Rafizi dah peradan macho untuk dedah hartanya dan cabar menteri dedah. Kenapa tak suruh Azmin dedah harta dan saham yg berjuta dengsn hanya kerja sebagai pembanyu anwsr ketika di MOF?
Cerita Rafizi ...
Jawab juga perihal konsultansi korpprst RM3 ribu sebulan....
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi berani pelakon dan juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle bergambar seksi hingga menampakkan bahagian dada.
Difahamkan pihak media cuba menghubungi dirinya untuk meminta komen namun tidak berjaya.
Tetapi Diana boleh dikatakan menjawab isu gambarnya itu menerusi Instagram dengan mengunakan kata-kata yang sinikal iaitu 'Freedom Is Being You, Without Anyone's Permission' kalau di alih Bahasa Melayu 'Kebebasan Adalah Hak Kamu, Tidak Perlu Meminta Kebenaran'.
Entahlah nampaknya tindakan Diana Danielle berani bergambar bercoli dan bersalut badannya dengan bendera Amerika Syarikat sememangnya mencetuskan tanda tanya ramai pihak.
Apa jua jawapan yang diberikan olehnya pasti akan mengundang 1001 persepsi negatif. Kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi kita digalakkan untuk menegur sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh mengundang kontroversi.
Jadi kepada Diana Danielle, jawapan daripada mulut anda memang dinantikan semua orang, kalau Diana itu adalah orang biasa pun terkena juga dengan tohmahan negatif apatah lagi anda seorang selebriti lebih dikenali ramai, apa-apa pun beringat sebelum terkena yaa…!!!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam kenyataan medianya hari ini menyuarakan ketidaksetujuan beliau dengan pencalonan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melawan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden PAS.
Sebaliknya kata beliau, calon yang paling layak untuk melawan Hadi adalah Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Yang Dipertua PAS Kota Bharu sendiri.
"Pandangan peribadi saya, adalah amat elok Tuan Guru Dato Seri Presiden kekal tanpa dicabar. Namun, jika mahu dicabar sekalipun, ada calon lain yang lebih sesuai berbanding dengan Dato Tuan Ibrahim untuk mencabar kedudukan tersebut.
"Calon tersebut pada pandangan saya ialah Dato Wan Abdul Rahim sendiri. Beliau merupakan 'orang lama' dalam politik dan pernah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dan juga pernah memenangi kerusi parlimen Kota Bharu di dalam pilihanraya umum 2008.
"Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang banyak idea dan cukup komited di dalam kerja-kerja yang diamanahkan ke atas bahu beliau. Saya amat yakin beliau cukup bersedia untuk menerima sebarang pencalonan bagi mencabar jawatan Presiden PAS.
"Justeru, saya secara peribadi berpandangan, beliau lebih sesuai diketengahkan jika mahu mencabar Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS di dalam pemilihan PAS yang akan datang,"tegas Ahmad Fadhli.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan daripada PAS Kota Bharu yang diketuai Wan Rahim semalam telah mencalonkan Tuan Ibrahim sebagai calon presiden PAS jawatan yang sekarang ini disandang oleh Abdul Hadi.
"Jadi kami penuh yakin dengan mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon Presiden PAS, insya'Allah, parti kita akan dapat meneruskan kesinambungannya.
"Dan untuk mengelakkan kontroversi yang berlebihan, kami hanya mencalonkan calon Presiden saja, tidak mencalonkan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan selebihnya.
"Yang lain itu kami mengharapkan PAS Kawasan-Kawasan yang lain yang akan mengadakan mesyuaratnya masing-masing mulai minggu depan sehingga April dan Mei.
"Jadi kita di Kota Bharu, sebagai Kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung di seluruh negara, cukup berbangga untuk mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden, dengan 11 daripada 14 Ahli-Ahli Jawatankuasa (PAS Kota Bharu) yang hadir bersetuju. Sekian," kenyataan Wan Rahim dipetik.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Wan Rahim menjelaskan kenapa beliau dan kawasannya mencalonkan Tuan Ibrahim kerana ia berpunca daripada faktor kesihatan Abdul Hadi.
"Saya yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menerima pencalonan selaku presiden untuk sesi baru atas keuzuran beliau dan itu keyakinan peribadi saya.
"(Sebelum ini) dia masuk hospital di Istanbul, dia masuk Institut Jantung Negara (IJN), faktor tahap kesihatan dia. Dia (Hadi) sudah 37 tahun terlibat dengan PAS," katanya.
Wan Rahim menambah, Tuan Ibrahim adalah individu yang akan membuatkan Hadi selesa memandangkan beliau merupakan anak didik Hadi dan dekat dengannya.
"Saya yakin dia tak akan menerima pencalonan jadi bila saya kemukakan nama Tuan Ibrahim, dia selesa kerana dia sendiri yang tarbiah, dia didik dan dia yakin anak buah dia sendiri," katanya.
Tambahnya lagi, nama kontroversi seperti Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Presiden Mohamad Sabu tidak dicalonkan demi perpecahan parti seperti berlaku pada tahun 1982.
"Kita tak kemukakan tokoh kontroversi seperti Husam dan Mat Sabu , kita kemukakan (Tuan) Ibrahim.
"Bagi saya perpaduan parti perlu dijaga, keutuhan ahli kita tidak mampu untuk menghadapi perpecahan parti seperti tahun 1982," katanya.
Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.
Petisyen 'Free Anwar' di laman web White House yang digerakkan oleh kawan Anwar Ibrahim yang juga bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott.
KUALA LUMPUR – Satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, yang tersiar melalui platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan.
"Petisyen yang anda cuba akses ini telah dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Moderasi kami kerana ia melanggar Terma Penyertaan kami," kata satu mesej dalam laman sesawang itu.
Ia bagaimanapun tidak memberi sebab khusus petisyen itu dikeluarkan.
Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.
Mengikut terma penyertaan, seseorang itu mestilah berumur 13 tahun atau lebih untuk membuka akaun dan/atau menandatangani sesuatu petisyen, atau untuk menyertai 'We the People'.
Petisyen 'We the People' mestilah dibuat individu yang berinteraksi secara terus dengan WhiteHouse.gov, bukan melalui laman sesawang atau perkhidmatan pihak ketiga.
Turut disyaratkan ialah maklumat akaun tidak mengandungi ancaman melakukan keganasan haram; memasukkan bahan lucah, kesat atau memberahikan; kenyataan memfitnah atau palsu; dan istilah yang lazimnya difahami mengandungi maksud tidak senonoh atau kesat atau menghina.
Turut dilarang ialah maklumat yang menceroboh privasi seseorang individu dan maklumat, yang sekiranya diterbitkan, akan melanggar undang-undang jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil.
"White House boleh melumpuhkan akaun, membuang tandatangan dan mengeluarkan petisyen yang diwujudkan atau ditandatangani oleh pengguna yang ia mempunyai sebab munsabah untuk mempercayai tidak mematuhi peraturan di atas.
"White House juga boleh menyekat akses daripada alamat IP, yang ia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai menggunakan sistem automasi atau proses pukal bagi mewujudkan akaun pengguna atau tandatangan petisyen," kata laman sesawang itu – BERNAMA
Elaun Ahli Parlimen sebanyak RM13,108.59 tetapi Potongan Cukai Bulanan (PCB) hanya RM98.35 sebulan!
Wah! Punya la sikit si Rafizi ni tolak cukai pendapatan sebulan. Rasanya graduan universiti baru kerja pun tolak cukai lebih banyak dari Rafizi.
Agak-agak berapa la Rafizi bayar cukai pendapatan setahun. Kalau bayar kurang dari RM2000 setahun, baik tak payah jaja duit rakyat hasil cukai sebab kau pun bayar ciput je.
Lain kali kalau nak guna modal politik "hasil duit rakyat" eloklah bayar cukai tu lebih sikit.
Lepas ni Rafizi boleh dedahkan pulak berapa dia bayar cukai pendapatan setahun. Ye la....dok jaja harta kau berjuta-juta.....pendapatan kau berbelas ribu takkan menyumbang kepada rakyat melalui cukai pendapatan banyak tu je sebulan.
Patutlah kerajaan kena buat GST sebab orang gaji berbelas ribu hanya tolak cukai pendapatan RM98.35 sebulan. Nak kata si Rafizi ni bayar zakat, takde pulak dia isytihar yang dia bayar zakat atau buat potongan gaji.
Mungkin lepas ni LHDN boleh siasat perkara ini.
*Kadang-kadang disebalik kepandaian seseorang, wujud kepandiran dirinya bila nak tunjuk pandai. Ada sebab kenapa slip gaji pekerja sama ada sektor Kerajaan atau swasta adalah sulit. Fikir-fikirkan.
Memang seperti yang diduga, DAP mencadangkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kedudukan Anwar Ibrahim perlu digantikan oleh pemimpin yang layak daripada PKR. Apakah Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) langsung tidak layak? Atau Nurul Izzah lebih layak (senang dibuli) berbanding Azmin Ali? Menurut Guan Eng, dalam mesyuarat yang diadakan 37 Ahli Parlimen DAP, semua sepakat memilih Nurul Izzah. "Kita tetap menyokong Anwar kerana beliau masih Ahli Parlimen Permatang Pauh. "Oleh kerana beliau tidak dapat hadir ke Parlimen, kita berpandangan anaknya layak menggantikan beliau," kata Guan Eng semalam.
Layak sebab Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim. Nampaknya DAP sudah berpakat dengan diam diam dengan PKR untuk meninggalkan PAS.
Dalam parlimen PAS ada 21 kerusi parlimen, tetapi kuasa mereka langsung tidak diambil peduli. Malah sudah wujud gerakan untuk jatuhkan Presiden PAS dengan mempotraitkan Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pengganti.
Inilah gaya politik yang dikenali ramai sebagai "pakatan". Hari ini, DAP menerusi Tian Chua mempergunakan Nurul Izzah untuk mendapatkan sesuatu.
Bila DAP sudah dapat apa yang mereka mahukan, nasib orang Melayu belum tentu selamat jika membiarkan penipuan DAP dan PKR terus berjalan.
DAP sudah gunakan Nizar, Dyana, Tunku Aziz dan kini mereka mahu gunakan Nurul Izzah. Apakah itu masih lagi tidak disedari oleh orang Melayu?
London – Bekas kekasih bintang Arsenal, Alexis Sanchez mendakwa dia meninggalkan pemain bola berkenaan selepas Sanchez membenarkan rakannya merakamkan aksi mereka melakukan hubungan seks di rumah bintang berkenaan.
Valentina Roth berkata, keadaan itu menyebabkan hubungan mereka musnah selepas Roth mengetahui mengenai perkara berkenaan.
Menurut Roth, dia amat marah dengan Sanchez dan menyifatkan lelaki itu sebagai tidak matang.
"Mungkin dia menyangka perbuatan itu sebagai satu jenaka namun apa dia rasa jika perkara sama dilakukan terhadap ibu atau adik perempuannya,'' kata Roth
Roth dan Sanchez bertemu dalam satu parti di Chile.
Dalam pada itu, pengurusan Sanchez masih belum mengulas mengenai dakwaan Roth itu.
RAUB 9 Mac – Seorang ibu tidak menyangka kesakitan mulut anak lelakinya sehingga tidak dapat makan baru-baru ini akibat daripada dipaksa melakukan seks oral terhadap dua lelaki pada 1 Mac lalu. Malah dia juga amat terkejut apabila mengetahui kesakitan anaknya berusia sembilan tahun ketika membuang air besar dua bulan lalu dipercayai berpunca daripada diliwat oleh dua lelaki berkenaan.
"Ketika balik dari kerja pada pukul 7 malam 1 Mac lalu, anak saya mengadu lapar dan ketika saya menyuapkannya makanan dia mengadu sakit mulut sebelum menceritakan bagaimana dia dipaksa melakukan seks oral terhadap dua lelaki terbabit.
"Anak saya memberitahu ketika kejadian dia dipanggil dua lelaki berkenaan ke kawasan semak dengan salah seorang lelaki berkenaan berbaring dan seorang lagi menekan kepalanya," katanya. Menurutnya, anaknya sering bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah menceritakan mengenai kejadian itu akibat takut.
Dalam pada itu katanya, sejurus mengetahui mengenai perkara itu dia kemudiannya bergegas di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk membuat laporan polis.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ab. Rahim Ab. Razak berkata, pihak polis yang menerima laporan berkenaan telah menahan dua suspek pada hari yang sama.
Katanya, suspek yang masih bersekolah direman selama lima hari untuk soal siasat dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kanak-kanak-9-tahun-diliwat-dipaksa-seks-oral-1.67786#sthash.yQ955l1C.dpuf
Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle bertindak mengunci mulut berhubung kontroversi gambarnya memakai coli dan membalut badan dengan bendera Amerika Syarikat dalam sesi fotografi sebuah majalah gaya hidup berbahasa Inggeris keluaran Mac.
Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 24, yang cuba dihubungi tidak memberikan sebarang respons bagi mendapatkan penjelasannya mengenai gambar berkenaan.
Bagaimanapun, Diana menerusi status di Instagram semalam berkata, kebebasan untuk menjadi diri sendiri tidak memerlukan keizinan mana-mana pihak.
Kenyataan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya seolah-olah Diana mahu mempertahankan dirinya berhubung gambar berkenaan.
KEADAAN bilik dipenuhi pakaian berselerak ditinggalkan sindiket berkenaan.
Serdang: Tidak sampai tempoh 16 jam akhbar ini melaporkan aktiviti maksiat 'pejabat dosa' di Kompleks Suria Kinrara, di sini, semua pelacur dan 'bapa ayam' di premis itu didapati ghaib melarikan diri.
Sepasukan 10 anggota polis Unit Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Serdang diketuai Asisten Superintendan Roslin Mohamadisa menyerbu premis itu jam 10 malam kelmarin.
Tindakan serbuan dilakukan susulan maklumat dibongkar pihak Harian Metro yang mendapati premis itu menyediakan dua bilik khas persis pejabat khusus untuk pelanggan bermadu asmara.
Bagaimanapun sindiket pelacuran itu seolah-olah dapat menghidu kehadiran polis apabila bertindak mengosongkan pejabat itu serta merta.
Ketua Unit Pencegahan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Razali Abu Samah berkata, hasil serbuan mendapati penjaga dan pelacur di dalam 'pejabat' berkenaan sudah melarikan diri.
"Bagaimanapun, polis terus melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan sindiket itu tidak lagi beroperasi," katanya ketika dihubungi semalam.
Wartawan Harian Metro yang turut menyertai operasi itu mendapati premis itu seolah-olah dikosongkan dalam keadaan kelam kabut berikutan penemuan pakaian wanita berselerakan.
Malah, anggota polis memecah dua pintu jeriji besi pada tingkat bawah bangunan dua tingkat itu sebelum dapat masuk ke dalam premis.
Sindiket pelacuran itu yang mengenakan bayaran RM150 didapati menggunakan taktik dengan meletakkan kain rentang iklan perkhidmatan pendawaian di luar premis.
PENANGAN lagu Sakitnya Tuh Disini dari negara seberang, Indonesia ini nampaknya sudah menular ke Malaysia hingga membuatkan ramai berjoget sakan bila mendengar ia berkumandang.
Macam biasalah bila lagu tengah popular maka banyaklah video parodi dihasilkan.
Bagaimanapun kami agak terkesima menonton video parodi seorang gadis cun ketika mendengar lagu ini.
Mana taknya, aksi-aksi yang ditunjukkan seolah-olah ingin memperagakan buah dada yang dimiliki hingga boleh menaikkan nafsu insan bergelar lelaki.
Malahan, gaya aksi lentoknya ketika bergelek boleh mengalahkan artis-artis dangdut sedia ada!
Yang tak tahannya, boleh pulak nyanyikan bait-bait lirik Sakitnya Tuh Disini sambil menunjukkan buah dada. Aik.. sakit tang situ ke?
Ermm… anda tontonlah sendiri (sambil beristighfar).
Rafizi Ramli ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 7 malam ini mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman. Selain ditahan mengikut Akta Perhimpunan Awam, pihak PDRM juga wajar meneliti 15 saman polis trafik yang masih belum dijelaskan oleh beliau yang kebanyakannya kerana memandu laju.
Tian Chua meroyan hari ini apabila kempen petisyen "Bebaskan Anwar (Free Anwar)" telah dihentikan. Beliau menuduh Kerajaan Malaysia mensabotaj kempen berkenaan walapun pemilik portal berkenaan, 'The White House', yang membuang petisyen berkenaan. Tuduhan Tian Chua agak kelakar memandangkan Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa yang kuat untuk mengarahkan Kerajaan Amerika Syarikat tunduk kepada permintaan Kerajaan Malaysia membuang petisyen berkenaan.
Kalau betul bagai didakwa, Pakatan Pembangkang perlu memboikot Kerajaan Amerika Syarikat. Pakatan pembangkang siap buat sidang media berkenaan perkara di atas. Baca laporan The Malay Mail Online, di sini.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah petisyen Pakatan Pembangkang dibuang oleh 'The White House' kerana melanggar polisi yang telah ditetapkan iaitu email palsu dari IP yang sama. Terbukti Pakatan Pembangkang sudah hilang sokongan Rakyat hingga terpaksa menggunakan Red Bean Army (RBA) untuk mengumpulkan tandatangan bagi petisyen meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam kes Anwar Ibrahim. Seperti kata DS Samy Vellu, "Ini perkara banyak memalukan saya. Sebenarnya kemaluan saya sangat sangat besar."
Gambar di atas dikatakan adalah rumah calon PAS DUN Chempaka yang tersebar luas di media sosial. Menurut cerita beliau adalah anak sepupu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau dikatakan bekerja sebagai Imam Masjid. Di dalam parti, Ustaz Ahmad Fathan merupakan Ketua PAS Cawangan Baung, Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka dan merupakan Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa. Alhamdulillah bukan setakat orang-orang UMNO sahaja mampu memiliki rumah yang tersergam indah sebegini. Bolehkah CTS katakan Kerajaan Barisan Nasional tidaklah zalim. "Membangun Bersama Islam".
Ahli Parlimen pembangkang buat hal lagi. Rakyat memilih mereka agar mereka dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab membawa suara Rakyat ke Parlimen. Sebaliknya mereka bersikap kebudak-budakan dengan mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen membantah pemenjaraan banduan liwat, Anwar Ibrahim.
Kelihatan dua tiga orang lembu memulakan acara membayar nazar dengan mencukur rambut, mungkin tanda solidariti menyokong banduan liwat untuk meliwat. Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Wong Sze Phin @ Jimmy, Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Maizan Nik Mohamad dan ADUN Machang Bubuk Lee Kai Loon. Apalah agaknya yang cuba Ahli Parlimen pembangkang ini hendak sampaikan. Adakah banduan liwat akan dibebaskan dengan cara ini?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuat tangkapan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat FELDA pada 1 Mac lalu. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata CEO terbabit masih ditahan reman hingga esok.
Beliau berkata SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan pada 26 Feb lalu. Ahli perniagaan terbabit ditahan reman hingga 5 Mac dan disambung reman selama empat hari sebelum dibebaskan pada 7 Mac lalu.
Kedua-dua mereka yang berusia 44 tahun, ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menyeleweng wang anak syarikat FELDA berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai kira-kira RM40 juta. Sebanyak 23 individu diambil keterangan setakat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 a(A) Akta SPRM 2009.
Pendedahan oleh pihak SPRM ini sekaligus telah menidakkan cakap-cakap bahawa FELDA telah menyembunyikan kes salah laku di kalangan kakitangannya. Tangkapan seorang pegawai kanan di dalam FELDA ini membuktikan FELDA telus dan berintergriti di dalam membanteras rasuah dan tiada apa perlu dirahsiakan terutama sekali kes melibatkan salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Ianya selaras dengan Ikrar Integriti Korporat dan Persepakatan Integriti oleh FELDA dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang ditandatangani pada 9 April 2012 bersama pihak SPRM. Tujuan Ikrar berkenaan antara lain diadakan adalah bagi memantapkan nilai dan integriti warga FGVH/FELDA agar tidak terdedah kepada ancaman rasuah, salahguna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan.
Penangkapan Pegawai Kanan anak syarikat FELDA ini bukan sahaja membuktikan FELDA telus membanteras rasuah malah memberikan impak yang cukup besar dalam usaha meningkatkan keyakinan dan mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap ketelusan SPRM dalam menjalankan fungsi dan peranannya.
Sempena Tahun Baru Cina, MCA telah mengadakan "MCA Media Nite" pada 4 Mac yang lepas. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin MCA dan petugas-petugas media. Malam ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada petugas-petugas media yang selama ini memberikan liputan berita yang padat dan telus mengenai MCA dan pemimpin-pemimpinnya.
Majlis diadakan di Dewan San Choong, Wisma MCA. Selain daripada Presiden parti, DS Liow Tiong Lai, Timbalan beliau, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita MCA, Ketua Pemuda MCA serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti turut hadir untuk meraikan petugas-petugas media.
Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata di dalam laman sosial Facebook beliau, hubungan di antara MCA dan media telah dan akan terus kekal rapat, secara simbiotik. Melalui hubungan ini, MCA dapat menyampaikan apa yang mereka harap dapat lakukan untuk masyarakat umum. Laporan berita yang dilakukan ke atas usaha-usaha bantuan banjir baru-baru ini amat dihargai oleh MCA, kerana menerusi berita-berita ini membolehkan MCA untuk menyampaikan mesej ke seluruh negara dan melalui media juga MCA dapat menjana lebih banyak bantuan daripada orang ramai.
Dunia on dunia ..semakin gila dah ahli politik pembangkang ini .
Tak sangka Malaysia negara kecil ini boleh arah White House remove petisyen FreeAnwar ..hahaha
Tuduhan Tian Chua ini memang lawak seperti rakannya Mr Bean Mahfuz . Begitu power sungguh Putrajaya hingga boleh arahkan White House membuang petisyen mereka ..haha
Apa yang berlaku sebenarnya adalah petisyen Pakatan Pembangkang dibuang oleh 'The White House'kerana melanggar polisi yang telah ditetapkan iaitu email palsu dari IP yang sama.
Terbukti Pakatan Pembangkang sudah hilang sokongan Rakyat hingga terpaksa menggunakan Red Bean Army (RBA) untuk mengumpulkan tandatangan bagi petisyen meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam kes Anwar Ibrahim.
"Tolong tengok kelemahan parti sendiri dan jangan jadi bodoh gesa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan."
Itu peringatan yang diberikan Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Peringatan Syed Ali itu sebagai respon tindakan Naib Presiden PAS sepertimana dilapor oleh portal Malaysiakini dan Themalaysiainsider membuat laporan polis berkenaan 1MDB.
Dalam laporan tersebut Husam Musa menggesa Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan agar proses siasatan berjalan lancar.
Kata Syed Ali, UMNO mempunyai kaedah dalam menyelesaikan segala masalahnya dan tidak perlu sebarang campurtangan PAS yang sedang berhadapan dengan krisis dalamannya menunjuk ajar parti ini.
Kini PAS adalah parti yang dianggap lemah dan sudah ditolak oleh rakyat gara-gara pimpinan parti itu tidak mempunyai visi perjuangan yang jelas dan sering tidak sehaluan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.
Menurut Syed Ali, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sudah memberikan jaminan semasa perjumpaan bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO pada Ahad bahawa Putrajaya tidak akan melindungi mana-mana pihak terbabit dalam penyelewengan dan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sebelum ini, 1MDB sudah melalui audit forensik oleh firma perakaunannya Deloitte turut mengesahkan bahawa syarikat berkenaan bebas daripada penipuan dan salahguna kuasa.
"Putrajaya juga sudah mengarahkan Ketua Audit Negara mengaudit akaun 1MDB bagi mempastikan tidak wujud sebarang penyelewengan dalam urusniaga syarikat berkenaan," jelasnya dalam catatan terbaharu di blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Ujarnya, selepas Ketua Audit membuat siasatan, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira–Kira Wang Negara (PAC) pula.
"Semuanya dilakukan kerana kerajaan mengamalkan sikap telus dan mahu membuktikan kepada rakyat tiada sebarang unsur penyelewengan dalam syarikat terbabit.
"Saya berasa pelik kenapa pemimpin PAS tidak sudah–sudah berasa busuk hati dan dengki dengan pemimpin UMNO ini?
"Kerajaan sudahpun menjelaskan akan menyiasat akaun 1MDB kenapa pula pemimpin PAS umpama cacing kepanasan yang membuat laporan polis dan menasihatkan Najib meletakkan jawatan Menteri Kewangan?" ujarnya,
Syed Ali turut hairan kerana menyifatkan pemimpin PAS seolah-olah tidak ada kerja lain selain mencari salah UMNO.
"Sepatutnya PAS selesaikan masalah dalaman parti itu yang membabitkan Presidennya dari mencampuri urusan UMNO.
"Semua orang tahu wujud perpecahan dalaman kronik dalam PAS yang membabitkan Timbalan dan Ketua Penerangan PAS Pusat didakwa mahu menjatuhkan Presiden parti itu," katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali tidak menolak kemungkinan tindakan Husam membuat laporan polis berkenaan 1MDB kerana mahu mengalihkan kemelut dalaman parti itu menghadapi proses pemilihan pada tahun ini.
"Tindakan Husam itu jelas menunjukkan PAS kian tersepit sehingga terpaksa menggunakan isu 1MDB untuk mengutip pengaruh.
"Bagi saya PAS sudah hilang hala tuju selepas hubungan parti itu yang retak dengan DAP pasal hudud dan retak menanti belah dengan PKR yang memberikan tumpuan pada kes Anwar. Itu sebabnya PAS terpaksa mempergunakan isu 1MDB untuk menarik semula keyakinan rakyat kepada parti itu.
"Di sini saya nak tegaskan kepada Husam bahawa pimpinan UMNO tidak akan sesekali tunduk dengan sebarang tekanan dan desakan dari PAS itu. Malah Najib tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan semata-mata desakan pemimpin PAS yang sudah muflis idea seperti Husam," katanya.
Ahli Parlimen pembangkang diselar kerana tidak menggunakan pakaian istiadat khas berwarna putih ketika menghadiri perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan itu seolah-olah tidak menghormati kehadiran Seri Paduka dan membelakangkan peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan.
"Sepatutnya kena pakai sebab majlis ini melibatkan kehadiran Seri Paduka iaitu sebuah institusi yang besar bukannya persidangan seperti biasa.
"Kalau tidak pakai maksudnya tidak hormat pada tuanku dan peraturan mesyuarat yang kita sendiri buat," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian itu.
Hampir kesemua Ahli Parlimen pembangkang hadir ke perasmian tersebut dengan hanya memakai sut dan baju kebangsaan berwarna hitam meskipun telah digalakkan memakai pakaian istiadat khas berwarna putih.
Tindakan tersebut adalah bagi memprotes keputusan penghakiman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kegagalannya mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat kerana sedang menjalani hukuman penjara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang memakai pakaian istiadat berkata, persetujuan memakai pakaian hitam yang telah dicadangkan pembangkang sebelum ini bukanlah satu peraturan yang perlu dipatuhi.
"Itu bukan peraturan untuk pemimpin pembangkang," katanya ringkas.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menegaskan tindakan tersebut tidak melanggar kod etika pakaian yang ditetapkan, justeru mana-mana wakil rakyat bebas menggunakan sut atau baju kebangsaan berwarna hitam.
"Tujuan kami adalah sebagai sokongan kepada Anwar dan memprotes keputusan pihak berkuasa kerana tidak membenarkannya hadir ke persidangan," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan