ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 26 Nov 2010 03:10 AM PST CUKUPLAH KENYATAAN NAK BERSIHKAN 'KUDA TROJAN' Posted: 25 Nov 2010 09:25 AM PST PETALING JAYA: "Hentikan kenyataan mengugut nak bersih kuda trojanlah, nak bersih pengkianatlah," demikian kenyataan sinis Chegu Bard berhubung tindak-tanduk beberapa pemimpin yang masih lagi bermain dengan teori 'kuda trojan' dalam Parti Keadilan Rakyat.
"Sebagai pemimpin besar memang betul harus membersihkan parti tetapi kenyataan mereka harus diikuti dengan pelaksanaan yang jujur dan penting juga mereka harus bertindak sebagai penyatu dalam parti.
"Dalam perihal ini nampaknya Shamsul jauh lebih baik dari Azmin di mana kenyataan pertama dia selepas minggu terakhir pengundian ada menyeru agar ahli PKR merapatkan saf kembali," ujar Chegu Bard lagi.
Menurut beliau lagi, walaupun pemilihan PKR telah pun berakhir minggu lalu, namun harapan untuk membersihkan parti dari penyelewengan masih ada.
"Harapan untuk membersihkan parti tetap ada. Tidak mengira samada musim pemilihan atau tidak, berjawatan atau tidak. Apa yang penting perjuangan diteruskan. Selagi ada Tuhan selagi itu ada harapan," kata beliau kepada FMT lagi.
Anwar masih terbaik
Disamping itu, beliau mengakui anak-anak muda tidak banyak pilihan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selain menjadikan PKR sebagai landasan perjuangan.
"Kepada anak muda kita tidak punya banyak pilihan untuk menentang BN secara peribadi. Setakat ini parti ini ialah parti paling progresif untuk perubahan negara.
"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita berdepan merempuh regim warisan penjajah BN ini. Anwar ada karisma penyatu, setakat ini parti dan Anwar tidak sempurna tetapi masih yang terbaik.
Beliau turut menyeru agar ahli politik muda dalam PKR agar tidak mengamalkan politik naungan sebaliknya bina kekuatan sendiri.
"Anak muda mesti keluar dari kepompong politik naungan, bina kekuatan sendiri dan bersama bangkit merempuh untuk perubahan," kata beliau. | DR. MAHATHIR PERLU TAUBAT MASUHA Posted: 25 Nov 2010 04:31 AM PST Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa: 1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT. 2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81). . 3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu 4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri. 5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi. 6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa. Dr Muhammad Nur Manuty Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR | MATA LEBAM ANWAR : KABINET ARAH DUA MENTERI SOAL PEGUAMNEGARA Posted: 25 Nov 2010 04:16 AM PST Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu. The Malaysian Insider difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.
"Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah," kata Nazri kepada The Malaysian Insider. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan. "Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka). "Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut… tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan," kata Nazri. Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu. "Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan. "Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan," kata Mat Zain. Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu. Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil. "Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak. "Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini. "Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri," katanya, Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini. Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis. Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu. Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu. Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman. Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno. | |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 26 Nov 2010 03:07 AM PST |
Suara Sri Andalas Posted: 25 Nov 2010 11:19 PM PST Selangor Prihatin Bantu Rakyat Miskin Posted: 25 Nov 2010 01:19 AM PST SHAH ALAM, 25 Nov – Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak prihatin membantu rakyat miskin adalah tidak tepat tegas Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A. Xavier Jayakumar. Menurut Dr Xavier kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan kewangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor setiap tahun untuk membiayai gaji dan emolumen kakitangan. Kerajaan negeri juga turut menyalurkan peruntukan bagi program bantuan, iaitu bantuan am, bantuan latihan aperantis dan bantuan bencana. "Peruntukan yang diberikan adalah tidak kurang daripada RM10 juta setiap tahun dan kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta pada tahun 2009, dan RM7 juta pada tahun ini menjadikan jumlah peruntukan yang disalurkan adalah hampir RM20 juta setiap tahun," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. "Pada tahun 2010 seramai 32,377 orang telah menerima bantuan kerajaan negeri dan peruntukan itu sebanyak RM39,726,507.45 telah dibelanjakan," jelas Dr Xavier. "Selain melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan sedia ada, kerajaan negeri turut melancarkan program mikrokredit kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah dengan peruntukan yang dibajetkan adalah sebanyak RM70 juta," katanya.
Jelas Dr Xavier lagi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri serta Lembaga Zakat Selangor tidak terlepas pandang dan sentiasa prihatin untuk membantu golongan miskin di negeri Selangor.
"Justeru, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan bantuan dan bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda menangani kemiskinan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya. | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 25 Nov 2010 11:13 PM PST Govt inaction fosters police brutality, says SIVARASA Posted: 25 Nov 2010 07:19 PM PST By Patrick Lee KUALA LUMPUR: A Member of Parliament today complained about what he called a "culture of impunity" in the police force and called on the government to be "strict and effective" in cleaning up its image. R Sivarasa (PKR-Subang), speaking to reporters following his failed attempt to initiate parliamentary debate on a recent police slaying of three Malay youths, said the government's reluctance to act against police brutality was encouraging some officers to become "criminals in uniform". Last night, he filed a motion that sought a debate on the Nov 13 killing of Muhammad Shamil Hafiz Shafie, 16, Muhammad Hairul Nizam Tuah, 20, and Muhammad Hanafi Omar, 22. Deputy Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar rejected the motion on the ground that it was not of urgent interest. Sivarasa noted that the killing happened in the midst of the Aminulrasyid inquest. Like the three boys, Aminulrasyid Amzah, 14, was fatally shot by police after a car chase in Shah Alam. That incident happened on April 26. "This is a serious matter and not an isolated incident," Sivarasa said, adding that there had been many similar cases since 1998 and that not a single police officer had been charged in court. "This means we will have a culture of impunity where the police can do whatever they like without fear of conviction. With incidents like these, we can say that these are criminals in uniform. "I don't blame everyone in the police force. Not everyone in the police is bad. But the government has to be strict and effective in cleaning up the image of the police." Sivarasa said the wounds on their bodies showed that the boys were shot at close range; they were either sitting or lying down. The policemen have claimed they shot in self-defence. The families of Shamil Hafiz and Hairul Nizam lodged a report against the police on Nov 20 at the Petaling Jaya district police headquarters. Sivarasa said the two were shot in the head and chest. "In both cases, the bullets went in and came out. In Hairul's case, it was a top-to-bottom angle. The bullet entered through the left ear and came out by the right ear." There were also bruises around Hairul Nizam's right eye, he added. He said that the two families noticed these details when the bodies were being readied for burial. Sivarasa also said the two families were angry with Selangor's acting police chief, A Thaiveegan, for describing the boys as dangerous criminals. | |
Anwar Ibrahim Posted: 25 Nov 2010 07:58 PM PST Pertahankan Maruah Kehakiman Negara Posted: 24 Nov 2010 09:47 PM PST Dari Malaysiakini Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan. Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria. Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi. “Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan," kata Hanafiah. Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok. Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama – Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara. Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu. Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam. Negara sedang dibicarakan “Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan. “Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu," katanya. Karpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela. Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul. “Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya," katanya. “Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu," katanya. Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh. Kod Etika Hakim Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan. Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin. “Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan,” katanya. Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka. Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar). "Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim)," kata Karpal semasa menggulung hujahnya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 25 Nov 2010 11:12 AM PST Bina kuil Hindu sebelah Surau, Masjid untuk elak diroboh Posted: 25 Nov 2010 02:09 AM PST Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan. Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan. Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik. Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar. Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan. Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ? Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan. Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOG http://mutaligat.blogspot.comGambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar di http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.htmlPASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya. | Melaka Maju Rakyatnya Keliru Dan Celaru Posted: 25 Nov 2010 02:08 AM PST Dari Blog Singalautmetro INI cerita di Melaka yang diceritakan orang Melaka juga. Pertama katanya, Melaka telah diistyiharkan maju, tapi sedihnya banyak rakyat Melaka kini dilanda akal kelabu, keliru dan celaru. Lebih teruk warna biru menjadi nila meletakkan akal mereka di dalam baldi nafsu! Dilaporkan orang Melaka tentang sebuah kawasan perumahan di Taman Cempaka yang kini menjadi buah mulut penduduk setempat kerana ramainya pasangan Melayu dikatakan bersekedudukan sambil melakukan kegiatan maksiat. Dilaporkan lagi orang Melaka tentang beberapa pub dan karaoke yang diberi lesen oleh kerajaan negeri di sekitar kawasan Melaka Raya kini menjadi tumpuan remaja perempuan bawah umur berpakaian seksi sambil memegang botol meneguk arak, barangkali meraikan Melaka telah maju! Dilaporkan lagi oleh orang Melaka terutama penduduk di Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau. Kata mereka anak dara dan bini orang semakin takut untuk mandi pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja. Ini kerana banyak pula kaki intai dan perakam amatur menggunakan telefon bimbit merakam gambar anak dara dan bini orang tengah mandi! Dilaporkan lagi oleh orang Melaka setiap malam minggu pasti ada anak muda bergumpalan di atas jambatan Sungai Linggi menuju ke Kuala Linggi di atas motosikal melakukan adegan hangat dan panas! Majukah rakyatnya semaju negerinya? Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/melaka-maju-rakyatnya-keliru-dan-celaru.html | Jambatan Tergantung di Seremban, tarikan pelancong Posted: 24 Nov 2010 08:38 PM PST Ini adalah satu projek yang boleh menarik jutaan pelancong ke Negeri Sembilan. Iaitu projek Seremban Middle Ring Road (MRRS) yang jambatannya tiba-tiba tergantung, putus tak bersambung macam tu saja. Kenapa ini berlaku ? Adakah penduduk Cina di Kg Baru membantah dengan pampasan yang rendah ? Kalau ya, kenapa penduduk Melayu di Rembau senang-senang je bagi tanah kepada kerajaan untuk projek landasan keretapi berkembar ? Tak percaya, rakyat Malaysia lalulah sendiri jalan ini di bandar Seremban, berhampiran Taman Bukit Chedang. Bawa kamera, boleh bergambar di sini m sebagai mercu tanda baru bandar Seremban. Sumber gambar dari http://live-metzelder.blogspot.com/2010/10/uncomplete-chedang-interchange.html | Bilakah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Ya'ani akan dibina? Posted: 24 Nov 2010 05:42 PM PST Utusan Malaysia 25 Nov 2010 BAJET 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober lalu memperuntukkan sejumlah RM212 bilion. Sejumlah RM162.8 bilion diperuntukkan bagi bidang pengurusan manakala selebihnya (RM49.2 bilion) bagi sektor pembangunan. Dalam Bajet 2011 juga Perdana Menteri telah menggariskan empat strategi. Antaranya, membangunkan modal insan dan mensejahterakan hidup rakyat. Justeru, bagi merealisasikan hasrat tersebut, penambahan bilangan sekolah amat diperlukan kerana pembentukan modal insan bermula di sekolah. Melalui pendidikan rakyat dapat mengubah kehidupan ke arah lebih berjaya. Mengimbas 'Hari Ini Dalam Sejarah', pada akhir tahun 2009 yang lalu, Menteri Besar Johor telah melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang bakal menjadi mercu tanda pekan kecil Parit Ya'ani. Papan tanda juga telah dipacakkan di lokasi tersebut. Khabarnya, sekolah menengah tersebut akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Namun sehingga saat ini penduduk sekitar pekan Parit Ya'ani masih lagi tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti untuk menyaksikan berdiri gahnya sekolah menengah tersebut. Saya juga tertanya-tanya bilakah akan diadakan majlis pecah tanah untuk memulakan pembinaannya? Untuk makluman, berita tentang pembinaan sekolah menengah di pekan Parit Ya'ani tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari Rabu 26 Februari 2008. Mengimbau nostalgia, sejak tahun 1965, anak-anak di sekitar pekan Parit Ya'ani (termasuk saya) terpaksa meneruskan sekolah menengah di Yong Peng, Tongkang Pechah, Seri Medan dan Parit Raja. Pada tahun 1976, barulah SMK Dato' Seth dibuka dengan dua sesi persekolahan. Bagi pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu terpaksa bersekolah pada sesi petang kerana kekurangan bilik darjah. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar terutamanya yang tinggal di sekitar pekan dan kampung Parit Ya'ani. Ada juga pelajar yang menunggang motosikal untuk ke SMK Dato' Seth yang sudah tentunya mengundang risiko bahaya kemalangan. Ada kalanya pelajar ini terpaksa berhujan untuk pergi dan pulang sekolah. Masalah ini berterusan sehingga sekarang. Justeru, pembinaan sekolah menengah di kawasan pekan Parit Ya'ani perlu disegerakan agar masalah tersebut dapat diatasi. Saya dan semua ibu bapa di sekitar Parit Ya'ani memohon jasa baik Kementerian Pelajaran untuk mengambil perhatian yang serius tentang masalah ini. Sebagaimana program transformasi kerajaan ke arah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' begitu jugalah besarnya harapan kami agar kami tidak dianaktirikan dalam arus pembangunan setelah 54 tahun negara kita merdeka. Kami sentiasa menanti jawapan. ANAK JATI JOWO Parit Ya'ani, Johor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan