KEDAH online Posted: 12 Oct 2010 03:17 AM PDT |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 12 Oct 2010 03:11 AM PDT |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 11 Oct 2010 11:26 PM PDT Polis Gagal Siasat Enam Laporan : SPRM Perlu Siasat- Shamsul Posted: 11 Oct 2010 01:25 AM PDT SHAH ALAM 11 OKT: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan terhadap kemungkinan wujud elemen penyelewengan melibatkan pihak berkepentingan dalam kes pembunuhan kejam Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
Beliau yang ditemubual TV Selangor berkata, rakyat menunggu maklumat saban hari untuk mengetahui ketelusan polis menyiasat kes terdahulu yang dijangka ada kaitan dengan suspek utama pembunuhan.
Shamsul menambah, sekirannya SPRM tidak melindungi kepentingan mana-mana pihak maka mereka perlu seiring dengan polis memastikan kebenaran terjamin.
"Saya tidak dengar apa-apa lagi, mungkin mereka lakukan secara sulit namun setakat ini saya tidak dengar lagi mana-mana polis termasuk Ketua Polis Selangor dipanggil memberi keterangan menjelaskan keadaan yang berlaku," jelas beliau.
Kenyataan Shamsul merujuk jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di Parlimen berkenaan enam laporan polis direkodkan dari tahun 2005 hingga 2010 dan yang membabitkan suspek kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Sebelum itu, tiga ahli parlimen iaitu Lim Kit Siang(DAP-Ipoh Timur) di sini bersekali dengan soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta penjelasan berkenaan perkembangan pembunuhan jutawan kosmetik berkenaan.
Hishamuddin berkata, daripada enam laporan membabitkan peguam terbabit serta adiknya, dua kes selesai disiasat dengan satu daripadanya, kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan satu lagi dalam perbicaraan di mahkamah.
Menurut Shamsul, fakta tidak lengkap yang diumumkan Hishamuddin tidak akan mengaburi mata masyarakat justeru beliau percaya terdapat sebelas lagi kes yang melibatkan suspek dari tahun 1995 masih belum diselesaikan polis.
Beliau menambah, tindakan sambil lewa kerajaan terhadap isu ini melambangkan seolah-olah mereka mencari jalan keluar memberi perlindungan kepada pihak yang berkepentingan.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri dia perlu menjelaskan mengapa perkara ini boleh berlaku dalam sistem kepolisian yang sepatutnya menjaga keselamatan awam.
"Kerajaan cuba mencari jalan keluar dalam kes ini. Sepatutnya Hishamuddin perlu lebih tegas menyatakan bahawa kementerian akan mengambil tindakan tanpa mengenal bulu kepada sesiapa yang cuba untuk menutup kes ini," tegas beliau.
Shamsul menambah sekirannya Hishamuddin serius menangani perkara ini maka beliau perlu tampil menjelaskan kepada umum tiada individu berprofil tinggi terlibat dalam kes ini.
Sumber: TVSelangor | Ibrahim Ali Tidak Hormati Sesi Tafakur Posted: 11 Oct 2010 01:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 OKT- Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berasa kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kerana tidak menghormati sesi bertafakur selama seminit dalam dewan sebagai tanda hormat terhadap kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chonng Ket Wah.
Ibrahim didakwa tidak berdiri dan bercakap menggunakan telefon bimbitnya ketika ahli dewan lain bangun dan bertafakur selama seminit.
Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata Ibrahim bukan sahaja tidak menunjukkan rasa hormat kepada mendiang Chong yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya Sabtu lalu, malah tindakan beliau menggunakan telefon bimbit di dalam dewan juga melanggar arahan Speaker Parlimen yang melarang penggunaan telefon ketika dewan bersidang.
"Kelakuan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati Speaker Dewan dan mendiang Chong. Walaupun beliau seorang Melayu dan beragama Islam, adalah menjadi nilai kita sebagai rakyat Malaysia untuk saling menghormati.
Ibrahim sepatutnya ingat bahawa sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA), tindakannya seolah-olah menunjukkan bahawa beliau langsung tidak menghormati sesiapa sahaja yang bukan Melayu dan beragama Islam," katanya kepada media di lobi Parlimen.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Ibrahim sengaja bersifat provokatif dan memberi amaran pihak pembangkang mungkin akan mengemukakan usul untuk menghukumnya.
"Saya rasa kita patut mengemukakan usul...kelakuannya menggalakan kaum Melayu untuk tidak menghormati kaum lain. Seorang rakan sejawat meninggal dunia dan kami bertafakur seminit sebagai tanda menghormatinya namun beliau terus duduk dan bercakap dengan nada yang kuat melalui telefon, mungkin untuk menunjukkan semangatnya sebagai seorang pejuang Melayu," katanya dengan nada sinis.
Sumber: TVSelangor | Kerajaan Turut Selektif Umum Daya Saing Negara Posted: 11 Oct 2010 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR 11 OKT -Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut memberikan data secara selektif berkenaan daya saing ekonomi negara.
Beliau yang ditemu di lobi Parlimen menjelaskan demikian terhadap kenyataan Mustapa Mohamad yang menyelar pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.
"Mereka juga selektif, iaitu memberi laporan yang menidakkan rujukan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar. Sedangkan beliau menjelaskan bahawa, rujukan yang dipetik itu adalah sebelum dari tarikh, sedangkan apa yang dikemukakan oleh Mustapa itu, terkemudian dari kenyataan," jelas Mahfuz.
"Ada sedikit lonjakan selepas itu, jadi (kenyataan itu) tidak salah. Pandangan Datuk Seri Anwar itu dikemukakan lebih awal," jelas Mahfuz.
Bahkan, Mahfuz mempersoalkan peningkatan daya saing negara yang dikemukakan oleh Mustapa, sebagai tidak memberangsangkan.
"Berbanding dengan negara Indonesia, menurut suatu laporan, mereka kini panik pula apabila melihatkan kemasukan pelabur luar yang begitu tinggi. Sedangkan di negara kita tidak berlaku sedemikian rupa," tambahnya.
Pandangan beliau turut dikongsi bersama Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Hamid yang menjelaskan bahawa kenyataan Ketua Pembangkang itu merupakan suatu fakta yang jelas dah telah berlaku.
"Kalau (daya saing negara) itu diperbaiki, adalah lebih baik. Kalau dia mengambil sikap positif, itu adalah suatu ukuran untuk (kerajaan Malaysia) memperbaiki kedudukan Malaysia," jelasnya.
Abdullah menganggap bahawa apa yang diakibatkan dari indeks tersebut merupakan cerminan kepada kegagalan kerajaan Barisan Nasional untuk mengurus dan mentadbir negara.
"Sikap kepimpinan negara ini sendiri yang menidakkan perkara dan fakta. Kini Malaysia lebih jauh ketinggalan, bahkan berbanding negara-negara Asia Tenggara sendiri," kata Abdullah.
Sumber: TVSelangor | ETP: PM Digesa Jelaskan Langkah Kerajaan Peroleh RM454 Billion Dalam Ucapan Bajet 2011 Jumaat Ini Posted: 11 Oct 2010 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR 11 Okt - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana kerajaan Umno-BN bercadang mendapatkan sejumlah RM454 billion untuk kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar mereka dapat melaburkan wang tersebut dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP). Katanya, penjelasan itu hendaklah dibuat pada ucapan Bajet 2011 yang akan dibentangkan Najib pada Jumaat ini termasuk menerangkan tentang apa tindakan kerajaan untuk memastikan pelaburan sebanyak RM850 billion daripada sektor swasta dapat diperolehi. Menurut beliau, sebanyak RM1.44 trillion diperlukan bagi melaksanakan 131 pelan pembangunan ETP seperti dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dipengerusikan oleh Datuk Idris Jala di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Daripada jumlah itu, katanya kerajaan Umno-BN mengharapkan 60 peratus sumbangan pelaburan daripada sektor swasta sepenuhnya dan 32 peratus daripada GLC, manakala baki 9 peratus akan ditanggung oleh kerajaan Umno-BN. "Kita perlu mengetahui sama ada GLC dapat menampung RM454 billion atau 32 peratus seperti yang diharapkan oleh kerajaan Umno-BN. "Jika dilihat kepada jumlah modal pasaran yang dipunyai oleh 20 syarikat GLC teratas yang disenaraikan di Bursa Saham, hanya berjumlah RM266 billion, maka bagaimana kerajaan Umno-BN bercadang mendapatkan bakinya?" soal Tony dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. Tambah beliau, hanya ada dua cara sahaja GLC dapat menampung kos ini iaitu pertama, setiap GLC mengambil pinjaman berjumlah ratusan juta ringgit atau kedua untuk memastikan kesemua pemegang kepentingan dalam GLC berkenaan mengeluarkan ratusan juta ringgit dari poket sendiri. "Saya tidak mempertikaikan kemahuan politik kerajaan Umno-BN tetapi saya tidak faham bagaimana kerajaan Umno-BN boleh meletakkan harapan sebegitu tinggi sedangkan angka sebenar penilaian GLC langsung tidak menggambarkan sebegitu?" tegas beliau. Menurut Tony, 20 GLC terbesar itu juga menanggung hutang sebanyak RM38.65 Billion yang juga perlu dilunaskan, maka GLC terpaksa menanggung bukan sahaja beban pelaburan tetapi juga beban hutang setiap tahun. Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempertikaikan percanggahan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab soalan beliau di Parlimen yang menyatakan kerajaan Umno-BN masih belum membuat keputusan berkenaan cadangan pembinaan loji nuklear. Katanya, beliau mendapati pembinaan logi nuklear telahpun dimasukkan sebagai salah satu daripada 131 projek ETP yang dicadangkan oleh Pemandu di bawah JPM. "Ini sama seperti projek pembangunan Kuala Lumpur yang dikatakan masih dalam perancangan tetapi telah pun disertakan di dalam ETP, maka saya ingin bertanya adakah ini hanya satu janji manis Umno-BN memuaskan hati rakyat? "Dan juga untuk menunjukkan bahawa kerajaan Umno-BN kononnya sedar dan sentiasa akan mengambil langkah yang hanya akan membawa kebaikan kepada rakyat?" soal Santiago lagi. Beliau bagaimanapun turut mempersoalkan sejauh mana kejayaan pelan pembangunan ETP yang dibentangkan oleh Pemandu dapat dijayakan kerana sehingga kini tiada bukti atau sumber yang dapat menyatakan pelan-pelan ini dapat menggerakkan ekonomi di masa hadapan. "Apa yang saya lihat hanya pelan 'hypothetical', pelan yang mungkin boleh dan bukannya pelan yang terbukti akan berjaya menggerakkan ekonomi," jelas beliau.
Sumber: Suara Keadilan | Akta Kawalan Harga Bebankan Peruncit Posted: 11 Oct 2010 12:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 OKT - Akta Kawalan Harga akan membebankan peruncit tempatan dan juga pengilang tempatan yang terpaksa mengikut kawalan harga ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN).
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan di Parlimen, ini akan menyebabkan para pengilang untuk mengeluarkan produk sampingan seperti krimer kerana harga susu dikawal.
"Para pengilang tempatan akan mula mengeluarkan produk 'enrichment' kepada produk yang dikenakan kawalan harga apabila kawalan harga dikenakan terhadap kedua-dua pengilang dan peruncit," kata Dr Dzulkefly.
Buat masa ini, Akta Kawalan Harga menetapkan harga siling terhadap tujuh barang kawalan sepanjang masa dan dari 18 hingga 20 barang semasa musim perayaan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub, kementerian mengenakan kawalan terhadap harga yang dijual oleh pengilang kepada peruncit dan juga harga jualan oleh peruncit.
Beliau juga menyatakan kementerian akan membuat pantauan dari masa ke semasa dan menyaman peruncit yang tidak mematuhi kawalan harga yang dikenakan terutamanya pada musim perayaan di mana permintaan barangan tinggi.
Bagaimanapun Dr Dzulkefly mencelah, apabila harga siling sebegini dikenakan, para peruncit juga akan terpaksa mendapatkan barangan daripada sumber-sumber lain yang memberikan harga murah bagi menampung kos mereka.
Selain itu, kata beliau ada juga peruncit yang terpaksa menjual pada harga asal kerana tidak dapat menampung kos operasi hanya dengan membeli borong pada harga siling pengilang dan menjual pada harga kawalan.
Sumber: TVSelangor | Sidang Kemuncak Wanita Pertama Satu Pembaziran Posted: 11 Oct 2010 12:03 AM PDT SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang menjadi projek idaman isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor yang berlangsung esok adalah pembaziran semata-mata dan tidak sensitif kepada kesengsaraan kehidupan rakyat yang dibelenggu masalah ekonomi dan bebanan kos barangan yang meningkat.
Beliau menganggarkan kos untuk menganjurkan sidang kemuncak tersebut termasuk kos pengangkutan Wanita Pertama dan delegasi masing-masing ke Kuala Lumpur, penginapan, makan dan minum, keselamatan, hiburan dan kos berkaitan adalah sekitar RM20 hingga RM30 juta untuk acara tiga hari tersebut.
"Ini jelas satu pembaziran kerana di tengah-tengah ekonomi negara sedang 'sakit' isteri Perdana Menteri mengadakan acara bertaraf negara yang difikirkan tidak perlu dan tidak sesuai dengan agenda memulihkan ekonomi negara.
"Dari mana datangnya semua perbelanjaan sidang kemuncak tiga hari ini kali tidak dari perbendahraan negara. Saya anggap mereka datang ke sini lebih untuk melancong yang dibayar oleh rakyat Malaysia daripada menghasilkan sesuatu yang betul-betul konkrit.
"Apakah objektif sebenar sidang kemuncak ini? Kalau hendak berbincang mengenai isu pendidikan kanaka-kanak tidak perlu adalah sidang kemuncak. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh diadakan simposium atau seminar. Mengapa mahu belanja berjuta-juta untuk tujuan ini?," kata Azan kepada Suara Keadilan.
Melihat kepada aturcara program tiga hari tersebut yang dipaparkan dalam laman sesawang www.firstladiessummit.org, Wanita Pertama, Menteri dan pegawai kanan mereka akan dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang mereka berada di Malaysia.
Antaranya persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen, Pusat Pendidikan Awal Permata di Putrajaya dan diakhiri dengan lawatan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Seramai 16 wanita Pertama mengesahkan kehadiran mereka dari Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Lapan lagi negara iaitu Azerbaijan, Ecuador, Equatorial Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Sudan, Thailand dan Tunisia menghantar menteri bagi mewakili wanita pertama negara masing-masing manakala tujuh negara, Oman, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Afghanistan dan Iran turut menghantar menteri bagi menyertai persidangan itu.
Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan 'Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok' yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.
Sumber: Suara Keadilan | Walaupun Guna Rahimi Umno-BN Tidak Mampu Sekat Kemaraan PR Posted: 11 Oct 2010 12:02 AM PDT SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman dipaksa menandatangani akuan bersumpah kes Fitnah II sebagai terlalu kerdil untuk menyekat gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-Barisan Nasional. "Bagi saya, ini lebih merupakan serangan politik dan bukannya pertuduhan jenayah. "Apa yang terjadi adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan taktik dan skrip yang sama yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa konspirasi menjatuhkan timbalannya ketika itu. "Dr Mahathir menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk pihak polis dan peguam negara untuk bersengkokol dengan beliau," ujar beliau. Menurut Johari, serangan politik itu telah menyebabkan Umno-Barisan Nasional kehilangan lima buah negeri serta dua pertiga majoriti di Parlimen.Tindakan serupa yang dibuat Najib akan menyebabkan Umno-BN akan kehilangan satu Malaysia. "Najib nampaknya tidak belajar daripada kesilapan. Kehidupan manusia ini singkat tetapi nilai kemanusiaan itu akan berkekalan. "Rakyat akan terus bercakap dan perkara yang difikir secara logik akal dan tidak boleh diterima akan ditolak," kata Johari kepada Suara Keadilan.
Sumber: Suara Keadilan | Dasar Lupus Kereta Lama Hanya Untungkan Kroni Umno-BN, Rakyat Bakal Sengsara Posted: 11 Oct 2010 12:00 AM PDT SHAH ALAM 11 Okt - Dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 akan memberi impak negatif dan merupakan malapetaka kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata dasar itu sekaligus membuktikan keputusan kerajaan sebelum ini untuk mengeluarkan kereta buatannya sendiri adalah salah.
Menurut beliau, di antara negara ASEAN, Malaysia merupakan negara tunggal mengeluar dan memasang keretanya sendiri.
"Saya yakin dasar ini hanya untuk menyelamatkan industri automotif negara yang kini mencapai peringkat ketepuan. Dari segi kualiti berbanding kereta buatan luar negara, kita masih lagi ketinggalan dan disebabkan tidak laku di pasaran tempatan maka isu kereta lama yang dikatakan tidak selamat dan tidak mesra alam dijadikan alasan.
"Tambah lagi kerajaan baru-baru ini telah menandatangani dasar terbuka liberisasi untuk menghapuskan dasar perlindungan yang diamalkan Malaysia dan ini termasuk pasaran industri automotif. Maka untuk menyelamatkan Proton kerajaan memperkenalkan ELV supaya kereta lama dapat dilupuskan," jelas beliau kepada Suara Keadilan.
Apa yang membimbangkan kata Azan, kini terdapat 13 juta kenderaan persendirian dan 6 juta kenderaan perdagangan tetapi maklumat dan data mengenainya tidak diurus dengan baik dan ini tentu akan menyukarkan keadaan.
Beliau turut mengingatkan kesan terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana jika dasar ini dilaksanakan.
"Ini tentunya akan menyusahkan rakyat terutamanya mereka langsung tidak mempunyai aset, sudahlah kereta yang dibeli dihutang sehingga 9 tahun, belum sempat habis hutang, terpaksa dilupuskan. Ini tentunya mendatangkan kesusahan kepada mereka.
"Kerajaan Umno-Barisan Nasional setiap kali memperkenalkan dasar baru, ianya hanya mengundang malapetaka kepada rakyat.
"Kerajaan Umno-BN langsung tidak mempedulikan rakyat, mereka hanya menjaga kepentingan kroni mereka sahaja," ujar beliau.
Tambahnya lagi, dasar itu juga dikaitkan dengan tujuan untuk memberikan keuntungan pihak tertentu kerana menurutnya industri melupuskan kenderaan memberikan pendapatan lumayan.
"Cadangan dasar ini nampaknya seperti memberikan peluang kepada kroni mereka untuk membuka empayar perniagaan yang baru. Saya yakin jika ianya dilaksanakan, akan berlakunya kejutan kepada rakyat Malaysia," kata Azan lagi.
Sebelum itu, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu.
Alasannya, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.
Beliau turut membuat perbandingan dengan negara seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.
Katanya, ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan.
Sumber: Suara Keadilan | Parlimen Tolak Soalan Berhubung Pembelian Puluhan Ribu Senjata Untuk Pemuda Umno Posted: 10 Oct 2010 11:54 PM PDT SHAH ALAM 11 Okt - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata soalan beliau kepada Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini telah ditolak berhubung tindakan kerajaan membeli jumlah peralatan senjata dalam jumlah yang amat banyak daripada sumber pasaran haran di luar negara dan hubungannya dengan latihan separa tentera Pergerakan Pemuda Umno.
Kata Kit Siang, Parlimen juga menolak soalan beliau mengenai sikap Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan yang masih menolak konsep 1Malaysia walaupun setelah 18 bulan gagasan itu diperkenalkan.
Bagaimanapun soalan beliau berkaitan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya diletakkan pada kedudukan nombor empat soalan lisan.
Ia berbunyi," Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Datuk Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan."
"Saya tetap akan menanyakan dia soalan yang ditolak itu sepanjang sidang Parlimen kelak," kata beliau.
Sumber: Suara Keadilan | Felda Diminta Jangan Tipu Peneroka Berhubung Isu Tabung Tanam Semua Posted: 10 Oct 2010 11:51 PM PDT SHAH ALAM 11 Okt - Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pusat, Suhaimi Said berkata tindakan peneroka menyaman Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) adalah disebabkan keengganan agensi itu membayar wang Tabung Tanam Semula yang dipotong setiap bulan.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya tindakan menyaman Felda hanya merugikan peneroka Suhaimi berkata tindakan undang-undang diambil kerana sikap agensi itu yang menyebabkan peneroka hilang sabar dan mengheret isu ini ke mahkamah.
"Bagi kita, saman itu juga tidak penting, yang pentingnya Felda harus bersikap adil kepada peneroka. Isu wang Tabung Tanam Semula, masih ramai lagi peneroka yang belum menerimanya, cuma separuh daripada mereka yang menerima bayaran itu. Perkara inilah yang harus Felda selesaikan.
"Mengenai peneroka kemuka saman berhubung bayaran Tabung Tanam Semula di mahkamah, perkara ini bukan baru tetapi sudah lama mereka minta tapi tidak diberikan.
"Kalaulah Felda bersikap adil kepada peneroka, kita pun tidak perlu mengemukakan saman dan kita minta Felda jangan tipu peneroka," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Katanya, selepas mahkamah mengeluarkan perintah kepada Felda membuat bayaran kepada peneroka terbabit barulah agensi itu bertindak membuat bayaran.
"Sampai mahkamah pun minta supaya Felda jangan tipu peneroka, bukan sahaja Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan bahkan Mahkamah Persekutuan pun minta agensi itu jangan menipu peneroka.
"Saya nak cakap kepada Ahmad Maslan, yang kemukakan saman ini, bukan hanya peneroka pihak pembangkang sahaja, malahan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai parti dan juga dari kalangan ahli Umno sendiri.
"Ini bukan masalah pihak pembangkang tetapi adalah masalah peneroka," tegas beliau lagi.
Sementara itu, Suhaimi berkata pihaknya juga akan mengemukakan saman terhadap artikel di majalah Felda yang didakwa memfitnah peguam yang mewakili peneroka kononnya menerima bayaran RM5,000 bagi setiap peneroka untuk mengemukakan saman terhadap agensi itu.
"Jangan cuba nak kelentong sebab peguam cuma ambil RM50 dari setiap seorang peneroka, itu pun bukan untuk yuran guaman tetapi untuk proses ke mahkamah, kita akan saman atas kenyataan berbaur fitnah terhadap peguam kita ini," jelas Suhaimi.
Tambahnya, artikel itu turut menuduh peguam yang mewakili peneroka ini datang menaiki kereta mewah sambil menginap di hotel mewah bagi menemui peneroka di kawasan Felda.
Beliau turut mencabar Ahmad menyatakan jumlah bayaran kepada peguam untuk agensi itu mengemukakan saman kepada lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan sumber dana bagi membayar khidmat peguam itu yang juga bertindak sebagai peguam Umno.
"Adakah RM100,000 atau RM200,000 dan daripada manakah wang untuk membayar khidmat peguam ini?" cabar Suhaimi.
Sumber: Suara Keadilan | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 11 Oct 2010 11:18 PM PDT Memoir diri saya..... Posted: 11 Oct 2010 09:56 PM PDT Baru-baru ini Sdr Syed Putra Syed Ahmad telah menemui saya supaya saya menulis memoir diri saya untuk beliau publishkan. Beliau telah dan sedang menyiapkan memoir ramai pemimpin-pemimpin politik termasuk pemimpin-pemimpin besar dan kecil dan yang terkenal dan tidak terkenal tetapi yang mempunyai warna-warni didalam perjuangan. Secara spontan saya nyatakan bahawa perjuangan saya tidak perlu dimemoirkan kerana tidak ada apa yang telah saya sumbangkan untuk politik negara. Beliau tetap juga menyatakan bahawa ramai rakan-rakan dan orang-orang awam yang membaca blog saya berhubung dengan apa yang saya paparkan mengenai perjuangan saya menarik minat mereka untuk membacanya kerana sejarah saya ada kelainan dengan pejuang-pejuang politik lain. Syed menganggap bahawa kelainan itulah yang hendak diwariskan kepada pemuda-pemuda sepertinya yang tidak pernah melalui liku-liku hidup seperti yang telah saya lalui, dari anak kampong dari keluarga yang sangat dhaif, berjaya memanjat ke tangga universiti, berjuang didalam Parti Rakyat Malaysia, PAS, UMNO dan KEADILAN. Dari seorang anak tani, bertugas di Jabatan Perdana Menteri bahkan dibawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, pernah pula menjadi Majistret dan Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya sebelum menubuhkan firma guaman sendiri di Kuala Lumpur diketika ramai profesional Melayu hanya bergantung kepada kerja makan gaji dengan Kerajaan. Saya masih memikirkan keperluan menulis itu kerana apabila sauh diangkat tidak ada lautan yang dalam yang tidak saya layari, dan tentu pelayaran itu akan menyebabkan ramai akan terluka. Itulah yang saya tidak mahu. Kenapa saya keluar dari PRM menyertai PAS, dan kenapa saya keluar PAS menyertai UMNO dan kenapa saya keluar UMNO menyertai PKN/PKR akan melukakan banyak pihak jika dibongkar semula. Sebab itu saya tidak berhajat untuk membongkarnya dan jika itu tidak dibongkar dimanakah nilai Memoir itu nanti, mendatar dan tidak dapat digunakan sebagai apa-apa panduan pun. Saya ingin lupakan semua itu, dan saya telah memilih perjuangan KEADILAN, Perlembagaannya sesuai dengan jiwa saya, dasarnya untuk demokrasi tulen dan keadilan untuk rakyat mengembalikan nostalgia perjuangan ayah saya, seorang pejuang kemerdekaan melalui Angkatan Pemuda Insaf dibawah sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya sebuah organisasi politik yang lohor dengan perjuangan yang jelas menuntut kemerdekaan, demokrasi dan keadilan untuk rakyat. Bagi saya, API dan PKMM adalah pembawa jiwa Merdeka dan pencetus kesedaran dikalangan Orang Melayu diketika orang Melayu lain berselimut tebal dengan roh Penjajah Inggeris. Didalam Parti Keadilan Rakyat kini terselit roh perjuangan yang dibawa oleh Parti Rakyat Malaysia yang mewarisi perjuangan yang ditinggalkan oleh API dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, perjuangan yang ditinggalkan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaakob dan rakan-rakan mereka. Saya mempertahankan dasar PKR ini seolah-olah seperti ayah saya mempertahankan dasar API dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan akan menentang penyeleweng-penyeleweng yang mahu mengkucar-kacirkan dasarnya. | Pandangan Lohor Dato Fauzi Abdul Rahman Posted: 11 Oct 2010 09:13 PM PDT Dato Fauzi Abd Rahman sedang berucap kepada pimpinan Peneroka-Peneroka Felda di Kota Gelanggi 2 semasa perasmian Biro Felda Zon Tengah PKR Pahang === Saya berkongsi pandangan dengan Dato Fauzi Abdul Rahman apabila beliau memberikan pandangannya terhadap pemilihan yang sedang berlaku di dalam KEADILAN yang sedang berlangsung sekarang. Beliau menyifatkan bahawa pemilihan secara langsung yang berlaku didalam KEADILAN dengan satu anggota satu undi sebagai satu fenomena yang bersejarah yang tidak berlaku didalam mana-mana parti politik tanahair. "Inilah sistem yang paling demokratik yang pernah dijalankan oleh mana-mana parti politik di Negara ini," tegas Dato Fauzi semasa memberi taklimat kepada pimpinan KEADILAN Pahang di Raub sempena kejayaan KEADILAN Pahang mengadakan MATC dan pemilihan pimpinan cabang-cabang di seluruh Negeri. KEADILAN boleh berbangga dengan proses demokrasi ini. "Walaupun ada kelemahan sedikit, itu bolehlah dimengertikan bahawa ini merupakan pengalaman kita yang pertama dan kita juga mempunyai kewangan yang terhad. Keseluruhannya, KEADILAN hanya berbelanja lebihkurang RM500,000.00 bagi mengendalikan Pemilihan ini diseluruh Negara berbanding SPR yang berbelanja berjuta ringgit hanya untuk satu DUN." "Kita telah berjaya mempelopori sistem demokrasi yang tulen;" kata Dato Fauzi disamping mengalu-alukan Ketua-Ketua Cabang samada yang mengekalkan kedudukan masing-masing atau yang baru dipilih dan Dato Fauzi bergembira kerana pimpinan Cabang-Cabang yang terpilih merupakan mereka yang boleh memberikan pimpinan yang berkesan di Cabang masing-masing. Mengenai pemilihan diperingkat Pusat, Dato Fauzi menyatakan bahawa setiap anggota berhak menyokong dan mengundi mana-mana calon yang menjadi pilihan mereka, dan beliau sendiri tidak mahu mempengaruhi anggota-anggota untuk menyokong mana-mana calon. "Ini adalah pertandingan sesama kita, saya tidak mahu mempengaruhi mana-mana anggota," tegas Dato Fauzi. Dan beliau yakin bahawa setelah pemilihan ini parti akan menjadi lebih kuat dan bersatu, katanya, "Come out of this contest we'll become stronger". Dato Fauzi bergembira kerana di Pahang ini sudah lahir muka-muka baru yang berwibawa. "Kalau dulu, kita mempunyai banyak kawasan DUN/Parlimen dari calon-calon, tapi kali ini kita sudah mempunyai lebih banyak calon yang boleh dikemukakan untuk satu-satu kawasan DUN/Parlimen," ujar Dato Fauzi. Dato Fauzi juga mengingatkan Cabang-Cabang supaya menumpukan di kawasan-kawasan Felda kerana lebih separuh dari kawasan DUN/Parlimen di Negeri Pahang ini ditentukan kemenangan/kekalahan oleh pengundi-pengundi didalam kawasan Felda. Beliau menasihatkan Cabang-Cabang yang masih belum menubuhkan Biro Felda di kawasan masing-masing supaya berbuat demikian secepat mungkin kerana menang-kalah PR untuk merebut pentadbiran Negeri Pahang ditentukan oleh kekuatan PR didalam rancangan-rancangan Felda. Selepas pemilihan didalam parti ini, semua jentera parti hendaklah bersedia menghadapi Pilihanraya ke-13 dan agenda khas parti di Pahang adalah pergerakan di rancangan-rancangan Felda, jelas Dato Fauzi. | |
Suara Sri Andalas Posted: 11 Oct 2010 11:15 PM PDT PKR Bakal Bertanding di Batu Sapi? Posted: 11 Oct 2010 02:00 AM PDT PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan bahawa parti itu bakal diletakkan sebagai wakil calon dalam menghadapi pilihan raya di Batu Sapi kelak.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini satu mesyuarat akan diadakan esok di ibu pejabat PKR negeri dengan dihadiri anggota parti dan ketua-ketua cabang yang terpilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sebelum ini.
Thamrin juga tidak menolak sebarang kemungkinan PKR bakal diberi mandat itu, namun menyerahkan segala keputusan kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
"Lebih 50 orang bakal menghadiri mesyuarat itu di Penampang esok malam dan fokus utama perbincangan berkisar mengenai persiapan PKR negeri dalam pilihan raya di Batu Sapi. "Walaupun pada 2008 lalu PKR diberi mandat bertanding di kawasan itu, namun segala-galanya bergantung kepada keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat Sabah yang bakal dilakukan pertengahan Oktober ini," katanya yang dihubungi FMT.
Kerusi parlimen Batu Sapi kosong ekoran kematian ahli parlimennya Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS), yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu Sabtu lalu.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Kerusi milik PKR
Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh pula turut memberi andaian bahawa kerusi Batu Sapi masih milik PKR.
Kata Fuziah, melalui perundingan pada 2008 lalu PKR diberi peluang meletakkan calon dalam pilihan raya itu dan sehingga hari ini tiada sebarang perubahan mengenainya.
Maka katanya, perjanjian untuk meletakkan calon PKR bagi kerusi tersebut masih sah, namun segala-galanya takluk kepada pimpinan Pakatan Rakyat kelak.
"Pada 2008 kerusi Batu Sapi diletakkan sebagai milik PKR. Namun di saat-saat akhir kita tidak letakkan calon.
"Maka saya andaikan kerusi itu masih menjadi milik PKR. Perjanjian itu masih sah malah tiada sebarang pindaan dibuat PKR Sabah mahupun Pakatan Rakyat setakat ini.
"Namun segala-galanya masih terpulang kepada pimpinan PR dalam membuat keputusan selanjutnya," katanya yang dihubungi FMT.
Pada pilihan raya 2008, Edmund berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah apabila menumpaskan calon Bebas,
PKR yang sepatutnya meletakkan calon pada pilihan raya 2008 lalu tidak berbuat demikian ekoran masalah teknikal semasa penghantaran borang pencalonan.
Maka pada pilihan raya 2008 lalu, Edmund berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah apabila menumpaskan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.
Calon pilihan warga tempatan
Bercakap mengenai calon sekiranya PKR diberi laluan bertanding, Thamrin berkata persiapan sedang dilakukan membabitkan jentera parti, namun masih terlalu awal bagi membincangkan calon yang sesuai.
"Jika diputuskan PKR akan jadi wakil calon kami menerimanya. Malah mesyuarat yang akan diadakan esok sebagai persiapan awal bagi menghadapai sebarang kemungkinan yang berlaku.
"Menyentuh mengenai calon, kami cukup ramai calon berpotensi. Kami belum bincang soal calon namun calon tempatan masih menjadi keutamaan," kata beliau. | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 11 Oct 2010 11:12 PM PDT Sekolah Agama di Sek 8, Kota Damansara Posted: 11 Oct 2010 06:57 AM PDT PKNS does its bit for Muslims in Kota DamansaraTHE Selangor Economic Development Corporation (PKNS) presented RM450,000 as part of funds to build the SK Agama Kota Damansara. The school, which will be located in Section 8, Kota Damansara, will cater to the Muslim community in the area. PKNS chief executive officer Othman Omar said the three-storey school would have one block consisting of classrooms, headmaster's room, teacher's room, examination hall, meeting rooms and a cafeteria. Cash aid: Othman (standing sixth from left) presenting the cheque to the school's chairman Mohd Hassan Othman (seventh from left) while officials and students look on. "The school will be ready by the middle of next year and will have about 300 pupils. "Teachers from Al-Azhar Mesir, Islamic colleges and other Islamic institutions recognised by the Selangor Islamic Affairs Department (JAIS) will be teaching there. "We are also planning to build more of such schools in PKNS projects like Antara Gapi, Kota Puteri, SSP2 and Bernam Jaya,'' said Othman during the PKNS Hari Raya Open House at the Shah Alam Convention Centre in Shah Alam recently. | Residents want problem solved before Damansara-Tropicana link is opened Posted: 11 Oct 2010 12:22 AM PDT DAMANSARA Idaman residents want the traffic situation in their area solved before the Damansara-Tropicana link is opened. Damansara Idaman Owners and Residents Association (Diora) president Wan Annuar Wan Mohd Noor said they wanted a solution instead of letting people suffer. Diora had filed an injunction against the developer from opening the road in May. Wan Annuar was speaking after a meeting with the stakeholders, developer, consultant and Petaling Jaya City Council (MBPJ) on Thursday. The session was chaired by councillor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. Wan Annuar added that the meeting was a step in the right direction as it was important to address the concerns of the residents. "I think it will be better if everyone walks the talk. We do not want to be worse off than before," he said. Tropicana Residents Association chairman Mohamed Shukri Zain wanted to know the macro-traffic impact study before the Ara Damansara-Tropicana link was opened. He said they wanted to know if the road could take the volume of the cars. "We are not against the road but we want to see solutions. It is best if the problems are fixed before the link is opened," he said. Councillor Khairul Anuar said the meeting was a platform for them to listen to the grievances and find out why the residents were opposing the link. "We have the macro study on the traffic flow for Ara Damansara and Tropicana as well as the 17 projects and the report has addressed most of the concerns," he said. He added that they would be having another meeting with the residents to brief them on the 17 projects and traffic report.
| |
Anwar Ibrahim Posted: 11 Oct 2010 07:17 PM PDT 2010 Kebangkitan Anak Muda Posted: 10 Oct 2010 09:48 PM PDT Dari Blog Seutas Tasbih Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya. Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki "idealisme fitrah" itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku). Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa. Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber"mazhab" study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus. Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada. Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran. 2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang. "Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora." Wallahualam. | |
N37 Batu Maung Posted: 11 Oct 2010 07:07 PM PDT |
Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan Posted: 11 Oct 2010 03:15 PM PDT Umno lupa rekod buruknya Posted: 11 Oct 2010 09:27 AM PDT Pernah suatu pilihanraya kecil terpaksa diadakan di Gemenceh, Negeri Sembilan. Ia berikutan kematian seorang ADUN nya (Speaker DUN) yang telah ditembak mati dalam satu kejadian yang sarat dengan konspirasi dan penggunaan ilmu hitam. Setelah pihak polis selesai menyiasat antara orang yang diseret ke muka pengadilan adalah seorang ahli parlimen Umno bertaraf Menteri. Yang kemudiannya didapati bersalah dan dihukum mati. Hukuman ke atas beliau akhirnya diringankan ke penjara seumur hidup dan atas belas ikhsan pihak istana diampunkan.
Kemudian beberapa tahun berikutnya Negara digemparkan dengan kematian seorang lagi wakil rakyat Umno. Kali ini di Pahang. Beliau meninggal dunia akibat dibunuh begitu sadis dan kejam sekali. Dicincang dalam keadaan disihir angkara konspirasi dan ilmu hitam juga.
Nak ceritanya, kalau kita ikuti perbicaraan kes-kes ini di mahkamah. Kedua-duanya berkisar dan berligar sekitar pemilihan pucuk pimpinan dalam Umno. Angkara perebutan kuasa dalam Umno, mereka sanggup dan tergamak menggunakan apa sahaja untuk menang. Bukan bertumbuk atau baling-baling kerusi, dalam kedua-dua kes ini ilmu hitam digunakan dan paling tragis sekali sehingga berbunuh-bunuhan semata-mata kerana nak kekal berkuasa dalam parti.
Kebelakangan ini media arus perdana khasnya menonjolkan isu pemilihan pucuk pimpinan dalam KEADILAN. Ada-ada sahaja insiden yang mahu dan perlu dibesar-besarkan. Bertumbuk, berbaling kerusi, hempas peti undi dan lain-lain. Matlamatnya biar rakyat takut dan menjauhi parti ini, biar rakyat akhirnya kembali pada Umno, satu-satunya parti penyelamat bangsa, agama dan Negara.
Begitulah harapan mereka walau mereka tahu Umno mengikut sejarahnya kalau berebut pucuk pimpinan bukan sekadar itu, malah sampai berbunuh-bunuh pun sanggup. Parti yang hidup besar sampai diharamkan. Tidak Umno tidak ganas yang ganas KEADILAN.
SUMBER: ROLAN SMS | |
anjung setiawangsa Posted: 11 Oct 2010 03:15 PM PDT Pilihan raya kecil: PKR akan tanding wakili Pakatan di Batu Sapi Posted: 10 Oct 2010 07:07 PM PDT Oleh G. Manimaran October 10, 2010 Fuziah berkata kerusi Batu Sapi akan ditandingi oleh wakil PKR. — Gambar fail KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008. PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008. Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu. "Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan. "Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti)," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan. "Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan," katanya lagi. Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini. "Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi. SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat. Kerusi itu kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (kiri) akibat kemalangan jalan raya semalam. Chong, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah, meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sembulan-Tanjung Aru. Pada pilihan raya umum lalu, Chong menewaskan calon Bebas Ching Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Ching mendapat 5,771 undi. Enam tahun lalu, beliau menang tanpa dicabar. Kerusi Parlimen Batu Sapi mempunyai sekitar 26,000 pengundi dengan mengikut peratusan kaum, pengundi Melayu dianggarkan 32 peratus, Cina (38 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (26 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus). Walaupun PKR tidak meletakkan calon di peringkat Parlimen, wakilnnya telah bersaing di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Batu Sapi pada 8 Mac 2008. Di DUN Sekong, dengan jumlah pengundi 11,308 orang pada 8 Mac 2008, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Shamsuddin Yahya dari BN dengan memperoleh 4,271 undi berbanding calon PKR Datuk Nahalan Damsal (2,082) manakala Mansor Mursalim (Bersekutu) (242). Dalam pada itu, kerusi DUN Karamunting dengan 14,696 pengundi pula dimenangi oleh Peter Pang En Yin (BN) (5,171) yang mengatasi Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455), Tan Shu Tee (PKR) (452) dan Chok Kon Tack (DAP) (1,809). DUN Sekong mempunyai 38 peratus pengundi Melayu, Cina (18 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (38 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (3.8 peratus). Sementara Karamunting pula terdiri daripada 28 peratus pengundi Melayu, Cina (52 peratus), India (0.4 peratus), Bumiputera Sabah (17 peratus), Bumiputera Sarawak (0.7 peratus) dan lain-lain (1.7 peratus). Kini BN memiliki 22 kerusi Parlimen selepas dua wakil rakyatnya dari Parti Maju Sabah bertindak sebagai anggota Bebas akhir 2008. | |
Wee Choo Keong Posted: 11 Oct 2010 03:04 PM PDT SAMBUTAN KE 150 TAHUN 7 KAMPUNG TRADISI DAN PENGISTIHARAN SEBAGAI KAMPUNG WARISAN Posted: 11 Oct 2010 08:43 AM PDT Pada 10 Oktober 2010 saya telah di jemput menghadiri majlis sambutan ke 150 Tahun Kg Bandar Dalam, Gombak dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju. Kg Bandar Dalam adalah sebahagian daripada 7 buah Kg Tradisi yang terletak di dalam Bandaraya Kuala Lumpur yang mana masih kekal hingga ke hari ini. Baki kg tersebut adalah Kampung [...] | |
AMK Shah Alam Posted: 11 Oct 2010 01:13 PM PDT |
Wee Choo Keong Posted: 11 Oct 2010 01:09 PM PDT SAMBUTAN KE 150 TAHUN 7 KAMPUNG TRADISI DAN PENGISTIHARAN SEBAGAI KAMPUNG WARISAN Posted: 11 Oct 2010 08:43 AM PDT Pada 10 Oktober 2010 saya telah di jemput menghadiri majlis sambutan ke 150 Tahun Kg Bandar Dalam, Gombak dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju. Kg Bandar Dalam adalah sebahagian daripada 7 buah Kg Tradisi yang terletak di dalam Bandaraya Kuala Lumpur yang mana masih kekal hingga ke hari ini. Baki kg tersebut adalah Kampung [...] | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 11 Oct 2010 11:35 AM PDT Hj Mohd Sabu 13 Okt 2010 di Gemencheh Posted: 11 Oct 2010 06:55 AM PDT CERAMAH PERDANA Bersama : Tn Hj Mohd Sabu YB Ng Sue Lin Rabu 13 Oktober 2010 Jam 9 malam Di Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan Semua dijemput hadir Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6532973 | Terengganu, histeria, curi pagar istana, seks, dadah, semua ada Posted: 11 Oct 2010 02:13 AM PDT Apa yang tak ada di Terengganu sekarang ? Semuanya sudah ada. Ayah Pin pun dah balik, tak perlu buat persandingan konsep kayangan, kerajaan kayangan Ayah Pin lagi hebat kata dia. Pelajar sekolah agama terkenal pun, kena histeria. Hiasan pagar istana pun mereka tak takut curi dah. Bom pun ada, sampai mati anak sendiri. Seks, dadah tak payah ceritalah. Tak cukupkah semua ini sebagai petanda bahawa Terengganu sedang menuju kehancuran tamadun kemanusiaan ? Bangunkanlah iman dan taqwa, YA ALLAH, SELAMATKANLAH TERENGGANU DAN RAKYATNYA Kisah Terengganu hebat maksiat, pantai berahi, seks, dadah di http://amkns.blogspot.com/2010/10/terengganu-hebat-maksiat-pantai-berahi.htmlPelajar Sekolah Agama Kuala Terengganu diserang histeria 10/10/2010 5:07pm KUALA TERENGGANU — Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik di sini kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi. Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas. Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, sekumpulan ustaz dari Darul Syifa telah dipanggil untuk membantu memulihkan keadaan pelajar terbabit selain usaha membaca surah Yasin yang dilakukan guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan. "Keadaan terkawal dan setakat petang ini hanya tinggal seorang pelajar perempuan yang masih belum pulih sepenuhnya dan kita telahpun membenarkan mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, pelajar yang terlibat dibenarkan bercuti sehingga keadaan masing-masing kembali pulih. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada kejadian berpunca daripada gangguan makhluk halus atau tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berkenaan. — Bernama http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htmHiasan pagar istana dicuri Kosmo 10 Okt 2010 HANYA dua kuntum bunga hiasan (dalam bulatan) yang tinggal manakala yang lain dilarikan pencuri dari pagar belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu. Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini. Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam. Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htmPenduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin Berita Harian 2010/10/10 ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin. Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib 'dilarikan' makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu. Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi. Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap. Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu. Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas. Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan. Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut. Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib. "Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib. Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendudukserburumahgadisghaibrakamgambarjin/Article/ | |
BULETIN RAKYAT Posted: 11 Oct 2010 11:20 AM PDT BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2010 - BANGUNAN JUBLI PERAK, SUK, SHAH ALAM (10-10-10 AHAD) Posted: 11 Oct 2010 01:44 AM PDT Seramai lebih 2500 orang pelajar Pusat Tuisyen Rakyat Selangor dari seluruh negeri Selangor atau PTRS telah menghadiri Bengkel Teknik menjawab SPM Perdana yang dianjurkan oleh pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada hari Ahad 10 Oktober 2010 yang lalu. Program sehari itu telah di bahagikan kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan, dengan pengisian bengkel teknik menjawab SPM didalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah, dimana empat subjek ini adalah teras subjek kepada PTRS. Guru-guru pakar didalam subjek tersebut didatangkan khas dengan bantuan Unit Pendidikan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor disamping konsultan yang dilantik mengelolakan program sehari tersebut. Yb Dr Puan Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menutup bengkel tersebut pada jam 5 petang, diantara lain telah mengingatkan tentang masa depan pelajar-pelajar SPM ini didalam menghayati kehidupan dan fokus kepada SPM kerana mereka kebanyakannya adalah dari golongan dibawah pendapatan RM1500, kerajaan negeri yang sentiasa prihatin dan sensitif didalam pembelaan pelajar-pelajar didalam negeri Selangor dengan memperuntukan lebih dari RM3 juta didalam Pusat Tuisyen Rakyat Negeri Selangor ini. Seorang dari pelajar PTRS dari SMK Taman Bunga Raya, Dun Batang Kali, Harleena Hassim ketika ditemui menyatakan kesyukuran beliau diatas jasa dan bantuan tuisyen percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan tangungan ibubapanya . | |
PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. Posted: 11 Oct 2010 11:07 AM PDT Penajaan Ranting Kg. Nampasan, Penampang Posted: 25 Mar 2010 07:38 AM PDT 6 March 2010 , 8 :00pm Malam - Penajaan Ranting Kg. Nampasan, Penampang. Ketua Cabang P174 Penampang Dr Roland Chia bersama - sama Setiausaha Cabang Sdr Frankie Lobinjang turun padang ke Kg Nampasan untuk perasmian penajaan Ranting Kg. Nampasan , Cabang Penampang P174. Turut hadir ialah AJK Penaja Ranting Kg. Nampasan, Penampang Sdr Joe Sulaiman & Sdr Bernard Bai. Turut mengikuti rombongan ialah AJK Cabang - Sdr Brett Chua, Sdr Mickey Jingki, Sdr Smith Kodot , Sdr Kelly Tham & Sdr Joe Alex Chang. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan