Selasa, 29 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


PLKN perlu diteruskan dengan kos RM650 juta setahun (~ RM 8,000 seorang)

Posted: 29 Apr 2014 03:03 AM PDT




29 April 2014

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mencapai matlamat penubuhannya dan perlu diteruskan demi pembangunan jati diri generasi muda, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, ia berlandaskan kaji selidik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sejak diperkenalkan pada 2004 hingga akhir 2013, sebanyak 752,643 pelatih dilatih melalui program ini dengan anggaran kos antara RM550 hingga RM650 juta setahun, katanya.

Curi jering RM8 penjara 7 tahun

Posted: 28 Apr 2014 07:34 PM PDT




29 Apr 2014 Melaka: Seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan mencuri sekarung buah jering di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, pada Mac lalu.

Abd Saad Mad Nor, 36, dari Batu 10 1/2 Sungai Udang, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh didakwa mencuri sekarung buah jering bernilai RM8 milik Mazlan Abd Kadir di sebuah kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu.

Tiada ulasan:

Pengikut