Rabu, 23 Julai 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 23 Jul 2014 03:34 AM PDT

tunku


#MH17: Putin vows to press rebels, help crash probe

Posted: 22 Jul 2014 09:08 AM PDT

Russian President Vladimir Putin promised Tuesday to do everything possible to influence pro-Russian separatists in eastern Ukraine and help ensure a full probe into the Malaysia Airlines flight MH17 crash last week.

However, he added that it would not be enough with Kiev's continuing military operation against the rebels, adding that the West must push Ukraine's authorities to declare a ceasefire.

"Russia will do everything in its power for a full, comprehensive, deep, and transparent investigation," Putin told a meeting of the national security council, according to excerpts broadcast by Russian state television.

"We are asked to exert influence on the militants of the south-east (of Ukraine). Of course we will do everything in our power.

"However, this would be absolutely inadequate given fresh attacks by Ukrainian troops," said Putin.
"Tanks broke through to the train station," he said of Monday's clashes on the outskirts of Donetsk.
"International experts who came to the tragedy could not lift their heads."

Ukrainian "authorities must be called upon to abide by elementary decency, to introduce a ceasefire, at least for a short time for the investigation," Putin added.

#MH17: Najib's 'silent diplomatic' approach worked, says NYT

Posted: 22 Jul 2014 03:47 AM PDT

While other nations were criticising Russia and pro-Russian separatist for their role in the MH17 crash, Malaysia opted for a 'silent diplomatic' approach and it worked, said The New York Times.

NYT noted that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said in a live television broadcast early Tuesday that the agreement with Alexander Borodai, a commander of the separatist forces in Donetsk, Ukraine, called for the bodies of the victims to be taken by train to Kharkiv, a city held by the Ukrainian government.

Six Malaysian representatives were to oversee the transfer of the bodies in Kharkiv to Dutch custody.

Under the agreement, the bodies and the Malaysian representatives would then be flown in a Dutch C-130 Hercules transport plane to the Netherlands for identification and repatriation of remains.

NYT said if all participants honour the deal, it would be a diplomatic success for Malaysia.

"Mr Najib said that at times over the past few days he had wanted to be more outspoken about events in Ukraine, "but sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome."

"The agreement is the result of an unusual spate of diplomacy by Mr Najib, who held a series of secret telephone calls with Mr Borodai.

"A person with a detailed knowledge of the negotiations said that Mr Borodai concluded that he would only release the bodies and black boxes to Malaysia, although Malaysia would then transfer the bodies to the Netherlands and make the black boxes available for an international investigation.


"The backdrop for the negotiations was a slowly growing criticism within Malaysia, including by some in the political opposition, that Mr Najib did not appear to be more publicly critical of the separatists or Russia," NYT said.

It said the agreement with the separatists followed four days of sometimes frenetic diplomacy in which a series of senior Malaysian officials, including the country's foreign minister and transport minister, rushed to Kiev, Moscow and Amsterdam to broker a deal.

NYT said Malaysia, and particularly Mr Najib, have played an outsize role in diplomatic agreements in Southeast Asia in recent years, and tried to apply those skills to dealing with the separatists.

It said Malaysia has an enormous stake in resolving the problems that have impeded a prompt investigation of the crash and the quick recovery of the 298 victims, who are exposed to abuse and tampering.

"The downed jet belonged to the Malaysian national carrier, and those who died included 43 Malaysian citizens, 15 of them crew members.

"As well, Malaysia was already struggling with the unexplained loss of Malaysia Airlines Flight 370, still missing more than four months after it disappeared after turning from its planned course," it added.
However, NYT questioned why the separatists chose to deal with Malaysia when they were under pressure by many big nations like United States, Australia and Britain to release the bodies and surrender the black boxes.

"A big question, which was not immediately clear, was why the Ukrainian separatists chose to deal with the Malaysians at a time when the separatists were under pressure by many countries to release the bodies and surrender the black boxes," it said.

Sydney Morning Herald also touched on Najib's technique in reaching the agreement and said the tragedy was deeply personal as his step-grandmother was on board the plane.

"After cautiously refusing to blame pro-Russian rebels for shooting down MH17, Malaysia's Prime Minister Najib Razak used secret diplomacy to reach an agreement for the transfer of the bodies and black box recording devices from the plane to Malaysian representatives.

"Mr Najib has been criticised in Malaysia for failing to directly blame the separatists for bringing down the plane as anger grew across the country about the lack of dignity for the bodies, 43 of whom were Malaysians.

"But he instead held a series of secret telephone calls with Mr Borodai who is believed to have said he would only hand over the bodies and black boxes to Malaysia," said Southeast Asia correspondent Lindsay Murdoch for Fairfax Media.

bumiyang

Posted: 23 Jul 2014 03:21 AM PDT

bumiyang


MH 17 - Hasad Dengki Rakyaat Sendiri Lebih Bahaya Berbanding Musuh???

Posted: 22 Jul 2014 01:24 PM PDT

Pemimpin2 Yang Kononnya Memperjuangkan Nasib Rakyaat???

Posted: 22 Jul 2014 04:28 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Jul 2014 01:24 AM PDT

Taipingmali (tm)


TRAGEDI #MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN

Posted: 22 Jul 2014 07:52 PM PDT


Pihak Russia telah membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-

http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia-bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.
2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

Aspirasi Bangsa

Posted: 23 Jul 2014 01:05 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Usul Khas Tragedi Malang Pesawat #MH17 Oleh @NajibRazak Di Dewan Rakyat

Posted: 22 Jul 2014 08:50 PM PDT

The Unspinners

Posted: 22 Jul 2014 11:38 PM PDT

The Unspinners


Kurang berfikir mereka yang ingat pemisah Ukraine boleh dibeli

Posted: 22 Jul 2014 10:42 PM PDT






Laporan NEW YORK TIMES di SINI takjub dengan kejayaan PM berunding dengan pemisah Ukraine untuk serah mayat dan kotak hitam MH17 yang mana ia adalah sesuatu yang gagal dicapai negara2 lebih berkuasa.

Dato Najib berjaya runding dan capai persetujuan dengan ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai. Malah kotak hitam MH17 telah diserahkan pada wakil Malaysia di Bandar Donetsk dengan Ketua Pemisah Ukraine, Alexander Borodai hadir saksi.

Ini sesuatu yang dibanggakan dan mungkin ramai tidak tahu apa yang sedang berlaku di peringkat hubungan antarabangsa di mana PM telah berjayamenyelesaikan banyak isu-isu yang susah dan rumit diluar pengetahuan orang ramai.

Tak mahu perkecilkan pemimpin lain, sekarang atau dulu, tapi hebat apa yang dilakukan oleh PM.

Malangnya ada mangkuk yang tak guna otak tetapi cepat menuduh duit dibayar yang membolehkan ia dilakukan dengan cepat. Ingat ini pengundi PKR yang boleh dibayar untuk merusuh dan baling kerusi.

Mereka ini adalah pejuang kepada agenda masing-masing yang sedia mati untuk apa yang mereka tuntut. Ingat duit boleh beli mereka dengan mudah?

Satu lagi, kita buan biasa dengan tempat ini dan untuk bayar, mesti akan kepercayaan mereka. Dibuatnya mereka cerita satu dunia bahawa  Malaysia beli mereka, tak ke malu. Satu risiko untuk guna wang.


Unspinners percaya ianya ada kait rapat dengan pendedahan MiM SINI dan kemungkinan mereka sudah termalu terkantoi. Najib bijak tidak mahu hebahkan dan hanya mahu usahakan hal Malaysia.




Selepas gaduh pemiliihan, Kajang Move jadi komedi erotis keluarga 69

Posted: 22 Jul 2014 08:12 PM PDT


Belum semena-semana, sudah tersebar anak angkat Korea IC kod lahir luar negara 71, Datin Seri Wan Azizah akan angkat sumpahdi hadapan DYMM Sultan Selangor. Ini mesti psywar si Rafizi bongok.
 

Kah kah kah ...


Suami Wan Azizah yang memegang jawatan tidak rasmi Ketua Umum boleh umumkan pemegang jawatan Presiden rasmi akan gantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Locus standi pun tak kena macam cerita beruk goyangkan pokok.

Yang mahu digantikan itu setuju atau tidak untuk umum? Kah kah kah ....



Haaa ... tak setuju pun. Kah kah kkah ...

Bukan saja Anwarinas dalam PAS si Yang Biadap Khalid Samad ditolak Sultan, kenyataan biadap ini pasti akan buat Sultan enggan terima ngadap. Apa Anwar yang nak ngadap? Dia bukan Presiden pun ...

Nak turunkan Khalid kena ada persetujuan Sultan, dan Khalid telah di turunkan berdasarkan undi tak percaya. TIdak ada krisis perlembagaan tapi hanya ikut saja Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Mana nak tahu jika yang sibuk semua yang sibuk bising dan nak jadi MB pun semua bukan anak Selangor.

Satu anak Selangor yang nak sangat jadi MB pun siap berkata ...





Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ...

Pasti Anwar akan menafikan dia yang gila kuasa tapi dedahkan Azmin yang lebih lama gila kuasa......
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ...


Hmmm ... tak akan dia kata gitu kerana dia kena tunjuk bukti terhadap Azmin .... Huhuhu

Sakit perut kawan hingga hampir jatuh kerusi.





Ini pula kedengaran. Ada kata Khalid pun mahu keluar masuk ke PAS. Macam mana pulak tu kalah Khalid dan Azmin pula teruskan gaduh dalam PAS. Nanti dari Kajang Move ada pula Mursyiduk PAS Move pula.....

Kah kah kah kah kah kah ....

Tiba-tiba satu pelawak dari Pahang yang tidak ada jawatan dan jadi AP pun lembab nak mampus pula buat statement ...



Tunggu Khalid Samad buat statement ka ... biadap dan derhaka lagi lah ... Ha hahaha .... muahahaha 

PKR PKR .... demokrasi dan kebeasan ni? Politik jalanan orang tak bertamadun dan tahu undang-undang. 


Kah kah kah ... begini Malaysia kalau dema perintak kerajaan pusat. macam drama keluarga 69. Komedi pun iya dan erotis pun ye.

Kalau PAS tak setuju lagi dan DAP mungkin mahu, dan PKR campur-campur, pasti mereka perlu undi dari UMNO. Bukankah keadaan amat lawak dan pemikiran Pakatan Roit betul macam sekumpulan pak badut cakap cas bagus?


 

YB untuk Khalid Samad bermakna YANG BIADAP

Posted: 22 Jul 2014 08:00 AM PDT


Tidak salah Tuanku Selangor untuk menolak permintaan Khalid Samad untuk mengadap jika surat memohon untuk biadap, tidak bersopan dan kurang ajar.


Orang biasa pun tidak akan menerima permintaan sedemikian. Malah Khalid Samad tidak akan berani berlaku biadap, tidak sopan dan kurang ajar pada kepala gangster. Hanya menunjukkan ianya fitrah manusia untuk menolak sesiapa yang biadap, tidak bersopan dan kurang ajar.

Kita tahu nawaitu Khalid Samad pernah disuarakan untuk memulakan sesuatu untuk menjatuhkan institusi raja dan ini adalah pemulanya. Entah dari mana perangai kurang ajar Khalid datang?

Yang patut mengajar sepatutnya ibu bapa tapi kenapa pula abangnya Tan Sri Shahril Samad tidak biadap macam gitu? Begitu juga kakak Khalid.

Nak kata dari PAS ke? 


Atau pemimpin parti Islam yang suatu masa mempersoalkan UMNO berkerjasama dengan MCA kini ikut cakap DAP kafir zimmi yang rasis cauvanis dan membenci Islam dan orang Melayu?


Ye kot?

Macam mana nak perjuangkan negara Islam kalau ikut telunjuk kafir zimmi????

Kiki tak terajang cina langgar kereta begini? Cari cina ini...!!!

Posted: 22 Jul 2014 05:00 AM PDT


Marah penjenayah atau benci Melayu? 
Bukan ke penjenayah Cina lagi jahat dari peragut ini????

IGP minta orang ramai bantu kenal pasti lelaki sepak remaja

21 JUL: Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberikan maklumat berkenaan kes seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang remaja lelaki lain yang klip video kejadian itu tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter beliau, kes tersebut dilaporkan berlaku pada tahun lalu dan pihak polis telahpun membuka kertas siasatan.

IGP kes lelaki sepak remaja

Namun demikian identiti pelaku yang memukul remaja berkenaan, yang dipercayai mencuri masih belum dikenal pasti dan bantuan orang ramai adalah diperlukan bagi mengesan lelaki tersebut.
Kenyataan Khalid melalui akaun Twitter beliau kemudiannya disiarkan pihak polis melalui laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid mengambil tindakan ini setelah wujud desakan di laman media sosial yang mempertikaikan kes buli jalanan membabitkan seorang wanita dikenali sebagai "kes Kiki" sudah diselesaikan segera, namun lelaki yang memukul remaja dalam video di bawah ini masih bebas.- bnbbc.my

Siapa tahu siapa cina ini, alamat, tempat kerja/niaga dan handphone, sila tinggalkan dalam komen box.... ia tak akan disiarkan.

Pemain Brazil boleh training awal untuk World Cup akan datang di Malaysia. Traning tendang-tendang tak payah guna bola dulu ....

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 22 Jul 2014 11:18 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


WAJIB BACA: Cuba Fahamkan Apa Maksud Ayat Azmin Ali...

Posted: 22 Jul 2014 07:00 PM PDT


Apa maksud azmin 'isteri diperguna untuk capai matlamat"?

Maksud azmin cukup mudah...

Anwar jolok nama wan azizah jadi menteri besar selangor...

Bila wan azizah jadi MB, maka wan azizah akan temani DYMM Sultan selangor ke majlis rasmi...

Wan azizah akan temani sultan selangor ke mesyuarat majlis raja-raja melayu, pasal dia MB...

Dalam mesyuarat majlis raja-raja itu nanti, wan azizah akan buat muka kesian, mohon majlis raja-raja untuk beri pengampunan kepada anwar...

Anwar taubat lahum tak mau dah masuk penjara...

Wan azizah adalah talian hayat terakhir anwar, itu sebab anwar gila-gila nak isterinya jadi MB...

Paham...!!!

oyabun

Posted: 22 Jul 2014 11:07 PM PDT

oyabun


Krisis MB Selangor : KENYATAAN MEDIA 22 JULAI 2014?

Posted: 22 Jul 2014 04:14 AM PDT



PENGGANTIAN DAN PELANTIKAN MENTERI BESAR PERLU PATUHI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI

Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Oh Selangor-ku...

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Jul 2014 11:04 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Fwd: WhatsApp image - Gambar Tokong Di Belakang Bingkai Ayat Quran

Posted: 22 Jul 2014 09:26 AM PDT

Mohon sesiapa mempunyai maklumat imej ini untuk memasukkannya dalam ruang komen di bawah

Belantan

Posted: 22 Jul 2014 11:03 PM PDT

Belantan


MH17 jadi mangsa konflik Ukraine - Rusia?

Posted: 22 Jul 2014 10:48 AM PDT


Angkara siapakah di sebalik tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada Khamis lalu yang mengorbankan 298 orang, termasuk 15 anak kapal di wilayah bergolak di timur Ukraine dekat sempadan Rusia. Pihak yang terbabit masih menjadi misteri dan terus menjadi tanda tanya.

Setakat ini, tidak ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu, sama ada tentera Ukraine, pemberontak pro-Rusia mahupun kerajaan Rusia.

Ketika nahas itu berlaku, pesawat MH17 itu dilaporkan sedang terbang di lokasi kemalangan pada pukul 1415 GMT (pukul 10.45 malam waktu Malaysia), dan kira-kira dua jam selepas itu pesawat lain yang dinaiki Presiden Rusia, Vladimir Putin turut terbang di laluan yang hampir sama pada pukul 1621 GMT (pukul 12.21 tengah malam waktu Malaysia).


Apa yang menariknya ialah warna kedua-dua pesawat tersebut dan saiznya hampir sama, menimbulkan persoalan apakah pesawat yang dinaiki Putin yang sebenarnya menjadi sasaran penyerang dan bukan MH17.

Namun, hakikatnya pesawat MAS, MH17 yang menjadi mangsa terkena tembakan peluru berpandu oleh pihak yang masih tidak diketahui siapakah mereka dan apakah motif mereka.

Persoalannya, apakah benar, pesawat yang dinaiki Putin yang menjadi sasaran. Jika benar mengapa?

Itu adalah beberapa kemungkinan yang dikaitkan dengan tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di kawasan zon perang di wilayah bergolak Donetsk. Kumpulan pemberontak pro-Rusia pada 25 Mei lalu mengisytiharkan Donetsk keluar daripada Ukraine dan membentuk Republik Rakyat Donetsk, diikuti sebuah lagi wilayah iaitu Lugansk bertindak serupa keluar daripada Ukraine membentuk Republik Rakyat Lugansk.



Sebelum itu, pada 6 Mac 2014, semenanjung Crimea dan Sevastopol telah mengisytiharkan keluar daripada Ukraine dan menyertai Persekutuan Rusia apabila Parlimen Crimea mengundi menyokong usul untuk menyertai Rusia dan diikuti dengan pungutan suara bagi mendapatkan mandat penduduk Crimea, sama ada mahu menyertai Rusia atau kekal sebagai sebahagian wilayah Ukraine.

Sebenarnya, krisis politik di Ukraine telah bermula sejak November tahun lalu, selepas Presiden Viktor Yanukovych mula 'menjauhkan diri' enggan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU), sebaliknya menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Moscow.

Gelombang kebangkitan rakyat Ukraine itu melarat pada 16 Januari 2014, sehingga mencetuskan keganasan berdarah mengakibatkan 98 orang terkorban dan kira-kira 1,500 lagi cedera serta 100 yang lain dilaporkan hilang.



Protes

Ekoran protes ganas pada 22 Februari lalu, Parlimen Ukraine mendapati Yanukovych gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan, dan Parlimen melaksanakan kuasa Perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya baharu Presiden pada 25 Mei lalu yang dimenangi calon pro-EU, Petro Poroshenko menewaskan lawannya Yulia Tymoshenko.

Namun, kemenangan Poroshenko memburukkan lagi krisis politik di Ukraine apabila aktivis pro-Rusia di wilayah Crimea, Donetsk, Lugansk dan beberapa bandar lain membentuk kumpulan militia dan bangkit memberontak.

Tentera Rusia mula masuk ke Crimea pada 28 Februari lalu dan pada bulan Mac, Presiden Ukraine dalam buangan, Yanukovych meminta Rusia menggunakan pasukan tentera untuk mengembalikan kedaulatan, keamanan, undang-undang, kestabilan dan mempertahankan penduduk Ukraine.


Pada hari yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin meminta Parlimen Rusia meluluskan usul menghantar tentera ke Ukraine dan sehari selepas itu mengambil alih kuasa di semenanjung Crimea. Rusia mendakwa tindakannya itu adalah bagi mempertahankan kawalannya ke atas pelabuhannya di Laut Hitam di Crimea.

Seperti di Crimea, keganasan di wilayah Donetsk dan Lugansk bertukar menjadi pemberontakan apabila aktivis pro-Rusia membentuk pasukan militia dan bertindak menawan bangunan-bangunan kerajaan dan balai polis.

Tindakan Poroshenko menghantar pasukan tentera bagi menamatkan pemberontakan bersenjata di wilayah Donetsk dan mengembalikan kedaulatan Ukraine di Crimea telah memburukkan keadaan apabila keganasan bertukar menjadi perang saudara dan wilayah itu menjadi zon perang.

Rundingan di Geneva antara EU, Rusia, Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) diadakan bagi mencari penyelesaian kepada konflik di timur Ukraine, bagaimanapun tiada kemajuan dicapai setakat ini.



Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 110,000 pelarian Ukraine melarikan diri ke Rusia ekoran konflik politik di timur Ukraine dan 54,000 lagi melarikan diri ke wilayah Ukraine yang lain.

Berbalik kepada misteri siapakah yang menembak jatuh pesawat MH17? Selain Rusia, dua lagi pihak yang paling kuat disabitkan dengan insiden itu ialah Ukraine dan pemberontak pro-Rusia.

Jika pesawat yang dinaiki Putin benar-benar menjadi sasaran serangan, tidak mungkin tentera Rusia mempunyai agenda untuk menembak jatuh pesawat yang dinaiki Presidennya sendiri.

Dalam hal ini, tentera Ukraine mempunyai alasan kuat untuk melancarkan serangan peluru berpandu itu, tetapi persoalannya ialah pemberontak pro-Rusia tidak mempunyai pesawat pejuang mahupun helikopter tempur.

Maka, tidak ada alasan untuk tentera Ukraine menggunakan peluru berpandu untuk menyerang aset tentera milik pemberontak pro-Rusia yang kesemuanya berada di darat.


Kini dakwaan yang cukup kuat ditujukan kepada pemberontak pro-Rusia yang mungkin bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 setelah tersalah anggap pesawat itu sebagai pesawat pejuang Ukraine.

Namun, berbalik kepada andaian awal pesawat Putin adalah sasaran penyerang, sekali lagi, tidak mungkin pemberontak pro-Rusia ingin menembak jatuh pesawat Presiden Putin yang banyak memberi sokongan dan bantuan ketenteraan kepada kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Bukti rakaman

Setakat ini, bukti rakaman perbualan telefon bimbit ketua militia pro-Rusia, Igor Strelkov semasa serangan itu berlaku yang dipintas oleh risikan Ukraine, sedikit sebanyak menyokong dakwaan pemberontak pro-Rusia terlibat dalam serangan ke atas MH17.

Malahan perisikan AS turut mendakwa pemberontak pro-Rusia menerima bantuan teknikal daripada pakar-pakar tentera Rusia untuk mengendalikan peluru berpandu SAM yang dibekalkan oleh Rusia menggunakan sistem peluru berpandu BUK 9K37.



Selain itu, perlu diketahui AS sendiri mempunyai sistem pertahanan peluru berpandu yang dikenali sebagai Ballistic Missile Defence European Capability (BMD) di rantau itu yang digunakan untuk memantau sistem peluru berpandu Iran. AS merahsiakan tentang sistem peluru berpandu BMD itu yang kemudian digantikan dengan Aegis Ballistic Missile Defence System bagi mengelak musuh mengetahui kemampuannya.

Insiden pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine adalah satu insiden yang malang.

Namun, tragedi itu sedikit pun tidak menjejaskan MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berwibawa, lebih-lebih lagi nahas terbaharu ini berlaku selepas lebih empat bulan sebuah lagi pesawat MAS, MH370, diisytiharkan berakhir di Lautan Hindi selepas hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.

Aset MAS tidak harus dipertikaikan kemampuannya dan kecemerlangan perkhidmatan MAS tidak harus dipersoalkan kerana kedua-dua nahas tersebut sedikit pun tidak membabitkan masalah jentera mahupun kemampuan anak kapalnya.



Jika diambil tiga nahas yang melibatkan pesawat MAS setakat ini, yang pertama nahas pesawat MAS di Gelang Patah, Johor pada 1977 (93 penumpang dan 7 anak kapal terkorban), kehilangan pesawat MH370 (227 penumpang dan 12 anak kapal terkorban) di Lautan Hindi dan yang terbaharu kemalangan pesawat MH17 (283 dan 15 anak kapal terkroban), kesemuanya tiada kaitan dengan aset MAS atau perkhidmatannya.


Nahas pesawat MAS di Gelang Patah melibatkan serangan pengganas, nahas pesawat MH370 pula merupakan satu kehilangan misteri penuh kontroversi dan nahas ketiga MH17 pula akibat ditembak jatuh oleh pihak yang masih tidak diketahui, dan bukan disebabkan masalah teknikal atau masalah juruterbang.

Langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)mahu menubuhkan pasukan penyiasat antarabangsa bagi menyiasat insiden pesawat MH17 ditembak jatuh diharap akan dapat merungkai misteri tentang angkara siapa di sebalik jenayah itu.

Lebih tepat lagi, pihak yang terlibat perlu dikenakan hukuman yang setimpal.












Suara Politik
Belantan

#MH17: Gambar Pemisah Pro-Russia serahkan kotak hitam kepada Malaysia!

Posted: 22 Jul 2014 03:33 AM PDT


Alexander Borodai akhirnya tunaikan janji beliau dan menyerahkan kotak hitam milik pesawat MH17 kepada delegasi kerajaan Malaysia di Timur Ukraine.

Sepanjang mesyuarat penyerahan kotak hitam tersebut, yang asalnya ditunda selama hampir tiga jam, Borodai menegaskan bahawa kumpulan pemberontak tidak bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17.


Beliau juga menyatakan bahawa penyerahan kotak hitam tersebut merupakan atas panggilan dan permintaan secara langsung dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Puak pemisah juga bersetuju menyerahkan mayat mangsa nahas MH17 seperti yang diminta oleh Perdana Menteri. Ini dimeterai dalam memorandum yang ditandatangani pihak Malaysia dan Donetsk.

Prime Minister Welcomes Progress on MH17 Agreement

I am pleased to confirm that the first two conditions have now been met. The train carrying the remains of those who lost their lives has arrived in Kharkhiv, where arrangements will be made to move them to Amsterdam.

And the Malaysian team have taken custody of the black boxes, which appear to be in good condition. They will held securely in Malaysian custody while the international investigation team is being formalised. At that time, we will pass the black boxes to the international investigation team for further analysis.

These were extraordinary circumstances which called for extraordinary measures. There were risks involved in pursuing this agreement. But we felt an obligation to explore all avenues to break the impasse, and secure the return of the remains and the black boxes. After meeting the families, I felt that we owed it to them to act.

So far, the agreement has been honoured. Malaysia requests that this co-operation continue, and that investigators are granted the full access to the site which was agreed.

I am relieved that we have been able to secure the breakthrough that has allowed us to move forward.

I would like to thank the Malaysian team on the ground, who have worked hard to support this operation. Thanks to their efforts, we are closer to finding out what happened to aircraft, and fulfilling our shared responsibility to those who lost their lives.



Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Jul 2014 11:03 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kenyataan Penuh DS @NajibRazak Pembentangan Usul #MH17 di Parlimen #Justice4MH17

Posted: 22 Jul 2014 10:52 PM PDT


Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, MH17 Pada 17 Julai 2014, Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
Tuan Yang Dipertua,

1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.
2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.
3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.
4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.
5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.
6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.
7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.
8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Pernyataan Takziah dan Belasungkawa

Tuan Yang Dipertua,

9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.
10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.
11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.
Fakta-Fakta Mustahak

Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.
14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang
Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang
Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.

Tuan Yang Dipertua,

15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.
16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.
17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.
18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.
19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).
20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.
21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.
Tuntutan dan Gesaan Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.
23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.
24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.
25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:
Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.
Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.
26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.
27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.

Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.
29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.
30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.
31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.
32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.
33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan
34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.
35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, "sometimes we must work quietly in the service of a better outcome" yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.
36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.
37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:
i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.
ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.
iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.
Solidariti dan Perpaduan

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.
39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.
40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.
41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.
42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.
Penutup

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.
44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?
45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.
46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.
47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?
48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.
49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.
50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.
51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.
52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.
53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang Dipertua,

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.
55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.


KHALID BONGKAK, SATU INCI PUN TAK MAHU MOHON AMPUN KEPADA RAJA SELANGOR

Posted: 22 Jul 2014 08:00 PM PDT

Akibat terlalu lantang mengkritik Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dinasihat supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat di negeri ini.

Nasihat berkenaan disampaikan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang berharap supaya Khalid berani berhadapan dengan rakyat berhubung tindakannya yang menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kalau beliau nak minta maaf pun, mintalah maaf secara terbuka kepada umum kerana bukan tuanku sahaja yang tersinggung," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
Selain itu, Mohamad Munir berkata, sehingga kini Sultan Sharafuddin masih belum memberi perkenan terhadap permohonan Khalid untuk menghadap baginda bagi memberi penjelasan mengenai kenyataannya tentang Mais.
"Sultan belum beritahu sama ada tolak atau terima permohonan beliau untuk menghadap.
"Pada masa ini tuanku tengah sibuk," katanya.
Mengulas mengenai kandungan sebenar surat permohonan Khalid, Mohamad Munir berkata, ia hanya menyatakan hasratnya untuk menjelaskan kepada Sultan Selangor mengenai maksud kenyataannya.
"Komen saya…mengapa nak bagi penjelasan lagi kerana semua (pihak) sudah tahu dan jelas.
"Kalau nak bagi penjelasan juga, bagilah kepada umum kerana beliau sebelum ini buat kenyataan terbuka," katanya.
Sebelum ini Sultan Sharafuddin melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid Samad yang mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersifat biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Selamat Hari Lahir DS @NajibRazak , Bapa Diplomasi Negara #Justice4MH17

Posted: 22 Jul 2014 04:16 PM PDT

Tanggal 23 Julai 2014, genaplah umur YAB Perdana Menteri Malaysia 61 tahun. Selamat hari lahir YAB.


Jika Perdana Menteri terdahulu telah diberi pelbagai gelaran, bagi penulis DS Najib Razak layak diberi Bapa Diplomasi Negara.


Lihatlah bagaimana peranan DIPLOMASI NAJIB memudahkan Malaysia mendapatkan kerjasama daripada pihak pemberontak di Ukraine, sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh pemimpin dunia lain termasuk pemimpin dari negara kuasa besar.


Mungkin pengkritik YAB Perdana Menteri terutamanya dari dalam negara boleh menuduh apa sahaja namun kejayaan DS Najib bukan sahaja dalam menguruskan tragedi MH17, beliau juga berjaya menggunakan DIPLOMASI NAJIB untuk mendapatkan sokongan negara-negara lain ketika tragedi MH370.


Di sini penulis cuba untuk mengajak rakyat Malaysia memahami kepentingan DASAR LUAR NEGARA ketika dalam pasca Perang Dingin di mana geo politik atau geo strategik Malaysia tersepit antara kuasa-kuasa besar dunia terutamanya antara Amerika Syarikat dan China. Bagi penulis, contoh kekuatan Dasar Luar Negara adalah peristiwa yang berlaku pada tahun ini iaitu lawatan Presiden Obama dan penerimaan Panda dari Negara China. Mungkin pihak pembangkang melihat, memperolok penerimaan Panda dari Negara China tetapi hakikatnya 'timing' Negara menerima Panda selepas kedatangan Presiden Obama menunjukkan Malaysia bukan negara yang tunduk kepada Amerika Syarikat, malah bebas untuk mempunyai hubungan baik dengan kuasa besar China.

Tidak lupa juga, Malaysia juga berjaya menjadi pengantara dalam dua konflik di rantau ini. Yang pertama dalam konflik Selatan Filipina....


...dan juga konflik di Selatan Thai.


Mana datang kesemua kejayaan Dasar Luar Negara jika tidak kerana lawatan-lawatan pemimpin negara ke negara lain? Hubungan diplomatik bukan boleh terhasil dengan panggilan telefon sahaja, ianya perlu dimulai dengan lawatan rasmi antara pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua negara.Tidak lupa juga peranan duta dan wakil-wakil negara di luar negara yang memastikan hubungan baik ini sentiasa terpelihara. Penulis berharap agar rakyat memahami kepentingan lawatan rasmi dan tidak mudah terpengaruh apabila pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mempolitikkan lawatan luar negeri pemimpin negara.Sebagai penutup, mari saksikan video ini.............




*Selamat hari lahir Bapa Diplomasi Negara.

APA KES WARTAWAN MALAYSIA DI UKRAINE ?

Posted: 22 Jul 2014 02:04 PM PDT



Kepada Wartawan yang gila mahu mengejar glamour menjadi orang yang pertama, mahu berlumba-lumba menjadi orang pertama... Utamakanlah keselamatan pasukan petugas utama Malaysia. Ini bukan masa dan tempat untuk mencari publisiti. Keluarga mangsa-mangsa tragedi menanti di tanahair, dan kesilapan yang seperti di atas boleh membunuh orang lain, malah boleh merosakkan usaha yang telah dirancang.


MUMMY GADUH BESAR DENGAN ANWAR

Posted: 22 Jul 2014 08:14 AM PDT

Azizah Calon MB Selangor Bukti Zaman Reformasi Sudah Berakhir

Pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan isterinya merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mengundang pelbagai kritikan di media sosial.
‎Kebanyakan pendapat dilihat berbaur kritikan berkenaan isu nepotisme dan kronisme yang disifatkan menular dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Gambar Pelbagai Bangsa Berhimpun Menuntut #Justice4MH17 di Kedutaan Ukraine

Posted: 22 Jul 2014 01:37 AM PDT

Pelbagai bangsa berkumpul menzahirkan solidariti menuntut keadilan untuk tragedi  pesawat MH17 di Kedutaan Ukraine sebentar tadi.















Untuk berita penuh, sila ke sini : http://merdeka-online.com/home/mh17-keadilan-untuk-mh17/

Bila tengok gambar ni, teringat gambar DS Samy Vellu dan Datuk Khalid Yunus pernah menggegarkan kedutaan asing satu masa dahulu.

Pelbagai bangsa ada tapi mana pergi BANGSA DAP?

*Mereka sanggup bertahun-tahun kempen Justice 4 Teoh Beng Hock tapi tak sanggup bersama-sama menuntut keadilan #Justice4MH17 bila berlakunya tragedi yang melibatkan pelbagai bangsa dan warganegara seperti ini.



Beza Antara Kejayaan DS @najibrazak dan Anwar Ibrahim #MH17

Posted: 22 Jul 2014 12:04 AM PDT

Mesej yang dari seorang teman...

Bezakan dua kejayaan ini...

Anwar berjaya menamakan isterinya, Wan Azizah bakal MB Selangor yang gajinya lebih besar dari PM...


.....manakala DS Najib telah berjaya menghubungi ketua pemberontak Ukraine yang akhirnya membenarkan proses bawa keluar mayat mangsa nahas MH17, mendapatkan kotak hitam pesawat tersebut dan menjamin keselamatan pasukan khasdi Ukraine....


.....di mana satu pencapaian yang gagal dibuat oleh negara kuasa besar tetapi gaji PM lebih kecil daripada MB Selangor.

*Fikir-fikirkan.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Jul 2014 09:39 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


NAJIB BIKIN OTAK ANWAR MAKIN SEWEL.

Posted: 21 Jul 2014 09:19 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Jul 2014 09:18 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Gambar Eksklusif Dato Seri @NajibRazak Bertugas Demi #MH17 #PrayForMH17

Posted: 22 Jul 2014 02:43 PM PDT

















Mana Bendera Malaysia Di Bangunan Pejabat DAP Penang?

Posted: 22 Jul 2014 09:32 AM PDT



Video Ini Bukti Wan Azizah Mengaku Tidak Mahu Menjadi MB Selangor Jika Menang ADUN Kajang

Posted: 22 Jul 2014 03:00 AM PDT


Dalam satu wawancara dengan Sinar Harian pada 12 Mac 2014, Wan Azizah bila diajukan soalan seperti berikut "Hasrat Untuk Ganti Posisi Tan Sri Khalid Ibrahim oleh wartawan. Maka berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah iaitu "Saya kira bahawa kedudukan (kerusi Menteri Besar ) itu tak pentinglah ..". Ketika itu adalah PRK Kajang.

Rakaman video jawapan Wan Azizah itu boleh didengari pada minit 7.37. Apakah Wan Azizah akan berpegang kepada kata katanya ini ? Tidak mahukah Wan Azizah menjadi MB Selangor sebagaimana yang sudah dicadang oleh suaminya? Jika Sultan Selangor tidak perkenan Wan Azizah sebagai MB, apakah akan ada siri demonstrasi dilakukan di Selangor?



Video Dato Seri @NajibRazak Melawat Waris Mangsa #MH17 #PrayForMH17

Posted: 22 Jul 2014 01:00 AM PDT


Wajah Wajah Anak Kapal #MH17 Yang Terkorban #PrayForMH17

Posted: 21 Jul 2014 11:22 PM PDT

Al-Fatihah kepada yang beragama Islam

tok gajah

Posted: 22 Jul 2014 09:16 PM PDT

tok gajah


Ini sababnya Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor........

Posted: 22 Jul 2014 05:30 AM PDT


Agak dah lame juge Tok tak aktifkan blog Pejuang Tok Gajah46 ni. Sebeno nye Tok kurang sihat menjelang bulan pose ni dengan di bebani dengan tugas2 harian di ladang.

Ketike ni Tok peratikan keadaan politik di negeri Selangor ni semakin menjadi panas dengan berite pengguguran MB Tan Seri Khalid. Berite ni semakin jelas menunjuk kan bahawe Tan Seri Khalid pasti akan di gantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah pule.

Make jelaslah mengape Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari memegang jawatan Penasihat Ekonomi negeri Selangor tu. Sebab nye isterinye memegang jawatan Menteri Besar. Kalu die tak berundur make nampak sesangat le macam negeri Selangor ni dah di perintah oleh suami isteri pule.

Setelah kite same2 melihat perkare ni berlaku, marilah kite same2 fikirkan dengan fikiran yang terbuke tentang beberape persoalan ini-

i. adekah tidak ade langsung anak jati negeri Selangor yang layak untuk mengantikan Datuk Tan Seri Khalid?

ii. mengape Anwar Ibrahim mahukan sesangat isteri nye menjadi MB Selangor?

iii. adekah lantikan Wan Azizah ni telah mendapat sokongan akar-umbi Pakatan Rakyat negeri Selangor?

Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor?

Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.


Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.

Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR.


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Jul 2014 03:32 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Artis wanita ini gemar selfie alat sulitnya sendiri!

Posted: 22 Jul 2014 03:05 PM PDT

Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj.

Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu.

Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu."Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi.

"Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.

Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.


Khalid akur dengan keputusan PKR, tapi...

Posted: 22 Jul 2014 02:50 AM PDT

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon menteri besar baharu namun beliau mengingatkan bahawa perkara itu tertakluk kepada undang-undang.

Menurutnya, beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

"Saya hormati keputusan itu. Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita bersifat fitnah, provokasi dan kontroversi yang tersebar.

Malah, beliau menegaskan kontroversi mengenai jawatan menteri besar itu tidak menjejaskan pentadbiran negeri tersebut.

"Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri," katanya.

Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR telah memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu selepas mencapai keputusan itu pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi.

PAS Selangor tegas mahu Khalid kekal MB Selangor

Posted: 22 Jul 2014 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Selangor tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, kata Pesuruhjayanya, Iskandar Samad.

Iskandar berkata mesyuarat antara PAS Pusat dan PAS Selangor juga tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk menukarkan Abdul Khalid.

"Kami (PAS Selangor) tetap dengan pendirian supaya Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga menjelaskan, PAS Selangor akan menyerahkan perkara tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara tersebut jika PKR bertegas mahukan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

"Kami (PAS Selangor) serahkan kepada Presiden kami dan kempimpinan kami untuk menyelesaikannya," katanya.

Malam tadi, PKR membuat keputusan untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membincangkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat yang dijadualkan Rabu ini selepas Sidang Khas Dewan Rakyat.

Katanya, biarpun nama pengganti Abdul Khalid tidak dibincangkan sebelum ini tetapi PAS dan DAP telah menyatakan persetujuan untuk melakukan perubahan kepimpinan di Selangor.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pas-selangor-mahu-khalid-kekal-mb-selangor-40448?cp

Rumahtangga hancur, Erra dan Awie kembali menggatal?

Posted: 21 Jul 2014 10:31 PM PDT

"Baling belakang - semalam... sessi photoshoot.. buat tatapan raya pertama.. dengan siapa.. hmmm.. cer teka.." Itulah bunyi kapsyen yang ditulis oleh Erra Fazira bagi menggambarkan sekeping gambar romantiknya bersama Awie di jalan raya.

Memang amat mengujakan para peminat apabila melihat dua selebriti paling sensasi di industri tempatan ini kembali disatukan dalam sesi photoshoot semalam.

Gambar tersebut dimuatnaik Erra di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat. Pasti ramai sudah lama merindui gandingan mereka berdua suatu ketika dulu.


Kiki #CDM25 didenda RM5,000, 240 jam kerja khidmat sosial

Posted: 21 Jul 2014 10:15 PM PDT

Kuantan: Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Rusia dakwa pesawat Sukhoi 25 milik Ukraine tembak #MH17

Posted: 21 Jul 2014 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengeluarkan rakaman yang menunjukkan kehadiran sebuah pesawat pejuang Sukhoi 25 milik Ukraine yang berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada pesawat MH17 pada awal pagi 18 Julai lalu.

Rakaman video berkenaan telah ditayangkan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kedutaan Rusia di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Duta Rusia, Lyudmila Vorobyeva telah menegaskan kemunculan bukti baharu ini membuktikan bahawa negaranya tidak terlibat dalam insiden tersebut.

Bukti baharu itu juga kata beliau, perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat juang berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan.

"Kami juga berharap dengan bukti terbaharu berkenaan, semua pihak dapat berhenti daripada menunding jari menuduh Rusia bertanggungjawab ke atas insiden ini," tegas beliau.

Lyudmila dalam sidang akhbar yang sama turut menegaskan bahawa negaranya tidak pernah membekalkan sebarang sistem persenjataan canggih kepada pemberontak pro-Rusia.

"Segala senjata pertahanan udara canggih yang mereka miliki diperoleh daripada rampasan perang ketika mereka bertempur dengan pihak tentera Ukraine," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

Beri alasan bersahur selepas 'melekat' dalam hotel

Posted: 21 Jul 2014 09:01 PM PDT

Pasangan kekasih yang merupakan rakan sekerja ini ditahan selepas mendapati mereka tiada ikatan sah.
PETALING JAYA – Mahu keluar sahur bersama menjadi alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin.

Pasangan kekasih masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu yang merupakan rakan sekerja itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka duduk berdua-duaan di dalam bilik tanpa ikatan sah.

Terdahulu anggota masjid terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pintu bilik dibuka.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku menginap di hotel itu jika ada waktu terluang terutama selepas tamat waktu bekerja.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai yang kurang senang apabila mendapati hotel itu dijadikan lokasi untuk melampiaskan nafsu dan mencemar kesucian Ramadan.

"Operasi ini yang kedua dilakukan di hotel ini berikutan ia menjadi tumpuan pasangan kekasih terutama pada waktu malam," katanya.

Menurutnya, pihak masjid akan membuat pemantauan di hotel bagi mengelak ia terus menjadi pusat maksiat.

Muat naik foto bogel adik tiri ke Facebook

Posted: 21 Jul 2014 08:01 PM PDT

Walaupun Amerika Syarikat terkenal dengan industri pornografinya, negera ini mempunyai undang-undang yang sangat ketat dan mengenakan hukuman yang berat bagi individu yang melanggarnya terutama pornografi kanak-kanak.

Terbaru, seorang lelaki berusia 28 tahun telah dijatuhkan huuman penjara 10 tahun setelah sengaja menyunting dan memuatnaik foto tidak senonoh adik tirinya lapor ArsTechnica, Sabtu lepas.

Lelaki yang dikenali sebagai Jeffry Anderson ini telah didakwa menyunting sekeping foto lucah dengan menggantikan wajah model sebenar dengan wajah adik tirinya yang masih berusia 11 tahun. Lebih teruk lagi, Anderson kemudiannya memuatnaik foto berkenaan ke Facebook.

Akibat daripada perbuatannya itu, beliau didakwa atas akta pornografi kanak-kanak. Anderson mendakwa tidak tahu mengenai undang-undang tersebut dan beranggapan proses suntingan adalah tidak salah.

Anderson akhirnya dijatuhi hukuman penjara atas dakwaan mencabul psikologi. Selain daripada itu juga, mahkamah menganggap foto berkenaan boleh disalahguna sebagai eksploitasi seks kanak-kanak.

Penyanyi Ahmad Dhani enggan potong kemaluannya

Posted: 21 Jul 2014 07:31 PM PDT

JAKARTA – Menjelang pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengenai keputusan pemilihan presiden negara itu, Ahmad Dhani tampil menafikan dia pernah berjanji memotong kemaluannya jika Joko Widodo muncul sebagai pemenang.

Pada Isnin, penyanyi dan pengasas kumpulan Dewa19 itu berkata, dia tidak pernah menulis mengenai perkara itu di twitter sebelum ini seperti digembar-gembur sesetengah pihak.

Malah, Ahmad Dhani mendakwa dia sendiri hairan bagaimana isu itu dihebohkan orang ramai.

"Tweet mengenai janji saya memotong kemaluan itu memang cerdas, tetapi bukan saya yang menulisnya," katanya kepada media semalam.

Pada Jun lalu beredar berita mendakwa bos Republik Cinta Management itu berjanji untuk memotong kemaluannya jika Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau Jokowi berjaya mengalahkan calon disokong Ahmad Dhani, Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia ketujuh.

Bagaimanapun tweet itu kemudian didapati dipadamkan selepas ia menarik perhatian ramai dan diulang siar pelbagai pihak.

Pemilihan presiden dilangsungkan pada 9 Julai lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan membuat pengumuman rasmi mengenai pemenang pada Selasa.

Beberapa akhbar dan agensi pemantau mendakwa Joko Widodo berjaya menewaskan Prabowo dengan majoriti kira-kira lima peratus.

Ahmad Dhani berkata, dia sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai tindakan beberapa media dalam talian yang membuat pemberitaan tidak tepat mengenai dirinya. - mStar Online

Air kencing untuk 'ikat' suami

Posted: 21 Jul 2014 07:01 PM PDT

Gambar hiasan
Mutare (Zimbabwe): Air kencing babun yang dihablurkan kini menjadi buruan wanita kerana dilihat mampu 'mengikat' suami mereka daripada mencari pasangan lain.

Kepercayaan itu disebabkan haiwan berkenaan mempunyai tabiat hanya membuang air di tempat sama untuk bertahun-tahun lamanya yang dilihat mampu memastikan si suami juga tidak 'lari' daripada isteri mereka jika dimasukkan dalam kemaluan wanita.


Lawaknya, bahan sama turut dijual kepada lelaki kerana dilihat mampu bertindak sebagai perangsang nafsu syahwat.

Tendai Calpass, 18, pembantu penjual bahan berkenaan, Sekuru Noah Jairos Maparanyanga mendakwa bahan itu amat berkesan tidak kira digunakan wanita atau lelaki.

"Lazimnya kaum wanita meletakkan air kencing berbentuk kristal itu ke atas kapas sebelum dimasukkan ke dalam kemaluan mereka. Hasilnya, jika si suami mahu mengadakan seks dengan wanita lain, alat sulitnya tidak akan berfungsi," katanya.

Namun dia mengakui hasilnya tidak menjadi jika pasangan suami isteri menggunakan bahan itu pada masa sama.

Menurut Calpass, daripada 59 herba dan ubat tradisi dijual di kedai itu, barangan yang berkaitan dengan percintaan dan seks yang paling popular dalam kalangan pembelinya.

Katanya, penyakit seksual dan minyak senyonyong antara bahan yang sering dicari pekerja seks.

"Contohnya, pelacur sering membeli herba dikenali sebagai mudiwa-diwa yang dicampurkan dengan losyen mereka supaya dapat menarik minat pelanggan," katanya.

Antara herba lain yang menjadi buruan remaja perempuan termasuk yang boleh membantu menjadikan kemaluan mereka lebih menarik.

"Herba dikenali sebagai mudhonza atau muputa itu amat popular dalam kalangan remaja perempuan. Cara mengambilnya mudah, iaitu seperti rokok. Saya dimaklumkan ia memang berkesan," katanya.

Menurutnya, banyak lagi herba dijual untuk tujuan perubatan seperti bagi merawat sakit jantung, batuk kering dan herpes, namun kebanyakan wanita datang membeli ubat tradisional yang dianggap membantu mempertingkatkan kesihatan kewanitaan termasuk membantu mengurangkan sakit senggugut.- Agensi

Wan Azizah MB baru Anwar lantik Rafizi penasihat ekonomi S'ngor

Posted: 21 Jul 2014 06:31 PM PDT

Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.

Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.

Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.

Sultan S'ngor tak hingin Khalid Samad mengadapnya

Posted: 21 Jul 2014 06:01 PM PDT

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk diperkenan menghadap baginda berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ia ekoran surat yang dihantar oleh Khalid bukanlah surat memohon ampun.

Khalid memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor selepas baginda murka terhadap tindakan MP Shah Alam itu menggesa supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Banir mengumumkan keputusan itu hari ini, dengan memetik kandungan surat yang dihantar oleh Khalid kepada pihak Istana Jumaat lalu.

Portal berita Agenda Daily memetik beliau sebagai berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi baginda menolaknya kerana Khalid semata-mata mahu memberikan penjelasan.

Menurut Munir lagi, baginda enggan menerima surat permohonan itu kerana "dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid".

"Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada Tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan," tambahnya.

Sementara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak mahu mengulas mengenai keputusan sultan sekarang.

"Saya menganggap akan ada jawapan rasmi, kerana saya telah menulis secara rasmi, dan saya akan memberi respons selepas saya mendapat jawapan, jika perlu," katanya

MAS banyak dosa terima balasan Allah - PAS

Posted: 21 Jul 2014 05:15 PM PDT

Pemuda PAS Kedah mengaitkan tragedi MH17 dengan "unsur kemurkaan Allah" ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat.

"Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam," kata ketua penerangannya Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Tarmizi berkata, hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

Beliau juga berkata, menaiki pesawat MAS tidak menggambarkan ia dikendalikan oleh negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran, malah sentiasa menjadi johan taranum.

"Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah," kata Ahmad Tamizi.

Pemuda PAS Kedah juga mencadangkan diadakan soal selidik dan kajian sama ada syarikat itu akan terjejas jika tiada arak dihidangkan dalam MAS dan pramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Sementara itu, dewan itu juga turut melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa di dalam pesawat berkenaan serta ahli keluarga yang terlibat.

3 pakar Malaysia ke lokasi kemalangan #MH17

Posted: 21 Jul 2014 05:10 PM PDT

KIEV 21 Julai - Malaysia telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pakar untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan di lokasi kemalangan MH17, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu telah dipilih selepas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) telah meminta Malaysia untuk menamakan tiga pakar bertauliah bagi menyertai pasukan penyiasat antabangsa.

Tambahnya, OSCE juga memberi jaminan kepada mereka bahawa ia telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia mengenai keselamatan dan keselamatan pasukan.

"Kami telah memberikan keutamaan kepada keselamatan mereka dan telah meminta OSCE memberi keyakinan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - AGENSI

'Kita jumpa di Padang Mahsyar' - Mohd. Afif

Posted: 21 Jul 2014 05:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Julai - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd. Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.

Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata, beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

"Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini hari ini.

Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.

"Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.

Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang. - BERNAMA

#MH17: Tragedi berkembar adalah ujian Allah SWT

Posted: 21 Jul 2014 05:00 PM PDT

Putrajaya: Dua tragedi membabitkan Penerbangan Malaysia (MAS) dalam empat bulan adalah ujian daripada Allah SWT dan tiada siapa pun boleh meletakkan kesalahan pada kerajaan Malaysia atau syarikat penerbangan kebangsaan itu, kata mufti terkemuka dari Zimbabwe, Mufti Ismail Musa Menk.

Penceramah motivasi popular itu berkata tragedi berkenaan bukanlah satu hukuman daripada Allah dan ia tidak bermakna apabila seseorang itu ditimpa musibah, Allah murka terhadap mereka.


"Hakikatnya ini adalah ujian yang kita, sebagai orang beriman, percaya bahawa ujian bermaksud takdir yang perlu kita tempuhi dengan sebaik mungkin," katanya selepas mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Mufti Menk berkata pihak yang menyalahkan Malaysia atau MAS sebenarnya tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya rasa tidak adil untuk menyalahkan kerajaan Malaysia dan MAS. Saya rasa adalah naif dan tidak tepat sebab perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa pun.

"Malaysia terpaksa melalui semua ini dan ia bukanlah pilihan mereka sama sekali. Perkara ini sudah ditakdirkan dan tiada apa yang boleh Malaysia lakukan," katanya.

Menk berkata kunjungan hormatnya ke atas Najib itu bertujuan menzahirkan setiakawan kepada Malaysia dan kepimpinannya, serta keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu.

Beliau berkata hakikat bahawa MAS ditimpa musibah dua kali dalam tempoh sebegitu singkat merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk memperlihatkan semangat setiakawan kepada mereka yang terlibat menerusi apa jua cara, lebih-lebih lagi kepada kepimpinan negara ini yang terpaksa memikul tanggungjawab berat berikutan tragedi ini," katanya.

Menk berada di Malaysia sejak hari pertama Ramadan dan akan berada di negara ini sehingga selepas Aidilfitri. - Bernama

#MH17 Puak Pemisah Akur, Serah Kotak Hitam Kepada M'sia

Posted: 21 Jul 2014 04:00 PM PDT

Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.

"Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.

"Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.

"Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.

"Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya," ujarnya.

Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.

Sementara ketiga katanya, penyiasat antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.

"Saya perlu menegaskan bahawa walaupun perjanjian telah dicapai, masih terdapat beberapa langkah-langkah yang diperlukan sebelum ia selesai.

"Saya meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama dan memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya," jelasnya.

Najib turut melahirkan simpati dan kesedihan rakyat negara ini terhadap insiden berkenaan. (sumber Astroawani.com)

Apa Yang Tersirat

Posted: 22 Jul 2014 01:40 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Dalam Bulan Ramadhan- Anwar Singkir Khalid Ibrahim

Posted: 22 Jul 2014 06:26 AM PDT

Akhirnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor. Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.

Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor.

Penyingkiran Khalid Ibrahim dibulan puasa ini, menjadikan Khalid seorang yang tidak lagi menyambut Hariraya dengan gembira seperti rakyat lain; sebaliknya beliau dan keluarganya menyambut Hariraya dengan sedih. Cara Anwar menyikir Khalid, seolah-olah jawatan-jawatan dalam Pakatan Rakyat adalah milik peribadinya.

Rakyat Selangor khasnya dan negara umumnya kena mengambil iktibar kepada kedudukan Khalid. Anwar tidak segan silu menggunakan kuasanya demi kuasa keluarganya.

Pihak DAP dan PAS, perlu bertindak sesuatu berkaitan dengan kedudukan Khalid. Sekiranya Wan Azizah tidak mendapat perkenaan Sultan Selangor, besar kemungkinan Khalid akan terus berkhidmat meskipun bukan pilihan Anwar; namun jika beliau diundi tidak percaya, oleh semua ADUN Pakatan Rakyat, maka Khalid terpaksa akur.

tun faisal dot com

Posted: 22 Jul 2014 01:39 PM PDT

tun faisal dot com


#MH17 : [Video] Bahan mengaitkan Rusia dengan nahas adalah palsu dan direka

Posted: 21 Jul 2014 08:00 PM PDT



Hujah-hujah yang menafikan bukti-bukti yang mengaitkan Rusia dengan kejadian agak meyakinkan.


#MH17: Pemisah serah Kotak Hitam kepada Pakar Malaysia dan Belanda seperti dijanjikan

Posted: 21 Jul 2014 03:58 PM PDT



Penyerahan Kotak Hitam MH17 dilakukan pada jam 0113 waktu Ukraine (6:13 pagi waktu Malaysia)




Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Jul 2014 01:08 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Wanita Hina Kapten Pesawat #MH17 Dan Maki Melayu Ditahan Reman! Tahniah @PDRMsia

Posted: 21 Jul 2014 11:34 PM PDT


Wanita Cina yang bernama Sim Kwang Yung yang memanggil juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin  sebagai bodoh dan menyamakan beliau dengan kambing pemakan rumput, akhirnya ditahan reman oleh pihak Polis Di Raja Malaysia di bawah Section 4 (1), Akta Hasutan. Wanita berkenaan turut mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang Muslim dan Bumiputera melalui tulisan-tulisan di posting di laman sosial Facebook beliau. (Baca pendedahan CTS di sini).

Wanita berkenaan beberapa hari kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Tawau semalam kerana mendakwa nama, butiran peribadi dan gambarnya telah disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab di laman Facebook (Baca di sini). Wanita berkenaan telah ditahan oleh sekumpulan anggota polis hari Isnin semalam, jam 11.30 pagi. Pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tahanan reman selama seminggu.

MSM Milik FGV ... Milik Felda, Kata Presiden MSM Malaysia Holdings Berhad - Mari Kenali Beliau Secara Dekat

Posted: 21 Jul 2014 10:54 PM PDT


Ramai orang yang tidak tahu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), diperbadankan pada 10 Mac 2011, adalah merupakan pengeluar gula yang terbesar di Malaysia. Ianya telah diperdagangkan di Papan Utama, Bursa Malaysia pada 28 Jun 2011. Sebelum ini kalau disebut MSM ada juga pihak yang bertanya apa itu MSM dan siapa di belakangnya? Bukan sahaja orang biasa, malah ada juga Ahli Parlimen yang tidak tahu apa itu MSM. Masih ada yang menyangka MSM adalah kepunyaan Tan Sri  Syed Mokhtar Al-Bukhary. 

Memang benar MSM dulunya adalah milik jutawan gula, Tan Sri Robert Kuok. Namun sekarang anak syarikat Felda, Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) telah mengambil alih. Pada tahun 2009, Robert Kuok mengumumkan penjualan keseluruhan ekuiti dalam MSM yang membabitkan 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd (KGFP), ladang tebu seluas 5,797 hektar di Chuping, Perlis dan 20 peratus saham dalam Tradewinds (M) Bhd, kepada FGV.

Siapa teraju utama di belakang MSM? Tidak lain dan tidak bukan adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif,  Dato' Sheikh Awab Sheikh Abod. Latar belakang Sheikh Awab bukan calang-calang. Pemegang Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSM pada 1 Januari 2014 setelah memangku tugas itu sejak 1 Disember 2013. Bekas sarjana Universiti Oklahoma State, Amerika Syarikat itu mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang perbankan.

Daripada tahun 2003 hingga 2004, beliau adalah Pemangku CEO Malaysian International Merchant Bank sebelum dilantik Presiden dan CEO Affin Investment Bank dari 2005 hingga 2007. Sheikh Awab kemudian dilantik Pengerusi PECD Bhd dari 2007 hingga 2010. Beliau pada ketika ini juga adalah Pengarah serta Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Sheikh Awab juga adalah Pengerusi Axis Consultancy & Advisory Services serta pengarah beberapa syarikat dalam Kumpulan FGVH.

Walaupun raut wajah beliau agak serius, Sheikh Awab adalah seorang yang mudah mesra dan suka berjenaka ketika diwawancara. Menurut Sheikh Awab, pengalamannya dalam bidang perbankan banyak mematangkannya dalam selok belok perniagaan dan beliau tidak getar dengan cabaran-cabaran baru.

"Dalam industri perbankan, kita bersandar kepada fakta dan angka. Samalah juga bila saya menguruskan MSM. Fakta dan angka tak akan berbohong. Apapun orang kata, sekiranya saya boleh bentangkan fakta dan angka, tak ada sesiapa mahupun pembangkang boleh kelentong hakikatnya," katanya.

Mengenai harga gula, Syed Awab berkata ramai orang tidak memandang langkah kerajaan mengawal harga gula dari sudut yang mendalam dan sehubungan itu mereka mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang.

"Kita berdepan dengan realiti. Kalau mereka nak tanya mengapa kerajaan kawal harga gula, ia adalah satu-satunya komoditi yang mana majoriti negara di dunia mengawal harganya. Contohnya, Korea yang mengenakan kuota import lima hingga 35 peratus dan Indonesia, 35 peratus. Jepun pula tak bagi langsung permit import gula putih. Malah China yang penduduknya lebih daripada 1.3 billion mengenakan duti import."

"Kita kawal harga untuk melindungi kilang penapis tempatan kerana kerajaan telah mengeluarkan berbilion Ringgit. Pembangkang kata konon kita nak menolong Tan Sri Syed Mokhtar. Itu tak benar. Dia cuma memilik 37 hingga 39 peratus. Yang lain MSM yang kuasai. Jika kita liberalisasikan harga gula, kita akan membuka ruang kepada dunia untuk menentukan harga gula dalam negara ini. Bermakna, kalau harga gula melambung naik, kita akan terikut sama."

"Yang tak ada duti import dan kuota ialah Singapura dan Brunei. Mengapa? Sebab mereka tidak ada kilang penapisan gula. Malaysia walaupun ada kilang penapisan gula, juga tak ada kuota import. Sepatutnya Malaysia kenakan kuota import dan duti import untuk melindungi kilang penapisan kita," jelas Sheikh Awab. Menurut Sheikh Awab Rakyat Malaysia tidak mempunyai sebab untuk merungut mengenai harga gula. Katanya di Asia, Malaysia adalah negara kedua termurah harga gula selepas Thailand.

Bercakap mengenai perancangan masa hadapan, Syed Awab berkata MSM akan melakukan beberapa penjenamaan semula anak-anak syarikatnya yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM14 juta.

"Jenama MSM bernilai RM100 billion lebih. Yang kita ada sekarang ialah MSM Holdings, sebuah syarikat yang disenaraikan di bursa saham. Kita ada Malayan Sugar Manufacturing (MSM) di Prai. Tetapi ramai orang yang terkeliru dengan Malaysian Sugar. Kita juga ada Kilang Gula Felda Perlis (KGFP) di Chuping. Kita akan buat penjenamaan semula. Dulu kualiti gula dari Perlis tidak sama dengan kualiti gula dari Prai. Gula Perlis hanya dijual kepada penjual dan peruncit. Ia tidak boleh dijual kepada industri sebab prosesnya lain."

"Kita akan tukarkan proses situ dan insyallah pada Ogos ini kita akan dapat kelulusan untuk menukarkan jenama dan gula dari Perlis supaya sama dengan gula dari Prai. Jadi kita tukar KGFP kepada MSM Perlis. Astakonas, anak syarikat kita yang mengendalikan pengangkutan gula akan diubah namanya kepada MSM Logistics."

Apa yang menarik sepanjang temubual dengan Presiden / CEO syarikat gula terbesar di Malaysia adalah apabila beliau berkata, "Saya bukan ahli politik. Saya seorang profesional. Jadi biarlah saya buat kerja saya sebagai seorang profesional. Baik pembangkang atau sesiapa sahaja, mereka kena sedar, fakta tetap fakta. Kita tak boleh putar-belit."

Tahniah DS @NajibRazak!!! Satu Dunia Memperkatakan Kejayaan Rundingan #MH17 Dengan Alexander Borodai

Posted: 21 Jul 2014 05:46 PM PDT

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak memang terbukti sebagai pemimpin yang hebat. Bijak pandai mengatakan, seseorang pemimpin yang tulen akan menyerlah sekiranya beliau mampu bangkit sewaktu ketegangan dan malapetaka. Ini yang telah DS Najib Tun Razak berjaya buktikan. Diplomasi DS Najib Razak nampak berhasil berbanding tindakan ugutan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Setelah berunding dengan Alexander Yurevich Borodai selaku komander Ketua Pemisah Ukraine, yang menguasai kawasan tersebut, pihak pemisah bersetuju;

1. Untuk serahkan mayat nahas MH17 kepada Malaysia.

2. Untuk serahkan 2 kotak hitam kapada Malaysia.

3. Memberi jaminan keselamatan untuk pasukan penyiasat antarabangsa masuk ke kawasan nahas.

Rakyat Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri di atas kerja keras dan kejayaan berunding dengan pihak kumpulan pemisah. Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berkocak. DS Najib Razak pernah menyuarakan,
"Kadang-kadang saya rasa ingin bertindak lebih tegas dan lantang bersuara, tetapi saya perlu bertindak dalam keadaan tenang supaya hasilnya lebih baik."
Kejayaan Perdana Menteri berunding dan mencapai persetujuan dengan ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai juga disiar dengan meluas di pelbagai media antarabangsa. Antaranya, The New York Times, tanpa segan silu memberi penghargaan dan pujian di atas kejayaan Perdana Menteri, di dalam artikel akhbar berkenaan bertajuk "Malaysia Premier Brokers Deal To Recover Black Boxes".

The New York Times dipetik berkata, kejayaan Perdana Menteri berunding dengan pemisah Ukraine agar diserahkan mayat dan kotak hitam MH17 adalah sesuatu yang gagal dicapai negara-negara lebih berkuasa. Malah lebih manis lagi, majlis penyerahan kotak hitam MH17 kepada wakil Malaysia di Bandar Donetsk, telah disaksikan sendiri oleh Ketua Pemisah Ukraine, Alexander Yurevich Borodai. Perdana Menteri bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia malah telah menonjolkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin bertaraf dunia.


Terkini, puak Pemisah Donestk akhirnya menunai janji kepada Perdana Menteri Malaysia apabila menyerah kotak hitam MH17 kepada Malaysia lewat malam tadi waktu Ukraine. (Dua objek oren sebelah kiri di dalam gambar di bawah)


Skim Baru Bagi Membantu Pengendali Bas Henti-Henti - TS Syed Hamid Abar

Posted: 21 Jul 2014 12:30 AM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata satu skim baharu akan diwujudkan bagi menggantikan Skim Dana Sementara, bertujuan membantu pengendali bas henti-henti di kawasan luar bandar yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi mereka. Tan Sri Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengusaha Pengangkutan Awam di Johor Bharu semalam. 

Skim baharu itu dijangka dilaksanakan di di Kota Tinggi dan Kluang pada akhir tahun ini sebelum diperluas ke tempat lain, katanya. Beliau berkata menerusi skim baharu itu pengendali perkhidmatan bas tidak perlu bimbang untuk mengutip bayaran tiket kerana penumpang akan menggunakan kad bayaran yang akan direkodkan sistem berkomputer yang dipasang pada bas terbabit. Katanya, SPAD akan menyemak rekod itu, kemudian membuat bayaran penuh kepada pengendali bas mengikut perjalanan yang dibuat oleh penumpang. 

Menurut beliau, SPAD yang menerima peruntukan RM400 juta daripada kerajaan telah membantu 150 syarikat bas henti-henti di Semenanjung dan juga termasuk syarikat di Sabah dan Sarawak yang tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD. Beliau berkata ini merupakan tahun ketiga SPAD melaksanakan skim tersebut. 

Duke of UMNO

Posted: 22 Jul 2014 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


HARAP TAN SRI KHALID AMBIL TINDAKAN KAT AH SOH NI JUGAK...

Posted: 22 Jul 2014 07:33 AM PDT


Saya tak faham. Buruk bebenor la perangai orang sekarang... 

Hari tu ramai yang kutuk Kiki... walau takda kena mengena pun, depa maki hamun minah tu... padahal Apek tu "cool" jer... 

Ni cerita Ah Soh ni pulak yang viral kat media sosial...

 

Ingat yer... jangan kurangkan pahal puasa kita dengan memaki hamun Ah Soh tu pulakkkk... heh!


Kalau la saya ni kaum Cina, memang saya malu abih dahhhh... tapi tak tau la depa malu ke tidak dengan perangai Ah Soh tu...heh! Cuba tanya depa... 

Errr... PDRM tak mau amik tindakan jugak ka kat Ah Soh tu? Kerja sosial 4,800 jam? Denda RM6000? Atau penjarakan jerrrr....heh! Mencuri tu jenayah, kan? Criminal case....

#MH17: BILA KAPTEN MAS BERSUARA...TAK FAHAM-FAHAM LAGI?

Posted: 22 Jul 2014 02:36 AM PDT


Mungkin ramai yang tidak mengenali nama "Ahmad Fariz Mokhtar". Namun bagi mereka yang terlibat dalam industri penerbangan negara, khususnya warga juruterbang Malaysia Airlines (MAS), mungkin mengenali individu ini.

Ahmad Fariz merupakan seorang kapten yang menjadi salah seorang juruterbang MAS. 

Mungkin tidak tahan lagi dengan teori-teori karut dan ulasan-ulasan tidak masuk akal dari sesetengah pihak yang "buta" namun cuba "tunjuk pandai" mengulas tentang tragedi MH17, Ahmad Fariz terpanggil untuk menulis sesuatu di akaun laman Facebook miliknya.
 
Baca seterusnya di sini

A Piece of My Mind

Posted: 22 Jul 2014 11:44 AM PDT

A Piece of My Mind


The "Najib Move"

Posted: 22 Jul 2014 04:20 AM PDT


While the world was busy preparing statements and meeting the press to slam Russia, it was the Prime Minister of a developing country with a population of 29 mil population

(1) established contact with Alexander Borodai, who is in command of the crash site

(2) secured the bodies and the black boxes

(3) received permission to access the crash site with safety guaranteed for the independent international investigators.


I wonder if the wife of the politician from Penang who used the words "scary and useless" to describe Malaysia (she apologized) has anything else to say now.

There were two comments in Twitter that caught my attention - YB Liew Chin Tong and Datuk Mazri Muhammad.

"@liewchintong: MH17 may be the beginning of a New Cold War. If Russia has to be told off, we have no choice but to do it. Our foreign policy needs clarity."

"@mazri73: If we are vocal against Russia, will Russia stop support for Malaysian Su-30s, MiG-29s and other weapon systems in our military arsenal"


Their comments made me realized the complexity of our foreign relations policy especially in this tragedy.

Both countries have had diplomatic relations since the 1960s. About half of our air assault potential is Russian made. We have about 30 Sukhoi and MiG fighter jets. Trading between the two countries is valued at approximately US$ 2 billion. In education, we have over 5,000 students there.

This is not a case of being vocal, neutral or being quiet. It is about priorities and the timing must be right especially when there were reports of inaccessibility to the site and with news quoting the Ukrainian Prime Minister later that the rebels did not allow the train with bodies to leave.

The international media and international figures were quick to push the blame of the MH17 on Russia but there were some who threw in conspiracy theories against the Americans such as the Operation Northwoods that was rejected by President John F. Kennedy.

Whether it was the Americans, Ukrainians or Russians, no one is sure until the investigations have been concluded.

We are caught in a geopolitical crisis and Najib has played his cards right without jumping on the bandwagon to blame the rebels, the Russians or the Americans. The reality is that the bodies and crash site are in the region under the command of Alexander Borodai. Najib made the right move when he established contact and reached an agreement with Borodai for the bodies, the black boxes and the investigation to be carried out. No harsh statements or bullets would have worked but only diplomacy.


It is important that the Americans, Ukrainians and Russians know that the Malaysian Government and the families of the victims of geopolitics do not have interest in who controls Donetsk. In this moment of grieve and sadness, the only right thing to do is to allow the families to have their loved ones back for a proper burial first.

The next phase is for investigations to be carried out thoroughly and to deliver justice for those who lost their lives in MH17. The individuals who are directly responsible, the operations chief and the one who pulled the trigger, must be swiftly brought to justice. It is an unforgivable sin.

PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Jul 2014 11:27 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Kem Azmin Ali nafi sebaran sms letak jawatan !!

Posted: 22 Jul 2014 10:47 AM PDT



[ UNTUK SEBARAN SEGERA ]

23 Julai 2014

Laporan Perletakan Jawatan YB Mohamed Azmin Ali

Merujuk kepada sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak bertanggungjawab termasuk melalui media sosial atas nama palsu 'Keadilan Daily' berhubung perkara di atas, Pejabat YB Mohamed Azmin Ali menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

YB Mohamed Azmin Ali kini sedang berada di Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah. Justeru sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN.

InshaAllah, Ramadhan al Mubarak ini akan memperteguh tekad kita untuk meneruskan perjuangan demi kemaslahatan rakyat.

Pejabat YB Mohamed Azmin Ali‎

PM Malaysia dipuji urus & bincang sendiri #MH17 dengan pemberontak @NajibRazak

Posted: 21 Jul 2014 11:52 PM PDT



 - Duta Besar Rusia ke Malaysia, Lyudmila Vorobyeva memuji kerajaan Malaysia yang mengambil sikap terbuka dan neutral dalam mengendalikan isu tragedi menimpa MH17.

Menurutnya, lebih menarik perhatian dunia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menguruskan dan menuntut hak kerajaan Malaysia menerusi perbincangan terus dengan pemimpin kanan pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai. - UTUSAN ONLINE

NAJIB DIPLOMASI PEMBERONTAK BANTU RUNGKAI NAHAS #MH17

Posted: 21 Jul 2014 05:30 PM PDT

Pastinya seluruh negara dan dunia terkejut dengan pengumuman PM Malaysia dalam satu sidang media khas malam tadi pada jam 12.20 pm 22 Julai 2014.

Siapa dia Najib Razak untuk pi bercakap dengan Ketua Pemberontak Alexander Borodai ?  

Hampir semua media pro Barat menyiarkan pelbagai berita negatif memburukan pasukan pemberontak kononnya mayat penumpang dijadikan tebusan dan kotam hitam telah dihantar Moscow.



Tetapi bagaimana seorang pemimpin Melayu dari negara kecil tetapi berjiwa besar ini boleh berdiplomasi dan berunding dengan mereka dan akhirnya dizahirkan dengan berita baik kepada ahli keluarga mangsa dan juga perkembangan  penyiasatan mencari dalang sebenar MH17.

Obama , Ukraine & negara Eropah lain hanya tahu memberi tekanan menyalahkan Russia dan pemberontak tetapi Malaysia yang ternyata lebih bijak dan cerdik berdiplomasi dengan mereka.



GPB yakin Presiden Russia Putin juga turut terbabit membantu Najib dalam berunding dengan ketua pemberontak Pro Russia ini.

Kesimpulannya , Najib Razak membuktikan beliau juga salah   seorang pemimpin Melayu  bijak berdiplomasi sepertimana zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu  Melaka dan juga bekas PM seperti Tunku Abd Rahman , Tun Razak dan Tun Mahathir.

Selain itu beliau juga membuktikan dirinya seorang  PM yang mampu menangani bila negara ditimpa krisis dan bencana.

Sokongan dan doa daripada rakyat Malaysia  ternyata memberi kekuatan terhadap beliau ..

NAJIB MOVE LEBIH HEBAT ... 




Mayat mangsa MH17 akan dibawa keluar segera - Najib

PUTRAJAYA 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua penumpang MH17 akan dibawa ke bandar Kharkiv di Ukraine sebelum diterbangkan ke Amsterdam dan seterusnya dibawa pulang ke negara masing-masing.

Najib berkata, tindakan berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.

"Perkara pertama ialah kesemua mayat mangsa MH17 akan dibawa dengan keretapi ke Kharkiv, Ukraine dan diserahkan kepada wakil dari Belanda dengan ditemani enam wakil pasukan penyelamat Malaysia.

"Mayat kemudiannya diterbangkan menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda dan selepas menjalankan kerja-kerja forensik, mayat warga Malaysia kemudiannya akan dibawa pulang negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Dua kotak hitam MH17 akan diserah kepada Malaysia

PUTRAJAYA 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine akan diserahkan oleh puak pemberontak kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine).

Najib berkata, tindakan itu berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.

Selain membawa segera keluar mayat dari lokasi tragedi dan menyerahkan kotak hitam, puak pemberontak juga memberi janji keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE

IPOHMALAY

Posted: 22 Jul 2014 09:15 AM PDT

IPOHMALAY


Prabowo tolak keputusan Pilihanraya Presiden Indonesia 2014

Posted: 22 Jul 2014 02:38 AM PDT

Pemilihan Presiden Indonesia 2014 dirundung masalah besar. Calon Presiden yang diambang kekalahan hasil kiraan Quick Count Suruhanjaya Pilihanraya Umum , Prabowo Subianto menyatakan bahawa ia tidak menerima sama sekali hasil Pemilihan Umum tersebut biarpun sebelum ini kedua-dua calon menyatakan kesiapsediaan mereka menerima kekalahan andai tidak memenangi Pemilihan Presiden tersebut.

Berdasarkan Quick Count di hari pemilihan, Hj. Djoko Widodo atau lebih biasa dipanggil Jokowi, (53) dari parti PDIP telah dinilai memenangi pilihanraya presiden tersebut dengan 52.5% undi. Real count yang seharusnya memberi jawapan mutlak pada jam 4 petang hari ini hanya baru selesai mengira 75% undi dengan Jokowi mendahului Prabowo dengan 52.4% undi.

Akibatnya keadaan tidak menentu kembali mencengkam Indonesia apabila calon presiden Prabowo yang dikenali emosional, garang tidak bertempat dan elitis orang-orang kaya yang disokong orang-orang kaya ini kelihatannya kini memboikot pilihanraya opredisen tersebut dengan tuduhan kali ini kononnya Suruhanjaya Pilihanraya Umum melakukan penipuan.


Imej : detikNEWS

Selasa, 22/07/2014 16:27 WIB
Penolakan Prabowo Atas Pelaksanaan Pilpres Langkah Mundur dalam Demokrasi
Nala Edwin - detikNews

 
Jakarta - Sikap Prabowo Subianto yang menolak pelaksanaan Pilpres disayangkan. Ada mekanisme sesuai konstitusi di mana bila Prabowo tak sepakat dengan hasil yang ditetapkan KPU, bisa memilih Mahkamah Konstitusi (MK).

"Penolakan ini sesuatu yang tidak perlu. Mengapa? Seharusnya yang tidak puas dengan rekapitulasi itu membawanya ke MK karena MK tempat penyelesaian sengketa Pilpres. Penolakan ini tidak mendidik dan bisa disebut sebagai langkah mundur demokrasi," jelas Tim Hukum Jokowi-JK, Todung Mulya di Jakarta, Selasa (22/7/2014).

Menurut dia, penolakan terhadap Pilpres di injury time ini sangat disayangkan. Penolakan itu telah melanggengkan polarisasi keterbelahan masyarakat. 

"Saya khawatir luka pilpres ini akan membelah masyarakat," tambahnya.

Todung melanjutkan, Pilpres ini tetap sah karena rakyat sudah menggunakan hak pilihnya. KPU berwenang menyatakan pilpres ini sah. 

"Penolakan ini akan membuat demokrasi Indonesia tercemar. Saya sedih. Rakyat sangat dewasa dlm pilpres ini. Tetapi elite politik malah tidak dewasa. Saya berharap rakyat akan tetap tenang, tidak bergejolak. Saya harap pemetintah akan menjaga demokrasi dan keamanan serta ketertiban rakyat," tegas dia.

Tiada ulasan:

Pengikut