Pakatan Rakyat |
Posted: 07 May 2014 03:36 PM PDT | Sekat di Masjid, Kuliah Ustaz Azhar di Gelanggang Futsal Tetap Mendapat Sambutan Posted: 06 May 2014 10:57 PM PDT [HD] HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi. Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini. Begitupun, dipercayai arahan tersebut dibuat oleh orang politik yang menggunakan pihak berkuasa agama supaya tidak dibenarkan Ustaz Azhar menyampaikan kuliah di masjid berkenaan. Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka. Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa. - HARAKAHDAILY 7/5/2014 | Pengurus Pusat Ternakan Ikan Warga China Diculik di Sabah Posted: 06 May 2014 10:53 PM PDT [MK] Satu lagi kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang melarikan seorang lelaki warga China dari sebuah pusat ternakan ikan dekat Lahad Datu. Polis mengesahkan, lima penceroboh melarikan Yang Zailin, 34, seorang pengurus di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd pada kira-kira jam 2.45 pagi ini. Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dua daripada penceroboh berkenaan memakai celoreng tentera, bertopeng dan bersenjatakan raifal M-16. "(Pasukan keselamatan) mengejar mereka dan satu tembak menembak berlaku berhampiran Pulau Mataking. "Mereka bagaimanapun melepaskan diri dan menuju negara jiran," kata Mohd Bakri. Bernama melaporkan, Yang yang berasal dari Guangzhao bekerja di pusat ternakan yang terletak 3km dari bandar Silam itu sejak tiga tahun lalu. Laporan itu memetik ketua pengarah Esscom Datuk Mohamad Mentek sebagai berkata, penceroboh berkenaan "dipercayai dari selatan Filipina". Menurutnya, pusat ternakan tersebut dimiliki orang seorang warga Hong Kong yang dikendalikan oleh 16 kakitangan – masing-masing lapan orang dari Timor Timor dan Suluk. Kejadian penculikan di perairan Silam tersebut merupakan kejadian kedua yang berlaku tahun ini di Sabah, sebulan selepas kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna. Dalam kejadian di Semporna itu, kumpulan berkenaan menculik dua orang wanita, salah seorangnya berusia berusia 40 tahun warganegara Filipina yang bekerja di pusat peranginan tersebut dan seorang lagi adalah adalah pelancong warga yang berusia lingkungan 20-an. Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna. Sementara itu Bernama petang ini melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis telah menahan 19 individu, 11 daripadanya etnik berketurunan Suluk dan selebihnya warganegara Indonesia di kawasan kejadian bagi membantu siasatan. Katanya cuma sembilan daripada tahanan berkenaan mempunyai dokumen dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan. Polis percaya kumpulan berkenaan merupakan satu daripada kumpulan yang menculik untuk tebusan namun belum dipastikan sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu. -6/5/14 | Jumlah Mangsa "Raja Sodomi" Meningkat 100 Orang Posted: 06 May 2014 10:49 PM PDT [HM] Sukabumi: Jumlah kanak-kanak mangsa serangan seksual pemuda tempatan - yang mula dilaporkan media Ahad lalu - kini meningkat kepada 74 orang. Sumber polis berkata, setakat ini suspek, Andri Sobari, sudah ditetapkan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi. Jika disabitkan kesalahan, kata sumber itu, Andri boleh dipenjara sehingga 15 tahun. Akhbar ini kelmarin melaporkan polis menyiasat dakwaan seorang lelaki - yang mendakwa pernah diliwat ketika kecil - melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak semuda lapan tahun. Biasanya kanak-kanak terbabit dibawa ke kawasan kolam mandi umum di Sukabumi. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak Kampung Lio Santa di Sudaya Hilir. Sumber polis berkata, sesetengah mangsa mendakwa dicabul sehingga tujuh kali. "Untuk ketika ini semua mangsa sedang menjalani pemeriksaan fizikal dan psikologi. "Sesetengah mangsa didapati mengalami kecederaan serius pada anggota sulit mereka," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia, Erlinda, mengaku korban serangan seksual Andri mungkin mencapai lebih 100 orang. "Ia berdasarkan maklumat dalam buku catatan harian Andri," katanya.- Agensi/7/5/14 | Bakar Isteri Kerana Mas Kahwin Posted: 06 May 2014 10:46 PM PDT [HM] Kathmandu: Pihak polis Nepal sedang mencari seorang lelaki dan bapanya kerana dituduh membakar isterinya kerana berang tidak menerima mas kahwin. Polis menuduh Farid Sheikh dan ibu bapanya menuang minyak tanah ke atas wanita berusia 25 tahun yang mengandung tujuh bulan itu dalam cubaan memeras harta, termasuk motosikal dan kerbau dari keluarganya. "Ketika kejadian bulan lalu, mereka membawa mangsa ke India untuk dirawat dengan berkata wanita itu kemalangan," kata jurucakap polis Prem Basnyat kepada AFP. Selepas keadaannya bertambah teruk dan mengalami keguguran, bapa mangsa mengetahui perkara sebenar dan meminta polis memfailkan tuduhan jenayah ke atas keluarga besannya di daerah Banke, barat Nepal. "Kami merakamkan kenyataannya semalam (Isnin), tetapi suami dan bapa mentuanya melarikan diri. "Kami menjalankan operasi memburu mereka," kata Bansyat. Kumpulan hak asasi manusia tempatan berkata, mereka membawa mangsa ke sebuah hospital di Kathmandu. Wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal dengan seluruh bahagian bawah badannya berbalut. Mangsa menceritakan bagaimana suaminya "menderanya setiap hari kerana tidak memberikan mas kahwin. Suaminya turut mencucuh rokok pada kemaluannya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. Aktivis Nepal telah lama menggesa supaya hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah keganasan berkait dengan mas kahwin. Mereka berkata, tradisi pengantin perempuan memberikan hadiah dan bayaran kepada suami dan keluarganya supaya perkahwinan boleh dilangsungkan masih lagi diamalkan di negara seperti Nepal, India dan beberapa yang lain walaupun ia sudah diharamkan secara rasmi. - AFP/7/5/14 | Isu Pelacur: Muslimat PAS Mahu Sama Ulama UMNO Posted: 06 May 2014 10:41 PM PDT Tarik Balik atau Saman, Muslimat PAS Beri Amaran kepada Ulama Muda Umno [TMI] Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataannya berkenaan muslimah yang turun berdemonstrasi seperti pelacur kelas atasan atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut. "Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya, lapor Harakahdaily. Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan. Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis:"Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya". Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!" Siti Zailah berkata, pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran. Beliau berkata, kenyataan Radzi itu adalah ucapan kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu. -7/5/14 Kenyataan biadap: Laporan polis terhadap Mohd Radzi
Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengetuai dewan itu membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini pagi ini. Katanya, DMPWP menuntut suspek bernama Mohd Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu. "Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi," -7/5/14 | Wanita Diculik, Cuba Dirogol & Disamun Posted: 06 May 2014 10:27 PM PDT [HM] Brickfields: Seorang wanita terpaksa bergelut dan ditumbuk berulang kali di dalam kereta hampir satu jam untuk mempertahankan kesucian dirinya daripada dinoda seorang lelaki tidak dikenalinya, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan sedang menunggu bas di perhentian berhampiran sebuah pasar raya sebelum dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi. Difahamkan, seorang lelaki memberhentikan kenderaan berkenaan tidak jauh dari tempat mangsa berdiri sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan. Sumber polis itu berkata, suspek menarik dan menolak mangsa masuk ke dalam keretanya sebelum mengunci pintu kenderaan itu. Katanya, suspek memandu kenderaannya menuju ke pusat bandar sambil memukul mangsa dengan menampar serta menumbuknya berulang kali di kepala. "Suspek memberitahu kononnya dia sudah memerhatikan gerak-geri mangsa sejak sekian lama selain mengetahui rumah dan tempat kerja mangsa. "Suspek memberhentikan kenderaannya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Kepong sebelum cuba memperkosa mangsa," katanya. Menurutnya, suspek juga mengugut akan memanggil 15 orang rakannya untuk merogol mangsa selain mendakwa kawasan Kepong adalah 'jajahannya'. "Suspek yang gagal membuka baju mangsa terus memandu kenderaannya meninggalkan lokasi terbabit sebelum meminta mangsa menyerahkan subang emas, rantai emas dan wang tunai RM1,500," katanya. -7/5/14 | Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB Terengganu Posted: 06 May 2014 09:38 PM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu. Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini. Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik. Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi. BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu. Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu. Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri. Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -Joceline Tan/7/5/14 | ||||||||||||||||
Posted: 07 May 2014 03:36 PM PDT | Kenapa MB Terengganu Seorang Saja Ada Perjanjian Tamat Tempoh Dengan Najib? Posted: 07 May 2014 05:35 AM PDT shahbudindotcomDikhabarkan Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru tidak lama lagi. Mengikut laporan The Star, penyandangnya sekarang, Ahmad Said akan ditamatkan tempoh perkhidmatannya dan dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar. Apa yang lebih mengejutkan ialah penggantian Menteri Besar ini dikatakan kerana Ahmad Said mempunyai perjanjian dengan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau telah bersetuju untuk memegang jawatan itu untuk tempoh setahun saja selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013 lalu. Dengan itu, pengumuman siapa Menteri Besar Terengganu yang baru dijangka akan diumumkan antara 15 hingga 18 Mei ini sementara mendapat persetujuan daripada Istana Terengganu. Memanglah tiada salahnya dan merupakan hak Najib untuk menukar mana-mana Menteri Besar atau pemimpin lain yang dikehendakinya. Beliau boleh menukarnya dengan apa saja alasan atau tanpa alasan sekali pun. Itulah kelebihan sebagai Perdana Menteri. Tetapi yang ingin diketahui ialah benarkah Ahmad Said ada perjanjian tamat tempoh dengan Najib? Apakah pula alasan perjanjian itu dibuat, adakah kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dalam pilihanraya umum lalu dan untuk menyuntik semangat baru menghadapi PRU 14, maka seorang pemimpin baru perlu dilantik atau ia bertujuan menamatkan krisis berterusan antara puak Ahmad Said dengan Idris Jusoh? Jika benar Ahmad Said ada perjanjian tamat tempoh yang perlu dipatuhi, bagaimana pula dengan peminpin negeri yang lain? Tidakkah Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang lebih lama berkhidmat dan turut dilandapelbagai masalah dalaman, juga sebenarnya perlu menandatangani perjanjian tamat tempoh yang sama? Begitu juga, bagaimana pula dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dan lain pemimpin-pemimpin negeri yang turut mempunyai masalah tersendiri? Andainya hanya Ahmad Said yang diperlukan menandatangani perjanjian tamat tempoh dengan Najib, tentulah ia terlihat sesuatu yang tidak adil walaupun karektor dan kepimpinannya di negeri Terengganu menimbulkan banyak masalah di negeri itu. Ini kerana bukan Terengganu saja yang memerlukan suntikan semangat baru bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang, tetapi banyak negeri lain juga memerlukan perkara yang sama. Jika begitu, selain menukar Menteri Besar Terengganu, Najib sebenarnya perlu memberi perhatian yang seimbang untuk menukar ketua kerajaan di negeri yang lain juga. Serentak dengan itu, kelemahan UMNO dan BN juga sebahagiannya adalah berpunca daripada prestasi, sikap dan perangai menteri-menteri di peringkat pusat yang banyak menjadi pertikaian rakyat. Mereka bukan saja menunjukkan prestasi lemah, masih bersikap sombong dan angkuh, tidak memperdulikan rakyat sebaiknya serta gagal menunjukkan mereka itu sebagai seorang pemimpin dalam ertikata yang sebenarnya. Kiranya Najib benar-benar ingin menyuntik semangat baru dan mahu memperlihatkan kerajaannya benar-benar berubah, beliau juga sebenarnya perlu melihat dengan serius prestasi menteri dan timbalan menteri di bawah pentadbirannya serta tidak teragak-agak untuk membuang "sampah-sarap" yang membebankannya itu. Walaupun Ahmad Said menafikan khidmatnya sebagai Menteri Besar akan ditamatkan dengan berkata, setahunya beliau akan berkhidmat sehingga 2018 manakala Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Senator Abdul Rahman Bakar pula mengatakan Najib telah berjanji dalam mesyuarat MT UMNO dua minggu lalu bahawa Ahmad Said akan terus kekal mengetuai kerajaan Negeri Terengganu, hakikatnya tiada masalah jika pertukaran itu ingin dilakukan. Cumanya, pertukaran itu mestilah disusuli dengan pertukaran di beberapa negeri lain serta rombakan yang serius di peringkat pusat. Itu pun, jika Najib benar-benar serius mahu menyuntik semangat baru dan masih mempunyai keinginan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang yang masih berbaki tempohnya empat tahun lagi. | Sekat di masjid, kuliah Ustaz Azhar di gelanggang futsal Posted: 07 May 2014 05:17 AM PDT HARAKAHDAILY HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi. Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini. Begitupun, dipercayai arahan tersebut dibuat oleh orang politik yang menggunakan pihak berkuasa agama supaya tidak dibenarkan Ustaz Azhar menyampaikan kuliah di masjid berkenaan. Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka. Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa.
| Pak Cik Jamal meningal dunia pagi tadi Posted: 07 May 2014 04:56 AM PDT DETIK DAILY KUALA LUMPUR: Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, pada usia 75 tahun. Almarhum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya hari kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Beliau turut turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), kerana baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu. Selain itu Almarhum mengidap penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru. Pak Cik Jamal, dilahirkan di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur pada tahun 1939. Beliau mula bertugas di RTM pada tahun 1960 dan bersara pada 1995. Pak Cik Jamal amat popular melalui rancangan 'Mini Parlimen' dengan memegang watak sebagai 'Speaker' yang bersiaran pada 1983 hingga 1995. Selain Mini Parlimen, beliau juga terbabit dalam menerbitkan rancangan Taman Kanak-kanak, Pesta Pop dan Pentas Aneka. Selain itu, Almarhum juga merupakan juruhebah dan pelawak dan pernah berlakon dalam Jambatan Maut (1963) dan Sabaruddin Tukang Kasut (1966). Semasa dalam perkhidmatannya, beliau pernah mengikuti kursus di Channel 10, Australia Broadcasting Corporation (ABC) selama sebulan pada tahun 1977. | Buktikan kamu seorang sederhana atau pelampau, kata Kit Siang kepada Najib Posted: 07 May 2014 04:52 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membuktikan dirinya seorang yang sederhana atau melampau, susulan pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang baru-baru ini. Lim berkata slogan kesederhanaan dan janji 1Malaysia yang dilaungkan Najib tidak menjadi realiti sebaliknya negara kembali ke zaman gelap. "Malaysia kini menuju ke zaman gelap dimana janji dan slogan 1Malaysia, demokrasi terbaik dunia dan program transformasi kerajaan hanya tinggal sejarah di dalam bakul sampah, sebaliknya digantikan dengan amalan tidak demokratik, menindas, tidak adil dan kejam," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Lim mengecam pendakwaan terpilih ke atas Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok hanya kerana menyatakan kebenaran tetapi tidak ada pula tindakan diambil ke atas pihak yang terang-terang mencetuskan ketegangan agama dan kaum. "Teresa hanya memberitahu kebenaran, tapi bercakap mengenai kebenaran menjadi hasutan dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Najib," kata Lim. Lim menyifatkan pendakwaan dibawah Akta Hasutan merupakan bentuk ancaman kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan sivil supaya tidak mengkritik kerajaan. "Pendakwaan ke atas Teresa dibawah hasutan bertujuan memberi amaran dibawah pentadbiran Najib kepada semua pengkritik," kata beliau. Lim menyatakan kekesalannya apabila pemerintah tidak pula mengambil tindakan sama ke atas pihak seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan individu ekstremis lain yang cuba mencetuskan ketegangan. (Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman disiasat di bawah Akta Hasutan.) Semalam, Isma mempersoalkan kemasukkan kaum lain ke Malaysia semasa zaman penjajahan, secara terbuka mengkritik kaum Cina sebagai penceroboh dan menakutkan umat Islam dengan ancaman penganut Kristian. Penganut minoriti Kristian juga menjadi bahan kritikan dan ancaman. "Mengapa Najib memberikan kebebasan dan kelonggaran kepada mereka yang menyebarkan kebencian dan penipuan untuk menghancurkan keharmonian negara," kata Lim. Lim berkata pentadbiran Najib ketika ini mempunyai dua imej yang dibawanya, pertama imej kesederhanaan dibawah Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dirasmikannya sendiri dan Gerakan Perkauman dan Ekstremis Agama. "Najib mesti mengambil pendirian jelas, sama ada beliau bersederhana atau ekstremis," kata Lim. – | "Nasib Baik Saya Dah Amalkan Ajaran Islam...." Kata Felixia Setelah Kena Tengking.. Posted: 07 May 2014 04:49 AM PDT KELAB GREENBOCGara-gara Parking, Felixia Yeap Ditengking Seorang Lelaki . Budi bahasa budaya kita atau lebih mudah lagi apa yang diluahkan menunjukkan diri kita yang sebenar. Itulah yang dialami oleh bekas model dan kini sedang mendalami agama Islam Felixia Yeap yang diluahkan melalui laman sosial facebook miliknya beberapa hari lepas. Katanya hanya gara-gara parking, dia dimarah dan ditengking oleh seorang lelaki yang memandu kereta mewah model Audi. Alhamdulilah. Felixia sabar dengan keadaan yang begitu tegang itu, walaupun dia belum lagi memeluk agam Islam, sekurang-kurangnya dia mengamalkan adab yang dititikberatkan dalam agama, apa-apa pun yang penting dia mampu mengawal kemarahan dalam keadaan apa sekalipun, tahniah Felixia! Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bakal memeluk Islam pada awal Ramadhan ini dan kini sibuk mempelajari ilmu agama. Katanya dia akan menghadiri kelas dan ceramah agama untuk memudahkan dirinya lebih memahami mengenai agama Islam. - Harian Blogger | Perlembagaan (dan undang-undang) Tuhan lebih tinggi dari perlembagaan negara Posted: 07 May 2014 04:05 AM PDT Isu hudud semakin panas dan DAP merupakan parti yang paling rasa kepanasannya. Yang terakhir Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan keras kepada PAS dan mengingatkan PAS samada parti itu patut yakin dengan janji-janji UMNO dalam hal hudud ini. LGE bertegas untuk menentang hukum hudud ini dilaksanakan di Kelantan dan beliau mengingatkan PAS yang parti itu telah mengecewakan penyokong bukan Islamnya dan tidak berterima kasih diatas sokongan bukan Islam dalam PRU yang lalu yang membolehkan PAS mendapat kerusi yang banyak dalam pilihanraya yang lalu. Hanya yang belum di sebut oleh LGE ialah supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat sahaja. Jika saya anggap saya sebagai ahli PAS, saya tidak menerima kenyataan LGE yang PAS telah mendapat kelebihan kerusi dalam pilihanraya yang lalu kerana sokongan DAP dan kaum bukan Islam, ia merupakan satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Sesungguhnya dalam pilihanraya yang lalu PAS telah menjadi korban DAP dan Parti itu mendapat satu kerusi kurang dari pilihanraya 2008 yang lalu. Yang mendapat kelebihan kerusi yang banyak ialah DAP, dari 28 kepada 38 hasil dari PAS yang membawa orang Melayu dan Islam berpusu-pusu menyokong parti itu sehinggakan DAP mengambil kesempatan dengan menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai pembawa poster dan banting sahaja dalam pilihanraya yang lepas. Jika DAP berterusan mengkritik PAS sebegini ia terlupa yang parti itu telah memungkiri janji untuk menghormati perjuangan politik dan agama lain seperti yang disebutnya semasa berbahas dengan Dr Chua Soi Lek suatu ketika sebelum PRU yang lalu. PAS sekarang sedang menerima gamitan dari mereka yang tidak suka dengan hukum Islam dan gamitan dari pihak yang berkehendakkan Islam itu di masyurkan dan di tingkatan penerimaannya terhadap umat manusia yang beragama Islam terutamanya. PAS boleh memilih untuk meninggalkan perjuangan Islamnya dan bersekutu dengan pihak yang semuanya tidak betul dengan Islam ini. Tindakan DAP cuba untuk mengelirukan PAS supaya tidak percaya kepada UMNO itu adalah satu lagi tindakan yang tidak difikirkan sebelum membuat kenyataan. Adalah tidak munasabah bagi PAS untuk mempercayai DAP dalam hal meningkatkan Islam ketahap yang tertinggi. Dalam membuat kritikan terhadap PAS agar tidak percaya kepada UMNO, LGE sendiri secara terbuka tidak menyokong pengamalan hukum hudud di Kelantan. Saya bukannya meminta PAS percaya dengan UMNO, tetapi saya hanya mengatakan yang DAP langsung tidak boleh berbincang tentang hudud ini. Apa pun sebabnya UMNO bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal tentang hudud ini, ia dipersetujui oleh mereka yang beragama Islam. Seburuk-buruk UMNO itu ada juga bau Islamnya walaupun ia tidak setahap mana. Bagi saya yang penting sekarang kita wajar bersetuju untuk perlaksanaan hukum hudud itu dan Dewan Legislatif perlu menyokong usul persendirian itu. Samada ia akan terlaksana tahun hadapan atau tahun-tahun yang akan datang itu bergantung kepada beberapa perkara pokok yang perlu diselesaikan dan dipersediakan. Pertamanya ia perlu difahami oleh semua bangsa dan berbagai agama dalam negara ini. Ia perlu diterangkan dengan secara 'detail' dan pastikan semua pemimpin memahami apa hudud itu sebenarnya. Malahan jika kita tidak melaksanakan hudud itu, kita perlu memahami apa hudud itu, setidak-tidaknya dijadikan sebagai sumber ilmu bagi mereka yang jahil-jahil seperti saya ini. Jika kita mahu menjadi orang Islam sebenarnya saya meminta diri saya dan semua orang untuk mengambil agama itu seratus peratus. Kita tidak boleh menyesuaikan agama itu dengan kehendak nafsu-nafsi kita semata-mata kerana Islam itu di turunkan sebagai agama yang lengkap. Kalau kita tidak mahu mengikut kehendak sebahagian dari agama itu, kita akui yang kita engkar dengan kehendak agama dan Tuhan kita, tetapi jangan menyatakan agama kita itu tidak sempurna. Kita akui kita tidak mampu menerima agama kita yang lengkap itu. Jika kita malas bersolat, terima sahaja yang kita engkar untuk bersolat misalnya, tetapi jangan katakan yang kita tidak payah bersolat. Saya selalu tinggal solat lima waktu itu, tetapi saya tidak akan berkata yang kita tidak perlu bersolat. Begitu juga dengan hukum hudud ini. Jika tidak berkemampuan untuk menerimanya, akui sahaja yang kita engkar, jangan katakan yang hudud itu zalim dan sebagainya. Biarkan Lim Guan Eng kata hukum Islam itu zalim. Jangan pula kita terikut berkata perkara yang sama kerana Lim Guan Eng itu bukan bandingan dengan Tuhan kita. Jika perlu ditinggalkan sahaja Pakatan Rakyat, lakukanlah dengan penuh komitmen dan keyakinan. Tetapi jika masih hendak mengikuti LGE itu adalah hak masing-masing, tetapi kita mesti akui yang kita engkar terhadap agama kita. Itu demokrasi, boleh ikut LGE jika percaya kepadanya dan kita boleh ikut kehendak agama kita jika kita yakin agama kita itu agama yang sempurna dan lengkap. Tetapi jangan biarkan mana-mana individu yang bukan beragama Islam menghina agama kita. Sejahil-jahil kita yang beragama, kita tidak mampu membiarkan agama kita dilangkah dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak. Pada siapa yang merasa berat berjuang untuk kehendak Allah s.w.t. duduk diam ditepian bersama saya, tetapi jangan terdorong untuk mengiyakan pandangan mereka yang tidak suka dengan hukum agama kita. Kita perlu ingat se garang dan se hebat mana kita sekali pun didunia ini, akhirnya nanti kita akan pergi menghadap Allah s.w.t. juga. Walaupun jasad kita dimakan ulat tetapi ingat roh kita lah yang akan menerima bahagia atau celaka akhirnya nanti. Oleh kerana kita ada roh itulah maka ada elemen dosa dan pahala. Roh kita akan mengadap Tuhan Azawajalla dan dialah yang akan menanggung segala dosa dan noda kita didunia ini. Perlembagaan Tuhan lebih tinggi dari perlembagaan negara. Perlembagaan negara itu adalah buatan manusia, boleh diubah dan disesuaikan dan diubah. Yang tidak boleh diubah ialah Perlembagaan Tuhan yang Maha Pencipta itu.Pencipta-pencipta perlembagaan negara itu sendiri adalah ciptaan Allah s.w.t. Guan Eng itu sendiri adalah ciptaan Tuhan. Ingat itu | Terengganu Hampir Pasti Dapat MB Baru, 2 Nama ADUN Disebut-sebut Posted: 07 May 2014 04:00 AM PDT KELAB GREENBOCDua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MBPutrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu. Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini. Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik. Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi. BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu. Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu. Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri. Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -mstar | Muslimat PAS Mahu Saman Ulama Muda Umno.. -updated Posted: 07 May 2014 03:58 AM PDT KELAB GREENBOCTarik balik atau saman, Muslimat PAS beri amaran kepada ulama muda Umno Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataannya berkenaan muslimah yang turun berdemonstrasi seperti pelacur kelas atasan atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut. "Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya, lapor Harakahdaily. Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan. Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis: "Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya". Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!" Siti Zailah berkata, pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran. Beliau berkata, kenyataan Radzi itu adalah ucapan kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.
ULASAN GB Wajar disaman jika tidak meminta maaf. Tuduhannya memalukan dan menjijikkan dari seroang yang menggelarkan dirinya ulamak. | Posted: 07 May 2014 03:50 AM PDT PELAKSANAAN hukum hudud di Kelantan kembali menjadi topik hangat yang diperdebatkan di pentas nasional sehinggalah ke warung-warung kopi. Isu hudud ini bukanlah sesuatu yang baru namun kesungguhan kerajaan negeri Kelantan untuk merealisasikan perundangan berteraskan syariah Islam ini menarik perhatian ramai. Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi menganjurkan Wacana Sinar Harian Siri ke-27 bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?" untuk memberi ruang kepada masyarakat menilai dan memahami hukum jenayah syariah berlandaskan Islam ini. Bersama-sama moderator terkenal, Dr Maszlee Malik, kami bawakan juga panelis yang tidak kurang hebatnya, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong. 2.30 petang: Peserta sudah memenuhi auditorium dan mengambil tempat. Antara panel yang kelihatan ialah Datuk Wee Ka Siong. 2.50 petang: Wacana Sinar Harian Siri ke-27 "Hudud: Bersediakah Kita?" bakal bermula sebentar sahaja lagi. Peserta kini sedang memenuhi auditorium. 3.05 petang: Para penalis jemputan mengambil tempat. Wacana akan bermula pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. 3.10 petang: Wacana bermula. Moderator menyatakan keputusan Pas ambil keputusan untuk laksanakan hudud kali ini lebih menarik apabila Umno menyatakan hasrat menyokong hukum tersebut. Beliau kemudian beri masa lima minit kepada setiap peserta untuk ulas perkara itu. Tambah Dr Asri, di zaman moden ada Pakistan, Libya, Sudan buat hudud, namun kemudian menghentikannya kerana keadaan yang tidak sama dengan zaman. Sebab beza zaman nabi, yang terus berjalan di Arab Saudi, hudud bukan mudah untuk dilaksanakan. 3.11petang: Menurut Dr Asri, sebagai orang Muslim, orang Islam tidak akan pertikai akan hukum ALLAH ini. Namun katanya, adakah sampai keadaan untuk kita laksanakan hukum ini? Jelas Dr Asri, sebagai Muslim, tiada halangan ke atas pelaksanaan hudud. Brunei hendak buat, Kelantan akan menyusul. Sebagai Muslim kita tidak tentang. Apa yang perlu dibincangkan katanya, kita kena capai apa yang nabi ucapkan. Peniaga di zaman nabi tidak sama, sekarang tidak sama. Adakah hudud hendak buat hari ini, atau bila? Jelasnya lagi, nabi laksana hudud nabi pastikan beberapa perkara. Nabi memudahkan yang halal. Menyukarkan yang haram. 3.20 petang: Mohd Amar mengambil peluang menyampaikan hujahnya. Menurut Mohd Amar, apabila hendak melaksanakan hudud, isunya bukan hendak potong tangan dan rejam orang yang berzina tetapi menjadikan undang-undang jenayah Islam jadi undang-undang dalam negara. Tambahnya, "kita baru hendak beli kereta, bukan bawa kereta takut langgar orang dan lain-lain". 3.25 petang: Panelis kedua We Ka Siong pula menyatakan pandangan beliau. Menurut Ka Siong, beliau menerima undangan ke wacana ini kerana beliau rakyat Malaysia. "Saya tahu saya kafir. Kebetulan saya dibesarkan dalam kalangan orang Melayu," katanya memulakan hujah. Menurut Ka Siong beliau tiada masalah dengan masyarakat Islam kerana ahli keluarganya juga ada yang beragama Islam. Apa yang menjadi kebimbangannya, jika hudud dilaksanakan, "kalau orang Islam dan bukan Islam terlibat rogol. Macam mana? Nak kena cari 4 saksi untuk proses itu?" 3.40 petang: Menurut Dr Mushaddad pula, beliau setuju dengan pandangan Dr Asri. Sebagai Islam, tidak menolak hudud. "Kita sebagai Islam perlu percaya, tiada undang-undang yang lebih adil sepertimana yang hukum yang ditetapkan oleh ALLAH. Pastikan prinsip kita sama dengan maqasid syariah," ujar beliau. 3.45 petang: Moderator meminta Dr Asri memberikan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr We Ka Siong. Kalau mencuri di Malaysia ini, ada juga yang mencuri Melayu, Cina India. Kalau satu kena potong tangan, satu kena penjara. Adil ke? Kalau zina tadi, saksi mesti seorang Islam dan lelaki. Tidakkah itu sebagai menafikan hak bukan Islam. Kalau saya ada di sana, saya tak boleh jadi saksi. Perempuan juga begitu. 3.46 petang: Mengulas kepada jawapan Mohd Amar dan soalan Ka Siong, Dr Asri berkata, beliau percaya, hudud boleh dilaksanakan jika keadilan benar-benar dapat direalisasikan. Katanya, "hudud perlu diwacanakan untuk dapat maklum balas rakyat dan semua orang". "Sebagai contoh kita kritik Tabung haji, tetapi kita tidak kritik haji. Kita tidak pertikai hasrat Kelantan, cuma sekarang yang kita bincangkan ialah memperkemaskan hukum hudud," ulasnya. Tambah beliau, "kita kena beza dosa peribadi, dengan dosa keselamatan awam. Hudud dibuat untuk kedamaian". Dr Asri kemudiannya memberikan contoh negara-negara yang melaksanakan keadilan kepada rakyatnya seperti Denmark dan Norway. Ujar Dr Asri, "Nabi sampai Madinah, ucapan pertama nabi ialah wahai manusia sampaikan salam, damaikanlah masyarakat, berilah orang makan, beri kebajikan, hubungan silatirahim dan solatlah. Ini slogan pertama nabi. Tegasnya, beliau bersama Kelantan dalam bentuk kehendak. Namun beri gambaran, "kita ada gadis muslihah tetapi diberi kepada lelaki jahat. Itulah gambaran saya". 3.55 petang: Moderator memberi peluang kepada Dr Mushaddad untuk mengulas persoalan yang dibangkitkan oleh Ka Siong. Dr Mushaddad dalam hujahnya berkata, terdapat perbezaan di kalangan ulama mahupun mazhab berkaitan isu zina dan mencuri. " Ulama berijtimak, bukan Islam mesti dikenakan hukum hudud sepertimana yang dikenakan kepada orang Islam. " ... kena cakap atas dasar ilmu, bukan ikut kepala sahaja. Hudud tak sama tujuan sembahyang , ia jaga keamanan bagaimana hendak wujudkan keamanan jika hanya Islam dikenakan potong tangan," katanya. 4.15 petang: Moderator dan Ka Siong kemudiannya bersoal-jawab sama ada wakil MCA itu memahami apa yang disampaikan. "Adakah Datuk Wee Ka Siong nampak itu tak adil, soal Maszlee merujuk kepada jawapan Dr Mashaddad. Ka Siong kemudian berkata, "saya sudah baca empat hari. Dan minta kawan Melayu tolong jelaskan. "Sebab itu saya tanya adakah itu keadilan sejagat. Yang merogol 2 orang, seorang kafir, seorang Islam merogol orang Islam. Tapi yang Islam kena hukum, seorang terlepas," ujarnya. Moderator kemudian bertanya, "adakah Datuk nak bukan Islam pun kena hudud juga?" Namun menurut Ka Siong, "kita perlu ada satu undang-undang saja yang merangkumi semua. Macam mahkamah syariah tak apalah. Saya tak terasa". Ketika ditanya sama ada undang-undang sekarang mengurangkan kadar jenayah di negara ini oleh moderator, Ka Siong berkata, "sama juga... Indeks jenayah telah berkurangan. Manusia ada 1 peratus yang kepala tak betul. Ada hudud pun dia tetap buat jenayah juga". Ka Siong kemudian ditanya oleh moderator, keputusan membenarkan hudud dibawa ke Parlimen diputuskan oleh menteri, komponen BN. "MCA tak setuju dengan Umno?," soal moderator. "Saya tak setuju. Tak kira siapa yang bawa dan disokong oleh Umno ke, asas kita nak laksana ikut perlembagaan. Jamil Khir tak wakili BN. Bukan satu persetujuan yg diwakili BN. "Kalau berlaku, sudah sampai masa kita bincang kedudukan kita dengann rakan sekutu," tegas Ka Siong lagi. 4.30 petang: Mohd Amar turut menjelaskan mengenai hukuman kepada bukan Islam berkaitan isu rogol. "Kalau tiada bukti 4 saksi, bukan Islam masih boleh dikenakan takzir.Takzir itu adalah undang-undang jenayah negara sekarang. "Mana-mana kesalahan bukan Islam tidak akan dikenakan di mahkamah syariah, tapi dikenakan di mahkamah sivil," jelasnya. 4.35 petang: Sementara itu, menurut Dr Asri, perbezaan pendapat berkiatan isu zina boleh dirungkai. "Keselamatan awam, kita dokong Kelantan, bagaimana tanggapan yang negatif dapat diatasi. Masalah jenayah, mesti diseragamkan," ujarnya lagi. Sesi soal jawab berlangsung kira-kira jam 4.40 petang. Antara soalan yang ditanya kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, "kenapa perlu percaya kepada Umno untuk bantu laksanakan hudud? "Kerana Umno pegang teras dalam BN sebagai pemerintah negara, bila Umno sedia beri laluan, kita terimanya, tiada agenda lain. "Jika kereta rosak tiba-tiba orang nak tolong takkan kita hendak tanya, Pas ke Umno?," ujar Mohd Amar. Sesi penggulungan menyaksikan Ka Siong tetap dengan pendirian sebelum ini. Dr Asri pula menyatakan sokongan terhadap hudud di Kelantan, namun ia mesti dikemaskini. "Saya ingin sebut negara Islam itu bukan negara hudud. Negara Islam meliputi semua, negara Islam adalah sepertimana negara yang bebas rasuah, bebas kerosakan," katanya. Mohd Amar ketika menggulung sesi wacana berkata, walaupun Umno menyokong pelaksanaan hudud, Pas tidak akan menyertai parti itu. Dr Mushaddad pula berkata, walaupun setuju pelaksanaan hudud di Kelantan namun undang-undang mengenainya diperkemaskan lagi. | Kelantan mahu hudud diiktiraf undang-undang negara Posted: 07 May 2014 03:38 AM PDT SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan mahu menjadikan undang-undang jenayah Islam diiktiraf sebagai undang-undang negara. Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu menjatuhkan hukum tidak timbul selagi mana hukum hudud itu tidak diiktiraf oleh Perlembagaan. "Isunya bukan potong tangan tetapi menjadikan undang-undang jenayah Islam sebagai undang-undang dalam negara. "Kita baru hendak beli kereta bukan bawa kereta takut langgar orang dan lain-lain," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita?" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. | DAP Perak bincang calon Jumaat ini Posted: 07 May 2014 03:36 AM PDT SINAR HARIN IPOH - Jawatankuasa DAP Perak akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan calon parti itu yang akan bertanding pada PRK Teluk Intan. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata calon yang dipilih pada mesyuarat itu akan dikemukakan kepada panel pelantikan yang diketuai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, untuk dinilai. "Bilangan calon yang dikemukakan akan diputuskan pada mesyuarat nanti. Bagaimanapun kami akan memilih calon yang berkelayakan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. | Bukan Islam tertakluk hudud jika jejas keamanan Posted: 07 May 2014 03:30 AM PDT SHAH ALAM - Orang bukan Islam boleh dikenakan hukum hudud jika sesuatu kes jenayah itu boleh menjejaskan keamanan sejagat serta mencabul keadilan semua pihak. Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah berkata isu meminum arak dan zina tidak berkaitan dengan keamanan sejagat dan hanya terpakai kepada umat Islam. "Hudud bukan untuk tujuan sembahyang dan ibadat, ia untuk menjaga keamanan bagaimana hendak wujudkan keamanan jika hanya Islam dikenakan potong tangan. "Dalam isu mencuri semua orang boleh dikenakan hudud kerana ia bukan ibadat malah menjaga dan memberi keadilan kepada semua pihak," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah kita di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. | Bekalan elektrik putus di beberapa negeri Posted: 07 May 2014 03:18 AM PDT MALAYSIAKINI
Puluhan pelanggan Tenaga Nasional Bhd membanjiri laman Facebook syarikat utiliti tersebut untuk mengadu mengenai masalah bekalan elektrik yang terputus di kawasan mereka sejak petang ini. Pengguna laman sosial tersebut menyatakan masalah itu dikesan berlaku di Sungai Petani (Kedah), Jempol, Seremban (Negeri Sembilan), Segamat, Muar (Johor). Ada di antaranya yang mengeluh kerana tidak dapat menyalurkan aduan melalui talian telefon khidmat pelanggan TNB. "Bekalan eletrik di kawasan rumah saya di Bandar Puteri, Sungai Petani terputus. Ada penjelasan tak? Saya cuba hubungi talian aduan tapi sibuk," kata seorang pengguna bernama Redza Blade. Sementara itu, seorang jurucakap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata syarikat utiliti tersebut akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini. TNB di laman berkenaan memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan. "Terdapat gangguan bekalan di dikawasan berikut dan usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan oleh pihak kami. "Pihak kami juga akan maklumkan situasi pemulihan ini dari masa ke semasa. Disebabkan gangguan ini, talian kami 15454 adalah agak sibuk dengan panggilan dari pengguna," kenyataan itu dipetik. | Isu hudud: MCA kaji kedudukan dalam BN Posted: 07 May 2014 03:16 AM PDT MALAYSIAKINI
Timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan. Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka. "Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN. "Kita tidak akan sokong hudud PAS," kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini. Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen. Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut. | Wang RM43,000 dalam akaun lesap Posted: 06 May 2014 05:05 PM PDT JEMPOL - Seorang bapa yang juga orang kurang upaya (OKU) terkejut apabila mendapati wang sebanyak RM43,000 dalam akaunnya lesap dikeluarkan tanpa pengetahuannya. Mangsa, Mohd Baki Meon, 59, berkata, dia hanya menyedari wang berkenaan 'hilang' apabila dia ingin mengeluarkan simpanan tersebut untuk membaiki kereta, tiga minggu lalu, namun mendapati baki akaunnya hanya RM21 sahaja. "Sebelum kejadian, saya sempat mengeluarkan RM20,000 untuk dipindahkan ke dalam akaun isteri pada November lalu dan hanya mengeluarkan RM500 setiap bulan, bermula November untuk pembayaran bil kerana mempunyai pendapatan daripada Felda sebanyak RM1,200 sebulan. "Sepanjang tempoh itu, saya tidak menyemak baki simpanan berikutan percaya wang dalam akuan bank itu selamat," katanya yang menetap di Felda Serting Hilir, dekat sini. Menurut Mohd Baki, menerusi penyata akaun, dia mendapati wangnya dikeluarkan hampir setiap hari dengan jumlah berbeza tanpa pengetahuannya bermula Oktober tahun lalu. Menceritakan perkara itu, bapa kepada lima anak ini berkata, sebulan selepas terlibat dalam kemalangan Julai lalu, ada dua individu mendakwa sebagai pegawai bank datang ke rumah untuk menguruskan kad bank baharu. "Disebabkan kemalangan itu saya kini lumpuh seumur hidup dan saya meminta pegawai bank datang ke rumah untuk membuat kad bank baharu. "Mereka datang untuk menetapkan nombor pin baharu dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah berlaku perkara ini. "Kehilangan wang itu memang menimbulkan tanda tanya kerana kad bank dipegang sepanjang masa oleh isteri dan akan meminta anak mengeluarkan wang sekiranya perlu," katanya. Katanya, dia berasa sangat terkilan kerana duit itu merupakan hasil simpanan gajinya sebagai pemandu lori, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) dan pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Tambah Mohd Baki, satu laporan polis telah dibuat pada 15 April lalu dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak bank. "Saya mahu pihak tersebut telus dalam penyiasatan termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Namun apa yang saya kesalkan pihak terbabit bagaikan membisu tanpa memberi sebarang maklumat mengenai kehilangan itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa. | Pengerusi Mywatch syak Datuk terlibat ugut Posted: 06 May 2014 04:58 PM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Dua suspek yang mempunyai kaitan rapat dengan seorang pegawai polis berpangkat Datuk disyaki terlibat dalam kes ugutan terhadap Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan, lapor Keadilandaily."Dalam dua minggu ini saya sibuk mendedahkan kes pelacuran dan perjudian di Melaka dan ia mempunyai kait rapat dengan pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk. "Mungkin individu tersebut yang buat semua perkara ini," kata Sanjeevan kepada Keadilandaily. Pada 3 Mei lalu, Sanjeevan dikejutkan dengan penemuan tiga butir peluru hidup dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Jempol, Negeri Sembilan. Berikutan ancaman tersebut, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bahau, pada hari yang sama. "Dan boleh jadi juga kes tembak di Bahau, peluru yang ada dalam badan saya ukurannya 9mm, sama dengan peluru yang ditemui dalam peti surat tersebut iaitu 9mm. "Kedua-dua orang ini adalah individu yang berbeza. Jadi saya syak antara mereka yang melakukan perkara ini," katanya. Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat bagi mendesak polis supaya menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat segala kes yang cuba dibongkarnya | Khairy perlu didik Majlis Ulama Umno Posted: 06 May 2014 04:58 PM PDT SALMIYAH HARUN KUALA LUMPUR: Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa Setiausaha Ulamak Muda Umno, Mohd Radzi Othman membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam khususnya muslimah yang hadir pada Himpunan Bantah 501 pada 1 Mei lalu.Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya (gambar) berkata, kenyataan itu sememangnya suatu fitnah ke atas kehormatan dan kesucian serta maruah keperibadian seorang muslimah. Tegasnya, muslimah yang melibatkan diri dalam himpunan itu jelas berpakaian menutup aurat bertepatan dengan tuntutan Islam yang sudah cukup jelas lagi nyata perbezaannya jika hendak disamakan dengan pelacur. Radzi dalam entrinya di laman facebook menganggap muslimah bertudung labuh yang hadir pada perhimpunan membantah GST, 1 Mei lalu seperti "pelacur kelas atasan". "Tindakan menyamakan peserta muslimah dengan perumpamaan sedemikian umpama memfitnah sekumpulan wanita baik lagi suci dengan tuduhan yang melampau lagi bercanggah dengan syarak. "Muslimah atau srikandi pada zaman Rasulullah s.a.w. juga turut keluar berjihad di medan melibatkan perjuangan Islam, apatah lagi demonstrasi aman yang disertai muslimah dalam keadaan yang terjaga akhlak, terkawal pergaulan meskipun disaat padatan demonstran. "Inilah hasil didikan tarbiah yang mendisiplinkan diri mereka dengan iman, Islam dan akhlak dimana sahaja mereka berada," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, laungan yang terbit dari mulut para muslimah bukanlah aurat. Tambahnya, laungan takbir dan semangat lain yang jika hendak ditimbangi pada neraca syarak sekalipun masih lagi dalam khilaf yang muktabar. Tetapi katanya, fitnah "pelacur kelas atasan" kepada muslimat yang menyahut seruan jihad menegur pemerintah adalah suatu yang jelas dosanya dan mengundang penyesalan di akhirat. Kesongsangan Ulamak Muda Umno ini jelas beliau menggambarkan kefahaman amanah ilmu yang telah dibakulsampahkan dalam menilai saingan politik mereka. Jelasnya, jika golongan semacam pelacur agama seperti ini disumbatkan dalam barisan ulama dalam Majlis Ulama Umno, maka umum sudah tahu apakah peranan mereka. "Majlis Ulama Umno itu letaknya bukan di bawah ketiak Pemuda tetapi dicelah lutut sahaja iaitu di bawah Akademi sahaja. Maka memang layak ulama Umno dicerukdapurkan. "Kedudukannya dah diperendahkan, bila bersuara sememangnya jelas memang rendah akhlak dan ilmunya. "Amat memalukan di kala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bercakap mengenai hudud, ulama mudanya memfitnah muslimah yang merupakan pejuang hudud. Maka bertambahlah tugas Khairy yang bukan sahaja perlu mentarbiyyah MCA tetapi 'menyekolahkan' ulama mudanya," kata beliau. Menurut Ustaz Azhar, Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat tetap berpendirian bahawa wanita sama ada bertudung labuh mahupun tidak, telah bersama-sama turun berdemonstrasi aman memaparkan solidariti serta membantah kezaliman GST. | Aziz Sattar: Perginya anggota Bujang Lapuk yang terakhir Posted: 06 May 2014 04:36 PM PDT Aziz terkejut gajinya lebih rendah dari gajinya ketika bekerja sebagai pemandu lori dahulu PETALING JAYA: Hari ini negara kehilangan anggota Bujang Lapuk yang terakhir, Datuk Aziz Sattar. Beliau, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung. Pelakon protagonis dan pelawak dalam filem Bujang Lapuk itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah. Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapuk pada tahun 1950-an. Jenazahnya dibawa dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas Zuhur hari ini. Beliau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau. Beliau dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura. Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal – Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol. Pelawak semula jadi Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150. Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950. Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siriBujang Lapok dan filem Aksi Kucing. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P Ramlee. Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat – bercerai). Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100. Beliau telah berlakon dalam 44 buah filem iaitu Putus Harapan (1953), Mangsa (1953), Hati Iblis (1953), Jasa (1954), Arjuna (1954), Kipas Hikmat (1955), Ribut (1956), Putera Bertopeng (1957), Bujang Lapok (1957), Hantu Jerangkong (1957), Hantu Kubur (1958), Anak Pontianak [1958], Nujum Pak Belalang (1959), Raja Laksamana Bentan (1959), Pendekar Bujang Lapok (1959), Sumpah Wanita (1960) Ali Baba Bujang Lapok (1961)Seniman Bujang Lapok (1961),Siti Muslihat (1962),Labu Labi (1962),Nasib Labu Labi (1963),Pilih Menantu (1963),Siapa Besar (1964),Mambang Moden (1964),Takdir (1965). Pusaka Pontianak (1965),Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd),Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production),Prebet Lapok (1979 Indra Film Production),Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production),Da Di Du (1981 Indra Film Production),Darah Satria (1983),Bujang Lapok Kembali Daa… (1985,,Tarik Tarik (1993),Abang '92 (1993),Layar Lara (1997),Jibon (1998), Pontianak Harum Sundal Malam (2004),Pontianak Harum Sundal Malam II (2005),Cicak-Man (2006),Anak Halal (2007),Setem (2009),Momok The Movie (2009,,Kecoh Betul (2010) Di samping itu Aziz Sattar telah mengarah 15 buah filem iaitu Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production),Si Badol (1979 Sabah Film Production),Prebet Lapok (1979 Indra Film Production),Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production),Da Di Du (1981 Indra Film Production),Setinggan (1982),Darah Satria (1983),Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production),Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985),Perawan Malam (1986),Tak Kisahlah Beb (1988),O.K. (1989),Adik (1990),Simfoni Duniaku (1994) dan Gelora Cinta. Beliau telah memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus) pada tahun 1981, Anugerah Seniman Veteran (1994),,Filem Festival Malaysia ke-11,Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2000), Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular (2000.). Pada tahun 2007 beliau menerima gelaran Datuk , Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Al Fatihah buat beliau. | Siti Zailah menyelar ulama muda Umno Posted: 06 May 2014 04:36 PM PDT Hadis mana yang digunakan dan ayat al-Quran mana yang beliau rujuk. PETALING JAYA: Dewan Muslimat PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadab dan kotor oleh Setiausaha Ulama Muda Umno, Abu Amru Radzi Othman dalam laman sosial Facebook yang mengatakan muslimah bertudung labuh yang menyertai himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai pelacur kelas atasan. Menurut Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar), tindakan tersebut adalah sangat biadap dan tergamak beliau membuat tuduhan dan fitnah yang bertentangan dengan syarak dan akal yang waras. "Apakah mereka menggangap wanita yang tidak hadir himpunan ibarat pelacur kelas bawahan dan yang hadir himpunan adalah pelacur kelas atasan, hadis mana yang digunakan dan ayat al-Quran mana yang beliau rujuk sehingga tergamak untuk membuat tuduhan kepada para muslimah," ujarnya di dalam posting Facebook. Beliau yang juga ahli parlimen Rantau Panjang berkata beliau juga merupakan seorang muslimah bertudung labuh, dan tujuan bantahan tersebut diadakan adalah bagi membantah perlaksanaan cukai GST yang akan bermula pada April tahun hadapan. "Kami bantah perlaksanaan cukai GST bukan sahaja di himpunan 501, di dalam Parlimen pun kami bantah. Kita ingin selamatkan rakyat daripada terus ditekan dengan kos hidup yang tinggi dan harga barang pula semakin mahal dan ditambah dengan perlaksanaan cukai GST sebanyak enam peratus akan menambahkan lagi penderitaan hidup rakyat," ujarnya. Jelas beliau lagi, apa yang dilakukan oleh beliau adalah untuk membela nasib rakyat yang semakin tertindas dan menggesa agar Umno bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan. "Kita ingin membela nasib kaum buruh, petani, nelayan miskin, ibu tunggal miskin, dan juga rakyat miskin, tetapi kenapa kami pula dituduh sebagai pelacur kelas atasan. Umno harus bertanggungjawab di atas perkara ini?" soalnya. Dalam pada masa itu, kenyataan Zailah turut disokong oleh ADUN Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kecewa dengan kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno itu. "Mengapa Ulama Muda Umno terlalu biadap sehiingga sanggup menghina kaum wanita yang berhijab?" soalnya. Wan Azizah turut menyeru agar setiap golongan wanita bangkit berjuang menegakkan kebenaran tanpa perlu mengira mana-mana fahaman politik. "Hal sebegini kita tidak harus biarkan, walau apa juga fahaman politik, golongan wanita harus bangkit berjuang menegakkan kebenaran kerana kita tidak seharusnya dihina sebegini rupa," katanya. | ADUN Lenggeng pertikai MB soal lantikan JKKK Posted: 06 May 2014 04:32 PM PDT
Beliau selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan langsung tidak mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain. SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mempertikaikan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai di bawah DUN Lenggeng. Ishak yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Pantai, berkata, jelas sekali keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk dan mempedulikan segala cadangan dikemukakan oleh Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia. "Beliau (Mohamad) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan langsung tidak mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain. "Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan dan membantu pembangkang berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu. "Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah dan kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Disiplin Umno, Datuk Mohd Noor Abdullah. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Seremban yang juga merupakan ADUN Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza. | Amaran Umno kepada Gerakan: Jangan menghina hudud Posted: 06 May 2014 04:29 PM PDT Komen yang melampau mengenai hudud mungkin menimbulkan kemarahan kalangan umat Islam PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) mengingatkan pimpinan parti kompenen Barisan Nasional (BN) agar tidak berlebihan dalam mengulas isu mengenai hudud. Beliau mengulas secara spesifik berkenaan kenyataan dan komen yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yang merupakan satu contoh yang boleh dianggap sebagai menghina hudud dan agama Islam itu sendiri. "Tan Lian Hoe dan mana-mana pimpinan komponen BN mesti sedar, komen yang melampau mengenai hudud mungkin sahaja menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam secara keseluruhannya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT. Tambah beliau, komen kononnya hudud akan membela perogol sebagai contoh, adalah satu ulasan yang sangat kasar dan tidak berasaskan kepada fakta yang sebenar. Ujarnya lagi, hudud mestilah dilihat secara keseluruhan dan bukan melalui perspektif hukuman semata-mata seperti yang diberikan ulasan oleh Tan Lian Hoe. "Oleh yang demikian, perlu ada sikap yang lebih berhati-hati di dalam membuat sebarang komen dan kenyataan mengenai hudud. Percakapan, ulasan dan komen yang tidak berlapik, bersifat semberono dan singkat ilmu akan hanya menyebabkan usaha diskusi terhadap hudud gagal diperkukuh dalam masyarakat," katanya. Reezal turut menyatakan bahawa kini debat dan diskusi hudud sedang memasuki fasa baru perbincangan, iaitu dibawa kepada perhatian panel pakar yang akan diwujudkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. "Justeru, ianya mestilah diberikan ruang yang cukup untuk diperhalusi oleh mereka yang arif dan faham dengan pelaksanaan hudud itu sendiri," kata Reezal. Tambah beliau lagi, batas di antara memberi komen mengenai hudud sekaligus menghina Islam itu jangan sesekali dilanggar dan diambil sambil lewa. "Sebagai pemimpin, kita perlu sensitif dengan banyak perkara dan hal sekiranya perkara asas ini gagal difahami oleh pemimpin parti komponen, pastinya kita akan menempuh jalan yang sukar. Bukan itu sahaja, debat baru mengenai hudud yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita pada ketika ini wajar dilihat dalam perspektif yang baik dan positif dan bukannya satu keadaan yang menganiayai atau menidakkan mana-mana kumpulan minoriti di dalam negara ini. "Perbincangan, diskusi dan sebarang komen mengenai hudud mestilah berasaskan pedoman dan landasan ilmu dan bukannya berdasarkan sentimen sempit. "Apa yang berlaku mutakhir ini, perbahasan mengenai hudud sudah menjadi alat politik kepada orang tertentu untuk mendapatkan markah politik dan bukannya di atas dasar keilmuan dan keikhlasan," katanya. | Penculikan di Sabah lagi bukti kelemahan ESSCOM Posted: 06 May 2014 04:27 PM PDT Insiden-insiden penculikan sebegini akan menjatuhkan keyakinan pelancong terhadap negara, kata Tian Chua. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu Tian Chua membidas kerajaan kerana kegagalan menjaga perairan di Sabah ekoran satu lagi insiden penculikan yang berlaku awal pagi ini.Menurut Tian Chua, Parlimen sering membahaskan mengenai Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) namun sehingga kini tiada sebarang peningkatan berhubung tindakan keselamatan berlaku. "Kita dah ulang kali menyatakan keselamatan di Sabah ini adalah satu tempat berisiko tinggi. Parlimen sudah bahas mengenai ESSCOM. "Sepatutnya ada peningkatan dari segi tindakan kesediaan untuk menghadapi ancaman keselamatan. Malangnya kita lihat tiada langkah-langkah kecemasan tambahan untuk menjamin keselamatan. "Saya amat khuatir jika perkara ini berulang dan boleh menjatuhkan keyakinan pelancong," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini. Tambah Tian Chua lagi, sektor pelancongan negara sudah terjejas akibat kehilangan pesawat MH370 Mac lalu dan menteri dan agensi bertanggungjawab perlu menjawab perkara ini secara telus tanpa perlu memberikan alasan. Pengurus syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan warganegara China, Yang Zailin diculik di Silam, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi tadi. Perkara ini disahkan oleh Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Majnun. Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ke arah selatan Filipina. Ini merupakan kes penculikan kedua berlaku di Sabah dalam tempoh berdekatan. Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna. Kedua-duanya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut tebusan di selatan Filipina. Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan PKR yang sedang berlangsung, Tian Chua melahirkan keyakinan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana unsur sabotaj. "Nampak JPP dah buat keputusan yang tak sebelahi mana-mana pihak dengan batalkan keputusan atau pemilihan yang diragui. "Saya agak dalam sebuah parti demokratik kita sentiasa terima proses memperbaiki semua aspek organisasi parti," katanya lagi. Pemilihan PKR kali ini dipenuhi kontroversi apabila terdapat beberapa pemilihan di beberapa cabang didakwa dimanipulasi oleh calon-calon pusat yang bertanding. Antara nama-nama besar yang dikaitkan dengan kontroversi ini termasuklah penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mempertahankan jawatannya menentang Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. | 'PAS mahu hudud di Kelantan sahaja' Posted: 06 May 2014 04:22 PM PDT Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih Kelantan sahaja PETALING JAYA: PAS mempertahankan keputusannya untuk terus memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana parti itu berterusan memerintah negeri itu. Menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu menyambut baik reaksi positif semua pihak yang menerima perjuangan mereka ini dan pada masa yang sama, bersedia memberikan penjalasan secara terbuka ataupun tertutup kepada mana-mana pihak yang masih meragui hukum tersebut. "Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam adalah rahmat kepada seluruh manusia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau turut menyeru semua umat Islam untuk menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari dan memperlekehkan mana-mana pihak. Tambah Abdul Hadi lagi, terdapat sesetengah pihak enggan memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya itu yang tidak menghalang kemampuan akal dan membelakangi hak asasi manusia. "Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang–undang dalam masyarakat majmuk," katanya lagi. Bagi mengutarakan kebimbangan orang bukan Islam terhadap pelaksanaan hukum tersebut, Abdul Hadi memetik ayat Surah Al-Maaidah ayat 42 yang bermaksud "Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil," "Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan mendidik. "Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain," katanya lagi. Kerajaan Kelantan pada 2 April lalu mengambil keputusan untuk membawa usul persendirian ke parlimen bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus sejak 1993 dapat dilaksanakan. Permainan politik Sementara itu Bernama melaporkan dari Johor Baharu, Pakatan Rakyat (PR) sedang menuju kehancuran sebagaimana Barisan Alternatif (BA) tidak lama dahulu berikutan kedegilan PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan, menurut seorang bekas pemimpin DAP Johor. Norman Fernandez , bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor berkata kedegilan PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak lebih hanyalah satu permainan politik untuk menarik kembali sokongan masyarakat Melayu. "Apa yang dikhuatiri ketika ini adalah Pakatan Rakyat adalah seperti sedang "retak menanti belah" disebabkan kedegilan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. "Jika ia berlaku (perpecahan), ia akan mengulangi perpecahan yang berlaku pada Barisan Alternatif pada 2004 yang berpunca apabila PAS mahu mewujudkan Negara Islam di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Norman yang merupakan seorang peguam berkata, PAS terpaksa menimbulkan isu hukum hudud ketika ini kerana parti itu ketandusan idea tentang cara paling berkesan untuk menarik sokongan masyarakat Melayu. Umno, menurutnya lebih berjaya berbanding PAS dalam menarik sokongan dan membela nasib masyarakat Melayu. "PAS sebenarnya ketandusan idea untuk menarik sokongan orang Melayu. Ia tidak ada idea tentang cara untuk membangunkan Kelantan dan kini terpaksa bergantung kepada isu hukum hudud," kata Norman. Beliau menjangkakan PAS akan kehilangan sokongan masyarakat Cina yang banyak membantu calon-calonnya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas, jika ia meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud. Oleh itu, katanya PAS sepatutnya mengugurkan hasratnya untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini sebagaimana dilakukan oleh DAP yang mengugurkan konsep "Malaysian Malaysia" selepas menyertai PR. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan