Harga minyak jatuh. Bukan sekali tapi tiga kali berturut-turut dalam tempoh tiga bulan.
Lepas ni apa lagi alasan puak-puak pengeluar, pengilang, pemborong, pengedar, pembekal, peniaga dan penjual barang nak beri alasan harga barang tak boleh diturunkan?
Adakah harga tak dapat turun sebab mereka terpaksa import barangan mentah yang sangat mahal?
Adakah mereka nak beri alasan tiada pilihan terpaksa jual harga barang mahal sebab nak habiskan stok lama yang diambil dengan harga tinggi?
Adakah mereka akan beri alasan mengarut kononnya ia sebagai kesan dari perlaksanaan GST maka harga terpaksa dinaikkan?
Setahu majoriti rakyat, GST akan menghapuskan cukai SST sedia ada dari 16% kepada cukai baru GST yang hanya 6% sahaja!
|
Lebih 308,000 buah syarikat telah berdaftar di bawah sistem GST. Mulai 1 Mac 2015 mana-mana syarikat berkeuntungan RM500,000 tidak berdaftar akan dikenakan denda. |
Harga minyak pula jatuh sepatutnya harga barang juga patut turun dalam tempoh tiga bulan lalu!
Masa harga minyak naik cepat jer mereka naikkan harga barang itu dan ini. Tetapi bila harga minyak jatuh entah kenapa senyap seribu bahasa.
Yang pasti ada tokey-tokey sengaja melakukan sabotaj ekonomi dengan meletakkan harga mahal di pelbagai peringkat jualan sebagai tanda protes dan tekanan kepada kerajaan kerana menjadi penyokong tegar puak pembangkang.
Harga akan dinaikkan sesuka hati lagi supaya timbul kemarahan dan kebencian rakyat pada Najib dan kerajaan.
Akan mudahlah kerja puak-puak pembangkang dan pencacai menghasut rakyat menumbangkan UMNO-BN agar Anwar boleh memerintah, maka semuanya akan jadi lebih baik...?
Tapi apa kita dapat dengan menyokong puak-puak pembangkang yang penipu ni...cer cerita?
Apa yang akan diperkatakan pakar ekonomi kongkang Rapussy mengenai penurunan harga minyak kali ini?
Adakah kerajaan akan dipersalahkan lagi kerana menghapuskan subsidi kononnya jika masih ada subsidi maka harga minyak contohnya RON 95 boleh jadi RM1.00 seliter, RON 97 jadi RM1.40 dan harga Diesel boleh jadi RM1.30?
Adakah dia akan menyalak macam anjing kurap ketagih mengawan kononnya peniaga-peniaga stesen minyak telah berjumpa dengan dia dan KETUM memohon agar kerajaan memberi subsidi pula pada pengusaha pam minyak yang kerugian?
Adakah akan dikumpul segala 'pakar-pakar ekonomi kongkang bertaraf longkang' untuk desak kerajaan campurtangan menyelamatkan para pengusaha pam minyak yang kerugian?
Adakah Rapussy akan salahkan UMNO dan BN lagi kononnya parti itu sebenarnya tidak mahu menurunkan harga barang kerana memegang permit import (AP) bukannya para tokey Cina yang mempunyai agenda menyusahkan rakyat supaya imej BN tercemar.
Atau akan ada 'pakar-pakar ekonomi mee segera berperisa KETUM' mengatakan penurunan harga barang ini adalah strategi Najib mendapat undi rakyat hasil konspirasi dengan Barrack Obama?
Maka Ostad-ostad dungu ekonomi pun akan keluar segala fatwa mengatakan harga minyak murah adalah rasuah dari BN untuk menyembunyikan ketirisan, rasuah dan penyelewengan kerajaan.
Jika begitulah persepsi para pencacai nyatalah mereka ini spesis manusia yang hanya hidup untuk mengeluh, mengkritik bahkan kufur pada nikmat Allah.
Dikala pemimpin BN sibuk rangsang ekonomi menghadapi masa kesulitan ini dan dikala segala usaha dilakukan untuk membantu mangsa banjir...mereka hanya menjadi haiwan-haiwan politik yang cuma pandai memekik melolong tanpa ada sedikit pun jasa yang boleh dibanggakan...
Malulah jadi rakyat Malaysia sedemian rupa...
Bak kata Ahmad Nisfu; "Kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan