Jumaat, 26 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Nov 2010 09:29 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kursus Pulih Semangat Untuk Pemimpin N.Sembilan

Posted: 25 Nov 2010 11:09 PM PST


Dari Blog Singalautmetro

KURSUS PULIH SEMANGAT UNTUK PEMIMPIN NEGERI SEMBILAN DI HUTAN LIPUR PASIR PANJANG, PORT DICKSON

AMATLAH elok menjelang pilihanraya, pemimpin BN di Negeri Sembilan menghadiri kursus memulihkan semangat atau ikhtiar hidup dengan menjalani dua modul latihan yang ada di Hutan Lipur Pasir Panjang, Port Dickson.

Seorang sahabat di Seremban mencadangkan latihan itu bertujuan memulih atau menguatkan semangat pemimpin BN negeri berkenaan menjelang pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan tahun depan. Ini penting bagi memastikan mereka telah bersedia untuk berdepan satu keadaan apabila pembangkang telah mula dilihat berjaya mendapat tempat di pasaran politik negeri itu.

Tentunya dua modul yang amat sesuai dihadiri kesemua pemimpin BN ialah modul latihan turun tangga dan abseiling di tebing hutan lipur yang hampir runtuh itu.

Jika mereka berani menjalani latihan di kedua-dua modul itu, bermakna mereka layak untuk bertanding semula pada pilihanraya akan datang.

Namun permintaan sahabat dari Wisma Persekutuan Seremban itu ialah latihan berkenaan mesti didahului oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Kata sahabat itu lagi, jika mereka takut dan rasa ingin terkencing, eloklah kesemua pemimpin BN menggunakan tandas yang disediakan di hutan lipur itu. Di situ ada tandas konsep baru diperkenalkan di dunia dan Negeri Sembilan merupakan negeri pertama memperkenalkannya. Konsep tandas tanpa air tanpa tisu!

Untuk membasuh najis, pengunjung hanya perlu berendam di laut yang hanya beberapa meter di bawah bukit hutan lipur berkenaan!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/kursus-pulih-semangat-untuk-pemimpin.html

PAS KDAS 3

Posted: 26 Nov 2010 09:13 PM PST

PAS KDAS 3


Majlis Qurban Pas Cawangan Tahun 2010

Posted: 26 Nov 2010 07:38 AM PST


Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di Disini Dimulakan dengan bertakbir Raya, Solat AidilAdha  diikuti Khutbah Raya Dan Diakhiri dengan aktiviti Penyembelihan Qurban Dan Jamuan. 
Sebanyak 2 Ekor Kerbau dan Seekor Lembu telah di Qurbankan. Kesemua Sembelihan telah disempurnakan oleh Af Ustaz Latif. Kerja Gotong Royong dijalankan melibatkan Ahli, Penyokong dan penduduk setempat. Hampir 50 Orang telah bertungkus lumus menjayakan Program pada Hari Raya Tersebut. daging Qurban juga turut diagihkan kepada semua.
Kami dari pihak Pas Cawangan mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada semua yang terlibat. Segala kekurangan dan kelemahan di pihak kami harap dapat teguran melalui emel paskdas3@yahoo.com atau terus berjumpa dengan AJK Cawangan dan Kami memohon maaf atas segala Kekurangan dan kelemahan. Gambar diatas diambil sepanjang program.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 26 Nov 2010 07:34 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN...

Posted: 25 Nov 2010 07:41 PM PST

KITA AKAN DI TANYA DAN DI SOAL SETIAP APA YG KITA LAKUKAN DI ATAS MUKA BUMI INI DI AKHIRAT KELAK

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 26 Nov 2010 07:28 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


10 Zulhijjah Di Cawangan Bunga Raya, Dungun

Posted: 26 Nov 2010 08:09 AM PST

DUNGUN 27 November, Sabtu - Sepertimana tahun sebelumnya, ibadah qurban yang diadakan sekitar seluruh cawangan dalam DUN Sura berjalan dalam suasana meriah dan mendapat sambutan dari segenap lapisan masyarakat.

Tahun ini, lebih 70 ekor lembu telah diqurbankan sepanjang dua hari - 10 dan 11 Zulhijjah baru-baru ini.

Sementara itu, sebanyak 464 beg beras yang disumbangkan melalui ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah diagihkan kepada seluruh faqir miskin di DUN Sura sempena Aidiladha tahun ini.


Di cawangan Bunga Raya, seramai 36 orang faqir miskin telah menerima sumbangan daging qurban dan beras pada 10 Zulhijjah baru-baru ini. Sumbangan telah disempurnakan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Khalid Samad

Posted: 26 Nov 2010 07:14 PM PST

Khalid Samad


Terminal Bas Shah Alam

Posted: 26 Nov 2010 01:03 AM PST

Lanjutan dari cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam; pada Khamis 28 Oktober, jam 3 petang, mesyuarat MTES (Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor) telah diadakan dan saya telah turut hadir bagi membincangkan isu Terminal Bas Shah Alam tersebut. Hasil dari beberapa perbincangan sebelum ini bersama MBSA, 3 tapak alternatif selain dari tapak cadangan asal telah dikenal pasti. Ketiga-tiga tapak ini berada di berhampiran landasan keretapi, yang memungkinkan pembinaan sebuah terminal bas yang 'integrated' atau disepadukan bersama terminal keretapi. Ketiga-tiga tapak alternatif terletak di lokasi yang memungkinkan penggunaan jalan selain dari 'Jalan Subang'. Jalan Subang telah disebut sebagai jalan yang terlalu sesak yang perlu dielak apabila merangka 'bus route' atau rangkaian perjalanan bas setempat. Dengan itu, terminal berkenaan, sekiranya dibina di tapak alternatif, tidak akan menambah-rumitkan masalah kesesakan lalu-lintas di jalan berkenaan yang telah pun sedia sesak.

Setelah selesai pembentangan dan perbahasan, maka memandangkan:

  1. Wang yang akan digunakan adalah dari pihak MBSA dan penangguhan projek tidak akan menyebabkan kehilangan 'grant' sekiranya wang tersebut datang dari pihak Pusat dan
  2. Keperluan tidak mendesak sehingga menuntut pembinaan terminal berkenaan disegerakan tanpa dijalankan satu kajian yang lebih menyeluruh terlebih dahulu.
Maka telah diputuskan bahawa:
  1. Pembinaan Terminal berkenaan hendaklah ditangguhkan sehingga satu kajian yang lebih menyeluruh dilakukan. Kajian ini mesti mengambil kira pembinaan terminal bersepadu yang dikatakan telah dirancang untuk dibina di Subang Jaya dan Sungai Buluh oleh pihak Kementerian Pengangkutan. Ini akan menentukan satu keputusan yang lebih mantap yang boleh elak berlakunya pembinaan terminal yang berjiranan antara satu sama lain sehingga ianya menjadi sesuatu yang membazir. Pada masa yang sama, kedudukan yang menjamin keselesaan pengguna dan kawasan setempat, dari segi tiadanya kesesakan lalu-lintas, kedudukan yang hampir dengan kawasan penempatan, kesepaduan bersama kemudahan teksi dan keretapi perlu diambil kira. Ke arah itu satu JK telahpun dibentuk.
  2. Sambil menunggu perkara seperti di atas, kawasan perhentian bas ekspress yang sediada di Seksyen 17 hendaklah dinaik taraf untuk kegunaan yang lebih selesa sehingga terminal baru siap dibina. Disebut bahawa kerja-kerja ini akan menelan belanja tidak lebih dari RM 1 juta berbanding RM 25 juta untuk Terminal yang baru.
  3. Usaha untuk mengenal pasti lokasi yang tersesuai serta seluruh tindakan yang perlu untuk pembinaannya perlu dilakukan untuk menjamin bahawa Terminal Bas baru akan siap untuk digunapakai dalam tempoh 5 tahun dari sekarang.
Untuk makluman semua, 3 tapak yang dikemukakan sebagai tapak alternatif adalah seperti berikut:
  1. Tapak 'kompleks' rumah ibadat bukan Islam di Seksyen 18 seluas 6 ekar yang masih belum lagi digunakan atas sebab-sebab tertentu. Tanah ini adalah milik kerajaan Negeri. Masalahnya ialah walaupun ianya berhampiran landasan keretapi, tiada stesyen komuter di situ. Namun ianya terletak lebih 1 kilometer dari stesyen komuter yang terdekat, samada ke arah Kuala Lumpur atau ke arah Klang.
  2. Tapak pejabat Veterinar di Seksyen 15 seluas 20 ekar yang dahulunya digunakan untuk penyembelihan khinzir dan sekarang ini dicadangkan untuk penyembelihan lembu. Telah dicadangkan supaya tapak ini diambil balik oleh kerajaan negeri dan tapak baru di luar Shah Alam diserahkan kepada Pejabat Veterinar sebagai ganti. Ini akan menghasilkan tanah yang luas untuk dibangunkan secara komersil sambil stesyen bas yang bersepadu dapat juga dibina di situ. Tapak ini terletak di tepi landasan keretapi dan stesyen komuter Shah Alam juga adalah bersebelahan.
  3. Tapak kilang IOI di Seksyen 15 yang dimaklumkan 'untuk dijual'. Walaubagaimanapun, tapak ini agak bermasalah memandangkan ianya milik swasta dan tapak sebelah yang dimiliki UMW perlu juga dibeli untuk menjamin jalan masuk bas yang lebih selesa dan luas. Namun ianya boleh diusahakan secara BOT sekiranya ada pihak swasta yang berminat untuk mengemukakan cadangan.
Walaupun satu keputusan muktamad belum lagi dibuat, saya berpuas hati kerana paling kurang satu kajian yang lebih menyeluruh dan profesional akan dijalankan, dengan mengambil kira kesemua aspek sebelum wang MBSA sebanyak RM 25 Juta dibelanjakan. Pada masa yang sama, apa yang akan dihasilkan akan memenuhi keperluan warga Shah Alam secara lebih meluas sambil mengambil kira masalah kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

Saya menunggu JK yang dibentuk untuk memulakan perbincangan dan saya akan turut serta dalam perbincangan itu untuk menjamin suatu keputusan yang terbaik, insyaAllah.

Dalam pada itu, saya, dan ramai warga Shah Alam khuatir bahawa projek Terminal Bas ini hendak disegerakan atas sebab-sebab kepentingan politik, khususnya wang untuk tabung pilihan raya BN. Kaedah BN mendapat wang untuk tabungnya dengan melaksanakan projek-projek yang tidak begitu diutamakan adalah perkara biasa dan diketahui umum.

Sebagai contoh, kita dapat melihat pada masa ini projek 'upgrade' atau penambahbaikan perhentian bas di seluruh Shah Alam yang masih elok berfungsi. Bumbung perhentian bas ini diganti dan strukturnya diberi 'face lift' atau dengan kata lainnya 'dipasang make-up'. Ianya merupakan projek oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan dan bajet sebanyak RM 1 juta setahun yang sepatutnya diurus oleh Ahli Parlimen digunakan mengikut kehendak Ketua Bahagian UMNO.



Tiada aduan yang diterima, tiada permintaan yang sampai kepada pihak Ahli Majlis MBSA atau Majlis Perwakilan Penduduk, namun projek ini tetap dijalankan bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak. Walhal semua tahu, ianya projek untuk tabung Pilihan Raya BN Shah Alam, walaupun terdapat banyak lagi perkara yang lebih wajar diberi keutamaan untuk kesejahteraan penduduk Shah Alam.

Saya yakin rakyat sudah mengenali UMNO/BN. Perangai buruk mereka tetap kekal, cuma ubah logo, BN kekal corak lama.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Nov 2010 07:12 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kemiskinan Tegar Di Sarawak

Posted: 26 Nov 2010 03:42 PM PST



Jalan berlopak dan becak waktu hujan menyukarkan penduduk kampung untuk keluar menjalan urusan harian mereka. Dimana keperihatin kerajaan Bn terhadap penduduk Kpg Tukau yang masih lagi ketinggalan dari segi kemudahaan asas seperti api letrik, bakalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian.


Salah sebuah rumah yang dikunjungi PAS Kawasan Miri dimana segala kemudahan asas seperti yang tersebut diatas masih belum lagi didapati oleh penduduk tersebut.



Salah sebuah keluarga miskin yang hidup dalam sebuah pondok kecik.



Keadaan dalam pondok yang sangat menyedihkan kerana keluarga tersebut terpaksa tinggal dalam pondok yang kecik lagi daif.



Salah sebuah rumah mewah dipinggir bukit yang masih dalam pembinaan. Mereka yang kaya hidup senang lenang dalam kemewahan sedangkan orang miskin terus hidup dalam pondok kecik demi menyuap kehidupan keluarga mereka.

Inilah dikata yang kaya bertambah kaya yang miskin hidup melarat.

Marilah kita sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran supaya dapat menilai sendiri apa yang telah kerajaan Bn lakukan terhadap rakyat miskin yang selama ini memberi sokongan kepada mereka sehingga pemimpin2 Bn kebanyakan mereka hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat marhean masih hidup dalam kemiskinan.Kuasa ditangan rakyat maka rakyatlah yang menentukan nasib diri mereka sendiri.

"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri" (Ar-Ra'd: 11) dan pasti kita tidak akan dapat mengubah diri kita ataupun mengangkat darjat kita di sisi Allah tanpa jiddiyah..

tepuk dada tnya iman..

Posted: 26 Nov 2010 03:39 PM PST

Radio Free Sarawak is now on air and attracting big audiences every day at
2230-2330 UTC on 87590 kHz

And if you missed the show we have a repeat from 1800-1900 on 15680kHz. You can
go on line to hear the show via our Podcast and to leave comments on our new on
our new website at: www.radiofreesarawak.org.

You can also subscribe to Radio Free Sarawak on iTunes
http://itunes.apple.com/gb/podcast/radio-free-sarawak/id404741015

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 26 Nov 2010 07:06 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Majlis berkhatan beramai-ramai

Posted: 26 Nov 2010 04:05 AM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 Nov 2010 03:33 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


APA TERJADI & DI MANA PEGUAMCARA II KES SAIFUL?

Posted: 25 Nov 2010 11:44 PM PST

Ini satu berita panas yang baru teman dapat salin dari blog Pahangdaily Pakatan rakyat yang telah diserang Malware atau Virus. Mudah-mudahan Pahangdaily dapat atasi dengan segera. bagi blogger yang belum kena usahakan instal anti-malware dan sentiasa kemaskini anti-virus sekerap yang boleh. Elakkan sementara browsing blog yang terkena Malware kecuali ada cara nak baca dan salin berita dengan browsing cara cepat dan cupy paste dengan cepat dan keluar semula dari blog tersebut.

Berita dari Pahangdaily menyebut ..., mahkamah sebelum ini dimaklumkan bahawa Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan terhadap kes liwat Anwar iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (foto) mengalami masalah kesihatan. Beliau dipercayai deman dan tidak dapat hadir ke perosiding perbicaraan kes liwat II semalam dan juga hari ini. Tempat beliau digantikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria. Namun daripada sumber yang berkenaan, kami dimaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah mengalami kejutan akibat "terjatuh". Tidak dapat dipastikan di mana beliau terjatuh, namun kini nasibnya belum diketahui. Justeru itu, rakyat diminta bersabar dengan apa yang berlaku ini. Mungkin beliau terkejut dan takut untuk menghadapi perbicaraan seterusnya yang melibatkan konspirasi besar terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim agaknya?. Apapun, laporan seterusnya akan kami buat segera selepas ini. Apakah satu lagi bala akan menimpa mereka yang bersekongkol untuk menzalimi Anwar itu agaknya?. Segala musibah yang menimpa ada pedomannya! Justeru itu semoga mereka yang cuba mempermainkan undang-undang dapat mengambil ikhtibar atas segalanya berlaku itu.

[Tidak dapat dipastikan dimanakah Datuk Mohd Yusof terjatuh sebenarnya. Mungkinkah di rumahnya, atau dikandang kudanya atau pun ketika beliau sedang bermain golf?. Apapun, segalanya adalah ...... cuma ini yg sempat salin.Tak berani nak lebih2 nanti teman pun kena.

JPJ NEGERI SEMBILAN LAGI DASYAT DARI YAYASAN SELANGOR !

Posted: 25 Nov 2010 05:15 PM PST

Kalau di Yayasan Selangor belanja RM300,000 untuk ulangtahun Yayasan dan meraikan Sultan disiasat SPRM. Kira majlis ni wujud gak. Tapi kes JPJ lagi hebat, majlis tak wujud pun boleh kumpul dana RM600,000.

EMPAT PEGAWAI JPJ NEGERI SEMBILAN BERDEPAN KEMUNGKINAN DIBUANG KERJAPASAL KUTIP RM600,000 UNTUK MAJLIS TAK WUJUD.

4 orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, berdepan kehilangan jawatan selepas mereka kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kutipan dana menganjurkan majlis makan malam yang tak wujud.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, jabatan itu dan Kementerian Pengangkutan memandang serius perbuatan itu kerana ia melibatkan sesuatu yang bertentangan dengan disiplin dan peraturan mengikut Perintah Am.

Difahamkan, JPJ sedang meneliti kes berkenaan secaa mendalam dan akan bertindak sewajarnya termasuk membuang kerja jika mereka didapati sahih dan sah terbabit.

Kini kesemuanya sedang disiasat SPRM kerana terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dengan mengutip dana secara haram sehingga mencecah RM600,000 untuk menganjurkan satu majlis yang tidak wujud.

Kumpulan pegawai JPJ itu dikatakan menggunakan nama kelab untuk menjalankan kerja busuk mereka dan menggunakan akaun kelab berkenaan untuk menyimpan wang yang dikutip. Namun difahamkan daripada sejumlah RM600,000 yang berjaya dikutip, sebahagian besarnya telah dikeluarkan manakala akaun kelab itu hanya berbaki sekitar RM4,000 sahaja.

BILA SARAH DOAKAN OBAMA !

Posted: 25 Nov 2010 04:33 PM PST


SARAH OMAR Nenek kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.
Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.
"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin dan dilaporkan agensi berita AFP semalam.
Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah menunaikan haji bersama anaknya yang merupakan bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama serta empat orang lagi cucunya.
Sarah menyatakan dia hanya boleh bercakap mengenai haji dan tidak akan memberi komen berkaitan isu politik Obama.
Keluarga itu dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Saeed juga mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah ekoran layanan baik yang diterimanya.
Bapa Obama, Barack Hussein Obama Sr. merupakan penganut Islam dari Nyangoma-Kogel, Kenya ketika berkahwin dengan ibunya, Ann Dunham, seorang pengikut atheis dari Kansas, AS.
Pasangan itu bercerai semasa Obama berusia dua tahun. Ibu Obama kemudian berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia.
Tinjauan pendapat di AS pada Ogos lalu menunjukkan bahawa seorang daripada lima rakyat AS percaya bahawa Obama beragama Islam.
Dakwaan itu dinafikan oleh White House yang menegaskan bahawa Obama ialah seorang penganut Kristian yang taat.
Sumber: Agensi

DPP Gopeng

Posted: 26 Nov 2010 03:27 PM PST

DPP Gopeng


Kuliah Belia Islam di Gopeng

Posted: 26 Nov 2010 05:39 AM PST


Kuliah Belia Islam di Surau Meranti 8 Cangkat Larang Gopeng.

Diadakan setiap bulan pada bulan ketiga atau keempat (berdasarkan maklumat pada banner yang akan di pasang pada pagar surau).

Suatu medium pendidikan Islam untuk belia dan pemuda di sekitar Gopeng.


Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 26 Nov 2010 03:10 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Kem Solat Remaja 2010 Anjuran Pemuda PAS DUN Kemasik Sempena Cuti Sekolah

Posted: 26 Nov 2010 07:28 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Nov 2010 03:07 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MAHKAMAH TOLAK PETISYEN BEKAL SULTAN KELANTAN

Posted: 26 Nov 2010 01:30 AM PST

PUTRAJAYA, 26 Nov — Mahkamah Persekutuan menolak dua petisyen yang dikemukakan oleh bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Yahya Petra, yang meminta mahkamah menafsirkan perkataan "Duli Yang Maha Mulia" dan hak-hak asas seorang sultan.


Dalam keputusannya diumumkan pagi ini, mahkamah memutuskan bahawa Tuanku Ismail Petra tiada hak untuk merujuk persoalan undang-undang termasuk maksud "Duli Yang Maha Mulia" kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

Malah mahkamah juga memutuskan bahawa Tengku Muhammad Faris Petra (gambar), ketika itu Pemangku Sultan dan Sultan Kelantan buat masa sekarang, mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas ketika sultan tidak berupaya untuk berbuat demikian.

Hakim Mahkamah Persekutuan Zulkfeli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu adalah sebulat suara.

Tuanku Ismail Petra memfailkan dua petisyen bagi mendapatkan pandangan Mahkamah Persekutuan mengenai kuasa seorang Pemangku Raja semasa Sultan hilang keupayaan.

Petisyen yang masing-masing difailkan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini, menamakan Sultan Muhammad V dan kerajaan Kelantan sebagai responden.

Tengku Muhammad Faris Petra telah dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Baharu dan kini dikenali sebagai Sultan Muhammad V.

Tuanku Ismail Petra gering sejak Mei tahun lepas.

Wanita PKR mahu Anwar dilantik Ketua Umum PKR serta-merta secara sah

Posted: 26 Nov 2010 01:13 AM PST

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin hari ini mencadangkan supaya jawatan ketua umum — kedudukan tertinggi dalam parti itu diwujudkan dengan serta-merta.
Ahli Parlimen Ampang itu juga mahu jawatan tersebut digubal serta-merta dalam perlembagaan parti itu.
Menurut Zuraida, langkah tersebut dibuat bagi memberi pengiktirafan di atas peranan dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkembangan parti itu selama ini.
"Kewujudan jawatan itu (ketua umum) bukan memberi ancaman terhadap autoriti dan pengaruh presiden dan timbalan presiden sebaliknya hanya berperanan sebagai 'mentor' kepada pembangunan parti.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sosok penting dalam sejarah penubuhan Keadilan (PKR). Peranan dan pengaruh utamanya tidak boleh kita nafikan.
"Malah diketahui beliau seorang tokoh yang amat disegani sehingga ke peringkat antarabangsa. Pengaruh dan kapasitinya tidak harus disia-siakan dan dimanfaat buat kebaikan parti," kata Zuraida dalam ucapan dasar ketua wanita ketika Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini
Beliau berkata kewujudan jawatan ketua umum itu adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh PKR dalam landskap politik semasa.
"Relevannya diwujudkan jawatan ketua umum buat Anwar adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh,peranan dan statusnya dalam PKR agar kelangsungan dalam lapangan politik semasa terus gah dan sentiasa digeruni," katanya.

Anwar kini adalah Penasihat PKR.

BENGKEL SOLAT REMAJA BAGI WARGA TMN MELATI

Posted: 25 Nov 2010 07:08 PM PST

... yang mane ade anak usia 10-16 tahun tue daripada tak tau nak buat apa atau buat entah apa-apa musim cutis sekolah ini baik hanto anak gie bengkel solat...

APA MUNGKIN WUJUD PROTES PADA KONGRES PKR ESOK???

Posted: 25 Nov 2010 06:36 PM PST

PETALING JAYA: Kongres Nasional 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ketujuh yang bermula esok sehingga Ahad (28 November) bakal dicemari dengan protes daripada sekumpulan ahli parti itu sendiri bagi membantah kepincangan sepanjang proses pemilihan berlangsung.

Melaungkan slogan 'Kempen Selamatkan Keadilan', kumpulan yang dikenali sebagai Suara Anak Muda itu difahamkan akan memakai baju T berwarna hitam, selain riben 'headband' dan 'armband' yang sama warna sebagai tanda protes.

FMT juga difahamkan kira-kira 100 penyokong Suara Anak Muda akan mula mengedarkan risalah kepada perwakilan, pemerhati, media dan orang ramai sepanjang Kongres PKR yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula esok.
Selain risalah, riben, 'armband' dan 'headband' yang tertera perkataan 'Selamatkan Keadilan' turut diedarkan di perkarangan dewan bagi meraih sokongan.
"Risalah itu mengandungi fakta serta bukti kepincangan sepanjang proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat dan juga Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC).
"Dalam kempen risalah itu juga, kita mahu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diselamatkan dari terus dikellilingi oleh individu berkepentingan yang menjadi penasihat tidak rasmi (campur tangan) Anwar sehingga menimbulkan banyak keputusan yang tidak sepatutnya daripada beliau dan Biro Politik," kata sumber dalaman kumpulan itu.

Kempen itu katanya, bertujuan untuk menarik perhatian pemimpin tertinggi termasuk Presiden PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya mendengar keluhan mengenai proses pemilihan MPP yang dikatakan sebagai demokrasi namun didapati tidak bersifat telus.

"Kerunsingan Pemilihan 2010 ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa benci terhadap perjuangan PKR, cuma perasaan benci yang meluap-luap itu hanyalah terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam JPP.

"Lebih menjengkelkan apabila ianya seolah-olah dibiarkan berlaku. Apabila keadilan itu dinafikan dalam parti yang berlandaskan Keadilan – apakah makna Keadilan?," soal beliau.

(GAMBAR) SUATU PENGHINAAN KEPADA KAABAH & DUNIA ISLAM

Posted: 25 Nov 2010 06:30 PM PST

... MEMANG SEMAKIN BIADAP ORG KAFIR TERHADAP DUNIA ISLAM....

FIQ : NAK SEDAP VOKAL... BANYAKKAN ISAP ROKOK ...

Posted: 25 Nov 2010 06:23 PM PST

Habis le jahanam anak muda hari ini bile pakat-pakat dok pegang kata2 artis sorang ini....

[Mstar] Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.

"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.

"Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.

"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.

Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.

"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu....

UTUSAN MELOYA RUGI RM10 JUTA

Posted: 25 Nov 2010 06:12 PM PST

Mungkin tindakan sebilangan rakyat memboikot produk syarikat akhbar yang menjadi pencacai kerajaan BN disebabkan sudah berasa muak dengan laporan berat/ mengarut yang dipaparkan dalam akhbar milik syarikat ini turut menjejaskan pendapatan syarikat akhbar yang dilihat begitu condong kepada parti yang memerintah.


Saya petik:

[Mstar] Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.

Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian....

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 26 Nov 2010 01:09 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN...

Posted: 25 Nov 2010 07:41 PM PST

KITA AKAN DI TANYA DAN DI SOAL SETIAP APA YG KITA LAKUKAN DI ATAS MUKA BUMI INI DI AKHIRAT KELAK

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 26 Nov 2010 01:01 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lagi projek membazir di dalam Parlimen Bukit Katil, Dun Ayer Keroh

Posted: 26 Nov 2010 01:34 AM PST

Melaka: Pembinaan jalan empat lorong yang berharga RM10.93 juta dipersoalkan oleh DAP Melaka kerana ianya tiada keperluan dan langsung tidak digunakan berhampiran Kolej Yayasan Saad (KYS), Ayer Keroh, di sini.

Menurut Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong beliau tidak melihat mengapa jalan sepanjang 2.6 kilometer itu perlu dibina sedangkan selama ini tiada pembangunan atau sebarang aktiviti di kawasan tersebut. Tambahnya, pembinaan jalan berkenaan tidak masuk akal kerana pembangunan di kawasan berkenaan mungkin hanya akan dijalankan lima atau 10 tahun dari sekarang dan kosnya begitu tinggi.

"Sebagaimana yang dikatakan Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam iaitu kerajaan negeri menggunakan pendekatan penawaran sebelum permintaan dalam sidang Dun baru-baru ini tetapi ianya tak logik.

"Malahan, saya merasakan adalah lebih baik kerajaan memberikan keutamaan kepada membina jalan lebih penting atau yang diperlukan rakyat, bukannya membina jalan yang sehingga kini tidak digunakan. Sehingga kini, masih tidak ada sebarang tanda pembangunan di sini dan saya risau kerana sejumlah besar wang rakyat sudah dibelanjakan untuk membina jalan ini," katanya.

Di samping itu, Poay Tiong turut mempersoalkan mengenai kualiti pembinaan jalan berkenaan yang menurutnya tidak memuaskan.

"Kita sendiri dapat melihat permukaan jalan yang agak tidak rata, seterusnya menunjukkan kualiti pembinaan jalan ini tidak baik serta meragukan," katanya. Selain tidak digunakan, jalan yang dibina itu juga merupakan jalan mati yang tidak dihubungkan dengan mana-mana jalan utama dan tiada sebarang tanda-tanda akan wujudnya pembangunan di sekitar jalan yang terletak berhampiran KYS itu dalam masa terdekat ini.

Sumber : Harakah keluaran 15 – 18 ZULHIJAH 1431 / 22 – 25 NOVEMBER 2010

Batu Gajah Mari

Posted: 26 Nov 2010 11:30 AM PST

Batu Gajah Mari


Kekecewaan TG Nik Aziz

Posted: 26 Nov 2010 04:58 AM PST

KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, tindakan berkenaan tidak menggambarkan sikap 'journalist' walaupun program berkenaan cukup baik dan pertama kali ianya diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

"Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

"Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih," ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

"Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan," ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.

Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho.

Anwar Digantung 6 Bulan Dari Hadiri Sidang Parlimen?

Posted: 26 Nov 2010 12:59 AM PST

Oleh Suara Keadilan

anwar11KUALA LUMPUR Nov 24 - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan desas desus yang tersebar bahawa beliau akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau mengnai kaitan kerajaan Malaysia dan syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata usaha penggantungan itu tidak bererti bagi berbanding keperitan dipenjara selama enam tahun serta dipukul sehingga menyebabkan kecederaan tulang belakang sehingga kini.

"Mereka telah penjarakan saya selama enam tahun, jadi apa sangatlah alu digantung selama enam bulan, Saya telah melalui lebih dahsyat daripada ini, mereka pukul saya, bogelkan saya dan kurung saya dalam sel seorang diri, sekarang hendak gantung saya pula? Anwar ketawa ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Oposisi petang tadi.

Bagaimanapun Anwar memberitahu sehingga kini beliau tidak diberitahu secara rasmi mengenai ura-ura tindakan yang mahu diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Saya belum lagi diberitahu walaupun rakan-rakan saya maklum khabar angin yang bertiup. Tidak ada sebanrabng maklumat mengenainya, tidak ada notis mesyuarat, jadi akag menarik juga melihat bagaimana kerajaan ini berfungsi.

"Ramai nampaknya sudah tahu tapi jawatankuasa belum lagu bermesyuarat, notis pun belum dikeluarkan, jadi selamat datang ke Malaysia," Anwar tersenyum sinis.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Bagaimana tidak ada sebarang keputusan atau susulan yang dibuat terhadap cadangan tindakan terhadap Anwar sehingga kini.

Anwar pernah berkata sekiranya beliau digantung dari sidang Parlimen ini juga satu rahmat kerana ia akan memberi peluang kepada beliau bertemu rakyat serta menjelajah seluruh negara untuk berkempen dan berceramah bagi pihak Pakatan Rakyat.

Pendidikan Seks vs Pendidikan Agama

Posted: 25 Nov 2010 10:54 PM PST



oleh: Khalil Samad

Teman dengan rasminya menyatakan kekaguman teman kepada umNO dan Barisan Nasional kerana difahamkan mulai tahun depan akan mempratikkan pendidikan seks kepada sekolah – sekolah rendah ?.
Tahniah umNO…..jasamu sekali lagi dikenang. Teman menaruh harapan dan mengharapkan maklumat ini perlu diperhalusi dengan merujuk kepada agama kerana kesannya bahaya bagi negara dan ummah itu sendiri.
Teman jugak mengambil kesempatan ucapan setinggi penghargaan kepada semua tokoh agama dan mufti – mufti dalam negara kerana diam mereka seolah – olah tanda setuju kepada arahan terbaru ini. Mungkinkah dalam ilmu dan benak mereka inilah langkah terbaik menyelesaikan masalah zina, pembuangan bayi yang melanda negara ataupun budaya kasyaf telah menguasai ilmu mereka.
Guru yang bakal mengajar subjek pendidikan seks di sekolah pada tahun hadapan perlu dilatih bagi memastikan mereka bersedia menghadapi pelbagai persoalan daripada pelajar mengenai subjek itu.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, latihan semula itu perlu biarpun silibus telah ditetapkan bagi setiap peringkat pembelajaran.
"Persediaan para guru adalah penting kerana pelajar akan bertanya perkara-perkara yang diluar jangkaan dan latihan persediaan perlu supaya guru dapat memberi jawapan yang tepat dan tidak terkeluar daripada silibus ditetapkan, Mohamad Ali dalam pada itu berkata, PIBGN menyokong penuh pelaksanaan pembelajaran subjek itu yang bakal memulakan pembelajaran mulai tahun depan.
Teman nak tanya puak – puak menteri dan dan tokoh – tokoh pendidik….bebudak sekarang dah advance komputer….celik sahaja mata komputer….komputer….pendekata nak ` search ` benda – benda yang bukan – bukan dengan tenang mereka cari mesti keluar punya. Nampaknya mereka lupa bahawa saikologi menujukkan semua kanak – kanak dilahirkan mau mencuba semua perkara…..maka ini lah ilmu terbaiknya untuk mereka mencuba.
Bebudak sekarang bukan bebudak sebelum perang dan merdeka….bukan macam orang - orang tua bercerita zaman dulunya hari ini akad nikah kedua suami isteri malu dan tersenyum – senyum malu kerana tak pernah berjumpa apatah lagi ` dating `. Silap – silap sebulan baru dapat ` malam pertama `.

Katanya lagi, subjek yang diberi nama Pendidikan Sosial dan Pertumbuhan Kesihatan bagaimanapun perlu menggunakan bahan rujukan yang sesuai dengan setiap peringkat pelajar supaya maksud sebenar subjek itu diwujudkan bertetapan dengan objektif asal. Beliau turut menyarankan pendekatan agama, budaya dan adab nilai timur diterapkan bagi memastikan pembelajaran itu lebih holistik.
Tujuan kita mengajar subjek ini adalah supaya pelajar dapat menghargai diri mereka dan dapat menjaga diri mereka pada masa hadapan. "Jadi jika diselitkan serba sedikit mengenai agama, budaya dan nilai ketimuran yang ada pasti lebih memberi kesan.
Dulunya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, mata pelajaran itu akan diajar selama 30 minit setiap minggu dalam kelas Pendidikan Jasmani di semua peringkat sekolah rendah dan menengah. Sebelum ini, Wee berkata pendidikan seks akan di ajar hanya diperingkat sekolah menengah sebagai satu mata pelajaran kurikulum.
Teman percaya kalau masin mulut teman ini…mungkin penggunaan kondom yang betul pasti akan diajar….jika ianya diajar maka gerombolan pelajar terbuka melakukan seks kerana dengan cara ini hubungan seks lebih selamat dan pratikal.
Mungkin umNO nampak kes pembuangan bayi atau keterlanjuran melakukan seks tanpa nikah…..dan mungkin buat – buat tak nampak tentang zina yang diharamkan oleh Allah swt.
Teman percaya jika diselitkan seba sedikit mengenai agama, budaya dan nilai ketimuran.."....bagi teman itu semua alasan bengong ....kerana sepatutnya agama tu la yang perlu ditekan dan dimantapkan....soal dosa dan pahala...syurga dan neraka....segala galanya lengkap dan menyeluruh.....takut sungguh pemimpin - pemimpin negara ni dengan pendekatan agama.
Bayangkan kalau yang mengajar tu bertitle [ maaf dengan izin ] janda atau duda atau buaya darat dan sebagainya….maksud teman yang tak berpegang kuat dengan agama....maka alamat bertambah haru biru dan biru harunya negara.
Tapi teman munsykil sikit…. semacam tiada penentangan serius daripada pembangkang yang sebelum ini kelihatan menjuarai isu – isu agama dan human right tu ?.
Apa – pa pun teman sekali lagi mengucapkan tahniah kepada umNO….teman faham dan konsisten faham bahawa ini adalah salah satu ` Satu lagi projek Barisan Nasional `…..maka teruskan.

Pemuda PAS persoal ketelusan SPRM

Posted: 25 Nov 2010 06:14 PM PST

http://harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/29jan/dr%20dr%20his.jpg

IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri hairan dengan sikap double standard Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri terhadap kes lebih kurang sama sepertimana berlaku di Selangor berkaitan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000 baru-baru ini.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mei lalu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) di bawah pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah mendedahkan terdapat kos majlis perasmian disalahgunakan oleh pihak tertentu termasuk di Pejabat Menteri Besar melebihi RM1 Juta.

"Namun, malangnya tiada sebarang tindakan daripada SPRM dalam perkara ini sehingga sekarang. Kami rasa seolah-olah ada usaha campur tangan pihak tertentu menyebabkan kes itu disenyapkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dr Raja Ahmad berkata, peliknya isu sama berlaku kepada Selangor apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya mencecah setengah juta ringgit.

Katanya, persoalan kenapa di Perak ia tidak diambil tindakan bahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya mengatakan akan menunggu laporan penuh daripada PAC sahaja.

"Tetapi sehingga kini, status laporan berkenaan tidak diketahui dan dalam masa yang sama SPRM tidak pula bertindak menyiasat pendedahan berkenaan.

"Kami berharap SPRM bersikap profesional dalam bertindak tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak," katanya.

Dupahang's Weblog

Posted: 26 Nov 2010 11:18 AM PST

Dupahang's Weblog


PAS GANTI UMNO : REALISASIKAN PADA MAC APRIL 2011

Posted: 25 Nov 2010 08:17 PM PST

Oleh Chegu Zul (SU Jabatan Penerangan PAS Pahang) Pilihanraya serentak bagi negara ini, PM sedang memikirkan bagaimana untuk menjimatkan kos. Oleh itu PRU 13 bakal berlangsung pada April 2011. Ini kerana dalam sejarah negara Malaysia merdeka Sabah dan Sarawak terlebih dahulu mengadakan pilihanraya. Dulu ia adakah sebagai strategi bagi Bn di Semenenjaung bagi melihat kemampuan [...]

Hubungan PAS-DAP ada pasang-surutnya…

Posted: 25 Nov 2010 08:12 PM PST

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Ia bukan bermula dengan tsunami politik Mac 2008 yang menggemparkan itu. Secara rasmi tiada pakatan antara PAS dan DAP semasa menyertai pilihan raya umum ke-12. Hubungan PAS hanya dengan KeADILan, yang kemudiannya menjalin persefahaman politik dengan DAP. Pakatan Rakyat terbentuk selepas menyaksikan keputusan luar biasa yang langsung tidak terduga dan keperluan [...]

Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

Posted: 25 Nov 2010 07:59 PM PST

Ust. Mohd Reda (AJK DUP Pahang Sebagaimana telah diberitakan, Pemerintah Malaysia & Indonesia melalui Jabatan Agama telah menetapkan bahawa Hari Raya Aidil Adha 1431 H tahun ini jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010. Bila Hari Raya Aidil Adha adalah 10 Zulhijjah, maka 9 zulhijjah adalah Hari Arafah, hari di mana jamaah haji wukuf di [...]

DUN Lembah Jaya

Posted: 26 Nov 2010 11:09 AM PST

DUN Lembah Jaya


PROGRAM BELIA / BELIAWANIS AMPANG 2010

Posted: 25 Nov 2010 07:03 PM PST


KEM MOTIVASI JATIDIRI BELIA / BELIAWANIS AMPANG
ANJURAN PeBT ZON 10 & 13 MPAJ
BERSAMA BELIA ISLAM AMPANG & NISA' AMPANG

__________________________________________________________________________________
TARIKH 17 – 19 DISEMBER 2010 /
11 – 13 MUHARAM 1432H
HARI JUMAAT HINGGA AHAD

MASA 5.00 PTG JUMAAT HINGGA 2.00 PTG AHAD

TEMPAT D'CONGKAK FOREST, SG. CONGKAK
HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

PESERTA 16 TAHUN KEATAS SAHAJA

YURAN RM 35 SAHAJA

HUBUNGI 019-2482998

Pemuda Guchil

Posted: 26 Nov 2010 09:25 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Nov 2010 09:02 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi

Posted: 26 Nov 2010 04:08 AM PST



Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata masalah gadis yang hamil luar nikah dan isu pembuangan bayi hanya akan dapat ditangani melalui penguatkuasaan hukum hudud.

Kerajaan sepatutnya mengenakan "undang-undang selayaknya" bagi pesalah zina "seperti sebat terhadap mereka yang belum berkahwin dan rejam hingga mati bagi mereka yang telah berkahwin."

Katanya, usaha BN untuk menubuhkan bank bayi, sekolah mengandung dan penggunaan kondom juga merupakan satu perkara "mengarut."

Beliau turut menuntut supaya kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengajar pendidikan seks kepada pelajar sekolah kerana "ia tidak menyelesaikan masalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku."

Jelasnya, kes buang bayi bukanlah kesan daripada kejahilan berhubung seks tetapi disebabkan "pergaulan bebas, tidak mengenal dosa dan pahala, tidak takut azab Allah, tidak menutup aurat dan tidak memilik kawan atau sahabat."

Dalam satu kenyataan, Nasruddin berkata, kerajaan juga seolah-olah "mahu menggalakkan" zina dengan "mengemukakan cadangan songsang sebegini agar masyarakat tidak memfokus terhadap isu sebenar iaitu zina dan maksiat."

Perkara itu dilihat apabila kerajaan mencadangkan pembinaan hab hiburan di bawah pelan transformasi ekonomi (ETP).Katanya, usaha itu akan membiakkan lebih banyak aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Tambahnya, kerajaan BN sepatutnya lebih serius dalam menangani masalah berkenaan dengan membasmi pusat maksiat dan menjalankan kempen anti-zina.

http://www.malaysiakini.com/news/149260

Mat Said bohong lagi kerana nama??

Posted: 26 Nov 2010 03:28 AM PST


Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.

Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh.

Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.

Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.

Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.


Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.

Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketui.

Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.

Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.

Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.

Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.

"Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.

"Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium," ujarnya.

Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum 'tamat' (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.

"Saya belum tamat (khatam) lagi Quran 'besar' tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan," jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi 'dikhatamkan' usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.

Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.

"Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.

"Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui," ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa 'pembohongan'.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.


GANGGU CERAMAH PAS: UMNO PUNGGAH PEMUDA DENGAN BAS

Posted: 26 Nov 2010 12:59 AM PST



Umno malam tadi memunggah pemuda dengan bas untuk meramaikan bilangan pendengar ceramah mereka. Ceramah Umno yang dianjurkan bagi menganggu ceramah PAS dihadiri oleh kira-kira 50 orang pemuda yang dibawa dengan bas sejak dari awal lagi. Tidak diketahui dari mana datangnya pemuda-pemuda tersebut yang ada antara mereka berumur belasan tahun. Berapa agaknya upah yang mereka dapat,RM10, RM20 atau berapa???.

Orang Kampung Bukit Katil yang hadir boleh dibilang dengan jari. Mungkin kerana tiada habuan diberikan maka mereka tidak mahu keluar sementelah lagi hujan pun turun mereka sejuk. Jadi kita cadangkan lain kali Umno boleh bawa durian, beras dan sebagainya bagi menarik lebih ramai penyokong mereka hadir.

Saya selagi kesal dengan sikap pemimpin Umno yang masih tidak mengubah perangai mereka yang suka menganggu ceramah PAS walaupun Melaka telah diisytiharkan oleh mereka sebagai negeri maju.

Mungkin agaknya mereka tidak mengubah minda mereka kerana Melaka bukannya maju dalam ertikata sebenar. OECD sendiri menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Tidak pernah berlaku di negeri lain-lain menganggu ceramah PAS kecuali pada musim kempen pilihanraya di mana ceramah diadakan secara berdekatan. Spesies manusia yang suka mengganggu ceramah PAS ini hanya ada di Melaka.

Saya teringat kepada Sirah Rasulullah di mana ceramah Baginda sering diganggu oleh Kafir Quraisy dengan ejekan dan sebagainya. Antara kaum Quraisy yang sering menganggu Rasulullah adalah Abu Lahab.

Agaknya bila minda mereka akan ini akan berubah......???


Facebook Harakah Muda perlukan 10,000 rakan

Posted: 25 Nov 2010 07:53 PM PST

HARAKAH MUDA akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember 2010 yang akan datang. Ketika ini, HM telah mencapai seramai 5,681 pengguna FB yang telah menjadi rakan melalui status 'like'. HM berhasrat untuk melancarkan HM dengan kapasiti 10,000 rakan pada 11 Disember ini.

Harap rakan-rakan HM dapat mempromosikan HM kepada rakan-rakan anda yang lain, wassalam.

Facebook HARAKAH MUDA...klik DI SINI


berita terdahulu :

i n t a n h i j a u

Posted: 26 Nov 2010 07:03 AM PST

i n t a n h i j a u


SYABAS KERANA SEKONGKOL DENGAN UMNO/BN / شباس کران سکوڠکول دڠن امنو

Posted: 26 Nov 2010 02:51 AM PST

 Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika  kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

"Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat," ujarnya.
Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

"DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara," ujarnya.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu.

Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti.

"Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?" soalnya.

Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas.

"Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini," katanya.

Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.

"Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan," ujarnya lagi.

KENA BIJAK PILIH PEMIMPIN / کنا بيجق ڤيليه ڤميمڤين

Posted: 25 Nov 2010 10:48 PM PST


"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai," katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

BELIA MALAYSIA BUKAN KAYU... / بليا مليسيا بوکن کايو..

Posted: 25 Nov 2010 05:34 PM PST


  
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Nov: PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.
"Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.
"Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya  generasi muda  tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.
Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.
"Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja," ujarnya.
Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.
Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh  hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.
"Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka  untuk membina kualiti hidup yang lebih baik," katanya lagi.


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 26 Nov 2010 03:05 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


XPDC Bantuan Mangs Banjir

Posted: 26 Nov 2010 02:51 AM PST




.

Posted: 26 Nov 2010 01:35 AM PST

.


GUGAT KUASA RAJA-RAJA MELAYU :PEMIMPIN UMNO DIMINTA SULUH CERMIN

Posted: 25 Nov 2010 03:29 AM PST


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.

PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.


PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.


Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.


Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat
Ustaz Idris Ahmad

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 26 Nov 2010 01:29 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kenyataan Akhbar Dewan Pemuda PAS Balik Pulau

Posted: 25 Nov 2010 03:37 PM PST

Assalamualaikum, Tarikh report : 25/11/2010 Masa : 5.30petang Tempat : IPD Barat Daya, Balik Pulau Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau (DPPKBP) telah membuat satu laporan polis di IPD Barat Daya, Balik Pulau berhubung 7 banner yang dinaikkan disekitar kawasan Balik Pulau telah memfitnah Pemuda PAS berkaitan Isu Wang Judi, Lesan Rumah Urut dan Pusat [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Nov 2010 01:26 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

Posted: 26 Nov 2010 12:42 AM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : tanbihul_ghafilin.tripod.com

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu.".

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita.

" Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya.

" Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu,

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Segelas Air Sebanding Dengan Sejuta Pound

Posted: 26 Nov 2010 12:37 AM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : kisahteladan.com

Penulis terkenal kebangsaan Mesir yang bernama Mustafa Amin, dimana beliau adalah salah satu yang dijebloskan ke dalam penjara di masa pemerintahan Gamal Abdul Naser pada tahun 1965, menceritakan kisahnya saat berada di dalam penjara.

Ia berkata, "Di antara bentuk penganiayaan yang ditetapkan pemerintah pada saat itu adalah melarang penghuni penjara makan dan minum. Larangan untuk makan sangatlah menyakitkan, walaupun masih memungkinkan untuk bertahan, akan tetapi haus adalah siksaan yang tidak mungkin bisa ditanggung, khususnya di bulan-bulan musim panas dengan derajat panas yang tinggi sekali,Selain itu saya mempunyai penyakit gula, yang mengharuskan saya banyak minum.

Di hari pertama pelarangan ini, saya masuk kamar kecil, di sana saya mendapatkan tempat air yang berisi air untuk istinja', kemudian saya minum air tersebut sampai habis, dan sebagai ganti untuk istinja', saya gunakan tissu toilet.

Dengan semakin bertambahnya rasa hausku, saya terpaksa minum air kencing. Sampai di hari ketiga, saya tidak mendapatkan air kencing untuk saya minum.
Saya sangat haus, saya merasakan siksaan yang sangat pedih. Kemudian, saya berjalan-jalan di dalam sel saya sehingga nampak seperti orang gila. Lidah dan tenggorokan saya kering.

Terkadang saya menunduk ke lantai dengan harapan semoga sipir penjara terlupa dan menyisakan setetes air ketika mereka mengepel lantai!!
Setelah itu saya merasakan bahwa saya hampir binasa, dalam kondisi seperti itu saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan,

saya kuras pikiranku, sampai saya terhuyung-huyung, ketika itu aku malihat bahwa pintu sel dibuka dengan perlahan-lahan, dan dalam kegelapan saya perhatikan ada tangan seseorang mengulurkan segelas air dingin. Saya tergoncang, terbayang seolah-olah aku telah gila?

Aku mulai melihat bayangan orang itu, ah … tidak mungkin ini air … ini hanyalah fatamorgana. Kemudian, saya ulurkan tangan dan saya benar-benar menyentuh gelas tersebut, ternyata sedingin es. Saya melihat pembawa gelas tadi meletakkan jarinya di atas bibirnya, seolah-olah ia berkata kepada saya, 'Janganlah kamu bicara'.

Saya minum air tersebut, akan tetapi ia sangat berbeda dengan air yang pernah saya minum selama ini, ia adalah air yang paling nikmat yang pernah saya minum di dalam kehidupan saya sebelumnya. Kalau seandainya pada waktu itu aku memegang uang satu juta pound (junaih), niscaya aku berikan kepada sipir yang tidak kukenal ini.

Minum air segelas tersebut membuat ruh saya seakan kembali ke tubuh dan tidak perlu lagi makan karena kenyang. Bahkan, lebih dari itu, aku merasa tidak perlu dikeluarkan dari penjara. Saya merasakan kebahagiaan yang belum pernaha saya rasakan selama hidup saya, semua itu disebabkan segelas air yang dingin.

Setelah itu, sipir pergi dengan cepat seperti kedatangannya tadi dan menutup pintu sel dengan perlahan. Saya melihat bayangan sipir, ia adalah pemuda yang berkulit coklat dan berbadan pendek. Akan tetapi, saya merasakan ia seperti malaikat. Saya melihat langsung pertolongan ALlah di sel penjara.

Hari yang penuh siksaan terus berjalan, tanpa pernah lagi melihat sipir yang tidak saya kenal itu. Kemudian, saya dipindahkan ke ruangan penyiksaan di lantai dasar penjara. Setiap hari melihat sipir yang tidak saya kenal itu berdiri di hadapan saya.

Ketika itu saya hanya berdua. Saya bertanya dengan perlahan-lahan kepadanya, 'Kenapa engkau lakukan perbuatan itu? Kalau mereka mengetahuinya tentu memecatmu'.

Dengan menyunggingkan senyum, ia menjawab, 'Hanya memecat saya!? Bahkan, mereka akan membunuh saya dengan menembakkan senjata?'

Saya bertanya, 'Apa yang membuatmu melakukan hal yang berbahaya itu?
Ia menjawab, 'Sesungguhnya saya mengenal anda, namun anda tidak mengenal saya. Kira-kira 9 tahun yang lalu, seorang petani dari Giza mengirim surat kepada anda,

yang isinya menceritakan bahwa ia adalah seorang petani yang tinggal di sebuah perkampungan, dalam hidupnya ia sangat menginginkan membeli seekor sapi. Akan tetapi, setelah 6 bulan sapi yang berhasil dibelinya tersebut mati. Beberapa bulan setelah itu, yakni pada malam-malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan,

tiba-tiba pintu rumah yang sempit kepunyaan petani itu diketuk, dan datanglah utusan dari harian koran anda, Akhbarul Yaum, sambil memegang tali yang mengikat seekor sapi di belakangnya. Ketika itu koran harian Akbarul Yaum selalu mewujudkan beratus-ratus impian para pembacanya di malam-malam Lailatul Qadar di setiap tahunnya'.

Sipir itu terdiam sebentar, kemudian ia berkata, 'Petani yang telah Anda kirimi seekor sapi kepadanya 9 tahun yang lalu adalah ayahku'.
Bukankah telah aku katakan kepada kalian tadi bahwa pertolongan Allah menyertaiku saat aku di dalam sel penjara?!

Demikianlah perbuatan baik yang telah dilakukan seorang penulis sejak 9 tahun yang lalu terhadap seorang petani telah membuahkan hasil dan bisa menyelamatkan hidup sang penulis (dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala). Segelas air di saat-saat ujian yang berat sekali lebih berharga dan lebih nikmat dari segala yang ada didunia.

Oleh karena itu, jadikanlah dalam beramal ikhlas semata-mata karena Allah Ta'ala. Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya.

Menginfakkan harta di jalan kebaikan, pasti akan mendapatkan balasan walaupun setelah lama berlalu masanya. Terkadang balasan perbuatan baik itu akan berlipat ganda. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam Al-Qur'an surat Al-baqarah: 272, yang artinya:

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Janganlah kamu membelanjakan sesuatu, melainkan karena mencari keridhaan Allah.

Apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."

POLITIK PERKAUMAN UMNO MENJAUHKAN ORANG MELAYU DARI DASAR PERJUANGAN ISLAM

Posted: 26 Nov 2010 12:25 AM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : mohd hafez sabri

IPOH, 26 November, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, hari ini menyatakan bahawa UMNO cuba menipu orang Melayu dengan membangkitkan isu perpecahan Melayu yang kononya sedang berlaku di Perak.

Menurut beliau, UMNO merasakan kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan orang Melayu. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan kesatuan Melayu. Hanya bezanya ialah kesatuan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan apa yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan sentimen perkauman yang sempit.

Beliau menyatakan lagi, bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan ummat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam.

Memetik ucapan beliau, " Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS "

" Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai UMNO dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. UMNO adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam "

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, UMNO sebenarnya gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar "Melayu" yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan,

kronisma dan segala yang tercela "demi kepentingan Melayu", adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS.

UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di Negara sendiri dan sebagainya.

PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan "lemah" mereka adalah hasil dari perjuangan "Melayu" yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak,

maka pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah, tegas beliau.

CERAMAH ANWAR DI PAHANG - DAKYAH MEDIA UMNO TERSASAR

Posted: 26 Nov 2010 12:13 AM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : WFAUZDIN NS

DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut.

Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang.

Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang.

Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid. Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga.

PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat.

DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno.

Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti.

Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya.

Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang.

YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut.

Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal.

Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja.

Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset.

Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat.

Bekas Sultan gagal cabar pemasyhuran anak baginda

Posted: 25 Nov 2010 11:45 PM PST

19 Zulhijjah 1431H

Mahkamah Persekutuan - mahkamah paling tinggi di negara ini - hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh bekas sultan Kelantan untuk mencabar kuasa Pemangku Raja yang mengambil-alih takhta negeri.

Keputusan dibuat oleh hakim mahkamah persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel berkenaan.

Katanya, Sultan Ismail Petra tiada hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu-isu perlembagaan ke mahkamah tersebut kerana baginda bukan lagi Sultan Kelantan sehingga pulih daripada ketidakupayaan.

Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September lalu di sebalik dakwaan ada cubaan oleh 'konspirator' untuk menggulingkan ayahanda baginda daripada takhta.

Oleh kerana Sultan Ismail Petra sedang gering, Pemangku Raja Kelantan menggunakan perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan diri baginda menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Baginda kemudian berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Kemelut istana Kelantan bermula apabila Sultan Ismail Petra diserang angin ahmar pada 14 Mei tahun lalu.

Perkembangan itu menyaksikan Tengku Muhammad Faris - anak sulung baginda daripda tiga putera - dilantik sebagai pemangku sultan.

Malaysiakini/-

PERPECAHAN: SIAPA PUNCANYA?

Posted: 25 Nov 2010 11:36 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat trend Barisan Nasional (BN) meletakkan punca perpecahan hanya kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) semata-mata tanpa melihat apa yang berlaku di dalam BN itu sendiri sebenarnya merupakan satu perpecahan yang nyata.

Bagi mengulas kenyataan Mustafar Rahadi Ketua Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri Perak yang meletakan punca perpecahan umat Islam adalah berpunca daripada PAS. Pertamanya, sudah tentu Mustafar adalah seorang yang beragama Islam dan juga berbangsa Melayu. Yang keduanya, kenapa pula Mustafar ini tidak memilih parti Umno dan memilih PPP sebagai ideologi politiknya?

DPPN Pk menyarankan agar Mustafar perlu menyertai Umno bagi membuktikan bahawa tiada perpecahan sendiri di dalam BN itu sebenarnya. Sudah tentu juga ahli di dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang berbangsa Melayu juga perlu menyertai Umno bagi mengelakkan perpecahan. Sebagai sebuah parti Melayu di dalam BN, sudah tentu keahlian mana-mana parti di dalam BN perlu menjadikan Umno sebagai keutamaannya.

DPPN Pk juga mengambil peluang mengalu-alukan pertemuan dengan Pemuda PPP Perak dalam masa terdekat jika ingin mendapatkan penjelasan berkaitan Islam. DPPN Pk bersedia memberikan penjelasan agar segala kesalahfahaman dan kekaburan dapat di jernihkan semula. DPPN Pk amat berharap ianya akan menjadi kenyataan.

Pertubuhan Bantuan Etnik Hui dan Salar di Provinsi Qinghai

Posted: 25 Nov 2010 11:31 PM PST

19 Zulhijjah 1431H

Pada 2 Mac tahun 2004, permohonan penubuhan Pertubuhan Bantuan Etnik Hui dan Salar, Qinghai disahkan oleh Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Qinghai.

Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar Qinghai ditubuhkan untuk mempopularkan tradisi bangsa China membantu golongan miskin dan yang menghadapi kesukaran, memberi bantuan kepada para pelajar Islam yang tidak mampu membayar yuran sekolah,

menyokong mahasiswa beragama Islam yang mahu meneruskan pengajian dan membantu penduduk daif yang mengalami bencana atau penyakit supaya mengurangkan beban kerajaan di samping memberi sumbangan kepada pembangunan bahagian barat China.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Etnik Salar Qinghai telah menyediakan lebih 2 juta yuan RMB kepada kaum muslim yang memerlukan bantuan. Kebanyakannya merupakan bantuan pendidikan, termasuk sebahagian bantuan kemiskinan dan bantuan perubatan.

Sumber dana persatuan tersebut terutamanya daripada sokongan kerajaan, sumbangan daripada pertubuhan masyarakat dan orang perseorangan, pendapatan daripada penyelenggaraan pertubuhan amal dan perkhidmatan, faedah bunga dana sumbangan, yuran anggota persatuan dan sumbangan dari luar negara.

Disebabkan kedudukan ekonomi yang terkebelakang di Provinsi Qinghai, sebahagian pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari etnik Hui dan Salar tidak mampu membayar yuran sekolah.

Sebahagian mahasiswa pula terpaksa melupakan peluang untuk meneruskan pelajaran peringkat sarjana bahkan kedoktoran. Untuk membantu pelajar-pelajar tersebut, di samping menyediakan wang bantuan, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar Qinghai bekerjasama dengan Universiti Etnik Pusat, Universiti Perguruan Qinghai dan beberapa universiti yang lain, mendorong mahasisiwa menyertai aktiviti "memahami Qinghai, menyokong bahagian barat".

Sejak bulan Julai tahun 2005, ramai sukarelawan dari universiti-universiti tersebut datang ke sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan terpencil dan miskin di Provinsi Qinghai untuk membimbing pelajar-pelajar tempatan. Sukarelawan tersebut,

daripada etnik Hui dan Salar sendiri di samping etnik Han, Kazak, Tibet, She dan Dongxiang. Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan.

Dalam bidang bantuan perubatan, persatuan itu juga bekerjasama dengan Hospital Palang Merah Qinghai dan Hospital Ke-4 Tentera Pembebasan Rakyat China untuk menyediakan bantuan perubatan kepada penduduk miskin di desa. Sejak bulan Jun tahun 2005,

Hospital Palang Merah Qinghai menyediakan bantuan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan sebulan sekali. Penduduk Islam yang miskin dapat potongan harga kos perubatan dengan membawa surat bukti daripada Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar di hospital tersebut.

Mulai bulan Julai tahun 2005, Hospital Ke-4 Tentera Pembebasan Rakyat China menyediakan bantuan perubatan di kawasan miskin dan desa tempatan berdasarkan "perjanjian kerjasama" dengan persatuan tersebut. Selain itu, kos perubatan para pesakit muslim diberi potongan sebanyak 10%-30% di hospital tersebut.

Dengan sokongan hospital-hospital tersebut, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar menubuhkan pasukan sukarelawan bantuan perubatan dan enam pusat bantuan perubatan sendiri untuk menyempurnakan perkhidmatan sistem perubatan kerjasama desa yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Sehingga kini, sudah 5 tahun, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar Qinghai telah menjalinkan jaringan kerjasama dengan jabatan kerajaan, badan perubatan dan badan autonomi penduduk tempatan untuk berkongsi maklumat, saling melengkapi dan berkembang bersama dalam bidang bantuan pendidikan dan perubatan, pembasmian kemiskinan serta penyelamatan bencana.

CRI/-

Islam bukan milik Melayu semata-mata

Posted: 25 Nov 2010 11:17 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum

Firman Allah yang bermaksud: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).

(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).(Surah Al-Hasyar: 7)

Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah keizinanNya, kita dapat berkumpul di dalam forum yang diadakan sempena dengan expo cheng ho ini. Tahniah saya rakamkan kepada Jawatankuasa Penganjur Kelantan International Business Forum dan Ekspo Cheng Ho kerana telah berjaya menganjurkan program bertaraf antarabangsa seperti ini.

Saya difahamkan bahawa program yang julung kali diadakan di Kelantan telah mendapat sambutan yang amat membanggakan terutama Ucaptama oleh Setiausaha Agong Asean, Tuan Yang Terutama Dr Surin Pitsuwan.

Kelantan International Business Forum yang diadakan sempena Ekpo Cheng Ho: Pesta Perdagangan Kelantan – China memfokuskan kepada usaha bersama untuk mengukuhkan jalinan dan rangkaian perniagaan serta inisiatif kerjasama di kalangan usahawan, ahli-ahli perniagaan dan pelbagai pihak di rantau Asia terutama negara-negara Asean.

Fokus utama seminar ini ialah bagi membincangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diterokai bersama di antara ahli-ahli perniagaan, pihak swasta dan pihak kerajaan antara negara-negara Asean dan China termasuk Kelantan.

Kehadiran sistem ekonomi Islam telah memberikan harapan baru bagi umat Islam di dalam usaha untuk membebaskan diri dari cengkaman ekonomi yang berasakan riba. Dengan terasasnya sistem perbankan Islam yang pertama di Malaysia pada tahun 1983, umat Islam di Malaysia boleh menarik nafas lega kerana telah mempunyai alternatif kepada sistem ekonomi mirip kapitalisme yang telah lama berakar di negara kita ini.

Di Kelantan, kita telah menyahut usaha yang positif ini dengan mengarahkan semua simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam perbankan Islam.

Sekalipun tindakan ini pada mulanya mendapat respon negatif dari banyak pihak, namun alhamdulillah, wang kerajaan dapat diselamatkan daripada terlibat dengan sistem berasakan riba yang boleh menjauhkan keberkatan dan mengundang kemurkaan daripada Allah SWT.Islam pada hakikatnya merupakan agama yang syumul.

Undang-undang yang didraf oleh Allah SWT bukan hanya setakat berkuatkuasa di dalam masjid dan madrasah semata-mata namun ia dituntut untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah pelan yang telah dibuat oleh Allah SWT ketika menciptakan manusia. Jika manusia sendiri sekiranya ingin membina rumah atau bangunan, terlebih dahulu akan membina pelannya, maka langsung tidak munasabah jika dikatakan bahawa penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi ini tiada pelannya. Pelan untuk manusia itulah yang dinamakan Islam.

Menerima Islam bererti menerima pelan yang ditentukan oleh Allah SWT, menolak Islam bererti menolak pelan Allah dan inilah yang dinamakan sebagai syirik.

Islam sangat berbeza dengan kapitalis. Semangat kapitalis ialaah menambahkan kekayaan kepada golongan yang sudah kaya dan meletakkan jurang yang besar di antara golongan kaya dan miskin.

Islam pula melarang harta berlegar di kalangan orang-orang yang kaya semata-mata sebagaimana ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi. Justeru, Islam telah meletakkan garis panduannya yang tersendiri di dalam berekonomi.

Ini kerana Islam bukanlah agama yang datang untuk meletakkan manusia dalam dunia kerahiban sehingga melupakan agenda ekonomi. Islam sama sekali tidak boleh menerima apa yang dituntut oleh golongan sekular supaya meletakkan agama berasingan daripada sistem kehidupan.

Allah SWT sendiri telah menceritakan sikap orang-orang Quraisy sebelum kedatangan Islam yang suka berniaga dan amalan ini tidak pernah dilarang oleh Islam.

Yang bermaksud: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam),

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Surah Quraisy: 1-4)

Ini menunjukkan amalan perniagaan yang merupakan nadi kepada ekonomi tidak pernah dilarang oleh Islam, cuma diperintahkan agar jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan.

Hubungan di antara manusia dengan Allah SWT tidak boleh putus hanya kerana kesibukannya di dalam mencari kekuatan ekonomi.

Inilah yang ditegaskan pula oleh Allah SWT di dalam ayat yang lain yang bermaksud: Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Surah an-Nur: 37)

Jika ditinjau di dalam sejarah, perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah.

Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba, sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya.

Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing.Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi.

Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara, dll.

Beliau yang berasal dari Hadramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.

Hari ini masyarakat umat Islam muka membuka mata semula terhadap kepentingan membuat pilihan yang baik untuk kepentingan ukhrawi mereka. Dari sudut ekonomi, masyarakat mula tidak asing dengan istilah-istilah di dalam fiqh mualamat seperti mudharabah, wadiah, musyarakah, murabahah dan ijarah. Perkembangan positif ini perlu dikekalkan momentumnya agar akhirnya nanti Islam diterima secara keseluruhannya tanpa syak wasangka.

Saya optimis, akan sampai satu masa di mana sistem ekonomi Islam diterima sebagai sistem ekonomi global yang akan menolak sepenuhnya sistem ekonomi riba yang jelas sekali tidak adil dan menindas. Kata para hukama' :

Di dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar inilah, maka Kelantan menganjurkan expo Cheng Ho yang julung-julung kali diadakan di rantau ini. Cheng Ho selaku seorang muslim telah diberikan kepercyaan oleh maharaja cina untuk melakukan misi perdagangan ke seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu sekitar 500 tahun yang lampau memberikan satu gambaran bahawa Islam bukanlah milik Melayu semata-mata tetapi milik semua bangsa.

Justeru, kerajaan Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam melangkah ke depan melangkaui sempadan bangsa yang disemarakkan oleh golongan-golongan tertentu dengan mengadakan expo seperti ini. Alhamdulillah, di tengah-tengah seruan perkauman yang menebal di samping ditiup oleh semangat politik bangsa yang melampau,

kita bangkit menerobos sempadan dengan meletakkan Islam sebagai dasar di dalam berpolitik dan bernegara. Harapan saya agar rakyat dapat membuka mata di dalam menilai kepimpinan yang mahu dipilih agar jangan lagi menjadikan agenda bangsa sebagai keutamaan kerana ia hanya akan menyemerakkan api permusuhan yang tidak berkesudahan.

Kalau memilih tempat mandi,

Pertama teluk kedua pantai,

Kalau memilih pemimpin negeri,

Pertama elok kedua pandai.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas penganjuran forum seumpama ini. Terima kasih kerana sudi hadir ke Kelantan pada kali ini. Semoga kunjungan tuan-tuan ini bukanlah kali yang terakhir, Insya-allah. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Harakahdaily/-

MB kesal tiada liputan Ekspo Cheng Ho

Posted: 25 Nov 2010 11:09 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, tindakan berkenaan tidak menggambarkan sikap 'journalist' walaupun program berkenaan cukup baik dan pertama kali ianya diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

"Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

"Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih," ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

"Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan," ujarnya lagi.

Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.

Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho.

Harakahdaily/-

Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga

Posted: 25 Nov 2010 10:54 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 26 Nov: Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang, dalam masa sama kesempatan itu diguna menyebar risalah Islam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga telah berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, melangkah kehadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di sini semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai," katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

Harakahdaily/-

Bendera Pulau Pinang dikibar separuh tiang

Posted: 25 Nov 2010 08:34 PM PST

19 Zulhijjah 1431H

GEORGETOWN, 25 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan 1.6 juta rakyat berkabung atas pemergian mendiang Ketua Menteri yang kedua, Tun Dr Lim Chong Eu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk mengibarkan bendera separuh tiang sehingga hari pengebumian mendiang sebagai tanda berkabung di atas kehilangannya.

Katanya, semua bendera Negeri Pulau Pinang di institusi-institusi kerajaan negeri akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas pemergian Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling lama berkhidmat dan merupakan bapa kepada transformasi ekonomi pada aspek industri dan modenisasi Pulau Pinang.

"Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Rahim Seman supaya mengarahkan semua jabatan kerajaan Persekutuan dan sekolah-sekolah untuk mengibarkan bendera Pulau Pinang separuh tiang sehingga majlis pengebumian mendiang sebagai tanda menghormati tokoh politik yang telah memartabatkan Pulau Pinang," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri akan menguruskan upacara pengebumian mendiang berasaskan persetujuan daripada pihak keluarga.

Walau bagaimanapun, jelasnya kerajaan negeri bersedia memberi laluan kepada kerajaan Persekutuan untuk menjalankan pengebumian peringkat kebangsaan sebagai menghormati sumbangan mendiang yang tidak ternilai.

Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu meninggal dunia pada jam 9.07 malam semalam di kediamannya di Tanjung Bungah selepas terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat serangan angin ahmar.

Tubuh badan bebas siasat polis tembak remaja

Posted: 25 Nov 2010 08:13 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa menggesa kerajaan menubuhkan badan bebas bagi menyiasat anggota polis yang terlibat dalam kes menembak mati tiga remaja pada 13 November lalu.

Sivarasa berkata, ianya perlu ditubuhkan segera bagi membersihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kes ini bukan terpencil kerana apa yang sangat mendukacitakan sejak 1998, tiada seorang anggota polis telah dihukum ke atas kejadian yang berlaku.

"Sekiranya terus berlanjutan, anggota polis berasa boleh buat apa-apa sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman terhadap mereka," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, usul yang dikemukakan beliau pada Selasa lalu ditolak Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk dibahaskan.

Menurut Sivarasa, terdapat percanggahan keterangan maklumat polis tentang kejadian tembak menembak itu yang menjurus kepada tindakan polis mempertahankan diri.

"Ini kerana saya telah meneliti laporan polis oleh Nor Hafizah Mad Razali iaitu ibu kepada Muhammad Shamil Hafiz, 15, dan keluarga Mohd Hairul Nizam, 20, mendakwa tembakan peluru dilakukan pada jarak dekat oleh polis.

"Ibunya juga mempercayai dibunuh dengan sengaja oleh polis kerana tembakan di dahi menembusi hingga ke bahagian kepala Shamil.

"Mereka juga terkejut dengan dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan tentang anaknya penjenayah ganas yang dikehendakai sedangkan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Dalam kejadian 13 November lalu, polis menembak mati tiga lelaki yang didakwa baru sahaja merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1 Glenmarie, Subang kira-kira jam 4.15 pagi ketika sedang membuat rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Harakahdaily/-

Kelantan sasar 200 ribu pelancong China

Posted: 25 Nov 2010 08:03 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 25 Nov: Kelantan mensasarkan sejumlah 200 ribu pelancong China datang ke negeri itu setiap tahun, dalam usaha membangunkan lagi ekonomi negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata, untuk permulaan kerajaan negeri bercadang menggunakan sistem "flight charter" untuk menjayakan hasrat itu.

"Kita akan charter flight dengan beberapa bandar di China untuk permulaan.

"Dari Kota Bharu kemudian ke Lanzhou," katanya ketika berucap selepas forum 'Friendship and Prosperity Through Business, Trade and Investment, sempena ksEpo Antarabangsa Cheng Ho di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi ekspo tersebut bagaimanapun berkata, kekangan utama mencapai matlamat tersebut adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Kita harap kerajaan pusat memahami hasrat kita ini.

"Kita mintak agar lapangan terbang di negeri ini dipanjangkan agar kapal terbang dari mana-mana negara boleh mendarat terus di sini tanpa perlu ke Kuala Lumpur," katanya.

Selain China, Kelantan juga katanya sedang meneroka peluang ekonomi dengan India, Indonesia dan Aceh.

Mengulas ekspo yang akan berakhir esok, Husam menjelaskan inspirasi untuk menganjurkannya adalah hasil lawatan pertama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz ke Bejing pada tahun 1993.

Dalam lawatan itu, Nik Aziz juga diberi penghormatan memberi kuliah di sebuah masjid di sana dan turut disertai orang-orang Cina yang bukan Islam.

Selain itu katanya, pemilihan Cheng Ho pada ekspo kali ini kerana laksamana China itu seorang pedagang Islam yang cintakan keamanan dan kuat berpegang pada agama.

Cheng Ho tambahnya, memperjuang keamanan melebihi semangat perkauman, tidak seperti sesetengan kumpulan di negara ini.

"Kita cuba buka paradigma masyarakat Melayu melihat Islam.

"Bukan Melayu sahaja bela Islam, Cina juga sama komited perjuangkan Islam," katanya.

Harakahdaily/-

PAS buat laporan polis isu kain rentang

Posted: 25 Nov 2010 07:42 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 25 Nov: Setakat petang ini, tiga PAS kawasan di Pulau Pinang telah membuat laporan polis tentang dua kain rentang (banner) yang bertulisan 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam' yang dipasang di lokasi tertentu di negeri ini bermula malam tadi.

PAS Nibong Tebal telah mendahului tindakan tersebut di Balai Polis Nibong Tebal pada pukul 1.00 tengahari tadi apabila mendapati empat banner dipasang untuk menimbulkan provokasi serta memaparkan tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.

Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.

"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan. Kami terus ke balai polis buat laporan supaya polis bertindak segera menyiasat siapa yang buat perkara itu," katanya.

PAS Kawasan Kepada Batas dan Tasek Gelugor berhimpun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas mulai jam 5.00 petang bagi tujuan yang sama.

Manakala Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Helmi Harun dijangka mengadakan sidang media pada pukul 8.30 malam ini untuk menyatakan bantahan terhadap kain rentang itu.

Fitnah: Gamis desak Norhisyam mohon maaf

Posted: 25 Nov 2010 05:53 PM PST

19 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) memberi kata dua kepada Norhisyam Mohamad dari Alor Star, Kedah sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik cerita fitnah terhadap Gamis atau berdepan dengan tindakan perundangan ekoran kenyataannya semalam.

"Gamis menuntut Norhisyam menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari," kata Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya Norhisyam enggan menarik balik fitnah itu, Gamis akan mengarahkan semua organisasi negeri dan seluruh ahli untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman.

Dalam kenyataan di ruangan Varsiti, akhbar Berita Harian bertarikh 25 November, Norhisyam menyatakan Gamis menggunakan 'Islam' untuk mempengaruhi dan memperbodohkan segolongan mahasiswa memperjudikan masa depan mahasiswa hanya untuk menjayakan agenda politik sesat PAS.

Mohd Yusof menambah kenyataan itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan Gamis kepada mahasiswa dan rakyat keseluruhannya.

Tambahnya, tuduhan bahawa Gamis ialah gerakan mahasiswa pendokong PAS nombor satu juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa Gamis dipandang serong oleh beberapa pihak.

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik Gamis sebagai sebuah peneraju gerakan mahasiswa Islam. Norhisyam juga menyatakan PAS membawa politik sesat, mungkin PAS juga perlu menjawabnya," ujarnya.

Harakahdaily/-

(INGATAN) Zainab Binti Muhammad

Posted: 25 Nov 2010 05:39 PM PST

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : naruto

Zainab Binti Muhammad
(Istri-istri Teladan dalam Islam)
Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari.

Zainab telah wafat sejak 15 abad yang lalu, tetapi dia
meninggalkan kenangan terbaik dan menjadi contoh terbaik dalam
hal kesetiaan sebagai isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan
iman.

Zainab dilahirkan apda tahun 30 setelah kelahiran Nabi SAW. Ketika mencapai usia perkawinan, bibinya, Halah binti Khuwailid, saudara Ummul Mu'minin Khadijah meminang untuk pute- ranya, Abil Ash bin Rabi'. Semua pihak setuju dan ridha.

Zainab binti Muhammad SAW diboyong ke rumah Abil Ash bin Rabi'. [Ibnu Sa'ad menyebutkan bahwa Abil Ash mengawini Zainab sebelum Nabi SAW diangkat menjadi Nabi. Imam Adz-Dzahabi berkata : Ini adalah jauh. Kemudian dia berkata : Zainab masuk Islam dan hijrah 6 tahun sebelum suaminya masuk Islam.

Khadijah pergi menemui kedua suami isteri yang saling mencintai itu dan mendoakan agar keduanya mendapatkan berkah. Kemudian dia melepas kalungnya dan menggantungkannya ke leher Zainab sebagai hadiah bagi pengantin.

Perkawinan itu berlangsung sebelum turun wahyu kepada ayahnya, Nabi SAW. Ketika cahaya Tuhan- nya menerangi bumi, Zainab pun beriman. Akan tetapi Abil Ash tidak mudah meninggalkan agamanya. Maka kedua suami isteri itu merasa bahwa kekuatan yang lebih kuat dari cinta mereka berusaha memisah- kan antara keduanya.

Abil Ash tetap membangkang dan berkata :"Tidak akan terca- pai tujuan di antara kita, wahai Zainab, kecuali engkau tetap dalam agamamu dan aku tetap dalam agamaku." Adapun Zainab, maka dia ber- kata :"Sabarlah, wahai suamiku,

Engkau tidak halal bagiku selama engkau tetap memeluk agama itu. Maka serahkan aku kepada ayahku atau masuklah Islam bersamaku. Zainab tidak akan menjadi milikmu sejak hari ini, kecuali bila engkau beriman pada agama yang aku imani."

Pasangan suami isteri itu terdiam sebentar sambil merenung. Keduanya sadar ketika terdengar suara yang membisikkan kepada kedua- nya :"Jika agama memisahkan antara kedua jasad mereka, maka cinta mereka akan tetap ada hingga keduanya dipersatukan oleh sebuah agama."

Hari-hari berlalu dalam keadaan ini setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah. Pasukan Quraisy berangkat menuju Badr untuk meme- rangi Rasul SAW dan di antara mereka terdapat Abil Ash bin Rabi', bukan untuk menyatakan ke-Islamannya, tetapi untuk memerangi Rasul SAW. Situasi menjadi kritis ketika Abil Ash jatuh menjadi tawanan di tangan kaum Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW di Madinah.

Kemudian kaum Quraisy mengutus orang untuk menebus tawanan-tawanannya. Zainab pun mengirimkan harta dan sebuah kalung untuk menebus tawanan- nya, Abil Ash bin Rabi'. Ketika Rasulullah SAW melihat kalung itu, beliau merasa iba hatinya dan bersabda :"Jika kalian tidak keberatan melepaskan tawanan dan mengembalikan harta miliknya, maka lakukanlah." Mereka menjawab :"Baiklah, wahai Rasulullah.

" Kemudian mereka melepas- kannya dan mengembalikan harta milik Zainab. Di sini Rasulullah SAW mendapat janji dari Abil Ash untuk membebaskan Zainab dan mengembali- kannya kepada beliau di Madinah.

Abil Ash kembali ke Mekkah dan di dalam jiwanya terdapat gambaran yang lebih cemerlang dari isteri yang berbakti dan mulia ini. Maka dia kembali bukan untuk berterima kasih atas kebaikan Zainab ke- padanya, akan tetapi untuk berkata keapdanya :

"Kembalilah kepada ayah- mu, wahai Zainab." Dia telah memenuhi janjinya kepada Rasulullah SAW untuk membiarkan Zainab pergi kepada Nabi SAW. Abil Ash tidak kuasa menahan tangisnya dan tidak dapat mengantarkannya ke tepi dusun di luar Mekkah, di mana telah menunggu Zaid bin Haritsah dan seorang laki- laki Anshor.

Bagaimana dia mampu melepaskan orang yang dicintainya, sedang dia mengetahui bahwa, itu merupakan perpisahan terakhir selama kekua- saan agama ini berdiri di antara kedua hati dan masing-masing berpe- gang pada agamanya. Abil Ash berkata kepada saudaranya, Kinanah bin Rabi'

:"Hai, Saudaraku, tentulah engkau mengetahui kedudukannya dalam jiwaku. Aku tidak menginginkan seorang wanita Quraisy di sampingnya dan engkau tentu tahu bahwa aku tidak sanggup meninggalkannya. Maka temanilah dia menuju tepi dusun,

di mana telah menungggu dua utusan Muhammad. Perlakukanlah dia dengan lemah lembut dalam perjalanan dan perhatikanlah dia sebagaimana engkau memperhatikan wanita-wanita ter- pelihara. Lindungilah dia dengan panahmu hingga anak panah yang peng- habisan."

Di saat Zainab sedang bersiap-siap untuk menyusul ayahnya, datanglah Hind binti Utbah, menemuinya, dan dia berkata :"Wahai, puteri Muhammad, aku mendengar bahwa engkau akan menyusul ayahmu !" Zainab menjawab :"Aku tidak ingin melakukannya.

" Hind berkata :"Wahai puteri pamanku, jangan engkau lakukan. Jika engkau mempunyai keperluan akan suatu barang yang menjadi bekal dalam perjalananmu atau harta yang hendak engkau sampaikan kepada ayahmu, maka aku akan memenuhi keper- luanmu. Maka janganlah engkau segan kepadaku, karena sesuatu yang masuk di antara orang-orang lelaki tidaklah masuk di antara orang- orang wanita.

" Zainab berkata : "Demi Allah, aku tidak melihatnya mengatakan hal itu, kecuali untuk melakukannya, tetapi aku takut kepadanya. Maka aku menyangkal bahwa aku akan pergi dan aku pun ber- siap-siap."

Setelah menyelesaikan persiapannya, iparnya, Kinanah bin Rabi' menyerahkan kepada Zainab seekor unta, lalu dinaikinya. Kinanah meng- ambil busur dan anak panahnya. Kemudian dia keluar membawa Zainab di waktu siang dan Zainab duduk di dalam pelangkinnya,

sementara Kinanah menuntun untanya. Akan tetapi, apakah Quraisy membiarkannya keluar setelah mereka mengalami kekalahan di Badr. Bagaimana dia boleh keluar sementara orang-orang melihat dan mendengarnya ?

Tidak...sekali lagi tidak ! Banyak orang laki-laki Quraisy telah membicarakan hal itu. Maka keluarlah mereka untuk mencarinya hingga mereka berhasil menyusul di Dzi Thuwa. Yang pertama kali me- nemukannya adalah Habbar bin Aswad bin Muththalib dan Nafi' bin Abdul Qais.

Habbar menakutinya dengan tombak. Di saat itu Zainab berada di dalam pelangkinnya dan dia sedang dalam keadaan hamil. Ketika pulang, dia mengalami keguguran kandungannya.

Iparnya marah dan berkata kepada para penyerang :"Demi Allah, tidak seorang pun yang mendekat kepadaku, melainkan aku akan memanah- nya." Maka orang-orang bubar meninggalkannya. Abu Sufyan bersama rom- bongan Quraisy datang kepadanya dan berkata :"Hai, orang laki-laki, tahanlah panahmu hingga aku berbicara kepadamu.

" Maka Kinanah menahan panahnya. Abu Sufyan datang menghampirinya dan berkata :"Tindakanmu tidak tepat. Engkau keluar membawa wanita secara terang-terangan di hadapan orang banyak. Sesungguhnya hal itu menunjukkan kehinaan yang menimpa kita akibat musibah dan bencana yang telah kita alami sebelum- nya.

Sesungguhnya hal itu menunjukkan kelemahan kita. Demi umurku, kami tidak perlu mencegahnya untuk pergi kepada ayahnya. Kami tidak ingin membalas dendam, tetapi kembalikan wanita itu."

Tatkala suara sudah reda, Kinanah membawa Zainab pada waktu malam, lalu menyerahkannya kepada Zaid bin Haritsah dan temannya. Keduanya pergi mengantarkan Zainab kepada Rasulullah SAW. Suami isteri jadi berpisah. Tidak ada jalan untuk bertemu.

Abil Ash tinggal di Makkah menyendiri dengan pikiran kacau dan hati terluka. Zainab pun tinggal di Madinah dengan badan yang sakit dan hati yang lemah. Kalau saja bukan karena iman dan takwa yang menguatkan tekadnya, tentu dia lekas mati dan tidak dapat bertemu.

Tahun demi tahun berlalu, Abil Ash keluar bersama kafilah dagangnya menuju Syam. Dalam perjalanan pulang dia berjumpa pasukan Rasulullah SAW yang berhasil merampas hartanya,

akan tetapi dia bisa lolos. Dia telah kehilangan hartanya dan harta titipan orang banyak. Abil Ash tidak dapat mengembalikan barang-barang titipan itu kepada para pemiliknya. Maka apa yang harus dilakukannya ?

Dia teringat Zainab yang memberinya imbalan berupa cinta dan kesetiaan. Maka Abil Ash memasuki Madinah pada waktu malam dan mohon kepada Zainab agar melindungi dan membantunya untuk mengembalikan hartanya. Maka Zainab pun melindunginya.

Orang-orang berlari ke masjid Rasulullah SAW, bertakbir bersama kaum Muslimin. Tiba-tiba terdengar suara teriakan di belakang dinding :"Hai, orang-orang, aku telah me- lindungi Abil Ash bin Rabi'. Dia dalam lindungan dan jaminanku." Ter- nyata, Zainablah yang berseru itu.

Rasulullah SAW menyelesaikan shalatnya, lalu beliau menemui orang banyak dan bersabda :"Wahai, orang-orang, apakah kalian mende- ngar apa yang aku dengar ? Sesungguhnya serendah-rendah orang Muslim adalah dapat memberi perlindungan.

" Kemudian beliau masuk menemui puterinya dan berbicara kepadanya, Nabi SAW berpesan :"Wahai, puteri- ku, muliakanlah tempatnya dan jangan sampai dia lolos kepadamu, karena engkau tidak halal baginya selama dia masih musyrik." Nabi SAW terkesan melihat kesetiaan puterinya kepada suaminya yang ditinggalkan dan dia putuskan hubungan syahwat dengannya karena perintah Allah SWT.

Di samping itu, Zainab pun masih tetap memberinya kebaktian, kesetiaan dan pertolongan : yaitu kebaktian sebagai wanita muslim, kesetiaan sebagai teman dan pertolongan sebagai manusia. Abil Ash mendapatkan dari Nabi SAW apa yang didengar dan diketahuinya, sehingga dia menyembunyikan dalam hatinya harapan kepada Allah.

Kemudian, Nabi SAW mengutus orang kepada pasukan yang merampas harta Abil Ash. Beliau berkata :"Sesungguhnya kalian telah mengetahui kedudukan orang ini terhadap kami. Kalian telah merampas hartanya. Jika kalian berbuat baik kepadanya dan mengembalikan hartanya, maka kami menyukai hal itu. Jika kalian menolak, maka itu adalah fai' dari Allah yang diberikan-Nya kepada kalian dan kalian lebih berhak atasnya."

Mereka berkata :"Kami akan mengembalikannya kepada Abil Ash." Beberapa orang di antara mereka berkata :"Hai, Abil Ash, maukah engkau masuk Islam dan mengambil harta benda ini, karena semua ini milik orang-orang musyrik ?" Abil Ash menjawab :"Sungguh buruk awal Islamku, jika aku mengkhianati amanatku."

Maka mereka mengembalikan harta itu kepadanya demi kemuliaan Rasulullah SAW dan sebagai penghormatan kepada Zainab. Laki-laki itu pun kembali ke Mekkah dengan membawa hartanya dan harta orang banyak. Jiwanya dipenuhi berbagai makna dan di antara kedua matanya terlihat gambaran yang tidak meninggalkannya.

Setelah mengembalikan harta kepada pemiliknya masing-masing, Abil Ash berdiri dan berkata :"Wahai, kaum Quraisy, apakah masih ada harta seseorang di antara kalian padaku ?" Mereka menjawab :"Tidak. Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Kami telah mendapati kamu seorang yang jujur dan mulia." Abil Ash berkata :

"Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Demi Allah, tiada yang menghalangi aku masuk Islam di hadapannya, ke- cuali karena aku khawatir mereka menyangka aku ingin makan harta kalian. Setelah Allah menyampaikannya kepada kalian dan aku selesai membagikan- nya, maka aku masuk Islam."

Asy-Sya'bi berkata :"Zainab masuk Islam dan hijrah, kemudian Abil Ash masuk Islam sesudah itu, dan Islam tidak memisahkan antara keduanya." [Adz-Dzahabi, "Siyar A'laamin Nubala'.

Demikian pula kata Qatadah : Dia berkata :"Kemudian diturunkan surah Baro'ah sesudah itu. Maka, jika ada seorang wanita masuk Islam sebelum suaminya, dia hanya boleh mengawininya dengan nikah baru."]

Abil Ash keluar dari Mekkah, hijrah menuju Madinah dengan men- dapat petunjuk iman dan keyakinan. Suami isteri yang saling mencintai bertemu untuk kedua kalinya setelah lama berpisah.

Akan tetapi isteri yang setia itu telah menunaikan kewajiban dan menyelesaikan urusan dunianya ketika menyadarkan laki-laki yang dicintainya serta memenuhi hak suaminya sesuai dengan kadar cintanya kepada suami. Tidak lama setelah pertemuan itu, Zainab meninggal dunia.

Zainab meninggal dunia pada tahun 8 Hijriah dan Rasulullah SAW sangat sedih atas kepergiannya. Zainab meninggal dunia setelah mening- galkan kenangan terbaik. Dia telah menjadi contoh terbaik dalam hal kesetiaan isteri, keikhlasan cinta dan kebenaran iman.

Tidaklah meng- herankan apabila suaminya berkata dalam suatu perjalanannya ke Syam : "Puteri Al-Amiin, semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dan setiap suami akan memuji sesuai dengan yang diketahuinya."

PAS TAMBUN

Posted: 26 Nov 2010 01:15 AM PST

PAS TAMBUN


PROJEK MEMBAZIR DI KG CHEPOR DALAM

Posted: 25 Nov 2010 07:56 PM PST

Sdr Zairul di tempat projek "Ketua Kampung" yang dianggap membazir, projek ini mendapat tetangan dari orang kampung kerana ianya dikatakan kerana tiada perbincangan yang teliti dengan tuan tanah.

sebahagian dari longkang yang belum digunakan di dapati bertaburan berhampiran masjid, dan projek yang tiada pengawasan ini juga telah mengakibatkan kehilangan beberapa biji longkang tersebut.

Antara projek yang tidak di rancang hampir siap..




Akibat dari projek yang tidak dirancang dengan baik


Kelihatan sebuah lori tersangkut ke dalam lopak tersebut

26 Nov, Kg Chepor Dalam : Kami di pastambun.blogspot.com telah dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung di Kg Chepor Dalam, di mana sebuah pembinaan longkang yang tidak tahu tujuan dan asalnya telah di bina di dalam kampung tersebut.

Kami dari pastambun.blogspot telah bergegas ke tempat pembinaan dan mendapati projek yang tidak berpengawasan dan tiada berlabel itu telah di tinggalkan begitu sahaja, penduduk tersebut mengatakan projek pembinaan tersebut tidak mendapat restu dari ahli mesyuarat JKKK, dan projek ini juga telah mencetuskan kemarahan tuan tanah yang berbangsa cina, kerana ianya menceroboh di atas tanah beliau, dan disebabkan itu tuan tanah tersebut bercadang untuk menyaman ketua kampung di atas pencerobohan itu.

Sdr Zairul Azrun yang berada di tapak projek tersebut berkata "Saya akan cuba dapatkan maklumat tepat berkenaan projek yang membazir ini, kerana biasanya mana-mana projek kerajaan ianya perlu ada label keterangan sesuatu projek tersebut, oleh kerana ianya tidak di selia dengan baik, ianya telah menyusahkan para pengguna jalan di situ terutamanya di waktu malam dan apa yang dimaklumkan oleh penduduk tadi tujuannya ialah untuk mengalihkan aliran air ke sungai berdekatan apabila hujan lebat di kampung tersebut"

Beliau juga akan memaklumkan bahawa ianya mungkin akan di bawa keperingkat atas jika ianya ada unsur-unsur salah guna kuasa, kerana projek dianggarkan bernilai RM20,000 ini dikatakan tidak di bawa ke mesyuarat JKKK untuk makluman Ahli JawatanKuasa.

GreenBoy : kita tunggu pendedahan yang akan di buat oleh KP

Nenek mohon hidayah untuk Obama

Posted: 25 Nov 2010 07:53 PM PST

Dato Seri ada orang doakan supaya cucunya dapat hidayah.. camne ni..


"Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan."

"MELIMPAH RUAHNYA GANJARAN ALLAH"

Posted: 25 Nov 2010 07:20 PM PST

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

" Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"

Berdasarkan kepada ayat di atas, satu amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan syarat bahawa amalan itu sah dari sudut syara', mengikut syarat dan rukunnya, serta ikhlas kerana Allah s.w.t akan diberikan ganjaran paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, malahan lebih daripada itu dengan izin Allah. Sebagai contohnya mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran. Manakala orang yang dapat beramal di malam qadar pada bulan Ramadhan diberi oleh Allah dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu juga orang yang membaca al-Quran, akan diganjar dengan 10 kebajikan pada setiap huruf yang yang dibunyikan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah( Al-Quran ), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu akan digandakan menjadi sepuloh yang seumpamanya. Tidaklah aku mengatakan menagtakan Alif Lam mim itu satu huruf , tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huru f"

(Riwayat At-Tarmizi )

Selain dari itu niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Nabi s.a.w telah bersabda:

" Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi setiap orang apa yang dia niat "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah s.a.w bersabda:

" Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya "

Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi bersabda:

" Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya "

Iktikaf di dalam masjid misalnya tidak semestinya melakukan sesuatu amalan baru mendapat ganjaran. Apabila seseorang itu masuk ke masjid dan berniat iktikaf lalu dia duduk berdiam diri pun sudah berhasil mendapat pahala kerana dikira sebagai beriktikaf.

Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai riwayat yang baginda terima dari Allah Azza wajalla: Sesungguhnya Allah S.W T telah menetapkan beberapa kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan satu kebaikan, namun dia belum/tidak dapat melaksanakannya, maka Allah telah menuliskan satu kebaikan penuh disisinya.Tetapi barangsiapa berniat melakukan satu amal kebaikan lalu ia melaksanakannya maka Allah akan menuliskan 10 kali ganjaran kebaikan hingga sampai 700 kali kebaikan, bahkan berlipat ganda yang banyak sekali di sisinya. Dan barangsiapa berniat melakukan satu kejahatan, namun dia belum/tidak dapat melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang penuh kepadanya. Tetapi jika dia berniat melakukan satu amal kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatnya satu keburukan satu keburukan padanya"

(Buhkari dan Muslim)

Setiap manusia ada malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Apabila manusia itu mati, malaikat yang mencatat amalan manusia akan diperintah oleh Allah s.w.t supaya berdiri diatas kubur si mati untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir dan menuliskan pahalanya kepada simati.

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat ( kiri dan kanan) untuk menulis segala apa yang dilakukan oleh hambanya. Kemudian apabila orang itu mati, maka Allah perintahkan kepada kedua malaikat itu dengan firmannya: " Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku, maka hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaku sehingga hari Kiamat dan tuliskan apa yang diucapkan itu sebagai pahala untuk hambaku "

( Riwayat At-Tabrani)

Pada satu athar ada disebutkan bahawa kedua malaikat itu melaknat simati sehingga hari Kiamat jika mayat itu kafir.

Begitu juga jika seseorang yang sentiasa beramal kebaikan lalu ia sakit dan tidak dapat melakukan amalan sebagaimana biasa maka Allah akan memberikan pahala walau ia tidak melakukannya. Ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya:

Dari Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: " Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan satu bencana pada tubuhnya, maka Allah berfirman kepada malaikat penulis amalannya: " Tulislah juga untuknya amalan-amalan solih yang biasa ia lakukan, kemudian jika Allah sembuhkannya dari penyakit itu maka bersihkan dan sucikan dari dosanya. Jika sekiranya dia mati maka allah akan ampunkan dosanya dan memberi rahmat kepadanya"

( Ibnu Abi syaibah, Imam Ahmad dan Baihaki)

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Posted: 25 Nov 2010 07:10 PM PST

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikank ita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawan escaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Posted: 25 Nov 2010 06:58 PM PST

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1.Semasa Lailatul-Qadar
2.Ketika hujan turun.
3.Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4.Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5.Di tengah malam
6.Di antara azan dan iqamah.
7.Ketika sujud dalam solat.
8.Ketika iktidal akhir dalam solat.
9.Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10.Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11.Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12.Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 26 Nov 2010 01:15 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ijtimak Tarbawi Bulanan

Posted: 25 Nov 2010 07:15 PM PST


Ijtimak tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 28 November 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas, Serigala, Klan Halt



Pembentangan oleh;

AF Usta Abdul Gani Shamsudin
(AJK Pas Malaysia)

Semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Pengikut