Parti Islam Semalaysia Pas menganggap rancangan kerajaan yang hendak melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, lebih kepada untuk membela kroni umno Bn sahaja melalui projek cetak buku dan alat bantu mengajar. Walaupun yang diuarkan-uarkan untuk mengatasi masalah buang bayi.
Pas merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.
Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.
Pas berpadangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno Bn adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang. Seketika dulu mereka heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni. Kemudian mereka buat-buat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka di kemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion. Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula.
Persoalannya bila pemimpin umno Bn ini prihatin kepada akhlak, bukankah mereka yang menjadi penaja besar kepada penyumbang keruntuhan akhlak. Apabila rakyat rosak akhlak mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewingan dalam pentadbiran, maka senanglah mereka terus memerintah. Ketika Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam. Bukankah ini idea Pak Pander namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun.
PERKHEMAHAN DAN MOTIVASI AMAL 2010 Tarikh : 17 – 19 Dis 2010 (Jumaat-Ahad) Tempat : Sungai Talan, Kg Bintongan, Rembau, N.Sembilan
Penyertaan terbuka kepada muslimin berumur 9 ke 55 tahun Yuran RM30 seorang
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
AKTIVITI MENARIK Kem Solat dan Ibadah Teori dan praktikal roti canai Riadah dan Silat Amal Amal Race Teori dan praktikal nasi lemak kukus Malam kesenian Kembara malam Penerokaan dan pendakian alam Teori dan praktikal lemang Masakan survival Bengkel Roket Air
Maklumat lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 Izamri 013-2124086 Hamizi 012-2832458
Barangan yang perlu peserta bawa : - Pakaian solat dan sukan - Lampu picit - Kelengkapan tidur - Khemah jika ada
Barangan yang disediakan : - Fail - Hamper dan hadiah pertandingan - Bahan membuat roti canai, nasi lemak kukus, lemang dan roket air - Sijil penyertaan
Sebarang sumbangan kewangan, hamper dan hadiah untuk menjayakan program ini amat dialu-alukan.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526
MALAN – Seorang lelaki berumur 47 tahun menjadi mangsa pertama dalam kejadian banjir kilat di Kuala Pilah ketika mahu menyeberangi tali air bersama isterinya di Kampung Malan, lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Abdul Malek Abu Bakar, 47, bersama isterinya, Hasmah Deman, 40, pergi ke kandang kambing dan kerbau miliknya di Kampung Ulu Malan.
Bagaimanapun ketika hendak pulang kerana hujan lebat tidak berhenti selama dua jam, mereka melintas pembetung tali air tetapi secara tiba-tiba air besar dari arah ladang estet Risda terus membawa mereka mengikut arus air.
Hasmah sempat berpaut di batang pisang tetapi mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan dibawa arus sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Saksi, Abd Rauf Simat, 59, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan hanya perasan apabila terdengar orang meminta tolong.
SRI REPAH – Penduduk di Kampung Padang Ragut menggesa pihak berkenaan terutama Majlis Daerah Tampin (MDT) dan pentadbiran daerah untuk mengambil tindakan mengatasi masalah tanah merah yang menghalang laluan keluar masuk alternatif kampung berkenaan.
Penduduk ditemui, Jamal Amir Ridzuan, 22, berkata, masalah itu paling ketara berlaku apabila hari hujan menyebabkan tanah merah daripada jalan baru dibuka untuk laluan Tanah Perkuburan Cina Repah melimpah masuk ke laluan alternatif penduduk kampung.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan permukaan jalan berlumpur dan berselut sehingga menyukarkan kenderaan keluar masuk menyebabkan ada yang tersekat kerana tidak mampu melalui jalan yang benar-benar ditutupi tanah merah itu.
"Kejadian ini berlaku sejak kerja membuka jalan baru di tanah perkuburan terletak di sebelah bukit pada awal tahun lalu. Kita sudah adu-kan masalah ini pada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) pada Februari lalu dan mereka telah membina longkang untuk memastikan ali-ran air tanah merah itu dapat mengalir dengan baik.
"Bagaimanapun, ia tidak berpanjangan dan longkang berkenaan dipenuhi tanah merah menyebabkan masalah permukaan jalan diliputi tanah merah kembali," katanya.
Siti Aida Abdul Aziz, 37, berkata, susulan masalah itu, keretanya berhadapan dengan risiko rosak kerana terpaksa melalui jalan dipenuhi tanah merah menyebabkan bahagian bawah kereta turut dipenuhi tanah merah.
"Jika sebelum ini, keadaannya tidak teruk, mungkin kerana longkah dipenuhi tanah merah menyebabkan airnya tidak mampu mengalir sehingga melimpah ke jalan ini. Mujur ia tidak melimpah ke kediaman berdekatan.
"Oleh itu, saya berharap ada pihak tampil menyelesaikan masalah ini kerana terdapat sesetengah penduduk jalan ini dekat untuk keluar masuk menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Sri Repah, Mohd Shafiee Fakir Mohamad berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan pada tiga bulan lalu, MDT dengan bantuan Pejabat Pembangunan Daerah melaksanakan kerja pembersihan longkang.
"Bagaimanapun, kita harap penduduk dapat bekerjasama membersihkan longkang berkenaan untuk memastikan air dapat mengalir dengan baik.
"Masalahnya, sehingga hari ini penduduk tidak mahu beri kerjasama," katanya.
JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad) Masa : 8 pg – 11 pg Tempat : Taman Matahari Height, Senawang Kupon : RM5 sahaja
Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan
Hubungi : Nazri 013-3098775 Izamri 013-2124086
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
MAJLIS MAKAN MALAM Kutipan Dana Pilihanraya MTD Lenggeng. Tarikh : 18 Disember 2010 (Sabtu) Masa : 7.00pm – 12.00pm Tempat : Markas MTD Lenggeng, Ulu Beranang, N.Sembilan Kupon : RM20
SOALAN LISAN oleh Y.B. Encik Munusamy a/l Mareemuthu (Permas):
Masalah perceraian khasnya di kalangan pasangan muda di dalam masyarakat India semakin bertambah.Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjayakan program seperti ini selain dengan modul tertentu boleh dijalankan bagi kaum India? JAWAPAN oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:
YB Dato' Speaker, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia telah membangunkan beberapa program dan perkhidmatan mengukuhkan institusi kekeluargaan dan perkahwinan melalui beberapa modul: 1. Pakej Modul Kasih. 2. Belaian Kasih : itu adalah keibubapaan anak kecil. 3. Mutiara Kasih: keibubapaan anak remaja. 4. Pancaran Kasih : kebapaan. 5 Bahtera Kasih : persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga. 6. Permata Kasih : adalah pembangunan remaja.
Selain itu, ada juga kursus ilmu keluarga LPPKN.Peserta kursus terdiri daripada kakitangan kerajaan,pihak swasta,NGO dan rang persaorangan.Topiknya adalah Pembangunan Remaja, Keibibapaan Anak Remaja, Keibubapaan Anak Kecil , Pemantapan Perkahwinan, Kursus Keibubapaan Datuk dan Nenek, Kursus Keluarga At Work , Smart Belanja LPPKN, LPPKN At Community , Kursus Smart Start.
SOALAN TAMBAHAN oleh YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani)
YB Dato' Speaker,masalah perceraian ini tidak mengira bangsa dan agama , dan saya dapati ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam ada menyebut tentang strategi kelima untuk menerapkan nilai-nilai murni dan di antara langkah yang dicadangkan ialah memperkukiuhkan nilai kekeluargaan dengan mengadakan Program Mencari Pasangan Soleh dan Solehah,Anak Soleh Titian Ke Syurga dan juga Program Keluarga Cemerlang Ummah Gemilang.Bunyinya untuk masyarakat Islam sahaja? Adakah dalam strategi ini melibatkan melibatkan mereka yang bukan beragama Islam? Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pemnbangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:
Terima kasih Yang Berhormat.Dari segi perceraian perkahwinan ini memang kita merangkumi semua bangsalah dan agama.Jadi,untuk yang beragama Islam kita ada Modul Sakinah yang telah dibawa dan dilakukan jyuga. Jadi, apa,apa tu? Jadi,dalam Modul Sakinah....
YB Dato' Speaker: Yang Berhormat nak soal dia pulak...
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan: Sebab soal ini adalah soal kaum India.Tapi kita kena sebut jugalah.
YB Dato' Speakear: Ha,yalah.Soalan dia soalan India.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat bdan Kesihatan: Tak pelah, saya akan....
YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Soalan yang nak ni, program baru yang kerajaan cadangkan dalam...
YB Dato' Speaker: Yang Berhormat, dia ni soalan tambahan dia tak ada bahas.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Insya-Allah...
YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Maksud itu yang program baru, apakah ,adakah ini melibatkan masyarakat Islam sahaja atau pun boleh gunakan untuk masyarakat bukan Islam tentang anak soleh, solehah semua ini.Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan: Insya-Allah.Agama , boleh diaplikasikan kepada agama-agama lain.Mereka ini kalau dia ada agama , dia akan ikut yang terbaik. Jadi,anak solehah dan sebagainya kita akan aplikasikan kepada kaum-kaum lain juga.Insya-Alah modul...
YB Dato' Speaker: Macam anulah....
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Kita sama-samalah...
YB Dato' Speaker : Macam PAS dengan DAP lah.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Insya-Allah,macam modul Sakinah pun kita akan buat translation dalam bahasa lain supaya ereka ini lebih memahami, kalau boleh dia akan terapkan kepada agama-agama lain.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adhakepada seluruh umat Islam, khususnya ahli dan penyokong PAS dan penyokong Pakatan Rakyat.
Kembalikan kerajaan kepada mereka yang berhak bersesuaian dengan ibadah haji dan binatang ibadah korban kita.
Marilah kita hayati Hari Raya Aidil Adha ini dengan mengambil iktibar daripada ibadah haji dan ibadah qorban , demi kemenangan dunia dan akhirat. Allahhu Akhbar Allahhu Akhbar Allahhu Akhbar
ALOR SETAR, 14 November - Media hanya dihalang memasuki dewan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 adalah atas permintaan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah YB Dr Dato' Abd Isa bagi menjaga kemuliaan persidangan yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
"Media seharusnya menjaga etika kewartawaanan saya bersikap tak kisah dalam hal ini. Tak mahu tulis berita saya tak apa. Tapi hendaklah tulis perkara yang betul dan jangan putar belitkan fakta, tentulah saya kecewa," kata Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas perasmian majlis itu.
Beliau menyifatkan larangan itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh dua media elektronik berkenaan sering tidak tepat dan bertujuan memburukkan Kerajaan Negeri Kedah semata-mata.
Katanya, isu media dihalang daripada membuat liputan sebenarnya bukanlah baru bagi media pembangkang kerana media pembangkang sering dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini
"Saya pernah memangku jawatan Pengarah Urusan akhbar Harakah layanan daripada Kementerian Penerangan tidak memihak kepada kami. Malah tak dijemput untuk membuat liputan sedangkan Harakah juga diberi lesen penerbitan oleh Kementerian Dalam Negeri. Kami tak komplen pun. Bukankah ini menyekat kebebasan media," katanya.
Menjawab soalan wartawan adakah larangan itu akan diperluas bagi acara rasmi kerajaan yang lain katanya, perkara itu akan dikaji terlebih dahulu.
"Kita akan tengok sampai mana situasi ini dan putuskan kemudian. Jika media menjaga etika dan adil dalam penulisan, kita tiada masalah," katanya.
Beliau turut mengibaratkan media ini sebagai dua jenis serangga iaitu lebah dan lalat. Katanya lebah adalah sejenis serangga yang hebat dengan sengat berbisa, memakan madu dari sari bunga-bunga yang harum kemudian menghasilkan madu yang berkhasiat. Sedangkan lalat semua orang tahu terhasil dari tempat yang kotor gemar menghinggapi benda-benda busuk dan membawa penyakit.
Pada majlis ini media yang datang untuk membuat liputan ialah semua akhbar berbahasa Cina yang lain termasuklah Utusan Melayu, Berita Harian, The Star, The News Starits Times, Harakah, Sinar Harian dan Bernama.
KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS mendakwa cadangan kerajaan mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, tidak lebih untuk kepentingan kroni umno BN dan bukan ikhlas mahu mengatasi masalah buang bayi.
Bagi PAS, cadangan itu bukan satu penyelesaian konkrit malah dilihat peluang untuk kroni Umno merebut projek mencetak buku dan alat bantu mengajar sahaja.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah.
Sedangkan, seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini dan apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.
"Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.
"PAS berpadangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang," katanya.
Tambahnya lagi, seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni Umno.
Kemudian, Umno katanya 'buat-buat bising' mengenai pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.
Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.
"Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion.
"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," katanya lagi.
Beliau turut mempersoal sikap pemimpin Umno yang dilihat seperti perihatin terhadap akhlak dan moral masyarakat, sedangkan katanya, Umno jugalah yang menjadi penaja besar kepada program penyumbang keruntuhan akhlak.
Umno juga katanya seperti lebih senang jika rakyat rosak akhlak, kerana mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran.
"Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam, bukankah ini idea Pak Pandir namanya.
"Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," katanya
JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad) Masa : 8 pg – 11 pg Tempat : Taman Matahari Height, Senawang Kupon : RM5 sahaja
Objektif : Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Kawasan Rembau, N.Sembilan
Hubungi : Nazri 013-3098775 Izamri 013-2124086
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah SAW : Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.
Salam pengorbanan buat semua penduduk dan warga pengundi DUN Dusun Tua.
Lawatan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ketua Pemuda Pas Pekan bersama rombongan telah meluangkan masa melawat keluarga mangsa pembunuhan di Chini Timur 1.
Mungkin nak salahkan Zambry serang pun tak adil lah... bukan dia yang buat design banner tue.. dia mane ada masa nak check betul ke idak wording dalam banner tue.... mungkin kesalahan patut turut diletakkan kepada Setiausaha dia yang tak berapa tau pasal tarikh hari raya sehingga berlaku kesalahan masa check wording sebelum print.... mungkin jugak setiausaha dia tak patut disalahkan sebab yang designer tue mangkuk bertingkat pasal apa... sampai tarikh raya haji pun tak tau....
Al kesimpulannya yang mangkuk bertingkat adalah designer dia yang disebabkan oleh mangkuk bertingkat-tingkatnya setiausaha dia yang dilantik oleh seorang menteri besar yang lagi bertingkat-tingkat mangkuknya... pendek kate memang UMNgOk nie semuanye mangkuk....
Dalam ketika ARC dijulang, dan dicari ..dalam ketika banyak jasa ARC untuk membangunkan usaha Dakwah..dalam ketika peranan ARC semakim memuncak... Sdr. Firdaus (Marshall ARC Selangor) Telah dijemput oleh Allah untuk menemui-Nya pada awal pagi tadi setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal pada malamnya.
Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.
Beliau sempat untuk lead satu program safety Riding pada sebelah petang program tersebut.
Saya selaku sahabat yang pernah bekerjasama dengan beliau , berasa amat kagum dengan semangat dan kesungguhannya...banyak kenangan2 kami bersama-sama menempuh duri-duri perjuangan ditayangkan di layar minda...Beliau tidak pernah putus asa , beliau pernah keseorangan dalam berjuang tetapi dipangku oleh sahabat2 yang tidak ingin melihat ada jemaah yang berkeseorangan..kini beliau keseorangan lagi..menemui Cinta-Nya yang kekal abadi
Semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang mendapat Rahmat Allah S.W.T dan mereka yang mendapat Syafaat Rasulullah S.A.W...Al-Fatihah...Amin
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.
"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.
Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.
"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.
Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.
"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.
Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.
Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PRK) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.
Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.
Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.
Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.
Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.
1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
5) Gelaran Datuk
Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.
Personaliti dari Malaysia yang disenaraikan dalam buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" meningkat kali ini tetapi kedudukan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam senarai 50 teratas terkeluar berbanding edisi sulung tahun lalu.
Beberapa nama terkemuka lain juga terkelur kali ini.
Dalam edisi 2009, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 1990, berada di tangga ke-42, tetapi tiada rakyat Malaysia yang menduduki senarai 50 teratas kali ini.
Nama-nama baru dari Malaysia yang disenaraikan dalam edisi kali ini ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Prof Dr Muhammad Afifi al-Akiti.
manakala Tun Mahathir yang dulunya tersenarai pada 2009 telah dikeluarkan senarai pada tahun 2010.... sian dia!!!! nak tengok detail......
Yayasan Selangor di bawah UMNO sejak tahun 2005 tak pernak diaudit? Ada hati DS Noh tuduh Yayasan Selangor berbelanja sebanyak RM800,000 . Kalau teman, elok benor semua perbelanjaan yang terlibat dengan Sultan dan MB dipaparkan dalam Akhbar tak kiralah negeri pahang ke ,Negeri Selangor ke ? Maknanya semua negeri bawah Pemerintahan BN & PAS wajar dedahkan semua perbelanjaan yang melibatkan pimpinan negeri, persekutuan atau diri beliau.
SHAH ALAM , 15 Nov. : UMNO tidak layak bercakap cara pengurusan kewangan, kebertanggungjawaban dan pembaziran dalam Yayasan Selangor.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata,Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih yayasan dari kerajaan terdahulu yang tidak diaudit sejak 2005.
Menurutnya, masalah tersebut berjaya diselesaikan selepas Abdul Khalid mengarahkan kewangan yayasan tersebut diaudit dan dikemas kini.
Kalau hendak cakap mengenai cara mengurus kewangan, UMNO tidak layak bercakap mengenainya kerana yayasan tidak di audit sejak 2005. Tidak tahu ke mana keluar masuk duit yayasan. Kami dapati belanja lebih banyak dari yang masuk.
"Apabila Tan Sri masuk Selangor, barulah diaudit dan dapat diselesaikan dan tahun ini baru berjaya mengaudit dari tahun 2005 sehingga 2009 tetapi tahun 2010 berakhir lagi untuk diaudit. Kita kena bersihkan segala saki baki UMNO," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Abdul Khalid tidak tahu mentadbir dan mengurus yayasan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mempersoalkan matlamat sebenar Noh Omar mengatakan Abdul Khalid biadab kerana menggunakan perkataan 'beliau' dan 'dia' kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kalau beliau berniat hendak memberikan teguran membina, kami menerima teguran itu dengan baik.
Tetapi dalam keadaan sekarang, beliau dilihat seperti menangguk di air keruh, seolah-olah cuba mewujudkan ketegangan di antara Kerajaan Selangor dengan istana," katanya.
Noh semalam menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab apabila menggunakan 'beliau' dan 'dia' kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataannya di sebuah televisyen swasta, malam kelmarin.
Menurutnya, sebagai rakyat Selangor, amat menyedihkan dan dukacita apabila seorang berbangsa Melayu malah merupakan menteri besar menggunakan bahasa tersebut kepada Sultan Sharafuddin.
"Bagaimana seorang MB, menggunakan perkataan 'beliau' dan 'dia' kepada Tuanku? Ini akibat terlampau lama berkawan dengan DAP,"katanya.SH Posted by PAS Parit Buntar
Alasan teman :- 1. Datuk ZI (Zaid Ibrahim) dah banyak berjasa dengan rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat di Hulu Selangor dimana beliau bersungguh mahu memenangi Parlimen Hulu Selangor bagi pihak Pakatan Rakyat dan akhirnya beliau kalah disebabkan permainan rasuah mega BN. Yang ini beliau kena ingat, BN bukan wadah terbaik (untuk berpaling) kalau ikut ketelusan Datuk Zaid. 2. Datuk Zaid telah berjasa dengan PAS kerana menjual mahkota UMNO merangkap maruah UMNO/BN iaitu Bangunan UMNO di Kota Bahru kepada PAS. Sayang kalau Datuk melupakan pengorbanannya yang sukar ditukarganti ini. Beliau memang di landasan yang betul. 3. Datuk Zaid tidak perlu melenting kerana pertandingan merebut jawatan tersebut kerana ramai memandang kebolehan dan keterbukaan dan keadilan Datuk Zaid yang sinonim dengan perjuangan Pakatan Rakyat.Datuk tidak akan rugi kalau kalah sekalipun. Ramai lagi menyebelahi Datuk. 4. Cara PKR melakukan pertandingan memilih pemimpin hadapan cara undi terus melalui setiap ahli memang semua orang tabik tetapi pada pendapat teman cara begitu terlalu ideal atau terlalu sempurna di mana BN/UMNO pun tak berani dan juga tak mampu nak buat walaupun dah lebih 50 tahun mereka mendominasikan politik di Malaysia. Inikan pula diundi dengan terbuka semua bangsa anata India, China dan Melayu dan bangsa minoriti lain. Sedemikian Datuk Zaid harus faham situasi dan kemungkinan yang akan berlaku. 5. Datuk Zaid atau pemimpin yang masuk ke dalam Pakatan Rakyat harus balik ke pangkal jalan di mana perjuangan mereka semasa nak masuk ke dalam Parti komponen Pakatan Rakyat. Kenapa dengan ketidakpuasan dan kelemahan atau ketirisan sedikit sudah nak menjauhkan diri atau menarik diri. Dimana semangat kental kita semasa berikrar mahu berjuang untuk rakyat? 6. semoga sesiapa yang ambil keputusan bersama Pakatan Rakyat terutama yang berugama Islam buatlah solat hajat & istiharah sebelum mengeluarkan ucapan,kata-kata atau kenyataan atau tindakan.
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim telah memutuskan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku dalam parti itu.
"Saya tahu ramai yang menghitung hari saya dalam parti kerana ada pemimpin yang sengaja membuat serangan peribadi terhadap saya.
Zaid yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno berkata beliau ingin berehat seketika untuk 'melepaskan diri daripada semua perhatian.'
"Saya tidak pernah marah kepada parti, saya cuma benci dengan pemimpin-pemimpin yang gila kuasa dalam parti," katanya.
Bekas menteri Kabinet itu menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presdein PKR minggu lalu, kerana beliau mendakwa, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dalam pemilihan PKR dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
Zaid berkata beliau telah dikritik hanya kerana dia meminta satu pilihan raya parti yang bersih dan bebas.
Katanya sejak dari awal proses pengundian apabila beliau mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti dia telah menggesa pemimpin-pemimpin parti supaya melihat secara serius masalah ketaksekataan dalam proses pengundian.
"Saya tidak boleh terima semua penipuan ini. Mereka (pemimpin PKR) tidak boleh menerima kritikan. Mereka menyerang orang yang bercakap benar daripada meneliti aduan-aduan yang diterima," tambahnya.
Menurut pemerhati politik, Zaid akan keluar daripada PKR dan menubuhkan partinya sendiri.
Apa dah jadi Kewangan malaysia? Dah terkangkang nak guna timbang Tara? Mana acuan Malaysia yang dihebohkan selama ini? timbang tara kena cuuck hidung ikut acuan orang ler ! Dahla masalah Pulau batu Putih yang memang hak Malaysia di bawa ke mahkamah Antarabangsa di Belanda bagi di timbang tara kunun, akhirnya keputusan Menag Menang kata Rais Yatim. Yang dapat Singapura. Pastu Tanag Tanjung Pagar yang terang dan jelas hak Malaysia ditukar silap mata oleh Singapura boleh DS Najib setuju? Pastu dahla kena tukar , maslah sewa plak! dan akhirnya ke mahkamah timbang tara lagi? Ya Allah kenapa Pemimpin BN/UMNO ni bengong sangat?
KUALA LUMPUR 15 Nov - Setelah Umno-Barisan Nasional gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia mencatatkan hutang paling tinggi dalam sejarah, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa melutut kepada Bank Dunia untuk membantu mengurangkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun.
Ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lal, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen.
Malaysia katanya turut berharap kajian tersebut akan meningkatkan kredibiliti kerajaan.
"Kita mahu pihak ketiga sebagai penimbang tara," kata Ahmad Husni.
"Laporan audit tahunan berhubung perbelanjaan agensi kerajaan menunjukkan "beberapa penemuan negatif dan kami berharap dengan penglibatan Bank Dunia, pada masa akan datang kita harap dapat melihat pencapaian yang lebih baik," katanya.
Jurang fiskal yang bermula sejak krisis kewangan Asia lebih daripada sedekad lalu akan membantu meningkatkan kemungkinan mengangkat kedudukan kredit Malaysia, yang ketika ini di bawah China dan Taiwan.
Keyakinan tinggi pelabur terhadap sistem kewangan negara di Asia Tenggara diharap dapat membantu usaha Najib untuk menarik pelaburan dan meremajakan ekonomi negara yang mungkin dikalahkan oleh jirannya, Singapura tahun ini.
Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia.
Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi, memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatani serta mengurangkan kos operasi yang akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2015.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan kesan daripada rancangan itu akan menyebabkan KDNK merudum daripada 5.6 peratus tahun ini kepada 5.4 peratus, tahun depan.
Namun, Najib sehingga kini masih belum memperincikan rancangan pengurangan subsidi atau memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ketika pembentangan Bajet 2011, 15 Oktober lalu.
Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi.
"Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa."
Ahmad Husni turut memberitahu kerajaan sedang bekerjasama dengan perunding bagi mendapatkan semula pendapatan berjumlah RM5 bilion yang menurutnya gagal dipungut.
Namun, beliau tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan akan mendapatkan dana tambahan yang diperlukan itu.
Cawangan PAS Baru lulus! Alhamdulillah bersyukur pada Allah bila dibukakan hati dan minda penduduk Taman Kesumba , Bukit Beruntung yang menyertai perjuangan PAS yang sebelum ini di bawah naungan Cawangan PAS Bukit Sentosa 2 telah mendapat kekuatan memohon membuka Cawangan Penaja PAS Cawangan sejak bulan Januari 2010 yang dinamakan PAS Cawangan Taman Kesumba , Bukit Beruntung. Dan Akhirnya pendaftaran mereka telah diluluskan dan secara resminya melakukan Mesyuarat Cawangan kali 1/2010 semalam. Seperti sirih pulang ke ganggang Sdr Zakaria yang sebelum ini mengetuai perjuangan aktiviti PAS dan kemasyarakatan serta penubuhan penaja terus dipilih sebagai Ketua Cawangan secara resminya dan akan dibantu timbalannya iaitu Ustaz Muhammad. Perasmian Mesyuarat dihadiri pemerhati dari AJK dan Ahli PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 melalui Timbalan Ketua Cawangan yang memangku Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 Sdr Rahmat bersama bendahari, S/U dan Ketua Penerangan. Untuk makluman, Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 berada di Sabah dan sentiasa mengambil tahu aktiviti dan terus menyumbangkan apa saja keperluan setakat kemampuan beliau walaupun dari jauh. Majlis mendapat kunjungan istimewa dari Timbalan YDP PAS Kawasan Sdr Naharuddin dan S/U PAS Kawasan Sdr Azhar dan juga Ketua Zon PAS Beruntung/Sentosa Ustaz Wan Shamsuddin. Melalui Timbalan YDP , beliau memaklumkan bahawa YDP Pas Kawasan mengirim salam dan beliau sedang mengerjakan haji di Mekah.
15 NOVEMBER 2010 Bajet 2011 Kedah realisasi 'Rakyat Sejahtera' Mohd Shubihi Muhamad Zain
ALOR SETAR, 15 Nov: Bajet 2011 Kedah terus mengutamakan kepentingan rakyat apabila menggariskan empat matlamat besar iaitu merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan dan memperkasakan tadbir urus pentadbiran negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentang Bajet 2011 itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, petang semalam untuk kali ketiga sejak menerajui pentadbiran kerajaan negeri .
Persidangan bajet ini diadakan selepas negeri itu baru sahaja dilanda bencana banjir yang cukup luar biasa dan yang turut mengundang suara-suara sumbang pihak yang cuba menafikan usaha dan pengorbanan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan itu.
Bajet tersebut juga memperuntukkan RM2.65 juta bagi membantu keluarga miskin tegar melalui beberapa program bantuan.
Kerajaan negeri juga akan melaksanakan projek perumahan rakyat di atas tanah milik kerajaan negeri di Bandar Tunku Puteri, Batu 4 Tandop, Kampung Kilat, Kampung Berjaya, Kampung Telok Yan dan Kuala Ketil.
Selain itu projek perumahan untuk keluarga miskin di Yan melibatkan 100 unit rumah yang selesa di atas tanah milik kerajaan turut akan disiapkan.
Sejumlah RM6.5 juta juga diperuntukkan kepada projek-projek kecil di semua kawasan DUN bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Manakala RM2.75 juta disediakan untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah kos rendah.
Untuk membela golongan kurang bernasib baik termasuk bantuan bencana alam, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM14.5 juta.
Elaun sara hidup kepada rakyat miskin yang layak juga , dinaikkan daripada RM75 kepada minimum RM150 sebulan, sementara skim Kafalah diteruskan dengan peruntukkan sebanyak RM3.6 juta.
Antara peruntukan lain yang dibentangkan adalah seperti berikut:
- RM13 juta kepada program pembangunan pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran termasuk tanaman jagung, nanas dan tanaman kontan.
- RM5 juta untuk memajukan industri ternakan dan perlaksanaan inisiatif baru bagi meningkatkan perkhidmatan klinik dan penyediaan ruang penjagaan binatang peliharaan di Jabatan Veterinar Alor Setar.
- RM5.5 juta akan dibelanjakan untuk meningkatkan sistem pengairan kawasan sawah padi di Kurung Hitam, Lembah Bata, Sidam Kanan, Kota Kuala Muda dan Langkawi.
- Peruntukkan RM3.5 juta akan dikhususkan untuk program tebatan banjir di beberapa lokasi yang bakal dipilih.
- RM500 ribu untuk membina pusat pengumpulan dan pemasaran buah-buahan dan produk hasil pertanian di Sik, Bandar Baharu dan Pokok Sena yang akan memberikan faedah secara langsung kepada penjual, pemborong dan pembeli buah-buahan tempatan.
- Memperuntukkan RM4 juta bagi membina ruang niaga di lokasi yang strategik untuk menambah bilangan usahawan bumiputera di dalam bandar.
- Menambahbaik rangkaian jalan raya, melebarkan jambatan dan menaik taraf jalan-jalan negeri dengan peruntukkan sebanyak RM69 juta.
- RM2.9 juta untuk memelihara kualiti air sungai, program pemulihan akibat banjir dan perbelanjaan luar jangka akibat bencana alam.
- RM1.5 juta untuk melaksanakan inisiatif baru bagi menyuburkan perpaduan kaum dan mengeratkan hubungan kaum melalui program secara berjadual.
- Sejumlah RM10 juta disediakan bagi membiayai sebahagian kos tanah dan kerja awalan projek pembinaan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil.
- RM9.5 juta bagi membiayai kos operasi KUIN termasuk mewujudkan dua bidang pengajian baru iaitu perubatan dan perhotelan.
- RM30 juta untuk memperkasakan Maktab Mahmud dengan kemudahan prasarana dan pembelajaran.
- Tabung pinjaman pendidikan berjumlah RM2.2 juta kepada anak-anak Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
- RM14.1 juta diperuntukkan untuk membiayai kos operasi, elaun guru, bahan pembelajaran dan program pembangunan insan di peringkat pendidikan rendah.
- RM3.5 juta untuk menubuhkan sebuah pusat latihan dan aktiviti belia di Sungai Petani.
- Memberikan elaun RM200 sebulan kepada Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) mulai Januari 2011.
- RM4.2 juta untuk mempertingkatkan program pembangunan sukan bagi persediaan atlet ke Sukan Malaysia di Bukit Jalil pada 2011 nanti.
- RM202.8 juta untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan kerajaan negeri dan kenaikan gaji tahunan seperti yang ditetapkan.
- Sejumlah RM1.2 juta disediakan untuk program pembangunan insan dan latihan kakitangan bagi memantapkan perkhidmatan.
- RM800 ribu diperuntukkan bagi membiayai bil rawatan kakitangan kerajaan yang ditimpa penyakit kronik dan kritikal.
Melaka telah diisytiharkan negeri maju tetapi penduduk di Parlimen Bukit Katil hidup penuh kesusahan akibat banjir. Inilah yang berlaku di sebuah rumah di dalam DUN Bachang, di mana masalah air longkang tidak dapat mengalir dengan baik sehingga melimpah ke kawasan rumah menyebabkan seorang penduduk di sini dirundung kekecewaan.
Bakar Putih, 51, berkata, dia berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membina longkang baru di kawasan rumahnya supaya air hujan yang bertakung dapat mengalir dengan baik. Menurutnya, masalah itu sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lama dan dia tidak pasti sampai bila boleh bertahan lagi.
"Setiap kali hujan air akan melimpah masuk ke dalam rumah saya kerana saluran longkang di sini tidak sistematik. "Masalah ini bukan sahaja menyebabkan saya rugi, tetapi memenatkan saya kerana terpaksa mencuci rumah setiap kali ia berlaku," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Bakar berkata, buat sementara waktu, dia mengambil inisiatif membina tembok sendiri supaya air yang melimpah tidak dapat masuk ke dalam rumah.
"Sekiranya air bertakung rendah, bolehlah tembok ini menghalang air masuk.
"Tetapi, jika hujan sampai dua jam, saya terpaksa bersedia kerana air berkenaan tetap masuk dan memenuhi rumah,'katanya.
Malah, katanya, dia terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk memastikan air kering untuk menimba air keluar.
"Sekarang saya tidak dapat tidur lena kerana hujan sering turun. Saya percaya sekiranya longkang dibina pasti ia dapat mengatasi masalah ini.
"Biarpun tidak sebaik mana, namun diharapkan dapat mengurangkan bebanan penduduk. Setidak-tidaknya dapatlah saya hidup dengan lebih selesa,'katanya.
Inilah dia antara kesengsaraan rakyat negeri Melaka yang tidak mendapat pembelaan pihak berkuasa kerajaan negeri Melaka, yang megah dengan pengisytiharaan negeri maju, tetapi rakyat diabaikan.
Laporan asal oleh akhbar Sinar Harian edisi digital, Rabu 10 Nov 2010. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8388132.asp
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOTA BHARU, 15 Nov: Pelbagai pihak menyifatkan bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Ustaz Mohd Nor Idris yang mendakwa dirinya sebagai kasyaf sebagai sesat.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan kenyataan pemimpin Umno boleh diketawakan orang yang waras.
"Sahabat yang termasyhur di zaman Rasulullah saw tidak pernah mengakui diri mereka kasyaf.
"Sejarah mencatat seorang sahabat bernama Uwais Al-Qarni mempunyai kelebihan spiritual sehingga baginda menyuruh Saidina Omar meminta ulama itu berdoa.
"Tak tahulah saya kalau Ustaz Nor boleh mengaku diirinya kasyaf secara terbuka," katanya sebagai mengulas pengakuan pemimpin Umno terbabit yang disebarkan melalui facebook baru-baru ini.
Pada kenyataan melalui laman tersebut Ustaz Nor memberitahu enggan bersalam dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap tangan Menteri Besar sebagai syaitan.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini Ustaz Nor juga menengking keras Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika kunjungan Menteri Besar ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad di RPT Sungai Terah.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan pengakuan kasyaf Ustaz Nor yang dianggap sebagai sesat.
Beliau juga mempertikaikan tulisan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan Ahad lalu yang mengangggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan bersalam dengan Ustaz Nor.
"Sedangkan perkara sebenar yang berlaku ketika Menteri Besar menghulur tangan untuk bersalam, Ustaz Nor enggan kerana menganggap tangan pemimpin PAS itu ada syaitan," katanya.
Oleh itu beliau berharap pengarang akhbar terbabit lebih beretika dalam setiap tulisan dan bukannya menjadi jaguh menyebarkan fitnah.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Utusan sebagai lidah rasmi Umno sekali lagi cuba memfitnah Menteri Besar Kelantan dengan menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
Katanya, gambaran yang diberi kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan bersalam dengan Ustaz Nor jauh menyimpang jauh terhadap perkara sebenar yang berlaku.
"Mengapa pengarang terbabit cuba menyembunyikan perkara sebenar apabila seorang menteri besar dimaki hamun di hadapan orang ramai ketika berkunjung ke rumah seorang pemimpin bekas Semangat 46.
"Ramai menjadi saksi kepada sikap gelojoh dan tidak beradab yang ditunjukkan Ustaz Nor. Semua rakyat di Kelantan tahu cerita sebenar dan Utusan tidak mampu untuk menyembunyikan," katanya.
Menurutnya Utusan perlu membetulkan dan memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan.
Kata beliau sekiranya akhbar terbabit terus berdegil tindakan selanjutnya termasuk mendapatkan keadilan di mahkamah.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, serangan Utusan sengaja dilontarkan akhbar terbabit dengan harapan dapat menjatuhkan karier politik Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"Semua itu kerja sia-sia belaka, prinsip Tok Guru tidak pernah tunduk pada sebarang tekanan. Malah ini bukan satu perkara baru bagi Tok Guru. Selama 20 tahun memerintah Kelantan sudah terlalu banyak pengalaman pahit manis dilaluinya.
"Saya tidak nampak rasional atau apa untungnya di sebalik serangan itu. Bahkan, seringkali tuduhan mahupun tomahan terhadapnya akan menambah kuatkan lagi semangat Mursyidul Am," katanya.
Beliau juga berharap Awang Selamat jangan berselindung di sebalik nama murahannya untuk melacurkan pena wartawan demi kepentingan perut semata-mata.
Umat Islam seluruh dunia menyambut 'Aidil Adha menjelang 10 Zulhijjah bersamaan 17 November 2010.Negeri Perak kini mulai heboh kerana Zambry menaikan poster untuk menyambut Raya Haji pada 17 Zulhijjah - tujuh hari selepas ummat Islam menyambutnya!
Ini mazhab mana? Korang tolong fikir-fikirkanlah sendiri! Takkanlah benda semudah ini pun boleh tak tahu….lebih baik jadi lembu - boleh kita sama-sama buat korban!
Mari kita kibarkan bendera PAS di seluruh bumi Sabah ini.Naik kan di pokok,di simpang,di bangunan,dan di mana saja secara berterusan atas tekad "PAS GANTI UMNO".DAPATKAN bendera daripada Penerangan PAS SABAH(Saiz 4 kaki X 6 1/2 kaki),harga RM 5 sekeping,Bank in di Maybank bernombor akaun 1141501513 44 atas nama HISAMMUDDIN SULAIMAN. Kita hijaukan bumi Sabah dengan bendera Pas,Ayuh sahabat,segera bertindak,Jazakallah.TAKBIR!
KUANTAN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuantan mencadangkan agar tulisan jawi diperkasakan semula di peringkat sekolah rendah dan menengah agar ia tidak dilupakan terus oleh generasi muda.
Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Zharif A Rahim berkata, usul tersebut dibuat selepas mendapati tulisan jawi semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu di negara ini, malah generasi muda juga tidak mampu menguasai tulisan itu dengan baik.
Menurutnya, penguasaan dalam pembacaan dan penulisan jawi yang tidak memberangsangkan harus ditangani secara efektif melalui sistem pendidikan.
"Melalui GPMS yang memperjuangkan hak Melayu dan pendidikan, saya mencadangkan supaya tulisan Jawi diperkasakan semula dan dijadikan sebagai subjek teras di sekolah.
"Justeru, saya berharap, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mengkaji kaedah yang sesuai bagi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran tulisan jawi sama ada dijadikan subjek sampingan atau modul tambahan dalam subjek Pendidikan Islam," katanya ketika mencadangkan usul itu pada Mesyuarat Agung GPMS Cawangan Pahang kali ke 13, di sini, semalam.
P/S:-Dahulu Tulisan Jawi adalah sesuatu yang sangat BIASA di kalangan orang Melayu.kita mungkin lebih mengenali Jawi berbanding Bahasa Inggeris.dan banyak Perjanjian antara pihak British pada zaman dahulu si tulis dalam Tulisan Jawi.
Tapi pada suatu KETIKA dalam zaman yang berikutnya,ada TOKOH yang memegang PEMERINTAHAN dalam PENDIDIKAN telah sedikit sebanyak menyumbang ke ARAH MENGURANGKAN pengaruh dan keberkesanan Tulisan Jawi ini.
Tokoh tersebut adalah BEKAS MENTERI PELAJARAN yang berasal dari PARTI yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA dan TANAHAIR.Untuk tahu lebih lanjut, marilah kita sama-sama SCROLL dan SURF dalam MEDIA BARU ini bagi mengetahui siapakah TOKOH yang dimaksudkan DIATAS.Kami yakin sudah ramai yang tahu dan untuk yang tidak tahu,BUKAN susah untuk anda mencari siapakah TOKOH tersebut dan dari mana dia lahir.
SEMOGA BERJAYA!!!!!(Lupa nak sertakan maklumat yang namanya ada disemadikan dalam salah satu kejohanan SEPAK TAKRAW!)
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MAJLIS MAKAN MALAM Kutipan Dana Pilihanraya MTD Lenggeng. Tarikh : 18 Disember 2010 (Sabtu) Masa : 7.00pm – 12.00pm Tempat : Markas MTD Lenggeng, Ulu Beranang, N.Sembilan Kupon : RM20
Nampaknya Unit Amal Negeri Sembilan ini diam-diam ubi berisi juga. Banyak juga aktiviti Unit Amal Negeri Sembilan yang kita terlepas pandang. Tahniah kepada semua AJK dan ahli Unit Amal Negeri Sembilan.
CERAMAH PAKATAN RAKYAT Tarikh : 20 Nov 2010 , Sabtu Masa : 8.45 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, N.Sembilan (rumah Abu Sufian) Penceramah : Ust Misbahul Munir Masduki, SU PAS Perak YB Veerappan, ADUN Repah, Tampin Lim Swee, Pengerusi DHPP Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan