Laman sosial Facebook telah menyekat sebuah halaman yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia yang membantah cadangan kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur. Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia. Sasaran mereka adalah untuk mengumpulkan sejuta peminat.
Meskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen '1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower', namun pemilik halaman itu dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan. Pemilik laman yang tidak dikenali itu menganggap tindakan Facebook sebagai satu bentuk tapisan baru di internet. "Sementara media baru memberi peluang pergerakan sosial baru, sikap kukubeasi oleh gergasi internet seperti Facebook menjunam ke arah bentuk tapisan yang baru," kata seorang daripada pemiliknya setelah menyedari lamannya itu telah disekat. Facebook menerbitkan kenyataan ringkas : "Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use" (hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan).
Facebook tidak menyatakan apa yang dimaksudkan dengan pencabulan peraturan itu, mahupun membekalkan saluran untuk merayu.
KUALA KLAWANG - Satu penghadang di simpang masuk Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu dikatakan menghalang pandangan orang ramai untuk keluar masuk ke jalan besar.
:Imam 1 Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, Nordin Salleh berkata, sebelum berlakunya perkara buruk, tindakan perlu dilakukan demi memastikan tahap keselamatan pengunjung dan jemaah Masjid Kuala Klawang terjamin.
Menurutnya, terdapat satu pengadang di simpang masuk ke masjid tersebut yang menghalang pandangan untuk keluar ke jalan besar yang berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu.
"Saya mendapat aduan dari orang awam berkaitan pengadang jalan tersebut yang menghalang pandangan untuk melihat ke simpang berkenaan.
"Selain itu, kemalangan juga hampir berlaku ekoran pandangan yang terhad dan tiang elektrik yang berhampiran dengan pengadang jalan berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, dia turut meminta pihak Masjid Daerah Jelebu untuk me-ngalihkan pengadang jalan berkenaan bagi keselesaan jemaah masjid di situ.
"Sebelum perkara buruk berlaku, sebaiknya pengadang itu dapat dialihkan di jalan tersebut yang merupakan laluan utama bagi pelajar sekolah," katanya.
Selain itu, dia turut mencadangkan pemasangan lampu isyarat di persimpangan berkenaan berikutan jalan itu kini menjadi tumpuan orang ramai.
"Simpang berkenaan berhampiran dengan kawasan tumpuan utama bagi penduduk di sini seperti masjid, kawasan rekreasi dan sebagainya.
"Selain itu, terdapat juga beberapa siri kemalangan yang hampir meragut nyawa ekoran tidak menyedari kenderaan yang keluar masuk," katanya.
SEREMBAN - Beberapa retakan kecil yang berlaku di dinding laluan atas membabitkan jalan Seremban - Tampin, dekat sini menimbul persoalan sejauh mana keselamatan pengguna kenderaan yang melalui laluan berkenaan. Jalan baru yang dibuka sejak empat bulan lalu, kini dilihat berisiko apabila banyak batu-batu kecil di dinding utama jalan tersebut pecah dan jatuh ke bawah.
Selain itu, kejadian itu turut menimbulkan persoalan sejauh mana kualiti laluan atas berkenaan dibina.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P.Gunasekaran berkata, pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai berhubung retakan di laluan berkenaan, sekali gus mengundang risiko terhadap pengguna jalan raya.
Menurutnya, pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa supaya membuat pemeriksaan di dinding laluan setinggi kira-kira 15 meter sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
"Dinding batu itu dipercayai tidak mampu menampung bebanan laluan berkenaan yang merupakan jalan utama dari Seremban ke Tampin. Mungkin disebabkan benanan atas terlalu berat, dinding penghadang ini tidak mampu menampungnya," katanya.
Menurutnya, banyak batu-bata kecil di permukaan dinding itu jelas retak dan pecah dan perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan laluan itu baru dibuka kira-kira empat bulan lalu.
"Malah, kita dapati beberapa kayu kecil dibuat penghadang supaya kepingan batu itu dapat bertahan dan tidak terkeluar daripada tempatnya," katanya ketika membuat tinjauan di kawasan itu, semalam.
Hadir sama, ADUN Mambau, Wong May May dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.
Gunasekaran berkata, pihaknya sudah menghubungi JKR pusat di Kuala Lumpur untuk memaklumkan perkara ini, tetapi mereka dimaklumkan JKR akan menghantar wakil untuk memantau perkara ini.
Sementara itu, May May berkata, walaupun keadaan itu nampak agak kecil, tetapi risiko yang dihadapi pengguna jalan raya sebenarnya besar.
"Jika kita tidak atasi masalah ini dari awal, kita khuatir ianya akan menjadi lebih teruk pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Pegawai JKR negeri (Pengurus Projek), Ir Norazman Ismail ketika dihubungi memberitahu, JKR sudah pun sedia maklum mengenai perkara itu.
Menurutnya, arahan sudah pun diberi kepada kontraktor bertanggungjawab bagi memperbaiki masalah yang timbul dengan segera.
PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan
Objektif Program - Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan - Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban
Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com
1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut : Nama akaun : PAS Dun Paroi No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
ALHAMDULILLAH & TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN DI ATAS 'TERTAWAN'NYA BANGUNAN umno Bahagian Kota Bharu YANG KINI MENJADI HAK MILIK DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat 'ditawan' Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.
Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.
"Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya," ujarnya.
Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.
Atas nama 'seni' manusia sudah tidak mempedulikan nilai-nilai agama dan adab tatasusila. Berselindung di sebalik peraturan kononnya tidak boleh bercium di khalayak ramai..sudah memadai untuk menghalalkan konsert Adam lambert diStadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu.
Persoalannya bukan sekadar hanya semasa mengadakan konsert itu sahaja yang dipersoalkan tetapi kemunculan artis yang tidak senonoh dan langsung tidak selari dengan cara hidup Islam tidak seharusnya diberi promosi dan galakan.
Sepatutnya para pemimpin UMNO ,Ulamak Umno, penyokong Umno & para mufti peka dengan situasi ini...PAS tetap komited menentang segala bentuk kemungkaran....
walaupun tidak bercium di Malaysia tetapi bagi peminat yang 'tergila-gila' kan artis ini menjadikan mereka sebagai idola dan ikutan mereka..kita takut cara hidup artis akan menjadi contoh kepada mereka.
Walaupun nampak seperti "ala...apalah golongan agama ni....(atau golongan ekstrem ni....itulah yang selalu disebut....)ini pun nak dibesar-besarkankan" , tetapi jangan sampai bala Allah turun baru nak menyesal..kerana bagi pencinta maksiat ni semuanya tak salah...boleh belaka...moden konon!!!
Berita dari Kosmo.
Oleh JESSABELL SOO jessabell.soo@kosmo.com.my
BIAR namanya dikira masih baru, namun kunjungan Adam Lambert buat pertama kali di Malaysia berjaya mengumpul 10,000 penonton.
SATU ciuman pada acara awam telah mencalar imejnya. Ditambah dengan pengakuan bahawa dirinya merupakan homosekual, Adam Lambert berani walaupun tahu pendedahan itu barangkali akan memusnahkan kariernya. Nasib menyebelahinya kerana bakat Adam mampu mengatasi kehangatan berita negatif itu. Malah, Adam yang merupakan naib juara program realiti paling popular di Amerika Syarikat (AS), American Idol musim kelapan boleh dikatakan lebih menyinar berbanding juaranya, Kris Allen. Buktinya, Adam telah memulakan konsert jelajahnya, Glam Nation Tour pada 4 Jun lalu yang dijangka berakhir pada 16 Disember nanti.
Dalam jangka masa itu, Adam dijadualkan untuk melawat 112 tempat di AS, Eropah, Australia dan 10 negara Asia. Malaysia tidak terkecuali dalam senarainya. Namun, seperti yang diketahui ramai, kedatangan Adam tidak selancar artis luar negara yang lain.
Walaupun telah berjanji untuk mematuhi undang-undang serta menghormati budaya tempatan dengan tidak berkelakuan liar atau lucah di atas pentas, kedatangannya masih diprotes. Kata Adam pada sidang media sebelum menghiburkan peminat tempatan: "Ia adalah sesuatu yang saya akan patuhi kerana saya menghormati budaya Malaysia.
"Lagipun hanya ciuman yang tidak dibenarkan. Saya tidak suka bertolak-ansur tetapi ia lebih penting buat saya untuk menghadiahkan persembahan saya untuk peminat Malaysia. Persembahan saya masih akan mengekalkan konsepnya. "Menghapuskan ciuman itu tidak akan menjejaskan keseluruhan persembahan. Apa yang utama tujuan saya berada di sini adalah untuk menghiburkan mereka dan membuatkan mereka ketawa. Bukannya untuk membuatkan mereka berasa tidak selesa dengan persembahan saya."
Menepati janjinya, Adam telah menarik lebih 10,000 peminat mengisi ruangan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu. Walaupun di luar stadium, hampir 100 ahli parti pembangkang, Pas membuat demonstrasi dengan mengedarkan risalah menyelar penyanyi itu, konsertnya bagaimanapun boleh disifatkan berlangsung dengan sempurna.
Bermula agak lewat pada pukul 9.10 malam, penyanyi berusia 28 tahun itu yang terkenal dengan imej memakai celak dan pakaian kulit serta bulu tampil dengan lagu Voodoo sebagai pembukaan konsert. Diikuti dengan lagu For Your Entertainment dan Down the Rabbit Hole, vokal Adam sahaja sudah cukup memukau.
"Berada di atas pentas, saya tidak mungkin boleh berpakaian hanya kemeja-T atau seluar jean sahaja. Jadi seperti biasa anda akan melihat kepelbagaian warna seperti hitam, merah, ungu dan biru. Tidak dilupakan juga bulu dan manik," katanya. Disertai dengan latar belakang, tarian serta penata cahaya dan bunyi, Adam yang tidak banyak berkomunikasi memberitahu dia mahu menyebarkan cinta menerusi persembahannya. "Konsert saya mempromosikan cinta tanpa mengira sempadan usia, bangsa atau agama." Menyifatkan dirinya agak bertuah, dia tidak kisah dirinya berada pada kedudukan kedua dalam program American Idol. Katanya, apa yang penting bukan kejuaraan yang dipegang tetapi karier yang dibina selepas menyertai program tersebut.
PENAMPILAN glamor Adam dengan bantuan solekan yang memukau.
Turut menyampaikan lagu Fever yang merupakan kerjasama dengan Lady Gaga, Adam juga menyukai Katy Perry. Baginya, mereka berdua telah banyak memberi inspirasi kepada muziknya. Mungkin berimej sedikit ekstrem dan pelik, Adam bagaimanapun sentiasa mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
"Kawan rapat dan keluarga telah membantu saya untuk hidup normal. Saya juga mahu keluar dan makan bersama kawan, menonton filem, membeli-belah atau bersiar-siar," katanya pada sidang media tersebut.
Memberitahu dirinya mungkin akan menceburi bidang psikologi jika tidak menjadi penyanyi, Adam sendiri yang pernah mencipta kontroversi gara-gara dikatakan menumbuk seorang paparazi bagaimanapun memberi nasihat kepada remaja untuk tidak terlibat gejala sosial seperti membunuh diri.
"Mesej saya kepada remaja di seluruh dunia, anda perlu bangga dengan diri anda. Saya tahu ia agak sukar dan seperti saya yang berjaya, saya masih dibuli oleh sesetengah pihak. Namun, saya tidak fokus kepada kebencian. "Setiap kali saya membaca berita atau laporan mengenai diri saya, saya cuba mencari sisi positif. Jika tidak, mereka (yang menulis) akan menang. Saya enggan membiarkan ia berlaku," tambahnya.
Nilai positif Adam disalurkan sepenuhnya dalam persembahannya. Lagu 'temanya Whataya Want from Me didendangkan selepas Sleepwalker. Diteruskan dengan Soaked, Aftermath, Sure Fire Winners dan Strut, rata-rata peminatnya menari sepanjang persembahan idola mereka.
Tanpa mempedulikan status dirinya, mereka menghayati muzik dan vokal Adam. Sokongan lebih padu diberikan apabila figura berusia 28 tahun itu menyampaikan seleksi lagu Music Again, Broken Open dan If I Had You. Mengakhiri konsert dengan lagu Mad World, Whole Lotta Lovedan 20th Century Boy, tirai milik Adam ditutup sekitar 10.25 malam. Agak pendek buat peminatnya, namun, perlu diingatkan Adam hanya memiliki sebuah album setakat ini. Sungguhpun pendek, persembahan mantap serta berkualiti sudah cukup memadai.
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.
"Ini adalah alasan 'Pak Pandir' dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.
Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
"Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB," ujarnya sinis.
Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.
"Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi," katanya lagi.
Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.
"Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa," ujarnya.
Denga nihh: Ni lah kalu bagi lagi kat UMno perintoh..negara rugi billion-billion bab pmimpin 'lemah otok'.
Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat di Melaka pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.
Sehubungan dengan keadaan jerebu yang dikategorikan sebagai amat bahaya ini, jabatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.
Pada jam 11 pagi tadi, bacaan di Muar adalah pada 432 sementara bacaan yang diukur di Bukit Rambai, Melaka pada 95 dan bandaraya Melaka pada 111.
Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.
Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.
Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Menurut JAS keadaan berjerebu itu disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Ia berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera kepada 244 sejak empat hari lalun, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.
"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu.
Dewan Seminar Kompleks Rumah Exco, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
(Symposium on Understanding Islam) Oleh Institute of Policy Studies (IPS), Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Menyedari betapa perlunya usaha untuk menjernihkan salahfaham terhadap shari'ah Islam, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan siri penerangan melalui Nadwah (symposium) Kefahaman Islam yang terbuka kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Melalui nadwah ini diharapkan masyarakat akan faham tentang hakikat pelaksanaan Shari`ah dan seterusnya masyarakat bersedia untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Shari`ah Islam setidak-tidaknya sebagai memenuhi hak-hak asasi masyarakat Islam untuk melaksanakannya.
Nadwah secara bersiri ini akan dimulai dengan siri pertama yang bertemakan "Menjernihkan Salahfaham terhadap Shari`ah Islam". Seramai 150 peserta telah dijemput termasuklah dari kalangan NGOs seperti Sistem in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta Majlis Peguam, dan dari kalangan parti-parti politik termasuk dari MCA, MIC serta Gerakan. Tiga kertas kerja bertajuk "Kenapa Malaysia memerlukan Shari`ah Islam?", "Hubungan Shari`ah Islam dan Manusia" dan "Antara Shari`ah Islam dan Sekularisme" akan dibentangkan termasuk oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Azaharuddin Mohd Said (Ahli Majlis Shura PAS) dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Institut Kajian Polisi). Kemudian dialog terbuka akan diadakan melibatkan peserta-peserta dan ahli-ahli panel yang terpilih.
Disebabkan tempat yang sangat terhad, sesiapa yang berminat untuk menyertai Nadwah Kefahaman Islam siri pertama ini, bolehlah menghubungi sekretariat pengajur iaitu, Sdr Khairul Naim Nordin melalui talian: 013 2967869 atau email: mkncn_0000@yahoo.com. Yuran penyertaan adalah RM 5.00 sahaja.
JENGKA - Peneroka yang enggan atau tidak bersetuju dengan peraturan Felda dialu-alukan menyerahkan semula tanah seluas empat hektar yang diterima dahulu kepada agensi itu kerana kerajaan sedia membelinya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak (gambar) berkata, sebanyak 5,000 permohonan diterima daripada generasi kedua untuk menyertai Felda, namun hanya terdapat 227 kekosongan.
:Menurutnya, tanah rancangan Felda yang diilhamkan dan diusahakan Tun Abdul Razak meninggalkan amanat supaya masyarakat Felda hidup bersatu padu.
"Saya sendiri tidak dapat menganalisis faktor segelintir peneroka yang sentiasa memberikan pelbagai alasan dan tidak bersetuju untuk terus bersama Felda.
"Namun hakikat akhirnya, mereka ini akan mengerti bahawa matlamat dan objektif Felda adalah untuk kebaikan," katanya kepada Sinar Harian.
Tan berkata, peneroka perlu berubah sikap dengan tidak memikirkan tindakan Felda ke arah keburukan semata-mata, tetapi perlu memikirkan keuntungan di sebaliknya.
Menurutnya, dalam pentadbiran, semestinya mempunyai peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.
"Tanah rancangan menempatkan satu kelompok masyarakat yang unik dan tidak terdapat di negara lain.
"Orang Melayu janganlah berpecah kerana hanya memberi kesempatan kepada orang luar di atas kelemahan kita sendiri," katanya.
[Kenyataan media melampau yang dibuatkan oleh tok Tan sebenarnya adalah kali kedua. Kenyataan pertama beliau disanggah oleh Ketua PKR Cabang Maran beberapa bulan yang lepas. Oleh kerana kesombongan beliau yang tiada tolok bandingan, maka beliau sekali lagi mencabar peneroka untuk menyerahkan tanah masing2 kepada Felda. Sebagai wakil rakyat yang mewakili "Parti dianggap melayu kuno" Tok tan perlu sedar bahawa dia perlu berjuang untuk kebajikan rakyat. Bokan menjadi musuh kepada rakyat. Kenyataan tersebut lebih kepada keangkuhan peribadi dan kepentingan kroni semata2. Patutlah tak dilantik sebagai Timbalan MB lagi, Nampak gaya Tok Nan dah tak percayakan Tok Tan lagi... apa lagi, moh rakyat chenor yg menetap di chenor dan luar, kita sama2 tolak Tok Tan & UMNO-BN dalam PRU13 akan datang... malah, maranDaily menyarankan agar rakyar memboikot semua program yg dihadiri oleh Tok Tan... biar dia rasa bahawa dia sudah tidak diperlukan lagi di alam ini.. fikir2kan... MaranDaily ]
Dulu katanya kerajaan yang bagi tetapi sebenarnya dibayar oleh akaun tabung haji. jadi yang nak buat bangunan 100 tingkat ini siapa? najib atau siapa dan duit siapa? kalau duit dari belanjawan negara itu duit rakyat jadi pasal apa PNB nak buat bangunan menggunakan duit rakyat dari belanjawan negara. Mahathir yang buat menara berkembar dia guna duit petronas mana istihar dalam parlimen. Yang PNB cadang bangunan 100 tingkat guna duit belanjawan dan najib ikut pulak pasal ape? apa ada rosmah disitu ke? Kalau PNB yang cadangkan buat bangunan PNB sedangkan bangunan PNB dah ada bodoh benarlah pengurusan PNB lebih baik bagi deviden lebih kepada pendeposit dalam PNB cepat sikit bumiputera jadi banyak duit. moral story jangan tipu rakyat.
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.
"Ini adalah alasan 'Pak Pandir' dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.
Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
"Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB," ujarnya sinis.
Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.
"Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi," katanya lagi.
Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.
"Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa," ujarnya.
Bagi ketua kampong ada gaji kenaikan tak tahu banyak mana boleh jadi RM100 atau RM200 katalah RM100 dalam perak ada 800 ketua kampong jadi kena bayar kenaikan RM100 x 800 x 12 bulan = RM96,000 setahun bagi 10 negeri yang besar macam Perak ada 11 negeri dah jadi RM1,050,000. Seorang ketua kampong dapat kenaikan RM1200.00 setahun. Kakitangan kerajaan hanya dapat RM500 sahaja kewangan kerajaan tidak mencukupi. tapi bangunan 100 tingkat boleh dibangunkan PM kata duit PNB kalau duit PNB kenapa diumumkan dalam Bajet negara? mak tipu rakyat le tu. Buat istana dah sampai 1B dengan tambahan dibawah dan juga oleh syarikat yang dah mati . aduhai macam-macam. Kakitangan kerajaan kena sedar dan bersuara.
Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta untuk pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini menjadikan kos keseluruhan pembinaan komplek Istana Negara sebanyak RM797 juta.
Kos yang ditetapkan sebelum ini untuk membina Kompleks Istana Negara seluas 100,000 meter persegi ialah RM650 juta.
Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Kementerian Kerja Raya berkata kos itu tidak melibatkan beberapa skop komponen projek yang sepatutnya diambil kira untuk melengkapkan keseluruhan istana tersebut.
"Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta, menjadikan keseluruhan projek pembinaan Kompleks Istana Negara ini adalah RM797 juta," katanya.
Menurutnya, tambahan peruntukan itu diperlukan bagi menampung kos-kos yang tidak termasuk dalam kontrak asal.
Ia antaranya termasuk untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan, bayaran 'capital contribution' kepada syarikat-syarikat utiliti dan lain-lain kos berkaitan termasuk hiasan dalaman.
Menurut jawapan itu lagi, pembinaan kompleks Istana Negara memerlukan jalan akses yang sempurna. Berikutan, kos kontrak bagi pembinaan jalan susur keluar masuk ke Kompleks Istana Negara telah ditetapkan seperti berikut:
1. Persimpangan bertingkat Istana Negara dari/ke Jalan Duta RM106 juta - berbanding dddengan kos asal RM130 juta.
2. Menaik taraf jalan Changkat Semantan (Pintu 2) RM32.5 juta.
Menurut jawapan bertulis itu lagi, kos operasi dan pengurusan Kompleks Istana Negara akan ditentukan setelah keseluruhan projek tu disiapkan sepenuhnya pada 30 Jun tahun depan.
Malaysiakini/-
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.
"Ini adalah alasan 'Pak Pandir' dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.
Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.
"Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB," ujarnya sinis.
Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.
"Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi," katanya lagi.
Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.
"Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa," ujarnya.
PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan
Objektif Program - Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan - Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban
Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com
1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut : Nama akaun : PAS Dun Paroi No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
Badan Bertindak Perobohan PASTI dan Surau Bukit Katil akan mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah di Pusat Tarbiah PAS Bukit Katil malam ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.
Seluruh pencinta Islam dan keadilan dijemput hadir bagi memohon kepada Allah agar PASTI dan surau diselamatkan dari fitnah dan kezaliman.
SEBUYAU: The ongoing dispute between the Ibans of six longhouses in the Sebangan/Sebuyau area and Quality Concrete Holdings Sdn Bhd has stretched to the river with natives trying to stop a tongkang from loading thousands of tonnes of logs extracted from their native customary rights (NCR) land.The Ibans had earlier mounted a blockade on land to stop the company from getting timbers from their communal forests.
For four consecutive days and nights the blockade had prevented timber workers, their six bulldozers and other heavy machinery from proceeding to takeway logs from their NCR land.Numpang Anak Suntai, leader of the Ibans from the six longhouses, told FMT that they are prepared to go to jail to defend their rights."We are prepared for any eventuality and even prepared to go to jail to defend our rights over the land."We have to take the law into our hands such as mounting the blockade as peaceful negotiations have failed."Although we do not use any weapon to defend our rights, we use ourselves as part of the blockade," Numpang said, pointing out that they have made their complaints to the police, to the District and Resident Offices and the Land and Survey Department as well as to the Forest Department. "No one listens to us as they are scared of the Chief Minister Abdul Taib Mahmud whose sister is alleged to be one of the directors of the Quality Concrete Holdings," he said.
Numpang hoped that Prime Minister Najib Tun Razak will intervene. Numpang said three 'intelligence officers' from the Ministry of Defence had collected information which they said would be forwarded to the Prime Minister's Department."I hope that the slogan 'people first, performance now' can be applied in our case," he said.The 3,305 hectares of forests between Sungai Sebangan and Sungai Sebuyau have been confirmed by the Lands and Surveys to be NCR land.But the Forest Department which refused to acknowledge the people's NCR rights gave the Quality Concrete Holdings a licence to log timber from the forest reportedly to be the home of the best rainforest trees and rare animals such as proboscis monkeys (orang belanda), flying squirrels and deer.It is also the source of drinking water for people who live around the area.
Kejadian 2.30 petang Selasa, bot ekspres "Liang Yu" yang dipercayai membawa kira-kira 30 penumpang itu terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak harus disiasat dengan adil tanapa melindungi mana-mana pihak. setelah Sungai Rajang dikejutkan dengan banjir besar kayu balak yang menyebabkan kerosakan harta benda mencecah 3 juta;kini 13 nyawa terkorban dalam kejadian kelmarin.
PAS Miri kesalkejadian ini berlaku dan sepertiada sesuatu yang tidak kena dengan kerja kerja pembalakan yang semakin giat di sarawak ini. Siapa yang tidak tahu penglibatan ahli politik BN dalam mempertahankan sumber kewangan mereka ini. Dek kerana pembalakan tidak terkawal dan bertebarannya tongkang balak yang pasti mengganggu perjalan bot rakyat marhaen yang boleh mengundang bencana bila bila masa.
PAS Miri mengucapkan takziah pada semua keluarga yang terlibat dan selaku kerajaan yang bertanggungjawab ;maka Taib Mahmud dan James Masing harus segera siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan pihak bertanggungjawab tidak terlepas. Bantuan yang sewajarnya harus diberikan dan janganlah keluarga mangsa diabaikan.
KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan 'tertawan'nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk 'menawan' Putrajaya nanti.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat 'ditawan' Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam. "Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya," ujarnya. Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.
Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai. Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.
13 Oktober 2010 - Perbahasan (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)[Bacaan Kali Kedua & Perbahasan] oleh MP Shah Alam.
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.
"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.
"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.
Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.
Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.
Saya ingin memberikan beberapa penjelasan tambahan berkenaan isu ADUN lompat parti khususnya kejadian 26/01/09 hinggan 03/02/09 yang berlaku di Perak. Merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Puteri UMNO Perak dan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak (MS PK4 Akhbar Sinar Harian 18/10/10). Juga merujuk (MS PK5 akhbar yang sama) tentang pandangan Mufti Perak bahawa lompat parti adalah dibenarkan dalam Islam dengan syarat ADUN lompat terus berkhidmat kepada pengundi.
Berikut penjelasan saya :
i) Muzakarah 17/10/10 yang diadakan di sebuah Hotel di Ipoh adalah sepenuhnya inisiatif peribadi
Dato Thasleem Mohd Ibrahim, Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM). Faktor utama yang beliau rasakan 'wajib' mengadakan majlis tersebut adalah kerana sebagai seorang Muslim beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang fenomena ADUN lompat dari segi perspektif Islam. Sementelahan pula pelbagai surat yang beliau hantar kepada pihak-pihak yang berkelayakan termasuk kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti Negeri tidak mendapat jawapan. Yang adapun daripada mufti Perak bukan jawapan dari Majlis Fatwa Perak tetapi pendapat peribadi yang tidak langsung disertakan hujjah-hujjah Al Quran, Al Hadis ataupun pandangan ulama muktabar. Untuk berlaku adil, penganjur telah menjemput semua pihak yang berkepentingan Islam termasuk ulama-ulama , parti politik, Kedutaan Asing dan NGO-NGO Islam.
ii) Untuk pemimpin-pemimpin UMNO mengatakan muzakarah tersebut retorik dan membuang masa adalah keterlaluan. Membedah siasat kemungkaran untuk dijadikan satu iktibar kepada generasi mendatang bukan membuang masa! Menentang kemungkaran bahkan berkait langsung dengan persoalan keimanan dan persoalan dosa serta pahala.
iii) Islam adalah agama yang syumul (sempurna). Jika persoalan sekecil masuk keluar tandas pun ada adab dan nilai pahala/dosa tidak mungkin persoalan politik yang besar seperti ADUN lompat, pecah amanah tentang janji kepada pengundi, kepada pekerja dan pemimpin parti (yang berhabis-habisan semasa kempen piliharaya) tidak ada hukumnya dalam Islam. Pecah amanah adalah sifat-sifat orang munafiq.
iv) Persoalan ADUN lompat kerana kononnya demi menyelamatkan bangsa adalah juga perkara yang sangat subjektif dan perlu di adili. Benarkah ada penggadaian bangsa oleh Kerajaan PR Perak (KPRP) (March 2008 – Februari 2009). Jika memberikan geran bantuan kepada Sekolah-Sekolah Swasta Cina oleh KPRP dianggap menggadai bangsa kenapa ADUN-ADUN yang sama tidak mengistiharkan tidak lagi menyokong Kerajaan BN Perak (KBNP) apabila Dr. Zambry mengumumkan bantuan RM 400,000 kepada setiap Sekolah Swasta Cina dan menyerah tanah seluas 1,000 Hektar kepada Sekolah-Sekolah yang sama pada awal tahun ini. Bahkan antara acara rasmi awal Dr. Zambry sebagai MB Perak pada 08/02/2009 (hari ke 3 menjadi MB) adalah lawatan dan anugerah RM 100,000 kepada sebuah kuil di Ipoh. ADUN-ADUN Behrang dan Changkat Jering tak pernah pula membantah . Tidak hairan kerana mufti pun tidak beri respon!
v) Adakah sesuatu yang wajar bagi satu parti politik yang memperjuangkan bangsa dan agama (UMNO) dan ADUN-ADUN lompat yang keluar PR dengan alasan nak selamatkan bangsa terpalit dengan pelbagai perkara yang memalukan agama dan bangsa (ingat bagi orang-orang Melayu Islam dan Melayu itu sinonim). Bagi Umno & agen-agen upahannya, mereka terpalit dengan perangkap rasuah, perangkap sex, culik dan ugut ADUN (26/01/09 – 03/02/09). Bagi ADUN-ADUN lompat pula rela untuk di culik, ugut dan diberikan pelbagai imbuhan. Ingat Islam tidak pernah mengizinkan perlakuan dosa demi sesuatu perjuangan yang kononnya benar. Falsafah "tujuan menghalalkan cara" ciptaan laknatullah Machiavelli yang dianuti secara taat oleh UMNO adalah falsafah neraka.
vi) Untuk Mufti Perak secara 'Superficial' memberikan hukum lompat ADUN adalah harus (atau? Sunat) tanpa kajian teliti, tanpa merujuk kepada rakan-rakan Ahli majlis Fatwa Negeri yang lain adalah satu tindakan tidak amanah kepada tugasnya. Tidakkah Mufti ingin mengambil kira faktor-faktor : latar belakang kes, perangkap-perangkap mungkar yang digunakan, imbuhan-imbuhan yang diberi dan pelbagai lagi. Menjatuhkan hukum tidak semudah memberikan ceramah "Melayu hilang kuasa jika berpecah" yang menjadi zikir dan mantera Mufti Perak kini. Yang pasti adalah Melayu akan hilang kuasa jika Islam tidak dijadikan dasar perjuangan dan pemerintahan. Kerana Melayu-Melayu yang nak diajak bersatu sudah mencapai angka jutaan adalah penghidap-penghidap HIV, penagih dadah, pelaku zina & anak-anak luar nikah, perasuah-perasuah, pembunuh dan pelaku bunuh diri (suicide).
vii) Jika pula Mufti Perak mengetahui latar belakang kes (perangkap sex, culik, rasuah dan sebagainya) tetapi akur tentang lompat parti dan rampas kuasa BN terhadap Kerajaan PR Perak itu sesuatu yang absah, tindakan mufti tersebut adalah merupakan amalan-amalan dan sikap assobiyah yang sangat klasik. Menyokong kezaliman kerana pelakunya kawan atau puak-puak yang kita suka adalah tindakan yang sama zalim dan ditolak oleh Rasulullah sebagai bukan dari golongan orang-orang yang beriman. Untuk mufti mengatakan ADUN lompat tersebut bersih dari segala noda mungkar tajaan pemimpin-pemimpin besar UMNO adalah petunjuk bahawa mufti sangat naïf dan tidak berwibawa. Jika beliau mendakwa memang naïf, penulis dapat membuktikan ianya satu pembohongan. Pada 03/02/09 jam 10.00 malam di kediaman mufti, penulis sendiri bersama 5 orang saksi memperdengarkan bukti sahih bagaimana rintihan seorang isteri ADUN lompat minta ditolong kerana suaminya diculik oleh agen-agen UMNO. Takkan mufti sudah lupa.
viii) Akhir kalam untuk UMNO menolak hadir muzakarah ilmiah dan syarie anjuran NGO bebas pada 17/10/10 sedangkan PAS hadir dengan segala amanahnya adalah bukti dan testimoni bahawa UMNO tidak berani berhadapan dengan kebenaran hujjah-hujjah agama. Setakat berani berhujjah dengan retorik bangsa Melayu dan agenda pembangunan yang entah kemana adalah terlalu rapoh. Bahkan terkini Presiden UMNO Dato Najib juga mengakui isu pembangunan sebagai agenda mendapatkan sokongan sudah tidak berkesan. Maknanya apa ? Rakyat semakin berilmu, celik, kritis dan bijak untuk menilai : Ilmu & intelek Vs retorik, moraliti Vs korupsi dan demokrasi, syura Vs anarki & Machiavelli.
Sekian, untuk renungan terakhir, mari bersama meneliti hadis berikut:
"Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka". (H.R. Muslim)
Kantoi menipu bila dijumpai di kedai 7 eleven di Bukit Bintang lagi pada 20.10.2010. Kes dianggap selesai.
KUANTAN, 20 Okt 9mlm -Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di sini 13 Oktober lepas ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara, Rabu. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner (ACP)Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya. Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga. "Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai,"
ADUN Kuala Nerang PEKEMBAR/UMNO, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar bankrap minggu lalu ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus menimbulkan kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.
Kerusi disandang Syed Sobri, yang pernah berhadapan dengan isu yang sama dua tahun lalu, boleh diisytihar kosong jika gagal menjelaskan hutang itu kepada KWSP.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan wakil rakyat dari Kedah itu, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.
Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.
Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri (gambar) merupakan pengasas Kulim Enterprise.
Teman baru nie dapat berita orang Pahang ada terserempak 100 orang Tentera US berlatih di Pekan Pahang kalau tak silap. Apa koje diorang. Nak biasakan hutan di Pahang? Siapa sediakan 'free show' anak Melayu ini? Dan telah 'ditaja' (atas kebenaran) oleh pihak atasan!...penulis yakin, hal ini dibawah pengetahuan kerajaan Malaysia termasuk kementerian pertahanan sendiri!!.. Ternyata, kerajaan terdesak untuk 'mengambil hati' tentera2 US sehingga terpaksa mengerahkan anak Melayu-muslimat beraksi 'bebas' di depan tentera kuffar! sungguh hina lagi memalukan! Mana kesungguhan Najib yg kononnya mahu menangani islamphobia? mana maruah Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam contoh!?
Sebagai yang terakhirnya penulis menuntut kerajaan menjelaskan hal ini kepada rakyat! kerajaan Malaysia harus bertanggungjawab!!...sila beri penjelasan, rakyat berhak tahu!..
Tanggal 10 Oktober 2010, dengan linangan air mata, saya berkemas dan mengarahkan semua kakitangan saya mengosongkan premis yang saya sewa dari sebuah agensi kerajaan pusat. Artikel saya sebelum ini menceritakan dengan panjang lebar sejarah saya dihalau..
Isnin 11 Oktober 2010, saya brhadapan masalah apabila saya terpaksa melayani ramai klien saya. Mereka secara rutinnya ramai datang mencari saya dan kebetulannya hari tersebut kehadiran adalah luar biasa. Saya mempunyai kes hartanah yang memerlukan untuk menandatangani borang pindahmilik, gadaian dan sebagainya. Mahu atau tidak, saya terpaksa menggunakan bonet kereta saya untuk dijadikan meja bagi tujuan tandatangan oleh klien-klien saya.
Saya turut dimaklumkan oleh jiran-jiran peniaga bersebelahan saya (di pejabat lama), bahawa ramai yang mncari saya termasuk yang merungut kerana saya seolah-olah cuba menyalahgunakan wang hartanah mereka. Tindakan ini sudah tentu memburukkan imej saya.
Hari berikutnya, saya masih gagal memperolehi pejabat baru, memaksa saya membuat pejabat sementara di bawah sepohon pokok dengan mendirikan khemah (kanopi) sementara. Bermulalah episod "negeri pasola" saya berpejabat di bawah pokok.. Ramai yang hairan, kerana biasanya setiap kanopi kecil dibina sudah pasti ada sahaja bahan jualan..tetapi saya hanyalah sebuah meja lipat, 3 biji kerusi kenduri dan sebuah komputer riba.
Ramai yang mengerumuni saya kerana ingin bertanya keadaan sebenar dan tak sedikit juga pelanggan saya yang datang mendapatkan perkhidmatan guaman saya.
Apa yang saya lakukan rupa-rupanya menimbulkan rasa sakit hati teman-teman berlainan fahaman politik saya. Macam-macam tohmahan, ada yang menuduh saya meminta simpati, berlakon, publisiti murahan dan memalukan orang lain. Saya tersenyum..Manis bibir berbicara, tidak sama jiwa memikul...
Saudara semua,
Sejak bertanding pilihanraya umum mewakili PAS dalam 2 siri pilihanraya, macam-macam kerajaan Barisan Nasional buat pada saya. Saya pernah menjadi panel guaman Unit Perumahan sebuah kerajaan negeri, tetapi hanya satu panggilan telefon, khidmat saya ditamatkan. Mereka menyekat dari saya mendapat apa-apa projek guaman dimana kerajaan berkepentingan. Sekarang saya dihalau kerana menyewa premis kerajaan. Saya tinggal sehelai sepinggang. Saya ada 5 orang kakitangan yang beranak-pinak untuk saya beri gaji..saya tidak pernah menaikkan bendera PAS di situ. Mesyuarat PAS pun tak pernah di situ..
Isu ini mendapat perhatian media termasuk media berbahasa asing. Saya menasihati mereka supaya cerita saya tidak disensasikan dengan alasan ada yang akan terasa dan tersinggung dengan kata-kata saya kelak. Mereka boleh ambil gambar dan berita, tetapi tidak melampau dan dipolitikkan. Namun apa yang paling menyedihkan saya, bila mana seorang wartawan difahamkan telah dihina, digertak dan dihamburkan dengan macam-macam kata-kata semata-mata kerana mempertahankan cerita isu melibatkan saya oleh seorang pemimpin Barisan Nasional Pahang. Jelas pemimpin tersebut terlalu angkuh dan tidak wajar diangkat sebagai pemimpin!!
Apa yang berlaku, saya redha dan melihatnya secara objektif. Saya suka melihat ke dalam diri saya dan memuhasabah diri saya. Tinggal lagi, saya berharap dan berdoa agar kezaliman yang menimpa saya tidak menimpa orang lain yang lebih susah dari saya. Saya meminta semua yang cintakan keadilan, agar kita sama-sama berdoa supaya mereka yang zalim ini diberikan hidayah dan menyedari kesilapan mereka. Kami semua yakin bahawa golongan zalim ini tiada tempatnya di sisi Allah SWT..
Posted by MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY
Sabarlah Mohd Fadzli , insyallah akan turun pertolongan atas kamu atau pertolongan lagi besar merubah pemerintahan Negeri pahang nanti.
Kepada pemimpin Pakatan rakyat di Pahang atau di mana sahaj yang boleh bantu peguam muda ini, tolonglah dari segala kemampuan yang ada samada ofer pejabat atau kewangan.
kadirjasin AKHBAR Inggeris milik MCA, The Star, hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada ahli parti menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) mulai esok agar berjaga-jaga terhadap agenda jahat (sinister agenda) sesetengah media alternatif.
Katanya, percubaan memecahbelahkan negara adalah nyata dengan media massa alternatif mengungkit perkara remeh untuk membakar emosi sambil menambah bahawa orang ramai tertarik kepada blog kerana menghidangkan "hiburan murah" (cheap entertainment).
Sama ada ia agenda jahat atau hiburan murah, berikut adalah Manifesto saya sebagai orang Melayu Malaysia (yang semestinya beragama Islam) yang ditujukan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation/Umno) sempena persidangannya mulai esok hingga 23 Oktober.
Manifesto ini adalah penyataan umum dan terbuka mengenai prinsip dan dasar yang saya rasa wajib diperjuangkan semula oleh Umno sebagai parti induk politik kebangsaan Malaysia. Ruhanie Ahmad
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Empat Keselamatan rejim BN sedang terancam. Inilah persepsi umum di kalangan rakyat biasa Malaysia mutakhir ini. Sukar untuk dipastikan sama ada ini adalah realiti. Tetapi, persepsi berperanan besar dalam politik.
Persepsi ini muncul berdasarkan pelbagai indikator politik dalaman BN dan luaran BN serta dinamikanya. Antaranya adalah seperti berikut:
Pemuda UMNO
Sayap penting UMNO ini didakwa sebagai lemah dan gagal memahami aspirasi sebenar Melayu dalam kerangka politik kontemporari. Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan PERKASA dikatakan sebagai menyebabkan ramai lagi orang Melayu berasa kecewa dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sayap ini juga dikatakan sebagai kehilangan idealism dalam perjuangannya membela orang Melayu. Seluruh persepsi ini wajar ditangkis secara berhemah dan segera. Pastinya Ketua Pemuda UMNO Malaysia cukup berwibawa untuk bertindak secara positif dan efektif dalam konteks ini.
Karenah MCA
Persepsi segolongan orang Melayu terhadap MCA amat negatif. Mereka beranggapan suara MCA mutakhir ini seolah-olah hampir senada suara parti pembangkang Chinese-based. Kenyataan provokatif Lee Kuan Yew terhadap Malaysia tempohari disifatkan sebagai indikator dan manifestasi kepada kecelaruan permuafakatan komponen bukan Melayu dalam BN ini. Lantaran itu, wujud segolongan orang Melayu bimbang akan kemenangan BN di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai 51 peratus majoriti pengundi bukan Melayu. Bagaimanakah persepsi ini mahu dimansuhkan sebelum PRU13 kelak?
Warga Perkhidmatan Awam
Jika ditinjau kembali posting awal dalam siri ini, terbukti bahawa warga perkhidmatan awam sama-sama berperanan penting dalam mempertahankan keselamatan rejim negaranya. Oleh sebab itu tidak wujud dictum bahawa kononnya mereka perlu bersikap neutral. Dalam konteks ini, persepsi umum menyatakan bahawa warga perkhidmatan awam perlu sama-sama berusaha untuk menjamin kemenangan BN dalam PRU13. Lantas, apakah usaha yang akan dilaksanakan?
Orang Besar BN
Paling serius lagi, ada persepsi mengatakan bahawa segelintir Orang Besar BN sendiri kononnya sudah hilang keyakinan terhadap kemenangan BN dalam PRU13. Mereka kini didakwa sebagai sibuk menyiap-sediakan langkah-langkah menyelamatkan tengkok dan tembolok masing-masing. Persepsi ini meluas, tetapi mungkin juga fitnah dan dakyah semata-mata. Tetapi, jika inilah realitinya, apakah cara untuk mengatasinya?
Gelagat Menteri
Kini wujud persepsi negatif terhadap gelagat segelintir Menteri. Kenyataan-kenyataan mereka boleh jadi bagaikan nila setitik yang akan merosakkan susu sebelanga. Segelintir Timbalan Menteri juga dikatakan tergolong dalam kategori ini. Gelagat mereka bukan sahaja menyebabkan segolongan rakyat jadi marah, malahan menyebabkan segolongan warga perkhidmatan awam hilang hormat kepada individu terbabit dan parti yang diwakilinya.
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Orang UMNO ramai beranggapan bahawa pengurusan Ibu Pejabat UMNO masa ini disamakan dengan pengurusan korporat. Ahli-ahli yang berkunjung untuk berurusan terpaksa mengisi borang dan sebagainya. Di samping itu terdapat seorang bos tertentu dikatakan bertindak lebih semberono dan menyebabkan kemarahan ahli-ahli UMNO serta melemahkan morale kakitangan Ibu Pejabat UMNO. Soalnya, adakah ini hakikat dan bila agaknya punca kekalutan ini mahu diatasi?
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB).
Ini adalah alasan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Pas berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion. Nampaknya pemimpin umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.
Tabung Haji Didesak Ubah Sistem Pilih Bakal Haji KUALA LUMPUR 19 OKT - Seorang anggota Dewan Rakyat hari ini mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Jadi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurgapun ada kuota...dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji...jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana di'control' oleh kerajaan...siapa yang mahu tanggung dosa?
"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya TH mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah TH dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.
Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.
"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, TH kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa TH kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.
"TH ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji...bayar RM10,000 semua kelas pertama...ini mana boleh.
"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi...kenapa, TH untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.
KARTUNIS tersohor, Zunar ditangkap polis atas alasan yang amat dangkal. Sepasukan polis menyerbu pejabatnya petang 24 Sept. Merampas 66 buah buku 'Cartoon-O-Phobia' yang bakal dilancarkan pada malam itu oleh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Ikuti detik hitam itu seperti yang diceritakan oleh Zunar kepada wartawan Harakah, INTAN ABDULLAH di pejabatnya baru-baru ini.
POLIS datang ke sini pada pukul 3.20 petang. Ketika itu saya sedang menyiapkan ucapan pelancaran yang akan diadakan pada malam itu. Tiba-tiba datang 10 orang polis dan memperkenalkan diri.
Mereka kata mereka hendak mencari buku 'Cartoon-O-Phobia' kebetulan pada masa itu kami ada beberapa naskhah iaitu 66 untuk dijual semasa majlis pelancaran, dan setengah daripadanya saya telahpun menurunkan tandatangan bagi naskhah yang telah ditempah lebih awal.
Ini kerana ada yang telah menempah 20 atau lima dan sebagainya, jadi saya perlu menyediakannya lebih awal bersama resit pembayaran sekali. Jadi dia datang dan saya kata, "ini (buku Cartoon-O-Phobia) orang punya dan mereka telahpun membayarnya". Tetapi mereka tetap bertegas menyatakan,"tidak, ini semua saya akan rampas".
Kemudian saya tanya kenapa? Apa-apa yang tuan hendak buat sekalipun... sila tunggu peguam saya datang. Kemudian selepas Latheefa Koya (peguam) datang, beliau bertanya kenapa mereka mahu rampas buku saya.
Tetapi polis menyatakan, "ini adalah di bawah Akta Hasutan kerana kartun-kartun ini menghasut orang ramai." Peguam saya tanya, muka surat berapa yang menghasut itu? Polis tidak dapat jelaskan dan mulai membelek buku berkenaan dan berkata ini logo Umno seolah-olah menyatakan itu merupakan suatu kesalahan. Jadi, saya dapat tahu bahawa mereka ini ada arahan politik untuk menangkap saya kerana polis pun didapati tidak tahu. Ianya dilakukan atas dua sebab. Pertama untuk menggagalkan pelancaran buku yang dijadualkan malam itu. Kedua supaya buku ini tidak dapat diedarkan. Lepas dikira dan diambil kesemuanya (buku itu) mereka memberitahu saya bahawa mereka mahu menahan saya di bawah Akta Hasutan.
Kemudian saya dibawa ke Balai Polis Brickfields. Dibuat laporan penangkapan. Selain buku-buku tersebut mereka juga merampas sebuah lukisan. Selepas itu saya dibawa ke tujuh buah balai polis bermula dengan Brickfields, kemudian ke Petaling Jaya, lepas itu ke Puchong, Bukit Puchong, Serdang, Sepang dan akhirnya ke KLIA.
Pada setiap balai polis yang saya di tempatkan itu memang terdapat pegawai polis di sana menunggu 'instruction' yang berbeza-beza.
Jadi saya tidak tahulah masa itu kerana saya ingat mungkin akan didakwa di bawah ISA atau sebagainya kerana saya dibawa ke balai polis yang berbeza-beza sehingga saya sukar untuk menjangkakan apa yang sebenarnya bakal berlaku.
Akhir sekali di Balai Polis Sepang, mereka kata mereka akan reman saya dan saya dibawa ke lokap KLIA. Pada ketika yang sama saya ditahan, pencetak juga ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis masing-masing.
Saya dimaklumkan terdapat dua syarikat pencetak yang ditahan sedangkan hanya sebuah sahaja syarikat yang mencetak buku dan sebuah lagi ialah syarikat yang pernah mencetak buku-buku saya sebelum ini.
Dalam serbuan-serbuan tersebut seramai 15 orang daripada kedua-dua syarikat terbabit ditahan sedangkan sepatutnya 10 sahaja. Selepas itu, pihak polis menjalankan soal siasat dan hasilnya mereka mendapat maklumat bahawa saya telah menempah 3,000 naskhah buku tersebut.
Hal ini menyebabkan saya dihujani persoalan ke manakah kesemua buku yang berjumlah 3,000 naskhah itu dan kenapa hanya 66 naskhah sahaja yang ada di pejabat saya.
Saya bagi tahu mereka bahawa saya tidak tahu kerana buku tersebut baru sahaja diterbitkan pada hari itu, dan adalah mustahil untuk saya mengetahui baki yang selebihnya ditempatkan kerana saya bukanlah seorang penerbit.
Namun pihak peguam tetap menekan saya untuk mendapatkan maklumat itu tetapi saya tidak menjawab apa-apa. Kemudian saya ditahan di lokap KLIA, dan keesokan harinya saya dibawa ke Sepang untuk direman. Pihak polis memohon tempoh reman sebanyak lima hari. Dalam tempoh tersebut pihak polis memasang taktik dengan memaklumkan perkara yang sedang berlaku kepada peguam pada saat-saat akhir.
Contohnya ketika saya dibawa ke KLIA ke Sepang yang memakan masa hanya 15 minit sahaja, peguam saya pada ketika itu berada di Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan menuju ke KLIA baru sahaja dihubungi untuk memaklumkan perubahan tempat.
Ini menyebabkan beliau tidak sempat menemui saya. Ianya kelihatan sengaja dibuat. Ini membuatkan saya terpaksa untuk mewakili diri sendiri. Apa yang menyebabkan saya boleh bebas apabila saya bertanya kepada polis,"bagai mana kah buku ini boleh dikatakan menghasut kerana ia baru sahaja diterbitkan semalam?" Ianya masih belum dibaca oleh rakyat kerana pada kebiasaannya buku selepas dibaca selama dua atau tiga bulan barulah ianya boleh dinilai isi kandungannya melalui siasatan. Sebab itulah semasa pihak majistret tanya mengenai hal ini saya kata, polis masih belum bacanya tetapi telahpun menangkap saya.
Selepas itu bila majistret bertanya kepada pegawai polis itu, "kamu (polis) dah baca ke (buku itu)?" Lalu polis tersebut jawab ,"belum!"
Saya katakan kepada mereka, siasatlah buku itu dahulu, letaklah buku itu dalam penjara atau sebagainya. Namun pada hari yang sama juga pegawai polis terbabit kena datang ke Malaysiakini untuk mencari baki buku yang masih belum ditemui.
Ketika itu masa semakin suntuk kerana saya dibebaskan pada jam 6 pagi. Jadi, saya pun diambil keterangan pada waktu petang. Pada satu sebelah paginya saya digari selama lapan jam iaitu daripada pukul lapan hingga pukul empat petang.
Ianya hanya dibuka untuk tujuan makan dan pergi ke tandas sahaja. Semasa diambil cap jari dan sebagainya dengan tangan tetap bergari. Sebelum ini ianya tidak diperlakukan seperti itu. Kemudian saya diambil keterangan oleh polis, Lateefa dan Fadiyah Nadwa (seorang lagi peguam) menasihati saya agar tidak menjawab persoalan yang dikemukakan itu.
Saya dibebaskan dengan lebih awal. Walau bagaimana pun saya diminta melaporkan diri semula pada 7 Oktober. Peguam saya sangat cekap, mengikuti ke mana sahaja saya dibawa, memastikan saya dibekalkan ubat secukupnya.
Saya tidak boleh tidur kerana keadaan lokap yang dikelilingi simen yang tiada sebarang lapik atau alas serta bunyi kapal terbang yang naik turun daripada KLIA sangat mengganggu.
Dalam kesempatan itu saya memanggil dua tiga orang yang turut berada di dalam lokap itu untuk berkongsi tentang perkembangan semasa serta hak-hak mereka sebagai orang kena tahan kerana ada di kalangan mereka yang telah direman selama 60 hari.
Pada sebelah petangnya pula saya melukis dalam lokap. Saya seludup pen untuk tujuan itu. Alhamdulillah saya sempat melakarkan keadaan di dalam penjara itu selama dua jam. Saya tidak tidur, solat menggunakan pakaian lokap yang diberikan.
Saya sedar dan tahu bahawa penahanan saya ini adalah arahan politik kerana semasa saya ditahan 'le tour de lock-up' itu (bukan Le Tour de Langkawi) pegawai polis di kesemua balai hanya menunggu arahan kerana apabila saya bertanya ke mana saya akan dibawa, mereka sendiri tidak mengetahui apa-apa.
Saya tidak menyalahkan polis-polis di peringkat bawahan. Mereka pun tak tahu kenapa saya ditangkap dan mereka pun tidak tahu hendak bertanya apa. Sehingga ada polis yang ketika menyerbu ke pejabat saya untuk rampasan buku, mereka kata mereka menyangka mereka akan menyerbu seorang penjenayah kerana mereka tidak diberitahu lebih awal.
Apabila mereka masuk ke pejabat saya, dua polis ke bahagian belakang. Manakala di peringkat syarikat penerbitan, dirampas plat cetakan. Mereka sekarang mencari softcopy untuk memusnahkan sebarang bukti kewujudan buku ini dalam sejarah negara.
Saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan, peminat dan penyokong yang tidak putus-putus berdoa sehingga saya bebas. Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan kini berada dalam keadaan yang tidak selamat. Begitulah keadaan kerajaan sekarang ini yang takut kepada semua benda termasuklah kartun. Yang teman tau, kartunis di barat yang paling tajam sindiran pun tak pernah di tuduh ancam ketenteraman awam.
Seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal dan negeri pembangkang lain yang diterajui oleh bukan pemimpin tempatan.
Katanya, walaupun pemimpin berkenaan hebat dan mempunyai strategi yang baik tetapi kesibukan Shafie sebagai menteri, ahli parlimen dan naib presiden Umno menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.
"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkan lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.
Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".
Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.
"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.
"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.
Shafie: Saya diminta oleh presiden
Sementara itu, Shafie berkata beliau mempunyai masa yang cukup untuk membantu Umno Kedah untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang, lapor Bernama.
Sambil menafikan beliau kesuntukan masa untuk ke Kedah dan menjalankan amanah yang diberikan kepadanya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, beliau berkata apa yang penting ialah pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda berterusan turun padang melakukan gerak kerja.
"Tidak menjadi masalah. Bukan masalah tidak cukup masa...cukup masa. Cumanya mungkin jawatan itu perlu diberikan kepada orang Kedah untuk ambil alih. Tugas saya cumalah untuk membantu.
"Saya diminta Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu Kedah. Kalau pihak pimpinan mahu kita (bantu), dengan senang hati kita akan bantu.
"Saya membantu untuk memberikan Umno (Kedah) bangkit semula supaya kita dapat merampas kembali Kedah," beliau dipetik sebagai berkata.
Jerebu paras bahaya, TPM nasihat sekolah Muar tutup - Mkini
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.
menjejas kesihatan
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.
"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.
"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.
Muhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.
Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.
Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.
Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.
Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.
FPI dan FK
KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.
"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.
Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.
Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.
Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.
Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.
Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.
Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.
Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.
Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.
Anak bapak, sindrom menafikan, sikit-sikit salahkan pembangkang, parti lawan, Anwar...
Mukhriz hina pelabur tidak datang ke Malaysia Abdul Aziz Mustafa harakah
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menghina para pelabur apabila mendakwa mereka tidak datang ke negara ini akibat hasutan pembangkang.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, Mukhriz memalukan Malaysia kerana beliau boleh mengakibatkan orang luar menghina Malaysia kerana mempunyai menteri yang tak cerdik.
"Jangan hina pelabur. Mereka tidak bodoh seperti orang menjawab tidak pakai akal.
"Bila pelabur hendak buat keputusan sama ada hendak melabur atau tidak ke negara ini, mereka tidak tanya Presiden PAS. Mereka tanya badan-badan yang diiktiraf seperti Economic Intelligence Unit atau Moody's," katanya mengulas dakwaan Mukhriz di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengenai kejatuhan pelaburan asing sehingga 81 peratus ke negara ini, Mukhriz mendakwa kejatuhan berlaku akibat tindakan pembangkang memburuk-burukkan negara ini di luar negara.
"Dalam keadaan sebahagian besar pelabur sudah tak ada selera untuk melabur di negara ini, tiba-tiba muncul pula seorang yang bertaraf timbalan negeri di negara ini yang nampaknya cuba membayangkan para pelabur bodoh sangat untuk membuat keputusan tentang pelaburan mereka," kata Mohamad.
Katanya, Mukhriz juga kelihatan menyifatkan rakyat terlalu bodoh untuk menelan jawapan seperti itu.
"Saya rasa akhirnya Mukhriz sendiri yang akan dianggap berada dalam tahap kebodohan yang teramat bodoh dengan jawapan itu. Jangankan ahli-ahli Dewan Rakyat di mana beliau memberikan jawapan itu, orang-orang Kampung Kandis di Jerlun pun mentertawakan beliau," katanya.
Mengenai tuduhan Mukhriz bahawa pembangkang tidak patriotik, Mohamad berkata, pihak yang tidak patriotik ialah kaki rasuah yang dilihat oleh rakyat berduyun-duyun di dalam Umno sehingga ayah Mukhriz sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa Umno sudah jadi parti perasuah.
"Bila rasuah, untuk mengelakkan hukuman, kuasa disalahgunakan, kebebasan kehakiman dinodai dan pelbagai kejahatan lagi dilakukan.
"Kaki-kaki rasuah itulah, termasuk di dalam Umno, yang tidak patriotik dan menyebabkan pelabur tidak mahu datang ke negara ini," katanya.
3 projek utama gagal kerana kronisme Hazayani Zakaria - Harakah
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran.
Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan.
Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.
"Ini adalah kontraktor Bumiputera kelas A tetapi ditamatkan kontraknya oleh kontraktor utama, Sunshine Fleet kerana pertikaian berhubung pembayaran progresif. Lalu GM Health menawarkan kepada kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan diskaun RM3 juta dan sanggup menyiapkan projek dalam tempoh 18 bulan.
"Walaupun syarikat itu telah membayar komisen kepada Sunshine Fleet tetapi ia masih sanggup untuk menerukan projek tersebut," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Saifuddin Nasution (PKR-Machang) pula mendedahkan, kos pembinaan Institut Kanser Negara meningkat dua kali ganda daripada tawaran asal RM340 juta kepada RM690 juta.
Ini berlaku kerana Umno BN masih mengamalkan budaya kronisme dan 'untung atas angin' (rent seeking) walaupun menjanjikan kepada rakyat pendekatan tender secara terbuka akan diamalkan dalam Model Ekonomi Baru.
Menurut Saifuddin, acara pecah tanah telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 2007 di Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Projek tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan untuk pesakit kanser dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.
"Pada 10 Mac 2009, Timbalan Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Dr Latiff Ahmad menyebut kerajaan berada di tahap akhir untuk membina institut tersebut dengan kos sebanyak RM700 juta.
"Ertinya, selepas 24 bulan diumumkan, harganya sudah pun meningkat 100%," ujar beliau.
Menurut Saifuddin, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati projek itu telah diberikan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd dan dalam penyata akaun tahunan syarikat tersebut pada tahun 2009 mengesahkan ia telah memperolehi surat tawaran untuk membina institut pada Januari 2008.
Satu lagi projek yang menjadi mangsa salah laku Umno BN iaitu pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2 apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu.
Abdul Wahid Endut (PAS-Kuala Terengganu) dalam sidang media sama berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.
"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka.
"Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid
Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.
"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek," ujarnya.
Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.
Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik AJK Umno Hulu Terengganu.
"Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.
nota: kelmarin lebih dari 3 juta rakyat peranchis turun ke jalan raya kita tunggu dan nantikan hasilnya
BERITA BAIK DARI SELURUH DUNIA
Kaum buruh dan anak muda di Peranchis meneruskan perjuangan mereka. hari ini masuk hari ke 6 dimana seluruh peranchis telah lumpuh oleh mogok dan tunjuk perasaan.
Hari Rabu ini dewan Senate Peranchis akan membincangkan pemanjangan dua tahun umur pancen – dari 60 ke 62 tahun.
Mogok dan tunjuk perasaan ini adalah untuk menentang pemanjangan umur boleh pencen.
Hari ini : - beratus ratus stesen jual minyak tutup. semua kehabisan minyak - perlabuhan marseille telah ditutup - pemungut sampah telah turut sama – sampah mula menimbun - anak anak muda tingakatan enam telah mula turun ke jalan raya. dua ratus sekolah menengah ditutup. anak muda mula bertempur dengan polis - laluan jalan keretapi dari selatan – monpellier ke nimes di tutup - pemandu truk dan lori melintangkan kereta dilebuh raya sebagai tanda sokongan - kesatuan buruh GST meminta lapangan terbang ditutup[
NANTERRE : diwilayah inilah bermulanya gerakan mei 68
NOTA: harga minyak telah naik ke 82 dolar untuk satu tong. minggu lalu ianya mencecah 87 dolar. musim sejuk akan sampai. harga bahan bakar minyak akan naik lagi. semua ini membantu kaum buruh untuk terus menekan kerajaan pro kaum pemodal di eropah.
DI GERMAN: Untuk pertama kalinya kerajaan german telah menerima hakikat bahawa dasar multicuturalism telah GAGAL. ini akan memberi nafas baru untuk gulungan kanan yang anti warga turki dan anti islam.
DARI AKHBAR GUARDIAN LONDON
"The vote is of no importance," said Didier Caron, a 51-year-old Renault employee. "It's the street. If the street works well, it could still win."
(Mengundi itu tidak penting, kata Didier 51 tahun yang bekerja di Syarikat Renault. Jawabnya jalan raya. Kalau dijaan raya berjaya, pasti kami menang )
As the familiar chants rang out and students and children rubbed shoulders with pensioners and postmen, the manifestation drew 3.5 million people on to the streets, according to the unions, and 1.1 million, according to the interior ministry. Some shouted their calls for an intensified grève générale (general strike). Others took a quieter approach. One man's sticker read: "rêve générale" – general dream.
"I am here to show my discontentment with this government's politics in general," said one hospital worker, Armelle, who like many protesters was expressing her rage with the Sarkozy agenda as a whole, rather than just the pension reform. "This is my fifth time. I am mobilising for myself and for all French people. I feel as though our public services, which are so important to us in France, are disappearing."
terjemahan
Seperti biasa terdengar nyanyian dan mahasiswa dan anak-anak berganding bahu dengan pesara dan posmen, manifestasi menarik 3.5 juta orang ke jalan-jalan, menurut kesatuan pekerja, dan 1,1 juta, menurut kementerian dalam negeri. Beberapa berteriak panggilan mereka untuk Générale Greve intensif (mogok umum). Kandungan mengambil pendekatan yang lebih tenang. pelekat Satu orang membaca: "Générale Reve" - mimpi umum.
"Saya di sini untuk menunjukkan ketidakpuasan saya dengan politik ini kerajaan pada umumnya," kata salah satu rumah sakit pekerja, Armelle, yang suka banyak demonstran itu menyatakan kemarahannya dengan agenda Sarkozy secara keseluruhan, bukan hanya reformasi bersara. "Ini adalah masa kelima saya. Saya memobilisasi untuk diri sendiri dan bagi semua orang Perancis aku merasa. Peritnya perkhidmatan awam kami, yang begitu penting bagi kami di Perancis, yang hilang."
Islamic Fashion Festival (Kuala Lumpur-Jakarta-Monte Carlo) ala jihilah telah diadakan di Kuala Lumpur bulan April 2010 yang lalu. Mungkin ramai yang terlepas pandang yang melibatkan perasmian oleh isteri pimpinan negara yang tercinta. IFF ini menghina Islam dan wanita muslimat di negara ini. Sepatutnya dinamakan Jahiliah Fashion Festival (JFF) bukan IFF. Inilah yang dikatakan pengaruh jahiliah moden ala Malaysia dan pengaruh Yahudi Zionis sepertima peringatan Allah dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 120: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
... dan yang rasminya adalah Kak Mah sendiri... cayok...cayok...
ALOR SETAR, 20 Okt — Gara-gara bergaduh adik-beradik, dua buah rumah dan sebuah kereta terbakar di Kampung Seberang Perak di sini malam tadi.
Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan seorang pemuda sakit mental yang sebelum itu dikatakan bergaduh dengan adiknya dan mengugut untuk membakar rumah mereka.
Ibu mereka Khua Ai Git, 56, berkata pergaduhan tersebut bermula 4 petang semalam, antara si abang Tan Chee Leng, 32, dan seorang adik lelakinya.
"Saya terpaksa buat laporan di balai polis kerana saya bimbang Chee Leng ada sakit mental. Saya risau Chee Leng akan buat seperti yang dia ugut (bakar rumah).
"Selepas buat laporan, anggota polis ada pergi rumah saya dan saya terus berada di balai polis kerana bimbang pulang ke rumah," katanya.
Namun pada pukul 8 malam, Khua berkata beliau dihubungi adiknya yang memberitahu rumahnya dan sebuah rumah jiran sudah terbakar.
"Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana semasa saya sampai di rumah, api sudah kuat dan sebuah kereta di hadapan rumah saya juga terbakar," katanya.
Pihak polis belum memberi butiran mengenai kejadian tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata pihaknya menjumpai dua botol cecair yang tidak berlabel di tempat kejadian.
"Namun kita akan mengenal pasti cecair tersebut dan punca sebenar kejadian. Setakat ini kita percaya api disebabkan daripada cecair yang dicurahkan itu," katanya.
Beliau berkata bomba menghantar dua buah jentera beserta 24 anggota untuk memadam kebakaran dengan turut dibantu pasukan bomba sukarela.
Pesakit mental tersebut dikatakan telah menghilangkan diri. — Bernama
KUALA LUMPUR, 19 Okt – Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.
Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.
"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.
"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.
"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.
Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota yang sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.
Selain itu, Abdul Ghapur turut mempersoalkan mengenai peruntukan pembangunan untuk Sabah yang didakwa "tidak nampak di mana jatuhnya".
Katanya, secara dasar Sabah mempunyai kira-kira RM12.5 bilion peruntukan pembangunan yang terdiri daripada RM2.5 bilion menerusi Bajet 2011, RM6 bilion diumumkan Perdana Menteri ketika melawat Sandakan pada 16 September lepas, dan RM4 bilion lagi melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang tidak dibelanjakan.
"Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap ''deposit tetap'' untuk BN...mereka mahu tahu ke mana kewangan ini disalurkan, sama ada kepada kerajaan negeri, atau masih dipegang oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri," katanya. – Bernama
Betul ke KDNK naik 10.5 peratus...??? Atau figure je yang naik....???
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.
Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.
"Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan
"Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs semalam.
Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
Omar berkata tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lepas, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.
Beliau yang berterima kasih di atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.
Ditanya mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan sistem penilaian baru, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik pengumuman itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai penggubalan sistem baru tersebut.
"Kita berharap pada Julai 2011 nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam Cuepacs turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai tahun depan. — Bernama
KUANTAN - Seorang pekerja kilang menghadapi tuduhan merogol seorang remaja bawah umur sebanyak lima kali dalam tempoh tiga jam di bilik sewa, di sini, tahun lalu.
Ahmad Zulhelmi Zulkifli, 24, yang beralamat di RRM 2 Kuala Pahang, Pekan, ditahan pada 12 Oktober lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, di sini, semalam.
Mengikut fakta kes, Ahmad Zulhelmi didakwa merogol mangsa berumur 13 tahun lapan bulan di sebuah bilik sewa di Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 5 Disember tahun lalu.
Kira-kira setengah jam kemudian, tertuduh melakukan perkara sama terhadap mangsa serta mengulangi perbuatan itu pada jam 6 pagi, 6.45 pagi dan 7.30 pagi di tempat dan tarikh sama.
Ketika ditanya Hakim Irwan Suaibon, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon supaya dibicarakan.
Irwan menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 15 November ini selepas diminta Pegawai Pendakwa Raya, Law Chin How.
Tertuduh juga diminta membawa peguam selepas dikenakan ikat jamin keseluruhan RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan seorang penjamin.
Ahmad Zulhelmi, bagaimanapun, gagal membayar ikat jamin dengan alasan bapanya pergi menunaikan haji di Makkah, lalu tertuduh dihantar ke Penjara Penor.
Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidar wajar itu.
Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan jawi secara terbalik diguna dan dipakai didada salah seorang peraga feshion yang tidak menutup aurat.
"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan islamic tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.
Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO2 Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.
Nampaknya ini lah susahnya kalau Menjadi Menteri tak berfotpolio ni, semua yang berlaku dalam Kementerian yang ada sabit dengan wanita dia nak handle, sejak lepas jadi 'First lady 'lepas conference ni, galak sangat Isteri PM kita ini turun gelanggang. Semasa merasmikan Tesco di Puchong, ana lihat Timbalan Menteri KPDNK hanya tengok saja pasaraya tu dirasmikan, nampaknya lepas ni DS Shahrizat kena letak jawatan kot, tarik balik Senator dia tu.
KUALA LUMPUR, 20 Okt – Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai muflis Jumaat lalu.
Sambil mengakui belum ada butiran terkini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.
Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.
"Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat," kata Shafie.
Shafie yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau belum menerima sebarang makluman daripada Syed Sobri sehingga ke hari ini.
"Sebenarnya tidak tahu apa status perkara ini. Syed Sobri juga tidak maklumkan kepada saya mengenainya.
"Dulu saya pernah jumpa dengan beliau tapi perkara lain," kata Shafie kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas melawat bilik media Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Jelas Shafie, parti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk diadakan pilihan raya kecil membabitkan kerusi DUN Kuala Nerang.
"Kalau perlu merayu kita akan buat tapi sekiranya perlu buat persediaan dengan keadaan berhadapan pilihan raya kecil kita akan adakan.
"Tiada masalah bagi kita, tapi saya harap tidak ada pilihan raya kecil," katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Syed Sobri, yang didakwa bersama tiga defendan yang lain termasuk syarikatnnya, sebagai muflis Jumaat lalu.
Bagaimanapun di peringkat minggu lalu, mahkamah dikatakan hanya mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis selaku salah seorang pengarah syarikatnya.
Maklumat sebelum ini menyebut Syed Sobri merupakan pengasas Kulim Enterprise.
Beliau dipercayai akan membuat rayuan.
Syarikatnya dipercayai gagal menjelaskan baki caruman lebih RM700,000. KWSP dikatakan membawa kes itu 2003.
Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam menafikan beliau muflis sambil berkata, ia sengaja disebarkan oleh musuh politiknya.
Pada awal November 2008, beliau dikatakan hampir muflis kerana hutang bank.
Bagaimanapun menurut Syed Sobri ketika itu, beliau sudah pun menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.
Oleh itu katanya, peguam beliau juga telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan 3 November 2008, mengisytiharkan dirinya muflis.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.
KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan 'tertawan'nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk 'menawan' Putrajaya nanti.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat 'ditawan' Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.
Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.
"Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya," ujarnya.
Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.
Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.
Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.
Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.
"Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank," ujarnya.
Inilah ajaran Islam cara UMNO dan Barisan Nasional! Bila pemimpin jahil diserahkan tanggung jawab menegakkan Islam, nescaya agama akan dimanipulasi sesuka hati mengikut selera dan kepala hotak pemimpin jahil UMNGOK yang bakal menghancurkan Islam.
Sebelum kita serahkan tanggung jawab menegakkan dan memperjuangkan Islam kepada Najib, kita lihat dulu bagaimana majlis yang kononnya Islamik pada pandangan pemimpin jahil ini dianjurkan oleh mereka. Inikah pakaian atau fashion Islam? Tepuk kepala tanya akal!
Di bawah ini pula anda lihatlah bagaimana Rosmah Mansur menganjurkan majlis yang menghina Rasulullah! Inilah jadinya bila orang jahil diberi kepercayaan memperjuangkan Islam! Lihatlah bagaimana nama junjungan besar kita Muhammad S.A.W yang merupakan Rasulullah diterbalikkan dan diletakkan di dada wanita yang tidak menutup aurat! Malah kalau dilihat secara kasar wanita tersebut bukanlah seorang Islam.
Hazayani Zakaria (Harakahdaily.net) Bekas kakitangan Felda, Khamis Saad hari ini mendedahkan bukti mengenai penipuan Felda dalam gred baja yang dibekalkan kepada peneroka. Beliau yang juga Pengerusi Alumni Bekas Kakitangan Felda berkata, baja yang dibekalkan oleh Felda telah dicampur dengan pasir menyebabkan kandungan aslinya berkurangan. “Baja yang datang daripada Jerman yang dibekalkan kepada peneroka yang dibekalkan [...]
http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/ Tindakan Umno memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Galas sudah tentulah mempunyai sebab tersendiri, meskipun dianggap memecah tradisi kerana lazimnya peranan tersebut digalas oleh Timbalan Presiden parti. Mungkin bagi anggapan Umno, Ahli Parlimen Gua Musang selama 9 penggal itu merupakan segala-galanya di situ, [...]
http://msomelayu.blogspot.com PAS telah mendahului Umno telah melancarkan jentera pilihan raya kecil Galas malam tadi. Pada pelancaran majlis itu ada petanda awal Pas akan berdepan dengan Umno secara selesa dalam pilihan raya kecil Galas 4 November depan. Gambaran ini ternampak pada sambutan majlis berkekaan yang dihadiri lebih 5,000, demikian menurut sumber yang hadir. Katanya orang Cina [...]
PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan. Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai [...]
Oleh: WFAUZDIN NS TUN MAHATHIR sendiri merasa kurang yakin Najib mampu memperolehi 2/3 majoriti di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Mantan PM itu berkata ini adalah disebabkan Najib mewarisi kerajaan yang lemah daripada Pak Lah. Cumanya, beliau tidak sebut pula Pak Lah mewarisi kerajaan diktator itu daripada siapa. Adakah Pak Lah telah mewarisi [...]
Oleh Chegu ZUL Muzakarah PAS dan Umno boleh sahaja. Namun masa ini adalah ‘masa’yang paling tidak sesuai langsung bagi tujuan murni itu.Dari sudut dakwah pertemuan tersebut tidak menjadi masalah, hatta PAS pernah bertemu berdailog bukan sahaja dengan Umno lebih daripada itu lagi. Namun, dari segi strtegik politik pertemuan masa terdekat Umno PAS adalah merugikan. alasannya [...]
http://ntvirus.wordpress.com GUA MUSANG Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas. Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti. Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun [...]
- 11 projek dijanjikan, hanya 1 yang berjalan HULU TERENGGANU - Kerajaan Negeri Umno/BN Terengganu dilaporkan serius membangunkan Tasik Kenyir dengan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said berjanji akan membuktikan Pulau Bayas menjadi kawasan bebas cukai dalam tempoh 18 bulan akan datang.
(Gambar kiri - kemudahan elektrik dari tenaga solar di Taman Rekreasi Gua Bewah, tidak berfungsi)
Ahmad Said menyatakan demikian apabila beliau ditanya berkenaan dakwaan Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid yang menyifatkan cadangan kerajaan negeri tersebut adalah 'suatu gimik politik' menjelang pilihanraya umum ke-13.
Haji Muhyiddin dalam kenyataannya yang diterbitkan oleh Buletinonline 7 Oktober lalu berkata beliau masih curiga dengan perkara tersebut kerana menurutnya sebelum ini pelbagai cadangan yang telah dikemukakan dengan pelbagai slogan seperti 'Bandar Bawah Tasik' dan 'Pelabuhan Darat', namun hilang begitu sahaja,
Mengulas lanjut isu berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak menegaskan, pembangunan di Tasik Kenyir bukan setakat 'gimik poliitik' bahkan menambahkan peluang pemimpin Umno dan kroni mendapat laba dari pelbagai projek yang dilaksanakan.
(Gambar kanan - Bot jutaan ringgit, tersadai di Pengkalan Gawi)
Namun begitu, Dr Alias berkata, sehingga kini sudah setahun sejak bajet 2010 diluluskan dalam Sidang DUN, projek-projek pembangunan pulau-pulau sebagaimana yang dijanjikan oleh MB belum dilaksanakan.
"Dalam buku Jawapan Kepada Soalan Bertulis, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember lalu, sebelas projek disenaraikan bagi pembangunan baru Tasik Kenyir dengan kos RM298 juta,
"sehingga kini berdasarkan senarai itu, hanya santuari gajah yang telah dilaksanakan,"jelas beliau.
Beliau berkata demikian setelah membuat tinjauan ke Tasik Kenyir pada Khamis 14 Oktober lalu. (Gambar bawah - Dr Alias ketika mengadakan tinjauan ke Tasik Kenyir)
Menurutnya, bot-bot mewah yang dibeli oleh Ketengah untuk tujuan Island hopping berharga jutaan ringgit masih tersadai di jeti Pengakalan Gawi, manakala pulau-pulau yang dicadang untuk dijadikan pulau Anggur, Rambutan, Kaktus dan Heliconia masih dalam keadaan semak samun.
Bahkan dalam jawapan rasmi Dewan Undangan Negeri tersebut telah dinyatakan kos bagi Pulau Bebas Cukai adalah hanya RM80 juta sahaja.
"Jadi dari mana datangnya perbelanjaan pembangunan Pulau Bebas Cukai sebanyak RM100 juta seperti yang umumkan MB baru-baru ini? Bila hutan dan semak samun bagi pulau-pulau yang MB janji untuk akan dibersihkan dan dibangunkan?,"soal Dr. Alias.
Katanya, sebelum ini banyak lagi janji-janji Ahmad yang hanya tinggal janji seperti projek tanam sawit keliling rumah dan pemberian tanah 10 ekar seorang untuk pesawah di Mak Jintan.
Dalam pada itu, Dr. Alias yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri cukup kesal dengan kenyataan-kenyataan Ahmad yang sepatutnya meneliti sesuatu perkara sebelum memberikan jawapan.
Katanya, dalam tinjauannya ke Tasik kenyir baru-baru ini bukan hanya kemudahan-kemudahan baru belum dibina, kemudahan rekreasi yang telah ada juga telah rosak dan dalam keadaan yang menyedihkan.
"Di Gua Bewah dan kawasan perkhemahan sekitarnya, kononnya menggunakan tenaga solar dan membina kemudahan tandas dan lain-lain, namun semuanya dalam keadaan rosak dan punah jahanam, Ahmad perlu melihat dan teliti bukan bercakap itu 'dang',"tegasnya.
KOTA BHARU, 19 Okt: Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin Aisyah Puteri bukan lagi ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN) sejak 13 September lalu. Keputusan itu dibuat oleh MPN selepas Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang gagal hadir mesyuarat tanpa menyatakan penjelasan berhubung kegagalan mereka. Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiesri Alias pada sidang medianya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di Pejabat Sultan, Istana Negeri Kubang Kerian, petang ini. Menurutnya, mengikut perkara 11(1) dan 11(2), mana-mana ahli yang tidak hadir tanpa mendapat kemaafan daripada pengerusi dan tanpa sebarang huraian di atas ketidakhadirannya itu akan gugur dengan sendiri. "Maka ketidakkehadiraan Tengku Razaleigh pada hari itu tidak mendapat sebarang huraian dan kemaafan dari MPN," ujarnya. Jelasnya, walaupun hanya sekali anggota MPN tidak hadir bermesyuarat tanpa menyatakan huraian berhubung kegagalan serta tidak mendapat kemaafan dari Pengerusi MPN, secara 'automatik' mereka akan terkeluar dari majlis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan