dengan itu jika perbahasan mengenai buku ini atau isu-isu lain dalam gerakan Islam diuruskan secara bijaksana, nescaya ia akan memperlihatkan kedinamisme PAS sebagai sebuah harakah Islam kontemporari. Nescaya ia akan dilihat sebagai model terbaik gerakan Islam moden yang sangat terbuka, toleransi, meraikan percambahan idea, bijaksana, sebuah parti Islam yang sangat dinamik. Memang ada sesetengah pihak yang merasa 'terkejut' dengan pandangan Dr. Mujahid ini yang mungkin dianggap sebagai suatu 'penyimpangan' dari kebiasaan bagi sebuah jamaah Islam. Mereka tentu saja merasa cemas dan tidak selesa dengan keadaan ini. Sebab itu mereka segera menyanggah apa saja yang meteka lihat sebagai elemen penyimpangan dari perjuangan PAS.
Bagaimanapun, tidak perlulah dikhuatirkan sangat bahawa sebuah buku Dr. Mujahid boleh 'memecahbelahkan' PAS. Jika ada tanggapan seperti ini, ia hanya menghantar isyarat seolah-olah dengan sebuah buku boleh 'menggegarkan' PAS, justru sepanjang sejarahnya, PAS telah mengharungi gelombang cabaran yang amat jauh lebih besar, namun bahtera PAS tetap utuh hingga kini.
Dalam sebuah perjalanan jauh dan sukar, jamaah Islam seperti PAS akan bertemu dengan pelbagai hal yang tidak diduga dan mengejutkan, dengan cabaran yang tidak putus-putus dihadapinya. Sebab itu, sepanjang sejarahnya sejak ditubuhkan, PAS telah mengalami pelbagai cabaran dan perubahan dalam rentang waktu lebih setengah abad perjuangannya, sehinggalah yang terkini, di mana ia mampu, malah mengisytiharkan, 'PAS For All' - langkah yang sangat dinamik dan berhasil meraih sokongan besar dari pelbagai pihak. Namun betapapun ia sangat terbuka dan toleransi, tetapi PAS tetap berada dalam orbit Islam.
Inilah uniknya PAS, sebuah kejayaan luar biasa di bawah pimpinan yang sangat dinamik. Ia tidak lagi memberikan keutamaan kepada form, tetapi kepada substans – tidak kepada label tetapi kepada isi. Kejayaannya ini terserlah dalam tsunami politik PRU Ke-12 2008 dulu. Ini menyebabkan musuh politik PAS 'kelu lidah untuk berkata'. Inilah hasil keterbukaan dan dinamisme PAS, meninggalkan jauh kebelakang pemikiran politik perkauman yang masih diamalkan oleh musuh-musuh PAS hingga kini.
Namun seperti sebuah kafilah, PAS masih meneruskan perjalanan yang jauh dan mencabar dan sudah pasti pula akan bertemu dengan suasana, iklim politik dan sebagainya yang berbeza disepanjang perjalanan itu. Di sinilah sekali lagi kebijaksanaan PAS dituntut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru ini.
Di sinilah, saya fikir, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, seakan-akan berdiri dan memberikan isyarat bahawa PAS seharunya mempersiapkan diri dengan suasana baru yang dilihatnya akan ditempuh tanpa berkompromi dengan dasar asasnya.
Tentu saja pemberi isyarat ini bukan musuh PAS, ia adalah rakan seperjuangan yang amat setia, yang hanya mengingatkan kita bahawa di depan itu suatu perubahan yang perlu ditangani secara bijaksana. Ia merasa terpanggil untuk memberikan isyarat kepada jamaah.
Oleh itu tidak syak lagi, perbahasan mengenai buku beliau ini bukan untuk menentukan kalah menang, bukan juga untuk melepaskan letusan emosi, tetapi ia sebuah perbahasan yang diharapkan berjalan atas landasan hujah ilmu dan akhlak Islam.
Jika perbahasan ini berjalan seperti yang diharapkan, saya tidak fikir akan menyebabkan perbalahan sesama sendiri di dalam PAS. Bukankah PAS sendiri didukung oleh mereka yang matang dan boleh berfikir, yang disebut di dalam Al-Quran 'Liqaumin-Yatafakkarun', mereka yang terpelajar dan amat setia dengan perjuangan parti
Justru jika perbahasan ilmiah mengenai buku ini berlansung, maka hujah kedua belah pihak akan menjadi dokumintasi ilmu dan hazanah warisan PAS yang berharga bahawa di dalam sejarah perjuangan gerakan Islam ini, telah berlaku suatu perbahasan ilmu yang sangat dinamik.
Mungkin saja pelbagai golongan di Malaysia berminat menyaksikan jalannya perbahasan ini – sebuah perbahasan yang tidak mungkin dapat ditemui dalam mana-mana parti sekular - justru perbahasan ini berpaksikan fikrah dan pendekatan Islam. Dan inilah dinamisme Islam yang diserlahkan oleh PAS.
Benar, mungkin ada sedikit kekhuatiran jika polemik ini akan dijadikan senjata oleh musuh politik PAS untuk memecahbelahkannya. Janganlah dikhuatirkan, justru usaha mereka untuk melumpuhkan PAS selama ini tidak berjaya malah PAS bertambah utuh seperti yang saya nyatakan tadi, malah perbahasan ilmu seperti inilah antara ciri-ciri kekuatan PAS untuk berhujah di medan manapun.

Pakatan Rakyat cabar Adun BN hadir sidang khas DUN 24 Jan

Posted: 11 Jan 2011 11:52 AM PST


SHAH ALAM, 11 Jan – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar hadir sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung bulan ini bagi membuktikan sokongan mereka kepada Sultan Selangor.
Khalid berkata, sidang khas itu adalah "ujian asid" bagi BN Selangor yang selama ini mendakwa mereka setia kepada negeri dan juga Sultan.
Yang Dipertua PAS Shah Alam itu menambah, beliau tidak menjangkakan Adun BN akan muncul pada sidang khas 24 Januari ini atas alasan mereka "pengecut", yang hanya tahu untuk menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menggunakan taktik-taktik kotor.
"Buktikan kalau saya salah," kata beliau.
Khalid juga berkata usul pindaan perlembagaan kemungkinan tidak akan menerima kelulusan, tetapi menekankan, sidang khas kali ini akan membuktikan Umno dan BN sebenarnya merupakan penderhaka kepada negeri dan Sultan.
Selangor akan mengadakan sidang khas 24 Januari ini untuk menyelesaikan kemelut semasa ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata sidang khas itu akan diadakan 24 Januari dan surat rasmi memanggil persidangan telah pun dikeluarkan.
Dalam laporan awal pagi, The Malaysia Insider melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak meletakkan harapan akan memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam usahannya meminda perlembagaan negeri, tetapi berpendirian tetap mahu meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi "mendedahkan sikap" Umno yang sebenarnya.
The Malaysian Insider difahamkan kerajaan negeri sudah pun menjangkakan yang cubaan mereka meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa pelantikan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar ekoran kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, tidak akan berjaya.
"Kami menjangkakan bahawa pindaan tidak akan berjaya kerana Umno atau BN (Barisan Nasional) (hanya) mahu merampas kuasa negeri," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Bagaimanapun, kami mahu meneruskan usaha ini, jadi rakyat akan tahu bahawa Umno bukan sahaja memperlekehkan kuasa Sultan, tetapi juga memperkecilkan kuasa negeri," katanya.
Keputusan itu dicapai pada majlis taklimat ringkas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan sebanyak 56 kerusi dan memerlukan sokongan dua pertiga untuk meminda perlembagaan.
Sumber itu juga berkata, sidang khas kali ini juga bertujuan mengetepikan dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat menderhaka pada institusi diraja.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membayangkan Umno-BN akan menolak pindaan ini.
Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Tanya najib: Rambut Rosmah jadi sasaran

Posted: 11 Jan 2011 11:51 AM PST

Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" kesemua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

rosmah mansor"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.

Najib berbohong, tidak yakin pilihan raya awal

Posted: 11 Jan 2011 11:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak yakin mengadakan pilihan raya awal kerana beliau sendiri pun bercakap bohong, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas laporan bahawa Najib tidak yakin mengadakan pilihan raya seawal Mac atau Julai tahun ini kononnya kerana prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di setiap kerusi pilihan raya, Mahfuz berkata Najib sendiri banyak kali didapati bercakap bohong.
"Isu terbesarnya bukan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di bawahnya, tetapi Najib sendiri pun banyak kali didapati berbohong.
"Contohnya dalam isu terbunuhnya Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, keluarga mangsa kini menuntut Najib menunaikan janjinya untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues," katanya.
Sekarang, kata Mahfuz, ternyata mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues itu dan Najib pula tiba-tiba mengumumkan bahawa suruhanjaya tersebut hanya akan meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai.
"Ternyata Najib telah membohongi keluarga mangsa," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Bagi beliau, Najib bukan sahaja menipu keluarga mangsa, malah menipu seluruh rakyat Malaysia yang tertanya-tanya siapa yang membunuh Teoh.
"Persoalannya mengapa Najib kelihatan beria-ia mengelak dan memesong dari janjinya kepada keluarga Teoh bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.
"Rakyat semakin tertanya-tanya , apakah yang cuba hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri memandangkan Teoh didapat terbunuh di pejabat SPRM Selangor, iaitu di premis salah sebuah agensi kerajaan," katanya.
Mahfuz juga menyifatkan keenganan Najib itu sebagai bukti amat jelas bahawa kerajaan pimpinannya bersungguh-sungguh mengelak dari bersifat telus.
"Barangkali sebab itulah Najib dilaporkan tidak yakin lagi untuk mengadakan pilihan raya, mungkin imej pembohong dan tidak telus menyebabkan Najib sentiasa ragu-ragu untuk berhadapan dengan rakyat," katanya.
Beliau percaya, rakyat semakin bersedia untuk menghukum kerajaan yang penipu dan tidak telus.

Siasat ADUN Sri Muda: Polis Gagal Ikut Prosedur

Posted: 11 Jan 2011 11:43 AM PST

SHAH ALAM 11 JAN: Tindakan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie tidak hadir bagi siasatan di IPD Shah Alam hari ini kerana polis gagal melaksanakan prosedur dan notis dibawah seksyen 111 kanun tatacara jenayah.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi dan memberi penjelasan kepada media mengapa Shuhaimi tidak hadir hari ini.

"Saya harap polis tidak melibatkan diri dalam isu-isu politik. Polis harus bertindak profesional, menjaga keselamatan masyarakat, itu adalah 'priority' polis dan saya masih ingat IGP baru yang dilantik mengatakan 'priority' adalah keselamatan orang awam. Perkara yang melibatkan YB Shuhaimi tidak ada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, beliau dan rakan-rakan sepejuangan hanya akan bersetuju untuk menasihati Shuhaimi agar menghadirkan diri ke balai polis sekiranya polis mengeluarkan arahan di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan para peguam PKR.

Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah memberikan kuasa kepada mana-mana anggota polis yang menyiasat sesuatu kes untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir memberikan keterangan di hadapan anggota tersebut dan arahan perlu diberikan secara bertulis kepada individu berkenaan.

"Pada setakat ini tidak ada motis yang rasmi yang dikeluarkan untuk mewajibkan YB Shuhaimi untuk hadir ke balai polis hari ini, ini perkara  pertama. Walau bagaimanapun bagi pihak PR, sesiapapun yang diperlukan untuk siasatan, kami sedia bekerjasama, tidak ada unsur kami menolak atau melarikan diri," jelas beliau lagi.

Semalam polis mencari Shuhaimi di kediamannya dan meminta Shuhaimi menghadirkan diri ke IPD Shah Alam pada  pukul 2 petang hari ini.

Selain itu, beliau mencabar Umno-BN memberikan penjelasan berkenaan kain rentang yang mempersoalkan hak Sultan yang dilihat sebagai fitnah Shuhaimi.

"Saya, teman-teman saya mengesyaki, yang ada kepentingan dalam perkara ini adalah pihak Umno dan dan dengan cara yanng dibuat ini, saya mencabar supaya Umno Selangor untuk membersihkan imej mereka dan mengutuk tindakan ini bersama kita," tegas beliau.

Ini berikutan insiden di mana sejak pagi semalam, beberapa kain rentang yang mengandungi perkataan 'No to Royal' (Tidak kepada Raja) serta gambar Shuhaimi telah dinaikkan di sekitar Shah Alam oleh pihak tertentu dipercayai bertujuan memfitnah Shuhaimi.

Katanya lagi, polis sepatutnya menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam, bukannya menjadi alat politik pihak-pihak tertentu dan beliau juga menuntut agar Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar berpegang kepada janjinya semasa perlantikannya.

Petang tadi, Tian Chua beserta ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, ADUN Taman Medan, Haniza Talha, ADUN Rawang, Gan Pei Nei, Pengerusi Biro Kepengunaan serta sebagai wakil Ketua-ketua Cabang PKR Selangor, Yahya Sahri dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri dan 200 ahli PKR hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi.

Program 100 Hari: Anwar cabar Najib debat terbuka

Posted: 11 Jan 2011 11:43 AM PST

PETALING JAYA: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan debat terbuka berhubung fakta dalam program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi.

"Kenyataan Perdana Menteri kononnya janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno- BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

"Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan (Najib) debat terbuka," kata Anwar.

Anwar menjawab kritikan dan bidasan Najib semalam yang menyatakan Janji 100 Hari Pakatan itu, yang terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu, sebagai tidak bertanggungjawab dan menggadai masa depan negara.

Anwar dengan tegas berkata Pakatan mampu melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam buku Jingga tersebut dengan mengatasi masalah pembaziran, ketirisan dan rasuah yang dilakukan BN yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun.

Selain RM28 bilion yang dapat diselamatkan, kata Anwar, Pakatan Rakyat akan menstruktur semula sistem subsidi dengan memansuhkan subsidi korporat dengan memulangkan RM19 bilion subsidi yang ditanggung Petronas untuk membayar IPP dan menyemak konsesi tol untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion yang ditanggung kerajaan.

"Dua tindakan itu sahaja akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanya satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan," kata Anwar.

Antara janji yang terkandung dalam Buku Jingga berkenaan ialah memberi imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 yang menelan belanja RM3.2 bilion setahun, penstrukturan subsidi minyak berjumlah RM4 bilion, meneruskan subsidi gas memasak RM4 bilion dan mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dalam konsesi tol yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

"Jesteru jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji Pakatan Rakyat hanya lah RM19.2 bilion yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.

"Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang," kata Anwar.

Jesteru kata Anwar,  tuduhan Najib bahawa Malaysia akan muflis jika program itu dilaksanakan adalah dangkal kerana hakikatnya Umno-BN menanggung beban  hutang yang menggunung setiap tahun akibat pembaziran, ketirisan dan rasuah.

"Kerajaan Umno-BN akan mengugut negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta Apco. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan di sini," kata Anwar.

Ketika ditanya sekiranya Najib enggan menerima cabaran debat tersebut, Anwar berkata " Sepatutnya sebagai seorang tokoh negara, sewajarnya dia terima (debat), " tegas Anwar.

Khalid tak perlu lepas jawatan jikapun pindaan gagal, kata pakar

Posted: 11 Jan 2011 11:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu melepaskan jawatannya sekalipun usaha meminda perlembagaan negeri mengalami kegagalan disebabkan ketiadaan sokongan majoriti dua pertiga, kata pakar perlembagaan.
Prof A Aziz Bari berkata, Khalid tidak perlu berbuat demikian kerana seseorang menteri besar seperti juga perdana menteri dan ketua menteri hanya perlu meletakkan jawatan jika sudah kehilangan sokongan majoriti anggota dewan.
"Ini diwajibkan oleh perlembagaan, baik persekutuan mahu pun negeri.
"Ini sebenarnya yang menentukan sama ada ketua kerajaan perlu meletakkan jawatan, bukan soal kegagalan mendapat kelulusan undang-undang di Dewan," kata beliau.
Pandangan ini diberikan ketika timbul cakap-cakap bahawa Khalid (gambar), menteri besar penggal pertama, perlu melepaskan jawatannya lebih-lebih ramai berpandangan bahawa usaha meminda perlembagaan tidak berjaya kerana Pakatan Rakyat tidak cukup sokongan dua pertiga.
Perkara itu menjadi sebutan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat dan juga pembangkang negeri iaitu Barisan Nasional.
"Orang keliru kerana ada yang menyebut konvensyen atau amalan perlembagaan di United Kingdom (UK)," katanya lagi.
Kata beliau, aspek itu tidak relevan di Malaysia memandangkan di UK konvensyen atau amalan seperti itu penting kerana negara berkenaan tidak mempunyai perlembagaan bertulis.
"Di negara kita, ia dinyatakan dengan jelas, bila ketua kerajaan sudah hilang sokongan majoriti, dia kena letak jawatan," katanya lagi.
Malah jelas beliau, pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, bukan majoriti mudah yakni lebih sedikit daripada separuh.
"Gagal mendapat kelulusan Dewan tidak mengapa kerana setakat ini tidak ada tanda yang komponen Pakatan akan ada yang membelot.
"Umno-BN boleh bawa usul undi tidak percaya ke Dewan dan kita lihat sama ada ia disokong oleh majoriti," kata beliau lagi.
Kata beliau situasi di Selangor tidak sama dengan keadaan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 apabila kerajaan BN hampir-hampir kalah dalam meluluskan Bajet 2010.
Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini menambah bahawa yang jelas Whip tidak akan memberi kebebasan kepada ahli parti untuk mengundi sendiri dan "mereka perlu ikut cakap dan arahan Whip."
Katanya, apabila Umno diharamkan oleh mahkamah pada 1987, perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kesemua ahli Parlimen BN untuk datang ke Parlimen mengisytiharkan sokongan kepada diri beliau.
"Mungkin Adun Pakatan akan melakukan hal yang sama di DUN Selangor dan ini akan mengukuhkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar," katanya lagi.
Sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor yang antara lainnya dijangka untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan diadakan pada 24 Januari ini.
Speaker Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan supaya surat pekeliling pemberitahuan dikeluarkan kepada semua Adun Selangor bagi memaklumkan bahawa persidangan itu akan bermula pada 10 pagi, demikian menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Menurut kenyataan itu, sidang berkenaan diadakan selepas Teng berpuas hati dengan alasan Menteri Besar bahawa ia adalah untuk kepentingan awam.
Urusan perkara mesyuarat dan kertas mesyuarat akan diedar kepada semua Adun kemudian selepas ia ditetapkan oleh Khalid.
Kerajaan negeri telah melantik Aziz dan peguam Datuk Param Cumaraswamy bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan kepada Sultan dan negeri, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang ini yang kini terletak pada pertadbiran pusat.
Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

'Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa

Posted: 11 Jan 2011 11:37 AM PST

Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

NONEDaripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.
Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.
Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.
Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu.

NONEPeguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman.

"Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi.

"Semua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan kes.
Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.

Sebelum Bersara, KJ Dituntut Tunai Janji Di Rembau

Posted: 11 Jan 2011 11:37 AM PST

REMBAU 11 JAN: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di gesa menjawab kegagalannya menunaikan empat janji besar yang ditaburkan kepada rakyat Rembau dalam PRU-12 lalu, sebelum berundur dari arena politik.

Empat janji itu - pembinaan Hospital Daerah Rembau, sebuah lapangan terbang, pembinaan Universiti Institut Teknologi Mara(UITM) dan mendirikan pusat-pusat tuisyen percuma  sehingga ke hari tidak ditunaikan.

Khairy awal bulan ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam PRU lalu, menantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ini menewaskan calon PKR Badrul Hisham Shaharin.

Badrul ketika ditemui berkata, PKR demi kepentingan rakyat Rembau mahu Khairy menyelesaikan janji-janjinya terlebih dahulu.

"Sekarang ini dia dah nak berhenti. saya tak pedulilah apa alasan dia, itu saya tak peduli. hakikatnya orang rembau ditipu. dia harus tampil menyelesaikan janjinya," katanya.

Krew Tv Selangor dibawa ke satu kawasan di pinggir pekan Rembau untuk melihat tapak rancangan pembinaan Hospital Daerah Rembau.

Menjangkakan pembinaan separuh siap setelah dua tahun berlalu, yang kelihatan hanyalah lapangan tar yang luas, dan batu asas yang kotor.

"Dia meletakkan baru inilah. Dari Mac 2008 hingga Januari 2011, masa hari pelancaran itu meriah. Secara langsung di tv, pegawai-pegawai kerajaan dipaksa datang, khemah-khemah besar. Akhirnya batu ini kesunyian disini," tambah Badrul lagi.

Rakyat Rembau sekadar disediakan kemudahan klinik-klinik desa. Warga Rembau yang memerlukan perlu kembara jauh sehingga ke Seremban dan Tampin untuk rawatan rapi.

Badrul menasihatkan Khairy supaya menghabiskan sisa-sisa hayat politiknya untuk merealisasikan keperluan warga Rembau.

Apa yang lebih dikesali, Tv Selangor diberitahu pihak kerajaan negeri tidak menunjukkan inisiatif untuk menyelesaikan projek kerajaan persekutuan ini.

"Nak merajuk, nak berhenti, suka dia, tapi hospital Rembau tolong laksanakan. Saya tak mahu dengar RMK baru. kamu janji, kamu kena selesaikan. Kamu masih tergantung janji, dan kamu menipu," katannya lagi.

Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat

Posted: 11 Jan 2011 11:29 AM PST

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.
Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.
Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.
Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.
Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.
Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.
Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.
Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:
Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.
Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

'Mengapa ada dwi standard, Rais?'

Posted: 11 Jan 2011 11:27 AM PST

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar (kiri, berdiri) berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.

Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.

"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

NONE"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

Siapa kata Rais bersalah?

Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.

azlanAmah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.

Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.

rais yatim"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.

"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang," katanya.

Malaysia sedang menuju gerbang muflis

Posted: 11 Jan 2011 11:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.
Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.
"Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan debat terbuka," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Cabaran itu, kata Anwar wajar diterima Najib kerana beliau sering mempersoal dan memperlekehkan tawaran Pakatan Rakyat tersebut yang dikemukakan semasa Konvensyen Ke 11 Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.
Pentadbiran Najib, termasuk menteri dan medianya, dilihat begitu kelam kabut menangani Tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat itu.
Semalam Najib mengulas dengan panjang lebar mengenainya semasa perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Hari ini, kebanyakan media BN menyiarkan panjang lebar pula isu itu termasuklah berita muka depan,  RTM1 menyiarkan dalam berita pagi keratan akhbar dan mengulas khusus dalam slot analisis kira-kira setengah jam.
Sebelum Najib menjawab, timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas isu itu, khasnya tawaran kenaikan elaun RM500 untuk semua guru di negara ini.
Menurut Anwar, hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Mala petaka ekonomi itu berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan.
"Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 billion," katanya.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR menambah, tabiat berhutang Umno BN akan diperhebatkan tahun ini. Ini terbukti apabila pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.
"Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon itu akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 billion. Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini," katanya.
Contoh-contoh pembaziran Umno BN, katanya, sudah diketahui rakyat. Antara buktinya termasuklah ketaksuban Perdana Menteri dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 billion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntum golongan berpendapatan rendah dan orang muda.
"Kerajaan Umno BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO," katanya.
Oleh itu, menurut beliau, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.
"Ini akan menyelamatkan RM28 billion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
"Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni.
"Jumlah RM19 billion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan," katanya.
Kerajaan Pakatan Rakyat juga, jelas beliau, akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 billion setiap tahun yang kini ditanggung oleh kerajaan.
"Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 billion kepada rakyat, iaitu lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan," tegasnya.
Bukti kemampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji 100 harinya itu diperjelaskan oleh Anwar dengan perkiraan imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan yang hanya menelan belanja RM3.2 billion setahun.
Sementara, penstrukturan semula sistem subsidi supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak dianggarkan berjumlah RM4 billion setahun.
Manakala subsidi gas memasak berjumlah RM4 billion setahun, penstrukturan semula sistem tol di bawah Plus RM23 billion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP, kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan RM8 billion.
Jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji itu, katanya, hanyalah RM19.2 billion, iaitu sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.
"Jumlah itu adalah terlalu sedikit berbanding RM51 billion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang," ujarnya.
Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma, jelasnya, telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, sebagai bukti Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya.
"Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat, apabila rakyat sendiri sudah tahu bahawa ia mampu dilaksanakan," tegasnya.
Beliau amat kesal kerana tabiat berhutang Umno BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

Kerajaan Republik: Mingguan Malaysia dikecam

Posted: 11 Jan 2011 11:19 AM PST

Petaling Jaya: Ketua Penerangan Keadilan Dr Muhammad Nur Manuty menyelar laporan Mingguan Malaysia  yang menyiarkan artikel kononnya Pakatan Rakyat akan mewujudkan negara republik jika mengambil alih tampuk pentadbiran negara kelak.
"Kita melihat tulisan dalam ruangan editorial di Mingguan malaysia itu merupakan satu siri yang tak putus-putus untuk mengaburi mata rakyat terutama orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat ingin memansuhkan perkara yang telah diperuntukan dalam perlembagaan terutamanya berkaitan institusi raja.
"Dakwaan ini sengaja direka oleh akhbar Utusan Malaysia dan berita Harian untuk meraih pengundi ketika Umno sudah kehabisan modal dan mencari apa sahaja ruang untuk mendapatkan modal politik," tegas  Dr Muhd Manuty ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat keadilan pagi tadi.
Utusan Malaysia pada 9 Januari lalu, dalam ruang editorial yang ditulis penulis  Awang Selamat menuduh Keadilan dan Dap berusaha untuk menubuh 'kerajaan republik.'
Tulisan itu mengulas isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Khusrin Munawi sebagai asas kepada dakwaan tersebut.
Menurut Dr Manuty, Konvensyen Pakatan yang diadakan di Pulau Pinang Disember lalu jelas menegaskan bahawa Pakatan menjunjung prinsip yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.
Antaranya Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan, agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing, menghormati Institusi Raja, menghormati kedaulatan dan hak istimewa orang Melayu serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Perkara ini sepatutnya tak perlu disensasikan oleh akhbar semata-mata dalam keadaan rakyat yang semakin yakin dengan Pakatan Rakyat terutama selepas konvensyen di Pulau Pinang," tegasnya.

Kerana terdesak, boleh pulak dah....

Posted: 11 Jan 2011 11:16 AM PST


PRK Tenang sudah mari
Pengarah Pelajaran Johor gilerr babi
Gesa para guru mengundi
Undi parti yang sudah mahu mati

Tak boleh!! Tak boleh!!
Ini negara demokrasi
Undi hak individu
Takleh paksa-paksa
Kita undi siapa kita suka
Jangan ugut, jangan paksa, ya??

Tim. Menteri Pelajaran, si Puad Zarkashi,
pun 2x5 gilerr babi
Sokong Pengarah Pelajaran Negeri,
buat kerja giler begini.
Uisy...
Apa punyer Tim. Menteri ruperr ni??

Eeeee... terdesaknya ngkorang
Salah guna kuasa tu.....
Salah guna kuasa untuk terus berkuasa
Gilerrr!! Gilerrr!!

Para guru di sana...
Jangan turut ikut gilerrr babi
Guna otak yang Allah SWT beri,
Apabila memberikan undi.

Jangan sekali-kali jadi lembu.
Lembu yang dicucuk hidung.
Ikut arahan gilerr babi dari....
penyokong parti yang dah nak mati!!
Menyesal tak sudah nanti.

Wahai warga guru!!
Jangan zalimi diri,
ikut parti yang dah nak mati.
I repeat....
Parti yang dah nak mati!!

So, jangan teragak-agak lagi
Ucapkan Bye..bye...
kepada parti yang dah nak mati.

Najib dicabar sahut jemputan debat- Zuraida

Posted: 11 Jan 2011 11:14 AM PST

Wanita Keadilan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat secara terbuka berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata jika benar Najib  ikhlas memperjuangkan agenda 'Rakyat Didahulukan' yang diperkenalkannya, beliau perlu menyambut cabaran itu.
"Malahan, saya juga mencabar agar pemimpin Umno-BN lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berani ke hadapan bersama menyahut cabaran ini dan bersedia untuk debatkan perkara ini secara terbuka dan biar rakyat yang menentukan mana yang terbaik," kata Zuraida.
Mengulas tindakan Najib yang membidas program Pakatan rakyat itu ketika berucap kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, Zuraida menyifatkan kenyataan itu memperlihatkan kelemahan Najib umpama 'ayam jantan tiada bertaji'.
"Saya juga menyelar tindakan PM Najib sendiri yang telah membuat kenyataan biadap tersebut di hadapan kakitangan awam kerajaan, yang membuktikan bahawa PM Najib sendiri tidak bersikap professional dan tidak menghormati hak kebebasan memilih dan membuat penilaian setiap rakyat," kata Zuraida yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'hina' dan mengaibkan'.
Menurut Zuraida, ketika ini kerajaan berterusan membazirkan wang rakyat dengan pembayaran RM5.1 juta kepada Pengerusi Syabas, RM65 juta untuk memperbaiki 'tandas' di Sri Perdana, RM5 bilion untuk Menara Warisan, RM40 bilion untuk MRT, RM26 bilion untuk pembinaan KLIFD dan pembaziran lain.
"Untuk rekod, gaji Pengerusi Syabas adalah lebih tinggi berbanding gaji CEO Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) bank terbesar di dunia, yang hanya dibayar RM1 juta setahun," kata Zuraida.
Malahan, bukan sahaja Pengerusi Syabas, kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain di Malaysia menerima gaji yang amat lumayan dan tidak selayak dengan kemampuan, kelayakan dan pencapaian mereka.
"Jika Najib tidak mahu negara bankrap, segera kaji kembali semua kedudukan, kelayakan, pencapaian dan pemberian gaji serta faedah yang lumayan, melampau dan membazirkan kepada CEO-CEO ini," kata beliau.

Anwar khuatir Suruhanjaya Diraja Beng Hock Tidak Selesai Masalah

Posted: 11 Jan 2011 11:13 AM PST

PETALING JAYA 11 JAN : Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bakal ditubuhkan bersabit kes Teoh Beng Hock dikhuatiri tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian berasaskan kegagalan Umno-BN bertindak atas hasil siasatan seumpama itu sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan kerajaan menyembunyikan fakta dan melindungi pihak tertentu menyebabkan tidak ada tindakan diambil mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit video VK Lingam mahupun terhadap Peguam Negara yang didakwa memalsukan bukti dalam kes mata lebam beliau.
"Soal Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Diraja. Setakat siasatan akan dihadkan dan kalaupun keputusan dibuat, tindakan tidak diambil. Sebagai contoh kes VK Lingam disahkan tapi tiada tindakan diambil kerana pembesar-pembesar UMNO terlibat. Tokey kaya terlibat dalam UMNO.
"Kedua kes mata lebam. Saya dah perhatikan Datuk Mat Zain yang siasat buktikan bagaimana Peguam Negara terlibat dalam sembunyi fakta. Ini ketua penyiasat polis dan kita hanya padamkan. Dia kata DNA di situ Peguam Negara, Ketua Polis Negara terlibat dalam penipuan. Tapi kes ini ditutup," ujar Anwar.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata Suruhanjaya Diraja itu hanya akan menyiasat sama ada hak asasi Beng Hock dicabuli dan bukannya merungkai kematian mendiang, sebagaimana yang dituntut oleh keluarga beliau dan rakyat keseluruhan.
Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan minggu lalu bahawa tidak ada bukti mencukupi untuk beliau memutuskan sama ada Beng Hock mati dibunuh atau membunuh diri selepas mayatnya di jumpa di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Shah Alam pada Julai 2009.
Anwar berkata keputusan itu tidak masuk akal itu dan menzahirkan kegagalan sistem keadilan negara.
"Apa yang kita pelajari dari kes Teoh Beng Hock ialah kegagalan Badan Penguatkuasaan dan kegagalan sistem kehakiman negara. Dia tidak berani membuat keputusan yang tidak memihak dari segi politik kepada UMNO dia ambil jalan selamat. Jadi bahan lucuan tapi ini tragedi, seorang mati tak dibunuh atau bunuh diri, jadi jatuh dengan sendirinya,"kata Anwar lagi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beng Hock adalah Pembantu kepada Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah. Mendiang mati setelah menjalani soal siasat sepanjang malam  oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kewibawaan inkues itu dipertikaian oleh keluarga mendiang yang khuatir pihak berkuasa sedang cuba menutup kebenaran yang mengakibatkan kematian mengejut Beng Hock.

Kain rentang palsu: AMK buat laporan polis

Posted: 11 Jan 2011 11:12 AM PST

SHAH ALAM: Timbalan Ketua AMK , Khairul Anuar Khairudin hari ini membuat laporan polis berhubung kain rentang palsu  yang ditemui di beberapa kawasan bandar Shah Alam dan menggunakan nama Biro Penerangan Parti Keadilan.
Antara lain kain rentang itu berbunyi "Say Yes To Ketuanan Rakyat Say No To Royal" yang didakwa sengaja diletakkan pihak tertentu bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.
Satu lagi kain rentang berbunyi "AMK Selangor menolak campurtangan istana dalam pemilihan SUK: Lawan tetap Lawan"
Laporan itu dibuat kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang turut hadir ketika laporan polis itu dibuat berkata pimpinan Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan  menggantung kain rentang palsu itu.
"Kita mengesyaki ia dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan nama Pakatan Rakyat di Selangor," kata Tian.
Mereka yang berbuat begitu, kata Tian Chua, adalah pengecut yang tidak berani berdepan dengan KEADILAN dan cuba melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dengan pihak istana.
Tian Chua menggesa pihak polis segera menyiasat dan bertindak secara adil menyelesaikan kes kain rentang palsu itu secepat mungkin.
Pakatan Rakyat Selangor awal hari ini menafikan sekeras-kerasnya tindakan menggantung kain rentang itu yang didakwa menolak campurtangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri, terutama dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika bercakap dalam sidang media hari ini berkata terdapat sekurangnya tiga kain rentang yang ditemui di sekitar seksyen 13 Shah Alam.

Salah satunya berbunyi "Di mana keadilan Sultan, dalam isu pelantikan SUK siapa lebih berhak?".

Kain rentang yang terdapat lambang bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat turut tertera perkataan 'Biro Penerangan Selangor.

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Jan 2011 11:49 AM PST

Batu Gajah Mari


Panas! Blogger UMNO kata Solat Hajat bidaah!!

Posted: 11 Jan 2011 05:12 AM PST

Sabda Rasulullah SAW. "Tidaklah seseorang dari kamu apabila berhajat, berwuduk dan solat dua rakaat dengan surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas melainkan di makbulkan hajatnya"

Para Sahabat sering solat hajat dua rakaat walaupun ketika diluar rumah.

LinkBerita lanjut.. KLIK sini!!

Wah.. Pondok mana blogger YB Hamidah di belajar? Pandai benar tafsir.. Mengalahkan Mufti Melayu Haruss Sani.. haha.. Si Zambry main tiang tu tak salah pulak. Dituntut ke?

UMNO buat isu ni apabila mereka gerun dengan kehadiran rakyat di Majlis Solat Hajat Pakatan Rakyat di Malawati. Usah lah tunjuk ketengin mu wahai UMNO!!


Blogger YB Hamidah ini menyarankan ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam. Begitu tenginnya UMNO.

Bakar Novel Tidak Bertamadun- Dr Asri

Posted: 11 Jan 2011 04:39 AM PST

http://img.jim.org.my/ralim/DrAsri02.jpg

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

BAKAR NOVEL INTERLOK PERBUATAN TIDAK BERTAMADUN

Saya amat berdukacita atas perbuatan sekumpulan masyarakat India di Klang yang membakar novel sasterawan negara 'Interlok'. Ini adalah perbuatan tidak bertamadun dan perlambangan kepada sikap yang liar. Saya ingin menyebutkan beberapa perkara berikut;

1. Walaupun saya sendiri belum membaca novel itu, tetapi saya yakin sebagai novel yang terpilih dan ditulis pula oleh sasterawan negara, tentu ada nilaian akademik yang patut dihormati. Kita mungkin boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai sukatan sastera untuk sekolah, tetapi membakar buku ilmiah atau sastera adalah kerja manusia yang tidak bertamadun sahaja.

2.Sesebuah buku atau akhbar atau majalah hanya boleh di'nyah'kan atau dibakar atau dihapuskan jika ia sarat dengan kepalsuan, pembohongan dan fitnah. Ketika itu bahan tersebut sudah tidak bernilai untuk kehidupan manusia dan jika dibuang atau dibakar pun tidak mengapa. Bahkan membakar bahan-bahan karut dan dusta adalah lambang penolakan kepalsuan dan pembohongan. Saya yakin novel Interlok tidak ke peringkat itu.

3. Mungkin ada perkara tertentu dalam buku tersebut yang tidak dapat diterima oleh masyarakat India. Ianya mungkin benar, atau sesuatu yang subjektif. Perkara yang seperti itu memerlukan dialog, kritikan, tulisan dan cabaran di pentas akademik atau diskusi ilmu dan sasterawan. Bukan dengan cara membakar.

4.Saya agak mengejutkan majlis dihadiri oleh tokoh politik tertentu. Saya rasa tokoh berkenaan sudah tersilap. Walaupun beliau pulang awal, tetapi kehadiran itu tidak tepat. Politik baru yang matang dan bijak tidak dapat bersetuju dengan kehadiran wakil rakyat atau ahli politik ke pentas yang seperti itu.

5. Sekali lagi, saya bukan menyatakan persetujuan dengan novel tersebut atau tidak, namun membakar karya ilmu tanpa asas yang diterima adalah sikap yang dangkal dan menakut untuk negara seperti Malaysia.

Dupahang's Weblog

Posted: 11 Jan 2011 11:32 AM PST

Dupahang's Weblog


Pengerusi Felda (Isa) Ugut pegawai Felda

Posted: 10 Jan 2011 09:43 PM PST

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat. Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam. [...]

Jasindaily Online

Posted: 11 Jan 2011 09:39 AM PST

Jasindaily Online


UMUM PILIHANRAYA AWAL: BN GUSAR TUMBANG AWAL

Posted: 11 Jan 2011 04:15 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Jan 2011 09:34 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pengundi Rembau kena putar alam oleh Media Umno

Posted: 11 Jan 2011 01:03 AM PST

Nampaknya wartawan N9kini kena buat lebih banyak kerja rumah sebelum buat berita di bawah ini. Pengundi Rembau bertambah-tambah poning dengan laporan terkini N9kini yang bercanggah dengan laporan media perdana , susulan YB Hj Taufek ADUN PAS N.Sembilan dan Chegubard turun padang di Rembau pada 11 Jan 2011

Petikan laporan N9kini http://n9kini.com/?p=20998

Krew N9kini telah menghubungi sdr Adira Abdullah dari pejabat Parlimen Rembau untuk ulasan.

APAKAH MUNGKIN CHEGU BARD HILANG AKAL , UNTUK APA MAHU DIBINA LAPANGAN TERBANG DI REMBAU? BN TIDAK PERNAH MENJANJIKAN LAPANGAN DAN INI HANYALAH PROVOKASI DARI PAKATAN RAKYAT .
(Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Keratan akhbar pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/02/tanah-adat-rembau-akan-tergadai.html )

MENGENAI PEMBINAAN UITM , IANYA MEMANG AKAN DIBINA DI SEREMBAN 3, WALAUPUN LUAR REMBAU TAPI IANYA BERHAMPIRAN DAN SEMPADAN DENGAN REMBAU. APAKAH INI MENJADI SATU ISU YANG BESAR KEPADA PEMBANGKANG JIKA IANYA DIBINA DI SEREMBAN 3.
(Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta. "Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm )

BN MENJANJI MEMBINA HOSPITAL , IANYA SEMEMANGNYA DALAM PERANCANGAN UNTUK DIBINA DAN IANYA PERLU PENELITIAN YANG RAPI
(Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau. Bukan main hebat upacara pecah tanah. Berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html )

Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat.

Posted: 11 Jan 2011 12:03 AM PST

Oleh: Anwar Ibrahim

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.

Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2010/12/bukujingga.gif

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

11 JANUARI 2011

Orang Kampung tuntut janji KJ

Posted: 10 Jan 2011 10:40 PM PST



Taman terbiar

Posted: 10 Jan 2011 08:27 PM PST


Sinar Harian 11 Jan 2011

CHEMBONG - Sebuah taman rekreasi yang terbiar dan tidak diselenggarakan pihak berkaitan, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang berdekatan dengan taman berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian ke taman rekreasi berhampiran dengan kawasan perkilangan di sini, mendapati, kawasan berkenaan ditumbuhi semak-samun dan belukar.

Pengerusi KRT Taman Desa Chembong, Md Salam Sarip berkata, taman perumahannya adalah yang paling hampir dengan taman yang dimaksudkan, selain kilang membuat aiskrim.

Menurutnya, penduduk sekitar sering meluahkan rasa bimbang kerana kawasan itu sudah terbiar begitu lama, selain menjadi tempat kegiatan tidak sihat golongan muda.

"Saya sering mendapat aduan penduduk mengatakan berlaku aktiviti negatif kerana kawasan berkenaan terlindung daripada pandangan orang ramai," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Malah, Md Salam berkata, kawasan ini turut menjadi tumpuan warga asing untuk melepak dan memancing ikan walaupun keadaan sekeliling tidak sesuai untuk kegiatan itu.

Beliau bimbang kerana kawasan persekitaran yang ditumbuhi semak-samun bakal mengundang kehadiran binatang berbisa yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkaitan dapat mengembalikan semula keceriaan kawasan taman rekreasi itu supaya fungsinya sebagai tempat melakukan aktiviti riadah dapat dijalankan seperti biasa.

"Saya khuatir jika dibiarkan terlalu lama kawasan ini akan menjadi sarang kepada kegiatan tidak sihat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8603757.asp

Ayuh bersama Chegubard dan YB Taufek pertahankan rumah dan tanah adat

Posted: 10 Jan 2011 04:05 PM PST


Gambar Hiasan

oleh: chegubard

Rumah Melayu nak diruntuh, Tanah Melayu dirampas tanpa diganti bersama YB Taufek dan che'GuBard pertahankan.

Hari ini (11 Jan 2011) dijadualkan pihak berkuasa akan meruntuhkan rumah. Ada ramai yang enggan berpindah.

Semua diminta bersama, pihak media diminta dapat hadir membuat liputan.

Hari ini (11 Jan 2011) , jam 11.30pg berkumpul berhampiran kedai minum dkt Lampu Isyarat Chembong.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 sdr. Norazizi, Setiausaha Keadilan Rembau).

Bersama che'GuBard dan YB Taufek pertahan rumah tersebut dari dirobohkan.Untuk memahami isu ini sila klik

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/10/umno-pelindung-tanah-melayu.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/keadilan-rembau-boleh-duduk-dengan-umno.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/email-rozmal-india-ppinang-jauh-lebih.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/mana-janji-umno-untuk-perjuangkan-hak.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/selamatkan-tanah-adat-langsung-tidak.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/antara-buah-pala-dan-tanah-adat-rembau_02.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/umno-yang-menjahanamkan-tanah-melayu.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html

Mohon sebaran dan bantuan.

Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau dan PAS Kawasan Rembau

Buku Jingga untuk tontonan Umum

Posted: 10 Jan 2011 03:52 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTxrr5QK_tSMkg0naL8alKhZPDf7IXY1Ep0axHQHKgZ5h_ZOWgPY_n6IC1lch7_22tnxkXaX8FxQjoiDaIwQ6IraKv3ODz23Swl0reLoA7UPCo3U4qzXDHiFTFndieR6InhYGaeWPmLQlu/s1600/10+janji.png

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. 



:: Bebanan Rakyat ::

1) 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).

2) 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

33) 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.

4) 3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

5) 34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.

6) 62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya).

7) 3 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

8) RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.

7) RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.

Sumber--> Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!.
http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2010/12/Buku-Jingga-Pakatan-Rakyat1.p

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Jan 2011 09:33 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


TAKTIK KOTOR PIHAK TERTENTU MENJELANG SIDANG TERGEMPAR DUN SELANGOR

Posted: 11 Jan 2011 03:46 AM PST

 

"Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?"


Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang

Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari

PROGRAM SUA KASIH KITA BERSAUDARA DILANCARKAN

Posted: 10 Jan 2011 10:04 AM PST


KUALA LUMPUR, 10 Jan: Lajnah Penerangan dan Dakwah khususnya skuad Kita Bersaudara yang baru dilancarkan semalam harus digunakan sebagai medium pendidikan kepada rakyat mengenai semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan agama.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, skuad Kita Bersaudara harus menyediakan satu garis panduan yang sesuai digunakan oleh semua peringkat dalam parti bagi kelangsungan gerak kerja penerangan kepada semua kaum.

(Gambar: Mahfuz menyerahkan sijil keahlian DHPP.)

"Program begini sangat baik yang sepatutnya tidak boleh habis di sini, tapi harus dikembangkan di pelbagai peringkat dengan menyediakan satu garis panduan yang mudah diikuti oleh organisasi dalam parti untuk menghidupkan program melibatkan semua kaum ini," kata beliau ketika ditemui di mjlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang semalam.
Menurut beliau, unsur pendidikan mengenai persaudaraan antara kaum harus ditekankan dalam setiap program yang dilaksanakan pihak lajnah.

"Bukan sekadar buat program dengan satu keramaian sahaja tapi yang penting mesti ada unsur bagaimana proses pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum untuk buang sifat perkauman yang melampau sehingga tidak melihat rakyat Malaysia ini sebagai satu keluarga," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya skuad Kita Bersaudara ini juga dapat mewakili suara anak muda yang inginkan pembaharuan dan membenci sifat perkauman.

"Ini satu proses pendidikan iaitu dalam kumpulan ini, terdiri daripada wanita muda yang menggambarkan citarasa golongan muda yang bukan hanya boleh dihayati oleh wanita muda tapi keseluruhan masyarakat.

"Ini juga boleh menggambarkan perasasan anak muda yang tak mahu lagi melihat negara kita dipenuhi dengan sifat perkauman," katanya lagi.

Ujarnya, pemikiran anak muda tidak harus terus dirosakkan dengan menanamkan sifat perkauman yang melampau.

"Generasi yang sudah melangkaui era 50 dan 60-an tidak harus dirosakkan lagi pemiliran mereka.

"Mereka sedang membawa peradaban baru iaitu peradaban kita adalah bersaudara," katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sijil keahlian seumur hidup PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sementara itu, program sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu diwarnai dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua kaum dan peringkat umur.

Program khidmat kesihatan percuma yang disediakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), dan persatuan rawatan secara Islam mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan dewasa lelaki dan wanita.

Turut dibuka ialah kaunter derma organ dan perkhidmatan derma darah serta rawatan refleksologi dari orang kelainan upaya (OKU).

Manakala kanak-kanak pula berpeluang menunjukkan bakat masing-masing melalui pertandingan melukis dan mewarna bersama pasukan kartunis Ujang dan Kluang Man manakala golongan remaja pula diuji ketajaman minda mereka dalam pertandingan eksplorasi minda yang dijalankan di kawasan sekitar.

Turut berlangsung lelong amal barangan berharga milik pimpinan PAS antaranya barangan peribadi bekas Mursyidul Am, Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa.

Tidak ketinggalan acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian ke Pulau Redang.

Kumpulan dikir barat Salam Pantai Timur dari Kelantan, pasukan gendang tiga budaya serta kumpulan kompang dari Ampang pula diundang khas untuk membuat persembahan mereka.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat, (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi menyifatkan program dengan kerjasama pusat khidmat wakil rakyat Titiwangsa itu sebagai berjaya membawa mesej persaudaraan.

Ujarnya, meskipun melalui pelbagai halangan termasuk kekurangan dana, namun pihaknya berjaya melaksanakan program sedemikian dan berjanji akan meneruskannya pada masa akan datang.

"Tugas yang lajnah kami pikul ini bukan tugas mudah. Selain merentasi kaum, bangsa, agama dan budaya, kami juga mengalami masalah kekurangan dana untuk melaksanakan program.

"Tapi berkat kesungguhan pihak kami, kami berjaya sampai ke perkampungan orang asli di

Semenanjung, ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Insya Allah usaha menghapuskan sifat perkauman ini akan kami teruskan sehingga mesej persaudaraan benar-benar sampai kepada rakyat di negara ini," katanya.

Hazayani Zakaria/Harakahdaily


PAS bersikap terbuka kepada semua kaum













        

mtdchenderoh

Posted: 11 Jan 2011 07:45 AM PST

mtdchenderoh


USTAZ MISBAHUL MUNIR KEMALANGAN

Posted: 10 Jan 2011 08:44 AM PST

Petang tadi Isnin (10.1.2011) Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak telah ditimpa kemalangan di Behrang kira- kira jam 5.30 petang.Beliau dan anaknya dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Horpital Besar Ipoh untuk mendapat rawatan. Mudah- mudahan beliau cepat sembuh untuk kembali ke medan perjuangan.

i n t a n h i j a u

Posted: 11 Jan 2011 07:11 AM PST

i n t a n h i j a u


USTAZ MISBAH KEMALANGAN...DOAKAN BELIAU SELAMAT / استاذ ميسبه کمالڠن...دعاکن بلياو سلامت

Posted: 11 Jan 2011 03:36 AM PST


Dipetik daripada http://pastanjungmalim.blogspot.com

Mantan Setpol MB Perak Kemalangan

Sebentar tadi, Pas Kawasan Tg Malim dimaklumkan tentang berita kemalangan yang melibatkan mantan Setiausaha Politik MB Perak yang sah, iaitu AF Ustaz Misbahul Munir.

Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bersama anaknya telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS laluan antara Tg Malim dan Behrang. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki oleh beliau dipandu oleh anaknya telah terbabas. Keadaan kereta beliau remuk.

Beliau dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan. Sejurus selepas itu, beliau terus dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Menurut AF Ust Mohd Shafie, AJK Pas Kawasan Tg Malim, keadaan luka di kepala beliau agak parah, namun kedua-dua anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil, hanya cedera ringan.

Marilah semua berdoa agar AF Ustaz Misbahul Munir diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bersama Gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.

Pihak Pas kawasan Tg Malim mengucapkan takziah atas ujian yang menimpa AF ustaz dan berharap keluarga dan sahabat handai terus bersabar dan berdoa kesejahteraannya.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan kenderaan beliau...







PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 11 Jan 2011 03:15 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


MASIHKAH KAU INGAT..................

Posted: 10 Jan 2011 03:13 PM PST

‎(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya... undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 11 Jan 2011 01:39 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Mantan Setpol MB Perak Kemalangan

Posted: 10 Jan 2011 09:11 AM PST

Sebentar tadi, Pas Kawasan Tg Malim dimaklumkan tentang berita kemalangan yang melibatkan mantan Setiausaha Politik MB Perak yang sah, iaitu AF Ustaz Misbahul Munir.

Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bersama anaknya telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS laluan antara Tg Malim dan Behrang. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki oleh beliau dipandu oleh anaknya telah terbabas. Keadaan kereta beliau remuk.

Beliau dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan. Sejurus selepas itu, beliau terus dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Menurut AF Ust Mohd Shafie, AJK Pas Kawasan Tg Malim, keadaan luka di kepala beliau agak parah, namun kedua-dua anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil, hanya cedera ringan.

Marilah semua berdoa agar AF Ustaz Misbahul Munir diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bersama Gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.

Pihak Pas kawasan Tg Malim mengucapkan takziah atas ujian yang menimpa AF ustaz dan berharap keluarga dan sahabat handai terus bersabar dan berdoa kesejahteraannya.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan kenderaan beliau...







PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 11 Jan 2011 01:07 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Melayu yang mudah lupa.... Rakyat Tak Lupa!!

Posted: 10 Jan 2011 09:49 PM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Jan 2011 01:04 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Kanak-kanak 3 tahun mati

Posted: 11 Jan 2011 12:24 AM PST

06 Safar 1432H.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia dengan 73 kesan lebam dan luka dipercayai didera di rumah bapanya di Kampung Sungai Tiram, di sini, kelmarin.

Mangsa, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan menyayat hati di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Selain Nordiana, adiknya, Danish Irsyad, 1, kini turut menerima rawatan di Hospital Sultan Aminah (HSA).

Nordiana adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, pekerja kilang dan ibu tirinya, seorang suri rumah.

Ibu mangsa, Nur Aquilla, 27, yang dalam proses penceraian, pengsan tiga kali setelah melihat mayat anaknya di bilik mayat HSI kerana tidak dapat menerima hakikat itu.

Menurut Nor Aquilla, seorang kerani akaun di sebuah syarikat di Pasir Gudang berkata, suaminya menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana kira-kira jam 11pagi kelmarin.

Datuk mangsa, Razali Ismail, 52, berkata, sejurus mendapat berita itu, dia bergegas ke HSI untuk melihat keadaan cucunya itu.

"Apabila sampai di sana, saya dapati dia sudah meninggal. Saya sangat sedih kerana dia adalah cucu saya yang paling rapat dengan saya.

"Sebelum ini, ketiga-tiga cucu saya tinggal bersama saya, tetapi saya mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad dan ditemani isteri, jadi bapa mereka ambil mereka untuk dijaga," katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

"Punca kematian Nordiana adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya. Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira jam 8.25 pagi kelmarin, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Roslan berkata, ibu tiri mangsa akan ditahan dalam masa terdekat untuk disiasat.

Sinar Harian/-

Mahu perkuat PKR, PR Perak

Posted: 11 Jan 2011 12:21 AM PST

06 Safar 1432H.

IPOH – "Tanggung jawab yang akan saya pikul cukup berat dan mencabar." Itulah kata-kata pertama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pelantikannya sebagai PMPN yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebagai amanah yang berat dalam menguatkan PKR Perak.

Menurut Muhammad Nur, kepercayaan yang diletakkan oleh pimpinan pusat untuk beliau menerajui Negeri Perak sangat dihargai.

"Saya berterima kasih kepada pimpinan pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Perak dan saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin.

"Insya-Allah, saya akan bekerja keras untuk memastikan PKR Perak terus mantap dan teguh," katanya.

Beliau berkata, soal jawatan tidak penting tetapi yang paling penting adalah untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.

Menurutnya PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.

Katanya, PKR bersama komponen PR yang lain akan memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi pada masa akan datang di samping mempertahankan kerusi yang sedia ada.

Ditanya mengenai perancangan awal selepas dilantik menjadi PMPN, beliau berkata, dalam masa terdekat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Cabang.

Menurutnya, mesyuarat juga akan diadakan dengan pemimpin Negeri yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka untuk memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi.

Mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PKR Negeri yang timbul sejak akhir-akhir ini, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sinar Harian/-

Yana kembali pada keluarga

Posted: 11 Jan 2011 12:18 AM PST

06 Safar 1432H.

BAGAN SERAI - Misteri kehilangan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Abu Bakar Al-Baqir, Intan Liana Abu Bakar, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Yana, 3 Januari lalu terjawab apabila remaja itu pulang ke rumahnya tengah hari, kelmarin.

:Ibu, Norhayati Mokhtar, 43, berkata, sejak kehilangan anaknya dilaporkan di dalam akhbar, dia dan suami, Abu Bakar Mustafa, 44, banyak menerima panggilan yang mendakwa terlihat kelibat Yana.

Menurutnya, empat malam berturut-turut dia, suami dan keluarga mencari Yana di Taiping setelah menerima panggilan daripada orang awam namun, masih tidak dapat menemui Yana.

"Pada petang Sabtu 8 Januari kira-kira jam 5 petang, barulah saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Yana yang mengatakan dia ada di rumah emak angkatnya di Pantai Remis.

"Dia menyatakan mahu pulang dan meminta saya menunggunya di Stesen Bas Taiping," katanya.

Norhayati berkata, dia, suami, keluarga dan jiran segera ke Taiping untuk menunggu tetapi hingga tengah malam dan awal pagi Yana tidak juga muncul.

"Pada jam 9 pagi Ahad lalu, saya menerima mesej sekali lagi daripada Yana mengatakan dia akan pulang dengan menaiki bas dari Pantai Remis ke Taiping dan meminta jangan dihebohkan kepada orang ramai.

"Sekali lagi saya dan keluarga bergegas ke Stesen Bas Taiping untuk menunggu kepulangannya. Kira-kira jam 12.05 tengah hari, Yana turun daripada bas dan terus memeluk saya," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di Stesen Bas Taiping, dia terus membawa Yana ke Balai Polis Bagan Serai untuk memaklumkan kepulangan anaknya.

"Di balai polis pihak pegawai polis menasihati Yana supaya sentiasa mendengar nasihat kedua ibu bapa.

"Kira-kira jam 2.30 petang Yana selamat pulang ke rumah, ramai keluarga menyambutnya, tetapi dia enggan bergambar sebaiknya terus masuk ke dalam bilik dan tidur," katanya.

Norhayati berkata, Yana hanya memberitahu pada pagi Isnin 3 Januari lalu, dia tidak ke sekolah, tetapi ke Kuala Parit Haji Taib Dua, Bagan Serai dengan menaiki bas ke Taiping.

"Sampai di Taiping dia naik teksi hingga ke Pantai Remis untuk ke rumah emak angkat yang tidak dinyatakan namanya.

"Semasa di Pantai Remis dia hanya tinggal di dalam rumah dan tidak terjadi perkara yang tidak baik," katanya.

Katanya, Yana tidak membaca berita kehilangannya di akhbar, kerana ibu angkatnya tidak membeli akhbar.

"Malah Yana tidak dapat menghubungi kami sekeluarga disebabkan telefon bimbitnya tidak berfungsi.

"Kami sekeluarga bersyukur Yana telah pulang dan berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama mencari Yana, selepas ini satu majlis kesyukuran akan diadakan," katanya.

Sinar Harian/-

Sumber Negara Lebih Dari Mampu Tampung Kos Tawaran 100 PR

Posted: 11 Jan 2011 12:15 AM PST

06 Safar 1432H.

PARIT BUNTAR, 11 Jan : Tawaran 100 hari oleh Pakatan Rakyat setelah meneraju Putrajaya dilihat sebagai turning point rakyat untuk mencuba suatu yang baru dalam mencetus suasana baru yang sejahtera di negara.

Jika semalan Perdana Menteri menyifatkan tawaran ini semata-mata omong kosong, bagaimana pula jika kita menganggap ucapan PM semalam adalah bukan omong kosong kerana ia sarat dengan pembohongan terhadap rakyat.

Bukan omong kosong lagi dengan kenyataan yang mengatakan Najib dangat takut dengan tawaran dari pakatan Rakyat.

"Negara Malaysia memiliki aset yang melimpah ruah, tetapi bajet Negara tidak semuanya sampai kepada rakyat, bukan sahaja hanya untuk kroni BN, bahkan membazir serta tidak sampai kepada rakyat secara adil," kata Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

"Saya sangat kesal dengan cubaan terus menerus dari Najib untuk memperlekehkan tawaran kepada rakyat sedangkan ianya sesuatu yang sangat mudah dan didalam kemampuan kerajaan yang ada sekarang" Jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui menasihatkan PM supaya mengupah akauntan sambilan khas untuk lihat semula bajet beliau yang di bentang di Dewan Rakyat tidak lama dahulu.

Berdasarkan kemampuan kerajaan membina satu MRT bernilai RM40 bilion disamping kos pembinaan Menara Warisan Merdeka yang mencecah RM5 bilion.

Kemudian ditambah pula dengan projek mega bagi membina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLFID) yang nilainya mencecah RM26 bilion, tidak lupa juga perutukan RM111 juta untuk projek isteri PM (permata pintar) yang belum diketahui signifikannya, nombor serta jumlah angka bajet diatas adalah lebih dari mampu untuk menampung kos 10tawaran permulaan 100 hari PR.

Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat, mereka sering bertindak sehingga memberi kesan dan menghimpit rakyat dari segenap aspek, bahkan situasi lebih parah dengan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN.

"Seksa rakyat tak pernah reda, dalam masa yang sama mereka terus mengharapkan sesutu perubahan hidup yang lebih besar dan menyeluruh" Katanya

"Keran itu tiada tempat dan harapan melainkan kepada pilihan baru dan terbaik iaitu dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara, dan kami berjanji untuk satu penggal dan lihatlah hasilnya nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan walaupun hasil negara melimpah ruah, tetapi kerajaan yang ada (Umno BN) gagal menguruskan negara dengan baik dengan mengakibatkan rakyat melarat.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat Perak menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus Malaysia dengan baik.

Bahaya fitnah

Posted: 11 Jan 2011 12:08 AM PST

06 Safar 1432H.
Hadith dari Huzaifah r.a:

Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah?

Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya.

Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya?

Mereka menjawab: Ya, benar.

Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat.

Huzaifah berkata:Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?
Para sahabat terdiam.

Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar!

Sayidina Umar berkata: Engkau.

Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah.

Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada.

Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan (Hadith Riwayat Muslim)

Pertemuan blogger Pakatan Pulau Pinang 16 Jan

Posted: 10 Jan 2011 11:54 PM PST

06 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

PULAU PINANG, 10 Jan: Semua blogger yang pernah bersama-sama menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dijemput hadir bersama Lajnah Penerangan PAS negeri bagi tujuan 'pam' kembali semangat mereka yang kian luntur setelah Pakatan Rakyat menang pada 8 Mac 2008.

Program yang diadakan pada 16 Januari di Puncak Mutiara Kristal yang terkenal dengan masakan kambing di Kampung Pelet, Penanti akan bermula pukul 8.00 malam.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, pertemuan tersebut amat penting kerana BN terlalu bebas menaburkan fitnah kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS yang dianggap melukut di tepi gantang.

Katanya, sedangkan Pakatan Rakyat masih dibelenggu dengan media yang boleh dijadikan alternatif bagi menjawab semua dakyah jahat Umno dan BN.

"Semua blogger diharap dapat bersama kami kerana pertemuan itu pastinya mencatat satu lagi perkembangan positif memandangkan tarikh pilihanraya semakin hampir," tegasnya.

Lagipun, katanya sudah lama tiada pertemuan untuk membincangkan beberapa perkara penting sebagai bekalan blogger memantapkan lagi isu yang melanda negeri ini.

Umno kini bertukar strategi dengan masuk ke kampung-kampung menerangkan isu wang judi, kerajaan negeri meroboh gerai Melayu, penghakisan orang Melayu dari Pulau Pinang serta semakin banyak tanah orang Melayu dijual pada bukan Melayu dan sebagainya.

"Isu-isu begini masih berlegar tenang di pemikiran orang Melayu sehinggakan mereka menganggap Kerajaan Pakatan Rakyat jahat dan tidak menguntungkan orang Melayu di Pulau Pinang.

"Umno gunakan media mereka dan turun ke kampung-kampung untuk sebarkan dakyah jahat untuk tujuan memburukan Kerajaan Negeri. Kita tak patut duduk diam tanpa menjawab sesuatu. Peranan bloggerlah yang kita harapkan," jelas beliau.

Sebelum hadir, ujarnya mereka harus mendaftarkan diri dengan memberikan nama, alamat dan nama blog yang dikendalikan supaya memudahkan tugas urusetia.

Semua maklumat itu boleh diserahkan kepada Setiausaha Lajnah Penerangan PAS negeri, Rashid Mohd Ali di talian 013-4145663.

Tindakan Puad Zarkashi memalukan

Posted: 10 Jan 2011 11:50 PM PST

06 Safar 1432H.
Oleh : Suhaizan Kaiat .

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.

Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.

Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

"Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua"

" Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini"

Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang,

kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan? Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan?

Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.

Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

Saya mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini. Keduanya saya mencadangkan kepada Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang.

Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. Saya penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini.

'Najib kurang yakin', tiada pilihan raya awal

Posted: 10 Jan 2011 11:42 PM PST

06 Safar 1432H.
Oleh : Wong Teck Chi & Lee Way Loon.

Di sebalik ura-ura pilihan raya umum mengejut dijangka diadakan seawal Mac atau Julai tahun ini, sesetengah pihak berpendapat pengerusi BN, Datuk Seri Najib Abdul Razak belum bersedia membuat keputusan berkenaan.

Sabtu lalu, dalam pertemuan 'satu dengan satu' - semua 105 ahli parlimen BN dengan Najib - ura-ura itu semakin terhakis dan ramai yang kini berpendapat pilihan raya umum akan diadakan lewat tahun ini ataupun mungkin juga tahun depan.

Pemimpin Pakatan Rakyat pula berpendapat Najib belum ada keyakinan, BN mampu menang besar, manakala seorang ahli parlimen BN berkata sessi taklimat tertutup itu bagi meninjau peluang gabungan itu.

MP dari semenanjung itu mengesahkan bahawa Najib prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan di setiap kerusi pilihan raya.

"Saya fikir sekarang bukan masa yang sesuai. Kenapa harus tergesa-gesa adakan pilihan raya umum? Pilihan raya hanya diadakan apabila pemimpin menghadapi masalah dalam partinya atau kedudukannya tidak lagi selamat, ini ternyata bukan keadaan kita sekarang," kata MP yang tidak mahu identitinya didedahkan.

"Pengundi memilih kita untuk lima tahun (dan sekarang ini adalah pertenggahan penggal). Kita masih mempunyai banyak program untuk dilaksanakan (mengikut program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun lalu).

"Sebagai parti pemerintah, kita tidak perlu tergesa-gesa. Kita sepatutnya mempunyai 70 hingga 80 peratus keyakinan - malah 60 peratus juga tidak selamat."

Najib sendiri enggan mengulas bila tarikh pilihan raya umum. Beliau sebelum ini dilaporkan berkata BN masih mempunyai banyak masa dan akan berjumpa dengan semua ADUN dan pemimpin akar umbinya bagi mendapatkan maklumat tambahan.

MP PBB bagi kerusi Santubong, Datuk Wan Junaidi Jaafar (bawah, kanan), yang merupakan kumpulan pertama berjumpa dengan Najib berkata perdana menteri tidak memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pilihan raya pada pertemuan itu.

"Mesyuarat BN itu adalah mengenai rancangan transformasi seperti NKRA dan NKEA. Kemungkin besar pilihan raya tidak akan diadakan tahun ini. Jika pilihan raya (akan diadakan tidak lama lagi), beliau sudah tentu akan beritahu kami."

Ahli parlimen BN lain yang dihubungi berkata mereka berharap pilihan raya akan hanya diadakan selepas rancangan transformasi menghasilkan keputusan dan berjaya meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Bagi MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah sesuatu yang luar biasa bagi mengadakan pilihan raya umum sekarang sedangkan penggal mereka yang dipilih itu akan hanya berakhir pada 2013.

"Saya tidak fikir (pilihan raya umum akan diadakan pada) Mac. Tiada keperluan mendesak, meskipun ada perkembangan positif seperti kucar-kacir di pihak pembangkang."

Malaysiakini/-

Wei Aik rela letak jawatan

Posted: 10 Jan 2011 11:25 PM PST

06 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

GEORGETOWN, 11 Jan: Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik rela meletakkan jawatan sekiranya didapati salah mengeluarkan kata-kata 'tutup kedai balik India' kepada pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar beberapa hari lalu.

Beliau dalam sidang akhbar semalam menegaskan, akan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang menuduhnya tanpa sebarang bukti atau memohon maaf secara terbuka.

Seandainya mereka berbuat demikian, beliau tidak bercadang membawa kes berkenaan sebaliknya melupakan sahaja dengan memberikan tumpuan pada tugasnya sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.

"Saya rela dipecat atau letak jawatan jika ada bukti kukuh saya berbuat begitu. Jika tidak, saya akan hantar surat kepada mereka supaya mereka pohon maaf atau dikenakan tindakan.

"Jika mereka memohon maaf dengan sendirinya saya akan melupakan kes berkenaan dan menumpukan kepada kerja politik seperti biasa," terangnya.

Pada kejadian tersebut, beliau hadir kerana ingin memahami kejadian di samping mengenal pasti tindakan yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) setelah sebuah kenderaan terlanggar restoran berkenaan sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pekerjanya.

Wei Aik juga terpaksa membuat laporan polis apabila Pengerusi Badan Perhubungan Kongres India Muslim, Faruk Raja Mohammed berkata beliau mengeluarkan kata-kata berbauan perkauman 'tutup kedia balik India' kepada pemilik restoran berkenaan.

Harakahdaily/-

Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda

Posted: 10 Jan 2011 11:18 PM PST

06 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam.

Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.

Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan.

Hakikatnya, kata beliau Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan.

Tambahnya, hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan.

"Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu," ujarnya lagi.

Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Herman menambah, beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini.

Katanya, kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang.

Sehubungan itu, DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" katanya.

Justeru, DPPWP menggesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut.

"Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.

Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu," ujarnya.

Harakahdaily/-

Islam Agama Negara, Abd Hadi Jelaskan Kekeliruan

Posted: 10 Jan 2011 11:15 PM PST


6 Safar 1432H MOD

KL 11 Jan 11: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua," kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataannya, menafikan laporan akhbar The Star semalam.

Akhbar tersebut memuatkan berita "PAS won't bow to pressure from any quarter, says Hadi" adalah tidak tepat dengan apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menurut Dr Ahamad Samsuri lagi. Laporan berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di majlis Sua Kasih anjuran Pejabar Anggota Parlimen Titiwangsa itu.
Semalam, The Star melaporkan, Abdul Hadi tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak dalam melaksanakan agenda negara Islamnya termasuk Pakatan Rakyat. "Maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali," tegas Samsuri.

Sebelum itu Samsuri mengatakan maksud Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat, katanya.

"Perubahan paradigma ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat," jelas beliau dalam kenyataannya.

Menurut Samsuri, apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapan Presiden PAS di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan. (IH)

Laporan The Star tidak benar - Pejabat Presiden

Posted: 10 Jan 2011 10:58 PM PST

06 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Pejabat Presiden PAS menafikan laporan akhbar The Star semalam yang memuatkan berita "PAS won't bow to pressure from any quarter, says Hadi" kerana ia tidak tepat dengan apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar), laporan berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di majlis Sua Kasih anjuran Pejabar Anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Semalam, The Star melaporkan, Abdul Hadi tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak dalam melaksanakan agenda negara Islamnya termasuk Pakatan Rakyat.

"Maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali," tegas Samsuri.

Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat, katanya.

"Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat," jelas beliau dalam kenyataannya.

Menurut Samsuri, apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapan Presiden PAS di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan.

Ia juga, katanya, mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan
meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua," kata Samsury dalam kenyataannya.

Bantah Utusan

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Nasaie bin Ismail pula membantah laporan dalam Utusan Malaysia semalam.

PAS, katanya, sentiasa membuka pintu dialog dan perbincangan dengan semua pihak bagi membincangkan dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada hari ini yang menggambarkan seolah-olah PAS menutup sebarang perbincangan atau dialog dengan pihak lain adalah tidak benar.

PAS, katanya, kerap menerima kunjungan pemimpin besar negara luar termasuklah di kalangan bukan Islam.

Malah, katanya, wakil-wakil kedutaan asing juga kerap menghadiri pertemuan-pertemuan dengan PAS bagi mengenali perjuangan PAS secara dekat.
Apatah lagi dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, tambah beliau.

"Perkara ini bukan kita lakukan bermusim atas tujuan politik semata-mata, tetapi ia merupakan satu amalan PAS sejak sekian lama selaras dengan tuntutan Islam yang menggalakkan kita berdialog dan berdakwah serta sayang sesama manusia walaupun berlainan agama," tambah beliau.

Harakahdaily/-

SU PAS Perak sedang dirawat di Hospital Ipoh.

Posted: 10 Jan 2011 10:25 PM PST

IPOH, 11 Jan.:-Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya PLUS dekat Behrang kelmarin sedang dirawat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Kelihatan YDP PAS Kawasan Lenggong, Hj. Razman Zakaria yang datang menziarahi beliau. :Gambar: Amran Harun/-

Malaysia antara 36 negara yang tak mesra kebebasan media

Posted: 10 Jan 2011 10:00 PM PST

6 Safar 1432H MOD

Sistem demokrasi sesebuah negara boleh berperanan dengan baik jika beberapa institusi penting dalam negara tersebut dapat berfungsi secara independen antara satu sama lain. Perkara ini ditegaskan Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan (gambar) sewaktu diminta mengulas mengenai kejatuhan tiga anak tangga kedudukan demokrasi Malaysia kepada kedudukan 71 sebagaimana dilaporkan Economist Intelligence Unit.

Jelasnya, perkara tersebut tidak mengejutkan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, institusi penting dalam negara ini dihalang kebebasannya.

"Jika demokrasi hendak berfungsi dengan baik, mesti ada beberapa institusi penting yang berperanan secara independen. Kena ada gerakan yang independen, parlimen yang independen dan eksekutif yang tidak terlalu mengongkong. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini institusi ini hilang independen. Paling nyata isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ini memperlihatkan bagaimana berlaku keadaan kuasa eksekutif dengan penjawat awam.

"Kedua-duanya sepatutnya bukan di bawah institusi yang sama tetapi nampaknya penjawat awam sebagai satu institusi menjadi agen politik badan eksekutif serta melibatkan istana. Sepatutnya ia menjadi badan yang bebas," tegasnya.

Wan Saiful berkata laporan Economist Intelligence Unit itu juga menunjukkan Malaysia salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah daripada segi kebebasan media disebabkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang mengongkong setiap institusi media di negara ini. Tegasnya, seharusnya akta dan undang-undang tersebut dibubarkan bagi memastikan media dapat berperanan mengikut acuan penggerak media itu sendiri.

"Media seharusnya menjadi institusi bebas kerana media adalah institusi penting dalam mana-mana negara demokrasi. Bagaimanapun kewujudan akta mesin cetak memaksa penggerak media mendapatkan permit setiap tahun. Jika ingin menerbitkan surat khabar, mesti mendapatkan kelulusan permit terlebih dahulu, dan penggerak media terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran jika ingin mengadakan stesen televisyen atau radio melainkan mempunyai pengaruh kuat dengan mereka yang mempunyai kuasa," katanya.

Bagi Wan Saiful, budaya di Malaysia yang berpaksikan undang-undang dan peraturan sepatutnya dibebaskan dan berkecuali seperti media agar tidak wujud agensi media oleh mereka yang berkuasa.

Menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini daripada lima kateria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil. Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.

Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah daripada segi kebebasan media. Laporan tersebut juga menyatakan hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Langka dan Thailand, selain Malaysia.

sumber : Tarmizi Mohd Jam

Anwar Ibrahim : Hadi Rakan Setia saya !

Posted: 10 Jan 2011 09:49 PM PST

6 Safar1432H MOD

KUALA LUMPUR 11 JAN : Menyifatkan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebagai rakan karibnya sambil mengesa rakyat jangan percaya dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu menegaskan perkara ini ketika ceramah di Gombak malam tadi bagi mempertahankan Presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan ekoran pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Jelas Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padunya kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

"Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

"Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya," katanya.

Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin.

Malam tadi, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

"Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka," kata Ketua Pembangkang itu.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum," katanya.

"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat itu yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

"Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

"Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

sumber : TVS Selangor

Sidag DUN Selangor pada 24 Januari.

Posted: 10 Jan 2011 09:00 PM PST

6 Safar 1432H.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Keluarga kecewa bedah siasat kedua ditolak

Posted: 10 Jan 2011 08:28 PM PST

06 Safar 1432H.

Keluarga M Krishnan - lelaki yang mati ketika dalam tahan polis pada 7 Januari lalu kesal kerana polis terus enggan memberi lampu hijau kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menjalankan bedah-siasat kedua ke atas mangsa.

Menurut peguam yang mewakili keluarga berkenaan, N Surendran, meskipun dirayu ahli keluarga dan sahabat-handai mangsa yang curiga dengan kecederaan yang ditemui pada tubuh Krishnan, namun polis tetap tidak berganjak.

"Seharusnya tidak ada masalah setuju atau tidak bersetuju dengan post-mortem kedua ini. Keluarga berhak untuk itu jika mereka tidak puas hati dengan hasil dari bedah siasat sebelum ini maka mereka harus diberikan sebuah post mortem kedua. Seharusnya tidak ada pertanyaan atau keberatan," kata Surendran.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata beliau tidak dapat membenarkan bedah-siasat itu tanpa arahan dari Bukit Aman.

Serah memo tuntutan

Hari ini, kira-kira 50 orang diwakili peguam Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, bersama-sama Pengarah Biro Aduan PKR S Manikavasagam, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Zainuddin tampil ke Bukit Amanbagi menyerahkan memorandum tuntutan itu.

Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.

Menurut saksi, mendiang dibawa ke hospital HUKM, 3 hari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.

Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

"Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.

Kesan koyak di rusuk

Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang.

Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.

Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.

"Dia bawa ke belakang, mereka pukul. Lebam-lebam luka pada belakang badan. Lepas itu polis berikan ubat. Ubat apa yang mereka bagi, kita tidak tahu. Siapa izinkan mereka bagi ubat pun kita tak tahu. Saya ada saksi, dan saya boleh bawa saksi ini ke mahkamah mana-mana pun. Sekarang siapa mau jawab?," kata Revathi sambil menaggis.

Saksi dilindungi peguam

Menurut peguam keluarga berkenaan saksi tunggal kejadian itu kini dalam perlindungan mereka atas alasan keselamatan. Butiran terperinci kejadian itu akan diumumkan saksi dalam masa terdekat.

"Dua minggu lalu, Sivam mati di balai polis Sentul. Minggu lepas, Krishnan. Selepas Kugan, setiap minggu ada sahaja yang mati dalam tempat yang paling selamat, dalam lokap, ada sahaja yang mati," kata Manikavasagam pula.

Kematian membabitkan pihak polis di negara didakwa meningkat 500 peratus dalam masa sesingkat 3 tahun ini.

Pelbagai penyakit hati dan cara mengubatinya.

Posted: 10 Jan 2011 08:22 PM PST

6 Safar 1432H.

Macam-macam erti penyakit hati dan sifat buruk manusia :

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.

4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindakan jenayah pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat
Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan ucapan janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk memegang suatu tanggung jawab di kemudian hari.

Berbagai jenis-jenis atau macam-macam penyakit hati telah dijelaskan seperti iri hati, dengki, hasud, su udzon, khianat, dan lain sebagainya. Penyakit-penyakit ini apabila tidak ditangani dan dikawal dengan baik boleh memberi kesan buruk pada diri kita. Seperti halnya penyakitlain pada organ tubuh kita, penyakit hati yang berupa sifat perilaku buruk juga boleh diubati / disembuhkan dengan ubat hati.

Berikut ini adalah beberapa ubat untuk menyembuhkan penyakit hati kita :

1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bercakap dapat membuat hati kita menjadi keras. Bercakaplah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang bercakap besar, berbual kosong, tukang bohong, ghibah, dan lain sebagainya. Banyak bercakap dalam kebaikan dibolehkan seperti untuk mengajar, petugas pelayan, bercakap biasa dengan rakan, tetangga, keluarga, dan sebagainya.

2. Menjaga Emosi Dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh kerana itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu kepada harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu kepada jawatan, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat maupun puasa wajib ramadhan.

3. Selalu Mengingat Allah SWT

Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu seperti dengan rajin sembahyang baik yang wajib lima waktu, atau sholat tahajud, sholat dhuha, sholat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas ancaman Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

4. Bergaul Dengan Orang Soleh

Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan dijangkiti dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat yang baik disedari atau tidak telah kita lakukan. Lain hal apabila kita bergaul dengan orang sholeh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus dalam maksiat.

Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya.

Awang Selamat yang biadap !

Posted: 10 Jan 2011 08:15 PM PST

6 Safar 1432H MerdekaReview

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana.

Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am.

Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu. Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan.

Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan.

Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai UMNO yang menggunakan media untuk membolehkan UMNO/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor.

Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdik pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing?

Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut.

Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan. Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja.

Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19 Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama "malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium".

Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut.

Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu.

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya "menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu", kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan.

Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan.

Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan di mana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan.

PR Selangor menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6 Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara.

Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan.

Saya juga mendesak Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor pada 8 Januari 2011.[MOD]

Berlaga Unta di Turki

Posted: 10 Jan 2011 08:13 PM PST

6 Safar 1432H.

Kononnya, berlaga unta mula diwujudkan pada kira-kira 200 tahun yang lalu. Aktiviti tersebut selalu diadakan antara kumpulan saudagar dengan penduduk penggembala.

Unta laga Turki dikacukan antara jenis unta yang mempunyai satu ponok dengan jenis unta yang mempunyai dua ponok.

Biasanya, unta laga lebih berat dua kali ganda daripada unta biasa. Unta laga dibahagikan kepada beberapa peringkat berat yang berbeza. Unta laga selalu dilatih pada umur lima atau enam tahun dan dapat berlaga hingga umur 20 tahun.






Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di KIA

Posted: 10 Jan 2011 08:11 PM PST

06 Safar 1432H.

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam semalam.

Menurut Bernama, empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A.Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.

"Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Anwar cabar Najib berdebat polisi ekonomi

Posted: 10 Jan 2011 08:08 PM PST

6 Safar 1432H.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Anwar berkata dengan hanya menangani dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

Malaysiakini/-

Banjir semakin pulih hanya 1 883 mangsa di pusat pemindahan

Posted: 10 Jan 2011 07:45 PM PST

6 Safar 1432H.

KOTA BAHARU - Keadaan banjir di Kelantan pagi ini bertambah baik dan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkurang kepada 1,883 berbanding 2,238 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sebanyak lapan pusat pemindahan masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

"Kesemua mangsa melibatkan 584 keluarga dan sehingga kini hanya lapan pusat pemindahan masih dibuka iaitu lima di daerah Pasir Mas dan tiga di Tumpat," katanya ketika dihubungi.

Jurucakap itu berkata, hanya empat laluan masih ditutup kepda kenderaan ringan iaitu Km 3 Jalan Pengkalan Rakit, Km 9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram, Km 23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, dan Km 6 serta Km 9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.

Paras air Sungai Golok juga semakin surut walaupun masih melebihi paras bahaya 9 meter iaitu pada 9.38 meter.

Messi pemain terbaik dunia 2010

Posted: 10 Jan 2011 07:42 PM PST

6 Safar 1432H.


ZURICH -- PEMAIN Argentina Lionel Messi (23) yang bermain untuk kelab Barcelona dan Marta (24) pemain kelab Santos dari Brazil dinobatkan Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d'Or FIFA 2010.

Lionel Messi menewaskan pencabar dari rakan sepasukan di Barcelona iaitu Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.

Marta pula menewaskan pencabar terdekat Fatmire Bajramaj dan Birgit Prinz dari Jerman.

Jurulatih Terbaik Dunia Ballon d'Or FIFA 2010 dimenangi Jose Mourinho dari Potugal yang melatih pasukan Real Madrid dan Silvia Neid dari Jerman yang menaltih skuad Jerman.

Selain itu kesebelasan pemain terbaik dimenangi Iker Cassilas (Real Madrid, Sepanyol), Maicon (Inter Milan, Brazil), Lucio (Inter Milan, Brazil), Gerrar Pique (Barcelona, Sepanyol), Carlos Puyol (Barcelona, Sepanyol), Wesley Sneijder (Inter Milan, Belanda), Xavi Hernandez (Barcelona, Sepanyol), Andres Inesta (Barcelona, Sepanyol), Lionel Messi (Barcelona, Argentina), David Villa (Barcelona, Sepanyol), Cristiano Ronaldo (Real Madrid, Potugal).
Pemenang dipilih melalui undian yang dilakukan jurulatih, kapten pasukan kebangsaan dan wartawan sukan.

MB S'gor: Sidang tergempar DUN tetap diadakan

Posted: 10 Jan 2011 06:43 PM PST

06 Safar 1432H.

Kerajaan Selangor akan tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri akhir bulan ini bagi meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, kerajaan negeri sudah melantik Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam, Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam selepas melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) di Shah Alam hari ini.

Beliau ditanya mengapa kerajaan negeri ingin meneruskan sidang tergempar dewan bagi meminda undang-undang itu sedangkan kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai 37 kerusi yang juga undi yang diperlukan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan undi majoriti dua pertiga.

Daripada 56 kerusi DUN, pakatan pembangkang mempunyai 35 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, lapan PAS dan seorang ADUN Bebas manakala BN mempunyai 20 kerusi.

Abdul Khalid berkata, Param dan Abdul Aziz telah mencadangkan supaya perkara itu tidak dibincangkan di khalayak ramai sehingga dibincangkan di dalam dewan.

Ditanya sama ada cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, beliau berkata akan meneliti perkara itu dan ia bergantung kepada cadangan peguam.

Katanya, sidang dewan itu bertujuan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik ketiga-tiga pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Idris Ahmad

Posted: 10 Jan 2011 11:58 PM PST

Idris Ahmad


Barang Naik; Ahmad Maslan Gelabah Menghadapi Rakyat

Posted: 09 Jan 2011 11:08 PM PST

Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan  Datuk  Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang  telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Ucapan Datuk Ahmad Maslan yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang. Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai. Kenyataanya sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat naikkan gaji guru RM500. 00 sebagaimana janji dalam buku jingga. Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di Restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada  negeri Pakatan Rakyat. Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat. Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang. Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti  komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.Pas ingin menyeru Datuk Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja. Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik.  PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.


Filed under: Ekonomi, Politik

Tiada ulasan:

Pengikut