Jumaat, 25 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 25 Apr 2014 02:07 AM PDT


Tahniah kerajaan BN dan pengundi BN, kerana mu derita rakyat bertambah

Posted: 24 Apr 2014 04:11 PM PDT

Tahniah kerajaan BN dan pengundi BN, kerana mu derita rakyat bertambah. Tahniah TNB. Majulah BN dan TNB untuk negara.

TNB ambil kesempatan tindas pengguna

24 April 2014 - Kenaikan kadar tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari lalu sudah cukup membebankan pengguna, malah kini mereka tersepit dengan caj deposit tambahan yang dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas alasan menyelaraskan penggunaan bulanan dengan kadar cagaran akaun pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana dilihat mengambil kesempatan terhadap kuasa monopoli organisasi tersebut selain menindas pengguna.

"PPIM ada menerima aduan berhubung caj tambahan yang dikenakan TNB terhadap pengguna terlalu tinggi, misalnya bil semasa adalah RM1,000, kemudian mereka diminta menambah deposit lagi menjadikan jumlah bil yang harus dibayar mencecah RM2,000.

"Saya kira ini tindakan tidak berperikemanusiaan kerana selain bayaran dikenakan agak mendadak, pengguna tidak mempunyai pilihan lain ekoran penyedia bekalan elektrik dimonopoli TNB," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tiada ulasan:

Pengikut