Khamis, 7 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 06 Jul 2011 11:25 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Soalan lazim untuk SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)

Posted: 06 Jul 2011 10:04 AM PDT

1
Q:Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih?
A:
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang.
2
Q:Mengapa anda perlu mendaftar?
A:
Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
3
Q:Apakah kaedah pendaftaran dan bagaimanakah cara untuk mendaftar ?
A:
i) Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

ii) Pendaftaran Bergerak seperti Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
4
Q:Di manakah pusat-pusat pendaftaran?
A:i) Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
ii) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
iii) Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
iv) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
v) Tempat-tempat awam seperti pasar malam,
taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR
vi) Kaunter SPR yang dibuka dari masa ke semasa di pusat-pusat
membeli belah atau pasaraya
5
Q:Bilakah tempoh urusan pendaftaran pemilih dijalankan?
A:
Bil
Tempat
Masa
1
Ibu Pejabat SPR Putrajaya
WAKTU PEJABAT
2
Pejabat Pilihan Raya Negeri
3
Pejabat Pos Berkomputer Terpilih
4
Pejabat Daerah/Majlis Daerah
5
Program Out-Reach SPR
WAKTU YANG SESUAI
6
Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR.
6
Q:Adakah boleh nama pemilih yang panjang dimuatkan
sebagaimana yang dikehendaki ?
A:Nama pemilih adalah mengikut sepertimana yang terdapat dalam Kad Pengenalan tertakluk kepada maksimum 60 aksara (huruf).
7
Q:Bolehkah mendaftar di pejabat pos dengan menggunakan
resit JPN KPPK 9 atau resit JPN KPPK11?
A:BOLEH, dengan syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
8
Q:Adakah boleh pasangan anggota tentera memilih untuk mendaftar sebagai pemilih awam / biasa?
A:BOLEH. Pasangan kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
9
Q:Adakah boleh pasangan anggota polis mendaftar sebagai pemilih pos (Pengundi Tidak hadir)?
A:
Pasangan anggota polis biasa tidak layak mendaftar sebagai pemilih pos. Hanya pasangan kepada anggota Polis Gerak Am sahaja yang layak untuk memilih sebagai pemilih pos.
10
Q:Adakah pendaftaran menggunakan kad pengenalan 8 digit masih boleh digunakan?
A:
BOLEH. Peraturan-peraturan yang digunapakai sekarang membenarkan penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar sebagai pemilih.
11
Q:
Bolehkah pendaftaran pemilih menggunakan sijil lahir?
A:
Tidak Boleh.
12
Q:
Bolehkah seseorang itu mendaftar bagi pihak orang lain (warisnya)?
A:
Tidak Boleh. Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.
13
Q:
Kenapa SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik?
A:
Sistem pendaftaran pemilih yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah berdasarkan kepada alamat bermastautin yang tertera di dalam kad pengenalan dan disemak secara 'on-line' dengan sistem ALIS yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Kaedah pendaftaran ini membolehkan pemilih mengundi di kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan masing-masing. Dengan yang demikian, pada hari mengundi, pemilih sendiri tahu di mana tempat dia mengundi.
Jika sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan, ini akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih berdaftar yang tidak menukar atau mengemaskini alamatnya dalam Kad Pengenalan jika dia telah berpindah ke tempat lain. Pangkalan data di JPN akan menunjukkan pemilih itu menetap di sesuatu alamat sedangkan dia sebenarnya sudah berpindah tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN. Nama pemilih didaftarkan berasaskan alamat di JPN. Keadaan ini menyukarkan pemilih pada hari pengundian sekiranya pusat mengundinya terletak jauh daripada tempat kediamannya yang sebenar..
14
Q:
Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line melalui Laman Web SPR ?
A:
SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line kerana melalui Sistem Pendaftaran Sepanjang Tahun(SPPST) yang dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) 2002 menetapkan bahawa seseorang warganegara yang layak ingin mendaftar sebagai pemilih perlu hadir sendiri di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan di seluruh negara. Jika pendaftaran diterima secara 'on-line', penipuan dan penyamaran pasti berlaku di mana ada orang yang akan memasukkan pendaftaran bagi pihak orang lain.
   
15
Q:
Berapa lamakah tempoh pengesahan pendaftaran Pemilih Baru dan pertukaran alamat pusat mengundi?
A:
Urusan pendaftaran pemilih baru bermula apabila seseorang warganegara yang layak di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan membuat permohonan kepada SPR dengan mengisi Borang A. Selepas Borang A melalui proses pendataan, SPR akan menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) mengikut empat (4) suku tahun dengan suku tahun pertama bemula daripada Januari- Mac, Suku Kedua (April-Jun), Suku Ketiga (Julai-September) dan Suku Keempat (Oktober-Disember). RDPT itu seterusnya akan dipamerkan untuk tujuan tuntutan dan bantahan. Apabila urusan tuntutan dan bantahan selesai, Pendaftar di setiap negeri membuat pemerakuan DPT kepada Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat SPR yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada SPR untuk disahkan dan diwartakan. Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.
   
PENDAFTARAN : PERTUKARAN ALAMAT DAN MAKLUMAT ....DALAM DAFTAR PEMILIH
1
Q:Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam Kad Pengenalan?
A:
Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR kecuali Penolong Pendaftar dari Parti Politik.
2
Q:Dimanakah saya boleh membuat semakan status pendaftaran?
A:i) Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
ii) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Laman web SPR - www.spr.gov.my
iv) Unit Out-Reach SPR
3
Q:
Apakah prosedur yang harus diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat seperti agama dan bangsa?
A:
Pindaan butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain yang berkaitan.
4
Q:
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh SPR untuk membuat pembetulan maklumat seperti agama, bangsa dan Kad Pengenalan?
A:
i) Pembetulan apa-apa butiran maklumat yang kecil seperti agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dihantar ke Ibu Pejabat SPR untuk kelulusan.
ii) Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar dalam tempoh dua (2) minggu.
iii) iii) Untuk mempastikan butiran maklumat pemilih tepat dan
terkini, dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka dan jika ada keperluan, pemilih boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam Kad Pengenalan.
5
Q:
Terdapat pasangan suami/isteri yang mengundi di tempat yang berlainan, mengapa hal ini berlaku?
A:Terdapat suami/isteri yang mendaftar menggunakan alamat yang berbeza. Selain itu, jika mereka mendaftar di alamat yang sama kemugkinan ini berpunca dari kesilapan semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat tempat-tempat yang mempunyai/menggunakan nama-nama yang serupa di negara ini.
6
Q:Mengapa wujudnya nombor kad pengenalan yang sepatutnya lelaki tetapi digunakan oleh perempuan?
A:Ini berlaku mungkin berpunca dari kesilapan semasa urusan pendataan di peringkat JPN atau mungkin sewaktu kemasukan data semasa urusan pendaftaran pemilih oleh kakitangan SPR.
7
Q:Kenapa wujud perbezaan nombor Kad Pengenalan dalam daftar pemilih dengan Kad Pengenalan asal?
A:
Perbezaan butiran nombor Kad Pengenalan kemungkinan wujud berpunca kesilapan pendataan mengikut sistem pendaftaran lama. Di bawah sistem pendaftaran semasa yang diamalkan sekarang, tidak wujud kesilapan tersebut kerana SPR menghubungi secara 'on-line' dengan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) semasa urusan pendataan.
8
Q:
Adakah boleh kita menukar nama seseorang yang memeluk agama Islam kepada nama Islamnya sedangkan dalam
pangkalan data masih nama asal?
A:
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
9
Q:Mengapa nama pemilih masih kekal di tempat mengundi asal walaupun beliau telah membuat permohonan untuk pertukaran di alamat yang baru ?
A:
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
10
Q:
Apakah prosedur bagi pemilih berdaftar membuat pertukaran alamat pusat mengundi dan di manakah urusan tersebut boleh dibuat?
A:
Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A.
Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.
11
Q:
Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pertukaran alamat pusat mengundi secara on-line?
A:
Setiap urusan permohonan pertukaran alamat pusat mengundi hendaklah dibuat oleh pemohon itu sendiri dengan mengisi Borang A seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Borang A itu hendaklah diserahkan di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan ataupun kepada mana-mana Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR. Jika permohonan pertukaran alamat diterima secara 'on-line', pasti akan berlaku penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
12
Q:
Kenapakah SPR tidak boleh menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar secara automatik apabila seseorang itu telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan?
A:
i) Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.
ii) Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
  
PEMOTONGAN/PEMBERSIHAN
1
Q:
Mengapa pemilih yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih?
A:
Kerana SPR tidak menerima laporan atau pengesahan kematian pemilih berkenaan dari Jabatan Pendaftaran Negara, atau mungkin kerana nama pemilih yang telah meninggal dunia itu masih dalam proses untuk pemotongan dari daftar pemilih.
2
Q:
Bolehkah SPR membuat pemotongan nama mereka yang telah meninggal dunia mengikut rekod JPN?
A:BOLEH, iaitu selepas SPR berpuashati dengan bukti- bukti yang dikemukakan.
3
Q:Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pemilih meninggal dunia ataupun hilang kelayakan sebagai pemilih?
A:
Waris pemilih yang meninggal dunia hendaklah membuat laporan di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dengan menyertakan bersama Sijil Kematian dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
  
PENGUNDI HANTU
1
Q:Apakah yang dimaksudkan dengan pengundi hantu?
A:
Istilah sebenar "pengundi hantu" bermaksud, pengundi yang datang untuk membuang undi di tempat mengundi dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi lain yang berdaftar dalam daftar pemilih SPR. Penipuan dan penyamaran seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dihukum penjara tidak kurang 2 tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
2
Q:Adakah wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih SPR?
A:
Urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih dibuat secara telus selaras dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Sebenarnya, istilah Pengundi Hantu telah sengaja dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu dengan memberikan tafsiran yang tidak tepat untuk tujuan mengelirukan rakyat dan pengundi. Apa yang berlaku ialah pengundi berdaftar yang telahpun berpindah daripada tempat pendaftaran asal dan bermastautin di kawasan baru dan dia pulang mengundi di tempat asal pada hari mengundi. Pemilih berdaftar berkenaan yang balik untuk mengundi di tempat pendaftaran asal merupakan pemilih sah dan layak dari segi undang-undang.
3
Q:Apakah usaha-usaha SPR bagi memastikan Daftar Pemilih SPR bersih daripada pengundi hantu?
A:
SPR telah dan sentiasa menjalankan pelbagai usaha secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih Induk bersih dan kemas kini, terutamanya daripada senarai mereka yang telah meninggal dunia yang seringkali dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sebagai Pengundi Hantu. SPR telah menghantar pasukan penyemak ke balai-balai polis di seluruh negara bagi mendapatkan salinan permit mengubur bagi mengesahkan seseorang itu telah meninggal dunia. SPR juga menerusi Program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di seluruh negara sentiasa mengeluarkan pengumuman supaya waris pemilih yang telah meninggal dunia mengemukakan salinan sijil kematian waris mereka kepada SPR bagi tujuan pembersihan DPI. Bagi negeri Sarawak, SPR telah menghantar pasukan penyemaknya ke rumah-rumah panjang untuk mengenalpasti mana-mana anggota masyarakat rumah panjang yang telah meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
4
Q:Adakah pemilih berdaftar yang balik pada hari mengundi untuk mengundi di tempat mengundi di mana dia mendaftar dianggap sebagai Pengundi Hantu?
A:
Pengundi berdaftar yang balik untuk mengundi di tempat mengundi di mana namanya berdaftar dalam Daftar Pemilih SPR adalah bukan pengundi hantu. Seseorang pengundi dijamin haknya di bawah Perlembagaan untuk mengundi jika namanya terdapat dalam Daftar Pemilih di tempat mengundi berkenaan.
  
PENJALANAN PILIHAN RAYA
1
Q:Apakah yang melayakkan seseorang untuk keluar mengundi?
A:Warganegara Malaysia yang layak yang telah berdaftar sebagai pemilih dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih yang digunakan dalam pilihan raya.
2
Q:
Berapakah jumlah wang deposit pilihan raya yang perlu dibayar untuk bertanding bagi Parlimen dan DUN?
A:
Jumlah deposit adalah seperti berikut:
• RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
• RM 5,000 untuk deposit calon DUN
• RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN
3
Q:
Bagi seseorang calon yang ingin bertanding untuk kawasan DUN dan Parlimen, perlukah dia membayar kedua-dua deposit calon untuk DUN dan Parlimen?
A:Ya, calon yang ingin bertanding bagi DUN dan Parlimen perlu membayar deposit calon bagi DUN sebanyak RM 5,000 dan deposit calon bagi Parlimen sebanyak RM 10,000.
4
Q:Di mana calon patut membayar deposit dan berapa jumlah bayaran?
A:
Kedua-dua deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen boleh dibayar di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Jumlah deposit berkenaan adalah seperti berikut :i) Deposit Pilihan Raya :- Parlimen : RM 10,000
DUN : RM 5,000
ii) Deposit Bahan Kempen :- Parlimen : RM 5,000
DUN : RM 3,000
5
Q:Di manakah pusat penamaan calon dan pukul berapa penamaan calon dibuka?
A:
Pusat penamaan calon biasanya ditetapkan di Pejabat-pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai, bangunan-bangunan sekolah atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR.
Penyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala, dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah tempoh kertas-kertas tersebut dipamer untuk disemak dan dibuat apa-apa bantahan jika ada. Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan memutuskan setiap bantahan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad.
6
Q:Bagaimanakah cara untuk seseorang pemilih berdaftar Membuat semakan untuk mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya?
A:
Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan dalam Laman Web SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6500) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan raya.
7
Q:Mengapakah sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa saluran?
A:
Pusat Mengundi (sama ada bangunan sekolah, dewan, balai raya , khemah atau sebagainya) mempunyai beberapa saluran Tempat Mengundi untuk menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut. Setiap satu saluran Tempat Mengundi, SPR menetapkan tidak lebih daripada 700 nama pengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan di sesuatu saluran dapat dikawal dan para pengundi tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi.
8
Q:Bilakah bermulanya waktu membuang undi?
A:
Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR.
9
Q:Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?
A:
Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :
• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.
10
Q:Bagi pemilih yang telah mengetahui nombor saluran Tempat Mengundi, adakah perlu menyemak semula di barung SPR?
A:
Pada hari pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi.
11
Q:Bilakah boleh dituntut deposit pilihan raya?
A:
(i) Deposit pilihan raya boleh dituntut selepas Keputusan Pilihan Raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus jika calon memperolehi lebih daripada 1/8 dari jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.
(ii) Deposit bahan kempen boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
12
Q:
Adakah SPR menyediakan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang kurang upaya dan wanita mengandung?
A:
Pada hari pengundian, SPR menyediakan saluran khas, iaitu Saluran 1 untuk warga emas. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi kurang upaya, Ketua Tempat Mengundi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi supaya mereka tidak perlu menunggu lama di luar.
13
Q:
Seseorang ingin bertanding untuk DUN dan Parlimen di mana tempat penamaan calon adalah 2 tempat yang berbeza dan berjauhan. Bagaimanakah cara mengatasainya?
A:
SPR akan sedaya upaya memastikan dalam pilihan raya serentak yang melibatkan parlimen dan DUN, pusat penamaan calon akan ditetapkan di tempat (bangunan) yang sama. Walau bagaimanapun, jika ia terpaksa dibuat di dua tempat yang berbeza, jika tidak dapat hadir sendiri, Kertas Penamaan boleh diserahkan oleh pencadang atau penyokongnya atau oleh kedua-dua mereka.
14
Q:Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda sebagai telahpun keluar mengundi?
A:Beliau tidak boleh mengundi.
15
Q:Adakah seseorang boleh menggunakan Kad Pengenalan orang lain untuk mengundi?
A:Tidak dibenarkan.
16
Q:Kenapa elaun petugas pilihan raya lambat diterima?
A:
Pejabat Pilihan Raya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Kelewatan boleh berlaku bilamana terdapat kesilapan maklumat No. Akaun atau No. Kad Pengenalan atau Nama Petugas.
17
Q:Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi, di manakah beliau sepatutnya membuat laporan?
A:Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.
18
Q:Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?
A:
Tidak boleh, Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu yang melibatkan pengundi cacat penglihatan, pengundi perlu ditemani oleh seorang waris terdekat (ayah/ibu/suami/isteri/anak/cucu dan sebagainya) dan waris boleh membantu untuk memangkah kertas undi dengan syarat warisnya mengisi Borang 10 terlebih dahulu.
19
Q:Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan kertas undi?
A:Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat mengundi.
20
Q:
Jika seseorang pengundi telah menandakan kertas undi sehingga di luar petak undi, adakah kertas undi tersebut diterima?
A:Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan.
21
Q:
Bolehkan orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi bermastautin di Semenanjung memohon mengundi secara pos?
A:
Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah Peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.
  
PERSEMPADANAN
1
Q:Berapa lamakah tempoh sesuatu urusan persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya dijalankan?
A:
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
2
Q:Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya?
A:
Mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah,

i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat

3
Q:Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan?
A:
Mengikut Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada:

i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan
4
Q:Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan diadakan?
A:
Kriteria yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu:i- Jumlah pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
ii- Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri.
iii- Terdapat kemudahan pentadbiran
iv- Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan
5
Q:Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya?
A:
Sesuatu Bahagian Pilihan Raya diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa Daerah Mengundi selepas mengambilkira kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Seksyen 4, Bhg.2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan. Setiap Daerah Mengundi pula mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
6
Q:Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi?
A:
Daerah Mengundi ialah satu kawasan yang mana sempadanya ditetapkan oleh SPR dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
7
Q:Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti?
A:Lokaliti ialah unit yang paling kecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai sejumlah pemilih dan alamat masing-masing.
8
Q:
Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang?
A:
Jumlah Bahagian Parlimen ialah 222 dan Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576.
9
Q:Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia?
A:
Selain daripada lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan jika wujud keadaan berikut:i- Apabila berlakunya tambahan kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut sepertimana yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara 113(2A)
ii- Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah negeri, misalnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
10
Q:Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh digunakan dalam Pilihan Raya ?
A:
Mengikut Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
11
Q:Mestikah dalam sesuatu urusan persempadanan jumlah Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah?
A:
Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan SPR membuat penambahan jumlah Bahagian Pilihan Raya apabila urusan persempadanan dilaksanakan.
12
Q:Adakah benar dakwaan bahawa urusan persempadanan yang dijalankan oleh SPR hanya menguntungkan parti Kerajaan?
 A:
Tidak benar. Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dijalankan oleh SPR bukan bertujuan untuk menguntungkan mana-mana pihak, baik parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang. Urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dijalankan adalah mengikut undang-undang dan prinsip-prinsip yang yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Sebelum sesuatu cadangan persempadanan diluluskan, ianya melalui pelbagai proses undang-undang seperti pameran, bantahan dan cadangan balas, Siasatan Tempatan dan seterusnya pembentangan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen.
   
UNDI POS
1
Q:Siapakah yang layak mendaftar sebagai Pengundi Pos?
A:
Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan menetapkan bahawa semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Pengundi Pos) jika seseorang itu tergolong dalam mana-mana kategori seperti berikut :
1. Seseorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing;
2. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing; dan
3. Seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing.

Manakala Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 pula menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih berhak untuk mengundi secara pos jika mereka tergolong di dalam salah satu daripada kategori seperti berikut :
1. Seorang pengundi tidak hadir
2. Seseorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
3. Seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, selain seorang anggota Pasukan Polis Sukarela Simpanan;
4. Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
5. Seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR dari masa ke semasa melalui pemberitahuan warta.
2
Q:Bagaimanakah cara untuk mendaftar seorang warganegara sebagai Pengundi Tidak Hadir yang layak mengundi secara pos?
A:
Urusan pendaftaran setiap anggota ATM dan pasangannya (sama ada isteri atau suami) sebagai Pengundi Pos dibuat melalui kerjasama Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Kementerian Pertahanan.
Urusan pendaftaran setiap anggota polis dan pasangan, sama ada isteri atau suami daripada Pasukan Gerak Am (PGA), sebagai Pengundi Tidak Hadir dibuat melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di setiap negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.
Pendaftaran setiap anggota tentera dan pasangan sebagai Pengundi Tidak Hadir serta setiap anggota polis PGA dan pasangan dibuat berasaskan kepada tempat di mana anggota ATM atau PDRM itu bertugas dan tidak mengikut alamat bermastautin anggota ATM atau PDRM seperti mana yang dibuat bagi pendaftaran pengundi biasa.
Bagi anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di luar negara dan para pelajar Malaysia yang belajar sepenuh masa di luar negara berserta pasangan masing-masing, urusan pendaftaran mereka dibuat melalui kerjasama Pejabat-pejabat Kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Pemilih-pemilih berkenaan didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir mengikut alamat di Malaysia yang tertera di dalam Kad Pengenalan masing-masing dan bukannya alamat mereka di luar negara.
3
Q:Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pemilih Tidak Hadir seperti anggota ATM atau PDRM yang akan bersara dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam serta pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang telah kembali ke Malaysia?
A:
Mereka perlu memaklumkan kepada SPR bahawa mereka telah bersara atau telah hilang kelayakan sebagai Pengundi Tidak Hadir dan perlu membuat permohonan baru sebagai Pengundi Biasa dengan mengisi Borang A di mana-mana tempat pendaftaran yang ditetapkan.
4
Q:Bagi mereka yang telah hilang kelayakan sebagai Pengundi Tidak Hadir, apakah tindakan yang akan diambil terhadap status pendaftaran mereka?
A:
Bagi mereka yang telah hilang layak, sebagai Pengundi Tidak Hadir, selepas pengesahan diterima dari pihak-pihak yang berkenaan (ATM, PDRM, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelajaran), SPR akan memotong nama mereka dalam Daftar Pemilih selaras dengan Peraturan 25 (2)(g), Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Adalah menjadi tanggungjawab individu-individu itu sendiri untuk mendaftar semula sebagai Pemilih Awam dan boleh membuat pendaftaran di mana-mana sahaja saluran kaunter pendaftaran yang ditetapkan oleh SPR (Ibu Pejabat SPR, Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat pos berkomputer, Wakil-wakil Parti Politik dan Agensi-agensi kerajaan yang dilantik oleh SPR).

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 06 Jul 2011 09:55 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


BERSIH 2.O.AMBIGA PENGKHIANAT NEGARA...

Posted: 05 Jul 2011 09:25 PM PDT

Memang sesuatu yang biadap,kurang ajar apabila tindakan AMBABIGA yang menjadi kepala dalam menganjurkan perhimpunan haram yang kononnya di panggil BERSHIT itu.Pengalaman terdahulu memberikan iktibar kepada kita bahawa perhimpunan haram ini tentunya nanti berakhir dengan buruk walau apapun janji palsu yang dikemukakan kononnya ianya akan berlangsung dengan aman.Wlalupun pelbagai lapisan masyarakat telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan haram ini,namun SI AMBINGAI ini tetap dengan keras kepala dan sombongbodohnya sehinggakan mendapat perhatian daripada KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong.Justeru,PPU Pahang juga telah melakukan simbolik bantahan terhadap BERSHIT ini bertempat di Kuantan.Bukan jumlah yang hadir mencerminkan sambutan tetapi kesemua KP yang terlibat ini membawa suara dan mandat PPU dari seluruh negeri Pahang.Kalau ingin dihimpunkan barisan pemuda perkasa nescaya berduyun akan menyahut semboyan yang dibunyikan bak kata DS Presiden UMNO baru-baru ini.Kita inginkan kualiti dan bukannya kuantiti.Teruskan...

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 06 Jul 2011 09:01 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 06 Jul 2011 06:38 PM PDT

6 JULAI 2011

Posted: 06 Jul 2011 09:40 AM PDT

Jengka Town Centre to be renamed Tun Abdul Razak Town

Posted: 06 Jul 2011 09:21 AM PDT

umno bahagian cheras

Posted: 06 Jul 2011 01:18 PM PDT

umno bahagian cheras


Bersih perancangan Yahudi, Ambiga terus persendakan Yang Dipertuan Agong

Posted: 06 Jul 2011 02:07 AM PDT

KERAJAAN perlu menyiasat kemungkinan gerakan Bersih 2.0 adalah perancangan Yahudi yang cuba mencetuskan revolusi menerusi perimpunan haram 9 Julai ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Beliau memberitahu, kumpulan anti-kerajaan ini sengaja mencetuskan kacau bilau dengan memperalatkan parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP.


"Niat mereka untuk menghapuskan umat Melayu dan institusi raja-raja Melayu dan langkah pertama mereka sekarang ini ialah sengaja memperlekehkan kewibawaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, sepertimana sedang dilakukan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga," tegasnya.


Beliau mendakwa, gerakan tersebut yang dikatakan didalangi oleh pertubuhan Yahudi antarabangsa turut menjadikan beberapa buah negara Islam sebagai sasarannya untuk mencetuskan revolusi rakyat.


Matlamat mereka kata Syed Ali, adalah untuk melenyapkan kuasa politik umat Islam dan seterusnya menghancurkan perpduan umat Islam di seluruh dunia.


"Mereka kata inilah revolusi yang rakyat mahukan, sedangkan perancangan jahat Bersih yang diketuai oleh Ambiga ditentang oleh keseluruhan rakyat negara ini," tegasnya.


Beliau berkata, sasaran mereka kini adalah Malaysia dan Bersih adalah alat yang mereka gunakan bagi mencetuskan rusuhan dan kakacauan.


Serentak itu, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas dengan tidak melayan kerenah Bersih 2.0.


"Perlakuan gila dan biadap Bersih dan Ambiga tidak sepatutnya dilayan, siapa mereka sehingga kerajaan beri muka kepada mereka, ini satu penghinaan kepada seluruh rakyat," tegasnya.


Beliau sekali lagi mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan Stadium Merdeka dijadikan medan untuk perhimpunan Bersih 2.0.


"Bersih masih lagi pertubuhan haram, tak ada permit, kenapa nak benarkan mereka gunakan stadium yang bersejarah itu," ujarnya.


Katanya, sepatutnya kerajaan menahan Ambiga di bawah peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan perhimpunan itu dibatalkan.


"Kerajaan kena peka, rakyat kata kerajaan takut kepada Ambiga, sebab itu masih dibenarkan berdemontrasi, apa istimewanya Ambiga sehingga diberikan layanan sedemikian rupa,? soal beliau lagi.


"Saya kecewa kenapa kita layan Ambiga yang bercakap putarbelit, sekejap nak jumpa Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, sekejap nak serah memorandum, ini negara kita, kita yang perintah, mengapa harus dilayan pengkhinat itu.


Mengulas kenyataan Ambiga yang mahu menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selepas perghimpunan di Stadium Merdeka 9 Julai ini, Syed Ali dengan nada marah menegaskan : " sekali lagi Ambiga mempersendakan kerajaan dan pihak istana.


Ambiga dalam siang medianya petang ini dipetik sebagai berkata pertemuan tersebut bagi membolehkan Bersih menyerahkan memorandum antara lain mendesak kesemua tahanan termasuk di bawah Ordinan Darurat dibebaskan dan mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memastikan perjalanan PRU di negara ini bersih.


"Dia siapa nak ajar polis, kalau dah salah dan nak tunjuk kuat, tanggung lah sendiri, negara ini ada undang-undang, orang gila kita layan secara orang gila," tegasnya.


Kata Syed Ali lagi, tuntutan itu bukan agenda rakyat kerana rakyat selama ini telah memperakui ketelusan SPR dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Itu agenda Bersih dan Yahudi, mereka nak pecahkan kesatuan orang Melayu dan mereka nak hancurkan Islam, itu kerja orang yang tak siuman," katanya.
Katanya, itu semua helah licik Bersih bagi membolehkan seorang bukan Melayu seperti Ambiga mempersenda dan menjatuhkan maruah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

"Apa lagi yang beliau mahu, ini merupakan ugutan, semalam dah jumpa Seri Baginda, lepas tu nak jumpa lagi, patutlah ada peribahasa menyebut lidah bercabang seperti ular," tegasnya.

Syed Ali berkata, jika ugutan dan desakan itu dilayan bermakna Ambiga telah berjaya mempermainkan dan memperlekehkan raja Melayu dan ini merupakan satu penghinaan kepada selurh umat Melayu.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 06 Jul 2011 11:54 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


NIAT SEBENAR BERSIH MERAGUKAN

Posted: 06 Jul 2011 08:42 AM PDT

Assalamualaikum.

Selepas kecoh satu dunia mengenai rancangan sebuah pertubuhan haram, BERSIH yang mahu menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai 2011, akhirnya rancangan itu dibatalkan selepas ketua mereka, seorang peguam, Ambiga menghadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

Bagaimana mereka berkata, perhimpunan akan tetap diteruskan tetapi akan diadakan di stadium termasuk mencadangkan perhimpunan haram itu diadakan di Stadium Merdeka yang menjadi detik bersejarah kepada kemerdekaan negara.

Apa pun rancangan BERSIH ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dan baik untuk dipertimbangkan oleh rakyat mengenai apakah tujuan sebenar perhimpunan haram itu hendak diadakan.

Pertama, sebelum ini mereka mendakwa perarakan atau demonstrasi jalanan yang mahu mereka lakukan adalah untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang Dipertuan Agong. Namun apabila mereka mempunyai peluang terbaim menghadap Seri Paduka Baginda, apakah mereka menyampaikan memorandum tersebut? jawapannya, tidak. maka di sini ada sesuatu yang tidak kena terhadap niat BERSIH untuk mengadakan perhimpunan haram.

Kedua: Benarkan pilihan raya Malaysia tidak bersih?. Kalau tidak bersih mengapa pembangkang boleh menang empat negeri dan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerusi BN di Parlimen?. Sebenarnya, pilihan raya dianggap tidak bersih hanya apabila mereka kalah tetapi di tempat mereka menang, mereka akan kata pilihan raya itu bersih. Inilah bagi saya, tafsiran yang sesat daripada BERSIH mengenai proses pilihan raya kita. Di sini juga ada niat yang meragukan yang boleh kita lihat di sebalik tujuan mereka mahu mengadakan perhimpunan haram itu.

Ketiga: Mengapa mereka tidak mahu berunding dan tidak menggunakan saluran Parlimen misalnya untuk menyuarakan pandangan serta rasa tidak puasa hati mengenai pilihan raya?. Sekali lagi, ia mendedahkan niat sebenar mereka ini.

Saya teringat ketika PAS suatu waktu dulu beriya-iya hendak menegakkan negara Islam di Malaysia dan mendakwa UMNO dan BN kafir kerana melaksanakan undang-undang penjajah. Pada waktu itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Presiden PAS, (Allahyarham) Datuk Fadzhil Noor agar membentangkan di Parlimen satu perlembagaan negara Islam yang PAS nak laksanakan. Sampai Presiden PAS itu meninggal dunia dan sehingga Pas terpaksa ubah dasar daripada negara Islam kepada negara kebajikan, undang-undang tersebut belum dibentangkan.
Inilah wayang sebenar yang mereka mainkan untuk menipu dan membohongi rakyat. Saya percaya, rakyat tidak bodoh. Yang fanatik dengan pembangkang, mereka akan terus fanatik tetapi rakyat yang lainnya akan sedar betapa sebenarnya Bn jauh lebih baik dari pembangkang.

Belajar di Thailand. Baju kuning yang tidak berpuas hati dengan kerajaan mengambil jalan mudah menggulingkan kerajaan di jalan raya tetapi selepas sepenggal, baju kuning dikalahkan semula dalam pilihan raya umum Thailand beberapa hari lalu.

Apakah kita tidak lihat apa yang telah berlaku itu?. Sedarlah dan belajarlah daripadanya.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 06 Jul 2011 11:24 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PEMIMPIN - PEMIMPIN MELAYU PERLU MUAFAKAT PERTAHANKAN HAK MELAYU

Posted: 06 Jul 2011 02:23 AM PDT



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin memberi saranan kepada semua Pemimpin - Pemimpin Melayu, tidak kira apa parti sekali pun, perlu bersatu untuk mempertahankan hak Bangsa Melayu.

Adakah saranan ini dangkal? Adakah sebenarnya ini perlu dilakukan demi bangsa kita? Ketuanan Melayu adalah hak yang perlu dipertahankan. Menolak garis penghalang seperti politik adalah penting untuk kita Bangsa Melayu. Kestabilan sosiopolitik negara ini juga pasti terjamin sekiranya hak kita terpelihara dan hak kaum-kaum lain tidak di diskriminasi. Apa pendapat anda?


Sesungguhnya Pemimpin-pemimpin dari Parti UMNO dan PAS digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini. Permuafakatan kedua - dua parti yang mempunyai ahli yang terdiri dari yang beragama islam perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan mengenai agama islam tidak dipolitikkan.

Tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan Bangsa Melayu di negara ini ialah membabitkan Agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan. Sudah tiba masanya pemimpin Melayu yang beragama Islam daripada kedua - dua parti politik berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

Jika terdapat pihak atau anasir - anasir yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin kedua - dua parti harus mempertahankan ketiga-tiga perkara itu sebagai hak bangsa Melayu dengan mengetepikan perbezaan parti politik.


Sebagai contoh, jika bangsa Cina mengetepikan soal perbezaan parti politik dalam menangani dan memperjuangkan isu sekolah Cina maka sepatutnya orang Melayu juga bersikap dan bertindak demikian. Dalam perkara ini , Bangsa Melayu tidak boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, kerana sekiranya itu terjadi, maka perubahan akan berjalan dengan lebih perlahan.



Pada waktu ini adalah lebih tepat untuk merawat hati-hati yang sudah luka dan melihat Bangsa Melayu membuat perubahan dan menjadi satu Parti Melayu yang tetap disanjung dari dahulu sehingga sekarang. Sepatutnya Pemimpin - pemimpin Bangsa Melayu sekarang harus keluar daripada permainan tuduh-menuduh sebaliknya turun ke padang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Ketuanan Melayu.

Parti pembangkang semakin memperbaiki kedudukan mereka kerana kelemahan Parti Bangsa Melayu yang mempunyai masalah dalaman yang didedahkan kepada pengetahuan orang luar. Pembangkang sedang belajar daripada kelemahan dan masalah dalaman Parti Bangsa Melayu untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Sekiranya Pemimpin - Pemimpin Melayu masih belum sedar, maka bersiap sedialah menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan segala kemungkinan.

Persoalannya, adakah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" atau generasi muda akan datang akan menyatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia?"

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 06 Jul 2011 07:04 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Jangan bagi muka

Posted: 05 Jul 2011 07:00 PM PDT

uruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
diminta supaya tidak meluluskan permohonan stesen
televisyen berbayar Astro untuk melakukan pelarasan harga
terhadap pakej yang ditawarkannya kepada pengguna mulai
11 Julai ini.
Senator Datuk Mohd Najeeb Abdullah berkata ini kerana
Astro mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi dan
memperoleh sumber kewangan yang tetap.
"Saya difahamkan Astro mempunyai pelanggan lebih tiga
juta orang dengan jumlah keuntungan yang berjuta-juta
ringgit. Ternyata keuntungan ini sudah cukup membuktikan
Astro mampu menanggung kos operasi siaran mereka.
"Apabila stesen ini membuat pelarasan harga, ia akan
mendatangkan bebanan baru kepada pengguna," katanya
kepada pemberita di lobi Dewan Negara.
Sebelum ini Kabinet telah memutuskan bahawa Astro tidak
boleh menaikkan tarif perkhidmatannya selagi ia tidak
mendapat kebenaran daripada SKMM.
Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang
tarif berkaitan perkhidmatan mereka.
Mohd Najeeb berkata SKMM perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab penting dalam mengawal selia stesen
tersebut agar tindakan mereka tidak membebankan rakyat.
"Melalui kawalan selia oleh SKMM, saya percaya pihak Astro
tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga siaran
bulanan mereka," katanya.5/7/2011

Dah Mula dahhh

Posted: 05 Jul 2011 03:57 PM PDT

Alhamdulillah,5 Julai 2011,gotong-royong membersihkan "bilik gerakan"UMNO cawangan Telok Datok telah diadakan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KENYATAAN MEDIA : RAMPASAN SATU LAKONAN?

Posted: 06 Jul 2011 07:21 PM PDT

RAMPASAN SATU LAKONAN?
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar tindakan pihak polis yang cuba mengaitkan rampasan sejumlah besar senjata termasuklah 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T berlogo BERSIH dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini. Semua senjata-senjata tersebut dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur. Telahan dan tuduhan tersebut hanyalah berdasarkan kepada penemuan baju T berlogo BERSIH bersama-sama senjata yang dirampas sepertimana yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meyangkal keras segala tuduhan tersebut dan meminta supaya pihak polis tidak terburu-buru di dalam menentukan kesalahan ke atas pihak tertentu tanpa ada pembuktian yang benar-benar kukuh dan munasabah. Hanya dengan penemuan baju T berlogo BERSIH, pihak polis sudah boleh menuduh pembabitan gerakan BERSIH sedangkan ianya boleh sahaja dicetak dan dikeluarkan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab maka kemampuan pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang telus dan teliti boleh dipertikaikan.  Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup gusar sekiranya rampasan ini merupakan satu agenda ataupun lakonan baru pihak polis untuk terus menjustifikasikan tindakan mereka menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin gerakan BERSIH 2.0. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga berpendapat tuduhan pihak polis bahawa agenda BERSIH diresapi pengaruh komunis adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak hadir bersama-sama menjayakan Himpunan BERSIH 2.0. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap supaya pihak polis dapat melakukan penyiasatan terhadap isu ini dengan secara telus dan professional tanpa bias serta campurtangan pihak-pihak yang lain.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN           
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

06 Julai 2011

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Posted: 06 Jul 2011 08:38 PM PDT

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
















6 Julai 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak polis kerana membuat pengumuman secara besar-besaran kepada orang ramai bahawa polis telah berjumpa 36 bom petrol dan senjata-senjata di kawasan negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengumuman yang dibuat oleh polis tanpa siasatan yang menyeluruh dan teliti serta terus menuduh bahawa senjata-senjata berikut mempunyai perkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat politik jahat.

Walaupun Yang Dipertuan Agong dalam titahnya secara jelas agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan adil dan saksama serta menyelesaikan masalah dengan rundingan bersama organisasi-organisasi yang berkenaan.

Namun demikian, operasi penangkapan masih berterusan malahan menahan Ahli Parlimen dan beberapa pemimpin-pemimpin parti di bawah Odinan Darurat, serta menyerbu pejabat ADUN tanpa waran. Perbuatan polis telah engkar terhadap titah Yang DiPertuan Agong.

AMK Malaysia amat kesal tentang tuduhan yang tidak benar daripada pihak polis terhadap aktivis-aktivis Bersih 2.0 bahawa 36 bom petrol dan senjata-senjata adalah milik mereka tanpa sebarang penyiasatan yang menyeluruh.

AMK Malaysia ingin mempersoalkan pengumuman polis yang berunsur politik tersebut. Bagaimana polis mendapati bahawa senjata-senjata tersebut dimiliki oleh aktivis Bersih 2.0? Adakah siasatan terhadap kemungkinan untuk provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan Bersih 2.0 telah banyak kali menegas bahawa perhimpunan Bersih pada Julai 9 adalah aman, rasional dan bertanggungjawab?

AMK Malaysia berpendapat bahawa sikap polis yang tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0 kerana sampai hari ini pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pemuda-pemuda UMNO serta PERKASA yang seringkali membuat provokasi sehingga mencabar serta mengugut membakar bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square. Ini telah menunjukkan polis mempunyai double standard dalam palaksanaan tugasnya.

AMK Malaysia menyatakan pihak polis telah melanggar prinsip sebagai seorang penjawat awam. Polis diberi kuasa untuk menjaga keselamatan masyarakat dan bertanggungjawab untuk memastikan rakyat negara berada dalam keadaan yang selamat. Mereka tidak seharusnya menjadi jentera kepada UMNO-BN isu yang beragenda politik dan menafikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.

Dengan itu, AMK Malaysia mempertikaikan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia telah merosot dan turut menggesa kerajaan menerima cadangan yang diusulkan oleh Suruhanjaya terhadap penstrukturan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia dan menubuhkan serta menguatkuasakan IPCMC dengan segera.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Rabu, 6 Julai 2011

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


RAMPASAN SATU LAKONAN ?

Posted: 06 Jul 2011 03:01 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar tindakan pihak polis yang cuba mengaitkan rampasan sejumlah besar senjata termasuklah 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T berlogo BERSIH dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini. Semua senjata-senjata tersebut dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur. Telahan dan tuduhan tersebut hanyalah berdasarkan kepada penemuan baju T berlogo BERSIH bersama-sama senjata yang dirampas sepertimana yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meyangkal keras segala tuduhan tersebut dan meminta supaya pihak polis tidak terburu-buru di dalam menentukan kesalahan ke atas pihak tertentu tanpa ada pembuktian yang benar-benar kukuh dan munasabah. Hanya dengan penemuan baju T berlogo BERSIH, pihak polis sudah boleh menuduh pembabitan gerakan BERSIH sedangkan ianya boleh sahaja dicetak dan dikeluarkan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab maka kemampuan pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang telus dan teliti boleh dipertikaikan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup gusar sekiranya rampasan ini merupakan satu agenda ataupun lakonan baru pihak polis untuk terus menjustifikasikan tindakan mereka menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin gerakan BERSIH 2.0.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga berpendapat tuduhan pihak polis bahawa agenda BERSIH diresapi pengaruh komunis adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak hadir bersama-sama menjayakan Himpunan BERSIH 2.0. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap supaya pihak polis dapat melakukan penyiasatan terhadap isu ini dengan secara telus dan professional tanpa bias serta campurtangan pihak-pihak yang lain.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

06 Julai 2011


Dapatkan Selangor Kini... yg BERSIH.

Posted: 05 Jul 2011 05:51 PM PDT

Yang kotor Selangor Terkini

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


SPR, semakin hari makin pandai, atau makin ..

Posted: 05 Jul 2011 06:20 PM PDT



Semalam SPR buat kenyataan pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun boleh menimbulkan kesulitan kepada pemilih ekoran sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka. Nak tergelak dengar kenyataan macam ni. Selama ni tak ramai ke pengundi kerja KL mengundi di Terengganu, KL, Kedah?

Hari tu SPR bagi cadangan yang paling bijak, nak guna kaedah biometrik, tak nak guna kaedah celup jari yang terlalu jauh lebih murah dan telus, laporannya di http://amkns.blogspot.com/2011/06/pengerusi-spr-tahu-tak-fungsi-biometrik.html

******************
Daftar secara automatik sulitkan pemilih, dakwa SPR

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2011 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

SPR menjelaskan cadangan itu boleh menimbulkan kesulitan kepada pemilih ekoran sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

"Ini kerana jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan pemilih itu menetap di alamat tertentu.

"Sedangkan mereka telah berpindah ke alamat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN dan SPR, maka pemilih itu tidak didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama," kata SPR dalam Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya terbitan Suruhanjaya itu.

SPR berkata jika ramai pemilih berpindah tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, ia khuatir pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi terletak jauh dari kediaman mereka.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=599024

Ganas sangat ke polis N.Sembilan ni?

Posted: 05 Jul 2011 06:04 PM PDT



No komen. Bacalah sendiri laporan di bawah ini. Jika benar, apa sudah jadi dengan anggota polis kita, terutama di Negeri Sembilan. Dengan saudara seagama pun bertindak ganas dan zalim, apa lagi dengan orang lain. Nampaknya Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu adakan sesi kaunseling untuk anggota polis, bukan setakat pecat imam saja. Hayati konsep dosa dan pahala sempena Bulan BERSIH dan peristiwa Isra dan Miraj.

Kisah sebelum ini laporan dari Seremban, anggota polis membelasah adik ipar sendiri hingga patah kaki di http://amkns.blogspot.com/2011/07/sila-bersihkan-polis-yang-zalim-di.html

NEGERI COPS ACCUSED OF TORTURE

July 5, 2011

A lorry driver says he was wrongfully detained for five days and repeatedly punched, kicked, stepped on, whipped and electrocuted.

KUALA LUMPUR: A lorry driver has accused Negeri Sembilan police of subjecting him to torture for five days, saying he was repeatedly punched, kicked, stepped on, whipped and electrocuted.

In a report lodged with the Negeri Sembilan police headquarters, 27-year-old S Sri Ramakrishnan of Bahau said he was wrongfully detained on suspicion of involvement with vehicle theft and that the torture was an attempt to extract a confession.

He told FMT the ordeal began sometime last month when friends told him that police were looking for him. He contacted Seremban police and was told to go to the headquarters on June 26.

"They didn't tell me for what reason," he said. "Nevertheless, I volunteered to go there on June 28."

On June 28, however, several policemen arrived at his home in Taman Sattellite. They were looking for R Thiagu, a cousin of Ramakrishnan's.

"I told them I did not know where he was, and they arrested me instead. They used brute force against me although I had agreed to be present at the police headquarters to give a statement."

Inside the police car, he said, he was assaulted by an officer the others called Apai. They took him to the Bahau police station, where the assault continued, he added.

"I was kicked, stomped on and punched repeatedly in my stomach. They even used electric shock on me and hurled abusive words about my family."

He was taken to the police headquarters in Seremban on June 30 where he was remanded for three days.

There, Ramakrishnan alleged, police officers told him to confess to theft, but he refused.

Lorry stolen

He told FMT that in March he had reported that the lorry he drove had been stolen. It was subsequently recovered, but without its cargo of fertilizers.

He said the police were trying to blame him for the theft.

"They threatened to seize my property and pack me off to Simpang Renggam detention centre if I did not confess. They tied up my feet and handcuffed me tightly, and hit me with a rubber hose on my feet."

He said the policemen also used jump cables to electrocute him. ""They clipped me on the ears and shocked me. It was so painful that I didn't care and just said, 'Okay, I did it.'"

However, he was released unconditionally on July 2.

"Suddenly, they just let me go when they heard that my brother had engaged a lawyer," he said.

He said the police had not returned his wallet, cellphone and other belongings and that he was considering filing a civil suit.

Police investigating the matter

Negeri Sembilan CID chief ACP Hamdan Majid confirmed receiving Ramakrishnan's report.

"We are investigating the case," he told FMT, but declined to give details.

Ramakrishnan's case was brought to the press's attention by Sri Sanjeevan, who heads the Astivaaram Foundation's Public Complaints Bureau.

"He was kept for more than 24 hours, over the maximum allowed time for arrest, before a remand order was obtained," he said. "That's illegal."

Sri Sanjeevan, who also heads the Negeri Sembilan chapter of the new party Kita, said he had handled seven cases of police abuse in the state.

Ramakrishan was the second person that police had allegedly assaulted in their search for R Thiagu. On May 28, lorry assistant S Devan lodged a police report claiming several plainclothes policemen had beaten him up when they were unable to locate Thiagu.
Devan said one of the officers shoved a gun into his mouth.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/05/negeri-cops-accused-of-torture/

Adakah tentera yang menimbulkan kekacauan di Malaysia?

Posted: 05 Jul 2011 05:26 PM PDT





Semalam 5 Julai 2011 polis dan tentera telah melakukan latihan menangani rusuhan. Dalam latihan tersebut yang dipaparkan di tv, satu pihak adalah FRU dan satu pihak ialah mereka yang menyamar sebagai peserta perhimpunan yang kemudian merusuh. Adakah tentera menyamar sebagai peserta perhimpunan dan kemudian merusuh dalam latihan tersebut? Sebelum ini negara diancam oleh dua orang prebet tentera dalam dua peristiwa penting.

Prebet Adam semasa kecoh Operasi Lalang, dan Prebet Amin yang mengetuai Al-Maunah. Apakah tentera memainkan peranan besar mencorak senario politik negara? Sama-samalah kita fikirkan dan lihat balik sejarah dan buat kajian mendalam.

Sedikit info mengenai Prebet Adam dan Prebet Amin di hujung artikel di bawah.


************
Polis dan tentera bekerjasama tangani ancaman ketenteraman awam
Selasa, 05 Julai 2011

Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama menangani segala ancaman keselamatan yang mengugat ketenteraman awam termasuk perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, hanya polis yang akan membuat pemantauan pada hari berkenaan dan tentera hanya akan dipanggil jika keadaan memerlukan.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Saleh Mat Rasid dan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.

Sebelum itu, mereka berdua menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman antara kedua-dua pasukan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam demontrasi tersebut, diperlihatkan bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rajimen Askar Melayu Diraja menangani rusuhan.

Latihan yang bermula 4 Julai itu melibatkan lebih 300 anggota dari kedua-dua pasukan.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/polis-dan-tentera-berkerjasama-tangani-ancaman-ketenteraman-awam.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

OPERASI LALANG
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata repal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang

AL-MAU'NAH
Al-Ma'unah is characterized as a sect by the Malaysian authorities and not as a rebel or terrorist group like Jemaah Islamiah. The leader of the group, Mohamed Amin, was a former army private but also arrested among the 26 in the Sauk siege included a Royal Malaysian Air Force (RMAF) major
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Ma

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Nik Aziz berdoa untuk Agong di depan Kaabah

Posted: 06 Jul 2011 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: "Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.
Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. 
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Bersih 2.0: Pemuda pastikan 30,000 setiap negeri

Posted: 05 Jul 2011 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Dewan pemuda PAS Pusat mengulangi komitmen mereka untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini.
"Kami akan pastikan jumlah asal 30 ribu pemuda dari setiap negeri akan dicapai.
"Kita harap jangan luntur semangat dan batal hasrat menyertai himpunan tersebut walaupun telah ditukar ke stadium," kata ketuanya, Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily hari ini.
Selain hak yang diperuntukkan perlembagaan, perhimpunan itu juga sebagai menghormati titah Yangd i-Pertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.
Pihak istana juga ujarnya, akan menghantar wakil mereka untuk menerima memorandum di stadium itu nanti.
Sehubungan itu, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai menunaikan janjinya sebelum ini yang membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium.
"Kini giliran kerajaan menunjukkan keikhlasan terhadap janjinya.
"Saya minta pemuda yang akan datang ke sini, memakai baju bersih dan jangan takut, Agong pun terima Bersih 2.0 mengadap, bermakna Bersih bukan pertubuhan haram seperti didakwa BN.
"Saya harap pihak polis tidak melakukan sekatan atau halangan yang menyukarkan anggota kami berhimpun di Stadium kelak,"katanya lagi.
Beliau merujuk anggota jawatankuasa Bersih yang terdiri daripada pengerusinya Datuk S Ambiga , Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin yang mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang semalam.
Dengan perkembangan terbaru itu juga, Nasruddin mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis membebaskan semua tahanan yang dikatikan sebagai menyokong Bersih yang ditangkap sebelum ini.
Kerajaan juga ujarnya mesti menarik balik kenyataan dan tindakan mereka mengharamkan pemakaian baju Bersih 2.0
Selain itu beliau juga mendesak semua pertuduhan yang dikenakan kepada mereka yang ditangkap ditarik balik.

Berhimpun di Stadium Merdeka

Posted: 05 Jul 2011 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bercadang untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka.
Pemilihan yang dibuat ke atas Stadium Merdeka berdasarkan kedudukan stadium itu di tengah pusat bandar dan mudah didatangi orang ramai dari seluruh negara.
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan, penyerahan memorandum yang mengandungi 8 tuntutan Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan dilakukan dengan perarakan.
Sebaliknya, ia hanya akan dilakukan oleh tidak lebih 10 orang wakil Bersih yang akan berkunjung ke Istana Negara dari tempat perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka.
"Penyerahan memorandum itu tidak membabitkan seorangpun pemimpin parti-parti politik dari Pakatan Rakyat. Mereka yang terbabit adalah dari Bersih atau NGO sahaja dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau menjelaskan, Bersih 2.0 menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda menerima mengadap wakil Bersih yang terdiri daripada beliau, Datuk A Samad Said dan Zaid Kamaruddin, semalam.
Bersih 2.0 menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, pada pertemuan itu, rombongan Bersih 2.0 telah mempersembahkan kepada Tuanku di antara lain kenyataan dan pendirian Bersih 2.0.
"Pertama, Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di Stadium dan berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, manakala wakil Bersih 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Kedua, kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong Bersih 2.0.
"Ketiga, menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihanraya," katanya.
Tuntutan Bersih 2.0
Bersih 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar.
Menurut Ambiga, Bersih 2.0 menuntut satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada.
"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders)," katanya.
Lapan tuntutan jangka pendek Bersih 2.0 dipenuhi sebelum PRU Ke-13 iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Menurutnya, semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada Bersih 2.0 hendaklah dibebaskan termasuk enam pemimpin PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mestilah dibebaskan serta merta atau dihadapkan ke mahkamah.
Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih 2.0 ditarik balik atau digugurkan dan mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.
Katanya, Bersih 2.0 turut menuntut agar semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong Bersih 2.0 dihentikan dan ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning, usaha-usaha menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium tidak dihalang.
"Pihak polis, DBKL atau pihak-pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2 hingga 4 petang 9 Julai (Sabtu) ini.
"Bersih 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," jelasnya.
Beliau juga memberitahu, Bersih 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan itu dan sebarang perkara berkaitan Bersih 2.0.

Bersih 2.0: Tiada makna jika stadium tidak melimpah

Posted: 05 Jul 2011 11:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya iaitu kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.

"Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional. "Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya," terang beliau.

Tuan Ibrahim juga berkata rakyat usahakan 40% yang selebihnya untuk memastikan agenda Bersih 2.0 berjaya bagi meyakinkan diri sendiri serta orang-orang sekitarnya yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.

"Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.

"Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya," seru beliau.

Beliau juga mengucapkan syabas atas kegigihan yang ditunjukkan para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh "mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang" sehinggalah mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Daripada digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat, tambah beliau.

Walaupun tempat perhimpunan aman bertukar daripada demonstrasi aman di jalanraya kepada stadium, PAS menyeru seluruh ahlinya untuk tetap menghadirkan diri di stadium yang ditentukan nanti untuk menyokong Bersih 2.0 kerana dasar perjuangannya tetap sama iaitu untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini.

"Kepada para penyokong Bersih 2.0 yang kecewa dengan kompromi ini, bersangka baiklah pada jawatankuasa Bersih 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat," nasihat Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya juga ingin menegaskan bahawa Bersih 2.0 ialah sebuah badan bukan politik dan berkecuali, dan PAS menyokong kerana dasar perjuangannya untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil demi masa depan negara dan generasi akan datang.

"PAS menyokong Bersih 2.0, termasuklah keputusannya untuk mengadakan perhimpunan aman pada Julai 9 ini di Kuala Lumpur," kata beliau.
 
Ingatan kepada Pakatan Rakyat

Tuan Ibrahim juga mengingatkan Pakatan Rakyat Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap penyokong Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada pembangkang.

"Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa," terang beliau.

Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, mereka bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional secara automatik.

"Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara," tegur Tuan Ibrahim.

Untuk kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya, Tuan Ibrahim berkata PAS menasihatkan agar menunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 ini.

"Barisan Nasional akan menghayati kepentingannya sekiranya di pilihanraya umum ke 14 apabila tewas di pilihanraya ke 13 nanti," kata beliau, sambil menambah bahawa sekiranya diberi kuasa memerintah nanti Pakatan Rakyat akan juga melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0.

"(Ini bagi memastikan) supaya kita dapat bersaing secara sihat dan seimbang di padang yang sama rata dengan semua pembangkang - dengan penuh keyakinan daripada rakyat bahawa demokrasi negara adalah subur, telus dan tulen," kata beliau.

Mengapa sekat jalan hari ini, Bersih kan Sabtu?

Posted: 05 Jul 2011 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Beberapa jalan utama memasuki bandar Kuala Lumpur sesak teruk hari ini berikutan sekatan jalan oleh pihak polis dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Harakahdaily difahamkan, sekatan tersebut dibuat di lebuh raya Besraya berhampiran stesen komuter Serdang, lebuh raya Karak di plaza tol Bentong, lebuh raya Sprint, seksyen 16 Petaling Jaya, dan di Lebuh Raya Plus dari Shah Alam menghala ke KL.
Beberapa jalan lagi juga difahamkan terdapat sekatan serupa termasuk di Cheras, Ampang dan Gombak.
Tinjauan Harakahdaily di Besraya mendapati polis hanya membuka satu sahaja dari tiga lorong menyebabkan kekesakan teruk sepanjang jalan di hadapan pusat membeli belah Mines, dari Balakong dan juga Serdang lama.
Sekatan itu juga dijangka akan diteruskan sehingga 9 Julai ini iaitu hari yang dijadual berlakunya himpunan Bersih 2.0.
Di Bentong, polis turut menggeledah kenderaan orang ramai, dipercayai mencari barang yang ada kaitan dengan himpunan Bersih.
"Dia buka bonet kereta, cek dalam kereta, tanya dari mana nak ke mana.
"Saya cakap dari Temerloh nak ke Mahkamah Jalan Duta. Dia tanya lagi Temerloh kat mana," cerita Mohd Sabri Shafie kepada Harakahdaily yang melalui jalan itu pagi tadi.
Beliau hari ini hadir ke mahkamah bagi mendengan permohonan memfailkan petisyen rayuan di luar masa berhubung perhimpunan Bersih 1 pada 10 November 2007 lalu.
Ramai pengguna jalan raya yang menuju ke tempat kerja hari ini mengecam tindakan polis membuat sekatan jalan raya itu melalui laman Facebook dan Twitter.
Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak polis mengadakan test sekatan jalan pada hari ini iaitu hari kerja sedangkan himpunan Bersih pada hari Sabtu, bukan hari bekerja bagi jabatan kerajaan dan sebahagian swast

PRU 13: Buka bilik gerakan pemuda

Posted: 05 Jul 2011 11:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Jabatan Pilihanraya DPPP telah mengeluarkan arahan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri supaya mengenal pasti dan membuka sekurang-kurangnya sebuah Bilik Gerakan Pemuda di setiap kawasan.
Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPP, Mohd Sany Hamzan menjelaskan, bilik gerakan tersebut akan menjadi pusat perkumpulan anak muda untuk mendapatkan pelbagai maklumat, beriadah, bersantai dan bersukan.
Menurut beliau, Jabatan Plihanraya DPPP cukup yakin  bahawa seluruh pemuda-pemuda PAS kawasan-kawasan telah bersiap siaga untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan datang.
Katanya, persediaan tersebut pasti dibuat  dengan penguasaan segala ilmu dan taktik pilihanraya, selain daripada pengalaman-pengalaman semasa membantu jentera parti menghadapi pilihanraya-pilihanraya kecil lalu.
"Sesungguhnya motivasi untuk mempertahankan negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat  daripada dirampas oleh Umno BN dan menuju ke Putrajaya sudah pastilah akan menyemarakkan gerakerja pemuda di semua peringkat," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdailly, hari ini.
Jabatan Plihanraya DPPP, menurut beliau, mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Gombak di atas pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia di Majlis Tindakan Dun Gombak Setia yang telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Saari Sungib baru-baru ini..
Katanya, dengan pelancaran itu telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan keprihatinan PAS Kawasan Gombak untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut perkiraaan Perdana Menteri.
"Dengan kewujudan Bilik Gerakan ini sudah pastilah akan menyemarakkan lagi aktiviti dan program ke arah gerakerja pilihanraya yang lebih kemas dan tersusun," katanya.
Oleh itu, Jabatan Plihanraya DPPP, tegasnya, menuntut komitmen yang sama daripada PAS kawasan-kawasan di seluruh negara supaya dapat melakukan persediaan yang sama seperti itu.
"Komitmen seperti itu tidak terkecuali sama ada di kawasan-kawasan yang PAS bertanding ataupun tidak bagi mewujudkan suasana dan gelombang semangat gerakerja petugas-petugas parti di semua peringkat.
"Begitu juga diharapkan kepada pemuda-pemuda PAS kawasan supaya dapat menggembleng sepenuh tenaga untuk membantu jentera pilihanraya parti di semua peringkat," ujar beliau.

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno

Posted: 05 Jul 2011 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

"Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap beberapa siri tangkapan dan juga penemuan terbaru polis yang mengaitkan Bersih 2.0 sebagai himpunan ganas.

Ianya termasuk rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam antaranya 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH.

Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Tidak cukup dengan itu, beberapa siri tangkapan termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang menyebarkan risalah Bersih dan maklumat kepincangan negara dibawah BN kepada rakyat Johor, juga cuba dikatkan dengan Komunis.

Antaranya ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM lain yang ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Mengulas siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong Bersih itu, presiden PAS itu mendakwa ia bukti kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu.

"Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini," katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 ujarnya adalah untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, bukan himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.

Tambahnya, sememangnya sudah sekian lama Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, dan ia bukan lagi suatu yang rahsia.

Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya.

"Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi.

"Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

Sehubungan itu beliau turut mengingatkan Umno BN agar sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan dan membebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng.

"PAS menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan," tegasnya.

MB tawar stadium Selangor untuk Bersih 2.0

Posted: 05 Jul 2011 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Selangor tampil negeri pertama menawarkan stadium negeri untuk digunakan penganjur himpunan Bersih 2.0 selepas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersetuju untuk diadakan di stadium.

Tawaran itu dilontarkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang ini, lapor TV Selangor.

Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu.

"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid.

Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan.

"Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih.

"Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau.

Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perhimpunan aman pada 9 Julai ditukar ke stadium.

Perhimpunan Bersih 2.0 di stadium?

Posted: 05 Jul 2011 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium.

Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka.
(Ambiga ketika dikerumuni wartawan di perkarangan Istana Negara - gambar Malaysiakini)

Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan.

Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka.
Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.

"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat  ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan  menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.
Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.

Pengikut