bumiyang Posted: 13 Apr 2014 03:34 AM PDT |
Aspirasi Bangsa Posted: 13 Apr 2014 01:53 AM PDT |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 12 Apr 2014 11:45 PM PDT 9 Mei Ini Menjadi Saksi Siapa Lebih Berkuasa, Kerajaan Atau AirAsia? Posted: 12 Apr 2014 06:04 AM PDT Kenyataan PM Menandakan Berakhirnya Zaman Ego Besar Air Asia? Apabila Air Asia membuat keputusan enggan berpindah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 9 Mei 2014 seperti yang diumumkan oleh kerajaan, ia bukanlah satu kejutan yang terlalu besar kepada mereka yang mengikuti perjalanan syarikat tambang murah paling berjaya ini. Syarikat ini ditadbir oleh kumpulan manusia yang penuh keangkuhan dan merasakan mereka memberi sumbangan besar kepada negara sehingga ia kebal dari segala tindakan. Para pemegang saham Air Asia mempunyai yang sangat baik dengan koridor kuasa negara terutamanya pada era pentadbiran Pak Lah. Apabila pentadbiran Pak Lah berakhir mereka mengambil bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi Air Asia X. Namun kenyataan tegas Perdana Menteri hari ini mungkin menyaksikan episod baru urus tadbir penerbangan awam yang lebih baik. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan, AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke klia2 seperti yang dijadualkan dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini. Sungguhpun kenyataan Mohd Najib diiringi dengan kenyataan berlapik:"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong. Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai."Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teliti kalau mereka ada masalah. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah berdialog dengan kerajaan menerusi MAHB.Namun ia seharusnya memberi isyarat jelas kepada Air Asia bahawa zaman "keangkuhan" mereka mungkin sudah berakhir. Sebelum ini apa sahaja keputusan dan pandangan MAHB selaku pihak berkuasa lapangan terbang dibantah atau dikritik oleh mereka. Tidak cukup itu pada Februari 2014, berbangga dengan rekod keuntungan Air Asia, Tony Fernandes yang tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan MAHB dalam isu KLIA 2 dan cukai lapangan terbang mengkritik MAHB. Antara lain beliau menggesa MAHB supaya mula menguruskan keuntungan dengan bijak supaya dapat mengelakkan dari membebankan pembayar cukai. Fernandes juga mengkritik MAS dan MAHB kerana terus berbelanja dan rugi."It's supposed to be profit-making. This just hurts decent players in the business when they're spending like there's no tomorrow," said Fernandes. "MAHB yang jelas telah lama bersabar dengan Air Asia akhirnya bertindak balas menjawab komen tersebut. This has resulted in several enquiries being directed to MAHB especially by the shareholders. While it is not MAHB's policy to comment on statements made by our partners but in this case we had been advised that as a public listed company, we need to correct the information related to MAHB. MAHB wishes to clarify that since it was incorporated 22 years ago, its financial performance has been showing consistent profits yearly.Over the last 15 years since being public listed, MAHB has continually paid the concession fees and taxes to the government, issued dividends to shareholders, paid incentives to airlines, and remained profitable. Since 2002, AirAsia has been a beneficiary of MAHB's strong financial performance as it has received the most incentives over the last 10 years from MAHB, despite it not being the airline that contributed the highest number of passengers or revenue. MAHB had specifically introduced an incentive programme to support the growth of AirAsia, at its infancy stage. This had facilitated AirAsia's growth to become the successful airline that it is today. Ini tentulah satu kejutan kepada Fernandes yang selama ini cuba memprojekkan Air Asia sebagai sebuah syarikat tanpa bantuan kerajaan. Bantuan MAHB kepada Air AsiaPada 20hb Mei 2008, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa AirAsia telah berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) berjumlah RM 110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008. Cukai ini sebenarnya dibayar oleh pengguna kepada Air Asia dan Air Asia sepatutnya menyerahkannya kepada MAHB. Namun selama hampir 6 tahun, Air Asia menyimpan wang cukai ini tanpa diambil apa-apa tindakan oleh kerajaan ketika itu. Air Asia hanya mengembalikan Cukai tersebut pada tahun 2009. Menurut Dewan Rakyat, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yagn berjumlah RM112.06 juta. Jumlah ini sebenarnya diskaun daripada jumlah kutipan sebenar sebanyak RM132.1 juta. Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 kepada soalan YB Wee Choo Keong,"MAHB dan AirAsia bersetuju bahawa AirAsia perlu membayar RM111.6 juta selepas potongan RM25 juta sebagai "incentive". Daripada RM25 juta, RM21 juta diberikan kepada AirAsia dan RM4 juta kepada AirAsia –X. Amaun yang diberikan kepada AirAsia adalah untuk menghargai AirAsia mempromosikan industri pelancongan. Lihatlah keistimewaan yang diperolehi oleh Air Asia. Cukai Lapangan Terbang bukanlah cukai keuntungan atau cukai pendapatan. Cukai Lapangan Terbang tidak ada kena mengena dengan Air Asia langsung. Ia dibayar oleh pelanggan Air Asia kepada kerajaan. Air Asia hanya membantu kutipan sahaja apabila kos dimasukkan terus ketika pelanggan membeli tiket mereka. Dalam kaedah perniagaan seperti ini Air Asia meraih "kelebihan" besar apabila boleh menggunakan terlebih dahulu duit cukai ini sebelum diserahkan kepada MAHB. Malahan jika ada pelanggan yang tidak menaiki kapal terbang biar pun tiket yang termasuk cukai tadi telah dibayar, Air Asia tidak perlu membayar kepada MAHB. Ini juga pernah menjadi kontroversi kerana Air Asia tidak pernah membayar kembali cukai tersebut kepada pelanggan.Kerap "Ugut" Kerajaan? Setiap kali ada isu kontroversi membabitkan MAHB atau kerajaan, Air Asia bukan bersifat merayu tetapi bersifat bercakap gah seolah-olah merekalah penyelemat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan kapal terbang tambang murah. Air Asia pernah "mengugut" kerajaan secara tidak langsung untuk memindahkan Ibu Pejabatnya ke Jakarta, Indonesia sebagai reaksi tidak berpuas hati dengan sokongan kerajaan terhadap syarikat mereka. Kemudian menafikannya apabila berlaku rundingan untuk penggabungan dengan MAS. Apabila usaha penggabungan tersebut gagal kerana mendapat bantahan ramai, Fernandes mengumumkan pemindahan ibu pejabat serantau beliau ke Jakarta. Pada 2012, Ahli Parlimen Wangsa Maju. Wee Choo Keong sekali lagi mengkritik Air Asia,"Dulu, mereka mahu pindahkan ibu pejabat ke Indonesia tetapi apabila ditawarkan peluang bertukar saham dengan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), mereka tidak jadi pindah. Kini apabila perjanjian pertukaran itu dibatalkan, AirAsia mahu pindahkan pula hab mereka ke Jakarta."Ini tidak betul, kerajaan jangan tunduk lagi kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kita tidak perlukan sebuah syarikat yang hanya akan memihak kepada negara apabila semua keputusan memenuhi permintaan mereka. "Tetapi apabila ada keputusan tidak memihak, mereka merajuk dan mahu memindahkan syarikat pula. Kita tidak perlukan syarikat seperti ini yang dikawal oleh individu yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri berbanding negara," jelasnya. Menurut Choo Keong, isu perjanjian pertukaran saham dengan MAS merupakan antara bukti sikap tidak bertanggungjawab AirAsia."Mereka kata perjanjian pertukaran saham itu bertujuan membantu MAS untuk terus berkembang maju tetapi kita boleh lihat, ia memberi kelebihan kepada AirAsia terutamanya dari aspek penggunaan kemudahan," ujarnya, Apakah kenyataan Mohd Najib menandakan berakhirnya zaman keegoaan Air Asia sehingga kerap kali melampaui MAHB atau sekadar satu lagi cubaan Tony Fernandes menguji sempadan kuasa supaya beliau mengetahui di mana arah tuju para pelobi beliau untuk bergerak selepas ini? 9 Mei 2014 akan menjadi titik penentu siapa yang menang – Kerajaan atau Air Asia? | Suami Zuraidah Ampang Di Tuduh Rembat Duit Peruntukan PKR Kajang... Posted: 12 Apr 2014 01:00 AM PDT
Tiiiidurrrrrlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Kepada Yang Berhormat Zuraidah saya ada beberapa soalan yg Yang Berhormat perlu jawab sebab Yb naik pun kerana orang mcm saya okies. soalan saya
1 ) kenapa Office lama Yb terpaksa di tutup.
2 ) Benarkah Yb telah menerima imbuhan dari pemaju untuk pembinanan bangunan di kawasan yg tidak boleh di bina bangunan ,
3 ) Benarlah Yb terpaksa tutup office lama kerana penduduk di situ mencari Yb. sebab tak puashati yb membenarkan mereka pemaju membina bangunan.
4 ) Benarkah Yb meletakan semua orang oarng Yb dalam ahli majlis MPAJ. supaya Yb senang membuat kerja termasuk kerja yg tak sepatutnya di buat.
5 ) benbarkah sesiapa sahaja ajak ajk yg tidak bersependapat dgn Yb akan di terajang keluar.
6 ) Berapa banyakkah yg pemaju bayar kepada Yb , dan kemanakah duit tersebut.
7 ) Soalan terakhir waktu pilihanraya kajang Khalid Ibrahim ada menyediakan peruntukan dan diserahkan kepada suami Yb kerana beliau kalau tak silap ketua bilik gerakan utama.kalau ada kenapa Yb kata Khalid tak beri ??. Khalid mungkin tak suka bising bising perkara sebegini. tetapi tidak Jamilkucing.
Pesanan terakhir sila pesan kepada Rafizi Ramli kalau tak pandai nak menghormati tuan tanah sila berambus dari pandan. Yb Ong Teng keat dulu walaupun dia BN tetapi dia tak sombong. berbeza dgn Rafizi jauh panggang dari api. sorr la ok saya byukan kaki ampu dan jilat. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 12 Apr 2014 11:37 PM PDT Tiada maaf jika lepaskan kerakyatan – @Zahid_Hamidi @UMOnline #Utusan Malaysia Posted: 12 Apr 2014 06:06 PM PDT BAGAN DATOH 12 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada maaf untuk rakyat negara ini yang telah mendapat taraf Kerakyatan Luar Negara British (BOC) untuk memohon semula kewarganegaraan Malaysia. Katanya, golongan tersebut tidak akan memperoleh semula kerakyatan secara automatik sebaliknya perlu melakukan permohonan seperti warga asing lain. "Jika telah melepaskan kerakyatan, tiada maaf bagi mereka, kena ikut Peraturan Imigresen Perkara 16A 1963. "Peraturan ini harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jom Sihat Anak Angkat Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bayan dekat sini hari ini. Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulangi penafian terhadap kenyataan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport taraf kewarganegaraan luar negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak mudah melepaskan kewarganegaraan hanya disebabkan `perasaan bencikan negara'. Menurutnya, mereka juga tidak seharusnya melepaskan kewarganegaraan kerana hasutan pihak pembangkang dan terjebak dengan syarikat yang menjanjikan urusan mendapatkan kewarganegaraan negara lain. "Peraturan Imigresen Perkara 16A menyebutkan 'tidak ada seorang pun warganegara Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraannya, apabila memohon kembali kewarganegaraan akan diberikan secara automatik'. "Peraturan ini bukan sahaja bagi mereka yang telah melucutkan kewarganegaraan Malaysia di United Kingdom tetapi juga mereka yang tinggal di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat," katanya. Menurutnya, sebenarnya hanya tiga orang pemegang pasport BOC yang diterima pulang ke Malaysia tetapi mereka menerima pas residen dan bukannya taraf kewarganegaraan. "Kerajaan tidak pernah memberikan taraf warganegara kepada 1,000 orang pemegang pasport BOC seperti yang didakwa Ahli Parlimen Tanjong. Itu tidak benar. "Jadi kepada pengamal media sosial dan penulis blog, jangan terpengaruh dengan tuduhan bahawa saya tidak patriotik. "Saya bekerja mengikut peraturan. Apa yang kita berikan kepada tiga pemegang pasport BOC adalah pas residen dan bukannya taraf kewarganegaraan," ujarnya. Katanya, untuk memohon kewarganegaraan, mereka yang terlibat perlu tunggu selama 17 tahun. Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, bagi warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan ingin kembali ke negara ini sebagai tenaga profesional, kerajaan akan mempermudahkan kemasukan mereka. "Mereka adalah golongan yang mempunyai ilmu dan pengalaman dan mahu kembali bagi membantu membangunkan negara," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_02/Tiada-maaf-jika-lepaskan-kerakyatan—Zahid-Hamidi#ixzz2yicQTldI
| VIDEO KENYATAAN MEDIA MENTERI @ZAHID_HAMIDI : ISU PEMEGANG PASPORT BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC) - @YouTube Posted: 12 Apr 2014 06:41 AM PDT | |
sekupangdua Posted: 12 Apr 2014 11:35 PM PDT USTAZ KAZIM ELIAS PUNYA PULUHAN PEMINAT SETIA. TAK PAYAH NAK JUAL MUKA BANG NON DAN AM BIG "A" Posted: 12 Apr 2014 05:15 AM PDT Memang lama teman perhatikan setiap kali diadakan Ceramah Agama walau dimana sekali pun... sambutannya tetap hebat. Biar pun panas atau hujan ianya bukan jadi alasan untuk tidak hadir disetiap program yg menampilkan Penceramah hebat seperti Al Fhadil ustaz Kazim Elias
Yang mengikutinya buka sahaja terdiri dari org kampung malah ada yg datang dari luar semata-mata tidak mahu melepaskan peluang sebegini. Semalam di Larut anjuran Wanita Umno Bahagian Larut. Sambutan mmg begitu baik dan meriah... Dalam satu pekara lagi yg kita tahu ada lah segelintir pelampau politik yg sentiasa kurang senang termasuk agenda ugama pun di permainkan demi hasad dan haloba untuk betkuasa. Selagi apa sahaja yg mendatang sekalipun bab soal agama fitnah akan dilemparkan.. misi menjatuhkan.. misi fitnah dan aib jadi fokus atau agenda utama... .mmg menuju ke jalan Allah swt maka tidak lah mereka berhempas pulas dalam apa aaja strategi untuk menjatuhkan sekali pun Ulama itu sendiri... selagi dia menjadi ancaman. Selahinitu akan siherwt memburuk dan menjatuhkan adalah misi Utama. Menyedihkan mereka sanggup menghalang Ustaz Kazim dari ìmemegang jawatan biro yg perlukan mereka yg cerdik pandai dalam agama Islam bila puak hasad nie mahu melihat ustaz tidak duduk dalam MT. Sebaliknya apa sahaja yg boleh membantutkan serta menjatuhkan beliau dari membawa umah kejalan yg benar...
Apa pun puak Parti Ajaran Sesat nie lagi bertambah hari demi hari menjadikan cukup tetserlah betapa sifat fajal.makin menebal dan terus menebal. Meeika nie lebih jijik dari najis kinz... adanya...Ustaz yg mendekati umah dicerca dan di fitnah sebaliknya kafir diberi penghormatan lagi... bagi laknatullah berceramah dalam maajid dan membaca surah dan nas ikut suka bapak dia org. Bukan itu sahaja Beberapa keldai unit Mamai diberi tanggung jawab melaungkan takbir...
Bertaubat nasuha lah..... ini semua kerja tahap tentera dajal yg akan ikit arahanya memusnahkan akidah serta petsaudaraan sesama Islam... | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 12 Apr 2014 11:29 PM PDT |
The Unspinners Posted: 12 Apr 2014 11:24 PM PDT Kalau tak Khamis lepas, Khamis depan ... seterusnya hingga 916 Posted: 12 Apr 2014 10:27 PM PDT Kelentong sajalah penuntut Paengajian Sastera Universiti Malaya yang repeat tapi tak tau lulus ke tak. Jangan pula keluarga nahas MH370 percaya pada peguam-peguam begini yang nak cari peluang. Sebab peneroka Felda Kemahang 3 yang dulu dibakar dan diwakili oleh peguam PKR untuk persen tertentu sudah jadi mangsa. Peguam buat duat banyak tapi peneroka satu sen tak dappat, kalah dan kena pulangkan wang yang Felda sudah dulukan. Tak sebarang peguam anda bboleh percaya. Depa lagi kuat menyamun!!! | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 12 Apr 2014 09:28 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 12 Apr 2014 09:26 PM PDT |
tok gajah Posted: 12 Apr 2014 09:24 PM PDT Mengigil segale anggote tubuh badan Anwar dan Lim Kit Siang............. Posted: 12 Apr 2014 05:00 PM PDT Tok yakin bahawe semue umat islam/melayu sangat teruje apebile memandang poto ini. Apekan tidak, inilah yang di nanti2 kan oleh umat melayu/islam - "Melayu/Islam Bersatu Dibawah Naungan Satu Panji2". Melayu/Islam pasti akan terus menjadi satu bangse yang kuat dan disegani oleh kaum kafir. Malang nye, ade masih ramai lagi kaum melayu/islam yang kurang faham tentang kekuatan sesuatu bangse atau kaum itu bergantung kepade kekuatan persatuan nye. Kaum cina yang bijak sudah pun bersatu dibawah satu panji2 iaitu panji2 roket yang diterajui oleh DAP. Paling malang bagi kaum melayu apebile PAS dan PKR turut serta menyokong panji2 kaum kafir ini. Jangan haraf kaum kafir ini akan bersikap jujur dan ikhlas terhadap kaum melayu/islam. Kaum kafir ini hanya berbuat baik jike mereke ade tujuan dan niat jahat yang tersembunyi terhadap melayu/islam. Tok haraf orang2 melayu/islam sedar dan bangun segere untuk bersatu dibawah satu panji2 - iaitu panji2 melayu/islam .......... | |
JURI RAKYAT Posted: 12 Apr 2014 07:12 PM PDT Aneh Dan Unik - Buku dengan Sampul Kulit Manusia Posted: 11 Apr 2014 09:52 PM PDT Aneh tapi nyata, dalam catatan sejarah ada sekumpulan buku dengan sampul menggunakan kulit manusia. Hal ini pernah dipraktekan sekitar abad 17 hingga abad 19. Di bawah ini 4 buah buku yangyang dimaksud.
1. GarnetGarnet A Jesuit dan Konfederasi Nya (1606)
Para Plotter adalah sekelompok pemberontak Katolik yang di tahun 1605 mencoba untuk membunuh RajaRaja Protestan James I dari Inggris, putra sulungnya. Rencana mereka dengan meledakan mesiu selama sesi dari Rumah Parlemen.
Usaha, yang kemudian disebut Plot Bubuk Mesiu (Plotter GunpowderGunpowder) gagal. Para pemberontak ditangkap dan dieksekusi. Salah satu pemberontak yang kisahnya cukup terkenal adalah Guy Fawkes. Dagingnya digunakan setelah eksekusi untuk mengikat buku ini.
Buku ini memiliki prasasti LatinLatin pada sampulnya yang bila diterjemahkan berbunyi "Membaca Ini adalah salah satu contoh yang paling terkenal dari bibliopegy anthropodermic, karena banyak yang percaya bahwa Anda dapat melihat wajah Bapa, yang selamanya dipelintir kesakitan sebagai penyesalan karena dihukum daging."
2. LeedsLeeds, Inggris Ledger (1700)
Pada tahun 2006, buku besar 300 tahun ditemukan di Leeds pusat kota, Inggris. Tidak banyak yang diketahui tentang buku ini. Tampaknya buku ini juga merujuk ke tahun 1700, dibuat selama Revolusi Perancis, saat anthropodermic bibliopegy mendapatkan popularitasnya.
Jika ini memang dibuat selama Revolusi Perancis, maka buku ini dapat berdiri di samping dokumen-dokumen lain seperti Hak Manusia dan Konstitusi Perancis 1793 yang juga diyakini memiliki salinan terikat dalam daging manusia.
3. Pembunuhan Yudisial Barn (1828)
Pembunuhan BarnBarn Merah adalah sebuah pembunuhan keji yang terjadi di Polstead, Suffolk, Inggris pada tahun 1827. Kasus ini dimulai ketika seorang wanita muda bernama Maria Marten memiliki anak, William Corder di luar nikah. Saat itu kasus ini merupakan pelanggaran yang dapat mengakibatkan penganiayaan dari petugas paroki.
William Corder dibunuh dan kemudian tubuhnya dibedah dan diperiksa oleh profesional medis. Kerangkanya menjadi alat bantu mengajar di sebuah Rumah Sakit Barat Suffolk. Kulitnya yg kecokelatan oleh seorang ahli bedah bernama GeorgeGeorge Creed dan digunakan untuk mengikat Buku yang ditulis oleh Creed.
Ada tulisan pada buku yang menjelaskan soal ini. Bunyinya kira-kira: "Pengikat buku ini adalah kulit Pembunuh William Corder. Diambil dari tubuhnya yang kecokelatan pada tahun 1828. George Syahadat Surgeon di Rumah Sakit Suffolk".
4. Bibliigrafi JamesJames Allen, alias Jonas Pierce, alias James H. York, alias Burley Grove. (1837)
James Allen hidup di awal abad 19 di Massachusetts. Dia perampok yang akhirnyatertangkap setelah mencoba merampok seorang pria bernama John A. Fenno di Massachusetts TurnpikeTurnpike.
Menjelang kematiannya, AllenAllen meminta salinan memoarnya yang telah ditranskripsi oleh sipir penjara akan terikat di kulitnya dan diberikan kepada Fenno. Buku ini sejak itu telah disumbangkan oleh nenek moyang Fenno kepada Anthenaeum Boston. | Alat Musik - Gitar Paling Keren Dan Unik Di Dunia Posted: 11 Apr 2014 09:27 PM PDT Musik tidak lengkap rasanya kalau tidak ada gitar. Gitar merupakan komponen penting dalam bermusik, itulah kenapa bermunculan gitaris-gitaris handal di dunia. Suara gitar memang identik dengan sangsang pemainnya, hal itulah yang membuat bermuculan jenis gitar di dunia. Tak jarang gitaris sendiri yang mendesain gitarnya sesuai dengan mereka. Berikut Gitar-Gitar Keren Dan Unik Di Dunia :
| |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 12 Apr 2014 03:25 PM PDT Nak urut tangan terseliuh, gadis akhirnya dirogol bomoh Posted: 12 Apr 2014 09:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh seorang mekanik yang mengaku dirinya bomoh ketika dia sedang berurut untuk memulihkan tangannya yang terseliuh. Menurut laporan The Star, Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner, Rowell Marong berkata lelaki berusia 50 tahun itu kini telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Ketika kejadian berlaku, mangsa bersama ibunya datang ke rumah suspek yang terletak di kawasan setinggan untuk mendapatkan rawatan kali keempat dan yang terakhir pada pukul 7.30 malam Khamis lalu. Mangsa hanya menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya apabila mereka pulang ke rumah. Ibunya kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Polis kemudiannya menghantar mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Duchess Kent. Marong berkata kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan. - The Rakyat Post | Kes Prof. Izzi: Ramai lagi mangsa akan tampil beri keterangan Posted: 12 Apr 2014 07:01 AM PDT Polis masih mengumpul keterangan saksi berkaitan kes pensyarah didakwa mencabul seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini. Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. "Kami masih menghimpunkan segala keterangan saksi untuk mendapat gambaran secara terperinci mengenai kejadian itu.(gambar hiasan) "Selepas proses itu selesai, baru kita buat keputusan seterusnya sama ada perlu panggil atau sebaliknya pensyarah yang dikaitkan dengan kes berkenaan untuk memberi keterangan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, hari ini. Zull berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau boleh dikenakan sebatan atau kedua-duanya. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang khabar angin terutama dalam laman sosial mengenai kejadian berkenaan kerana siasatan kes masih dijalankan. "Siasatan masih berjalan, kita masih belum tahu siapa yang salah, siapa betul. "Orang ramai tidak sepatutnya sebar atau mempercayai khabar angin dengan sewenang-wenangnya kerana boleh menjatuhkan imej individu terlibat," katanya. | Anak Linda Rafar Disahkan Hidap Ketumbuhan Kronik Posted: 12 Apr 2014 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2014: Baru-baru ini Astro Gempak ada mengeluarkan artikel tentang Linda Rafar yang mengaku masih tidak mengetahui penyakit yang dihidapi anak keduanya, Rezaiman Keiflin yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu. Penyanyi itu yang dihubungi semalam menjelaskan anaknya itu yang kini berusia 12 tahun dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan masih menjalani rawatan lanjutan untuk mengelak ianya dari terus merebak. Menurut Linda, keadaan anaknya kini masih lemah dan kini hanya menerima rawatan lanjut di rumah mereka atas permintaan Rezaiman sendiri. "Buat masa ini saya hanya boleh cakap Rezaiman dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut seperti laporan pihak doktor. Keadaan Rezaiman kini masih lemah dan memerlukan bantuan ubat-ubatan untuk menghalang daripada penyakitnya terus merebak. "Saya lakukan pelbagai ikhtiar dan banyak berdoa kepada tuhan dan mengharapkan Rezaiman sentiasa tabahkan hati untuk lawan penyakit yang dihadapinya. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya sebelum ini sihat walafiat seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi tiba-tiba jatuh sakit dalam sekelip mata. "Saya harus akur dengan ujian yang Allah SWT berikan kepada saya dan keluarga. Apa yang penting sekarang ini adalah kami cuba ikhitiar pelbagai cara untuk merawat penyakit yang ditanggung oleh Rezaiman," ujar Linda Rafar. Dalam pada itu, Linda turut mengakui telah menghabiskan wang puluhan ribu ringgit untuk membeli pelbagai jenis ubat selain mencuba pelbagai cara rawatan untuk mengubati penyakit anaknya itu. "Terus terang saya sudah keluarkan puluhan ribu ringgit untuk bayar kos rawatan Rezaiman tidak kira dari segi moden mahupun tradisional. Saya baru sahaja beli ubat berharga RM12,000 untuk Rezaiman makan selama 19 hari. "Pihak doktor ada menyarankan anak saya jalani proses rawatan kemoterapi tetapi setelah berbincang dengan Rezaiman dan keluarga kami rasa rawatan tersebut adalah jalan terakhir jika semua jenis rawatan yang kami ikhitiar tidak berhasil. "Buat masa sekarang saya sekeluarga perlu berfikiran positif dan cuba sedaya upaya bantu Rezaiman untuk kuatkan semangat lawan penyakit yang dihadapinya. Saya juga bersyukur ada pihak terutamanya rakan-rakan, peminat dan organisasi luar yang sudi hulurkan bantuan untuk bantu kos perubatan anak saya. "Saya sangat berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi bantu saya dari segi kewangan sebab untuk beli ubat-ubatan untuk Rezaiman sememangnya mahal. Ada jugak pihak yang mahu menganjurkan derma kilat buat anak saya, tetapi bila fikir balik saya rasa malu dan risau jika orang ingat saya cuba ambil kesempatan untuk guna alasan anak saya. "Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya," jelas Linda lagi dalam nada yang sedih. Mari kita sama-sama mendoakan agar Rezaiman cepat sembuh seperti sedia kala dan tabah menghadapi segala dugaan oleh Allah SWT. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada Linda Rafar, anda boleh ke: Akaun ASB
Rezaiman Keiflin
Nombor Akaun : 167579162
Nombor Kad Pengenalan : 002120 -114- 0927
Akaun Maybank
Azlinda binti Rafar : 114253247661 Maybank | Kenapa saya tidak cabar kerusi presiden - Azmin Ali Posted: 12 Apr 2014 06:15 AM PDT Timbalan Presiden PKR Azmin Azli menjelaskan, beliau tidak bertanding kerusi presiden kerana tidak nampak keperluan untuk mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Azmin berkata, kedua-dua calon presiden itu lebih daripada layak untuk memimpin parti, terutamanya ketika keadaan mencabar. "Anwar lambang perjuangan parti dan kita masih perlukannya untuk memimpin," kata Azmin dalam wawancara dengan beberapa pemberita di Penanti, Pulau Pinang semalam. Azmin berkata, jika Anwar gagal mengetepikan sabitan kes liwat yang membawa hukuman lima tahun penjara, Azizah juga mampu memimpin parti itu. Beliau ditanya kenapa tidak mencabar kerusi presiden setelah berkhidmat pada parti selama 15 tahun sejak era reformasi 1998, selepas pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri yang kemudiannya dipenjara enam tahun. Anwar dan Azizah kita sama-sama bersaing untuk kerusi nombor satu dalam PKR itu. Azmin pula berdepan tiga pencabar untuk kerusi timbalan presiden yang disandangnya. Beliau dicabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan pemimpin akar umbi K Rama Chandram. Azmin berdepan saingan hebat, terutamanya daripada kumpulan Saifuddin (kanan) yang bergabung tenaga dengan dua pemimpin popular parti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli. Nurul dan Rafizi bertanding jawatan naib presiden. | GST dapat kurangkan pergantungan hasil minyak Posted: 12 Apr 2014 06:01 AM PDT Kerajaan sedang mengkaji untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak ke paras kurang daripada 30 peratus dengan melebarkan asas cukai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Beliau berkata mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak boleh dicapai dengan menambah baik kutipan bentuk hasil cukai yang lain dan dengan melebarkan asas cukai melalui cukai barang dan perkhidmatan (GST). Bagaimanapun, Abdul Wahid enggan menyatakan jangka waktu untuk mencapai sasaran itu. "Kita telah mula mempelbagaikan sumber hasil dan mengukuhkan kutipan hasil. Pendapatan kerajaan meningkat 12.1 peratus kepada RM207.9 bilion pada 2012 daripada RM185.4 bilion pada 2011. "Pada 2013, hasil meningkat selanjutnya kepada RM220.4 bilion, sedangkan sumbangan daripada hasil minyak berkurangan kepada 31.2 peratus berbanding dengan 33.7 peratus pada 2012 dan 35.8 peratus pada 2011," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Keusahawanan Cekal 2014 di Kuala Lumpur hari ini. Mengenai sumber minyak dan gas, Abdul Wahid berkata kerajaan telah menguruskannya dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan untuk memastikan nisbah penggantian sumber (ORR) keseluruhan dikekalkan pada kadar lebih daripada satu. Kadar semasa Malaysia ialah 1.94 kali pada Januari 2014. Beliau berkata nisbah semasa ini memastikan rizab sumber Malaysia akan mencukupi bagi tempoh yang panjang pada masa akan datang. Berdasarkan tahap pengeluaran harian sebanyak 576,000 tong minyak dan kondensat, rizab minyak kita sebanyak 5.79 bilion tong bersamaan minyak (BBOE) mencukupi bagi 28 tahun akan datang manakala rizab gas semasa sebanyak 16.8 BBOE mencukupi bagi 42 tahun akan datang," katanya. Sementara itu, Abdul Wahid berkata kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan agihan keluaran dalam negara kasar pekerja kepada 40 peratus, dengan didorong oleh Program Transformasi Ekonomi dan agar setanding dengan ekonomi maju, daripada 32.9 peratus sekarang, yang ketara lebih tinggi berbanding 29 peratus pada 2008. - Bernama | Hanez Suraya muat naik foto 'hot' ibunya berkebaya Posted: 12 Apr 2014 03:31 AM PDT Seperti Emma Maembong, pelakon kontroversi, Hanez Suraya turut tidak ketinggalan memuatnaik sekeping foto gambar wajah emaknya pada era 80-an yang berpakaian baju kebaya berwarna ungu di laman Instagram baru-baru ini. Apa yang menarik mengenai foto itu, raut wajah Hanez Suraya saling tak tumpah dengan wajah emaknya. Ini turut diakui oleh beberapa komen yang ditinggalkan peminat di ruangan kanan gambar. Memang cantik dan jelita sungguh emak beliau. | Terdesak muat naik gambar separuh bogel di Instagram Posted: 12 Apr 2014 02:31 AM PDT MILEY Cyrus mungkin masih menduduki 'carta' penyanyi remaja popular pada masa kini. Namun, pada masa yang sama, kegemilangannya mula dirasakan semakin menurun hari demi hari. Mungkin kerana itulah dia kembali memuatnaik gambar 'panas' menerusi akaun Instagramnya, baru-baru ini. Ia memaparkan Miley hanya menutup payudaranya dengan lengan dan menggunakan tuala untuk menutup bahagian bawah tubuhnya. Laman Fishwrapper.com yang menyiarkan gambar tersebut menyifatkan ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap seksi, sebaliknya hanya salah satu daripada gambar separuh bogel Miley yang bertujuan untuk menarik perhatian ramai. "Baiklah Miley. Jika anda mahu menunjukkan payudara anda sebagai hiburan, ia menarik. Terima kasih untuk itu. Tapi jika ia cara untuk menarik kembali perhatian ramai, mungkin anda perlu membuat penilaian semula," ujar penulisnya. Nampaknya, sudah ramai yang mula bosan dan jelik dengan perangai buruk Miley… | Rugi RM37 juta, Exco perjelas kerugian ditanggung UNISEL Posted: 12 Apr 2014 02:01 AM PDT SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Halimah Ali menjelaskan bahawa kekurangan asrama di Universiti Selangor (Unisel ) di Kampus Bestari Jaya antara punca mengalami kerugian. "Kerugian ini berlaku apabila asrama jauh daripada kampus, dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan daripada ibu bapa," katanya sewaktu perbahasan di Dewan Negeri Selangor. Tambah Halimah lagi, perkara sebaliknya berlaku di Kampus Shah Alam yang mana, pihak Unisel terpaksa mengehadkan jumlah kemasukan pelajar. Dalam pada masa yang sama, ADUN Selat Kelang turut menjelaskan situasi semasa Unisel Kampus Bestari Jaya. "Kita nak paksa pelajar masuk ke Kampus Bestari Jaya pun susah, sebab keadaan masih belum lagi selesa, dan biarlah sehingga 30 Jun nanti, barulah kita akan lakukan pemasaran secara meluas untuk Kampus Bestari Jaya. Jelasnya lagi, sistem perkumbuhan juga menjadi salah satu faktor kurangnya pelajar. "Untuk membaiki sistem perkumbuhan menelan belanja yang banyak," ujarnya. Halimah menjawab soalan yang diajukan oleh ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang mendesak ADUN Selat Kelang itu memperjelaskan mengenai kerugian berturut-turut yang dialami oleh Unisel semenjak tahun 2009 lagi. Budiman mendakwa, universiti milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian sebanyak RM37 juta. | Hudud: Annuar sedia lobi wakil rakyat Umno Posted: 12 Apr 2014 01:31 AM PDT KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersedia melobi Ahli Parlimen Umno bagi menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian Kerajaan Kelantan di Parlimen bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini. Annuar berkata, Umno mempunyai 87 dari 88 ahli Parlimen beragama Islam dan beliau percaya sebahagian besar akan menyokong pembentangan itu dibuat. "Sebenarnya ia tidak perlu dibawa ke Parlimen memandangkan Dun Kelantan sudah meluluskannya, tetapi sekali lagi saya nyatakan tidak harus ada tanggapan negatif dan kita perlu bersangka baik, jika Pas ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi Ahli Parlimen Umno supaya menyokong. "Saya sudah bercakap sebahagian besar Ahli Parlimen Umno dan mereka positif untuk menyokong," katanya selepas merasmikan majlis Mesra Siswa peringkat Parlimen Ketereh di Kampung Chengal di sini semalam. Annuar yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional Kelantan berkata, walaupun terdapat pendapat mengatakan hudud yang diluluskan Kerajaan Kelantan itu tidak bertepatan dengan hudud sebenar, namun ia perkara berbeza dan harus diselesaikan pada peringkat ketua agama. "Tetapi apa yang penting, jika mereka berkeupayaan melaksanakan hukuman itu berdasarkan kelulusan Dun dan sokongan politik, ia sepatutnya dilakukan," katanya. Dalam masa yang sama, Annuar berkata, pada pembentangan undang-undang persendirian itu, Pas perlu menyelesaikan sikap rakan politiknya DAP dan sesetengah wakil PKR yang menentang pelaksanaan itu. "Mereka kena selesaikan masalah dalam rakan mereka, lebih-lebih (pendirian) Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan tetap dengan pendiriannya untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan walaupun ditentang rakan sekutunya. | Buah dadanya 'bergerak-gerak' Posted: 12 Apr 2014 12:26 AM PDT BEIJING – Seorang wanita terkejut selepas mendapati implan yang ditanam dalam payu daranya sejak 12 tahun lalu, telah bergerak ke bahagian lain badan dengan sebelah di bahagian belakang manakala sebelah lagi di bahagian perut. Wanita itu, Tian Hui, 39, berkata, dia menanam implan tersebut pada 2002 untuk kelihatan menarik selepas suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berusia enam tahun lebih muda daripadanya. Jelas Tian, sejak itu keyakinannya tergugat, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membesarkan payu dara, apatah lagi selepas suaminya berjanji untuk menamatkan hubungan sulit berkenaan. "Saya selama ini percaya perkahwinan kami bahagia sehinggalah dia menjalin hubungan dengan wanita lain. "Kami berbaik semula demi kepentingan keluarga,'' katanya yang mengusahakan perniagaan restoran. Tian kemudiannya membuat pembedahan payu dara itu namun selepas beberapa tahun pembedahan itu dijalankan, dia mendapati implan itu sentiasa bergerak. "Saya amat malu dan cuba menyembunyikannya. Setiap kali bangun tidur implan itu bergerak dan berada jauh antara satu sama lain. Keadaan ini memaksa saya melakukan pemeriksaan doktor,'' katanya. Dia kemudiannya menjalani pembedahan membuang implan tersebut dan memasukkan implan baru. Dalam pada itu doktor yang merawatnya berkata, implan itu adalah racun dan jika ia dimasukkan ke dalam badan, ia bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada saraf malah kepada buah pinggang. "Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan kanser,'' katanya. | #MH370: Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah? Posted: 11 Apr 2014 09:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya. Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid) Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut. Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut. Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan. Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan. Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan. Khalid berkata lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/fariq-cuba-hubungi-seseorang-sewaktu-pesawat-terbang-rendah-33705?cp | Video pelajar perempuan sedang bogel sambil tipu ibu tersebar Posted: 11 Apr 2014 08:15 PM PDT Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya untuk menipu dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar hari ini. Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip. Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel. Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu. Video berkenaan asalnya mulai viral di Whatsapp. Bendanya di sini… satu dah la video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, keduanya ialah sikap gadis itu yang sedang menipu ibunya dan ketiga ialah kebodohan pasangan berkenaan merakam perbuatan jahat mereka. Kalau dah terlalu sanggap sampai lupa soal hukum hakam… perlu ke pulak aksi berkenaan dirakam? Kepada masyarakat di luar, ambik la pengajaran daripada apa yang berlaku itu… rakaman di telefon bimbit…walaupun untuk kegunaan peribadi… akan menjadi tatapan umum jika alat itu jatuh ke tangan pihak lain… atau kalau pasangan anda marah dan mahu membalas dendam… (Mynewshub.my) | Seks luar tabii dengan teman lelaki warga Pakistan Posted: 11 Apr 2014 07:15 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang penyelia asrama warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam bilik sebuah hotel, tiga bulan lalu. Awais Ul Haq, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Bache. Mengikut kertas tuduhan, lelaki yang mengalami masalah pendengaran itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun yang juga teman wanitanya dalam bilik sebuah hotel di sini, antara jam 2 dan 3.30 petang, 17 Januari lalu. Bagi tuduhan itu, tertuduh yang menyelia asrama tempat mangsa belajar didakwa mengikut Seksyen 376(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. | 'Solat jumaat' dalam hotel bajet Posted: 11 Apr 2014 06:31 PM PDT | Gambar hiasan |
Kuala Lumpur: "Sekarang saya nak tanya kalau kami dikatakan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang kami bukan Islam, maka kami tidak ada di bawah kuasa JAIS. Di mana kami nak sembahyang itu terserah kepada kami." Itu jawapan seorang lelaki yang mendakwa ketua satu ajaran dikenali Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia ketika diserbu sepasukan penguat kuasa JAIS selepas dia mengetuai 'solat Jumaat' bersama lebih 30 makmum di premis dua tingkat di sebuah hotel bajet di Batu Caves di sini, semalam. Serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu membabitkan 30 penguat kuasa JAIS diketuai Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasinya Shahrom Maarop selepas penguat kuasa agama itu melakukan intipan tiga kali Jumaat sejak tiga minggu lalu di premis berkenaan. Ketika serbuan, ketua ajaran berkenaan juga berkali-kali mendakwa pihaknya mempunyai memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengiktiraf ajaran berkenaan yang bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu. Memorandum setebal 48 muka surat itu turut mengandungi surat yang dihantar oleh jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia Ainul Yakin Mohd Zain kepada kerajaan Selangor pada 2012 serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010. Selain itu, turut disertakan dalam memorandum bertajuk 'Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia' itu termasuk surat kepada wakil media serta agensi berkuasa agama di beberapa negeri memohon keadilan kepada ajaran berkenaan dalam setiap liputan di negara ini. Keadaan 'panas' seketika ketika serbuan semalam apabila pegawai penguat kuasa JAIS diketuai Shahrom tiba di tingkat bawah premis berkenaan yang 'dikawal' beberapa individu. Pemerhatian wartawan mendapati kumpulan itu mengenal pasti terlebih dulu jemaah yang datang bersolat Jumaat dan meminta mereka naik ke ruang atas yang menempatkan tempat solat. Sebaik waran dibacakan, seorang lelaki dipercayai ketua jemaah 'naik angin' dan mula mencabar Shahrom dengan mengatakan mereka tidak boleh disabitkan dengan undang-undang sedia ada kerana fatwa menetapkan mereka sudah terkeluar daripada Islam sebelum ini. Tindakan itu menimbulkan suasana tegang dengan Shahrom meminta semua jemaah memberikan kad pengenalan masing-masing kepada pegawai bertugas menyebabkan mereka mula membuat bising dan mempersendakan tindakan pegawai JAIS. Keadaan berlarutan hampir dua jam sebelum semua mereka ditahan dan dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk siasatan lanjut. Lelaki yang mengaku ketua itu akhirnya berlembut tetapi meminta seorang daripada jemaahnya yang dikatakan datang dari jauh iaitu London supaya dilepaskan. Di antara lebih 30 individu yang ditahan untuk soal siasat termasuk dua lelaki berusia 40-an masing-masing berketurunan Pakistan dengan seorang daripadanya mendakwa tinggal di London turut dibawa ke pejabat JAIS. Sementara itu, jurucakap JAIS berkata, serbuan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 97 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 2003 kerana mengadakan upacara yang boleh dilakukan di masjid tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). | Dalang bocor jadual tak sah lawatan TPM ke Dubai diburu Posted: 11 Apr 2014 06:00 PM PDT Kuala Lumpur: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu mengambil tindakan segera mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 April lalu.
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata laporan polis juga perlu dibuat terhadap mereka yang membuat dakwaan itu, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berikutan tuduhan mereka berbaur hasutan dan palsu.
"Ketua Setiausaha Negara mesti mengambil tindakan drastik mencari dalang dalam kerajaan yang membocorkan dokumen tidak sah ini," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP berkenaan mempersoalkan lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang didakwa tidak memberi manfaat kepada rakyat berikutan tugas rasmi Muhyiddin hanya beberapa jam dan masa selebih digunakan untuk bermain golf. Mereka turut meminta kerajaan memperjelaskan siapa yang membiayai perjalanan yang menggunakan pesawat khas serta perbelanjaan lain. | Hudud: Nik Aziz yakin DAP, PKR faham Posted: 11 Apr 2014 05:40 PM PDT KOTA BHARU - Walaupun ditentang hebat rakan sekutunya, Pas yakin DAP dan PKR akan akur cadangan Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hukum hudud di negeri ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. "Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham," katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, semalam. Nik Aziz sebelum itu ditanya mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan Kerajaan Kelantan. "Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen," katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini. Menurutnya, kesediaan Kerajaan Pusat beri laluan bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila ramai mula memahami kepentingan undang-undang Islam itu. "Alhamdulillah mereka (Kerajaan Pusat) terbuka hati. Agama dan negara kita Islam, kedatangan hudud sebelum wujudnya Pas, iaitu sejak hampir 2,000 tahun lalu, sedangkan Pas bertapak pada 1951. Hudud bukan undang-undang Pas sebaliknya undang-undang Islam," katanya. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika menyampaikan kuliah sesi pertama turut mengulas isu sama dan menurutnya penentangan oleh orang bukan Islam merupakan perkara biasa. "Kita tak hairan jika mereka (bukan Islam) tidak setuju, biasalah kerana mereka bukan Islam, tapi mereka tak boleh halang kerana ini hak orang Islam, dan kita pun beri kebebasan kepada mereka apabila undang-undang ini dilaksanakan, sama ada boleh ikut atau tidak, yang kita kisahkan bila orang Islam tak faham dan tak mahu (undang-undang Islam)," katanya. Bagaimanapun katanya, sokongan dan jaminan Adun-adun Umno di dalam Dun sehingga sanggup mengorbankan jawatan mereka merupakan perkembangan baik, serta petanda adanya kesedaran bahawa undang-undang sekarang tidak dapat selesaikan masalah jenayah dalam masyarakat. | Hebatnya Anwar: Nasihat 10 minit bak 10 tahun pengalaman Posted: 11 Apr 2014 05:01 PM PDT SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan bukti sumbangan Penasihat Ekonomi Negeri dalam kejayaan memacu kewangan.
Abdul Khalid mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR sebagai Penasihat Ekonomi dengan gaji RM1.
Katanya jika dibandingkan dengan Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji beserta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.
"Saya harap BN tidak kritik perkara ini, kerana mereka juga mengupah beberapa bekas menteri dengan bayaran ratusan ribu untuk jadi penasihat Kerajaan Persekutuan.
"Saya terima Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana kejayaan beliau jadi Menteri Kewangan sehingga diiktiraf European States of Bankers, saya pun tidak dapat pengiktirafan begitu," katanya ketika sesi penggulungan perbahasa hari ini.
Abdul Khalid memaklumkan pengalaman dimiliki Anwar banyak membantu beliau membuat keputusan berkenaan ekonomi negeri.
"Saya tak makan masa lama pun berbincang dengan Anwar. Bila jumpa saya kemuka cadangan saya dan dia terangkan pandangannya dalam masa 10 minit boleh tahu dia setuju ke tidak, pandangan dia bererti 10 tahun pengalaman," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang BN mencelah dengan meminta Menteri Besar menggantikan posisi Penasihat Ekonomi dengan individu lain kerana Anwar dilihat tidak berupaya membawa kemasukan pelabur Timur Tengah seperti dicanangnya sebelum ini.
Abdul Khalid tegas menyatakan bahawa Anwar merupakan penasihat kepada bank-bank pelaburan di Arab Saudi dan Timur Tengah antaranya Bank Al-Barakah.
"Itu pengalaman beliau dan tak pernah pula kata nak bawa dana ke Malaysia atau Selangor lagipun umum maklum kerenah orang Timur Tengah, susah bawa berbincang.
"Anwar juga pantau dari segi pelaburan Selangor dan tidak pernah jatuh," katanya.
Kenyataan Abdul Khalid ini sebagai membidas tindakan Adun-Adun BN yang memperlekeh keupayaan Penasihat Ekonomi Negeri. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 12 Apr 2014 01:32 PM PDT Gambar-Gambar DS @NajibRazak Di IJN Melawat Datuk Dr Harun Din Posted: 12 Apr 2014 01:02 AM PDT Tidak perlu ulasan yang panjang. Biar sahaja gambar-gambar berbicara. Mesti ada orang yang sakit hati melihat gambar-gambar di bawah. Gambar-gambar DS Najib Tun Razak melawat Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din di Institut Jantung Negara, jam 1.30 petang tadi. | Ops Hippo Lori Lebih Muatan - Anda Juga Boleh Menjadi Hero Seperti Pegawai SPAD dan PDRM. Posted: 10 Apr 2014 06:00 AM PDT Petang tadi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Ops Hippo, satu operasi untuk menahan lori yang membawa lebih muatan. Operasi ini diadakan bersama dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Lokasi operasi telah diadakan di Jalan Bukit Jalil ke Bukit Puchong. Terdapat 24 kes melibatkan pihak SPAD, 16 kes lebihan muatan, 1 kes gagal mengemukakan lesen pengendali dan 7 lain-lain kesalahan. Manakala pihak PDRM telah mengeluarkan 8 saman atas kesalahan tiada pelekat had laju. Tiada sebarang kes yang tidak diingini berlaku.
Pihak SPAD dan PDRM mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai supaya aktiviti lori membawa lebih muatan ini dapat dikurang atau dihapuskan. Hantarkan sms aduan and melalui sms ke nombor 15888, aduan di laman sosial Twitter di @aduanSPAD atau e-mailkan sahaja ke alamat aduan@spad.gov.my. Anda boleh menjadi hero seperti mereka.
| |
THE FLYING KICK Posted: 12 Apr 2014 01:31 PM PDT |
tun faisal dot com Posted: 12 Apr 2014 01:10 PM PDT PR Gagal Urus IPT : Selepas KUIN & UNISEL, @CMLimGuanEng bakal lingkupkan KITAB? Posted: 11 Apr 2014 11:47 PM PDT Ingatkan PR Selangor (dikuasai oleh PKR) je lembab menguruskan ekonomi sampai terpaksa tutup Quality Hotel Shah Alam dan UNISEL rugi, rupanya PR Penang (dikuasai oleh DAP) pun sama hancus.
Yang ini PR Selangor punya kerja. Dari untung RM15 juta, boleh tergolek `dog' sampai RM37 juta.
Sebelum ni, PR Kedah (dikuasai Pas) dok buat apa tak tahulah sampai KUIN nak kena lelong.
Maka lengkaplah `3 stooges' parti politik dalam negara yang cakap bukan main bagus, tapi apabila diberi peluang melaksanakan, baru lah tau langit tinggi rendah...
Ini belum mereka bagi PENDIDIKAN PERCUMA lagi.. kalau bagi...?
Ibu Pejabat pun boleh nak kena lelong... apa raa | |
Apa Yang Tersirat Posted: 12 Apr 2014 01:02 PM PDT MH370: Lojiknya Kalau Fariq buat Panggilan, Pasti Ada Penumpang/Kru Buat Panggilan Posted: 12 Apr 2014 05:49 AM PDT New Strait Times melaporkan, memetik sumber dalaman penyiasatan kehilangan MH370, kononya Co-pilot Fariq Abdul Hamid telah membuat panggilan semasa pesawat terbang rendah di kawasan Pulau Pinang. Persoalannya, mengapa Fariq sahaja? mengapa tiada Kru atau penumpang atau pilot sendiri membuat panggilan? Apa kah Fariq tahu benar, bahawa beliau akan mati?
Sebagaimana maklumat kehilangan pesawat itu adalah pada 1.30 pagi 8 Mac, tanpa sebarang panggilan kecemasan, tiada kod rahsia dihantar pilot tiada mayday, bahawa pesawat dalam kecemasan. Kontak terakhir dengan menara trafik udara Subang adalah 1.19 pagi, manakala radar tentera mengesan pesawat itu pada 2.11 pagi 320 km Utara Pulau Pinang. Selepas itu, sehingga kini, pesawat bersama 239 penumpang dan kru itu hilang misteri; walaupun semalam, Perdana Menteri Australia yakin betul, bahawa pasukan pencari menemui lokasi di masa pesawat itu terhempas.
Jika benar Fariq membuat panggilan, mengapa beliau sahaja? suatu keadaan yang amat ganjil; Apa kah memang Fariq terus mengendalikan pesawat itu, kerana semasa bertolakpun Fariq terus berkomunikasi dengan Ground Controller. Data sattelite menunjukkan bahawa pesawat itu sebaik sahaja putus hubungan dengan menara trafik Subang, terus berpatah balik, dan terbang melepasi limit pesawat itu i.e. 45,000 kaki atas permukaan laut selama 23 minit. Pada ketinggian itu, biasanya corong oksigen akan keluar dan mampu membantu memberi saluran oksigen kepada penggunanya selama 15 minit; bagi penumpang yang tidak sempat memasang corong, akan pingsan serta merta. Manakala di kokpit pesawat, penerbang boleh bertahan sehingga 45 minit, atas sebab ada tiga corong oksigen.
Melihat kepada kelibat pesawat itu terbang, sememangnya ianya dikendali oleh seorang yang berpengalaman, sedangkan Fariq, pagi itu adalah pertama kali menjadi pembantu juruterbang tanpa check pilot. Apakah Fariq, membuat panggilan, atas sebab ada sesuatu yang akan berlaku pada dirinya? kemudian, panggilan terputus, atas sebab beliau pingsan? atau atas sebab liputan panggilan putus? Sebelum ini dilaporkan, bahawa seorang juruterbang laluan Narita, Tokyo di mana pada masa itu sedang berada di ruang udara Vietnam, berjaya berhubung dengan pesawat itu menggunakan saluran kecemasan, dan telah memastikan bercakap dengan Co-pilot, namun percakapan co-pilot tidak jelas (mumbling) sebelum hubungan terputus. Apa kah co-pilot pesawat itu, tidak mampu berbuat apa-apa, atas sebab pesawat yang terbang tinggi, apabila membuka corong oksigen dimulutnya, maka menyebabkan dia sesak nafas? atas sebab itu, co-pilot itu tidak dapat bercakap, sehingga hanya mumbling?. Selepas pesawat itu terbang tinggi, kemudian turun ke paras 23,000 kaki kemudian turun sehingga ke paras 5,000, sebelum mengarah ke Selatan. Cara pesawat itu dikendalikan, memang mahu mengelak daratan, ertinya mengelak juga untuk dikesan radar. Pesawat terbang 23 minit di atas ketinggian 45,000 kaki, selepas itu, semua penumpang jatuh pingsan. Hanya pengedali pesawat itu sahaja yang hidup, atas sebab itu mampu menerbangkan pesawat sehingga 8.11 pagi.
Melihat lokasi pesawat itu dipercayai terhempas, adalah suatu kawasan yang amat terpencil, selain mempunyai kedalaman laut yang dalam, dan juga terdapatnya gaung dasar laut yang dalam, hanya seseorang yang berpengalaman mampu melakukannya. Orang yang mendekati itu adalah juruterbang sendiri. Persoalannya, apa kah motif? | MH370: Turn Of Event Posted: 12 Apr 2014 01:28 AM PDT Perth (Australia) (AFP) - There was no let-up in the air and sea search for the missing Malaysian airliner off Australia on Saturday as Prime Minister Tony Abbott warned that locating Flight MH370 would still likely take a long time.
Abbott appeared to step back from his comments Friday when he voiced great confidence that signals from the black box had been detected -- his most upbeat assessment so far that triggered speculation that a breakthrough was imminent.
Retired air chief marshal Angus Houston who heads the hunt from Perth, had quickly issued a statement clarifying that there had been no breakthrough.
On Saturday, Abbott repeated his confidence in the search, but put the accent on the challenges ahead.
"We do have a high degree of confidence the transmissions we have been picking up are from flight MH370," Abbott said on the last day of his visit to China.
But he added, "no one should under-estimate the difficulties of the task ahead of us.
"Yes we have very considerably narrowed down the search area but trying to locate anything 4.5 kilometres beneath the surface of the ocean about a thousand kilometres from land is a massive, massive task and it is likely to continue for a long time to come."
The Australian-led search for the Boeing 777, which disappeared en route from Kuala Lumpur to Beijing, is racing to gather as many signals as possible to determine an exact resting place before a submersible is sent down to find wreckage.
On Saturday's operations, the Joint Agency Coordination Centre (JACC) said: "Australian defence vessel Ocean Shield continues more focused sweeps with the towed pinger locator to try and locate further signals related to the aircraft's black boxes."
- 'No major breakthrough' -
Ocean Shield has picked up four signals linked to aircraft black boxes, with the first two analysed as being consistent with those from aircraft flight recorders.
The beacons on the plane's flight data and cockpit voice recorders have a normal battery lifespan of around 30 days. MH370 vanished on March 8.
AP-3C Orion surveillance aircraft were also carrying out acoustic searches in conjunction with Ocean Shield, the statement said, adding that the British oceanographic ship HMS Echo was also working in the area.
Saturday's total search zone covers 41,393 square kilometres (15,982 square miles) and the core of the search zone lies 2,330 kilometres (1,450 miles) northwest of Perth.
"This work continues in an effort to narrow the underwater search area for when the Autonomous Underwater Vehicle is deployed," JACC said.
In Kuala Lumpur, a report citing unnamed investigators said MH370's co-pilot had tried to make a mid-flight call from his mobile phone just before the plane vanished.
The call ended abruptly possibly "because the aircraft was fast moving away from the (telecommunications) tower", The New Straits Times quoted a source as saying.
But the daily also quoted another source saying that while Fariq Abdul Hamid's "line was reattached", there was no certainty that a call was made.
The story -- headlined a "desperate call for help" -- did not say who he was trying to contact.
Fariq and Captain Zaharie Ahmad Shah have come under intense scrutiny after the plane mysteriously disappeared.
Investigators last month indicated that the flight was deliberately diverted and its communication systems manually switched off as it was leaving Malaysian airspace, triggering a police investigation that has revealed little so far.
The fate of flight MH370 has been shrouded in mystery, with a number of theories put forward including a hijacking or terrorist attack and a pilot gone rogue.
There have been unconfirmed reports in the Malaysian media of calls by the captain before or during the flight.
Speaking on Friday in China, home to two-thirds of the 239 people on board the flight, Abbott suggested the mystery might soon be solved.
"We have very much narrowed down the search area and we are very confident the signals are from the black box," Abbott said, although the transmissions were "starting to fade".
"We are confident that we know the position of the black box flight recorder to within some kilometres," Abbott had said.
Abbott later met Chinese President Xi Jinping at the Great Hall of the People in Beijing.
Houston struck a much more cautious note just afterwards, saying "there has been no major breakthrough in the search for MH370".
Abbott said that he hoped to update Xi on MH370 developments again before leaving China later Saturday.
No floating debris from the plane has yet been found, the JACC said again on Saturday, despite three weeks of searching in the area by ships and planes from several countries.
Up to 10 aircraft and 14 ships were taking part in the hunt on Saturday.
Houston has stressed the need to find the wreckage to be certain of the plane's fate, and has repeatedly warned against raising hopes for the sake of victims' relatives, whose month-long nightmare has been punctuated by false leads. updates dan source HERE | MH370: Armada Pencari Posted: 11 Apr 2014 11:56 PM PDT | Armada pencari MH370 (grafik). Armada pencari di Lautan Hindi yang dikoordinasi Australia, sejak 17 Mac lalu. Kini, menurut Perdana Menteri Australia, lokasi Kotak Hitam berada dalam lokasi beberapa kilometer dalam liputan pencarian, sebelum benar-benar pasti lokasi sebenar pesawat MH370 terhempas. Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru hilang sejak 8 Mac lalu semasa berlepas daripada KLIA menunju Beijing. Sehingga kini, pihak pencari tergamam mengapa pesawat itu boleh bertukar laluan, dan setakat ini tiada jawapan. Mencari Kotak Hitam, adalah satu-satunya alat yang boleh diguna untuk mengetahui punca kejadian itu. Namun mencari alat itu bukan kerja mudah, memandangkan kedalaman lautan yang sungguh dalam, mencecah 19,000 kaki. Menjumpai lokasi Kotak Hitam, kemudian tindakan mengutip alat itu juga bukan kerja mudah. Ianya merupakan satu cabaran kepada teknologi terkini. |
| MH370: Mengapa Selepas Sebulan Amerika Sangkal Mendarat Di Diego Garcia Posted: 11 Apr 2014 09:57 PM PDT Amerika memerlukan masa lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada 8 Mac lalu semasa menuju Beijing mendarat di Diego Garcia. Dalam satu email kepada Star, seorang jurucakap Kedutaan Negara itu di Kuala Lumpur menafikan bahawa pesawat itu pernah menuju kepulauan Maldives lalu ke Diego Garcia. Jarak Kuala Lumpur dengan pulau itu adlah 3,500km satu jarak yang boleh dicapai pesawat itu berasaskan bekalan minyak yang ada.
Pesawat MH370 semasa dikesan kali terakhir oleh radar tentera pada 2.11 pagi Sabtu 8 Mac, pesawat itu berada 320km Utara Pulau Pinang, terbang serendah 4,000 kaki atas permukaan laut, dan perjalanannya mengelak daratan; tujuan kepada cara menerbangkan pesawat serupa itu adalah untuk mengelak radar daratan.
Dalam perkembangan terakhir, Perdana Menteri Australia mengatakan, bahawa pasukan pencari, hanya beberapa kilometer di lokasi di mana pesawat malang itu terhempas, namun dipercayai bahawa lokasi pesawat itu diperkirakan berada 14,000-15,000 kaki di dasar laut. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 12 Apr 2014 11:33 AM PDT PENDEDAHAN DI PARLIMEN BAGAN INI MUNGKIN PUNCA PENANG DILABEL BANDAR SEKS !! Posted: 11 Apr 2014 08:29 PM PDT Ini lah gambaran sebenar di kepesatan pembangunan industri URUT di Parlimen Bagan yang mana wakil rakyatnya adalah Guan Eng. Ia disebarkan di media sosial dan kalau tak percaya pergi la ronda sendiri di Jalan Raja Uda dan sekitar parlimen itu . Sehinga kini, kerajaan DAP belum lagi memberi berhubungan penjelasan laporan kajian NGO yang mendakwa P.Pinang " Bandar Seks " berikutan terdapat 200 kawasan panas untuk khidmat seks . Bila negeri diperintah kerajaan PR di Selangor & P.Pinang , begitu hebat pertumbuhan rumah urut diluluskan Adakah ini hadiah kepada tauke2 Cina yang menyokong tegar di PRU13 dan mengekalkan kuasa DAP ?
Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks. Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang. "Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan. "Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan