The Antics of Husin Lempoyang Posted: 05 Nov 2014 03:32 AM PST Jual orang lagi untung dari meliwat Posted: 04 Nov 2014 10:52 PM PST Semalam sebaik saja Tan Sri Shafee Abdullah membuat pembentangan kes, Dato Seri Anwar sertai penyokongny ayang berkurangan dan kata, " Brother I have already won!" Walau kalah pun, perang sarafny amesti sentiasa menang dan katakan hakim tak betul, sistem tak betul, pendakwa tak betul .... Katanya, Shafee tak boleh jawab isu DNA ke 3. Orang tak belajar Sains susah nak faham cara menganilsa data dalam ujian. Lagi apa isunya yang boleh dipersoalkan dengan perjumpaan DNA yang lain. DNA Anwar tetap ada. Alibi 13 dan kemudian jadi 6 semua tidak ada .... Itulah namaya menyokong membabi buta. Apa yang dicakap diterima buta-buta tanpa terfikir samada ianya kojik atau tidak lojik. Samada yang bercakap itu menipu atau hanya auta putar belit. Ditelan bulat-belat. Menurut MyMassa, Anwar berkata, "Syeikh Yusuf Qardawi telefon hari-hari tanya update kes saya dan kata apa lagi yang fitnah kamu ni Anwar." Pastinya ada penyokong terima bulat-bulat dan tak terfikir tak akanlah Sheikh Qardawi asyik nak talipon di atiap-tiap hari. Qardawi cakap Arab dan Anwar cakap Melayu dan Inggeris. Talipon tiap-tiap hari maknanya 365 kali setahun? Asyik dijual nama ulamak-ulamak tapi perangai tetap macam kimak. Bila perlu ulamak, diguna ulamak. Lain masa Yahudi pun sanggup! Wow! Lagi untung jual orang dari meliwat.... kalau salah masuk penjara | |
bumiyang Posted: 05 Nov 2014 03:11 AM PST |
Belantan Posted: 04 Nov 2014 11:45 PM PST Kes liwat ll : DNA lewat dihantar tapi masih boleh dianalisis? Posted: 04 Nov 2014 03:21 PM PST Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap pembantu beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini diberitahu, ujian DNA masih boleh dilakukan walaupun lewat dihantar untuk dianalisis. Ketua Pendakwa Rakya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, dalam pengulungan hujah balas, menerangkan bahawa sampel DNA tidak lewat dihantar ke jabatan kimia jika dibandingkan dengan kes-kes melibatkan DNA di luar negara. "Kita bandingkan dengan kes-kes dan material-material yang sudah pun ada. Umpamanya kita diberitahu mahkamah dalam kes ini hanya dua tiga hari DNA tersebut dilengahkan ataupun dihantar ke jabatan kimia. "Ada kes di Austarlia yang Dr. McDonal juga tahu bahawa selepas 13 1/2 tahun seorang wanita yang dirogol dan kemudiannya dibunuh di pantai di Queensland yang cuacanya macam kita, polis mendapati masih terdapat DNA air mani pada tuala tersebut," jelas Muhammad Shafee kepada pemberita di lobi mahkamah di sini petang ini. Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes itu berhenti kira-kira pukul 3 petang tadi selepas Muhammad Shafee menamatkan hujah balas beliau yang dibentangkan sejak Jumaat lalu. Prosiding rayuan kes liwat Anwar akan bersambung Khamis ini dengan pasukan peguam perayu membentangkan hujah balas. Muhammad Shafee berkata, beliau mengambil masa bagi menerangkan eksibit berkaitan DNA. Antara lain Muhammad Shafee berkata, beliau menjelaskan DNA asing yang ditemui Dr. Mohd Osman Abdul Hamid pada Mohd. Saiful berkemungkinan besar milik doktor tersebut. "DNA yang dikatakan berdekatan dengan lubang dubur Saiful itu saya kata boleh juga jadi ketika Dr. Osman memeriksa Saiful, tidak ada keterangan sama ada dia memakai baju, sarung tangan dan peralatan termasuk protoskop yang disteril. Sedangkan doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful menggunakan peralatan yang disteril. "Keterangan Dr. Osman ini saya lihat agak teruk besar dan kemungkinan tercemar dengan DNA doktor itu semasa memeriksa Saiful. DNA asing yang ditemui dalam lubang dubur mungkin dari protoskop yang beliau gunakan," jelas Muhammad Shafee. Muhammad Shafee juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa terdapat kes bunuh dan liwat yang melibatkan ahli politik yang sama dengan kes Anwar. "Ia melibatkan segala macam dakwaan oleh pesalah. Pesalah menuduh bahawa kes beliau merupakan satu konspirasi macam kes Anwar ini. "Beliau tidak memberi keterangan bersumpah, tidak memberi alabi, dan tak mahu membuat keterangan sama macam kes Anwar ini. Kes tersebut memihak kepada pihak pendakwaan," kata Muhammad Shafee. Muhammad Shafee juga berkata, beliau menjangkakan keputusan kes tidak akan diketahui dalam masa terdekat bagaimanapun beliau juga tidak akan terkejut jika keputusan diumumkan Jumaat ini. Suara Politik Belantan | DNA perayu sepadan dengan DNA 'Lelaki Y' - Shafee? Posted: 04 Nov 2014 03:34 AM PST Prosiding rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap pembantu beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang memasuki hari kelima hari ini, ditegaskan semula bahawa DNA perayu padan dengan DNA 'lelaki Y' yang dikeluarkan daripada tubuh Mohd.Saiful. Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, dalam hujah balas, berkata, beliau menekankan beberapa perkara yang dianggap mustahak terhadap kes berkenaan ini termasuk tiga barang bukti iaitu tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang digunakan oleh Anwar ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. "Ketiga-tiga item ini dibawa sendiri oleh perayu dan ahli kimia memperolehi DNA Anwar daripada ketiga-tiga item tersebut. DNA perayu padan dengan DNA 'lelaki Y' yang dikeluarkan daripada tubuh Mohd. Saiful. "Kita tahu ini adalah DNA kepunyaan perayu yang kita bandingkan adalah eksibit-eksibit dalam lokap. Kita tahu orang lain tidak gunakan eksibit ini hanya perayu sahaja," kata Muhammad Shafee, yang ditemui media selepas selesai membentangkan hujah di Mahkamah Persekutuan di sini pada pukul 1 petang tadi. Jelas beliau, kaedah pengambilan DNA itu digunakan kerana Anwar tidak memberikan sample DNA beliau seperti darah. Turut dihujahkan adalah berkaitan pertikaian barisan peguam perayu mengenai cara sample DNA tersebut diambil, sedangkan kaedah pengambilan DNA itu tersebut diterima di kebanyakan negara Komanwel seperti Singapura, Sri Lanka dan England. "Mereka kata cara kita ambil DNA ini tidak adil dan mempedaya. Mereka juga berkata, Anwar ditahan semalaman bukan kerana mahu disoal siasat tetapi kerana mahu mengambil sampel DNA Anwar. "Kita ada keterangan yang menyatakan disebabkan ada siasatan dan kerana waktu ketika itu sudah pukul 12 malam, maka Anwar ditahan semalaman dan kenyataan beliau diambil sepenuhnya oleh pegawai penyiasat pada keesokan hari. Pada 9.30 pagi, Anwar dibebaskan. Anwar ditahan seperti orang lain," jelas Muhammad Shafee. Hujahan balas yang turut dikemukakan adalah berkaitan saksi yang dipanggil oleh perayu iaitu Dr. Mohd. Osman dari Hospital Pusrawi. "Dr. Osman tidak bercerita yang sebenar. Saya tidak berkata beliau tidak mempunyai kredibiliti tetapi dia tidak mempunyai kepakaran. Kami telah membuktikannya melalui bukti yang dikemukakan beliau sendiri. Ini ada dalam pembentangan (submision) saya," jelas Muhammad Shafee. Muhammad Shafee turut berkata. pihak pendakwa raya telah mengemukakan 65 peratus hujah balas dan menjelaskan, beliau yang akan membalas hujah-hujah baharu yang dibangkitkan oleh barisan peguam Anwar pada esok pagi. Katanya, beliau akan menghabiskan hujah balas esok dan selesai sebelum waktu rehat pada pukul 1 petang. Barisan peguam Anwar dijangka akan membuat hujahan balas selepas itu. Muhammad Shafee menjangkakan prosiding rayuan akan selesai esok. Suara Politik Belantan | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 04 Nov 2014 11:45 PM PST USTAZ AHMAD DASUKI PERSOAL SIKAP NAIF 3 AHLI PARLIMEN PAS Posted: 04 Nov 2014 11:11 PM PST
Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mempersoalkan sikap naif tiga ahli parlimen PAS berhubung dengan pertikaian mereka terhadap fatwa yang digazetkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung dengan Liberalisma dan Pluralisma.
Ia merujuk kepada bantahan tiga ahli parlimen PAS; YB Khalid Samad, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dan Hanipa Maidin yang menyelar fatwa MAIS berhubung Liberalisma dan Pluralisma sebagai usaha terburu-buru.
Ustaz Ahmad Dusuki yang juga Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi dan Penasihat Kompleks Ilmu Al-Azhari berkata sekumpulan ahli parlimen PAS itu sepatutnya tidak hanya menumpukan kekeliruan di sebalik istilah sebaliknya melihat persoalan yang lebih penting iaitu agenda di sebalik istilah tersebut.
"Telah sepakat ulama' mengatakan bahawa Islam Liberal dan pluralisme agama adalah bentuk ajaran sesat yang diseludup masuk bagi menghancurkan agama pegangan agama Islam yang murni kepada Ummat ini, yang hairan mengapalah ada lagi yang masih 'kebingungan' terhadap istilah sebegini, sehingga perlu diadakan sidang akhbar mempertahankan NGO yang terang-terangan menentang Islam di atas nama Islam itu?..," soalnya dalam facebook UstazAhmadDusuki
Sisters In Islam dalam facebooknya semalam berterima kasih kepada ketiga-tiga ahli parlimen PAS itu yang mempertikaikan fatwa MAIS berhubung Liberalisma dan Pluralisma.
Walau apa pun motif ketiga ahli parlimen PAS itu, namun ia dapat ditafsirkan mempertikai MAIS juga membawa maksud sebagai menyokong Sisters In Islam.
Susulan terhadap perkara itu, ustaz Ahmad Dusuki, lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-Undang turut menyertakan tulisan sahabat beliau Ustaz Muhammad Atiullah berhubung dengan perancangan musuh Islam yang berselindung di sebalik gerakan Liberal untuk merosakkan ummah :
Gerakan Liberal dalam Post-Islamisme
Sungguh mengejutkan pendedahan Mustafa Akyol (2012:81) mengenai hasil kajian "Liberal Turkish'' pada 2006 mendapati bahawa tuntutan masyarakat Turki agar kembali kepada syariah menurun dari 21 peratus kepada 9 peratus dalam tempoh tujuh tahun sejak Islamic Calvinist diperkenalkan. Islamic Calvinist adalah golongan yang menumpukan nilai dan kesufian tetapi mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini ditubuhkan untuk mengambil alih kekuasaan Parti Refah sehinggalah Parti AKP menaiki tangga politik pada 2006.
Kajian tahun 2006 ini jugalah, kehendak masyarakat Turki kepada undang-undang rejam menurun kepada satu peratus sahaja. Malah, idea jihad medan perang sudah bertukar kepada jihad ekonomi, selera tulisan-tulisan pembaca novel pun telah beralih arah dari citra Islam kepada kebejatan moral sekular. Lebih teruk dari itu lagi, kem Islamis turut mengkritik budaya Islam dan beralih kepada bentuk hidup Muslim yang individualistik, serta mengubah arah dari citra ketaatan kepada agama kepada citra kebebasan.
Inilah suasana yang golongan Liberal Turki rancang bagi menyediakan AKP sebagai Islamis mengambil pentadbiran kerajaan.
Gerakan Liberal memang sah perancangan antarabangsa. Kini, gerakan Liberal ini pula mengemukakan satu gerakan baru sebagai langkah antarabangsa. Satu tesis berjaya dihasilkan bagi mengetengahkan neoliberal antarabangsa, pascamodenisme dan kepelbagaian budaya kepada AKP yang ditulis oleh Ozcetin bagi mendapatkan doktor falsafah di Middle East Technical University pada 2011.
Tidak hairanlah, Akyol menyebut (2012: 70, 77) golongan pembangkang menjadi rakan sekular-liberal kerana sekular-liberal gagal dipertahankan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan mengubah wajah Islamisme kepada post-Islamisme.
Pandangan Akyol (2012; 77-78) bukanlah bersandarkan kepada pandangan Asif Bayat sendiri yang berbicara mengenai sosial, politik dan hak. Beliau bukan bersandarkan pandangan Roy dan Kapler mengenai kegagalan Islamisme membuka ruang baru dimensi politik moden dan menghalang pemikiran radikal.
Beliau lebuh jauh mengheret pandangan post-Islamisme kepada bentuk liberal iaitu Islam adalah serasi dengan demokrasi, sekular, kapitalisme, hak asasi manusia dan nilai-nilai Barat.
Kesemua idea ini diaduk dalam Post-Islamisme yang pernah dicanang oleh Institute (Islamik) Renaisance Front (IRF) oleh pengerusinya iaitu Ahmad Farouk.
Kegiatan Liberal ini adalah selaras dengan keinginan Barat, Alain Roussilon (2006: 378) menyatakan Barat tengah menunggu dan mendesak Framework Post-Islamisme disegerakan. Bentuk Post-Islamisme yang diinginkan adalah menolak pemikiran radikal Islam, lebih mirip kepada pemikiran Protestan Kristian atau pemikiran liberal Muslim, perwatakan masyarakat Muslim yang lebih moderat dan yang paling penting adalah bagi menolak idea Negara Islam dan perlaksanaan syariat Islam.
Kandungan Islam Liberal ini sudah berjaya dimuatkan dalam post-Islamisme oleh Husnul Amin (2010) dalam disertasinya yang bertajuk "From Islamism to Post-Islamism".
Tanpa syak lagi, terdapat desakan dari pihak Barat dan Liberal Turki bagi mengetengahkan Islam Liberal dalam Post-Islamisme.
Persoalan yang timbul adalah mengapakah mereka mendesak Post-Islamisme disegerakan? Adakah kerana kegagalan Kamalisme di Turki, Jamal Abdul Nasir di Mesir dan Ben Ali di Tunisia mengekalkan hegemoni sekular? Adakah liberal dan sekular tidak lagi mampu berdepan mengetengahkan idea dan gerakan agar diikuti masyarakat dunia Islam. Atau adakah Post-Islamisme adalah citra menukar wajah Islamisme kepada mesra liberal dan sekular selepas menyedari sekular dan liberal sudah tiada tempat di hati umat Islam?
Hanya dua negara yang berjaya menukar citra Islamisme kepada post-Islamisme iaitu di Turki dan Tunisia. Di Turki, regim tentera Turki yang beraliran sekular telah menahan Erdogen selama setahun kerana dikaitkan dengan parti Refah.
Apabila keluar dari penjara, Erdogen terus menyebut agar memberi peluang kepada demokrasi dan liberal menyalurkan kepada masyarakat satu suasana menikmati lebih kebebasan.
Masyarakat merasai sendiri kebebasan ini di bawah pentadbiran AKP berbanding Refah yang dilihat sebagai Islamis. Ideanya, demokrasi Barat adalah lebih bebas dari Turki lalu mengajak ke arah demokrasi bebas.
AKP dengan bantuan Kemalisme berjaya membuat tekanan sehingga demokrasi Turki berjalan dengan baik. Ini memberi impak baik kepada AKP untuk terus berkuasa.
Di Tunisia pula, gerakan post-Islamisme telah lama dan awal. Kenaikan Rashid Ghanoushi membuka lembaran kepada puak sekular agar bersama-sama dengan Islamis. Ruang ini telah membuka lembaran post-Islamisme di ketengahkan.
Malah, CSID yang merupakan pusat kajian sekular dan liberal telah berjaya dibawa ke dalam pentadbiran Rashid Ghanoushi yang mengetengahkan idea demokrasi, ekonomi bebas dan hak masyarakat sivil.
Kejayaan post-Islamisme di Turki dan Tunisia sedang diaplikasikan di dunia Islam. Negara-negara yang sedang giat dimomokkan dengan Post-Islamisme adalah Mesir, Yaman, Pakistan dan Malaysia. Baki negara-negara Islam yang lain sedang diusahakan.
Sebagai contoh, parti Wasat sedang dinaikkan atas nama Post-Islamisme padahal parti ini adalah berhaluan sekular yang pro-General al-Sisi. Atas tujuan inilah, Akyol telah membentangkan kertas kerjanya di Kaherah, Mesir yang bercerita pengalaman Turki menghadapi Islamisme.
Justeru, tidaklah pelek, bekas pimpinan Ikhwan Muslimin yang dibuang keahliannya iaitu Kamal Helbawi telah bersama bersekongkol dengan pemerintah Mesir bagi menghidupkan post-Islamisme. Dengan harapan, keinginan masyarakat Mesir terhadap syariat akan menurun.
Golongan Liberal dan Barat sudah mengetahui bahawa ideologi sekular dan liberal sudah gagal. Kini, mereka menggerakkan dua ideologi ini dengan penjenamaan baru. Jikalau mereka menggunakan ideologi sekular dan liberal bagi berhadapan dengan pencinta syariat Islam, seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sudah mengetahui jawapan-jawapannya dalam karya-karya ulama sejak kurun ke 20 lagi.
Cuma yang tinggal adalah garapan dari anak-anak muda Islam dan menanti kebangkitan semula para pemikir dan cendekiawan abad ke 20 ini mengemudi perjuangan di awal era abad ke 21 ini agar terus berhadapan idea baru liberal iaitu post-Islamisme.
Rujukan Akyol, Mustafa. 2012. The Turkish Model. Cairo Review, 4/2012. Roussillon, Alain. 2006. Waiting for Post-Islamism | MANA SAKSI ALIBI ANWAR SEBAGAI BUKTI DIA TIADA DI TEMPAT KEJADIAN ? Posted: 04 Nov 2014 08:00 PM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya membawa saksi alibi bagi membuktikan beliau tidak berada di tempat kejadian dan bukan membiarkannya begitu sahaja.
"Hanya tertuduh yang boleh menyangkal kes pendakwaan kerana dia sahaja yang mengetahui perkara sebenar. Kegagalan memanggil alibi bukan sahaja penting malah turut menyokong keterangan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan (berhubung berada di tempat kejadian)," kata ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Muhammad Shafee berhujah demikian pada hari keenam pendengaran rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Mahkamah Persekutuan terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya itu, enam tahun lalu.
Beliau berkata, barisan pembelaan telah menyenarai dan memberikan notis sejak 2009 kepada kira-kira 13 saksi alibi termasuk Presiden PKR yang juga isteri perayu sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pemilik unit kondominium, dua pembantu rumah dan seorang profesor.
Ini secara tidak langsung, tegas beliau, menunjukkan bahawa pihak pembelaan yakin dengan alibi mereka sendiri namun kegagalan Anwar memanggil saksi-saksi itu boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap dirinya.
"Tidak seorang pun daripada mereka dipanggil memberi keterangan di mahkamah bagi menyokong alibinya bahawa dia tidak berada di kondominium pada masa itu.
"Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan bukti yang kukuh mengenai kehadiran perayu di unit kondominium. Terserah baginya (Anwar) untuk mencabar keterangan Mohd. Saiful Bukhari dengan memanggil saksi alibinya," kata Muhammad Shafee.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang itu sewaktu memberi keterangan bela diri melalui kandang tertuduh menyatakan bahawa tindakan beliau tidak memanggil saksi alibi adalah sah dan munasabah. Alasan itu bagaimanapun, kata Muhammad Shafee, tidak masuk akal.
"Apabila seseorang membawa payung, individu tersebut perlu menyatakan sama ada hari hujan atau sedang panas terik. Seseorang tidak boleh kata yang awak gila (sewaktu pembelaan) kemudian mengaku waras dalam perbicaraan.
"Apabila awak (pembelaan) sudah mengeluarkan notis alibi, awak perlu memanggil saksi-saksi," ujar beliau.
Kegagalan memanggil saksi itu juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa Anwar berada di tempat kejadian di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Menurut Muhammad Shafee, pihak pendakwaan telah membuktikan dengan terperinci mengenai kehadiran Anwar di tempat kejadian melalui keterangan mangsa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman video keluar masuk pintu utama kondominium tersebut | ANWAR KATA DR YUSOF QARDAWI HARI-HARI CALL DIA, 365 HARI SETIAP HARI ? Posted: 04 Nov 2014 05:50 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mendapat sokongan moral daripada Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam kes liwat.Menurutnya, setiap hari pemimpin Persatuan Ulama Sedunia itu mahu tahu perkembangan kesnya setiap hari. "Syeikh Yusuf Qardawi telefon hari-hari tanya update kes saya dan kata apa lagi yang fitnah kamu ni Anwar," ujarnya semasa berucap dihadapan penyokongnya di perkarangan Istana Kehakiman di sini petang tadi. Beliau meluangkan masa bersama-sama penyokongnya selepas mahkamah menangguhkan rayuan kes liwatnya kepada hari Khamis. Sebelum ini, hari ini keputusan kes itu dijangka diputuskan mahkamah. Anwar yang juga Ketua Umum PKR dalam masa yang sama juga menafikan beliau sengaja 'mengugut' pemerintah bagi menutup kesalahannya dalam prosiding kes liwat. Bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu mengaku 'mengugut' pemerintah supaya menghormati undang-undang. Dalam konteks kesnya, sudah jelas beliau tidak bersalah malah tidak wajar didakwa sekali pun. "Kalau dengar hujah saya (peguambela) dan hujah UMNO (pendakwa)saya dah menang. Khamis ini kita akan perkuatkan hujah. Saya beritahu kes ini kes jenayah tapi peguam UMNO hujah politik," ujarnya. Menurut Anwar, dia juga yakin akan dibebaskan dalam kes itu memandangkan hujah-hujah kuat daripada barisan peguambela dan akan meneruskan usaha membela rakyat terutama menjuarai isu-isu GST, cukai dan kezaliman kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. | SOKONG SIS BUKTI ANWAR PENGKHIANAT ISLAM Posted: 04 Nov 2014 01:16 AM PST
Facebook pro ulama, El Haraki berkata pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju Sisters In Islam (SIS) diharamkan membuktikan Ketua Umum PKR itu adalah pengkhianat Islam dan tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
"Jelas Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan Sisters In Islam (SIS). Makhluk inikah yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah? Jika ini berlaku, maka dimanakah kedudukan Islam dalam bumi Malaysia ini?
"Nauzubillah… kepada yang masih bersama Anwar Ibrahim, maka sedarilah kamu juga telah meninggikan martabat pengkhianat kepada Islam itu sendiri," kenyataan El Haraki dipetik.
El Haraki merujuk kenyataan Anwar yang dilaporkan The malaysian Insider semalam bertajuk "Anwar tidak setuju Sisters in Islam diharamkan."
Dalam laporan itu Anwar berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan Sisters in Islam, sebaliknya menyarankan agar perbezaan pendapat tentang agama dibenarnya di negara ini.
"Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan,"kenyataan Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats' conference) di Petaling Jaya dipetik.
Terminologi 'demokrat Islam' atau 'Muslim democrate' juga membawa ke arah hala tuju yang sama sepertimana diputuskan Center for the Study of Islam & Democracy (CSID), sebuah yayasan tajaan NED ( National Endowment For Democracy), berpangkalan di Amerika Syarikat.
Dalam brochure CSID , yayasan yang mengkaji dan mempromosi Islam dan perubahan demokratik di dunia Islam telah mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Muslim Demokrat untuk tahun 2005. Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005″ daripada CSID, di Amerika Syarikat.
Manakala Meena Sharify-Funk dalam bukunya bertajuk "Encountering the Transnational: Women, Islam and the Politics of Interpretation" menyebut pada tahun 2002-2004 beberapa institusi pejuang Amerika Syarikat seperti NED dan CSID telah mengiktiraf SIS sebagai pejuang yang mempromosi wanita dan demokrasi.
Sisters in Islam dalam kenyataan facebooknya turut memetik kenyataan Anwar Ibrahim tentang pembelaannya itu.
"Pihak berkuasa Muslim perlu membenarkan ruang awam untuk pandangan yang berbeza dipromosikan oleh kumpulan-kumpulan seperti SIS #Anwar Ibrahim
"Liberalisme boleh bermaksud keterbukaan dan pluralisme adalah satu ideal yang telah diajukan oleh ( ulama Islam terkenal di Tunisia) Rached Ghannoushi, yang mengatakan bahawa Islam adalah majmuk. Anda tidak boleh melabelkan Ghannoushi adalah sesat," kenyataan Sisters in Islam dipetik. | PENERIMA ANUGERAH ' MUSLIM MODERATE ' BELA IS Posted: 04 Nov 2014 01:07 AM PST | Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005″ daripada CSID, di Amerika Syarikat. |
Sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap NGO liberal Sisters in Islam (SIS) adalah selari dengan kriteria muslim liberal yang digariskan oleh RAND Corporation, kata Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.
"Perjuangan liberalisme SIS yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah selari dengan definisi 'moderate' mengikut takrif yang dikeluarkan oleh RAND Corporation.
"Sebagai tokoh 'moderat' yang pernah diberikan anugerah 'Moderate Muslim of the Year' pada tahun 2005 oleh Pusat Pengajian Islam dan Demokrasi (CSID) di Washington kerana pendirian-pendirian liberal beliau, pastinya Anwar akan menyokong SIS," jelasnya.
Pusat Pengajian Islam dan Demokrasi (CSID) merupakan sebuah NGO yang didanai oleh kerajaan Amerika melalui The Department of State and the U.S. Agency for International Development (USAID) bagi memainkan peranan mempromosi fahaman demokrasi yang tunduk kepada polisi Amerika.
RAND Corporation pula merupakan badan pemikir berpengaruh di Amerika bertanggungjawab menggariskan rancangan 'Building Moderate Muslim Networks' yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Amerika sebagai pendekatan berkesan untuk mengekang kebangkitan umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Strategi yang digunakan ialah memberi sokongan moral dan material kepada kelompok muslim liberal bagi mengharungi pertembungan dengan kelompok muslim yang berpegang pada ajaran Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Contoh yang amat nyata sekarang ialah tindakan SIS melawan institusi fatwa negara.
"Mengharamkan SIS bermaksud mematikan salah satu kumpulan minoriti yang memerangi majoriti muslim yang berpegang pada ajaran Islam berpaksikan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, yang diwakili oleh institusi Majlis Fatwa. Tentu sekali Amerika tidak akan bersetuju dengan tindakan pengharaman itu, cuma Amerika tidak perlu bersuara, kerana peranan itu dimainkan dengan sebaiknya oleh tokoh-tokoh muslim liberal di Malaysia, yang kononnya digelar dengan moderat," ulas Ustaz Hazizi.
"Konsep kebebasan yang muslim liberal perjuangkan amat bertentangan dengan asas-asas Perlembagaan Persekutuan. Mereka sedang berusaha untuk meruntuhkan asas-asas itu agar Malaysia tunduk sepenuhnya kepada kehendak Amerika pada suatu hari nanti," ujar Ustaz Hazizi menyimpulkan pandangan beliau – ismaweb.net | DAP SUDAH BERSEDIA BERJUANG TANPA ANWAR Posted: 04 Nov 2014 01:02 AM PST Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Lim, perkara yang penting dalam menggerakkan PR adalah ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS. "Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen," kata Lim di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad. Kata Lim, sama ada Anwar ada atau tidak bukan persoalannya jika parti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji. "DAP berpegang kepada prinsip yang diperjuangkan sejak tahun 1966 dan DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip," katanya. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa apa yang penting adalah persetujuan yang dicapai parti perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan PR. "Apa yang penting, bila kita bercakap perlu 'cakap serupa bikin' dan semua parti perlu ada amalan yang sama," katanya
| |
Panglima Perang Cyber Posted: 04 Nov 2014 11:38 PM PST Video: Adik Rafiqin Yang Hilang Ditemui Dalam Keadaan Tidak Bernyawa | Suara TV Posted: 04 Nov 2014 06:24 AM PST
Hulu Terengganu – Mangsa yang hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia.
Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi sedikit sukar dan memakan masa hampir 3 jam dengan laluan yang licin dan lembap. Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Rafikin sebelum ini dilaporkan hilang semasa mengikuti acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom (Kategori Junior)dikatakan tidak menyelesaikan acara tersebut dan kehilangannya hanya disedari bapanya, Azman Othman, 50, ketika hendak mengambil anaknya itu. Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) kemudian membuat laporan polis setelah kesemua 32 peserta yang lain tiba di garisan penamat. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Hussin Deraman berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari pelajar tersebut dengan menggunakan khidmat empat ekor anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, selain itu, operasi turut membabitkan hampir 100 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). "Pasukan dipecahkan kepada lima kumpulan dan operasi akan diteruskan hingga mangsa ditemukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ibu saudara Ahmad Rafikin, Azlida Othman berkata, anak saudaranya itu merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga. "Ini bukan kali pertama dia menyertai larian seumpama ini. Berita kehilangannya mengejutkan ahli keluarga dan kami amat berharap Ahmad Rafikin dapat segera ditemukan," katanya di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, solat hajat turut diadakan di lokasi kejadian dengan disertai 20 pelajar Pondok Darul Quran dam penduduk sekitar Kampung Sekayu.
Sent from my iPhone
| Red-coloured birth certificate not free pass for Mykad, says Sabah NRD chief Posted: 04 Nov 2014 03:46 AM PST BY: SANDRA SOKIAL Sabah National Registration Department director Ismail Ahmad showing the birth certificates issued to Malaysians (right) and non-citizens. — TRP pic by Sandra SokialKOTA KINABALU, Nov 4, 2014:Foreign children born in Sabah will not be recognised as Malaysian citizens despite having been issued with birth certificates.Sabah National Registration Department director Ismail Ahmad said the certificates were accorded for "record and monitoring purposes" only, and not meant to absorb them as citizens in the future."Foreign children are issued red-coloured birth certificates while locals are issued with green ones for easy identification."Having a red-coloured birth certificate is not a free pass for them to obtain MyKad and be recognised as a citizen," he told a press a press conference here today.The coloured birth certificate system was implemented under the government's National Key Result Area (NKRA) initiative in 2010 to overcome stateless children issue.Click HerePrior to 2010, the only indication for a birth certificate belonging to a foreigner was the phrase "Daftar Orang Asing" stamped on the document.Ismail said Sabah inland foreigners were divided into eight categories namely Permanent Resident, Temporary Resident, Filipino Refugees (IMM13 holders), Indonesian Chinese Surrender Illegal Immigrant (IMM13), Kad Burung (or Sijil Burung-Burung issued by the Sabah Chief Minister's Department), Census Certificate issued by Federal Special Task Force, Palaau' (Sabahan sea gypsies) and non-citizen children with birth certificates."In Sabah, the accordance of birth certificates are regulated by the Birth and Death Registration Ordinance 1951 (Sabah Cap123) where all births must be registered, regardless of the child's status."Our law may differ from that in Sarawak and Peninsular Malaysia, as they have different sets of laws."A birth must be registered with the NRD within 14 days. After the two week period expires, parents will have to take their child for late registration, which can be tedious as they will have to go through legal procedures, including getting authorisation from the Magistrate's Court," he said.As for the status of a child, it was very much determined by his or her mother's nationality."In the case of single mothers, if she is a local, her child will also be categorised as a local, although the father is a non-citizen."If a non-citizen woman bears a child with a local man outside an official marriage, the child is considered a foreigner.Last week, local leaders slammed Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi's proposal to issue birth certificates to stateless children in Sabah.Zahid made the proposal to allow stateless children to attend school, stressing that it was done on "humanitarian ground"."I must stress here that we have been issuing birth certificates to children of foreigners."There are 90,000 IMM13 holders statewide and we must have a system to record them."In addition, we also organise reaching out programmes to issue birth certificates to genuine Sabahans who live in far flung areas in the state," he said, adding at least 30,000 documents were issued under the exercise since it was first implemented in the year 2000.Read more: http://www.therakyatpost.com/news/2014/11/04/red-coloured-birth-certificate-free-pass-mykad-says-sabah-nrd-chief/#ixzz3I69vC17E | |
The Unspinners Posted: 04 Nov 2014 11:12 PM PST Jgn takut ... surat kelahiran TAK PASTI jadi warganegara Posted: 04 Nov 2014 10:30 PM PST MP Penampang menganggap memberi surat kelahiran itu bersamaan dengan memberi kewarganegaraan. Berikut lapran kenyataan Darrel Leiking: Sabah first priority, stateless foreigners later. Read in FMT http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/11/04/sabah-first-priority-stateless-foreigners-later/
Nampaknya salah tanggapan Darrel ...
| PPS cabar, KDN lakukan ... lu mau bikin apa sikalang? Posted: 04 Nov 2014 08:30 PM PST Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 3 November 2014. Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam negara ini. Peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang. "Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi-bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak". Dari segi implikasi pengisytiharan, Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966: a) Tiada sesiapapun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966; b) Segala akaun, aset, harta Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; dan c) Tiada seseorangpun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS). Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan. Saya menyeru kepada masyarakat untuk memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk membanteras aktiviti-aktiviti Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada.-4/11/2014 YBHG. DATO' SRI MOHAMAD KHALID BIN HJ. SHARIFFKETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN DALAM NEGERI | Sekolah Agama tak libatkan kaum la ... ngok!!!! Posted: 04 Nov 2014 06:24 PM PST Jika DAP anggap sekolah agama punca pemisahan kaum ITU BIASA. Kerana itu memang tugas dan tanggungjawab KAFIR HARBI terhadap Islam. Jika PAS tidak menentang pendirian DAP ITU BIASA. Kerana itu memang tugas dan tanggungjawab anjing/barua terhadap tuannya. Yang LUAR BIASAnya adalah apabila perwakilan UMNO membahaskan dan meluluskan usul:- (i) BUBARKAN BAR COUNCIL (ii) MANSUHKAN SEKOLAH-SEKOLAH VERNAKULAR Setelah dibahas dan diluluskan, Timbalan Menteri/Menteri, Timbalan Perdana Menteri/Perdana Menteri dari UMNO mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melaksanakan resolusi persidangan. Itulah yang LUAR BIASANYA. Sumber Whats App | Belajar dari cina BINA JATI DIRI BANGSA Posted: 04 Nov 2014 04:25 PM PST Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu. Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka. Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini. Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ; 1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan. 2. Runtuhkan sistem pendidikan. 3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa. Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah. Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar. Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka. MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI? ~Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan . Semoga bermanfaat . | DNA ke 3 diguna untuk beri harapan palsu Posted: 04 Nov 2014 06:46 AM PST Itulah yang dikatakan Anwar untuk menang. Alasan yang dapat digunakan ganyalah DNA ke 3. Sungguhkah demikian? Penyokong memang dari awal sesi mahkamah persekutuan mempermainkan isu DNA ke 3 sebagai modal propaganda. Gimik terbaru .... Apa.yang dijelaskan Shafee semalam? Baca berikut: Jam 1140: Shafie kisahkan DNA ke 3 serupa kes DNA orang yang tidak dapat dikesan dalam kes Teoh beng Huat. Kalau ini pun badigol tak faham, ulang balik periksa SPM tu ... Bodoh sangat!!! LFL: Shafee - unexplained 3rd party DNA in Saiful's samples could be that of Dr Osman ie the first Dr who examined him. Or unidentified 3rd party DNA could be of anybody like in TBH's inquest where an unknown DNA sample was attached to TBH's belt. Shafee reading notes of evidence of DNA expert to clarify how she classified her analysis. 11.40am: In many of these cases, McDonald's testimony had been rejected and that is the reason why the appellate court says he is an armchair expert. On the allele 18, Shafee says Saiful's was examined by Dr Mohd Osman Abdul Hamid and there was no evidence that the proctoscope used was sterile. "There is no evidence whether Dr Osman wore gloves as he was all over the anus of Saiful. "There is possibility that Osman's DNA is deposited on Saiful," he says. 11.50am: Shafee says this could explain the contamination. Now he discusses the photographs taken from Anwar's lock-up, which show the toothpaste, toothbrush and towel which have already been used. He says we can conclude Anwar opened the package on those items, which were handed over by the police. Shafee says the 18 allele found on Saiful's peri-anal region could be from Dr Osman. "The allele 18 just appeared once and what PW6 says is that it is a starter. Starter is a reading that is false." | Warganegara untuk "stateless children" perlu libat kerajaan Sabah Posted: 04 Nov 2014 04:33 AM PST Kenyataan AkhbarGabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS) 1 hb. November, 2014 Tajuk: GPPS Tidak Setuju Pemberian Sijil Lahir Kepada "Stateless Children" Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS) yang dianggotai oleh semua ahli pemuda daripada PBS, UPKO dan PBRS menyokong penuh kenyataan Presiden PBS, YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yg membantah cadangan Zahid untuk memberi sijil kelahiran kpda anak2 Pendatang Tanpa izin (PIT). GPPS melahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Zamidi berhubung soal pemberian sijil kelahiran kepada anak-anak pendatang tanpa izin(PTI) di Negeri sabah bagi tujuan persekolahan yang kononnya atas dasar kemanusiaan. Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Yang juga Pengerusi GPPS berkata, walaupun Deklarasi Hak Kanak-kanak 1959 menyatakan bahawa semua kanak2 tanpa mengira status kewarganegaraan berhak menerima penjagaan, pndidikan dan perlindungan di negara ini namun merealisasikan perinsip ini harus berlandaskan permuafakatan yang jelas, transparen serta perlu mendapat persetujuan rakyat negeri Sabah. "Kita tidak mahu tindakan ini dibuat hanya untuk kepentingan politik pihak2 tertentu yang akhirnya akan mengakibatkan hak2 Penduduk Asal Sabah semakin terhakis dan hilang. Menurut Datuk Jake lagi, GPPS yang diwujudkan sejak Jun lalu atas inisiatif ketiga- tiga parti tempatan itu merasakan bahawa adalah tidak adil kepada penduduk2 tempatan yang telah lama menunggu dan telah lama menetap di sini sejak nenek moyang mereka lagi tapi sukar mendapatkan sijil kelahiran dan taraf kewarganegaraan. Menurut beliau, apa yang harus dilakukan ialah kerajaan hanya perlu memberi Pas Khas untuk anak2 PTI yang berbeza dengan warganegara untuk tujuan pengenalan. Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan mereka untuk menjadi warganegara Malaysia jika mereka memenuhi syarat syarat yang ditetapkan dan boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara". "Putrajaya sepatutnya membuat satu konsultatif kebangsaan dlm menangani isu 'stateless children' melalui perbincangan antara Wisma Putra, Kedutaan Filipina, UNESSCO, NGO dan dan lain2 agensi yang berkaitan untuk mncari pnyelesaian Senada dengan Datuk Jake Nointin, Ketua Pemuda Upko Kebangsaan, Tuan Arthur Sen merasa terkilan dengan jawapan lisan YB Dato Sri Zahid Hamidi berhubung dengan kebenaran kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberi sijil kelahiran kepada kanak - kanak tidak berwarganegara di Sabah. Arthur Sen mempersoal amalan yang digunapakai ini yang membelakangkan prosedur biasa dimana laporan hasil RCI untuk PTI sepatutnya harus dipersetujui terlebih dahulu oleh kabinet persekutuan dan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ia dirujuk sebagai panduan untuk sebarang tindakan perlaksanaan oleh pihak JPN. Tindakan Dato' Seri Zahid Hamidi ini jelas tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Apa yang lebih meragukan, sepatutnya kabinet persekutuan harus mengadakan konsultasi dengan kabinet negeri Sabah soal pendatang asing dan memerlukan persetujuan Ketua Menteri Sabah bagi sesiapa yang bukan orang Sabah untuk kemasukkan dan kebenaran mereka tinggal di sini. Itu pun orang itu perlu ada 'valid entry pass' sebagai pertimbangan asas Ketua Menteri sebelum orang itu dibenarkan tinggal di Sabah. Upko melalui Tan Sri Bernard Dompok, telah meminta RCI ini ditubuhkan di kabinet persekutuan suatu ketika dulu. PBS melalui Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengatakan harus ada permulaan penyelesaian masalah PTI pada 2012. PBRS melalui Tan Sri Joseph Kurup juga telah banyak kali mengutarakan permasalahan kehadiran PTI ini. Pemuda UPKO begitu teruja sekali apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan persetujuan penubuhan RCI untuk PTI berserta rekomendasi ini. Adalah menjadi harapan rakyat Sabah agar ada penyelesaian tuntas mengenai hal ini. Bagi diri sendiri, saya sudah berada 13 tahun dlm parti Upko bersama2 BN utk menyumbangkan kpd penyelesaian isu2 pertinent Sabah. Kita berada dlm BN utk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah. Sewaktu RCI diluluskan kita amat berasa bangga dan penuh harapan agar masalah PTI ini selesai. Malangnya pada masa ini parti kita tidak mendapat konsultasi sebelum sebarang keputusan dibuat oleh RCI ini seolah-olah UPKO telah dianaktirikan dlm membuat keputusan penting ini. Kemanakah kanak2 tidak berwarganegara ini kemudian hari? Berapa ramai kah mereka? Pertambahan penduduk Sabah pun terlalu tinggi. Adakah orang asal Sabah akan menjadi minoriti seperti orang asli di semenanjung suatu hari nanti? Inilah kebimbangan rakyat orang asal Sabah dan atas dasar itu Pemuda UPKO meminta agar pemberian sijil beranak atas dasar perikemanusiaan dibatalkan. Sebaliknya kerajaan mencari jalan menghantar mereka pulang ke negara asal mereka melalui rundingan kerajaan kepada kerajaan. Jika YAB PM dapat menjadi orang tengah rundingan perdamaian antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina untuk memberi hak autonomi kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina, maka tidak mustahil penghantaran kanak2 tanpa warganegara ini ke negara asal mereka dapat dijayakan. Bukan kita tidak bersimpati dan tidak berperikemanusiaan, tetapi kita hendak memberi keutamaan kepada orang asal Sabah supaya mereka tidak menjadi minoriti di bumi sendiri suatu hari kelak. Naluri semulajadi ini pasti ada pada setiap insan orang asal di mana - mana negara dan menjadi asas dalam mana2 negara dalam aspek keutamaan. Kenyataan yang hampir sama diluahkan oleh Ketua Pemuda PBRS Tuan Arthur J. Kurup berkenaan isu ini. Beliau menjelaskan bahawa tanpa mengabaikan dasar dan prinsip kemanusiaan, kita boleh membenarkan anak pendatang asing untuk mendapat pendidikan tanpa mendapat sijil kelahiran sebab dengan adanya sijil kelahiran akan secara langsung memberi mereka kelayakan untuk mendapat IC pada masa akan datang. "Kami bersuara bagi pihak orang asal khususnya di Sabah di mana kita mesti beri keutamaan kpd kedaulatan & keselamatan negeri kita dahulu sebelum kepentingan pendatang" jelas beliau Sehubungan itu, kerajaan disaran supaya lebih mengutamakan masalah yang berlaku sekarang dimana masih ramai penduduk orang asal di kawasan pedalaman yg belum dapat surat beranak atau IC akibat drp kerumitan untuk mendaftar anak2 mereka. Jadi kita sepatutnya memberi keutamaan kpd usaha untuk mendaftar orang kita sendiri dahulu khususnya si kawasan pedalaman Sabah. Isu pendaftaran orang asing ini sangat sensitif khususnya di Sabah di mana orang kita lebih risau tentang kedaulatan & keselamatan kita drp kepentingan orang asing. Tambah lagi dengan ancaman keselamatan yg kita sedang mengalami & di mana keputusan RCI pun belum lagi dikeluarkan. Jadi atas sebab2 ini kita merayu kpd KDN untuk mengkaji cadangan ini dgn lebih teliti dahulu & jangan lupa mengambil kira isu ini dari sudut negeri Sabah" tegas beliau.. -------------------- Harap pihak KDN berhati-hati buat statement tanpa merujuk perundangan tertentu. Macam-macam NGO dan parti politik Sabah, baik BN mahupun PR, sudah bising. Tak pasal cari masaalah di negeri Fixed Deposit. Lagi fixed deposit patut lagi dijaga ... macam fixed deposit Melayu macam mana tak bertahan. Tak jaga ke???? | Usah bohong, Tun M mana suka demo-demo? Posted: 04 Nov 2014 02:36 AM PST Kalau nak spin, biar lah real ...!!!! | Tian CUAK buat lawak maka mari kita ketawakan kuku kiki kaka ... Posted: 04 Nov 2014 12:30 AM PST Alahai ... permatang pauh pun cuma 500-600 datang dengar anwar. Nak buat demo gergasi di Dataran Merdeka? Jangan buat lawak Tian Cuak. Kau sendiri tahu tak boleh kumpulkan orang tanpa bantuan PAS Piss Pus. Baca blog PAS Santau Berapi SINI | |
AZLI SHUKRI Posted: 04 Nov 2014 11:12 PM PST Syabas Puteri UMNO! Posted: 04 Nov 2014 06:20 PM PST Tahniah Puteri UMNO, sikap sebeginilah yang kita harap-harapkan. Semoga selepas ini akan ada kerjasama dan bibit-bibit ukhwah antara UMNO dengan PAS demi kesejahteraan Islam dan negara. Baca laporan berita di sini.. (Klik). | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 04 Nov 2014 09:19 PM PST |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 04 Nov 2014 09:09 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 04 Nov 2014 03:05 PM PST Sempat setubuh mayat rakan sendiri Posted: 03 Nov 2014 10:31 PM PST SEORANG lelaki bertindak kejam apabila membunuh kemudian merogol mayat teman serumahnya sendiri dalam satu kejadian di Orange County, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Menurut laporan polis, Bryan Santana melakukan jenayah itu dengan mencekik dan menikam leher Shelby Fazio.
Selepas merogol mayat gadis berusia 23 tahun itu, Santana yang bekerja sebagai penghantar piza merancang untuk membunuh seorang lagi teman serumahnya, John Heermance.
Namun, Heermance terselamat apabila berjaya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Ketika memberi keterangan, Heermance berkata dia baru pulang ke rumah tersebut dan terkejut melihat lantai dan dinding dipenuhi darah sebelum terserempak dengan Santana yang sedang mencuci tangannya yang berlumuran darah.
Kata Heermance lagi, Santana cuba menyerangnya menggunakan semburan lada dan pisau.
Santana diberkas polis sebaik sahaja dia selesai memotong rambutnya di kedai gunting berhampiran, beberapa jam selepas pembunuhan tersebut dalam laporan Daily Mail. | Minyak naik lagi Posted: 03 Nov 2014 10:07 PM PST | Hanis Zalikha semakin berani dedah bahagian tubuh Posted: 03 Nov 2014 07:01 PM PST PENGACARA popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini. Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian gara-gara pakaian yang dikenakan sewaktu penggambaran bagi sebuah majalah tempatan menampakkan sedikit bahagian perutnya. Perkara itu menyebabkan pemilik nama Hanis Zalikha ini dikritik hebat oleh pengikutnya di laman sosial Instagram. Tertekan dengan kritikan tersebut, Hanis bagaimanapun bertindak menyekat beberapa pengikutnya kerana tidak mahu melayan komen-komen yang keterlaluan. Pun begitu, sehingga kini pelakon Gangster Celop ini masih belum memberikan kenyataan berhubung kontroversinya itu. | Bapa pelawa lelaki rogol anak perempuan Posted: 03 Nov 2014 06:01 PM PST New Delhi: Seorang bapa didakwa mempelawa lelaki yang merogol anak perempuannya untuk makan malam di rumah mereka sebelum menyeksanya hingga mati. Lelaki berkenaan mengajak perogol berusia 45 tahun itu makan pada Jumaat lalu, sebelum mengikatnya pada kerusi dan membakar kemaluannya. Si bapa yang berumur 36 tahun itu kemudian mencekik mangsa hingga mati dalam tindakan yang dilihat memang sengaja dirancang sejak anak perempuannya berusia 14 tahun diperkosa dua bulan lalu. Kejadian berlaku di kawasan Khajuri Khas, timur laut Delhi. Selepas membunuh perogol terbabit, si bapa pergi ke balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menceritakan secara terperinci bagaimana ia mendera mangsa. Lelaki itu ditahan dan akan didakwa atas tuduhan membunuh. Menurutnya, dia bertindak membunuh perogol berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan siasatan polis berkait dengan kes anaknya. - Agensi | Perkosa anak kawan hingga hamil Posted: 03 Nov 2014 05:01 PM PST | POLIS membawa suspek berusia 53 tahun yang disyaki merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun. |
Georgetown: Seorang bapa tampil membuat laporan polis semalam (Ahad) selepas mendakwa anak perempuanya berusia 16 tahun dirogol kenalan rapatnya sendiri yang berusia 53 tahun hingga menyebabkan remaja itu kini hamil tujuh bulan. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu disedari bapa gadis itu sejak 29 September lalu selepas mendapati gelagat anaknya mencurigakan. "Namun remaja itu cuba menyembunyikan kandungannya, bagaimanapun bapanya yang masih curiga mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar anaknya ke hospital sebelum disahkan hamil. "Remaja itu juga enggan mendedahkan identiti lelaki bertanggungjawab terhadap kandungannya itu menyebabkan bapanya tampil membuat laporan polis," katanya. Hasil soal siasat remaja itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kenalan bapanya di sebuah hotel di kawasan Timur Laut. Suspek ditahan dirumahnya di Sungai Pinang pada hari sama laporan dibuat bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan Kerana merogol. Lelaki itu juga ditahan reman hingga Sabtu depan. | Siswa UM rancang 'Occupy University' Jumaat ini Posted: 03 Nov 2014 04:31 PM PST Sekumpulan gabungan mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan mengajurkan "Occupy University" sebagai solidariti kepada lapan mahasiswanya termasuk presiden persatuan mahasiswanya (PMUM) Fahmi Zainol yang bakal mengadap Lembaga Tatatertib Jumaat ini. Acara itu bakal berlangsung pada hari yang sama ekoran penganjuran acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Dewan Tunku Canselor pada 27 Oktober lalu. Program itu akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Gazebo di Kompleks Perdana Siswa turut disokong Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Pro–Mahahsiswa UM (pro-M UM). "Tujuan kami menganjurkan program ini adalah bagi menunjukkan solidariti kepada lapan orang mahasiswa (itu)," kata Setiausaha Agung Progressif Universiti Malaya Vince Tan ketika dihubungi Malaysiakini. Vince berkata antara acara di sebelah pagi yang diatur ialah sudut pidato, teater senyap dan persembahan musik dari Accino & Gang, manakala ceramah pula akan diadakan di sebelah petang. Sementara itu, Presiden PMUM, Fahmi Zainol yang berdepan dengan sembilan pertuduhan berharap agar pentadbiran universiti mengambil tindakan yang rasional dan menangguhkannya sehingga mereka bersedia. Beliau turut menjelaskan seramai lapan siswa yang bakal dihadap ke Lembaga Tatatertib dan bukannya sembilan orang seperti yang dilapor media sebelum ini. "Apapun yang berlaku, saya harap pihak pengurusan (kampus) akan mengambil keputusan yang rasional," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. "Saya dan teman-teman mahu tangguh, namun terpulang pada universiti mahu tangguhkan sampai bila. Kami minta tangguh untuk buat persediaan untuk prosiding tersebut," katanya lagi. Fahmi turut menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan sembilan pertuduhan dan akan berdepan dengannya "habis-habisan". Katanya, beliau dan tujuh rakan yang lain akan menyelesaikan masalah itu tanpa bantuan dari mana-mana parti politik dan berharap semua pihak memberi sokongan kepada mereka. "Kami ajak Anwar sebagai kapasiti alumni. Jadi apa yang berlaku biarlah kami selesaikan sendiri tanpa bantuan dari ahli politik dan berharap agar semua pihak menyokong kami," katanya. | DAP dakwa buku rujukan kertas soalan SPM ada unsur perkauman Posted: 03 Nov 2014 04:01 PM PST | Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling mendesak Kementerian Pendidikan memperbetulkan perkara berkaitan buku rujukan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang didakwa mengandungi sentimen perkauman |
DAP hari ini menggesa Kementerian Pendidikan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pengedaran buku rujukan bagi model kertas soalan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang didakwa mengandungi sentimen perkauman. Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling mendedahkan model kertas soalan ujian SPM itu juga seolah-olah cuba menyalahkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang dikatakan menjadi punca menyebabkan jurang perkauman. "Kementerian Pendidikan harus memperbetulkan perkara tersebut. Mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab buku rujukan pendidikan adalah di bawah seliaan kementerian tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau pada sidang medianya itu menunjukkan buku rujukan tersebut yang bertajuk "Kertas Model Sebenar SPM Bahasa Malaysia" terbitan Info Didik Sdn Bhd. Buku yang dicetak pada 2014 itu bagaimanapun tidak menyatakan tahun peperiksaan bagi kertas soalan berkenaan yang dikatakan mengandungi unsur perkauman. Soalan tersebut berdasarkan petikan cerpen 'Melissa' oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka. "Soalan itu berbunyi: 'Selain itu berlakunya pembunuhan. Akhir sekali berlakunya pembunuhan orang Melayu yang dilakukan oleh orang Cina.' "Selain itu, pelajar juga perlu menjawab soalan berbunyi: 'Selain itu pertambahan sekolah jenis kebangsaan menyebabkan wujud pemisahan murid berdasarkan kaum sejak awal lagi. "Akhir sekali para pemimpin sering membangkitkan isu sensitif menyebabkan timbul prasangka buruk masyarakat berbilang kaum," katanya seperti dipetik daripada buku tersebut. Pada masa sama beliau menyelar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan atas jawapan yang diberikan berkenaan isu tersebut. "Beliau berkata buku tersebut adalah terbitan swasta maka kerajaan (Kementerian Pendidikan) tidak ada kuasa terhadap syarikat penerbitan itu. "Bagi kami, ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab. Mengapa pula Kementerian Pendidikan tidak ada kuasa walhal ia turut berada di bawah bidang kuasa jabatan itu?" soal beliau. Beliau menggesa Kementerian Pendidikan segera mengambil tindakan dengan menarik balik pengedaran buku rujukan itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-dakwa-buku-rujukan-kertas-soalan-spm-ada-unsur-perkauman#sthash.h2RiKsLQ.dpuf | |
Cucu Tok Selampit Posted: 04 Nov 2014 01:16 PM PST India Non-Muslim Dan Orang Kena Tangkap Khalwat Antara Pendoa Tertuduh Liwat Hari Ini Posted: 04 Nov 2014 03:02 AM PST Sudah tidak ada orang lainkah yang boleh membaca doa di Kompleks Kehakiman Putrajaya hari ini untuk tertuduh kes lihat KETUM Anwar Ibrahim? Dua orang kelihatan membaca doa untuk Anwar Ibrahim hari ini.
Pertamanya, seorang lelaki India non-muslim yang mungkin beragama Hindu atau Kristian. Salahkah lelaki India non-muslim untuk berdoa. Jawabnya tak salah. Yang salah adalah macai-macai Melayu yang beragama Islam (yang pastinya penyokong kuat KETUM) yang terhangguk-hangguk mengangkat tangan mengaminkan doa.
Keduanya pula, ada pula yang mengangkat doa orang yang telah ditangkap khalwat pukul 3.00 pagi dengan memberi alasan untuk memberi ceramah motivasi kepada isteri orang dalam bilik hotel berdua-duaan. Elok sangatlah tu. Si pesalah khalwat berdoa untuk si tertuduh liwat. Semoga Allah membentangkan kebenaran untuk tatapan umum.
| Reasons For The Share Price Of FGV Dropped Steeply - A Reply For @tonypua Accusations Posted: 03 Nov 2014 09:31 PM PST Tony Pua had on 28 October 2014, told the reporters at Parliament that Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), the world's third largest oil palm plantation operator, was the worst performer of all plantation stocks listed on Bursa Malaysia. He had even asked the government to sack and replace the top brass of FGV for the poor performance of its share price. DAP national publicity secretary and Member of Parliament for Petaling Jaya Utara, Tony Pua cited data as at Oct 15, 2014, which showed FGV's share price dropping by 29.1% compared with its peers – IJM Plantations Bhd (-6.3%), IOI Corp Bhd (-2.7%), Genting Plantations Bhd (-9.4%) and Sime Darby Bhd (-1.6%). For Mr Tony's information, investment in the so-called plantation companies like FGV are meant for long term as plantation gestation period is long in nature. ever since the IPO in June 2012, FGV have recorded continuous growth in term of revenue, profit and dividend that FGV paid to our shareholders. For the record, for the year ended 31 December 2013, FGV continued to make solid progress despite a challenging operations environment. FGV posted a profit after tax of RM1.1 billion, a 30.2% increase from Year 2012. How come Mr Tony accuse FGV as "poor performance"? Maybe Mr Tony was not made aware that FGV paid a total RM0.16 per share or RM583.7 million which represent 60% of Net Profit after Non-Controlling Interest. This is 20% higher than what was promised and documented in FGV's IPO prospectus that was distributed to all prospective and current shareholders. In this context, don't you think FGV's dividend policy is one of the best in the country, Mr Tony? Dear Mr Tony, I think you should know by now to compare apple to apple. Its not fair you compare apple to orange or even worst the durian. There is no exact comparison to FGV in the market. Sime Darby, IOI, IJM and KLK have difference revenue streams. Those companies are not a pure plantation company like FGV which reflect FGV strong correlation to the world CPO price. You know Tony, to some extent, the drop in CPO price can be seen as a blessing in disguise for FGV and its shareholders. Why? This is because FGV's loss of revenue from the current replanting program would be minimum as the current CPO price is low. Your Honor, I rest my case ... err ... What's up Doc? | @TianChua Hasut 50 Penyokong @anwaribrahim Demonstrasi Di Dataran Merdeka Kalau KETUM Dipenjarakan cc. @PDRMsia Posted: 03 Nov 2014 06:39 PM PST Hari ini adalah Hari Keenam dan mungkin hari terakhir sebelum KETUM (Ketua Umum) PKR berehat di Penjara Sungai Buloh. Walaupun keputusan perbicaraan Kes Liwat II Anwar Ibrahim mungkin akan diumumkan hari ini, kehadiran penyokong beliau amat mengecewakan. Adalah dalam 50 orang. Antara kelibat pemimpin PR yang kelihatan masih setia adalah Ahli Parliemn Batu, Tian Chua. Sanggup ponteng Sidang Parlimen untuk buang masa di sini. "Sekiranya Anwar ditahan hari ini, maka kita akan adakan perhimpunan besar-besaran Sabtu ini di Dataran Merdeka ....." Itulah intipati ceramah Cina Bukit itu. Tian Chua menyeru penyokong Anwar Ibrahim yang hadir di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya berdemontrasi di Dataran Merdeka jika Anwar Ibrahim dihukum bersalah dan dipenjarakan. Keadilan hanya untuk parti keadilan, selain daripada itu, tiada keadilan. Makna keadilan yg mengelirukan tajaan PR & Co. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 04 Nov 2014 01:07 PM PST Sodomi II: Shafee Berjaya Membuktikan Bahwa Male Y=Anwar: Posted: 04 Nov 2014 05:27 AM PST EKSTRAK DNA barangan yang diambil daripada lokap di mana Anwar ditahan dan seluar dalam mangsa, menunjukkan bahawa male Y=Anwar; pada Khamis, tidak tahu bagaimana peguam Anwar yang diketuai mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram menangkis hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. | Sodomi II: Anwar Kepanasan Mendengar Hujah Tan Sri Shafee Posted: 04 Nov 2014 03:46 AM PST ANWAR tidak senang dengan hujah Tan Sri Shafee, bahawa kalau mahu menafikan DNA Male Y bukan tertuduh, maka berilah sampel DNA. Tiada salah berkenaan hujah itu. Pihak pembela mahu menidakkan DNA Male Y yang diperolehi daripada barangan yang digunakan tertuduh semasa ditangkap pada 16 Julai 2008. DNA daripada barangan tersebut seperti berus gigi, tuala good morning dan air botol yang kemudian disebut DNA Male Y, didapati "match" dengan DNA daripada sperma yang diambil daripada dubur mangsa. Enam sampel menunjukkan bahawa DNA Male Y dan mangsa dominan. Atas sebab itu, disimpulkan bahawa mangsa disodomi oleh Male Y, atas sebab tertuduh "sepertibiasa" "spary" ke dalam dubur mangsa. | Sodomi II: Tan Sri Shafee Selesai Berhujah- Gopal Sri Ram Minta Masa Posted: 03 Nov 2014 11:35 PM PST TAN SRI Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya menyelesaikan hujah beliau; dan akan membuat hujah balasan, jika Anwar didapati bersalah.
Sementara itu, peguam utama Anwar Tan Sri Gopal Sri Ram memohon masa atau penanguhan hujah dan mencadangkan bahawa bersedia berhujah pada Khamis. | Sodomi II: Anwar Perlu Jalankan Ujian DNA: Shafee Posted: 03 Nov 2014 08:15 PM PST ANWAR perlu menguji DNA sendiri; jika beliau benar-benar yakin bahawa Male Y itu bukan beliau. Sebabnya menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes sodomi II; bukti sekarang ini menunjukkan bahawa Male Y itu adalah tertuduh, berasaskan sampel yang diperolehi daripada lokap tertuduh semasa ditahan pada 16 Julai 2008.
Menurut Shafee, perkara yang dibangkitkan peguam tertuduh, bahawa untuk mendapatkan DNA maka sperma perlulah segar; namun kenyataan itu tidaklah demikian, atas sebab satu kes di Australia, sehelai tuala yang tertanam 13 tahun; kemudian dapat dikesan DNA pembunuh, pembunuh itu telahpun diajtuhi hukuman. | |
IPOHMALAY Posted: 04 Nov 2014 09:39 AM PST Yahoo Malaysia bakal ditutup? Posted: 04 Nov 2014 12:55 AM PST Setelah mencuba nasib di Malaysia sebagai enjin pencari pembawa berita neutral, kemudian di ambang 'sakit perutnya' memilih untuk menjadi portal berita pro-pembangkang, nampaknya 'kungfu' Yahoo di Malaysia gagal. Mengikut berita yang kedengaran dari negara jiran, Yahoo Malaysia akan ditutup pada 14 Disember ini. Selamat tutup kedai. Oh, saya juga sudah lupa password akaun Yahoo saya!
Yahoo Indonesia Bakal Ditutup?Susetyo Dwi Prihadi - detikinet Selasa, 04/11/2014 13:32 WIB
Jakarta - Kabar tidak mengenakkan datang dari Yahoo. gosipnya perusahaan internet ini berencana menutup sejumlah kantornya di beberapa negara, termasuk di kawasan Asia Tenggara.
Kawasan Asia Tenggara yang dikabarkan kantornya akan ditutup adalah Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Sementara di Singapura masih akan terus beroperasi.
Menurut sumber yang didapati oleh Tech Crunch dan detikINET kutip Selasa (4/11/2014), menyebutkan bahwa Yahoo akan memulai menutup kantornya di Ho Chi Minh City, Vietnam, pada kuartal ketiga 2014.
Sementara untuk kantor di Malaysia dan Indonesia, kabarnya akan ditutup pada 14 Desember 2014. Sementara sampai tanggal tersebut, para karyawan akan tetap bekerja.
Sayangnya belum ada konfirmasi dari Yahoo mengenai kabar tersebut. Namun memang, beberapa kantor internasional mereka sudah mulai merampingkan karyawan, seperti di Budapest, Hungaria dan Yordania.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan