Sabtu, 31 Mei 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 31 May 2014 05:30 PM PDT

[TMI] Pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar", lapor Reuters hari ini.

Laporan itu bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.

Semalam dalam tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China: "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."

"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."

Bagaimanapun, sumber polis Filipina memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar bagi membebaskan kedua-dua wanita itu.

"Ia jarang berlaku bagi Abu Sayyaf untuk melepaskan orang yang diculik tanpa wang tebusan yang dibayar," kata laporan itu.

Tetapi laporan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai wang tebusan yang dikatakan itu, seperti jumlah yang dibayar dan sumber dana.

Kumpulan pengganas itu sebelum ini menuntut 500 juta peso Filipina (RM36.8 juta) untuk melepaskan Gao, tetapi tidak membuat sebarang permintaan wang tebusan untuk Dayawan.

Pada 2 April, tujuh lelaki bersenjata memasuki resort kira-kira 10.30 malam dan menculik Gao, 29, dari Shanghai dan Dayawan, 40, dari resort itu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia percaya Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di selatan Filipina, bertanggungjawab atas penculikan itu dan mereka mendapat bantuan dari dalam.

Berikutan penculikan Gao dan Dayawan, seorang pegawai polis di Sabah mendedahkan bahawa penculikan itu juga mungkin melibatkan kakitangan resort.

"Abu Sayyaf aktif di kawasan itu sejak 15 tahun yang lalu dan bertanggungjawab untuk beberapa kes penculikan," kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Dalam banyak kes, mangsa dibebaskan selepas wang tebusan yang besar dibayar. Kes malam tadi dijangka tidak berbeza," katanya.

Insiden itu merupakan satu daripada tiga kejadian dalam tempoh tujuh bulan lalu yang melibatkan pelanggaran di Zon Keselamatan Timur Sabah yang ditubuhkan selepas "pencerobohan" Lahad Datu oleh pihak berkuasa Sulu awal tahun lepas.

Pada November tahun lepas, pelancong Taiwan Chang An Wei diculik dari pulau peranginan Pom Pom sementara pasangannya, Li Min Hsu ditembak mati.

Chang dibebaskan sebulan kemudian selepas wang tebusan yang besar dibayar kepada Abu Sayyaf melalui perantara.

Awal bulan ini, warga China Yang Zai Lin, 34, diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari sebuah ladang ikan berhampiran Pulau Babi, Lahad Datu, dan dibawa lari dengan sebuah bot laju.

Walaupun cuba ditahan pihak keselamatan Malaysia, penculik berjaya melarikan diri ke perairan antarabangsa dan dipercayai menuju ke selatan Filipina.

Yang, yang berasal dari Guangzhou, menguruskan ladang ikan sejak tiga tahun lalu. Ladang ini dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd yang berpangkalan di Hong Kong.

Yang diambil oleh lima orang lelaki yang berpakaian seragam tentera. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dikatakan bersenjatakan M-16.

Abu Sayyaf adalah kumpulan militan Islam yang meningkat terkenal pada tahun 1990-an kerana berjuang untuk satu wilayah Islam bebas di Filipina.

Ahli diketahui terlibat dalam kes pengeboman, penculikan, pembunuhan dan aktiviti pemerasan. – 31 Mei, 2014.

P/s: Logik!!!

Biaqpila

Posted: 31 May 2014 04:38 PM PDT


Suasana sebak menyelubungi suasana di pusat operasi kempen DAP Teluk Intan selepas keputusan yang diperolehi malam ini memihak kepada BN.
Para penyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud,
dilihat berpelukan dan mengalirkan air mata semasa
menenangkan antara satu sama lain.
Dyana sendiri ketika berdepan dengan kira-kira 200
orang penyokong tersebut pada malam ini berkata ini
bukanlah penamat bagi beliau dalam politik.
"Ini bukanlah penamat bagi Dyana Sofya, saya tidak
akan kecewakan anda," kata Dyana yang kelihatan
tenang.
Peguam muda itu, yang mengenakan baju kurung warna
kundang dan selendang berwarna hitam pada malam ini
berkata beliau tidak hanya berusaha untuk bertanding
kerusi Parlimen, tapi untuk mencapai tujuan lebih besar.
"Kita perlu menghentikan politik kaum. Saya tidak hanya
menentang (Datuk) Mah (Siew Keong), namun seluruh
jentera (BN).
"Mah hanya menang (kira-kira) 200 undi," katanya yang
menambah beliau akan terus berkhidmat untuk Teluk
Intan walaupun tewas dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau ditemani penasihat DAP Lim Kit Siang,
setiausaha agung Lim Guan Eng dan juga para
pemimpin DAP lain yang hadir untuk menyatakan
penghargaaan kepada para penyokong.
Kerusi tersebut berjaya dirampas semula oleh bekas
penyandangnya, presiden GERAKAN dengan majoriti tipis
238 undi.
Sebelum itu, suasana berbeza dapat dilihat di luar
pusat operasi kempen GERAKAN, apabila Mah disambut
dengan sorakan gembira oleh para penyokongnya.
Beliau turut mengambil peluang menyindir "parti
tertentu" yang menurutnya tidak sabar-sabar membuat
pengumuman kemenangan.
Dalam ucapan ringkasnya kepada para penyokong di
bangunan tersebut, Mah berkata beliau berharap agar
penyokongnya bersabar jika pengiraan semula
dilakukan.
"Sebab keputusan tidak rasmi sudah keluar tapi pihak
lawan sudah cabar keputusan itu," katanya.
"Jika SPR akan membuat kiraan semula dalam
beberapa jam lagi dan kita sabar, tak macam satu parti,
dia tak sabar dia tulis di Internet semua dia menang.
"Kita hormati undang-undang, kita sabar sikit," kata
Mah lagi yang disambut tepukan oleh para
penyokongnya.

MK

Tiada ulasan:

Pengikut