Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara,"
Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.
"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.
"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan,"
Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.
Sedangkan yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.
Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.
Menyedari hakikat itu, PAS membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.
Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.
"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.
"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu,"
Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BNdari setiap sudut. Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti di semua peringkat perlu memperkemaskan asas jentera, untuk digerakkan pada bila-bila masa. Senario yang ada memungkinkan PRU akan diisytihar lebih awal dari yang dijangka, memandangkan beberapa petunjuk yang ada. Media kini cuba melaga-lagakan PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa menerajui kepimpinan negara, 'line up' kabinet dan soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekor pun belum ada. Secara peribadi saya ingin malahirkan kebimbangan berhubung persiapan kita yang nyata belum optima, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah itu. Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap santai. Sebenarnya kita tidak punyai masa yang panjang bagi membuat persiapan ini. Kalau kita menyatakan PRU ke 13 penting bagi membuat perubahan menerajui Puterajaya, maka segala isu dalaman parti mesti diselesaikan awal. Kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama.
Seluruh ahli parti bukan sahaja perlu menunggu arahan kerja,tetapi mesti pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU. Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang boleh disumbangkan bagi menjana kemenangan ini. Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincang isu-isu dalaman sehingga menjejeskan gerak kerja parti, maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari. Pengundi akan sedia memberi undi seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang akan menerajui negara. Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina. Oleh itu pencapaian yang telah dicapai oleh negeri PR selama 3 tahun ini adalah eset penting bagi membina keyakinan tersebut. Cuma isu utama sejauh mana pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat. Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisma diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khusunya dapat ditembusi.
Nampaknya TV3 sejak dari hari mulanya kempen pemilihan PKR, memaparkan kisah keburukan PKR. Kadang kala sampai naik muak...
Buat pembaca, perhatikan betul-betul, mereka (TV3) ini adalah agen Umno/TV3 sebab itulah MB Kedah tak beri mereka kebenaran untuk buat liputan sidang dun tempoh hari.
Mengapa tidak minta komen dari ulama-ulama tentang fesyen "Islam" dahulu? Takut?
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat 29 November 2010, Shah Alam, Selangor
"Meneruskan Cita-cita Rakyat"
Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.
A. Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:
1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.
B. Janji
Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:
1. Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
2. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
3. Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
4.Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
5. Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.
C. Komited
Kami selanjutnya komited untuk "meneruskan cita-cita rakyat" berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:
1. Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
2. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
3. Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
4. Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
5. Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
6. Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;
7. Menjamin 'security' makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
8. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam "dana kelab" (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
9. Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;
10. Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.
Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.
Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.
Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat, Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah)
IPOH, 30 Nov: "Kita dapati ada penganiayaan Speaker (Ganeson) dengan apa kesalahan sebenar Hutan Melintang (Kesavan) dihalau keluar (dewan)," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Adun Pasir Panjang itu menyifatkan R Ganesan kurang arif berkaitan peraturan dewan yang telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar pada persidangan Dun hari ini.
"Hal ini sangat mendukacitakan. Beliau (Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan di mana rujuknya," ujarnya pada sidang media petang ini yang diadakan di Wisma DAP, di sini selepas pembentangan bajet negeri 2011 oleh menteri besar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, apa yang berlaku itu adalah satu penganiayaan yang jelas lagi terang kepada anggota dewan dari Pakatan Rakyat.
Katanya, kes yang dibawa oleh Kesavan adalah persoalan besar mengenai penempatan penduduk.
"Apakah kerana usul besar yang diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku ke atas beliau," soalnya.
Mengenai bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry, beliau mempersoalkan bajet defisit itu.
"Kita hendak tanya dari mana akan diambil mana bajet tambahan," ujarnya.
Baginya, bajet itu ada unsur bajet pilihan raya seperti pertambahan elaun baru kepada ketua JKKK selain mengandungi unsur untuk beli dan mengula-gulakan rakyat.
"Kami akan jawab dalam ucapan dan akan bentang bajet alternatif," katanya lagi.
Katanya, isu-isu besar mengenai permasalahn rakyat masih tidak dibentang dan bajet itu menggambarkan tidak ada peruntukan yang menyeluruh.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan mengarahkan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan keluar dari dewan sehingga tamat sidang hari ini kerana didakwa berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.
Pada jam 11.15 pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Meskipun Ganesan memberi amaran supaya tidak meneruskan soalannya, Kesavan berkeras berkata beliau adalah perwaklian rakyat Hutan Melintang, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.
Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.
Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.
Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.
Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bawah, kanan) meninggalkan dewan.
Mereka kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang).
Pada sidang media itu, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.
Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.
Hanya kerana YB Kesavan Hutan Melintang mencatat perkataan TIDAK SETUJU .Beliau diarah keluar oleh Tuan Pengerusi Ganesan keluar dewan sehingga persidangan selesai hari ini..YB Kesavan meletakkan perkataan tidak setuju dimejanya di sidang DUN Perak pagi tadi .Kecoh akibat Speaker Ganesan yang tidak tahu mengendalikan mesyuarat Dewan Undangan Perak.
Ds Nizar sedang berhujah.
Mat Sabu DAP sedang berhujah.Kelihatan juga Exco Kerajaan Pakatan Rakyat.
DS Nizar kelmarin menyertai persidangan kali kedua Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat.DS Nizar dikatakan membentangkan satu kertas kerja untuk memantapkan lagi pentadbiran negeri Kedah,Pulau Pinang,Selangior dan Kelantan.
Jelas persidangan kali kedua ini lebih menyakinkan rakyat khususnya pengundi untuk memilih kerajaan baru di Putrajaya.
Pada mulanya saya ingin menyatakan bahawa usul ini dibawa bukan atas sebab-sebab personaliti atau peribadi yang menjadi Menteri Kerja Raya. Saya memahami bahawa sebahagian besar dari masalah yang menghantui Menteri Kerja Raya hari ini adalah masalah yang diwarisinya dari semenjak sebelum beliau memegang Kementerian berkenaan. Oleh itu, personaliti yang menjawat jawatan Menteri Kerja Raya bukan isunya. Isunya adalah budaya kerja yang telah diasaskan dari dahulu lagi yang tidak kelihatan noktah padanya dan tidak nampak ianya akan dihentikan atau mampu dihentikan oleh pentadbiran sediada. Budaya kerja seperti memberi kontrak-kontrak yang beratus juta ringgit kepada syarikat OKU (Orang Kuat UMNO) secara rundingan terus jelas dipertahankan dan diteruskan walaupun merugikan rakyat dan Negara. Kesan dari budaya ini adalah kos yang tinggi dan qualiti kerja yang rendah.
Sebagai salah satu contoh, kontrak pembinaan Istana Negara yang bernilai pada asalnya RM 650 Juta diberikan kepada syarikat Maya Maju Malaysia Sendirian Berhad yang merupakan syarikat 'Dormant' yang tidak berdaftar dengan CIDB dan tidak juga mempunyai Lesen PKK. Maknanya syarikat tersebut tidak berniaga, tidak bergiat sama sekali dan oleh itu tiada trak-rekod dan tiada kepakaran. Namun tetap ditawarkan kontrak tersebut dan lebih aneh lagi, tawaran diberi pada Oktober 2007 sedangkan syarikat tersebut hanya berdaftar pada Ogos 2008. Mungkin oleh kerana ianya merupakan syarikat OKU, maka nilai kontrak dinaikkan dari RM 394.8 Juta seperti cadangan asal dari syarikat tersebut sendiri, kepada RM 650 Juta selepas rundingan! Biasanya dirunding supaya harga turun tetapi di sini, ianya dirunding supaya harga naik. Tidak cukup dengan itu, nilai kontraknya terus dinaikkan.
Begitu juga dengan kontrak pembinaan Institut Kanser Negara. Ianya satu kontrak yang pada asalnya disebut bernilai RM 340 Juta pada awal 2007 tetapi pada Mac 2009 disebutkan pula bahawa nilai kontrak untuk pembinaannya telah melonjak menjadi RM 700 Juta. Seperti biasa, kontrak ditawarkan secara rundingan terus dan ianya diserahkan kepada Syarikat Kiara Teratai Sdn. Bhd. Syarikat ini mempunyai modal berbayar sebanyak RM 1 Juta dan kerugian tercatat sebanyak RM 1.5 Juta. Adakah mungkin sebuah syarikat yang telah, berdasarkan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menjadi 'insolvent' atau tidak berduit sedemikian rupa mampu melaksanakan kerja sebegini? Sekali lagi Syarikat yang dilantik tiada track-record dan tiada kepakaran untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan.
Berterusannya amalan kontrak rundingan terus bererti Menteri Kerja Raya telah gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang Menteri yang bertanggung jawab untuk menentukan wang rakyat digunakan dengan cermat, mendapat nilai sebenar dan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibayar, demi kepentingan rakyat Malaysia. Ini merupakan kegagalannya yang pertama.
Kontrak rundingan terus ini juga menghasilkan kebuntuan apabila ianya tidak dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik. Kontraktor dilantik atas dasar kenalan dan sokongan politik, maka apabila kontraktor berkenaan gagal, tindakan dilengah-lengahkan sehingga akhirnya projek terbengkalai dan tempoh kontrak lari jauh dari apa yang dirancangkan. Sekiranya kontrak berkenaan melibatkan perkhidmatan tertentu untuk rakyat, maka akhirnya perkhidmatan berkenaan ditangguhkan dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa.
Kisah hospital Shah Alam merupakan satu contoh yang jelas di mana perkhidmatan kesihatan yang merupakan keperluan warga Shah Alam dinafikan buat sekian lamanya. Kalau dalam bidang perundangan disebut, "Justice delayed is justice denied". Begitu juga dengan keperluan asasi seperti perkhidmatan kesihatan di mana ungkapan "Rawatan yang dilewatkan adalah rawatan yang dinafikan" boleh digunapakai. Projek pembinaan hospital Shah Alam jelas tergendala dan sudah 6 bulan kerja-kerja di tapak telah berhenti dan hingga ke hari ini, masih tidak jelas bila ianya akan dimulakan kembali. Dikatakan ianya akan ditender kembali, tetapi hingga hari ini, saya difahamkan, tiada dokumen tender yang telah disiapkan kerana kontrak ini merupakan kontrak "design and build" yang diserahkan tanpa adanya dokumen tender dan BQ pada asalnya.
Yang menyedihkan, persoalan perjalanan projek pembinaan hospital ini telah disebutkan berkali-kali semenjak bulan Februari tahun ini namun walaupun dengan teguran dan peringatan yang berulang, pihak Menteri tetap gagal menanganinya dengan baik demi menjamin projek tersebut disiapkan tepat pada waktunya dan mengikut nilai kontrak yang ditetapkan.
Sekiranya projek ini dipantau dengan baik, pihak Kementerian boleh menjangka apa yang bakal berlaku dan boleh bertindak untuk menyelamatkannya sebelum ianya tergendala sebegini. Wakil Jabatan Kerja Raya yang diletakkan di tapak sebagai 'Clerk of works' dan juga Jurutera yang ditugaskan boleh menilai pihak mana yang bekerja dan pihak mana yang hanya memakan komisyen. Mereka boleh mengenal pasti sebab-sebab kegagalan projek tersebut dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil untuk menyelamatkan projek berkenaan.
Dalam keadaan-keadaan sebegini, pihak Kementerian sepatutnya mengambil-alih projek berkenaan dan melaksanakannya di bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya. Jabatan Kerja Raya sudah pasti mempunyai Jurutera-jurutera yang mahir dalam pengurusan projek dan bidang kejuruteraan. Sub-kontraktor yang 'perform' boleh dikekalkan dan yang tidak, digantikan. Pendekatan sebegini pasti lebih mampu menjamin pembinaan tersebut dapat diselesaikan tanpa kelewatan atau kelewatan yang minima dan perbelanjaan yang menepati nilai kontrak asal berbanding kaedah memanggil tender baru.
Ini menjadi lebih releven apabila diberitahu bahawa sub-kontrak utama bagi pembinaan Hospital Shah Alam, ia itu GM Health telah menawarkan diskaun sebanyak RM 3 Juta dan tempoh masa 18 bulan untuk menyerahkan projek berkenaan. Malangnya pihak Kementerian memutuskan untuk memanggil tender baru tanpa mengindahkan hakikat bahawa cara sebegini akan menyebabkan projek semakin tergendala dan kos semakin meningkat! Sedangkan tujuan memanggil tender terbuka adalah untuk mendapatkan kos terendah dan tempoh masa yang terpendek. Yang penting adalah matlamat di sebalik proses dan bukan proses itu semata-mata. Ketidak mampuan Menteri memahami matlamat sebenar disebalik sesuatu proses sehingga sanggup mengutamakan proses dan mengorban matlamat adalah kegagalannya yang kedua.
Berdasarkan penjelasan-penjelasan sebelum ini, masalah projek tergendala atau terbengkalai bukan satu perkara yang baru. Di Shah Alam sendiri ada satu lagi projek sakit ia itu projek pembinaan Special Materials Store bagi pihak PDRM. Ianya terbengkalai semenjak tahun 2008. Kontraktor dilantik, seterusnya ditamatkan dan hingga hari ini, tidak kedengaran apa yang ingin dilakukan dengan projek yang bernilai RM 140 Juta lebih ini. Parahnya masalah projek terbengkalai sehingga disebut bahawa kerajaan telah membentuk 'Jawatankuasa Projek Sakit'. Ini adalah bukti betapa parah keadaannya hasil dari penganugerahan projek kepada yang tidak layak.
Sepatutnya dengan pengalaman yang sebegini banyak, kaedah menyelamat projek secara pantas dan berkesan sudah dikenal pasti. Kaedah memanggil tender terbuka sebelum tawaran dibuat boleh mengurangkan berlakunya projek yang gagal, namun kaedah menyelamat projek setelah ianya ditawarkan dan dilaksana tetapi terbengkalai perlu juga dikenal pasti oleh pihak Menteri. Dalam soal ini amat jelas bahawa Menteri telah gagal untuk mengenal pasti kaedah menyelamatkan projek secara berkesan yang akan meminimakan kelewatan dan perbelanjaan tambahan.
Dalam soal mutu kerja pula, amat jelas dengan berlakunya Stadium yang runtuh, jambatan yang runtuh dan sebagainya, ianya merupakan satu persoalan yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh pihak Menteri. Saya percaya Ahli Dewan Rakyat tidak perlu diyakinkan akan kebenaran dakwaan ini. Kebocoran di Parlimen, setelah berbelanja berjuta-juta, adalah bukti yang tidak dapat disanggah oleh mana-mana pihak. Rendahnya kualiti dan mutu kerja merupakan kegagalan ketiga pihak Menteri Kerja Raya.
Di atas tiga kegagalan ini, saya mengusulkan supaya gaji Menteri Kerja Raya dipotong sebanyak RM 10. Dengan itu saya mohon mencadang. Sekian Terima kasih.
Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi Nov 30, 10 8:07pm - Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber. Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. Harga petrol naik lagi...sokonglah BN lagi biar semua harga Barang Naik....
K'jaan nafi beri spektrum 700MHz kepada YTL Dec 1, 10 12:11am - Kerajaan terus menafikan dakwaan bahawa syarikat YTL Communications Sdn Bhd diberikan lesen bagi spektrum komunikasi 700MHz. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan spektrum berkenaan. Isu berkenaan dibangkitkan ahli parlimen Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat semalam ketika membahaskan usul untuk memotong gaji Rais sebanyak RM10. Usul berkenaan dikemukakan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). Spektrum jalur lebar berkenaan dianggap sebagai gelombang teknologi baru dalam pasaran telekomunikasi dan multimedia dan meraih minat banyak syarikat dalam bidang berkenaan. Ooi mempertikaikan mengapa kerajaan berdiam diri dalam pemberian spektrum berkenaan kepada YTL yang dimiliki taikun hartanah Tan Sri Francis Yeoh. Ooi turut membangkitkan bahawwa pemberian kontrak itu jelas merupakan satu tindakan kronisme dan tidak telus. Katanya lagi, spektrum berkenaan diberikan kepada YTL tanpa mengambil kira pemegang lesen lain daripada SKMM, termasuk Telekom Malaysia, Axiate, Maxis, Digi, Packet One. Beliau menyamakan tindakan itu seperti memberi YTL peluang untuk memecut sejauh 50 meter di hadapan dalam perlumbaan, sedangkan syarikat lain ketinggalan di belakang. Bagaimanapun, Rais tetap menafikan dakwaan tersebut dan menuduh Ooi membuat "kenyataan tidak berasas." Rais menjelaskan, spektrum 700MHZ itu dikawal oleh SKMM dan merupakan satu "komoditi spektrum" yang penting untuk program masa depan negara.
11 undi selamatkan menteri daripada potongan gaji Nov 30, 10 7:11pm - Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat. Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 ahli parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan. Selain Chin (kanan), hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi. Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin. Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu. Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi. Terdahulu Dzulkefly (kiri, tengah) dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti diwujudkan di Thailand. Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian. Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Memang patut gaji Menteri BN kena potong bukan RM10 tapi 10% dari gaji mereka.
Nov 29, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.
"Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu," kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.
"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi," katanya dalam nada bergurau.
Dubai merupakan contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya lagi ketika menjawab soalan lain daripada hadirin.
Menurut beliau, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa lalu.
"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja.
"Banyak orang beli dengan harapan harga akan naik dan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi ada kalanya harga melonjak terlalu tinggi hingga tidak boleh jual.
"Bila tidak boleh jual, kita tidak boleh bayar balik pinjaman yang kita ambil untuk beli harta itu. Bila perkara begini berlaku dengan meluas, bank-bank akan menjadi mangsa kerana tidak boleh dapat balik wang yang dipinjamkan," kata Mahathir.
Oleh itu, Malaysia perlu berhati-hati.
"Hari ini, kita nampak banyak kren di Kuala Lumpur dan seluruh negara, kita juga bina, tidaklah gila-gila, tetapi gila juga membina," katanya berjenaka.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my
KAJANG: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan perut terburai selepas dipercayai ditikam di Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.
Mayat Azmol Hussain berusia 30-an ditemui dalam hutan bersebelahan sungai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin daripada orang awam yang menyaksikan kejadian bunuh itu.
"Saksi mendakwa melihat seorang lelaki berlari sambil memegang perutnya. Saksi yang pelik melihat mangsa berlari mendapati dia dikejar sekumpulan empat lelaki yang menunggang tiga motosikal.
"Mungkin kerana takut, mangsa terjun dari jambatan kira-kira 100 meter berhampiran sungai itu. Saksi menghubungi polis sebelum sepasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian," katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, semalam.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati tompokan darah pada permukaan jalan sebelum pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Difahamkan, mangsa yang mempunyai pasport dan permit kerja sah bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.
"Akibat hujan lebat, operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 11 malam dan disambung semula jam 8 pagi tadi (semalam).
"Kira-kira jam 11 pagi, sepasukan polis menemui mayat mangsa dalam kawasan hutan kira-kira 100 meter dari tempat mangsa terjun," katanya.
Sakaruddin berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa masuk ke dalam hutan itu kerana mahu melarikan diri daripada suspek, namun maut kerana mengalami pendarahan serius.
Mangsa cedera di perut dengan kesan torehan pada sebelah kiri sehingga menyebabkan perutnya terburai. "Tiada unsur samun kerana dompet mangsa masih bersamanya. Berdasarkan penemuan permit kerja mangsa, polis menemui majikan, namun mangsa sudah dua tahun berhenti kerja dan bekerja di tempat lain," katanya.
Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif mangsa ditikam, namun siasatan lanjut masih dalam siasatan.
Menurutnya, saksi kejadian gagal mengenal pasti suspek ekoran tiada nombor plat pada motosikal ditunggang mereka ketika kejadian.
Sehingga kini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
1. Bulan Nov dan Dec adalah musim cuti persekolahan . Selain dari aktiviti ziarah sanak saudara , melancung , beristerehat bersama keluarga , warga Pemuda PAS di minta supaya turut memanafaatkan ruang musim cuti ini untuk menganjurkan program pengkaderan untuk anak - anak ahli PAS bagi mencapai objektif tersebut :
a ] Fikrah Perjuangan Islam yang jelas
b ] Memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim
c ] Pengukuhan Aqidah yang sohih dan Akhlak yang soleh.
2. Dewan Pemuda PAS negeri - negeri melalui Jabatan Pengkaderan Pelajarnya diharapkan dapat melaksanakan amanah ini sebagaimana modus operandi yang telah dihantar ke negeri - negeri melalui jabatan ini .
3. Selain program khusus berorientasikan pengkaderan , program pengukuhan akhlak seperti kem Anak Soleh dan seumpamanya adalah sangat digalakkan bagi membuka peluang kepada anak - anak ahli PAS mendekatkan diri kepada Allah swt serta memanafaatkan masa cuti mereka . Sekaligus dapat menghindarkan mereka dari pengaruh budaya yang tidak sihat melalui pergaulan yang bebas dan tidak terbatas.
4. Memupuk budaya Amal Islami sejak mereka masih diperingkat awal usia mereka adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam . Melentur buluh biarlah dari rebungnya , agar anak - anak itu kelak berjaya menjadi pewaris kepada perjuangan Islam yang kita dokong hari ini .
5. PAS adalah sebuah gerakan Islam . Justeru itu , sebagaimana kita ada masa untuk perjuangan kita di pentas politik guna menuntut perubahan total pada iklim politik negara , maka sayugianya kita juga mestilah mempunyai masa untuk anak - anak kita sebagai pewaris perjuangan dengan pengisian fikrah serta ruh Islam yang mantap dan kukuh .
KAMI JAWATANKUASA BERTINDAK MENANGANI PENYALAHGUNAAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN MEWAKILI SEBAHAGIAN BESAR PENDUDUK DAERAH DUNGUN MENGEMUKAKAN BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP BEBERAPA TINDAKAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) YANG MELIBATKAN SALAHURUS TADBIR, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN TIDAK PRIHATIN BEBANAN PENDUDUK DALAM PENGURUSAN PERBANDARAN DAERAH DUNGUN.
BANTAHAN KAMI INI SECARA KHUSUS DITUJUKAN KEPADA BEBERAPA ISU DAN TINDAKAN YDP/ MPD SEPERTI BERIKUT;
1) Sikap double standard YDP/MPD yang secara terang terangan membelakangkan polisi dalam pemberian kemudahan kelulusan berniaga kepada bangunan milik MPD dan kroni namun di masa yang sama terdapat banyak bangunan milik individu yang dipersulitkan kelulusan tersebut.
2) Layanan istimewa dan amat mencurigakan yang diberikan kepada syarikat perniagaan luar seperti Mc Donald namun di masa yang sama peniaga-peniaga tempatan terus dibebankan dengan pelbagai syarat yang tidak munasabah dan membebankan.
3) Perancangan penempatan perniagaan menurut zon yang diputuskan tanpa perbincangan yang mendalam dengan peniaga dan pengusaha yang terlibat dilihat amat tidak beretika dan melangkaui batas-batas keadilan serta menunjukkan satu bentuk urus tadbir ekonomi yang tidak praktikal dan efisen.
4) Penguatkuasaan beberapa peraturan perniagaan dan perumahan yang bukan sahaja membebankan rakyat bahkan mampu membantutkan kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kuasa beli rakyat.
5) Cadangan kenaikan melampau cukai pintu premis perniagaan yang mampu memberikan kesan buruk jangka panjang dan pendek pada pemilik bangunan secara khususnya dan pertumbuhan ekonomi daerah secara amnya.
6) Pembaziran secara berleluasa dalam menguruskan wang rakyat dengan memberikan keutamaan kepada pembinaan dan pengubahsuaian tidak perlu dan mewah, yang tidak banyak memberikan manfaat kepada penduduk setempat serta tidak memberikan pulangan ekonomi yang sepadan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Walhal, di masa yang sama, beberapa masalah besar dan lapuk yang dihadapi oleh peniaga dan penduduk tempatan seperti lokasi dan struktur usang Pasar Besar Dungun, kenaikan mendadak sewa bangunan milik MPD, mutu pengurusan kebersihan dan perbandaran, tidak diberikan keutamaan yang sewajarnya.
7) Penganjuran atau pemberian permit kepada program-program hiburan yang bercanggah dengan Islam dan budaya ketimuran dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertambahan gejala sosial dan keruntuhan akhlak muda-mudi.
JUSTERU, KAMI DENGAN TEGASNYA MENUNTUT YDP/MPD MEMBERIKAN PERHATIAN YANG SERIUS TERHADAP BANTAHAN YANG DINYATAKAN DI ATAS.
KAMI MENUNTUT SUPAYA PRINSIP KEADILAN, KETELUSAN DAN BERINTEGRITI MENJADI DASAR PANDUAN MPD DALAM URUSAN PENTADBIRAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN MPD.
KAMI JUGA MENDESAK AHLI-AHLI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN BENAR- BENAR MEMAINKAN PERANAN MEMBAWA SUARA RAKYAT TERAMAI DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH DUNGUN, DAN TIDAK SEKADAR MENJADI 'RUBBER STAMP' SERTA MENJAGA KEPENTINGAN AHLI POLITIK DAN KRONI SEMATA-MATA.
KAMI JUGA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA SEMUA PERBUATAN SALAH URUS TADBIR AKAN TERUS DIBANTAH DAN MENDAPAT TINDAKAN SEWAJARNYA DARIPADA KAMI.
INGATLAH JUGA SEMUA YANG TERLIBAT NANTINYA AKAN DIPERSOAL DI HADAPAN ALLAH KERANA MENGKHIANATI AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH RAKYAT
DI BAWAH INI KAMI LAMPIRKAN BERSAMA TANDATANGAN SEBAHAGIAN MEREKA YANG MENYOKONG BANTAHAN INI.
JK BERTINDAK
MENANGANI PENYALAHGUNAAN KUASA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
23 Zulhijjah, 1431
30 November, 2010
p/s : Berita dan gambar sekitar penyerahan Memorandum Bantahan di MPD akan menyusul selepas ini
Dengar cite Aduka Teruna ditempeleng oleh salah seorang daripada 3 orang lelaki yang mendatangi beliau ketika Mahkamah Seremban berhenti berehat sewaktu perbicaraan kes menghina Al Marhum Sultan Johor. Apa pun gua ucapkan takziah atas apa yang berlaku... huhuhuhu....
Mungkin Imam Besar dan AJK Masjid Agung Sheikh Zayed kurang fahaman Islamnya berbanding JAIS dan MAIS kerana membenarkan non-muslim untuk memasuki ruang utama masjid.
Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed, Abu Dhabi diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.
Ratu telah menyiapkan busananya sejak dari Inggris. Baju panjangnya terbuat daripada kain brokat berwarna emas dengan hiasan kristal swarowski yang dijahit pada kain. Ia mengenakan tudung yang dipakai di luar topinya.
Dia juga menghadiri sesi pembacaan Al quranyang dilakukan oleh para siswa sekolah yang hafidz Alquran yang diadakan di ruang utama solat masjid berkenaan.
Ana tak nak ulas pasal kes bunuh isteri cume nak petik akan kenyataan saksi ke-5 yang juga merupakan kekasih tertuduh.... cam tak bersalah je budak pempuan sekor nie buat statement... dia ingat membunuh je dosa besar... tak dia sedar yang berzina pun dosa jugak... tak tau la mak bapak dia cam ne????
Bunuh isteri : Tertuduh lakukan seks berhampiran mayat
(UM) SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian.
Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.
Kata saksi pendakwaan kelima itu, kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum mereka berdua menaiki kereta api di KL Sentral menuju ke Perlis untuk berkahwin lari di Thailand.
''Selepas keluar dari bilik air, Mohafri masuk ke bilik air. Dia kemudian mengajak saya melakukan hubungan seks. Mulanya saya tidak mahu tetapi dia kata sekejap sahaja.
''Dia tolak saya ke atas katil dalam keadaan mengadap ke bilik air. Kami ada menggunakan kondom pada masa itu,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.
Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan (gambar) didakwa oleh UMNO (yang x reti pun Quran) sebagai salah tafsiran pada Surah Al-Imran ayat 190 . Beliau memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
Disini ana memetik terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal...agar kita sentiasa berfikir agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun. " ('bolt hitam' adalah huraian Kesavan pada maksud ' manusia berakal' bagi ayat 190)
Ianya bertepatan dengan tafsiran ayat itu berbunyi seperti berikut: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal". (Al-Imran : 190)
Jadi apakah yang ditafsirkan oleh wakil PKR itu salah ke wahai UMNgOk????
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.
Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.
Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.
"Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan," kata Abdul Khalid.
... apa la punye malang minah nie di tempek muke dia di risalah wat nakawan... aku jumpa nie semalam terselit kat pintu rumah.... kalu barua-barua UMNO nak try pun boleh jugak... tepon aje... mane tau dapat tuah cam Siti Fatimah... wakakakaka
Berdasarkan peraturan mesyuarat 66(9) hari ini usul dikemukakan oleh Yb Pokok Sena memotong gaji Yb Menteri Penerangan ,Komunikasi dan kebudayaan sebanyak RM 10 .InsyaAllah usul juga dikemukakan untuk potong gaji menteri gaji menteri wanita sebanyak RM 100.00.
Assalamualaikum warahmatullah.Hampir beberapa minggu tak dapat menulis diruang blog kerana menumpukan perhatian kepada anak yang sedang sakit tenat dihospital selama 3 minggu,dan pada tarikh 21hb Nov,anakanda yang dikasihi yang berumur 7 tahun telah kembali kerahmatullah.Semoga rohnya diletakkan dibawah naungan Allah bersama orang orang yang soleh.Terkenang kata kata anakanda sebelum meninggal dunia,bahawa dia sangat ingin kesyurga dan bertanyakan bagaimana keadaan syurga? Sepanjang 3 minggu didalam wad Hospital selayang,tak putus putus alunan alquraan setiap masa dipasang ditelinganya melalui AQuraan Digital.Mulutnya tak putus berdoa dan berzikir serta meminta maaf atas semua kesalahannya.Semua itu pengajaran untuk kita yang dewasa agar sentiasa sabar dalam menghadapi ujian sakit dan sentiasa redha dengan takdir Allah .Sentiasa mengharapkan Allah dan memohon ampun kepada Allah walaupun seluruh tangan,kaki dan badan penuh dengan wayer ubat atau alat mesin membantu perubatan. Hidup ini adalah sementara.Takutlah pada Allah.Kematian tetap datang tanpa mengira usia.Untuk anakanda Ahmad Soleh....dan anakanda Abdullah Fadli...nanti UMI dipintu syurga...
Sementara pada 13 Mac lalu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(masa masih KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...
Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.
"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah.
Sementara itu Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.
Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.
"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.
"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.
Jom berkumpul di Masjid Negara pada 5 Disember jam 12 tengahari. Tiada menjadi kesalahan dalam Islam mahupun mahkamah berhimpun di masjid. Malah orang beragama Islam juga dialu-alukan singgah di rumah Allah.
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperlekehkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang. "Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang," kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini.
"Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu," kata beliau. Komen : Kalau jangkamasa panjangpun, adakah KLCC (Menara kembar Petronas ) menguntungkan? Hormatlah sikit bekas pengerusi UMNO serta mantan PM ke 4 tu.
Sambil sekali lagi menekankan bahawa projek itu sebagai inisiatif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Najib mengesahkan Warisan Merdeka akan menerima lampu hijau kerajaan selagi ia berdaya maju secara komersial dan membawa peluang-peluang bisnes. Komen : Kalau ya pun PNB punya inisiatif , kamu(Najib) sebagai PM yang akan merestukan samada perlu atau keutamaan telah sampai? Kalau PNB banyak duit atau kaya sangat kenapa dividen dan bonus ciput sangat ?
Semalam, Dr Mahathir memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan Warisan Merdeka di ibu negara, yang akan mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina ketika era kepimpinan bekas perdana menteri itu.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan.
"Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang," kata Dr Mahathir.
Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.
Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011.
Sayap pelaburan kerajaan PNB mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabtikan dana pendeposit ataupun awam.
Najib berkata projek itu juga mesti menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar dalam bidang tertentu dan menyediakan peluang perniagaan.
"Projek itu mesti memenuhi keperluan itu dan jika syarat ini dipenuhi, ia boleh diteruskan.
"Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.
Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Ia merupakan kenyataan yang semberono."
"Kita bercakap mengenai kesinambungan.
"Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia," kata Najib lagi.
"Jik anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi.
"Baik kita bayangkan Kuala Lumpur pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir," kata Najib.
Teman sedih berdoa agar roh allahyarham Mohd Helmi dicucuri rahmat dan mudahan mati beliau dalam syahid (Siapa nak pertikai , tanya ustaz/mufti tentang syahid ini). Tindakan perlu dilakukan agar dapat elakkan mangsa seterusnya. Pada yang hidup iaitu isteri Allahyarham atau warisnya dapat rujuk peguam agar dapat maklumbalas samada boleh saman pihak DBKL atau tidak. Ini bergantung kepada keadaan pokok tersebut samada pokok hidup atau pokok dah mati atau reput. Kalau bukan pokok hidup maka jika di bawah penguasaan DBKL maka DBKL kena bertanggungjawab. Logiknya kita tahu pokok yang ditanam DBKL tidak boleh ditebang sewenangnya oleh sesiapa kecuali kebenaran DBKL maka sudah tentu pokok2 tersebut sentiasa dalam kawalselia DBKL dan sewajarnya DBKL memantau mana-mana pokok yang terlalu rimbun kena cantas dan pokok yang dah mati kena tebang dan bersihkan.
Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam. Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang. Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis. Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.
Hari ini perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban.
Berlaku sedikit kekecohan di Mahkamah sebentar tadi apabila sekumpulan lelaki (3 orang) yang berlagak seperti samseng kampung dusun membuat huru hara.
Pada mulanya, Aduka Taruna telah di hampiri oleh 3 lelaki tersebut, dan salah seorang daripadanya berkepala botak dan berbaju biru telah menghampiri beliau dan bertanyakan nama. Aduka Taruna menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengaku bahawa beliau adalah Aduka Taruna... sudah la salam yang di hulur tidak bersambut.... dalam masa yang sama mamat botak tersebut telah melempang Aduka Taruna (terkena bahagian kepala).
Berlaku kekecohan dan pergelutan, apabila adik Aduka Taruna bingkas bangun untuk membelasah mamat botak tersebut, malangnya telah di halang oleh polis yang bertugas di Mahkamah.
Dalam kekecohan tersebut si mamat botak itu telah menghilangkan diri, walau bagaimana pun kawan2 Aduka Taruna yang ada di situ sempat mengambil gambar 2 lelaki (kawan2) mamat botak tersebut. Gambarnya akan di upload dalam blog Aduka Taruna petang nanti dan menjadi bukti insiden tersebut.
Lebih malang lagi, apabila polis hanya memegang adik Aduka Taruna dan tidak menangkap mamat botak yang berlagak samseng dan pengecut tarak teloq hingga berjaya meloloskan diri.
Laporan Polis akan di buat oleh Aduka Taruna selepas perbicaraan tengahari nanti.
Berita selanjutnya akan menyusul samada di blog ini atau blog Aduka Taruna.
Tempohari Tg Adnan janji nak buat kejuatan dalam konvensyen BN . Ketika ditanya apakah kejutan itu? beliau tidak mahu menyatakan dengan alasan ia tidak lagi jadi kejutan. Kadang kadang sesuatu yang dikatakan kejutan itu bukan kejutan pun... saja nak bagi orang terkejut apabila orang terkejut kerana yang dikatakan kejutan itu bukan kejutan...memang le terkejut sebab bersedia nak terkejut.
Tiba-tiba 1Malaysia terkejut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang meninggal dunia dan anggota BN dan wartawan dikejutkan dengan keputusan Konvensyen BN ditangguhkan. Semua majlis berkaitan sempena konvensyen itu termasuk majlis makan malam dan sesi pertemuan Datuk Seri Najib Razak, selaku perdana menteri dan pengerusi BN, dengan pemimpin-pemimpin komponennya Sabtu ini juga dibatalkan. BN akan mengadakan konvensyen dan program berkaitan pada 4 dan 5 Disember.
Dengar citer terdapat cadangan Pindaan perlembagaan yang dikatakan yang akan dibuat oleh BN yang dijangka dan pastinya menguntungkan bukan Islam dan bukan melayu kerana mereka adalah sasaran pujukan umNO. Bangsa bukan melayu tak sama dengan perangai melayu umNO. Melayu umNO diberitakan adalah jenis lembu cucuk hidung dan punggung yang ikut apa sahaja kehendak tuan... di tarik ke sawah ia membajak dan bile tua disembelih buat lauk ia tunduk...
Kejutan ke 3 pula pada 2010/11/27 di mana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang sepatutnya diadakan Isnin ini, ditangguhkan kepada 6 Disember, kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
Katanya, ini berikutan penangguhan konvensyen Barisan Nasional (BN) daripada esok kepada 5 Disember sebagai menghormati kematian bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu.
SHAH ALAM, 27 Nov – Seramai 27,872 anak fakir miskin(FM) di seluruh negeri Selangor menerima bantuan kewangan berjumlah lebih RM9.6 juta dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi persiapan persekolahan awal tahun depan, lapor Bernama.
Ketua Jabatan Pembangunan Korporat LZS, Akhtar Sahari berkata daripada jumlah itu, 1,298 adalah pelajar tadika yang menerima bantuan berjumlah RM200 setiap seorang, 13,807 pelajar sekolah kebangsaan sebanyak RM250 seorang dan 12,767 pelajar sekolah menengah sebanyak RM350 seorang.
"Bantuan persekolahan ini diberikan setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Program bantuan persekolahan anak-anak fakir miskin yang melibatkan 31 program di seluruh Selangor bermula 23 Nov lepas dan akan berakhir pada 13 Dis depan.
Pada tahun lepas, sebanyak RM5.7 juta diperuntukkan bagi membantu 15,464 anak fakir miskin di Selangor.
Pelik ! Takkan bank tak boleh halusi pemindahan yang berlaku dan mengesan penipuan cek tersebut. Takkan denga POS berdaftar masalah boleh selesai. Lepaihni kut-kut pos berdaftar akan hilang atau dibuka oleh orang yang pakar buka surat. Yang Teman tahu semasa berkerja sementara di POS Malaysia tahun 80an sebagai pekerja sementara musim kad raya ada maklumat SB-SB khas yang boleh periksa surat-surat penting atau disyaki secara random dengan kepakaran buka surat dan baca kandungan untuk siasatan dan tutup dan gam dengan kemas sekali.
Elak cek dicuri dengan menggunakan pos berdaftar
Monday, 29 November 2010 | Ruangan: Berita KUALA LUMPUR, 29 Nov - Masyarakat khususnya di sekitar Lembah Klang, dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pos berdaftar bagi mengirim cek berikutan wujud sindiket mencuri dan menunaikan cek tersebut di atas nama pihak lain.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata pihaknya menerima lima aduan kes sedemikian bagi tempoh empat bulan sejak Ogos lepas, membabitkan kerugian RM50,300.
"Mereka akan menukar nama pada cek tersebut kepada satu syarikat lain serta amaun pada cek itu.
"Mereka sangat licik kerana berjaya menukarkan segala maklumat di atas cek tersebut tanpa meninggalkan sebarang kesan sehingga diluluskan tanpa curiga oleh bank," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata tiga daripada lima aduan itu melibatkan cek yang dihantar menggunakan perkhidmatan pos biasa, manakala dua lagi dicuri daripada pejabat mangsa.
Chong berkata sindiket itu juga dipercayai menyemak jumlah simpanan dalam akaun mangsa sebelum menukar amaun yang tertera pada cek tersebut.
Terbaru katanya melibatkan seorang pengurus syarikat yang menulis cek untuk jumlah sekitar RM300, namun kerugian RM7,216 apabila cek yang sepatutnya dibayar kepada sebuah resort dicuri oleh sindiket berkenaan.
"Dia menerima panggilan telefon daripada bank yang memaklumkan ada individu mahu menunaikan cek daripada akaunnya, tetapi berjaya dikesan kerana nombor siri cek tersebut sama dengan nombor cek yang pernah ditunaikan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga telah berbincang dengan Pos Malaysia Berhad yang bersetuju untuk menyiasat bagi mengesan sama ada kegiatan itu turut melibatkan 'orang dalam'.
Ringgit Dijangka Cecah RM2.20 Berbanding Dolar AS Menjelang 2012: MIA
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.
"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011. Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.
"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.
Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing. Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.
"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.
"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.
Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.
Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.
Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.
EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.
"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.
"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya. - BERNAMA
Kluang : Sempena pameran pertanian MAHA 2010 ada persoalan yang mesti dibangkitkan mengenai ketandusan bekalan pisang nipah dan kelapa.
Para peniaga pisang goreng mengeluh kerana susah nak dapatkan bekalan pisang ni, paniaga IKS kerepek pisang lagi pening bagaimana nak dapatkan sumber pisang. Di Johor kebanyakan pisang dijangkiti penyakit, pisang tak berapa menjadi, keropos dan rompong...tak sesuai digoreng.
Sebelum buat pameran yang bertaraf gadang pastikan nasib pekebun dan nasib mereka yang terlibat dalam industri ini terbela. ini termasuk nasib peniaga goreng pisang dan nasib pembuat kerepek.
kelapa tak ada
Kelapa juga susah dapat sekarang ni. Memang ada kelapa impot dari tanah seberang, berkapal-kapal tongkang banyaknya mendarat di Batu pahat, tetapi isinya nipis dan kurang santannya. Tak caya tanya peniaga santan kelapa kat pasar.
Tuan Guru
Janganlah hebat dari aspek penganjuran sahaja tetapi lokek memberi peruntukan dan subsidi untuk memajukan industri pertanian asas ini.
Kata Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Hadi yang melawat pameran tersebut amat tepat.
"Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.
"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media selepas melawat Maha 2010, hari ini.
Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.
"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau yang turut disertai isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah.
1. Bulan Nov dan Dec adalah musim cuti persekolahan . Selain dari aktiviti ziarah sanak saudara , melancung , beristerehat bersama keluarga , warga Pemuda PAS di minta supaya turut memanafaatkan ruang musim cuti ini untuk menganjurkan program pengkaderan untuk anak - anak ahli PAS bagi mencapai objektif tersebut :
a ] Fikrah Perjuangan Islam yang jelas
b ] Memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim
c ] Pengukuhan Aqidah yang sohih dan Akhlak yang soleh.
2. Dewan Pemuda PAS negeri - negeri melalui Jabatan Pengkaderan Pelajarnya diharapkan dapat melaksanakan amanah ini sebagaimana modus operandi yang telah dihantar ke negeri - negeri melalui jabatan ini .
3. Selain program khusus berorientasikan pengkaderan , program pengukuhan akhlak seperti kem Anak Soleh dan seumpamanya adalah sangat digalakkan bagi membuka peluang kepada anak - anak ahli PAS mendekatkan diri kepada Allah swt serta memanafaatkan masa cuti mereka . Sekaligus dapat menghindarkan mereka dari pengaruh budaya yang tidak sihat melalui pergaulan yang bebas dan tidak terbatas.
4. Memupuk budaya Amal Islami sejak mereka masih diperingkat awal usia mereka adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam . Melentur buluh biarlah dari rebungnya , agar anak - anak itu kelak berjaya menjadi pewaris kepada perjuangan Islam yang kita dokong hari ini .
5. PAS adalah sebuah gerakan Islam . Justeru itu , sebagaimana kita ada masa untuk perjuangan kita di pentas politik guna menuntut perubahan total pada iklim politik negara , maka sayugianya kita juga mestilah mempunyai masa untuk anak - anak kita sebagai pewaris perjuangan dengan pengisian fikrah serta ruh Islam yang mantap dan kukuh .
Oleh Chegu Zul Umno dengan ketuanan Melayu dan PKR memerangi ketuanan Melayu. Siapa yang tersepit dalam mencari keberuntungan politik? Dalam keghairahan mencari sokongan politik kita jangan sampai terlampau. Tema paling tidak kena, serangan bertali arus, perbincangan demi perbincangan sokongan demi sokongan total NGO Melayu menyukarkan jalan PR ke Putrajaya. Ini adalah satu bentuk ucapan dasar [...]
Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.
Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.
Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.
Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.
Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful.
Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar "hire" bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut
Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!!
Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.
Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut.
Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.
Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.
Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.
Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.
Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .
Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.
Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah
Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.
Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini.
Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu " when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged." ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi." )
KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.
Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.
Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.
Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.
Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.
Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.
Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.
Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.
Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?
Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.
Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.
Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.
Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?
Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.
Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.
Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki.
IPOH – Kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu menyusut sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, sekali gus menunjukkan situasi membimbangkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang di Parlimen, menunjukkan jumlah wang Kerajaan Negeri telah berkurangan dari RM774.57 juta kepada RM689.25 juta iaitu kemerosotan sebanyak 11 peratus.
Menurutnya, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan sejak memerintah.
"Senario ini berbeza ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan negeri.
"Bagaimanapun, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih, menteri besarnya (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28 Oktober, disusuli satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3 Ogos dan dijangka defisit ketika pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kepada paras RM29 juta lagi," katanya pada sidang media di Wisma DAP negeri di sini, semalam.
Kor Ming berkata, jumlah defisit kerajaan negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta.
Katanya, di bawah pemerintahan BN, Perak turut dilanda projek awam yang melibatkan belanja puluhan juta ringgit, tetapi terbengkalai, dinaiki semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.
"Apa yang mengejutkan antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai itu, sekurang-kurang lima projek melibatkan belanja RM5 juta berada dalam kawasan menteri besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor. SH
Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai membawa kembali Pakatan Rakyat ke landasan yang betul bagi menawan Putrajaya, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
TV Selangor melaporkan Lim juga menolak tanggapan Pakatan Rakyat sudah berkubur dan tidak lagi senada. Malah, katanya, gabungan itu terus erat terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan Shah Alam, semalam.
"Kita masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia.
"Saya percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi 'turn around' Pakatan Rakyat, 'turn around' untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Lim berucap pada sesi penggulungan persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung di kediaman pegawai kerajaan Seksyen 7 di Shah Alam.
Menurut Lim, hanya pertukaran kerajaan dapat menjadikan Malaysia negara demokrasi normal.
Malah katanya, Pakatan Rakyat perlu menjadi 'ofensif' dan merampas kembali Perak selain menawan negeri utama seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang serta Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.
"Hanya jika ada perubahan radikal yang bermakna perubahan kerajaan. Ia boleh jadi transformasi asas yang besar di negara ini dan inilah harapan yang diberi apabila berlaku tsunami politik dua tahun dulu.
"Untuk pertama kali, rakyat Malaysia melihat kemungkinan perubahan berlaku dan pilihan raya umum depan merupakan saat penting menentukan sama kita dapat menjadi negara demokratik yang normal," katanya.
Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, rakyat perlu melihat tiada perubahan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai program kononnya telah diperkenalkan sejak 20 bulan beliau menerajui BN.
"Kita lihat saja laporan berita. Setiap hari satu peringatan bahawa keadaan masih tak berubah walau banyak yang diperkatakan mengenai 'reform' dan transformasi, samada slogan baru 1Malaysia Najib atau GTP, rancangan negara untuk perbaiki kehidupan, penuhi standard antarabangsa," katanya.
Hadi: Perbaiki kelemahan
Sementara itu, bagi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan mereka.
Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Seterusnya marilah kita membuat muhasabah bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan mengambil kekuatan dari perubahan yang telah kita lakukan dalam pilihan raya umum ke-12 dengan kita membina kejayaan itu melalui pencapaian kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan penerusan agenda yang berjaya," kata Abdul Hadi.
Dakwa ahli parlimen Marang itu lagi, usaha kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang berhadapan serangan dan penindasan kerajaan pusat sehingga semua perbuatan mereka diperhati teliti dan diperbesar media kawalan Umno-BN haruslah menjadi kebanggaan.
"Kerajaan Menteri Besar dan Exco untuk bertahan adalah kejayaan yang perlu dibanggakan. Kita menyedari kita berdepan dengan demokrasi yang salah, tidak tulen dan tak sama rata sehingga kita berdepan dengan amalan federalisme yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak mengikut polisi federalisme yang sebenarnya," katanya.
Abdul Hadi turut menyelar sikap segelintir pegawai kerajaan negeri yang bersikap tidak profesional dan melakukan sabotaj kerana memihak kepada BN.
"Dalam masa yang sama kita berdepan dengan kakitangan kerajaan yang tidak semuanya bertugas secara profesional. Ada diantaranya mempunyai semangat kepartian, yang menjadi duri dalam daging yang tidak melancarkan jentera kerajaan walau dalam amalan sistem demokrasi.
"Pegawai kerajaan haruslah bekerja di bawah kerajaan parti yang memerintah walaupun apa kepercayaan yang dianut oleh parti itu. Kadang-kadang kita berhadapan dengan hal seperti ini yang tentu menyebabkan Menteri Besar dan Exco tidak selesa menjalankan tugas mereka," katanya yang berpengalaman mentadbir Terengganu selepas pilihanraya umum 1999.
Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada pilihan raya lalu tetapi kehilangan Perak tahun lalu setelah campur tangan kerajaan Pusat.malaysiakini
Era kerajaan tahu segala perkara sudah berlalu - TPM
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Tan SriMuhyiddin Yassin berkata, era kerajaan mengetahui segala perkara telah berlalu dan kini ia mengutamakan pandangan semua pihak.
Berucap pada Persidangan Perkhidmatan Awam ke-15 di sini hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu dibuktikan ketika pembentangan Bajet 2011 lalu yang mengadunkan kesemuanya, termasuk pandangan rakyat. - Utusan Meloya
P/S :-Patutlah kenaikan harga minyak tidak mengikut janji.Rupa-rupanya kerajaan mengetahui segala perkara sudah tamat.
Jadi sekarang,kerajaan tidak tahu yang RAKYAT agak susah dalam ekonomi yang masih kurang stabil.Yang mereka tahu hanyalah tentang menaikkan harga barangan dan berbagai lagi perkhidmatan.Itu yang PASTI mereka tahu.
Jadi,tahniah lah RAKYAT MALAYSIA!Suara kita akhirnya didengar oleh kerajaan yang tidak tahu kesemuanya(cuma tahu sebahagiannya!)
Harga petrol RON97 naik 15 sen, RON95 kekal(Tulisan ini SENGAJA dibesarkan!)
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini, menurut sumber hari ini.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. - Bernama(sumber dari Utusan Meloya)
P/S:-Rasanya kata hari tu TIADA kenaikan sehingga tahun hadapan(???)Tapi kenapa baru nak masuk bulan Disember dah ada yang naik?Kita RAKYAT tertipu lagi!!!!
'Siakap senohong,gelama ikan duri, Bercakap bohong,lama-lama jadi MENTERI'
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan