Sabtu, 12 Julai 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 12 Jul 2014 04:00 AM PDT

tunku


Tun Mahathir Urges People To Donate To Palestinians

Posted: 11 Jul 2014 03:26 PM PDT

 Malaysians should extend help, even in a small way, to ease the pain of Palestinians who are under siege by Israel military, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said the Perdana Global Peace Foundation had set up a fund, which could be accessed via the Internet, to enable the public to donate to the people of Gaza, Palestine.

"To date, we've collected RM500,000 and we accept any amount, even RM1," he told reporters after launching a book entitled "TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement): Malaysia is not for Sale" authored by the Malay Economic Action Council at Karangkraf here Friday.

Dr Mahathir, who is also Perdana Global Peace Foundation president, said the foundation would seek help from Palestine's neighbours to take the aid, including money and medicines, to the Palestinians.

At least 98 Palestinians have been killed since Israel launched its "Operation Protective Edge" on Tuesday.

Present were Dr Mahathir's wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali and Malay Economic Action Council CEO Mohd Nizam Mahshar.



The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 12 Jul 2014 03:56 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Putarbelit media pro Israel

Posted: 11 Jul 2014 11:11 PM PDT


Dengar putarbelit media barat pro-Israel berikut:


Baik punya Mr Gollaway. Hehehe ...


Wow! Macam ni punya orang ke yang mahu jadi PM?

bumiyang

Posted: 12 Jul 2014 03:09 AM PDT

bumiyang


Lebih Afdal Meraikan Pemimpin DAP di Bulan Ramadhan Berbanding Anak2 Yatim???

Posted: 11 Jul 2014 05:30 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 12 Jul 2014 01:42 AM PDT

Taipingmali (tm)


Persidangan Umno Bahagian

Posted: 11 Jul 2014 04:14 PM PDT

Mesyuarat UMNO Bahagian yang dijadual bermula 8 Ogos hingga 14 September dilanjutkan tarikh persidangannya kepada 30 Setember, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jelas beliau, ini dibuat memandangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 25-29 November 2014.

Perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan yang berdiri teguh dalam perjuangan hak rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis terhadap serangan kepada orang-orang awam.

"MT juga menyarankan supaya sembahyang hajat dilakukan di seluruh negara di peringkat bahagian-bahagian dan akan turut memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan tersebut apabila tiba masanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, petang ini.

Konflik Israel Palestine

Posted: 11 Jul 2014 03:56 PM PDT

14 Ramadhan 1435H
Sabtu 12.30a.m.

Apabila Barrack Obama menyatakan bahawa beliau tidak mahu konflik antara Hamas - Israel berpanjangan sebenarnya beliau cuba merasionalkan kemarahan umat Islam tentang serangan Israel ke atas Gaza.

Konflik sebenarnya bukan antara Hamas-Israel tetapi antara Palestin-Israel. Kenyataan beliau secara diplomatiknya berusaha membela keganasan Israel ke atas pembunuhan orang awam dan kanak-kanak Palestin dengan mengkambinghitamkan Hamas sebagai punca kejadian. Ia sebenarnya suatu SANDIWARA Iblis dan Dajal akhir zaman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=904479399569461&id=100000222294669&ref=bookmark

Demikian jua apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau menyokong penuh sebarang usaha untuk melindungi kedaulatan & keselamatan Israel, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil masa sebulan untuk mengulas kenyataan tersebut. Itu pun setelah Anwar mendatangi beliau dan memesongkan pemikiran Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah pun menandatangani Annapolis Summit 2007 bersama 80 pro zionis tegar bagi mengiktiraf penubuhan sebuah negara Israel. Dan usah terpedaya jika Anwar Ibrahim mengutuk serangan terbaru Israel terhadap Gaza. Ia sebenarnya satu SANDIWARA Iblis dan Dajal akhir zaman jua.

 #‎pray4Palestine

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Jul 2014 12:03 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BRING MAY 13

Posted: 11 Jul 2014 08:50 AM PDT


Dear DAP Leaders and Dr. P. Ramasamy,

Need I remind you that May 13th, 1969 was a dark blotch in Malaysia's otherwise clean history? Neighbour turned against neighbour. Friends turned to foes. And the blood of innocent Malaysians painted the streets of Malaysia. Our history was meant to teach us a bitter lesson; creating racial dissention wasn't worth the blood spilt. You would think that this was a lesson that everyone carries with them today, but nope, it seems to have missed its mark with Dr. P. Ramasamy.

The DPM recently released a statement, discouraging Malaysians from criticizing one another's religious or ethnic practices, saying that doing so might lead to a repeat of May 13th. Which in light of the racial and religious issues that are going on today, I thought was a fair statement to make, reminding people of their past doesn't hurt. However, the DPM's statement did not sit well with Dr. Ramasamy. In response, Dr. Ramasamy challenged the DPM to "bring May 13" that DAP were not scared of May 13. That they were game for a repeat of May 13.

Of course you're not scared, if May 13th breaks out again, you will be safe. You will still be rich and have power. You won't even be touched by the violence, doctor, because you will have bodyguards to protect you. May 13thdoesn't affect people like you, it affects people like me, businessmen, and average Malaysians.

You think it's a joke when people are being slashed on the street just because they look Chinese or Indian or Malay? You are a representative of the people, but who the hell are you representing? I voted for DAP but those are certainly not my views. You are a leader of people, you are supposed to carry the responsibility of our lives and livelihood on your shoulders, and yet you make statements that encourage violence and economic instability?!?!               


Are you blind Doctor? Do you not see what is happening amongst our neighbours in Thailand and Indonesia? Riots have caused their economies to plummet. My business countrerparts in Thailand are suffering because of the political unrest in their country. Is that what you want for Malaysia? Maybe it is, because if the economy goes down people like you, who have money, benefit because you have money to spend in a shit economy. But for the average people in Malaysia, we suffer! Business suffers! We can't make money when people are scared to walk the streets!

Aren't you a proud Malaysian, Doctor? I pride myself on being a Malaysian because we are one of the most peaceful countries in South East Asia. And you want to change all that. Do you realize that another May 13 would mean Malaysia would be thrust into Emergency mode? That we would be at the mercy of the military and the police? That YOU would be at their mercy? The power that you have gained through our votes would mean nothing, it would be the end of democracy. Good Luck to you should that happen. Did you think before you spoke?

Doctor, we are not the United States of America, who can afford to go to war. We are a developing country, having even the slightest bit of unrest is detrimental for our economy. How are we ever going to achieve first world economy status with people like you encouraging violence?!? And here you are a leader who professes to want the best for his nation encouraging people to fight one another, consequences be damned.

I voted for DAP and its leaders because I had faith in your vision of a better Malaysia, where everyone was equal. But if your vision has changed to one of violence and dissention to get what you want, then I am ashamed of my decision. You're not the responsible leaders I thought you were. You are not looking out for my betterment, you are looking out for yours, because unlike you I cannot afford May 13 and I AM scared.

Sincerely,

A Disappointed Supporter.

GAMBAR EKSKLUSIF DS ROSMAH MANSUR DENGAN HANDPHONENYA

Posted: 11 Jul 2014 02:24 AM PDT

Gambar Kandid DS Rosmah Mansur
Semalam dalam satu majlis Ramadan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Selangor, kemesraan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan YAB Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim menjadi viral di media siber.

Malahan, rakan media saya di Jakarta menghantar pesanan ringkas kepada saya, apakah TS Khalid Ibrahim akan menyertai UMNO kerana tekanan kuat dalam PKR yang mahukan beliau turun takhta. Saya berkata, jika pak Jusuf Kalla dari parti Golkar bisa bekerjasama dengan Partai PDI-P, masakan di Malaysia tidak bisa. Dia menjawab, "he he he...". 

Apa pun, di sebalik mata merasa seronok melihat kemesraan-kemesraan perbuatan dan ucapan-ucapan di antara dua tokoh ini, ada sesuatu yang tidak disedari oleh khalayak. Namun, sahabat saya berjaya mengambil gambar eksklusif Datin Seri Rosmah Mansur.

Mesej sahabat saya itu kepada saya, "DS Rosmah pakai Handphone biasa sahaja, not even a smartphone". Saya terkejut, lalu saya katakan kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu melihatnya.

DS Rosmah Mansur adalah seorang ibu yang sederhana, seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sederhana, kesederhanaannya tidak dilihat mungkin kerana beliau tidak suka menunjuk-nunjuk kesederhanaan itu. Beliau boleh sahaja memakai handphone jenama terkini jika beliau mahu.

Jika beliau yang selalu dimomokkan dengan pelbagai tuduhan liar oleh pihak tertentu, sudah tentu beliau boleh sahaja memakai handphone jenama IPhone 5S jenama baharu atau Samsung jenama terkini. Tetapi, DS Rosmah mengeluarkan handphone jenis lama yang bukan smartphone pun dari beg tangannya!

Selama ini, beliau akan menerima baik sesiapa sahaja yang memerlukan kehadirannya, walaupun kadang-kadang majlis itu akan membawa impak negatif kepadanya, tetapi kerana menghormati jemputan penganjur, beliau menghadirkan diri juga. Itu adalah kesederhanaan dalam sikap dan cara membuat keputusan.

Beliau hadir semalam dalam majlis Yayasan Pendidikan Cheras, malah kenyataan beliau hanya tidur lebih kurang 4 jam sehari membayangkan pengorbanan beliau kepada rakyat dan negara.

Beliau tidak kekok mendekatkan dirinya dalam majlis-majlis agama, majlis bersalawat ke atas Rasulullah SAW, majlis membaca yasin dan tidak lupa menunaikan umrah di Mekkah. Semua ini adalah kasihsayang Allah SWT kepada hambaNYA.

Saya yakin Allah SWT akan melindunginya dan memberi hidayah-hidayah yang berterusan kepadanya.

Sumber : jentayuabaka

Video Gelap Guan Eng Tersebar?

Posted: 11 Jul 2014 12:29 AM PDT

Lakonan Guan Eng beberapa hari yang lepas dalam isu gelandangan. Yang tak jelas boleh ke sini.



Kononnya Kerajaan Pulau Pinang jaga golongan gelandangan.

Manyak baik punya khalifah. Talak tangkap itu homeless people.

Tapi hakikatnya....




*Kantoi...

Belantan

Posted: 11 Jul 2014 11:37 PM PDT

Belantan


Contohi kecemerlangan Jerman!

Posted: 11 Jul 2014 10:29 PM PDT

Pemain-pemain pasukan Jerman meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan tuan rumah Brazil dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, Brazil, kelmarin.

Brazil, Argentina, Belanda dan Jerman adalah empat pasukan terakhir yang layak ke separuh akhir, Piala Dunia 2014. Dua negara dari Amerika Latin, manakala dua lagi dari Eropah. Dua negara yang kurang maju iaitu Brazil dan Argentina berbanding dua negara lain dari benua Eropah iaitu Belanda dan Jerman.

Kontroversi penganjuran Piala Dunia 2014 di Brazil bukan setakat aksi gigitan Luiz Suarez tetapi juga rakyat negara itu dari golongan miskin tidak bersetuju dengan penganjuran Piala Dunia ini. Bagi mereka, ia satu pembaziran.

Antara keempat-empat pasukan ini, hanya Jerman pasukan paling konsisten dalam kejohanan sukan yang diangkat sebagai paling hebat di dunia ini. Empat kali berturut-turut Jerman berjaya memasuki separuh akhir Piala Dunia. Jerman mempunyai pemain-pemain yang hebat-hebat belaka meskipun tidak begitu popular seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali, setiap pemain Jerman memiliki jiwa kental dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Inilah sebenarnya kehebatan orang Jerman.

Selama ini kita terlalu taksub dengan Liga Inggeris (English Premier League) tetapi mana perginya pasukan England di pentas Piala Dunia? Mereka setakat hebat di liga tempatan mereka dengan memiliki pemain-pemain import bertaraf dunia. Namun, apabila mengumpulkan pemain-pemain terbaik warganegara England di kejohanan sehebat Piala Dunia, kesudahannya, pasukan kebangsaan England tidak ke mana.

Berbeza dengan pasukan Jerman yang mana liganya tidaklah sebegitu popular sebagaimana Liga Inggeris. Yang menariknya, kelab-kelab Jerman terutamanya seperti Bayern Munich sering kali menguasai pentas Kejohanan Eropah.

Satu perkara yang cukup menarik tentang orang Jerman, mereka sentiasa berdedikasi dalam apa jua lapangan. Ini terbukti apabila ekonomi Jerman berada dalam kalangan kelompok ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China dan Jepun. Bahkan, tatkala krisis hutang Eropah, Jerman sentiasa menjadi antara kuasa penentu ke atas keputusan-keputusan ekonomi Kesatuan Eropah.

Sistem tadbir urus korporat Jerman juga berbeza berbanding negara-negara yang pernah dijajah British. Syarikat-syarikat korporat Jerman mempunyai keupayaan dan kemampuan di peringkat antarabangsa. Banyak produk Jerman seperti Adidas, BMW, Audi dan Mercedes-Benz menjadi jenama dunia. Salah satu sifat unggul orang Jerman, mereka sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dan mempunyai budaya kerja berkualiti tinggi.

Misalnya, universiti-universiti Jerman tidak terlalu pedulikan dengan ranking tetapi apa yang mereka pedulikan adalah manfaat yang boleh dikembalikan kepada masyarakat setempat. Adakah "permainan" ranking ini menguntungkan kita umat Islam Malaysia?

Kita perlu banyak mengambil iktibar cara kerja orang Jerman. Sebelum ini kita memandang ke arah negara-negara timur seperti Jepun.

Sememangnya cara kerja orang Jepun juga hebat. Sebab itulah kita boleh lihat cara kerja mereka yang berdedikasi berlandaskan Islam meskipun bukan beragama Islam. Sebaliknya di sini kita sukar melihat cara kerja berasaskan tuntutan ajaran Islam meskipun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

Itu Jepun, manakala Jerman pula sebuah negara yang cukup mementingkan kemajuan masyarakat mereka. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Jerman semakin kuat dengan kombinasi Jerman Barat dan Jerman Timur. Perpaduan rakyatnya juga cukup kukuh.

Kalau di negara kita, ada saja pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman yang boleh mengugat perpaduan.

Sewajarnya ketika negara kita menuju ke arah negara maju, perpaduan umat Islam Malaysia semakin kukuh dan maju dalam serba serbi.

Maka tidak ada salahnya, kita mencontohi cara kerja, disiplin dan kerjasama kukuh orang Jepun dan Jerman. Kedua-dua bangsa ini cukup mementingkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka meskipun berlainan agama berbanding kita di Malaysia.

Dan jangan lupa mentor ilmu bagi teknologi dan kejuruteraan Jepun adalah Jerman. Itulah hakikatnya! -UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 11 Jul 2014 11:23 PM PDT

The Unspinners


MPKN memandai luar terma rujukan... Bubar dan pecat Kurup!!!

Posted: 11 Jul 2014 07:28 PM PDT

Berdasarkan prinsip, Kak Napsiah patut letak jawatan ... hard-up sangat elaun ke?

Undang-undang Pengganti Akta Hasutan 1948 Ditentukan Kabinet- Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya kata beliau perkara itu akan ditentukan oleh kabinet.


Justeru tegasnya, MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan perkara itu (penghasilan draf undang-undang baharu).

"Sepatutnya perbincangan dan pendapat dibincangkan secara tertutup dan MKPN bukan badan muktamad, sebaliknya kabinet," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) di bangunan PWTC di sini.


Najib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk turut menyatakan pendirian serta menyumbangkan pendapat terhadap usaha penghasilan draf undang-undang itu.

Oleh itu, beliau berkata Umno akan mewujudkan satu jawatankuasa kecil di bawah Biro Perlembagaan dan Undang-undang untuk mengkaji dan seterusnya membuat cadangan berhubung draf undang-undang tersebut untuk pertimbangan pihak kerajaan.

-- BERNAMA



Dahlah Dato Seri ... pecat saja si Kurup dan bubar MPKN ni ...

Khalid buka dengan mesra sama UMNO, Ada apa-apa ke?

Posted: 11 Jul 2014 08:30 AM PDT


Khalid dapat sokongan PAS dalam DUN Selangor. Tiba-tiba berbuka dengan PM semalam ....

Parpukari bertanya:

Ini program BN dimana PM turun dan seperti korang tengok Khalid Ibrahim turut serta bersama PM di Masjid Bukit Jelutong.

Apakah isyarat ini? Dengar cerita pergolakan dalaman PKR semakin memuncak. Gesaan utk Khalid meletakkan jawatan semakin kuat.

Apakah Khalid Ibrahim mempunyai perancangan beliau tersendiri? Seperti yang telah aku katakan sebelum ini aku memang menyokong penuh agar Khalid Ibrahim terus kekal sebagai MB Selangor.


Pasti pembangkang dah mula sumah seranah:


Jumaat, 11 Julai 2014

HARAM JADAH PUNYA KHALID IBRAHIM

Petang tadi YAB Perdana Menteri meluangkan masa untuk sama sama berbuka puasa di Bukit Jelutong Shah Alam yang juga disertai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Walaupun berbeza pandangan politik,  tapi jelas dalam kemesraan yang kita lihat, Khalid Ibrahim lebih mesra dilayan oleh pemimpin Barisan Nasional sementara dalam pakatan sendiri pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau tambahan pula kini kerusi Menteri Besar sedang panas direbut oleh pemimpin pakatan sendiri.


Desas desus yang mengatakan bahawa Khalid akan disingkirkan nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila ada penganalisa politik tanah air mula mengatakan bahawa satu undi tidak percaya akan diusulkan kepada Khalid ekoran ketidak relaan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Khalid pula baru baru ini seolah olah mencabar PKR dengan mengatakan bahawa beliau sanggup berperang demi untuk mempertahankan jawatan yang beliau sandang kini sebagai CEO negeri Selangor.

Dengan kelihatan gambar keakraban Khalid bersama Perdana Menteri serta pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor sudah pasti ayat yang keluar dari pemimpin kanan atau tertinggi PKR akan mengatakan "HARAM JADAH PUNYA KHALID".


Ayat ini biasa kita dengar daripada Anwar apabila beliau tidak berkenan dengan seseorang atau sesuatu perkara.

Walaupun Khalid menjadi pemimpin kerajaan negeri dan beliau dari parti pembangkang di Malaysia itu tidak bermakna Khalid di pinggirkan dan Sangkakala dengar tadi sudah ada kenyataan dari Perdana Menteri sendiri bahawa beliau boleh bekerjasama dengan Khalid.

Apa maksud kerjasama yang dinyatakan tu? Adakah ianya akan menjadi satu titik tolak persefahaman diantara Khalid dengan kepimpinan negeri Selangor?

Kita nantikan dan tunggu apa yang bakal berlaku.

Teresa Kok salahguna kelonggaran masuk jaja perkauman DAP ke Sarawak

Posted: 11 Jul 2014 05:00 AM PDT


Teresa Kok diberi kelonggaran untuk menghadhiri majlis mengingati Wong Ho Leng yang DAP tidak ambil peduli ketika sakit berhadapan dengan kanser.

Sepatutnya dia tidak boleh masuk kerana pejabat ketua Menteri tidak benarkan Teresa Kok masuk ketika kali terakhir dia mahu pergi ke Sarawak.


Sebaik diberi kelonggaran, rupanya dia telah pergi membuat lawatan ke pejabat DAP Sarikei. Pada asalnya lawatan hanya untuk perjumpaan dengan penganut ugama Kristian anjuran Sidang Injil Borneo cawangan Sarikei di gereja St Anthony.

Malahan dia telah membuat sidang akhbar pada pukul 5 petang bersama MP Sibu Oscar Ling,  MP Sarikei Wong Ling Biu dan pembantu khas beliau Rinda Alexander. Itu memang kebiasaan DAP dan itu saja dia tahu.

Yang menjadi tidak enakkan adalah Teresa menggunakan peluang itu untuk membawa politik perkauman dan cauvanis cina ke Sarawak dengan mengatakan peringatan penghindaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 13 Mei dimainakn sebagai memberi amaran.

Dengan bahasa yang kasar dan membakar, dia menuduh pemimpin sebegini tidak bermoral dan mereeka-reka kata bahawa selama 40 tahun tiada mana-mana pun menteri kabinet mengeluar kenyataan sedemikian. YB teresa kok turut membuat lawatan di gereja St Anthony sarikei.

Baca Dari Semantan Ke Lawas SINI


Seolah-olah nampak macam DAP ini baik sangat, dia kata tiada tegangan etnik di Malaysia.

Kalau begitu, Sarikei ada DAP Melayu ke? Malah DAP yang pegang semua jawatan ADUN dan AP di kawasan majoriti Cina dan Iban, tiada pun kemungkinan akan ada calun Iban sebagai mewakili kaum Iban.


Kononnya DAP mahu IBan jadi CM tapi CIna DAP yang pegang majoriti kerusi ka???

Perkara lima Rukunegara 2.0 DAP ialah Kesopanan dan kesuSIALAN

Posted: 11 Jul 2014 02:30 AM PDT


Rukunegara 2.0 adalah tuntutan merepek Dr Kua Kia Soong, rasis penipu yang memalsukan kisah Mei 13 1969 untuk agenda rasis dan cauvanis.


Rukenagara dan DEB adalah mekanisma untuk menyelesaikan permasaalahan perkauman ketika itu dengan mengurangkan jurang perbezaan antara kaum.

Seperti biasa DAP yang suka melakukan provokasi sentiasa menyalak dan menyondol seperti Dog and Pig untuk menentang sebarang usaha yang dilakukan kerajaan.

Sepanjang masa dari tahun 1969 hingga kini DAP tidak berhenti melakukan provokasi dan sentimen perkauman CIna sentiasa diperguna untuk membakar sentimen benci kerajaan.

KIni bekas MP DAP ini dan penggerak SUARAM mahu kata Rukunegara tidak inclusive. Padahal ketika itu DAP enggan menyertain National Unity COuncil. Gerakan sedia.

Satu lagi pihak yang tidak bersama adalah Parti Buroh yang merupakan platform gerakan teroris komunis.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Jul 2014 09:36 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


#PrayForGaza Marilah Kita Berdoa Keselamatan Gaza

Posted: 11 Jul 2014 03:20 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Jul 2014 03:26 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


McDonald's M'sia Nafi Salur Keuntungan Sokong Kempen Zionis

Posted: 11 Jul 2014 03:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

"Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.

"Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03-78433388, menurutnya.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.

Nelydia Senrose bergaduh dengan Qi di tempat awam

Posted: 11 Jul 2014 07:01 AM PDT

Baru-baru ini ada peminat yang memberitahu GUA mereka terserempak dengan pasangan kekasih Nelydia Senrose dan Qi Razali sedang bergaduh di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Gelagat pasangan ini menarik perhatian orang sekeliling kerana Nelydia dilihat mengalirkan air mata. Dek kerana itu, timbul tanya tanya sama ada hubungan pasangan ini mempunyai masalah atau sebaliknya.

"Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain," ujar Nelydia ketika ditemui di majlis berbuka puasa HBO Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia di Le Meridien, Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas Nelydia lagi, hubungannya dengan Qi Razali baik-baik sahaja dan harap peminat yang terlihat dia menangis tidak salah faham.

Selain itu, Nelydia turut melahirkan rasa terujanya kerana dipilih untuk menggunakan khidmat suaranya bagi watak Margo dalam filem Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia. Dia berharap versi Bahasa Malaysia ini turut mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat-peminat.

Belajar daripada kesilapan tahun lalu, Nelydia Senrose mengambil keputusan untuk mengurangkan kerjaya seninya sepanjang bulan Ramadan. Menurut Nelydia, pada tahun lalu dia begitu terikat dengan jadual kerja yang begitu padat sehingga tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

"Pada tahun lalu, saya sibuk dengan penggambaran 'Cinta Jannah' yang mana kebanyakkan masa dihabiskan di lokasi penggambaran sahaja. Saya berbuka dan bersahur hanya di lokasi penggambaran. Jadi, tahun ini saya kurang menerima tawaran berlakon kerana mahu luangkan masa dengan keluarga. Saya juga berkesempatan berkunjung ke pasar Ramadan serta menunaikan solat sunat Tarawih.

Apabila ditanyakan mengenai persiapan sambutan Syawal tahun ini, Nelydia berkata yang mereka sekeluarga tidak begitu teruja menyambut Raya kerana baru sahaja kehilangan nenek sebelah ayahnya kira-kira sebulan lalu.

"Tahun ini kami tidak begitu teruja dengan persiapan menyambut raya kerana baru sahaja kehilangan nenek kami. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan pulang ke kampung beraya, namun tahun ini mungkin kami hanya beraya di sini (KL) dulu sebelum pulang ke kampung pada Raya kedua untuk melawat pusara nenek," ujar Nelydia.

Gua.com.my

Ahli politik Jepun letak jawatan selepas video 'terlampau' tersebar

Posted: 11 Jul 2014 01:31 AM PDT

Sekadar gambar hiasan
TOKYO: Seorang ahli politik Jepun, yang menangis teresak-esak dalam video yang ditonton ramai berhubung kunjungannya ke kolam air panas, hari ini meletakkan jawatannya.

Ryutaro Nonomura, 47, ahli dewan wilayah Hyogo, tidak dapat menahan air matanya dan menjerit secara melulu apabila ditanya pada sidang akhbar minggu lalu mengenai kunjungannya ke kolam air panas itu dengan menggunakan duit rakyat.

Video yang menunjukkan beliau menangis ditonton 2.7 juta orang dan berikutan itu banyak pihak memintanya meletakkan jawatan.

Nonomura mengunjungi kolam air panas 106 kali tahun lalu, dengan menggunakan wang awam dan melaporkannya sebagai aktiviti politik. - AP

Isu 'tiada jihad di Palestin', Dr Maza sekali lagi sebar fitnah?

Posted: 11 Jul 2014 01:01 AM PDT

Berikutan dengan semangat berjihad dan simpati rakyat Malaysia terhadap nasib Palestin yang diserang Israel, pelbagai andaian dan tohmahan dilempar dan ditulis di wall laman sosial masing-masing.

Perkara menjadi lebih kronik apabila golongan-golongan ilmuwan pula meludah pendapat masing-masing hingga timbul konflik di kalangan mereka.

Ilmuwan kontroversi terkenal, Dr. Maza baru-baru ini menghukum Ulama Muda yang didakwanya mengatakan 'tiada jihad di Palestin' di laman twitternya berdasarkan sebuah video sekerat yang ditontonnya.

Sehubungan dengan itu, Abu Aqif Studio menulis sesuatu untuk Dr. Maza di laman Facebooknya:


@realDrMAZA #Muzabzib FITNAH Ustaz Idris Isu 'Tiada Jihad Di Palestin' melawan Yahudi.

Saya terpanggil untuk membetulkan FITNAH yang dilontarkan oleh Dr Maza Muzabzib pada tahun 2012. Dr Maza Muzabzib telah memfitnah Ustaz Idris Sulaiman dengan menyebarkan kenyataan yang diambil sekerat dari video rakaman di youtube iaiu tiada jihad di Palestin.

Fitnah ini dimulakan oleh beliau sebelum diikuti oleh pengikutnya yang buta hati dan taksub serta aggresif.

Hakikatnya tidak begitu. Ustaz Idris menyatakan tidak ada jihad di Palestin hanya dalam jihad menyerang (offense) sahaja. Manakala di dalam jihad pertahanan (defense) tidak dinafikan oleh Ustaz Idris sama sekali. Dan jika tidak boleh bertahan hijrah adalah jalan terakhir yang terbaik sebagaimana yang Nabi juga lakukan dahulu.

Tetapi mengapa kenyataan ini DISEMBUNYIKAN oleh Dr Maza Muzabzib dan pengikutnya?

Malah lebih teruk Dr Maza Muzabzib menjadikan FITNAH ini sebagai zikir tahunannya dan membangkitkan kemarahan pengikutnya yang taksub walaupun penjelasan lengkap telah diberikan oleh Ustaz Idris Sulaiman di bawah:

Bertaubatlah wahai Dr Maza Muzabzib. Di bulan Ramadhan pun anda berani memfitnah. Semoga Allah membalas perbuatan anda dengan balasan yang setimpal.

Cuma yang menghairankan saya kenapa Dr Maza Muzabzib tidak menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang pertahan golongan Yahudi merampas tanah Palestin dengan kenyataannya yang mungkar "I Support All Efforts To Protect The Security Of The State Of Israel".

Dan lebih menghairankan dan jelek, Dr Maza Muzabzib sendiri berkawan rapat dengan Yahudi yang menyekutukan Allah. Maka terserlahlah ke-Muzabzib-ian nya


Hotel di Dubai saji tarian ghairah daripada gadis yang diculik?

Posted: 11 Jul 2014 12:31 AM PDT

Hotel-hotel di Dubai memilih cara paling mudah untuk menarik pelanggan atau pengunjung ke premis mereka.

Sajian yang dihidangkan memang mengghairahkan, lebih ghairah dari tarian gelek. Kali ini mereka memilih untuk tarian separuh bogel kepada pengunjung hotel dan kebanyakan yang hadir adalah Syeikh dari tanah Arab.

Gadis-gadis ini dipercayai telah diculik dari pelbagai negara, termasuklah dari Russia, Arab Saudi dan dari beberapa negara eropah timur dan di bawa ke Dubai untuk tujuan di atas.

Sumber: All Voices

Muat naik foto 'tidur' dengan artis

Posted: 11 Jul 2014 12:01 AM PDT

Seorang wanita di Filipina baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto yang diambilnya di atas katil bersama seorang lelaki di dalam laman Facebooknya dengan meletakkan kapsyen "together sleep with Korean actor mr. Ji hwan kang"

Foto tersebut kemudiaanya tersebar pantas, berlegar-legar di kalangan peminat di Korea melalui aplikasi sosial telfon dan blog.

Menurut beberapa sumber media, agensi pelakon tersebut mengaku bahawa pelakon tersebut ada berkunjung ke Filipina atas urusan kerja beliau adalah orang yang sebenar dalam foto berkenaan.

Agensi itu juga mendedahkan wanita tersebut adalah pemandu jalan pelakon tersebut sepanjang berada di Filipina dan beliau memuatnaiknya hanya untuk suka-suka.


'Budak pailang' dihukum

Posted: 10 Jul 2014 09:42 PM PDT

Kota Samarahan: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' dihantar ke Sekolah Tunas Bakti selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya di sini, April lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman menetapkan hukuman itu selepas meneliti laporan akhlak ketiga-tiga pelajar berkenaan.

Mereka masing-masing akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Miri, Terengganu dan Melaka selama dua tahun.

Ketiga-tiga tertuduh diarahkan ditempatkan di Taman Sri Puteri, Telaga Air sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing.

Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latiff.

Pada 23 Jun lalu, tertuduh mengaku salah di mahkamah yang sama atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di Asajaya.

Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di Internet.

Hanna Yeoh nafi peluk Islam

Posted: 10 Jul 2014 07:31 PM PDT

SUBANG JAYA -"Saya menganut agama Kristian dan tak pernah memeluk Islam," tegas Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan dakwaan kononnya beliau memeluk Islam.

Menurutnya, beliau berkata, ada pihak menuduhnya sedemikian mungkin kerana melihatnya berbaju kurung dan mengenakan selendang setiap kali dijemput ke majlis buka puasa di surau dan masjid.

Katanya, dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara ini dan siapa yang mendakwanya sedemikian, beliau akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak berasas.

Semalam kecoh di laman sosial milik individu dikenali Ustaz Hisham yang meminta mana-mana pihak mengesahkan dakwaan Hannah Yeoh menyatakan keinginan mahu memeluk Islam.

Kenyataan dipaparkan bersama gambar Hannah Yeoh bermesra dengan penduduk itu berbunyi 'setelah beramah mesra bersama umat Islam di SS13, Speaker Selangor, Hannah Yeoh menyuarakan keinginannya untuk memeluk agama Islam dan meluahkan kekagumannya kepada hukum hudud.'

Status dihantar jam 11.54 malam turut tertera nama Farhanah Yeoh di atas kenyataan tersebut.

Fifa gantung Nigeria

Posted: 10 Jul 2014 07:23 PM PDT

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kecemasan Fifa selepas mendapati kerajaan negara tersebut mencampuri urusan NFF.

Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah memecat keanggotaan NFF dan kerajaan negara itu kemudian dilantik sebagai pentadbir tunggal bola sepak, tidak lama selepas pasukan kebangsaan mereka
kembali daripada saingan Piala Dunia di Brazil.

"Mengikut Perkara 13 dan 17 Statut Fifa mendapati sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan," katanya.

Perkembangan terbaru itu menyebabkan pasukan Nigeria tidak akan dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan di bawah Fifa.

Pertandingan paling hampir adalah kejohanan Piala Dunia Wanita dijadualkan pada 5 hingga 24 Ogos ini.

Untuk rekod, skuad bola sepak Nigeria pada saingan Piala Dunia di Brazil sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 pasukan selepas kalah kepada Perancis, 2-0 dalam perlawanan kalah mati itu.

Bunuh model: Kerabat diraja antara yang ditahan

Posted: 10 Jul 2014 06:00 PM PDT

Johor: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang kerabat diraja bagi membantu siasatan kes bunuh model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, 29, yang mayatnya ditemui di pantai Pulau Rawa, Mersing, awal bulan ini.

Kerabat diraja yang berusia 27 tahun dan seorang lagi berumur 30 tahun ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing untuk merekodkan kenyataan mereka berhubung kes itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Kena reman tujuh hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu yang tinggal di Kuala Lumpur, kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi sebelum ditahan reman tujuh hari sehingga Rabu ini.

"Dengan penahanan dua lelaki itu, tujuh orang sudah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, Hasnan dalam satu sidang media mengesahkan kematian wanita itu sebagai sebagai kes bunuh berikutan ada beberapa kesan kecederaan di badan mangsa.

Pas sedia pecat ahli terlibat kumpulan radikal

Posted: 10 Jul 2014 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pas tidak akan teragak-agak memecat mana-mana ahlinya yang terlibat dengan kumpulan radikal sama ada di luar ataupun di dalam negeri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak mengizinkan penglibatan ahlinya dalam kegiatan radikal kerana Pas mendukung pendekatan demokrasi menerusi pilihan raya.

"Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi.

"Sebab itu Pas tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam, ia juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa di sepanjang zaman," katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Presiden Pas di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas meneliti dengan penuh berhati-hati perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria serta meminta para ahli dan penyokongnya memahami segala bentuk percaturan proksi yang sedang berlaku di negara-negara bergolak itu.

Katanya, sejarah tamadun Islam telah menunjukkan banyak masalah dalaman umat dapat diselesaikan tanpa peperangan sebagaimana pada zaman Khulafa' ar-Rasyidin, zaman Amawiyah (Umayyah), zaman Abbasiyah dan zaman Uthmaniyyah.

"Adalah ditegaskan bahawa Pas tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihan raya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan-rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia," katanya.

Bakal pengantin terlampau

Posted: 10 Jul 2014 04:15 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 10 Julai - Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meragut seorang wanita, Ahad lalu.

Syahfadhil Mulop, 25, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa meragut dua utas rantai termasuk seutas rantai emas milik B. Chandera di tepi jalan berhampiran pasar raya Chekers, Jalan Cheras, Cheras di sini kira-kira pukul 12 tengah hari, 6 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie mengemukakan pertuduhan terhadap penjual nasi kerabu itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah kerana anak guamnya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selain membantu ibunya berniaga.

Hakim Azwarinda Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampiran dua bulan sekali sebagai syarat jaminan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini.

Duke of UMNO

Posted: 11 Jul 2014 01:49 PM PDT

Duke of UMNO


TERKINI: APA KATA ANWAR BILA ISRAEL SERANG GAZA..??!!!

Posted: 10 Jul 2014 07:32 PM PDT

Ramai betul yang marah, geram, sedih dan bengang habis bila puak rejim zionis Israel serang Gaza baru-baru ni. Marah betul sampai ada yang menangis tengok baby yang meninggal dunia terkena serangan zionis laknatullah tu...

Antara yang dok marah tu, ramai jugak la yang terdiri dari golongan yang "berketua"kan Anwar Berahim...

Saya yakin, Anwar kat Malaysia ni dah tentu akan kutuk serangan Israel tu habis-habisan. Kalau depan media, saya yakin Anwar akan belasah Israel tak cukup tanah...

Tapi...


Tapi dunia semua tahu perangai Anwar yang macam sesumpah tu. Dulu masa dia kutuk Israel depan kita semua, khabarnya dia fly buat "apology tour". Habis dia jumpa kroni-kroni Zionis Israel kat luar sana, mintak maaf sebab kutuk Israel masa dalam Malaysia...


Rentetan dari serangan terbaru Israel baru-baru ni, agaknya apa pulak komen Anwar? Dia kutuk? Dah agak dah.. Biasa laaaa.. sesumpah, kan?

Ni cuba baca kat sini pulak...

yeopPERAK

Posted: 11 Jul 2014 01:39 PM PDT

yeopPERAK


Bercinta dengan suami orang???

Posted: 11 Jul 2014 10:26 AM PDT



Lihatlah apa kata mereka….
~ Kata gadis 1 : "Saya dah elak bro, dan try untuk in love dengan single man, tapi they all semua gelojoh, tak pandai ambil hati, jadi saya benci. So, everytime jumpa yang saya suka je, mesti lelaki tu dah berkahwin! …nak buat macamana?"
~ Kata gadis 2 : "Tak tahulah pasal apa, suami orang ni memang pandai take care lah bro. Tak macam lelaki-lelaki muda dan belum berkahwin ni semua. Kita pula yang kena take care of them, boring!"
~ Kata gadis 3 : "Awal-awal tu, tak tahu yang dia dah berkahwin. Tengok dia free je. Always have time for me. Call pun boleh anytime, sms pun dijawab setiap masa. Selalu jumpa…so kita ingat dia single la. Tak sangka pula dia dah berkahwin. Masa tahu tu, kita dah sayang dah kat dia bro…"
~ Kata gadis 4 : "Kalau isteri dia tak mahu suami cari lain, dia kena lah bijak menjaga suami. Masak setiap hari kat suami, supaya suami jangan makan luar je. Nanti isteri pun dia cari kat luar lah, terkenan dengan masakan orang luar!"
~ Kata gadis 5 : "Kami wanita ni cepat kesihan kan orang bro…kami kaum yang lemah, bila seorang lelaki datang meluahkan perasaan sedih mereka, rasa kecewa mereka dengan perkahwinannya…mesti kita rasa kesian punya bro. Sebagai seorang wanita, mestilah saya turut merasa sedih. Sudahlah si suami ni 'tak dapat' servis lama bro. Sebagai isteri kenalah bagi suami kepuasan yang diminta, kalau dia tak boleh…biar saya bagi, saya boleh bro!"
There you go…let's play blaming game!! …now you nak salahkan mereka? How can you? You salahkan one girl, then suami you minat the other girl yang lagi cun punya and then you salahkan that girl pulak…
Nampak tak its not the girls fault? …its your husband, you sould blame the husband and maybe diri sendiri juga kerana membiarkan perkara ini berlanjutan sehingga si suami keluar mencari yang lain. Menyalahkan orang lain di dalam hal ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. You got no one to blame except YOU!
BUT…my advised here, jangan play the blaming game! Find the solution! Apa masalahnya yang sebenar? Mengapa suami anda berubah hati? Cari dan cari, then try so solve it!
Cari jalan penyelesaiannya… for example :-
  • Jika dia nak yang seksi, then seksi kan diri anda demi suami
  • Jika dia nak makan sedap-sedap dirumah then, masakkan dia yang sedap-sedap. Belajar masak!
  • Jika dia terlalu banyak masa terluang….penuhkan masa bersama dia, go for a holiday
  • Jika dia fikir ada wanita lain yang lebih cantik pada you, cantikkan diri you lebih pada wanita itu
  • Jika dia nak have sex…aihhh, sex pun tak nak ke? Bagi lah dia puas-puas!
The solution is, buatkan segala-gala lebih dari apa yang si suami mahu. Berikan dia satu pengalaman yang tidak pernah dialaminya, seolah-olah anda, suami isteri sedang HAVING AFFAIR!. Buatkan setiap hari ada berbagai-bagai perkara menarik yang tidak pernah anda lakukan bersama suami. Jadikan diri anda lebih baik dari mana-mana wanita yang pernah dia minati.
TAPI, kalau hingga ke tahap itu anda lakukan, then suami masih cari wanita lain… then you kena cari suami lain pulak lah, obviously suami you dah tak boleh terima you lagi, or maybe suami you memang jenis suka lebih seorang wanita… well, itu bukan salah sesiapa lah memang dah sah suami tu yang gatal!! hahahaha

Kata Pakteh...!!

Posted: 11 Jul 2014 01:36 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Tiada Peluru, YB Pas tembak pakai angin

Posted: 11 Jul 2014 12:59 AM PDT

Kadang-kadang pakteh ni baca juga kisah-kisah yang blog kedahlanie tulis. Jarang Pakteh nak ambik peduli tulisan blog tersebut kerana tidak ada kaitan dengan pakteh. Namun sehari dua yang lepas Kedahlanie memetik kata-kata Ketua Pembangkang di Kedah yang mempertikaikan pentadbiran UMNO dibawah DS Mukhriz Tun Mahathir. 
Bagi Pakteh menegur, membantah, menyindir itu bagus sekiranya untuk kebaikan dan ekor sendiri tidak terpalit tahi. Memang sewajarnya untuk memajukan Kedah, pembangkang yang kuat sangat dialu-alukan. DS MB sendiri pernah mengalu-alukan kerjasama antara UMNO dan Pas di Kedah.
Apa yang Pakteh terkesan ialah tuduhan tentang Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba kononnya kerajaan UMNO hari ini membatalkan malah tidak mengambil peduli pusat sedia ada di Kulim. Bagi Pakteh, kesalahan sebenar ialah Pas yang memutar belitkan fakta. Bolehkan YB Pas yang satu ketika dulu Exco Kedah memberikan angka peruntukan yang diluluskan untuk Tahfiz Sains Pulau Toba?. Selepas memberikan angka itu, nyatakan juga adakah ONGKOSnya telah tersedia 100% sehingga siap. Nyatakan juga kemana perginya DANA yang diperuntukan. YB Ketua pembangkang juga perlu nyatakan TARIKH SEBENAR kerja-kerja pembinaan Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba TERTANGGUH. Jika YB Ketua Pembangkang benar-benar ikhlas......In Shaa Allah...kita akan mendapat jawapan. 

p/s: Atau...YB Ketua Pembangkang sebenarnya sengaja seperti kata pepatah "Marah anak sindir menantu"? 

tun faisal dot com

Posted: 11 Jul 2014 01:30 PM PDT

tun faisal dot com


#PilPres2014: Salahkan KPU (SPR) jika #Prabowo menang.. macam biasa dengar je

Posted: 10 Jul 2014 09:20 PM PDT

Nota: Strateginya adalah untuk mengumumkan kemenangan awal, tuntut kemenangan terlebih dahulu, desak kawal peti undi supaya tiada penipuan dan salahkan Suruhanjaya Pilihan Raya jika kalah.... macam pernah ku dengar, tapi di mana ya..
Salahkan KPU Jika Prabowo Menang, Pernyataan Burhanuddin Muhtadi Bisa Picu Konflik
11 Juli 2014 08:23 WIB

Salahkan KPU Jika Prabowo Menang, Pernyataan Burhanuddin Muhtadi Bisa Picu Konflik
Burhanuddin Muhtadi
REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA -- Pernyataan Direktur Eksekutif Indikator Politik Indonesia Burhanuddin Muhtadi yang menyatakan hasil surveinya yang paling benar dan jika berbeda dengan hasil KPU maka KPU yang salah dinilai tidak tepat. Burhanuddin telah merusak upaya KPU yang telah bersusah payah membangun kepercayaan di hadapan masyarakat.

"Pernyataan Burhanuddin itu merusak KPU, KPU kan sudah bersusah payah membangun kepercayaan. Kalau gitu bubarkan saja KPU, biar saja penyelenggara pemilunya adalah lembaga survey," sindir Pengamat Politik Pangi Syarwi Chaniago kepada Republika, Jumat (11/7) pagi.

Menurut Pangi, bagaimanapun KPU adalah lembaga resmi yang menyelenggarakan pemilu dan pilpres. Hasil penghitungan suara yang dilakukan KPU merupakan yang sah dan diakui negara. KPU merupakan lembaga negara yang independen dan tidak bisa diintervensi oleh siapapun.

Seperti diketahui, berbicara kepada sejumlah media, Burhanuddin Muhtadi, yakin benar dengan hasil hitung cepat yang dilakukan lembaganya. Indikator menunjukkan kemenangan Joko Widodo-Jusuf Kalla dengan 52,95 persen, sementara Prabowo-Hatta hanya mendapat 47,05 persen. Terlebih lagi, lanjut dia, banyak lembaga survei lain seperti Indikator, SMRC, dan Cyrus yang juga menunjukkan hasil serupa.

"Kalau hasil hitungan resmi KPU nanti terjadi perbedaan dengan lembaga survei yang ada di sini, saya percaya KPU yang salah dan hasil hitung cepat kami tidak salah," kata Burhan di Jakarta, Kamis (10/7).

Menurut Pangi, pernyataan Burhanuddin itu justru bisa memicu konflik. Karena, jika memang ternyata hasil penghitungan nyata KPU memenangkan Prabowo-Hatta, maka pendukung Jokowi-JK yang sudah terlanjur mempercayai Burhanuddin akan marah dan menganggap KPU telah curang. "Sehingga ini bisa memicu konflik dan kekrisuhan politik," kata Pangi yang merupakan staf pengajar di FISIP UIN Syarif Hidayatullah tersebut.

Padahal, jika dihitung dari hasil quick count lembaga survey yang memenangkan Jokowi-JK, termasuk Indikator Politik Indonesia yang dipimpin Burhanuddin, Pangi justru meragukan hasil tersebut. Karena, dengan tingkat kesalahan atau margin error satu persen, tidak mungkin jika masing-masing lembaga berbeda dan terpaut jauh dalam menghitung hasil quick count tersebut.

"Saya meragukan quick count yang memenangkan Jokowi seperti LSI, CSIS-Cyrus Newtwork, SMRC, Litbang Kompas, Indikator Politik dan RRI. Masing-masing selisih menurut quick count  tersebut, Prabowo-Hatta memperoleh kisaran 48 persen dan Jokowi-JK meraih 52 persen," kata Pangi.

Namun, Pangi lebih mempercayai salah satu lembaga survey yang memenangkan Jokowi-JK lainnya yakni Populi Center di mana hasil quick qount menunjukkan perbedaan tipis. Yakni, pasangan nomor urut satu Prabowo-Hatta meraih 49,06 persen dan Jokowi-JK 50,94 persen.  

"Selisihnya tidak terlalu jauh alias tipis satu persen. Nah, yang jadi pertanyaan retorisnya kenapa hasilnya bisa terpaut jauh antara Populi Center dengan lembaga-lembaga yang memenangkan Jokowi-JK lainnya," kata Pangi.

Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Jul 2014 01:27 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Khalid Hadir Berbuka Puasa Anjuran Umno Selangor- Ada Apa-Apa Kah?

Posted: 11 Jul 2014 07:25 AM PDT

Mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan bahawa gerakan yang cuba menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar oleh kalangan pemimpin PKR sendiri yang ditunggangi Dato Seri Anwar Ibrahim, iaitu langkah Kajang yang digerakan oleh Rafizi Ramli dan langkah usul tidak percaya melalui ADUN yang diketuai Azmin Ali tidak mampu menggugat kedudukannya untuk sementara waktu; maka untuk menyanggah gerakan itu, maka beliau melakukan langkah sendiri.

Kehadiran MB Selangor itu di majlis berbuka puasa anjuran Umno Selangor adalah julung-julung kalinya sejak tahun 2008. Ada apa-apa kah? berkaitan langkah itu?

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, "downplay" tindakan MB Selangor itu, sambil menyatakan bahawa kehadiran MB itu atas kapasitinya sebagai MB Selangor.

Kemelut Selangor, bukan daripada pihak mana-mana, kemelut Selangor adalah ciptaan Anwar sendiri. Umno atau BN tidak mempuyai kaitan dengan kemelut itu. 

Dalam PRU-13 lalu, BN hanya menang 12 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor, manakala PKR-14; DAP-15 dan PAS-15. Secara matematik; kalau BN bersama PAS berastu, maka berjumlah 27 kerusi plus Khalid Ibrahim menjadi 28; maka akan keududukan ADUN akan seri; jika satu atau dua ADUN menyebelahi Khalid, maka tumbangkan kerajaaan PKR-DAP-PAS, sebaliknya akan tertubuh kerajaan PAS atau BN Plus. Apa kah kemungkinan itu berlaku?

Bulan Ramadhan: Antara Pembaziran dan Kelaparan

Posted: 11 Jul 2014 06:55 AM PDT

Sabtu lalu di Alor Gajah Melaka, seorang remaja berumur 17 tahun, Hafiz Abdul Ghani anak sulung kepada 10 adik beradik mati kerana dipukul oleh bapanya sendiri; hanya disebabkan bapanya tercabar, apabila anaknya itu meminta izin untuk mencari kerja agar dapat membeli juadah untuk berbuka puasa untuk adik-adiknya.

Hafiz dikatakan tidak tahan melihat adik-adiknya yang hanya minum air kosong dan bubur untuk berbuka puasa.

Ayah Hafiz yang berkerja sebagai buruh, hanya mampu membeli makanan seperti itu untuk anak-anaknya.

Namun, di kalangan masyarakat kita, terutama pada bulan ramadhan ini, sering kali kita menyaksikan bagaimana pembaziran berlaku di sana sini terutama di hotel-hotel apakah hotel mewah atau tidak berbintang. Sering juga kita melihat majlis berbuka puasa yang dianjurkan terutama oleh para pemimpin, bukan sahaja mengiurkan bagi mereka yang tidak dijemput pada majlis itu; juga kenampakan bagaimana sifat berpoya-poya berlaku yang mengarah kepada pembaziran.

Kata orang, kalau mahu melihat bagaimana mewahnya seseorang itu, maka tunggu bulan puasa; tunggu masa berbuka puasa. Demikian juga untuk melihat bagaimana miskinnya sesebuah keluarga itu lihat apa yang dihidangkan semasa berbuka puasa. Contoh seperti yang berlaku pada keluarga Hafiz- berbuka dengan air kosong dan bubur. AYT yakin, keluarga Hafiz tidak sendirian dalam keadaan ini, masih ramai di luar sana, yang belum diketahui statusnya, mungkin lebih buruk daripada keadaan keluarga Hafiz.

Di negara kita berdekad-dekad telah berbilion dibelajakan untuk menaik taraf rakyat; selain itu berbilion wang zakat terkumpul untuk memperbaiki keadaan mereka yang tidak bernasib baik. Pertanyaannya, kemana sudah wang itu? Dibelanjakan di mana? 

Kita sering mendengar, bahawa kerajaan kita atau badan-badan NGO sering memberi sumbangan; dan berita sumbangan itu bukan sahaja disiarkan di dada-dada akhbar, malah disensasikan, tujuannya agar si pemberi sumbangan itu menjadi hero. Namun, disebalik itu, ramai lagi rakyat yang menderita seperti keluarga Hafiz walaupun berada di depan mata, tetapi mata kita silau; seperti kata pepatah Gajah Diseberang Laut Nampak, kuman dibibir mata tak nampak, Kera dihutan disusukan, anak dipangkuan dibiarkan kelaparan. Sebabnya, kerana ego mengejar nama.

Khalid Ibrahim Kera Sumbang Dalam Pakatan Rakyat

Posted: 10 Jul 2014 11:07 PM PDT

Apa kah Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjadi kera sumbang dalam Pakatan Rakyat? Khalid dalam situasi yang serba salah, terutama sejak timbulnya Kajang Move, yang pada awalnya gerakan itu adalah untuk menggantikan MB itu dengan Ketua Umum PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, gerakan itu terbantut, atas sebab Anwar hilang kelayakan bertanding atas sebab dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana perbuatan meliwat.

Atas sebab Anwar gagal bertanding, maka kedudukan Khalid untuk sementara kekal sebagai Menteri Besar negeri terkaya di Malaysia itu- Selangor. Namun usaha untuk menggantikan Khalid bukannya diberhentikan; sebaliknya desakan semakin kuat malah secara terang-terangan, malah para pemimpin PKR sendiri yang dahulunya menyokong Khalid, kini bukan sahaja menjahui beliau, malah mendesaknya meletakan jawatan. 

Kedudukan Khalid semakin terancam, apabila gagal mempertahankan kedudukan dalam parti; keadaan itu dipergunakan oleh mereka yang berniat daripada awal-awal terutama dalam gerakan Kajang untuk mendesak Menteri Besar itu melepaskan jawatan, atas sebab akar umbi parti pun tidak lagi menyokong beliau.

Khalid selepas PRU-13, dianggap sebagai hero Pakatan Rakyat, atas sebab bukan sahaja mampu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, malah mampu menang dengan kuasa 2/3. Namun, sambutan pada beliau itu tidak berkekalan, individu yang senantiasa mengintai kedudukannya- Azmin Ali senantiasa membuat gerakan agar Khalid digantikan. Dalam mengadun strategi menggantikan Khalid, timbullah gerakan Kajang Move. Kajang Move menurut penganalisis politik tanah air merupakan punca semua kemelut dalam Pakatan Rakyat di Selengor terutama melibatkan parti PKR.

Kini, Khalid dalam situasi serba salah, terutama usaha mendesaknya meletakan jawatan termasuk penyebaran berita-berita palsu.

Khalid kelihatan seperti kera sumbang dalam kumpulan Pakatan Rakyat; atas sebab untuk julung kali, MB Selangor itu hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Barisan Nasional yang dihadiri Perdana Menteri. Kehadiran Khalid itu, akan menambah lagi desakan daripada pemimpin Pakatan Rakyat untuk beliau meletakan jawatan.

Apa kah Khalid dapat bertahan dengan cengkaman para penyokong Azmin yang secara terang-terangan mahu beliau meletakakan jawatan; sama-sama kita tunggu.

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Jul 2014 01:20 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Penutupan Separa Landasan Rel Sektor Gemas-Gua Musang Dilaksanakan Serta Merta

Posted: 11 Jul 2014 06:38 AM PDT


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas–Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014. Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam.

Sebelum ini, SPAD telah bersetuju pada 26 Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai 15 Ogos 2014. Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan penumpang di sepanjang sektor berkenaan. 

Arahan SPAD ini akan mengurangkan risiko terhadap aspek keselamatan penumpang dan operasi tren. Susulan daripada arahan ini, KTMB juga dikehendaki untuk melaksanakan dengan segera plan komunikasi menyeluruh serta penjadualan semula perkhidmatan mereka. Walaupun keputusan ini akan memberi kesan terhadap perjalanan perkhidmatan tren yang disediakan, SPAD selaku pengawal selia pengangkutan awam darat   sentiasa meletakkan aspek keselamatan penumpang sebagai asas utama dalam membuat apa-apa keputusan.

8 Julai yang lepas, Perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur mengalami gangguan selepas Tren No 28 Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan mengalami kegelinciran pada 1.50 pagi. KTMB dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di KM 80.0 di antara Kemayan-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang. Kenyataan penuh media dari SPAD boleh dibaca di bawah.

Asal Gaza Kena Serang, Boikot Mc Donalds Dan Nestle ... Google, Facebook, Samsung Tak Mahu Boikot Sama Ka?

Posted: 10 Jul 2014 09:03 PM PDT

Tabiat orang Malaysia ni, bila saja Gaza diserang masa tulah kempen boikot barang bermula. Boikotlah dalam seminggu dua. Lepas tu senyap balik. Balik semula ke asal balik. Bukan niat CTS untuk merendah-rendahkan atau mempertikaikan kempen memboikot barangan atau produk yang ada kaitan dengan Israel. Cumanya, janganlah disasarkan kepada produk yang terpilih sahaja seperti Mc Donalds, Starbucks dan Nestle. Kalau hendak boikot, boikot kesemuanya.

Kenapa tidak boikot produk Samsung yang majoriti masyarakat Malaysia memiliki telefon bimbitnya. Bukankah Samsung melabur USD100 juta dalam syarikat Israel? Baca di sini.


Kenapa tidak boikot laman sosial Facebook. Segala macam Ustaz menggunakan laman sosial berkenaan untuk berdakwah. Facebook juga telah membeli syarikat Israel, Onavo sebanyak USD150 juta. Baca di sini.


Mc Donalds Malaysia dalam satu kenyataan media mereka telah memberitahu mereka tiada kaitan dengan Israel, malah Pengarah Urusannya dan majoriti pekerjanya adalah Melayu Islam.


Tambahan pulak boikot produk yang kurang berkepentingan atau berkeperluan tidak memungkinkan keberkesanannya. Kenapa tidak boikot produk yang mana syarikat pengeluarnya punya pelaburan langsung dengan Israel seperti Samsung, Sony, Honda, Facebook, Twitter dan Google? Nilai barangan mereka dan kebergantungan pengguna menggunakan barangan tersebut pun jauh lebih tinggi. Soalan terakhir, mana lebih berkesan, boikot Mc Donalds Malaysia dan Nestle atau boikot Google dan Facebook?

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Jul 2014 11:22 AM PDT

PEJUANG BANGSA


MACAI PKR HILANG MODAL , GUNA NAMA UMNO UNTUK JATUHKAN MB SELANGOR

Posted: 11 Jul 2014 05:38 AM PDT


Bangang betul macai Assmin ni ... punya rakus nak tendang MB Selangor TS Khalid Ibrahim  digunakan nama UMNO sebagai modal fitnah mereka.

Apa masalahnya  MB Selangor hadir di program Majlis Berbuka Puasa Perdana PM bersama rakyat ??

Ia anjuran Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor dan bukannya anjuran UMNO Selangor ??

Kalau nak berpolitik jangan sampai bangang sangat ...  ..



SHAH ALAM 10 Julai - Malaysia akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini kerana selagi Palestin belum menjadi sebuah negara berdaulat, selagi itu rakyat Malaysia akan terus membantu perjuangan mereka.
Menurutnya, rakyat Malaysia akan terus berdoa agar matlamat perjuangan rakyat Palestin terlaksana pada suatu hari nanti.

"Perdana Menteri Palestin, Mahmoud Abbas ada menulis surat kepada saya. Dia kata Malaysia merupakan negara paling kuat menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib memberitahu, melihat kepada konflik yang melanda negara-negara Islam seperti Syria dan Iraq, Malaysia perlu membina kekuatan dalam semua bidang supaya dapat menjadi sebuah negara Islam contoh yang berjaya, progresif dan maju.

"Bertunjangkan kepada lima asas Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, inilah dasar yang diperjuangkan oleh kerajaan," katanya.


Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz berjumlah RM5,000 setiap sebuah.
Sementara itu, UMNO dijadualkan mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan kepada rakyat Palestin esok.


IPOHMALAY

Posted: 11 Jul 2014 10:06 AM PDT

IPOHMALAY


Cina Indonesia berasa tidak sedap hati

Posted: 11 Jul 2014 01:52 AM PDT

Kaum Cina di Indonesia ternyata berada dalam keadaan 'tidak sedap perut' apabila calon yang rata-rata disokong mereka Joko Widodo belum dipastikan kemenangannya dan Prabowo Subianto acapkali mendakwa dirinya telah memenangi PilPres 2014 9 Julai lalu.

Imbauan tragedi rusuhan pada tahun 1998 membuatkan mereka berhati-hati dan menutup mulut di khalayak umum melainkan hanya berkomentar di laman sosial dan komentar berita internet.


Rusuhan di Jakarta Mei 1998


Ini kerana kebimbangan mereka berlaku kacau bilau sekiranya Prabowo disahkan menang , menyebut, mereka pada saat itu andai ia terjadi pasti akan menjadi sasaran lagi.

Kejadian pada Mei 1998 itu memberi impak besar sehinggakan pilihanraya umum 1999 di Malaysia menyaksikan pengundi Cina memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional meski 60% orang Melayu memberi siokongan kepada Anwar Ibrahim yang dipecat pada bulan September 1998, bimbang sebarang peralihan kuasa akan menjangkitkan kacau bilau Jakarta dan Medan ke negara ini.

Walaubagaimanapun pemimpin tertinggi tentera dan penegak undang-undang di Indonesia memberi jaminan keamanan yang dikecapi pada ketika ini akan dipertahankan dan kejadian seperti 1998 tidak akan dibenarkan berulang.

Berikut petikan laporan BBC bertarikh 2 Julai 2014 :

Whoever wins the election, Chinese Indonesians say they hope the new government will bring peace and justice in the future - and that there won't be a return to the past.

Benny Setiono, the co-founder of the Chinese Indonesian organisation INTI, says many in the community fear that security will become an issue once the votes are cast.

"The battle between the two candidates is very tight," he told me. "We are afraid that if the winner is announced and the other won't accept the results, chaos will happen."

"We hope the authorities can prevent it, because in general, whenever there's political chaos, our community always becomes the victims. It's evident throughout Indonesia's history. We have always been targeted."

Tiada ulasan:

Pengikut