Isnin, 15 November 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 15 Nov 2010 01:10 AM PST

DunSemarang


Chauvinis Cina kembali menuntut..Tak Hormat Perlembagaan Negara..

Posted: 14 Nov 2010 04:39 AM PST

Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sifat mereka yang wajar dipertimbangkan sebagai 'Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia'. Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, namun ada yang masih lagi berdegil.

Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan "Suqiu" 1999. Ianya dikatakan akan dkemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.

Dalam kongress ekonomi Cina yang dianjurkan MCA baru baru ini, isu mengenai kuota Bumiputra dan peluang untuk kontrak dari Kerajaan secara terbuka sepenuhnya telah dibangkitkan. Tindakan tindakan kenyataan seperti ini yang mengundang reaksi orang Melayu, terutama mereka yang mendukung semangat nasionalism agar apa yang telah dicapai semasa negara ini ditubuhkan termasuk 'Kontrak Sosial' agar tidak dibangkit, jauh sekali dicabar.

Akibat desakan dan tuntutan masyarakat Bukan Melayu terutama minoriti dari etnik Cina yang makin sistematik, konsisten dan lantang, maka NGO Melayu seperti PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu mula ditubuhkan dan mendapat perhatian intensif.(Dari Blog Bigdog terima kasih by M69) Link blog ini untuk selanjutnya..
Chauvinis Cina kembali menuntut

Apa
"Hua Zong" atau Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Cina Malaysia merupakan sebuah NGO yang tegas memperjuangkan untung nasib pendidikan Cina di Malaysia. Presidennya ialah Tan Sri Pheng Yin Huah..

Kita sesama islam dan Melayu asyik sibuk dengan isu kafir mengkafir..orang lain terus maju dan menuntut kepelbagaian hak mereka dan menepikan hak kita sebagai melayu priBumi..sedarlah wahai anak bangsaKU.

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 14 Nov 2010 09:30 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


SUASANA SEKITAR PROGRAM BANTUAN BENCANA BANJIR DI UTARA

Posted: 14 Nov 2010 05:13 PM PST

LINK KE KOLEKSI KERATAN AKHBAR

Posted: 14 Nov 2010 05:04 AM PST

Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah

Posted: 14 Nov 2010 04:29 AM PST

Benteng tebus tanah atasi hakisan pantai

Posted: 14 Nov 2010 04:28 AM PST

Megatech Communication dapat projek RM1 bilion

Posted: 14 Nov 2010 04:28 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 14 Nov 2010 03:09 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Penuntut Universiti Berpolitik, Reaksi Berbeza MPM

Posted: 14 Nov 2010 07:31 AM PST

PETALING JAYA: Beberapa ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) universiti tempatan di sini memberi reaksi berbeza mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus.

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaysia sesi 2009/2010, Khairul Anuar Abu Kasim berkata, dia menyokong cadangan tersebut kerana mahasiswa hakikatnya tidak boleh lari daripada berpolitik kerana mereka masih berpolitik dalam kampus.

"Fenomena berpolitik di kampus adalah hampir sama seperti di luar. Cuma suasana berpolitik di luar berbeza dengan suasana di dalam kampus.

"Kalau mereka matang berpolitik, ia adalah tiada masalah," katanya kepada mStar Online.

Khairul Anuar diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri bahawa mahasiswa sepatutnya dibenarkan menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus.

Mohamed Nazri berkata, mereka harus diberi kebebasan untuk mengembangkan minda dan universiti perlu menyifatkannya sebagai suatu proses pembangunan dan bukannya satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Bagaimanapun, Khairul Anuar berpendapat, pihak berkenaan perlu memastikan tidak wujudnya unsur negatif dalam aktiviti berpolitik.

"Keduanya, mahasiswa mestilah mempunyai pendirian untuk lebih mengutamakan pengajian di universiti daripada berpolitik. Mereka juga harus tidak mengganggu status atau kedudukan mereka sebagai penuntut universiti serta mencemarkan nama baik universiti apabila berpolitik," jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Ridhwan Mat Salleh memberitahu, sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik menerusi pindaan AUKU, kerajaan perlu mengkaji semula sama ada langkah tersebut mampu memberikan kesan kepada keputusan akademik mahasiswa.

"Mereka yang sepatutnya mengulangkaji pelajaran masing-masing pada Sabtu dan Ahad pula sebaliknya menggunakan waktu belajar itu untuk berkempen," katanya.

Tambah Muhammad Ridhwan, mahasiswa kurang sesuai melibatkan diri dalam kancah politik semasa.

Sementara itu, Exco MPM Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Izzat Ismail menyifatkan cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan kerana keutamaan mahasiswa adalah belajar dan bukannya berpolitik.

Katanya, dia bimbang mereka yang taksub berpolitik akan hilang fokus pada pengajian lebih-lebih lagi universiti adalah tempat mereka mempersiapkan diri sebelum memasuki pasaran kerja kelak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan

Posted: 13 Nov 2010 09:15 PM PST

Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.

Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 14 Nov 2010 11:04 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERUBAHLAH UNTUK KEBAIKAN

Posted: 13 Nov 2010 11:42 AM PST


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Kita sudah hampir kepada sambutan hari raya Aidil Adha atau juga disebutkan sebagai Hari Raya Haji. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Teringat saya ketika kecil dahulu, jika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha, suasana gembira dapat dirasakan. Kemerian yang ada di hati sangat luar biasa sekali.

Bagaimanapun hari ini, keadaan sudah jauh berubah. Berubah mungkin disebabkan usia kita yang semakin dewasa, manakala jadual hidup pula begitu padat berbanding di zaman kanak-kanak dahulu. Atau mungkin juga disebabkan zaman itu sendiri sudah jauh berubah.

Sebenarnya yang merasai ia berubah ialah kita, dan yang mengubah juga adalah kita. Begitulah nilai kemeriahan Hari Raya yang saya mahu maksudkan.

Cuma saya ingin menarik perhatian betapa sebenarnya, di zaman ini, kadangkala kemeriahan itu kita lupakan kerana kita terlalu sibuk berpolitik. Akuilah bahawa sehingga di saat inipun, isu-isu politik telah menguasai sepenuhnya diri kita tanpa kita memberikan perhatian khusus terhadap peristiwa penting yang bakal kita lalui.

Secara jujurnya, saya melihat keadaan ini amat tidak sihat. Ia tidak menyumbang kepada kelebihan untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Seharusnya kita memperbetulkan keadaan ini, kembali menjadikan budaya mengutamakan terhadap apa yang wajar diutamakan diberikan perhatian.

Keadaan menjadi bertambah kalut apabila politik kita dilihat menguasai semua perkara. Maksudnya, setiap perkara mesti dikaitkan dengan politik. Saya berpendapat itu tidak sewajarnya.

Oleh kerana itu, ada baiknya kita kembali kepada budaya hidup kita dahulu yang meletakkan kepentingan lain selain politik sebagai yang diutamakan. Kita harus menghayati semangat korban sempena Aidil Adha beberapa hari lagi ini untuk kita berkorban dalam mencari kebaikan.

Marilah kita bersatu, berpakat dan melupakan segala sengketa politik. Dan, jika pun kita mahu berpolitik, amalkanlah politik secara sihat dan bukannya politik yang merugikan.

Saya percaya bahawa jika kita semua mempunyai semangat untuk berubah, tiada ada sebab kita tidak boleh mencapai apa yang kita sendiri mahukan. Mudah-mudahan, kita boleh menjadi rakyat yang tahu memilih kepentingan dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya. Harapan saya, biarlah kita berpada-pada.

Seperti rakyat, saya juga amat bimbang dengan setiap perkembangan yang berlaku kerana saya khuatir kalau-kalau Negara kita boleh hancur kerana kita sendiri mengamalkan satu budaya yang tidak menguntungkan kita dan Negara kita.

Fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Pengikut