The Unspinners Posted: 27 Jul 2014 11:29 PM PDT Salam Raya: Boikot Barangan Cina DAP, Usah ajak Open House!!! Posted: 27 Jul 2014 07:27 AM PDT Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sesama pembaca, keluarga, sahabat handai dan ummah.Bagi Cinabeng yang tak bayar cukai dan terlibat dengan judi haram, biznes underground, edar dadah, seludup diesel dan barang keperluan, dan kerja-kerja jenayah tiada maaf bagi mu.Tengok SINI ... melayu jugalah yang banyak bayar cukai. CIna korporat YTL pun mahu tipu cukai. Kita pula jangan bbiarkan mereka terus besar kepala dan tambah biadap hingga menghina Islam dan Melayu dengan memboikot barangan cina DAP. Jika hampir semua cina sokong DAP, terpaksalah kita cuba sedaya upaya BBCD kan sebanyak mungkin. Masa Raya lah mereka guna peluang untuk naikkan harga barang dan menjual kepada orang Melayu dari belanja perayaan yang banyak. Kalau boleh kita jimat cermat dan berkabung untuk MH17 dengan ikut PM tak buat open house. Jemput cina pelahap tak guna kerana tamadun beribu tahun tak mencerminkan mereka sebbagai bangsa yang beradab dan sopan santun. Dari mereka lah Khalid Samad belajar biadap untuk perjuangkan Kristian sebar ugama. Cina DAP ni pun tak tahu malu datang open house makan berebut dan bawa tupperware untuk tapau bawa balik. Orang Melayu tak buat kerja gitu. Memalukan kepada budaya kita ....bila Raya Cina, Cina DAP kasi kita minum air kotak dan biskut kering beli supermarket saja. Tak payah jemput cina DAP tak bertamadun ke OPEN HOUSE RAYA. Ajak kawan yang siuman.Boikot barangan cina DAP hingga stok barangan cina tak laku dan tak lama lagi terpaksa jual murah. Itu pun jangan dibeli. Biar sampai kasi FREE!!!! | Orang PAS nak syurga tak? Nik Aziz kata jangan ... Posted: 27 Jul 2014 03:30 AM PDT Nik Aziz buat kenyataan menyokong pendirian Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan ahli PAS yang percaya Nik Aziz boleh kasi syurag di tapak tangan kanannya sepatutnya ikut. PAS : Bahtera Yang Ada NakhodanyaSaya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya? Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai. PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik. Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat. Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama. Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M -------------------------- Khabarnya ahli dan pemimpin PAS Anwarinas akur kepada caturan Anwar meletakkan isterinay sebagai MB untuk menggantikan Khalid. Walaupun Mat Sabu memandai setuju dalam satu pakataran Pakatan Rakyat, ramai ADUN Selangor setelah Iskandar sudah bersaura mahu terus sokong Khalid. Maknanya Mat Sabu hanya ikut arahan tukang bayar gajinya Lim Guan EngBerikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersabit cadangan PKR mahu menggugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor :- "Saya menyokong kenyataan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya jawatan Menteri Besar diteruskan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Di mana Iskandar adalah wakil Pusat yang dilantik oleh Pusat mengikut Perlembangaan untuk mengendalikan urusan Pas Negeri Selangor. Kenyataan beliau adalah kenyataan sebagai wakil kita di Selangor. Berdasarkan kepada itu, perlu diambil kira tentang Selangor ini ialah rakyat Selangor sendiri dan Duli Yang Maha Mulia Sultan (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) sendiri. Saya sendiri juga sudah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas atau di luar Pas yang membuat kaji selidik di mana majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid (untuk) menjadi Menteri Besar. Yang kedua, Yang Mulia Sultan, kita tidak boleh membelakangi Yang Mulia Sultan, itu terserah kepada Baginda untuk menentukan, kita tidak boleh membelakangi Baginda dalam isu ini, ini terpulang kepada Baginda. Yang ketiga, alasan-alasan beberapa pihak yang mahu menukar menteri besar (Selangor) ini tidak kukuh, di mana saya melihat (yang) tidak setuju dengan Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Kalau beliau terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya, kita boleh tukar. Tetapi, jika (ada) alasan-alasan lain, kita boleh urus dan bukan tukar Menteri Besar.Kerana kita anggap dia dalam perjalanan kita tidak boleh pintas dalam perjalanan kena tunggu tempoh habis penggal. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat daripada Persuruhjaya PAS Negeri Selangor dan rakan-rakan exco Selangor daripada PAS serta wakil-wakil rakyat Dun Selangor daripada PAS. Insya Allah itu sikap saya. Dan saya harap seluruh pimpinan PAS yang bersama dengan kita akan mempunyai pandangan sama dengan keputusan bersama ini. Walaupun di sana ada pandangan berbeza, hujah berbeza, dan saya dengar semua hujah-hujan ini yang akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar di atas konsep amanah. Ketika ditanya tindakan PAS menyokong Tan Sri Khalid terus menjadi menteri besar akan melebarkan pepecahan berlaku dalam Pakatan Rakyat katanya, itu adalah perkara yang akan datang dan Pakatan Rakyat boleh berbincang dan berunding. PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat, pendapat berbeza biasa sejak dahulu lagi. Malah perjuangan kita bukan perjuangan pribadi, perjuangan kita adalah untuk menyelamatkan negara, perjuangan kita bukan untuk saya atau untuk Anwar Ibrahim. Berbeza pendapat bukan hanya berlaku dalam Pakatan Rakyat, dalam Barisan Nasional pun berlaku (termasuk di Terengganu) Umno pun ada masalah. Isunya adalah amanah, menunaikan amanah pemimpin, dan kita dapati Tan Sri Khalid tidak khianat, tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu (adalah) salah kita menurunkan beliau jika tiada sebab (yang) mencalarkan amanah itu. Beliau juga menegaskan Khalid tidak akan melompat parti dari PKR kepada PAS kerana itu bukan cara Pas walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi) bagi mengekalkan jawatan itu kepada Khalid." -------------------- Sebab Khalid Ibrahim mahu digugurkan adalah sebab PKR akur pada kehendak Evangelis Kristian DAP yang merungut tentang isu JAIS dan MAIS dan berkait rapat dengan penderhakaan dan kebiadapan Khalid Samad. Iskandar anak Samad yang lain boleh cakap pasal dia ADUN Selangor. Anak Iskandar yang berikut tak perlu: Kau AP Melaka lah Ketot..... | Yahudi bantu PKR beri tekanan kepada Sultan untuk lantik WA blur Posted: 26 Jul 2014 11:20 PM PDT Beberapa hari ini, laman sosial sibuk menyebarkan berita palsu bahawa Raja Muda Selangor telah murtad. Hal ini timbul ekoran satu berita dari laman web asing World News Daily Report di SINIBerita ini tersear bersama gambar-gambar Raja Muda Selangor sedang bersosial dengan teman wanita berkulit putih. a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzzqn5hU4LstQRZLy8RceuhDRxTLjLRYZFBPMd0aD-RRdFkoPO57lmrCBXQ7tCQcG06A5gMRJO3cIvCPjjLtMvxkHgKvq2pguqCOyMqZ-r6auXtGUaKFMGMro07uJuTunDH3BRnsuh56Qi/s1600/IMG-20140725-WA0057.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"> Pihak seperti Perkasa membuat kenyataan membantah tingkah laku media yang tidak bertanggungjawab ini. Mungkin ini digunakan untuk memalukan institusi Raja. Kemudian itu tersebar bahwa laman itu hanya laman satire: Namun suatu perkara yang perlu disedari adalah dari nama copyright di atas menggelarkan diri mereka New World Order Media. Di akhir zaman dunia menjadi kucar kacir kerana banyaknya fitnah. Pakar dalam membuat fitnah adalah Yahudi. Laman ini berpengkalan di Tel Aviv sejak tahun 1988 dan media satira yahudi ini bertujuan demikian. Tak salah kenyataan keras Perkasa. Patut sebut ini ada persekongkolan dengan Anwar Ibrahim yang nak sangat bini dia jadi MB. Ini ada kaitan dengan usaha agen Zionis PKR untuk mengenakan tekanan terhadap DYMM SUltan Selangor untuk perkenan Wan Azizah yang blurrr .... untuk dilantik Menteri Besar. Dia bukan nak jadi MB tapi ada orang lain. Makaa MB itu lain maksudnya | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 27 Jul 2014 03:12 PM PDT Ungkapan 'kosong-kosong' tidak cerminkan keikhlasan di Aidilfitri Posted: 27 Jul 2014 09:45 AM PDT Maafkan saya…kosong-kosong ya". Itulah ungkapan yang sering kita dengar dewasa ini setiap kali Syawal menjelma. Walaupun ungkapan yang dianggap mengikut peredaran masa itu tidak menjadi satu kesalahan untuk diucapkan, namun ia dianggap sebagai satu 'amalan' yang longgar jika mengikut syariat Islam sebenar. Mufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata adalah lebih afdal jika umat Islam bersalaman pada hari raya sambil melafazkan ucapan 'maafkan saya zahir dan batin' berbanding hanya' kosong-kosong' kerana tidak melambangkan keikhlasan dalam memohon kemaafan. "Dalam Islam kita panggil musafaha iaitu berjabat tangan sambil kita lafazkan kata meminta maaf dan memohon agar semua kesilapan serta kesalahan kita pada individu tertentu dimaafkan. "Perkataan maaf itu sebaiknya dilafazkan sebagai tanda kita minta lupakan peristiwa lampau, jangan ada parut sekalipun dan buka lembaran baharu," katanya kepada Bernama. Muhammad menarik perhatian apabila berkata memohon dan memberi kemaafan bukan hanya ketika Hari Raya, sebaliknya amalan mulia itu wajar dilakukan pada setiap masa. Nabi Muhammad SAW sendiri meminta ampun daripada Allah SWT sebanyak 70 kali setiap hari, kata Mufti Kelantan itu. Sementara itu, pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam apabila berkata ungkapan 'kosong-kosong' itu ibarat merosakkan nilai serta budaya masyarakat Melayu yang cantik dan indah. "Tamadun yang dibina patut lebih baik dan bukan dirosakkan. Bukankah indah dan cantik ungkapan maaf zahir dan batin. "Orang Inggeris misalnya cakap 'sorry' atau 'please forgive me', tapi kenapa kita nak ucap kosong-kosong yang hanya sementara dan berubah-ubah," kata Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Ramlah berkata menghulurkan tangan dan melafazkan kata memohon maaf merupakan satu akad yang betul berbanding dengan hanya mengucapkan 'kosong-kosong' yang menurutnya langsung tidak menunjukkan keikhlasan memohon kemaafan. "Itu mungkin sekadar budaya baharu, tapi ia tak gambarkan tentang minta maaf. "Kita mungkin salah pada individu tertentu, tapi tak semestinya orang itu bersalah pada kita. Jadi macam mana kita boleh kata 'kosong-kosong'," jelas Ramlah. Bagaimanapun, pandangan berbeza dinyatakan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara Prof Dr Kamaruddin M.Said apabila berkata ungkapan 'kosong-kosong' merupakan satu budaya baharu yang tidak dapat ditolak bagi menghidupkan lagi suasana sambutan Hari Raya. "Tidak ada masalah dengan ucapan itu, sebab masyarakat sekarang dah faham ia merujuk kepada permohonan maaf. "Implikasinya tetap sama walaupun tanpa ucapan maaf zahir dan batin, tidak mengucapkan ungkapan itu bukanlah satu kesalahan," katanya. – BERNAMA | Digantung tugas selepas bergambar dengan Van Persie Posted: 27 Jul 2014 07:31 AM PDT | Kyson (kanan) bergambar bersama bintang Manchester United, Robin van Persie. |
SEORANG pelayan digantung tugas selepas bergambar bersama dengan bintang bola sepak Manchester United, Robie van Persie. Kyson Forde meminta pemain bola sepak itu untuk bergambar bersama dengannya di restoran mewah Cliff di Barbados. Bagaimanapun, tindakan itu memberi masalah kepada Forde bersama seorang lagi pekerja apabila mereka melanggar peraturan di mana kakitangan tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kawasan menjamu selera. Sumber berkata: "Mungkin Kyson sepatutnya tidak mempedulikan RVP (Robin van Persie) yang sedang menjamu selera, tetapi dia mungkin teruja. "Kyson merupakan peminat tegasr Manchester United dan ia merupakan peluang untuk dia bergambar bersama dengan bintang pujaannya," kata sumber itu. Penyerang Manchester United itu berada di Caribbean untuk bercuti bersama isteri, Bouchra, anak lelaki, Shaqueel, lapan tahun, dan anak perempuannya, Dina, lima tahun selepas pasukannya Belanda menduduki tempat ketiga dalam perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil, baru-baru ini. - mirror.co.uk | Krisis MB Selangor: Khalid Beri Bayangan Bubar DUN Posted: 27 Jul 2014 06:43 AM PDT Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya. Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu. Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya. "Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya. "Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad. Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan. Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid. Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor. Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri. "Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya. | Gadis terlanjur tunggu kandungan lahir bulan Syawal Posted: 27 Jul 2014 03:01 AM PDT DEK kerana terlalu mengikut jiwa muda, Anis Kamaruddin, (bukan nama sebenar),17, akhirnya terlanjur dengan teman lelaki. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Anis kini terpaksa menerima hakikat, kandungan semakin membesar hasil dosa silamnya. "Itu sudah ketentuan-NYA", luah Anis, mengimbau kembali kisah hitamnya kepada Sinar Harian Online. "Kehidupan saya dahulu memang sosial, saya sejak dari kecil lagi tidak mempunyai ayah. Saya jadi macam ini sebab terlalu mengikut hawa nafsu," luahnya lagi dengan wajah sugul. Air mata Anis mula bergenang. Kata Anis, sikapnya mula berubah apabila ibunya meninggal dunia tahun lepas. "Sebenarnya saya ok, saya jadi macam ni selepas mak meninggal dunia. "Selepas itu saya diambil oleh keluarga angkat, duduk dengan mereka selepas itu saya lari, ikut kekasih sebab saya mengandung. "Keluarga angkat suruh gugurkan kandungan, saya tak nak, sebab itu saya tinggal di sini Taman Sri Puteri Cheras," katanya. Dalam nada yang sebak, Anis sempat meninggalkan pesanan ini. Nasihatnya kepada remaja di luar sana supaya menghargai ibu bapa kerana peringatan mereka membawa maksud dan pengajaran yang cukup besar dalam kehidupan kita. "Walaupun dah hilang ibu abah, dan katakanlah dapat mak ayah baru hargai mereka, peluang hanya datang sekali sahaja. Sebab mak ayah tak ada hidup hancur, boleh buat apa sahaja itu salah," katanya. Berbicara lanjut, Anis berharap ada sinar dalam hidupnya selepas keluar dari Taman Sri Puteri Cheras. "Harapan saya agar dapat hidup bahagia, bina hidup sendiri," katanya. Anis kini mengandung lapan bulan dan bakal menimang cahaya mata pada bulan hadapan. | PAS 'munafik' jadi punca jika PR berpecah - DAP Posted: 27 Jul 2014 02:45 AM PDT | etiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata gabungan Pakatan Rakyat berkemungkinan berpecah akibat tindakan parti komponennya. |
DAP hari ini membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berdasarkan keputusan yang dicapai secara bersama. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat. "Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri hari ini. Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan PR mungkin pecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang dicapai secara bersama. "Tanpa PR, Malaysia akan kembali balik kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya. Kenyataan Lim itu dipercayai merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang dipersetujui bersama tiga parti itu untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya pada hari sama berkata isu penggantian menteri besar Selangor akan dibawa dalam perbincangan pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP. Pendapat Hadi turut dipersetujui Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya hari ini apabila meminta semua ahli parti Islam itu menghormati keputusan dibuat Hadi dan Dewan Ulama. Khalid juga turut mendapat sokongan daripada Umno dan akhbar milik parti itu Utusan Malaysia yang mahu beliau terus kekal menerajui Selangor. – 27 Julai, 2014. TMI | PR tidak akan jejak Putrajaya selagi Hadi presiden PAS - TMI Posted: 27 Jul 2014 02:24 AM PDT Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli. Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, "menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail." Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya. "Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, pada Jumaat. Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR. Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu. Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS? Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR. "PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari parti Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya. Sebelum PRU13 lalu, kerajaan negeri Kedah bergolak apabila timbulnya pergaduhan di antara kem Azizan dan orang nombor dua PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri. Kedua-dua mereka membantah corak kepimpinan Azizan sebagai menteri besar Kedah. Akan tetapi Hadi tidak mempedulikan bantahan akar umbi dan terus mempertahankan Azizan sebagai calon menteri besar Kedah sehingga menyebabkan Kedah jatuh ke tangan BN pada PRU13 sepertimana Terengganu pada 2004. PAS akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini mengenai isu pertukaran menteri besar di Selangor dan sudah pasti keputusan majoriti akan memihak kepada Hadi kerana konsep "wala" atau taat yang diamalkan parti Islam itu. Ini bukan kali pertama Hadi "mensabotaj" PR. Sebelum PRU13 lalu pada ketika PR bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri, sekumpulan pemimpin PAS yang rapat dengan Hadi bertemu dengan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk menawarkan jawatan itu kepadanya. Ini dilakukan pada ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana menteri PR. Hadi juga secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada PRU13 lalu walaupun PR sudah bersetuju kerusi tersebut dipertahankan presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR. Kedua-duanya Nasir dan Ridzuan akhirnya tewas kepada BN. Jika Hadi terus menerajui PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau lagi. Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri dan BN akan terus berkuasa selagi Hadi menjadi presiden PAS. Cita PR untuk menawan Putrajaya hanya menjadi angan-angan. Jika diimbau kembali sejarah, Hadi juga merupakan punca mengapa Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 berpecah. – 27 Julai, 2014. Amin Iskandar @ TMI | Doktor miang ambil foto alat sulit setiap pesakit wanita Posted: 27 Jul 2014 01:31 AM PDT Baltimore: Ribuan wanita diberi peluang berkongsi tuntutan pampasan berjumlah AS$190 juta (RM600 juta) selepas gambar kemaluan mereka dipercayai diambil ketika pemeriksaan dengan pakar sakit puan di Hospital John Hopkins. Peguam Jonathan Schochor dari firma yang mengendalikan kes itu berkata, cuma satu syarat dikenakan, mereka perlu menceritakan trauma dialami akibat kejadian itu sebelum pampasan diberikan. "Setiap wanita layak mendapat pampasan, namun perlu menunjukkan mereka 'cedera' tidak kiralah secara fizikal atau emosi. "Jika tidak, keadaan mereka boleh diumpamakan seperti keluar melulu dari di simpang tanpa berhenti, namun tiada kemalangan berlaku," katanya. Bagaimanapun, syarat itu mungkin susah diterima wanita yang merasakan diri dicabuli akibat perbuatan Dr Nikita Levy yang membunuh diri pada Februari 2013 selepas didedahkan memiliki ratusan gambar alat sulit wanita. Disebabkan itu ramai juga wanita terbabit menganggap wang itu tidak berbaloi, terutama apabila ada dalam kalangan mereka tidak ingat sebarang kejadian pelik apatah lagi trauma ketika melalui pemeriksaan. Seorang wanita mengakui tidak ingat Levy, tetapi mahu mencuba nasibnya mendapatkan wang itu. "Mana tahu, mungkin saya juga antara mangsanya dan jika benar sudah tentu saya berhak mendapat pampasan atas perbuatannya mengambil kesempatan terhadap saya di tempat yang sepatutnya selamat," katanya. Sehingga 80,000 wanita dan remaja perempuan menyertai saman itu setakat ini dan jumlah itu dijangka bertambah. Levy bekerja di sebuah klinik di Baltimore yang juga satu cabang daripada Hospital John Hopkins sehingga dipecat pada Februari 2013 akibat kejadian itu. Pasukan penyiasat menemui 1,200 video dan 140 gambar di dalam komputer peribadi Levy yang dipercayai diambil secara tersembunyi menggunakan kamera kecil berbentuk pen dipakai di lehernya. Namun tidak satu pun video serta gambar itu dapat dikaitkan dengan setiap pesakit, selain tidak dikongsikan. Levy membunuh diri tidak lama selepas itu. Menurut firma guaman yang mengendalikan kes itu, mangsa boleh mendapat sehingga 35 peratus daripada jumlah ditawarkan untuk kos perundangan manakala AS$123.5 juta (RM392 juta) dalam akaun berfaedah sehingga setiap tuntutan dapat diselesaikan.- Agensi | Mayat pertama tragedi #MH17 dikenalpasti Posted: 27 Jul 2014 01:01 AM PDT THE HAGUE: Pakar forensik telah mengenal pasti mangsa pertama daripada 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine minggu lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Belanda pada Sabtu. "Hari ini mayat pertama mangsa nahas pesawat MH17 telah dikenalpasti," kata menteri kehakiman dalam satu kenyataannya. "Mangsa merupakan rakyat Belanda dan keluarga mangsa telah dihubungi." Namun demikian, kementerian tidak mendedahkan identiti mangsa. Kerajaan Belanda telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses mengenalpasti identiti mangsa dalam nahas yang melibatkan 193 warga Belanda. "Pasukan yang terdiri daripada 200 pakar kini sedang dalam proses mengenalpasti mangsa yang berkemungkinan besar mengambil masa sehingga beberapa bulan." Terdapat beberapa mayat yang masih berada di lokasi nahas, namun setakat ini sebanyak 227 keranda mangsa yang terdiri daripada 17 negara telah diterbangkan ke Belanda. Wakil kerajaan Belanda dan Australia sedang berusaha mendapatkan mandat untuk mengawal lokasi nahas bagi membawa keluar kesemua mayat di lokasi yang sedang bergolak di antara puak pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine. | Isu MB Selangor: Nik Aziz pertahankan Hadi Awang Posted: 27 Jul 2014 12:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan menteri besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini. "Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? "Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. "Sudah tentu persoalan yang berlegar, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. Nik Aziz menyarankan supaya pemimpin Pakatan Rakyat menyelesaikan polemik ini menerusi rundingan. "Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. "Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai," katanya. Beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli supaya meletakkan keutamaan kepada apa yang dinyatakan oleh Abdul Hadi. "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. "Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. "Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya lagi. | Berita kematian tersebar, Miley Cyrus 'pose' separuh bogel untuk peminat Posted: 26 Jul 2014 09:01 PM PDT Beberapa waktu yang lalu, penggemar hiburan dunia dikejutkan dengan gossip kematian Miley Cyrus. Walaupun ianya agak mencurigakan, namun ia tetap menjadi viral setelah Miley sendiri tidak mengemaskinikan akaun twitter dan instagramnya. Bagi menjernihkan kembali suasana, rakan karib Miley mendakwa ianya satu gossip yang disalah lapor oleh pihak tidak bertanggungjawab. Walaupun dengan penjelasan tersebut, Miley masih tetap berdiam diri dan tidak respon di mana-mana laman sosial miliknya. Namun begitu, kalau sudah namanya Miley Cyrus, kontroversi merupakan rutin hidupnya. Beliau akhirnya mengemaskini akaun Instagramnya dengan berpose separuh bogel (topless)sambil mengklasifikasikan berita tersebut sebagai hoax yang sangat gila. Beraksi dengan hanya memakai seluar tanpa baju di padang pasir, Miley membelakangi kamera. Ia memperlihatkan bahagian belakangnya seolah-olah menyindir berita kematiannya itu. Foto tersebut mengakhiri kegusaran peminat-peminatnya dan tidak kurang pula mengkritik perbuatannya itu. | Pelakon jelita M'sia sah bertunang dengan warga Afrika Selatan Posted: 26 Jul 2014 08:13 PM PDT Pelakon dan model Elainy Daly telah sah bertunang dengan warga dari Afrika Selatan iaitu Nick Boden. Pasangan ini dikatakan telah bertunang dengan cara yang amat romantik di Maldives. Nick Boden telah menyerahkan cincin yang cantik kepada Elaine Dalu sebagai tanda pertunangan. Elaine Daily yang juga bekas ratu cantik Malaysia amat gembira dengan pertunangan ini. Kata Elaine: At the end of the pier in the middle of the Indian ocean, with the Maldivian sunset behind us, life a true gentleman, he proposed, and I said yes! Extremely happy and bleassed. I love you bubs with all my heart and can't wait to spend the rest of my life with my perfect life partner.
Guess he took Beyonce's advice Thank you my love Nick Boden for making me so happy and for the perfect ring. A Nile blue tinge to it too :) Brilliant! Tahniah buat Elaine Daly dan Nick Boden | Isteri Aidil Zafuan tampil imej yang lebih 'sentap' Posted: 26 Jul 2014 06:01 PM PDT Penulis agak terkejut selepas melihat dua keping gambar terkini Zarema Zainal, isteri Aidil Zafuan di laman Instagram pelakon Ayu Raudhah. Penampilan Zarema di situ telah berubah secara mendadak di bulan ramadhan ini. Kalau dulunya beliau masih belum bertudung dek kerana belum terbuka hati namun seperti ada sesuatu yang mengubahnya. Ini semestinya satu perkembangan yang baik buat Zarema dan suaminya, Aidil Zafuan. Ramai peminat pasti teruja dengan penampilan terkini isteri pemain bolasepak Johor Darul Takzim itu. Suami mana yang tak gembira kalau isteri tiba-tiba bertudung? Sejuk mata memandang di rumah, tak gitu? | Astro Tampil Pertahan Isu Beri Kontrak Pada Syarikat Israel Posted: 26 Jul 2014 05:45 PM PDT Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepadaAmdocs. Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO; Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.
Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.
Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.
Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.
Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.
Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. | Sukan Komanwel: Nicol mara ke separuh akhir Posted: 26 Jul 2014 05:40 PM PDT GLASGOW: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan Jenny Duncalf pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini. Nicol, pemain nombor satu dunia, mengatasi pemain England itu 3-1 dalam pertarungan suku akhir selama 56 minit. Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu memenangi dua set pertama dengan 11-9 dan 11-7 sebelum Jenny bangkit semula untuk memenangi set ketiga 11-5. Bagaimanapun, Nicol, mengesahkan kemenangan dengan keputusan 11-4 pada set keempat. "Jenny merupakan pemain berpengalaman dan saya terpaksa bekerja keras khusus dalam set keempat. Perlawanan ini memang sengit dari mula lagi," katanya. Beliau akan berdepan dengan pemain new Zealand, Joelle King, pada separuh akhir esok. Joelle menempah slot separuh akhir dengan mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-6 dalam pertarungan suku akhir yang mengambil masa 36 minit. Mengenai pertarungan dengan Jolle, Nicol berkata: "Perlawanan dijangka hebat dan saya tidak boleh leka." Sementara itu, pemain nombur dua negara, Low Wee Wern akan berdepan dengan juara dunia Laura Massaro dari England pada perlawanan suku akhir, lewat hari ini. - BERNAMA | Sukan Komanwel: Poh San gah menang perak rutin riben Posted: 26 Jul 2014 05:35 PM PDT GLASGOW: Gimnas negara, Wong Poh San menghadiahkan satu lagi pingat untuk kontinjen negara apabila meraih gangsa acara gelung individu di Arena SS Hydro di Glasgow, hari ini. Atlet berusia 17 tahun itu mengutip 14.650 mata dalam disiplin berkenaan yang dimenangi Patricia Bezzoubenko dari Kanada yang mengumpul 14.800 manakala perak menjadi milik atlet Wales, Francesca Jones, 14.750. Seorang lagi atlet negara, Amy Dict Weng Kwan hanya mampu menyudahkan cabaran ditempat keenam dengan pungutan 14.200 daripada jumlah lapan penyertaan dalam acara berkenaan kali ini. Ini adalah pingat kedua disumbang pasukan gimnastik gimrama negara selepas mengutip gangsa dalam acara berpasukan pada hari pertama manakala Zulhelmi Md Pisol menyumbang perak dalam acara angkat berat lelaki untuk menjadikan keseluruhan tiga untuk kontinjen negara selepas tiga hari kejohanan. | Sukan Komanwel: Skuad hoki lelaki benam Kanada 2-0 Posted: 26 Jul 2014 05:30 PM PDT GLASGOW: Skuad hoki lelaki negara memulakan cabaran dengan nota ceria selepas menewaskan Kanada 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di di Pusat Hoki Glasgow di sini, hari ini. Gol pasukan Negara adalah sumbangan Ahmad Kazamirul Nasruddin pada minit ke-15 dan Izwan Firdaus Ahmad Tajudin, minit ke-69 - sekali gus menyemarakkan semangat apabila turun ke gelanggang menentang England, esok (Ahad). Selain Malaysia, Kanada, England dan Trinidad & Tobago, Kumpulan B turut disertai New Zealand. Dalam satu lagi perlawanan, New Zealand membelasah Trinidad & Tobago 8-0 dan pada perlawanan pembukaan Khamis lalu, pasukan itu membelasah Kanada 3-1. England pula turut menang dalam perlawanan pertama Khamis lalu apabila menumpaskan Trinidad & Tobago 6-1. | Dewan Ulama Pas seru sokong Hadi Posted: 26 Jul 2014 05:20 PM PDT KOTA BHARU 26 Julai - Dewan Ulama Pas menyokong penuh pendirian Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, Abdul Khalid sepatutnya dibenarkan memegang jawatan itu sehingga penggal berakhir memandangkan tiada sebarang alasan syarie yang kukuh untuk mewajarkan penukaran beliau. Sehubungan itu, katanya, Dewan Ulama Pas menyeru semua ahli parti supaya tidak mempertikaikan pendirian Abdul Hadi yang disifatkan dibuat secara bijaksana, sebaliknya memberi sokongan padu kepada beliau. "Pendirian tegas Presiden adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh Pas berkaitan pilihan raya kecil Kajang iaitu soal calon diserahkan kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat) manakala Pas akan membantu mengikut keperluan. Sementara itu, isu Menteri Besar tidak berbangkit. "Oleh sebab itu, pendirian Presiden adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bersama iaitu tiada perubahan dalam jawatan Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan menyingkirkan Abdul Khalid dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti. Bagaimanapun semalam, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan tersebut memandangkan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya bersetuju bahawa tiada sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah dilakukan sejak Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. "Dewan Ulama Pas menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar Menteri Besar yang baharu. "Sebarang usaha menukar Menteri Besar tanpa persetujuan bersama tiga parti komponen iaitu Pas, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat hendaklah dielakkan," katanya. Tambah beliau, semua ahli Pas diminta menghayati kebijaksanaan pendirian Abdul Hadi dalam perkara tersebut lebih-lebih lagi beliau sebagai Presiden parti mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera. Utusan | Kemelut politik Selangor makin tenat Posted: 26 Jul 2014 05:15 PM PDT PONTIAN 26 Julai - Kemelut politik yang melanda kerajaan negeri Selangor ekoran cadangan penukaran Menteri Besar menjadikan keadaan politik di negeri tersebut semakin tenat. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbalahan tersebut juga mendedahkan keretakan hubungan dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang terutamanya Pas yang menolak cadangan tersebut. Beliau berkata, krisis politik yang berterusan mewarnai negeri Selangor menyebabkan penduduk menerima kesannya apabila tumpuan lebih diberikan kepada soal siapa Menteri Besar daripada kebajikan rakyat. Menurutnya, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya telah melangkaui proses kebiasaan. "Yang rugi dalam soal ini adalah rakyat Selangor yang telah memberikan kepercayaan kepada pembangkang untuk menerajui negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun gagal untuk menyelesaikan banyak isu dan menunaikan janji PRU-12. "Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang juga bersalah kerana telah mengambil risiko dengan memilih Wan Azizah dalam pilihan raya kecil yang lalu tanpa menyedari akan perancangan Anwar sebenarnya," kata beliau selepas penyampaian sumbangan kepada 100 golongan asnaf anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Masjid Jamek Ayer Baloi, di sini semalam. Utusan | PKR perlu EGM tentukan MB Selangor - Akar umbi Posted: 26 Jul 2014 05:10 PM PDT KUALA LUMPUR 26 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu segera mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor untuk mengelakkan orang ramai melabelkan parti itu dengan amalan kronisme. Ahli PKR cabang Padang Serai, Nik Yahaya Nik Yusof berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menolak hasrat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar. "Saya percaya Presiden Pas tidak akan bersikap demikian jika keseluruhan ahli PKR membuat keputusan bersama dalam memilih pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. "Cara yang terbaik adalah mengadakan satu EGM PKR dengan kadar segera, EGM ini amat penting kerana dapat menutup mulut pengkritik Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan pemimpin itu tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Sebelum ini, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Wan Azizah untuk mengisi jawatan itu. Menurut Nik Yahya, sekiranya EGM itu tidak diadakan, rakyat akan melihat PKR sebagai hak milik keluarga Anwar kerana beliau dilihat beria-ia sangat mahu melantik isterinya sebagai Menteri Besar Selangor. Utusan | Anwar digesa henti 'rosakkan' Selangor Posted: 26 Jul 2014 05:05 PM PDT KUALA LUMPUR 26 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa berhenti ''merosakkan'' kerajaan negeri Selangor sedia ada apabila berusaha menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Ezam Mohd. Noor berkata, beliau hairan masih ada yang percaya dan menyokong tindakan Anwar itu yang disifatkannya sebagai politik gila kuasa dan luar tabii. Berikut adalah kenyataan penuh Ezam: * Sebagai Pengasas PKR Selangor pada 1999, saya telah jangkakan saat kegawatan ini akan berlaku dan membuat keputusan tepat bersama-sama rakan seperjuangan untuk tinggalkan Anwar dan PKR lebih tujuh tahun lalu. * Semua ini berpunca daripada politik gila kuasa dan luar tabii Anwar yang berpolitik semata-mata untuk kuasa bagi dirinya dan sanggup menggadaikan apa sahaja bagi mencapai matlamat itu. * Justeru, saya tidak hairan kerenah gila kuasa dan luar tabii politik Anwar hari ini, cuma sedikit hairan mengapa ada lagi yang masih percaya dan menyokongnya kerana sebelum episod Selangor ini pun sudah banyak kerenah politik gila Anwar yang menggadai segala-galanya iaitu agama, bangsa, negara dan hari ini negeri Selangor. * Sebagai anak jati Selangor dan juga bertanggungjawab membina PKR Selangor, saya sarankan semua yang masih bersama Anwar untuk tinggalkan dia dan politik gilanya ini. * Saya juga ingin memberi amaran kepada Anwar, sebagai anak jati Selangor, saya dan rakan-rakan tidak akan benarkan dan akan menentang habis-habisan politik gila kuasa dan luar tabii ini dibawa masuk dan merosakkan Selangor negeri berdaulat yang selama ini kukuh dengan institusi raja, agama dan rakyatnya. * Selepas hari raya ini, sebagai pengasas perjuangan reformasi dan PKR di Selangor, saya akan memanggil semua bekas pejuang yang pernah bersama dengan Anwar di negeri Selangor dan bersiap sedia untuk menentang habis-habisan perosak nombor satu negara ini. Utusan | Anwar 'nasihat' MB S'ngor beli SPLASH RM2.5 bilion (harga asal RM250 juta) Posted: 26 Jul 2014 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR 26 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta. Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Norizwan Mohamed berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kerana tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar. Norizwan berkata, terdapat beberapa dakwaan yang turut mengaitkan keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semakin kuat. "Sebagai penyokong, kami mahu bersangka baik tetapi dakwaan ini terlalu berat apabila sebuah syarikat yang nilainya adalah RM250 juta dikatakan mahu dibeli pada harga RM2.5 bilion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi. "Khabar angin ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami mendesak Anwar sendiri memberi penjelasan memandangkan dakwaan mengatakan beliau yang mengarahkan Abdul Khalid supaya membeli dengan nilai yang terlalu tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Baru-baru ini, pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut berjaya. Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berkata, Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar. | (Foto) Hairuddin Omar terlibat nahas ngeri di Lebuhraya KL-S'ngor Posted: 26 Jul 2014 04:01 PM PDT Memetik kenyataan yang dimuatnaik oleh kapten pasukan ATM, Hairuddin Omar menerusi laman facebooknya semalam, beliau benar-benar bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun kereta miliknya tiba-tiba meletup di Lebuhraya KL-Selangor. "Kereta yg saya naiki tiba2 terbakar di federal highway jam 2.30am tadi Ketika pulang dari latihan bersama team ATM. "Syukur alhamdulillah saya selamat, tiada kecederaan dlm kebakaran kereta tadi di federal highway. Allah masih beri peluang bernafas di atas bumiNYA Ini saya percaya setiap yg berlaku ada hikmahNYA." Punca kereta tersebut meletup masih tidak diketahui namun kerosakan pada bahagian depan enginnya sangat teruk dan boleh membahayakan nyawa. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan