Khamis, 4 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 04 Nov 2010 11:13 PM PDT

Peghelih La...


Misi bantuan banjir PAS Perlis

Posted: 04 Nov 2010 06:31 AM PDT

Pejabat Perhubungan PAS Perlis
Hadapan Hospital Tuanku Fauziah
Di Sek Men Dato' Ali Ahmad
YB Rus'sele ziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan di Muzium Kota Kayang
Petugas mengangkut bekalan ke rumah mangsa banjir di Panggau


Ustaz Hashim di Alor Redis
Di Titi Tok Bandar
Bersama DAP...sumbangan ikan

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 04 Nov 2010 11:06 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Banjir Kubang Pasu 2010 (2)

Posted: 04 Nov 2010 06:04 PM PDT

Banjir di Kepala Batas
Alor Rambai
Tok Jalal
Bukit Tinggi
Lebuh Raya Utara Selatan- menuju ke Alor Setar

Banjir di Kubang Pasu

Posted: 04 Nov 2010 01:35 PM PDT















Taman Jalal Jaya















Taman Bunga Raya

Pandangan dari flyover ke Alor Rambai

misbahul munir

Posted: 04 Nov 2010 09:27 PM PDT

misbahul munir


RENUNGAN & MUHASABAH BUAT PARA PETUGAS PRK GALAS

Posted: 04 Nov 2010 07:24 AM PDT

Pilihan Raya Kecil DUN Galas & Parlimen Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 01:36 AM PDT

PENGUNDI ASLI DIUMPAN BERAS SEKAMPIT & SEBUNGKUS BISKUT

Posted: 04 Nov 2010 12:06 AM PDT

n12selinsing

Posted: 04 Nov 2010 09:23 PM PDT

n12selinsing


LAWATAN AHLI JEMAAH PENGARAH PPK GUNONG SEMANGGOL / SELINSING KE LADANG PADI SIME DARBY SUNGAI GEDONG

Posted: 03 Nov 2010 09:57 PM PDT

4 November 2010 - Sungai Gedong,Seramai lapan orang individu yang merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ) Gunong Semanggol / Selinsing telah mengadakan satu lawatan ke Ladang Padi milik Sime Darby yang terletak di Pekan Sungai Gedong yang telah mula beroperasi.Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meninjau kerja-kerja di petak-petak sawah dan melihat sendiri teknologi yang diguna pakai oleh pihak pengurusan ladang dalam menjalankan projek tanaman padi yang di usahakan oleh pihak Sime Darby.

Kesemua lapan orang Ahli Jemaah Pengarah termasuk GM PPK Gunong Semanggol / Selinsing tiba di ladang padi tersebut pada jam 9.00 pagi dan di sambut oleh beberapa kaki tangan ladang disusuli dengan taklimat ringkas mengenai perjalanan kerja di ladang.

Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing yang juga merupakan salah seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Gunong Semanggol / Selinsing.Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam semasa sesi lawatan ke Ladang Padi Sime Darby, Sungai Gedong :




























LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 04 Nov 2010 09:21 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


BERBAKTI KEPADA MANGSA RIBUT

Posted: 04 Nov 2010 12:20 AM PDT

Pada hari Sabtu 30 Oktober 2010, angin yang bertiup kencang telah merobohkan khemah di warong kepunyaan  Sdr. Abd. Rauf  b. Abd. Rahman di Jalan Jonid, Muar, bersebelahan Taman Cempaka.. Selepas kejadian tersebut beliau telah menghubungi pihak Bomba dan JPA untuk memohon bantuan  namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Beliau seterusnya menghubungi YB Dr. Mohammad Taslim (ADUN Maharani) keesokan harinya  untuk mendapat bantuan.Kerosakan dianggarkan bernilai RM10,000.00.

Tindakan segera telah dibuat oleh PAS Kawasan Muar dan Pusat Khidmat ADUN Maharani pada hari Ahad 31 Oktober 2010.Ust. Hj. Abu Bakar Md Lajat  ( YDP PAS Muar ) mengetuai lawatan kerja bersama Unit Amal PAS Kawasan Muar  di bawah kepimpinan Sdr Farid Nasir dan ahli-ahli  jawatankuasa DUN Maharani. PAS Kawasan Muar telah menghulurkan bantuan  kewangan  sementara Unit Amal dan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani membantu  membuka dan mengemas khemah yang runtuh dan patah. Turut hadir sama wartawan dari Sinar Harian.

Teruk...khemah terbalik !
Sdr  Abd Rauf menerangkan peristiwa tersebut kepada wartawan Sinar Harian.
Unit Amal Muar bertungkus lumus membantu.
Sdr Farid,Ketua Unit Amal PAS Muar ,sentiasa bersedia berkhidmat.
Pakar Unit Amal PAS Muar membantu.
Sdr Abd Rauf sama mengemaskan kerosakan warongnya.
 Sumbangan ikhlas PAS Muar disampaikan oleh YDPnya,Ustaz Abu Bakar.

Sdr Abdul Rauf sungguh berbesar hati dengan sumbangan yang diberi oleh PAS Muar,Unit Amal Muar dan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani.Beliau menghubungi semula YB Dr Mohammad petang itu juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Alhamdulillah,tanggungjawab kami tertunai sudah.Ini adalah sebahagian daripada khidmat masyarakat yang dilakukan oleh PAS Muar sepanjang masa sejak dahulu lagi.


TANAH MENDAP DI PARIT AMAL LAUT , JALAN JUNID, MUAR -UPDATE

Posted: 03 Nov 2010 07:35 AM PDT

Masalah tanah mendap di DUN Maharani kerap berulang.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,telah mengutarakan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Muar, juga dalam Persidangan Dewan Negeri Johor.Pihak akhbar juga memberi liputan kepada masalah ini.

Alhamdulillah hari ini tindakan telah diambil oleh pihak yang berkuasa di beberapa tempat termasuk di Parit Amal Laut,Jalan Junid , Parit Keroma, Parit Sakai Laut dan Parit Unas.Pemantauan berterusan disarankan supaya tidak menimbulkan kesusahan kepada rakyat.

TERIMA KASIH JPS DAN JABATAN YANG BERKAITAN.


HUJAN lebat menyebabkan jalan sekitar Parit Keroma mendap.
                            Inilah keadaan jalan di Parit Amal Laut,Jalan Junid,Muar
                  ketika mendap.Ini kemendapan kali ketiga,berulang selepas di tambak.
 Hari ini (Oktober 2010) kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan.
Kenderaan sudah boleh melalui jalan ini.

 Batu-batan dalam sangkar ini diharap dapat menyelesaikan masalah.

 Keadaan parit ini meman berpotensi untuk mendap.

 Satu lagi bahagian di Parit Amal Laut yang mendap
dan sedang dibaikpulik.

Sangkar batu ini diharap akan menyelesaikan masalah tanah mendap.



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 04 Nov 2010 09:18 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


SANG MURABBI: Ayahnda Haji Sakib dalam kenangan

Posted: 04 Nov 2010 08:39 AM PDT



Al-fatihah buat Mantan YDP PAS Kawasan Sri Gading, Almarhum Ayahnda Haji Sakib Bin Abd. Manan yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 3.30 petang Selasa lalu. Beliau di tempatkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Besar Batu Pahat sejak seminggu yang lalu setelah terlibat dalam kecelakaan jalan raya, Allahyarham tidak sedarkan diri setelah pembedahan kecil membetulkan salur ususnya yang rosak akibat hentakan yang kuat pada perut.
Allahyarham Tn Haji Sakib Bin Manan merupakan Mantan Yang Di Pertua PAS Kawasan Sri Gading. Mesra dangan panggilan ayahnda ini sentiasa kelihatan berada di mana-mana program PAS. Meninggal dunia dalam usia 76 tahun, pernah di anugerahkan sebagai 'Tokoh Bapa Pejuang' dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ke-37 pada tahun lalu. Setelah 26 tahun menerajui PAS kawasan. Anugerah khas ini disampaikan sebagai mengenang jasa beliau yang telah berjaya mewariskan perjuangan PAS kepada 11 daripada 12 anaknya. Antaranya seperti Nor Ain (YDP Kluang/Pegawai Penerangan PAS Johor/wakil tvpas.com Johor), Nor Khalim (Pengarah Jabatan AMAL Johor) dan Nor Ashid (Bekas Tahanan ISA)
Ayahnda memang seorang yang cekal dan sangat positif. Pernah dihalau daripada kampung kerana menubuhkan PAS di Kampung Parit Sonto pada satu ketika dahulu. Menggambarkanketabahan serta semangat juang dan komitmen beliau bersama jemaah juga memang tidak dapat dinafikan,
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Parit Daun, Parit Raja selepas solat Isyak. Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhum Ayahnda Haji Sakib Bin Abd. Manan sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah..

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Nov 2010 09:07 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Makan Malam AMAL PASTI N9 22 Nov 2010

Posted: 03 Nov 2010 11:06 PM PDT

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Seremban

Kupon hanya RM40 seorang

Bersama Tetamu :
Cikgu Azrin , Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Zulkefly Omar , Penasihat PASTI N.Sembilan
YB Hj Taufej , ADUN Paroi
Us Khairil Anuar Wafa , Penaung PASTI N.Sembilan
Saadiah Abu Bakar , Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia

ATURCARA MENARIK
- Slot bersama tahanan Israel kapal Mavi Marmara iaitu Tn Hj Jamulidin Elias
- Forum Perdana Daei Cilik Pelajar PASTI
- Persembahan Nasyid Johan Mahrajan PASTI 2010

DAPATKAN KUPON SEGERA
Hubungi wakil berikut :
Pejabat/Pengarah 012-9184136
Seremban 017-2232503
Rembau 013-3692019
Rasah 013-2304321
Telok Kemang 019-2779145
Kuala Pilah 019-6177972
Jempol 013-3395538
Tampin 019-2179027
Jelebu 019-6311076

Dapatkan Poster MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PASTI N9 2010 pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/makan-malam-amal-pasti-n9-22-nov-2010.html

PAS KDAS 3

Posted: 04 Nov 2010 09:04 PM PDT

PAS KDAS 3


Mengapa PAS tewas di Galas ? Wajib baca !

Posted: 04 Nov 2010 08:46 PM PDT

"..Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran.."

Terima kasih untuk blogger FZT yang pantas menulis. Pantas menangkis dolah dalih kekalahan PAS untuk Galas. 'Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul perjuangan di GALAS'. Artikel WAJIB baca untuk tahu butir perkara mengapa PAS tumbang kepada BN di padang tempur yang jelas langsung tidak 'rata'

Hujan lebat dengan petir menyambut kepulangan seorang pertugas yang sudah lama berkampung di penjuru Gua Musang.Hhujan amat lebat menyukarkan perjalanan pulang ke Terengganu.Kkembali dengan semangat yang luntur akibat kekalahan yang sudah diduga sejak awal lagi. Hanya maruah perlu dipertahankan. Islam tak pernah mengajar kita undur walaupun selangkah kebelakang. Biar beribu musuh menyerang. Apakah kita mencari kemuliaan selain kemuliaan islam?

Sebelum berundur dari Galas, Pas sudah tahu ia akan menggalas satu bebanan baru dan akan menerima cemuhan dari ahli pas yang membayar yuran dan tidak membayar yuran. Hujan rahmat Allah terus mencurah ke bumi Terengganu bersama airmata yang juga laju menuruni mata. Menahan sebak dimalam pulang bertugas bukan kerana tak biasa dengan kekalahan tapi kita kalah hanya disaat akhir garisan. Hanya beberapa meter Pas tumbang dengan majoriti 1190. Cukup sebak, sedih dan pilu hanya selawat penyejuk hati

Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran. Pakar pakar strategi akan menulis dan mengaris strategi baru iaitu membuang benda benda lama dalam Pas, menukar dan membuang mana mana pemimpin yang sudah lama berbulu dimata mereka. 

Pas kalah bermakna peluang mereka menulis untuk menjatuhkan mana mana pemimpin lebih cerah dan mereka inilah yang berdoa siang malam untuk Pas kalah di Galas. Hebatnya penulis tak turun ke Galas tapi tahu dan sumber maklumat hanya diperolehi dengan menalifon kawan, apa yg diceritakan oleh kawan di Kelantan akan ditulis dan akan ada tulisan dibelakang, saya berharap apa maklumat yang ditulis disini tidak benar. Berharap tidak benar tapi dah tulis, apakah ikhlas dalam dada mereka menyokong islam? 

Biarlah orang Pas nak tuduh saya yahudi ke israel ke fasiq ke saya terima, saya menulis untuk memperbetulkan pas, membiarkan orang menuduh kita yahudi fasiq itulah adalah dikira doa, kalau ahli Pas ada sejuta dan hanya separuh menuduh penulis ini yahudi fasiq apakah lama kelamaan penulis tak akan bertukar menjadi betul betul yahudi dan fasiq.?

Kekuatan UMNO
Sejak awal lagi Pas menyedari ada satu kekuatan umno jika bertanding kawasan jajahan Gua Musang, jangan jadi bodoh le greenboc yang memang diketahui bodoh bebal sampai hari ini, hanya perlu duduk depan komputer dan menulis dengan hanya mengutip berita dari lidah umno dan membaca beberapa blog yang menulis benda benda khayal di Galas. Ku li telah beraja di Gua Musang sejak berzaman lagi. Kawasan parlimen Gua Musang menjadi satu kubu kuat umno yang amat kuat hatta jika diletakkan calon itu hanya songkok kuli pun umno boleh menang. 

Siapa yang berani menidakkan faktor ku li disini. Arahan ku li ibarat arahan dewa. Umno boleh bersenang lenang disini kerana tidak perlu bersusah payah berkempen. Nama ku li dijual dengan mudah. Pas menyedari hakikat ini dan segala usaha telah digembelingkan dan kawasan hitam umno dapat dikelabukanbiarpun sedikit. 

Pemimpin Pas berkampung disini dan penulis blog berkampung di dalam alam maya untuk mengutuk apa saja tindakan pemimpin Pas. Pelbagai gelaran diberikan. sms bertebaran setiap hari mengutuk pemimpin Pas pusat dan kelantan. Pas berhadapan dengan dua situasi dulu hanya perlu berhadapan dengan umno yang telah diketahui licik jahat dan kejam. Tapi semenjak muktahir ini pas berhadapan pula dengan satu puak baru yang ada dalam diri pas sendiri. Membocorkan maklumat kepada musuh pas yang mana nampak seperti menyokong pas.Malu menulis sendiri dan diberi kepada musuh Pas.

Punching bag untuk PAS
Umno berjaya membina satu target baru, batang tubuh tok guru nik aziz dijadikan punching bag, gambar tok guru nik aziz memberi wang kepada saudara baru islam berjaya digunakan sepenuhnya oleh umno dalam usaha menjahanamkan imej tok guru dan Pas. Pas lembap dalam isu disini. Umno amat kedepan dalam isu ini dan berjaya merobohkan satu fahaman dan membina fahaman baru bahawa tok guru juga mengamalkan rasuah dalam pilihanraya.  Idea jahat dicetuskan oleh deris jusoh sebagai makhluk yang amat benci kepada ulamak, deris jusoh bijak memanupulasikan isu ini dengan baik dan pihak  Pas gagal membalas balik. Inilah yang dinamakan kalah diatas garisan akhir, bukan kalah kerana ustaz abdul halim tak bijak merencanakan strategi disaat permulaan. Betapa bangangnya penulis menulis benda khayal di Galas.

Khidmat agensi menjawab isu untuk Umno
Kali ini SPR berjaya menghalang apa saja tekanan kepada umno, isu rasuah wang berjaya ditangani dengan baik oleh SPR. SPR menyerap tekanan kepada Umno lebih dari separuh.  Ini memudahkan umno menjalankan propaganda dan isu rasuah,  Umno tak akan menjawab isu rasuah dan SPR yang akan menjawab. Umno dah boleh cuci tangan dalam isu rasuah. SPR dan Sprm berjaya membersihkan umno kali ini. Isu rasuah pilihanraya dapat didiamkan dari terus digunakan untuk menyerang Umno. Semua agensi kerajaan bertugas dengan baik dalam menanangani apa saja isu yang dibuat oleh Pas. Umno hanya perlu nampak baik dan alim. Dan semua isu agensi kerajaan akan menjawab bagi pihak Umno. 

Jika minyak petrol dikatakan mahal mail sabri akan memberikan subsidi secepat kilat diwaktu hari berkempen. Orang asli berjaya membeli minyak dengan harga pasaran bukan harga biasa. Jadi soal dan isu yang ditimbulkan akan diselesaikan dihari yang sama. Jadi umno nampak boleh menyelesaikan apa saja masalah rakyat dalam sekelip mata. 

Ada nampak kelemahan Umno?  Sebut aje apa masalah akan diselesaikan segera. Dan Pas tak ada semua ini kenapa ? Kerana Pas bermain secara adil, Pas bukan menggunakan harta kerajaan menentang  Umno di Galas. Pas gunakan harta sendiri. Walaupun kalah Pas masih mempunyai maruah, yang tidak bermaruh hanya penulis blog yang hanya tahu mengutuk dan menulis benda khayal.

artikel dipetik dari tulisan blogger Freezone Terangganu For Rakyat

Hatta Ramli

Posted: 04 Nov 2010 07:26 PM PDT

Hatta Ramli


program-program di PRK Galas

Posted: 03 Nov 2010 08:20 PM PDT










Program mendekati rakyat...

Dr Hatta berjiwa rakyat, program beliau di PRK Galas

Posted: 03 Nov 2010 08:14 PM PDT








Pemimpin berjiwa rakyat...


Dr Azman Ibrahim

Posted: 04 Nov 2010 07:24 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Manik Urai Iktibar, Galas Peluang Muhasabah

Posted: 04 Nov 2010 07:27 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 04 Nov 2010 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


Makan Malam AMAL PASTI N9 22 Nov 2010

Posted: 03 Nov 2010 11:09 PM PDT

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Seremban

Kupon hanya RM40 seorang

Bersama Tetamu :
Cikgu Azrin , Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Zulkefly Omar , Penasihat PASTI N.Sembilan
YB Hj Taufej , ADUN Paroi
Us Khairil Anuar Wafa , Penaung PASTI N.Sembilan
Saadiah Abu Bakar , Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia

ATURCARA MENARIK
- Slot bersama tahanan Israel kapal Mavi Marmara iaitu Tn Hj Jamulidin Elias
- Forum Perdana Daei Cilik Pelajar PASTI
- Persembahan Nasyid Johan Mahrajan PASTI 2010

DAPATKAN KUPON SEGERA
Hubungi wakil berikut :
Pejabat/Pengarah 012-9184136
Seremban 017-2232503
Rembau 013-3692019
Rasah 013-2304321
Telok Kemang 019-2779145
Kuala Pilah 019-6177972
Jempol 013-3395538
Tampin 019-2179027
Jelebu 019-6311076

Dapatkan Poster MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PASTI N9 2010 pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/makan-malam-amal-pasti-n9-22-nov-2010.html

DPPK PARIT

Posted: 04 Nov 2010 07:20 PM PDT

DPPK PARIT


Komen Dr Asri Isu Nik Aziz "Tangan Syaitan"

Posted: 04 Nov 2010 08:35 AM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 04 Nov 2010 07:09 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


TINDAKAN JUAL BAYI HARAM QATIE' DAN BERDOSA BESAR

Posted: 04 Nov 2010 05:52 AM PDT

BOLEH JAMIN KE TAK NAIK SAMPAI UJUNG TAHUN ?

Posted: 04 Nov 2010 05:50 AM PDT

BATU SAPI BUKAN MILIK PAKATAN RAKYAT

Posted: 04 Nov 2010 05:49 AM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 04 Nov 2010 07:08 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Galas & Batu Sapi...Kiranya Aku Tahu Doaku Tidak Dimakbulkan Allah, Maka Aku Akan Terus Berdoa Dan Berdoa

Posted: 04 Nov 2010 07:57 AM PDT

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalangan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponennya Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

PAS Ucap Terima Kasih Kepada Petugas Pakatan

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah SWT harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhirnya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemenangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt:

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar RA pernah berkata : Kiranya aku tahu doaku tidak dimakbulkan Allah, maka akan aku terus berdoa dan berdoa

Insya-Allah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta'affin akan sentiasa di lindungi Allah.

sumber : harakahdaily

Keputusan UPSR 2010 Diumumkan 11 November Khamis

Posted: 04 Nov 2010 02:17 AM PDT

PUTRAJAYA : Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran pada Khamis. Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

(Gambar hiasan - Adik Fatimah Rosalia Binti Elias, salah seorang
pelajar cemerlang UPSR 2009 dari SRABSID ditemani datuknya,

Encik Samsudin Abdullah menerima penghargaan daripada ADUN Sura)

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta.

sumber : mstar.com

Pejabat Agung PAS Terbakar

Posted: 03 Nov 2010 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov : Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas Pejabat Agung itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Menurut seorang kakitangan, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli dengan harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta dengan berkata kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai sebbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.

sumber : harakahdaily

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Nov 2010 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


GALAS : PENGUNDI HANTU AKAN KELUAR DISAAT AKHIR!!!

Posted: 04 Nov 2010 01:38 AM PDT


Berdasarkan maklumat yang diterima daripada SPR setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi atau 69.88 peratus... sebelum ini SPR mensasarkan yang jumlah yang akan keluar mengundi sekitar 80 peratus... nampaknya peratusan ini agak kecil jika dibandingkan dengan sasaran sebelum ini...

 jadi kepada petugas PAS sila pastikan muka-muka yang nak buang undi tue.. tinggal masa kecemasan dah nie...

GALAS : ORANG ASLI BERBAJU 'MERAH' RESAHKAN PAS!!!

Posted: 03 Nov 2010 11:46 PM PDT

Kelihatan masyarakat Orang Asli yang berbaju 'merah' sedang  menanti giliran untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke pada pilihan raya kecil DUN Galas. Baru merah ini didakwa diberikan oleh BN kepada setiap orang asli untuk dipakai semasa proses pembuangan undi sebagai tanda sokongan mereka kepada BN... agaknya mereka dapat duit rasuah daripada BN....



Difahamkan 4 pusat mengundi masyarakat orang asli telah ditutup pada jam 1 tengahari tadi dan semua peti undi akan diangkut dengan helikopter.

(kini) GALAS : SPR KENE SIASAT... JGN BERDALIH!!!

Posted: 03 Nov 2010 11:34 PM PDT


Di laporkan wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi.
Sumber dimaklumkan bahawa laporan polis telah dilakukan ... masih menunggu jawapan daripada SPR.

-------------------------------------------------------------------


Sementara itu sekitar jam 12.30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas membuang mengundi.

Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250 yang dipercayai merupakan duit tambang khusus kepada para pengundi yang berada di luar Gua Musang.

Malas nak komen lebih-lebih sebab sememangnya SPR ni barua UMNO....

NAK PAKAI BAJU 2 MALAYSIA PUN BOLEH : SPR

Posted: 03 Nov 2010 11:12 PM PDT

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.


"Boleh, OK, kita hanya haramkan logo parti politik, kamu nak tulis 2Malaysia juga boleh," kata Wan Ahmad kepada Malaysiakini ketika melawat SRJK(C) Gua Musang.

Beliau mengulas desas desus bahawa sesiapa yang memakai kemeja-t sewaktu mengundi akan mendapat RM100 sebagai "ganjaran".

UMNO BODO BUAT LAGI... SOLAT HAJAT UTK LINDA TSEN????

Posted: 03 Nov 2010 07:47 PM PDT

mungkin di Sabah Islam di lain sikit... tak macam kat Pulau Pinang atau negeri lain.... so xde hal punye kalu nak buat solat hajat untuk calon bukan Islam BN, Datin Linda Tsen Thau Lin... takkan la untuk calon PKR, Ansari Abdullah??? Mesti la untuk calon BN... nie apa cita???
TPM dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersama-sam dalam suatu majlis solat hajat di Masjid al-Falah, Karamunting.


Majlis itu turut dihadiri oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (belum sunat kot) serta pemimpin parti komponen BN peringkat akar umbi.

korang ingat lagi yang nie????

HUB PENDIDIKAN : MONYET PULAU PINANG CETUS ISU PERKAUMAN

Posted: 03 Nov 2010 06:19 PM PDT

Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mendakwa Umno cuba "memutar belit" cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan hab pendidikan di Balik Pulau sebagai isu "perkauman", dan menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR)


Lim mendakwa Umno telah tersalah tuduh PR kononnya kerajaan negeri "mendapat" 200 ekar tanah yang umumnya dimiliki oleh penduduk kaum Melayu bagi membangunkan hab pendidikan unggul di Balik Pulau.

Ketika mempertahankan pendirian kerajaan negeri, Lim berkata, siasatan kerajaan negeri terhadap tuntutan pihak pembangkang telah pun dilakukan.

Tetapi, kerajaan negeri mendapati majoriti tanah yang terbabit dalam projek ini sebenarnya "bukan tanah milik orang Melayu."

"Mereka (pemimpin Umno) mengatakan bahawa kita (kerajaan negeri) mengambil tanah milik orang Melayu.

"Inilah pertama kali proses pengambilalihan (tanah) dilakukan, bahkan tidak mengambil kira aspek latar belakang kaum.

"Itu adalah soal pentadbiran kami... jadi setelah Umno mengangkat isu perkauman, kami bertanya soal latar belakang kaum (pemilik-pemilik tanah terbabit)," katanyam

Sebenarnya kata beliau, pihaknya mendapati sebanyak 21 peratus adalah tanah milik orang Melayu dan selebihnya adalah milik bukan Melayu, Cina," ujar Lim pada sidang media di lobi Parlimen.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri akan memastikan pemilik tanah serta pemilik kediaman terbabit mendapat pampasan yang sewajarnya.

"Ketika kita (kerajaan negeri) membeli tanah, kita memberi pampasan kepada pemilik tanah dan pemilik kediaman yang terbabit hanya dua orang Melayu sahaja... kita akan cuba memberi mereka pampasan yang setimpal.

"Janganlah diubah isu ini pada isu perkauman ketika pendidikan dianggap penting.

"Bukan sekadar membina universiti asing, IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) pun kita akan bangunkan, mereka mahu menubuhkan sebuah kampus di Balik Pulau... apa salahnya kalau kita tidak ambil kisah." kata Lim.

Pada 13 Mei lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa seluas 200 ekar ekar tanah telah dikenal pasti di Balik Pulau untuk diubah menjadi sebuah hab pendidikan cemerlang dengan mengundang beberapa lembaga pendidikan tinggi untuk mendidikan kampus mereka masing-masing.

Pada ketika itu, Lim berkata projek tersebut dalam proses pembangunan tanah yang kosnya sekitar RM100 juta.

Semalam, sekitar 100 penduduk mengadakan demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pengambilalihan tanah di Balik Pulau.

NAK BUAT CAMNE KALU DAH SPR TU BARUA UMNO!!!

Posted: 03 Nov 2010 05:48 PM PDT

Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing Isnin lepas boleh disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilih Rasuah (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mengikut Seksyen 10 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi.

"Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut," katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.

Katanya badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu telah memberikan pandangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan perkara tersebut kepada agensi tersebut untuk diambil tindakan.

Wan Ahmad berkata soal membeli undi ini boleh membawa implikasi yang tidak baik terhadap perjalanan pilihan raya itu sendiri.

TANGAN-TANGAN YANG UMNO HALAL SALAM...

Posted: 03 Nov 2010 05:25 PM PDT

Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan.

"Saya tak mahu jamah tangan syaitan...ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen BN di Galas.

Jadi Tangan mana yang Mohd Nor dan orang UMNO ingin salam????

yang kanan atau yang kiri???
atau yang nie???
atau yang menembak saudara di Mamali???

mungkin mereka ini???
mungkin imam islam hadhari???
 
LAKUKAN PILIHAN... PILIHAN 'BERSALAM' DITANGAN ANDA!!! 


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Nov 2010 03:32 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENIPUAN SPR TERBONGKAR DI SG TERAH DAN .....

Posted: 03 Nov 2010 10:23 PM PDT




Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.

Malam semalam teman tengok kat TV Malaysia, pegawai SPR beriaya-iya memeriksa satu-persatu kertas undi .Bayangkan diselak-selak kertas undi kununnya betul-betul periksa orang kata. Rupe-rupenya sekadar hok dale Tiwi , yang tok nampok tipu juge yer!


http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/11/terkini-dari-galas-wujud-penipuan.html

BILA BENCANA BANJIR GUNALAH TENTERA !

Posted: 03 Nov 2010 10:07 PM PDT

Teman syorkan , bila banjir kita kerahkan tentera & polis & Pasukan Bulan Sabit pula turun ke tempat-tempat banjir dan dibantu ahli politik dan orang ramai. Jangan ahli politik dan menteri saja yang menyebok dengan pakaian cantiknya dan asyik nak ditemuramah hanya membuang masa dan menyusahkan mangsa banjir.

Thailand mengerahkan beribu-ribu askar dan satu-satunya kapal pembawa pesawat pengangkutnya untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir teruk di bandar Haadyai, dalam banjir terbaru yang melanda negara ini, selepas 107 orang maut dalam bencana itu di bahagian timur laut pada bulan lepas.

Pusat perdagangan di selatan Thai itu bertukar wajah menjadi seperti terusan air dengan jalan-jalan tidak lagi dapat dilalui dengan kereta, manakala perkhidmatan kereta api ke bandar itu dibatalkan.

Paras air banjir mencecah bumbung di beberapa kawasan di Haadyai semalam tetapi didapati surut ke paras satu meter hari ini, kata Vijit Thammasaro dari pejabat pencegahan bencana di wilayah Songkhla.

Ribut tropika membawa hujan berterusan ke kawasan terbabit pada Ahad dan kelmarin, menyebabkan banjir yang memaksa lapangan terbang di Pulau Samui ditutup buat hari kedua berturut-turut.

Jabatan meteorologi Thailand melaporkan, ribut itu bergerak ke arah barat meninggalkan negara ini tetapi ombak setinggi empat meter mungkin melanda kawasan tepi pantai dan penduduk di kawasan rendah menghadapi ancaman tanah runtuh dan banjir kilat.

"Saya yakin keadaan mula beransur-ansur pulih," kata Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva hari ini, sehari selepas menyifatkan banjir itu sebagai 'bencana alam terburuk' yang pernah melanda negara ini.

Satu-satunya kapal pembawa pesawat pengangkut Thailand, yang jarang meninggalkan pangkalannya, dikerahkan untuk menyertai operasi bantuan dan dijadual tiba di perairan dekat Haadyai tengah hari ini. - AP

LOJING DAH TUTUP JAM 1 PETANG ! BN ADA CAN ?

Posted: 03 Nov 2010 09:58 PM PDT

Pusat Mengundi Di Lojing Tutup 1.00ptg
Mengikut maklumat SPR, pusat pengundian untuk orang asli akan ditutup pada jam 1.00ptg. Sejak pagi lagi JHEOA telah mengangkut pengundi untuk ke pusat mengundi. Dijangka pengiraan undi akan dibuat sejurus pengundian ditutup.

Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada UMNO-BN untuk mencongak kelebihan undi kepada mereka. Mengikut maklumat awal majoriti orang asli mengundi untuk UMNO.

ihsan Pulakdah

BALA DITUTUP?

Posted: 03 Nov 2010 07:48 PM PDT


Kertas siasatan kes P.I Bala di tutup

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah menutup siasatan kes penyiasat persendirian S. Balasubramaniam kerana didapatipercanggahan dalam dua Akuan Berkanun tidak memberi kesan kepada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata siasatan kes bekas penyiasat persendirian itu telah dibuka di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan.
"Setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang telah dikumpulkan oleh pihak polis, Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan menutup siasatan kes ini kerana meskipun wujud percanggahan dalam dua Akuan Berkanunnya, percanggahan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada perbicaraan kes Altantuya. "Selain itu, individu berkenaan pula dipercayai masih berada di luar negara," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Balasubramaniam juga melarikan diri ke luar negeri sejurus selepas berbuat demikian.

B

BUKAN OLOK-OLOK , BUKTI TANYA DR LO' LO' !

Posted: 03 Nov 2010 07:27 PM PDT


Yang teman tahu semasa zaman Dr. Mahathir lagi, banyak peruntukan kepada Parlimen dan DUN Pakatan Rakyat dinafikan.

KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sori YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

"Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan.

"Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.

Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno.

"Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India.

"Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

"Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau.

"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

"Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

"Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang.

"Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau.

"Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/benarkah-umno-bahagian-rampas-duit.html#ixzz14Gpm4r76

HARGA MINYAK TURUN BILA PAKATAN RAKYAT PERINTAH MALAYSIA PRU13

Posted: 03 Nov 2010 06:29 PM PDT

SANDAKAN 3 Nov - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya Pakatan Rakyat diamanahkan untuk menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak keesokkan harinya.

Anwar menegaskan ini bukan janji manis atau cakap kerana sebagai bekas Menteri Kewangan yang memegang jawatan itu selama lapan tahun, beliau tahu keuntungan hasil pendapatan mampu menampung keputusan yang bakal dilaksanakan itu.

"Saya tahu di mana wang disimpan, keuntungan Petronas sahaja melebihi RM70 bilion setahun, malah royalti minyak Sabah mencecah RM1.2 bilion tetapi harga minyak tetap dinaikkan tanpa ada belas kasihan kepada rakyat bawahan. Minyak banyak tapi harga naik.

"Adalah mustahil Umno-BN mengatakan tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat miskin sampai jeti dan jambatan roboh di Batu Sapi. Kita berjanji sekiranya kita tubuh kerajaan di Putrajaya kita merubah semuanua ini dalam tempoh dua tahun," tegas Anwar di hadapan lebih 1,000 penduduk Kampung Bahagia yang merupakan kubu kuat BN.

Atas dasar ini Anwar berkata beliau terus melawan Umno-BN yang mengabaikan derita rakyat serta mengkayakan kroni dan kaum kerabat mereka.

Beliau memberitahu hadirin jentera umno sedang membuat lawatan sambil mengedarkan 'hadiah' menjelang pembuangan pada 4 November.

"Itulah Umno, dia datang terhegeh-hegeh beri hadiah dan duit, kemudian minta mengundi kita mereka. Apa dia ingat kita kuli, hamba dia? Kita rakyat merdeka.

"Bila mereka (umno) datang beri beras, ambil! Dia beri zink satu, minta sepuluh! Dia bagi wang, ambil! Bila masa mengundi nanti, ingat, pangkah KEADILAN!" kata beliau diikuti sorakan hangat dari penduduk.

Menegaskan pendirian beliau, Anwar berkata Umno-BN melalui jentera kerajaan telah mencuba sedaya-upaya untuk menghalang perjuangan beliau.

"Umno-BN takut dengan saya kerana perjuangan saya membela rakyat. Dia mahu tangkap, biar dia tangkap. Dia pukul, memang dia pukul saya. Dia telanjang, biar! Dia penjarakan saya, tak apa tetapi bila saya keluar penjara, lawan tetap lawan!" tegas beliau diikuti sorakan meriah.

Ceramah Anwar diteruskan dengan lawatan ke Kampung Bokara dengan sambutan kira-kira 200 penduduk menunggu di sebuah rumah penduduk tempatan.

"Jika kita berjaya menang Putrajaya, insya Allah dalam masa dua tahun kita akan rubah Sabah," tegas beliau lagi.

TERUSKAN BERDOA ! SOLAT HAJAT !

Posted: 03 Nov 2010 05:57 PM PDT



Bagi kita yang bukan pengundi pada hari ini 4 November 2010 dan yang tidak bertugas di ke 2 lokasi PRK Galas & Batu Sapi maka teruskan menyumbang wang/harta, berdoa dan solat hajat agar kemenangan di pihak kita direstui Allah s.w.t.

Ingat lagi doa Tok Guru semasa PRU12?
"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Posted: 04 Nov 2010 03:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Putrajaya


PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah (BILA UMNO TIADA ISU..)

Posted: 03 Nov 2010 08:46 PM PDT

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporanUtusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa. Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar [...]

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 04 Nov 2010 03:21 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Cerita leleh penuh pengajaran

Posted: 04 Nov 2010 09:37 AM PDT


Abah.. bagilah balik tangan Ita....


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata, siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail . Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

manja

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

lelehan

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.."Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." Sama-samalah kita renungkan... anak-anak itu anugerah ALLAH yang tidak terhingga nilainya.....

Cerita ini diambil dari seorang teman di facebook.. Mentari Hidup.

Telahan RPK betul?

Posted: 04 Nov 2010 09:14 AM PDT

Menggalas strategis PAS

Saya masih yakin sebab sebenar ialah seperti yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin ketika meramalkan PAS akan kalah di Galas. RPK begitu yakin dengan ramalannya sehingga beliau berkata, "Let's hope I don't get to say 'I told you so' after the Galas and Batu Sapi by-elections. Let's hope the opposition, for once, gets to prove me wrong. I would love to be proven wrong and having to eat my words once the by-election results are in".

Mengapa RPK begitu yakin orang-orang Cina di Galas tak akan undi PAS? Menurut beliau, ini sebabnya:

What the MCA Youth chief said is actually quite true. And when the government leaders say something that is true we should admit so and not disagree with them just because they stand on the opposite side of the political fence. The Chinese from the three villages in the Galas constituency are very angry with the state government. And this anger has been there for some years now.

The state normally appoints the ketua kampung or village heads as well as the local councillors -- as there are no local council elections as what we from the civil society movements would like to see. Most times these village or council heads would be cronies of those in power. That is sort of how politicians reward their supporters -- by giving them positions in the local councils and villages.

But these Chinese heads of the villages have been behaving like Little Napoleons or warlords (taiko in Chinese). And they have been bullying the Chinese villagers.

For example, in one incident, the Chinese villagers had applied for a piece of land to build their temple. However, since that land is a very nice piece of land the Chinese village head hijacked it for his holiday resort. This has of course angered the Chinese villagers.

Complaints have been made to the state, in particular to Husam Musa, but no action was taken and these gangster village heads continue to terrorise the Chinese villagers. So now it is payback time. The villagers are going to teach the state a lesson by voting for Umno -- whereas it was the Chinese votes that gave that Galas seat to the opposition in the last election

(baca selanjutnya dalam tulisan beliau pada 24/10/10 lalu "MCA is actually right").

Maaf tidak diterjemahkan.

Macam hulu Selangor

Posted: 04 Nov 2010 09:06 AM PDT

GALAS: Lagi Keputusan Yang Menghairankan.

Kalau dilihat, undi PAS cuma berkurang sebanyak -265 sahaja. Namun, undi Barisan Nasional NAIK sebanyak 1571. Kenaikkan undi BN yang begitu mendadak ini juga kita lihat berlaku di Hulu Selangor.

Bagi saya, ia adalah keputusan yang SANGAT menghairankan. Maklumat lain yang saya dapat, kenaikan mendadak adalah juga disebabkan oleh kenaikan mendadak penduduk orang asli dari 4 pos mengundi. Tidak hairanlah SPR tidak mahu mengira undi orang asli di tempat pembuangan undi dan mahukan undi2 tersebut diangkut ke Dewan Gua Musang.

Kegagalan jentera PAS adalah menghalang penipuan Barisan Nasional ini. Hikmah kekalahan ini adalah supaya PAS seluruh Malaysia muhasabah dan memperdalamkan serta menguatkan jentera serta kerja keras memenangi undi bukan Melayu.

Kalau kita gagal menghalang penipuan UMNO, kita akan kalah pilihanraya. Jangan patah hati dengan kekalahan yang datang dari penipuan UMNO ini.

Inilah cara tradisi BN hendak menang pilihanraya, yakni melalui keputusan2 yang sangat menghairankan.

Kuli menang bukan umno

Posted: 04 Nov 2010 08:09 AM PDT


Galas memang kubu Kuli dari muda sampai tua, anak raja ni menguasai semua tok-tok batin dan selama ni PAS tak pernah menang kecuali PRU2008. Tahniah Kuli, PAS tak putus asa, terus berjuang, kerajaan Kelantan tetap bawah Tok Guru.

GALAS ...APA IMPLIKASI???

umNO ternyata berjaya dalam konspirasi PRK di kedua dua tempat, Galas dan Batu Sapi. SPR yang secara konsisiten dilihat menyebelahi umNO dalam isu rasuah telah berjaya sedikit sebanyak membantu kemenangan umNO. umNO kembali merampas DUN yang pernah menjadi kubu kuat mereka.

Apa implikasi kemenangan uMNo dalam dua PRk tersebut? Kerajaan Kelantan langsung tak terusik. Ia berjalan seperti biasa. Cuma PAS kehilangan kerusi yang baru ingin dijinakkan oleh Almarhum ADUN PAS yang lalu Che Hashim. umNo pula mengembalikan DUN yang berada di bawah parlimen yang diwarisi secara tetap oleh Ku Li.

Keputusan Galas pastinya memberi impak besar kepada nama KULi. kemenangan di Galas sebenarnya adalah kemenangan Ku Li yang secara langsung memadamkan hasrat umNO baru menguasai Parlimen Gua Musang. jika umNO kalah di Galas, tentunya Ku Li orang pertama menanggung bahananya. Bahkan ia mungkin menjadi perintis menyingkirkan Ku Li sebagai ketua Bahagian Gua Musang dan seterusnya MP Gua Musang.

umNO ternyata gagal dalam ujian mereka terhadap Ku Li. Kemenangan ini langsung tak beerti kepada uMNO selaian mengecewakan mereka yang ingin menyingkirkan Ku LI mungkin termasuk Perda Menteri.

Walaubagaimana pun perubahan undi terutamanya dari kaum Cina sewajarnya dinilai oleh Pakatan rakyat secara jujur dan terbuka. Apakah boleh diharap undi Cina selamanya secara konsisten kerana sikappolitik mereka yang bijak dalam mencatur kepentingan mereka. Tempoh masa yang masih baru untuk memahamkan sebahagian masyarakat Cina dalam mengenali perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS mungkin sebahagian faktornya kerana kedudukan Gua Musang yang jauh dari sumber maklumat terkini dan adil.

B. Harian tipu melayu

Posted: 04 Nov 2010 07:56 AM PDT


Kit Siang Tetap Saman BH, Minta PM Pecat Ali Rustam

KUALA LUMPUR NOV 4 - Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tetap akan meneruskan rancangan menyaman Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam dan akhbar Berita Harian kerana membuat kenyataan berunsur fitnah dalam laporan berita 'Tindakan Lim Kit Siang tuduh Umno Kafir Melampau 2 November lalu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut tidak menerima kenyataan ralat yang disiarkan Berita Harian hari ini yang tidak menarik kembali laporan tersebut mahupun memohon maaf kerana membuat laporan salah terhadapnya.


Kit Siang turut menuntut akhbar itu menarik kembali laporan serta membuat kenyataan maaf tanpa syarat di atas perkara ini.


"Laporan Berita Harian ini ialah penipuan berganda kerana saya tidak pernah membuat kenyataan mengatakan Melayu Umno kafir kerana tidak menyokong PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas dan saya tidak pernah menghadiri ceramah PAS seperti didakwa Ali Rustam," katanya.


Kit Siang menganggap kenyataan Ali Rustam itu berunsur serius dan menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat Ketua Menteri Melaka itu kerana tindakannya.


"Sebagai Ketua Menteri, beliau patut dianggap sebagai contoh dalam mempromosi keharmonian antara kaum dan agama bukannya mencetuskan ketegangan dan saya anggap ia sebagai asas bagi seseorang pemimpin," katanya lagi.


Menurut Kit Siang, Polis Gua Musang memberitahu tiga wakil rakyat DAP iaitu ADUN Pasir Pinji Thomas Su, ADUN Bahau Teo Kok Seoang dan ADUN Jalong Leong Mee Meng semasa membuat laporan ke atas Berita Harian dan Ketua Pemuda Umno Putrajaya Mohd Hishamudin Yahaya kerana membuat laporan polis palsu bahawa Berita Harian akan memohon maaf dan laporan itu adalah kerana 'Silap Tulis'.


"Saya tidak boleh fikir bagaimana 'silap tulis' boleh menjadi alasan justifikasi ke atas laporan yang berniat jahat, tidak bertanggungjawab dan berunsur menghasut untuk menimbulkan kebencian bangsa dan agama dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama kita dan bertentangan dengan Polisi 1 Malaysia PM Datuk Seri Najib Razak," katanya.

kenyataan palsu

Peguam beliau Karpal Singh amat memandang serius perkara ini dan menyatakan Berita Harian telah melanggar Akta Percetakan dan Mesin Cetak 1974 kerana mengeluarkan kenyataan palsu.


"Laporan polis yang dibuat Thomas Su dan yang lain boleh sudah membolehkan polis melakukan penyiasatan mendalam tanpa berlengah.


"Saya akan menggunakan Cuti Deepavali dan hujung minggu ini untuk memberi keutamaan perkara ini. Tindakan ini akan difailkan pada Isnin jam 2.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta," katanya.


Mohd Ali Rustam merupakan Ketua Menteri Melaka yang kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden Umno yang lalu.

Syaitan perdaya mereka zina

Posted: 04 Nov 2010 07:46 AM PDT


BAYI lelaki baru lahir yang ditinggalkan di hadapan rumah Siti Zaharah (gambar kecil) di Felda Nitar 1, Mersing semalam.

Nitar MERSING – "Tidak berperikemanusiaan."

Itulah kata-kata penduduk Felda Nitar 1 di sini, apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan di hadapan rumah salah seorang penduduk di situ kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat serta uri itu ditinggalkan di hadapan rumah bernombor 218, Jalan Tekukur, Felda tersebut.

Menurut saksi, Siti Zaharah Ahmad, 54, semasa sedang menonton televisyen, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu terdapat seorang bayi di hadapan rumah mereka.

Dia yang terkejut mendengar panggilan cucunya itu bergegas ke luar rumah untuk melihat bayi yang dibalut dengan sehelai kain batik dan masih berlumuran darah.
"Saya dapati bayi itu sedang menangis kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada badannya kerana dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ," katanya.

Undi PAS berkurang, PKR lebih baik dari Sapp

Posted: 04 Nov 2010 07:23 AM PDT

Batu Sapi, Galas milik BN


Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya manakala di Galas, mereka berjaya merampas kerusi Galas dari PAS.
Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.


Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.

Undi rosak pula adalah 372.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.

Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.

Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 04 Nov 2010 03:17 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Selamat Mengundi Calon-calon Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi, hari ini!

Posted: 03 Nov 2010 03:27 PM PDT

4 Nov 2010, P. Jaya - Kami Dewan Pemuda PAS Kaw PJU ingin mengucapkan selamat memilih calon wakil rakyat dari Pakatan Rakyat iaitu Dr Zulkefli Mohamed Calon PAS di Galas dan En. Ansari Abdullah Calon PKR di Batu Sapi.

Kami doakan semua calon-calon Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dan menjadi wakil rakyat yang terbaik kelak.

Di harap pengundi-pengundi dapat keluar awal untuk ke pusat-pusat pengundian dan jangan lupa membawa MyKad.

Selamat mengundi!

PAS KOTA TINGGI

Posted: 04 Nov 2010 01:16 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Selamat Menyambut Deepavali

Posted: 03 Nov 2010 10:26 PM PDT

Program Terkini

Posted: 03 Nov 2010 10:23 PM PDT


Ahmad Maslan Minta Cerminkan diri, Sebelum Tuduh Kelantan Mundur

Posted: 03 Nov 2010 10:16 PM PDT


Parti Islam SeMalaysia PAS ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. PAS ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewaangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Dakwaan Ketua Penerangan Umno tidak ada pembangunan yang PAS laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manik Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula. Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.

Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan PAS mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapok zaman Umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat royalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan Umno.

Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat orang miskin, majoritinya Melayu. Cabaran Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut. Sebelum beliau cabar apa PAS buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu kemana wang Felda telah mengucup daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak Sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah.

Dupahang's Weblog

Posted: 04 Nov 2010 11:31 AM PDT

Dupahang's Weblog


PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan

Posted: 04 Nov 2010 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan [...]

BN Menang bergaya

Posted: 04 Nov 2010 08:22 AM PDT

Calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi. BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus. Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi. [...]

PAS optimis menang – Dato’ Halim

Posted: 04 Nov 2010 02:29 AM PDT

GUA MUSANG, 4 Nov – PAS optimis bakal berjaya mempertahankan kerusi Dun Galas pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini. Kenyataan tersebut dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini. Hal tersebut ujarnya adalah berdasarkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar untuk membuang undi. “PAS optimis berjaya [...]

GALAS : SOGOK PENGUNDI MANA SPR

Posted: 04 Nov 2010 12:09 AM PDT

  Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250. Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun [...]

BN diramal menang 2,300 undi – Bekas (Adun) Pahang

Posted: 03 Nov 2010 11:36 PM PDT

GUA MUSANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas kembali Galas dari PAS dengan majoriti 2,300 undi. Dalam ramalannya, Mohd Ariff Sabri Aziz berkata biar sesiapa pun yang menang di Galas, ia merupakan “kemenangan bagi PAS”. “Dengan menyamar diri, saya mendengar perbualan di kalangan orang-orang PAS di sini dan [...]

Pejabat Agung PAS Terbakar

Posted: 03 Nov 2010 10:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov : Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya. Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat. Kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini [...]

49.61 peratus keluar mengundi

Posted: 03 Nov 2010 10:20 PM PDT

GALAS, 4 Nov - Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi sejak jam 8.00 pagi tadi. Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas. Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi sejak awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar. Biarpun cuaca [...]

Galas, proses pengundian bermula

Posted: 03 Nov 2010 07:46 PM PDT

GALAS, 4 Nov - Bermula jam 8 pagi tadi, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Galas bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka. Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini. Dalam pilihanraya kali ini, terdapat 10,330 jumlah pengundi dengan pecahan undi dari Melayu 65.81%, Cina 22.03%, India [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Nov 2010 11:29 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wahai pengundi UMNO. Anda perlu tahu hukum mengundi mereka!!

Posted: 04 Nov 2010 07:45 AM PDT


oleh: Paeh

Menyokong dan mengundi UMNO seolah-olah menghalalkan segala perbuatannya. Anda perlu tahu apa hukum menyokong orang yang menolak Islam sedangkan anda tahu perbuatan mereka.

anda perlu tahu...



1. UMNO kufur!!


Kufur ada 2 jenis. Kufur hakikat dan kufur nikmat.

Kufur Hakikat :


- Maksud : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w

- Contoh :
* Tidak mengakui balasan diakhirat
* Menolak hukum yang terdapat dalam al
-quran
* Menyatakan solat fardhu merugikan masa
* Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.

2.Umno tolak hukum Islam

Umno masih menolak firman Allah dengan perlaksanaan dasar secular(yg memisahkan politik dari agama)…..lihat di pertengahan ayat diatas bermaksud

Kami turunkan Al-quran untuk mengajarmu segala sesuatu(social, ekonomi, politik)
Cara "bersosial" diajar oleh islam….bukan mahram tidak boleh bergaul bebas
Cara menguruskan "ekonomi"....zakat harta, zakat fitrah bersedekah dan lain2 lagi
Cara "ibadah".....solat, puasa, zakat, haji dan lain2 cara ibadah
Cara ber-politik/memerintah….letak syariat(suruhan) allah pada undang2 tertinggi seperti rasul'h lakukan dalam "Piagam Madinah".


3. Adakah umno sama dengan yahudi…mari kita kaji pendapat ini…..
UMNO=YAHUDI

Al-Baqarah ayat 85
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sekular/umno mengambil sebahagian Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya...= yahudi beriman(patuh) dengan sebahagian kitab taurat dan kufur/tolak dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh bani israel pada zaman dahulu…..

mereka umno melakukan
<>ibadah solat bagi menepati sebahagian syariah allah...
<>taat beriman kepada suruhan allah untuk melakukan ibadat seperti solat puasa, haji zakat dan lain ibadah…
<>tetapi dalam masa yg sama ingkar pada syariat allah yg lain seperti tidak menghukum penzina dng hukuman yg telah ditetapkan allah.
<>bukankah mendenda RM5000 dan hukuman penjara tidak dinyatakan dlm al-quran hukuman tersebut….
<>mengapa mereka umno sebagai org islam menerima pakai undang2 (penjara & denda)
<>sudah nyata melanggar perintah allah….

ini bermakna mereka beriman/patut pada sebahagian ayat al-quran---solat dan haji
dan pada masa yg sama menolak sebahagian ayat al-quran yg lain---hudud & qisas
sama seperti yahudi menolak sebahgian kitab taurat, dan beriman pada sebahagian yg lain

umno seperti:-
1.patuh pada suruhan allah untuk beribadat, maka mereka itu mendirikan solat puasa haji zakat
2.ingkar pada suruhan allah yg lain, seperti tidak menghukum penzina dng hukum allah (hudud)...

maka jadilah kamu sama seperti yahudi.....rujuk al baqarah- ayat 85
Labtech tak kater pun....tapi allah yang kater dalam firman nya di atas...kalo tak mau terima, jadi kafir lah kamu....lab tech tak rugi aper2....tak percaya boleh rujuk sendiri tafsir al-quran kat umah sendiri...

Adakah benar….
UMNO= KAFIR

Al-maidaah di akhir ayat 44
.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Allah menyatakan dalam firman diatas barang sesiapa yg menolak hukuman allah, maka jadi kafir lah orang tersebut...kerajaan pusat umno(BN) menolak hukuman sebat ke atas penzina dan digantikan hukuman penjara dan denda RM5000…ini sudah jelas umno menolak hukum allah dan maka jadi kafirlah mereka yg menolak ketentuan allah….

Adakah benar…..
UMNO = MAHAZALIM

Al-maidah di akhir ayat 45
……dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


4.UMNO dikira Murtad?

Murtad boleh terjadi melalui tiga cara . Salah satunya melalui perkataan.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W.


renung-renungkan..
fikir-fikirkan...



Hujah saya berpandukan Islam dan pengetahuan saya... syukran

BN rampas Galas

Posted: 04 Nov 2010 04:37 AM PDT

Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

7.13PM Updade!!- BN jauh mendahului di Galas

Posted: 04 Nov 2010 04:14 AM PDT

7.13pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.

6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.

6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.

6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.

6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.

BN menang di Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 04:09 AM PDT

Keputusan tidak rasmi

Linda Tsen (BN-PBS) - 3,226
Yong Teck Lee (SAPP) - 814
Ansari Abdullah (PKR) - 1,269
Undi rosak votes - 420
Majoriti -1,957

(Jumlah keluar mengundi:15,774)



Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

Gambar Menarik di Galas

Posted: 04 Nov 2010 02:56 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1LINTl0Mfc69v_RhItZgVxOWDEX4TevlavzlsaulAEQg86J8nWK4Gllej7iGf_ZJndvdNPpjlr9uSA7WLErOalMDmv3Mzj_DSqktj7lJMywcGrqIoXhAJt0pWifo9D2SD71wgy-gNptM/s1600/g3c.jpg




























Doakan kemenangan PAS

Posted: 04 Nov 2010 02:48 AM PDT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs308.snc4/40732_162517790449004_153840261316757_381822_2562832_n.jpg

GUA MUSANG, 4 Nov - PAS optimis bakal berjaya mempertahankan kerusi Dun Galas pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.

Hal tersebut ujarnya adalah berdasarkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar untuk membuang undi.

"PAS optimis berjaya mengekalkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, pada kali ini; berdasarkan peratus pengundi luar yang pulang mengundi meningkat lebih daripada 95 peratus," katanya kepada pemberita.

Malah tambahnya, antara yang turut sama pulang adalah pengundi daripada Singapura.

Katanya terdapat beberapa faktor lain yang boleh membantu kemenangan PAS pada kali ini termasuk peningkatan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Masa untuk proses pengundian kini tinggal hanya kurang daripada 30 minit sebelum ianya berakhir.

Orang Asal seragam memakai baju merah ketika membuang undi

Posted: 04 Nov 2010 12:49 AM PDT

Kelihatan masyarakat Orang Asli yang berbaju 'merah' sedang menanti giliran untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke pada pilihan raya kecil DUN Galas. Baru merah ini didakwa diberikan oleh BN kepada setiap orang asli untuk dipakai semasa proses pembuangan undi sebagai tanda sokongan mereka kepada BN... agaknya mereka dapat duit rasuah daripada BN....




Difahamkan 4 pusat mengundi masyarakat orang asli telah ditutup pada jam 1 tengahari tadi dan semua peti undi akan diangk

Najib ok je. Kata kene Chicken Pox? Sah menipu!!

Posted: 03 Nov 2010 10:27 PM PDT

NAJIB ketika ditemuramah CNN, malam tadi.
NAJIB ketika ditemuramah CNN, malam tadi.

Dengar je berita kedatangan Hillary Cliton ke Malaysia. Tiba-tiba Malaysia dikhabarkan dengan berita Najib deman chicken Pox.

Tetapi semalam, Hajib ditemu-ramah oleh CNN. [ Berita disini. ] Najib kelihatan okey je.. Langsung tak sakit.. Muka nampak suci je.. haha.. langsung tak ada bintik- bintik. Cepatnya elok. Selalunya berminggu-minggu baru kebah.. Ramuan ape dia minum? air ajaib ke? hahaha.

Sah la Najib menipu.. Cakap je la takut nk jumpa Hillary Clinton sebab kes DS Anwar Ibrahim.. haha..

Di mana Ku Li bersembunyi??

Posted: 03 Nov 2010 10:01 PM PDT

Setakat ini media tidak dapat mengesan di mana Ku Li 'bersembunyi'. Beliau tidak kelihatan di khalayak umum sejak proses pengundian bermula jam 8.00 pagi tadi.

Hanya Pengerusi Umno Kelantan, Stopa Mamat dan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan sahaja yang tersengih-sengih bersama petugas BN.

Sedangkan di pihak PR ramai pemimpinnya kelihatan termasuk Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, YB Tian Chua.

Apakah Ku Li merajuk atau masih merayu undi bertemu pengundi di merata ceruk kampung.

Gambar menarik di pagi hari pengundian

Posted: 03 Nov 2010 09:40 PM PDT





BONGKAR!!- Siapa Mat Nor Deris sebenarnya

Posted: 03 Nov 2010 03:48 PM PDT


gambar diambil di facebook

Sapow mun ni Mat Nor Deris?

Setelah ambo siasat mako banyoklah cerito pasal anok deris ni. Loni dio tersohor dengan gelaran ore gilow natey. Bukey ambo hok kato, tapi rama dok pakat2 kato dio gilow supow bewok gyiye pasal dio wat gilow gi bedebat dengan Tok Guru Nik Aziz di rumah bekas ADUN Galas, Omar Muhamad di Sungai Terah.

Tapi sapowkah kakah nyor ni hok sebenar-benarnyo?

Kakah ni adolah bernama Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya, bekas anggota dewan ulama' Pas '81 – '88, masuk UMNO 1999 hingga kini.

Kakah ni dulunya adalah ahli Pas dan merupakan ahli Pas yang sangat teruk dan merupakan salah satu penyebab mengapa Pas tidak diterima dahulu. Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya. Beliau memberitahu bahawa Kakah ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno. Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.

Dahulu Kakah ni tersangatlah membenci UMNO dan kakah ni lah yang mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram. Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.

Tapi hari ini, Kakah ini telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada kakah ni bersalam atau tidak dengan orang Umno.Kakah ni bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru. Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.Tugas kakah ni bukeylah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru. Kakah ni pulok jenis makey POM!

Ambo harap, kito pakat-pakat wat sembahyang hajat blakow, semoga Kakah ni dibukakan pintu hatinya dan sempat bertaubat. Ambo juga berharap ada pihak yang akan buat sembahyang hajat dengan memohon kepada ALLAH swt semoga orang-orang yang menghina Ulamak ini mendapat balasan yang setimpal.

Ambo dan rakyat yang lain tersangatlah marah dan dukacita bila ada lagi manusia sanggup menghina tok guru, dan ambo sendiri apabila melihat video(http://www.facebook.com/video/video.php?v=139191869463051) ambo terus menadah tangan dan bermunajat kepada ALLAH swt semoga Kakah bodo po lembu ni mendapat balasan daripadaNYA dan moga-moga sempat bertaubat sebelum neraka menjamah badan mat nor anok deris ni

Nor Deris digesa mohon maaf

Posted: 03 Nov 2010 02:40 PM PDT

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/galas/idris_1.jpg

GUA MUSANG, 3 Nov:
Bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Mohd Nor Deris diminta memohon maaf dalam tempoh 24 jam bermula selepas laporan polis dibuat berikutan tindakannya menghina Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan panggilan syaitan.

Majlis Tindakan Dun (MTD) Galas memohon tokoh agama Umno Kelantan bertindak demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Gua Musang hari ini.

"Sekiranya Ustaz Nor Idris tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya," kata Timbalan Pengarah MTD Dun berkenaan, Drs Mohd Zaki Mat Zin selepas membuat laporan polis terhadap Ustaz Nor.

Menurutnya laporan polis juga dibuat terhadap rakaman VCD yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz termasuk rombongan ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad yang disifatkan Nor sebagai syaitan.

Pada kunjungan sebelum ini Menteri Besar bersama 30 ahli rombongan menziarahi keluarga bekas Adun Galas di RPT Sungai Terah.

Sementara itu DAP membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 1.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil DAP Dun Galas, Su Keong Siong.

Laporan polis itu dibuat berhubung laporan sebuah akhbar harian yang bertajuk 'tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau'.

Menurut Siong laporan akhbar yang dipetik dari kenyataan Ali berunsur fitnah dan berniat jahat dengan tujuan dengki dan benci.

"Lim Kit Siang tidak pernah berada atau menghadiri siri ceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk Penasihat PKR dalam siri ceramah kempen pilihanraya kecil di Galas," ujarnya.

Katanya, kenyataan berkenaan jelas mahu mencetus permusuhan antara kaum dan agama serta bertentanan dengan Akta Hasutan 1978 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Kita membuat laporan polis hari ini dan berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan fitnah Datuk Seri Ali," ujarnya.

Akhbar semalam melaporkan Ali sebagai berkata tindakan Kit Siang adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Ali mendakwa kenyataan Kit Siang dibuat pada ceramah yang dihadiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim RPT Sungai Terah.

Pada masa yang sama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSY dan Organisasi Wanita DAP turut membuat aduan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Putrajaya, Hisamudin Yahya dan penerbitan artikel, Berita Harian.

Menurut Kok Seong, pihaknya membuat laporan polis terhadap Hishamudin kerana membuat laporan polis berhubung laporan palsu Ali.

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 04 Nov 2010 11:21 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Jabatan Amal Indera Mahkota@Sinar Harian Pahang

Posted: 03 Nov 2010 08:00 PM PDT

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI 02 NOVEMBER 2010
"Amal Indera Mahkota sedia hadapi banjir"

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 04 Nov 2010 11:19 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Sekitar Hari Mengundi PRK N45 Galas

Posted: 04 Nov 2010 01:33 AM PDT
















Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Nov 2010 09:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Makan Malam AMAL PASTI N9 22 Nov 2010

Posted: 03 Nov 2010 11:08 PM PDT

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Seremban

Kupon hanya RM40 seorang

Bersama Tetamu :
Cikgu Azrin , Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Zulkefly Omar , Penasihat PASTI N.Sembilan
YB Hj Taufej , ADUN Paroi
Us Khairil Anuar Wafa , Penaung PASTI N.Sembilan
Saadiah Abu Bakar , Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia

ATURCARA MENARIK
- Slot bersama tahanan Israel kapal Mavi Marmara iaitu Tn Hj Jamulidin Elias
- Forum Perdana Daei Cilik Pelajar PASTI
- Persembahan Nasyid Johan Mahrajan PASTI 2010

DAPATKAN KUPON SEGERA
Hubungi wakil berikut :
Pejabat/Pengarah 012-9184136
Seremban 017-2232503
Rembau 013-3692019
Rasah 013-2304321
Telok Kemang 019-2779145
Kuala Pilah 019-6177972
Jempol 013-3395538
Tampin 019-2179027
Jelebu 019-6311076

Dapatkan Poster MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PASTI N9 2010 pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/makan-malam-amal-pasti-n9-22-nov-2010.html

Tiada ulasan:

Pengikut