Isnin, 29 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Majlis Tindakan DUN Serkam

Posted: 29 Nov 2010 11:34 PM PST

Majlis Tindakan DUN Serkam


PAS TEDONG : CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Posted: 24 Nov 2010 10:02 PM PST

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Semalam telah diadakan satu ceramah penerangan Pakatan Rakyat bertempat di Markaz PAS Tedong Pantai. Program penerangan yang diadakan menerangkan mengenai kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan UMNO /BN Melaka yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Antara penceramah yang telah menyampaikan ceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Musa bin Mohd, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan YB Ustaz Firdaus Jaafar , Ahli Parlimen Jerai,Kedah Darul Aman.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Musa yang mewakili Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Beliau menyatakan bahawa kerajaan pimpinan UMNO / BN Melaka khususnya sudah tidak boleh menguruskan negeri kerana banyak kepincangan yang telah berlaku dalam pentadbiran pimpinan Datuk Mohd Ali Rustam. Beliau mengaitkan pentadbiran UMNO / BN yang ada sekarang ini khususnya dalam Negara Malaysia seumpama kerajaan firaun yang pernah memerintah mesir pada satu ketika dulu.

Jika dulu, Firaun yang pernah memerintah mesir dengan pemerintahan 'kuku besi'dengan mengeluarkan kenyataan hanya firaun saja yang layak memerintah negara , serupalah dengan sekarang apabila UMNO/ BN menyatakan hanya mereka saja yang layak memerintah. Tidakkah kenyataan ini serupa dengan apa yang dinyatakan ? Justeru, UMNO / BN telah menanamkan satu fahaman khurafat yang sesat lagi menyesatkan. Antara tindakan yang kurang siuman yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan UMNO/ BN Melaka ialah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat setiap kali diadakan. Keadaan ini tidak berlaku dan belum pernah berlaku dinegeri-negeri lain. Bahkan setiap ceramah yang diadakan UMNO / BN Melaka, tiada fakta dan kebanyakan penipuan dan pembohongan yang tidak bernilai. Seolah-olah apa yang disampaikan oleh Penceramah UMNO/ BN seumpama penjual ubat yang beracun serta setaraf budak tadika.

Dalam ceramah yang kedua yang disampaikan oleh YB Goh Leong San yang merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka, beliau menyatakan kerajaan pimpinan BN Melaka telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak pada tempat yang tidak munasabah dan membazir. Manakala Ustaz Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai menyelartindakan media kerajaan BN/ UMNO yang sebenarnya lewat seminggu dalam mendapatkan maklumat berkaitan banjir dikedah. Tak cukup dengan itu media yang dikuasai BN telah memutarbelitkan segala maklumat yang diberikan oleh kerajaan Negeri sehinggakan kerajaan negeri terpaksa menyekat kemasukan media dalam persidangan DUN Kedah.

PAS SERKAM DARAT: PROGRAM BERKHATAN

Posted: 24 Nov 2010 09:56 PM PST

Pada 27 November 2010, PAS Cawangan Serkam Darat akan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai bertempat di Balai Islam Serkam Darat Taman Serkam Maju,Serkam Darat Melaka. Program yang diadakan ini adalah kali kekedua dianjurkan oleh PAS Cawangan Serkam Darat. Dengan menggunakan kaedah rawatan terkini selamat, cepat sembuh dan kurang berdarah, aktiviti ini dijadikan sebagi aktiviti tahunan menjelang cuti persekolahan setiap akhir tahun. 

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Serkam Darat, Saudara Zulkifli bin Mohd Ghouse, aktiviti ini selain daripada bertujuan untuk merapatkan ukhuwah persaudaraan dan khidmat masyarakat, program ini juga diharapkan dapat memberikan peluang kepada para ibu bapa untuk mengkhatankan anak anak mereka yang telah cukup umur. Setiap rawatan yang dilakukan dikenakan bayaran RM 60 seorang manakala anak yatim akan dibiayai pembayarannya oleh pihak penganjur. Diharapkan program yang diadakan seumpamanya ini akan merapatkan ukhuwah dan memberikan peluang kepada rakyat untuk mendekati PAS Serkam Darat dengan lebih dekat.

AKHIRNYA ZUL KULIM TERKENA LAGI ..

Posted: 14 Nov 2010 06:13 AM PST

Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star."Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam," kata Beginda, semalam.Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.

"Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan," kata Nazri.Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam."Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya," katanya.Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.Sekolah berkenaan kemudian memohon maaf kepadanya.

Erdogan Tetap Pendirian Lawan Israel

Posted: 14 Nov 2010 06:11 AM PST

Perdana Menteri Turki Recep Erdogan telah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memulihkan hubungan yang normal dengan Israel sehingga mereka meminta maaf atas "serangan biadab" terhadap kapal Mavi Turki Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza akhir bulan Mei lalu .

Erdogan memberitahu 24 saluran TV Perancis bahawa Israel harus meminta maaf dan membayar pampasan barulah diskusi boleh bermula. Hubungan Turki dengan Israel telah diburukkan lagi dengan serangan Israel yang membunuh sembilan warga Turki dan banyak lagi yang mengalami kecederaan.

"Israel adalah satu-satunya pihak yang perlu bertanggung jawab atas hubungan dingin yang berlaku kini," ia menegaskan dan menambah, "Bagaimana kita boleh mengampuni serangan udara dan laut terhadap sebuah kapal yang mengibarkan bendera Turki dan membawa penumpang dari pelbagai negara yang ingin membantu yang orang lain."

Hamas Cela Penahanan Ahli Politik Tertinggi PLC

Sabtu, 13/11/2010 - Hamas mengecam sekuat-kuatnya kerajaan Israel atas penangkapan ahli Majlis Tertinggi Perundangan Palestin Mahmoud Al Ramahi pada hari Rabu dan menyeru pembebasannya.Hamas mengutuk dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Rabu itu tindakan itu sebagai satu "kejahatan", dan menambah bahawa pihak berkuasa Israel berusaha untuk melenyapkan sahutan orang yang berjuang untuk melindungi dan mengembalikan hak-hak kebangsaan Palestin.

Kumpulan pejuang itu mengatakan kerajaan Israel bertanggung jawab penuh atas nyawa dan kesejahteraan Dr Ramahi, menyeru Pihak Berkuasa Palestin dan pihak Fatah untuk menamatkan semua bentuk penyelarasan keselamatan, yang memberikan ruang untuk lebih jenayah dilakukan oleh Israel terhadap tanah dan orang-orang Palestin.

Peguam Baitulmaqdis mendedahkan rancangan Israel untuk memusnahkan kota suci

Sabtu, 13/11/2010 - Kerajaan Israel sedang merancang untuk memusnahkan keseluruhan kota Baitulmaqdis dan mendirikan sebuah kota baru bervisikan Zionis menerusi pelan yang dinamakan Jerusalem 2020," demikian menurut peguam Baitulmaqdis Ahmed Al-Ruwaidi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, perancangan menyeluruh tersebut meliputi penempatan-penempatan baru di kota itu dan ia merupakan transformasi lengkap kepada kota lama Baitulmaqdis.

Tembok-tembok di kota lama akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan taman, jambatan serta kuil Yahudi di kawasan Silwan, Sheikh Jarah, Wadi Al-Jawz, dan Al-Sawanah, beliau menambah.

Israel kuasai lembah utara Jordan

Sabtu, 13/11/2010 – Tentera Zionis Israel telah menyerbu dan menawan kawasan utara lembah Jordan. Dipercayai seluas 200 hektar di Ain Halwah telah di rampas dan kemudiannya digabungkan dengan penempatan Zionis yang ada di situ.

Saksi menyatakan Zionis Israel telah menyerbu dengan kenderaan berat dan membuat halangan. Keadaan juga di awasi ketat oleh pihak tentera. Selain itu, terdapat warga Palestin yang diusir dan rumah mereka dihancurkan.

Berita terkini berkenaan Palestin di iLuvislam.com adalah kerjasama di antara iLuvislam.com dengan pihak Palestinkini. Berita diterjemah dan disunting oleh pasukan penterjemah Palestinkini.

Sumber Grafik : http://palestinkini.info/

ANWAR, WAN AZIZAH DAN TGNA Diiktiraf

Posted: 14 Nov 2010 06:04 AM PST

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa

WANITA UMNO MELAKA HANCOR ..

Posted: 06 Nov 2010 10:31 PM PDT

HANGAT Wanita UMNO Melaka. Salah satu sumber boleh dipercayai melaporkan Wanita Melaka sedang dilanda 'gempa bumi' lebih hebat dari gempa bumi di Padang Indonesia. Kata mengata, umpat mengumpat dan salah melapor begitu hangat diperkatakan sehingga membawa perpecahan kepada pergerakan ini.

Kita sangka selepas mantan Ketua Wanita Melaka, Datuk Hazizah Mohd Sultan melepaskan baton kepada ketua yang baru, Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota) selesai segala masalah rupa-rupanya sangkaan itu meleset. Ternyata Rabiyah yang juga bukan wakil rakyat tidak mampu menjadi pengemudi atau 'ibu' yang baik bagi Wanita UMNO Melaka. Malah ada pihak yang mempertikaikan personaliti dan kewibawaan Rabiyah yang tidak setanding dengan bekas-bekas Ketua Wanita Melaka sebelum ini. Begitulah hebatnya kisah Wanita Melaka apabila faktor personaliti lebih hangat diperkatakan berbanding usaha memartabatkan pergerakan itu di negeri ini.

Sebenarnya di Melaka mempunyai dua Ketua Wanita UMNO Bahagian yang berstatus wakil rakyat iaitu ADUN Linggi, Latifah Omar dan ADUN Rembia Norpipah Abdol. Memandangkan dua wakil rakyat berkenaan mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugas mereka maka Rabiyah Ali dilantik sebagai Ketua Wanita Melaka. Manakala Hasnah Salam yang mendapat tempat pertama dalam jawatan Exco Wanita semasa pemilihan parti bulan Mac lalu dilantik sebagai Penolong Setiausaha Wanita UMNO Melaka.

Sekadar meramalkan mungkin ada yang tidak kenanya dalam pelantikan jawatan Wanita UMNO Melaka ini. Sudah tentu ada yang bertanya kenapa Hasnah Salam yang menjadi calon popular dalam pertandingan jawatan Exco Wanita tidak dilantik Ketua Wanita Melaka? Dalam soal ini Hasnah tidak memenuhi keperluan dan kehendak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan ketua wanita negeri dilantik di kalangan ketua wanita bahagian. Memandangkan Hasnah hanya penyandang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah maka jawatan tersebut terlepas kepada Rabiyah Ali.

Sememangnya kalau direnungi memang tidak ada kenanya dalam soal pelantikan Ketua Wanita Melaka ini. Bagaimana Rabiyah dan Hasnah Salam yang bergelar Exco Wanita Pusat serta mendapat mandat perwakilan Wanita UMNO seluruh negara harus mendengar arahan Rabiyah yang hanya berstatus ketua wanita bahagian? Kalau dikira kepada faktor logik, Hasnah Salam sepatutnya menjadi Ketua Wanita Melaka memandangkan menyandang jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia sekaligus mampu membawa suara pembelaan wanita negeri ini. Namun oleh kerana faktor yang disebutkan di atas maka Hasnah hanya menyandang jawatan ketiga tertinggi di negeri ini maka bermulalah konflik serta perpecahan.

Walau bagaimana pun perlu disebutkan di sini Hasnah Salam bukanlah pemimpin favourite sesetengah pemimpin bahagian Alor Gajah dan Melaka khususnya. Mungkin kerana keagresifan dan kelantangan atau lebih menonjol di peringkat nasional maka adalah sesetengah pihak tidak menyenangi ketrampilannya. Lalu adalah yang menyebut dalam sesetengah program yang dikendalikan oleh Hasnah tidak mendapat kerjasama secukupnya dari pimpinan bahagian dan ada juga keputusan pucuk pimpinan Wanita Melaka tanpa pengetahuannya. Malah usaha menjatuhkan Hasnah turut dilakukan pimpinan tertentu negeri ini sehingga kepada pengetahuan Shahrizat sendiri. Kononnya Hasnah antara pemimpin Wanita Melaka tidak boleh dipercayai dan sebagainya.

Dalam soal ini kita tidaklah berhasrat merendah-rendahkan mana-mana pemimpin UMNO di negeri Melaka. Sekadar mengingatkan pemimpin Wanita UMNO seluruh negara agar satukan tekad, satukan matlamat dan satukan suara anda. Mengambil kira perpecahan Wanita UMNO Melaka tiada faedahnya kepada mana-mana pihak sekalipun. Sebagai Ketua Wanita Melaka, Rabiyah umpamanya kena menjadi ketua yang adil kepada semua anggota pergerakan di negeri ini. Jangan kerana Hasnah Salam mempunyai hubungan dingin dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah yang juga Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Melaka , Norpipah Abdol maka beliau perlu dilanyak dan tidak disokong.

Sepatutnya Wanita Melaka berbangga mempunyai salah seorang pemimpin wanita seagresif dan selantang Hasnah. Jangan kerana beliau tidak popular di bahagian Alor Gajah maka ada pihak mengambil kesempatan merendah-rendahkan kewibawaannya. Begitu juga pimpinan bahagian Alor Gajah yang diterajui oleh Datuk Abdul Ghafar Atan kena bersikap adil dan menyokong mana-mana pemimpin yang mahu melakukan program atau aktiviti parti di bahagian berkenaan tidak kiralah Wanita, Pemuda dan Puteri. Jika wujud konflik, salah faham, rasa tidak puas hati dan sebagainya di kalangan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Abdul Ghafar kena menjadi pendamai yang baik. Abdul Ghafar kena bertindak menyatukan mereka dan bukannya berpihak kepada mana-mana pimpinan wanita negeri ini. Jika ini mampu dilakukan maka baiklah Wanita Alor Gajah.

Begitu juga di pihak Norpipah. Sebagai Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal dan kepentingan wanita di negeri ini kena salurkan peruntukan rakyat secara telus dan adil kerana kita bertanggungjawab dengan Allah dan bukannya manusia di dunia ini. Kalau pun Hasnah dianggap seteru dalam politik kepada Norpipah anggaplah ia sebagai konflik peribadi. Jangan kerana konflik peribadi maka di bawa kepada konflik seluruh anggota pergerakan bahagian ini. Jika umpamanya Hasnah berhasrat melaksanakan program dan aktiviti rakyat di bahagian dan negeri ini sepatutnya Norpipah kena memberikan sepenuh kerjasama.

Tentu dalam soal ini adalah sesetengah pihak akan berkata, orang luar jangan campurtangan dalam konflik Wanita bahagian Alor Gajah dan orang luar tidak tahu perangai Hasnah Salam yang sebenarnya. Dalam soal ini kita tidak membela Hasnah Salam dan sentiasa percaya bahawa tiada manusia yang maksum di dunia ini. Justeru kita sekadar mahu mengingatkan diri kita bahawa kita semua bertanggungjawab dengan Pencipta kita. Kalau pun mahu berpolitik biarlah dengan cara dan kaedah yang baik. Kalau ada kelemahan di pihak Hasnah sekalipun, kena ada cara dan kaedah terbaik untuk memaklumkan kepadanya. Bukan dengan cara sampai menyampai atau mengaibkannya. Termasuklah Hasnah jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara carilah cara dan kaedah terbaik untuk menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut. Mungkin boleh dilakukan dalam bilik mesyuarat atau perjumpaan tertutup misalnya.

Tetapi biasalah dalam UMNO. Bila sudah bersua muka, mata bertentang mata, lidah kelu untuk meluahkan rahsia hati. Kalau adapun rasa tidak puas hati hanya disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Peliknya, bila di belakang orang berkenaan mulalah episod kata mengata , umpat mengumpat dan sebagainya. Tidak terkecuali Norpipah, biasalah mendapat laporan-laporan tidak baik pasal naibnya, Hasnah dari penyokong dan pengampunya. Di sinilah Norpipah kena menapis cerita-cerita tidak tepat dan jangan terpengaruh dengan pihak-pihak sengaja berusaha melaga-lagakannya dengan Hasnah.

Bagi Rabiyah Ali yang menyandang jawatan Ketua Wanita Melaka kena menjadi ketua yang berwibawa dan dihormati oleh anggota pergerakan. Jika Rabiyah tidak berpuas hati dengan pendekatan politik Hasnah tiada salahnya meluahkan rahsia hati dalam medan yang tertutup atau secara empat mata. Sebagai ketua tiada salah kalau Rabiyah mahu menegur Hasnah begitu juga Hasnah sebagai Exco Wanita UMNO mendapat tempat pertama tidak semestinya segala perbuatan kita baik segala-galanya. Amalan tegur menegur demi kebaikan Wanita UMNO Melaka perlu dijadikan amalan semua pihak. Jangan kerana kita wakil rakyat maka kita tidak boleh ditegur. Tiada manusia di dunia ini termasuk wakil rakyat yang maksum di dunia ini. Selagi bergelar manusia selagi itulah kena bertanggungjawab dengan alam akhirat dan tidak dunia semata-mata.

Hakikatnya jawatan di dunia tidak ada salah dan silapnya kecuali manusia yang menyandang jawatan tersebut banyak kesilapannya. Kerana jawatan manusia sanggup tidak bertegur sapa dan kerana jawatan jua manusia sanggup berpecah belah satu perbuatan yang jelas Allah sendiri tidak suka. Apa salahnya Wanita Melaka yang cuma enam bahagian sahaja menampakkan sikap bersatu padu dan satu suara membela nasih golongan mereka. Sepatutnya Wanita Melaka bersyukur kerana Hasnah memenangi jawatan Exco Wanita dan dua pemimpin wanita di negeri ini mendapat jawatan wakil rakyat. Kalau ketiga-tiga pemimpin ini bergabung dan bekerjsama dalam meledakkan usaha pembangunan wanita akhirnya wanita juga yang maju. Jangan umpama kucing dan anjing.

Tetapi biasalah dalam politik wanita atau lelaki sekalipun, suka mengambil sikap keakuan dan mengamalkan keegoan yang tinggi. Bagi Wanita Melaka rasa tidak puas hati lebih menonjol memandangkan Hasnah hanya menyandang jawatan Naib Ketua Wanita Bahagian boleh menang jawatan Exco Wanita dua penggal berturut-turut. Tentulah ada pihak di Melaka khususnya merasa bimbang dan khuatir, Hasnah akan dilantik sebagai Senator dan sebagainya. Jika Hasnah menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan dan parti sudah tentu akan meranapkan sesetengah pihak yang ingin menonjol di negeri ini.

Itu sebabnya Wanita Melaka kena bersatu. Jika dinilai kepada keenam-enam ketua wanita bahagian Melaka waima bergelar wakil rakyat sekalipun sama rata dan sama padan. Tiada mana yang lebih atau kurangnya. Kalau dikira kepada skil, kewibawaan dan kebolehan masing-masing semuanya ditahap sederhana. Malangnya sikap jatuh menjatuhkan pula berada di paras yang tinggi sehingga Wanita Melaka lemah dalam serba serbi. Banyak isu pembelaan wanita terlepas pandang dan banyak ibu tunggal tidak mendapat pembelaan dari segi ekonomi misalnya.

Justeru kita amat berharapkan Wanita UMNO Melaka buanglah jauh-jauh perasaan hasad dan dengki sesama mereka. Pelantikan Rabiyah sebagai Ketua Wanita Melaka perlu disokong dan hormatlah kewibawaan Hasnah sebagai Exco Wanita. Buatlah kerja dan kebajikan kepada rakyat dengan ikhlas. Jangan harapkan imbuhan atau saguhati semasa melaksanakan tugas dalam parti dan kepada rakyat. Baik Hasnah, Rabiyah dan Norpipah sekalipun berada dalam satu parti iaitu UMNO.

Apapun kejayaan Wanita Melaka bergantung kepada ketuanya, Rabiyah Ali. Hendaknya Rabiyah Ali tidak menjalankan pengurusan Wanita Melaka ala kekampungan. Sudah sampai masanya Wanita Melaka memberikan fokus kepada pendidikan dan memperkenalkan program kemahiran kepada anggota pergerakan di negeri ini. Oleh kerana Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudah memperkenalkan slogan 'Melawat Melaka Seumpama Melawat Malaysia' ada baiknya Wanita Melaka memperkasakan program-program wanita di negeri ini. Jangan setakat berbangga dengan aktiviti sukan netballl, nasyid dan program kekampungan.

Sudah sampai masanya kursus-kursus perdana ke arah memperkasakan Wanita Melaka difikirkan oleh ketuanya, Rabiyah Ali. Ketepikan program-program Wanita UMNO tidak berdaya maju dan bebaskan Wanita Melaka dari kepompong kemiskinan. Memandangkan Melaka mengambil slogan 'Melawat Melaka Seumpama Melawat Malaysia' ada baiknya Wanita UMNO Melaka menjadikan wanita negeri ini bersaiz maju dan melaksanakan program-program boleh dibanggakan oleh anak cucu cicit akan datang. Usaha juga kena digiatkan menarik cerdik pandai, cendiakawan dan profesional menyertai Wanita UMNO negeri ini.

Perlu dijelaskan di sini kebanyakan Ketua-ketua Cawangan Wanita UMNO negeri ini terdiri dari warga emas atau berusia nenek.Ada baiknya reformasi kepimpinan dilakukan di peringkat cawangan-cawangan Wanita UMNO negeri ini agar seiring dengan keperluan negara mahukan kepimpiinan baru dan produktif. Namun semua itu terpulang kepada ahli akar umbi sama ada mahu mengekalkan ketua tidak produktif atau memilih ketua mampu membawa idea pembangunan dengan lebih berkesan.

Nak Nikah pun Susah ...

Posted: 19 Oct 2010 05:56 AM PDT

Seorang perempuan umur dalam 22 tahun, nak nikah dengan seorang lelaki pilihannya umur lewat 20-an. Masalahnya, bapanya tak mahu walikan. Bila ditanya apa sebabnya, perempuan tu terus menangis menceritakan kenangan silamnya pada usia 18 tahun, kira-kira 4 tahun dulu.

4 tahun dulu, perempuan ini pernah terlibat dalam satu kes maksiat. Bila keluarga tahu, semua marahkan gadis ini. Paling marah adalah ayahnya, sampai mengeluarkan perkataan tak mengaku anak. Diceritakan, sampai nak makan bersama semeja pun taknak, lalu di depan ayahnya pun tak boleh. Sejak kes tu, gadis i ni duduk di rumah sewa di bandar dan selalu juga balik ke rumah ibu bapanya walaupun bapanya tak mengaku anak.

Okeylah, dah 4 tahun berlalu dan gadis ini nak bina hidup baru dengan lelaki pilihannya, nak berkahwin secara sah. Masalahnya, nak buka mulut cakap dengan ayahnya pun tak boleh. Ibu dan kakaknya sudah tahu tapi tak dapat menolongnya.

Kenapalah ayahnya begini, saya faham perasaan seorang ayah yang marah pada anaknya. Tapi dalam hal ini, tak bolehkah maafkan kesalahan anak ini ? Jika dibiarkan anak gadis ini berterusan begini, kalau dihalang mungkin boleh terjebat dalam kancah maksiat. Dia mahu bernikah dan bina hidup baru serta menyesal atas perbuatannya selama ini.

sumber : Kadi Kluang

Wanita Pertama : Rosmah belakangi Perlembagaan Negara

Posted: 19 Oct 2010 05:49 AM PDT

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

"Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

"Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara," katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".

Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai "The First Lady" bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

"Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

"Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara," katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidak lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.

DAR 'HANGIN' Bila Ada Bantahan Mengenai Sekolah Harapan

Posted: 19 Oct 2010 05:47 AM PDT

Melenting Ali Rustam sehinggakan mencabar PAS berdebat mengenai isu sekolah mengandung. Apakah yang menyebabkan Ali marah sehinggakan tidak tahan dengan kritikan dari PAS?

Mudah sahaja, cegah segala kemungkaran yang berleluasa di Negeri yang diperintah oleh Ali dan BN maka sekolah harapan ini tidak akan wujud. Berapa lamakah pelajar akan menetap di sekolah tersebut? Sedangkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri Melaka setahun adalah RM500,000 setahun?

Cuba bayangkan kos RM500,000 setahun adalah untuk menyara 10 orang pelajar sahaja. Lebih baik duit sebanyak itu diberikan kepada sekolah agama yang mana ada sekolah yang terpaksa menjalani proses pembelajaran di tempat letak kenderaan (garaj).

Mengikut Jabatan Perangkaan seramai 214,033 kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan pada tahun 2005 hingga 2009. Paling dibimbangi adalah yang melibatkan melayu yang konon-kononnya adalah Islam (seperti dilaungkan oleh UMNO) adalah 74,723 kes berbangsa melayu.

Sekarang kita tanya UMNO yang konon-kononnya membela melayu dan apakah yang terjadi kepada anak muda melayu sehinggakan menjadikan melayu majoriti dalam kes anak tidak sah taraf. Menteri UMNO kena jawab permasalahan ini.

Apabila ada mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?

PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

TANDA KEJATUHAN UMNO KELANTAN

Posted: 19 Oct 2010 05:44 AM PDT

Tahniah! PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta. Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas. Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

"Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

"Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan. Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

Sebenarnya, bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan. Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai. Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan. Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

MTD Serkam mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan dan semua yang terbabit, sehingga hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat, apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS. Suatu simbol bahawa UMNO bukan sahaja tidak mampu merampas Kelantan, bahkan Putrajaya pun akan dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Allahu Akbar! (IH)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 29 Nov 2010 11:07 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Pertahankan Keyakinan Rakyat

Posted: 29 Nov 2010 01:19 AM PST

SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

"Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

"Yang kata tak selesa, orang luar Kedah," tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 29 Nov 2010 09:26 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PKR PERLU SELESAI MASALAH - ADUN MAHARANI

Posted: 29 Nov 2010 02:29 AM PST

PKR perlu selesaikan masalah parti segera



SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa selesai masalah yang melanda parti bagi memastikan keyakinan rakyat dan pengundi tidak berubah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, merangkap Ketua Penerangan Pas kawasan Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, sebagai parti politik yang masih baru, PKR perlu menyelesaikan masalah yang melanda parti secepat mungkin.

"PKR perlu kembali kepada matlamat perjuangan parti iaitu memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berpendapat, idea yang dilemparkan ketua parti bukan setakat bagus tetapi juga perlu diterima oleh ahli dan perbincangan dalam situasi ini amat diperlukan.

"Sebagai seorang ketua, bukan setakat memberi idea, tetapi juga perlu mendengar pendapat yang diberikan ahli lain," katanya.

Beliau turut berpendapat isu yang dibangkitkan sesetengah ahli dengan menggunakan saluran media sejak kebelakangan ini disifatkan tidak matang dan mengeruhkan lagi keadaan.

"Penggunaan media oleh sesetengah pihak tidak wajar kerana apa yang dikehendaki tidak akan tercapai malahan merugikan lagi parti," katanya.

Namun begitu, Mohamad percaya isu yang melanda PKR tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

"Pengundi tetapkan mahukan pembaharuan yang dibawa PR," katanya.

Edisi Johor
Berita Am
PKR perlu selesaikan masalah parti segera

SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa selesai masalah
yang melanda parti bagi memastikan keyakinan rakyat dan pengundi tidak berubah.
» selanjutnya..

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/SH/johor/ 






DPP PADANG TERAP

Posted: 29 Nov 2010 09:22 PM PST

DPP PADANG TERAP


KHATAN PERDANA DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP

Posted: 28 Nov 2010 10:08 PM PST

Alhamdulillah , Khatan Perdana anjuran DPPPT & MTD Pedu ini masuk tahun kedua diadakan pada 27 Nov lalu.Seramai 31 orang selamat ' dipotong' oleh Mudim popolar yang dikenali sebagai Pak Ngah Samad.Termasuk dalam senarai peserta ialah anak YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria iaitu adik Iqbal yang semangatnya kuat dan 'hero' seperti abinya.Turut diadakan majlis kesyukuran meraikan para peserta dan para waris.Insyaallah ketulenan khatan tradisional ' batang pisang' ini dapat dikekalkan pada generasi akan datang.Pihak kami juga mengharapkan program begini akan berterusan pada masa akan datang.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan dan kepada seluruh masyarakat yang memberi sokongan.



















PemudaSikDaily

Posted: 29 Nov 2010 09:17 PM PST

PemudaSikDaily


BELIA MALAYSIA BUKAN KAYU.

Posted: 29 Nov 2010 11:30 AM PST

Seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidn Yasin di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen hari ini, supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya, sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran. Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapok Umno sahaja.

PAS ingin mengingatkan kepada Timbalan Presiden Umno ,belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari. Belia tahu mana intan dan mana kaca. Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan.

Sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisma perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini. Mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini. Macam mana Tan Sri Muhyidin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

misbahul munir

Posted: 29 Nov 2010 09:16 PM PST

misbahul munir


BELIA MALAYSIA BUKANNYA KAYU

Posted: 29 Nov 2010 07:05 AM PST

AKHIRNYA DUN PERAK BAGI PAS MASUK KEPADA WAKIL PAS

Posted: 29 Nov 2010 06:35 AM PST

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 29 Nov 2010 09:13 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol' [MalaysiaKini]

Posted: 29 Nov 2010 12:15 PM PST

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

sultan selangor and khalid ibrahim 250209Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 leavingJelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

conference of rulers majlis raja raja"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kedahlanie

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 29 Nov 2010 09:10 PM PST

PAS Cawangan Jaya Gading


Ekonomi gawat, Pahang akan muflis

Posted: 28 Nov 2010 11:55 PM PST


Sumber : Harakahdaily

TEMERLOH, 29 Nov: Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai 'tidak praktikal' apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.

"Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.

Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan," kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri.

Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan.

"Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan.

"Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut," Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga.

Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman.

"Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan," katanya

Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa 'kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.'

"Kenyataan beliau bahawa "kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan', benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN 'sudah menopaus'.

Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri," selar Tuan Ibrahim.

Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu.

"Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.

Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan.

"Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi.

Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera," saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut.

"Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak.

Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar.

Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis," tambah Tuan Ibrahim.

Nik Aziz: Umno punca masalah di Malaysia

Posted: 28 Nov 2010 10:22 PM PST


Sumber : Malaysiakini

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

"Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.

Kenal siapa kawan, siapa lawan

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan 'siapa kawan, siapa lawan'.

NONEMenurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.

"Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri." Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

"Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan," katanya.

Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

"Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal," katanya.

Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

"Kita kekalkan kita berjiwa rakyat," katanya.

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.

Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizan , ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

"Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," katanya.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 29 Nov 2010 09:04 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Third party, Menteri tidak rasai kesusahan rakyat

Posted: 29 Nov 2010 06:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov 2010 : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan 'third party' kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

"Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

"Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus," kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

"Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

"Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

"5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi," katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan "third party" kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

"Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29618:third-party-menteri-tidak-rasai-kesusahan-rakyat&catid=1:utama&Itemid=50

Kejohanan Futsal 25 Dis 2010 di Nilai, N.Sembilan

Posted: 29 Nov 2010 01:37 AM PST





KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA 2010
Sabtu 25 Disember 2010
8.30 pagi - 2.30 ptg
Di Gelanggang Futsal Nilai, N.Sembilan

Yuran penyertaan RM80

Tarikh tutup penyertaan 20 Dis 2010

Maklumat lanjut hubungi :
Khalid 013-2657932
Zul 016-2097990
Husain 019-3329691

Khalid Samad

Posted: 29 Nov 2010 08:09 PM PST

Khalid Samad


Video Parlimen: Cut Salary of Works Minister

Posted: 29 Nov 2010 04:13 PM PST

Oleh Hazayani Zakaria (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal melaksanakan tugas dalam mengawal selia projek sakit.

Khalid berkata, kegagalan itu dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu tender runding terus yang masih diamalkan, mekanisme menyelamatkan projek sakit serta kualiti sesuatu projek itu.

"Yang pertama budaya rundingan terus yang menyebabkan kontrak diberi kepada orang yang kemungkinan tidak ada kelayakan dan dengan harga yang tinggi.

"Sudah banyak kali isu ini dibangkitkan, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik telah dihentikan kerana gagal siap, serta ditender semula projek ini dan tentunya akan meningkatkan lagi kos projek tersebut," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kata beliau, projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya disiapkan November 2010 kini masih terbengkalai hampir satu tahun ekoran kegagalan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek tersebut

"Budaya memberi projek kepada OKU (orang kuat Umno), tanpa runding terbuka terus dipertahankan. Seperti yang kita ketahui, cara ini hanya menyebabkan kos semakin tinggi tetapi kualiti rendah seperti yang berlaku pada projek Istana Negara, Hospital Shah Alam dan Institut Kanser Negara," katanya.

Katanya, mekanisme yang diambil kerajaan hanya menamatkan khidmat kontraktor, selain menawarkan tender baru yang boleh meningkatkan kos projek.

Malah, tambah Khalid menteri turut berbangga dengan mekanisme yang diambil hingga melupakan matlamat untuk menyiapkan projek seperti yang dijadualkan.

Dalam pada itu, Khalid mendakwa menteri turut membuktikan dirinya gagal apabila isu kualiti sesebuah projek itu tidak dapat diselia dan dipantau sebaik-baiknya.

"Isu kualiti merupakan satu lagi kegagalan menteri. Isu kualiti ini bukan soal 'design' tidak betul, tetapi apabila dibina tidak mengikut 'design'. Inilah kelemahan yang perlu dibaiki menteri," tegas beliau.

Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee menolak usul Khalid agar gaji menteri dipotong RM10 atas kegagalan yang didakwanya itu.



Video ihsan Malaysiakini, berita dari HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

DPPK PARIT

Posted: 29 Nov 2010 07:43 PM PST

DPPK PARIT


BANGGANYA ADA ANAK JADI ARTIS

Posted: 29 Nov 2010 03:03 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Nov 2010 03:40 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


TOK SAMI RAKAM 600 AKSI MANDI WANITA

Posted: 29 Nov 2010 01:03 AM PST

Itulah bahana apabila tak kahwin, kenapa nak bertentang dengan hukum tabie. Allah menjadikan manusia ini berpasangan untuk tujuan bersenang senang.


PHNOM PENH: Sebuah mahkamah Kemboja mengarahkan seorang bekas sami Buddha dipenjara 17 tahun kerana merakamkan aksi dua remaja perempuan mandi berbogel di kuilnya, kata pegawai mahkamah, semalam.

Net Khai, 37, (gambar) ditahan dan statusnya sebagai sami dilucutkan pada Jun lalu selepas didakwa merakam secara rahsia lebih 600 wanita dan remaja mandi berbogel menggunakan air di kuil dan berkongsi imej berkenaan dengan orang lain.

Sejak perbuatannya terbongkar, seorang demi seorang wanita tampil mengadu kepada media, termasuk dua daripadanya berusia di bawah 18 tahun ketika kejadian berlaku.

Pegawai pendakwa, Plang Sophal, berkata sami itu dipenjara atas kesalahan menghasil dan mengedarkan bahan pornografi membabitkan dua gadis.

Mahkamah sama turut mengarahkan tertuduh membayar ganti rugi RM36,700 kepada kedua-dua mangsa.

Kata Plang, hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak, termasuk sami.

"Orang ramai mesti menjauhkan diri daripada aktiviti seperti itu," katanya.

Bulan lalu, Net Khai dijatuhi hukuman penjara setahun atas tuduhan sama membabitkan wanita berusia 25 tahun.

MENARA WARISAN : CHE DET X SETUJU CADANGAN NAJIB???

Posted: 29 Nov 2010 12:48 AM PST


Che Det hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang pejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang. "Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu," kata Che Det  ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi. Sebelum ini, Che Det  menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Che Det  berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi," katanya dalam nada bergurau.

RAKYAT SELANGOR BERSAMA MENYOKONG SYABAS!!!

Posted: 28 Nov 2010 06:11 PM PST

Tahun Kenaikkan Tarif SYABAS..

2009 - 37%

2012 - 25%

2015 - 20%

KOS RAWATAN SYAITAN ARIEL SHARON US$450 SETAHUN

Posted: 28 Nov 2010 05:57 PM PST

Setelah kos perubatannya melebihi batas yang dibolehkan, Jabatan Kewangan Zionis Israel mengungkapkan pada Rabu lalu (9 Nov) bahawa mereka telah meluluskan kembali biaya tambahan untuk perubatan dan rawatan si tukang jagal umat Islam Palestin, Ariel Sharon yang merupakan mantan Perdana Menteri Zionis Israel.
Pemerintah Zionis akan membayar NIS 1,6 juta setahun (sekitar 450 ribu dolar AS) untuk rawatan mantan Perdana Menteri Ariel Sharon (82 tahun), Jabatan Kewangan mengatakan kepada Jawatankuasa Kewangan Knesset Rabu kelmarin. Dan hal ini juga termasuk akan memindahkan dana tambahan sejumlah NIS 1,5 juta untuk mengubahsuai kediaman mantan Presiden zionis tersebut.

Jabatan Kewangan akan memindahkan dana ke Jabatan Kesihatan untuk membayar kos perubatan si tukang jagal Ariel Sharon. Sharon sendiri dalam kondisi koma antara hidup dan mati akibat menderita pendarahan otak sejak bulan Januari 2006 lalu.

Dia dijadualkan akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm, bersama dengan semua peralatan medik yang diperlukan, setelah menghabiskan hampir lima tahun rawatan di Sheba Medical Center Tel Hashomer.

Sharon, yang saat ini berusia 82 tahun, telah terbaring koma sejak Januari tahun 2006, pertama kali dirinya dirawat di Hospital Hadassah Ein Kerem di Jurussalam dan kemudian di Chaim Sheba Medical Center di Tel Hashomer

DETOX FOOT FETCH PUN KLETONG JUGAK???

Posted: 28 Nov 2010 05:51 PM PST

Detox Foor Fetch yang diletakan di atas air suam....


Lihatlah kesannya selepas 5 minit


 

RUPENYA POLIS TOLONG BN DALAM KEMPEN GALAS!!!

Posted: 28 Nov 2010 04:39 PM PST

PETALING JAYA: Dalam perbahasan di kongres PKR seorang perwakilan mendakwa anggota pasukan keselamatan turut membantu kempen BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas, awal bulan ini.

Wakil Kelantan, Syed Azhar Syed Ali mendakwa anggota pasukan keselamtan telah diarahkan menampal poster di kawasan rumah-rumah di perkampungan orang asli.

"Logo BN di tampal merata, semua mereka yang tampalkan. (Walaupun) orang asli masih sayangkan kerajaan negeri tapi sebab telah ditakutkan mereka terpaksa membiarkan mereka tampalkan bendera Umno di kawasan rumah mereka," ujar beliau.

Manakala cubaan jentera Pakatan Rakyat untuk memasuki kampung-kampung tersebut bagi tujuan berkempen turut menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dari pihak keselamatan.

"Dalam PRK (Galas) yang lepas, adalah satu bonus kepada BN untuk menggunakan seluruh kekuatan jentera mereka.

"Tuan-tuan dan puan-puan perwakilan, di Gua Musang di kawasan orang asli, langsung tak boleh masuk kita dari kerajaan negeri sebab mereka hantar semua masuk di kawasan itu

TEKA-TEKI MUSTAFFA AKAN KELUAR PARTI TERJAWAB!!!

Posted: 28 Nov 2010 04:33 PM PST

Walaupun tewas dalam saingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat itu.


Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR baru-baru ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mustaffa juga meletakkan dakwaan itu tetapi terus bersaing dengan protes.


Beliau ditewaskan oleh Azmin Ali yang hari ini disahkan sebagai timbalan presiden.


"Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah.


"Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti.


"Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat," kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini.


Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat.


"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.


"Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya.


Tambah Mustaffa selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.


"Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim.


"Dan, saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," kata beliau disambut tepukan gemuruh perwakilan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Nov 2010 03:36 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DI MANAKAH NEGARAKU YANG TERCINTA?

Posted: 29 Nov 2010 01:24 AM PST


Senarai Negara Tertinggi Peningkatan Ekonominya

Berikut disenaraikan negara yang mempunyai peratusan peningkatan GDP sebenar yang amat tinggi di 20 buah negara. Menduduki senarai teratas dalam peningkatan ekonomi yang amat pantas adalah negara Iraq yang teruk sebelum ini diserang Amerika, kini ia bergerak laju mengejar negara-negara lain.

Posted by Mohd Shubhi on 29 November 2010

TAKZIAH MANGSA KEBAKARAN BINTULU, PAS JUGA YANG DATANG DULU

Posted: 29 Nov 2010 01:16 AM PST


Takziah kepada mangsa kebakaran

PAS Bintulu mengucapkan takziah kepada mangsa kebakaran berhampiran dengan Masjid Daerah.

Para petugas PAS yang tiba di tempat kejadian telah mengedarkan air minuman kepada sebahagian mangsa dan anggota bomba serta polis yang bertugas. Seterusnya, sedikit makanan telah diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan di Dewan Suarah.

Sesungguhnya kejadian tersebut adalah ujian dari Allah kepada mereka yang terlibat.

InsyaAllah, PAS akan berusaha setakat yang termampu bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

ILMU BUKU BERTEMU ILMU RUAS

Posted: 29 Nov 2010 12:12 AM PST


Bekas tentera persoal pembunuhan anaknya

Bapa kepada Hanafi Omar, 22, yang baru-baru ini mati ditembak oleh polis atas dakwaan cubaan merompak, tidak percaya anaknya itu dibunuh kerana polis cuba mempertahankan diri mereka.

Omar Abu Bakar, seorang bekas tentera berkata kecederaan di muka anaknya itu tidak konsisten dengan tembakan bagi menghalang seseorang penyerang.
Menurut veteran askar berusia 57 tahun itu, berdasarkan pengalamannya dengan tentera, dua kecederaan akibat peluru di muka anaknya itu agak aneh.

"Saya tahu bagaimana hendak mengendalikan senjata, dan saya tidak percaya bila mereka kata anak saya menyerbu dan cuba serang mereka. Awak tak akan dapat kecederaan seperti itu ketika menyerbu," katanya selepas mengiringi anak sulungnya membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

Anaknya, Mohammad Najib, 27, memfailkan laporan menuntut siasatan terperinci ke atas kematian adiknya, Hanafi. Mereka diiringi perwakilan Lawyers for Liberty - Sasha Lyna Abdul Latif, Sahli parlimen Sungai Siput Dr Devaraj Jeyakumar dan penyelaras pertubuhan hak asasi Suaram, Lucas Yap Heng Lung.

Pihak polis mendakwa tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri mereka apabila Mohd Hanafi dan dua rakannya - Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20 - didakwa menyerbu ke arah polis dengan parang ketika cuba merompak sebuah stesen minyak.
-malaysiakini-

NAUZUBILLAH ! BLOGGER UMNO KUTUK ORANG ISLAM YANG TELAH MATI

Posted: 28 Nov 2010 10:57 PM PST

Bacalah antara tulisan seorang Melayu kununya Islam tapi mengutuk orang yang mati ,bukan senang nak minta ampun pada orang mati. Kena ingatlah ! Mentang2 ada nyawa lagi dah berlagak, kamu ada anak-bini, sedara dan masyarakat dan keturunan. Tak fikir ke ?
Di bawah ini tulisan keji penyokong UMNO ...
Memoir MEMALI
Pak Sedaro terasuk untuk menulis cebisan sejarah dan cerita benar tentang Memali, apabila diusik dengan pukulan maut oleh seorang insan yang pernah terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah Memali, dek kerana "Ibrahim Libya-Ahli Neraka".

Ibrahim Libya bukanlah seorang patriot seperti yang dimomok oleh PAS. Dia tidak syahid seperti yang digebang oleh PAS. Kuburnya yang diheboh sebagai seharum bau kasturi kononnya, adalah kubur yang telah disimbah dengan Minyak Atar Subuh, yang dibeli bertong-tong oleh ortodok Ibrahim Libya.

Ibrahim Libya merupakan manusia yang kejam dan zalim. Dia memberi arahan pada pengikutnya yang berhadapan dengan pihak berkuasa, untuk membina tembok dan benteng manusia daripada kalangan perempuan tua, ibu mengandung, anak-anak kecil dan remaja yang bersenjatakan parang, pedang, tombak dan apa jua alat dan perkakas yang boleh ditakrif sebagai tajam, merbahaya dan boleh membunuh.

Ibrahim Libya seorang pengamal ajaran sesat yang mentafsirkan bahawa perjalanan rohnya sudah melewati mukjizat yang kononnya setaraf seperti seorang nabi. Dia sudah membenarkan zikir-zikir yang diputar belit, sehingga ada dikalangan pengikutnya yang taksub melampau boleh membenarkan proses "ringan-ringan" di antara mereka yang bukan muhrim.

Maklumat tentang kedudukan Ibrahim Libya yang semakin terpesong akidah dan survival umat Islam di perkampungan yang jauh ke hulu iaitu mukim Memali, merupakan lokasi pengkaderan soldadu Imam Mahadi, kononnya. Ramai ahli PAS yang sedar akan pemesongan akidah ini telah lebih awal "cabut lari", tapi mereka tidak pula membuat laporan kepada Mufti Kerajaan Negeri Kedah, mahu pun Kadi Daerah Baling.

PELABURAN PAKATAN RAKYAT UNTUK RAKYAT, SEMUA BERPELUANG TIADA TERKULAT

Posted: 28 Nov 2010 07:42 PM PST

Pembinaan Bandar Utama Gua Musang (BUGM) yang bernilai RM100 juta dijangka akan menjadi mercu tanda baru kepada kawasan Gua Musang.

Pengarah Urusan Syarikat Bandar Utama Gua Musang, Ong Kin Wah berkata pembinaan BUGM akan menjadi pencetus kepada pembangunan ekonomi di Hulu Kelantan yang lebih rancak yang boleh turut dinikmati rakyat luar bandar.

Beliau berkata terdapat dua fasa bagi pembinaan BUGM seluas 300 hektar yang terletak dua kilometer dari bandar lama Gua Musang.

Tapak pembinaannya terletak di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

"Pembinaan membabitkan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) untuk memberi perseimbangan projek kemudahan antara bandar dan luar bandar bahgi rakyat di negeri ini.

"Fasa pertama bagi pembangunan bandar utama ini membabitkan keluasan 161 hektar akan dibinakan dengan 771 unit bangunan rumah kedai dan rumah kediaman," kata Ong kepada pemberita selepas majlis pecah tanah BUGM di sini oleh Menteri Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahad.

Beliau berkata fasa pertama melibatkan pembinaan kedai dan pejabat dua tingkat sebanyak 86 unit, rumah berkembar dua tingkat (6 unit), rumah berkembar satu tingkat (102 unit), rumah teres dua tingkat (22 unit), rumah teres satu tingkat (311 unit) dan rumah teres kos rendah (244 unit).

"Kita menjual semua rumah kedai dan rumah kediaman dari harga terendah RM45,000 hingga RM360,000 se unit," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan bagi semua projek fasa pertama dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun sebelum dimulakan pula fasa kedua.

Beliau berkata syarikat berkenaan akan turut membina projek lain yang ada kaitan dengan kemajuan penduduk termasuk Kolej Tahfiz Sains di atas kawasan seluas empat hektar.

"Kita juga akan membina sebuah masjid, Sekolah Kebangsaan dan sebuah pasar raya. Ia bakal merupakan sebuah bandar tersusun dan mampu memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal sepenuh masa di situ dengan banyak lagi rumah mampu milik akan dibina dalam fasa kedua nanti," katanya.

Mstar/-

DUN GALAS SIAP, PEHAL PAHAT BERBUNYI ?

Posted: 28 Nov 2010 07:30 PM PST



Wakil Kelantan, Syed Azhar Syed Ali mendakwa anggota pasukan keselamatan telah diarahkan menampal poster di kawasan rumah-rumah di perkampungan orang asli.

PETALING JAYA: Dalam perbahasan di kongres PKR seorang perwakilan mendakwa anggota pasukan keselamatan turut membantu kempen BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas, awal bulan ini.
Wakil Kelantan, Syed Azhar Syed Ali mendakwa anggota pasukan keselamtan telah diarahkan menampal poster di kawasan rumah-rumah di perkampungan orang asli.
"Logo BN di tampal merata, semua mereka yang tampalkan.

(Walaupun) orang asli masih sayangkan kerajaan negeri tapi sebab telah ditakutkan mereka terpaksa membiarkan mereka tampalkan bendera Umno di kawasan rumah mereka," ujar beliau.
Manakala cubaan jentera Pakatan Rakyat untuk memasuki kampung-kampung tersebut bagi tujuan berkempen turut menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dari pihak keselamatan.
"Dalam PRK (Galas) yang lepas, adalah satu kelebihan dalam paksaan kepada BN untuk menggunakan seluruh kekuatan jentera mereka.

"Tuan-tuan dan puan-puan perwakilan, di Gua Musang di kawasan orang asli, langsung tak boleh masuk kita dari kerajaan negeri sebab mereka hantar semua masuk di kawasan itu

WOI BERTUAHNYA SABAH & SARAWAK ! "PRODUK BARU BUAT GAM" ?

Posted: 28 Nov 2010 06:29 PM PST


mASYALLAH ! Ubi Kayu dikatakan produk baru yang layak untuk Sabah dan Sarawak?

Kerajaan UMNO-BN-APCO nak perkenal Tanaman ubi kayu di Sabah, Sarawak

AMARAHAN 28 Nov. — Kerajaan bakal memperkenalkan satu produk pertanian yang berpotensi dimajukan dengan agresif di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dengan jaminan pulangan keuntungan enam bulan selepas ditanam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal berkata, produk tersebut iaitu ubi kayu atau nama saintifik cassava boleh diproses menjadi gam dan pelbagai produk perubatan yang boleh dijual dengan harga kompetitif di pasaran terbuka.

"Berbanding tanaman getah dan kelapa sawit yang memakan tempoh antara lima hingga tujuh tahun untuk mendapatkan pulangan, ubi kayu hanya memakan masa enam bulan sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf Jalan Panchor, Kampung Bintawa dan Kampung Soh di sini hari ini.

Shafie berkata, selain pulangan yang cepat tanaman tersebut tidak memerlukan peruntukkan yang tinggi dan ia tidak memerlukan tenaga manusia yang ramai untuk mengusahakannya. — Bernama

ASTAGHFIRULLAH ! KAPEL DIBELIT SAWA

Posted: 28 Nov 2010 06:19 PM PST

Kisah Benar Yang Menginsafkan-pasangan bercouple dibelit ular ketika berzina...elok baca sebelum terlanjur ke semak,hutan atau taman bunga utk mukaddimah maksiat

KEPADA MEREKA YANG SUKA BERKAPEL(BERDUA-DUAAN) SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

******************

PERINGATAN DARI ADMIN: Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..
samadjfr

KETUA WIRA PERKASA BUKTIKAN TOK HIM SIHAT ... ADA KAT RUMAH!!

Posted: 28 Nov 2010 05:23 PM PST


Sejak keluar Hospital Ampang Puteri hujung Oktober lalu, khabar mengenai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali terus sepi. Makanya ada yang pandai-pandai dok tulis kononnya Presiden Perkasa itu kronik dan sebagainya.
Bagi membuktikan Dato Him okay, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah bawa kawan-kawan blogger ziarah Dato Him di rumahnya di Taman Melawati,dekat Kuala Lumpur Sabtu.
Menurut Armand dalam pertemuan itu Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan kembali aktif dalam politik dan NGO tidak lama lagi.
"Dato Him akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk jelaskan kepada umum agenda beliau untuk perkukuh ekonomi golongan bumiputera. Agenda ini adalah ilham yang dikumpulkan oleh beliau sepanjang beliau berehat sejak menjalani pembedahan jantung 18 Oktober lalu," kata Armand kepada Agendadaily.-28/11/2010

MENANGIS TERSUNGKUR LAH UMNO !

Posted: 28 Nov 2010 05:10 PM PST


Komen : Nampaknya kantoinya pihak UMNO dan Barisan Nasional dalam rangkakerja tak senonoh dan tidak demokratiknya mereka dalam memporak perandakan Parti Keadilan Rakyat ini. Takziah pada TV3 yang kalau dikiran berasingan pendapatanya boleh jadi sekapal nasib dengan Akhbar Utusan Malaysia (sepatutnya Utusan Melayu ... tapi nak perjuangkan Melayu tukar Utusan Malaysia plak!). Teman sengaja lihat dan baca berita TV3 mlm minggu ...punyalah haprak TV3 paparkan berita pertama tentang MAHA dan kedua tup-tup tentang hentam PKR dan negeri yg ditadbir Pakatan Rakyat.Lepaih tu Sukan .Aikk??? apa punya berita nie?

YB Azmin Ali telah diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya semalam, Azmin mendapat 19,543 undi.
Syabas diucapkan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi yang ditandinginya namun beliau berjaya melalui pertarungan yang dikatakan `kontroversi' itu sehingga ke akhirnya. Keberanian, keikhlasan dan kejujuran beliau menunjukkan beliau sememangnya tokoh yang bakal bangkit di suatu masa nanti. Bukan mudah untuk seseorang berani menegur parti dan pimpinan demi keutuhan parti. Sdr Mustafa Kamil telah berjaya melakukannya.

keputusan Keseluruhan :-
Presiden (menang tanpa bertanding) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden Azmin Ali - 19,543 undi Naib presiden Nurul Izzah Anwar - 13,211 Tian Chua - 11,744 Fuziah Salleh - 8,927 Mansor Othman - 8,576 Majlis pimpinan pusat Elizabeth Wing 10,897 Badrulamin Bahron 9,672 Heee Loy Sian 8,473 Khalid Jaafar 7,889 Johari Abdul 7,719 Abdul Rahman Yusof 7,719 Haniza Talha 7,588 Fariz Musa 7,511 Zakaria Abdul Hamid 7170 Roland Chian Ming Shen 7,095 Siti Aishah 6,876Ismail Yusof 6,332 Latheefa Koya 6,242S Kesavan 6,139 Shuhaimi Shafie 6,095MR Summugam 5,964 Yusmadi Yusoff 5,810S Manikumar - 5,789 Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 Christina Liew - 5,707

HATI-HATI GADIS/WANITA HULU SELANGOR !

Posted: 28 Nov 2010 05:03 PM PST

Komen : Teman harap pihak media dan Kementerian Wanita dapat ingatkan para gadis dan wanita agar (harap jgn kena) buat laporan terus ke balai polis bila dah 'terkena'.Manakala pihak balai polis jangan lok-lak , terima sahaja laporan tu.

SEORANG gadis 16 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Hulu Selangor, menjadi mangsa kerakusan seks Mat Bangladesh celaka, dalam satu kejadian jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Mangsa yang murung selepas kejadian dipercayai diperkosa di dalam sebuah bilik stor di dalam bangunan kilang di tempatnya bekerja. Menurut mangsa, sebelum itu dia sedang bekerja sebelum mendakwa dipaksa seorang rakan sekerjanya masuk ke dalam stor.

Difahamkan, mangsa yang mengenali suspek sebagai rakan sekerja kemudian mengheretnya masuk ke stor itu sebelum bertindak memperkosanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di stor itu sebelum lelaki Bangladesh berkenaan keluar untuk menyambung kerja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Difahamkan, tiga hari selepas kejadian mangsa yang kelihatan muram dan tidak berdaya ditanya ahli keluarganya. Mangsa kemudian menceritakan tentang kejadian dia diperkosa Mat Bangla.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat daerah Polis (IPD) Hulu Selangor. Anggota polis bertindak menahan Mat Bangla berkenaan untuk siasatan dan direman. Dia disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
ihsan SINGALAUTMETRO

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 29 Nov 2010 03:31 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Dari Lensa Kamera Di Perlancaran Gerak Kerja PRU Ke-13 Peringkat DUN Kemasik

Posted: 28 Nov 2010 09:30 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 29 Nov 2010 03:04 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


NGO jangan takut nyatakan sokongan

Posted: 28 Nov 2010 04:23 PM PST


Berdasarkan pindaan baru perlembagaan BN yang membolehkan penyertaan NGO kepada mereka. Maka NGO juga boleh menyertai pakatan.

"Kini, mana-mana NGO boleh menyatakan sokongan secara terbuka tak perlu bersembunyi-sembunyi, tak perlu takut kerana kita semua sedia maklum apabila BN telah menghalalkan tindakan berkenaan kepada mereka, ia turut sama membuka peluang kepada parti-parti politik yang lain" Dato Kamarudin Jaffar, AJK PAS Pusat.

Sumber Harakah 19-21 Zulhijjah 1430 / 26-28 Nov 2010

Dirikan kerajaan mengikut Al-Quran, Sunnah

Posted: 28 Nov 2010 03:44 PM PST



Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing.

Semangat ibadat haji dan Aidiladha perlu dihidupkan dengan menyelamatkan bangsa melalui Islam.

Bahkan katanya, menyatukan umat Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara Al-Qyran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat Aidiladha, Tuan Guru melakukan penyembelihan korban senbanyak 8 ekor lembu di Rusila, Marang, Terengganu.

lembu gergasi

Manakala sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu bersaiz gergasi berharga RM11,200 seekor atau RM1,600 satu bahagian qurban di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang, Terengganu, Malaysia.

MP Pendang

Posted: 29 Nov 2010 01:09 PM PST

MP Pendang


Bahas peringkat JK Kementerian JPS.

Posted: 28 Nov 2010 11:51 PM PST

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang.
1630
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, hanya
ada tiga butiran sahaja yang saya akan kemukakan pada petang ini. Pertama, Butiran 130600 –
Pengairan dan Saliran (JPS).
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kerana perkara ini telah pun saya
kemukakan kepada pihak kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri mengatakan mereka tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan berhubung dengan Empangan Nok di kawasan saya iaitu di
Pendang. Sebenarnya pihak penduduk telah pun disukat tanah-tanah mereka telah dikaji
pembukaan tanah dan juga dibuat ujian terhadap kekuatan tanah tersebut, kononnya akan dibina
satu empangan di kawasan saya itu disebut sebagai Empangan Nok. Empangan Nok ini adalah
hasil daripada Empangan Beris yang akan dibawa salirannya melalui Empangan Nok dan
disatukan ke kawasan daerah Pendang ini.
Pihak kerajaan negeri telah pun ingin mendapat penjelasan daripada JPS tetapi mungkin
sehingga sekarang pihak JPS belum lagi mengemukakan apa-apa detail berhubung dengan
Empangan Nok ini. Bahkan pihak pejabat daerah sendiri pun tidak mendapat kepastian sama
ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak kerana tidak ada rundingan di antara pihak JPS dengan
pihak Pejabat Daerah di Pendang. Bahawasanya kita perlu mengetahui bahawasanya Kedah
telah mempunyai tidak kurang daripada empat empangan buat masa ini iaitu Empangan Muda,
Empangan Pedu, Empangan Ahning dan juga Empangan Beris. Jadi dengan adanya Empangan
Nok ini saya rasa kebanyakan kawasan-kawasan di negeri Kedah akan dipenuhi oleh empanganempangan.
Walaupun kita tahu ia merupakan salah satu daripada cara untuk menambah saliran air
kepada sawah-sawah padi. Akan tetapi dengan adanya banyak empangan ini mungkin sesuatu
masalah akan berlaku di masa akan datang seperti mana yang terpaksa dilakukan di Empangan
Timah Tasoh di negeri Perlis baru-baru ini. Jadi saya harap pihak JPS dapat memberikan
penerangan sejelas-jelasnya berhubung dengan Empangan Nok ini. Begitu juga saya ingin
mengetahui apakah kerjasama di antara JPS dan MADA?
Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Saya hendak tanya sikit.
DR. 24.11.2010
91
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Minta maaf.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Pengerusi minta maaf, hendak
tanya sedikit Empangan Timah Tasoh di dalam kawasan saya. Jadi apakah masalahnya? Minta
penjelasan sedikit. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya rasa Yang Berhormat Padang
Besar pun tahu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis sendiri telah memberitahu
bahawasanya apabila empangan itu telah kelebihan air mereka terpaksa melepaskan air. Jadi
saya bimbang dengan empat empangan di negeri Kedah ini, takut perlepasan air di ketika hujan
yang lebat itu akan menyebabkan berlaku banjir-banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah
berhampiran dengan empangan.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Minta maaf.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jangan banyak Yang Berhormat,
sedikit sahaja.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan
sedikit. Sama ada Yang Berhormat tahu semua empangan yang dalam kawasan sebegini semua
apabila di Kedah pun begitu juga, semua termasuk Batu Pahat pun begitu juga. Jadi bila air itu
lebih pada paras keselamatan maka ia kena lepaskanlah air, maka kawasan di bawah itu
banjirlah. Begitu juga di Kedah pun, banyak yang banjir itu disebabkan oleh perlepasan air. Jadi
bukan akan berlaku bahkan telah pun berlaku di Kedah, sama ada Yang Berhormat tahu atau
tidak?
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Memang itu yang kita bimbang untuk
masa-masa yang akan datang ya. Jadi sambung berhubung dengan kerjasama di antara JPS
dengan MADA ini. Saya harap pihak JPS dapat juga memberi ataupun berhubung dengan lebih
kerap dengan pihak MADA. Ini kerana apabila kita tanya pihak MADA, pihak MADA pun tidak
mengetahui bahawasanya akan diwujudkan satu lagi empangan disebut Empangan Nok tadi ini.
Kedua tentang Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air
Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Saya ingin mengetahui apakah kementerian telah
mengambil apa-apa ataupun mendapat apa-apa maklum balas daripada apa yang telah dibuat di
Sungai Juru menggunakan Effective Microorganisms (EM) untuk membersihkan air sungai di
Sungai Juru yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Kadang kala kita lihat
daripada sungai-sungai di Jepun, banyak digunakan kaedah EM ini untuk membersihkan sungai.
Apakah teknik ini tidak boleh kita gunakan, sekurang-kurangnya dua hingga tiga sungai untuk kita mendapat hasil daripada proses EM ini?
Kemudian yang ketiga yang terakhir Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB)
dan Saliran Bandar. Kita ketahui bahawasanya suasana iklim yang tidak menentu sekarang ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan paras air di air laut. Maknanya kawasan-kawasan rendah di negara kita terutamanya di tepi-tepi laut mungkin akan ditenggelami air. Kita telah membaca daripada internet mengatakan banyak kawasan-kawasan di seluruh dunia, termasuk di negara kita akan menghadapi masalah banjir mungkin 20 hingga 30 tahun akan datang.
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian mempunyai
persediaan ke arah ini? Serta kawasan-kawasan manakah yang mungkin terlibat dengan
peningkatan air laut ini menyebabkan mereka terdedah kepada masalah banjir apabila
berlakunya global warming ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sapa agaknya yang jadi dalang ni?, cuba teka.

Posted: 28 Nov 2010 09:40 PM PST

Gurun : Penjelasan berkenaan isu penduduk Kg Kilang Ketapan


Pegawai Khas MB perjelas isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

GURUN, 27 November – Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.

"CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.

"Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah," ujarnya.

Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.

"Memang betul ada penduduk yang tinggal sejak 30 tahun lalu di Kampung Kilang Ketapan tapi bukan di atas tanah PKB yang dimaksudkan, mereka tidak terbabit dengan notis pengosongan tanah oleh PKB," terang Muzaini.

Beliau kesal kerana mereka yang tidak terbabit itu yang diperalatkan untuk mengadakan demonstrasi memburukkan Kerajaan Negeri kelmarin. "Walhal, yang terbabit cuma 13 keluarga sahaja," ujarnya.

Wakil penduduk, kata Muzaini, membuat andaian buruk kononnya beliau tidak menyampaikan surat kepada Menteri Besar. Mereka juga mendakwa Kerajaan Negeri menolak perundingan.

"Dalam waktu yang sama mereka menghasut penduduk mengadakan perhimpunan haram mengecam Kerajaan Negeri, ramai yang sertai himpunan pula bukan dari kalangan penduduk terbabit seolah-olah ada pihak cuba mempolitikkan isu, inikah sikap pihak yang mahukan perundingan?" ujarnya.

Mengenai permohonan mendapatkan status pendudukan sementara (TOL) kepada Menteri Besar yang diserahkan kepada beliau pada 15 November 2008, Muzaini memberitahu bahawa permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana tanah tersebut jelas mempunyai pemilik, iaitu PKB.

Bagaimanapun, katanya, bagi tanah kerajaan di Kampung Kilang Ketapan yang bukan di bawah PKB, pihaknya memang berusaha supaya para penduduk memperolehi TOL dari Pejabat Tanah.

"Selama berpuluh tahun mereka menduduki tanah tersebut secara tidak sah, hanya di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat baru kita berusaha untuk mereka memperolehi geran menduduki secara sah yang dimulai dengan pemberian status TOL.

"Setakat ini sudah 80 pemilik yang membayar RM75 untuk mendapatkan TOL dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda," ujarnya.

Bahas dalam peringkat JK bajet 2011

Posted: 28 Nov 2010 09:21 PM PST

12.59 tgh.
Datuk Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
rasa hendak masuk sekerat-sekerat ini tidak best lah, tunggu 2.30 lah kita masuk semua.
Tuan Pengerusi: Sila berucap dulu, baru saya...
Datuk Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana
memberi kesempatan kepada saya untuk membicarakan dalam peringkat Jawatankuasa ini.
Hanya ada empat perkara yang ingin saya sentuh iaitu pertama berhubung dengan subsidi padi
DR. 23.11.2010
50
sah ini kerana keluhan daripada petani-petani. Menteri Pertanian yang dulu mengatakan
sekurang-kurangnya 80% mesti benih ini menghasilkan anak padi. Maknanya, 80% benih sah ini
dapat hidup dan tumbuh tetapi apa yang menjadi keluhan petani adalah apakah pencapaian ini
dapat dicapai oleh pengeluar-pengeluar benih padi ini kerana petani-petani tidak mencapai
sehingga 80% seperti yang diharapkan oleh pihak kementerian kepada pengeluar-pengeluar
benih padi yang sah ini.
Keduanya, berhubung dengan banyak sangat benih padi angin sekarang ini. Mereka
mengatakan apakah benih-benih padi yang sumbernya diperolehi untuk dibekalkan kepada
petani ini benih padi yang betul-betul sah.
Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat Pendang, nanti sambung semula.
Datuk Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ha, saya dah kata dah tadi. Terima
kasih Tuan Pengerusi, nanti sambung.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai majlis
Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga
pukul 2.30 petang.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jemput Yang Berhormat Pendang.
2.32 ptg.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
ingin menyambung semula perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Tadi saya
menyentuh tentang benih padi sah berhubung dengan punca dari mana benih pada ini diperolehi.
Juga, apa yang ingin saya ketahui adalah tentang rungutan daripada petani-petani berhubung
dengan banyaknya benih padi yang diberikan hasilnya adalah tumbuh padi angin. Padi angin ini
merupakan satu masalah kepada petani kerana ia akan menggunakan baja yang diberikan
kepada padi biasa kerana ia cepat tumbuh, cepat masak, cepat membesar dan ia akan gugur
menjadi benih padi semula pada masa akan datang. Inilah masalah yang terjadi kepada petanipetani
yang berada di kawasan MADA ini.
Saya juga ingin menyuarakan kepada pihak kementerian bahawasanya ada lagi
kawasan-kawasan yang di luar MADA yang berada di dalam kawasan Lembaga Pertubuhan
DR. 23.11.2010
51
Peladang yang tidak mempunyai saliran yang betul untuk mengairi sawah-sawah mereka. Saya
bagi contoh di tempat saya iaitu Kampung Bakar Arang. Mereka membuat saliran tetapi saliran
ini lebih tinggi. Bila mana saliran lebih tinggi, air tidak dapat memasuki saliran yang dibuat. Jadi
petani tidak dapat mengerjakan sawah mereka kerana tidak mempunyai bekalan air yang
mencukupi. Oleh sebab itulah saya berharap kepada pihak kementerian, bukan setakat kita
memerhati kepada kawasan MADA, tetapi kawasan LPP, kawasan luar MADA supaya petanipetani
dapat bersama-sama dengan petani di kawasan MADA mengerjakan sawah dua kali
setahun.
Begitu juga dengan projek di kawasan MADA yang hendak dilakukan estet padi ini.
Soalan saya, setakat ini, selain daripada kawasan di Jelai, di manakah lagi mini estet padi ini
akan dilaksanakan di kawasan MADA khususnya di negeri Kedah dan berapakah tahap
pencapaian kita setakat ini? Kalau yang paling akhir saya rasa, pihak MADA mengatakan 6.8
tan. Akan tetapi adakah ini dapat dipertahankan? Setakat ini, di kawasan manakah yang
memberikan hasil yang paling tinggi yang salirannya dikuasai oleh kawasan MADA ini?
Begitu juga dengan petani-petani yang diberikan peruntukan melalui MADA ini iaitu tonik
padi. Tonik padi ini saya lihat bawah rumah petani ini dibuang macam itu sahaja, tidak
digunakan. Mereka katakan kerajaan mengeluarkan banyak belanja untuk tonik padi, tetapi
apabila digunakan, padi menjadi kuning. Awalnya sepatutnya menjadi hijau, tetapi ia jadi kuning.
Kalau kuning di peringkat akhir itu okeylah sebab padi sudah masak, tetapi padi ini belum
tumbuh, belum bunting lagi sudah jadi kuning. Ini merosakkan padi dan sebab itulah mereka
tidak menggunakan tonik padi ini.
Seterusnya untuk MADA ini juga, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian,
bagaimanakah bantuan yang akan diberikan oleh pihak MADA kepada petani-petani yang
terjejas padi mereka ataupun hasil mereka akibat daripada banjir di Kedah dan di Perlis? Cara
mana yang akan dilakukan dan teknik mana yang akan dibuat kepada petani-petani ini? Apakah
pendaftarannya yang akan dilakukan melalui pihak MADA, pihak pertanian, ataupun melalui
JKKP? Ini menjadi rungutan daripada petani-petani.
Seterusnya Butiran 02400 – Pengawasan dan Pengawalan Perosak. Satu daripada
masalah utama yang terdapat di kawasan MADA ini adalah siput gondang emas. Emas ini tidak
boleh digunakan Tuan Pengerusi. Kalau boleh digunakan, bolehlah jual, hasilnya tinggi. Akan
tetapi siput gondang emas ini merosakkan anak-anak padi dan tidak dapat dikawal dengan
bahan kimia biasa. MADA ada mengesyorkan supaya petani membela itik tetapi itik ini juga pun
larat kah dia hendak makan? Banyak sangat. Oleh sebab itu saya berharap kepada pihak
pertanian ini supaya mengadakan satu kaedah untuk kita hapuskan terus siput gondang emas
ini. Ada suatu ketika mereka mengadakan satu pertandingan memungut siput gondang emas ini
– satu kilo kalau tidak silap saya 10 sen. Ia terlalu banyak sehingga merosakkan hasil petaniDR.
23.11.2010
52
petani. Ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang cukup serius oleh pihak
kementerian.
Kemudian Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi. Saya ingin menarik pihak
kementerian – kalau kita melalui di kawasan Gunung Semanggol, Bagan Serai, di kiri kanan
kawasan Gunung Semanggol itu kita lihat kawasan pertanian sudah dijadikan kawasan
penternakan ikan kelisa. Saya ingin bertanya, apakah projek ini bertujuan untuk kita
mengurangkan hasil petani khususnya petani padi ataupun kerana padi di kawasan tersebut tidak
berhasil ataupun tidak memberikan mutu yang baik, maka diternak ikan kelisa di kawasan
tersebut?
Saya bimbang, sekiranya kita hendak kepada pembangunan industri padi, tetapi yang
akan menjadi maju adalah industri ikan kelisa yang mungkin tidak melibatkan petani itu sendiri
tetapi melibatkan tauke-tauke dari kawasan luar yang menggunakan tanah pertanian,
menggunakan sawah padi. Juga pertanyaan kepada kementerian, apakah kawasan yang
digunakan sebagai ternakan ikan kelisa ini diganti dengan kawasan sawah padi yang lain? Ini
kerana food security ini saya rasa lebih penting daripada ikan kelisa itu sendiri.
Seterusnya dan mungkin yang terakhir Tuan Pengerusi, adalah Butiran 10720 –
Pembangunan Industri Kambing/Bebiri. Walaupun kita tahu industri ini mungkin tidak
memberikan hasil yang cukup kepada keperluan daging kambing dan juga bebiri dalam negara
kita, tetapi ia perlu diberi perhatian juga oleh kementerian kerana peruntukan ini terlalu sedikit.
Saya nampak sini RM900,000 sahaja. Apakah tidak boleh ditambah supaya petani-petani ini
dapat melakukan kerja-kerja di samping sawah mereka, mereka juga dapat memelihara kambing
ataupun bebiri. Saya rasa bebiri lebih sesuai kerana ia boleh tahan dengan hujan dan panas
berbanding dengan kambing biasa. Kalau kambing biasa, kambing kacang ini, dia kena hujan
dia kembung perut. Kita kena pasang api dekat dia.
1440
Akan tetapi biri-biri tidak ada masalah. Saya pernah memelihara biri-biri sampai 70, 80
ekor. Cukup senang memeliharanya. Jadi, saya harap pihak kementerian perlu memberi
mungkin insentifkah atau apa-apa bantuan kepada petani dan juga pekebun untuk memelihara
lebih banyak biri-biri dan juga mungkin kambing kacang biasa ini kerana ini sekurang-kurangnya
akan memberi pendapatan tambahan kepada petani kita dan juga mencukupkan bekalan daging
kambing dalam industri daging dalam negara kita. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

PEMUDA BESUT

Posted: 29 Nov 2010 01:06 PM PST

PEMUDA BESUT


Gambar : Sekitar Khatan Perdana Anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut

Posted: 29 Nov 2010 07:46 AM PST

Pendaftaran
Ucapan Ketua DPP Kawasan Besut,Ust Zulkifli Kadir
Taklimat oleh Doktor terlibat
Ibu bapa dan peserta yang menyertai program
Sebahagian dari peserta
Ketua Pemuda mengiringi Tim.YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh menyampaikan sedikit ole ole untuk peserta
Peserta menerima ole ole sumbangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut
Tim.YDP dan Pen.S/U Nik Hassan Azmi sedang memandikan peserta
Turut memandikan peserta Ketua Pemuda Ust Zulkifli Kadir
Peserta dimandikan sebelum dikhatan

Menunggu giliran...
Bersedia untuk dikhatan
Antara doktor terlibat..
Siap !!! dah boleh balik dah...

Pada 27/11/2010 yang lalu Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah menganjurkan program Khatan Perdana Dengan jayanya.Aktiviti tahunan DPP Kawasan Besut ini diadakan di Dewan Hj Salleh Alor Lintah Jerteh.
Tahun ini seramai 60 peserta menyertai program yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang ini.Seramai 5 orang doktor bersama 5 orang pembantu hadir memberikan khidmat mereka.Turut hadir Tim.YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 29 Nov 2010 11:29 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Pas Paya Besar: Berkhatan 100 kanak-kanak dalam satu hari

Posted: 28 Nov 2010 06:06 PM PST



Ahad: 28/11/10, Berlangsungnya majlis berkhatan beramai-ramai yang telah dianjurkan oleh Pas Kawasan Paya Besar. Seramai 100 orang telah berjaya dikhatankan yang memakan masa selama satu hari suntuk bermula pukul 7.00 pagi hingga 7.30 malam. Berbagai ragam anak-anak yang berusia dari semuda 5 tahun hingga ke 15 tahun. Kesemua yang berdaftar untuk menjayakan program ini adalah dari kawasan Parlimen Paya Besar, Kebanyakan yang berdaftar adalah dari golongan anak yatim dan yang miskin, kepada mereka tiada bayaran dikenakan dan bagi yang berkemampuan pula dikenakan sebanyak RM 20.00 sahaja.

Seorang kanak-kanak saudara baru dari keturunan India juga mengambil kesempatan ini untuk merasai kemeriahan berkhatan beramai-ramai. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta bermula pukul 7.00 pagi dan ditutup seketika pada pukul 8.15 pagi untuk memberikan laluan untuk majlis perasmian oleh YDP kawasan Paya Besar Ustaz Yusof Embong dan seterusnya diberikan laluan untuk DR Fazli sebagai ketua doktor berkhatan untuk menjelaskan kepada ibu bapa tentang kebaikan berkhatan dan juga risiko yang perlu ditanggung oleh peserta. Kepada peserta yang mempunyai masalah kesihatan dan juga yang tidak memberi kerjasama semasa berkhatan dilakukan tidak akan dikhatankan kerana dibimbangi akan menimbulkan masalah dan melambatkan perjalanan majlis.

Seramai 6 orang peserta terpaksa ditangguhkan dari disunatkan kerana ada masalah kesihatan dan ada juga yang takut dan tidak mahu melakukannya. Peserta diberikan hadiah dan juga sijil penyertaan. Syabas diucapkan kepada doktor dan pembantu kesihatan yang telah menjayakan majlis ini, seramai 30 orang doktor dan pembantu telah menjayakannya. Kepada DPP Paya Besar dan juga unit Amal dari Kuantan yang datang membantu diucapkan terimakasih dan YDP amat berbesarhati dengan kesungguhan semua pihak yang menjayakan majlis yang julung kali diadakan yang melibatkan jumlah peserta yang begitu ramai.

Dupahang's Weblog

Posted: 29 Nov 2010 11:26 AM PST

Dupahang's Weblog


Ratu Elizabeth II Jadi Tumpuan Hormati Ajaran Islam

Posted: 29 Nov 2010 09:56 AM PST

http://greenboc.blogspot.com Ratu Elizabeth II jadi tumpuan Gambar: RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin. ABU DHABI – Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh [...]

TERENGGANU WAJAR MENDAPAT EMPAT LAGI KERUSI PARLIMEN BARU

Posted: 29 Nov 2010 12:12 AM PST

http://propartiislammalaysia.blogspot.com/ Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen P185 Batu Sapi yang lalu,jumlah pemilih berdaftar yang dicatatkan untuk Parlimen tersebut adalah seramai 25 582 orang pengundi berdaftar.Jika dipecahkan,jumlah pengundi di kawasan N43 Sekong adalah seramai 11 321 orang manakala jumlah pengundi bagi N44 Karamunting pula adalah seramai 14 261 orang pengundi.Berdasarkan statistik jumlah [...]

Gambar kubur 4 darjat: Antara Halal & Haram

Posted: 28 Nov 2010 11:36 PM PST

Oleh; Ust. Saiful Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya ikalangan penduduk. Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan. “Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 29 Nov 2010 11:13 AM PST

Batu Gajah Mari


PAS buat laporan polis isu Banner Fitnah

Posted: 29 Nov 2010 01:11 AM PST

NONE









NONE


PAS Pulau Pinang membuat laporan polis di Kepala Batas berhubung penemuan beberapa kain rentang dan sepanduk yang mendakwa parti itu menentang pemberian RM100 oleh kerajaan negeri kepada warga emas kerana dikaitkan dengan sumber perjudian.


Laporan polis dibuat oleh ketua Pemuda PAS, Kepala Batas, Mohd Hafis Kasim yang diiringi oleh anggotanya dari Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Mereka mendakwa kain rentang itu berunsur fitnah.Mohd Hafis juga menafikan PAS bertanggungjawab memasang kain rentang itu dan berkata parti itu sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, beberapa pihak sejak kebelakangan ini mula gusar dan tidak senang dengan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menambat hati rakyat dengan dasar-dasarnya."Ini menjadikan mereka cemburu dan mencetuskan pelbagai macam propaganda," katanya. sumber mkini

Pemuda Guchil

Posted: 29 Nov 2010 09:33 AM PST

Pemuda Guchil


PKR hadiah pantun 'talkin' untuk Umno

Posted: 28 Nov 2010 11:17 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 Nov 2010 09:27 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kejohanan Futsal 25 Dis 2010 di Nilai, N.Sembilan

Posted: 29 Nov 2010 01:40 AM PST

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA 2010
Sabtu 25 Disember 2010
8.30 pagi - 2.30 ptg
Di Gelanggang Futsal Nilai, N.Sembilan

Yuran penyertaan RM80

Tarikh tutup penyertaan 20 Dis 2010

Maklumat lanjut hubungi :
Khalid 013-2657932
Zul 016-2097990
Husain 019-3329691

Dapatkan Borang Penyertaan, Syarat Pertandingan dan Senarai Hadiah Kejohanan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/11/kejohanan-futsal-25-dis-2010-di-nilai.html

MAX Camp 19 ke 21 dis 2010 d Talang, K.Pilah

Posted: 28 Nov 2010 10:06 PM PST

KEM MOTIVASI ANAK EXCELLENT – MAX CAMP 2010
Tarikh : 19 - 21 Dis 2010
Hari : Ahad - Selasa
Tempat : Kem D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan

Terbuka untuk lelaki dan perempuan berumut 13 hingga 17 tahun

Yuran penyertaan : RM 240 seorang , RM 120 jika daftar sebelum 5 Dis 2010

3 Capaian Utama Program :
Excellent Taqwa : Beri Tahu
Excellent Future : Cetuskan Mahu
Excellent Amal : Pastikan Mampu

Aktiviti Menarik :
Flying Fox
Ceramah Interaktif Teknik V.A.K.
Qiamullail
Berkayak
Workshop/Bengkal

Pakej :
Makan minum (6 kali makan sehari)
Kit peserta, alat tulis, bahan-bahan modul
Sijil, tempat penginapan chalet/dorm
Outdoor games (Berkayak, Jungle Tracking)

Hubungi :
Pejabat : 06-6797048 , 013-6807592
Tampin & Rembau : Ust Fahri 013-6588240
Seremban, Rasah, Port Dickson : Ust Mohamad 017-3994432
Jelebu, Kuala Pilah, Jempol : Ust Said Jamalludin 019-2377240

Anjuran : Sekutu Dinamik Perundingan Pembangunan Pelajar N.Sembilan Enterprise (SDPPNS Enterprise)

Dapatkan Poster Program dan Peta Kem D'Kok pada pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/11/max-camp-19-ke-21-dis-2010-d-talang.html

i n t a n h i j a u

Posted: 29 Nov 2010 07:08 AM PST

i n t a n h i j a u


UMNO PUNCA MASALAH DI MALAYSIA / امنو ڤونچا مسئله د مليسيا

Posted: 28 Nov 2010 09:52 PM PST

 
Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

"Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.



Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.(malaysiakini)

PAS PERAK KESAL TAK DIBENAR HADIRI SIDANG DUN / ڤاس ڤراق کسل تق دبنر حاضيري سيدڠ دون

Posted: 28 Nov 2010 08:54 PM PST


IPOH, 29 Nov: PAS Negeri Perak Perak kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tidak memberikan kebenaran untuk mengikuti persidangan esok.

Ini sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di pejabat PAS negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan daripada pihak Speaker.

Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun esok.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.

"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.(harakahdaily)

PERTAHAN KEYAKINAN RAKYAT / ڤرتاهن کيقينن رعيت

Posted: 28 Nov 2010 06:59 PM PST


SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

"Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

"Yang kata tak selesa, orang luar Kedah," tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.(harakahdaily)

TERESA KOK PENGERUSI DAP SELANGOR BARU / تراسا کوق ڤڠروسي د. إيه. ڤي سلاڠور بارو

Posted: 28 Nov 2010 05:04 PM PST


Ahli parlimen Seputeh (MP) Teresa Kok telah terpilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula terpilih sebagai timbalan pengerusi manakala ahli parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dipilih sebagai naib pengerusi.

Jawatan setiausaha pula disandang oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala pembantu setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh ADUN Sekincan Ng Suee Lim dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Dalam satu undian sulit, 15 ahli jawatankuasa DAP negeri yang dipilih hari ini, melakukan rombakan dan memilih Teresa sebagai pengerusi DAP negeri.

Teresa dan Teng dicadangkan untuk jawatan pengerusi dan Teresa, yang juga ahli exco kerajaan Selangor, menang dengan kelebihan satu undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditemui pemberita, Teresa berkata beliau sangat gembira dengan keputusan emilihan itu dan berjanji akan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

"Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan dan ombakan dalam parti dalam usaha untuk mara ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Teng pula menggambarkan keputusan itu sebagai kemenangan kepada abungan Pelangi (nama gabungan beliau) memandangkan gabungan itu bermakna sebahagian daripada agenda beliau akan dilaksanakan.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak kecewa dengan keputusan pemilihan itu, Teng berkata tugas yang menanti sekarang adalah untuk memastikan bahawa parti bersedia untuk melaksanakan harapan anggotanya tanpa mengira pasukan yang mereka wakili. 

Teng, yang juga ADUN Sungai Pinang, berkata merapatkan barisan akan menjadi ugas utama mereka dan setiap orang mempunyai peranan untuk dilaksanakan.(malaysiakini)

PAS Kulaijaya

Posted: 29 Nov 2010 07:07 AM PST

PAS Kulaijaya


Menarik dari akhbar Harakah keluaran 22-25 Zulhijah 1431 / 29 Nov - 2 Dis 2010.

Posted: 28 Nov 2010 10:38 PM PST

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 29 Nov 2010 03:05 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


Warisan Tradisi dan Penemuan Baru

Posted: 28 Nov 2010 06:38 AM PST

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Saya tertarik dengan kenyataan mantan Profesor Madya Program Sains Politik UKM Ghazali Mayudin yang menulis dalam Harakah mengenai PAS Baru dalam Era Politik Baru . Suatu pandangan yang kritis dan wajar ditekuni oleh pemimpin PAS di semua peringkat termasuk diri saya sendiri .

Tahniah di atas pandangan yang dikemukakan dan saya pada dasarnya bersetuju dengan pandangan tersebut meskipun ada pengecualian pada satu atau dua perkara yang saya berbeza pandangan dengan beliau.

2. Iklim politik sememangnya telah memasuki era baru yang menjadikan pentasnya lebih lebar , situasinya kian mencabar , saingannya makin getir dan isu - isunya bergerak pantas. Mendepani fenomena seperti ini pastinya seluruh jentera parti yang terdiri dari pemimpin dan anggotanya tidak lagi boleh rehat panjang dan sambil lewa dalam melaksanakan tugas atau amanah perjuangan suci yang disandangnya.

3. Mesti keluar dari zon lama atau wajib membebaskan diri dari cara fikir , cara tindak dan cara dekat yang lama kepada satu pemikiran , tindakan dan pendekatan yang baru dan berkesan tanpa perlu menafikan warisan tradisi lama yang soleh. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menggandingkan warisan tradisi lama yang soleh dengan penemuan - penemuan [ kaedah atau pendekatan ] baru yang bermanafaat dan berkesan untuk mencapai matlamat perjuangan .

4. Kita tidak boleh bersikap prejudis dengan usaha tajdid [ pembaharuan ] kerana pendekatan dan pembawaan parti [ jamaah ] mesti bergerak semasa dan seiring dengan masyarakat yang menjadi sasaran atau madu'unya serta memahami keperluan dan tuntutan semasa yang mesti dilengkapkan oleh pemimpin dan jamaah agar kepimpinan dan wadah perjuangan Islam ini senantiasa berada di arus perdana dan dilihat sebagai bahtera penyelamat yang mampu ditumpangi oleh ummah sedang mereka meronta mohon diselamatkan dari kemungkaran dan keruntuhan tamadun material hari ini .

5. Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah agama yang sesuai dan relevan di sepanjang zaman. Biarpun al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu namun prinsip , kaedah , iktibar , nasihat , hukum dan isu yang dibawa oleh al Quran masih segar dan hidup. Selama mana perjuangan ini melandasi kaedah dan hikmah al Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar , baru dan sesuai di sepanjang masa perjuangannya.

6. Justeru itu , dalam usaha membugarkan wadah perjuangan Islam PAS ini ditengah - tengah kemelut dan krisis masakini , kita tidak perlu apologatik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang kita dokong seperti perlaksanaan syariah Islamiyah dan seumpamanya. Tinggal lagi kita perlu perluaskan perbahasan secara hikmah [ bijak ] dan himmah [ wibawa ] bukan kasar , keras , bersifat menghukum dan tidak inklusif dalam perbincangan atau perbahasan .

7. Saya tidak bersetuju membawa PAS baru dengan menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita - cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi kerana kelak kita akan dilihat berpura - pura [ hipokrit ] . Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen dari Rasul saw. Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi non muslim. Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al Quranul karim dan ia dibaca oleh seluruh ummat manusia sejak lebih 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi .

8. Pembaharuan yang perlu kita lakukan ialah sebagaimana yang disebut oleh Ghazali Mayudin iaitu bagaimana kita menafsirkannya kepada ummah agar kita tidak hanya terhenti setakat meriwayat , mengungkap slogan , berkisar dalam aspek tekstual tanpa pergi lebih jauh kepada menyediakan solusi dan tindakan yang berkesan . Sebagai contoh, pemimpin dan anggota PAS mesti sedia berubah secara total untuk keluar dari minda pembangkang kepada minda negarawan atau pemerintah . [ Biarpun ia agak sukar kerana terlalu lama menjadi pembangkang ] tetapi kini keadaan memaksa kita berubah.

9. Kempen baru kita dalam musim atau diluar musim pilihanraya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuatkan ahli sendiri berasa syok sementara orang - orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malah tersinggung rasa dengan cara kita . Sedang kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema dari kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita. Sebenarnya ini bukanlah kaedah baru pun sebab ianya telah disebut oleh Allah dalam al Quran yang bermaksud : "wahai Muhammad , jika sekiranya kamu berkasar dan keras hati nescaya mereka akan lari daripada kamu"

10. Masaalah utama yang saya lihat dihadapi oleh kita ialah bukan tidak ada perkara "baru" yang mahu dilakukan bahkan kita mempunyai terlalu banyak idea - idea baru yang dicambah sesama kita [ melalui retreat , meeting dan brainstorming ] serta dicampak atau dilontar oleh pihak lain kepada kita tetapi masaalah utama yang dihadapi ialah keupayaan mengurus sumber tenaga , sikap dan minda .

Menjadi PAS baru juga bukan bermaksud kita mesti terkesan dan terpengaruh dengan persekitaran dan keadaan baru yang kita hadapi lalu kita jadi seperti mereka , sebaliknya kita menguasai persekitaran dan memimpin keadaan agar mereka dibimbing ke arah mencapai matlamat perjuangan suci yang kita dokong .

Tiada ulasan:

Pengikut