Isnin, 28 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


KULIAH USTAZ ISMAIL KAMUS

Posted: 28 Apr 2014 02:44 AM PDT


Apakah hukuman yang akan dikenakan terhadap pelatih PLKN ini?

Posted: 28 Apr 2014 12:28 AM PDT




Pelatih PLKN Seludup Rokok Dalam Roti -  Kelicikan seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyeludup 15 batang rokok dengan menyembunyinya di dalam tiga biji roti sosej di Sungkai, Perak tidak kesampaian apabila helahnya terlebih dahulu dihidu oleh pihak pengurusan kem.

Tindakan remaja berusia 17 tahun itu  dikesan ketika jurulatih kem tersebut melakukan pemeriksaan terhadap pelatih Kumpulan 2, Siri 11, April 2014 yang melapor diri pada Rabu.

Difahamkan, ketika melapor diri kepada pihak kem, remaja berkenaan mendakwa roti tersebut merupakan bekalan makanannya jika terasa lapar semasa menjalani latihan.

Bagaimanapun, prosedur setiap kem PLKN yang menuntut pemeriksaan terperinci dilakukan berjaya mengesan helah remaja terbabit.

Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap remaja itu, dia kelihatan tenang dan enggan menyerahkan roti tersebut.

Bagaimanapun, seorang daripada jurulatih yang memeriksa roti tersebut menemui lima batang rokok yang dibungkus kemas dengan plastik di dalam setiap biji roti.

Kesemua rokok itu kemudiannya dirampas dan pelatih berkemungkinan akan dikenakan hukuman kerana kesalahan menyeludup rokok.

Tidak bersekolah kerana jauh dari rumah dan tidak berkemampuan

Posted: 27 Apr 2014 11:33 PM PDT




RANTAU 28 April 2014 - Sepasang suami isteri menetap tidak jauh dari Kampung Nyatoh, Rantau, di sini memerlukan bantuan kewangan untuk berpindah ke rumah lain, bagi membolehkan empat daripada lima anak mereka meneruskan persekolahan yang tertangguh sejak tiga minggu lalu.

Jamaluddin A Rahman, 47, berkata, keempat-empat anaknya berusia 6 hingga 13 tahun itu terpaksa berhenti sekolah buat sementara selepas mereka sekeluarga berpindah dari Taman Jujur, Sikamat ke rumah yang disewa sekarang, pada 20 Mac lalu.

"Kami sudah cuba daftarkan anak-anak di sekolah berdekatan, tetapi tidak berhasil kerana tiada kekosongan. Jika ada pun, jaraknya terlalu jauh sehingga mencecah 10 kilometer, sedangkan kami sekeluarga hanya mempunyai sebuah motosikal lama yang dipinjamkan majikan.

Tambahan pula, katanya, salah seorang anak mereka yang berusia 11 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) dan hanya boleh belajar di sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), di mana sekolah sebegitu ada di Sikamat.

"Lagipun, isteri saya sedang mengikuti rawatan fasa intensif kerana disyaki menghidap penyakit batuk kering (tibi). Selain perlu makan lima jenis ubat sehari, dia juga terpaksa membuat pemeriksaan darah dan kahak hampir setiap minggu".

Menurutnya, masa kerja sebagai pembantu di sebuah kedai memproses ayam di Kampung Sentosa, Paroi yang tidak menentu dan perlu keluar seawal 4 pagi setiap hari membuatkan dia tidak betah meninggalkan keluarga di rumah kerana bimbangkan keselamatan mereka.

"Sebelum ini, kami terpaksa berpindah dari Taman Jujur, Sikamat kerana isteri sudah tidak tahan menanggung penyakit misteri sejak dua tahun lalu".

"Memburukkan lagi keadaan, tuan rumah kerap menaikkan sewa dalam masa yang singkat secara sesuka hati. Pada asalnya, kami membayar RM200 setiap bulan. Tiba-tiba, tuan rumah menaikkan sewa kepada RM300 dan tidak lama kemudian, lagi RM50," katanya.

"Kami memohon jasa baik orang ramai agar memaklumkan kepada kami jika ada rumah untuk disewa di Ampangan atau Sikamat dengan sewa bulanan sekitar RM200 hingga RM250, memandangkan itu sahaja yang kami mampu bayar," katanya.

Mereka yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan kepada keluarga tersebut boleh menghubungi Jamaluddin di talian 017-2866543.

Tiada ulasan:

Pengikut