Pakatan Rakyat |
Posted: 27 Apr 2014 03:21 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:21 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||
Posted: 27 Apr 2014 03:12 PM PDT Oleh: AFEEQA AFEERA KLANG : Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) dilaksanakan sejak 2011 di setiap daerah memberi peluang rakyat meluahkan masalah, kehendak, rungutan atau rasa tidak puas hati mereka secara terus kepada Kerajaan Negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebarang masalah atau kehendak penduduk yang dapat diatasi segera akan diselesaikan atau dipenuhi dengan cepat. Manakala katanya mana-mana masalah penduduk yang perlu diteliti dengan lanjut terutama melibatkan duit atau peruntukan akan dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) untuk dibincangkan dan diputuskan seterusnya dilaksanakan dengan kadar segera. "Kami akan mencuba sedaya upaya mengurangi hal birokrasi atau soal 'remeh-temeh'. "Oleh itu semasa sesi bersama rakyat pada pagi ini hingga ke petang, kerajaan negeri mahu mendengar segala masalah dan kehendak anda semua selain menjelaskan pelbagai program serta skim bantuan kepada rakyat pelbagai peringkat," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena PKMR daerah Klang di Dewan Hamzah, hari ini. Hadir sama, ahli Exco negeri antaranya Dr Daroyah Alwi, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail, Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad, ahli Majlis, Ketua Kampung dan pimpinan masyarakat. Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha mengatasi permasalahan rakyat yang berlanjutan lama khususnya berkaitan urusan tanah kediaman. Katanya ia dibuktikan apabila seramai 86 orang penduduk Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 diberikan suratan hak milik tanah oleh Kerajaan Negeri hari ini. "Mereka yang diberi milikan tanah ini adalah mereka yang sudah menetap lebih 30 tahun," katanya lagi.EZY Oleh: AFEEQA AFEERA KLANG : Kerajaan Negeri dijangka menamatkan penjadualan air di Selangor dan Kuala Lumpur pada minggu depan sekiranya projek pengepaman air dari kolam bekas lombong ke empangan Sungai Selangor mendapat hasil positif. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebarang perkembangan akan diumumkan Exco negeri, Dr Yunus Hairi yang dilantik sebagai jurucakap rasmi kerajaan negeri mengenai status air mentah dan air terawat di Selangor. "Saya jangka catuan ditamatkan minggu depan jika keadaan ini baik dan akan diumumkan Yunus sebagai jurucakap kerajaan negeri," katanya dalam sidang media pada Program Khas Mesra Rakyat Daerah Klang di Dewan Hamzah, di sini. Sementara itu, Abdul Khalid berkata penggunaan air dari bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor dijamin selamat untuk digunakan berdasarkan hasil kajian mendalam daripada pakar. Katanya pakar juga mendapati air dari bekas lombong adalah jauh lebih baik lebih-lebih lagi lombong berkenaan berusia puluhan tahun. "Kita sudah menguji tahap kimia dalam air tersebut dan pakar berpandangan ia dibenarkan dan jauh lebih baik kerana air lombong ini adalah dari lombong lama, bukan lombong dua atau tiga tahun (usianya). "Lombong ini sudah berusia 30 tahun dan airnya jauh lebih bersih daripada air sungai," katanya lagi. Beliau berkata setakat ini kerajaan negeri sudah memiliki lapan buah mesin berkeupayaan tinggi yang mampu mengepam air sekurang-kurangnya 400 juta liter sehari (JLH) dan berharap ia boleh ditingkatkan sehingga 700 ke 900 JLH. "Jadi saya rasa kita akan capai ke tahap itu dan sekiranyan paras empangan di Sungai Selangor mencatat peningkatan, catuan akan ditamatkan," katanya.EZY |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan