Suara Sri Andalas Posted: 19 Oct 2010 11:07 PM PDT Batu Sapi: PKR akan wakili Pakatan Rakyat Posted: 18 Oct 2010 09:00 PM PDT Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November in akan diwakili oleh calon daripada PKR. Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru. "Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi. "Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN," katanya. Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri. Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008. Anwar yang membuat pengumuman di lobi parlimen hari ini berkata keputusan menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada PKR dicapai pada mesyuarat Pakatan Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu. Meskipun calon dari PKR itu belum dikenalpasti tetapi beberapa nama disebut-sebut sebagai mereka yang layak. Antara mereka ketua PKR Sabah - Ahmad Thamrin Jai, pengerusi cawangan Tuaran - Ansari Abdullah dan ketua cawangan Batu Sapi yang baru dilantik - Hasnar Ibrahim. Pada sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang lain, Anwar juga mengumumkan bahawa ahli parlimen Kota Kinabalu dan pengerusi DAP Sabah Hiew King Cheu (kanan) dilantik mengetuai kempen mereka di Batu Sapi. Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu. Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.
| |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 19 Oct 2010 11:07 PM PDT JPM Boros Belanja Biayai Rombongan PM, TPM Posted: 19 Oct 2010 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) semakin boros berbelanja dana awam apabila kos rombongan rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya melonjak daripada RM6 juta pada 2009 kepada RM10 juta tahun ini. "Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini. "Ini bermakna di antara tahun 2008 dan 2009, kos tersebut meningkat hampir 8 peratus dan dari tahun 2009 dan 2010, ia meningkat 62 peratus," kata beliau dengan merujuk kepada dua soalan berkaitan perkara itu kepada Perdana Menteri di dalam Parlimen. Katanya lagi, perbandingan kos menampung rombongan rasmi antara 2008 2010 menunjukkan peningkatan sebanyak 75% dan angka tersebut amat membimbangkan. Ini melihat kepada kos purata seorang pegawai yang terlibat dalam rombongan iaitu RM20,000 (tahun 2008, 280 orang pegawai) dan RM32,000 setiap pegawai bagi tahun 2010 (311 orang pegawai). Tian Chua berkata perbezaan kos antara 2008 dan 2010 menunjukkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 58 peratus. "Saya percaya bahawa ketika rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai isteri beliau, sebagai contoh pada bulan Mei lalu di mana beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pada tahu 2006, jumlah keseluruyhanperbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009. Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 136%, tidak termasuk perbelanjaan tambahan. Dalam Bajet 2011, JPM telah diperuntukkan sebanyak RM18 bilion atau 10 peratus daripada keseluruhan peruntukan dan ketiga terbesar mengikut jumlah peruntukan setiap kementerian. Sumber: Suara Keadilan | Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan Posted: 19 Oct 2010 01:45 AM PDT KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan. Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula. Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan. Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai. Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam. Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan. Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu. Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS. Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta. Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas. Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial. Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok. Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang. "Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik. "Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan. Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat. Sumber: Harakah Daily
| Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam' Posted: 19 Oct 2010 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda. Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3. Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut. Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda. Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut. Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang). Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). "Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah. "Dia tak bantah, dia tak rayu...kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la. "Pusing...memang kuat putar alam...menteri kelam kabut," katanya lagi. Ahmad Maslan dalam responsnya bagaimanapun mengajak Mahfuz berjumpa di luar dewan termasuk di Galas untuk selesaikan pertelingkahan tersebut. Sementara itu, bercakap dalam sidang medi di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz menggesa Felda diletakkan di bawah Parlimen dan mesti menghantar laporan terperinci mengenai permasalahan Felda dan peneroka. "Saya minta supaya satu laporan terperinci tentang permasalahan hubungan antara Felda dan peneroka dibentangkan di Parlimen. Ini sangat penting untuk kepentingan peneroka," katanya. Ahmad Maslan turut dijemput ke sidang media tersebut, bagaimanapun beliau menolak dan mahu mengadakan sidang media berasingan. Pada sidang media sama, Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menggesa Felda mengakui kekalahan mereka dan menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada peneroka seperti yang diputuskan mahkamah. "Bila Felda kalah ertinya kalahlah. Bukan kerana kes peguam tak datang. Dalam rayuan, saya yakin peguam Felda sudah memberikan segala hujah tapi kalah juga. Tapi tak mengaku kalah. Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula menggesa Ahmad tidak memutar belit fakta sebenar berkaitan kedua-dua kes melibatkan Felda. Yang dipertikaikan sekarang ini lawyer itu layak buat tuntutan atau tidak. Mahkamah kata layak tapi di Parlimen dikatakan seolah-olah tak ada isu. Kalau semua dah setuju kenapa nak bawa ke mahkamah. Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mengarahkan agar Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebanyak RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit. Manakala dalam kes Sungai Koyan, Felda diarahkan membayar RM17 ribu kepada peneroka sebagai wang tanam semula. Sumber: Harakah Daily
| Menara Warisan : Satu Lagi Projek 'Gajah Putih' Posted: 19 Oct 2010 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR 19 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan projek mega era Datuk Seri Najib Razak yang mengulangi projek gajah putih era Tun Dr Mahathir Mohammad.
Kos Pembinaan Menara Berkembar Petronas menelan lebih kurang AS$1.6 bilion (RM6 bilion). Ini tidak termasuk lagi kos tanah (RM900 juta), taman KLCC (RM200 juta), Dewan Simfoni Filharmonik (RM500 juta), dan Loji 'Gas District Cooling (RM300 juta). Jumlah kosnya mencecah lebih RM10 bilion dan tidak termasuk kos penyelenggaraan sebanyak RM250 juta setahun.
Najib dalam Belanjawaan 2011 menyebut bahawa, "Kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh."
Tegas Anwar, "Adakah kita berbangga dengan Menara Berkembar Petronas yang sudah bukan menara tertinggi di dunia? Adakah kita berbangga dengan mega projek ini yang mengakibatkan Petronas terpaksa menanggung hutang sebanyak RM10 bilion?."
Anwar turut mempertikaikan penggunaan wang Permodalan Nasioanal Berhad(PNB) dalam pembinaan menara warisan tatkala sebelum ini wang Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) digunakan untuk menampung kos beberapa pembinaan projek mega. "Persoalannya, adakah kita memerlukan sebuah lagi menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia? Tidak bolehkah kita mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara tanpa pembinaan Warisan Merdeka?."
"Wajarkah kita mengeksploitasikan Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Bolehkah kita menjimatkan RM5 bilion kos pembinaan dan menyalurkannya untuk membina lebih infrastruktur asas di kawasan pedalaman?" soal Anwar.
Sumber: TVSelangor
| Dedah Pampasan Sebenar Kepada Konsesi Link Kedua Posted: 19 Oct 2010 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR 19 OKT : Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Cheng meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mendedahkan jumlah pampasan sebenar yang perlu dibayar kepada operator konsesi Link Kedua bagi mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Teo memberitahu bahawa beliau mengemukakan soalan di Dewan Rakyat April lalu bertanyakan jumlah pampasan yang dibayar untuk menanggung kos diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk bas sahaja seperti dijanjikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.
"Jawapan bertulis yang saya dapat menunjukkan kerajaan Umno-BN membayar sejumlah RM22.67 juta sebagai pampasan untuk membolehkan kadar tol dikurangkan 50 peratus untuk bas," kata beliau.
Katanya lagi, pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan Umno-BN kepada operator tol Link Kedua bagi mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus dianggarkan sebanyak RM2.67 bilion.
"Dan sekarang, kerajaan mengumumkan perlu membayar pampasan sebanyak RM5 bilion untuk mengekalkan kadar tol.
"Maka saya meminta kerajaan Umno-BN berterus terang memberitahu apakah kos sebenar yang perlu dibayar untuk menampung pengurangan diskaun sebanyak 20 peratus dan juga perician berkenaan RM5 bilion yang dijangkakan dibayar kepada PLUS," tegas Teo lagi.
Sumber: Suara Keadilan
| Projek Bakun Hanya Untungkan Kroni : Anwar Posted: 19 Oct 2010 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR 19 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pembinaan projek Empangan Bakun hanya menguntungkan kroni dengan menggunakan wang rakyat.
"Sepanjang projek pembinaan Bakun, pelbagai pihak dan kroni kerajaan yang mendapat faedah. Tetapi akhirnya yang menanggung pembiayaan projek tersebut adalah KWSP dan KWAP yang berjumlah RM5.75 bilion.
"Kos keseluruhan Empangan Bakun yang dilaporkan adalah RM7.3 bilion tidak termasuk tanggungan faedah oleh kerajaan, impak sosial dan persekitaran," Anwar berkata demikian dalam perbahasan bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam.
Tegas Anwar lagi, "Terbaru, sudah ada bidaan untuk membeli Empangan Bakun daripada Syarikat Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB). Adalah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Sarawak Energy Berhad (SEB) yang menawarkan harga RM6.3 bilion akan memperoleh empangan tersebut. Tawaran harga tersebut adalah RM1 bilion lebih kurang daripada kos pembinaan Bakun."
"Perundingan penjualan Empangan Bakun dilakukan secara tertutup antara Kerajaan Sarawak dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Amalan sedemikian adalah bercanggah dengan jaminan kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia selari dengan pelancaran 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) baru-baru ini," katanya.
Berdasarkan perancangan asal pembinaan Empangan Bakun, Kerajaan Persekutuan pernah berhasrat untuk menyalurkan tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel dasar laut. Atas sebab-sebab tertentu dan dasar yang tidak menentu, projek tersebut dihentikan.
Anwar juga mempersoalkan pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas yang dilihat mengulangi jejak langkah pembinaan Empangan Bakun yang dikritik ramai.
"Tanpa Dasar Tenaga Nasional yang konsisten dan mapan, adakah pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas ini menjejak balik langkah lama sama dengan Bakun?. Lagipun, memandangkan projek ini dijalankan dalam bentuk Perkongsian Awam-Swasta (PPP), adakah ia bermaksud pihak yang mendapat projek ini akan menjadi Penjana Kuasa Bebas (IPP) terbaru?."
Anwar juga mendesak agar subsidi kepada IPP dinilai semula apabila kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap tahun.
" Adalah diperingatkan bahawa kerajaan sekarang menanggung subsidi kepada IPP sebanyak RM22 bilion setahun. Adakah perjanjian dengan IPP akan dinilai semula untuk mengurangkan subsidi kepada korporat besar?" tegas Anwar.
Sumber: TVSelangor
| Bank Milik KWSP Beri Pinjaman RM880 Juta Kepada Adik KM Sarawak Posted: 19 Oct 2010 01:20 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt - Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid. Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd. Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia. Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai. Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta. Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana. Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga. Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)". Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008. Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta. Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan. Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura. Sumber: Suara Keadilan | Orang Asal Sokong Calon Pakatan Rakyat Di Galas Posted: 19 Oct 2010 01:15 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt - Masyarakat Orang Asal dijangka memberi sokongan penuh kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar berhubung kedudukan pribumi Orang Asal di dalam Perlembagaan pagi tadi. Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asal, Simpan Suda berkata masyarakat Orang Asal akan turun ke Galas bagi membantu kempen Pakatan Rakyat dan seterusnya mengekalkan kerusi tersebut ditangan PAS. "Ya, kami semua akan turun ke Galas dan sokong penuh jika Pas letakkan calon Orang Asli sebagai wakil Galas nanti. "Walaupun mengharapkan agar wakil kami dicalonkan supaya suara kami dapat didengari, kami tetap menghormati keputusan kerajaan negeri atau PAS jika mahu meletakkan sendiri calon lain," katanya. Sebelum ini Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar berkaitan kedudukan pribumi Orang Asal sebagai Bumiputera berdasarkan takrifan yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 serta memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa mereka sebagai Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata beliau kesal dengan keputusan tersebut yang sekaligus menafikan hak Orang Asal di negara ini. "Kita merayu agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut memandangkan proses rayuan memakan masa terlalu lama. "Kita minta kerajaan turut mempertimbangkan usul tersebut memandangkan Orang Asal telah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan pengiktirafan dan hak sebagai kaum bumiputera," jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi. Simpan Suda berkata kehadirannya bersama 28 Orang Asal di Parlimen adalah sebagai pemerhati untuk melihat perbahasan usul mengenai hak keistimewaan suku kaumnya. Menurutnya, mereka tidak berniat mempertikai keistimewaan Orang Melayu serta Bumiputera Sabah-Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan tetapi mahu hak mereka juga dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan. "Sudah lebih 50 tahun merdeka, tapi masyarakat Orang Asal jauh ketinggalan dalam pelbagai sektor, malah kami terus ditindas dan tanah kami dirampas kerajaan atas alasan demi pembangunan negara. "Kita mahu Orang Asal diiktiraf dalam Perlembagaan untuk pertahankan hak-hak kami, bukan kita minta dimansuhkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan," kata beliau kepada media. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan mengenai masyarakat Orang Asal Semenanjung Tanah Melayu tetapi tidak menjamin sebarang hak keistimewaan kaum minoriti tersebut. Sebelum itu, seramai 28 pemimpin Orang Asal disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka telah membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011. Sumber: Suara Keadilan | Pengguna Terpaksa Bayar Tol KL-Pulau Pinang RM111.25 Pada 2015 Posted: 19 Oct 2010 01:10 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt - Rakyat dijangka terpaksa membayar sebanyak RM111.25 bagi perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 2015 selepas Perdana Menteri membekukan kenaikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus Expressway Bhd selama lima tahun. Kadar ini merupakan peningkatan 33.6 peratus daripada kadar tol kini sebanyak RM88.60 bagi jarak yang sama. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kesan daripada tindakan langkah kerajaan tersebut, pemegang konsesi utama, United Engineering Malaysia (UEM) berkata kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM5 bilion menurut perjanjian konsesi lebuh raya yang ditandatangani oleh kerajaan. Jelas beliau berdasarkan perjanjian konsesi antara kerajaan dan UEM, Plus dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus setiap 3 tahun. "Kenaikan terakhir adalah pada tahun 2005, dan kadar tersebut telah dibekukan sejak itu. Kos perjalanan dua hala dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sekarang ini adalah RM88.60, tetapi ianya akan meningkat kepada RM111.25 pada tahun 2015, jika kerajaan membenarkan Plus menaikkan kadar tersebut sepenuhnya. "Namun apa yang membimbangkan, jika kerajaan membekukan kadar kenaikan tersebut sehingga tamat konsesi, jumlah pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan selepas 28 tahun adalah sebanyak RM64 bilion," tegas beliau pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi. Dalam pada itu, Tony juga meminta kerajaan memikirkan secara serius berhubung konsesi Plus demi kepentingan rakyat daripada terus membiarkan perjanjian konsesi begitu sahaja. "Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP. "Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata beliau. Sumber: Suara Keadilan | KEADILAN Minta SAPP Beri Laluan Bagi Pertandingan Satu Lawan Satu Posted: 19 Oct 2010 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.
Beliau juga berharap Parti Bersatu Rakyat Sabah (SAPP) yang sebelum ini berkata akan meletakkan calon nya di kawasan Parlimen tersebut agar boleh memberi laluan kepada KEADILAN bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional.
Anwar berkata keputusan itu dicapai selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah yang bermesyuarat hujung minggu lalu memutuskan bahawa mereka bersetuju untuk KEADILAN bertanding untuk kerusi tersebut.
"Kita akan putuskan nama calon dalam masa singkat setelah selepas saya bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berunding," ujar Anwar dalam sidang media ringkas yang diadakan di lobi Parlimen, pagi tadi.
Jelas Anwar pada Pilihan Raya Umum 2008, kerusi itu telah diperuntukkan kepada KEADILAN dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah juga telah membuat ketetapan berhubung kedudukan kerusi itu.
"Tidak ada alasan-alasan lain mengapa KEADILAN meletakkan calonnya di situ," jawab Anwar kepada soalan yang dilontarkan wartawan kepada beliau.
Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu adalah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.
PRK itu diadakan berikutan kematian wakil Parlimennya daripada Barisan Nasional (BN) Edmund Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober lepas. Sumber: Suara Keadilan
| Bonus Tidak Mampu Diberi Tapi Elaun JKKK Dinaikkan Posted: 19 Oct 2010 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Okt - Keputusan kerajaan tidak memberikan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam menimbulkan rasa kurang senang apabila kerajaan pada masa yang sama menaikkan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membina bangunan mega Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion yang ternyata tidak memberikan keuntungan kepada rakyat. "keputusan kerajaan Umno-BN untuk membina bangunan Warisan Merdeka serta menaikkan elaun JKKK menimbulkan kurang senang di kalangan kakitangan awam yang tidak mendapat bonus tahun ini. "Apa yang saya tidak faham, mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. "Pada masa yang sama, kerajaan Umno-BN juga berura-ura mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. "Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2011 berkata kerajaan memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. Pada masa yang sama kerajaan juga meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) merangkumi Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang sediada serta pembinaan sebuah menara 100 tingkat. Ahli Parlimen bagan itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kerana ini akan hanya membebankan golongan miskin yang tidak mampu menampung kenaikan kos perkhidmatan. "Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menambahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini," katanya. Sumber: Suara Keadilan | |
Anwar Ibrahim Posted: 19 Oct 2010 07:22 PM PDT Batu Sapi: KEADILAN Wakili Pakatan Rakyat Posted: 19 Oct 2010 12:56 AM PDT Dari Harakah Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan untuk meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat setelah bermesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah. “Atas cadangan Pakatan Rakyat Sabah, untuk pilihan raya kecil kawasan Batu Sapi mereka bersetuju dan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk Parti Keadilan meletakkan calon mewakili Pakatan Rakyat,” kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen pagi ini. Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Ketua Pembangkang di Parlimen itu juga berkata, senarai calon akan diputuskan dalam masa terdekat ini. “Pakatan Rakyat meletakkan calon-calon dari PKR dan kita akan letakkan nama dalam masa yang singkat setelah saya dan pimpinan PKR berunding dengan (Datuk Seri) Abdul Hadi dan Lim Kit Siang. Tambah Anwar lagi, Pakatan turut berharap agar Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) tidak bertanding bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu. “Kita harap SUPP tidak bertanding bagi membolehkan kita lawan satu lawan satu dengan Barisan Nasional,” katanya. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu adalah pada 26 Oktober dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 4 November. PRK itu diadakan berikutan kematian wakil Parlimennya daripada Barisan Nasional (BN) Edmund Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober lepas. | Rakaman Perbahasan Bajet 2011-Datuk Seri Anwar Ibrahim Posted: 19 Oct 2010 12:52 AM PDT | Speaker Tolak Usul Iktiraf Orang Asli Semenanjung Sebagai Bumiputera Posted: 19 Oct 2010 12:43 AM PDT Dari Tv Selangor Speaker Parlimen hari ini menolak usul Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas agar menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan pengiktirafan kedudukan peribumi Orang Asli sebagai bumiputera . Takrifan ini yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 serta memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa mereka sebagai bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan dalam kamar di parlimen tengahari tadi.Kamarul yang ditemui media di lobi parlimen menyatakan kekesalan terhadap keputusan itu namun berikhtiar akan terus memperjuangkan hak Orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia. “Kita minta kerajaan mempertimbangkan usul kerana Orang Asli menunggu terlalu lama untuk mendapatkan pengiktirafan dan hak sebagai kaum bumiputera,” rayu beliau. Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Simpang Suda yang ditemui TV Selangor berkata, perancangan dibuat bersama Datuk Kamarul sejak minggu lalu selain menaruh harapan besar terhadap kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut. Beliau menambah, kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia seolah-olah dipinggirkan walhal golongan ini turut membantu memperjuangkan kemerdekaan negara sejak 53 tahun lalu. Menurut Simpang, pihaknya sangat mengharapkan usul ini diterima oleh dewan. Kalau tidak terima kami sedih sebab dalam hanya diletakkan dalam perlembagaan orang Melayu, Bumiputera, Sabah dan Sarawak. Habis di mana orang asli ini? Kerana itu lah kita memohon dewan masukkan perkataan dan Orang Asli Semenanjung Malaysia, itu sahaja. Menurut Simpang lagi, tidak wujud sebarang niat untuk melakukan demostrasi di Parlimen namun sekadar untuk menjadi pemerhati kepada usul yang cuba dibawa ke parlimen. “Apa yang kita lihat, di mana kedudukan Orang Asli ini. Kalau dalam perlembagaan sudah ditetapkan, jadi itu satu pengitirafan kepada masyarakat Orang Asli bahawa kami dapat keistimewaan seperti apa yang orang lain dapat. Tidak tertindas tapi kami rasa terpinggir kerana pengiktirafan didalam perlembaagan iaitu undang-undang tertinggi di dalam negara seolah-olah tidak mengiktiraf Orang Asli. Terkecil hati juga lah,” rintih beliau. Seramai 18 wakil Orang Asli dari seluruh Malaysia tiba di bangunan Parlimen seawal 9 pagi tadi, namun mereka ditahan pihak polis kerana khuatir akan mewujudnya demostrasi. Namun mereka dibenarkan masuk kemudian. | |
anjung setiawangsa Posted: 19 Oct 2010 03:22 PM PDT MPSP - from deficit to surplus Posted: 19 Oct 2010 12:04 AM PDT Slightly more than two years ago, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) was ailing financially. Remember MPSP having to absorb responsibility for the white elephant called the Batu Kawan stadium built by the previous administration despite protests from local civil activists? Remember the over-priced spanking new MPSP building which cost them RM80 million when the same building could have been built at under RM40 million? The MPSP was a different creature all together then. Then it was a creation of corrupt politicians (and their appointees) who wielded the reigns of power in Penang. But thankfully not anymore since 2008. Just to give you an idea about MPSP's finances, look at the chart below.
MPSP Surplus/(Deficit) 2000 - (-RM5.1 million) - BN 2001 - (-RM31.2 million) - BN 2002 - (-RM36.7 million) - BN 2003 - (-RM39.0 million) - BN 2004 - (-RM48.9 million) - BN 2005 - (-RM57.1 million) - BN 2006 - (-RM5.4 million) - BN 2007 - (-RM5.1 million) - BN 2008 - +RM3.0 million - PR 2009 - +RM14.6 million - PR 2010 - +RM54.39 million (as at 4 October 2010) - PR
Now tell me who are the better administrators, where public money is concerned and should be used for the public, and those who regard public money as "loot" to be shared amongst themselves and their cronies? Read more and watch the video at: http://romerz.blogspot.com/2010/10/mpsp-from-deficit-to-surplus.html | |
AMK Shah Alam Posted: 19 Oct 2010 01:31 PM PDT |
PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. Posted: 19 Oct 2010 11:30 AM PDT Najib's budget no help to Sabah, says PKR Posted: 19 Oct 2010 06:51 AM PDT By Queville To KOTA KINABALU: The trickle-down effect of the budget will again bypass the man in the street in Sabah, according to an analysis by Roland Chia Ming Shen, the treasurer for Sabah PKR. "It does not benefit the common people of Sabah at all, especially the lower income group," he said of the 2011 budget announced by Prime Minister Najib Tun Razak on Friday. Echoing the criticism of other opposition figures, he said the budget emphasised mega projects at the expense of poverty-eradication measures. Chia said he found it difficult to see how the proposed upgrading of roads, schools and hospitals could help Sabahans enjoy the projected increase of per capita income from RM28,000 to RM49,440. "How many Sabahan companies are directly engaged to carry out this work?" He also expressed doubt that the construction of a 300-megawatt Combined Cycle Gas Power Plant in Kimanis would benefit the poor of Sabah, noting that even now there were no LPG kiosks in the state despite its being one of the country's biggest gas producers. LPG kiosks have been available in Peninsular Malaysia for more than 20 years. "Even in Australia, the federal government gives a subsidy to car owners to install NGV (natural-gas vehicle) gas tanks," he said. "This shows the priority of the government in alleviating the financial burden of the people." Sectors ignored He also noted the budget's lack of attention to the plight of rubber tappers despite the proposed development of 2,680 acres of land in Sungai Buloh for the Malaysian Rubber Board. He said: "Fishermen get a monthly subsidy of RM200, oil palm smallholders get subsidies. Padi farmers have been included in the subsidy list. What about the rubber tappers? "There is no concerted effort to alleviate the plight of this segment of the population in Sabah." Chia also commented on the budget proposal for incentives to encourage energy efficiency, noting the lack of direct allocations and subsidies to Small and Medium Enterprises (SMEs) as well as house owners wishing to use solar panels. "This would definitely help in promoting renewable energy sources and at the same time reduce dependence on fossil fuels in generating energy," he said. "In Australia, once again, the government is actively giving out grants and subsidies for such purposes. Why can't the Malaysian government follow this noble example of helping the common people?" He also questioned the logic behind the 10 percent tax exemption on mobile phones, noting that most ordinary folk already had cell phones and did not have too much interest in high-end models or the so-called smart phones. Chia said he was also disappointed that the budget did not address the mismatch between property prices and the income of most citizens. "Prices of properties have tripled over the last five years, yet the income of most people remains relatively stagnant," he said. "The 50 percent reduction on stamp duty does not give leverage to house buyers at all. Developers are still increasing their prices." He summed up his opinion of Budget 2011 thus: "Within the Sabah context, there is nothing." | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 19 Oct 2010 11:17 AM PDT Ribut Luarbiasa dan Pantai Seks di Dungun Posted: 18 Oct 2010 05:59 PM PDT Ribut selama kira-kira lima saat selepas hujan lebat 15 minit yang melanda empat kampung di sini, petang kelmarin menerbangkan 12 bumbung rumah dan mencederakan seorang penduduk. Inilah kali pertama kejadian ribut melanda kampung ini. Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT RIBUT 5 SAAT DI DUNGUN Berita Harian 19 Okt 2010 Musnahkan bumbung 12 rumah di Kampung Pulau Serai, Kampung Nibong, Tanjung Pagar dan Bukit Chatak DUNGUN: Ribut selama kira-kira lima saat selepas hujan lebat 15 minit yang melanda empat kampung di sini, petang kelmarin menerbangkan 12 bumbung rumah dan mencederakan seorang penduduk. Kejadian kira-kira jam 4 petang itu memusnahkan tujuh rumah di Kampung Pulau Serai rosak, Kampung Nibong (tiga) dan masing-masing satu di Kampung Tanjung Pagar dan Bukit Chatak. Mangsa dari Kampung Pulau Serai, Zahah Yusof, 70, berkata ketika kejadian dia berada di bilik air, manakala tujuh cucunya berada dalam rumah, sebelum dia terdengar bunyi angin kuat diikuti bunyi seakan bangunan dirempuh sesuatu. Berikutan itu, dia terus berlari keluar rumah dan mendapati bumbung di ruang tamu, termasuk alang diterbangkan ribut dan kejadian malang sekelip mata itu turut menimpa rumah anaknya yang terletak bersebelahan. "Inilah kali pertama kejadian ribut melanda kampung ini. Saya tidak menyangka hujan lebat kira-kira 15 minit diikuti tiupan angin yang kuat sehingga menerbangkan atap. "Jiran sebelah rumah memberitahu angin berpusar dan berwarna gelap membawa sampah merempuh tujuh rumah yang berhampiran termasuk menumbangkan pokok kelapa yang kemudian menimpa rumah jiran bersebelahan," katanya yang mengalami kerugian anggaran RM20,000. Ibu tunggal itu yang tinggal bersama tujuh cucu di rumah itu terpaksa menumpang di rumah saudara kerana rumah itu tidak lagi selamat didiami. Delaila Maliki, 27, mangsa di Kampung Tanjung Pagar berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan minum petang. "Saya terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi kuat menyebabkan 10 bumbung di bilik utama dan dapur tercabut. Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah kakak," katanya. Mangsa di Kampung Nibong, Kalsom Che Omar, 55, berkata, kejadian berlaku selepas dia menunaikan solat Zuhur. "Saya bernasib baik tidak berada dalam bilik itu ketika angin kuat merempuh rumah kami. Jika tidak, mungkin saya mengalami kecederaan kerana sebahagian besar bumbung dalam bilik tercabut dan melayang ke rumah jiran. "Anak saya, Ahmad Zulaisha Mustafa, 26, mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terkena serpihan atap yang terpelanting ke dalam ruangan bilik ketika kejadian itu. Ribut itu turut menyebabkan bumbung dua bilik dan ruang tamu rumah rosak dan tercabut," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Ribut5saat/ArticlePANTAI BERAHI DI DUNGUN Berita Harian 8 Okt 2010 DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam. Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat. "Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya. Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh. Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral. "Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam. "Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya. Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih. Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Pantaiberahi/Article | Sungai Rajang mulai kering kontang, BALA ? Posted: 18 Oct 2010 05:10 PM PDT Satu fenomena alam yang begitu pelik dan luar biasa. Sungai Rajang , sungai yang terpanjang di Malaysia mulai kering hinggakan bot-bot ekspres tidak dapat melalui beberapa laluan di sungai ini. Bomba sedang bersiap sedia untuk menghadapi banjir, tetapi sungai terpanjang di Malaysia mulai kering. Bertaubatlah sebelum terlambat. ******************** Rajang River is drying up By PHILIP HII philiphii@thestar.com.my The Star 19 Oct 2010 SIBU: Less than two weeks after the logjam disaster in Rajang River, the country's longest river is again a cause for concern for people living along its banks. Express boats have not been able to ply the Sibu-Belaga-Sibu routes since Friday as the river is drying up due to the current dry spell. The only option left for travellers is the gruelling journey on the 190km Bintulu-Bakun road. Floating pontoons at the Kapit Express Boat Wharf along Khoo Peng Loong Road here are now resting on a muddy river bed. "This time the water level went down really fast. Just 10 days ago, it almost reached the road level, a drop of more than 2m," boat skipper Lau Ah Kuok said. Lau said he believed the drastic change in the water level was partly due to the impoundment of the 205m-high Bakun Dam which began last Wednesday. The flooding of the dam, which is South-East Asia's largest, is estimated to take seven months and in the process, would flood 69,000ha of land. Social activist Wong Meng Chuo, who has a masters degree in Environmental Management from the Imperial College in London, said he was worried that a prolonged drought would pose severe environmental and ecological consequences below Bakun Dam. Wong said the Rajang River was denied one-third of the water source with the impoundment of the dam. "Firstly, river navigation in some areas will stop due to low water. Secondly, salty water from the ocean would come up to as far as Sibu. Thirdly, marine and river life will be affected," Wong pointed out. He explained that with less water in the river, there would be less oxygen which could cause some species of fish to die. Wong added there could also be more landslides along the riverbanks as the soil structure would be different. He said it was unlikely that the impoundment of the dam would stop because it would incur a loss of RM330,000 per day to do so. The low water level is also a cause for concern for the RV Orient Pandaw, the only cruise ship here. "If the dry weather continues, I am worried our ship would have difficulties navigating near the Pelagus rapids," the ship's purser Neville Joseph said, adding that October to December were peak seasons with an average of 40 passengers per trip. Durin vegetable farmer Kong Chiek Wak is worried the prolonged dry weather will seriously affect his vegetables. "We only have a small water pump. It would be difficult to pump water from the Rajang for farm use if the water level is too low," Kong explained. The low water level will also affect the transportation of logs by barges and cargo boats from Kapit-Baleh areas to the sawmills in Sibu or for export through Tanjung Manis. Sibu Water Board general manager Daniel Wong said he was monitoring the situation closely. "The water supply in Sibu is normal and there is no cause for alarm now," he said. At about 4.30pm yesterday, heavy rain fell for about an hour on Sibu after a dry week. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F19%2Fnation%2F7253956 | RON 95 punca kebakaran akibat kemalangan? Posted: 18 Oct 2010 05:08 PM PDT Utusan Malaysia 19 Okt 2010 UTUSAN Malaysia semalam menyiarkan satu lagi berita korban kemalangan jalan raya mengakibatkan dua orang terbunuh di Butterworth. Salah seorang daripadanya yang memandu van rentung apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain. Minggu lepas satu keluarga enam orang juga rentung selepas berlaku kemalangan di Kampar, Perak. Beberapa minggu sebelum itu, tiga orang pemuda rentung selepas berlaku kemalangan di Kuala Lumpur. Sepanjang ingatan saya, banyak lagi kejadian yang serupa berlaku akhir-akhir ini. Tentu ada yang tak kena, mengapa berlaku kebakaran kenderaan dalam satu-satu kemalangan? Adakah kenderaan kita sudah tak selamat lagi? Bagaimana dengan pembuatan tangki petrol kenderaan sekarang, adakah dibuat menurut piawaian? Ini semua harus dijawab oleh pembuat-pembuat kenderaan bagi meyakinkan pembeli. Satu punca yang saya fikir menjadi penyebab semua kejadian ini ialah berlakunya pertukaran minyak petrol kenderaan dari RON92 kepada RON95. RON95 mengandungi octane yang lebih tinggi berbanding RON92. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, dalam jawapannya kepada soalan seorang Senator di Dewan Negara Julai lalu menyatakan, RON95 mengandungi benzene sebanyak lima peratus mengikut spesifikasi EURO 2M. Negara kita adalah negara tropikal yang sentiasa panas berbanding dengan -negara Eropah. Adakah kita ada membuat penyesuaian? Benzene dalam petrol ialah sebagai octane booster. Saperti yang kita tahu, benzene adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Data-data keselamatan bahan atau dalam bahasa Ingerisnya, Material Safety Data Sheet (MSDS) menunjukkan flash point benzene adalah rendah iaitu -11.1 Deg. C (12.0 Deg. F). Ini menunjukkan jika terdapat spark ketika impak dalam kemalangan, tumpahan petrol akan memudahkan kenderaan terbakar. Walaupun Timbalan Menteri sudah memberi jawapan kepada persoalan ini, tiada salahnya satu kajian dibuat oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama syarikat minyak bagi menentukan keselamatan pengguna. Apabila ia berlaku terlalu kerap sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Esa Adam Bandar Sunway, Selangor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan