Selasa, 12 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 12 Oct 2010 09:27 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Majlis meraikan Jemaah Haji Parlimen Bukit Gantang

Posted: 12 Oct 2010 06:18 AM PDT

Sekretariat Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Pas Kawasan Bukit Gantang akan menganjurkan program meraikan Jemaah Haji Parlimen Bukit Gantang.

Jemaah Haji musim 1431 Hijriah ini akan diraikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 16 Oktober 2010.

Program berlangsung pada 16 Oktober 2010 bermula Solat Maghrib Berjamaah di Masjid Nurul Hidayah ,Sg Bemban ,Kuala Trong.

Dijangkakan bilangan Jemaah Haji yang diraikan 171 orang.Jemaah haji akan diberi motivasi oleh DS Nizar.

Bagi mereka yang tidak mendapat surat jemputan,mungkin kerana tercicir nama,bolehlah hadir bersama kaum keluarga di Masjid Nurul Hidayah,Sg Bemban ,Kuala Trong.

PAS KDAS 3

Posted: 12 Oct 2010 09:26 PM PDT

PAS KDAS 3


Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno

Posted: 12 Oct 2010 04:22 AM PDT

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
Sumber dari Harakahdaily.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 12 Oct 2010 09:26 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SOALAN-SOALAN BERTULIS (DAN JAWAPAN) ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 30 SEPTEMBER 2010

Posted: 12 Oct 2010 10:02 AM PDT

SOALAN-SOALAN  (DAN JAWAPAN)  LISAN DAN BERTULIS OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM (ADUN MAHARANI) DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2010:

SOALAN 62 (A53)
DUN Maharani menghadapi masalah jalan mendap diantaranya di Parit Amal Laut,Parit Keroma Tengaj Jalan Temenggong Ahmad,Parit Unas Jalan Abdul Rahman,Parit Sakai Laut Jalan Joned.Aapakah tindakan pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah ini yang sering berulang.

JAWAPAN Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR

. Pemantauan terhadap jalan berkenaan sentiasa dilakukan dan beberapa kali kerja pembaikan telah dillaksanakan.

. Bagaimanapun masih ada mendapan berlaku kerana jalan tersebut  berhampiran dengan tepi parit dan rizab bagi laluan jalan tersebut adalah kecil.

. Ketika ini pun,sebahagian dari jalan tersebut sedang dibaiki,manakala selebihnya dalam proses keluliusan untuk dbaik pulih.

_________________________________________________________________________________

SOALAN 18  (A55)


Masjid Parit Bakar Darat  dalam DUN Maharani telah hampir siap dibina.Ahli Jawatankuasa masjid medmaklumkan bahawa pembinaan masjid baru ini tidak termasuk pagar dan tandas awam.Mengapa perkara ini belaku dan adakah peruntukan tambahanuntuk pembinaan pagar dan tandas?

JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pembinaan baru Masjid Parit Bakar Darat telah dimulakan pada Mei 2009 yang lalu dan dijangka siap dalam tahun ini.

Beberapa butiran terpaksa dibuat rationalisation pengurangan skop berasaskan peruntukan yang ada. Kerja-kerja terpaksa dikurangkan dalam skop pembinaan termasuklah penolakan kerja pagar dan tandas awam.Walau bagaimanapun, bangunan induk tetap dapat dijalankan pembinaannya.

Pembinaan pagar dan tandas akan dilaksanakan sekiranya ada peruntukan.

__________________________________________________________________________________

SOALAN 7  (A56)

Negeri Johor pesat membangun tetapi projek-projek yang dilaksanakan tiada koordinasi di antara jabatan-jabatan yang terlibat.Contohnya apabila jalan raya dilebarkan seperti di Jalan Daud Muar, tiang elektrik tidak dialih ketepi dan membahayakan pengguna jalan raya.Mengapa tidak diadakan One Stop Centre di antara jabatan  (JKR, TNB, MPBT dll) supaya kerja -kerja tidak bertindih.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Untuk makluman Dewan yang mulia ini , setiap agensi mempunyai perancangan  pada tiap-tiap  tahun untuk menjalankanprojek pembinaan. Walau bagaimanapun disebabkan peruntukan yang diterima oleh agensi-agensi ini adalah dari sumber dan masa yang berbeza maka projek-projek tidak dapat dilaksanakansecara koordinasi di antara jabatan.Keadaan ini menimbulkan kesulitan ekoran tiada penyelarasan dibuat berhubung kerja-kerja menaiktaraf utiliti yang dijalankan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional, Syarikat Air Johor dan Telekom Malaysia.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terpaksa menanggung masalah lanjutan kerosakan jalan, parit dan lanskap disebabkan kegagalan pihak agensi melaksanakan kerja-kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Garis Panduan Rizab Utiliti dan Pengorekan sedang disediakan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Johor susulan daripada saranan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri  Johor.

Draf garis panduan ini telah melalui beberapa siri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal  serta bengkel yang melibatkan   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-Jabatan Teknikal serta Agensi-Agensi Penyelia Utiliti. Susdulan daripada bengkel tersebut telah mencadangkan satu unit/badan perlu ditubuhkan untuk mengendali dan menyelaras  Pembangunan Utiliti dan Infrastruktur di negeri Johor secara 'One Stop Centre'.

Cadangan ini adalah selaras dengankeputusan dasar ang dibuat oleh Kerajaan Negeri  Johor untuk melantik pihak Presind Venture sebagai satu badan yang akan menyelia aktiviti pembangunan utiliti di Negeri johor.Satu Mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 2 September 2010 yand di pengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) Johor untuk menyelaraskan keperluan borang-borang permohonan bagi kerja-kerja pembangunan utiliti di Negeri johor.


Pihak JPBD Johor telah mengambil tindakan menyelaras segala syarat-syarat serta keperluan pihak Presind Venture untuk dimasukkan ke dalam kandungan garis panduan.

___________________________________________________________________________________




SOALAN  69  (A58)

Berapa buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Johor yang terlibat denga saman ekor, jumlah sama dan amaun denda yang telah dibayar dan jumlah tunggakan?

JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR

Berdasarkan makluman yang direkodkan kepada Kerajaan Negeri terhadap 35 buah kenderaan rasmi yang pernah dikenakan tindakan saman lalulintas, ia melibatka sejumlah 429 saman pelbagai kesalahan lalulintas.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan penyelesain terhadap tindakan saman tersebut adalah masing-masing di bawah tanggungjawab pihak yang berkenaan dengan kenderaan yang terlibat.

_________________________________________________________________________________

 SOALAN B 36


Kerajaan Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri telah memberi bonus raya kepada kakitangan mereka.Adakah KerajaanNegeri Johor juga turut memberi bonus raya kepada kakitangannya? Jika tidak , mengapa?

JAWAPAN

Kerajaan Negeri Johor telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan  atau apa yang disebut sebagai Bonus Raya sebanyak RM500.00 diberi kepada  Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri johor daripada gred 1 hingga gred 54 yang layak iaitu selaras dengan  pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembayaran bantuan yang sama kepada Pegawai Pekhidmatan Awam persekutuan sebagai tanda keperhatinan dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.




Malah untuk makluman Dewan yang mulia ini , bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah dikreditkan  ke akaun penerima pada 2 September 2010 iaitu dipercayai lebih awal dari negeri-negri lain di Malaysia.Pembayaran ini melibatkan 10,619 orang anggota  Perkhidmatan awamNegeri Johor dengan  jumlah pembayaran sebanyak RM5,309,500.00.

Sebagai bukti pembayaran Bantuan Khas tersebut telah disempurnakan Kerajaan Negeri juga telah menerima ucapan penghargaan dan terima kasih daripada beberapa anggota Penjawat Awam Negeri melalui akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 5 Septembar 2010.

_________________________________________________________________________________

SOALAN B 48

Baru-baru ini penduduk Kg. Tok Siak dan Jalan Setangi (tanag berhak milik) telah mengalami banjir lebih daripada 9 kali ekoran daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berdekatan yang telah menutup sebatang anak sungai.Saya difahamkan Pelan Kerja Tanah dabn Perparitan belum diluluskan tetapi projek telah berjalan.Apakah tindakan segera kerajaan mengatasibmasalah ini?

JAWAPAN:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibangunkan oleh pihak SPNB berdekatan dengan Kg. Tok Siak dan Jalan Setanggi iaituTaman Seri Setanggi tdlah mendapat Sijil Layak Menduduki Rumah (Sementara)  pada 28 April 2010 dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pelan Kerja Tanah dan Perparitan telah diluluskan sebelum projek ini dijalankan.


 __________________________________________________________________________________

 SOALAN B 47

Senaraikan saham-saham syarikat dan nilai semasanya  yangtelah diwakafkan oleh Johor Corporation (JCorp)  dan sejauh manakah dokumentasi perundangan atau syarak mengenai wakaf ini telah disempurnakan sera apakah wakaf ini boleh dibatalkan semula oleh JCorp?




JAWAPAN:
akan menyusul..............................................

 




PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Oct 2010 09:22 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Orang Asli sudah putus harapan

Posted: 12 Oct 2010 12:27 AM PDT

Sinar Harian 12 Okt 2010

MANTIN – Penantian penduduk Orang Asli Kampung Sungai Raya di sini, untuk mendapatkan kemudahan elektrik dan jalan yang lebih sempurna bagaikan tiada noktahnya apabila sudah hampir lima tahun menunggu.

Keadaan itu menyebabkan mereka sudah putus harapan apabila setiap permohonan sama ada lisan atau bertulis kepada pihak yang berkenaan untuk menjaga kebajikan mereka bagaikan dipandang remeh apabila pelbagai alasan diberi.

Malah paling dikesali apabila kejadian tanah runtuh yang berlaku di kampung itu tahun lalu tidak diambil kisah oleh sesiapa pun sedangkan perkampungan Orang Asli lain di kawasan itu yang turut mengalami nasib sama diberi perhatian.

Tok Batin, Rampir Asum, 52, berkata, pihaknya telah membuat permohonan mendapatkan kemudahan elektrik bagi lima keluarga di kawasan berkenaan sejak 2006 lagi.

Bagaimanapun menurutnya, apabila ditanya bila tindakan akan diambil, dia dimaklumkan semuanya masih dalam proses perbincangan.

"Tiap-tiap tahun saya mohon dan kadang-kadang setahun dua kali saya mohon tetapi jawapan yang saya terima semuanya kata dalam proses dan kita pun terus menunggu.

"Memanglah hanya lima keluarga sahaja yang mengalami masalah ini tetapi kami diberitahu, jika ada apa-apa masalah perlu maklumkan dan saya sebagai Tok Batin di kampung ini sudah putus harapan," katanya kepada Sinar Harian.

Rampir berkata, tahun lalu pihaknya dimaklumkan, masalah jalan rosak disebabkan kejadian tanah runtuh di kampung itu akan dibaik pulih sebaik sahaja projek terbabit siap di Kampung Belihoi.

Namun agak mengecewakan apabila sehingga kini tiada kerja penambahbaikan jalan dilihat walaupun ada pihak yang datang membuat tinjauan.

"Sejak kejadian tanah runtuh itu, memang kenderaan saya tersadai kira-kira dua kilometer dari rumah kerana keadaan jalan yang sudah rosak teruk dan berbahaya. Penduduk nak datang rumah untuk berurusan pun susah kerana jika tidak naik motosikal, mereka perlu jalan kaki.

"Pernah berlaku kejadian, seorang penduduk di sini cedera parah kerana terjatuh di lereng bukit disebabkan keadaan jalan yang rosak dan gelap," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8279367.asp

misbahul munir

Posted: 12 Oct 2010 09:16 PM PDT

misbahul munir


Jangan Percaya Rayuan Presiden Umno

Posted: 12 Oct 2010 08:58 PM PDT

JAWAPAN TERHADAP ISU DUIT JUDI DI PULAU PINANG

Posted: 12 Oct 2010 08:42 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 12 Oct 2010 07:30 PM PDT

PAS Kawasan Miri


James Masing the Logjam Culprits?

Posted: 12 Oct 2010 07:42 AM PDT

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

The log-jam phenomenon has rightly attracted much discussion and speculations-which is normal. What may be abnormal is the lack of an urgency to locate the source of the problem. Casual reference to `natural disaster' seems to suggest some attempt to blur the human hands in the cause of the `CULPRITS'. May be there are some real culprits who deserve to be called in this incident-the ones James Masing, chief of PRS, reportedly want to be severely punished!
Last Thursday and Friday saw river transport at a standstill as wooden debris clogged Baleh and Rajang rivers which adversely affected navigation from Sibu to Putai, a distance of some 300km.

JOURNEY INTERRUPTED: Four days after the massive wood debris laid a siege on Baleh River and Rajang River, the water at the upper reaches of Baleh is still muddy. Many outboard engine owners claimed that their engines were spoilt due to the sand and silt. This massive logjam along Malaysia's longest river was a cause of grave concern and drew wide-spread discussion and speculation on the causes, especially in Facebook and other blogs on the Internet, thus getting the attention of foreign media and environmental groups.

A man from Sungai Melatai, a tributary of Baleh River, gave the following account of the cause."The cause of the ecological disaster and the extensive environmental damage has nothing to do with the rain or rising water level because on the day it happened the water level along Baleh River was low and normal. There was extensive landslide of between five and 10km on both banks of Sungai Melatai. This has nothing to do with farming activities. It is caused by human disregard for the environment through extensive logging activities."
A child died when its mother could not send it for medical treatment in Kapit due to the logjam. Two men in a Land Cruiser died in the landslide."We are very angry but helpless, it is time we wake up to protect our environment," a teacher who was a relative of the mother said.A bank employee said political leaders should not blame the weather and appealed to the government to engage an independent body to investigate and get to the root cause because the people deserve to know the truth.
A retired army personnel and a fish breeder from Sungai Sut, who wanted to be known as 'Robert', lamented that many types of indigenous fish had died along Sungai Melatai to Sibu, depriving the people of their source of income and protein. According to Tuai Rumah Kilau who returned from Tunoh to Kapit on Friday morning, the massive riverbank erosion was caused by the eruption of dykes formed by sediments, wood and other debris caused by long periods of logging activities.

When contacted, the Superintendent of Land and Survey Kapit Affin Bawi said the massive landslide was the culprit. His view was confirmed by an officer from Sarawak Rivers Board.An elderly casual worker identified as Jilan explained that the Ibans described the phenomenon as 'baruas' or massive landslide affecting a huge area, when nature gives way."All the fish would die and in my young days I used to follow my parents in the longboat to catch lots of fish that appeared on the surface", he said.

The massive logjam prompted an onlooker to exclaim that one just could jump from one log to another to reach the other side of the river bank.An elderly Chinese was heard murmuring to himself that this could be the first signal of 'the end of the world' because of massive destruction to nature caused by humans.Among the many reasons, the phenomenon could be attributed to the heavy rainfall in the interiors of Kapit, particularly in Baleh, which had caused the river to burst its banks and grab debris and deadwood along the way.But surprisingly a check at the Kapit waterfront revealed that the water level was low and the velocity of flow was very slow and normal.On Friday, the situation returned to normal. The extent of damage it had caused to the shipping industry is yet to be ascertained.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh

Posted: 12 Oct 2010 07:22 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh


Jangan Percaya Rayuan Presiden umNO

Posted: 11 Oct 2010 08:12 PM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya" jerangkap samar" yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini.

Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dieskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada.

Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja.

Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 12 Oct 2010 07:20 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


MUHASABAH DIRI

Posted: 11 Oct 2010 07:59 PM PDT

Renungan bersama dari ayat Al Hij6 dari ayat 26... Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 12 Oct 2010 07:12 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


Jambori Amal Johor 2010

Posted: 12 Oct 2010 04:36 PM PDT

Hatta Ramli

Posted: 12 Oct 2010 07:08 PM PDT

Hatta Ramli


Prog Hari Raya Muhibbah

Posted: 11 Oct 2010 10:14 PM PDT

1.10.2010. Program Hari raya Muhibbah sempena hari raya eidul fitri diadakan untuk masyarakat India dan Cina oleh Ahli Parlimen Kuala Krai.




Jamuan hi tea diadakan di Tokong Hijau dibandar Kuala Krai, tetamu jemputan seramai 300 orang turut hadir walaupun hujan lebat ketika itu, persembahan tarian naga, gendang India dan dikir barat turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.


PAS LENGGONG

Posted: 12 Oct 2010 07:07 PM PDT

PAS LENGGONG


Kalaulah beliau ada

Posted: 11 Oct 2010 09:38 PM PDT

Sedang menduduki PMR lah dia. sedangkan inilah penamat bagi PMR akan datang. Hati ibu mana yang tidak terluka. Hati keluarga mana yang tidak pilu.

Kes bicara kematian Aminulrasyid bermula
Okt 12, 10 10:51am
Kongsi 12
Perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Saksi pertama dalam perbicaraan ini adalah lans koperal Mohd Sabri Salleh.

Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.

Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

"Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan dari kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."

"Saya panggil anggota di SL614, Koperal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."

Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulans kerana pemandu Iswara itu cedera.

Saksi kedua, detektif lans koperal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.

"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa," katanya.

Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.

Jenain diwakili oleh peguambela Salim Bashir (kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakwaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.

Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.

Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam pada malam kejadian itu.

Selepas memotong sebuah kereta polis, mereka dikejar dan beberapa das tembakan dilepaskan.

Kereta yang mereka naiki akhirnya berhenti di bahu jalan, di mana Aminulrasyid dijumpai mati di kerusi pemandu.

Bukan begitu caranya bertindak.

Posted: 11 Oct 2010 09:19 PM PDT

Kalau mereka itu ahli PAS pastinya mereka tak buat. Tapi kalau ahli yang baru ada kemungkinan.

Ambil Tindakan Terhadap Ahli Pas Yang Kotorkan Parti


Oleh Mohd Sayuti Omar

SEBAGAI ahli pertubuhan atau parti siasah sesiapa saja boleh membuat teguran dan kritikan kepada parti atau pemimpin. Teguran itu tentulah dengan niat baik untuk membaiki keburukan dan kelemahan. Dalam pada itu cara teguran dan kritikan itu dibuat perlu bijaksana, jangan seperti terjadi seperti nak membuang air kencing tetapi najis (berak) yang terkena.

Dalam apa juga pertubuhan dan siasah ada saluran dan teknik tertentu untuk membuat teguran. Mesyuarat atau persidangan tahunan adalah saluran terbaik. Gunakan saluran itu.



Kalau pemimpin itu keras kepala dan keras pedal, berpakat dan tumbangkan mereka dalam mesyuarat, bukannya dibuat di lokasi terbuka dan diluar kebiasaan dan rukun-rukun itu.

Walaupun usaha menjatuhkan pemimpin satu perbuatan terhina tetapi ia halal kalau pemimpin itu sudah sampai menyeleweng perjuangan parti.

Apa yang dilakukan sekumpulan ahli Pas Kedah menghantar memorandum kepada MB Azizan Razak di hadapan Pejabat MB semalam dilihat satu cara wajar tetap tidak cerdik. Mereka hantar nota bantahan kenaikan harga air, wajar kerana ia membebankan rakyat. Tujuannya untuk membela rakyat. Tetapi cara ianya dibuat di tempat terbuka, siap dengan banner adalah kurang cerdik kalaupun tidak langsung bodoh. Sesuatu yang baik tetapi kalau tidak kena caranya ia jadi buruk dan jatuh haram.

Kenapa dikatakan begitu? Mereka mengakui ahli Pas, maknanya mereka masih ada ruang untuk membetulkan yang tidak betul. Gunakan forum yang disebut tadi. Kalau mereka tidak boleh sabar dengan sikap MB yang terkenal dengan peringus dan bodoh sombong itu berpakat dan jatuhkannya dari dalam. Dalam rumah sendiri kalau hendak bergaduh sampai luka dan patah pun tidak mengapa.

Apabila ia dibuat dikhalayak ia memberi malu kepada parti. Bukan setakat Azizan tetapi Pas juga. Itu sebab saya katakan tindakan kumpulan itu tidak bijak. Maka wajar difikirkan oleh Pas supaya mereka dikenakan tindakan disiplin. Biar jadi pengajaran kepada umum. Bahawa Pas ada peraturan dan ada kaedahnya sendiri yang perlu dipatuhi.

Seperkara lagi apa dilakukan penunjuk perasaan itu ialah menentang keputusan kerajaan. Ia bukan bersifat peribadi terhadap Azizan Razak. Bila ia menentang keputusan kerajaan bermakna mereka tidak bersetuju dengan keputusan parti. Maka tidak wajar bagi mereka masih mengakui ahli Pas kalau mereka menolak keputusan parti sendiri. Itu dianggap songsang.

Kata Azizan mereka adalah ahli Pas dan tunjuk perasaan itu bukan didalang oleh Umno. Pada saya kenyataan berpolitik Azizan itu silap. Walaupun mereka ahli Pas dengan perbuatan itu jelas mereka telah terasok oleh musuh Pas. Kalau mereka ahli Pas mereka mungkin tidak tergamak untuk bebuat demikian dan tidak mudah melakukan kegiatan dan aksi yang bercanggah dengan sifat dan fiil perangai ahli sebuah parti Islam.

Mungkin mereka berbuat begitu kerana MB tidak melaksanakan prinsip Islam tetapi cara mereka juga tidak mengikut lunas Islam. Wal hasil balik asal Azizan dan penujuk perasaan itu dua kali lima sahaja dari segi konteks kenyataan dan tunjuk perasaan itu

Kemalangan Ngeri di Melaka

Posted: 11 Oct 2010 08:58 PM PDT

Bila ianya berlaku maka pihak penguasa pastinya menuding jar kepada sikap pemandu. Sedangkan faktor jalan dan suasana jalan tidak di ambil kira. Faktor seperti angin lintang tidak di atasi. sebaliknya menuding jari kepada sikap pemandu. Satu lagi langkah mendisiplinkan pemandu tidak ada dan tidak berkesan. Kaedah bersembunyi dan membuat saman ekor sebenarnya bukan mendidik malah menyebabkan pemandu bertambah geram dan marah.
Saman ekor dan mana-mana saman trafik sebenarnya mengundangkan sesuatu kezaliman. dan kezaliman itu mengundang kecelakaan. Jadi kesimpulan mudah ialah antara faktur yang menumbulkan kemalangan jalanraya ialah faktor kezaliman polis trafik yang menjadikan faktor saman trafic sebagai sumber pendapatan duit negara.
berlaku adillah kerana keadilan itu menghampiri taqwa.

Peneroka Felda Jawab

Posted: 11 Oct 2010 08:56 PM PDT

Peneroka jawab fitnah Ahmad Maslan
DUMEXjiman_76

Salam,

Saya adalah generasi kedua Felda iaitu Felda Kahang Barat, terpanggil saya untuk menjawab "FITNAH" daripada Datuk Ahmad Maslan. Terlebih dahulu ingin saya memulakan dengan isu TABUNG TANAM SEMULA yang di wujudkan oleh FELDA.Tidak dinafikan tabung ini memberi manafaat kepada warga Peneroka.Pernah kami merayu kepada FELDA untuk tidak membuat pemotongan ketika HARI RAYA memandangkan ketika itu harga kelapa sawit tidak begitu baik dan rayuan kami tidak dihiraukan. Maka kami adik-beradik menangis kerana tidak dapat pulang kekampung akibat kesempitan wang.

Walupun ada pemotongan untuk tabung tanam semula, bapa saya masih juga membuat "PINJAMAN ASB" di MAYBANK pada tahun 1995 sebanyak RM20,000. Pelik juga saya, bila ditanya kepada ayah apa tujuan dia membuat pinjaman tersebut. Ayah menyatakan ia adalah wang untuk persediaan menampung kos untuk tanam semula kelapa sawit.

Setelah 10 tahun berlalu, wang tersebut telah pun matang maka tibalah masa untuk pokok kelapa sawit ditebang,Betapalah sedih bila diberitahu oleh FELDA bahawa duit tanam semula yang di kumpul hanya boleh dikeluarkan sekiranya pokok TUA ditebang dan pokok MUDA telah pun tumbuh. Selepas itu perlu ada pemeriksaan dari pihak FELDA.Mujur Ayah saya telah membuat perancangan awal.

Tahukah rakyat malaysia, mereka yang mempunyai keupayaan mengusakan sendiri penanaman semula terpaksa membuat pinjaman BANK untuk kos PENEBANGAN POKOK, RACUN, ANAK BENIH, BAJA yang kosnya menelan belanja hampir RM20,000. Sedangkan FELDA senang lenang menguruskan tanah tersebut dengan duit yang telah tersedia dalam tabung tanam semula.

Pihak FELDA perlu sedar, Mereka BOLEH MEMPERBODOHKAN warga peneroka yang rata-ratanya tidak mempunyai taraf pendidikan yang rendah akan tetapi kami anak-anak warga felda yang mempunyai MENTALITY tinggi tidak akan membiarkan ibu bapa kami diperlakukan sebegini.

MAKA, saya nak bangkitkan persoalan yang daripada DATUK AHMAD MASLAN, memang wujud 2 golongan

1. Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah - Golongan ini mempunyai modal sendiri [simpanan@pinjaman bank] untuk menguruskan kebun dan duit tanam semula tersebut di keluarkan oleh felda selepas melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Maka wang tanam semula adalah satu "bonus" atas mereka dan terpulang pada mereka untuk mebelanjakannya.

2.Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang - Golongan ini tidak mempunyai Modal untuk menguruskan kebun dan sepatutnya golongan ini di bantu oleh FELDA dengan mengeluarkan WANG TANAM SEMULA yang menjadi HAK mutlak peneroka. Mereka mempunyai keupayaan tetapi tiada modal.

maka dengan ini saya menolak sekeras-kerasnya, tuduhan bahawa pihak peneroka felda MENYALAHGUNAKAN WANG TANAM SEMULA dan saya mengangap ia satu FITNAH .

.

Posted: 12 Oct 2010 07:06 PM PDT

.


Posted: 12 Oct 2010 09:51 AM PDT

Al-Azhar minta Iran musnahkan makam Abu Lu'Lu'ah



Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from Al-Arabiya - English here

DUBAI (Farraj Ismail)
Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb (gambar) untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai (gambar).



Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu'a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.


Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.

Baghai melawat tempat lain

Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.

Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.

Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).




Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.

Pembunuh Omar

Makam Abu Lulu'a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.


Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.

Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.

Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.

Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.

Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."


(Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 12 Oct 2010 03:25 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Masa Untuk Rakyat Terengganu Berubah - Dato' Mustaffa Ali

Posted: 11 Oct 2010 10:54 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Oct 2010 03:25 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MEMORANDUM BANTAH KONSERT ADAM LAMBER

Posted: 11 Oct 2010 07:03 PM PDT



3 PENJURU : PAS, UMNO & AKIM UMUM CALON 24 OKT NIE

Posted: 11 Oct 2010 05:49 PM PDT

PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.


Abdul Fatah berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Okt ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN (Barisan Nasional), ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Oktober ini.

"Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri," katanya.

Sementara itu, TPM berkata calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kali ini akan diumum pada 24 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon.


Pengumuman calon BN itu akan dibuat di Galas atau Gua Musang.

Selain itu, Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) akan meletakkan anak seorang bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.


Bagaimanapun, Presidennya, Hanafi Mamat, enggan menamakan bakal calon terbabit dan beliau hanya akan mengumumkannya pada 23 atau 24 Oktober ini.

ISTERI KANTOIKAN SUAMI TENGAH 'PROJEK'

Posted: 11 Oct 2010 05:34 PM PDT


Curang. Banyak suami/isteri berlaku curang kepada pasangan masing-masing mutakhir ini. Walaupun sudah berkahwin, namun ikatan itu tidak menghalang mereka daripada "makan luar".



Dua keping gambar ini dimuatnaikkan ke internet menunjukkan detik-detik seorang wanita "menangkap" suaminya sedang berlaku curang. Gambar-gambar tersebut menunjukkan wanita itu menghampiri sebuah MPV berwarna putih sebelum membuka pintunya. Ketika pintu MPV itu dibuka, kelihatan suami wanita itu sedang asyik melakukan perbuatan sumbang dengan wanita simpanannya.


Kejadian yang berjaya dirakamkan itu dikatakan berlaku di China dan kemudiannya tersebar di internet termasuklah hangat dibincangkan dalam laman forum sosial. Ada kalangan pengguna internet yang agak skeptikal dengan mengatakan bahawa situasi itu hanyalah rekaan/lakonan semata-mata, namun ada juga antara mereka yang mempercayainya.


Kata orang tua-tua, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." Kata orang muda-muda, "sebijak-bijak anda "cover line" akhirnya kantoi juga". Namun yang lebih penting, tanpa mengira latar budaya, pegangan agama atau kepercayaan anda, jauhilah seks bebas kerana perbuatan terlarang itu mendatangkan keburukan kepada diri, institusi keluarga, masyarakat, dan negara.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Oct 2010 03:11 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KDN DAN POLIS MUKA TEMBOK ATAU KETUANYA TERUK?

Posted: 11 Oct 2010 03:05 PM PDT


Biasanya peribahasa mengatakan muka tembok kepada prang yang tak tau malu dan jenis selamba macam tak ada apa-apa malah ada yang rasa bangga ada.
Manasabah atau manasarawak ? bila fakta terdapat kes orang hilang seramai 35,000 atau Tiga Puluh Lima Ribu orang di Malaysia?
Ini bermakna keadaan dalam negara Malaysia tak selamat? Atau masuk Malaysia 'selamat'.
Adakah Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negerinya tidak bersungguh menangani masalah yang kebanyakan berupa jenayah, sehinggakan melibatkan manusia berpangkat jutawan dan ada pangkat Datuk baru nak tegadah? Apa ke Jadah!

KL 11 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa kira-kira 21,000 kes dapat diselesaikan daripada 35,000 lebih kes orang hilang suatu yang memalukan, bukan membanggakan.

Khalid mendakwa demikian sebagai respons kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam dewan bahawa pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

"Cara beliau memberikan jawapan dalam dewan tadi seolah-olah beliau bangga dengan pencapaian ini Ini bukan tahap pencapaian yang kita seharusnya rasa bangga.

"Kemungkinan daripada 21,000 kes yang selesai itu, bukan semuanya diselesaikan oleh pihak polis sebaliknya orang yang hilang itu sendiri yang kembali selepas tiga hari. Tapi polis mengaku mereka yang selesaikan," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Khalid juga berkata, beliau bimbang sekiranya pencapaian sedemikian menjadi kebanggaan KDN, prestasi pihak polis akan terus merosot.

"Kita khuatir kalau inilah tahap pencapaian yang dibanggakan oleh pihak KDN, da merupakan satu KPI yang boleh diisytiharkan dengan penuh bangga dalam Parlimen, kita huatir prestasi polis akan semakin merosot kerana tidak ada satu standard atau tahap pencapaian yang lebih tinggi ditetapkan," katanya.

Menurutnya juga, jawapan Hishammuddin itu menunjukkan sikap acuh tidak acuh kerajaan Barisan Nasional.

"Ini menunjukkan sikap acuh tak acuh kerajaan BN dalam semua kes termasuk kes orang hilang rasuah, jenayah dan lain-lain lagi," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu itu di Parlimen selain mendesak satu siasatan awam diadakan bagi mencari penyelesaian kepada kes jenayah terutamanya dalam kes orang hilang ini.

"Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menjadikan ini satu isu yang akan terus dibangkitkan dan kita akan mendesak diadakan satu siasatan awam, kajian atau jawatankuasa khas untuk mencari punca sebenar kenapa begitu besar rakyat Malaysia hilang," katanya.

Terdahulu, Hishammuddin dalam sesi soal jawab menjawab soalan ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang megenai laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tindakan-tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 12 Oct 2010 03:04 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


MZ sekarang di Malaysia

Posted: 12 Oct 2010 12:11 AM PDT


Sempena konsertnya anjuran Raudatus Sakinah yang khabarnya tiket konsert dah HABIS...melepas.

Tahniah kepada penganjur, kumpulan InTeam dan Aishah, syabbas.

Klik tajuk untuk peminat MZ

Ikhwan masuk PRU akan datang

Posted: 11 Oct 2010 11:59 PM PDT


Mursyid Am umumkan penyertaan Ikhwan di dalam pilihanraya Parlimen

Oleh: Khalid 'Afifi

9 Oktober 2010

Dr. Muhammad Badie' Mursyid Am IM telah mengumumkan penyertaan Ikhwan di dalam pilihanraya parlimen Mesir yang akan datang setelah merujuk pendapat Majlis Syura IM. Maktab Idari, cendekiawan dan sarjana IM juga bersetuju sebulat suara untuk menyertainya. Beliau telah membacakan ketetapan majlis syura tentang penyertaan di dalam pemilihan Dewan Rakyat akan datang 2010 pada kadar 30 peratus kerusi dewan rakyat.

Beliau turut menjelaskan di dalam sidang akhbar untuk memaklumkan pendirian jamaah dalam pemilihan Dewan Rakyat 2010 pada tengahari hari ini di atas tajuk "Penyertaan bukan perbalahan". IM akan memaklumkan senarai calon dan persiapan mereka, manifesto dan agenda yang akan disesuaikan dengan tempat ditandingi dan selari dengan ketetapan majlis syura.

Beliau turut menyatakan bahawa jumlah terkini calon yang akan bertanding akan dimaklumkan kemudian kerana mengambil kira kepentingan umum dan selepas selesai pelarasan dengan parti dan pemimpin politik lain.

Beliau menegaskan bahawa ketetapan penyertaan dalam pilihanraya ini adalah untuk menegakkan nilai-nilai yang positif di dalam masyarakat, kepentingan mengembalikan rakyat kepada hak-hak perundangan dan perlembagaan, menghalang golongan perosak dan pemusnah Negara, tidak meninggalkan lapangan politik sebagai medan yang subur bagi mereka tanpa pemerhatian dan kawalan, menghormati kehendak rakyat kepada umat dan mengukuhkan sunnah mempertahankan diri.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil-wakil rakyat IM yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam sesi yang lepas dan usaha gigih memberikan khidmat kepada penduduk dan tempat yang diwakilinya.

Sambil itu beliau meminta semua anggota Ikhwan di semua kawasan dengan menjadikan hari pemilihan sebagai hari mengecapi kebebasan dalam semua maknanya dan titik pemisahan dalam sejarah Mesir.

syok dengar nasyid ni

Posted: 11 Oct 2010 07:59 PM PDT



klik tajuk untuk latarbelakang Maher zain

Adam Gay vs Maher Zain

Posted: 11 Oct 2010 07:44 PM PDT


Penasyid yang mencetus fenomena dunia Maher Zain yang masyhur dengan lagu 'Insha-Allah'

Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah

Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.

Gay

"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.

Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil. Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.

Maher Zain

Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.

"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.

Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.

Malaysiakini
difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

Politik bekas tentera

Posted: 11 Oct 2010 07:13 PM PDT


Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) disalahguna untuk membawa pencen tentera terlibat dalam kemalangan ngeri bertembung dengan Bas Delima (malay delimma?) milik taikun judi berjaya Vinsent Tan mengorbankan 12 penumpang maut dalam perjalanan balik di lebuhraya Plus dekat Melaka.

Bekas tentera diperalat sertai himpunan bersama PM
Wartawan Kita - Harakah

KOTA BHARU, 11 Okt: Anggota-anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dikatakan diperalat bagi memberi gambaran kononnya mereka bersama kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ini dibuktikan apabila PBTM menganjurkan perhimpunan 15,000 bekas anggota tentera bersama Perdana Menteri di Stadium Putra Bukit Jalil petang semalam.

Perhimpunan itu difahamkan diadakan bertujuan menzahirkan penghargaan terhadap Najib yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun.

Seorang ahli PBTM yang enggan dikenali berkata, persatuan itu yang diterajui Datuk Mohamad Ghani cuba menzahirkan bekas tentera menikmati pelbagai kebajikan semasa Kementerian Pertahanan di bawah Najib.

"Saya juga menerima surat jemputan hadir pada perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini.

"Turut dijemput isteri setiap bekas tentera dan anak-anak yang berusia 21 tahun ke atas," katanya di sini kelmarin.

Akhbar melaporkan pelepasan rombongan seramai 1,500 anggota PBTM Cawangan Kelantan bagi menyertai perhimpunan bersama perdana menteri diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, kelmarin.

Difahamkan anggota tentera dan keluarga mereka menaiki 32 bas yang disediakan khas secara percuma.

Rombongan berkenaan dilaporkan diketuai Mejar (B) Mohd Ali Nawang.

Anggota persatuan terbabit mendakwa setiap peserta dan keluarga yang menyertai rombongan berkenaan diberi duit poket sebanyak RM100.

jaga kedudukan

Sedangkan menurutnya, perhimpunan tersebut tidak lebih sebagai strategi politik pemimpin yang menerajui PBTM sekarang bagi mengekalkan kedudukan dan kepentingan mereka.

Malah katanya, ia juga kemungkinan besar ada kaitan menjelang kempen pilihan raya kecil Galas.

"Sedangkan hakikat sebenar sepanjang Najib menerajui Kementerian Pertahanan tidak banyak kemudahan yang dinikmati anggota tentera.

"Cuba bayangkan sekarang pencen bekas tentera berada di bawah garis kemiskinan. Bagi mereka pencen dengan pangkat di bawah sarjan hanya mendapat RM720 sebulan.

"Jumlah pencen sebanyak itu menyebabkan ramai bekas tentera berada di bawah garis kemiskinan tegar, sedangkan ketika berkhidmat tenaga mereka dikerah sebegitu rupa," ujarnya.

Seorang lagi bekas tentera tanpa berselindung mendakwa ramai bekas tentera tidak suka kepada Najib ketika menerajui Kementerian Pertahanan.

Menurutnya juga, anggota tentera banyak menikmati kebajikan ketika Tan Sri Tengku Ahmad Riathauddeen menjadi Menteri Pertahanan.

Katanya, ketika itu pasukan tentera lebih dihormati kerana tidak diperalatkan ketika kempen pilihan raya seperti berlaku sekarang.

"Ini dapat dibuktikan pada kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai tahun lepas pasukan tentera dikerah membina jambatan sementara di sebuah kampung di Dun berkenaan," katanya.

Imam Muda, Huffaz diraikan

Posted: 11 Oct 2010 06:48 PM PDT


Lulusan Maahad Tahfiz Al-Quran Pulau Pinang (Kitab)


Sama cantik, sama padan dan menutup aurat, ini yang boleh dijadikan contoh ikutan berbanding si angkasawan

Para huffaz harta tidak ternilai

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 11 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.

Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.

"Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.

Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.

Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'.

"Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya.

Imam Muda

Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.

Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas.

Baja + pasir

Posted: 11 Oct 2010 06:44 PM PDT


Gred baja Felda diragui
Hazayani Zakaria - Harakah

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Bekas kakitangan Felda, Khamis Saad hari ini mendedahkan bukti mengenai penipuan Felda dalam gred baja yang dibekalkan kepada peneroka.

Beliau yang juga Pengerusi Alumni Bekas Peneroka Felda berkata, baja yang dibekalkan oleh Felda telah dicampur dengan pasir menyebabkan kandungan aslinya berkurangan.

"Baja yang datang daripada Jerman yang dibekalkan kepada peneroka yang dibekalkan melalui syarikat-syarikat tertentu di Malaysia, kemudian dibungkus balik oleh Felda kemudian dicampur dengan pasir yang menyebabkan kualiti berkurangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini yang diiringi Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, zat tambahan yang terdapat dalam baja asli dapat meningkatkan pengeluaran minyak sawit dan getah.

"Daripada saya bekerja daripada tahun 70-an sehingga 90-an inilah baja yang kami pakai yang tidak berkualiti menyebabkan pengeluaran tidak memuaskan," katanya.

Menurut Mazlan pula, salah satu sebab peneroka enggan mengikuti program tanam semula dengan Felda adalah kerana faktor baja yang didedahkan itu.

"Kenapa salah satu sebab peneroka tidak mengikuti program tanam semula kerana Felda membekalkan baja yang sangat diragui kualitinya.

"Potongan yang dibuat sangat tinggi dalam setiap bulan lima hingga tujuh ratus untuk baja sahaja dan untuk setiap tahun tujuh hingga lapan ribu sedangkan hasilnya begitu rendah," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan turut menyentuh isu wang tanam semula yang belum dilunaskan oleh Felda seperti yang dijanjikan kepada peneroka.

Turut bersama dalam sidang media itu ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat.

Lembab yang merungsingkan

Posted: 11 Oct 2010 06:24 PM PDT


Sosilawati: PAS persoal lambat selesai siasatan
Hazayani Zakaria - harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mempersoal kelambatan pihak-pihak terbabit dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Salahudin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini berkata, kelambatan jelas berlaku dalam siasatan kes ini apabila laporan DNA sendiri belum diperoleh.

"Berdasarkan kepada laporan dan penyiasatan polis, kertas pendakwaan telah pun dikemukakan kepada peguam negara kemudian peguam negara telah menghantar balik kertas sisasatan tersebut untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis.

Ujarnya, laporan DNA seharusnya dikeluarkan dalam tempoh tidak lebih daripada seminggu. Namun sehingga kini laporan berkenaan belum dikeluarkan.

"Ini menunjukkan berlakunya beberapa beberapa lagi kekurangan-kekurangan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis. Kalau laporan profesional DNA oleh jabatan kimia (sepatutnya) mugkin paling cepat (diperoleh) dalam masa satu atau pun dua hari atau tiga hari. Tetapi kita lihat laporan DNA pun masih lagi tidak dikeluarkan.

Sebelum itu, ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Datuk Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan.

Menjawab soalan tersebut, Hishamuddin menegaskan bahawa pasukan siasatan sedang menjalankan tugas sepenuhnya tanpa henti untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Dua agensi yang terlibat dalam siasatan ini, pertamanya pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), pasukan siasatan dan juga pihak peguam negara.

"Kedua-dua pihak ini, hari ini 24 jam sedang siasat dan memastikan bahawa ianya dapat dibawa secepat mungkin, tak boleh saya laporkan ke dewan ini hari ini," katanya.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media selepas itu, Salahuddin berharap KDN dapat memastikan kes itu diselesaikan secepat mungkin.

Umno, Najib Zenofobia

Posted: 11 Oct 2010 06:15 PM PDT


Impian Najib suatu pembohongan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Rakyat, khususnya bukan Melayu dinasihatkan supaya tidak terpengaruh oleh impian terbaru yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam di Perhimpunan Tahunan Agung MCA ke-57.

Demikian peringatan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub.

Najib, Perdana Menteri berkata, BN mesti disokong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya Malaysia boleh dipacu menjadi negara kelas pertama abad ke-21 melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sekarang.

Selepas Strategi Reformasi Inisiatif (SRIs), iaitu bahagian pertama dari Model Ekonomi Baru (MEB) yang berakhir pada Mac lalu mendorong pentadbiran Najib mengunjurkan pertumbuhan KDNK 6 peratus melalui ETP.

"Saya tidak ada masalah dengan sasaran 6 peratus untuk 2011-2020 yang mahu dicapai kerana itu adalah suatu impian," kata Mustaffa kepada Harakahdaily.

Tetapi, katanya kalau melihat pada pertumbuhan KDNK pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dan RMK9 yang masing-masing adalah 4.7 peratus dan 4.2 peratus; adakah impian Najib ini suatu yang realistik, atau sekadar mahu menipu rakyat semata-mata.

Sepatutnya, kata beliau Najib mesti mempunyai komitmen yang lebih dalam menangani kepincangan nilai dalam urus tadbir negara.

Beliau menambah, rasuah, kronisme, politik perkauman yang ekstrem merupakan antara faktor utama yang menghalang dunia melihat Malaysia sebagai hub pelaburan yang sihat.

zanofobia

Selagi Umno BN menjadi parti rasis dalam negara, ujarnya selagi itu rakyat masih dibelenggu dengan budaya Zenofobia atau semangat membenci orang-orang asing.

Katanya lagi, aksi mengarak kepala lembu, bakar dan vandalisme surau serta rumah ibadat adalah antara fenomena zenofobia yang sedang memisahkan dunia dengan negara.

"Sebab itu, rakyat perlu meninggalkan Umno BN pada PRU13 kelak. Impian Najib bertujuan menipu rakyat pada PRU13 nanti," ujarnya.

Justeru, beliau mengajak rakyat supaya mengangkat politik nilai dan menolak politik pembohongan Najib.

SPRM : SOAL SIASAT HINGGA AJAL

Posted: 11 Oct 2010 05:33 PM PDT



YANG TERBANG BERTABURAN


UTARA : SPRM SIASAT SURAT LAYANG – berita hairan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap kandungan surat layang mendakwa berlaku penyelewengan membabitkan pemberian konsesi balak berjumlah RM21.5 juta sepanjang 11 bulan pemerintahan pakatan pembangkang di Perak.

Pengarah SPRM negeri, Nooraziah Abd Manaf, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dengan menjadikan kenyataan yang disiarkan di dalam media sebagai asas siasatan itu.

"Memang sehingga hari ini (kelmarin) SPRM Perak tidak menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai kes berkenaan.

"Bagaimanapun, SPRM boleh menjalankan siasatan pada bila-bila masa dengan menjadikan laporan media itu sebagai perkara asas sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan media mengenai surat layang dipercayai tersebar luas di kalangan pemimpin DAP Perak berhubung dakwaan penyelewengan berkenaan.

Surat tanpa tarikh dan tidak bertanda tangan itu disertakan lima muka surat menyenaraikan 103 syarikat balak yang menerima konsesi oleh pentadbiran pakatan pembangkang yang ketika itu diketuai Mohammad Nizar Jamaluddin.

Surat bertajuk, 'Ke mana pergi hilang RM21.5 juta, peruntukan (donation) diberi oleh 43 syarikat pembalak telah diberi kelulusan dalam masa 10 bulan kerajaan pakatan pembangkang 2008' berkenaan turut menyenaraikan jumlah wang, nama penerima serta kawasan balak yang diberi kepada ahli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen DAP negeri itu.

Nooraziah berkata, SPRM akan mengenalpasti kesahihan surat layang itu dan kertas siasatan akan dibuka jika terbukti kegiatan rasuah serta penyelewengan berkenaan wujud.

TT kata

CUKUP HEBAT…. CUKUP GEMPAK…SYABAS !

AKAN MELAKUKAN SIASATAN SEGERA

HANYA BERDASARKAN SURAT LAYANG

SPRM MACAM ULTRAMAN AKAN BERGERAK PANTAS

SABAR DULU… MAI SINI NAK TANYA

BERIBU RIBU LAPORAN YANG DULU…. SENYAP AJE

BUKAN SURAT LAYANG…. ADA NAMA ALAMAT DAN POTOKOPI KAD PENGENALAN

KES KHIR TOYO ENJOY KE DISNEYLAND

KES MAT HASSAN BAWA DUIT KELUAR NEGERI


ADA LOPORAN ... TAK SIASAT JUGA ?

KES SAMSENG KAUTIM DENGAN PEGAWAI POLIS

TAK ADA JUMPA FAIL KE ?.... ATAU FAIL HILANG?

JANGAN RISAU… MALAYSIA TODAY ADA SALINAN

nota:
dapat dilihat jelas bahawa sprm ini
bukan badan pencegah rasuah
tapi barua gerombolan nak
bagi pakatan rakyat susah
dan kempen seolah olah
pakatan pun sama terlibat rasuah

kalau tak ada rasuah – boleh
pasang rasuah macam kes
china doll di ipoh


nota:
kalau kes pakatan
siasat sampai mati
kalau gerombolan
kes dilapor terus mati kah kah kah


BUKTI NYA ? APA TINDAKAN SPRM BILA BACA BERITA INI?



PERTIIKAI HARTA MAYC DIPINDAH
- melayau

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kepimpinan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) hari ini melahirkan rasa curiga terhadap usaha bekas Presidennya, Syed Hamid Albar yang memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC – yang didaftar sebagai syarikat pada awal tahun 1990-an.

Presiden MAYC, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi berkata, pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.

"Lebih membingungkan lagi, saya diberitahu bahawa keahlian yayasan tersebut akan dibuat secara terbuka sedangkan ia bukanlah persatuan apatah lagi apabila didaftarkan sebagai syarikat.

"Jadi keputusan menghidupkan semula sesebuah yayasan harus diperjelaskan secara terperinci termasuk mengenai pemegang amanah, penerima manfaat dan sebagainya bukan dilakukan secara terburu-buru,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis rumah terbuka anjuran MAYC di kediamannya di sini hari ini.

Akhramsyah juga memberitahu, seharusnya perpindahan harta dan liabiliti tersebut perlu dipersetujui melalui mesyuarat agung tahunan (AGM).

Sementara itu, Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, hanya segelintir ahli sahaja yang dipanggil untuk menghadiri AGM tersebut seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa ahli MAYC yang terdiri daripada golongan korporat dan profesional tidak dipanggil ke AGM tersebut?

"Saya lihat ini satu pencabulan hak dan perlu diambil tindakan yang tegas bagi mengelakkan salah guna kuasa ke atas harta MAYC kelak,'' tegasnya.

SPRM ... INI LAPORAN AKHBAR PAGI INI

BUKAN SURAT LAYANG

BILA NAK BERTINDAK

APAKAH KERANA INI GEROMBOLAN MAKA ... TAK ADA TINDAKAN..

MP Pendang

Posted: 12 Oct 2010 01:20 PM PDT

MP Pendang


Lubang oh lubang!!!!

Posted: 11 Oct 2010 04:18 PM PDT

Cukup memberi keinsafan membaca tulisan saudara Lim daripada blog Merdeka review ini. Nampaknya inilah suasana politik negara yang sudah cukup tidak bermaruah kini. Politik yang hanya bergantung kepada satu lubang, yang penuh dengan najis dan jijik, yang menggunakan segala bentuk konspirasi dan institusi untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang amat jelik dan jijik yang tak pernah memikirkan apakah itu dosa dan pahala, asalkan aku akan dapat terus berkuasa, itu saja matlamatnya.
Memang teori lapok Mechiavelli masih lagi menjadi pegangan dan diimani oleh puak dan kumpulan sebegini, apa nak kisah dengan suasana selepas kita mati, susudah dibahan ulat dan selepas menjadi tanah semula, apa nak dihirau dengan ruh dan moral kepada anak-anak dan apa pula nak dikisah dengan apa yang akan berlaku kepada anak cucu yang sudah pasti akan menghentam dan mengherdik kita nanti dek kelakuan tak senonoh ini. Kalau tidak tidak akan adalah ' fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh'. Alfitnatu asyaddu minal qatli.
Oleh itu hanya keinsafan dan keimanan sajalah yang diharap agar dapat membuka minda dan jiwa manusia merdeka ini agar menjadikan semua ini sebagai pengiktibaran didalam kita menghadapi suasana politik negara dalam masa terdekat ini agar capaian ke Putrajaya diberi kemudahan oleh Allah subhanahu wataala.
Hentikanlah politik yanghanya bergantung kepada satu lubang sahaja, carilah perkara lain yang lebih meyakinkan rakyat dan boleh dijadikan pedomabuat anak cucu dan generasi akan datang. Kita tidak rela dan mampu untuk ditempelak oleh generasi zaman baru nanti , generasi dekad mendatang sebagai politikus yang bertahan dek kerana satu lubang dibelakang. mampukah kita........?.

Ingatan buat semua

Posted: 11 Oct 2010 03:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt: MCA diberi peringatan bahawa masyarakat Cina di negara ini sekarang lebih bimbang dengan Umno berbanding dengan PAS. Peringatan ini diberikan oleh pengarang laman web The Malaysian Insider (TMI).

Peringatan ini diberikan ekoran amaran yang diberikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kononnya PAS akan memerintah negara ini dengan Islam autokratik jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan "pendirian autokratik Islam" jika PR menguasai Putrajaya.

"Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

"PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang," tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 semalam.

Amaran itu dijawab oleh pengarang laman web TMI itu semalam.

"Sesiapa yang tinggal di Kelantan akan memberitahu anda, bahawa pentadbiran PAS jauh lebih toleransi dan menghormati hak lain-lain pihak berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah Umno.

"Faktanya jelas, undi Cina bandar sangat penting dan mereka lebih bimbangkan Umno berbanding PAS," tulis pengarang TMI itu.

Bagi TMI, pandangan Chua itu hanya mengulangi rekod lama yang dibuat MCA untuk menakut-nakutkan pengundi Cina sahaja.

"Masejnya adalah, walau pun Umno dan MCA tidak baik, PAS lagi buruk," tulis pengarang laman web itu semalam.

Bagi pengarang itu, dengan keadaan Umno yang sangat baik dengan Perkasa yang dipimpin Ibrahim Ali, keboleh percayaan orang terhadap ancaman MCA itu diragui.

"MCA sekarang tidak dihiraukan lagi oleh Umno. Dan tidak banyak lagi yang boleh ditawarkan oleh Chua kepada masyarakat Cina kecuali menakut-nakutkan mereka," tulis pengarang itu.

Sementara itu, seorang bekas petugas sebuah badan yang dimiliki MCA menjangka, 80 peratus pengundi Cina di Galas akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Ketika ditemui di majlis hari raya yang dianjurkan Harakah baru-baru ini, beliau berkata, walaupun tidak ada kajian mengenainya, "Saya yakin angka ini betul."

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, 24.01 peratus dari 10, 330 pengundi Galas adalah dari masyarakat Cina.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 12 Oct 2010 01:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


MUHASABAH DIRI

Posted: 11 Oct 2010 07:59 PM PDT

Renungan bersama dari ayat Al Hij6 dari ayat 26... Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

Batu Gajah Mari

Posted: 12 Oct 2010 11:46 AM PDT

Batu Gajah Mari


UMNO ni dah memang bodoh

Posted: 12 Oct 2010 08:02 AM PDT



mengalas atau menggalas? memang la bodoh.. mengeja pon tak betul.. hahaha

Tok Guru Akan Tunai Haji Bersama Sultan Mohamad Ke V

Posted: 12 Oct 2010 03:34 AM PDT

HASRAT Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu haji tahun lepas yang terhalang atas kehendak Allah juga inysaAllah akan tertunai pada musim haji kali ini. Tok Guru dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan. Tarikh pemergian beliau masih belum ditetapkan.

Maklumat yang diterima dari sumber tertentu sama dengan maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur. Jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Seorang kakitangan Tabung Haji memberi tahu tarikh pemergian itu sekitar 9 atau 10 November. Ini bermakna selepas pilihan raya kecil Galas sekiranya ia berlaku pada 4 Nov.

Apa lebih mengharukan dan manisnya lagi pemergian beliau bersama dengan Tuanku Sultan Mohamed Ke- V. Samada pemergian itu bersama atau satu rombongan tidak dapat disahkan. Sumber-sumber memberi tahu Sultan Mohamad Ke V juga akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.

Ada hikmah besar kenapa Allah menggerak hati orang tertentu mencetuskan isu pemergian Tok Guru ke Makkah tahun selepas sehingga beliau membatalkan pemergian itu dalam keadaan sedih. Rupa-rupanya Tok Guru akan mengeliling Kaabah bersama banginda Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra.

Sama-sama kita mendoakan semoga Tok Guru diberikan kesihatan dan kekuatan untuk ke Makkah. Muda-mudahan tidak adalah pula sesiapa yang cuba mempolitikkan pemergian beliau kali ini. Selamat berangkat Tok Guru!

Konsert artis 'gay': Puspal terus dikritik

Posted: 12 Oct 2010 03:23 AM PDT

Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) terus dikritik pelbagai pihak kerana tetap dengan pendiriannya membenarkan artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert mengadakan konsert di negara ini.

Bagi Persatuan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), konsert anjuran Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music itu harus dibatalkan kerana ia didakwa melanggarkan perlembagaan dan rukun negara.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalPresiden PPMM Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, tafsiran undang-undang dalam kes Meor Atiqullah, hakim memutuskan segala dasar yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan kaedah hukum Islam.

"Tetapi apa yang berlaku ini jelas bercanggah dengan Islam dan meruntuhkan akhlak," kata Zainul Rijal kepada Malaysiakini hari ini.

Menurutnya lagi, dalam rukun negara juga digariskan soal kesopanan dan kesusilaan dan bukannya "terkinja-kinja" dalam konsert.

Walaupun dibantah kuat, terutamanya oleh PAS, konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dilaporkan boleh diteruskan dengan syarat ia menepati garis panduan, antaranya tidak melibatkan kelakuan melampau ketika persembahan.

Ketua Penolong Setiausaha Puspal Mohd Dian Nais dilaporkan berkata penganjurnya telah diberikan penerangan mengenai peraturan lain yang perlu dipatuhi termasuk jarak 7.5 meter antara pentas dan penonton.

Wabak 'halalkan' gay

Beliau juga memberitahu, Puspal sebelum ini pernah menghentikan konsert Akon di Sunway Pyramid kerana artis tersebut membuka bajunya ketika persembahan.

Sementara itu, dua lagi persatuan mahasiswa Islam - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) - turut menghamburkan 'kemarahan' yang sama kepada Puspal, agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.


azlanMenurut Presiden Gamis Ahmad Syazwan Muhammad Hasan, konsert itu akan menjadi "wabak" dan ikutan remaja Malaysia untuk 'menghalalkan' budaya gay.
"Ambillah iktibar dari sirah kaum Nabi Lut yang akhirnya dtimpakan bala bencana yang dahsyat oleh Allah dan kesannya boleh dilihat hingga hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara Presiden ISIUKM Mohd Nazri Mohd Tahir pula berkata, di negara ini hubungan sejenis ditolak sepenuhnya.
"Jadi mengapa pihak kerajaan masih lagi membenarkan artis tersebut masuk ke negara ini? Perkara ini boleh diibaratkan seolah-olah hendak mengubat penyakit tetapi dalam masa yang sama membiarkan virus-virus yang membawa penyakit terus berlegar-legar dengan bebasnya," katanya.

Konsert sulung Lambert dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

Persimpangan Terakhir buat Kuli?

Posted: 11 Oct 2010 11:42 PM PDT

Sejarah politik Ku Li yang gemilang di zaman mudanya telah dicantas dengan ja
yanya oleh Dr Mahathir. Beliau yang lebih dilihat kekananannya berbanding Dr Mahathir, telah dilangkaui gara-gara pemilihan yang dilakukan oleh Tun Hussien Onn. Selepas itu Ku Li beberapa kali cuba mencabar, tetapi hanya hampir-hampir mencapai kejayaan pada tahun 1987. Selepas itu kerjaya politiknya semakin malap.

Kalaulah Ku Li tidak membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada 1995, sudah pasti gabungannya dengan Anwar akan memberi kesan berbeza semasa era reformasi. Selepas kembali kepada UMNO Ku Li sering melakukan tindakan 'play safe' takut-takut dia tersilap langkah sekali lagiDi ketika itulah Ku Li dipermain-mainkan oleh Dr Mahathir sehingga rakan-rakan di sekelilingnya termasuklah 'budak' setia beliau Ahmad Shabery Chik sendiri mulai merenggangkan diri daripadanya. Kini tinggallah Ku Li terkontang-kanting berpencak dalam UMNO.

Ku Li cuba mencabar beberapa kali, yang cabarannya bukan dengan mereka yang kecil-kecil politik. Beliau cuba mencabar bertanding sebagai Presiden UMNO, tetapi pencalonannya sangat sedikit. Kawasan yang begitu setia mencalonkannya ialah Gua Musang. Itupun dalam pemilihan yang lalu Gua Musang sendiri hampir-hampir tidak mencalonkan Ku Li.Persimpangan Terakhir buat Kuli? Dari segi politik, kerjaya politik Ku Li hampir berkubur melainkan kubu politiknya di Gua Musang. Hadirnya Ku Li dalam politik UMNO dan politik Malaysia seumpama 'melukut di tepi gantang'. Ku Li benar-benar mengharapkan lampu ajaib Aladdin untuk kembali semula ke persada politik tanahair.

Kali terakhir usaha yang dilakukan oleh Ku Li sebagai lampu ajaib ialah mengg
agaskan Kerajaan perpaduan. Menurut sumber-sumber tertentu, hampir-hampir gagasan itu akan mengangkat semula Ku Li ke persada politik, tetapi sekali lagi musuh tradisinya Dr Mahathir menjadi batu penghalang. Kemudian Ku Li cuba pula menjadi tokoh politik yang diterima semua pihak termasuk menyokong usaha Kelantan untuk mendapatkan royalti petroleum. Sedikit sebanyak usaha ini menaikkan semula martabat politik Ku Li, setidak-tidaknya sejarah penglibatan politik beliau diimbaukan semula.

Bagaimanapun, tiba-tiba UMNO mencadangkan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas, malah kemungkinan pula menjadi calon. Cadangan ini bukanlah satu penghormatan kepada Ku Li, sebaliknya satu penunjuk arah untuk Ku Li sampai ke garisan penamat politiknya. Ku Li benar-benar berada di penjuru gelagang yang dihimpit oleh kepentingan politik UMNO dan PR khususnya PAS. Tujuan UMNO melantik beliau adalah untuk menamatkan karier politiknya. Berdasarkan PRU 2008, UMNO dan Ku Li sendiri kalah di DUN Galas. Bayangkan kalau keputusan yang sama berulang. Secara tidak langsung pengaruh Ku Li akan dilihat pupus di kubunya sendiri. Sekiranya keputusan sebaliknya, Ku Li tidak mendapat apa-apa merit yang lebih.

Sekiranya beliau menerima pencalonan sebagai Pengarah tersebut, dengan sendirinya pengaruhnya terhadap PR dan PAS khususnya akan putus. Beliau tidak lagi disandarkan harapan oleh PR dan PAS dalam isu royalti dan kemungkinan selepas ini beliau akan benar-benar keseorangan dalam politik. Oleh sebab itu, perkiraan yang dibuat oleh Ku Li seumpama telan mati emak, luah mati ayah. Beliau kini benar-benar telah di Checkmate oleh Najib dan Muhyiddin. Hanya satu pilihan terbaik Ku Li, iaitu menyertai pembangkang pada ketika keemasan begini. Potensi untuk beliau muncul semula dalam politik akan lebih cerah.

Masa untuk berubah!!

Posted: 11 Oct 2010 11:25 PM PDT




Hilang kuasa
Biasa
Bagi yang menyalahguna kuasa
Dari kalangan anak bangsa
Di negara tercinta
Dengan kuasa kumpul harta
Dengan inflasi rakyat hidup menderita
Harga barang-barang naik sahaja
Menguntungkan peniaga-peniaga
Bercerai-berai banyak keluarga
Dari kalangan artis negara
Dari kalangan aktres negara
Budaya Barat contoh utama
Kurang pula didikan agama
Nasihat syaitan mudah diterima
Dosa belakang kira
Kemewahan hidup sahaja kira
Berlakulah apa Darwin kata
"Asal manusia daripada kera"
Makan tidur dan bersengketa
Sangka Kebudayaan Barat tempat berteduh
Suasana hidup bertambah keruh
Bersumber daripada kotornya roh
Gejala sosial ini boleh sembuh
Dengan kepimpinan yang jiwanya teguh
Tinggal larangan buat yang disuruh
Berjemaah sewaktu solat Subuh
Dengar tazkirah jiwa jadi teguh
Negara Berkebajikan tujuan utama
Tinggalkan yang lama
Bangunkan Islam bersama

Pas CawanganSurada

Posted: 12 Oct 2010 11:39 AM PDT

Pas CawanganSurada


Sebelum Sampai Ke Putrajaya

Posted: 11 Oct 2010 11:18 PM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 12 Oct 2010 11:38 AM PDT

Dupahang's Weblog


Apa Masalahnya PAS Jadi ‘Kapten’ Pakatan Rakyat?

Posted: 11 Oct 2010 10:46 PM PDT

Oleh Suhaizan Kaiat Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10 Okt.'10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka [...]

Biadab, Presiden MCA ‘serang’ Islam

Posted: 11 Oct 2010 10:38 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ Mungkin hasrat Presiden MCA Dr Chua Soi Lek ialah untuk menyerang PAS namun beliau tidak sedar bahawa apa yang diucapkannya itu ialah prejudisnya terhadap Islam dan boleh menyinggung perasaan penganut-penganut Islam di tanah air ini. Menurut laman Free Malaysia Today (FMT), pada mesyuarat agung tahunan MCA ke 57 Ahad lalu di Kuala Lumpur, Chua [...]

Jangan Percaya Rayuan Presiden Umno

Posted: 11 Oct 2010 10:34 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU)  yang akan datang. Beliau  mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi  kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru [...]

DUN Lembah Jaya

Posted: 12 Oct 2010 11:37 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Kerjsasama Pakatan Rakyat Akan Diteruskan Demi Kepentingan Rakyat - YB Khasim

Posted: 11 Oct 2010 09:54 PM PDT


11 Oktober 2010, Taman Seri Ampang - Menjelang pilihanraya kecil DUN Galas November depan Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan kezaliman Umno BN tidak berterusan.

Bercakap di Program Ceramah Isu-Isu FELDA anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) di sini malam tadi YB Hj. Khasim menyatakan PR Ampang akan terus bekerjasama dan meneruskan ketelusan di dalam pentadbiran demi menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Turut berucap pada malam itu ialah Saudara Mazlan Aliman selaku penceramah utama dan Ketua DPPA Ustaz Fazlul Rahimi Maarop. Program berakhir jam 11.30 malam.


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 12 Oct 2010 11:37 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah

Posted: 11 Oct 2010 05:44 PM PDT

Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.

"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.

Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.

Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.

"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.

Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.

Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Oct 2010 09:18 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pengumuman!

Posted: 11 Oct 2010 04:56 PM PDT

Perubahan Lokasi Ceramah dari Padang Bola ke Pusat Khidmat Adun Paroi (Belakang Sekolah Sek. Keb. Taman Tasik Jaya) maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Jejai 017-4680125



KHIDMAT MERU

Posted: 12 Oct 2010 09:13 AM PDT

KHIDMAT MERU


IBU BAPA GEMBIRA JALAN RAMBUTAN TELAH SIAP DI TURAP

Posted: 12 Oct 2010 02:27 AM PDT
















Rata - rata ramai di kalangan ibu bapa yang bertemu YB Dr Hj Abd Rani pagi ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu dalam proses penurapan Jalan Rambutan yang sebelum ini memang banyak berlubang dan rosak sehingga menimbulkan pelbagai masaalah kepaa kenderaan dan kecederaan kepada anak-anak mereka.

YB Dr Rani pula merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR yang akhirnya dapat memenuhi kehendak rakyat yang banyak mengadu perihal masaalah Jalan Rambutan ini kepada beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut