Jumaat, 30 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ahli Parlimen jadi Menteri tak semesti orang kampung beruntung

Posted: 29 May 2014 11:49 PM PDT




Tanya saja orang kampung di Rembau. Apa untungnya KJ jadi Menteri Belia dan Sukan untuk orang Rembau? Adakah KJ lebih banyak turun Rembau sebelum menjadi menteri atau selepas jadi menteri? Adakah peluang pekerjaan di Rembau bertambah sebelum KJ jadi menteri atau selepas jadi menteri? Adakah pasukan bolasepak N.Sembilan meningkat prestasi sebelum KJ jadi menteri atau selepas KJ jadi menteri?

PM: Mah sertai kabinet jika menang di Teluk Intan
30 Mei 2014

Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di Beijing.
   
"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.
   
- Bernama

Askar ditembak di Lahad Datu angkara pertengkaran mengenai minuman

Posted: 29 May 2014 05:41 PM PDT





Menurut laporan akhbar NST, anggota tentera yang ditembak oleh rakannya di Lahad Datu berpunca apabila berlaku pertengkaran antara sekumpulan 4 orang tentera yang ingin masuk ke "Pub" membawa minuman mereka sendiri tetapi dihalang oleh "Bouncer". Tak dinyatakan pula minuman apa yang dibawa dan "Pub" tersebut tempat apa.

Soldier shot dead after scuffle over drinks
30 May 2014

LAHAD DATU: An argument over drinks at a pub led to the death of an army commando who was shot after a scuffle outside a 24-hour shop here in the wee hours of Wednesday.

Lance Corporal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, was shot dead, while two bouncers, foreigners aged 31 and 38, were injured after being shot.

Sabah Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Omar Mammah yesterday said: "The suspects were at the scene where the scuffle broke out between two groups. A firearm and several items were recovered."

Omar said the argument was over a request by a group of four soldiers, who wanted to bring their own drinks into the pub.

"A bouncer stopped them from doing so, which may have started the argument at the pub, located above the 24-hour shop."

Komando maut, 2 cedera terkena tembakan

KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Muhamad Fiffixzafey Mat Hussin, 28, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, cedera di bahagian kiri dadanya sebelum meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua orang awam yang cedera itu berusia 31 dan 38 tahun serta bekerja sebagai penjaga kelab malam.

Hamza berkata, semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) di daerah berkenaan.

Tiada ulasan:

Pengikut