Facebooker pro Pakatan Rakyat, 'Naim Irma II' membangkitkan isu solat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 November 2014.
Selepas selesai mengikuti prosiding rayuan kes liwat hari ketujuh yang paling panjang hingga mencecah ke waktu Magrib, Anwar kemudiannya mengimamkan solat bersama para pengikutnya.
Menurut facebooker Naim Irma II, hanya sembilan orang sahaja yang menjadi makmun Anwar berbanding dengan orang ramai yang melihatnya.
"Setuju dengan saya, jika saya kata majoriti penyokong Anwar Ibrahim terdiri dari golongan yang berpura pura.
"Buktinya, lihat gambar …dari beribu riban yang hadir jadi hakim negara, cuma 9 orang sahaja yang jadi makmum. Kalau betul betul menyokong, sudah pasti akan berebut rebut berimamkan Anwar Ibrahim…. tapi….. cuma 9 orang….
"Simpati aku pada DSAI …dikelilingi oleh manusia yg berpura pura hurmmmm,"katanya.
Sementara itu, facebooker Sam Presiden pula menyiarkan semula acara solat Jumaat yang diimamkan oleh Dr. Amina Wadud yang mencampurkan lelaki dan perempuan pada Mac 2005, di New York, Amerika Syarikat.
Solat Jumaat yang diimamkan Amina Wadud adalah untuk tontotan media untuk sebaran ke seluruh dunia.
Menurut laman sistersinislam.org Amina Wadud adalah salah seorang pengasas bersama NGO Sisters In Islam di Malaysia.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak menolak wujudnya usaha untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang datang dari peringkat dalaman parti itu sendiri.
Bagaimanapun Nik Mohamad Abduh berkata, Abdul Hadi masih mendapat kepercayaan akar umbi meskipun wujud kritikan hebat menggesa beliau supaya bersara dari jawatan tertinggi Pas itu.
"Tuan Guru Presiden hari ini masih mendapat kepercayaan penuh, kita tahu dan kita tengok sambutan yang diberi macam biasa, walaupun ada usaha-usaha kita sendiri kritik di peringkat dalaman, ada usaha yang cuba untuk tukar presiden.
"Kita anggap itu adalah perkara biasa sebab setiap dua tahun akan ada pemilihan, mungkin kerana jawatan presiden itu tidak pernah dicabar, jadi usaha untuk mencabar dia," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas khabar angin baru-baru ini mengatakan Abdul Hadi dipujuk oleh rakan-rakannya agar berundur demi masa depan Pas dalam PR.
Mereka juga menggunakan alasan masalah kesihatannya sebagai umpan untuk tidak melayakkan Ahli Parlimen Marang itu terus memimpin Pas.
Mengulas lanjut, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu menegaskan jawatan tertinggi yang digalas Abdul Hadi itu boleh dicabar mengikut amalan demokrasi dalam parti.
"Jadi kalau ada usaha itu (letak jawatan), dia panas sekejap, kita harap demokrasi ini digunakan sebagaimana kita mendesak negara sama ada di peringkat parti atau negara, ia hendaklah berkempen dengan betul, tiada fitnah, tiada yang merosakkan demokrasi itu sendiri.
"Begitu juga nasihat kita sebut kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang kita tahu wujud laporan mengatakan ada usaha hentam presiden yang berfakta, itu yang timbul," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Pas masih konsisten dalam kerjasama politik dengan PKR dan DAP.
"Pas masih konsisten (sebulat suara) sejak dulu kita mungkin tidak sama (berbeza) pendapat, itu biasa.
"Kita cuba berusaha untuk menjadikan PR sebagai ini sebuah pakatan yang kukuh," katanya lagi –Sinar Harian
Ini jarang berlaku di darat dan begitu kerap di Kedah. 14 rumah terjejas baru-baru ini. Kali ke empat berlaku. BAca The Star SINI. Keadaannya ngeri....
Mungkin ianya freak weather kata orang putih. Atau keadaan iklim dan cuaca yang tak menentu. Bagi kita orang Islam, ia mungkin petanda atau peringatan. Mudah saja peringatannya iaitu bencana Allah boleh berlaku bila-bila. Orang baik atau tidak baik sama terlibat.
Adakah ianya berkaitan dengan kemungkaran yang sedang banyak berlaku di negara kita?
Wallahu alam ... tuhan saja yang mengetahui tapi tuhan ada berfirman dan Nabi berhadis (bagi yang masih percaya kepada pesuruh Allah) bahawa kemungkaran sesuatu masyarakat boleh dibalas dengan bencana. Banyak kisah Nabi sebagai contoh termasuk kisah bani Nabi Lut.
Bagi yang tak mahu percaya, dah serupa orang kafir tak percaya pada Allah dan Pesuruh Allah.
Cam real ajer PKR dan Mahasewel nak perjuangkan penduduk Kg Chubadak. Padahal hanya political opportunist. Rupanya mereka yang banytu halau penduduk dengan membuang khemah penduduk....
Dari komen dan bukti di atas, jelas sekali Tian Chua adalah pencacai YTL sama seperti Tony Pua....
Khabar terkini dari mahkamah, penduduk Kg Chubadak bukan dikira tanah setinggan. Baca laporan FMT di SINI
Mahawesel yg bersama PKR sudah tertipu. Orang sebenar bersekongkol dengan YTL adalah PKR. Konon bela setinggan tapi mereka sekongkol dengan pemaju. Sebabnya taukeh pemaju adalah biseksual tapi menyamar born again Christian.
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH dan Mohamed Azmin Ali (kanan belakang) menyaksikan Mohammad Adzib Mohd. Isa (kanan) menyerahkan kembali Bible yang dirampas kepada Bolly Lapok di Istana Alam Shah, Klang, Selangor, semalam.
Selangor memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) dalam majlis yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Penyerahan naskhah Bible tersebut yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada BSM pada Januari lalu itu dilakukan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa kepada BSM yang diwakili Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Archbishop Datuk Bolly Lapok sambil disaksikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Yang turut hadir Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid; Pengarah JAIS, Ahmad Zahrin Mohd. Saad dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Dr. Herman Shastri.
Mohamed Azmin dalam kenyataan hari ini menyifatkan penyerahan semula 351 naskhah Bible itu merupakan satu langkah terbaik bagi menyelesaikan isu rampasan kitab tersebut yang menjadi pertikaian antara masyarakat, khususnya dalam kalangan penganut Islam dan Kristian sebelum ini.
"Saya mengucapkan penghargaan tertinggi kepada Sultan Selangor atas pandangan jauh serta insiatif baginda dalam mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sekian lama. Semua pihak yang terlibat terutamanya MAIS dan ACS telah pun mencapai penyelesaian yang baik dalam isu Bible ini menerusi usaha ikhlas dan keyakinan untuk menghormati sensitiviti agama dan masyarakat," katanya.
Thank you madam speaker?
Twitter Hannah kepada TS Khalid sebelum ini?
Pada masa sama, Mohamed Azmin mengakui bahawa beliau mahukan kesemua Bible yang dirampas oleh JAIS sebelum ini dipulangkan semula kepada pihak Kristian kerana itu adalah hak milik penganut agama itu.
"Sejak memegang jawatan Menteri Besar Selangor, pentadbiran negeri akan mengusahakan pelbagai cara untuk menambah baik dan memupuk persefahaman kaum dan agama di Selangor. Sebagai salah satu perkara utama dalam usul ini, saya berikrar untuk memulangkan Bible tersebut kepada pihak Kristian kerana itu milik mereka," tegasnya.
Sementara itu, Mohamad Adzib menegaskan, pemulangan semula naskhah-naskhah Bible berkenaan dibuat atas titah Sultan Selangor setelah mengadakan perbincangan serta mendapatkan pandangan daripada Majlis Dewan Diraja Selangor sebelum ini.
Bagaimanapun, pemulangan kesemua Bible itu menurut beliau disusuli dengan syarat tegas bahawa kitab-kitab berkenaan yang mengandungi kalimah Allah tidak boleh diedarkan di Selangor, khususnya dalam kalangan umat Islam.
"Bible yang mengandungi kalimah Allah hanya boleh digunakan dalam kalangan penganut Kristian di Sarawak. Penyelesaian (pemulangan 351 naskhah Bible) ini adalah untuk memastikan semua pihak menghormati agama dan kepercayaan di antara satu sama lain, selain mengekalkan sensitiviti kepelbagaian agama di negara ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamad Adzib turut mengingatkan kepada semua pihak berhubung titah Sultan Selangor yang mahukan kepercayaan-kepercayaan lain menghormati sensitiviti umat Islam, selain berharap pengedaran termasuk penerbitan Bible yang mengandungi kalimah Allah tidak lagi dilakukan di Selangor.
Ini kerana katanya, tindakan menerbit serta mengedarkan Bible yang mengandungi kalimah Allah itu adalah kesalahan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.-UMO
Kes HIV dan AIDS dilaporkan tinggi di Kelantan kerana negeri itu berdekatan dengan negara Thailand.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Thailand menawarkan dadah dan pelacur dengan lebih mudah berbanding Malaysia.
Akses keluar masuk dari Kelantan mudah melalui Golok jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain seperti Kedah, Perlis dan Perak dan ini adalah satu cabaran untuk Kelantan.
Selepas negeri Selangor, Kelantan merupakan negeri kedua mencatatkan kes HIV tertinggi di Malaysia. 207 daripada 3393 kes baru di Malaysia telah dilaporkan dari negeri ini.
Adakah ini bermakna IMAN rakyat negeri serambi Mekah masih tidak kuat, lemah dan sebagainya walaupun di bawah pemerintahan parti PAS? Tepuk dada, tanya selera!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
1) Dulu Teo Nie Ching, ketika jadi Ahli Parlimen DAP Serdang masuk ke dalam surau di Kajang beri tazkirah masa bulan Ramadhan.
2) Kini ada versi baru, Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) masuk di sebuah surau berhampiran UUM untuk beri tazkirah.
3) Kali ini pendengarnya pelbagai bangsa. Masuk ke dalam surau. Apakah yang mereka ini begitu terdesak hingga masuk ke surau untuk bercerita hal politik?
4) Jelajah Menghasut tidak boleh gunakan tempat lain selain surau untuk menghasut?
5) Tindakan ini amat biadap dan kurang ajar. Mahasiswa pro PAS di UUM sudah tidak merasa apa apa rumah Allah dipergunakan sebegitu rupa?
6) Mahasiswa UUM sudah boleh melihat sendiri kelakuan sebenar pelajar pelajar pembangkang ini. Usah beri muka lagi kepada mereka untuk perbodohkan mahasiswa.
7) Ayuh bangkit pertahankan kesucian Islam dan maruah agama di UUM. Tindakan mereka ini sudah terlalu kurang ajar. Pihak berkenaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjatuhkan imej rumah ibadat umat Islam ini.
JOHOR BAHARU – Umno Johor pada Jumaat menzahirkan komitmennya untuk berjuang dengan gigih bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) memenangi kesemua kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Saya dan Umno Johor nekad bersama-sama dengan rakan-rakan dalam BN dan akan berusaha dengan lebih gigih, bekerja dengan lebih keras, untuk memastikan Umno dan BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Insya-Allah," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Konvensyen Umno Johor di sini, Jumaat.
Konvensyen dua hari itu yang dihadiri pemimpin dan anggota daripada 26 bahagian Umno di negeri ini, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata Umno negeri yakin ia akan menjadi benteng paling kukuh bagi BN di Semenanjung Malaysia pada PRU14.
Malah, katanya Umno Johor akan membantu BN membentuk kerajaan dengan majoriti yang lebih besar dan diyakini. Mohamed Khaled berkata kehilangan 18 kerusi pada pilihan raya umum ke-13 merupakan pengalaman yang membingungkan dan pahit bagi Uno Johor tetapi pada masa sama, menghasilkan kesedaran yang mendalam. Sehubungan itu, katanya Umno Johor akan meneruskan usaha bagi mengukuhkan kedudukan, pengaruh dan kuasa orang Melayu sebagai sebahagian daripada strategi transformasi untuk mengukuhkan parti.
"Parti ini tidak akan sama sekali lupa terhadap tanggungjawabnya untuk bangsa Melayu," kata Mohamed Khaled.
Beliau berkata Umno Johor juga akan memperkukuhkan BN yang telah berjaya menjadikan Malaysia antara negara paling moden, selamat, mempunyai ekonomi berdaya saing, harmoni dari segi sosial dan politiknya stabil.
Mohamed Khaled berkata Umno Johor tidak akan menjadi "parti senja" atau "parti di hujung usia" sebaliknya menjadi pilihan golongan muda, yang dipimpin oleh gabungan mereka yang bijak dan progresif.
Sehubungan dengan itu, beliau mengumumkan penubuhan badan pemikir Umno Johor yang dinamakan "Johor Institute For Strategy, Economic Advancement and Democracy" (JISEAD).
JISEAD berperanan sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran idea besar dan pemikiran luar biasa yang dapat memberi manfaat kepada parti, bangsa dan tanah air, katanya, lapor Bernama.
JOHOR BAHARU, 14 Nov (Bernama) -- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota parti bahawa proses pengislahan Umno perlu bermula dengan muhasabah diri dan seterusnya melakukan perubahan dalam usaha untuk menguatkan parti.
Perdana Menteri berkata proses pengislahan bukan terletak kepada kepimpinan tertinggi Umno semata-mata tetapi mesti merangkumi kesemuanya, termasuk akar umbi.
"Pengislahan bermaksud kita ada motivasi untuk berjuang demi kepentingan parti. Kalau ahli Umno disenangi dan diyakini, itu merupakan proses pertama kebolehpercayaan pada Umno," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Konvensyen Umno Johor di sini pada Jumaat.
Beliau turut menegur sikap sesetengah anggota Umno yang lebih mementingkan diri sendiri dan kurang semangat cintakan parti.
"Macam dulu, bila Tunku Abdul Rahman (Presiden Umno ketika itu) tidak cukup duit untuk pergi London (runding tentang kemerdekaan Tanah Melayu (kini Malaysia)), ada ahli-ahli yang menghulurkan bantuan tetapi sekarang, bila minta buat kerja, ada yang tanya, apa yang dapat," kata Najib secara sinis, mengundang sorakan daripada lebih 800 perwakilan Umno Johor yang hadir pada konvensyen dua hari itu.
"Jangan hanya kaya material tetapi tidak kaya daya juang dan semangat sayangkan parti. Kalau kita ada semangat cintakan parti, kita akan buat kerja yang luar biasa," katanya.
Beliau berkata pengislahan perlu bermula dengan muhasabah diri dan seterusnya melakukan perubahan.
"Kita harus sedar dalam mengamalkan demokrasi terbuka ini, kesudahannya, 'it's a game of numbers'. Kita harus menambah lagi sokongan kita yang seterusnya diterjemahkan kepada bilangan kerusi yang semakin meningkat untuk menjamin kekuatan kita yang lebih utuh.
"Kalau parti kuat, kalau parti masih berkuasa, perjuangan boleh diteruskan," kata Najib.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata anggota Umno perlu berfikiran terbuka sekiranya mahu menarik lebih ramai golongan muda menyertainya untuk menjadikan parti kekal relevan.
"Kalau kita terpaksa bagi laluan, bagilah laluan pada orang lain (orang muda contohnya), Barulah parti kita dilihat sebagai parti dinamik, parti segar dan parti berwibawa," katanya.
Merujuk ucapan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyentuh pengislahan moden dan progresif, inklusif, Melayu dan Islam tanpa mengetepikan kaum lain, Najib berkata itulah antara ramuan dan gerak kerja yang diperlukan untuk kelangsungan parti pada masa depan.
"Tidak salah saya cakap yang proses kebangkitan semula Umno adalah amat wajar bermula di sini (Johor). Di bumi inilah kebangkitan semula Umno Johor dan Barisan Nasional sebagai tunjang kekuatan kita. Saya amat sedar yang kelangsungan mesti dimulakan dengan kubu kuat Umno," kata beliau.
Konvensyen itu, yang bermula pada Jumaat, turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
IPOH: Kanak-kanak berusia sembilan hingga 10 tahun di negara ini berisiko mendapat masalah Ambliopia atau mata malas, yang merupakan isu kesihatan serius.
Pakar Mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Datuk Dr Jasvinder Singh berkata mata malas menyebabkan penglihatan kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata.
Pada masa ini, sebanyak 40 peratus daripada kanak-kanak peringkat usia itu berdepan masalah mata malas.
"Mata malas berpunca antaranya kerana kanak-kanak berkenaan hanya menggunakan satu mata untuk proses penumpuan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2014 negeri Perak di HRPB di sini, hari ini.
Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah hadir merasmikan program sambutan itu yang bertema "No More Avoidable Blindness" (Cegah Kebutaan Boleh Elak) serta menyampaikan cermin mata kepada 10 warga emas dan 20 anak yatim dari Asrama An-Nur Maisarah dan Budi Mulia Nurul Huda.
Hari Penglihatan Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut setiap Khamis pada minggu kedua Oktober. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebutaaan dan masalah penglihatan.
Dr Jasvinder, yang juga pengerusi sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2014 Perak, berkata pemeriksaan mata berkala perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan untuk mengelak risiko masalah mata malas.
"Mata malas adalah penyakit kekal jika pemeriksaan dan rawatan awal tidak dilakukan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua murid supaya menjalani pemeriksaan mata dengan pihak perkhidmatan perubatan kerajaan di sekolah.
"Jika murid dikesan mempunyai masalah mata malas, dia akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar," jelasnya. - Bernama
Video ini menunjukkan jutaan parasit merangkak melalui rambut seorang anak. Para ahli mengatakan ini adalah kasus yang sangat ekstrim dari kutu kepala.
Klip, yang diposting di YouTube, menunjukkan seorang ibu berjuang untuk menyisir rambut anaknya yang lebat dengan sisir kutu, yang tampak dipenuhi dengan mahluk-mahluk kecil dan telur-telurnya.
Seetelah kamera berfokus pada sisir, tampak kutu-kutu menggeliat tak terhitung jumlahnya.
Dr Alejandra Perotti, dosen di University of Reading School of Biological Sciences, mengidentifikasi kutu sebagai kutu kepala – dan mengatakan dia terkejut melihat betapa masifnya kutu itu.
Dia mengatakan kepada MailOnline: "Mereka sangat umum di Inggris dan di Eropa, tetapi tidak untuk level sebanyak ini.
"Saya bekerja di ilmu forensik dan jenis kasus ditemukan pada kasus penelantaran anak-anak atau orang tua.
"Anda juga melihatnya dalam kasus tunawisma."
Kutu kepala, juga dikenal sebagai pedikulosis capitis, adalah serangga kecil yang hidup di rambut manusia, yang tumbuh hingga seukuran biji wijen.
Mereka makan dengan menggigit kulit kepala dan menghisap darah.
Betina bertelur dekat dengan akar rambut sehingga mereka tetap hangat dengan kulit kepala, dan setelah telur-telurnya menetas maka akan lebih banya kutu yang berkembang biak dan terus berkembang biak.
Dr Perotti menambahkan bahwa dalam kasus-kasus ekstrim seperti ini, anak-anak sering mengembangkan kondisi yang disebut 'plica polonica' – di mana semua rambut direkatkan sehingga tidak bisa disikat.
Dia berkata: "Anak ini hampir dalam kondisi itu.
'Untuk mengobatinya Anda harus memotong semua rambut. Pada saat ini, mereka harus mencukur habis semua rambut, untuk menghilangkan telur-telur kutu – menyisir dan sampo saja tidak akan berguna'.
Dia menambahkan, telur kutu ditempelkan dengan semen pada rambut oleh induk kutu, sangat dekat dengan kulit kepala.
Dia melanjutkan, "Jadi, Anda harus memotong rambut sangat pendek sehingga kutu betina tidak bertelur.
"Bahkan jika anak mendapat pengobatan, mereka masih akan mendapatkan kutu selama sekitar satu tahun, karena banyak telur kutu tak terlihat dan lolos".
Salah satu metode yang kurang dimanfaatkan untuk mengobati kutu kepala adalah dengan menggunakan antibiotik, kata Dr Perotti.
Dia menjelaskan: "Semua kutu manusia memiliki bakteri yang hidup di dalamnya. Jika kita men treatmen penderita kutu dengan antibiotik, kemungkinan kutu akan mati, karena membunuh bakteri yang ada dalam diri mereka dan mereka tidak dapat bertahan hidup tanpa itu.
'Antibiotik ringan apapunakan membunuh kutu. "
Dee Wright, pendiri salon Hairforce yang menawarkan layanan di berbagai bagian Inggris denga kekhususan 'Pembasmian Kutu', setuju kasus ini adalah setara dengan beberapa kasus yang ekstrim pernah ia tangani di salon nya.
Dia mengatakan kepada MailOnline: "Itu terlihat sangat masif!.
"Kami bahkan telah melihat orang-orang dengan sarang kutu. Di situlah Anda punya begitu banyak kutu, mereka menggumpal bersama-sama.
"Mereka sebuah bola besar kutu, berkelahi satu sama lain untuk bertahan hidup."
Ms Wright mengatakan mengingat umur dan pemuliaan kemampuan kutu perempuan, itu tidak sulit untuk melihat bagaimana sebuahinfestasi ekstrim terjadi.
Dia mengatakan: 'kutu betina hanya perlu bertelur sekali. Dia hidup selama 30 hari, meletakkan hingga 10 telur sehari.
"Jadi dapat dibayangkan bagaimana jika Anda memiliki 200 telur menetas pada satu waktu, mereka tumbuh dewasa dan kawin maka Anda dapat kebanjiran kutu."
Seringkali hal ini terjadi karena orang tua tidak memeriksa rambut anak-anak mereka secara teratur, ia menambahkan.
Ian Burgess, Direktur Medis Entomology Centre, di Cambridge, mengatakan kepada MailOnline tidak tertutup kemungkinan anak itu telah menderita dengan kutu selama beberapa bulan.
Dia berkata: "Pasti ada 200-300 orang dewasa di sana, namun teknik menyisirnya aneh, tanpa istirahat atau membersihkan sisir.
"Anehnya, kutu semua tampaknya akan terjebak ke tengah sisir tapi saya tidak bisa mencari tahu mengapa.
'Anak ini mendapatkan kutu dengan cara normal dan kemudian jumlah kutu menjadi berlipat-lipat karena tidak ada yang melakukan apa-apa.
"Butuh waktu beberapa bulan untuk sampai ke tingkat ini.
"Aku telah melihat beberapa kasus serupa dengan ribuan kutu di hari-hari awal pengujian produk tersedia di Inggris, seperti Hedrin, tetapi tidak begitu banyak sekarang."
Dia menambahkan: "Ini harus diperlakukan dengan cara biasa tetapi sering membutuhkan lagi pengobatan karena lebih mudah untuk telur atau bahkan kutu untuk lolos saat pengobatan diterapkan."
Kutu menyebabkan kulit kepala seseorang gatal karena mereka alergi terhadap kutu.
Namun, tidak semua orang alergi – dan kurangnya rasa gatal dapat berarti kutu tidak terdeteksi dan terus bertambah banyak.
Orang-orang malu dengan kondisi ini jadi menghalanginya untuk mencari bantuan, sehingga kutu tumbuh, ia menambahkan.
Ms Wright menambahkan bahwa kutu bisa mempengaruhi kesehatan anak.
Dia berkata: "Kutu membawa bakteri, impetigo. Ketika makan, mereka menyuntikkan air liur mereka. Yang berisi antikoagulan.
'Rendahnya tingkat antikoagulan ini akan membawa pada gejala mirip flu ringan.
"Ketika kita melihat anak-anak dengan infestasi buruk mereka cukup pucat, tidak berkonsentrasi pada tugas sekolah.
"Mereka mungkin akan dikucilkan secara sosial karena anak-anak lain tidak mau bermain dengan mereka."
Dr Perotti sepakat bahwa kasus-kasus ekstrim seperti kutu kepala dapat menyebabkan masalah kesehatan lainnya.
Dia berkata: "Ada begitu banyak luka pada kulit, dari gigitan kutu dan mgarukan. Ini berarti dapat mengundang bakteri dan jamur.
"Karena anak ini berada di negara Amerika Latin, dia mungkin menarik lalat yang bertelur pada daging hidup manusia.
'Hal ini menyebabkan myiasis – lalat bertelur atau meletakkan larvanya dan larva tumbuh di kulit. "
Ms Wright merekomendasikan bahwa menyisir adalah cara terbaik untuk mengobati kutu kepala, karena mereka tahan terhadap banyak produk.
"Mereka menggunakan produk dengan harapan mereka akan bekerja. Jika mereka tidak melakukan kerja keras menyisir, mendapatkan telur keluar, itu tidak akan berhasil.
'Seringkali kita melihat infestasi masih dan orang tua telah menggunakan produk secara teratur. "
Dia menyarankan bahwa ibu dalam video itu membuat kesalahan dalam usahanya untuk mengobati kutu.
Orang tua harus menggunakan sisir gigi baik pada rambut yang basah, dan harus membersihkan sisir kutu setelah setiap kali sikat.
Dia berkata: "Wanita dalam video itu tidak membersihkan sisir, kutu akan turun kembali ke rambut dan ke lantai dan kursi, dan sangat mungkin pindah ke kepaa orang lain.
Mungkin kita sering dengar, para wanita sangat mempermasalahkan ukuran payudaranya dan datang ke tempat operasi plastik. Ada yang bilang terlalu besar, terlalu kecil hingga bentuk puting yang tidak sesuai. Memang seperti apa ya ukuran ideal payudara yang disukai kaum Adam?
Seperti yang dikutip dari liputan6.com, Di dalam penelitian yang diterbitkan dalam Jurnal Plastic and Reconstructive Surgery di Inggris ini mungkin ada jawabannya. Yang menarik, penelitian ini melibatkan ribuan orang, termasuk dokter bedah plastik.
"Ada 1.315 orang (laki-laki, perempuan, dan ahli bedah plastik) yang terlibat dalam penelitian ini. Kami meminta mereka untuk melihat foto-foto payudara yang berbeda dan memilih payudara yang mereka sukai," tulis peneliti, Dr Patrick Mallucci.
Dari rasio yang diteliti, hasilnya menunjukkan, payudara ideal yang paling banyak disukai kebanyakan pria ternyata bukanlah payudara besar. Melainkan payudara alami dengan bentuk garis puting seperti Dewi Venus de Milo dalam mitologi Yunani.
Patung Dewi Venus de Milo
"Banyak yang ingin payudaranya besar layaknya para aktris. Mereka melakukan implan tanpa tahu tujuannya. Anehnya, kami menemukan, payudara sempurna yang pas dimiliki oleh usia 40 tahun seperti buah melon. Lebih berlemak dengan puting agak ke bawah dan sedikit penyusutan volume payudara," jelasnya.
Kendati demikian, para ilmuwan mengatakan bahwa payudara yang indah itu datang dari segala bentuk dan ukuran. Dan perlu diingat bahwa studi ini dimaksudkan untuk membantu ahli bedah plastik memiliki template yang lebih konsisten tidak hanya untuk pembesaran payudara, tetapi juga pengurangan payudara dan rekonstruksi setelah kanker.
Juri Rakyat - Kakek Sinin, seusai di priksa dari RS, di rumahnya di kawasan Penjaringan, Jakarta Utara, tiba-tiba kakek 62 tahun ini mengerang kesakitan tanda akan bertelur.
Sabar Efendi, tetangganya, turut membantu sang kakek bertelur. Tak lama berselang sebutir telur kembali muncul dari kakek bercucu 4 ini.
"Tulang-tulang pada sakit," kata Kakek Sinin, seperti ditayangkan Liputan 6 Siang SCTV
Warga di sekitar tempat tinggal sang kakek pun terheran-heran dengan fenomena langka ini .
Saat ini Dinas Kesehatan Pemerintah Provinsi (Pemprov) DKI Jakarta tengah membawa telor Kakek Sinin ke laboratorium. Dari sisi kedokteran bisa jadi fenomena unik ini merupakan gumpalan lemak atau lipoma yang berwarna putih hingga menyerupai telur.
Klaim Kakek Sinin bisa bertelur membuat heboh warga Penjaringan, sehingga Dinas Kesehatan Jakarta Utara setempat membawanya ke RSUD Koja, Jumat 7 November lalu. Selama di rumah sakit, sang kakek mengatakan akan segera bertelur, tapi sampai saat itu tidak pernah terjadi.
Kakek Sinin memiliki kebiasaan aneh ini sejak 1998 silam. Hingga kini, telur yang dikeluarkan dari tubuhnya sudah mencapai 205 butir. Bahkan keluarganya telah memaklumi fenomena aneh yang kerap terjadi pada Kakek Sinin
berikut ini adalah vidionya
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Gara-gara berbaju ketat sehingga menampakkan buah dada, Nora Danish menerima banyak komen #lucah di Instagramnya.
Bukan pertama kali Nora Danish menerima komen berbaur #lucah, malah selebriti itu sendiri pernah mengakui dia terganggu dengan komen-komen yang datang dari peminat lelakinya itu.
Menurut sumber, (Murai Batu), pakaian itu direka khas oleh pereka fesyen, Rizman Ruzaini untuk satu majlis memperkenalkan diri Nora sebagai duta kecantikan produk Safi Rania Gold.
Bagaimanapun, pakaian Nora dianggap terlalu mencolok mata kerana bahagian buah dadanya nampak timbul dan menonjol. Ramai peminatnya kurang senang dengan dengan gambar tersebut sehingga melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan.
Biarpun terus mendapat kritikan negatif peminatnya, Nora mengambil pendirian untuk berdiam diri dari membalas komen-komen peminatnya
ALOR SETAR: Tindakan seorang penjawat awam berusia 50-an yang disyaki meminta rasuah dalam bentuk layanan seks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang, pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan itu ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Putra, di sini, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai mangsanya.
Sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, namun identiti lelaki terbabit termasuk di jabatan mana dia bertugas tidak dinyatakan.
"Kami tahan suspek berdasarkan maklumat awam yang diterima dan hasil siasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu.
"Ketika ditahan anggota kami, suspek berdua-duaan dengan wanita terbabit dan dipercayai menuntut rasuah terbabit.
"Berdasarkan maklumat, kami percaya ini bukan kes pertama dan suspek mungkin pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009, namun dibebaskan dengan jaminan, semalam.
Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.
Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.
Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai 'kakak'nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.
Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.
Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Senang betul Guan Eng jadi Ketua Menteri walupun sudah 6 tahun di P.Pinang. Segala apa yang salah berlaku dalam pentadbirannya semuanya disalahkan kerajaan BN .
Dia mengakui tak tahu harga tinggi rumah dijual PDC di Bayan Mutiara tetapi masih lagi menyalahkan BN kerana yang luluskan projek itu dulu dengan juga mendesak Datuk Jahara mohon maaf .
Apakah selama 6 tahun dan masuk penggal kedua ini , BN masih ada kuasa hingga menyebabkan Ketua Menteri paling disayangi kaum Cina negeri ini tak ada teloq untuk turunkan harga rumah ??
Jawapan bangang oleh seorang CM ....hahaha
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.
Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.
Bernama melaporkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih.
Bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.
"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.
"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media.
Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.
Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.
"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya.
PULAU PINANG 13 Nov. - Kerajaan negeri seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam usaha membangunkan projek perumahan mampu milik di negeri ini apabila didakwa menjual unit-unit rumah dibangunkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga siling.
Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid, melalui maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati 180 unit rumah di Intan Delima, Bandar Cassia di Batu Kawan dijual pada harga melebihi RM306,000 sedangkan harga siling bagi penjualan rumah di kawasan terbabit ditetapkan adalah RM250,000.
Katanya, pihaknya mempunyai bukti bahawa projek perumahan di kawasan terbabit melibatkan pengambilan tanah dengan harga yang rendah oleh PDC tetapi menjual rumah yang dibangunkan pada harga melampau.
"Harga jualan rumah di kawasan ini juga ditetapkan pada harga yang jauh lebih tinggi daripada permohonan dibuat kerajaan negeri kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.
"Melalui permohonan itu, kerajaan negeri menetapkan harga maksimum rumah di Bandar Cassia ini akan dijual pada harga RM220,000, namun hakikatnya harga jualan yang ditetapkan lebih daripada RM306,000," katanya kepada pemberita di DUN di sini hari ini.
Jahara berkata, pihaknya mahu penjelasan berhuhung isu harga rumah dijual PDC itu dibuat segera oleh kerajaan negeri.
Katanya, bukan sahaja harga rumah di Bandar Cassia yang dijual dengan harga tinggi bahkan harga rumah di Bayan Mutiara, Bayan Lepas di sini juga tidak mengikut harga si ling apabila harga jualannya mencecah RM3 juta biarpun projek dibangunkan oleh agensi kerajaan negeri.
"Beberapa projek perumahan yang ingin dibangunkan oleh agensi Kerajaan Pusat sehingga kini tidak diberikan kelulusan atas alasan pengambilan tanah dilakukan dengan harga rendah tetapi harga jualan rumah yang dicadangkan didakwa tinggi.
"Kerajaan negeri jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu apa-apa, kenapa pengambilan tanah dijadikan alasan untuk tidak meluluskan projek perumahan yang ingin dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn. Bhd. sedangkan PDC juga menggunakan kaedah yang sama." tegasnya.
Layanan istimewa kepada Ivory
Dalam perkembangan lain, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar mendesak kerajaan negeri menjelaskan berhubung layanan istimewa yang diberikan kepada Ivory Propeties Group dalam proses penjualan tanah milik PDC kepada syarikat terbabit.
"Melalui surat daripada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo memaklumkan setakat ini pembayaran dibuat syarikat tersebut hampir bernilai RM300 juta.
"Namun dalam perjanjian jual beli, setakat ini, Ivory Properties Group Berhad sepatutnya telah membayar lebih RM600 juta kepada kerajaan negeri, jadi mana perginya kira-kira RM400 juta lagi jumlah pembayaran seperti yang dipersetui dalam perjanjian?" katanya.
Tegas Jahara, penjualan tanah terbabit dilakukan dengan harga yang rendah dan kini syarikat itu mendapat layanan istimewa pula daripada kerajaan negeri.
"Kita mahu perkara ini dijelaskan dengan teliti oleh kerajaan negeri termasuk dakwaan bakal menanggung kerugian sebanyak RM800 juta jika mahu membangunkan rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini," jelasnya
Satu lagi polemik Indonesia - Malaysia berlaku kali ini di Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia, sebuah pekan kecil yang berseberangan dengan Tawau, Sabah. Seperti dijangkakan, setiap kali selepas pilihanraya Presiden Indonesia, nescaya ada pihak yang berusaha untuk memanaskan hubungan antara dua negara,
Media Indonesia menyogok minda rakyatnya dengan berita seolah-olah betapa mudahnya penduduk-penduduk kampung di dalam wilayah Indonesia di sana menjadi warganegara Malaysia.
Isu bermula rata-rata kerana rasa tidak puas hati oleh wakil rakyat di sana tentang pembangunan yang perlahan di kawasan itu berbanding dengan kepesatan pembangunan di dalam wilayah Malaysia.
Lalu wakil rakyat tersebut menyebut telah ramai rakyat Indonesia dari kampung-kampung di Nunukan telah memilih untuk menjadi warganegara Malaysia malah menyebut ada kampung yang keseluruhan warganya telah memilih untuk menjadi warganegara Malaysia.
Ini tentu sekali masalah dalaman negara mereka tetapi jalan mudah yang diambil ialah dengan membabitkan nama Malaysia. Mereka pun sebenarnya tidak pernah tahu tentang undang-undang Malaysia apa lagi untuk memahami pemberian kewarganegaraan secara naturalisasi menurut Artikel 19 Perlembagaan Persekutuan.
Berikutan itu, selain dari reaksi supaya kerajaan Indonesia memandang serius hal ini oleh rakyat negara tersebut, ada juga tuduhan tidak sedap didengar seperti ianya adalah agenda Malaysia untuk 'mencuri' wilayah kerana kita sedia maklum tahap pemikiran sesetengah orang di sana itu bagaimana. Mereka bukan sedikit.
Malah kita yang menghadapi masalah dengan penyeludupan keperluan hidup bersubsidi ke negara mereka itu, disebut sebagai 'menjaga kebajikan rakyat di sempandan hingga ke rakyat negara mereka'. Padahal pernahkah kita berniat demikian? Bukankah kita sakit kepala dengan perlakuan penyeludupan oleh rakyat Indonesia di sempadan?
Tetapi ini jelas membuka mata tentang kebanjiran orang asing di Sabah dan kepemilikan MyKad oleh mereka dan memberi persoalan bahawa mungkin apa yang disebut oleh wakil rakyat Nunukan tersebut adalah benar, tetapi kewarganegaraan penduduk-penduduk Nunukan yang beralih kewarganegaraan itu adalah palsu, melalui agen-agen yang membohong.
Jika mereka dilucutkan kerakyatan Indonesia dengan terburu-buru, kerana banyak pemimpin Indonesia yang tunduk kepada segelintir rakyatnya yang emosional dek tahap berfikir yang diragui, adakah tugas kita untuk menerima mereka jika mereka mendapat MyKad dengan cara penipuan? Jangan sampai jadi demikian. Kerajaan Malaysia perlu berkordinasi dengan Indonesia dalam hal ini.
Jumat, 14/11/2014 05:16 WIB
Menlu Cek Warga Nunukan yang Jadi Warga Negara Malaysia
Rachmadin Ismail - detikNews
Jakarta - Kabar kurang enak datang dari Nunukan, Kalimantan Utara. Dilaporkan, ada sebagian warga desa di perbatasan sana yang memilih jadi warga negara Malaysia. Menlu Retno Marsudi janji memeriksanya.
"Nanti saya cek dulu ya, Nunukan ya," kata Retno di Myanmar, Kamis (13/11/2014) malam. Retno tak mau berkomentar banyak sebelum mengetahui detail kasus tersebut.
Sebelumnya, anggota DPRD Nunukan Ramli kaget ternyata banyak warga desa di perbatasan RI-Malaysia di Nunukan, Kalimantan Utara memilih menjadi warga Malaysia. Alasannya mereka merasa lebih diperhatikan dan mendapat kesejahteraan.
"Mereka malah senang pindah ke Malaysia," imbuh politisi PAN tersebut.
Ramli yang berdialog dengan warga perbatasan, Rabu (12/11) pun hanya bisa geleng-geleng mendengar pengakuan itu. Memang, suplai barang dan pekerjaan lebih menjanjikan di Malaysia. Mereka mendapat gaji yang lumayan, belum lagi pendidikan anak-anak mereka bagus.
"Ada 10 desa yang sebagian penduduknya sudah menjadi WN Malaysia," tutup dia.
Jakarta - Anggota DPRD Nunukan Ramli kaget ternyata banyak warga desa di perbatasan RI-Malaysia di Nunukan, Kalimantan Utara memilih menjadi warga Malaysia.
Jakarta - Kabar tak enak datang dari kawasan perbatasan Indonesia-Malaysia. Seluruh warga Desa Kinokot, Nunukan, Kalimantan Utara pindah kewarganegaraan Malaysia.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Tiada ulasan:
Catat Ulasan