Selasa, 3 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 03 Jun 2014 03:54 AM PDT

bumiyang


Adakah Kek Secret Recipe 100% Halal???

Posted: 02 Jun 2014 07:15 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 03 Jun 2014 03:54 AM PDT

Ohpolitik!™


Analisis #PRKTelukIntan Percubaan DAP Menggunakan Calon Melayu Cantik GAGAL!

Posted: 02 Jun 2014 07:00 PM PDT

 

Tahniah Datuk Mah atas kemenangan beliau di Teluk Intan. Tertarik juga dengan komen beliau yang berprinsip untuk menerangkan misi beliau untuk mewujudkan universiti di Teluk Intan. Keluhan beliau apabila menyatakan yang DAP berkempen bukan melalui misi parti tetapi memburukkan lawan. Kami sebagai warga yang bebas melihat sebenarnya pada bahagian BN pun tidak kurang juga. 

Takziah pula kami ucap kepada Dyana Sofya atas kekalahan yang sudah dijangka oleh Lim Kit Siang 'siang-siang' lagi. Walaupun kekalahan Dyana hanya dengan majoriti tipis Datuk Mah, tetapi pada kami, secara moral, ia satu kemerosotan yang sangat teruk berbanding keputusan pilihanraya yang lalu. Ini kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mendiang Seah, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. 

Ada beberapa perkara yang menjadikan teori kifarah ini boleh dikembangkan. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Tidak ada manusia yang tahu rahsia-rahsia di sebalik pelbagai kecelakaan atau kejadian buruk yang telah ditetapkan Allah. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah BAIK bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu walhal ia BURUK bagimu (al-Baqarah: 216).

SAINS KIFARAH DI SEBALIK KEKALAHAN DYANA

Kifarah adalah balasan atau DENDA dari Allah DI DUNIA ini akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya. Orang Melayu langsung meminjam istilah ini menjadi satu bahasa sumpahan berbunyi 'KEPARAT'. Ia boleh berlaku secara karma atau Qadha' dan Qadar dari Allah sendiri atau melalui 'Fidyah' sebagai denda untuk menebus dosa itu oleh pelakunya dengan penuh insaf dan rendah diri. Setiap mukmin wajib mengimani adanya hukum kifarah ini untuk menundukkan diri terhadap Allah.

MENGKHIANATI HUDUD: Sebagai orang Islam, jika belum mampu untuk memahami dan bersetuju dengan isu hudud, sekurang-kurangnya tidak terang-terangan menentang. Kifarah boleh berlaku apabila beliau dengan lantang menyatakan tidak akan menyokong usul hudud di dalam parlimen, sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calun. Belum lagi dapat kuasa sudah gila kuasa melawan hukum Allah yang maha kuasa. 

Hudud itu milik Allah. Masalah yang dilihadapi oleh semua pihak cuma methodologi perlaksanaannya atau lebih kepada membeli masa sehingga sekutu-sekutu politik dapat difahamkan. Kenyataan Dyana itu telah merubah air muka Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mat Sabu sendiri. Ia juga amat mengguris hati seluruh Muslim yang menyumpah beliau setelah mendengar pendirian itu. 

Hampir seluruh umat Islam yang pro-hudud walaupun dari UMNO, PKR dan PAS sendiri tersinggung. Mereka yang tidak setujupun sebenarnya masih beradab untuk tidak secara terang-terangan menyatakan ketidaksetujuan, tetapi membincangkan penentangan itu di dalam kumpulan tertutup mereka. Mungkin Dyana sesal dengan kenyataan itu, lalu telah mengubah semula kenyataan yang kononnya beliau bukan tidak setuju cuma ia tidak sesuai lagi untuk masa sekarang. 

MEMBURUKKAN UITM: Hukum Islam dan adat Melayu sangat menganjurkan kita menghormati guru. Dyana sebagai seorang bekas pelajar UITM telah secara keterlaluan menghentam institusi pengajiannya untuk meraih populariti dari kaum Cina. Ini dinilai sebagai satu penderhakaan yang secara hukum adat maupun syarak adalah satu dosa kerana ramai sekali golongan pendidik dan rakan alumni UITM yang kecil hati. 

Kifarah menimpa secara terus apabila Dyana mula menafikan pembelaan hak kaum kelahirannya. Beliau telah melupakan sejarah penubuhan UITM yang telah membolehkan beliau sendiri meraih faedah sebagai pelajar. Lebih 120,000 pelajar UITM yang sedang menuntut di seluruh negara. Itu tidak termasuk golongan alumni yang tersinggung dengan kenyataan beliau.
Semua jiwa-jiwa yang terguris ini menjadi suara-suara penentang kepada Dyana. Di situlah dia terpukul dengan pelbagai kata-kata yang tersebar di seluruh maya. Maaf kata, kenyataan Dyana itu tidak dipersetujui termasuk oleh kumpulan-kumpulan tertutup Facebook dari parti sekutu seperti PAS dan PKR itu sendiri. Itulah kifarah atau hukuman bagi Dyana. 

MENGKHIANATI UMNO: Baru dengar guruh di langit, air tempayan sudah dicurahkan. Itu satu peribahasa yang sangat sesuai dengan Yammy Samad iaitu ibu kepada Dyana. Sebagaimana anaknya, begitu juga ibunya yang hanya kerana terbuai dengan pengharapan terhadap anaknya, beliau sanggup untuk melucutkan pegangannya terhadap parti perjuangannya. 

Kami lihat mesej "saya tidak akan keluar UMNO kecuali jika UMNO buang saya" ini sebagai satu kesediaan untuk dibuang berbanding untuk terus berjuang. Dari maklumat yang diedarkan, terlalu banyak kemudahan dan kesenangan yang Yammy dan keluarganya telah 'dapat' dari perjuangannya dengan UMNO namun beliau berpaling juga. Itulah nilai satu perjuangan hari ini.

KURANG KARISMA & BANYAK LONTARAN FITNAH

BANYAK PEMBOHONGAN : Seorang calun pemimpin perlu jujur dan tidak menipu. Kefasikan tetap akan terdedah juga. Dyana yang mengatakan beliau seorang peguam akhirnya mengakui berbohong apabila ditelanjangkan segala fakta bahawa dia bukan seorang peguam bahkan sekadar graduan diploma perundangan. Kenyataan tentang kedudukan beliau sebagai pegawai khas Lim Kit Siang juga berbolak balik.

Demikian juga dengan kenyataan beliau yang menafikan ibunya Yammy Samad tidak pernah terlibat dengan Perkasa. Setelah dikorek oleh media, barulah beliau akuinya semula. Ini semua mendedahkan tahap kelemahan seorang calun harapan DAP ini.

Bukan kami kata pemimpin lain tidak menipu, tetapi penipuan mereka pandai diselindungkan. Kami tidak samasekali mengatakan menipu itu baik. Sekalipun diselindungkan ia tetap satu penipuan juga. Dyana orang baru yang mungkin masih agak hijau dalam selok belok politik yang pada sebahagian simpangnya agak menjijikkan. 

KARISMA BERPIDATO: Dyana tidak punyai karisma yang kuat dalam pengucapan umum. Beliau kurang menjiwai perjuangan parti DAP. Bandingkan sahaja ucapan Lim Kit Siang, Tian Chua, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim bahkan Nurul Izzah sendiri yang sangat berwibawa disebabkan perjuangan yang meresap di dalam darah mereka. 

Bahasa badan tidak mampu menipu. Sebab itu juga keyakinan pengundi menjadi teragak-agak pada PRK Teluk Intan kali ini. Cuba bayangkan bagaimana lancarnya Dyana jika bergaduh dengan teman lelakinya? Mesti tidak teragak-agak kerana semuanya ada dalam dada dan hanya perlu dikeluarkan. Ini tidak akan sama dengan membaca NOTA BOSNYA DARI ATAS KERTAS. 

Umur 27 tahun dikira masih muda untuk anak gadis ini naik ke pentas politik tanpa asas perjuangan yang tidak sekukuh Nurul Izzah Anwar yang mampu melontarkan hujjah yang menjentik emosi untuk meraih empati pengundi. Dari sudut lain, sebenarnya kami juga tidak berkenan dengan banyaknya kenyataan kebudak-budakan pemimpin UMNO yang turut membantu kempen di PRK Teluk Intan. 

LONTARAN FITNAH: Walaupun orang Melayu masih beradab dan cuba menahan diri dari menyebarkan isu peribadi untuk menutub aib Dyana, namun detik hati mereka tidak mampu disembunyi. Bebasnya beliau yang tidak menutup aurat untuk diusung oleh berbagai lelaki anggota DAP ke sana ke mari jelas menjadikan orang Melayu terasa cemburu.

Fitnah peribadi yang banyak tersebar, samada ianya benar atau palsu telah sedikit sebanyak membuatkan orang Melayu merasa kecewa. Antaranya ialah sebaran gambar berbikini, dan berbagai-bagai lagi. Memang orang yang luas pergaulannya, yang banyak bergaul dan menghadiri majlis masyarakat Cina akan mengakui segala kemungkinan itu semua boleh berlaku. Banyak juga ucapan ibu Dyana yang tidak bertapis dan menyinggung hati orang Islam dan Melayu.

Sesungguhnya Dyana adalah mangsa keadaan, hasil dari kelemahan instisusi keluarga dan pendidikan negara yang agak liberal. Ya memang begitulah liberalnya pemikiran dan carahidup pelajar UITM sepertimana yang diketahui umum. Ia dilihat telah memakan diri Institusi itu sendiri apabila Dyana mengembalikannya dengan menampilkan gaya hidup dan pemikiran yang bebas hingga tergamak melontarkan kritikan tidak berbatas terhadap UITM sendiri. 

KESIMPULAN

Dyana hanya sekadar mangsa strategi Lim Kit Siang yang kurang menjadi. Kononnya pengundi Cina akan terus mengundi DAP sementara orang Melayu akan mengundi Dyana. DAP hampir merasakan mustahil boleh kalah kerana majoriti dalam PRU 13 amat tinggi. Oleh itu, kekalahan ini bukan atas nilaian majoriti 238 undi, tetapi melihat kehilangan melebihi 7,313 undi.

Tiada karisma bukan sesuatu yang besar kerana pada kebanyakan masa, Dyana hanya menguasai pentas beberapa minit sahaja dan selebihnya dikuasai oleh pejuang-pejuang veteran DAP. Dyana hanya perlu tampil 'cantik dan meyakinkan' sahaja. Lagi banyak beliau berkata, lagi banyak cacat celanya. 

BN sepatutnya kalah teruk kerana undi orang Melayu kurang favor kepada calon Cina dan orang Cina pula sudah memilih untuk DAP sebelum ini. Sudahnya, percaturan Lim Kit Siang untuk menggunakan Dyana bagi memainkan isu-isu yang liberal kaum dan agama itu kecundang, kerana ia ternyata amat menyinggung hati orang Melayu dan juga Orang Islam. 

Itu satu kifarah yang besar dan sepatutnya menjadi pelajaran kepada Dyana dan pemimpin yang lain. Islam mengajarkan kita agar taat dan menghormati ibu bapa dan orang yang telah memelihara dan mendidik kita. Jika kita tidak suka sekalipun, ia seharusnya ditinggalkan dengan baik, bukan dengan maki hamun dan caci cerca.

Melihat begitu panjangnya senarai 'benefit' yang telah Dyana dapat melalui perjuangan ibunya dalam UMNO, jelas menampakkan betapa Dyana tidak mengenang budi sama sekali. Demikianlah lemahnya naluri perjuangan yang beliau perolehi dari ibunya. Baru dilantik menjadi calun sudah begitu sekali galak dan lupa dirinya. 

Mari kita ambil iktibar dari kisah ini. Jangan sekali-kali menghiris hati orang yang pernah berbudi kepada kita. Boleh mengkritik secara akademik, tapi biarlah berpada-pada. Rasulullah ajar agar kita menghormati semua guru dan murobbi/ibubapa kita, biarpun ia bersikap seperti babi sekalipun. Dosa mereka tidak tertakluk kepada kita. Jika kita tidak mampu menerima ajaran atau perjuangan mereka, tinggalkanlah dengan baik dan berakhlak. Jangan sekali-kali tinggalkan mereka dengan cara meludah.

QS;73/10-11: "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar".

Kekalahan yang diberikan kepada Dyana menunjukkan Allah masih kasih kepadanya dan ibunya. Dengan kekalahan ini beliau boleh bertenang dan kembali muhasabah dan bertaubat. Jika menang, mungkin keterlanjuran Dyana menjadi semakin jauh. Oleh itu bersyukurlah dengan kekalahan ini.

"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun sebatang duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Daripada Aishah r.a. HR Al-Bukhari dan Muslirn)

Semuga apa yang kita perhatikan mampu membuka mata dan hati untuk segera kembali kepada kuasa Allah yang esa. Merasa takut dan gementarlah. Lihat berapa banyak KIFARAH yang telah berlaku di hadapan mata kita akibat dari keberanian kita menentang Allah dengan SENGAJA.

#PRKTelukIntan : 'Penurunan Undi Cina Mungkin Kerana Dyana Melayu' - TIDAK RACIST?

Posted: 02 Jun 2014 04:32 PM PDT


Kalau tak percaya boleh tengok versi asal di Malaysiakini.

Politik dan perkauman memang tak dapat dipisahkan. Itulah hakikatnya.

BENGKEL PENGGUNAAN CERMIN GELAP LULUSKAN 20 Peratus TAMBAHAN KADAR KETELUSAN CAHAYA!! #JOMGELAPKANCERMIN

Posted: 02 Jun 2014 04:30 PM PDT

Pujian harus diberikan kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang akur dan bersetuju dengan kehendak pemilik kenderaan agar larangan penggunaan cermin gelap dipinda dengan mengarahkan Kementerian Pengangkutan mewujudkan bengkel khas dan keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2014 (semalam).


Tetapi difahamkan sessi bengkel tersebut masih berjalan dan berakhir hari ini iaitu 3 Jun 2014.


Setakat ini saya belum mengetahui keputusan panel bengkel khas namun menurut laporan Berita Harian seperti melalui laman Facebook dijangka panel penilaian bersetuju meminda peraturan di mana kadar telus cahaya diturunkan kepada 20 peratus.

Andai jangkaan Berita Harian itu tepat timbul dua persoalan kepada pemilik kenderaan, pertama cermin bahagian mana yang dibenarkan telus cahaya sebanyak 20 peratus.

Umum mengetahui kadar telus cahaya ketika ini adalah 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang manakala cermin bahagian depan sebanyak 70 peratus.




Rata-rata pengguna menggesa serta mengharapkan agar kadar telus cahaya untuk cermin bahagian hadapan turut diturunkan kepada 20 peratus.

Bahasa mudah faham semua cermin boleh gelap, kalau bimbang sukar melihat identiti pemandu JPJ, tetapkan peraturan di mana pemandu perlu turunkan semua tingkap serta memasang lampu dalam kenderaan bila melalui road blok pihak berkuasa.

Ini bagi membolehkan pihak berkuasa melihat identiti serta barangan di dalam kenderaan.

Kalau dibimbangi aktiviti maksiat berlaku dalam kenderaan cermin gelap, jabatan agama rajin-rajinlah buat pemantauan, periksa kenderaan di lokasi tertentu pada waktu malam menggunakan 'torch light'.

Susah sangat ke nak fikir benda mudah macam ni?

Contoh kadar telus cahaya :
Kadar telus cahaya
Persoalan kedua, andai bengkel memutuskan peraturan tersebut dipinda bagaimana dengan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan pada 21 Mei 2014, iaitu hari di mana Menteri Pengangkutan memaklumkan pindaan sehingga semalam 2 Jun 2014?

Baca lanjut disini.

anakbukitgantang says

Posted: 03 Jun 2014 03:41 AM PDT

anakbukitgantang says


Cadbury- lagi serangan atas perusahaan makanan milik equity Melayu Islam

Posted: 03 Jun 2014 12:10 AM PDT

Dulu kita hebuh dgn isu NFC - serangan atas projek landang lembu yg diternak dan disembelih cara Islam oleh orang kafir  yg bertopeng party politik DAP dan PKR. PAS yg totok wahhabi dan syiah pon tumpang sekaki tanpa mengetahui hujung pangkal isu. Akhirnya ladang Lembu milik orang Islam berkubur kerana serangan politik  Rujuk di NFC

Syeikh Mokhtar Al Bukhary juga diserang kerana dia jutawan berjaya. Kesalahan utamanya ialah dia berugama Islam.



Di peringkat global serangan atas minyak sawit  oleh pengusaha minyak kacang soya yang dimonopoli konglomerat  Yahudi berlaku. Walau minyak sawit dan minyak kelapa mempunyai kurang trans fatty asid dan penggunaannya dapat mengelak enapan  kolesterol tersumbat pada arteri jantung, namun minyak kacang soya yang kurang sihat tetap jadi pilihan kerana tekanan konglomerat ini. Saya pernah mendedahkan perang minyak sawit dan bagaimana konglomerat global cuba menjatuhkan ekonomi negara Islam pengeluar minyak sawit utama dunia seperti Malaysia dan Indonesia di Perang minyak masak


Kini serangan ke atas perusahaan makanan milik orang Islam melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT dan Felda Holdings Sdn Bhd melalui Cadbury



Dari carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM  mendapati bahawa pemilikan equity saham minority Cadbury di Malaysia dimiliki oleh  LTAT  (24%) dan Felda (10%)  melalui anak syarikatnya FELDA Holdings Berhad. Saham equity selebihnya dipegang oleh syarikat asing iaitu  Cadburry Schweppes sebanyak 39 % dan Trebor Basset sebanyak 27%.

Nampaknya serangan global ke atas Malaysia melalui pemilikan equity syarikat Muslim/anak syarikat kerajaan sangat terancang.

Saya tak pasti sumber Cadbury manakah yang diambil bagi ujikaji sampling kandungan DNA porcine oleh Kem Kesihatan Malaysia (KKM) namuan ia bukan cokelat Cadbury dari sumber kilang di Shah Alam.. Jelas siasatan ujikaji DAN porcine oleh Jabatan Kimia ke atas Cadbury Badam dan Hazelnut  yang dikeluarkan oleh kilang di Shah Alam mendapati negatif DNA porcine (di baca sebagai tiada sumber babi di dalamnya).

Jika sumber Candury badam dan hazelnut yang diujikaji oleh KKM berasal dari luar negara , dan diujikaji oleh makmal KKM amatlah malang bagi negara ini kerana sebuah agensi kerajaan digunapakai bagi mensabotaj pemilikan equity saham Melayu Islam.

Umum mnegetahui bahawa Cadbury luar negara tak dibenarkan import ke negara Arab. Negara Arab hanya mengimport cokelat Cadbury yang dikilangkan di Mesir kerana yakin atas status halalnya atas kuasa politik President dan rakyat Mesir yang berugama Islam! . 

Bayangkan jika LTAT dan Felda dipaksa oleh tekanan politik melepaskan pemilikan equity atas Cadbury. Maka Board Of Directors BOD di Cadbury bebas sahaja meletakkan derivatif makanan berasaskan babi seperti porcine ke atas cokelat Cadbury keluaran mereka kerana tiada tekanan poltik/politcal power umat Islam ke atas mereka. Paling malang bila Cadbury yang tercemar itu dimakan oleh umat Islam kerana menyangka ianya halal.

Nampakkah permainan musuh Islam diluar negara dan didalangi pembangkang di negara ini? Satu persatu perusahaan makanan umat Islam cuba dimusnahkan!

Pelajaran dari PRK Teluk Intan- tak se Gah mana kuasa Gen Y

Posted: 02 Jun 2014 04:44 AM PDT






Saya mendiamkan diri dari memberi sebarang komen di blog ini sepanjang kempen PRK Teluk Intan. Gerak hati saya mengatakan memang Datuk Mah dari Gerakan akan menang. Blogger Another Brick On The Wall mempunyai huraian baik kenapa percaturan DAP dengan Generasi Y atau dikenali dengan Gen Y hanyalah Hype.

Terjemahan ringkas  dari artikel beliau;-

Generasi Y mengharapkan pemimpin yang sudah berpengalaman dan  pernah berkhidmat untuk masyarakat.

Pandangan ABG- memang benar , kerana Learning Curve seseorang professional ialah 7 tahun. Jadi jika diambil usia purata graduate dari university  23 tahun , dan purata usia mendapat pekerjaan yang stabil setelah 2 tahun graduare iaitu pada usia  25 tahun maka calon perlulah berusia sekitar 32 tahun ke atas. Paling baik di sekalikan dengan kematangan psikology dan sudah berumah tangga kerana ini akan menyebabkan kehidupannya lebih stabil, maka usia calon paling ideal ialah 35 tahun0 45 tahun bagi mewakIli golongan muda (Gen Y dan  Gen X  ke atas).

DAP sangat mengharap pengundi luar balik namun faktir calon menyebabkan dari 15 bas yang dihantar hanya 3 bas sahaja berjaya mengutip golongan bekerjaya mengundi dalam PRK ini

Pandangan ABG- PRK Teluk Intan seperti juga PRU 13 melihat bahawa pengundi tempatan yg merasai kesusuhan tempatan memilih Barisan , namun DAP seperti juga PAS sangat mengharap pengundi luar. Saya juga suka menarik perhatian SPR dan SPRM agar menyiasat perkara ini kerana kemungkinan taktik pemindahan pengundi dari luar ke Parlimen Teluk Intan berlaku. Fakta ini menyeluruh kerana Kelantan juga maseh berjaya dipegang PAS kerana faktor pengundi luar.

Terserlah permainan wayang DAP yang mengimpot  penyokong laur dengan plat kereta Wilayah, Selangor dan Penang. Barisan penyokong  pada malam  ceramah grand finale adalah penyokong import mereka. Siaran Langsung Ubah hanya menyerlahkan mainan wayang mereka.

Pandangan ABG- DAP tertipu dengan permainan mereka.

The young expect to vote a leader, someone with wisdom and leadership, and not some pretty face whose hardly had neither any work experience or public service track record. They want someone that can give leadership.

Jadi Ngeh betul bila berkata sikap autokratik LKS memilih calon tanpa mengira sentimen tempatan menyebabkan kekalahan  DAP dan LKS dilihat sudah hilang kewarasan dalam membuat pertimbangan politik

Baca artikel asal di bawah dan sumber di Uh Dyana


For DAP to push a Gen Y, consider this.



A friend did a simple survey on a sample of Gen Y, urban educated and sophisticated group. Their answer was why her as a leader?

Better, they vote themselves. They feel they are better than Dyana so why vote her. 

That may have explained why only 3 buses out of 15 buses sent by DAP to fetch outside voters returned was filled up with voters.

If DAP thought, the number of Wilayah, Selangor and Penang cars on their finale night were outside voters, they should not kid themselves.

They had fixed the first 10 rows with imported and well dressed in red supporters.

The fact that Ubah website had scheduled a live telecacst was a dead giveaway that it was all an orchestrated event and one can expect a big crowd or else malu lah.

A Wanita UMNO in the audience commented that the applause only came from the front row near the microphone and video cameras but the back row were quiet and reserve. 

Actually, putting up a pretty face, an eloquence expired license lawyer may have an effect with the simplistic and less politically conscience rural Gen Y.

But, with low turnout, nothing conclusive could be derived.

So Ngeh Koo Ham is right to say Lim Kit Siang made a bad call. His high handed ways to insist on picking Dyana without gauging the local supporters sentiment indicate the man is beginning to lose his marble.

tunku

Posted: 03 Jun 2014 03:28 AM PDT

tunku


BN Government willing to negotiate oil royalties increase with Sarawak, says Najib

Posted: 02 Jun 2014 12:00 PM PDT

The Federal Government is willing to negotiate Sarawak's request to increase oil royalties from 5% to 20%, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

"The State Assembly has approved a motion to seek an increase of oil royalties from 5% to 20%. Chief Minister Tan Sri Adenan (Satem) has whispered in my ears about this," said Najib at the National Level Gawai Dayak celebrations in Miri, Monday night.

"We are willing to listen and talk. Whether it will be such an increase in oil royalties or whether we can look at other forms of increasing the allocation direct into the state accounts, let us consider."

Najib referred to Putrajaya and Sarawak's excellent working relationship and stated that the Federal Government would have no problem negotiating the matter.

The Sarawak state assembly sitting in May approved a special motion to seek royalties from the state's oil and gas revenue to be increased from 5% cent to 20%.

The Prime Minister is on a two-day visit to the state. On Monday morning, he visited the Orang Ulus in Long Silat, Ulu Baram before gracing the national level Gawai Dayak Open House grand celebrations at the Miri City Fan Recreational Park in the evening.

Ex-DAP V-P Tunku Abdul Aziz says Dyana could leave party

Posted: 02 Jun 2014 04:22 AM PDT

A former DAP vice-president said on Monday, he believed that Dyana Sofya Mohd Daud, the DAP candidate who was defeated in Saturday's Teluk Intan parliamentary by-election, would leave the DAP.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim said he was making the prediction based on his own experience and tenure in the party. He had joined DAP in August 2008 and resigned in May 2012.

He said he believed Dyana Sofya, 27, had joined the DAP believing that it was a multiracial party.
"If she has any sense at all that this is not a multiracial party, it's up to her (to leave the party). She joined the DAP believing everything about the party," he said.

Dyana Sofya lost by 238 votes to Gerakan president Datuk Mah Siew Keong, 53, of the Barisan Nasional in a straight fight for the Teluk Intan seat. The DAP had won the seat by more than 7,000 votes in the general election last year.

Asked whether Dyana Sofya's journey in the DAP was similar to his, Tunku Abdul Aziz explained that he was invited to join the party not for a position or platform but to fight corruption.
 I joined for the sake of this country and the community," he said.

In the DAP, Tunku Abdul Aziz was appointed a vice-president and, on May 31, 2009, he was made a senator representing Penang.

In May 2012, he announced his resignation from the party, saying he could not agree with the stand of the DAP on the Bersih 3.0 gathering that had demanded, among others, free and fair elections.

Aspirasi Bangsa

Posted: 03 Jun 2014 01:14 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Syabas!!! Akhirnya DS Najib saman Malaysiakini

Posted: 03 Jun 2014 01:01 AM PDT

WAN AZIZAH BUAT LAWAK.. HAHAHA

Posted: 02 Jun 2014 11:43 PM PDT

PAS gunakan isu halal untuk tutup isu kegagalan Hudud

Posted: 02 Jun 2014 11:03 PM PDT

Tahniah Kerajaan Negeri Johor berjaya lancarkan Pelan Suara Hati Johor!!

Posted: 02 Jun 2014 09:15 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 03 Jun 2014 12:00 AM PDT

SELALU ADA YANG BARU


PRK TELUK INTAN DAP KALAH- ANTARA HUDUD DAN WASIAT

Posted: 31 May 2014 11:07 PM PDT

Dap kehilangan undi hampir 8,000 PRU 13, kali ini kalah dgn majoriti 238 undi.

Pelbagai andaian telah dibuat dgn lebih terperinci di Prk kaki ini , bkn sahaja Dap dan PR bahkan Umno juga BN.

Pada pandangan diantara faktur adalah...
1.   Sebagai seorang islam dan melayu  tdk sepatutnya Dyana mempertikaikan hukum Allah (hudud) dan wasiat raja-raja melayu(RAMD)
2.   Adakah calon yg dipilih oleh Dap mahu memenang atau sengaja benamkan bgi memberi laluan kpd presiden gerakan yg telah dijanjikan menteri pengangkutan?
3.   Adakah kaum atau pengundi cina lebih cenderong memilih kaum sdri dan mengenepikan nama psrti dan pesefahaman dlm PR?
4.   Adakah pengundi melayu di Teluk Intan sdh tahu dan sedar bahawa Dyana dicalonkan Dap sekadar boneka.
5.   Adakah kerana kekuatan jentera BN mensasarkan mengenalpasti 9,210 katogeri penyokong dlm Pru 13 tdk keluar mengundi dan kali ini mereka keluar mengundi?
6. Manifesto Dap lebih longgar berbanding BN dan bahkan ayah kpd calon Bn adalah dikenali sdri di Teluk Intan adalah seorang dermawan.
7. Hadi sendiri ketika berada di PRK Teluk intan tdk memberi respon dan berdiam diri tentang hudud bahkan dikabarkan mlm pengundian Hadi jatuh sakit di Istanbul ini merisaukan pengundi pas utk keluar mengundi.
8.   Tindakan RBA yang ketelaluan superpose wajah Dyana berbikini dan minum arak kononnya kerja jahat BN mkn diri sdri.
9.   Penipuan Dyana sdri dpt dikesan olih pengundi dari segi statusnya, ibunya dlm perkasa dan hipoktiknya bertudung dan tdk bertudung.
10.   Keberkatan pemerintahan Umno di negara ini.

The Unspinners

Posted: 02 Jun 2014 11:38 PM PDT

The Unspinners


Laporan polis tak takutkan untuk sebar tembelang Yammy ... SEBARKAN LAGI LUAS!!!

Posted: 02 Jun 2014 09:35 PM PDT


Semalam, tembelang Yammy Samat tersebar luas di Internet. Selama ini ia sengaja tak didedahkan tapi hanya sipi-sipi saja dibocorkan. Dalam beberapa blog seperti House PK, Selangor Chronicles, Flying Kick dan Bulletin 247, terdedah Yammy sebagai seorang opportunis.

Membuat Unspinners tergelak bila ada rakan-rakan Yammy menganggap dia sebagai seorang yang "resourceful' dan perempuan yang begitu berdikari. Hehehe ... berdikari ke atau queen control yang derhaka pada suami?

Kemungkinan tembelang itu sengaja dibocorkan selepas PRU adalah kerana tidak mahu dilihat memainkan serangan peribadi keterlaluan. RBA dan DAP akan pusingkan jadi strategi mencari simpati.

Orang Melayu ni kadang-kadang ada yang mudah dibuai sentimen hingga kebenaran diketepikan, kemungkaran tak diambil kira dan kesian yang lebih diutamakan.


Entah macam mana ada pula seorang YB iaitu Dato' Ir Nawawi Ahmad, AP Langkawi dan seorang bernama Aizley Shahar keluarkan di Facebook mereka. Rasanya Aizley adalah pengenadli Facebook Nawi.

Apa pasal mereka ni?

Kamu ada nama tertera janganlah cari pasal dan nak main game ni. Hmmm ... nasib baik Nawi tak jadi Setiausaha UMNO Kedah lagi dan hampir-hampir mengendalikan pasukan media sosial UMNO kedah.

Lalu dalam pukul 2 tengahhari, Yammy telah membuat laporan polis di balai Kg Tawas Ipoh berdekatan rumahnya di Kg Tersusun Tawas Tambhan. Dia meminta polis menyiasat dan mendakwa Nawi ke mahkamah.

Kes ini nampaknya dirujuk ke SKMM. Jangan pulak SKMM jadi terlebih rajin dari biasa. Kalau laporan dibuat terhadap penyonkong pembangkang, macam siput cadbbury punya slow SKMM bergerak.


Yammy masih ahli UMNO maka sila perlahankan siasatan, Kikiki ... 

Sementara itu Nawi dan Aizley sila crack your head and think of an excuse to deny ownership of the FB. harap blogger dan sosial media lain jangan ajar mereka yang memandai tanpa fikir panjang.

Oh ye ... janganlah ingat sementang Yammy buat laporan polis dapat menutup tembelang Yammy. 

Konon kerajaan Malaysia tidak adil, zalim pada cina, tutup UiTm dari cina, juang hak asasi manusia dan lawan UMNO parti rasis. Dah tinggal UiTm saja yang membuka saloran itu anak Melayu masuk Universiti, itu pun Yammy mahu kasi pada cina????

Dalam nak juang hak asasi manusia ala barat, pemikiran begitu adalah pemikiran orang yang sesat dan menyimpang dari agama Islam!!!

Apa yang Dyana buat adalah diatur Yammy sebagaimana Yammy tahu apa semua anak dia buat dan sangkal macam-macam ftnah RBA.

Yammy benarkan Dyana ikut skrip DAP macam parrot dan mungkin juga Yammy sendiri ada terpendam dalam hati sebagai anak cina yang diberi kepada keluarga Melayu tetapi sebab masyuk dia tak kata demikian tapi minta anaknya yang kata.

Baca mesej sebenar berikut:

 Yammy Samat

1. SU wanita bhg
2. dapat 6 permit taxi di ipoh
3. dapat 1,500 ekar kompartment balak-HS Kroh
4. dapat rumah kedai 1 unit (3 tingkat) di pusing, ipoh
5. dapat rumah semi-D di gopeng
6. dapat pinjaman MARA RM750,000.00
7. dapat AP beras siam
8. dapat pajakan 100 ekar tanah lombong besi di kinta
9. kos pelajaran 3 org anak2 dari 7 tahun hingga ke IPTA ditanggung oleh yayasan mb perak
10. dapat kemudahan pembelian sebuah kilang di taman industri sri iskandar

ANAK2 :

1. tak pernah membayar sebarang yuran pelajaran
2. dapat biasiswa kechil kerajaan negeri perak ( Form 1 - Form 5 )
3. dapat tajaan biasiswa khas kerajaan negeri perak bg pelajar IPTA (nilai-setahun RM24,000.00)
4. dapat bantuan khas pelajar cemerlang - anak2 negeri perak (setahun RM12,000.00)

kesemua kos pelajaran di UITM percuma ... kerana dia anak kpd seorang pejuang wanita umno di negeri perak

2013 - dia (melalui anak) umumkan kpd media apa yg dia dapat, selama ini adalah ... (biasiswa & lain2) ...

1. sesuatu yg tidak adil
2. kerajaan BN zalim kerana cina tidak dapat apa yg dia dapat
3. kerajaan BN tidak bertimbang rasa kerana menutup pintu UiTM kpd cina
4. dia bersumpah akan perjuangkan hak asasi kaum cina bg mendapat pelajaran, hak seperti melayu & peluang ke UiTM via parti DAP
5. dia bersumpah akan berjuang selama2nya hancurkan UMNO, sebuah parti rasis


Bukan dia tidak tahu dominasi cina dalam ekonomi dan pelajaran serta diskriminasi yang mereka amalkan terhadap semua kaum di negara ini khususnya Melayu. Dia kata BN rasis tapi kaum cina yang ikhlas sendiri ngaku kaum cina adlah kaum paling rasis dalam dunia sama dengan Yahudi!!!


Sementang macam-macam Ngeh Nga yang taukeh disebalik DKLS yang empunya Regency Tower Ipoh kasi kontrak, lupa dia bahawa dia juga penyebab ketidak adilan.

Yammy Yammy ... usah ingat sifat opportunis kamu itu akan dapat ditutup begitu saja. Kalau dah ikut lenggok DAP, jangan jadi opportynis untuk masih mahu kekal dalam UMNO. Masih nak dapat kontrak ke????

Harap laporan polis ini lagi membarakan semangat agar semua blogger dan sosial media sebarkan lebih bersungguh-sungguh maklumat ini.

Polis harap siasat balik samada betul ke tidak semua tuduhan itu. Kalau betul, bukanlah fitnah!!!
    

Akibat minum air holy cadbury, Dyana tuduh Melayu rasis, tapi tak akui rasis DAP

Posted: 02 Jun 2014 05:30 PM PDT


Eh ... kata DAP tak mahu lihat rasism. Kenapa sebut-sebut demikian? Takkah hipokrit namanya


Selama ini DAP kata UMNO racist dan Kit Siang masih lagi dengan gelagat lamanya. Boneka mereka Dyana pun kata Perkasa rasis, tapi Guan ENg akui bahawa pengundi Cina pula tolak Dyana kerana dia Melayu.

Jika demikian, janganlah jadi hipokrit. Suruh Lim Kit Siang tanding kawasan Melayu untuk tunjuk dia tak rasis. 

Berikut buat mengejutkan mereka yang telah dibuai mimpi


Agaknya macam mana reaksi Dyana jika dia tahu apa yang sugar daddy Lim kata pada tahun 1969?



Mungkin dia nafikan kerana dia sedang dibuai khayalan dari air holy cadbury yang dihidangkan DAP dan pujian dan sanjungan palsu yang sedang diterima.

Mak dia pun sama tak sedar terminum air holy water DAP kerana boleh terima kasih dan puji pada DAP. Giler punya AJK Wanita UMNO Ipoh Barat.

Yammy pertahankan RBA dan puji DAP ... SINGKIRKAN DIA!!!

Posted: 02 Jun 2014 08:53 AM PDT


Memetik tulisan Shah Alam Rebels SINI, Yammy mempertahankan RBA dan menyalahkan blogger pro UMNO:


Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.

"Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.
"Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Kalau begitu Yammy tahulah tingkah laku anaknya di luar pandangan matanya? Itu kita bboleh cerita masa lain.


Apa hal pun, tuduhan itu dibuat yang ia merupakan strategi RBA untuk mendapatkan kasihan serta undi simpati dengan memfitnah Dyana dan conteng poster beliau itu.

Yammy old school takkan tahu taktik psywar demikian. ATau saja Yammy pertahankan RBA DAP

Tambah lagi dalam laporan, Yammy memuji dan menyanjung DAP:

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut.

Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.

Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited.

Dah cukup-cukuplah ...Mak dan anak sama saja macam ...


Dah sokong DAP cadbury  tapi tak tahu malu masih nak ngaku ahli UMNO


Yammy nampaknya macam mencabar kepimpinan UMNO. Jangan pula UMNO bacul.

AZLI SHUKRI

Posted: 02 Jun 2014 11:35 PM PDT

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Apa yang Mahathir Tidak Tahu! (Episod ke-14)

Posted: 02 Jun 2014 05:42 PM PDT

Sekali lagi Tun Mahathir melalui entri blog yang ditulisnya pada 18 Mei 2014 lalu, merumuskan dengan tegas, bahkan kali ini dengan sangat serius, beliau mengulangi untuk kali kedua bahawa Boeing dan CIA mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi ke atas MH370. Tun Mahathir meluahkan kesangsiannya dengan menulis bahawa beliau yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial. "Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya. Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," tulisnya dengan tegas dalam entri berjudul, 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down'.

Katanya lagi, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika. Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem "pendaratan automatik anti-keganasan". "Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini. Menurut beliau lagi, Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan. Menurut Mahathir lagi,  apa yang naik pasti akan turun."Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau lagi. 

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam."Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak. Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,". 

"Saya menulis tentang pelumpuhan sistem komunikasi MH370 dan juga isyarat GPS. Sistem komunikasi ini telah dilumpuhkan, jika tidak stesen bumi masih boleh menghubungi dan mengesan pesawat. GPS juga telah dilumpuhkan sehingga gagal dikesan oleh satelit yang biasanya menyediakan data pada semua penerbangan komersial, termasuk data kepada lokasi , jenis pesawat , nombor penerbangan, lapangan terbang berlepas dan destinasi. Tetapi semua data ini seolah-olah tidak ada. Pesawat itu seakan-akan hilang dari semua skrin pengawasan".

"Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan oleh sistem itu. The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, 'pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas, akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit'.

"Jelaslah Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan," tegas Tun Mahathir. Sebelum entri ini, Tun Mahathir sudah beberapa kali "menyerang" dan menyalahkan Boeing 100% atas kehilangan MH370. Pada 25 April lalu, Tun Mahathir melalui postingnya berjudul "MH370" - beliau mengecam tahap sistem keselamatan dan komunikasi pesawat Boeing yang sangat mudah dilumpuhkan, menurutnya hampir semua bentuk komunikasi antara pesawat dengan stesen bumi tidak dapat dilakukan walaupun hanya dengan sedikit. Hal ini membuktikan bahawa ia bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, tetapi telah dilakukan oleh pihak lain yang jelas mengawal MH370 untuk dibawa ke kawasan misteri. 

"Penerbangan semua pesawat penumpang boleh dikesan walaupun pada telefon mudah alih peribadi. Saya boleh melakukannya pada telefon saya. Jika kapal terbang mendarat saya boleh menonton ia mendarat. Saya juga boleh mendapatkan maklumat tentang mana-mana pesawat di mana sahaja, termasuk syarikat yang membuat dan model yang ia miliki, serta dari mana ia terbang dan ke mana destinasinya."

"Saya percaya terdapat peralatan di atas kapal terbang yang membolehkan ia dikesan - mungkin oleh GPS. Kamera canggih berada di mana-mana - satelit yang dikendalikan oleh sesetengah negara sebenarnya boleh mengambil gambar seorang lelaki di atas tanah dan mengenal pasti siapakah dia. Sesungguhnya kamera satelit boleh melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter dari aras bumi." Jelas Tun Mahathir.

Dan pada 9 Mei 2014, Tun Mahathir melalui entrinya berjudul "Responsibility of Airframer" telah menulis isi hatinya seperti berikut, "Sistem komunikasi adalah merupakan nadi bagi pesawat. Dalam mana-mana kecemasan, jpesawat boleh berkomunikasi secara langsung dengan stesen bumi. Tapi dalam kes MH370 ternyata segala peralatan komunikasi telah gagal."

"Pada masa kini, lokasi dan pergerakan semua pesawat komersil dapat dipantau. Sesiapa sahaja boleh melihat di telefon bimbit mereka simbol pesawat terbang di mana sahaja di dunia. Bilangan pesawat yang berdaftar, syarikat yang mengeluarkannya, pemilik pesawat, dari lapangan terbang mana pesawat berlepas dan ke arah mana destinasinya, semua boleh diperolehi melalui telefon bimbit orang lain. Namun, MH370 boleh hilang sepenuhnya! tanpa kelihatan walaupun dari monitor negara-negara yang memiliki satelit pengintip tercanggih." 

"Dalam hal MH370 -satunya perkara yang kita tahu dengan pasti adalah bahawa selepas juruterbang bersama berkata "Baiklah, selamat malam " tidak ada komunikasi yang lebih. Tidak terdapat sebarang panggilan dari pesawat lagi, malah stesen bumi juga tidak dapat menghubungi pesawat langsung. Dalam erti kata lain komunikasi telah terputus sama sekali."

"Bagaimanakah ini mungkin berlaku! Apakah juruterbang boleh mematikan seluruh sistem komunikasi? Adakah sistem komunikasi dalam Boeing 777 sangat mudah dilumpuhkan oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat? Apakah tiada sistem komunikasi backup? Adakah tidak terdapat sistem keselamatan untuk fasiliti komunikasi yang sangat penting ini? Atau adakah pihak ketiga telah melumpuhkan seluruh sistem komunikasi MH370 itu?"
 

"Apa sahaja pemberhentian komunikasi yang dilakukan secara tiba-tiba serta menyeluruh. Maka salah seorang daripada juruterbang pasti menyedari akan kegagalan komunikasi tersebut, melainkan jika kedua-duanya bertanggungjawab untuk melumpuhkan sistem. Namun demikian,  anak kapal yang lain pasti menyedari dan bertindak apabila melihat pesawat itu tidak lagi mengikut laluan penerbangan yang betul. Apakah mereka juga tidak cuba bertanya kepada juruterbang mengapakah terjadi sebegini? Jika mereka gagal untuk menghubungi kokpit pesawat, apakah mereka juga kurang mengambil berat akan tanda-tanda ini?"

"Semua anak kapal mesti membawa telefon mudah alih. Sesungguhnya apabila tidak mendapat penjelasan daripada juruterbang tentang perubahan laluan penerbangan, mereka akan cemas cukup untuk memanggil seseorang di bumi. Tetapi sebagaimana yang kita tahu mereka tidak melakukannya. Adakah telefon mereka dilumpuhkan? Atau adakah mereka tidak berupaya dalam beberapa cara?"

"Penumpang juga, pada peringkat tertentu pasti berasa cemas. Apakah tidak ada dalam kalangan mereka yang cuba untuk menelefon saudara-mara mereka? Kita dapati mereka tidak berbuat demikian atau mereka mampu berbuat sedemikian. Adakah sistem komunikasi telefon mereka juga dilumpuhkan? Beberapa saudara mara di bumi yang cuba menghubungi mereka dapat mendengar deringan telefon, namun lokasinya  tidak dapat dikesan. Tidak ada jawapan. Apakah mungkin semua komunikasi penumpang telah dilumpuhkan?"

"Tetapi Boeing seperti mayat yang tenang! Tiada penjelasan tentang bagaimana sistem komunikasi dan pemantauan kedudukan boleh gagal dalam menjejaki pesawat Boeing MH370. Jika ini boleh berlaku kepada MH370 jenis Boeing 777, maka apakah kita masih selamat untuk menaiki pesawat jenis tersebut? Andaian bahawa MH370 telah jatuh ke Lautan Hindi. Bolehkah pesawat yang berat, diperbuat daripada kaca, aluminium , titanium dan komposit , terjun ke dalam laut dan tidak berpecah , meninggalkan bahagian-bahagian yang pecah dan kesan tumpahan minyak. Walaupun laut tenang, kapal terbang akan tetap pecah apabila jatuh ke lautan. Enjin juga boleh pecah dan meninggalkan kesan minyak dan lain-lain Sama ada juruterbang berada dalam kawalan atau tidak, apabila bahan api telah menjadi lemah, pesawat pasti jatuh. Ia tidak boleh mencapai pendaratan lembut seperti kes Sungai Hudson. Ia mesti jatuh ke laut ganas."    

"Walaupun laut kelihatan tenang, pesawat akan terhempas dan pecah. Tetapi mereka mendakwa bahawa keseluruhan badan kapal terbang telah tenggelam utuh ke dalam laut! Apakah ini mungkin? Sehingga kini tiada tanda dan bukti yang menunjukkan pecahan-pecahan komponen pesawat. Boeing mempunyai banyak persoalan untuk dijawab, sehinggalah pesawat itu ditemui dan sebab-sebab kegagalan peralatan komunikasi serta menjelaskan bagaimana ia boleh hilang sepenuhnya. Seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa pesawat Boeing berbahaya masuk ke negara ini!"

Penjelasan dan pandangan Tun Mahathir - seolah-olah mengesahkan bahawa kehilangan MH370 bukanlah sekadar tragedi atau misteri, namun lebih jauh daripada itu - ia merupakan konspirasi sama ada untuk menutup rahsia besar yang berada di dalam MH370 atau pun ia merupakan titik awal bagi satu rancangan mega untuk dilaksanakan di rantau ini. 

Ikuti sambungnya dalam judul Misteri MH370 : Terperangkap dalam Relung Masa (Episod ke-15)

 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 02 Jun 2014 11:24 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DIA PUNYA CADANGAN, DIA PUNYA IDEA, DIA PUNYA PERJUANGAN...AIKS DIA SURUH ORANG BENTANG ?

Posted: 02 Jun 2014 11:00 PM PDT

Selepas PAS tidak meneruskan cadangan membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah II atau hudud di Parlimen, kini parti itu menggesa pula Kerajaan Pusat mengambil langkah berkenaan agar hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Putrajaya perlu membentangkan dan meluluskan undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat kerana undang-undang semasa gagal mejatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah bagi membendung jenayah termasuk rogol.
"Tiba masanya Kerajaan Persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.
"Setidak-tidaknya Kerajaan Persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia," katanya melalui e-mail kepada Antarapos.
Di sebalik polemik pelaksanaan hukum hudud yang mahu dikuatkuasakan PAS di Kelantan, negara dikejutkan dengan kes seorang pelajar perempuan dirogol 38 lelaki dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
Mohd. Khairuddin berkata, kes jenayah rogol tersebut seharusnya membuka mata kerajaan pusat untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan dengan melaksanaan undang-undang Islam dalam negara ini.
"Kes rogol itu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.
"Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol," katanya.
Tegas beliau, kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu mengkaji dengan serius mengenai kadar hukuman undang-undang sivil yang gagal menangani kes jenayah terutamanya rogol.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sistem perundangan Islam iaitu hukum hudud, qisas dan takzir mampu membendung kes jenayah kerana lebih adil dan hukuman dijatuhkan melalui beberapa proses utama.
"Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan
sebatan.
"Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah hudud, hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh," katanya.
Beliau menjelaskan kadar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah rogol termasuk rejam sehingga mati.
"Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan ialah rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
"Hukuman kedua ialah sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun," katanya.
Menurut Mohd Khairuddin lagi, hukuman takzir adalah bergantung kepada budi bicara mahkamah.
"Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes," katanya.
Ini kerana jelas beliau, hukuman takzir memberi peluang kepada mangsa rogol untuk membela diri sekiranya tiada empat saksi yang disyaratkan.
"Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 yang menyebut, Seksyen 9 (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa
berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud.
"…dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf," katanya.
Malah menurut beliau lagi, melalui kaedah takzir pesalah juga boleh dijatuhi hukuman yang lebih berat.
"Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman takzir boleh mencapai tahap hukuman mati.
"Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental," kata wakil rakyat penggal pertama itu.
Baru-baru ini, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud bagi membincangkan prosedur dan beberapa penelitian bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993.
-----------------------------------------------------------------------------------
ISU-ISU BERBANGKIT:
1. PAS SUDAH TIDAK ISLAMIK? TIDAK LAGI ADA CITA-CITA MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM DEK TERLALU TAKUT KEPADA DAP.
2. OLEH KERANA PAS SUDAH TIDAK ADA KEMAMPUAN/KEBERANIAN MEMBENTANG HUKUM HUDUD DI PARLIMEN, APA KATA WAKIL RAKYAT UMNO BENTANGKAN, UMAT ISLAM NAK TENGOK AHLI-AHLI PARLIMEN PAS ANGKAT TANGAN ATAU TIDAK UNTUK MENYOKONG?
3. KINI TERBUKTILAH PAS HANYA MEMPOLITIKKAN HUKUM HUDUD, TIDAK ADA KESUNGGUHAN? 
4. DIA PUNYA PERJUANGAN, DIA PUNYA CADANGAN, DIA KATA NAK BENTANG... LAST-LAST DIA SURUH ORANG LAIN BENTANG...

Fakta Disebalik Isu #Cadbury Didedahkan.....

Posted: 02 Jun 2014 08:27 PM PDT


Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?

Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..

Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot'  dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM.. 

Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]

menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!

Setakat itu, 2 persoalan yang timbul; 

1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan? 
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..

2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
  - Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!

Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.

Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.

1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini? 
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia. 

Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka. Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.  

Baca dan fahami betul2 sebelum baca komen orang ramai..

Perangai kita. 
Seperti terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai2 menangkap dan membelasahnya sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Samada terbukti bersalah atau tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap lebam2 yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat kelak. Apa-apa pun, kita lah yang berhak kepada kantung dosa dan pahala kita. Itupun kalau kita beriman kepada hari Akhirat! 

Pihak berwajib sudahpun bersidang dan tampil dengan keputusannya. Sekarang pilihan berada di tangan kita. Mahu terus boikot Cadbury, terpulang. Yang pasti jangan sesekali menghasut orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah. 

Tepuk dada tanya iman, sebelum mulut berkata sebelum tangan menulis, tanya diri seandainya timbangan dosa seberat timbangan pahala, adakah tulisan atau perkataan kita itu akan memberatkan sedikit timbangan dosa lalu menghumban kita ke neraka? 

JAKIM tidak pernah membuat U-TURN. Sebaliknya mereka hanya berjalan terus dengan langkah berhati-hati dan sedaya upaya menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Hanya kita yang terlebih bersangka buruk..

Allahua'lam

rujukan;

Dokumen Sulit
https://www.dropbox.com/s/2mz68xrxrwyrvvl/sulit.jpg

Kenyataan Media KKM
https://www.dropbox.com/s/ny21ylgf6np4434/media%20kkm.jpg

Kenyataan KP JAKIM
https://www.dropbox.com/s/zmc791yezlir4sa/media.jakim.jpg

Penerangan pegawai JAKIM
@[666816963373225:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=666816963373225&set=a.259095060812086.80145.100001347838242&type=1&relevant_count=1]

keputusan ujian JKM
http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-media-berkenaan-keputusan-ujian-dna-babi-dalam-produk-cadbury-37022

Majlis fatwa
http://www.astroawani.com/news/show/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793

*Artikel ini adalah kiriman pembaca. Kepada pembaca yang mempunyai pendapat, boleh e-melkan kepada mymassa@gmail.com

Adakah Kenyataan Lim Guan Eng Ini Bukan RASIS?

Posted: 02 Jun 2014 05:00 AM PDT


Sumber

Kalau tak percaya boleh tengok versi asal di Malaysiakini.


Politik dan perkauman memang tak dapat dipisahkan. Itulah hakikatnya.

KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG RAMPASAN KUASA PRESIDEN PAS ?

Posted: 02 Jun 2014 12:38 AM PDT

PRESIDEN PAS DI SEBUAH HOSPITAL DI ISTANBUL, TURKI
Khabar kami terima dari jauh menyebut terdapat cubaan 'coup de tat' ke atas Presiden PAS ketika beliau berada dalam keadaan tidak sihat di Istanbul, Turki. 

Mereka tidak berpuashati kerana boikot yang dilakukan oleh ahli-ahli PAS di Teluk Intan juga disebabkan oleh kepimpinan utama parti PAS yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membantu calon DAP. Sebab kedua, ialah ketidaksabaran pihak-pihak tertentu di dalam pakatan yang mahukan seorang Presiden yang sehati sejiwa sekepala otak khususnya menjelang PRU-14 tahun 2017 kelak.

Walau bagaimanapun, cubaan rampasan kuasa tersebut tidak berjaya kerana mereka merupakan kumpulan kecil di dalam parti yang tidak disokong sepenuhnya oleh kumpulan pro-Ulama. 

Sama ada benar atau tidak perkhabaran ini, ianya sungguh mengejutkan dan kita menunggu laporan rasmi daripada pihak PAS. Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sudah pasti perlu memberi penafian atau mengiakan saja desas-desus ini. Sebaliknya, komponen PR iaitu PKR dan DAP masih membisu mengenai rampasan kuasa Presiden yang gagal itu.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikejarkan ke hospital Istanbul Jumaat lalu kini semakin pulih dan kesihatannya bertambah baik.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Abdul Hadi menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di akaun Facebooknya sebentar tadi, kira-kira 9.25 malam waktu tempatan.
"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar ALLAH SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari ALLAH SWT.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini," katanya.
Turut dimuatnaik ialah sekeping gambarnya yang terlantar di wad sebuah hospital di Istanbul.
Abdul Hadi sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Beliau dilaporkan berangkat ke Istanbul pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan .
Bersambung...





Panglima Perang Cyber

Posted: 02 Jun 2014 11:14 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kenyataan Penuh Menteri JAKIM @dsjamilkhir Isu Coklat Cadbury

Posted: 02 Jun 2014 12:32 AM PDT



1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2; dan

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

3. Selain itu, Jakim juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar ke JKM pada hari yang sama.

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. iaitu:

i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2; dan

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:

i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

7. Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.

9. Jakim juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi kerajaan di masa-masa akan datang.

10. Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal secara menyeluruh.

11. Seterusnya, Jakim akan merangka program kesedaran pengguna Islam bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.

Sekian, terima kasih.

Y.B Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2 Jun 2014


Picture of Missing Persons in Pulau Tioman : Gareth David Huntley from Britain

Posted: 02 Jun 2014 12:25 AM PDT




Family thanks British PM, Putrajaya as search for missing Briton intensifies – Bernama

 


" A professional search team is now being deployed, including 10 paramilitary operations commandos, five police officers, three canine guides with two dogs and three civil defence officers.

An 8-strong fire rescue team, two marine patrol boats, and one helicopter were also deployed. "


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/family-thanks-british-pm-putrajaya-as-search-for-missing-briton-intensifies#sthash.ZSlED2nv.dpuf 

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 02 Jun 2014 09:53 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


DAP DENGAN DAP DAH GADUH.. BANTAI LAGI SAMPAI LUMAT ! BUY MALAY FIRST OKAY !

Posted: 02 Jun 2014 08:26 PM PDT

RAMADHAN MENJELANG : KEMPEN BUY MALAY FIRST DILANCARKAN !

Posted: 02 Jun 2014 11:27 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 02 Jun 2014 09:06 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Alasan DAP Bila Kalah, Salahkan Semua Pihak Tetapi Tidak Diri Sendiri

Posted: 02 Jun 2014 07:33 PM PDT


Beranikah Ambiga Buat Demo BERSIH Untuk Isu Ini?

Posted: 02 Jun 2014 12:05 AM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 02 Jun 2014 03:34 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Wajah pelajar perempuan 'pailang' yang kini diburu polis

Posted: 02 Jun 2014 03:00 PM PDT

SUSULAN video kejadian buli melibatkan beberapa pelajar perempuan yang kami kongsikan sebelum ini, satu kenyataan berkaitan telah dikeluarkan menerusi Facebook rasami Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Ia berbunyi:

"Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
2 JUN 2014″

Pada masa yang sama, gambar jelas wajah dua pelajar yang turut terlibat dalam rakaman kejadian itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial.


Diharap dengan tindakan undang-undang seperti ini, tidak ada lagi pelajar sekolah yang menganggap buli sebagai perkara ringan di masa akan datang.

Remaja perempuan tiduri 300 lelaki untuk balas dendam

Posted: 02 Jun 2014 07:01 AM PDT

Seorang wanita telah membuat kejutan apabila menulis status di Facebook mengatakan beliau dengan sengaja telah menyebarkan HIV kepada lelaki-lelaki yang telah mengadakan hubungan seks dengannya.

Wanita yang masih remaja itu merupakan seorang pelajar Universiti Kabarak di Nakuru. Beliau membuat pengakuan telah menjangkiti hampir 324 lelaki setakat ini.

Beliau yang masih berusia 19 tahun membuat pengakuan itu melalui status Facebooknya. Beliau turut mensasarkan untuk menjangkiti sekurang-kurangnya 2000 lelaki dengan virus HIV.

Remaja yang tidak diketahui namanya itu juga mendedahkan bagaimana beliau dijangkiti HIV. Ianya berlaku apabila seorang lelaki yang ditemuinya di sebuah parti telah mengadakan hubungan seks dengannya selepas mereka mabuk. Lelaki berkenaan telah menidurinya di sebuah hotel, dan ketika bangun, beliau telah bangun bersebelahan dengan seorang lelaki yang bernama Javan.

Beliau kemudian bertanyakan kepada Javan adakah mereka telah melakukan seks, dan Javan mengaku dan mendakwa memakai kondom.

Namun begitu, remaja perempuan itu kemudiannya mendapati ada kesan air mani di kemaluannya ketika beliau mandi.

"Saya mahu bunuh diri," tulisnya.

"Saya takut akan hamil ataupun dijangkiti HIV," tulisnya lagi.

Pada hari esoknya, setelah melakukan ujian, beliau telah disahkan HIV positif.

"Masa depan saya telah pun hancur, seseorang harus bertanggungjawab," tulisnya lagi.

Sumber: pulse.ng

Mulut celupar punca berhijab

Posted: 02 Jun 2014 06:01 AM PDT

Produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka antara punca dia terbuka hati untuk berhijab.

Raja Azmi, 55, berkata, selepas membuat kenyataan itu yang disiarkan di TV9 bulan lalu, dia mula terfikir adakah kenyataan yang dibuatnya itu betul atau sebaliknya.

"Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Raja Azmi berkata demikian dalam rancangan hiburan h live! saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad malam.

Produser itu ditemubual oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi dalam program yang disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam itu. Ulangan rancangan berkenaan disiarkan menerusi saluran Awani pada pukul 10.30 malam.

Sebelum ini Raja Azmi menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan pendapat orang yang tidak bertudung akan masuk neraka.

Beliau membuat kenyataan berkenaan apabila ditanya wartawan Galaksi, TV9, adakah dia mahu bertudung selepas kembali mengerjakan umrah pada Februari lalu.

Malah dia juga berkata, orang yang bertudung pula tidak semuanya menjaga adab mereka sebagai muslim sejati.

Dalam pada itu Raja Azmi berkata, dia tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataannya sebelum ini tetapi dia bersyukur kerana mendapat 'teguran' Allah yang akhirnya membuatkan dia mengambil keputusan bertudung.

Langkah menukar imej kata beliau, adalah sebahagian daripada keinginannya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam itu dengan lebih mendalam.

Dyana Sofya akan tinggalkan DAP

Posted: 02 Jun 2014 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim percaya Dyana Sofya Mohd Daud akan meninggalkan parti itu apabila dia menyedari ia bukan satu parti berbilang kaum ", lapor Bernama.

Tunku Aziz berkata beliau membuat ramalan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri dan tempoh dalam parti yang disertainya selama hampir empat tahun.

Beliau menyertai DAP pada Ogos 2008 dan meletak jawatan seterusnya mengumumkan keluar parti itu pada Mei 2012.

"Jika dia menyedari bahawa ini bukan sebuah parti berbilang kaum, ia terpulang kepada beliau (untuk meninggalkan parti). Beliau menyertai DAP mempercayai segala-galanya mengenai parti," katanya kepada Bernama.

Dyana Sofya , 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Teluk Intan.

DAP telah memenangi kerusi itu dengan 7313 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Tunku Abdul Aziz Ibrahim percaya Dyana Sofya Mohd Daud akan meninggalkan parti itu - Gambar Fail
Ketika ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP adalah sama dengan beliau, Tunku Aziz menjelaskan beliau telah dijemput untuk menyertai parti itu bukan untuk kedudukan atau platform tetapi untuk melawan rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah tetapi tidak menentang kerajaan seperti apa yang mereka telah lakukan. Saya menyertai demi negara ini dan masyarakat," Bernama memetik beliau sebagai berkata.

Ketika bersama DAP, Tunku Aziz dilantik sebagai naib presiden parti itu dan pada 31 Mei 2009, beliau telah dilantik sebagai senator mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya daripada parti dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0. yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dyana-sofya-akan-tinggalkan-dap-tunku-aziz-37047?cp

Kumpulan dan Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014

Posted: 02 Jun 2014 05:33 AM PDT

Kejohanan Piala Dunia edisi ke-20 akan berlangsung di Rio, Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Berikut adalah kumpulan-kumpulan negara yang telah di undi serta jadula perlawanan Kejohanan Piala Dunia di Rio, Brazil untuk tahun ini.

Kumpulan Pasukan Piala Dunia Brazil 2014

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan
Kejohanan Piala Dunia Brazil 2014







(Foto) Wajah madu Erma Fatima, isteri kedua Bade

Posted: 02 Jun 2014 12:08 AM PDT

"Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

"Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.

"Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu," demikian ulas Erma Fatima mengenai isu dia kini bermadu pada media.

Sementara menurut Bade pula, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.

"Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

"Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

"Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan", katanya dipetik sebagai berkata.

Saya bebas keluar dengan siapa sahaja -Erra Fazira

Posted: 01 Jun 2014 11:01 PM PDT

SUSAH rupanya menjanda sebagai wanita cantik ini, ada sahaja cerita tidak benar tersebar tidak ikut masa. Kalau dikira primadona kita ini baru sahaja memegang status ini empat bulan lalu. Namun sudah ada dua kisah berlainan yang hinggap di carta gosip tempatan mengenai kononnya Erra Fazira kini sudah menemui pengganti.

Belum lagi ditambah kisah yang bekas suaminya kini juga khabarnya mahu rujuk semula sebagai keluarga bahagia. Kalau kita yang bukan empunya diri sudah rimas mendengar gosip sana sini, bagaimana pula Erra mengharungi waktu getir seperti ini. Bukan niat dia pun mahu mencipta kontroversi, malah kisah-kisah sebegini timbul bila ada yang mengambil terlebih berat soal Erra.

"Saya rasa benda ini timbul bila ada yang nampak saya sedang makan piza dan minum kopi dengan Shahir.

"Jujurnya perkara itu bukan luar biasa, saya juga keluar dengan rakan artis lain. Yang junior mahupun senior, hairan saya bila benda begini diperbesarkan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian butik terbaharu RizamanRuzaini di Midfields, Sungai Besi, baru-baru ini.

Berkongsi intipati perbincangan dengan Shahir ketika berjumpa jelas Erra tiada apa yang perlu di kongsi dirinya. Malah lebih meyakinkan Erra turut memberitahu perbincangan itu lebih kepada perbincangan biasa antara rakan.

"Jangan salah erti pada kata-kata Shahir. Saya lihat sendiri temu ramah itu, dan memang dia nampak gugup bila ditanya soal ini. Kalau kita pun kalau tiba-tiba ditanya, saya kategorikan Shahir sebagai seorang budak yang baik.

"Apa yang dibicarakan kami lebih bersifat am, ada juga dia meminta nasihat lakonan. Benda biasa," katanya.

Tidak mahu jauh tersasar, Erra nasihatkan agar hubungan ini tidak terus dijadikan senjata untuk meletakkan dia dalam situasi tidak selesa. Dengan jelas memberitahu siapa Shahir dalam dirinya, Erra pohon agar dia diberi ruang untuk berkawan.

"Saya anggap Shahir sebagai rakan. Sama seperti rakan-rakan saya yang lain. Tiada definisi istimewa atau apa.

"Jujurnya buat masa ini saya tidak fikir hubungan serius lain. Sampai bila saya tidak tahu, semua itu bukan kuasa saya," katanya.

Sebelum ini juga ibu kepada seorang anak ini turut dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik. Dalam hal ini Erra ternyata ralat malah menjelaskan prinsip sebenar dirinya yang enggan melayan mana-mana suami orang.

"Sebelum ini juga saya dikaitkan dengan ahli politik, yang saya langsung tidak kenal. Jujur saya katakan saya lebih selesa dikaitkan dengan orang bujang dari suami orang.

"Kalau boleh saya akan elakkan berkawan dengan suami orang," katanya.

Tatkala bekas suami cuma melancarkan "kempen" memenangi hatinya semula, Erra lebih senang mendiamkan diri. Baginya tidak perlu ditanya soal ini memandangkan dia lebih mementingkan kebahagiaan anak tunggalnya Engku Aleesya.

"Saya fikir soal itu sensitif, saya lebih pentingkan Aleesya dari hal lain.

"Buat masa ini memang kami baik. Sama seperti ibu bapa yang lain, kami akan sentiasa berada bersama Aleesya jika dia memerlukan kami bersama," katanya.

Bercerita soal bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa minggu lagi, jelas Erra semuanya sama sahaja buat dirinya memandangkan bulan itu masih bulan mencari rezeki buat dirinya. Bakal menyambut raya sebagai ibu tunggal tahun ini, pastinya giliran bersama Aleesya sedikit menggembirakan dirinya.

"Semuanya sama, tetapi bulan Ramadan saya tidaklah seaktif bulan lain. Tahun ini giliran saya beraya bersama Aleesya memang persiapan itu akan lain sedikitlah, memang tidak sabar sebenarnya," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140530/hi_04/Saya-boleh-keluar-dengan-sesiapa#ixzz33RmG41Xa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada DNA babi dalam dua coklat Cadbury - JAKIM

Posted: 01 Jun 2014 10:00 PM PDT

BANGI - [DIKEMASINI] Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Jurujual trauma diugut sebar gambar bogel

Posted: 01 Jun 2014 09:01 PM PDT

GEORGE TOWN - Taktik samun dan rakam gambar bogel mangsa dilihat semakin kerap digunakan penjenayah untuk mengugut mangsa yang disamun mereka.

Terbaharu, seorang jurujual lelaki menjadi mangsa samun menggunakan modus operandi yang sama apabila gambar bogelnya dirakam sejurus dia disamun oleh sekumpulan 10 lelaki di sebuah gudang di Seberang Perai dekat sini semalam.

Lebih malang, mangsa berusia 28 tahun itu turut diugut agar menyerahkan wang berjumlah RM72,000 sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan di internet.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang sedang membuat promosi barangan komputer di sebuah pasar raya besar di Sungai Dua telah didatangi beberapa lelaki yang kemudian membawanya menaiki sebuah kenderaan ke Autocity di Seberang Perai yang terletak kira-kira 80 kilometer.

Menurutnya, mangsa yang matanya ditutup kemudian dibawa ke sebuah gudang yang tidak dapat dipastikan lokasinya lagi dan telah dipukul bertubi-tubi sebelum suspek mengambil duit mangsa dan telefon bimbitnya yang berjumlah RM500.

Wanita mengaku Hindu walaupun status tertulis Islam

Posted: 01 Jun 2014 08:45 PM PDT

PETALING JAYA - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan seorang wanita yang beragama Islam, selepas didakwa berkahwin dengan pasangan bukan Islam mengikut adat agama Hindu, semalam.

Hasil maklumat dan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa Jais menyerbu majlis perkahwinan yang berlangsung di Jalan SS 1/25, kira-kira jam 10 pagi.

Keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai Jais, di samping kawalan ketat anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Wanita berusia 32 tahun yang berpakaian pengantin itu dibawa ke ibu pejabat Jais di Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, wanita itu mendakwa, bapanya yang beragama Hindu telah menukar agama kepada Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.

"Wanita itu tidak mengetahui bapanya mendaftarkan dia dan tiga adik-beradik sebagai beragama Islam. Wanita itu hanya mengetahui perkara itu selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran mereka tercatat agama Islam," katanya.

Menurut sumber itu, wanita itu turut mendakwa, bapanya dipercayai telah meninggalkan mereka sekeluarga dan sejak kecil mereka dibesarkan dalam agama Hindu.

"Wanita itu mendakwa pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar status agama di MyKad pada 2007 lalu, namun tidak dibenarkan kerana tidak ada tandatangan bapa. Wanita itu dipercayai membuat permohonan kali kedua April lalu," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan identiti didedahkan berkata, keluarga wanita itu dipercayai tidak mengamalkan ajaran Islam.

"Keluarga wanita itu tinggal di Apartmen Taman Seri Aman, di sini, manakala keluarga lelaki bukan berasal dari kawasan tersebut," katanya.

Difahamkan, siasatan Jais masih dijalankan bagi mengetahui kesahihan status agama pengantin perempuan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, di bawah Seksyen 4 kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

'Bukan Red Bean Army, ini kerja UMNO' - Ibu Dyana

Posted: 01 Jun 2014 08:31 PM PDT

TELUK INTAN - Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.

"Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.

"Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yammy berkata, walaupun macam-macam dilakukan oleh pihak lawan terhadap anaknya, beliau akan tetap bersama Umno.

Katanya, terpulang kepada Umno sama ada mahu menyingkirnya kerana menyokong anaknya yang mewakili parti lawan.

"Saya mahu tunjukkan walaupun berlainan parti dalam satu keluarga, hubungan antara ibu dan anak tak akan terputus," katanya.

Menurutnya, beliau menerima kekalahan Dyana Sofya dalam PRK itu dan menganggap anaknya berdepan dengan nama besar.

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut.

Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.

Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited.

Kontroversi aib Hanis Zalikha tersebar

Posted: 01 Jun 2014 08:01 PM PDT

TIGA tahun bergelar anak seni secara serius, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, kini mula terasa bahang kontroversi kesan populariti sebagai pengacara dan pelakon.

Pada peringkat awal, hanya gosip ringan seperti bercinta dengan beberapa jejaka dalam industri dan dikaitkan dengan kontroversi agak mengaibkan. Timbul juga cerita mendakwa Hanis tidak mesra media dan susah didekati.

Beberapa bulan lalu, heboh dia dikatakan ditangkap khalwat bersama pelakon, Hairul Azreen juga dikatakan buah hatinya. Mereka yang menyebarkan dakwaan itu mengatakan, kes khalwat di antara Hanis dan Hairul tidak dibicarakan kerana mereka merayu ia digugurkan dan merasuah pihak berkuasa yang menangkap mereka.

Hanis yang ditemui pada sesi fotografi khas, baru-baru ini menjelaskan, awalnya dia tidak mengendahkan dakwaan itu kerana tahu ia tidak benar.

Namun apabila tuduhan mula hangat diperkatakan sampai wujud kronologi kes membuatkan orang keliling mempercayainya, Hanis berasakan dakwaan itu sangat berat dan memalukan.

Polis trafik sapu jalan digelar anjing

Posted: 01 Jun 2014 06:31 PM PDT

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 20-an yang didakwa menghina dan memperlekehkan tindakan sekumpulan anggota polis trafik membersihkan serpihan kaca menerusi laman sosial miliknya akan dipanggil bagi diambil keterangan.

Ia berikutan tindakan lelaki berkenaan memuat naik entri dalam Facebook (FB) miliknya kelmarin yang didakwa menggelar anggota berkenaan sebagai anjing kerana menyapu kaca bertaburan di Jalan Skudai di sini.

Lelaki berkenaan turut didakwa memuatkan gambar anggota berkenaan ketika menjalankan tugas.

Perbuatan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai terutama keluarga anggota terbabit yang berkongsi luahannya bersama pengguna FB lain.

Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang anggota trafik terbabit menyatakan suaminya bertugas dengan ikhlas bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas.

Saya restu suami kahwin lagi - Erma Fatima

Posted: 01 Jun 2014 06:03 PM PDT

RAMAI yang menantikan reaksi penerbit drama, Erma Fatima apabila mendengar khabar suaminya berkahwin lain di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera, Erma Fatima menjelaskan yang dia tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagiaan insan tersayang.

"Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu 'kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri"

"Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia"

"Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu," jelas Erma Fatima.

Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran.

Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor.

Lelaki tunjuk kemaluan maut dibelasah di Shah Alam

Posted: 01 Jun 2014 05:38 PM PDT

Shah Alam: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit.

Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan" Jurucakap polis

"Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan," katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek.

Budak sekolah perempuan terlampau...

Posted: 01 Jun 2014 05:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.

Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai 'gengster' dan 'kak yong' dan memanggil dirinya sebagai 'pailang' yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Xpe..

nanti aku nk repot polis.

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari," kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.

THE FLYING KICK

Posted: 02 Jun 2014 01:47 PM PDT

tun faisal dot com

Posted: 02 Jun 2014 01:41 PM PDT

tun faisal dot com


Syarikat Swasta, Multinasional amal polisi RASIS & DISKRIMINASI KAUM

Posted: 02 Jun 2014 05:12 AM PDT


Dapatan - 

i. 42.1% pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang mempunyai kelayakan yang sama.

ii. Syarikat Cina - 44% pemohon Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu.

iii. Syarikat Melayu - TIADA DISKRIMINASI, menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

iv. Syarikat Antarabangsa yang jawatan tinggi dipegang oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala TIADA (SIFAR) calon Melayu menerima panggilan.


Kajian buktikan Syarikat Kaum Cina amal dasar RASIS dan DISKRIMINASI KAUM!!


1. BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.


2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.



3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar "Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia" anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi dipegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar 'resume' kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.



5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.



6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.



7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.



8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.



9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.



10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.



11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.



12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.



13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina. 



14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

#PRKTelukIntan - UMNO, sila pecat Yammy!!!

Posted: 01 Jun 2014 07:30 PM PDT



*Nota: Nak sokong anak, itu dia punya pasal. Tapi bila dah berkempen untuk Dap, itu sudah langgar displin parti dan mengkhianati parti. Khianat parti, khianat Perkasa, khianat perjuangan - jadi tak perlulah simpan pengkhianat.

** Pembetulan - Mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi BNYCT

Gabungan pejuang siber pro-UMNO/BN
mahu Yammy dipecat!


Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.



Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.



Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.



Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .



Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.




1. Rezqeen Hill

2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Pecah Palak Mikir
45. Kome Sokmo



Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.



Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat.

Cucu Tok Selampit

Posted: 02 Jun 2014 01:17 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Parking Pulau Pinang Naik Lagi - Pentadbiran MPSP @cmlimguaneng Panggil Kenaikan Parking Sebagai Diskaun!!!

Posted: 01 Jun 2014 10:41 PM PDT


Kalau ikut definasi bodoh macai-macai PR, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan hanya berlaku di negeri-negeri di bawah pentadbiran BN. Macai-macai pekak badak ini lupa, Kerajaan DAP Pulau Pinang baru sahaja menaikkan kadar parking bulanan yang akan berkuatkuasa mulai 01 Julai 2014. Ironininya, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) cuba untuk memperbodohkan Rakyat. 

Parking telah dinaikkan dari RM50 sebulan kepada RM75. Kemudian macai-macai bodoh PR diperbodohkan dengan kononnya diskaun atau penjimatan sebanyak RM15? Macai-macai menjerit Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah paling baik dan berhemah. Mereka lupa bahawa kenaikan telah berlaku sebanyak RM10 iaitu RM60 (harga baru) - RM50 (harga lama). Buat MPSP pula, RM15 hangpa panggil penjimatan? Penjimatan kepala hotak hangpa!!!

Apabila Bidang Perubatan Dan Politik Dicampuradukkan ... Inilah Jadinya

Posted: 31 May 2014 09:23 PM PDT


Pilihanraya Kecil Teluk Intan sudahpun melabuhkan tirainya. Namun beberapa insiden semasa tempoh berkempen masih menjadi bualan. Salah satunya adalah tindakan seorang pakar di Pusat Perubatan KPJ yang meletakkan poster calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya, di dalam kliniknya. Sejak bilakah DAP telah mengambil alih majoriti saham Pusat Perubatan KPJ? Amat malang apabila seorang pakar perubatan tidak dapat membezakan di antara karier politik beliau dan amalan perubatan terhadap pesakitnya.

Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tidakan yang sewajarnya. Bayangkan kalau kita memberitahu doktor berkenaan bahawa kita adalah ahli UMNO dan BN, bayang apakah ubat yang akan diberikan oleh doktor berkenaan. Tindakan mencampur aduk politik dan perubatan adalah satu yang menyalahi etika dan amalan yang keterlaluan.

waadat

Posted: 02 Jun 2014 01:08 PM PDT

waadat


kursus BTN wajib semula

Posted: 01 Jun 2014 05:32 PM PDT

Masa Demang bersekolah dulu, Demang pernah mengikuti kursus anjuran BTN. Tahun 1987 di Kuantan.

Dalam kursus itu kami didedahkan dengan pelbagai realiti dan fakta yang sebelum itu jarang diketahui umum.

Macamana nak tahu kalau tiap kali buka akhbar selak ruang hiburan dan sukan sahaja?

Melalui kursuslah peserta diberitahu semula fakta-fakta yang pernah disiarkan dalam akhbar, majalah, laporan, buku, dan sebagainya yang tidak dipedulikan sebelum ini.

Maka terkedulah kami melihat statistik kedudukan orang Melayu yang begitu jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Patutlah hampir semua kereta mewah dan rumah-rumah kos sederhana dan mewah ketika itu hanya mampu dibeli kaum cina.

Demang gunakan istilah 'kaum-kaum lain' sebab itulah istilah yang diguna dalam perlembagaan. Untuk makluman, istilah 'bukan Melayu' tiada dalam perlembagaan kita.

Selepas terkedu, kami mula dilanda rasa bimbang tentang nasib bangsa Melayu yang selepas itu Demang faham bahawa Melayu dalam perlembagaan bermaksud seseorang yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat budaya Melayu.

Setelah diselimuti rasa bimbang, timbul pula rasa geram dan marah pada kaum-kaum yang diwariskan harta kekayaan oleh Inggeris ketika bangsa penjajah itu meninggalkan Tanah Melayu.

Kaum-kaum tersebut bukan sahaja mewarisi harta peninggalan Inggeris berupa lombong-lombong dan ladang-ladang bahkan sebelum itu lagi telah diberi peluang mendapat pendidikan yang tinggi serta menguasai perniagaan di bandar-bandar yang terbina akibat aktiviti perlombongan dan perladangan.

Patutlah mereka kelihatan maju dan berjaya. Rupa-rupanya mereka mendapat segala kemudahan dan bantuan daripada pihak Inggeris.

Betapa sedih dan pedihnya hati kami para peserta mengenangkan nasib bangsa sendiri yang terpinggir di bumi sendiri.

Namun ketika kami cuba melampias kemarahan kami atas ketidakadilan yang berlaku, para fasilitator mengingatkan kami betapa pergaduhan bahkan peperangan dengan kaum-kaum lain bukanlah penyelesaian.

Apalah gunanya jika kalah jadi abu, menang jadi arang?

Mahu tidak mahu kaum-kaum lain sudahpun diterima sebagai warga Malaysia. Kita mesti menerima hakikat itu.

Namun sesuatu mesti dilakukan bagi memperbetul keadaan. Keadilan apa yang nak dipertegak jika orang Melayu cuma memiliki 0.2% kepentingan ekonomi di tanah tumpah darah sendiri?

0.2%  bermakna jika ada RM100 maka kaum cina dan lain-lain menguasai RM99.80 manakala orang Melayu cuma ada 20 sen!

Kami juga didedahkan bahawa akibat ketidakseimbangan ekonomi dan sosial antara kaum maka berlakulah tragedi 13 Mei 1969.

Orang Melayu yang terhimpit dengan kemiskinan (meski semenanjung yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah merdeka), tidak mampu lagi menahan sabar apatah lagi diejek kerana dilihat hampir kalah dalam pilihanraya yang baru diadakan ketika itu (1969).

Seterusnya kami didedahkan tentang langkah kerajaan bagi mengelak tragedi berulang. Badan yang mengkaji peristiwa itu mendapati jurang ekonomi yang terlalu luas antara kaum merupakan penyumbang terbesar pada perpecahan kaum.

Akhirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dirangka dan dilaksanakan.

Demang percaya ramai yang tahu DEB tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu bagaimana ia patut dilaksanakan?

Antara orang yang faham tentang DEB dan segera bertindak ialah Syed Mohtar Al-Bukhari. Namun oleh kerana ramai yang tidak faham DEB (terutama generasi muda) beliau dituduh kroni pada pemimpin tertentu di samping berlindung dengan pemodal kaum cina.

Tahukah anda bahawa konsep DEB ialah bekerjasama antara kaum? Ada yang tidak tahu, ada yang lupa, dan ada yang pura-pura lupa sebab apabila DEB persalahkan, mereka dapat keuntungan politik!

Sebenarnya DEB adalah serampang dua mata. Selain merapatkan jurang ekonomi ia juga bertindak bagi mencapai perpaduan kaum. Ramai yang tahu istilah ini dan faham maksud peribahasa itu tetapi berapa ramai yang sedar maksudnya dalam kontak DEB?

DEB sepatutnya menjadi ruang untuk orang Melayu dan kaum-kaum lain (baca kaum cina) bekerjasama dalam situasi menang-menang. Setiap syarikat yang ingin memasuki tender kerajaan ditetapkan agihan 30% milik Melayu, 40% milik bukan Melayu dan 30% milik asing. Malah itulah sasaran DEB setelah dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun.

Malangnya DEB dimanipulasi dan dieksploitasi tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap negara. Pemodal bukan Melayu sekadar menggunakan nama orang melayu dan menjadikan mereka 'sleeping partner'.

Maka peribahasa baru pun muncul iaitu 'alibaba'. Maksudnya, permit atas nama Ali manakala pemilik sebenar ialah baba (cina).

Fenomena alibaba berleluasa tanpa dapat dikawal. Lebih buruk lagi apabila pemimpin politik Melayu sendiri terlibat melakukannya bersama-sama pemodal kaum cina.

Kelemahan utama konsep alibaba ialah ia menggagalkan usaha membina dan melahirkan usahawan tulen kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Orang yang terlibat sekadar menjadi orang kaya baru (OKB) yang hasilnya tidak melimpah pada bangsa Melayu.

Lebih malang lagi apabila OKB sekadar menjamah keuntungan untuk seketika dan akhirnya kembali ke takuk lama apabila si baba beralih pada perniagaan lain, mendapat Ali yang baru, atau tidak memerlukan mana-mana Ali lagi.

Itulah masalah DEB. Disabotaj kiri kanan.

Apapun, DEB tidaklah gagal sepenuhnya. Biarpun tidak menepati sasaran 30% pemilikan Melayu/bumiputera menjelang tamat tempohnya, namun DEB berjaya juga mencapai 19% dan jika dibandingkan dengan 0.2% ketika ia bermula maka angka itu sudah boleh dibanggakan.

Demang percaya, meskipun anda kini faham tentang dasar kerajaan tentang DEB, masih ada rasa geram di hati. Kenapa? Kerana meskipun DEB dirangka dengan begitu baik namun terdapat ramai penyangak a.k.a malaun yang merajalela mengeksploitasinya untuk kepentingan diri semata-mata.

Demang tak kata 'kepentingan diri' tetapi 'kepentingan diri semata-mata'. Tidak salah melakukan sesuatu untuk kepentingan diri tetapi jangan sekali-kali melakukan sesuatu kerana 'kepentingan diri semata-mata'.

Demang fikir elok lah kursus BTN-SSM diadakan semula kerana walaupun ada banyak kursus lain oleh pihak lain namun kursus-kursus tentang kenegaraan hanya BTN yang berpengalaman dan berkemahiran melaksanakannya.

Duke of UMNO

Posted: 02 Jun 2014 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


TENGOK SENDIRI MUKA BUDAK-BUDAK PEREMPUAN KURANG AJAR NIH...

Posted: 02 Jun 2014 06:16 AM PDT

Tengok sendiri muka budak-budak kurang ajar ni... Polis dah buru dahhh...! Anak siapa ni agaknya? Anak kita?
Apa la budak-budak sekolah sekarang ni nak jadi. Dulu, saya ingatkan Gen Y ni bagus-bagus dan akan mencontohi sikap Gen X yang terdahulu. Rupanya jangkaan saya meleset... depa lebih teruk rupa-rupanya...

Saya tak nafikan Gen X dulu pun ada yang "buas" dan agak "pailang". Tapi takde la seteruk macam ni kat sekolah dulu... At least, dulu Gen X ni hormat pada guru dan sekolah... nak buat jahat mana sekali pun, selalunya kat luar pagar sekolah...kan?

Tapi budak-budak sekarang ni "lain macam" pulak jadinya... Mungkin depa ni celik-celik mata tengok Malaysia dah membangun dan macam-macam terhidang depan mata dan depa mudah dapat apa saja depa nak... nak motor dapat motor...nak smart phone dapat Note 3! kan?

Kes terbaru kat bawah ni misalnya...

 


Saya percaya, kes kat atas ni adalah di antara ribuan kes yang berlaku di sekolah-sekolah. Guru-guru kat sekolah kalau tengok video tu dah tentu akan kata "Alaaa.. kat sekolah aku pun berlambak budak buat perangai macam tu.. lagi ganas pun adaaaa..".

Sebab tu saya tak hairan kalau ada di kalangan guru kita yang kata "aku pun dah naik takut dengan budak-budak sekolah sekarang ni... tegur sikit depa tumbuk terajang kita... kita cubit sikit.. mak bapak pulak bawak parang nak serang kita...". 

So macamana? Patut ke kita beri semula kuasa merotan pelajar pada semua guru-guru kat sekolah? Atau kita wujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pemulihan akhlak macam sekolah Henry Gurney tu? Atau nak bina penjara khas untuk budak-budak bawah kes juvenil ni? 

Atau kita nak mak bapak depa "ajar" anak-anak depa supaya tak buat perangai kat sekolah? Boleh "pakai" ke idea tu? Heh! 

Tengok perangai budak-budak macam ni, rasa risau pulak nak hantar anak saya ke sekolah nanti. Bukan risau guru-guru tak ajar anak-anak saya, tapi saya risau anak-anak saya akan bercampur dengan budak-budak macam tu dan hasilnya ada 2 kebarangkalian... "Buli" atau "dibuli", kan?

Saya tak mahu anak saya membuli sesiapa dan tak mahu anak saya dibuli sesiapa. Nak harapkan cikgu 100% pun tak boleh jugak sebab dia ada banyak lagi tanggungjawab lain. Takkan nak suruh cikgu ikut anak saya ke hulur ke hilir pulak, kan? Budak-budak lain macamana? Macam la cikgu tu takde kerja lain, kan?

Tapi kalau tak hantar anak saya ke sekolah, siapa nak ajar dia pulak? Saya kerja, isteri saya pun kerja? So macamana? Ada ke sekolah yang ada budak-budak baik saja kat sekolah tu...? Sekolah mana ek?

ABC APA HARGA SAMPAI RM80,000 KAT KEDAH NIHH..???

Posted: 02 Jun 2014 04:14 AM PDT


Ouchhh..!!! Saya ingatkan, Kedah ni antara negeri termurah kos sara hidup... Ada kuih yang masih berharga sekupang (10 sen) sebiji...

Tapi tak sangka pulak baru ni kecoh pasal semangkuk ABC berharga RM80,000 kat Alor Setar...

Adehhh... kampung saya tu... Awat mahal sangat?

 

Nak tahu cerita, klik kat sini...

LUAHAN HATI ISTERI ANGGOTA POLIS TRAFIK DIGELAR "ANJING SAPU JALAN"... @PDRMsia

Posted: 02 Jun 2014 02:33 AM PDT

Tabik la brooo...! Thumb ups!
Saya betul-betul tak faham. Kenapa ada pihak yang ramai sangat marah kat polis trafik. Asal jumpa depa kat tepi jalan, macam-macam depa kutuk. Macam-macam depa kata... Depa seranah tak cukup tanah.. tak tau la apa dosa polis trafik tu...

Herannya, polis trafik tu tak buat apa pun kat depa... siap tolong jaga trafik bagi depa perjalanan lancar...Tapi depa selamba maki hamun... apa punya jenis mentaliti begitu? Islam suruh buat lagu tu ka?

Terbaru, ni ada kes pasal seorang anggota trafik ni...


Nak tau cerita polis trafik tu, sila klik kat sini...baca sendiri luahan hati seorang isteri anggota polis trafik tu... kesian bebbbb...

Saya ni bukan apa... saya heran dengan rakyat Malaysia suka dok kutuk polis trafik. Bukan setakat polis trafik, polis lain pun selalu kena. Tapi kalau jadi apa-apa... polis yang depa kutuk tu la yang depa dok cari... betoi tak? Heh!

Memang la ada segelintir polis dan polis trafik yang tak boleh pakai. Tapi tak semua... sekarang ni golongan tu makin kecik sebab kalau depa kantoi, maka memang makan tak abih la lepas tuuu... 

Tapi kita ni sampai bila nak ada persepsi buruk kat polis atau polis trafik? Kalau tak maki depa tak boleh ka? 

Bayangkan kalau polis trafik tu ayah kita kaaa... mak kita ka... anak kita ka.. adik atau abang kita.. apa kita rasa agaknya? Kalau kita sendiri yang jadi polis trafik tu apa perasaan kita? Kita buat kerja betul pun kena maki hamun jugakkk..??? Hmmm... tak tau laa... jawab la dalam kubur masing-masing nanti...

ABBY KUTUK FARHAN LEPAS DICERAIKAN.. DULU CAMANA?

Posted: 01 Jun 2014 11:25 PM PDT

Bekas-bekas suami Abby... boleh buat union ni... heh! Ada sapa nak join ka?
Adoiii... bila dah nak bercerai tu.. macam-macam la yang keluar. Itu tak kena.. ini tak kena... umur muda sangat la... tak matang laaa.. semua ada... macam-macam la yang tak puas hati keluar...

Dulu masa nak menikah...gelojoh! Baru kenal seminggu dua terus gatal nak kahwin... masa tu kalau orang kata laki dia muda sangat pun, dia kata tak paaaa... kalau orang kata laki dia tak matang pun, dia balas balik kata orang jeles kat diaaaa....

Tu la dia Abby... dulu orang kata dah... dah nasihat dah... tapi degil... skang ni dah kena cerai sampai dua kali baru nak kalut? Heh! Lepas tu guna anak tarik simpati orang ramai? 


Nak tahu cerita? Sila klik kat sini... Apa raaaaa Abby ni....

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Jun 2014 12:16 PM PDT

PEJUANG BANGSA


DYANA SOFYA BAKAL TINGGALKAN DAP SEPERTI TUNKU AZIZ ??

Posted: 02 Jun 2014 08:26 AM PDT



Seorang bekas naib presiden DAP hari ini berkata beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.

Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," kata Tunku Abdul Aziz kepada Bernama.

Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.

Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat," katanya.

Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil. - Bernama

JAKIM PULAK DAKWA CADBURY BEBAS UNSUR DNA BABI !! @dsjamilkhir

Posted: 02 Jun 2014 02:11 AM PDT



Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

MENGAPA KPJ BUAT BODOH DOKTOR DAP KEMPEN POLITIK SEMASA #PRKTelukIntan

Posted: 01 Jun 2014 08:20 PM PDT




Pilihanraya Kecil Teluk Intan sudahpun melabuhkan tirainya. Namun beberapa insiden semasa tempoh berkempen masih menjadi bualan. Salah satunya adalah tindakan seorang pakar di Pusat Perubatan KPJ yang meletakkan poster calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya, di dalam kliniknya. Sejak bilakah DAP telah mengambil alih majoriti saha.m Pusat Perubatan KPJ?

Amat malang apabila seorang pakar perubatan tidak dapat membezakan di antara karier politik beliau dan amalan perubatan terhadap pesakitnya.

Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tidakan yang sewajarnya. Bayangkan kalau kita memberitahu doktor berkenaan bahawa kita adalah ahli UMNO dan BN, bayang apakah ubat yang akan diberikan oleh doktor berkenaan. Tindakan mencampur aduk politik dan perubatan adalah satu yang menyalahi etika dan amalan yang keterlaluan -sumber 



Tiada ulasan:

Pengikut