Isnin, 31 Oktober 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Laporan audit petanda ikan busuk di kepala

Posted: 30 Oct 2011 11:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan masalah yang berlaku tetap sama, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

"Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, katanya adalah skema yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi tetapi tidak ada penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN.

"Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari?

"Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan," soalnya.

Justeru, ujarnya adalah tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa menteri boleh tidur lena.

Menurutnya, musibah yang menimpa kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad dalam kes tuduhan pecah amanah wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), patut diambil iktibar.

Beliau berkata, Dr Aziz terpaksa turun naik ke mahkamah sedangkan menteri tidak diapa-apakan, hanya kereta menteri sahaja yang dirampas.

"Patutlah Laporan Audit 2010 diberi lewat kepada ahli Parlimen, sehingga selepas didesak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu," katanya.

Tambahnya, Laporan Audit Negara telah tenggelam bajet gula-gula pilihanraya.

Menurutnya lagi, jika Laporan Audit 2010 mengekalkan rekod yang sama, apalah yang hendak diharapkan dengan Belanjawan 2012.

Baginya, pemimpin BN cuba hendak bermain silap mata, dengan kenyataan yang keras supaya diambil tindakan terhadap penyelewengan.

Inilah juga, katanya kenyataan yang dikeluarkan setiap tahun selepas laporan audit dikeluarkan untuk meredakan kemarahan rakyat.

Tambahnya lagi, tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran.

"Jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) walaupun tanpa baucer.

Katanya, ini satu misteri sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.

Katanya lagi, kerajaan menghabiskan wang rakyat untuk membayar set pen yang berharga RM1146 sedangkan harga pasaran RM60, lebihan RM986.

Begitu juga, ujarnya jek kereta harga pasaran RM50, tetapi kerajaan membayar sebanyak RM1,664, lebihan RM1,614.

Begitu juga, katanya dengan laporan audit untuk kerajaan negeri Pahang pada tahun 2009 di mana minyak kereta kerajaan ada yang diisi RM100 untuk satu liter.

"Macam mana Proton Perdana kapisiti tangki hanya untuk 64 liter tapi kereta Perdana kerajaan Pahang boleh diisi 130 liter, apakah tangki kereta jenis stokin yang boleh kembang?" soalnya.

Beliau berkata, laporan juga ada menyebut kereta yang sudah lupus tetapi kad untuk isi minyak masih digunakan.

"Ini hanya contoh-contoh kelakar Laporan Audit Negara.

"Persoalannya, kenapa masih tidak ada penambahbaikan, apakah ini transformasi Datuk Seri Najib?" tanya beliau lagi.

Katanya, sebab apa berlaku demikian, jawapannya ikan busuk di kepala.

Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong

Posted: 30 Oct 2011 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.

"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.

Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".

"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya.

Peserta Ijtimak Tarbawi bersiap hadapi PRU 13

Posted: 30 Oct 2011 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia di atas kejayaan menganjurkan Ijtimak Tarbawi 2011 yang bermula pada 28 Oktober sehingga 30 Oktober di Dewan KUIZM, Taman Melewar dengan kehadiran ribuan peserta yang terdiri daripada para pemuda PAS di semua peringkat jentera parti.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melahirkan rasa syukur dan bangga kerana dapat memberikan kerjasama di dalam menjayakan penganjuran ini bersama-sama Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Tambahnya, lebih-lebih lagi ijtimak itu telah dapat menghimpunkan tokoh-tokoh Gerakan Islam Antarabangsa seperti Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Dr. Mehdi Akif, pemikir Ikhwanul Muslimin, Dr. Kamal Al Helbawi dan wakil Hamas, Palestin iaitu Syeikh Ahmad Najjar.

Tidak ketinggalan juga, katanya Al Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut sama meraikan program ini dengan memberikan kuliah ilmu dan taujihat tarbiyyah yang telah mencetuskan motivasi semangat jihad dan perjuangan kepada para peserta ijtimak.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta ijtimak yang hadir daripada seluruh negara yang terdiri daripada para pemuda PAS di semua peringkat selain penglibatan muslimat yang sangat dahaga dan mendambakan ilmu tarbiyyah gerakan Islam.

"Semoga program pentarbiyyahan yang dilalui dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan akan dapat memberikan kesan dan membekas di jiwa peserta bagi menghadapi segala cabaran dan dugaan di dalam menelusuri perjuangan gerakan Islam ini," katanya.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan misi Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui ijtimak tarbawi kali ini dengan tema "Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihan raya" telah mencapai matlamat penganjurannya dan berkeyakinan bahawa seluruh peserta ijtimak telah bersedia sepenuhnya dari segi jasmani dan rohani untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang mendatang.

BLOG - BLOG PARTI DAP

BLOG - BLOG PARTI DAP


Lim Lip Eng

Posted: 31 Oct 2011 07:51 AM PDT

Lim Lip Eng


Three MPs thrown out

Posted: 31 Oct 2011 04:08 AM PDT

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/31/three-mps-thrown-out/ (By Tarani Palani, 31.10.2011)
Three MPs were kicked out of parliament house for disobeying the Speaker's order to sit down.
Bakri MP Er Teck Hwa was told to get out when he remained standing and continued to demand an answer to a question he posed to the Minister of International Trade and Industry, Mustapa Mohamed, who finished his winding up speech without responding to the former. Er wanted clarification on a piece of information alleging that Malaysia was interested in trading with Israel. Speaker Pandikar Amin Mulia repeatedly asked him to sit down, but he was defiant. "Why didn't the minister answer?" he said. "It's just a yes or no. I just want to know if Malaysia has economic ties with Israel"
Pandikar Amin eventually ordered Er out after several failed attempts to get him to sit down.
Segambut MP Lim Lip Eng told Er not to leave. A clearly livid Pandikar then showed the door to him as well.
The Speaker said there was no room for questions after a minister had finished his speech. However, he allowed both the DAP reps back into the house 25 minutes later.
Er told reporters that he was not satisfied with the Speaker's decision as he was merely trying to seek clarification. "I have got documents, including a customs document from an NGO, which shows that Malaysia wants to have economic relationship with Israel," he said. "I just wanted to clarify if the information was accurate."
Earlier, Padang Serai MP N Gobalakrishnan (Independent) was shown the exit when he continued to shout at his DAP counterparts, alleging that they had not kept their promises on the Kampung Buah Pala issue. He was sent out a few minutes before lunch break and was allowed back into the hall after the break.

Developer says no more work being done as contruction completed

Posted: 30 Oct 2011 07:33 PM PDT

Easy to get lost: Poor signage at Solaris Dutamas has become a bane for both tenants and visitors.
Source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/10/31/central/9796783&sec=central (By JASTIN AHMAD TARMIZI, 31.10.2011)
CLAIMS made by the tenants and owners of commercial units in Solaris Dutamas Kuala Lumpur about their problems with the joint management of the retail and office has been refuted by the developer and management of the development.
The developer and management of Solaris Dutamas, Sunrise Bhd community and customer development general manager Anne Tong denied that there was still construction works and flying debris as claimed by the stakeholders. "It is impossible that at this stage there is still construction works and debris as the development is already completed. "Whatever works done in the development at the moment are the renovation works within Publika, which is the shopping mall within the Solaris Dutamas development. "Some of the works are by the individual retail outlets done by the tenants or shop owners themselves," she said during an interview which was also attended by Segambut MP Lim Lip Eng, in respond to the claims made by the stakeholders.
However, Tong admitted that there were problems with the signage in the development which was also one of the problems cited by the stakeholders. "We understand that the signage here can be a bit difficult. However, we have engaged a consultant from Singapore to work on upgrading the 'wayfinding' signage for the development. As this is an ongoing exercise, changes will be gradual," she said. Tong added with regards to the high parking rates and claims, that the revised rates would not encourage more customers and they would resort to other malls claimed by the stakeholders were incorrect. "The revised parking rate is fixed at RM1 for the first three hours and RM2 per hour for the subsequent hours not RM1 for the first hour. "We believe this price is reasonable as it is comparable to other shopping malls in the Klang Valley and it is relatively cheaper than several shopping complexes nearby," she said adding that the parking rate is maintained at RM1 per entry during the weekends to attract and encourage more shoppers.
When asked about the claims by stakeholders that their units are not given proper publicity, Tong said they could not allow the business operators to hang their own buntings and banners along the corridors and the car park as it would affect the outlook of the development. "Just like any other shopping areas, we cannot let them place their buntings and banners as the outlook and appearance will be affected. "We have to maintain and control this," she said adding that they have also given publicity for many of the outlets in Solaris Dutamas by featuring them in the Sunrise news bulletin without charging them.
Some 200 tenants and owners from Block C and D signed a petition recently to the management of the development and organised a press conference with Segambut MP Lim Lip Eng to highlight the issue. Most of them said there are several things that have hampered their business in the area with one of the most pertinent problem was the delay in the completion of Publika shopping mall and the commercial units claiming there was debris flying around that was affecting their business.
The tenants and owners claimed that the construction was still going on although the works at Solaris Dutamas should have been completed two years ago. They are also unhappy that their units are not given proper publicity and are treated as a separate entity from Publika that has received numerous advertisements and articles in the local media.
Deciding to take matters into their own hands, the business operators printed their own buntings and banners along the corridors and the car park. However, they were told they could not do that and the security guards had gone around collecting the banners and placing them in the carpark to be picked up by respective owners.

Lim Kit Siang

Posted: 30 Oct 2011 11:36 PM PDT

Lim Kit Siang


Malaysia in the Era of Globalization #87

Posted: 30 Oct 2011 07:51 PM PDT

By M. Bakri Musa Chapter 10: Freedom, Justice, and the Law Personal Liberty in Malaysia –               Chilling Effects of Repressive Laws like ISA An editor of a Malaysian professional publication invited me to be its regular contributor. I readily agreed, and aware of the local psyche and ambiance, purposely submitted a rather bland first piece. [...]

Did Malaysia mature when we were not looking?

Posted: 30 Oct 2011 06:37 PM PDT

— Ooi Kee Beng The Malaysian Insider Oct 31, 2011 OCT 31 — The flurry of Malay organisations making the news in Malaysia bodes well for the country, whether or not these group together extreme rightists, opposition voices, concerned students or professors, or green or human right activists. The matter has now become too obvious [...]

Of Muslim bigots and Malay zealots

Posted: 30 Oct 2011 09:29 AM PDT

Ahmad Farouk Musa | Oct 24, 2011 Malaysiakini After much hype, the Himpun gathering at Shah Alam Stadium on Saturday was a non-event. The dismal attendance of roughly 5,000 hankering souls was a total letdown from the expected one million. Despite the claim that Himpun was a success by the organisers, it was clear that [...]

Surcharge the public officers responsible for over payments of 2,900-11,400 % more the market price and such financial hanky-panky will cease in future AG Reports

Posted: 30 Oct 2011 04:09 AM PDT

Malaysia must be the only country which aspires to be developed nation status where year in year out, the Auditor-General reports of horror tales of financial hanky-panky, irregularities, abuses of power and financial indiscipline in Federal Government accounts. Malaysians are entitled to know why such financial hanky-panky and irregularities could not be stamped out when [...]

MY VOICE FOR NATION

Posted: 30 Oct 2011 01:30 PM PDT

MY VOICE FOR NATION


Karpal: Crimes will rise under hudud laws | Free Malaysia Today

Posted: 30 Oct 2011 12:07 AM PDT

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 31 Oct 2011 07:31 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


TAHNIAH Pasukan Bola Sepak N. Sembilan

Posted: 31 Oct 2011 12:43 AM PDT

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak muda pasukan bola sepak Negeri Sembilan atas kejayaan membanggakan dalam memenangani Piala Malaysia 2011.

Kegigihan untuk menang walaupun ketinggalan satu jaringan adalah satu contoh yang baik untuk dijadikan teladan oleh kumpulan sukan yang lain. Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh anak-anak muda ini harus mendapat penghargaan daripada Kerajaan Negeri. Saya mencadangkan agar ganjaran setimpal diberikan kepada anak-anak muda ini bagi merangsang serta memberikan aprisiasi kepada mereka untuk lebih berusaha keras pada masa depan bagi meningkatkan prestasi sukan negeri. SYABAS DAN TAHNIAH sekali lagi.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 31 Oct 2011 03:04 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MALAYSIA DIDALAM KRISIS ~ MSK

Posted: 30 Oct 2011 05:18 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 30 Oct 2011 07:18 PM PDT

Anwar Ibrahim


Lapuran Audit: Pakatan Buktikan Kemampuan Mengurus Kewangan

Posted: 29 Oct 2011 11:35 PM PDT

Malaysia Chronicle

Hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion. Peningkatan hutang negara ini ialah sebanyak 12 peratus sementara hutang asing meningkat sebanyak 22 peratus. Kita masih belum melihat sistem penyelesaian yang berkesan dan kepemerintahan yang baik di dalam negara. Apabila wang cukai digunakan tanpa tanggungjawab yang tinggi, kerajaan yang memerintah perlu memberi jawapan kepada pemilih. Hampir setiap tahun kita terdengan laporan-laporan kes penyelewengan dana awam oleh kementerian dan jabatan kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah. Ironisnya, tiada pula tindakan tegas telah diambil terhadap pelaku kesalahan ini.

54 tahun berkuasa

Meskipun telah berkuasa lebih dari lima dekad, laporan Tahunan 2010 Audit Negara  yang lambat 17 hari, telah menunjukkan banyak kes-kes bagaimana wang awam telah dibazir dan tidak diuruskan secara berjimat cermat oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan. Pengurusan kewangan telah mengenal pasti kepincangan dan ketirisan yang mengakibatkan kerugian wang negara yang amat membimbangkan.

Laporan itu juga menunjukkan kegagalan kes-kes ini ialah kerana pemberian kontrek tanpa tender terbuka di mana sejumlah wang telah bertukar tangan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Harga kontrek yang ditawarkan sentiasa saja terlalu tinggi dan tidak berdaya saing dan proses pemberian kontrek sering saja tidak telus, yang biasanya akan mengurangkan nilai dagangan ringgit. Di dalam pelbagai lagi kes-kes penyelewengan, proses pembayaran –walaupun dengan penyerahan tender – menampakkan harga barangan yang dilampirkan meningkat berkali-kali ganda dari harga biasa di pasaran. Namun, perjanjian tetap diteruskan selepas melalui beberapa selok-belok misteri. Banyak kes-kes seperti ini telah mengakibatkan penyalahgunaan dana yang diberikan kepada kementerian yang terlibat. Antara kepincangan dalam sistem penghantaran hasil melibatkan jumlah pembayaran yang besar kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan yang berkaitan.

Mana wang yang dijanjikan untuk petani?

Golongan yang memilih ingin tahu – seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara – apa yang terjadi dengan wang berjumlah RM110.67 juta yang dijanjikan kepada 73,291 orang petani di dalam skim khas meningkat jumlah pengeluaran beras negara. Menteri Pertanian dan Industri berasaskan Tani dilaporkan masih berhutang sebanyak RM110 juta berbentuk insentif kepada para petani yang berjaya meningkatkan hasil beras mereka.

Menurut laporanlagi, para petani dikatakan layak menerima RM341.29 juta antara bulan Januari 2007 dan Januari 2010. Syarikat Bernas (PadiBeras Nasional Berhad), yang menguasai 24 peratus pasaran beras dan 45 peratus permintaan beras tempatan, hanya mampu membayar insentif sebanyak RM230.62 juta pada akhir 2010. Alasan yang tilaporkan di Laporan itu ialah 'kekurangan dana bantuan'. Para pemilih, bagaimanapun, mahu tahu kemana perginya dana awam bernilai RM110 juta itu?

Pengurusan leah dan tidak bertauliah

Projek Valley daging-lembu kerajaan yang bernilai RM73.64 yang melibatkan 5,000 ekar tanah perladangan di Gemas – tidak menampakkan hasil. Pusat Fidlot Nasional (National Feedlot Center) merupakan usaha-sama antara Negeri Sembilan dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri berasaskan Tani untuk mengkomersialkan produk daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan import daging itu.

Tanah perladangan itu sekarang sudah dipenuhi semak samun. Ada kemungkinan projek itu dikendalikan oleh orang yang tidak mengetahui langsung tentang industri penternakan lembu. Laporan Audit Negara juga menunjukkan NFC yang ditubuhkan pada 2008 gagal menepati sasaran 8,000 ekor lembu ternakan setahun. Laporan menunjukkan hanya 41.1% (3,289) berjaya dihasilkan. Pengurusan yang lemah turut dikatakan tentang kenapa projek ini gagal selain kegagalan mengendali perusahaan dengan baik. Para pemilih mahu tahu kenapa dan siapa orang yang tidak bertauliah yang menguruskan projek ini, kerana ia melibatkan dana awam yang besar.

Begitu juga dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yang turut dicatatkan di dalam Laporan Audit Negara itu. Lebih dari RM4.5 juta telah dibayar kepada pesara – kepada yang masih hidup dan juga yang telah mati – sejak 2007 hingga 2010. Laporan juga menemui antara sebab pembayaran wang pencen berlebihan ialah kerana data di dalam sistem komputer jabatan itu sudah ketinggalan zaman. Para pemilih mahu tahu kenapa kepincangan penjawat jawatan awam ini melibatkan duit cukai rakyat.

Kontrektor bermasalah

Kontrektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhdimatan oleh kerajaan sering memberikan alasan-alasan remeh seperit kekurangan tenaga pakar, tiada bahan gantian dan turut menyatakan mereka tidak tahu punca yang mengakibatkan kerosakan kenderaan. Kepincangan ini adalah kerana kontrek itu diberikan kepada mereka mereka yang tidak bertauliah. Menurut Laporan, ramai kontrektor ini mempunyai rekod kerja yang agak tidak diyakini. Satu syarikat memerlukan lebih dari setahun untuk memperbaiki dan memulangkan lori tarik kepada kementerian. Meskipun telah banyak peringatan diberikan oleh Pejabat Audit Negara, Kementerian Pertahanan masih terus menggunakan kontrektor ini. Laporan menyatakan yang 10 kontrektor bermasalah telah diberikan RM67 juta untuk menyiapkan projek walapun sudah diberikan amaran oleh Pejabat Audit Negara. Inilah jenis kontrektor yang menerima projek jutaan ringgit dari Kementerian Pertahanan. Para pemilih mahu tahu bagaimana semua ini boleh berlaku kerana ia melibatkan jutaan ringgit dan wang itu adalah milik rakyat.

Laporan turut menyebut yang syarikat-syarikat ini lambat menyelesaikan projek dalam membaiki Air Force's Aviation Ground Support Vehicles (AGSV). Kementerian tidak berbuat apa-apa selain menyerahkan surat amaran kepada kontrektor bermasalah ini. Yang mengejutkan, kontrek kerja mereka disambung pula sehingga 6 Disember 2010 dari tarikh 5 Jun 2010. Ia menyebut yang empat syarikat paling bermasalah kerana kelewatan membaiki kenderaan. Para pemilih mahu tahu kenapa kontrektor ini diberikan layanan istimewa.

Garis panduan asas tidak dipatuhi

Menurut Laporan Audit Negara, pengagihan Belanjawan untuk tahun 2010 meningkat kepada RM149.06 bilion daripada pengagihan awal iaitu RM138.28 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak RM10.78 bilion. Namun begitu, jumlah ini masih tidak mencukupi untuk semua perbelanjaan operasi bagi tahun 2010 yang mencecah RM151.63 bilion – lebih RM2.57 bilion dari apa yang telah diagihkan. Garis panduan asas tidak dipatuhi oleh beberapa kementerian dan jabatan kerajaan apabila mereka berbelanja melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Ia juga turut dilaporkan terdapat 138 kelemahan di dalam pengurusan kewangan melibatkan RM390.96 juta. 75 kes operasi perbelanjaan terlebih berjumlah RM306.01 juta telah melibatkan 14 kementerian dan jabatan kerajaan – pembayaran perkhidmatan, penghasilan, peningkatan aktiviti dan pembayaran tidak berkala. Di dalam beberapa kes, peralatan seperti komputer, mesin LCDs dan peralatan lain selain kelengkapan pejabat telah dibeli dengan harga yang melambung tinggi. Para pemilih mahu tahu kenapa garis panduan asas operasi dan penghasilan tidak dipatuhi dimana ia telah mengakibatkan kehilangan dana awam yang besar.

Langganan langsung berbanding tender terbuka

Laporan Audit Negara mencatatkan bahawa Kementerian Pelancongan telah terlebih bayar sebanyak RM270 juta untuk pengiklanan bila mereka diminta untuk menggunakan sistem langgan langsung berbanding tender terbuka. Kaedah ini telah melanggar peraturan-peraturan Bendahari Negara. Ia menyatakan yang tender terbuka telah menelan belanja pengiklanan sebanyak RM 75.38 juta. Kementerian juga telah membelanjakan RM195 juta untuk membeli 1000 rak – RM1950 per rak -  bagi meletakkan maklumat pelancongan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dilakukan tanpa kelulusan Bendahari. Ia juga gagal menyatakan sebab kenapa 22 dari 1000 rak kementerian itu tidak diagihkan, sementara 127 rak lagi tidak dapat dipastikan kedudukannya. Ia juga mencatatkan pengjelasan kementerian tentang 622 rak yang telah diagihkan ke hotel-hotel, 127 buah telah luput tarikh oleh syarikat yang dikontrekkan kepada "kesulitan kewangan" dan kekurangan ruang penyimpanan dan sebanyak 85 rak lagi telah diletakkan di dalam ruangan stor syarikat pembuat.

Kepincangan yang dilaporkan dan kes-kes kegagalan pengurusan kewangan kerajaan hanyalah sedikit dari apa yang sebenarnya berlaku. Melihat akan Laporan Audit Negara, kita akan melihat kes-kes serupa kecuaian pengurusan kewangan kerajaan. Para pemilih tidak begitu gembira dengan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 6 dekad tetapi masih tidak boleh belajar dair pengalaman bagaimana menyelesaikan kelemahan-kelemahan di dalam sistem penghasilan ini. Perbuatan pembaziran ini melibatkan wang cukai rakyat.

Tiga tahun berkuasa

Lain pula ceritanya dengan negeri-negeri yang dipimpin oleh gabungan Pembangkang yang telah membuktikan kemampuannya berjimat cermat dalam membelanjakan wang cukai rakyat meskipun masih baru sebagai sebuah kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan yang sering melekehkan kepimpinan mereka.

Secara keseluruhannya, Kerajaan negeri Selangor mendapat 'memuaskan' dari Ketua Audit Negara atas kedudukan kewangannya pada tahun 2010. Negeri itu telah dipuji kerana prestasinya yang bagus dalam mengurangkan hutang awam. Hutang awam menurun sebanyak RM58.91 juta dan pembayaran semula hutang pinjaman menurun kepada RM173.47 juta. Laporan menunjukkan pada tahun 2010, hutang negeri kepada kerajaan Persekutuan menurun sebanyak 5.5% (RM58.91 juta) – daripada RM1004.64 juta (2010) berbanding dengan RM1063.55 juta (2009). Pembayaran semula pinjaman menurun sebanyak 20.9% daripada RM829.86 juta (2009) kepada RM656.39 juta (2010).

Laporan juga menyatakan negeri itu berjaya mengumpulkan penghasilan negeri sebanyak RM266.91 atau 20.2 peratus, daripada RM1,319.97 juta pada tahun 2009 kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Ini terjadi meskipun negeri itu mendaftarkan 10.9 peratus atau RM192.36 juta penurunan kerapa RM1,571.50 juta dalam penghasilan negeri pada tahun 2009 (RM1,763.86 juta).perbelanjaan operasi turut menurun kepada RM382.56 juta atau (20.9 peratus) kepada RM1,447.26 pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009. Kerajaan negeri turut dipuji kerana mengurangkan hutang penghasilan sebanyak RM99.87 juta atau 16.6 peratus, daripada RM601.92 juta pada tahun 2009 kepada RM502.05 juta pada tahun 2010.

Laporan memberikan 'sangat baik' kepada empat agensi kerajaan negeri kerana pengurusan kewangannya – Bendahari Negeri, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Perancangan Bandar dan Luar Bandar. Menurut Laporan itu, 11 agensi diberikan 'baik' dan satu agensi diberi 'memuaskan'. Ini menunjukkan pembaikkan berbanding tahun 2009, di mana hanya satu agensi yang disenaraikan sebagai 'sangat baik', dan 14 sebagai 'baik' dan satu 'memuaskan'.

Kerajaan negeri Kedah mencapai sebanyak 135.8 peratus peningkatan di dalam penghasilan negeri dengan rekod lebihan untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta, berbanding ketirisan sebanyak RM62.89 juta pada tahun 2009. Perbelanjaan negeri itu meningkat kepada RM2.55 juta atau 0.6 peratus. Inilah sebab adanya lebihan bagi kerajaan negeri untuk tahun 2010. Laporan memberikan kedudukan kewangan Kedah sebagai 'memuaskan' dengan penghasilan terkumpul meningkat sebanyak 23.9% daripada RM265.52 juta kepada RM328.28 juta dalam tahun 2009. Peningkatan ini telah mengurangkan imbangan ketirisan Akaun Penghasilan Terkumpul untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta atau 7 peratus, daripada RM320.73 juta menurun kepada RM298.23 pada tahun 2009.

Laporan juga turut memuji kerajaan negeri kerana memperbaiki pengurusan kewangan agensi-agensinya berbanding tahun 2009, dengan empat agensi mendapat 'sangat baik' dan 12 mendapat 'baik' dan satu mendapat 'memuaskan'. Secara keseluruhan, pengurusan kewangan negeri boleh dibanggakan berbanding tahun sebelumnya.

Laporan Audit Negara telah memberikan kedudukan kewangan negeri Kelantan untuk tahun 2010 sebagai memuaskan. Negeri itu memperlihatkan peningkatan penghasilan sebanyak RM51.07 juta atau 52.5 peratus, daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Pemeriksaan yang dijalankan selama 5 tahun ke atas penghasilan terkumpul dari 2006 hingga 2010 mendedahkan oenurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan peningkatan pada tahun 2009 dan 2010. Simpanan wang dan pelaburan turut meningkat dalam tahun 2010, dengan baki sebanyak RM97.23 juta pada tahun 2009 meningkat kepada RM148.30 juta pada tahun 2010.

Laporan turut memuji pengurusan kewangan untuk semua agensi kerajaan negeri di Kelantan, yang mana empat agensi kerajaan negeri mendapat 'sangat baik' dan 15 lagi mendapat 'baik'. Ini menunjukkan pembaikan di dalam pengurusan kewangan negeri berbanding tahun 2009 di mana hanya dua agensi yang mendapat 'sangat baik' dan 12 mendapat 'baik'.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewanganya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009. Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010. Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009. Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta.

Dalam soal pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, Laporan memberikan prestasi negeri itu sebagai 'memuaskan' dengan jumlah pelaburan sebanyak RM787.17 atau 77.8 peratus telah dibelanjakan daripada jumlah yang disediakan iaitu RM1.01 bilion. Dalam terma perlaksanaan projek pula, Laporan memuji prestasi negeri sebagai 'sangat baik' dengan 99 peratus dari 9003 projek telah berjaya dilaksanakan.

Dalam tahun 2010, 3 agensi diberikan 'sangat baik'. 10 agensi lagi diberikan status 'baik' dengan hanya satu 'memuaskan'. Untuk tiga tahun berturut-turut, 13 agensi negeri diaudit sebanyak dua kali diantara tahun 2007 hingga 2010 telah menunjukkan 'sangat baik' dalam pengurusan kewangan oelh Bendahari negeri dan badan pembangunan lain. Laporan merumuskan yang pengurusan kewangan negeri ditahap yang baik untuk tahun 2010.

Perbezaan langit dan bumi dalam pentadbiran

Setelah 54 tahun bernaung di bawha Barisan Nasional (BN), tidak memberikan kesan mengurangkan kelemahan pengurusan kewangan negara. Kelemahan daya saing, tidak bertanggungjawab dan telus telah menyebabkan sejumlah besar wang cukai rakyat dibazirkan. Memandangkan para pemilih melihat kelemahan-kelemahan yang sama berulang setiap tahun, mereka mempunyai hak menyatakan tentangan mereka terhadap kepincangan yang teruk oleh kerajaan yang memerintah. Sebaliknya pula, hanya dalam masa tiga tahun mentadbir negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Kedah –di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan kepemerintahan yang efisien. Negeri Kelantan juga semakin menunjukkan kemampuannya dalam kejayaan rekod kewangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam negeri. Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional mungkin sahaja tidak akan memberikan apa-apa kepada negeri-negeri ini, namun mereka telah membuktikan kepada para pemilih di negeri itu bahawa kejujuran dan ketelusan menguruskan negeri dan wang cukai rakyat membuahkan hasil dengan kejayaan yang boleh dibanggakan.

s

Posted: 30 Oct 2011 09:31 AM PDT

s


Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011

Posted: 30 Oct 2011 06:46 AM PDT

1. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 (Julai hingga September), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.


2. Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2011 akan dipamerkan mulai 27 Oktober hingga 2 November 2011 di 987 tempat pameran di seluruh Negara seperti berikut:
2.1 Pejabat Pilihan Raya Negeri - 15 tempat
2.2 Pejabat Pos Berkomputer - 477 tempat
2.3 Kompleks/Pejabat Kerajaan - 87 tempat
2.4 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah - 140 tempat
2.5 Majlis Daerah/Perbandaran - 48 tempat
2.6 Dewan Serbaguna/ Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan - 190 tempat
2.7 Lain-lain tempat - 31 tempat


3. Sehubungan dengan itu, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi adalah dinasihatkan supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 yang dipamerkan itu. Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Borang tuntutan tersebut hendaklah diserahkan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu dipamerkan.


4. Bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut dengan mengisi Borang C. Borang bantahan itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh 7 hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011 itu dipamerkan.


Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu.


5. Selain daripada mempamerkan nama-nama pemilih baru dan nama-nama pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih. Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya.


6. Dalam tempoh pameran ini juga, SPR akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan untuk tujuan tuntutan atau bantahan. Sebaliknya untuk tujuan pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan itu. Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya.


7. Jika mana-mana pihak ada apa-apa pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon             03-8885 6565       atau melalui Faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2011.


Sekian, terima kasih


(SABRI BIN SAID)
Pegawai Perhubungan Awam
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Tarikh: .25 Oktober 2011

Pengikut