Jumaat, 5 November 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Khairy Jamaluddin

Posted: 05 Nov 2010 01:21 AM PDT

Khairy Jamaluddin


Selamat menyambut Deepavali

Posted: 04 Nov 2010 05:00 PM PDT

Bersempena dengan Perayaan Deepavali yang diraikan hari ini, saya dan seluruh barisan kepimpinan Pemuda Barisan Nasional mengucapkan selamat menyambut Diwali atau Pesta Cahaya kepada seluruh rakyat dan rakan yang beragama Hindu di Malaysia.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 05 Nov 2010 01:19 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SEMOGA YAB PM KEMBALI SEMBUH

Posted: 05 Nov 2010 12:06 AM PDT

Kami kepimpinan UMNO Cawangan Bukit Ampang mendoakan semoga YAB PM dan Presiden supaya cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas harian seperti sediakala.

PM dimasukkan ke HKL untuk pemeriksaan lanjut

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi. – Bernama



PERDANA MENTERI DINASIHATKAN BEREHAT SELEPAS TERDAPAT TANDA-TANDA AWAL CACAR

KUALA LUMPUR, 31 Okt 2010 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) pada Ahad, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

SUMBER : BERNAMA

DunSemarang

Posted: 05 Nov 2010 01:06 AM PDT

DunSemarang


Tahniah untuk UMNO....

Posted: 04 Nov 2010 08:10 AM PDT

Kami ahli akar umbi dan Ahli UMNO mengucapkan Tahniah kepada Calon BN Abdul Aziz Yusof berjaya merampas DUN Galas . Bagi pihak YB Datuk Samsolbari Bin Jamali yang kini di tanag suci..sekali lagi di ucapkan TAHNIAH dari DUN SEMARANG. Semuga kemenangan ini menjadi iktibar kepada mereka yang berlambang Hijau dan Merah serta Biru Laut. Bahawa sesungguhya Roket Merah yang terbang menuju Bulan Putih akan terjunam dan jatuh kelaut Biru. Dan kami UMNO akan sediakan kapal Layar untuk memudahkan anda berangkat ke tempat lain...semuga orang yang sedia Kafir tak lancang mulutnya menuduh UMNO Melayu Kafir...ASU mana yang biadab seperti itu...Di mana suara MCA..MIC..PPP..Gerakan..bila ada yang mengatakan Melayu UMNO KAFIR..mana dia SETIA KAWAN... yang sudi membela..senyap kerana hormat pada yang mengata Melayu UMNO. Tahniah DUN Galas..kami juga tahu majoriti yang undi UMNO...Wahai anak Bangsaku ingatlah...Sejarah..Tawarikh..Tarikh..
Tahniah kepada Tim Perdana Menteri dan kami berdoa agar PM DSN akan cepat sihat..Amin.(Poster Ihsan dari Blogger GAP) Terima kasih Tuan Guru kerana bersama menyumbang kemenangan kepada Calon UMNO..Tahniah dan teruskan di PRU 13. Ingatan yang mulia dan berprofail tinggi dari GAP yang harus kita lakukan "AYUH SAHABAT, KITA LAKUKAN SUJUD SUKUR.. ALHAMDULILLAH..HARUS DIINGAT, PERANG KITA LEBIH BESAR LAGI MENANTI..PRU KE 13 !"..terima kasih.ByM69

Hamidah Osman

Posted: 04 Nov 2010 11:05 PM PDT

Hamidah Osman


Alhamdulilah dan Terima Kasih

Posted: 04 Nov 2010 04:19 PM PDT

Salam Semua,

1. Alhamdlilah dan syukur kepada Allah SWT atas kemenangan di Batu Sapi dan Di Galas

2. Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.
Calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi manakala calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi.telah kembali kepada Barisan Nasional.

3. Jentera Barisan Nasional telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen, menghadapi cabaran dan kesukaran sepanjang tempoh berada di sini. Semangat dan iltizam yang tinggi disemua peringkat menghasilkan kejayaan ini.

4. Terima kasih kepada Wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO dan semua pihak terutama Blogger Pro Kerajaan yang menangkis segala serangan dan tuduhan yang tidak berasas selama tempoh berkempen.

5. Terima kasih jugak kepada semua pihak yang mampu bertahan dan berhemah dengan segala provokasi oleh pihak pembangkang yang kadang kala menguris hati kita terutama wanita.

6. Semoga Allah SWT senantiasa membantu kita dalam perjuangan ini. Tahniah dan Terima kasih sekali lagi.

Hamidah Osman
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia

Gua Musang

Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 12:00 AM PDT

Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

Terkini di Galas 8

Posted: 03 Nov 2010 11:33 PM PDT

Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 04 Nov 2010 03:10 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEPUTUSAN RASMI PILIHANANRAYA DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI

Posted: 04 Nov 2010 07:51 AM PDT

1. Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya manakala di Galas, mereka berjaya merampas kerusi Galas dari PAS.

2. Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

3. Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

4. Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.Undi rosak pula adalah 372. Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

5. Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

6. Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN. Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

5.Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.
PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi. Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

6. Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

7.Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.

8. Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

9. BARISAN NASIONAL PILIHAN RAKYAT MALAYSIA!!!
 

www.pemuda-enggang.org

Posted: 04 Nov 2010 11:04 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Galas Terkini!

Posted: 04 Nov 2010 04:05 AM PDT

Galas (unofficial results): BN 3,258, PAS 2,348. Majority 910.

keputusan tak rasmi di galas dan batu sapi

Posted: 04 Nov 2010 04:03 AM PDT

7.01pm: Unofficial result (Galas) Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 2,270 Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 2,834 Majority – 564 7pm: Unofficial result (Batu Sapi) Linda Tsen (BN-PBS) – 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) – 1,018 Ansari Abdullah (PKR) – 1,709 Majority – 3,342 It is almost certain that Linda Tsen from BN-PBS has won the [...]

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 04 Nov 2010 09:10 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Laporan Audit Negara: Kerajaan Negeri Menegakkan Benang Basah?

Posted: 03 Nov 2010 08:42 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut