Ahad, 19 April 2015

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 18 Apr 2015 11:01 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa - per: MH370

Posted: 18 Apr 2015 09:25 PM PDT

Tuan R. Sivarasa [Subang]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Saya balik kepada tindakan yang tidak dibuat oleh DCA pada malam itu. Daripada laporan dan antara fakta kita ada sekarang, kita tahu pada 1.21 pagi hari itu, radar signal yang nampak di dalam skrin DCA tersebut terhilang dalam skrin itu.

Kalau ini berlaku di tempat lain, maksudnya reaksi yang akan dibuat adalah serta-merta sebab bila signal itu terhilang, itu menunjukkan satu yang sangat serius telah berlaku. Pesawat itu telah terhempas ataupun sesuatu yang amat serius.

Contoh saya bagi, satu air crash Egypt Air Flight 990 pada tahun 1959. Dia take-off daripada New York, 200 kilometer di Atlantic Ocean. Radar signal yang ada terhad di dalam skrin terhilang, cara yang sama tetapi dalam kes itu, apabila kita baca laporan- laporan berkenaan di situ, dalam beberapa minit search and rescue sudah mula sebab controller semua orang yang faham, begitu seriusnya apabila signal itu terhilang dalam skrin.

Jadi soalan saya ialah apakah siasatan yang telah dibuat oleh kerajaan setakat ini dan ini berkaitan juga dengan soalan kenapa tidak ada hubungan dengan military, kenapa military tidak berhubung dengan DCA pada malam itu.

Apakah siasatan yang telah dibuat? Bagi saya siasatan ini kita tidak perlu orang antarabangsa. Inilah agensi-agensi kita. Inilah MAS operation center, DCA dengan military. Bukan isu tentang berkaitan dengan black box dan apa-apa yang berlaku di lautan Indian Ocean dan sebagainya.

So, soalan saya ialah, adakah siasatan yang dibuat dan bolehkah kerajaan tubuhkan satu badan bebas, buat siasatan rapi terhadap isu ketiga agensi ini apakah, yang berlaku untuk 5 hingga 6 jam yang pertama. Itu saja.

Sebab kita tahu kalau kita pergi kepada search itu, itu jauh lebih besar tapi isu itu saja. Kenapa pada 4 hingga 5 jam yang pertama, sebab itu sangat kritikal, tiga buah agensi ini secara berasingan tapi semua sudah gagal buat tanggungjawab mereka. MAS operation center ada gambaran yang salah dan macam mana mereka dapat tahu itu di Cambodia, itu pun salah, itu pun perlu disiasat.

DCA kenapa bila radar signal hilang tidak ambil apa-apa tindakan serta-merta dan military. Adakah kerajaan telah buat siasatan ini ataupun bagi saya, saya ingin cadangkan kerajaan tubuhkan Royal Commission atau Badan Bebas dan satu siasatan terbuka dan bagi tahu rakyat Malaysia dan juga keluarga-keluarga penumpang pesawat itu dan krew apakah sebenarnya yang berlaku pada malam itu.

Anwar Ibrahim

Posted: 18 Apr 2015 07:43 PM PDT

Anwar Ibrahim


[PETISYEN] Bantah Cukai Rakus! #GolonganSusahTertindas

Posted: 18 Apr 2015 04:34 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cukai GST (Goods and Services Tax) tidak akan membebankan rakyat. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula berkata, 500 barangan akan turun harga apabila GST dilaksanakan.

Namun sekarang, rakyat Malaysia sudah sedar bahawa semua itu tidak benar!?

GST adalah sejenis cukai rakus, bersifat regresif yang membebankan rakyat. Golongan yang paling terbeban adalah rakyat berpendapatan rendah, pesara, warga emas, pelajar dan golongan pertengahan yang terhimpit dengan Barang Naik.

Mengikut kajian, setiap keluarga dijangka terpaksa membayar paling kurang RM100 sebulan untuk cukai GST. Lapan puluh peratus keluarga di Malaysia berpendapatan kurang dari RM3,000, mereka inilah golongan yang paling teruk akan tertindas.

Benarlah seperti awalan hurufnya, GST membawa maksud, Golongan Susah Tertindas!

Kita bantah GST kerana, di dalam keadaan rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barang, kerajaan pusat bermewah-mewahan gunakan duit rakyat membeli jet peribadi baru, salah urus tadbir ekonomi sehingga mengakibatkan hutang Negara mencapai 700 billion ringgit, ditambah dengan banyak skandal kewangan seperti 1MDB!

Malaysia cukup kaya, jika sumber negara diurus tadbir dengan betul dan amanah maka kerajaan tidak perlu laksanakan cukai GST yang jelas begitu membebankan rakyat.

Apa yang boleh kita lakukan? Jika kita terus berpeluk tubuh dan menyerah tanpa melakukan apa-apa, kita akan terus ditindas selama-lamanya. Golongan Susah Tertindas tanpa dibela. Kita lancarkan petisyen ini sebagai tanda permulaan membantah cukai rakus, GST. Tindakan susulan harus difikirkan bersama.

Never Surrender! Kita perjuangkan kebajikan diri kita di samping membela golongan susah. Tandatangan petisyen sekarang!

Pautan: Bantah GST!

Tiada ulasan:

Pengikut